APAKAH Sebenarnya AJARAN BIBLE?

advertisement
APAKAH
Sebenarnya
AJARAN BIBLE?
Penerbitan Agama Kristian
s
bh-ML
170920
Dapatkanlah pembelajaran Bible yang percuma.
APAKAH
Sebenarnya
AJARAN BIBLE?
BUKU INI MILIK
Photo Credits: Page 7: Courtesy American Bible Society Page 21: Earth: NASA photo
Pages 26-27: WHO photo by Edouard Boubat Pages 100-101: Explosion: Based on
USAF photo; child: Based on WHO photo by W. Cutting
© 2011
Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
PENERBIT
Watchtower Bible and Tract Society of New York, Inc.
Brooklyn, New York, U.S.A.
Cetakan September 2013
Bahan bacaan ini bukan untuk dijual. Bahan bacaan ini ialah sebahagian daripada
kerja pendidikan Bible sedunia yang mendapat sokongan melalui derma sukarela.
Kecuali apabila dinyatakan, semua ayat Bible dipetik daripada Alkitab Berita Baik
dalam bahasa Malaysia (ALKITAB BM) dan singkatan ABB digunakan di dalam
buku ini. Singkatan NW merujuk kepada ayat Bible yang diterjemahkan daripada
New World Translation of the Holy Scriptures
—With References dalam bahasa Inggeris.
What Does the Bible Really Teach?
Malay (bh-ML)
Made in Japan
Dicetak di Jepun
4-7-1 Nakashinden, Ebina City, Kanagawa-Pref, 243-0496
KANDUNGAN
BAB
MUKA SURAT
Adakah Keadaan Dunia Mencerminkan Kehendak Tuhan? 9 9 9 3
1. Apakah Kebenaran tentang Tuhan? 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 8
2. Bible—Sebuah Buku daripada Tuhan 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 20
3. Apakah Tujuan Tuhan bagi Bumi? 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 30
4. Siapakah Yesus Kristus? 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 41
5. Tebusan—Kurniaan Terunggul daripada Tuhan 9 9 9 9 9 9 9 9 52
6. Di Manakah Orang yang Telah Mati? 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 64
7. Harapan Sebenar bagi Orang Kesayangan
yang Telah Mati 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 75
8. Apakah Itu Kerajaan Tuhan? 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 87
9. Adakah Kita Sedang Hidup pada “Hari-hari Terakhir”? 9 9 9 98
10. Bagaimanakah Makhluk Roh Mempengaruhi Kita? 9 9 9 9 110
11. Mengapakah Tuhan Mengizinkan Penderitaan? 9 9 9 9 9 9 9 122
12. Amalkan Cara Hidup yang Menyenangkan
Hati Tuhan 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 133
13. Pandangan Tuhan terhadap Nyawa 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 144
14. Cara Menikmati Kehidupan Keluarga yang Bahagia 9 9 9 9 154
15. Penyembahan yang Mendapat Perkenan Tuhan 9 9 9 9 9 9 9 166
16. Berpegang Teguh pada Penyembahan Sejati 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 177
17. Menghampiri Tuhan Melalui Doa 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 189
18. Pembaptisan serta Hubungan Anda dengan Tuhan 9 9 9 9 9 201
19. Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan 9 9 9 9 9 9 9 9 9 212
Lampiran 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 224
Adakah Keadaan Dunia Mencerminkan
Kehendak Tuhan?
BACALAH surat khabar, tontonlah televisyen, atau dengarlah radio. Banyak berita
tentang jenayah, peperangan, dan keganasan disiarkan! Fikirlah sejenak tentang
masalah-masalah anda. Mungkin penyakit atau kematian orang yang tersayang
sedang menyebabkan anda menderita.
Anda mungkin berasa seperti seorang lelaki baik yang bernama Ayub. Dia berkata, “Aku tidak mendapat ketenteraman,
dan kesusahanku tidak berkesudahan.”
—Ayub 3:26, ABB.
Tanyalah diri:
ˇ Adakah ini kehendak Tuhan bagi saya
dan seluruh umat manusia?
ˇ Dari manakah saya boleh mendapat
bantuan untuk menangani masalahmasalah saya?
ˇ Adakah kita mempunyai harapan untuk menikmati keamanan di bumi?
Bible memberikan jawapan yang memuaskan kepada soalan-soalan ini.
4
BIBLE MENGAJARKAN BAHAWA
TUHAN AKAN MEMBAWA PERUBAHANPERUBAHAN BERIKUT DI BUMI.
“Dia akan menyapu air mata mereka.
Kematian akan tiada lagi, demikian juga
kesedihan, tangisan, dan kesakitan.”
—Penyingkapan 21:4
“Orang lumpuh akan
melompat seperti
rusa.”—Yesaya 35:6
“Orang buta akan
dapat melihat.”
—Yesaya 35:5
“Semua orang mati akan . . .
keluar dari kubur.”
—Yohanes 5:28, 29
“Tiada sesiapa . . .
akan mengeluh
kerana sakit.”
—Yesaya 33:24
“Biji-bijian melimpah di seluruh
negeri.”—Mazmur 72:16
6
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
PEROLEH MANFAAT DARIPADA AJARAN BIBLE
Janganlah anggap bahawa apa yang
ditunjukkan di muka surat sebelum ini merupakan angan-angan kosong sahaja. Tuhan telah menjanjikan
perubahan-perubahan ini, dan Bible
menjelaskan bagaimana Dia akan melaksanakan perubahan-perubahan
ini.
Bible bukan sahaja memberitahu anda tentang berkatberkat yang akan anda
nikmati pada masa hadapan,
malah Bible dapat membantu anda menikmati kehidupan yang bahagia
sekarang. Fikirlah sejenak tentang kekhuatiran
hidup dan masalah-masalah
anda. Anda mungkin menghadapi masalah kewangan, masalah
keluarga, kesihatan yang merosot,
atau kematian orang yang tersayang.
Bible boleh membantu anda menangani masalah-masalah
yang anda hadapi hari ini dan melegakan hati anda dengan
memberikan jawapan kepada soalan-soalan berikut:
ˇ Mengapakah kita menderita?
ˇ Bagaimanakah kita dapat menangani kekhuatiran hidup?
ˇ Bagaimanakah kita boleh menjadikan kehidupan keluarga kita lebih bahagia?
ˇ Apakah yang berlaku apabila kita mati?
ˇ Adakah kita berpeluang untuk berjumpa semula dengan
orang tersayang yang telah mati?
ˇ Bagaimanakah kita tahu bahawa Tuhan pasti akan menunaikan janji-janji-Nya untuk masa hadapan?
Adakah Keadaan Dunia Mencerminkan Kehendak Tuhan?
7
Dengan membaca buku ini, anda menunjukkan bahawa
anda ingin mengetahui apa yang diajarkan di dalam Bible.
Buku ini dapat membantu anda untuk mempelajari Bible. Perhatikan bahawa terdapat soalan-soalan di akhir setiap muka
surat. Soalan-soalan ini digunakan untuk membincangkan isi
dalam setiap perenggan. Jutaan orang suka akan kaedah soal
jawab yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa untuk membincangkan Bible dengan mereka. Kami berharap anda juga
akan berasa sedemikian. Usaha anda akan membawa kebaikan
yang berkekalan. Semoga anda diberkati Tuhan seraya anda
mempelajari ajaran Bible yang sebenar!
MENGENALI BIBLE ANDA
BIBLE mengandungi 66 buku dan surat yang dibahagikan kepada bab dan ayat agar senang dibaca. Apabila suatu ayat Bible digunakan di dalam buku ini, nombor yang ditulis sebelum tanda noktah bertindih merujuk kepada bab, manakala
nombor yang ditulis selepas tanda noktah bertindih merujuk
kepada ayat. Misalnya, ayat rujukan “2 Timotius 3:16” bermaksud surat kedua kepada Timotius, bab 3, ayat 16.
Jika anda sering membuka Bible untuk mencari ayat-ayat
Bible yang tercatat di dalam buku ini, anda akan mengenali
Bible anda dengan baik dalam masa yang singkat. Dapatkah
anda memulakan program pembacaan Bible setiap hari? Jika
anda membaca sebanyak tiga hingga lima bab sehari, anda
dapat membaca seluruh Bible dalam masa setahun.
BAB SATU
Apakah Kebenaran
tentang Tuhan?
Adakah Tuhan benar-benar mengambil berat
tentang anda?
Apakah sifat-sifat Tuhan? Siapakah nama Tuhan?
Bolehkah kita menghampiri Tuhan?
PERNAHKAH anda memperhatikan bagaimana kanakkanak menanyakan soalan? Banyak kanak-kanak mula
bertanya sebaik sahaja mereka belajar untuk bercakap. Mereka memandang anda dengan mata yang terbuka luas lalu
bertanya soalan-soalan seperti: Mengapakah langit berwarna biru? Mengapakah bintang berkelip-kelip?
Siapakah yang mengajar burung menyanyi?
Walaupun anda berusaha untuk menjawab soalan mereka, mereka mungkin
tidak berpuas hati dengan jawapan
anda. Jawapan terbaik yang diberikan
oleh anda mungkin akan disambut lagi
dengan soalan: Mengapa?
2 Sebenarnya, bukan kanak-kanak sahaja yang suka bertanya. Semasa
kita membesar, kita masih terus bertanya, misalnya untuk
mengetahui arah jalan, untuk
menghindari bahaya-bahaya tertentu, dan untuk memuaskan sifat
ingin tahu kita. Tetapi, sering kali banyak
1, 2. Mengapakah kita perlu bertanya?
Apakah Kebenaran tentang Tuhan?
9
orang berhenti menanyakan soalan-soalan yang penting dalam hidup mereka. Setidak-tidaknya, mereka berhenti
mencari jawapan kepada soalan-soalan mereka.
3 Fikirkan tentang soalan yang terpapar di kulit buku ini,
soalan-soalan di bahagian pendahuluan, atau soalan-soalan
di awal bab ini. Semua soalan ini adalah antara soalan yang paling penting yang boleh anda tanyakan. Namun
demikian, banyak orang berhenti mencari jawapan kepada
soalan-soalan ini. Mengapa? Adakah Bible mempunyai jawapan kepada soalan-soalan ini? Sesetengah orang berasa
bahawa jawapan yang didapati di dalam Bible adalah terlalu
sukar untuk difahami. Ada pula yang berasa malu atau segan untuk bertanya. Yang lain pula berpendapat bahawa
soalan-soalan ini hanya dapat dijawab oleh pemimpin atau
guru agama. Bagaimana pula dengan anda?
4 Kemungkinan besar anda ingin mendapat jawapan kepada soalan-soalan yang paling penting dalam hidup.
Mungkin anda pernah bertanya, “Apakah tujuan hidup
saya? Adakah saya dilahirkan untuk menjadi tua dan
akhirnya mati? Apakah sifat-sifat Tuhan?” Anda patut dipuji kerana mengajukan soalan-soalan ini. Janganlah putus
asa sebelum anda mendapat jawapan yang memuaskan dan
yang boleh dipercayai. Yesus Kristus, seorang guru yang terkenal pernah berkata, ‘Mintalah sesuatu daripada Tuhan,
maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada
Tuhan, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu,
maka Tuhan akan membukanya bagi kamu.’—Matius 7:7,
ABB.
5 Jika anda terus mencari jawapan kepada soalan-soalan ini, usaha anda akan membuahkan hasil yang baik.
3. Mengapakah banyak orang berhenti mencari jawapan kepada
soalan-soalan yang penting dalam hidup mereka?
4, 5. Apakah soalan-soalan yang penting yang boleh kita tanyakan,
dan mengapakah kita patut mencari jawapan kepada soalan-soalan
ini?
10
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
(Amsal 2:1-5) Sesetengah orang mungkin memberitahu
anda bahawa tidak ada sesiapa pun yang dapat menjawab
soalan-soalan ini. Namun, jawapan kepada soalan-soalan ini
memang wujud dan boleh dijumpai. Jawapannya didapati
di dalam Bible. Jawapan kepada soalan-soalan ini bukanlah
terlalu sukar untuk difahami, malah dapat memberikan harapan, membawa sukacita, dan membantu anda untuk
menikmati kehidupan yang bahagia sekarang. Marilah kita
bincangkan satu soalan yang telah lama membingungkan
banyak orang.
ADAKAH TUHAN BERBELAS KASIHAN DAN
MENGAMBIL BERAT TENTANG KITA?
6 Ramai orang menjawab “tidak” kepada soalan ini. Mereka berkata, “Jika Tuhan mengambil berat tentang kita,
keadaan di dunia tidak akan menjadi sebegini.” Lihatlah di
sekeliling anda. Dunia kita dipenuhi dengan peperangan,
kebencian, dan kesengsaraan. Kita jatuh sakit, menderita,
dan kehilangan orang tersayang. Oleh itu, ramai orang
berkata, “Jika Tuhan mengambil berat tentang kita dan masalah kita, tidakkah Dia akan menghalang perkara-perkara
ini daripada berlaku?”
7 Yang memburukkan keadaan lagi, terdapat guru-guru
agama yang membuat orang percaya bahawa Tuhan tidak
berbelas kasihan. Bagaimana? Apabila seseorang ditimpa
malapetaka, mereka mengatakan bahawa kejadian itu merupakan kehendak Tuhan. Maka, secara tidak langsung,
mereka menyalahkan Tuhan apabila perkara yang buruk
berlaku. Adakah kata-kata mereka benar? Apakah sebenarnya yang diajarkan di dalam Bible? Yakobus 1:13 (ABB)
menyatakan, ‘Jika seseorang tergoda semasa mengalami cu6. Mengapakah ramai orang berfikir bahawa Tuhan tidak mengambil
berat tentang manusia dan masalah mereka?
7. (a) Bagaimanakah guru-guru agama membuat orang percaya bahawa Tuhan tidak berbelas kasihan? (b) Apakah sebenarnya yang
diajarkan di dalam Bible tentang cubaan atau godaan yang kita alami?
Apakah Kebenaran tentang Tuhan?
11
baan seperti itu, dia tidak boleh berkata, “Godaan ini datangnya daripada Tuhan.” Hal ini demikian kerana Tuhan
tidak dapat digoda oleh kejahatan, dan Tuhan sendiri tidak
menggoda orang.’ Maka, Pencipta manusia sama sekali bukan punca kejahatan yang berlaku di dunia. (Ayub 34:10-12)
Memang benar, Tuhan mengizinkan perkara-perkara buruk
untuk berlaku. Tetapi, terdapat perbezaan yang ketara antara
tindakan mengizinkan sesuatu berlaku dengan tindakan menyebabkan sesuatu berlaku.
8 Sebagai contoh, seorang bapa yang pengasih dan bijaksana mempunyai seorang anak dewasa yang tinggal
bersamanya. Selepas beberapa lama, anak itu memberontak
lalu membuat keputusan untuk meninggalkan rumah bapanya. Bapanya tidak menghalangnya. Anak itu mengikut
haluan hidup yang buruk dan mendapat susah. Adakah bapanya penyebab masalah-masalahnya? Tidak. (Lukas 15:1113) Dalam cara yang sama, Tuhan tidak menghalang manusia yang telah memilih untuk mengikut haluan hidup yang
buruk. Tetapi, Tuhan bukanlah penyebab masalah-masalah
yang timbul akibat haluan hidup mereka yang buruk. Maka,
kita tidak boleh menyalahkan Tuhan atas segala masalah
yang dihadapi oleh umat manusia.
9 Tuhan mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk
mengizinkan manusia memilih haluan hidup yang buruk.
Sebagai Pencipta kita yang bijaksana dan berkuasa, Dia tidak
perlu memberitahu kita sebab-sebab tersebut. Namun, Tuhan telah berbuat demikian kerana Dia mengasihi kita.
Kita akan mempelajari lebih lanjut tentang sebab-sebab ini
dalam Bab 11. Maka, Tuhan yang benar tidak boleh dipertanggungjawabkan atas masalah-masalah kita. Sebaliknya,
8, 9. (a) Berikan satu contoh untuk membezakan tindakan mengizinkan kejahatan berlaku dengan tindakan menyebabkan kejahatan
berlaku. (b) Mengapakah Tuhan tidak boleh dipersalahkan atas
keputusan-Nya untuk mengizinkan manusia memilih haluan hidup
yang buruk?
12
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Tuhan memberi kita satu-satunya harapan dan jalan penyelesaian bagi masalah-masalah kita!—Yesaya 33:2.
10 Tambahan pula, Tuhan adalah suci. (Yesaya 6:3) Hal ini
bermaksud Tuhan adalah bersih, murni, dan tidak bercela. Tidak ada sedikit kejahatan pun pada diri-Nya. Kita
boleh percaya kepada Tuhan dengan sepenuhnya tetapi
kita tidak semestinya boleh percaya kepada manusia. Hal
ini sedemikian kerana manusia boleh berubah menjadi jahat. Pemerintah yang paling jujur pun tidak mempunyai
kuasa untuk melenyapkan kejahatan yang disebabkan oleh
orang jahat. Tetapi, Tuhan adalah maha kuasa. Dia mampu dan akan melenyapkan segala kesan buruk yang dibawa
oleh kefasiqan. Apabila Tuhan bertindak, kejahatan akan dilenyapkan untuk selama-lamanya!—Mazmur 37:9-11.
APAKAH PERASAAN TUHAN APABILA DIA
MELIHAT KITA MENGALAMI KETIDAKADILAN?
11 Buat masa ini, apakah perasaan Pencipta kita terhadap
apa yang sedang berlaku di dunia dan dalam kehidupan
anda? Bible mengajarkan bahawa Tuhan “suka akan
kebenaran,” dan Dia “sempurna dan adil dalam segala perkara.” (Mazmur 37:28; Ulangan 32:4) Hal ini bermaksud
Dia sangat mengambil berat tentang apa yang betul dan
apa yang salah. Dia membenci segala ketidakadilan. Bible
menyatakan bahawa ‘Yehuwa begitu kecewa’ apabila kejahatan memenuhi bumi pada masa lampau. (Kejadian 6:
5, 6) Tuhan masih tidak berubah. (Maleakhi 3:6) Dia masih membenci kejahatan yang semakin merebak di bumi.
Tuhan juga benci melihat orang menderita. Bible menyatakan, “Dia mengambil berat tentang kamu.”—1 Petrus
5:7.
10. Mengapakah kita boleh percaya bahawa Tuhan akan melenyapkan
segala kesan buruk yang dibawa oleh kefasiqan?
11. (a) Apakah perasaan Tuhan terhadap ketidakadilan? (b) Apakah
perasaan Tuhan terhadap penderitaan yang anda alami?
Apakah Kebenaran tentang Tuhan?
13
Bagaimanakah kita boleh tahu dengan pasti bahawa Tuhan benci melihat penderitaan? Berikut merupakan
satu lagi bukti. Bible mengajarkan bahawa manusia diciptakan mengikut imej Tuhan. (Kejadian 1:26) Maka, kita
mempunyai sifat-sifat yang baik kerana Tuhan mempunyai
sifat-sifat yang baik. Sebagai contoh, apakah perasaan anda
apabila anda melihat orang yang tidak bersalah menderita?
Jika anda prihatin terhadap ketidakadilan yang berlaku, tidakkah Tuhan lebih prihatin terhadap hal ini?
13 Salah satu sifat yang paling menonjol yang dipunyai
oleh manusia ialah kasih. Manusia dapat mengasihi orang
lain kerana mereka mencerminkan sifat Tuhan. Bible mengajarkan bahawa ‘Tuhan itu kasih.’ (1 Yohanes 4:8) Kita
mempunyai kasih kerana Tuhan mempunyai kasih. Adakah
kasih akan menggerakkan anda untuk mengakhiri penderitaan dan ketidakadilan yang anda lihat di bumi? Seandainya
anda memiliki kuasa untuk melakukan hal itu, adakah
anda akan bertindak? Ya, sudah tentu! Maka, anda boleh
yakin bahawa Tuhan juga akan mengambil tindakan untuk
mengakhiri penderitaan dan ketidakadilan. Janji-janji yang
dinyatakan di bahagian pendahuluan buku ini bukanlah
janji-janji kosong. Janji Tuhan pasti akan menjadi kenyataan! Jika anda mengenali Tuhan dengan lebih dekat lagi,
anda dapat mempercayai janji-janji-Nya.
12
TUHAN INGIN ANDA MENGENALINYA
Jika anda ingin memperkenalkan diri anda kepada seseorang, apakah yang akan anda lakukan? Tidakkah anda
akan memberitahu nama anda kepadanya? Adakah Tuhan,
14
12, 13. (a) Mengapakah kita mempunyai sifat-sifat yang baik seperti
kasih, dan bagaimanakah kasih mempengaruhi pandangan kita terhadap apa yang berlaku di bumi? (b) Mengapakah anda yakin bahawa
Tuhan akan mengambil tindakan untuk mengakhiri masalah-masalah
dunia?
14. Siapakah nama Tuhan, dan mengapakah kita harus menggunakan
nama-Nya?
14
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Pencipta kita, mempunyai nama? Sesetengah orang percaya
bahawa nama-Nya ialah “TUHAN” atau “TUAN.” Namun, “TUHAN” atau “TUAN,” seperti “raja” dan “presiden,” bukanlah
nama tetapi merupakan gelaran. Bible mengajarkan bahawa Tuhan mempunyai banyak gelaran. “TUHAN” dan “TUAN”
adalah antara gelaran-gelaran ini. Bible juga mengajarkan
bahawa Pencipta kita mempunyai nama. Nama-Nya Yehuwa. Mazmur 83:19 menyatakan tentang Yehuwa, “Hanya
Engkaulah TUHAN, Yang Maha Tinggi di seluruh bumi!” Jika
anda menggunakan Alkitab Berita Baik dalam bahasa Malaysia, sila lihat nota kaki di Kejadian 2:4 dan Keluaran 3:14.
Untuk mempelajari mengapa banyak Bible tidak mengandungi nama Tuhan, sila lihat bahagian
Lampiran pada muka surat 225-227 di
Semasa anda
memperkenalkan
dalam buku ini. Sebenarnya, nama Tudiri, tidakkah anda
han boleh dijumpai beribu-ribu kali
memberitahu nama
dalam naskhah kuno Bible. Dengan
anda? Dalam Bible,
Tuhan memberitahu kata lain, Tuhan menggunakan Bible
untuk memperkenalkan diri-Nya kepakita nama-Nya
da anda. Jadi, Yehuwa mahu anda
mengetahui nama-Nya dan Dia mahu
anda menggunakan nama-Nya.
15 Nama yang diberikan oleh Tuhan
kepada diri-Nya adalah sangat bermakna. Nama-Nya, Yehuwa, bererti Tuhan
mampu menunaikan segala janji-Nya
dan melaksanakan segala kehendakNya.1 Nama Tuhan adalah unik, lain
daripada yang lain, dan merupakan
milik-Nya sahaja. Yehuwa juga unik da1 Maklumat lanjut tentang erti dan sebutan
nama Tuhan boleh didapati di bahagian Lampiran pada muka surat 225-227.
15. Apakah erti nama Yehuwa?
Bible mengajarkan bahawa Yehuwa,
Bapa kita yang pengasih, ialah Pencipta
alam semesta
lam beberapa aspek yang lain. Mengapakah kita boleh berkata sedemikian?
16 Seperti yang telah anda pelajari, Mazmur 83:19
menyatakan tentang Yehuwa, “Hanya Engkaulah TUHAN,
Yang Maha Tinggi.” Dalam cara yang sama, Yehuwa sahaja diberi gelaran “Yang Maha Kuasa.” Penyingkapan
15:3 menyatakan, ‘Yehuwa, Tuhan Yang Maha Kuasa, perbuatan-Mu sungguh agung dan menakjubkan!’ Gelaran
16, 17. Apakah yang boleh kita pelajari tentang Yehuwa daripada
gelaran-gelaran berikut: (a) “Yang Maha Kuasa”? (b) “Raja yang kekal”?
(c) “Pencipta”?
16
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
“Yang Maha Kuasa” mengajar kita bahawa Yehuwalah yang
paling berkuasa di seluruh alam semesta. Kuasa-Nya tiada tolok bandingan. Dia mempunyai kuasa yang mutlak. Di
1 Timotius 1:17, Yehuwa digelar “Raja yang kekal.” Gelaran
ini mengingatkan kita bahawa Yehuwa adalah unik dalam satu lagi aspek, iaitu Dia sahajalah yang senantiasa
wujud. Mazmur 90:2 menyatakan, ‘Engkaulah Tuhan yang
kekal, Tuhan selama-lamanya.’ Tidakkah hal ini menyebabkan anda berasa kagum?
17 Yehuwa juga unik kerana Dia ialah Pencipta segala sesuatu. Penyingkapan 4:11 (ABB) menyatakan, ‘Ya Yehuwa
dan Tuhan kami! Engkau sahaja yang layak menerima kemuliaan, penghormatan, dan kekuasaan, kerana Engkaulah
yang menciptakan segala sesuatu, dan dengan kehendakMu juga segala sesuatu itu wujud dan hidup.’ Fikirkanlah
tentang makhluk roh di syurga, bintang yang bertaburan di
Kasih yang
diperlihatkan oleh
Bapa kita di syurga
jauh lebih agung
daripada kasih
yang diperlihatkan
oleh seorang bapa
kepada anaknya
Apakah Kebenaran tentang Tuhan?
17
langit, buah-buahan yang tumbuh di atas pokok, atau ikan
yang berenang di lautan dan sungai. Kesemua ini wujud kerana Yehuwa ialah Pencipta segala sesuatu!
BOLEHKAH ANDA MENGHAMPIRI YEHUWA?
Sesetengah orang mungkin berasa kurang selesa semasa mereka membaca tentang sifat-sifat Yehuwa yang
menakjubkan. Mereka khuatir bahawa mereka tidak dapat
menghampiri Tuhan kerana Dia terlalu luhur atau tinggi. Mereka juga berasa bahawa Tuhan tidak akan mengambil
peduli tentang mereka kerana Dia merupakan Tuhan
yang begitu agung. Tetapi adakah cara pemikiran sebegini
betul? Tidak! Bible mengajarkan hal yang sebaliknya. Bible menyatakan, ‘Sebenarnya Tuhan tidak jauh daripada
kita masing-masing.’ (Kisah 17:27) Malah, inilah galakan Bible, ‘Hampirilah Tuhan, dan Tuhan pun akan menghampiri
kamu.’—Yakobus 4:8.
19 Bagaimanakah anda boleh menghampiri Tuhan? Mulamula, anda harus terus belajar tentang Tuhan. Yesus
berkata, ‘Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan
yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal.’
(Yohanes 17:3, ABB) Ya, Bible mengajarkan bahawa jika anda
belajar tentang Yehuwa dan Yesus, anda akan berpeluang
mendapat “hidup sejati dan kekal”! Seperti yang telah anda
pelajari, ‘Tuhan itu kasih.’ (1 Yohanes 4:16) Yehuwa juga
mempunyai sifat-sifat lain yang menarik dan terpuji. Misalnya, Bible menyatakan bahawa Yehuwa ialah ‘Tuhan yang
penuh dengan rahmat dan belas kasihan; tidak cepat murka,
dan menunjukkan kasih dan kesetiaan yang besar.’ (Keluaran 34:6) Dia “baik dan suka mengampuni orang.” (Mazmur
18
18. Mengapakah sesetengah orang berasa bahawa mereka tidak dapat
menghampiri Tuhan, tetapi apakah yang diajarkan di dalam Bible?
19. (a) Bagaimanakah kita dapat menghampiri Tuhan, dan apakah
manfaatnya? (b) Apakah antara sifat-sifat Tuhan yang paling menarik
bagi anda?
18
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
86:5) Dia Tuhan yang sabar. (2 Petrus 3:9) Dia setia.
(Mazmur 18:26) Seraya anda terus belajar tentang Yehuwa
daripada Bible, anda akan belajar bagaimana Yehuwa memperlihatkan sifat-sifat ini dan sifat-sifat lain yang menarik.
20 Anda tidak dapat melihat Tuhan kerana Dia bertubuh
roh. (Yohanes 1:18; 4:24; 1 Timotius 1:17) Namun, dengan mempelajari tentang Tuhan daripada Bible, anda akan
mengenali Yehuwa sebagai seorang individu. Seperti yang
tercatat di dalam buku Mazmur, anda dapat “menyaksikan segala kebaikan-Nya.” (Mazmur 27:4; Roma 1:20)
Seraya anda lebih mengenali Yehuwa, anda akan mengetahui bahawa Dia ialah individu roh yang penuh kasih,
dan anda akan mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk
menghampiri-Nya dan terus mengasihi-Nya.
21 Secara beransur-ansur, anda akan memahami mengapa
Bible mengajar kita untuk menganggap Yehuwa sebagai
Bapa kita. (Matius 6:9) Dia bukan sahaja mengurniakan
nyawa kepada kita malah Dia inginkan kehidupan yang terbaik untuk kita. Dalam cara ini, Tuhan adalah seperti
seorang bapa yang menyayangi anak-anaknya dan mahukan mereka hidup bahagia. (Mazmur 36:10) Bible juga
mengajarkan bahawa manusia boleh menjadi sahabat Yehuwa. (Yakobus 2:23) Bayangkanlah hal ini—anda berpeluang
untuk menjalinkan persahabatan dengan Pencipta seluruh
alam semesta!
22 Seraya anda terus mempelajari Bible, mungkin anda
mendapati bahawa sesetengah orang yang berniat baik akan
mendesak anda untuk menghentikan pembelajaran Bible
anda. Mungkin mereka khuatir anda akan menukar kepercayaan anda. Tetapi, janganlah benarkan sesiapa pun untuk
menghalang anda daripada menjalinkan persahabatan yang
paling bernilai.
20-22. (a) Adakah hakikat bahawa anda tidak dapat melihat Tuhan
menghalang anda daripada menghampiri-Nya? Jelaskan. (b) Sesetengah orang yang berniat baik mungkin mendesak anda untuk
melakukan apa? Tetapi apakah yang harus anda lakukan?
Apakah Kebenaran tentang Tuhan?
19
Pada mulanya, anda mungkin tidak memahami beberapa perkara yang sedang anda pelajari. Anda mungkin
memerlukan sifat rendah hati untuk meminta bantuan.
Walaupun begitu, janganlah teragak-agak untuk meminta
bantuan kerana takut diketawakan orang. Yesus menggalakkan kita untuk memupuk sifat rendah hati seperti yang
dimiliki oleh seorang kanak-kanak. (Matius 18:2-4) Kita juga
tahu bahawa kanak-kanak memang suka bertanya. Tuhan
mahu anda mencari jawapan kepada soalan-soalan anda.
Dalam Bible, sesetengah orang dipuji kerana mereka sangat
ingin mengenali Tuhan. Mereka menyelidiki Bible dengan
teliti untuk memastikan sama ada apa yang dipelajari oleh
mereka adalah benar.—Kisah 17:11.
24 Cara yang terbaik untuk belajar tentang Yehuwa adalah dengan menyelidiki Bible. Bible sangat berbeza daripada
buku-buku yang lain. Mengapa? Bab yang seterusnya akan
membincangkan hal ini.
23
23, 24. (a) Mengapakah anda harus terus menanyakan soalan berhubung dengan apa yang anda pelajari? (b) Apakah yang akan
dibincangkan dalam bab yang seterusnya?
AJARAN BIBLE
ˇ Tuhan mengambil berat tentang anda sebagai
seorang individu.—1 Petrus 5:7.
ˇ Nama Tuhan ialah Yehuwa.
—Kejadian 2:4, nota kaki; Keluaran 3:14, nota
kaki; Mazmur 83:19.
ˇ Yehuwa mengajak anda untuk menghampiriNya.—Yakobus 4:8.
ˇ Yehuwa ialah Tuhan yang pengasih, baik hati,
dan berbelas kasihan.
—Keluaran 34:6; 1 Yohanes 4:8, 16.
BAB DUA
Bible—Sebuah Buku
daripada Tuhan
Apakah perbezaan antara Bible dengan
buku-buku yang lain?
Bagaimanakah Bible boleh membantu anda
menangani masalah peribadi?
Mengapakah anda boleh mempercayai
nubuat-nubuat yang tercatat dalam Bible?
PERNAHKAH anda menerima sebuah hadiah yang istimewa daripada seorang kawan yang dikasihi? Apakah perasaan
anda semasa menerima hadiah itu? Kemungkinan besar
anda berasa seronok dan terharu. Hadiah itu menunjukkan
sesuatu tentang kawan anda, iaitu bahawa dia menghargai
persahabatan anda. Sudah tentu anda telah mengucapkan
terima kasih kepadanya.
2 Dalam cara yang sama, Bible merupakan sebuah hadiah
yang dikurniai Tuhan. Kita patut bersyukur terhadap-Nya.
Buku yang unik ini menyingkapkan kebenaran yang tidak
boleh didapati di mana-mana pun. Sebagai contoh, Bible
memberitahu kita tentang penciptaan bumi, langit yang penuh dengan bintang, dan pasangan manusia yang pertama.
Bible mengandungi prinsip-prinsip yang boleh dipercayai.
Prinsip-prinsip ini dapat membantu kita untuk menangani
masalah dan kekhuatiran hidup. Bible menerangkan bagaimana Tuhan akan melaksanakan tujuan-Nya dan membawa
perubahan kepada bumi kita. Tidakkah anda bersetuju bahawa Bible merupakan sebuah hadiah yang istimewa?
1, 2. Mengapakah Bible merupakan sebuah hadiah yang istimewa daripada Tuhan?
21
“New World Translation of the Holy Scriptures”
boleh didapati dalam banyak bahasa yang lain
3 Bible juga merupakan sebuah hadiah yang menyentuh
hati kita kerana Bible menyingkapkan sesuatu tentang Pemberinya, iaitu Tuhan Yehuwa. Pemberian ini membuktikan
bahawa Yehuwa mahu kita mengenali-Nya. Ya, Bible dapat
membantu anda mendekati Yehuwa.
4 Ramai orang di serata dunia mempunyai Bible. Adakah anda juga mempunyai sebuah Bible? Seluruh Bible atau
sebahagian daripadanya telah diterbitkan dalam lebih daripada 2,400 bahasa. Oleh itu, lebih daripada 95 peratus
orang di dunia berpeluang membacanya. Secara purata, lebih daripada satu juta Bible diedarkan setiap minggu!
Berbilion-bilion naskhah Bible, tidak kira seluruh atau sebahagian daripadanya telah dicetakkan. Sudah pasti, Bible
ialah sebuah buku yang tiada tolok bandingnya.
5 Bible ‘diilhami oleh Tuhan.’ (2 Timotius 3:16) Mengapakah kita boleh berkata demikian? Bible menyatakan,
3. Dengan menghadiahkan Bible kepada kita, apakah yang dapat kita
ketahui tentang Yehuwa, dan mengapakah hal ini menyentuh hati
kita?
4. Berkenaan pengedaran Bible, apakah yang menarik perhatian anda?
5. Mengapakah Bible boleh dikatakan ‘diilhami oleh Tuhan’?
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
22
‘Roh [daya aktif] Tuhan menguasai orang semasa mereka
menyampaikan perkhabaran yang datang daripada Tuhan.’
(2 Petrus 1:21) Sebagai contoh, seorang pengurus mungkin
menyuruh setiausahanya untuk menulis sepucuk surat. Surat itu mengandungi buah fikiran dan arahan pengurus itu.
Maka, surat itu ialah surat pengurus itu dan bukan surat
setiausahanya. Dalam cara yang sama, Bible mengandungi mesej Tuhan dan bukannya mesej mereka yang
menulis Bible. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa seluruh Bible benar-benar merupakan ‘perkhabaran daripada Tuhan.’
—1 Tesalonika 2:13.
SELARAS DAN TEPAT
Usaha untuk menulis Bible telah memakan masa lebih daripada 1,600 tahun. Penulis-penulis Bible hidup pada
zaman yang berlainan dan datang dari pelbagai latar belakang. Ada antara penulis ini merupakan pekebun, nelayan,
dan penggembala. Ada juga yang merupakan penubuat, hakim, dan raja. Penulis buku Lukas ialah seorang doktor.
Meskipun penulis-penulis Bible datang dari pelbagai latar
belakang, Bible adalah selaras dari mula hingga akhir.
7 Buku yang pertama di dalam Bible menceritakan tentang bagaimana masalah umat manusia bermula. Buku
yang terakhir menunjukkan bahawa seluruh bumi akan
menjadi sebuah firdaus, atau taman. Kandungan Bible meliputi sejarah selama beribu-ribu tahun yang boleh
membantu kita untuk memahami tujuan Tuhan dan mengetahui bagaimana tujuan-Nya akan dicapai. Keselarasan
atau keharmonian Bible sangat mengagumkan, bukan? Tetapi inilah apa yang kita harapkan daripada sebuah buku
yang dikurniai Tuhan.
8 Bible adalah tepat secara saintifik. Malah, Bible me6
6, 7. Mengapakah anda berasa kagum dengan keselarasan kandungan
Bible?
8. Berikan contoh-contoh yang menunjukkan bahawa Bible adalah tepat secara saintifik.
Bible—Sebuah Buku daripada Tuhan
23
ngandungi maklumat yang mendahului zamannya. Sebagai
contoh, buku Imamat mengandungi hukum-hukum untuk
orang Israel kuno tentang cara untuk mencegah penyakit
daripada merebak dan cara untuk mengekalkan kebersihan.
Tetapi, bangsa-bangsa berhampiran langsung tidak tahu
akan hal-hal sebegini. Semasa orang masih mempunyai
tanggapan yang salah tentang bumi, Bible dengan tepatnya
menyatakan bahawa bumi ‘digantung di angkasa hampa.’
(Ayub 26:7) Bible bukanlah sebuah buku teks sains, tetapi
semasa Bible menyentuh perkara-perkara saintifik, Bible
adalah tepat. Bukankah ini apa yang diharapkan daripada
sebuah buku yang dikurniai Tuhan?
9 Dari segi sejarah, Bible juga tepat dan boleh dipercayai.
Kisah-kisah dalam Bible tertulis secara terperinci. Bible bukan sahaja mencatatkan nama-nama orang tetapi juga
mencatatkan salasilah keturunan mereka.1 Tidak seperti
ahli sejarah di dunia yang jarang menyebut tentang kekalahan bangsa sendiri, penulis Bible adalah jujur. Mereka
mencatatkan kegagalan sendiri dan bangsa mereka. Sebagai
contoh, dalam buku Bilangan, penulis yang bernama Musa
telah mengakui kesalahan serius yang dilakukannya dan bagaimana dia telah ditegur dengan keras. (Bilangan 20:212) Kejujuran sebegini jarang didapati dalam catatan sejarah
yang lain, tetapi didapati dalam Bible kerana Bible diilhami
Tuhan.
BUKU YANG MEMPUNYAI HIKMAT YANG
SESUAI DIAMALKAN
10 Oleh sebab Bible diilhami Tuhan, kandungannya
1 Sebagai contoh, sila rujuk salasilah Yesus yang terperinci di Lukas
3:23-38.
9. (a) Dari segi sejarah, mengapakah kita boleh katakan bahawa Bible
adalah tepat dan boleh dipercayai? (b) Apakah yang boleh anda pelajari
tentang Bible daripada kejujuran penulis-penulisnya?
10. Mengapakah kita tidak perlu berasa hairan bahawa apa yang terkandung dalam Bible adalah sesuai untuk diamalkan?
Penulis Bible yang
bernama Yesaya
menubuatkan
kejatuhan Babilon
“berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur
dan membetulkan apa yang salah.” (2 Timotius 3:16) Ya, apa
yang terkandung dalam Bible adalah sesuai untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Bible mencerminkan
pengetahuan yang mendalam tentang sifat semula jadi manusia. Hal ini tidak menghairankan kerana Pengarang Bible,
iaitu Tuhan Yehuwa, merupakan Pencipta kita! Dia memahami cara pemikiran dan perasaan kita, bahkan lebih baik
Bible—Sebuah Buku daripada Tuhan
25
daripada kita. Tambahan pula, Yehuwa tahu apa yang kita
perlukan supaya kita dapat hidup dengan bahagia. Dia juga
tahu perbuatan yang patut kita hindari.
11 Sebagai contoh, mari kita lihat ceramah Yesus yang
dikenali sebagai Ceramah di Atas Bukit seperti yang tercatat di Matius bab 5 hingga bab 7. Dalam ajarannya
yang terkenal ini, Yesus telah membincangkan beberapa topik, termasuk cara untuk mendapat kebahagiaan yang
sejati, cara untuk menyelesaikan pertikaian, cara untuk berdoa, dan cara untuk mempunyai pandangan yang seimbang
tentang kebendaan. Kata-kata Yesus berwibawa dan sesuai
diamalkan dahulu bahkan sekarang juga.
12 Beberapa prinsip dalam Bible menyentuh kehidupan
keluarga, tabiat kerja, dan hubungan dengan orang lain.
Prinsip-prinsip Bible adalah untuk semua lapisan masyarakat dan nasihat Bible pasti membawa manfaat. Mengapakah
hal ini sedemikian? Yehuwa menjawab soalan ini melalui
penubuat Yesaya, ‘Akulah Yehuwa, Tuhan kamu, Aku mengajar kamu apa yang baik bagi kamu.’—Yesaya 48:17.
BUKU YANG MEMPUNYAI NUBUAT
Bible mengandungi nubuat-nubuat, dan banyak antaranya telah digenapi. Marilah kita lihat satu contoh. Melalui
penubuat Yesaya yang tinggal pada abad kelapan SM,
Yehuwa telah menubuatkan bahawa kota Babilon akan dimusnahkan. (Yesaya 13:19; 14:22, 23) Bible mengandungi
butiran yang menunjukkan cara kota itu akan ditawan. Tentera yang menyerang kota Babilon akan mengeringkan
sungai di kota Babilon dan masuk ke dalam kota itu tanpa
bertempur. Menakjubkan, bukan? Tetapi apa yang lebih
13
11, 12. (a) Apakah topik-topik yang dibincangkan oleh Yesus semasa memberikan Ceramah di Atas Bukit? (b) Apakah hal-hal lain yang
dibincangkan dalam Bible, dan mengapakah nasihat Bible tidak ketinggalan zaman?
13. Apakah butiran tentang Babilon yang diilhami Yehuwa kepada penubuat Yesaya?
26
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
menakjubkan ialah penubuat Yesaya telah menyatakan
nama raja yang akan menawan kota Babilon, iaitu Kores.
—Yesaya 44:27–45:2.
14 Kira-kira 200 tahun kemudian, pada malam 5 Oktober
539 SM, satu pasukan tentera berkhemah berdekatan dengan kota Babilon. Siapakah ketua angkatan tentera itu?
Seorang raja Persia yang bernama Kores. Dengan itu, tirai
terbuka bagi penggenapan sebuah nubuat yang mengagumkan. Tetapi dapatkah tentera Kores menawan Babilon tanpa
bertempur, seperti yang telah dinubuatkan?
15 Pada malam itu, orang Babilon sedang berpesta. Mereka berasa selamat kerana kota mereka dilindungi oleh
tembok yang besar. Sementara itu, Kores dengan bijaknya
mengubah haluan air sungai yang mengalir melalui
kota itu. Tidak lama kemudian, paras air sungai menjadi
cukup cetek. Hal ini membolehkan Kores dan tenteranya menyeberangi sungai lalu mendekati tembok kota itu.
Tetapi bagaimanakah tentera Kores memasuki kota itu?
14, 15. Bagaimanakah butiran nubuat Yesaya tentang kota Babilon digenapi?
Bible—Sebuah Buku daripada Tuhan
27
Rupa-rupanya, pada malam itu pintu kota dibiarkan terbuka
dengan tidak sengaja!
16 Mengenai kota Babilon, Bible menubuatkan, “Tiada sesiapa akan tinggal di situ lagi. Tiada pengembara Arab akan
memasang khemahnya di situ, dan tiada gembala akan
membawa domba untuk merumput di situ.” (Yesaya 13:20,
ABB) Bible bukan sekadar menubuatkan kejatuhan kota Babilon, tetapi menunjukkan bahawa kota itu akan menjadi
kawasan terbiar dan tidak akan didiami untuk selamalamanya. Hari ini, anda boleh melihat bukti penggenapan
nubuat ini. Kawasan Babilon kuno terletak kira-kira 80 km
dari Baghdad, Iraq. Kawasan terbiar ini merupakan bukti bahawa kata-kata Yehuwa melalui Yesaya telah digenapi.
Babilon telah dimusnahkan bagaikan disapu bersih dengan
penyapu.—Yesaya 14:22, 23.1
1 Untuk maklumat lanjut tentang nubuat Bible, sila rujuk muka surat 27-29 dalam brosur “Buku bagi Semua Orang” (A Book for All
People) yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.
16. (a) Apakah yang akhirnya terjadi pada Babilon seperti yang
dinubuatkan oleh Yesaya? (b) Bagaimanakah nubuat Yesaya yang menyatakan bahawa kota Babilon akan menjadi kawasan terbiar digenapi?
Puing-puing Babilon
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
28
Apa yang telah kita bincangkan menunjukkan bahawa Bible mempunyai nubuat-nubuat yang boleh dipercayai. Tidakkah hal ini mengukuhkan kepercayaan anda?
Jika Tuhan Yehuwa telah menunaikan janji-janji-Nya pada
masa dahulu, kita tidak mempunyai sebarang alasan untuk meragui sama ada Dia akan menunaikan janji-Nya untuk menjadikan bumi ini sebuah firdaus. (Bilangan 23:19)
Ya, kita mempunyai ‘harapan untuk menerima hidup sejati dan kekal’ kerana ‘Tuhan yang tidak berdusta, telah
menjanjikan hidup itu sebelum permulaan zaman.’—Titus
1:2.1
17
‘FIRMAN TUHAN ITU HIDUP’
Daripada apa yang telah kita pelajari dalam bab ini,
memanglah nyata bahawa Bible merupakan sebuah buku
yang benar-benar unik. Namun, Bible bukan sekadar sebuah buku yang kandungannya selaras, tepat dari segi
sains dan sejarah, mempunyai hikmat yang sesuai diamalkan, dan mengandungi nubuat yang boleh dipercayai. Hawari Paulus menulis, ‘Firman Tuhan itu hidup dan
berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh,
sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum.
18
1 Kemusnahan kota Babilon hanyalah salah satu daripada nubuatnubuat Bible yang telah digenapi. Contoh-contoh lain termasuk
kemusnahan kota Tirus dan kota Niniwe. (Yehezkiel 26:1-5; Zefanya
2:13-15) Selain itu, penubuat Daniel telah menubuatkan turutan kuasa dunia yang akan mengambil alih selepas kerajaan Babilon. Antara
kuasa-kuasa ini ialah gabungan kerajaan Media dan Persia dan kerajaan
Yunani. (Daniel 8:5-7, 20-22) Sila lihat bahagian Lampiran, muka surat
230-231 untuk perbincangan tentang nubuat-nubuat mengenai Mesias yang telah digenapi dalam diri Yesus Kristus.
17. Bagaimanakah penggenapan nubuat Bible mengukuhkan kepercayaan anda?
18. Apakah yang dinyatakan oleh hawari Paulus tentang ‘firman Tuhan’?
Bible—Sebuah Buku daripada Tuhan
29
Firman Tuhan menghakimi fikiran dan niat hati manusia.’
—Ibrani 4:12, ABB.
19 Membaca “firman,” atau mesej Tuhan dalam Bible boleh mengubah kehidupan kita. Bible dapat membantu kita
untuk memeriksa diri kita dengan lebih mendalam. Kita
mungkin mengatakan bahawa kita mengasihi Tuhan, tetapi cara kita menyambut ajaran dalam Firman-Nya boleh
mendedahkan pemikiran dan niat sebenar yang tersemat
di hati.
20 Bible memang merupakan sebuah buku daripada Tuhan. Bible merupakan sebuah buku yang patut dibaca, dipelajari, dan dicintai. Anda boleh menunjukkan bahawa
anda menghargai hadiah ini yang telah diberikan oleh Tuhan dengan terus mempelajari apa yang terkandung dalam
Bible dengan teliti. Seraya anda berbuat demikian, anda
akan memahami tujuan Tuhan bagi umat manusia dengan
lebih mendalam. Apakah tujuan-Nya dan bagaimanakah
tujuan-Nya menjadi kenyataan? Kedua-dua soalan ini akan
dibincangkan dalam bab yang seterusnya.
19, 20. (a) Bagaimanakah Bible membantu anda memeriksa diri?
(b) Bagaimanakah anda boleh menunjukkan bahawa anda menghargai
Bible?
AJARAN BIBLE
ˇ Bible diilhami oleh Tuhan. Oleh itu, Bible adalah tepat dan boleh dipercayai.
—2 Timotius 3:16.
ˇ Maklumat yang terdapat dalam Firman Tuhan
sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian.
—Yesaya 48:17.
ˇ Janji-janji Tuhan yang terdapat dalam Bible
pasti akan ditunaikan.—Bilangan 23:19.
BAB TIGA
Apakah Tujuan Tuhan
bagi Bumi?
Apakah tujuan Tuhan bagi umat manusia?
Bagaimanakah Tuhan dicabar?
Bagaimanakah keadaan hidup di bumi
pada masa hadapan?
TUJUAN Tuhan bagi bumi sangat menakjubkan. Yehuwa
mahu bumi ini dipenuhi dengan manusia yang sihat
dan gembira. Bible menyatakan bahawa Tuhan “membuat
taman di Eden” dan Dia “menumbuhkan segala jenis pokok yang cantik, yang menghasilkan buah-buahan baik.”
Selepas Tuhan menciptakan pasangan manusia yang pertama, iaitu Adam dan Hawa, Dia menempatkan mereka di
taman yang indah itu. Dia memberitahu mereka, “Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak, supaya
keturunan kamu menduduki seluruh muka bumi dan menguasainya.” (Kejadian 1:28; 2:8, 9, 15) Maka, tujuan Tuhan
bagi manusia adalah supaya mereka beranak cucu, memperluas sempadan firdaus ke seluruh bumi, dan menjaga
binatang-binatang.
2 Pada pandangan anda, adakah tujuan Tuhan Yehuwa
bagi manusia untuk tinggal di bumi firdaus akan dicapai?
Tuhan sendiri berkata, “Apa yang Aku firmankan pasti Aku
laksanakan.” (Yesaya 46:9-11; 55:11) Ya, Tuhan pasti akan
1. Apakah tujuan Tuhan bagi bumi?
2. (a) Bagaimanakah kita tahu bahawa tujuan Tuhan bagi bumi akan
terlaksana? (b) Menurut Bible, orang yang macam mana akan hidup di
bumi untuk selama-lamanya?
Apakah Tujuan Tuhan bagi Bumi?
31
melaksanakan apa yang telah ditetapkan oleh-Nya! Dia berkata bahawa Dia tidak menciptakan bumi untuk menjadi
“suatu tempat yang lengang” tetapi “Dia menjadikan bumi
tempat kediaman manusia.” (Yesaya 45:18) Tuhan ingin
orang yang macam mana untuk hidup di bumi? Dia ingin
mereka hidup di bumi untuk berapa lama? Bible menjawab,
“Orang yang salih akan memiliki negeri ini, dan tinggal di
sini selama-lamanya.”—Mazmur 37:29, ABB; Penyingkapan
21:3, 4.
3 Memang jelas, hal ini belum berlaku lagi. Sekarang
orang jatuh sakit dan mati; malah mereka bergaduh dan saling membunuh. Apakah yang telah berlaku? Sudah pasti
Tuhan tidak bertujuan supaya bumi kita mengalami keadaan seperti yang dilihat sekarang! Maka, mengapakah tujuan
Tuhan belum dicapai lagi? Tiada sebarang buku sejarah
yang ditulis oleh manusia boleh menjawab soalan ini kerana masalah ini bermula di syurga.
ASAL USUL MUSUH TUHAN
Buku yang pertama dalam Bible memberitahu kita tentang penentang Tuhan yang muncul di Taman Eden. Dia
dipanggil seekor “ular.” Tetapi penentang itu bukannya seekor binatang. Buku yang terakhir dalam Bible mengenal
pastikannya sebagai “Iblis atau Syaitan, yang menipu seluruh dunia.” Dia juga dikenali sebagai “ular tua.” (Kejadian
3:1; Penyingkapan 12:9) Malaikat, atau makhluk roh yang tidak dapat dilihat ini amat berkuasa. Sepertimana seseorang
dapat menyebabkan suaranya kedengaran seperti datang daripada sebuah patung atau boneka, malaikat tersebut telah
menggunakan seekor ular untuk bercakap kepada Hawa.
4
3. Apakah keadaan menyedihkan yang wujud di bumi sekarang, dan
apakah soalan-soalan yang timbul?
4, 5. (a) Siapakah yang sebenarnya bercakap kepada Hawa melalui seekor ular? (b) Bagaimanakah seorang yang dahulunya baik dan jujur
boleh menjadi seorang pencuri?
32
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Sudah tentu makhluk roh itu hadir semasa Tuhan menyediakan bumi untuk umat manusia.—Ayub 38:4, 7.
5 Apakah asal usul “Iblis” atau “Syaitan”? Secara ringkas,
salah satu malaikat Tuhan yang berkuasa telah menjadikan
dirinya Si Iblis. Bagaimanakah hal ini boleh berlaku memandangkan semua ciptaan Yehuwa adalah sempurna? Kita
sedar bahawa hari ini, seorang yang dahulunya baik dan jujur boleh berubah menjadi seorang pencuri. Bagaimanakah
dia boleh menjadi seorang pencuri? Dia mungkin membenarkan keinginan yang jahat untuk berputik di hatinya. Jika
dia terus berfikir tentang keinginannya, keinginan itu mungkin menjadi sangat kuat. Kemudian jika berkesempatan, dia
mungkin bertindak mengikut keinginan hatinya.—Yakobus
1:13-15.
6 Inilah apa yang telah berlaku kepada Syaitan Si Iblis.
Kemungkinan besar, Syaitan telah mendengar Tuhan memberitahu Adam dan Hawa supaya beranak cucu dan
memenuhi bumi dengan keturunan mereka. (Kejadian 1:27,
28) Mungkin Syaitan telah berfikir, “Buat apa mereka menyembah Tuhan? Mereka boleh menyembah aku!” Dengan
itu, keinginan yang jahat telah berputik di hatinya. Akhirnya, dia telah bertindak. Dia memperdayakan Hawa dengan
bercakap bohong tentang Tuhan. (Kejadian 3:1-5) Maka, dia
menjadi “Iblis,” yang bermaksud “Pemfitnah.” Pada masa
yang sama, dia menjadi “Syaitan,” yang bermaksud “Penentang.”
7 Dengan menggunakan tipu helah, Syaitan Si Iblis telah
menyebabkan Adam dan Hawa mengingkari Tuhan. (Kejadian 2:17; 3:6) Akibatnya, seperti yang telah dikatakan
oleh Tuhan, mereka akhirnya mati. (Kejadian 3:17-19)
Oleh sebab Adam menjadi tidak sempurna apabila dia
berdosa, semua keturunannya pun mewarisi dosa daripada6. Bagaimanakah anak Tuhan yang berkuasa menjadi Syaitan Si Iblis?
7. (a) Mengapakah Adam dan Hawa mati? (b) Mengapakah semua keturunan Adam menjadi tua dan mati?
Apakah Tujuan Tuhan bagi Bumi?
33
nya. (Roma 5:12) Hal ini boleh digambarkan melalui pepatah ini: Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Jika anda
menggunakan acuan yang berlekuk untuk membuat kuih,
bagaimanakah rupa kuih yang akan dihasilkan? Setiap
kuih yang dihasilkan akan mempunyai lekuk, atau ketidaksempurnaan. Dalam cara yang sama, setiap orang telah
mewarisi “lekuk” ketidaksempurnaan daripada Adam. Itulah sebabnya semua manusia menjadi tua dan mati.—Roma
3:23.
8 Semasa Syaitan mempengaruhi Adam dan Hawa untuk
berdosa, dia sebenarnya mengetuai pemberontakan
menentang Tuhan. Dia telah mencabar Yehuwa dan mempersoalkan cara pemerintahan-Nya. Dalam erti kata lain,
Syaitan sedang berkata, “Tuhan ialah pemerintah yang jahat. Dia berdusta dan menahan apa yang baik daripada
umat-Nya. Manusia tidak memerlukan Tuhan untuk memerintah mereka. Mereka boleh memutuskan sendiri apa
yang baik dan apa yang buruk. Mereka akan hidup lebih
bahagia di bawah pemerintahan aku.” Bagaimanakah Tuhan akan menangani dakwaan yang begitu hina? Ada
yang berpendapat bahawa Tuhan harus menghapuskan
sahaja pemberontak-pemberontak ini. Tetapi, adakah dakwaan Syaitan akan dijawab jika Dia berbuat demikian?
Adakah tindakan sedemikian akan membuktikan bahawa
cara pemerintahan Tuhan adalah betul?
9 Oleh sebab keadilan Yehuwa adalah sempurna, Dia tidak menghapuskan pemberontak-pemberontak ini dengan
serta-merta. Dia memutuskan bahawa masa diperlukan
untuk menjawab cabaran Syaitan dalam cara yang memuaskan, dan untuk membuktikan bahawa Si Iblis ialah
pendusta. Oleh yang demikian, Tuhan membuat keputusan
untuk membenarkan manusia memerintah diri sendiri buat
8, 9. (a) Apakah cabaran Syaitan terhadap Yehuwa? (b) Mengapakah
Tuhan tidak menghapuskan pemberontak-pemberontak tersebut dengan serta-merta?
34
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
suatu jangka masa di bawah pengaruh Syaitan. Mengapa Yehuwa berbuat demikian dan mengapa Dia membenarkan
begitu banyak masa untuk berlalu sebelum menyelesaikan
isu-isu ini akan dibincangkan dalam Bab 11 buku ini. Namun, sekarang, kita patut fikirkan tentang hal ini: Patutkah
Adam dan Hawa mempercayai Syaitan yang tidak pernah
melakukan apa-apa yang baik untuk mereka? Patutkah
Jika semua kerajaan di dunia
bukan milik Syaitan, dapatkah dia
menawarkan semua kerajaan itu
kepada Yesus?
Apakah Tujuan Tuhan bagi Bumi?
35
mereka berfikir bahawa Yehuwa, Tuhan yang telah memberikan segala sesuatu kepada mereka, adalah pembohong
yang kejam? Jikalau anda ialah Adam dan Hawa, apakah
yang akan anda lakukan?
10 Adalah baik untuk memikirkan soalan-soalan ini kerana kita semua berdepan dengan isu yang serupa hari ini. Ya,
anda berpeluang untuk menunjukkan bahawa anda berpihak pada Yehuwa seraya Dia menjawab cabaran Syaitan.
Anda boleh menerima Yehuwa sebagai Pemerintah anda
dan membantu membuktikan bahawa Syaitan ialah pendusta. (Mazmur 73:28; Amsal 27:11) Malangnya, hanya
sebilangan kecil daripada berbilion-bilion orang di bumi
memilih untuk berbuat demikian. Hal ini telah menimbulkan satu persoalan penting: Adakah Bible benar-benar
mengajarkan bahawa Syaitan merupakan pemerintah dunia ini?
SIAPAKAH PEMERINTAH DUNIA INI?
Yesus tidak pernah meragui bahawa Syaitan ialah pemerintah dunia ini. Pernah sekali, Syaitan menunjukkan
“semua kerajaan di dunia ini serta segala kekayaannya” kepada Yesus. Syaitan kemudiannya berjanji kepada Yesus,
‘Semua ini akan aku berikan kepadamu, jika engkau sujud
menyembah aku.’ (Matius 4:8, 9; Lukas 4:5, 6) Cuba fikirkan, bolehkah kita katakan bahawa tawaran Syaitan kepada
Yesus adalah suatu godaan jika Syaitan bukan pemerintah
kerajaan-kerajaan ini? Yesus tidak menafikan bahawa semua
kerajaan di dunia merupakan milik Syaitan. Jika Syaitan bukan kuasa di sebalik semua kerajaan ini, Yesus tentu akan
menunjukkan bahawa Syaitan langsung tidak berhak untuk
menawarkan kerajaan-kerajaan ini kepadanya.
11
10. Bagaimanakah anda boleh menunjukkan bahawa anda berpihak
pada Yehuwa seraya Dia menjawab cabaran Syaitan?
11, 12. (a) Bagaimanakah godaan Syaitan terhadap Yesus menunjukkan bahawa Syaitan ialah pemerintah dunia ini? (b) Apakah bukti lain
yang menunjukkan bahawa Syaitan ialah pemerintah dunia ini?
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
36
Memang betul, Yehuwa ialah Tuhan yang maha kuasa. Dia ialah Pencipta alam semesta yang menakjubkan.
(Penyingkapan 4:11) Tetapi, Bible tidak pernah menyatakan
bahawa Tuhan Yehuwa atau Yesus Kristus ialah pemerintah
dunia ini. Malah, Yesus secara khususnya merujuk kepada
Syaitan sebagai “penguasa dunia ini.” (Yohanes 12:31; 14:30;
16:11) Mengenai Syaitan, penentang ini, hawari Yohanes telah menulis, “Seluruh dunia ini di bawah kuasa Iblis.”
—1 Yohanes 5:19.
12
BAGAIMANA DUNIA SYAITAN AKAN
DIMUSNAHKAN
13 Kian lama, dunia kita menjadi kian bahaya. Dunia
kita dibanjiri dengan askar-askar yang berperang, ahli politik yang tidak jujur, pemimpin agama yang munafik, dan
penjenayah yang tidak berhati perut. Keadaan di seluruh dunia sudah tidak dapat diubati. Bible menyingkapkan bahawa
tidak lama lagi, Tuhan akan menghapuskan dunia yang fasiq ini dalam perang-Nya yang dikenali sebagai perang
Armagedon. Dunia kita kemudiannya akan berubah menjadi sebuah dunia baru yang adil benar.—Penyingkapan
16:14-16.
14 Tuhan Yehuwa memilih Yesus Kristus sebagai Pemerintah Kerajaan-Nya di syurga. Bible telah lama menubuatkan,
‘Seorang anak telah dilahirkan bagi kita! Seorang anak lelaki
telah dianugerahkan kepada kita! Dia akan menjadi pemimpin kita. Dia akan disebut “Raja Damai.” Kekuasaannya akan
terus bertambah; pemerintahannya akan sentiasa aman.’
(Yesaya 9:5, 6, ABB) Yesus mengajar pengikut-pengikutnya
untuk berdoa tentang kerajaan atau pemerintahan ini. Dia
berdoa, “Semoga Engkau memerintah di bumi, dan seperti
di syurga, kehendak-Mu ditaati.” (Matius 6:10) Seperti yang
13. Mengapakah kita memerlukan dunia yang baru?
14. Siapakah yang dipilih oleh Tuhan untuk menjadi Pemerintah
Kerajaan-Nya, dan bagaimanakah hal ini telah dinubuatkan?
Apakah Tujuan Tuhan bagi Bumi?
37
akan kita lihat di Bab 8, tidak lama lagi Kerajaan Tuhan
akan memusnahkan semua kerajaan di bumi. Kerajaan Tuhan akan menggantikan semua kerajaan ini. (Daniel 2:44)
Kemudian, Kerajaan Tuhan akan menjadikan bumi sebuah
firdaus.
DUNIA BARU SUDAH DEKAT!
Bible memberikan jaminan berikut: ‘Kita menantikan
apa yang sudah dijanjikan oleh Tuhan, iaitu langit baru dan
bumi baru. Di situ terdapat keadilan.’ (2 Petrus 3:13,
ABB; Yesaya 65:17) Kadangkala apabila perkataan “bumi” digunakan, Bible memaksudkan orang yang hidup di bumi.
(Mazmur 33:8) Maka, “bumi baru” yang adil benar merujuk
kepada masyarakat manusia yang mendapat perkenan Tuhan.
16 Yesus telah berjanji bahawa mereka yang mendapat perkenan Tuhan akan diberikan hadiah ‘kehidupan sejati dan
kekal’ di dunia baru yang bakal datang. (Markus 10:30) Sila
buka Bible anda ke buku Yohanes 3:16 dan 17:3. Sila baca
kata-kata Yesus tentang apa yang mesti kita lakukan untuk
mendapat hidup sejati dan kekal di bumi Firdaus. Sekarang,
fikirkan tentang berkat-berkat yang akan dinikmati oleh
mereka yang layak menerima hadiah itu daripada Tuhan.
17 Kefasiqan, peperangan, jenayah, dan keganasan akan
tiada lagi. “Orang yang jahat akan lenyap . . . Orang yang
rendah hati akan mewarisi negeri ini.” (Mazmur 37:10, 11)
Kedamaian akan wujud kerana Tuhan akan “menghentikan
perang di seluruh dunia.” (Mazmur 46:10; Yesaya 2:4) Selepas itu, “keadilan [akan] berkembang . . . dan kemakmuran
15
15. Apakah maksud “bumi baru”?
16. Apakah hadiah yang tidak ternilai yang akan diberikan oleh Tuhan
kepada mereka yang mendapat perkenan-Nya, dan apakah yang mesti
kita lakukan untuk mendapatkan hadiah itu?
17, 18. Mengapakah kita boleh yakin bahawa keadaan yang damai dan
selamat akan wujud di serata dunia?
38
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
[akan] kekal selama bulan bercahaya.” Hal ini bermaksud
kedamaian akan kekal buat selama-lamanya!—Mazmur 72:7.
18 Penyembah Yehuwa akan hidup dengan selamat. Selagi
orang Israel pada zaman Bible patuh kepada Tuhan, mereka dapat hidup dengan selamat. (Imamat 25:18, 19) Kita juga
akan menikmati keamanan dan keselamatan seperti itu di
Firdaus. Tidakkah hal ini menggembirakan hati kita?—Yesaya 32:18; Mikha 4:4.
19 Kekurangan makanan tidak akan berlaku. “Biji-bijian
[akan] melimpah di seluruh negeri,” nyanyi penulis mazmur. “Bukit-bukit [akan] diliputi tanaman.” (Mazmur 72:16)
Tuhan Yehuwa akan memberkati mereka yang adil benar,
dan bumi akan “mengeluarkan hasilnya.”—Mazmur 67:7.
20 Seluruh bumi akan menjadi sebuah firdaus. Tanah yang
dahulunya dirosakkan oleh manusia yang berdosa akan dipenuhi dengan kediaman baru dan taman yang indah nian.
(Yesaya 65:21-24; Penyingkapan 11:18) Sambil masa berlalu, kawasan-kawasan di bumi yang telah diusahakan akan
diperluas sehingga seluruh bumi menjadi cantik dan subur
seperti Taman Eden. Tuhan pasti akan ‘memberikan segala
keperluan kepada makhluk ciptaan-Nya sehingga tidak berkekurangan.’—Mazmur 145:16.
21 Manusia dan binatang akan hidup damai. Binatang
yang liar dan binatang yang jinak akan makan bersamasama. Bahkan seorang budak kecil pun tidak perlu takut
akan binatang yang sekarang dianggap sebagai binatang
yang berbahaya.—Yesaya 11:6-9; 65:25.
22 Penyakit akan lenyap. Sebagai Pemerintah Kerajaan
19. Mengapakah kita tahu bahawa makanan akan berlimpah-limpah di
dunia baru Tuhan?
20. Mengapakah kita boleh pasti bahawa seluruh bumi akan menjadi
sebuah firdaus?
21. Bagaimanakah kita tahu bahawa kedamaian antara manusia dan binatang akan wujud?
22. Apakah yang akan terjadi kepada penyakit?
40
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Tuhan di syurga, Yesus akan melakukan penyembuhan secara meluas dan besar-besaran, bahkan lebih luas daripada apa
yang telah dilakukannya semasa di bumi. (Matius 9:35; Markus 1:40-42; Yohanes 5:5-9) Pada masa itu, tiada sesiapa pun
yang “akan mengeluh kerana sakit.”—Yesaya 33:24; 35:5, 6.
23 Orang tersayang yang telah mati akan dibangkitkan dan
diberi peluang untuk hidup selama-lamanya. Semua orang
yang telah mati dan yang ada dalam ingatan Tuhan akan
dibangkitkan. Ya, Bible menyatakan bahawa “orang akan dibangkitkan daripada kematian—orang baik, mahupun
orang jahat!”—Kisah 24:15; Yohanes 5:28, 29.
24 Masa depan yang cerah menantikan kita! Jika kita memilih untuk mempelajari tentang Pencipta Agung kita, iaitu
Tuhan Yehuwa, dan berkhidmat kepada-Nya, kita dapat menikmati masa depan yang menakjubkan! Yesus merujuk
kepada bumi Firdaus yang bakal datang semasa dia berjanji kepada penjahat yang mati di sebelahnya, ‘Kamu akan
bersama-sama aku di Firdaus.’ (Lukas 23:43) Memang penting bagi kita mempelajari lebih banyak tentang Yesus
Kristus kerana melalui dia berkat-berkat ini akan menjadi kenyataan.
23. Mengapakah pembangkitan akan menggembirakan hati kita?
24. Apakah perasaan anda apabila anda berfikir tentang kehidupan di
bumi Firdaus?
AJARAN BIBLE
ˇ Tujuan Tuhan untuk menjadikan bumi sebuah
firdaus akan tercapai.—Yesaya 45:18; 55:11.
ˇ Syaitan Si Iblis sedang memerintah dunia ini.
—Yohanes 12:31; 1 Yohanes 5:19.
ˇ Dalam dunia baru yang akan datang, Tuhan
akan mencucuri umat manusia dengan banyak
berkat.—Mazmur 37:10, 11, 29.
BAB EMPAT
Siapakah Yesus Kristus?
Apakah peranan penting yang dimainkan
oleh Yesus?
Dia berasal dari mana?
Apakah keperibadiannya?
DUNIA ini mempunyai ramai orang yang terkenal. Ada yang
terkenal di peringkat masyarakat, bandar, atau negara sendiri. Ada pula yang ternama di serata dunia. Namun, sekadar
mengetahui nama orang yang terkenal tidak bermakna
anda benar-benar mengenalinya kerana anda tidak tahu latar
belakang dan keperibadiannya.
2 Walaupun Yesus Kristus hidup di bumi kira-kira 2,000
tahun dahulu, ramai orang di serata dunia pernah mendengar tentangnya. Namun, ramai orang keliru akan identiti
Yesus yang sebenar. Ada yang berkata bahawa dia cuma seorang lelaki yang baik. Ada pula yang berpendapat bahawa
dia hanya seorang penubuat. Yang lain pula percaya bahawa
Yesus ialah Tuhan dan patut disembah. Patutkah dia disembah?
3 Adalah penting untuk anda mengetahui kebenaran tentang Yesus. Mengapa? Sebab Bible menyatakan, ‘Jika orang
mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka
mendapat hidup sejati dan kekal.’ (Yohanes 17:3, ABB) Ya,
1, 2. (a) Mengapakah sekadar mengetahui seseorang yang terkenal
tidak bermaksud anda benar-benar mengenalinya? (b) Apakah kekeliruan yang wujud tentang Yesus?
3. Mengapakah penting bagi anda untuk mengetahui kebenaran tentang Yesus?
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
jika anda mengetahui kebenaran tentang Tuhan Yehuwa dan Yesus Kristus,
anda berpeluang untuk menikmati kehidupan
yang kekal di firdaus di bumi. (Yohanes 14:6) Tambahan pula, Yesus telah menetapkan teladan yang terbaik
tentang cara untuk menjalani kehidupan dan melayan
orang lain. (Yohanes 13:34, 35) Di dalam bab pertama, kita
telah membincangkan kebenaran tentang Tuhan. Sekarang,
marilah kita bincangkan apa sebenarnya yang diajarkan dalam Bible mengenai Yesus Kristus.
4
MESIAS YANG TELAH DIJANJIKAN
Lama sebelum Yesus dilahirkan, Bible telah me-
4. Apakah maksud gelaran “Mesias” dan “Kristus”?
Semasa pembaptisannya,
Yesus menjadi Mesias,
atau Kristus
Siapakah Yesus Kristus?
43
nubuatkan kedatangan seorang individu yang akan diutus
oleh Tuhan sebagai Mesias, atau Kristus. Gelaran “Mesias”
(daripada perkataan Ibrani) dan “Kristus” (daripada perkataan Yunani) bermaksud “Individu Yang Terurap.” Individu
yang telah dijanjikan ini akan diurapi, iaitu dilantik oleh
Tuhan untuk menjalankan tugas yang istimewa. Dalam babbab yang seterusnya, kita akan belajar dengan lebih lanjut
tentang peranan penting yang dimainkan oleh Mesias dalam penunaian janji-janji Tuhan. Kita juga akan belajar
tentang berkat-berkat yang dibawa oleh Yesus pada masa sekarang. Sebelum Yesus dilahirkan, ramai orang tentu ingin
tahu siapa yang akan menjadi Mesias.
5 Pada abad pertama Masihi, murid-murid Yesus penuh
yakin bahawa Yesus yang berasal dari Nasaret merupakan Mesias yang telah dinubuatkan. (Yohanes 1:41) Salah
seorang muridnya yang bernama Simon Petrus berkata
kepada Yesus secara terang-terangan, “Guru ialah Kristus.” (Matius 16:16, nota kaki) Namun, bagaimanakah
murid-murid Yesus—dan kita—boleh yakin bahawa Yesus
benar-benar ialah Mesias yang telah dijanjikan?
6 Penubuat-penubuat Tuhan yang hidup sebelum zaman Yesus telah menubuatkan banyak butiran tentang
Mesias. Butiran-butiran ini boleh membantu orang lain untuk mengenal pasti identitinya. Sebagai contoh, bayangkan
bahawa anda diminta untuk menjemput seseorang di perhentian bas yang sibuk, stesen kereta api, atau lapangan
terbang. Tetapi anda tidak pernah bertemu dengannya. Tidakkah anda setuju bahawa jika anda diberi butiran tentang
orang itu, anda dapat mengecamnya dengan lebih senang? Dalam cara yang sama, seperti yang dicatatkan
oleh penubuat-penubuat dalam Bible, Yehuwa telah memberikan gambaran yang terperinci tentang apa yang akan
5. Berkenaan Yesus, murid-muridnya penuh yakin tentang apa?
6. Berikan contoh yang menunjukkan bagaimana Yehuwa membantu
mereka yang setia untuk mengenal pasti identiti Mesias.
44
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
dilakukan oleh Mesias dan apa yang akan dialaminya. Penggenapan nubuat-nubuat ini akan membantu mereka yang
setia untuk mengenal pasti identiti Mesias dengan jelas.
7 Mari kita lihat dua contoh. Pertama, lebih daripada 700
tahun sebelum nubuat ini digenapi, penubuat Mikha telah menubuatkan bahawa Mesias yang dijanjikan itu akan
dilahirkan di Betlehem, iaitu sebuah bandar yang kecil di
Yehuda. (Mikha 5:1) Jadi, di manakah Yesus dilahirkan? Ya,
di bandar Betlehem! (Matius 2:1, 3-10) Nubuat yang kedua
dicatatkan di Daniel 9:25 berabad-abad sebelum digenapi.
Nubuat ini dengan jelasnya menunjukkan bila Mesias akan
muncul, iaitu pada tahun 29 M.1 Penggenapan nubuatnubuat ini dan juga nubuat-nubuat lain membuktikan
bahawa Yesus ialah Mesias yang telah dijanjikan.
8 Bukti lanjut yang menunjukkan bahawa Yesus ialah Mesias menjadi jelas pada penghujung tahun 29 M. Pada tahun
itu, Yesus telah dibaptiskan oleh Yohanes Pembaptis di Sungai Yordan. Yehuwa telah berjanji kepada Yohanes bahawa
Dia akan memberikan satu tanda supaya Yohanes dapat mengenal pasti Mesias. Yohanes nampak tanda itu semasa
pembaptisan Yesus. Bible menyatakan apa yang berlaku
pada masa itu, ‘Setelah Yesus dibaptis, dia keluar dari air sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Yesus nampak roh
Tuhan turun seperti burung merpati ke atasnya. Kemudian
terdengar suara Tuhan berfirman, “Inilah Anak-Ku yang
Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku.” ’ (Matius 3:16, 17,
ABB) Selepas melihat dan mendengar apa yang telah berlaku, Yohanes tidak meragui bahawa Yesus diutus oleh Tuhan.
(Yohanes 1:32-34) Pada masa itu, semasa roh Tuhan, atau
1 Untuk penjelasan bagi penggenapan nubuat Daniel mengenai Yesus, sila rujuk bahagian Lampiran, muka surat 228-229.
7. Apakah dua nubuat berkenaan Yesus yang telah digenapi?
8, 9. Apakah yang menunjukkan bahawa Yesus ialah Mesias semasa
dia dibaptiskan?
Siapakah Yesus Kristus?
45
daya aktif-Nya, dicurahkan pada Yesus, dia menjadi Mesias,
atau Kristus, yang telah dilantik oleh Tuhan untuk menjadi
Pemimpin dan Raja.—Yesaya 55:4.
9 Penggenapan nubuat Bible dan kesaksian yang diberikan oleh Tuhan Yehuwa jelas menunjukkan bahawa Yesus
ialah Mesias yang telah dijanjikan. Selain itu, Bible juga
menjawab dua lagi soalan penting tentang Yesus Kristus: Dia
berasal dari mana? Dan apakah keperibadiannya?
YESUS BERASAL DARI MANA?
Bible mengajar kita bahawa Yesus tinggal di syurga sebelum dia datang ke bumi. Mikha menubuatkan bahawa
Mesias akan dilahirkan di Betlehem dan asal usulnya
bermula dari zaman purba. (Mikha 5:1) Pada banyak kesempatan, Yesus sendiri telah mengatakan bahawa dia
pernah tinggal di syurga sebelum dilahirkan sebagai seorang manusia. (Yohanes 3:13; 6:38, 62; 17:4, 5) Sebagai
makhluk roh di syurga, Yesus mempunyai hubungan yang
istimewa dengan Yehuwa.
11 Yesus ialah Anak yang paling disayangi oleh Yehuwa. Dia dipanggil Anak Tuhan yang sulung, kerana dia
merupakan ciptaan Tuhan yang pertama.1 (Amsal 8:22) Terdapat sebab lain yang menjadikan Anak ini istimewa.
Yesus ialah “Anak-Nya yang tunggal.” Hal ini bermaksud Yesus ialah satu-satunya Anak yang diciptakan oleh
Tuhan sendiri. (Yohanes 3:16) Yesus juga ialah satu-satunya
10
1 Yehuwa dikenali sebagai seorang Bapa kerana Dia ialah Pencipta.
(Yesaya 64:8) Oleh sebab Yesus diciptakan oleh Tuhan, dia dikenali sebagai Anak Tuhan. Dalam cara yang sama, makhluk roh yang lain serta manusia pertama yang bernama Adam juga dipanggil anak-anak Tuhan.—Lukas 3:38.
10. Apakah yang diajarkan dalam Bible tentang kewujudan Yesus sebelum dia datang ke bumi?
11. Bagaimanakah Bible menunjukkan bahawa Yesus ialah Anak yang
paling disayangi oleh Yehuwa?
46
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
individu yang digunakan oleh Tuhan untuk menciptakan
segala sesuatu. (Kolose 1:16) Selain itu, Yesus dikenali
sebagai “Firman.” (Yohanes 1:14) Hal ini memberitahu
kita bahawa dia memainkan peranan sebagai jurucakap
Bapanya. Dia menyampaikan pesanan dan arahan Tuhan kepada anak-anak-Nya yang lain di syurga dan di bumi.
12 Sesetengah orang percaya bahawa Anak Sulung Tuhan
adalah setara dengan Tuhan. Adakah pernyataan ini benar?
Tidak. Pernyataan ini tidak berasaskan Bible. Seperti yang telah kita lihat dalam perenggan sebelum ini, Anak telah
diciptakan oleh Tuhan. Maka, dia mempunyai permulaan
tetapi Tuhan Yehuwa tidak mempunyai permulaan atau kesudahan. (Mazmur 90:2) Tidak pernah terlintas di hati Anak
Tunggal Tuhan untuk menjadi setara dengan Bapanya. Bible dengan jelasnya mengajar kita bahawa Bapa adalah
lebih agung daripada Anak. (Yohanes 14:28; 1 Korintus 11:3)
Hanya Yehuwa ialah ‘Tuhan Yang Maha Kuasa.’ (Kejadian
17:1) Maka, tiada sesiapa pun yang setara dengan Yehuwa.1
13 Lama sebelum bumi dan langit diciptakan, Yehuwa dan
Anak Sulung-Nya telah menikmati perhubungan yang erat
selama berbilion-bilion tahun. Sudah tentu, ikatan kasih
mereka utuh sekali! (Yohanes 3:35; 14:31) Anak kesayangan ini adalah seperti Bapanya. Itulah sebabnya Bible
menyatakan bahawa Anak ini ‘merupakan gambaran Tuhan.’ (2 Korintus 4:4) Ya, bak kata pepatah “bapa borek anak
rintik.” Selalunya, seorang anak mempunyai banyak persamaan dengan bapanya. Dalam cara yang sama, Anak ini
juga mencerminkan sifat dan keperibadian Bapanya.
1 Untuk bukti lanjut yang menunjukkan bahawa Anak Sulung Tuhan tidak setara dengan Tuhan, sila rujuk muka surat 232-234 di bahagian Lampiran.
12. Bagaimanakah kita tahu bahawa Anak Sulung Tuhan tidak setara
dengan Tuhan?
13. Mengenai Anak ini, apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan
Bible yang menyatakan bahawa dia ‘merupakan gambaran Tuhan’?
Siapakah Yesus Kristus?
47
Anak Tunggal Yehuwa meninggalkan syurga dengan
rela hati dan turun ke bumi untuk hidup sebagai seorang
manusia. Tetapi, mungkin anda bertanya, “Bagaimanakah
makhluk roh dapat dilahirkan sebagai seorang manusia?”
Yehuwa telah melakukan satu mukjizat agar hal ini dapat
berlaku. Dia telah memindahkan nyawa Anak-Nya yang
sulung dari syurga ke dalam rahim seorang dara Yahudi
yang bernama Maria. Yesus tidak mempunyai seorang
bapa manusia. Oleh itu, Maria melahirkan seorang anak
lelaki yang sempurna dan menamakannya Yesus.—Lukas
1:30-35.
14
APAKAH KEPERIBADIAN YESUS?
Apa yang telah dikatakan dan dilakukan oleh Yesus semasa di bumi membantu kita untuk mengenalinya dengan
lebih mendalam. Malahan, kita bukan sahaja akan lebih
mengenali Yesus, tetapi kita akan lebih mengenali Yehuwa
juga. Mengapa? Hal ini adalah kerana Anak ini mencerminkan Bapanya dengan sempurna. Itulah sebabnya Yesus
memberitahu salah seorang muridnya, ‘Orang yang sudah melihat aku, sudah melihat Bapa.’ (Yohanes 14:9)
Empat buah buku di dalam Bible, iaitu buku Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes banyak memberitahu kita tentang
kehidupan, sifat-sifat, dan aktiviti yang dilakukan oleh Yesus
Kristus.
16 Yesus dikenali ramai sebagai “Guru.” (Yohanes 1:38)
Apakah yang diajarkan olehnya? Mesej utamanya ialah berita baik tentang Kerajaan Tuhan. Kerajaan yang terletak
di syurga ini akan memerintah seluruh bumi dan membawa berkat yang tiada kesudahan kepada umat manusia yang
15
14. Bagaimanakah Anak Tunggal Yehuwa dilahirkan sebagai seorang
manusia?
15. Mengapakah kita boleh mengatakan bahawa jika kita lebih mengenali Yesus, kita akan lebih mengenali Yehuwa juga?
16. Apakah mesej utama Yesus, dan ajarannya berdasarkan ajaran
siapa?
Yesus menjalankan kerja penyebaran di
mana-mana sahaja orang dapat dijumpai
patuh kepada Tuhan. (Matius 4:23, nota kaki) Mesej ini merupakan mesej siapa? Yesus menjawab, ‘Yang aku ajarkan ini
bukan ajaranku, melainkan ajaran Dia yang mengutus aku.’
Ya, Yehuwalah yang mengutus Yesus. (Yohanes 7:16) Yesus tahu bahawa Bapanya ingin umat manusia mendengar
berita baik Kerajaan Tuhan. Dalam Bab 8, kita akan belajar
dengan lebih lanjut tentang Kerajaan Tuhan dan apa yang
akan dilaksanakan oleh kerajaan ini.
17 Di manakah Yesus mengajar? Dia mengajar di kawasan luar bandar, kota, kampung, pasar, rumah orang,
atau di mana-mana sahaja orang dapat dijumpai. Yesus tidak
mengharapkan orang untuk datang kepadanya. Sebaliknya
dia pergi mencari orang untuk mengajar mereka. (Markus
6:56; Lukas 19:5, 6) Mengapakah Yesus bersusah payah dan
meluangkan banyak masa untuk menjalankan kerja penyebaran dan mengajar orang ramai? Kerana itulah kehendak
17. Di manakah Yesus mengajar, dan mengapakah dia bersusah payah
dan meluangkan banyak masa untuk mengajar orang lain?
49
Tuhan baginya dan Yesus selalu melakukan kehendak Bapanya. (Yohanes 8:28, 29) Selain itu, Yesus menjalankan
kerja penyebaran kerana didorong oleh satu lagi sebab: Dia mengasihani orang ramai yang datang kepadanya.
(Matius 9:35, 36) Mereka diabaikan oleh pemimpin agama yang sepatutnya mengajarkan kebenaran tentang Tuhan
dan tujuan-Nya kepada mereka. Yesus tahu bahawa mereka
amat memerlukan berita baik tentang Kerajaan Tuhan.
18 Yesus merupakan seorang yang mesra, berhati lembut, penuh perasaan, dan baik hati. Maka ramai orang
dapat mendekatinya dengan senang, bahkan kanak-kanak
juga berasa selesa dengannya. (Markus 10:13-16) Yesus
tidak berat sebelah. Dia benci akan penipuan dan ketidakadilan. (Matius 21:12, 13) Pada masa itu, kaum wanita
kurang dihormati dan hak mereka sering dicabuli, tetapi
Yesus menghormati mereka. (Yohanes 4:9, 27) Yesus benar-benar rendah hati. Pernah sekali, dia mencuci kaki
18. Apakah sifat-sifat Yesus yang paling menarik perhatian anda?
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
50
hawari-hawarinya walaupun tugas itu biasanya dilakukan
oleh seorang hamba yang bertaraf rendah.
19 Yesus peka terhadap keperluan orang lain. Hal ini
terbukti terutamanya semasa dia melakukan mukjizatmukjizat untuk menyembuhkan orang dengan bantuan
daya aktif Tuhan. (Matius 14:14) Sebagai contoh, seorang lelaki yang berpenyakit kusta datang berjumpa Yesus. “Tuan,
jika tuan sudi,” katanya, “tuan dapat menyembuhkan
saya.” Yesus mengasihaninya. Dia merasai kesakitan dan
penderitaan lelaki itu, lalu dia menghulurkan tangannya dan menyentuh lelaki itu sambil berkata, “Aku mahu,
sembuhlah!” Maka sembuhlah lelaki itu. (Markus 1:40-42)
Dapatkah anda bayangkan betapa gembiranya lelaki itu?
TETAP SETIA HINGGA AKHIR
Yesus menetapkan teladan yang terbaik bagi kita; dia
taat setia dan patuh kepada Tuhan. Dia tetap setia kepada Bapanya di syurga walaupun dia terpaksa menempuh pelbagai
keadaan dan segala macam tentangan dan penderitaan. Yesus berjaya menolak godaan Syaitan dengan tegas. (Matius
4:1-11) Pada suatu masa dahulu, saudara-mara Yesus tidak
menaruh kepercayaan kepadanya. Malah mereka berkata,
“Dia sudah gila!” (Markus 3:21) Tetapi, Yesus tidak dipengaruhi oleh mereka; dia tetap melaksanakan kerja Tuhan.
Walaupun dihina dan dimaki, Yesus tetap menunjukkan kawalan diri yang terpuji. Dia tidak pernah mencuba untuk
mengapa-apakan penentangnya.—1 Petrus 2:21-23.
21 Walaupun Yesus dibunuh dengan zalim dan kejam
oleh musuh-musuhnya, dia tetap setia kepada Yehuwa sehingga mati. (Filipi 2:8) Cuba bayangkan apa yang telah
dialaminya pada hari terakhir dalam kehidupannya seba20
19. Apakah contoh yang menunjukkan bahawa Yesus peka akan keperluan orang lain?
20, 21. Bagaimanakah Yesus menetapkan teladan dalam menunjukkan ketaatsetiaan dan kepatuhan kepada Tuhan?
Siapakah Yesus Kristus?
51
gai seorang manusia. Dia telah ditahan, dituduh oleh
saksi-saksi palsu, disabit bersalah oleh hakim-hakim yang
tidak adil, dipersendakan oleh ramai orang, dan diseksa
oleh askar-askar. Akhirnya, dia dipaku pada sebatang tiang.
Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir lalu berkata,
“Sudah selesai!” (Yohanes 19:30) Tetapi, pada hari ketiga
selepas Yesus mati, Bapanya di syurga membangkitkannya.
(1 Petrus 3:18) Beberapa minggu kemudian, Yesus kembali ke syurga. Di sana, ‘dia duduk di sebelah kanan Tuhan’
sambil menantikan masanya untuk menerima kuasa sebagai raja.—Ibrani 10:12, 13.
22 Dengan mengekalkan kesetiaannya sehingga mati,
apakah yang dilaksanakan oleh Yesus? Kematian Yesus telah membuka peluang kepada kita untuk menikmati
kehidupan abadi di firdaus di bumi. Hal ini adalah selaras dengan tujuan asal Yehuwa. Bab yang seterusnya akan
membincangkan bagaimana kematian Yesus memungkinkan hal ini.
22. Dengan mengekalkan kesetiaannya sehingga mati, apakah yang
dilaksanakan oleh Yesus?
AJARAN BIBLE
ˇ Penggenapan nubuat Bible dan kesaksian
yang diberikan oleh Tuhan jelas menunjukkan
bahawa Yesus ialah Mesias, atau Kristus.
—Matius 16:16, nota kaki.
ˇ Sebelum Yesus datang ke bumi, dia telah hidup
di syurga sebagai makhluk roh untuk masa
yang sangat lama.—Yohanes 3:13.
ˇ Yesus merupakan seorang guru yang mesra
dan berhati lembut. Dia juga menetapkan
teladan yang sempurna dalam kepatuhannya
kepada Tuhan.—Matius 9:35, 36.
BAB LIMA
Tebusan
—Kurniaan Terunggul
daripada Tuhan
Apakah itu tebusan?
Bagaimanakah tebusan disediakan?
Apakah manfaat tebusan bagi anda?
Bagaimanakah anda boleh menunjukkan
penghargaan bagi tebusan?
APAKAH hadiah paling berharga yang pernah anda terima? Sebuah hadiah tidak semestinya mahal untuk
dianggap sebagai pemberian yang berharga. Hal ini adalah kerana nilai sebenar sebuah hadiah tidak dihitung
dengan menggunakan wang ringgit. Sebaliknya, jika sebuah hadiah membawa kebahagiaan atau memenuhi
keperluan hidup anda, anda tentu menganggap hadiah
itu sebagai hadiah yang sangat bernilai.
2 Terdapat sebuah hadiah yang nilainya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana hadiah yang mungkin anda
terima. Hadiah ini merupakan hadiah daripada Tuhan
untuk manusia. Yehuwa telah memberi kita banyak kurniaan, tetapi hadiah terunggul yang diberikan oleh-Nya
ialah korban tebusan Anak-Nya, Yesus Kristus. (Matius
20:28) Seperti apa yang akan kita pelajari dalam bab
ini, tebusan merupakan hadiah yang paling bernilai
1, 2. (a) Bilakah sebuah hadiah boleh dianggap sebagai hadiah yang
sangat bernilai? (b) Mengapakah boleh dikatakan bahawa tebusan merupakan hadiah paling bernilai yang dapat anda terima?
Tebusan—Kurniaan Terunggul daripada Tuhan
53
yang dapat anda terima. Tebusan boleh membuka jalan kepada anda untuk menikmati kebahagiaan yang
tidak terhingga dan memenuhi keperluan anda yang
terpenting. Tebusan ialah bukti terbesar bahawa Yehuwa
mengasihi anda.
APAKAH ITU TEBUSAN?
Secara ringkas, tebusan ialah pemberian Yehuwa untuk membebaskan atau menyelamatkan manusia
daripada dosa dan kematian. (Efesus 1:7) Untuk memahami ajaran Bible ini, kita perlu merenung kembali apa
yang telah berlaku di Taman Eden. Kita hanya dapat
menghayati mengapa tebusan merupakan pemberian
yang begitu bernilai jika kita memahami apa yang telah
dihilangkan oleh Adam semasa dia berdosa.
4 Semasa menciptakan Adam, Yehuwa telah memberikannya sesuatu yang benar-benar berharga, iaitu
kehidupan yang sempurna. Apakah yang dapat dinikmati oleh Adam dengan tubuh dan mindanya yang
sempurna? Dia tidak akan jatuh sakit, menjadi tua,
atau mati. Sebagai manusia yang sempurna, dia mempunyai hubungan yang istimewa dengan Yehuwa. Bible
menyatakan bahawa Adam ialah ‘anak Tuhan.’ (Lukas 3:
38) Oleh itu, Adam menikmati hubungan yang akrab
dengan Tuhan Yehuwa. Hubungan mereka bagaikan hubungan seorang anak dengan bapanya yang penyayang.
Yehuwa berkomunikasi dengan Adam yang berada di
bumi, dan memberi anak-Nya ini kerja-kerja yang memuaskan hati. Yehuwa juga memberitahu Adam apa
yang dikehendaki-Nya daripada Adam.—Kejadian 1:2830; 2:16, 17.
3
3. Apakah itu tebusan, dan apakah yang perlu kita faham untuk menghargai pemberian yang bernilai ini?
4. Apakah yang dapat dinikmati oleh Adam dengan kehidupannya
yang sempurna?
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
54
Yehuwa telah menciptakan Adam “seperti diri-Nya
sendiri.” (Kejadian 1:27) Hal ini tidak bermaksud bahawa rupa Adam adalah sama dengan rupa Tuhan. Seperti
yang telah kita pelajari dalam Bab 1, kita tidak dapat melihat Yehuwa kerana dia merupakan individu roh.
(Yohanes 4:24) Yehuwa tidak berdarah daging seperti
manusia. Apabila Bible menyatakan bahawa Yehuwa telah menciptakan Adam seperti diri-Nya sendiri, apa
yang dimaksudkan ialah Adam diciptakan dengan sifatsifat yang dimiliki oleh Tuhan. Antara sifat-sifat yang
dimaksudkan ialah kasih, kebijaksanaan, keadilan, dan
kuasa. Adam juga mirip dengan Bapanya dalam satu lagi
cara yang penting, iaitu dia mempunyai kebebasan untuk memilih. Maka, Adam tidak diciptakan seperti robot
yang tidak berakal yang hanya boleh melakukan apa
yang diarahkan. Sebaliknya, dia boleh membuat keputusan sendiri. Dia boleh memilih untuk melakukan apa
yang betul atau salah. Jikalau dia memilih untuk mematuhi Tuhan, dia dapat hidup selama-lamanya di bumi
Firdaus.
6 Adam telah membayar harga yang tinggi untuk
dosanya. Oleh sebab dia mengingkari Tuhan, Adam dijatuhkan hukuman mati dan kehilangan nyawanya yang
sempurna serta semua berkat yang datang seiringan.
(Kejadian 3:17-19) Malangnya, bukan Adam sahaja yang
kehilangan kehidupan yang sempurna. Semua keturunannya juga kehilangan kehidupan yang sempurna.
Firman Tuhan menyatakan, “Dosa masuk ke dalam dunia melalui satu orang [Adam], dan dosa orang itu
membawa kematian. Akibatnya maut menjangkiti segenap umat manusia, kerana semua orang berdosa.”
5
5. Apakah yang dimaksudkan apabila Bible menyatakan bahawa Yehuwa telah menciptakan Adam “seperti diri-Nya sendiri”?
6. Semasa Adam mengingkari Tuhan, dia kehilangan apa, dan bagaimanakah hal ini melibatkan keturunannya juga?
Tebusan—Kurniaan Terunggul daripada Tuhan
55
(Roma 5:12, ABB) Ya, kita semua telah mewarisi dosa daripada Adam. Oleh itu, Bible menyatakan bahawa Adam
dan keturunannya telah “dijual sebagai hamba kepada
dosa” dan kematian. (Roma 7:14) Adam dan Hawa telah kehilangan harapan untuk hidup selama-lamanya
kerana mereka sengaja mengingkari Tuhan. Tetapi bagaimana pula dengan keturunan mereka, termasuk kita?
7 Yehuwa menyelamatkan manusia dengan menyediakan tebusan. Apakah yang dimaksudkan dengan
perkataan “tebusan”? Tebusan melibatkan dua perkara.
Pertama, tebusan ialah harga yang dibayar untuk membebaskan seseorang atau membeli sesuatu kembali. Hal
ini adalah seperti harga yang dibayar untuk membebaskan tawanan perang atau mangsa penculikan. Kedua,
tebusan merujuk kepada harga untuk membayar kos sesuatu, seperti wang yang dibayar sebagai ganti rugi
kerana melukai seseorang atau merosakkan sesuatu. Sebagai contoh, jika seseorang bertanggungjawab atas
suatu kemalangan, dia harus membayar pampasan yang
setimpal atau yang sama nilainya dengan apa yang telah
dirosakkan olehnya.
8 Tetapi, apakah yang dapat menggantikan kerugian
besar yang telah didatangkan oleh Adam kepada kita
semua? Dan bagaimanakah kita dapat dibebaskan daripada cengkaman dosa dan kematian? Marilah kita
bincangkan tentang tebusan yang telah disediakan oleh
Yehuwa dan manfaat yang dibawa oleh tebusan ini untuk anda.
BAGAIMANA YEHUWA MENYEDIAKAN TEBUSAN
9 Apa yang telah dihilangkan oleh Adam ialah nyawa
7, 8. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “tebusan”?
9. Apakah yang dapat menebus kembali nyawa sempurna yang telah
dihilangkan oleh Adam?
56
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
yang sempurna. Oleh itu, tiada seorang insan pun di
bumi yang dapat menebus kembali apa yang dihilangkan kerana kita semua tidak sempurna. (Mazmur 49:
8, 9) Apa yang diperlukan ialah tebusan yang sama nilai
dengan apa yang telah dihilangkan. Hal ini adalah selaras dengan prinsip keadilan sempurna yang terdapat
dalam Firman Tuhan: “Nyawa ganti nyawa.” (Ulangan
19:21) Apakah yang dapat menggantikan nyawa sempurna yang telah dihilangkan oleh Adam? Nyawa seorang
lagi manusia yang sempurna diperlukan.—1 Timotius
2:6.
10 Bagaimanakah Yehuwa menyediakan tebusan? Dia
mengutus salah seorang anak-Nya yang sempurna
dari syurga ke bumi. Tetapi, Yehuwa tidak mengutus mana-mana makhluk roh di syurga secara rawak.
Dia mengutus Anak Tunggal-Nya, iaitu Anak-Nya yang
paling disayangi. (1 Yohanes 4:9, 10) Anak ini telah
meninggalkan kediamannya di syurga dengan rela hati.
(Filipi 2:7) Seperti yang telah kita pelajari dalam bab sebelum ini, Yehuwa telah melakukan mukjizat dengan
memindahkan nyawa Anak-Nya ke dalam rahim Maria.
Melalui daya aktif Tuhan, Yesus dilahirkan sebagai seorang manusia yang sempurna. Dia tidak tertakluk pada
hukuman mati akibat dosa.—Lukas 1:35.
11 Bagaimanakah seorang manusia dapat menjadi tebusan untuk jutaan orang? Tanyalah diri anda, pada
mulanya bagaimanakah manusia menjadi pendosa? Jika
anda masih ingat, Adam telah kehilangan nyawanya
yang sempurna semasa dia berdosa. Oleh itu, dia tidak
dapat mewariskan kesempurnaan kepada keturunannya.
Sebaliknya, dia hanya dapat mewariskan dosa dan ke10. Bagaimanakah Yehuwa menyediakan tebusan?
11. Bagaimanakah seorang manusia dapat menjadi tebusan untuk jutaan orang?
Tebusan—Kurniaan Terunggul daripada Tuhan
57
matian. Tetapi, Yesus memiliki nyawa yang sempurna
dan dia tidak pernah berdosa. Dalam Bible, Yesus dikenali sebagai “Adam yang terakhir.” (1 Korintus 15:45)
Mengapa? Hal ini adalah kerana Yesus telah menggantikan tempat Adam untuk menyelamatkan kita. Dia patuh
kepada Tuhan dan telah mengorbankan nyawanya yang
sempurna untuk dijadikan tebusan bagi membayar dosa
Adam. Dengan demikian, Yesus telah menawarkan harapan kepada keturunan Adam.—Roma 5:19; 1 Korintus
15:21, 22.
12 Bible menjelaskan dengan terperinci tentang penderitaan yang telah dialami oleh Yesus sebelum dia
mati. Dia disebat dengan teruk, digantung pada tiang
seksaan, dan menderita sehingga mati. (Yohanes 19:1,
16-18, 30; Lampiran, muka surat 235-236) Mengapakah
Yesus perlu mengalami begitu banyak penderitaan? Dalam bab yang lain di buku ini, kita akan mempelajari
bahawa Syaitan telah mempersoalkan sama ada hambahamba Yehuwa di bumi akan tetap setia kepada-Nya
walaupun menghadapi cubaan. Yesus memberikan jawapan yang terbaik kepada cabaran yang dilontarkan
oleh Syaitan. Dia telah memperlihatkan kesetiaan kepada Yehuwa meskipun mengalami penderitaan yang
teruk. Maka, Yesus telah membuktikan bahawa seorang
manusia sempurna, yang memiliki kebebasan untuk
memilih, dapat mengekalkan integritinya secara sempurna tidak kira apa sahaja yang dilakukan oleh Si Iblis.
Yehuwa tentu berasa sangat gembira dengan kesetiaan
yang diperlihatkan oleh Anak kesayangan-Nya!—Amsal
27:11.
13 Bagaimanakah tebusan dibayar? Tuhan membenarkan Anak-Nya yang sempurna dan tidak berdosa untuk
12. Penderitaan Yesus membuktikan apa?
13. Bagaimanakah tebusan dibayar?
Yehuwa memberi kita
Anak Tunggal-Nya
sebagai tebusan
Tebusan—Kurniaan Terunggul daripada Tuhan
59
dihukum mati pada hari ke-14, bulan Nisan, tahun
33 M, menurut kalendar orang Yahudi. Dengan itu, Yesus telah mengorbankan nyawanya yang sempurna
“satu kali sahaja untuk selama-lamanya.” (Ibrani 10:10)
Pada hari ketiga selepas kematian Yesus, Yehuwa membangkitkannya sebagai makhluk roh. Di syurga, Yesus
mempersembahkan nilai nyawanya yang sempurna kepada Tuhan sebagai korban tebusan bagi membeli
kembali kehidupan sempurna untuk keturunan Adam.
(Ibrani 9:24) Yehuwa menerima nilai korban Yesus
sebagai tebusan yang diperlukan untuk membebaskan
manusia daripada cengkaman dosa dan kematian.—Roma 3:23, 24.
APAKAH MANFAAT TEBUSAN BAGI ANDA?
Walaupun kita semua pendosa, kita dapat menikmati berkat-berkat yang tidak ternilai kerana Tuhan
telah menyediakan tebusan untuk kita. Marilah kita bincangkan beberapa manfaat yang dibawa oleh kurniaan
yang terunggul ini. Manfaat-manfaat ini dapat dinikmati sekarang dan juga pada masa hadapan.
15 Pengampunan dosa. Oleh sebab kita mewarisi ketidaksempurnaan, kita sering bergelut untuk melakukan
apa yang betul. Kita semua pernah berdosa, baik dari
segi pertuturan mahupun perbuatan. Tetapi dengan
adanya korban tebusan Yesus, Yehuwa akan “mengampunkan dosa kita.” (Kolose 1:13, 14) Namun, untuk
mendapat pengampunan, kita mesti benar-benar insaf
dan bertaubat. Kita juga mesti merayu kepada Yehuwa dengan rendah hati untuk meminta pengampunan
atas dasar kepercayaan dalam korban tebusan Anak-Nya.
—1 Yohanes 1:8, 9.
14
14, 15. Jika kita mahu Yehuwa “mengampunkan dosa kita,” apakah
yang mesti kita lakukan?
Salah satu cara
untuk menunjukkan
bahawa anda
menghargai tebusan
yang telah
disediakan oleh
Yehuwa adalah
dengan
mengenali-Nya
dengan lebih dekat
Hati nurani yang murni dari pandangan Tuhan. Hati
nurani yang dibelenggu rasa bersalah boleh menyebabkan kita putus asa dan berasa tidak berguna. Melalui
tebusan, kita mendapat pengampunan, dan Yehuwa
membolehkan kita untuk menyembah-Nya dengan hati
nurani yang murni walaupun kita tidak sempurna.
(Ibrani 9:13, 14) Hal ini membolehkan kita meluahkan
isi hati kepada Yehuwa dengan bebas. Maka, kita boleh
mendekati-Nya melalui doa pada bila-bila masa. (Ibrani
4:14-16) Jika kita mengekalkan hati nurani yang murni,
kita akan mempunyai ketenangan hati dan fikiran, meningkatkan harga diri, dan memperoleh kebahagiaan
hidup.
17 Harapan untuk hidup selama-lamanya di firdaus di
bumi. Roma 6:23 menyatakan, “Kematian adalah upah
dosa.” Tetapi, melalui korban tebusan Yesus Kristus, Yehuwa telah menawarkan peluang kepada kita untuk
menikmati kehidupan kekal. Dalam Bab 3, kita telah
16
16. Apakah yang membantu kita untuk menyembah Tuhan dengan
hati nurani yang murni, dan apakah manfaatnya untuk mempunyai
hati nurani sedemikian?
17. Apakah berkat-berkat yang dapat kita nikmati kerana Yesus telah
mati untuk kita?
Tebusan—Kurniaan Terunggul daripada Tuhan
61
membincangkan berkat-berkat yang bakal dinikmati di
Firdaus di bumi. (Penyingkapan 21:3, 4) Oleh sebab Yesus telah mati untuk kita, kita dapat menikmati semua
berkat itu, termasuklah kesihatan yang sempurna dan
kehidupan yang kekal. Untuk menerima berkat-berkat
tersebut, kita perlu menunjukkan bahawa kita menghargai kurniaan tebusan ini.
BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH
MENUNJUKKAN PENGHARGAAN?
18 Mengapakah kita perlu bersyukur kepada Yehuwa
atas pemberian tebusan? Jika seseorang telah mengorbankan masa, tenaga, dan wang untuk memberi anda
sebuah hadiah, hadiah tersebut tentu sangat bernilai. Sesebuah hadiah yang mencerminkan kasih sejati
pemberinya menyebabkan kita berasa terharu. Tebusan merupakan hadiah yang paling bernilai kerana
Tuhan telah membuat pengorbanan yang terbesar untuk menyediakan hadiah atau kurniaan ini. Yohanes 3:
16 menyatakan, ‘Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya Yang
Tunggal.’ Tebusan merupakan bukti yang paling nyata
akan kasih Yehuwa untuk kita. Hal ini juga membuktikan kasih Yesus kerana dia telah mengorbankan
nyawanya untuk kita dengan rela hati. (Yohanes 15:13)
Maka, kurniaan tebusan patut meyakinkan kita bahawa
Yehuwa dan Anak-Nya mengasihi setiap seorang daripada kita.—Galatia 2:20.
19 Bagaimanakah anda boleh memperlihatkan kesyukuran untuk kurniaan tebusan yang diberikan oleh
Tuhan? Mula-mula, berusahalah untuk belajar tentang
18. Mengapakah kita perlu bersyukur kepada Yehuwa atas pemberian
tebusan?
19, 20. Bagaimanakah anda boleh memperlihatkan kesyukuran atas
kurniaan tebusan yang diberikan oleh Tuhan?
62
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Pengurnia Yang Agung, iaitu Yehuwa. (Yohanes 17:3)
Pembelajaran Bible dengan bantuan buku ini dapat
membantu anda berbuat demikian. Seraya pengetahuan
anda tentang Yehuwa bertambah, kasih anda untuk Dia
akan bertambah juga. Selanjutnya, anda akan tergerak
untuk melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya.
—1 Yohanes 5:3.
20 Perlihatkan kepercayaan dalam korban tebusan Yesus. Bible menyatakan tentang Yesus, “Sesiapa yang
percaya kepada Anak itu beroleh hidup sejati dan kekal.”
(Yohanes 3:36) Bagaimanakah kita boleh memperlihatkan kepercayaan pada Yesus? Kepercayaan sebegini
tidak diperlihatkan melalui kata-kata sahaja. ‘Kepercayaan tanpa perbuatan adalah kepercayaan yang sia-sia!’
kata Yakobus 2:26. Ya, kepercayaan yang sejati dibuktikan melalui perbuatan kita. Salah satu cara kita boleh
memperlihatkan kepercayaan pada Yesus adalah dengan
mencuba sedaya upaya untuk meniru teladannya, bukan sahaja melalui tutur kata kita, tetapi melalui
tingkah laku kita juga.—Yohanes 13:15.
21 Hadiri Perjamuan Malam Tuan setiap tahun. Pada
malam 14 Nisan 33 M, Yesus telah memperkenalkan
satu sambutan istimewa yang dikenali sebagai Perjamuan Malam Tuan. (Matius 26:26-28) Sambutan ini
juga dipanggil Peringatan kematian Kristus. Yesus
memperkenalkan sambutan ini bagi membantu hawarihawarinya dan semua orang Kristian sejati untuk
mengingati bahawa dia telah mengorbankan nyawanya
yang sempurna sebagai tebusan. Mengenai sambutan ini, Yesus memberi perintah, ‘Berbuatlah demikian
untuk mengenang aku.’ (Lukas 22:19) Sambutan Peri21, 22. (a) Mengapakah kita perlu menghadiri Perjamuan Malam
Tuan setiap tahun? (b) Apakah yang akan dibincangkan dalam Bab 6
dan 7?
Tebusan—Kurniaan Terunggul daripada Tuhan
63
ngatan mengingatkan kita akan kasih agung yang ditunjukkan oleh Yehuwa dan Yesus melalui pemberian
tebusan. Kita boleh menunjukkan kesyukuran untuk
pemberian tebusan dengan menghadiri Peringatan setiap tahun.1
22 Tebusan yang disediakan oleh Yehuwa merupakan
kurniaan yang paling bernilai. (2 Korintus 9:14, 15) Malah, kurniaan ini boleh membawa manfaat kepada
mereka yang telah mati. Bab 6 dan 7 akan menjelaskan
bagaimana hal ini boleh berlaku.
1 Untuk maklumat lanjut tentang Perjamuan Malam Tuan, sila rujuk
bahagian Lampiran, muka surat 236-238.
AJARAN BIBLE
ˇ Tebusan ialah sarana Yehuwa untuk
membebaskan manusia daripada dosa dan
kematian.—Efesus 1:7.
ˇ Yehuwa menyediakan tebusan dengan
mengutus Anak Tunggal-Nya ke bumi untuk
mengorbankan nyawanya demi kita.
—1 Yohanes 4:9, 10.
ˇ Dengan adanya tebusan, kita mendapat
pengampunan dosa, hati nurani yang murni,
dan harapan untuk hidup selama-lamanya.
—1 Yohanes 1:8, 9.
ˇ Kita boleh menunjukkan kesyukuran untuk
pemberian tebusan dengan mengenali
Yehuwa dengan lebih dekat, memperlihatkan
kepercayaan dalam korban tebusan Yesus,
dan menghadiri Perjamuan Malam Tuan.
—Yohanes 3:16.
BAB ENAM
Di Manakah Orang
yang Telah Mati?
Apakah yang akan berlaku kepada kita
selepas kita mati?
Mengapakah manusia mati?
Adakah anda berasa lega hati selepas
mengetahui kebenaran tentang kematian?
SOALAN-SOALAN ini difikirkan oleh manusia sejak ribuan tahun dahulu. Tidak kira siapa kita dan di mana
kita tinggal, soalan-soalan ini perlu dijawab kerana jawapannya melibatkan setiap seorang daripada kita.
2 Dalam bab sebelum ini, kita telah membincangkan tentang bagaimana korban tebusan Yesus Kristus
membuka jalan kepada kehidupan kekal. Kita juga mempelajari nubuat Bible yang menyatakan bahawa pada
suatu hari nanti, “kematian akan tiada lagi.” (Penyingkapan 21:4) Sementara waktu, kita semua akan mati.
“Orang yang masih hidup tahu bahawa mereka akan
mati,” kata Raja Salomo yang bijaksana. (Pengkhutbah
9:5) Kita semua ingin hidup selama yang mungkin. Namun, kita mungkin tertanya-tanya tentang apa yang
akan berlaku apabila kita mati.
3 Semasa orang kesayangan kita mati, kita meratapi kematian mereka. Mungkin kita tertanya-tanya, “Apakah
yang telah berlaku kepada mereka? Adakah mereka sedang menderita? Adakah mereka sedang melindungi
1-3. Mengenai kematian, apakah soalan-soalan yang ditanyakan oleh
orang, dan apakah jawapan yang diberikan oleh pelbagai agama?
Di Manakah Orang yang Telah Mati?
65
kita? Bolehkah kita membantu mereka? Dapatkah kita
bertemu dengan mereka lagi?” Agama-agama di dunia
menawarkan jawapan yang berlainan bagi soalan-soalan
ini. Ada yang mengajarkan bahawa orang yang baik akan
naik ke syurga dan orang yang jahat akan diseksa di neraka. Yang lain pula mengajarkan bahawa semasa seseorang
mati, orang itu akan pergi ke alam roh untuk bertemu dengan nenek moyangnya. Ada pula yang mengajarkan
bahawa orang yang telah mati akan pergi ke alam ghaib
untuk dihakimi dan kemudian dijelmakan semula, atau
dilahirkan semula dalam tubuh yang lain.
4 Semua ajaran ini mempunyai satu persamaan, iaitu
sesuatu di dalam badan manusia akan terus hidup
walaupun tubuh fizikal kita mati. Dari dahulu sampai
sekarang, hampir semua agama mengajarkan bahawa selepas kita mati, kita tetap hidup untuk selama-lamanya
dan masih berupaya melihat, mendengar, dan berfikir.
Tetapi, bagaimanakah hal ini boleh berlaku? Otak kita
merupakan pusat kawalan bagi semua deria dan fikiran
kita. Semasa kita mati, otak kita berhenti berfungsi. Ingatan, perasaan, dan deria kita tidak akan terus berfungsi
secara ajaib. Semuanya akan berhenti berfungsi apabila
otak kita mati.
APAKAH SEBENARNYA YANG BERLAKU
SELEPAS KITA MATI?
5 Bagi Yehuwa, Pencipta otak manusia, apa sebenarnya
yang berlaku selepas manusia mati bukanlah suatu misteri. Dia mengetahui kebenaran tentang keadaan orang
yang telah mati. Hal ini diterangkan di dalam FirmanNya, iaitu Bible. Bible dengan jelasnya mengajarkan:
Semasa seseorang mati, dia tidak wujud lagi. Kematian
4. Apakah ajaran kebanyakan agama mengenai kematian?
5, 6. Apakah yang diajarkan dalam Bible mengenai keadaan orang
yang telah mati?
66
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
berlawanan dengan kehidupan. Orang yang telah mati tidak dapat melihat atau mendengar atau berfikir. Tidak
ada mana-mana bahagian daripada badan kita yang hidup selepas kita mati. Kita tidak mempunyai jiwa atau
roh yang tidak boleh mati.1
6 Selepas Salomo menyatakan bahawa manusia yang
masih hidup tahu bahawa mereka akan mati, dia menulis, “Orang yang telah mati tidak tahu apa-apa pun.”
Kemudian, dia mengembangkan kebenaran asas ini dengan menyatakan bahawa orang yang telah mati tidak
dapat mengasihi atau membenci, dan “tiada pekerjaan,
fikiran, pengetahuan, ataupun hikmat” di perkuburan.
(Pengkhutbah 9:5, 6, 10) Mazmur 146:4 juga menyatakan
bahawa semasa manusia mati, “segala rancangan mereka musnah.” Maka, jelaslah bahawa manusia boleh mati.
Kita tidak hidup selepas tubuh kita mati. Kehidupan yang
kita nikmati boleh diibaratkan kepada api sebatang lilin.
Api yang telah dipadamkan tidak pergi ke mana-mana.
Api itu tidak wujud lagi. Dalam cara yang sama, apabila
seseorang manusia mati, nyawanya tiada lagi.
APA YANG DIKATAKAN OLEH YESUS
MENGENAI KEMATIAN
7 Yesus Kristus pernah menyebut tentang keadaan orang
yang telah mati. Dia berbuat demikian selepas kematian
kawan baiknya yang bernama Lazarus. Yesus memberitahu murid-muridnya, “Sahabat kita Lazarus sudah tidur.”
Mereka menyangka bahawa Lazarus sedang tidur atau berehat supaya dia dapat sembuh. Tetapi itu bukanlah apa
yang dimaksudkan oleh Yesus. Yesus menjelaskan kepada mereka bahawa “Lazarus sudah meninggal.” (Yohanes
1 Untuk perbincangan tentang “jiwa” dan “roh,” sila lihat bahagian
Lampiran, muka surat 239-242.
7. Bagaimanakah Yesus menerangkan keadaan orang yang telah mati?
Di Manakah Orang yang Telah Mati?
11:11-14) Perhatikan bahawa Yesus membandingkan kematian dengan tidur.
Lazarus tidak berada di syurga atau di
neraka berapi. Dia tidak bertemu dengan malaikat atau nenek moyangnya.
Lazarus tidak dilahirkan semula sebagai
manusia yang lain. Selepas Lazarus mati,
keadaannya adalah seperti seorang yang
sedang tidur nyenyak tanpa bermimpi.
Pada kesempatan yang lain, semasa Yesus
membangkitkan anak perempuan Yairus,
Yesus sekali lagi membandingkan kematian dengan keadaan tidur. Dia berkata,
“Anak ini tidak meninggal, dia hanya tidur!”—Lukas 8:52, 53.
8 Adakah tujuan asal Tuhan merangKe manakah
kumi kematian manusia? Tidak! Yehuwa perginya api lilin?
menciptakan manusia untuk hidup
selama-lamanya di bumi. Seperti yang
telah kita pelajari dalam buku ini, Tuhan telah menempatkan pasangan manusia yang pertama di sebuah
firdaus yang cantik. Dia memberkati mereka dengan kesihatan yang sempurna. Yehuwa mahukan yang terbaik
untuk mereka. Adakah mana-mana ibu bapa yang penyayang mahu anak mereka mengalami keperitan yang
dibawa oleh usia lanjut dan kematian? Tentunya tidak!
Yehuwa mengasihi anak-anak-Nya dan ingin mereka menikmati kebahagiaan yang tidak terhingga di bumi. Bible
menyatakan, “[Yehuwa] menyematkan di hati manusia
kesedaran bahawa masa itu abadi.” (Pengkhutbah 3:11,
NW) Tuhan menciptakan kita dengan keinginan untuk
hidup selama-lamanya. Dan Dia telah membuka jalan
agar keinginan ini menjadi kenyataan.
8. Bagaimanakah kita tahu bahawa kematian manusia bukanlah tujuan Tuhan?
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
68
SEBAB MANUSIA MATI
Maka, mengapakah manusia mati? Untuk mencari
jawapannya, kita perlu lihat apa yang telah berlaku semasa bumi hanya didiami oleh sepasang manusia. Bible
menjelaskan, ‘Tuhan Yehuwa menumbuhkan segala jenis pokok yang cantik, yang menghasilkan buah-buahan
9
9. Apakah larangan yang dikenakan oleh Yehuwa ke atas Adam, dan
mengapakah perintah ini tidak sukar untuk dipatuhi?
Yehuwa menciptakan
manusia untuk hidup
selama-lamanya di bumi
Di Manakah Orang yang Telah Mati?
69
baik.’ (Kejadian 2:9) Walau bagaimanapun, Yehuwa telah
mengenakan satu larangan. Yehuwa memberitahu Adam,
“Engkau boleh makan buah-buahan daripada semua pokok di taman ini, kecuali buah daripada pokok yang
memberi pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat.
Engkau tidak boleh makan buah pokok itu; jika engkau memakannya, engkau pasti mati pada hari itu juga.”
(Kejadian 2:16, 17, ABB) Perintah ini tidak sukar untuk
dipatuhi kerana Adam dan Hawa dapat makan buah daripada banyak pokok yang lain. Segala sesuatu yang baik,
termasuk kehidupan yang sempurna yang dinikmati
oleh mereka telah diberikan oleh Tuhan. Maka, sekarang
mereka diberi peluang istimewa untuk menunjukkan kesyukuran mereka kepada Tuhan. Jika mereka mematuhi
Yehuwa, mereka memperlihatkan hormat terhadap kewibawaan Bapa mereka dan menunjukkan bahawa mereka
menginginkan bimbingan-Nya.
10 Malangnya, pasangan manusia yang pertama telah
memilih untuk mengingkari Yehuwa. Syaitan bercakap melalui seekor ular kepada Hawa. Dia menanyakan
Hawa, ‘Benarkah Tuhan melarang kamu makan buah
daripada sebarang pokok di taman ini?’ Hawa menjawab, ‘Kami boleh makan buah daripada setiap pokok
di taman ini, kecuali buah pokok yang ada di tengahtengah taman. Tuhan melarang kami makan buah pokok
itu ataupun menyentuhnya; jika kami berbuat demikian,
kami akan mati.’—Kejadian 3:1-3, ABB.
11 “Itu tidak benar; kamu tidak akan mati,” kata Syaitan. ‘Tuhan berfirman demikian kerana Dia tahu bahawa
jika kamu makan buah itu, fikiran kamu akan terbuka; kamu akan menjadi seperti Tuhan dan mengetahui
apa yang baik dan apa yang jahat.’ (Kejadian 3:4, 5, ABB)
10, 11. (a) Bagaimanakah pasangan yang pertama mengingkari Tuhan? (b) Mengapakah keingkaran Adam dan Hawa merupakan perkara
yang serius?
70
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Syaitan mahu Hawa percaya bahawa dia boleh mendapat manfaat dengan memakan buah larangan itu. Menurut Syaitan, Hawa boleh membuat keputusan sendiri
untuk menentukan apa yang baik dan apa yang salah;
dia berhak untuk melakukan apa yang diingininya. Syaitan juga mendakwa bahawa Yehuwa telah berdusta tentang apa yang akan berlaku jika Hawa memakan buah
itu. Hawa mempercayai Syaitan. Oleh itu, Hawa memetik buah itu dan memakannya. Selepas itu, dia memberikan buah itu kepada suaminya dan suaminya juga makan
buah itu. Mereka bukannya tidak tahu bahawa tindakan
mereka salah. Mereka sedar bahawa mereka sedang mela-
Adam diciptakan daripada
tanah, dan dia kembali ke tanah
Di Manakah Orang yang Telah Mati?
71
kukan apa yang dilarang oleh Tuhan. Dengan memakan
buah itu, mereka sengaja mengingkari perintah Tuhan
yang mudah dan munasabah. Mereka menunjukkan kebencian terhadap Bapa mereka dan kewibawaan-Nya. Sikap tidak hormat yang diperlihatkan terhadap Pencipta
mereka yang pengasih tidak boleh dimaafkan!
12 Sebagai perumpamaan, bayangkan perasaan anda
jika anda telah membesarkan dan menjaga seorang anak
yang kemudiannya bukan sahaja tidak patuh, malah
langsung tidak menghormati atau mengasihi anda. Anda
tentu berasa remuk hati. Dapatkah anda membayangkan
betapa sedihnya hati Yehuwa semasa Adam dan Hawa sengaja memberontak menentang-Nya?
13 Oleh sebab Adam dan Hawa telah mengingkari
Yehuwa, Yehuwa tidak ada sebarang sebab untuk membenarkan mereka menikmati kehidupan yang kekal. Seperti
yang telah dikatakan oleh Yehuwa, Adam dan Hawa
akhirnya mati; mereka tidak wujud lagi. Kita tahu bahawa mereka tidak pergi ke alam roh kerana semasa Yehuwa
menghakimi Adam atas keingkarannya, Dia telah berkata, “Engkau [akan] kembali ke tanah kerana engkau
dibentuk daripada tanah. Engkau dijadikan daripada tanah, dan engkau akan kembali ke tanah.” (Kejadian 3:19)
Tuhan telah menciptakan Adam dengan menggunakan
tanah. (Kejadian 2:7) Sebelum itu, Adam tidak wujud.
Oleh itu, semasa Yehuwa menyatakan bahawa Adam
akan kembali ke tanah, Dia bermaksud bahawa Adam tidak akan wujud lagi. Adam akan menjadi seperti tanah
yang tidak bernyawa yang digunakan oleh Tuhan untuk
menciptakannya.
12. Dengan menggunakan sebuah perumpamaan, jelaskan perasaan
Yehuwa semasa Adam dan Hawa sengaja memberontak menentangNya.
13. Menurut Yehuwa, apakah yang akan berlaku kepada Adam apabila
dia mati, dan apakah yang dimaksudkan oleh-Nya?
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
72
Jika Adam dan Hawa patuh kepada Tuhan, mereka
dapat hidup sampai ke hari ini. Tetapi, akibat keingkaran
mereka, mereka telah berdosa lalu mati. Sebagai keturunan Adam, kita mati kerana dia telah mewariskan dosa
dan kematian kepada kita. (Roma 5:12) Dosa adalah seperti penyakit teruk yang diwarisi dan yang tidak dapat
dielakkan. Hasilnya, dosa membawa kematian. Kematian
merupakan sumpahan dan musuh manusia. (1 Korintus
15:26) Betapa syukurnya kita kerana Yehuwa telah menyediakan tebusan untuk menyelamatkan kita daripada
musuh yang dahsyat ini!
14
MENGETAHUI KEBENARAN
TENTANG KEMATIAN MEMBAWA MANFAAT
15 Apa yang diajarkan dalam Bible mengenai kematian
melegakan hati kita. Seperti yang telah kita lihat, orang
yang mati tidak menderita kesakitan atau berasa sakit
hati. Kita tidak ada sebab untuk takut akan mereka yang
telah mati kerana mereka tidak boleh mencederakan kita. Mereka tidak memerlukan bantuan kita, dan
mereka tidak dapat membantu kita. Kita tidak boleh bercakap dengan mereka, dan mereka tidak boleh
bercakap dengan kita. Namun, ramai pemimpin agama
mendakwa bahawa mereka boleh membantu orang yang
telah mati, dan ramai orang mempercayai penipuan mereka lalu memberikan wang kepada mereka. Jika kita
mengetahui kebenaran tentang kematian, kita dilindungi
supaya tidak diperdaya oleh mereka yang mengajar penipuan sebegini.
16 Adakah ajaran kebanyakan agama selaras dengan
14. Mengapakah manusia mati?
15. Setelah mengetahui kebenaran tentang kematian, mengapakah
hati kita berasa lega?
16. Ajaran banyak agama telah dipengaruhi oleh siapa, dan bagaimana?
Di Manakah Orang yang Telah Mati?
73
apa yang diajarkan dalam Bible mengenai kematian?
Tidak. Mengapa? Kerana ajaran mereka telah dipengaruhi oleh Syaitan. Dia menggunakan agama palsu untuk
menyebabkan orang percaya bahawa selepas tubuh seseorang mati, dia akan terus hidup di alam roh. Syaitan
telah menggabungkan penipuan ini dengan penipuanpenipuan yang lain untuk menyebabkan orang
meninggalkan Tuhan Yehuwa. Bagaimanakah dia melakukan hal ini?
17 Seperti yang telah dinyatakan, sesetengah agama
mengajarkan bahawa orang yang jahat akan diseksa di
neraka berapi untuk selama-lamanya. Ajaran ini mengaibkan nama baik Tuhan. Yehuwa ialah Tuhan yang
pengasih dan Dia tidak akan menyebabkan orang menderita sebegini. (1 Yohanes 4:8) Apakah perasaan anda
terhadap seorang lelaki yang menghukum anaknya yang
ingkar dengan meletakkan tangan anaknya ke dalam api?
Adakah anda akan menghormati lelaki itu? Adakah anda
mahu mengenalinya? Tentunya tidak! Anda tentu berasa
bahawa lelaki itu sangat kejam. Tetapi, Syaitan mahu kita
percaya bahawa Yehuwa menyeksa orang dalam api buat
selama-lamanya!
18 Syaitan juga menggunakan sesetengah agama untuk
mengajarkan bahawa selepas kematian, manusia akan
menjadi makhluk roh yang mesti dihormati oleh mereka yang masih hidup. Menurut ajaran ini, roh orang yang
telah mati boleh menjadi kawan yang berkuasa ataupun
musuh yang menggerunkan. Ramai orang percaya akan
penipuan ini. Mereka takut akan orang yang telah mati
lalu menghormati dan menyembah mereka. Sebaliknya,
17. Mengapakah ajaran tentang neraka berapi mengaibkan nama baik
Yehuwa?
18. Penyembahan orang yang telah mati adalah berdasarkan penipuan
apa?
74
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Bible mengajarkan bahawa orang yang telah mati sedang tidur. Bible juga mengajarkan bahawa kita patut
menyembah Tuhan yang benar sahaja, iaitu Yehuwa, kerana Dia merupakan Pencipta dan Pemberi segala sesuatu
yang kita perlukan.—Penyingkapan 4:11.
19 Dengan mengetahui kebenaran tentang orang yang
telah mati, anda tidak akan disesatkan oleh agama palsu.
Hal ini juga membantu anda memahami ajaran lain yang
terdapat dalam Bible. Sebagai contoh, setelah anda mengetahui bahawa manusia tidak pergi ke alam roh selepas
mereka mati, janji kehidupan kekal di firdaus di bumi
menjadi lebih bermakna.
20 Lama dahulu, seorang lelaki baik yang bernama
Ayub telah mengemukakan soalan ini, “Jika manusia mati, dapatkah mereka hidup lagi?” (Ayub 14:14)
Bolehkah seseorang manusia yang sedang tidur dalam
kematian dihidupkan kembali? Apa yang diajarkan di dalam Bible tentang perkara ini sangat melegakan hati. Hal
ini akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya.
19. Apakah ajaran Bible lain yang boleh kita fahami dengan mengetahui kebenaran tentang mereka yang telah mati?
20. Apakah soalan yang akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya?
AJARAN BIBLE
ˇ Orang yang telah mati tidak boleh melihat
atau mendengar atau berfikir.
—Pengkhutbah 9:5.
ˇ Orang yang telah mati sedang tidur; mereka
tidak menderita.—Yohanes 11:11.
ˇ Kita mati kerana kita mewarisi dosa daripada
Adam.—Roma 5:12.
BAB TUJUH
Harapan Sebenar bagi Orang
Kesayangan yang Telah Mati
Bagaimanakah kita tahu bahawa pembangkitan
benar-benar akan berlaku?
Apakah perasaan Yehuwa terhadap
pembangkitan orang yang telah mati?
Siapakah yang akan dibangkitkan?
BAYANGKAN anda sedang melarikan diri daripada seorang musuh yang kejam. Dia jauh lebih kuat dan pantas
daripada anda. Anda tahu bahawa dia tidak berhati perut
kerana dia pernah membunuh kawan-kawan anda di depan mata anda. Tidak kira betapa cepat anda berlari, dia
semakin mendekati anda. Anda hampir putus harapan.
Tiba-tiba, seorang penyelamat muncul di sisi anda. Dia
jauh lebih kuat daripada musuh yang sedang mengejar
anda, dan dia berjanji untuk membantu anda. Anda tentu berasa lega!
2 Dalam cara yang sama, semua manusia, termasuk
anda, sedang dikejar oleh musuh ini. Seperti yang telah
kita pelajari dalam bab yang lepas, Bible memanggil kematian sebagai musuh manusia. Tiada seorang manusia
pun dapat melarikan diri daripada musuh ini atau mengalahkannya. Kebanyakan daripada kita pernah melihat
musuh ini meragut nyawa orang kesayangan kita. Tetapi
Yehuwa jauh lebih kuat daripada kematian. Dia ialah Penyelamat kita yang pengasih. Dia telah membuktikan
1-3. Apakah musuh yang sedang mengejar kita, dan mengapakah ajaran Bible dapat melegakan hati kita?
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
76
bahawa Dia boleh mengalahkan musuh ini. Dan Dia berjanji untuk membasmi kematian untuk selama-lamanya.
Bible mengajarkan bahawa “musuh yang terakhir yang
akan ditaklukkan ialah kematian.” (1 Korintus 15:26,
ABB) Alangkah baiknya berita ini!
3 Marilah kita membincangkan kesan yang ditinggalkan apabila kematian meragut nyawa orang yang
tersayang. Dengan demikian, kita dibantu untuk menghargai janji Yehuwa yang membawa kegembiraan.
Apakah janji itu? Yehuwa berjanji bahawa orang yang telah mati akan hidup semula. (Yesaya 26:19) Mereka yang
telah mati mempunyai peluang untuk hidup di bumi sekali lagi. Inilah harapan pembangkitan!
APABILA ORANG TERSAYANG MATI
Pernahkah anda kehilangan orang yang tersayang?
Mungkin anda diselubungi kepedihan hati, kepiluan, dan
perasaan tidak terdaya. Pada saat-saat sebegini, kita perlu
merujuk kepada Firman Tuhan untuk mendapat kelegaan hati. (2 Korintus 1:4) Bible membantu kita menyelami
perasaan Yehuwa dan Yesus tentang kematian. Yesus
selalu mencerminkan Bapanya dengan sempurna, dan sebuah kisah dalam Bible menceritakan keperitan yang
dialami oleh Yesus semasa kawannya mati. (Yohanes
14:9) Semasa di Yerusalem, Yesus biasanya melawat Lazarus dan kakaknya, Maria dan Marta. Mereka tinggal di
kota Betania yang berdekatan dengan Yerusalem. Yesus
menjadi kawan rapat mereka. Bible menyatakan, “Yesus mengasihi Marta, Maria, dan Lazarus.” (Yohanes 11:5,
ABB) Tetapi, seperti yang dipelajari dalam bab lepas, Lazarus telah mati.
4
4. (a) Mengapakah reaksi Yesus terhadap kematian kawannya membantu kita memahami perasaan Yehuwa? (b) Yesus telah menjalinkan
persahabatan yang rapat dengan siapa?
Harapan Sebenar bagi Orang Kesayangan yang Telah Mati
77
Apakah perasaan Yesus semasa dia kehilangan kawannya? Kisah itu menyatakan bahawa Yesus menyertai
saudara-mara dan kawan-kawan Lazarus yang sedang meratapi kematiannya. Ketika melihat mereka, hati Yesus
amat tersentuh. Yesus berasa “sedih hati dan terharu.” Kemudian, “Yesus menangis.” (Yohanes 11:33, 35, ABB)
Adakah kesedihan yang diperlihatkan oleh Yesus bermaksud dia telah hilang harapan? Tidak sama sekali. Yesus
tahu bahawa sesuatu yang menakjubkan akan berlaku.
(Yohanes 11:4) Namun, dia masih merasai keperitan dan
kedukaan yang dibawa oleh kematian.
6 Sebenarnya, kesedihan yang diperlihatkan oleh Yesus
dapat menggalakkan kita. Hal ini mengajar kita bahawa
Yesus dan Bapanya, Yehuwa, membenci kematian. Tetapi
Tuhan Yehuwa mampu menewaskan musuh ini! Mari
kita lihat bagaimana Yesus menggunakan kuasa yang diberikan oleh Tuhan untuk melakukan suatu mukjizat.
5
“LAZARUS, KELUAR!”
Lazarus telah dikebumikan di dalam sebuah gua, dan
Yesus mengarahkan supaya batu penutup gua itu digulingkan ke tepi. Marta membantah kerana Lazarus telah
mati selama empat hari dan mayatnya tentu sudah membusuk. (Yohanes 11:39) Dari sudut pandangan manusia,
nampaknya tiada apa-apa yang dapat dilakukan.
8 Batu penutup itu digulingkan ke tepi, dan Yesus berseru dengan suara yang kuat, “Lazarus, keluar!” Apakah
yang telah berlaku? Bible menyatakan, “Lazarus pun keluar.” (Yohanes 11:43, 44) Dapatkah anda bayangkan
7
5, 6. (a) Apakah reaksi Yesus semasa melihat keluarga dan kawan
Lazarus meratapi kematiannya? (b) Mengapakah kesedihan yang diperlihatkan oleh Yesus dapat menggalakkan kita?
7, 8. Dari sudut pandangan manusia, mengapakah tidak ada apa-apa
yang boleh dilakukan untuk membantu Lazarus, tetapi apakah yang
telah dilakukan oleh Yesus?
78
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
betapa gembiranya orang yang berada di situ? Semua
orang di situ, termasuk kakak, saudara-mara, kawankawan, dan jiran Lazarus tahu bahawa dia telah mati.
Namun, lihatlah! Lelaki yang mereka sayangi kini berdiri
di hadapan mata mereka sekali lagi. Hal ini memang sukar dipercayai! Tentu mereka telah memeluk Lazarus
dengan penuh sukacita. Kematian telah dikalahkan!
9 Yesus tidak mendakwa bahawa mukjizat yang menakjubkan ini dilakukan dengan kuasanya sendiri.
Dalam doanya sebelum menyeru Lazarus keluar, dia menyatakan dengan jelas bahawa Yehuwa ialah Sumber
pembangkitan ini. (Yohanes 11:41, 42) Ini bukanlah kali
pertama Yehuwa menggunakan kuasa-Nya untuk membangkitkan seseorang. Pembangkitan Lazarus merupakan
salah satu daripada sembilan kisah pembangkitan yang
tercatat dalam Firman Tuhan.1 Anda akan berasa gembira
seraya membaca dan mengamati kisah-kisah ini. Kisahkisah ini mengajar kita bahawa Tuhan tidak berat sebelah
kerana Dia membangkitkan orang yang tua dan muda,
lelaki dan perempuan, orang Israel dan bukan Israel.
Betapa besarnya sukacita yang digambarkan dalam kisahkisah ini! Sebagai contoh, semasa Yesus membangkitkan
seorang gadis kecil, ibu bapanya sangat kagum dan gembira. (Markus 5:42) Ya, Yehuwa telah memberkati mereka
dengan kegembiraan yang sukar dilupakan.
10 Memang tidak dapat dinafikan bahawa mereka yang
dibangkitkan oleh Yesus akhirnya mati juga. Tetapi adakah hal ini bermaksud bahawa pembangkitan mereka
1 Kisah-kisah yang lain boleh didapati di 1 Raja-Raja 17:17-24; 2 RajaRaja 4:32-37; 13:20, 21; Matius 28:5-7; Lukas 7:11-17; 8:40-56; Kisah 9:
36-42; dan 20:7-12.
9, 10. (a) Bagaimanakah Yesus menunjukkan Sumber kuasa bagi
pembangkitan Lazarus? (b) Apakah manfaat-manfaat yang dapat diperoleh daripada membaca kisah pembangkitan yang terdapat dalam
Bible?
Elia membangkitkan
anak lelaki seorang balu.
—1 Raja-Raja 17:17-24
Hawari Petrus
membangkitkan seorang
wanita Kristian yang
bernama Dorkas.
—Kisah 9:36-42
Pembangkitan Lazarus membawa
kegembiraan yang tidak
terhingga.—Yohanes 11:38-44
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
80
adalah sia-sia sahaja? Tidak, kerana kisah-kisah ini
memberi kita harapan dan mengesahkan kebenarankebenaran penting yang terdapat dalam Bible.
BELAJAR DARIPADA KISAH PEMBANGKITAN
Bible mengajar kita bahawa orang yang telah mati
“tidak tahu apa-apa pun.” Mereka tidak hidup atau wujud di tempat yang lain. Kisah Lazarus mengesahkan hal
ini. Selepas Lazarus dibangkitkan, adakah dia memukau
orang dengan cerita-cerita tentang keadaan di syurga?
Atau adakah dia menakutkan mereka dengan cerita-cerita
tentang neraka berapi? Tidak. Bible tidak menyatakan bahawa Lazarus telah berbuat demikian. Sepanjang masa
dia mati, iaitu selama empat hari, dia “tidak tahu apaapa pun.” (Pengkhutbah 9:5) Lazarus hanya tidur dalam
kematian.—Yohanes 11:11.
12 Kisah Lazarus juga mengajar kita bahawa pembangkitan benar-benar telah berlaku dan bukannya cerita rekaan
semata-mata. Yesus membangkitkan Lazarus di hadapan
sekumpulan orang. Malah, pemimpin-pemimpin agama
yang membenci Yesus juga tidak menafikan bahawa mukjizat ini telah berlaku. Sebaliknya, mereka berkata, “Apakah
yang harus kita lakukan? Lihatlah, orang ini [Yesus] melakukan banyak mukjizat!” (Yohanes 11:47) Ramai orang
pergi untuk melihat Lazarus yang telah dibangkitkan. Hasilnya, lebih ramai orang menaruh kepercayaan pada Yesus.
Mereka sedar pembangkitan Lazarus merupakan bukti nyata yang menunjukkan bahawa Yesus diutus oleh Tuhan.
Oleh sebab bukti ini begitu kuat, sesetengah pemimpin
agama Yahudi yang berhati keras merancang untuk membunuh Yesus dan Lazarus.—Yohanes 11:53; 12:9-11.
11
11. Bagaimanakah kisah pembangkitan Lazarus mengesahkan kebenaran yang tercatat di Pengkhutbah 9:5?
12. Bagaimanakah kita boleh pasti bahawa pembangkitan Lazarus
benar-benar berlaku?
Harapan Sebenar bagi Orang Kesayangan yang Telah Mati
81
Adakah kepercayaan tentang pembangkitan tidak
munasabah atau tidak berasas? Tidak, kerana Yesus pernah mengajar bahawa masanya akan tiba apabila “semua
orang mati” akan dibangkitkan. (Yohanes 5:28) Yehuwa ialah Pencipta semua kehidupan. Maka, patutkah kita
meragui bahawa Dia boleh menciptakan semula kehidupan? Sama ada Yehuwa boleh membangkitkan orang
yang telah mati atau tidak bergantung pada daya ingatan-Nya. Dapatkah Dia ingat akan orang kesayangan kita
yang telah mati? Seluruh alam semesta dipenuhi dengan
bintang yang tidak terkira banyaknya. Namun, Yehuwa
dapat menamakan setiap satu daripada bintang ini! (Yesaya 40:26) Maka, jika Tuhan Yehuwa boleh berbuat
demikian, sudah tentu Dia dapat mengingat segalagalanya tentang orang kesayangan kita, dan Dia mampu
membangkitkan mereka.
14 Apakah perasaan Yehuwa terhadap pembangkitan
orang yang telah mati? Bible mengajarkan bahawa Dia
ingin sekali membangkitkan orang yang telah mati. Seorang lelaki setia yang bernama Ayub pernah bertanya,
“Jika manusia mati, dapatkah mereka hidup lagi?” Ayub
sedang bercakap tentang orang di perkuburan yang telah
mati dan yang sedang menantikan saatnya Tuhan mengingati mereka. Kemudian, Ayub berkata kepada Yehuwa,
“Engkau akan memanggil aku, dan aku akan memberikan jawapan, dan Engkau akan mengasihi aku, makhluk
yang Engkau jadikan.”—Ayub 14:13-15, ABB.
15 Bayangkanlah hal ini! Yehuwa benar-benar ingin
membangkitkan orang yang telah mati. Tidakkah hal ini
menyentuh hati anda? Tetapi mengenai pembangkitan
13
13. Apakah dasar untuk mempercayai bahawa Yehuwa benar-benar berupaya membangkitkan orang yang telah mati?
14, 15. Seperti yang dikatakan oleh Ayub, apakah perasaan Yehuwa
terhadap pembangkitan orang yang telah mati?
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
82
pada masa hadapan, siapakah yang akan dibangkitkan,
dan di mana?
SEMUA DI DALAM INGATAN TUHAN
Kisah pembangkitan di dalam Bible telah banyak mengajar kita tentang pembangkitan pada masa hadapan.
Pada masa dahulu, orang yang telah dibangkitkan di
bumi disatukan dengan orang kesayangan mereka. Pada
masa hadapan, perkara yang sama akan berlaku. Bahkan pembangkitan pada masa hadapan adalah jauh lebih
baik. Seperti yang telah kita pelajari dalam Bab 3, tujuan Tuhan adalah supaya seluruh bumi menjadi sebuah
firdaus. Oleh itu, orang yang telah mati tidak akan dibangkitkan ke bumi yang penuh dengan peperangan,
jenayah, dan penyakit. Mereka akan berpeluang untuk
hidup selama-lamanya di bumi dalam keadaan yang
aman dan bahagia.
17 Siapakah yang akan dibangkitkan? Yesus mengatakan
bahawa semua di dalam ingatan Tuhan ‘akan mendengar
suaranya [Yesus], lalu keluar dari kubur.’ (Yohanes 5:28, 29)
Dalam cara yang sama, Penyingkapan 20:13 menyatakan,
“Laut menyerahkan orang mati yang ada di dalamnya.
Maut dan alam maut [harfiah: Hades] pun menyerahkan
orang mati yang di situ.” Hades merujuk kepada perkuburan umum manusia. (Sila lihat bahagian Lampiran, muka
surat 242-244.) Perkuburan umum ini akan dikosongkan.
Berbilion-bilion orang yang sudah mati dan berada di dalam perkuburan umum ini akan hidup semula. Hawari
Paulus berkata, “Semua orang akan dibangkitkan daripada
kematian—orang baik [“adil benar,” NW], mahupun orang
jahat [“tidak adil benar,” NW]!” (Kisah 24:15) Apakah yang
dimaksudkannya?
16
16. Apakah keadaan di bumi pada masa hadapan apabila orang yang
telah mati dibangkitkan?
17. Siapakah yang akan dibangkitkan?
Harapan Sebenar bagi Orang Kesayangan yang Telah Mati
83
Orang yang “adil benar” merangkumi ramai orang
yang hidup pada zaman Bible sebelum Yesus datang ke
bumi. Mereka mempunyai kepercayaan yang teguh pada
Tuhan. Contohnya Nuh, Abraham, Sara, Musa, Rut, Ester,
dan ramai lagi. Sesetengah daripada mereka disebut di bab
11 dalam buku Ibrani. Selain itu, orang yang “adil benar”
juga merangkumi hamba-hamba Yehuwa yang mati pada
zaman kita. Oleh sebab kita mempunyai harapan pembangkitan, kita tidak perlu berasa takut akan kematian.
—Ibrani 2:15.
19 Berbilion-bilion orang tidak menyembah atau mematuhi Yehuwa kerana mereka tidak berpeluang untuk
mengenali-Nya. Apakah yang akan berlaku kepada orang
yang “tidak adil benar” ini? Tuhan tidak akan melupakan mereka. Tuhan juga akan membangkitkan mereka dan
memberi mereka masa yang mencukupi untuk mengenali
dan menyembah-Nya. Dalam tempoh seribu tahun, orang
yang telah mati akan dibangkitkan dan diberi peluang untuk menyembah Yehuwa bersama-sama orang yang setia di
bumi. Hal ini menakjubkan, bukan? Dalam Bible, tempoh
masa ini dikenali sebagai Hari Penghakiman.1
20 Adakah hal ini bermaksud bahawa setiap manusia
yang pernah hidup akan dibangkitkan? Tidak. Bible menyatakan bahawa sesetengah orang yang telah mati
berada di Gehena, yang diterjemahkan sebagai “neraka” di dalam Bible bahasa Malaysia. (Lukas 12:5) Nama
Gehena berasal daripada tempat pelupusan sampah yang
18
1 Untuk keterangan lanjut tentang Hari Penghakiman dan dasar untuk penghakiman, sila rujuk bahagian Lampiran, muka surat 244-246.
18. Siapakah yang termasuk dalam golongan orang yang “adil benar”
yang akan dibangkitkan, dan bagaimanakah harapan ini boleh mempengaruhi anda?
19. Siapakah orang yang “tidak adil benar,” dan apakah peluang yang
diberikan oleh Yehuwa kepada mereka?
20. Apakah itu Gehena, dan siapakah yang pergi ke sana?
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
84
terletak di luar kota Yerusalem kuno. Mayat dan sampah sarap dibakar di sana. Orang Yahudi menganggap
mayat-mayat yang dibuang di sana tidak layak dikebumikan atau dibangkitkan. Oleh itu, Gehena merupakan
lambang yang sesuai bagi pemusnahan yang kekal. Walaupun Yesus akan menghakimi orang yang hidup dan
orang yang telah mati, Yehuwa ialah Hakim yang akan
membuat keputusan muktamad. (Kisah 10:42) Dia tidak
akan membangkitkan orang fasiq yang enggan berhenti
melakukan perkara yang jahat.
PEMBANGKITAN KE SYURGA
Bible juga menyebut tentang pembangkitan yang
lain, iaitu pembangkitan ke syurga sebagai makhluk roh.
Bible hanya mengandungi satu contoh pembangkitan sebegini, iaitu pembangkitan Yesus Kristus.
22 Selepas Yesus dibunuh, Yehuwa tidak mengizinkan
Anak-Nya yang setia untuk terus berada di dalam kubur.
(Mazmur 16:10; Kisah 13:34, 35) Tuhan membangkitkan Yesus, tetapi bukan sebagai seorang manusia. Hawari
Petrus menjelaskan bahawa Kristus telah “dibunuh dalam keadaan jasmani, tetapi dihidupkan semula dalam
keadaan rohani.” (1 Petrus 3:18) Mukjizat ini memang
mukjizat yang mengagumkan. Yesus telah dihidupkan
kembali sebagai makhluk roh yang berkuasa! (1 Korintus 15:3-6) Yesus merupakan individu yang pertama
yang dibangkitkan ke syurga. (Yohanes 3:13) Tetapi, dia
bukanlah individu terakhir yang akan mengalami pembangkitan sebegini.
23 Tidak lama sebelum Yesus mati, dia memberitahu
21
21, 22. (a) Apakah pembangkitan lain yang dicatatkan di dalam Bible? (b) Siapakah individu pertama yang dibangkitkan sebagai
makhluk roh?
23, 24. Siapakah yang akan membentuk golongan orang ‘yang kecil
bilangannya,’ dan berapakah jumlah mereka?
Harapan Sebenar bagi Orang Kesayangan yang Telah Mati
85
pengikut-pengikutnya yang setia bahawa dia akan kembali ke syurga dan “menyediakan tempat” untuk mereka di
sana. (Yohanes 14:2) Yesus merujuk kepada mereka yang
akan pergi ke syurga sebagai golongan orang ‘yang kecil
bilangannya.’ (Lukas 12:32) Berapa ramaikah orang Kristian yang akan membentuk kumpulan kecil ini? Di
Penyingkapan 14:1 (ABB), hawari Yohanes berkata,
‘Kemudian aku melihat dan nampak Anak Domba [Yesus
Di Firdaus, mereka yang telah mati akan
dibangkitkan dan disatukan dengan orang
kesayangan mereka
86
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Kristus] berdiri di atas Bukit Sion. Bersama-samanya berdiri 144,000 orang yang pada dahi mereka tertulis
namanya dan nama Bapanya.’
24 Semua 144,000 orang Kristian ini, termasuk hawarihawari Yesus yang setia, dibangkitkan ke syurga. Bilakah
pembangkitan ini berlaku? Hawari Paulus menulis bahawa pembangkitan ini akan berlaku semasa kehadiran
Kristus. (1 Korintus 15:23) Seperti yang anda akan belajar
di Bab 9, kita sedang hidup pada masa itu. Oleh itu, baki golongan 144,000 orang yang masih berada di bumi
sekarang akan dibangkitkan ke syurga dengan sertamerta apabila mereka mati. (1 Korintus 15:51-55) Tetapi,
kebanyakan manusia mempunyai harapan untuk dibangkitkan pada masa hadapan dan hidup di Firdaus di
bumi.
25 Ya, Yehuwa akan menghapuskan musuh kita, iaitu
kematian, untuk selama-lamanya! (Yesaya 25:8) Tetapi,
anda mungkin bertanya, “Apakah yang akan dilakukan
oleh mereka yang dibangkitkan ke syurga?” Mereka akan
menjadi sebahagian daripada Kerajaan Tuhan di syurga.
Kita akan belajar tentang kerajaan yang mengagumkan
ini secara lebih lanjut dalam bab yang seterusnya.
25. Apakah yang akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya?
AJARAN BIBLE
ˇ Kisah-kisah pembangkitan yang terdapat di
dalam Bible memberi kita harapan yang
terjamin.—Yohanes 11:39-44.
ˇ Yehuwa ingin sekali membangkitkan orang
yang telah mati.—Ayub 14:13-15.
ˇ Semua di dalam perkuburan umum manusia
akan dibangkitkan.—Yohanes 5:28, 29.
BAB L APAN
Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
Apakah yang dinyatakan di dalam Bible tentang
Kerajaan Tuhan?
Apakah yang akan dilaksanakan oleh
Kerajaan Tuhan?
Bilakah Kerajaan Tuhan akan melaksanakan
kehendak Tuhan bagi bumi?
BERJUTA-JUTA orang di serata dunia tahu akan doa yang
dikenali sebagai Doa Bapa Kami. Doa yang terkenal ini merujuk kepada doa contoh yang diberikan oleh Yesus Kristus.
Doa ini sangat bermakna. Dengan membincangkan tiga permohonan yang pertama dalam doa ini, anda akan dibantu
untuk mempelajari apa sebenarnya yang diajarkan dalam Bible.
2 Pada permulaan doa contoh ini, Yesus mengajar
pendengar-pendengarnya, ‘Sepatutnya kamu berdoa begini, “Ya Bapa kami yang di syurga, Engkaulah Tuhan
yang Esa, semoga Engkau disembah dan dihormati [“namaMu disucikan,” NW]. Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau
memerintah di bumi, dan seperti di syurga, [semoga]
kehendak-Mu ditaati.” ’ (Matius 6:9-13, ABB) Apakah maksud ketiga-tiga permohonan ini?
3 Kita telah banyak belajar tentang nama Tuhan, iaitu
Yehuwa. Kita juga telah mempelajari serba sedikit tentang kehendak Tuhan bagi umat manusia. Ada antara
1. Apakah doa terkenal yang akan dibincangkan sekarang?
2. Dalam doa contoh yang diberikan oleh Yesus, apakah tiga permohonan yang didoakan?
3. Apakah yang patut kita tahu berkenaan Kerajaan Tuhan?
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
88
kehendak Tuhan yang telah dilaksanakan dan ada yang akan
dilaksanakan pada masa hadapan. Tetapi, apakah yang dimaksudkan oleh Yesus semasa dia berdoa, “Semoga Engkau
memerintah di bumi”? Apakah pemerintahan, atau Kerajaan, yang disebutkan oleh Yesus? Apakah kaitan antara
Kerajaan ini dengan pelaksanaan kehendak Tuhan?
APAKAH ITU KERAJAAN TUHAN?
Kerajaan Tuhan ialah sebuah kerajaan yang ditubuhkan
oleh Tuhan Yehuwa dengan seorang Raja pilihan-Nya. Siapakah Raja Kerajaan Tuhan? Yesus Kristus. Yesus ialah Raja
yang lebih agung daripada semua pemerintah di bumi dan
dia dikenali sebagai “Penguasa Satu-satunya, Raja Yang Terutama.” (1 Timotius 6:15) Dia mempunyai kuasa untuk
melakukan jauh lebih banyak kebaikan daripada manamana pemerintah di bumi, bahkan pemerintah manusia
yang terbaik.
5 Kerajaan Tuhan terletak di mana? Untuk mengetahui
jawapannya, kita perlu tahu di mana Yesus berada. Anda
tentu ingat bahawa Yesus telah dibunuh pada tiang seksaan. Dia dibangkitkan, dan tidak beberapa lama kemudian,
dia telah naik ke syurga. (Kisah 2:33) Oleh itu, Kerajaan
Tuhan akan memerintah dari syurga. Itulah sebabnya Bible merujuk kepada Kerajaan Tuhan sebagai “Kerajaan-Nya
di syurga.” (2 Timotius 4:18) Walaupun Kerajaan Tuhan terletak di syurga, kerajaan ini akan memerintah seluruh bumi.
—Penyingkapan 11:15.
6 Apakah yang menjadikan Yesus seorang Raja yang tiada
tolok bandingnya? Salah satu sebab adalah kerana dia tidak
akan mati. Tidak seperti raja-raja di bumi, kehidupan Yesus
“tidak berkesudahan.” (Ibrani 7:16) Hal ini bermaksud se4
4. Apakah itu Kerajaan Tuhan, dan siapakah Raja Kerajaan ini?
5. Kerajaan Tuhan terletak di mana, dan akan memerintah mana?
6, 7. Apakah yang menjadikan Yesus Raja yang tiada tolok bandingnya?
Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
89
mua perkara baik yang dilakukannya akan berkekalan. Dia
juga akan melakukan banyak perkara yang membawa manfaat besar kepada rakyatnya.
7 Fikirkanlah tentang nubuat ini di dalam Bible mengenai
Yesus. ‘Kuasa Tuhan [daya aktif Yehuwa] akan mengurniakan kebijaksanaan kepada dia juga pengetahuan dan
kecekapan untuk memerintah umatnya. Dia mengenal kehendak Yehuwa dan menghormati Dia. Dia suka mentaati
Yehuwa. Dia tidak menghakimi orang secara sekilas pandang ataupun berdasarkan kata orang. Dia menghakimi
perkara orang miskin dengan adil, dan membela hak orang
yang lemah.’ (Yesaya 11:2-4, ABB) Kata-kata ini menunjukkan bahawa Yesus akan menjadi Raja yang adil benar dan
berbelas kasihan terhadap rakyatnya di bumi. Inginkah anda
hidup di bawah pemerintahan seorang Raja seperti Yesus?
8 Berikut merupakan satu lagi fakta tentang Kerajaan Tuhan: Yesus bukan satu-satunya pemerintah Kerajaan Tuhan.
Terdapat pemerintah lain yang akan memerintah bersamasamanya. Sebagai contoh, hawari Paulus memberitahu
Timotius, ‘Jika kita tetap bertabah, kita juga akan memerintah bersama-sama dia.’ (2 Timotius 2:12) Ya, Paulus,
Timotius, dan orang Kristian setia yang lain telah dipilih
oleh Tuhan untuk memerintah bersama-sama Yesus di Kerajaan di syurga. Berapa orangkah yang mempunyai peluang
istimewa ini?
9 Seperti yang telah kita pelajari dalam Bab 7, hawari Yohanes diberi suatu penglihatan. Dia nampak ‘Anak Domba
[Yesus Kristus] berdiri di atas Bukit Sion [kedudukan diraja di syurga]. Bersama-samanya berdiri 144,000 orang yang
pada dahi mereka tertulis namanya dan nama Bapanya.’ Siapakah 144,000 orang ini? Yohanes memberitahu kita,
‘Mereka mengikuti Anak Domba ke mana sahaja dia pergi.
8. Siapakah yang akan memerintah bersama-sama Yesus?
9. Berapa orangkah yang akan memerintah bersama-sama Yesus, dan
bilakah mereka mula dilantik oleh Tuhan?
90
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Antara umat manusia, merekalah yang telah diselamatkan
oleh Tuhan. Mereka milik Tuhan dan Anak Domba itu, kerana mereka seperti bahagian pertama daripada tuaian, yang
dipersembahkan kepada Tuhan.’ (Penyingkapan 14:1, 4) Ya,
mereka merupakan pengikut Yesus Kristus yang setia yang
telah dipilih khas untuk memerintah bersama-samanya di
syurga. Selepas dibangkitkan ke syurga, mereka akan memerintah bumi bersama-sama Yesus. (Penyingkapan 5:10)
Sejak zaman para hawari, Tuhan mula melantik orang Kristian yang setia untuk menggenapkan angka 144,000.
10 Aturan yang disediakan oleh Tuhan supaya Yesus dan
144,000 orang memerintah umat manusia memperlihatkan
kasih-Nya. Mengapa? Hal ini adalah kerana Yesus pernah
menjadi manusia dan dia memahami penderitaan manusia.
Mengenai Yesus, Paulus berkata, ‘Penghentar Agung kita ini
bukanlah penghentar yang tidak dapat bersimpati terhadap
segala kelemahan kita. Sebaliknya, kita mempunyai Penghentar Agung yang pernah dicubai dalam segala hal seperti
kita sendiri, tetapi dia tidak berbuat dosa!’ (Ibrani 4:15, ABB;
5:8) Dalam cara yang sama, mereka yang akan memerintah
dengan Yesus merupakan manusia sebelum mereka naik ke
syurga. Semasa di bumi, mereka telah mengalami penderitaan, bergelut dengan ketidaksempurnaan, dan menderita
pelbagai jenis penyakit. Sudah tentu, mereka akan memahami masalah-masalah yang dialami oleh manusia!
APAKAH YANG AKAN DILAKSANAKAN OLEH
KERAJAAN TUHAN?
11 Yesus bukan sahaja mengajar murid-muridnya untuk
berdoa agar Kerajaan Tuhan datang, tetapi dia juga mengajar mereka untuk berdoa, “Semoga Engkau memerintah di
10. Mengapakah aturan yang disediakan oleh Tuhan supaya Yesus
dan 144,000 orang memerintah umat manusia memperlihatkan kasihNya?
11. Mengapakah Yesus mengajar murid-muridnya untuk berdoa supaya kehendak Tuhan dilaksanakan di syurga?
Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
91
bumi, dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati.” Tuhan berada di syurga, dan kehendak-Nya selalu dilaksanakan
oleh malaikat-malaikat yang setia. Namun, kita telah mempelajari dalam Bab 3 bahawa satu malaikat yang fasiq telah
berhenti melakukan kehendak Tuhan. Dia menyebabkan
Adam dan Hawa berdosa. Dalam Bab 10, kita akan belajar lebih lanjut tentang apa yang diajarkan dalam Bible tentang
malaikat fasiq ini yang dipanggil Syaitan Si Iblis. Syaitan dan
malaikat lain yang memilih untuk berpihak kepadanya dipanggil roh-roh jahat. Makhluk-makhluk roh ini dibenarkan
untuk tinggal di syurga buat sementara waktu. Maka, pada
masa itu bukan semua makhluk yang berada di syurga melakukan kehendak Tuhan. Hal itu akan berubah apabila
Kerajaan Tuhan mula memerintah. Raja yang baru ditabalkan, iaitu Yesus Kristus, akan berperang melawan Syaitan.
—Penyingkapan 12:7-9.
12 Nubuat berikut menggambarkan apa yang berlaku, ‘Aku
mendengar suara lantang di syurga berkata, “Sekaranglah
masanya Tuhan menyelamatkan umat-Nya dan menunjukkan kuasa-Nya sebagai Raja! Sekarang Penyelamat [Kristus]
yang diutus-Nya itu menunjukkan kekuasaannya, kerana
[Syaitan] yang menuduh saudara-saudara kita di hadapan
Tuhan siang dan malam, sudah dibuang dari syurga.” ’ (Penyingkapan 12:10, ABB) Dapatkah anda lihat dua peristiwa
yang sangat penting yang digambarkan dalam ayat Bible ini?
Pertama, Yesus Kristus mula memerintah Kerajaan Tuhan.
Kedua, Syaitan dibuang dari syurga ke bumi.
13 Apakah keadaan di syurga selepas kedua-dua peristiwa
tersebut berlaku? Mengenai apa yang telah berlaku di syurga,
Bible menyatakan, “Oleh itu, bersukacitalah, hai syurga dan
semua yang tinggal di syurga!” (Penyingkapan 12:12) Ya,
malaikat-malaikat yang setia bersukacita kerana Syaitan dan
12. Apakah dua peristiwa penting yang digambarkan di Penyingkapan
12:10?
13. Apakah yang berlaku selepas Syaitan dibuang dari syurga?
92
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
roh-roh jahat dihalau dari syurga. Sekarang, semua makhluk
di syurga setia kepada Tuhan Yehuwa. Keadaan di syurga kini
penuh damai dan harmoni, tanpa sebarang gangguan. Kehendak Tuhan telah pun dilaksanakan di syurga.
14 Bagaimana pula dengan keadaan di bumi? Bible menyatakan, “Malanglah bumi dan laut, kerana Iblis telah turun
kepadamu. Dia sangat marah, kerana tahu bahawa masanya
tinggal sedikit.” (Penyingkapan 12:12) Syaitan berasa marah
kerana dia dibuang dari syurga dan masanya tinggal sedikit sahaja. Didorong oleh kemarahannya, dia menyebabkan
penderitaan di bumi. Kita akan belajar lebih lanjut dalam
bab yang seterusnya tentang penderitaan yang dibawa oleh
Syaitan. Tetapi persoalannya sekarang ialah, Bagaimanakah
Kerajaan Tuhan akan melaksanakan kehendak-Nya di bumi?
15 Adakah anda masih ingat akan kehendak Tuhan bagi
bumi? Anda telah mempelajari hal ini di Bab 3. Di Taman Eden, Tuhan telah menyatakan bahawa kehendak-Nya
adalah supaya bumi menjadi sebuah firdaus yang dipenuhi
dengan keturunan manusia yang adil benar dan yang tidak
akan mati. Namun, Syaitan telah menyebabkan Adam dan
Hawa berdosa. Hal ini memberi kesan kepada pelaksanaan
kehendak Tuhan di bumi, tetapi kehendak asal Tuhan masih
tidak berubah. Yehuwa masih mahu ‘orang yang salih memiliki negeri [bumi] ini, dan tinggal di sini selama-lamanya.’
(Mazmur 37:29, ABB) Kerajaan Tuhan akan melaksanakan
hal ini. Bagaimana?
16 Mari kita bincangkan nubuat yang terdapat di Daniel
2:44 (ABB). Nubuat ini menyatakan, ‘Pada masa pemerintahan penguasa-penguasa itu, Tuhan penguasa di syurga akan
mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan. Sebaliknya kerajaan itu akan memusnahkan
14. Apakah yang telah berlaku kerana Syaitan dibuang ke bumi?
15. Apakah kehendak Tuhan bagi bumi?
16, 17. Apakah yang dinyatakan di Daniel 2:44 tentang Kerajaan Tuhan?
Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
93
sama sekali semua kerajaan yang lain, lalu kerajaan itu akan
memerintah selama-lamanya.’ Apakah yang boleh kita pelajari tentang Kerajaan Tuhan daripada ayat ini?
17 Pertama, Kerajaan Tuhan akan ditubuhkan “pada masa
pemerintahan penguasa-penguasa itu,” iaitu semasa kerajaan lain di bumi masih wujud. Kedua, Kerajaan Tuhan akan
kekal untuk selama-lamanya. Kerajaan Tuhan tidak akan ditakluki dan digantikan oleh kerajaan yang lain. Ketiga,
Kerajaan Tuhan akan berperang dengan kerajaan-kerajaan
di bumi ini, dan Kerajaan Tuhan akan meraih kemenangan. Akhirnya, Kerajaan Tuhan akan menjadi satu-satunya
kerajaan yang akan memerintah manusia. Pada masa itu,
manusia akan menikmati pemerintahan yang paling baik.
18 Bible mengandungi banyak maklumat tentang perang
terakhir antara Kerajaan Tuhan dengan kerajaan lain di
bumi. Sebagai contoh, Bible mengajarkan bahawa akhir sistem dunia ini semakin dekat, dan roh-roh jahat akan
menyebarkan penipuan untuk memperdaya “semua raja di
seluruh dunia.” Apakah tujuannya? Untuk ‘mengumpulkan
mereka [semua raja] untuk berperang pada hari Tuhan Yang
Maha Kuasa.’ Semua raja di bumi akan dikumpulkan bersama “di suatu tempat yang dalam bahasa Ibrani dinamakan
Harmagedon.” (Penyingkapan 16:14, 16) Kedua-dua ayat ini
menunjukkan bahawa perang yang terakhir antara kerajaan
manusia dengan Kerajaan Tuhan dikenali sebagai perang
Harmagedon, atau Armagedon.
19 Apakah yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Tuhan
melalui perang Armagedon? Fikirkanlah sekali lagi tentang
kehendak Tuhan bagi bumi. Tuhan Yehuwa bertujuan supaya bumi menjadi sebuah Firdaus yang dipenuhi dengan
penyembah-Nya yang adil benar dan sempurna. Tetapi,
18. Apakah nama perang terakhir antara Kerajaan Tuhan dengan semua kerajaan di dunia?
19, 20. Apakah yang menghalang kehendak Tuhan bagi bumi daripada menjadi kenyataan sekarang?
94
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
apakah yang menghalang tujuan Tuhan daripada menjadi kenyataan sekarang? Pertama, kita semua berdosa, jatuh
sakit, dan mati. Namun demikian, kita telah mempelajari di dalam Bab 5 bahawa Yesus mati demi kita supaya kita
dapat hidup selama-lamanya. Kemungkinan besar anda masih ingat akan kata-kata Yohanes yang menyatakan, ‘Tuhan
sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang
percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.’—Yohanes 3:16, ABB.
20 Satu lagi masalah ialah ramai orang melakukan hal-hal
yang fasiq. Mereka menipu, memperdaya orang, dan melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Mereka tidak mahu
melakukan kehendak Tuhan. Mereka yang melakukan halhal yang jahat akan dibinasakan oleh Tuhan semasa perang
Armagedon. (Mazmur 37:10) Masalah lain pula ialah kerajaan manusia di bumi tidak menggalakkan rakyatnya untuk
melakukan kehendak Tuhan. Banyak kerajaan di bumi kurang tegas, tidak berakhlak, atau zalim. Bible secara terus
terang menyatakan, “Sesetengah orang mempunyai kuasa,
sedangkan yang lain terpaksa menderita di bawah kekuasaan mereka.”—Pengkhutbah 8:9.
21 Selepas perang Armagedon, umat manusia akan diperintah oleh satu kerajaan sahaja, iaitu Kerajaan Tuhan.
Kerajaan ini akan melakukan kehendak Tuhan dan membawa berkat-berkat yang menakjubkan. Sebagai contoh,
kerajaan ini akan menghapuskan Syaitan dan roh-roh jahatnya. (Penyingkapan 20:1-3) Nilai korban tebusan Yesus akan
digunakan untuk membantu manusia yang setia supaya
mereka tidak lagi jatuh sakit dan mati. Sebaliknya, di bawah
Kerajaan Tuhan, mereka berpeluang untuk hidup selamalamanya. (Penyingkapan 22:1-3) Bumi akan menjadi sebuah
firdaus. Dengan itu, Kerajaan Tuhan akan melaksanakan
21. Bagaimanakah Kerajaan Tuhan akan melaksanakan kehendak-Nya
di bumi?
Penderitaan berleluasa di bumi
kerana Syaitan dan roh-roh jahat
dibuang dari syurga. Tidak lama lagi,
semua masalah akan tiada lagi
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
96
kehendak Tuhan di bumi dan menyucikan nama-Nya. Apakah maksud semua ini? Hal ini bermaksud bahawa di
Firdaus yang akan datang, semua orang yang hidup di bawah Kerajaan Tuhan akan memuliakan nama Yehuwa.
BILAKAH KERAJAAN TUHAN BERTINDAK?
Semasa Yesus berada di bumi, dia menyuruh muridmuridnya untuk berdoa supaya Kerajaan Tuhan datang.
Maka, memanglah nyata bahawa pada masa itu Kerajaan
Tuhan masih belum datang. Adakah Kerajaan Tuhan ditubuhkan sebaik sahaja Yesus naik ke syurga? Tidak, kerana
menurut Petrus dan Paulus, Yesus menggenapi nubuat di
Mazmur 110:1 selepas dia dibangkitkan. Nubuat itu menyatakan, ‘Yehuwa berfirman kepada tuanku raja, “Duduklah
di sebelah kanan-Ku, sehingga Aku menaklukkan musuhmu
kepadamu.” ’ (Kisah 2:32-35; Ibrani 10:12, 13) Oleh itu, sebelum Kerajaan Tuhan datang, suatu jangka masa perlu
berlalu.
23 Berapa lamakah jangka masa itu? Pada abad ke-19
dan ke-20, pelajar-pelajar Bible yang tulus hati telah
mempelajari secara beransur-ansur bahawa Kerajaan Tuhan
akan ditubuhkan pada tahun 1914. (Mengenai tarikh ini, sila
lihat bahagian Lampiran, muka surat 247-249.) Peristiwa22
22. Bagaimanakah kita tahu bahawa Kerajaan Tuhan tidak ditubuhkan
semasa Yesus berada di bumi atau sebaik sahaja dia dibangkitkan?
23. (a) Bilakah Kerajaan Tuhan mula memerintah? (b) Apakah yang
akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya?
Di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan, kehendak
Tuhan akan dilaksanakan di bumi seperti di syurga
Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
97
AJARAN BIBLE
ˇ Kerajaan Tuhan terletak di syurga. Yesus Kristus
ialah Raja Kerajaan Tuhan dan 144,000 orang
telah dipilih antara umat manusia untuk memerintah bersamanya.—Penyingkapan 14:1, 4.
ˇ Kerajaan Tuhan mula memerintah pada tahun
1914. Sejak itu, Syaitan dibuang dari syurga ke
bumi.—Penyingkapan 12:9.
ˇ Tidak lama lagi, Kerajaan Tuhan akan
menghapuskan kerajaan-kerajaan manusia dan
bumi akan menjadi sebuah firdaus.
—Penyingkapan 16:14, 16.
peristiwa di bumi yang bermula pada tahun 1914 telah mengesahkan bahawa pemahaman mereka adalah betul.
Penggenapan nubuat Bible menunjukkan bahawa pada tahun 1914, Kristus menjadi Raja dan Kerajaan Tuhan mula
memerintah di syurga. Maka, ‘masa Syaitan tinggal sedikit’
dan kita sedang hidup pada masa ini. (Penyingkapan 12:12;
Mazmur 110:2) Kita juga boleh berasa pasti bahawa tidak
lama lagi, Kerajaan Tuhan akan mengambil tindakan untuk
melaksanakan kehendak Tuhan di bumi. Adakah anda percaya bahawa hal yang menakjubkan ini benar? Bab yang
seterusnya akan membantu anda untuk melihat bahawa Bible benar-benar mengajarkan hal ini.
BAB SEMBILAN
Adakah Kita Sedang Hidup
pada “Hari-hari Terakhir”?
Apakah peristiwa-peristiwa yang berlaku pada
zaman kita yang dinubuatkan dalam Bible?
Apakah yang dinubuatkan dalam Firman Tuhan
mengenai sikap manusia pada
“hari-hari terakhir”?
Apakah perkara-perkara baik yang dinubuatkan
dalam Bible mengenai “hari-hari terakhir”?
SEMASA menonton berita yang disiarkan di televisyen,
pernahkah anda bertanya, “Apakah yang akan berlaku kepada dunia ini?” Banyak malapetaka berlaku dengan
tiba-tiba dan di luar jangkaan. Tiada sesiapa pun yang dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada keesokan
hari. (Yakobus 4:14) Namun, Yehuwa tahu apa yang akan
berlaku pada masa hadapan. (Yesaya 46:10) Lama dahulu,
Firman-Nya, iaitu Bible, bukan sahaja bernubuat tentang perkara-perkara buruk yang sedang berlaku, malah
tentang perkara-perkara menakjubkan yang akan berlaku
tidak lama lagi.
2 Yesus Kristus mengajar orang tentang Kerajaan Tuhan
yang akan mengakhiri semua kefasiqan dan menjadikan
bumi sebuah firdaus. (Lukas 4:43) Orang pada masa itu
ingin mengetahui bila Kerajaan Tuhan akan datang. Malah, murid-murid Yesus telah bertanya kepadanya,
1. Dari manakah kita dapat belajar tentang masa hadapan?
2, 3. Apakah soalan yang ditanyakan oleh murid-murid Yesus, dan bagaimanakah dia menjawab soalan mereka?
Adakah Kita Sedang Hidup pada “Hari-hari Terakhir”?
99
“Apakah tanda bagi kehadiranmu dan penghujung sistem
ini?” (Matius 24:3, NW) Yesus menjawab soalan mereka
dengan mengatakan bahawa Tuhan Yehuwa sahaja yang
tahu bila sistem dunia ini akan berakhir. (Matius 24:36)
Namun begitu, Yesus telah menubuatkan perkara-perkara
yang akan berlaku sejurus sebelum Kerajaan Tuhan membawa keamanan dan ketenteraman yang sejati ke bumi.
Apa yang dinubuatkan oleh Yesus sedang berlaku sekarang!
3 Sebelum kita meneliti bukti-bukti yang menunjukkan
bahawa kita sedang hidup pada “penghujung sistem ini,”
marilah kita bincangkan secara ringkas tentang sebuah
perang yang mustahil disaksikan oleh manusia. Perang
ini tercetus di syurga tetapi apa yang telah berlaku memberi kesan kepada kita di bumi.
SEBUAH PERANG DI SYURGA
Dalam bab yang lepas, kita telah mempelajari bahawa Yesus Kristus menjadi Raja di syurga pada tahun
1914. (Daniel 7:13, 14) Tidak lama kemudian, Yesus telah bertindak. Bible menyatakan, “Peperangan berlaku di
syurga. Mikhael [nama lain bagi Yesus] dengan malaikatmalaikatnya berperang melawan naga itu [Syaitan Si
Iblis]. Naga itu, yang dibantu oleh malaikat-malaikatnya
melawan Mikhael.”1 Syaitan dan malaikat-malaikatnya
yang fasiq, yang juga dikenali sebagai roh-roh jahat, telah tewas dalam perang itu. Mereka dibuang dari syurga
ke bumi. Malaikat-malaikat Tuhan yang setia bersukacita
4
1 Untuk maklumat lanjut yang menunjukkan bahawa Mikhael merupakan nama lain bagi Yesus Kristus, sila lihat bahagian Lampiran,
muka surat 249-251.
4, 5. (a) Apakah yang telah berlaku di syurga selepas Yesus menjadi
Raja? (b) Menurut Penyingkapan 12:12, apakah yang berlaku akibat perang yang tercetus di syurga?
100
kerana Syaitan dan roh-roh jahat telah dihalau dari syurga. Tetapi,
umat manusia tidak dapat bersukacita. Sebaliknya, Bible menubuatkan,
“Malanglah bumi . . . kerana Iblis telah turun kepadamu. Dia sangat
marah, kerana tahu bahawa masanya
tinggal sedikit.”—Penyingkapan 12:7,
9, 12, ABB.
5 Sila perhatikan apa yang telah
berlaku akibat perang yang tercetus di syurga. Syaitan membawa
penderitaan, atau masalah kepada
mereka yang berada di bumi kerana
dia berasa sangat marah. Seperti
yang akan anda belajar, kita sedang
hidup pada masa ini yang penuh
dengan penderitaan. Tetapi jangka
masa yang terlibat adalah singkat.
Bahkan Syaitan juga sedar bahawa
“masanya tinggal sedikit.” Bible merujuk kepada jangka masa ini sebagai
“hari-hari terakhir.” (2 Timotius 3:1)
Tidakkah anda berasa gembira untuk mengetahui bahawa tidak lama
lagi, Tuhan akan melenyapkan pengaruh Iblis di bumi? Marilah kita
lihat beberapa perkara yang telah
dinubuatkan dalam Bible yang sedang berlaku pada hari ini. Hal-hal
ini membuktikan bahawa kita sedang hidup pada hari-hari terakhir
dan tidak lama lagi, Kerajaan Tuhan
akan membawa berkat-berkat yang ti-
101
dak berkesudahan kepada mereka
yang mengasihi Yehuwa. Mula-mula,
marilah kita mengkaji kata-kata Yesus mengenai empat ciri daripada
tanda yang menunjukkan bahawa
kita sedang hidup pada hari-hari terakhir.
PERKEMBANGAN UTAMA PADA
HARI-HARI TERAKHIR
6 “Satu bangsa akan berperang melawan bangsa yang lain. Satu kerajaan
akan menyerang kerajaan yang lain.”
(Matius 24:7) Jutaan orang dibunuh
dalam peperangan sepanjang abad
yang lepas. Seorang ahli sejarawan
Inggeris telah menyatakan, “Abad ke20 merupakan abad yang mana
paling banyak darah ditumpahkan
dalam sejarah manusia. . . . Pada
abad itu, peperangan seolah-olah tidak berhenti, dan hanya terdapat
beberapa jangka masa yang pendek
yang mana konflik bersenjata yang
terancang tidak berlaku.” Sebuah
organisasi yang mengkaji peristiwaperistiwa yang berlaku di dunia
menyatakan, “Bilangan orang yang
terkorban dalam peperangan pada
abad [ke-20] adalah tiga kali lebih banyak daripada bilangan orang yang
terkorban dalam semua perang yang
6, 7. Bagaimanakah kata-kata Yesus tentang
peperangan dan kebuluran digenapi hari ini?
102
berlaku sejak abad pertama Masihi
hingga ke tahun 1899.” Lebih daripada 100 juta orang telah terkorban
akibat peperangan sejak tahun 1914.
Cuba bayangkan kesengsaraan dan
kepiluan yang dialami oleh berjutajuta orang yang telah kehilangan
orang kesayangan dalam peperangan.
Pernahkah peperangan meragut nyawa orang kesayangan anda?
7 “Di mana-mana akan berlaku
kebuluran.” (Matius 24:7) Para penyelidik menyatakan bahawa penghasilan makanan telah meningkat
secara mendadak sepanjang 30 tahun yang lepas. Namun, kebuluran
masih berlaku kerana ramai orang tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makanan atau
tanah untuk bercucuk tanam. Di
negara-negara yang sedang membangun, jutaan orang terpaksa menderita kelaparan yang berpanjangan.
Menurut statistik anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia, faktor utama
yang menyumbang kepada kematian
lebih daripada lima juta orang kanakkanak setiap tahun ialah malnutrisi
atau kekurangan makanan yang seimbang.
8 “Di pelbagai tempat akan berla8, 9. Apakah yang menunjukkan bahawa nubuat Yesus tentang gempa bumi dan wabak
penyakit sedang digenapi?
103
ku gempa bumi yang dahsyat.” (Lukas 21:11) Menurut sebuah tinjauan
geologi di Amerika Syarikat, dianggarkan 19 gempa bumi besar akan
berlaku setiap tahun yang cukup
kuat untuk memusnahkan bangunan dan menyebabkan rekahan tanah. Secara purata, setiap tahun ada
sahaja gempa bumi yang berlaku
yang cukup kuat untuk menyebabkan kemusnahan yang menyeluruh
pada bangunan-bangunan. Catatan
yang sedia ada menunjukkan bahawa lebih daripada dua juta orang
terkorban dalam gempa bumi sejak tahun 1900. Satu sumber menyatakan, “Kemajuan teknologi tidak
banyak mengurangkan kadar kematian.”
9 “Di pelbagai tempat akan berlaku . . . wabak.” (Lukas 21:11)
Walaupun terdapat kemajuan dalam bidang perubatan, penyakit
baru mahupun penyakit lama masih menimpa manusia. Satu laporan menyatakan bahawa 20 jenis
penyakit yang terkenal, termasuk
tuberkulosis (batuk kering), demam
malaria, dan penyakit taun, semakin biasa dihidapi orang sepanjang
berpuluh-puluh tahun yang lepas.
Tambahan lagi, sesetengah penyakit semakin sukar diubati. Sebenarnya, sekurang-kurangnya 30 jenis
penyakit yang baru telah muncul.
104
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Sesetengah daripada penyakit ini membunuh mangsanya dan penawar penyakit masih tidak dapat ditemui.
MANUSIA YANG HIDUP PADA HARI-HARI TERAKHIR
10 Selain daripada mengenal pasti sesetengah perkembangan di dunia, Bible juga telah menubuatkan tentang
perubahan sikap yang akan diperlihatkan oleh kebanyakan orang yang hidup pada hari-hari terakhir. Hawari
Paulus telah menggambarkan hal ini di 2 Timotius 3:1-5
yang menyatakan, “Pada hari-hari terakhir akan timbul
banyak kesusahan.” Paulus menyatakan bahawa manusia
pada masa itu akan
ˇ mementingkan diri sendiri
ˇ tamak dan serakah
ˇ menghina dan melawan ibu bapa
ˇ tidak tahu berterima kasih
ˇ tidak mengasihi sesama manusia
ˇ tidak berbelas kasihan
ˇ suka akan keganasan
ˇ lebih menyukai kesenangan dunia daripada
mengasihi Tuhan
ˇ pada lahirnya mereka menjalankan kewajipan
agama, tetapi mereka tidak menurut ajarannya
Adakah orang di kawasan kediaman anda memperlihatkan sikap-sikap sedemikian juga? Tentu sekali.
11
10. Apakah sikap-sikap yang telah dinubuatkan di 2 Timotius 3:1-5
yang diperlihatkan oleh manusia hari ini?
11. Bagaimanakah Mazmur 92:8 menggambarkan apa yang akan berlaku kepada orang jahat?
Adakah Kita Sedang Hidup pada “Hari-hari Terakhir”?
105
Sebenarnya, sikap-sikap buruk ini diperlihatkan oleh
orang di mana-mana sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa tidak lama lagi Tuhan akan bertindak kerana
Bible menyatakan, “Orang jahat mungkin tumbuh subur
seperti rumput, dan orang yang melakukan kejahatan mungkin makmur; namun mereka akan dibinasakan
sama sekali.”—Mazmur 92:8, ABB.
PERKEMBANGAN YANG BAIK!
Seperti yang telah dinubuatkan dalam Bible, harihari terakhir sarat dengan penderitaan. Namun, dalam
dunia yang kucar-kacir ini, terdapat perkembanganperkembangan baik yang berlaku dalam kalangan
penyembah Yehuwa.
13 “Pengetahuan yang benar akan melimpah,” Daniel
bernubuat di dalam Bible. Bilakah hal ini akan berlaku?
Pada “akhir zaman.” (Daniel 12:4, NW) Terutamanya sejak tahun 1914, mereka yang benar-benar ingin
menyembah Yehuwa dibantu oleh-Nya untuk lebih memahami Bible. Mereka telah belajar untuk menghayati
kebenaran yang berharga tentang nama dan kehendak Tuhan, korban tebusan Yesus Kristus, keadaan
orang yang telah mati, dan pembangkitan. Tambahan
lagi, penyembah-penyembah Yehuwa juga mempelajari
cara hidup yang membawa manfaat kepada diri mereka dan yang memberi pujian kepada Tuhan. Mereka juga
mempunyai pemahaman yang lebih jelas tentang peranan Kerajaan Tuhan dan bagaimana Kerajaan ini akan
menyelesaikan masalah di bumi. Pengetahuan ini menggalakkan mereka untuk melakukan apa? Jawapan kepada
soalan ini boleh dikaitkan dengan satu lagi nubuat yang
sedang digenapi pada hari-hari terakhir.
12
12, 13. Bagaimanakah “pengetahuan yang benar” akan melimpah pada
“akhir zaman”?
106
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
‘Berita baik tentang bagaimana Tuhan memerintah
akan dikhabarkan ke seluruh dunia,’ kata Yesus Kristus dalam nubuatnya tentang akhir dunia Syaitan. (Matius 24:
3, 14) Berita baik tentang Kerajaan Tuhan sedang disebarkan di lebih daripada 230 negara dan dalam lebih
daripada 400 bahasa. Berita baik ini merangkumi penjelasan tentang apa itu Kerajaan Tuhan, apa yang akan
dilaksanakan oleh Kerajaan Tuhan, dan cara kita dapat
menikmati berkat-berkat yang dibawa oleh Kerajaan ini.
Jutaan Saksi-Saksi Yehuwa menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan dengan semangat yang membara.
Mereka datang daripada “setiap bangsa, suku, negara,
dan bahasa.” (Penyingkapan 7:9) Saksi-Saksi Yehuwa mengadakan pembelajaran Bible secara percuma dengan
berjuta-juta orang yang ingin mengetahui ajaran Bible
yang sebenar. Tidakkah anda setuju bahawa penggenapan
nubuat ini adalah sesuatu yang menakjubkan terutamanya kerana Yesus telah menubuatkan bahawa “semua
orang akan membenci” orang Kristian yang sejati?—Lukas 21:17.
14
APAKAH YANG AKAN ANDA LAKUKAN?
Oleh sebab begitu banyak nubuat di dalam Bible sedang digenapi hari ini, tidakkah anda setuju bahawa
kita sedang hidup pada hari-hari terakhir? Selepas berita baik dikhabarkan ke tahap yang memuaskan hati
Yehuwa, “akhir zaman” pasti akan datang. (Matius 24:14)
“Akhir zaman” merujuk kepada waktu yang mana Tuhan akan menghapuskan segala kefasiqan di bumi.
15
14. Hari ini, seluas manakah berita baik tentang Kerajaan Tuhan disebarkan, dan siapakah yang menyebarkan berita ini?
15. (a) Adakah anda percaya bahawa kita sedang hidup pada harihari terakhir, dan mengapa? (b) Apabila “akhir zaman” datang, apakah
yang akan berlaku kepada mereka yang menentang Yehuwa dan kepada mereka yang tunduk kepada pemerintahan Kerajaan Tuhan?
‘Berita baik tentang
bagaimana Tuhan
memerintah akan
dikhabarkan ke seluruh
dunia.’—Matius 24:14
108
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Yehuwa akan menggunakan Yesus dan malaikat-malaikat
yang berkuasa untuk menghapuskan mereka yang sengaja menentang-Nya. (2 Tesalonika 1:6-9) Syaitan dan
roh-roh jahat tidak akan menyesatkan bangsa-bangsa
lagi. Selepas itu, Kerajaan Tuhan akan mencurahkan berkat kepada mereka yang tunduk kepada pemerintahan
Tuhan yang adil benar.—Penyingkapan 20:1-3; 21:3-5.
16 Memandangkan akhir sistem Syaitan sudah dekat,
setiap seorang daripada kita perlu bertanya, “Sekarang,
apakah yang harus saya lakukan?” Adalah bijak bagi kita
untuk terus belajar tentang Yehuwa dan kehendak-Nya.
(Yohanes 17:3) Pelajarilah Bible dengan bersungguhsungguh. Jadikanlah kebiasaan anda untuk bergaul
dengan mereka yang melakukan kehendak Yehuwa.
(Ibrani 10:24, 25) Anda digalakkan untuk menimba pengetahuan yang telah disediakan oleh Tuhan Yehuwa
untuk semua orang, dan buatlah perubahan dalam kehidupan anda supaya anda mendapat perkenan Tuhan.
—Yakobus 4:8.
17 Yesus menubuatkan bahawa kebanyakan orang tidak akan menghiraukan bukti yang menunjukkan
bahawa kita sedang hidup pada hari-hari terakhir. Seperti pencuri yang datang pada waktu malam, pembinasaan
orang fasiq akan berlaku dengan tiba-tiba dan tanpa
diduga. (1 Tesalonika 5:2) Yesus memberikan amaran berikut, “Apabila Anak Manusia datang kelak, masa itu
seperti zaman Nuh. Pada masa banjir belum melanda,
orang makan dan minum, lelaki dan perempuan berkahwin sehingga pada hari Nuh masuk ke dalam bahtera.
Mereka tidak tahu akan apa yang sedang berlaku sehingga banjir membinasakan mereka semua. Demikianlah
16. Apakah yang patut anda lakukan?
17. Mengapakah pembinasaan orang fasiq akan berlaku dengan tibatiba dan tanpa diduga?
Adakah Kita Sedang Hidup pada “Hari-hari Terakhir”?
109
keadaannya apabila Anak Manusia datang.”—Matius
24:37-39, ABB.
18 Maka, Yesus memberitahu pendengar-pendengarnya, “Berjaga-jagalah! Janganlah kamu asyik berpesta
dan minum minuman keras atau khuatir akan kehidupan kamu, sehingga kamu tidak bersedia apabila Hari itu
datang dengan tiba-tiba. Hari itu akan datang seperti perangkap bagi semua orang di bumi. Berjaga-jagalah dan
berdoalah sentiasa supaya kamu mempunyai kekuatan
untuk mengatasi semua perkara yang akan berlaku, lalu
kamu dapat menghadap [mendapat perkenan] Anak Manusia.” (Lukas 21:34-36, ABB) Kita patut memandang
serius nasihat Yesus. Mengapa? Kerana hanya mereka
yang mendapat perkenan Tuhan Yehuwa dan “Anak Manusia,” iaitu Yesus Kristus, akan mempunyai harapan
untuk diselamatkan apabila sistem dunia Syaitan dimusnahkan. Tidak lama lagi, mereka akan hidup di dunia
baru untuk selama-lamanya!—Yohanes 3:16; 2 Petrus
3:13.
18. Apakah amaran Yesus yang patut dipandang serius?
AJARAN BIBLE
ˇ Antara ciri yang menandakan hari-hari
terakhir ialah peperangan, kebuluran, gempa
bumi, dan wabak.—Matius 24:7; Lukas 21:11.
ˇ Pada hari-hari terakhir, ramai orang
mementingkan diri sendiri, tamak, dan suka
akan kesenangan dunia. Mereka tidak
mengasihi Tuhan.—2 Timotius 3:1-5.
ˇ Pada hari-hari terakhir ini, berita baik tentang
Kerajaan Tuhan disebarkan ke seluruh dunia.
—Matius 24:14.
BAB SEPULUH
Bagaimanakah Makhluk Roh
Mempengaruhi Kita?
Adakah malaikat-malaikat membantu manusia?
Bagaimanakah roh-roh jahat mempengaruhi
manusia?
Perlukah kita takut akan roh-roh jahat?
JIKA anda ingin mengenali seseorang, biasanya anda perlu mengetahui serba sedikit tentang keluarganya. Dalam
cara yang sama, untuk mengenali Tuhan Yehuwa kita
perlu mengenali para malaikat yang merupakan sebahagian daripada keluarga-Nya di syurga. Apakah peranan
para malaikat dalam pelaksanaan kehendak Tuhan? Adakah mereka melibatkan diri dalam hal ehwal manusia
pada masa dahulu? Adakah malaikat-malaikat mempengaruhi kehidupan anda? Jika ya, bagaimana?
2 Bible menyebut tentang para malaikat beratus-ratus
kali. Marilah kita bincangkan beberapa contoh supaya
kita lebih mengenali para malaikat. Siapakah yang menciptakan malaikat-malaikat? Kolose 1:16 menyatakan,
‘Melalui dia [Yesus Kristus] Tuhan menciptakan segala sesuatu di syurga dan di atas bumi.’ Oleh itu, semua
makhluk roh yang dikenali sebagai malaikat diciptakan
oleh Tuhan Yehuwa melalui Anak Sulung-Nya. Berapakah bilangan malaikat yang telah diciptakan? Bible
menyatakan bahawa ratusan juta malaikat telah dicipta1. Mengapakah kita patut belajar tentang para malaikat?
2. Siapakah yang menciptakan para malaikat, dan berapakah bilangan
malaikat yang diciptakan?
Bagaimanakah Makhluk Roh Mempengaruhi Kita?
111
kan, dan setiap satu daripada mereka amat berkuasa.
—Mazmur 103:20; Penyingkapan 5:11.
3 Firman Tuhan, iaitu Bible, memberitahu kita bahawa
semasa bumi diciptakan, “makhluk-makhluk syurga bersorak gembira.” (Ayub 38:4-7) Maka, kita tahu bahawa
malaikat telah wujud lama sebelum manusia diciptakan,
bahkan lama sebelum bumi diciptakan. Kita juga tahu
bahawa malaikat-malaikat mempunyai perasaan kerana
ayat di Ayub menyatakan bahawa mereka “bersorak gembira.” Pada masa itu, semua malaikat adalah sebahagian
daripada keluarga Tuhan Yehuwa yang menyembah-Nya
dengan bersatu padu.
BANTUAN DAN PERLINDUNGAN MALAIKAT
Malaikat-malaikat di syurga telah menyaksikan penciptaan pasangan manusia yang pertama. Semenjak itu,
malaikat-malaikat yang setia ini sangat berminat terhadap keluarga manusia yang membesar. Mereka juga
berminat terhadap pelaksanaan tujuan Tuhan. (Amsal 8:
30, 31; 1 Petrus 1:12) Tetapi, dengan peredaran masa,
malaikat-malaikat ini telah melihat bahawa kebanyakan
orang berpaling tadah dan tidak lagi menyembah Pencipta mereka yang pengasih. Sudah tentu hal ini telah
menyedihkan hati para malaikat yang setia. Sebaliknya,
semasa seorang manusia kembali ke pangkuan Yehuwa,
‘malaikat Tuhan bersukacita.’ (Lukas 15:10) Oleh sebab malaikat mengambil berat akan mereka yang
menyembah Tuhan, Yehuwa telah berulang kali menggunakan malaikat untuk menguatkan dan melindungi
penyembah-Nya yang setia di bumi. (Ibrani 1:7, 14) Marilah kita lihat beberapa contoh.
4
3. Apakah yang dinyatakan di Ayub 38:4-7 mengenai malaikat?
4. Berdasarkan Bible, bagaimanakah kita tahu bahawa para malaikat
yang setia berminat terhadap manusia?
112
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Semasa kota Sodom dan Gomora yang penuh dengan kefasiqan dimusnahkan oleh Tuhan, dua malaikat
telah membantu seorang lelaki adil benar yang bernama
Lot dan dua orang anak perempuannya untuk melarikan
diri dari tempat itu. (Kejadian 19:15, 16) Berabadabad kemudian, penubuat Daniel dibuang ke dalam
gua singa, tetapi dia langsung tidak dicederakan. Dia
berkata, ‘Tuhan telah mengirim malaikat-Nya untuk
menutup mulut singa-singa itu.’ (Daniel 6:23) Pada
abad pertama Masihi, satu malaikat membebaskan hawari Petrus dari penjara. (Kisah 12:6-11) Tambahan lagi,
para malaikat memberi galakan kepada Yesus semasa
dia mula-mula menjalankan kerja penyebaran di bumi.
(Markus 1:13) Dan sejurus sebelum kematian Yesus, satu
malaikat datang kepada Yesus dan ‘menguatkan dia.’ (Lukas 22:43) Dukungan para malaikat pada saat-saat
genting dalam kehidupan Yesus pasti telah menguatkan
semangatnya!
6 Hari ini, para malaikat tidak lagi menampakkan diri
kepada umat Tuhan di bumi. Walaupun manusia tidak
dapat melihat mereka, malaikat Tuhan yang berkuasa
masih melindungi umat-Nya, terutamanya daripada halhal yang boleh memudaratkan kerohanian mereka. Bible
menyatakan, ‘Malaikat Yehuwa mengawal orang yang
menghormati-Nya, dan menyelamatkan mereka daripada bahaya.’ (Mazmur 34:8, ABB) Tentu kata-kata ini
melegakan hati kita. Mengapa? Sebab terdapat roh-roh
jahat yang ingin membinasakan kita! Siapakah roh-roh
jahat ini? Apakah asal usul mereka? Bagaimanakah mereka mencuba untuk mengancam kita? Untuk mencari
jawapan kepada soalan-soalan ini, marilah kita bincang5
5. Apakah contoh yang terdapat di dalam Bible mengenai bantuan
yang diberikan oleh para malaikat?
6. (a) Bagaimanakah para malaikat melindungi umat Tuhan hari ini?
(b) Apakah soalan-soalan yang akan dibincangkan?
Bagaimanakah Makhluk Roh Mempengaruhi Kita?
113
kan apa yang telah berlaku pada permulaan sejarah manusia.
MAKHLUK-MAKHLUK ROH YANG
MERUPAKAN MUSUH KITA
7 Seperti yang telah kita pelajari di dalam Bab 3, salah satu malaikat telah membenarkan keinginan untuk
memerintah berputik di hatinya. Dia telah mengingkari Tuhan dan kemudian dikenali sebagai Syaitan Si Iblis.
(Penyingkapan 12:9) Sepanjang 1,600 tahun selepas
7. Syaitan berjaya menjauhkan berapa ramai orang daripada Tuhan?
‘Tuhan telah mengirim malaikat-Nya
untuk menutup mulut singa-singa.’
—Daniel 6:23
114
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Syaitan menipu Hawa, dia berjaya menjauhkan hampir
semua manusia daripada Tuhan. Hanya segelintir manusia seperti Habel, Henokh, dan Nuh yang setia kepada
Tuhan.—Ibrani 11:4, 5, 7.
8 Pada zaman Nuh, malaikat-malaikat lain telah memberontak menentang Yehuwa. Mereka meninggalkan
keluarga Tuhan di syurga, turun ke bumi, lalu menggunakan tubuh yang berdarah daging. Mengapa? Kejadian
6:2 (ABB) menyatakan, “[‘Anak-anak Tuhan,’ nota kaki]
nampak bahawa gadis-gadis itu cantik. [Anak-anak Tuhan] itu mengahwini gadis-gadis yang disukai oleh
mereka.” Tetapi Tuhan Yehuwa tidak membenarkan tindakan malaikat-malaikat ini serta pengaruh jahat mereka
dalam kalangan umat manusia untuk berterusan. Dia
membawa sebuah banjir yang besar yang telah menghapuskan semua manusia yang fasiq. Hanya penyembah
Yehuwa yang setia diselamatkan. (Kejadian 7:17, 21-23)
Oleh itu, malaikat-malaikat yang telah memberontak,
iaitu roh-roh jahat, terpaksa berhenti menggunakan tubuh darah daging mereka dan pulang ke syurga sebagai
makhluk roh. Tindakan mereka menunjukkan bahawa
mereka telah berpihak kepada Si Iblis, yang kemudiannya menjadi “ketua roh jahat.”—Matius 9:34.
9 Seperti apa yang telah berlaku kepada Syaitan,
malaikat-malaikat yang mengingkari Tuhan juga disingkirkan daripada keluarga Tuhan apabila mereka pulang
ke syurga. (2 Petrus 2:4; Yudas 6) Walaupun mereka kini
tidak dapat menggunakan tubuh yang berdarah daging,
mereka masih mempunyai pengaruh yang sangat buruk
8. (a) Bagaimanakah sesetengah malaikat menjadi roh-roh jahat?
(b) Apakah yang terpaksa dilakukan oleh roh-roh jahat supaya tidak dimusnahkan apabila Banjir berlaku pada zaman Nuh?
9. (a) Apakah yang telah berlaku kepada roh-roh jahat semasa mereka pulang ke syurga? (b) Apakah yang akan kita bincangkan mengenai
roh-roh jahat?
Bagaimanakah Makhluk Roh Mempengaruhi Kita?
115
ke atas manusia. Sebenarnya, dengan bantuan roh-roh
jahat ini, Syaitan sedang “menipu seluruh dunia.” (Penyingkapan 12:9; 1 Yohanes 5:19) Bagaimana? Roh-roh
jahat suka menggunakan muslihat untuk menyesatkan
umat manusia. (2 Korintus 2:11) Marilah kita bincangkan beberapa muslihat ini.
BAGAIMANA ROH-ROH JAHAT
MENYESATKAN MANUSIA
10 Roh-roh jahat menyesatkan manusia dengan menggunakan spiritisme. Amalan spiritisme merupakan
amalan yang melibatkan roh-roh jahat, baik secara langsung mahupun melalui seorang perantara manusia,
seperti seorang bomoh atau tukang tilik. Bible mengutuk amalan spiritisme dan memberi amaran kepada
kita supaya mengelakkan segala sesuatu yang berkaitan
dengannya. (Galatia 5:19-21) Spiritisme umpama umpan yang digunakan oleh seorang nelayan. Sepertimana
seorang nelayan menggunakan beraneka jenis umpan untuk menangkap pelbagai jenis ikan, roh-roh jahat
menggunakan pelbagai bentuk spiritisme untuk memastikan bahawa manusia daripada pelbagai latar berada di
bawah kawalan mereka.
11 Salah satu umpan yang digunakan oleh roh-roh jahat ialah ilmu ramal. Apakah itu ilmu ramal? Ilmu ramal
melibatkan usaha untuk mengetahui masa hadapan atau
sesuatu yang belum diketahui. Beberapa bentuk ilmu
ramal merangkumi ramalan bintang, tilik tapak tangan, ilmu tafsir mimpi, dan penggunaan daun terup,
duit syiling, atau bola kristal. Walaupun ramai orang
berfikir bahawa ilmu ramal adalah tidak berbahaya,
Bible menunjukkan bahawa tukang tilik sebenarnya
10. Apakah itu spiritisme?
11. Apakah itu ilmu ramal, dan mengapakah kita patut mengelakkan
ilmu ramal?
116
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
bekerjasama dengan roh-roh jahat. Sebagai contoh, Kisah 16:16-18 menyatakan tentang seorang gadis yang
“dirasuk oleh roh jahat yang membolehkan dia meramalkan peristiwa yang akan datang.” Tetapi gadis itu
kehilangan kebolehan tersebut apabila roh jahat itu diusir keluar daripadanya.
12 Selain itu, roh-roh jahat juga menyesatkan orang dengan menggalakkan mereka untuk berhubung dengan
orang yang telah mati. Mereka yang sedang meratapi
kematian orang kesayangan selalunya senang dipengaruhi oleh pandangan-pandangan yang salah tentang orang
yang telah mati. Seorang bomoh mungkin memberi mereka maklumat khas atau bercakap dalam suara yang
sama seperti suara orang yang telah mati. Hasilnya, ramai orang berasa yakin bahawa orang yang telah mati
sebenarnya masih hidup. Mereka juga berfikir bahawa
jika mereka berhubung dengan orang yang telah mati,
mereka dapat mengatasi kesedihan mereka. Tetapi, “kelegaan hati” sedemikian adalah palsu dan berbahaya.
Mengapa? Kerana roh-roh jahat berupaya meniru suara
orang yang telah mati dan memberi bomoh maklumat
tentang mereka. (1 Samuel 28:3-19) Lagipun, seperti
yang telah kita pelajari di Bab 6, orang yang telah mati tidak wujud lagi. (Mazmur 115:17) Oleh itu, sesiapa yang
“mengadakan hubungan dengan roh orang mati” telah
disesatkan oleh roh-roh jahat dan perbuatan mereka bercanggah dengan kehendak Tuhan. (Ulangan 18:10, 11;
Yesaya 8:19) Maka, kita harus berhati-hati agar tidak tertarik kepada umpan berbahaya ini yang digunakan oleh
roh-roh jahat.
13 Roh-roh jahat bukan sahaja menyesatkan manusia
12. Mengapakah usaha berhubung dengan orang yang telah mati adalah berbahaya?
13. Apakah yang berjaya dilakukan oleh mereka yang pernah takut
akan roh-roh jahat?
Roh-roh jahat menggunakan pelbagai muslihat
untuk menipu manusia
tetapi menakutkan mereka juga. Hari ini, Syaitan dan
roh-roh jahat tahu bahawa masa mereka “tinggal sedikit”
sahaja. Tidak lama lagi, mereka tidak dapat melakukan
apa-apa pun. Maka, sekarang mereka lebih ganas daripada dahulu. (Penyingkapan 12:12, 17) Walaupun begitu,
ribuan orang yang pernah takut akan roh-roh jahat berjaya membebaskan diri daripada cengkaman mereka.
Bagaimanakah ribuan orang ini berjaya berbuat demikian? Apakah yang boleh dilakukan jika seseorang telah
pun melibatkan diri dalam spiritisme?
CARA UNTUK MELAWAN ROH-ROH JAHAT
Bible mengajar kita cara untuk melawan dan
membebaskan diri daripada cengkaman roh-roh jahat.
Perhatikan contoh orang Kristian yang tinggal di kota
Efesus pada abad pertama. Ada dalam kalangan mereka
14
14. Seperti orang Kristian di Efesus pada abad pertama, bagaimanakah
kita dapat membebaskan diri daripada cengkaman roh-roh jahat?
CARA UNTUK
MELAWAN
ROH-ROH JAHAT
ˇ Musnahkan semua
benda yang berkaitan
dengan spiritisme
ˇ Pelajari Bible
ˇ Berdoa kepada Tuhan
Bagaimanakah Makhluk Roh Mempengaruhi Kita?
119
yang mengamalkan spiritisme sebelum menjadi orang
Kristian. Apakah yang dilakukan oleh mereka apabila
mereka membuat keputusan untuk menghentikan amalan spiritisme? Bible menyatakan, “Mereka yang biasa
mengamalkan ilmu sihir mengumpulkan buku-buku
mereka dan membakar semua itu di hadapan orang ramai.” (Kisah 19:19) Dengan memusnahkan semua buku
ilmu sihir mereka, penganut-penganut Kristian yang
baru ini telah menetapkan teladan baik untuk mereka
yang mahu melawan roh-roh jahat hari ini. Mereka yang
ingin menyembah Yehuwa mesti membuang semua benda yang berkaitan dengan spiritisme. Hal ini termasuk
buku, majalah, wayang, poster, dan lagu yang menggalakkan amalan spiritisme dan yang memberi gambaran
bahawa spiritisme adalah sesuatu yang menarik atau
menyeronokkan. Hal ini juga termasuk azimat atau
benda-benda lain yang dipakai sebagai perlindungan daripada kuasa jahat.—1 Korintus 10:21.
15 Beberapa tahun selepas orang Kristian di Efesus memusnahkan buku-buku ilmu sihir mereka, hawari Paulus
menulis kepada mereka. Dia telah menekankan bahawa
mereka perlu terus “melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa.” (Efesus 6:12) Roh-roh
jahat tidak berputus asa. Mereka masih berusaha untuk
menguasai orang Kristian di Efesus. Oleh itu, apa lagi
yang perlu dilakukan oleh orang Kristian pada masa itu?
Paulus berkata, ‘Hendaklah kamu sentiasa gunakan kepercayaan kamu kepada Tuhan sebagai perisai di tangan.
Dengannya kamu dapat memadamkan semua anak panah berapi daripada Si Jahat [Syaitan].’ (Efesus 6:16, ABB)
Semakin kuat perisai kepercayaan kita, semakin kuat kemampuan kita untuk melawan roh-roh jahat.—Matius
17:20.
15. Untuk melawan roh-roh jahat, apakah yang perlu kita lakukan?
120
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Maka, bagaimanakah kita boleh menguatkan kepercayaan kita? Dengan mempelajari Bible. Kekuatan
sebuah tembok amat bergantung pada kekuatan tapaknya. Dalam cara yang sama, kekuatan kepercayaan kita
amat bergantung pada kekuatan tapaknya, iaitu pengetahuan yang tepat mengenai Firman Tuhan. Jikalau kita
membaca dan mempelajari Bible setiap hari, kepercayaan kita akan menjadi kuat. Sepertimana sebuah tembok
yang kukuh dapat melindungi kita daripada serangan
musuh, kepercayaan yang kuat akan melindungi kita daripada pengaruh roh-roh jahat.—1 Yohanes 5:5.
17 Orang Kristian di Efesus memerlukan perlindungan
tambahan kerana mereka tinggal di kota yang penuh dengan pengaruh roh-roh jahat. Apakah langkah lain yang
perlu diambil oleh mereka? Paulus memberitahu mereka, “Lakukanlah semuanya sambil berdoa . . . Berdoalah
sentiasa.” (Efesus 6:18) Kita juga hidup dalam dunia yang penuh dengan pengaruh roh-roh jahat. Jika
kita ingin melawan roh-roh jahat, adalah penting
untuk berdoa kepada Yehuwa dengan bersungguhsungguh untuk mendapat perlindungan-Nya. Sudah
tentu, kita perlu berdoa dengan menggunakan nama
Yehuwa. (Amsal 18:10) Maka, kita perlu terus berdoa kepada Tuhan untuk ‘menyelamatkan kita daripada kuasa
Si Jahat,’ Syaitan Si Iblis. (Matius 6:13) Yehuwa akan mengabulkan doa-doa sedemikian yang diucapkan dengan
bersungguh-sungguh.—Mazmur 145:19.
18 Memang, roh-roh jahat adalah berbahaya. Tetapi jika
kita menentang Si Iblis dan mendekati Tuhan dengan
16
16. Bagaimanakah kita dapat menguatkan kepercayaan kita?
17. Apakah langkah yang perlu diambil untuk melawan roh-roh jahat?
18, 19. (a) Mengapakah kita tentu akan muncul sebagai juara dalam
pergelutan melawan roh-roh jahat? (b) Apakah soalan yang akan dijawab dalam bab yang seterusnya?
Bagaimanakah Makhluk Roh Mempengaruhi Kita?
121
melakukan kehendak-Nya, kita tidak perlu berasa takut
akan mereka. (Yakobus 4:7, 8) Kuasa roh-roh jahat adalah terhad. Mereka dihukum pada zaman Nuh, dan akan
menghadapi penghakiman terakhir pada masa hadapan.
(Yudas 6) Kita patut ingat bahawa kita dilindungi oleh
malaikat-malaikat Yehuwa yang berkuasa. (2 Raja-Raja 6:
15-17) Malaikat-malaikat ini sangat ingin melihat kita
berjaya melawan roh-roh jahat. Malaikat-malaikat yang
adil benar sebenarnya sedang menggalakkan kita. Semoga kita tetap berpaut erat kepada Yehuwa dan keluargaNya yang setia di syurga. Kita juga patut mengelakkan
semua bentuk spiritisme dan sentiasa menerapkan
nasihat-nasihat yang terkandung dalam Firman Tuhan.
(1 Petrus 5:6, 7; 2 Petrus 2:9) Dengan demikian, kita tentu akan muncul sebagai juara dalam pergelutan untuk
menentang roh-roh jahat.
19 Tetapi, mengapakah Tuhan mengizinkan kewujudan
roh-roh jahat dan kefasiqan yang menyebabkan manusia
menderita? Soalan ini akan dijawab dalam bab yang seterusnya.
AJARAN BIBLE
ˇ Malaikat-malaikat setia membantu mereka
yang menyembah Yehuwa.—Ibrani 1:7, 14.
ˇ Syaitan dan roh-roh jahat sedang
menyesatkan manusia dan menjauhkan
mereka daripada Tuhan.
—Penyingkapan 12:9.
ˇ Jika anda melakukan kehendak Tuhan dan
menentang Syaitan Si Iblis, dia akan lari
daripada anda.—Yakobus 4:7, 8.
BAB SEBELAS
Mengapakah Tuhan Mengizinkan
Penderitaan?
Adakah Tuhan yang menyebabkan penderitaan
di bumi?
Apakah isu yang diungkit di Taman Eden?
Bagaimanakah Tuhan akan melenyapkan segala
kesan buruk akibat penderitaan manusia?
SELEPAS berlakunya satu pertempuran sengit di sebuah
wilayah yang sudah kucar-kacir akibat perang, mayat
ribuan wanita dan kanak-kanak dikebumikan di sebuah perkuburan yang dikelilingi dengan salib-salib
kecil. Setiap salib terukir kata, “Mengapa?” Kadangkala,
soalan ini ditanya oleh orang yang sedang menanggung penderitaan akibat peperangan, bencana, penyakit,
atau jenayah. Mungkin nyawa orang kesayangan mereka diragut, kediaman mereka dimusnahkan, atau mereka
mengalami pengalaman perit yang tidak terperi. Mereka
ingin tahu mengapa tragedi sebegini menimpa mereka.
2 Mengapakah Tuhan mengizinkan penderitaan? Jika
Yehuwa ialah Tuhan yang maha kuasa, penyayang, bijaksana, dan adil, mengapakah dunia kita dibanjiri dengan
kebencian dan ketidakadilan? Pernahkah anda memikirkan soalan-soalan ini?
3 Adakah salah sekiranya kita bertanya mengapa Tuhan
1, 2. Apakah yang menyebabkan ramai orang menderita hari ini,
dan apakah soalan-soalan yang timbul?
3, 4. (a) Apakah yang menunjukkan bahawa tidak salah bagi kita untuk bertanya mengapa Tuhan mengizinkan penderitaan? (b) Apakah
perasaan Yehuwa terhadap kefasiqan dan penderitaan?
123
Yehuwa akan mengakhiri segala penderitaan
mengizinkan penderitaan? Sesetengah orang risau bahawa jika mereka menanyakan soalan sebegini, mereka
kurang berkepercayaan atau tidak menghormati Tuhan.
Namun, semasa membaca Bible, anda akan mendapati bahawa mereka yang setia dan takut akan Tuhan juga
menanyakan soalan-soalan yang serupa. Sebagai contoh, penubuat yang bernama Habakuk telah menanya
Yehuwa, “Mengapa Engkau membiarkan aku mengalami kesusahan seperti ini? Bagaimana Engkau dapat tahan
sabar dengan orang yang melakukan kejahatan? Kehancuran dan keganasan berlaku di sekelilingku. Pergaduhan
dan pertengkaran berlaku di merata-rata tempat.”—Habakuk 1:3, ABB.
4 Adakah Yehuwa memarahi penubuat yang setia ini
kerana dia menanyakan soalan-soalan sebegini? Tidak.
Sebaliknya, Tuhan telah memasukkan kata-kata Habakuk
yang tulus ikhlas ke dalam Firman-Nya yang terilham.
Tuhan juga membantu dia untuk memahami apa yang
telah berlaku serta memupuk kepercayaan yang lebih teguh. Yehuwa ingin melakukan hal yang sama bagi anda.
Bible mengajarkan bahawa “Dia mengambil berat tentang kamu.” (1 Petrus 5:7) Kebencian Tuhan terhadap
124
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
kefasiqan dan penderitaan adalah jauh lebih mendalam jika dibandingkan dengan manusia. (Yesaya 55:8, 9)
Persoalannya, mengapakah dunia kita sarat dengan penderitaan?
MENGAPAKAH DUNIA KITA SARAT
DENGAN PENDERITAAN?
5 Penganut pelbagai agama menanya pemimpin dan
guru agama mereka mengapa dunia kita sarat dengan penderitaan. Selalunya, jawapan yang diterima
ialah penderitaan merupakan kehendak Tuhan dan sejak dahulu lagi Dia telah mentakdirkan segala sesuatu,
termasuklah peristiwa-peristiwa yang tragik. Ramai
diberitahu bahawa apa yang dilakukan oleh Tuhan adalah suatu misteri atau Dia menyebabkan kematian
orang, termasuk kanak-kanak, agar mereka dapat berada bersama-sama-Nya di syurga. Tetapi seperti yang telah
anda pelajari, Tuhan Yehuwa tidak mungkin menjadi penyebab hal-hal yang buruk. Bible menyatakan, ‘Tuhan
Yang Maha Kuasa tidak melakukan kejahatan; semua
orang diberikan-Nya keadilan.’—Ayub 34:12, ABB.
6 Adakah anda tahu mengapa orang menyalahkan Tuhan atas segala penderitaan yang berlaku di bumi?
Kebanyakan orang berbuat demikian kerana mereka
berfikir bahawa Tuhan Yang Maha Kuasa merupakan pemerintah sebenar dunia ini. Mereka tidak mengetahui
kebenaran asas yang penting yang diajarkan di dalam Bible. Anda telah mempelajari kebenaran ini di dalam
Bab 3. Pemerintah sebenar dunia ini ialah Syaitan Si Iblis.
5. Apakah antara jawapan yang diberikan untuk menjelaskan mengapa manusia menderita, tetapi apakah yang diajarkan di dalam Bible?
6. Mengapakah ramai orang menyalahkan Tuhan atas segala penderitaan yang berlaku di bumi?
Mengapakah Tuhan Mengizinkan Penderitaan?
125
Bible dengan jelasnya menyatakan, “Seluruh dunia
ini di bawah kuasa Iblis.” (1 Yohanes 5:19) Tidakkah
anda setuju bahawa dunia ini mencerminkan keperibadian makhluk roh yang sedang “menipu seluruh dunia”?
(Penyingkapan 12:9) Syaitan penuh dengan kebencian,
penipuan, dan kekejaman. Maka dunia di bawah pengaruhnya juga penuh dengan kebencian, penipuan, dan
kekejaman. Itulah salah satu sebab mengapa dunia kita
sarat dengan penderitaan.
8 Sebab yang kedua telah dipelajari dalam Bab 3. Semenjak pemberontakan yang berlaku di Taman Eden,
manusia berdosa dan menjadi tidak sempurna. Manusia yang dinodai dosa cenderung merebut kuasa, dan
hal ini menyebabkan peperangan, penindasan, dan penderitaan. (Pengkhutbah 4:1; 8:9) Sebab yang ketiga ialah
malang tidak berbau. (Pengkhutbah 9:11) Di dalam dunia tanpa Yehuwa sebagai Pemerintah dan Pelindung
kita, manusia mungkin menderita kerana kejadian yang
tidak terduga boleh menimpa sesiapa sahaja.
9 Kita berasa lega hati kerana kita tahu bahawa Tuhan tidak menyebabkan penderitaan. Dia tidak
bertanggungjawab atas peperangan, jenayah, penindasan, ataupun bencana alam yang menyebabkan orang
merana. Namun demikian, mengapakah Yehuwa mengizinkan penderitaan untuk berlaku? Jika Dia ialah
Tuhan Yang Maha Kuasa, Dia boleh menghentikan segala
penderitaan. Maka, mengapakah Dia tidak menggunakan kuasa-Nya? Kita tahu bahawa Yehuwa ialah Tuhan
yang penyayang. Oleh itu, Dia tentu mempunyai sebab
7
7, 8. (a) Bagaimanakah dunia ini mencerminkan keperibadian pemerintahnya? (b) Bagaimanakah ketidaksempurnaan manusia serta
kejadian yang tidak terduga menyebabkan penderitaan?
9. Mengapakah kita boleh yakin bahawa Yehuwa mempunyai sebab
yang baik untuk mengizinkan penderitaan berterusan?
Adakah pelajar ini lebih layak daripada gurunya?
yang baik untuk mengizinkan penderitaan.—1 Yohanes
4:8.
ISU YANG SANGAT PENTING DIUNGKIT
Untuk mengetahui mengapa Tuhan mengizinkan
penderitaan, kita harus kembali pada saat bermulanya
penderitaan. Semasa Syaitan mempengaruhi Adam dan
Hawa untuk mengingkari Yehuwa, satu persoalan penting telah diungkit. Syaitan tidak mencabar kuasa
Yehuwa. Dia tahu bahawa kuasa Yehuwa tidak mempunyai batas. Sebaliknya, Syaitan mempersoalkan hak
Yehuwa untuk memerintah. Syaitan menuduh bahawa
Tuhan ialah pendusta yang menahan apa yang baik daripada rakyat-Nya. Dengan demikian, Syaitan mendakwa
bahawa Yehuwa ialah pemerintah yang buruk. (Kejadian
3:2-5) Secara tidak langsung, Syaitan telah berkata bahawa umat manusia dapat hidup lebih bahagia tanpa
pemerintahan Tuhan. Dia telah mencabar kedaulatan Yehuwa atau hak-Nya untuk memerintah.
10
10. Apakah yang telah dipersoalkan oleh Syaitan, dan bagaimana?
Mengapakah Tuhan Mengizinkan Penderitaan?
127
Adam dan Hawa memberontak melawan Yehuwa.
Secara tidak langsung mereka berkata, “Kami tidak memerlukan Yehuwa sebagai Pemerintah kami. Kami dapat
menentukan apa yang baik dan apa yang buruk tanpa bantuan Tuhan.” Bagaimanakah Yehuwa dapat menyelesaikan
isu ini? Bagaimanakah Dia dapat menunjukkan kepada
semua makhluk yang berakal bahawa mereka yang memberontak adalah salah dan cara pemerintahan-Nya sahaja
yang terbaik? Sesetengah orang mungkin berpendapat
bahawa Tuhan patut membinasakan sahaja pemberontak-pemberontak itu dan menciptakan pasangan
manusia yang baru. Tetapi Yehuwa telah menyatakan
bahawa tujuan-Nya adalah supaya bumi ini dipenuhi dengan anak cucu Adam dan Hawa, dan Dia mahu mereka
hidup dalam sebuah firdaus. (Kejadian 1:28) Yehuwa selalu melaksanakan tujuan-Nya. (Yesaya 55:10, 11) Selain itu,
pembinasaan pemberontak-pemberontak di Eden tidak
akan menjawab persoalan yang telah diungkit berkenaan
hak Yehuwa untuk memerintah.
12 Sekarang, marilah kita lihat satu contoh. Bayangkan seorang guru sedang mengajar murid-muridnya cara
untuk menyelesaikan satu soalan matematik yang sukar.
Seorang pelajar yang bijak tetapi suka melawan mendakwa bahawa cara soalan tersebut diselesaikan adalah salah
dan dia mengetahui cara penyelesaian yang jauh lebih
baik. Secara tidak langsung, pelajar itu mendakwa bahawa gurunya tidak layak mengajar. Sesetengah pelajar
yang lain bersetuju dengannya dan mula melawan guru
mereka juga. Apakah yang harus dilakukan oleh guru
11
11. Mengapakah Yehuwa tidak membinasakan sahaja pemberontakpemberontak di Eden?
12, 13. Berikan contoh untuk menjelaskan mengapa Yehuwa telah
mengizinkan Syaitan untuk memerintah dunia ini, dan mengapa Tuhan mengizinkan manusia untuk menubuhkan sistem pemerintahan
sendiri.
128
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
itu? Jika dia mengusir pelajar-pelajar yang melawannya
dari kelas, apakah agaknya reaksi pelajar yang lain? Tidakkah mereka akan percaya bahawa pelajar-pelajar yang
memberontak itu adalah betul? Mungkin mereka akan
hilang rasa hormat kepada guru mereka dan berfikir bahawa dia takut dibuktikan salah. Oleh itu, guru itu
mengizinkan pelajar yang melawannya untuk menunjukkan bagaimana dia akan menyelesaikan soalan
matematik tersebut.
13 Yehuwa telah melakukan sesuatu yang serupa dengan apa yang dilakukan oleh guru itu. Isu yang diungkit
tidak melibatkan pemberontak-pemberontak di Eden sahaja. Berjuta-juta malaikat juga telah menyaksikan apa
yang berlaku. (Ayub 38:7; Penyingkapan 5:11) Cara Yehuwa menangani pemberontakan yang telah berlaku akan
meninggalkan kesan yang besar ke atas semua malaikat serta umat manusia. Maka, apakah yang telah
dilakukan oleh Yehuwa? Dia mengizinkan Syaitan untuk menunjukkan bagaimana Syaitan akan memerintah
umat manusia. Tuhan juga mengizinkan manusia untuk menubuhkan sistem pemerintahan sendiri di bawah
bimbingan Syaitan.
14 Guru dalam contoh tersebut tahu bahawa pelajar
yang melawan itu serta pelajar-pelajar lain yang menyokongnya adalah salah. Tetapi, dia juga sedar bahawa
seluruh kelas boleh mendapat manfaat jika dia memberi
mereka yang memberontak peluang untuk membuktikan dakwaan mereka. Apabila mereka gagal, pelajar lain
akan nampak bahawa guru mereka sahaja yang layak untuk mengajar kelas tersebut. Selepas itu, semua
pelajar akan memahami sebabnya dia menghalau mereka yang memberontak. Dalam cara yang sama, Yehuwa
14. Apakah manfaat yang akan diperoleh kerana Yehuwa mengizinkan manusia untuk memerintah diri sendiri?
Mengapakah Tuhan Mengizinkan Penderitaan?
129
tahu bahawa semua malaikat dan manusia yang berhati jujur akan mendapat manfaat apabila mereka nampak
kegagalan Syaitan dan pemberontak-pemberontak yang
memihak kepadanya. Tambahan lagi, mereka akan sedar
bahawa manusia tidak berupaya memerintah diri sendiri. Seperti Yeremia yang hidup pada zaman Bible,
mereka akan mengakui kebenaran yang sangat penting
ini, ‘Ya Yehuwa, aku insaf bahawa tiada seorang pun
berkuasa atas hidupnya; tiada seorang pun dapat mengendalikan jalan hidupnya.’—Yeremia 10:23, ABB.
MENGAPA BEGITU LAMA?
Mengapakah Yehuwa mengizinkan penderitaan berterusan untuk begitu lama? Mengapakah Dia tidak
menghalang hal-hal buruk daripada berlaku? Fikirkan
dua perkara yang tidak dilakukan oleh guru di dalam
contoh itu. Pertama, dia tidak menghalang pelajar yang
memberontak daripada membuktikan dakwaannya, dan
kedua, dia tidak membantu pelajar itu untuk membuktikan dakwaannya. Dalam cara yang sama, mari
kita lihat dua perkara yang tidak dilakukan oleh Yehuwa. Pertama, Dia tidak menghalang Syaitan
dan mereka yang memihak kepadanya daripada membuktikan dakwaan mereka. Maka,
Dia telah memberi mereka suatu tempoh
masa untuk berbuat demikian. Sepanjang
15
15, 16. (a) Mengapakah Yehuwa mengizinkan
penderitaan berterusan untuk begitu lama?
(b) Mengapakah Yehuwa tidak menghalang
perkara-perkara yang buruk seperti
jenayah?
Tuhan akan membantu
anda menanggung
penderitaan
130
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
sejarah manusia yang menjangkau ribuan tahun, manusia diberi peluang untuk mencuba segala bentuk
pemerintahan atau kerajaan manusia. Meskipun manusia telah membuat kemajuan dalam bidang sains dan
bidang-bidang lain, namun ketidakadilan, kemiskinan,
jenayah, dan peperangan makin lama makin parah. Pemerintahan manusia terbukti gagal.
16 Kedua, Yehuwa tidak membantu Syaitan untuk memerintah dunia ini. Misalnya, jika Tuhan menghalang
jenayah yang mengerikan daripada berlaku, bukankah
Dia sedang menyokong dakwaan para pemberontak? Tidakkah tindakan-Nya itu mendorong manusia untuk
berfikir bahawa mereka dapat menubuhkan pemerintahan sendiri tanpa akibat buruk? Jika Yehuwa bertindak
sedemikian, Dia menunjukkan bahawa Dia sedang menyokong dusta Syaitan. Tetapi, Bible menyatakan bahawa
‘Tuhan tidak dapat berdusta.’—Ibrani 6:18.
17 Bagaimana pula dengan segala keburukan yang telah berlaku sepanjang pemberontakan terhadap Tuhan?
Kita seharusnya ingat bahawa Yehuwa ialah Tuhan Yang
Maha Kuasa. Jadi, Dia bukan sahaja boleh, malah akan
melenyapkan kesan buruk penderitaan umat manusia.
Seperti yang telah kita pelajari, bumi kita yang berada
dalam keadaan rosak binasa akan berubah menjadi sebuah Firdaus. Kesan dosa akan dimansuhkan melalui
kepercayaan dalam korban tebusan Yesus. Kesedihan dan
keperitan akibat kematian akan lenyap semasa berlakunya pembangkitan. Ya, Tuhan akan menggunakan Yesus
untuk “memusnahkan pekerjaan Iblis.” (1 Yohanes 3:8)
Yehuwa akan melakukan semua ini tepat pada waktunya.
Kita harus berasa lega kerana Dia tidak bertindak lebih
awal. Kesabaran-Nya telah membuka peluang agar kita
17, 18. Bagaimanakah Yehuwa akan melenyapkan semua kesan buruk akibat pemerintahan manusia dan pengaruh Syaitan?
Mengapakah Tuhan Mengizinkan Penderitaan?
131
dapat mempelajari kebenaran dan berkhidmat kepadaNya. (2 Petrus 3:9, 10) Sementara itu, Tuhan giat mencari
orang yang akan menyembah-Nya dengan tulus ikhlas
dan Dia sedang membantu mereka mengharungi segala bentuk penderitaan dalam dunia yang kucar-kacir ini.
—Yohanes 4:23; 1 Korintus 10:13.
18 Mungkin sesetengah orang akan bertanya, Adakah semua penderitaan dapat dihindari jika Tuhan
menciptakan Adam dan Hawa supaya mereka tidak dapat
memberontak? Untuk menjawab soalan ini, anda harus
ingat akan kurniaan berharga yang telah dianugerahkan
oleh Yehuwa kepada anda.
BAGAIMANAKAH ANDA AKAN MENGGUNAKAN
KURNIAAN TUHAN?
19 Seperti yang telah dipelajari di Bab 5, manusia telah
diciptakan dengan kebebasan untuk membuat pilihan.
Sedarkah anda betapa berharganya kurniaan itu? Tuhan
telah menciptakan banyak binatang dan binatangbinatang ini bertindak mengikut naluri. Manusia telah
menciptakan robot yang boleh mengikut setiap arahan
yang diberi. Adakah kita akan berasa gembira jika Tuhan menciptakan kita seperti itu? Tidak! Sebaliknya, kita
berasa gembira kerana mempunyai kebebasan untuk memilih haluan hidup, memilih sahabat, membentuk
keperibadian sendiri, dan sebagainya. Ya, kita suka mempunyai kebebasan untuk memilih. Oleh itu, Tuhan telah
menganugerahkan kurniaan ini kepada kita.
20 Yehuwa tidak suka memaksa orang untuk menyembah-Nya. (2 Korintus 9:7) Bayangkan seorang anak
19. Apakah kurniaan berharga yang telah dianugerahkan oleh Yehuwa kepada kita, dan mengapakah kita patut menghargainya?
20, 21. Bagaimanakah kita dapat menggunakan kebebasan untuk
memilih dengan sebaik-baiknya, dan mengapakah kita ingin berbuat
demikian?
132
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
berkata kepada ibu bapanya, “Saya sayang mak dan
ayah.” Ibu bapanya tentu akan berasa gembira jika anak
mereka meluahkan kata-kata itu dengan rela dan bukannya kerana dipaksa. Maka, bagaimanakah anda akan
menggunakan kebebasan untuk memilih yang telah dianugerahkan oleh Yehuwa kepada anda? Syaitan, Adam,
dan Hawa telah menyalahgunakan kebebasan mereka.
Mereka menolak pemerintahan Tuhan Yehuwa. Bagaimana pula dengan anda?
21 Anda berpeluang untuk menggunakan kebebasan
untuk memilih dengan sebaik-baiknya. Anda boleh
menyertai jutaan orang yang telah menggunakan kurniaan istimewa ini dengan memihak kepada Yehuwa.
Mereka menggembirakan hati Tuhan kerana mereka
giat membuktikan Syaitan sebagai pendusta dan pemerintah yang gagal sama sekali. (Amsal 27:11) Anda juga
dapat berbuat demikian dengan memilih haluan hidup
yang betul. Hal ini akan dijelaskan dalam bab yang seterusnya.
AJARAN BIBLE
ˇ Tuhan bukan penyebab keadaan buruk di
bumi.—Ayub 34:12.
ˇ Syaitan mencabar hak Yehuwa untuk
memerintah dengan menuduh bahawa
Tuhan ialah pendusta yang menahan apa
yang baik daripada rakyat-Nya.
—Kejadian 3:2-5.
ˇ Yehuwa akan menggunakan Anak-Nya
sebagai Pemerintah Kerajaan Mesias untuk
mengakhiri serta melenyapkan segala kesan
buruk penderitaan manusia.—1 Yohanes 3:8.
BAB DUA BELAS
Amalkan Cara Hidup yang
Menyenangkan Hati Tuhan
Bagaimanakah anda dapat menjadi sahabat Tuhan?
Bagaimanakah cabaran Syaitan melibatkan anda?
Apakah tingkah laku yang tidak menyenangkan
hati Yehuwa?
Bagaimanakah anda dapat mengamalkan cara hidup
yang menyenangkan hati Tuhan?
SIAPAKAH yang akan anda pilih sebagai sahabat anda? Kemungkinan besar anda akan berkawan dengan orang yang
mempunyai pendapat, minat, dan nilai-nilai yang sama dengan anda. Anda akan tertarik kepada orang yang mempunyai sifat-sifat murni seperti kejujuran dan kebaikan hati.
2 Sepanjang sejarah manusia, Tuhan telah memilih sesetengah manusia untuk menjadi sahabat karib-Nya. Sebagai
contoh, Yehuwa memanggil Abraham sahabat-Nya. (Yesaya
41:8; Yakobus 2:23) Tuhan merujuk kepada Daud sebagai seorang lelaki “yang menyenangkan hati-Ku” kerana dia memiliki sifat-sifat yang disukai oleh Yehuwa. (Kisah 13:22) Yehuwa
juga “sangat mengasihi” penubuat Daniel.—Daniel 9:23.
3 Mengapakah Yehuwa menganggap Abraham, Daud,
dan Daniel sebagai sahabat-Nya? Dia memberitahu Abraham, “Engkau sudah mentaati perintah-Ku.” (Kejadian
22:18) Maka, Yehuwa mendekati mereka yang menurut
1, 2. Namakan beberapa orang yang dianggap oleh Yehuwa sebagai
sahabat karib-Nya.
3. Mengapakah Yehuwa memilih sesetengah orang untuk menjadi
sahabat-Nya?
134
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
perintah-Nya dengan rendah hati. Yehuwa berkata kepada
orang Israel, ‘Taatilah Aku supaya Aku menjadi Tuhanmu, dan
engkau menjadi umat-Ku.’ (Yeremia 7:23) Ya, jika anda mematuhi Yehuwa, anda juga boleh menjadi sahabat-Nya!
YEHUWA MENGUATKAN SAHABATNYA
Fikirkan tentang manfaat menjadi sahabat Tuhan. Bible
menunjukkan bahawa Yehuwa sedang mencari peluang untuk “memberikan kekuatan kepada mereka yang setia
kepada-Nya.” (2 Tawarikh 16:9) Bagaimanakah Yehuwa dapat
memberikan kekuatan kepada anda? Satu cara ditunjukkan
di Mazmur 32:8 (ABB). Ayat ini menyatakan, “Aku [Yehuwa]
akan menunjukkan jalan yang harus kauikuti. Engkau akan
Kubimbing dan Kunasihati.”
5 Tidakkah kata-kata ini menyentuh hati anda? Yehuwa
memperlihatkan kasih sayang-Nya dengan memberi anda bimbingan serta perlindungan yang diperlukan seraya anda mengamalkan nasihat-Nya. Tuhan mahu membantu anda mengharungi cubaan dan dugaan hidup dengan berjaya. (Mazmur
55:23) Maka, jika anda menyembah Yehuwa dengan sepenuh
hati, anda boleh mempunyai keyakinan seperti penulis mazmur yang berkata, ‘Aku sentiasa sedar akan hadirat Yehuwa;
Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang
aku.’ (Mazmur 16:8, ABB; 63:9) Ya, Yehuwa dapat membantu
anda untuk mengamalkan cara hidup yang menyenangkan
hati-Nya. Tetapi, seperti yang anda tahu, musuh Tuhan ingin
menghalang anda daripada berbuat demikian.
4
CABARAN SYAITAN
Bab 11 di dalam buku ini menjelaskan bagaimana Syaitan
Si Iblis telah mencabar kedaulatan Tuhan. Syaitan mendakwa bahawa Yehuwa telah berdusta dan Dia tidak saksa6
4, 5. Bagaimanakah Yehuwa “memberikan kekuatan kepada mereka
yang setia kepada-Nya”?
6. Apakah dakwaan Syaitan berkenaan manusia?
Amalkan Cara Hidup yang Menyenangkan Hati Tuhan
135
ma kerana tidak memberi peluang kepada Adam dan Hawa
untuk memutuskan sendiri apa yang betul dan apa yang salah. Selepas Adam dan Hawa berdosa dan bumi mula dipenuhi dengan keturunan mereka, Syaitan mempersoalkan niat
semua manusia. “Manusia menyembah Tuhan bukan kerana
mereka mengasihi-Nya,” dakwa Syaitan. “Berikanlah aku peluang, dan aku boleh menyebabkan sesiapa pun menentang
Tuhan.” Kisah hidup seorang lelaki yang bernama Ayub menunjukkan bahawa Syaitan yakin dia dapat membuktikan
dakwaannya. Siapakah Ayub, dan bagaimanakah dia terlibat
dalam cabaran yang dibuat oleh Syaitan?
7 Ayub hidup kira-kira 3,600 tahun dahulu. Dia seorang lelaki yang baik. Yehuwa telah berkata tentangnya, ‘Di seluruh
bumi tiada orang yang begitu setia dan baik seperti dia. Dia menyembah-Ku dan sungguh berhati-hati supaya tidak berbuat jahat.’ (Ayub 1:8) Ayub menyenangkan hati Tuhan.
8 Syaitan mempersoalkan niat atau tujuan Ayub menyembah Tuhan. Si Iblis berkata kepada Yehuwa, “Engkau selalu melindungi dia [Ayub] serta keluarganya dan segala miliknya. Engkau menjayakan segala usahanya, dan Engkau memberi dia
banyak ternakan sehingga memenuhi seluruh negeri. Tetapi,
seandainya Engkau mengambil segala miliknya, tentu dia akan
mengutuk Engkau secara terang-terang.”—Ayub 1:10,11, ABB.
9 Maka, Syaitan mendakwa bahawa Ayub menyembah Tuhan semata-mata untuk mendapatkan berkat. Si Iblis juga mendakwa bahawa Ayub akan meninggalkan Tuhan jika dia diuji. Bagaimanakah Yehuwa menyambut cabaran Syaitan? Oleh
sebab isu ini melibatkan niat hati Ayub, Yehuwa mengizinkan
Syaitan untuk menguji Ayub. Dengan demikian, Ayub dapat
menunjukkan sama ada dia benar-benar mengasihi Tuhan atau
tidak.
7, 8. (a) Mengapakah Ayub seorang lelaki yang istimewa jika dibandingkan dengan manusia yang hidup sezaman dengannya?
(b) Bagaimanakah Syaitan mempersoalkan niat Ayub?
9. Bagaimanakah Yehuwa menyambut cabaran Syaitan, dan mengapa?
Ayub diberkati kerana dia
tetap setia kepada Tuhan
Amalkan Cara Hidup yang Menyenangkan Hati Tuhan
137
AYUB DIUJI
Tidak lama kemudian, Syaitan mula menguji Ayub. Sesetengah binatang peliharaan Ayub dicuri, dan yang lain pula
dibunuh. Kebanyakan hambanya dibunuh juga. Hal ini telah
membawa masalah kewangan kepada Ayub. Musibah tambahan menimpa Ayub apabila kesemua sepuluh orang anaknya
terkorban dalam sebuah ribut. Meskipun Ayub terpaksa menempuh peristiwa-peristiwa yang dahsyat ini, ‘Ayub tidak berdosa dan tidak menyalahkanTuhan.’—Ayub 1:22.
11 Tetapi, Syaitan tidak berputus asa. Mungkin dia berfikir, “Walaupun Ayub bertabah hati selepas kehilangan harta benda, hamba-hamba, serta anak-anaknya, dia tentu akan
meninggalkan Tuhan jika dia jatuh sakit.” Maka Yehuwa mengizinkan Syaitan untuk menyebabkan Ayub menderita sejenis penyakit yang menjijikkan dan menyakitkan. Namun, hal
ini juga tidak menggoncang kepercayaan Ayub kepada Tuhan.
Sebaliknya, ‘walaupun Ayub menderita, dia tidak mengucapkan kata-kata yang menentang Tuhan.’—Ayub 2:10.
12 Ayub tidak sedar bahawa Syaitan merupakan dalang di
sebalik semua musibah yang menimpanya. Oleh sebab Ayub
tidak mengetahui butiran tentang cabaran Si Iblis ke atas
kedaulatan Yehuwa, Ayub menduga bahawa Tuhan merupakan sumber masalahnya. (Ayub 6:4; 16:11-14) Namun begitu,
dia mengekalkan integriti dan kesetiaannya kepada Yehuwa. Maka dakwaan Syaitan bahawa Ayub menyembah Tuhan
semata-mata untuk kepentingan diri sendiri terbukti palsu!
13 Cabaran Syaitan telah menghina Yehuwa. Tetapi kesetiaan Ayub membantu Yehuwa menjawab cabaran Syaitan yang
merupakan tamparan hebat kepadanya. Ayub membuktikan
10
10. Apakah cubaan yang menimpa Ayub, dan apakah reaksinya?
11. (a) Apakah tuduhan kedua yang dilontarkan oleh Syaitan mengenai Ayub, dan apakah yang dilakukan oleh Yehuwa? (b) Meskipun
Ayub menderita sejenis penyakit yang menyakitkan, apakah reaksinya?
12. Bagaimanakah Ayub menjawab cabaran Si Iblis?
13. Apakah yang berlaku kerana Ayub setia kepada Tuhan?
138
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
dirinya sebagai sahabat Yehuwa, danTuhan memberkati Ayub
atas kesetiaannya.—Ayub 42:12-17.
BAGAIMANA ANDA TERLIBAT
Isu integriti kepada Tuhan yang diungkit oleh Syaitan tidak melibatkan Ayub sahaja. Anda juga terlibat. Hal ini ditunjukkan di Amsal 27:11, (ABB). Firman Yehuwa menyatakan,
“Hai anakku, hendaklah kamu bijak, supaya aku gembira dan
dapat menjawab jika dicela.” Kata-kata ini ditulis ratusan tahun
selepas kematian Ayub dan menunjukkan bahawa Syaitan masih sedang mencemuh dan mencela Tuhan dan hamba-hamba-Nya. Jika kita hidup selaras dengan kehendak Yehuwa, kita
sebenarnya sedang membantu menyangkal tuduhan Syaitan
yang palsu. Dengan berbuat demikian, kita dapat menggembirakan hati Tuhan. Tidakkah anda ingin menggembirakan
hati Yehuwa? Walaupun anda perlu membuat perubahan dalam kehidupan, tidakkah anda berasa bahawa usaha anda untuk menyangkal tuduhan Si Iblis adalah berbaloi?
15 Syaitan menyatakan bahawa “manusia rela mengorbankan segala milik mereka supaya dapat terus hidup.” (Ayub 2:4)
Perhatikan bahawa Syaitan menggunakan perkataan “manusia.” Maka, Syaitan menunjukkan dengan jelas bahawa dakwaannya tidak ditujukan kepada Ayub sahaja tetapi kepada
semua manusia. Hal ini sangat penting. Mengapa? Kerana
Syaitan juga mempersoalkan integriti anda kepada Tuhan. Si
Iblis sangat ingin melihat anda mengingkari Tuhan dan mengabaikan haluan hidup yang adil benar apabila timbulnya
kesusahan. Bagaimanakah Syaitan mencuba melaksanakan
hal ini?
16 Seperti yang telah dipelajari di Bab 10, Syaitan menggu14
14, 15. Mengapakah kita boleh mengatakan bahawa cabaran Syaitan
yang melibatkan Ayub melibatkan semua manusia?
16. (a) Apakah muslihat-muslihat yang digunakan oleh Syaitan untuk
menyebabkan orang meninggalkan Tuhan? (b) Bagaimanakah Si Iblis
boleh menggunakan muslihat-muslihat ini untuk menyebabkan anda
meninggalkan Tuhan?
Amalkan Cara Hidup yang Menyenangkan Hati Tuhan
139
nakan pelbagai muslihat untuk menyebabkan orang meninggalkan Tuhan. Salah satu muslihat yang digunakannya ialah serangan “seperti singa yang mengaum sambil mencari
mangsa.” (1 Petrus 5:8) Maka, pengaruh Syaitan dapat dilihat
semasa kawan-kawan, sanak saudara, atau orang lain menentang usaha anda untuk menimba ilmu daripada Bible serta
mengamalkan apa yang dipelajari dalam kehidupan anda.1
(Yohanes 15:19, 20) Selain itu, Syaitan juga “menyamar seperti malaikat yang gilang-gemilang.” (2 Korintus 11:14) Si Iblis boleh menggunakan kaedah yang licik untuk memperdaya
dan mengumpan anda supaya mengabaikan haluan hidup
yang menyenangkan hati Tuhan. Dia juga boleh menyebabkan anda berasa tawar hati. Mungkin dia menyebabkan anda
berfikir bahawa anda tidak dapat menyenangkan hati Tuhan. Tidak kira sama ada Syaitan menyerang “seperti singa
yang mengaum” atau menyamar “seperti malaikat yang gilang-gemilang,” cabaran yang telah diungkit olehnya adalah
sama. Dia mendakwa bahawa jika anda menghadapi cubaan
atau godaan, anda akan berhenti menyembah Tuhan. Seperti Ayub, bagaimanakah anda dapat menyangkal dakwaannya
dan membuktikan integriti anda kepada Tuhan?
PATUHI PERINTAH YEHUWA
Anda dapat menyangkal dakwaan Syaitan dengan menjalani kehidupan yang menyenangkan hati Tuhan. Bagaimana?
Bible menyatakan, ‘Kasihilah Yehuwa, Tuhan kamu dengan
segenap hati, segenap jiwa, dan segenap kekuatan kamu.’
(Ulangan 6:5, ABB, nota kaki) Semakin mendalam kasih anda
17
1 Hal ini tidak bererti bahawa mereka yang menentang anda dikawal
oleh Syaitan. Tetapi, Syaitan ialah tuhan dunia ini, dan seluruh dunia
berada di bawah kuasanya. (2 Korintus 4:4; 1 Yohanes 5:19) Maka kita
dapat menduga bahawa cara hidup yang menyenangkan hati Tuhan tidak digemari ramai, dan sesetengah orang akan menentang anda.
17. Apakah sebab utama yang mendorong anda untuk mematuhi perintah Yehuwa?
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
140
untuk Tuhan, semakin kuat hasrat anda untuk melakukan
apa yang dikehendaki-Nya. Hawari Yohanes telah menulis,
‘Apabila kita mentaati perintah Tuhan, maka kita mengasihi Tuhan.’ Jika anda mengasihi Yehuwa dengan sepenuh hati,
“perintah-Nya pun tidak terlalu susah” untuk dipatuhi.—1 Yohanes 5:3.
18 Apakah perintah-perintah Yehuwa? Sesetengah perintah
18, 19. (a) Namakan beberapa perintah yang diberikan oleh Yehuwa.
(Lihat kotak di bawah.) (b) Bagaimanakah kita tahu bahawa Tuhan tidak meminta lebih daripada apa yang dapat kita lakukan?
JAUHI APA YANG DIBENCI OLEH YEHUWA
Pembunuhan.—Keluaran 20:13;
Keganasan.—Mazmur 11:5;
Yakobus 2:11.
Amsal 22:24, 25; Maleakhi 2:16;
Galatia 5:20, 21.
Perbuatan seksual yang
tidak bermoral.
—Imamat 20:10, 13, 15, 16;
Roma 1:24, 26, 27, 32;
1 Korintus 6:9, 10.
Spiritisme.—Ulangan 18:9-13;
1 Korintus 10:21, 22;
Galatia 5:20, 21.
Penyembahan berhala.
—1 Korintus 10:14.
Pemabukan.
—1 Korintus 5:11.
Pencurian.—Imamat 6:2-5;
Efesus 4:28.
Pembohongan.—Amsal 6:16-19;
Kolose 3:9; Penyingkapan 22:15.
Ketamakan.—1 Korintus 5:11.
Penggunaan kata-kata yang
tidak senonoh.
—Imamat 19:16; Efesus 5:4;
Kolose 3:8.
Penyalahgunaan darah.
—Kejadian 9:4; Kisah 15:20, 28, 29.
Enggan memenuhi keperluan
keluarga.—1 Timotius 5:8.
Mengambil bahagian
dalam peperangan dan
perselisihan politik di dunia.
—Yesaya 2:4; Yohanes 6:15; 17:16.
Penggunaan tembakau
atau penyalahgunaan
dadah.—Markus 15:23;
2 Korintus 7:1.
Amalkan Cara Hidup yang Menyenangkan Hati Tuhan
141
Tuhan melibatkan tingkah laku yang mesti dihindari. Sebagai contoh, sila lihat kotak pada muka surat 140 yang bertajuk “Jauhi Apa yang Dibenci oleh Yehuwa.” Di dalam kotak itu
terdapat senarai tingkah laku yang dikutuk oleh Tuhan. Jika
dilihat sekali imbas, sesetengah amalan yang disenaraikan
mungkin tidak kelihatan begitu buruk. Namun, selepas merenung ayat Bible yang tertera, anda akan melihat hikmat yang
terkandung dalam hukum-hukum Yehuwa. Mungkin agak
susah bagi anda untuk mengubah tingkah laku anda. Namun,
jika anda menjalani kehidupan yang menyenangkan hati
142
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Tuhan, anda akan mendapat kepuasan hati dan kebahagiaan. (Yesaya 48:17, 18) Anda boleh yakin bahawa hal ini tidak
mustahil untuk dilakukan. Mengapa?
19 Yehuwa tidak meminta lebih daripada apa yang dapat kita lakukan. (Ulangan 30:11-14) Dia sahaja yang benarbenar mengetahui batas dan kemampuan kita. (Mazmur
103:14) Tambahan lagi, Yehuwa dapat memberi kita kekuatan untuk mematuhi-Nya. Hawari Paulus menulis, ‘Tuhan
setia kepada janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung. Pada waktu
kamu ditimpa cubaan, Dia akan memberikan jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan untuk menanggungnya.’
(1 Korintus 10:13) Untuk membantu anda bertahan, Yehuwa
boleh memberi anda ‘kekuasaan tertinggi yang dimiliki olehNya.’—2 Korintus 4:7.
PUPUKLAH SIFAT-SIFAT YANG
MENYENANGKAN HATI TUHAN
20 Jika anda ingin menyenangkan hati Yehuwa, sekadar menghindari apa yang dibenci oleh-Nya tidak mencukupi. Anda juga perlu cinta akan apa yang dicintai-Nya. (Roma
12:9) Tidakkah anda tertarik kepada mereka yang mempunyai
pandangan, minat, dan nilai-nilai yang sama dengan anda?
Begitu juga dengan Yehuwa. Maka, untuk menjadi sahabat Tuhan, anda perlu mencintai perkara-perkara yang dicintai
oleh Yehuwa. Beberapa perkara yang dimaksudkan ini dicatatkan di Mazmur 15:1-5. Sahabat-sahabat Yehuwa memperlihatkan buah daya aktif Tuhan yang merangkumi sifat-sifat
seperti “kasih, sukacita, kedamaian, kepanjangsabaran, kebaikan hati, kebaikan, kepercayaan, kelemahlembutan, kawalan
diri.”—Galatia 5:22, 23, NW.
21 Dengan membaca dan mempelajari Bible secara tetap,
20. Apakah sifat-sifat yang disenangi Tuhan, dan mengapakah penting
untuk memupuk sifat-sifat ini?
21. Apakah yang akan membantu anda untuk memupuk sifat-sifat
yang menyenangkan hati Tuhan?
Amalkan Cara Hidup yang Menyenangkan Hati Tuhan
143
anda akan dibantu untuk memupuk sifat-sifat yang disenangi
Yehuwa. Tambahan lagi, anda akan belajar tentang kehendak
Tuhan lalu dibantu untuk menyelaraskan fikiran anda dengan fikiran Tuhan. (Yesaya 30:20, 21) Seraya kasih anda untuk Yehuwa menjadi semakin kuat, keinginan anda untuk
hidup selaras dengan kehendak-Nya juga akan menjadi semakin kuat.
22 Untuk menjalani kehidupan yang menyenangkan hati
Yehuwa, usaha harus dicurahkan. Bible menyatakan bahawa
membuat perubahan dalam kehidupan adalah seperti “membuang hidup yang lama dengan semua sifatnya” dan “menjadi manusia baru.” (Kolose 3:9, 10) Namun, penulis mazmur
telah menulis mengenai perintah Yehuwa, “Pahala tersedia
untuk orang yang mentaatinya.” (Mazmur 19:12) Jika anda
mengamalkan cara hidup yang menyenangkan hati Tuhan,
anda akan mendapat banyak berkat. Anda juga akan menyangkal dakwaan Syaitan serta menggembirakan hati Yehuwa!
22. Apakah manfaatnya jika anda menjalani kehidupan yang menyenangkan hati Tuhan?
AJARAN BIBLE
ˇ Anda boleh menjadi sahabat Tuhan dengan
mematuhi-Nya.—Yakobus 2:23.
ˇ Syaitan telah mencabar integriti semua
manusia.—Ayub 1:8, 10, 11; 2:4; Amsal 27:11.
ˇ Kita mesti menghindari amalan yang tidak
menyenangkan hati Tuhan.
—1 Korintus 6:9, 10.
ˇ Kita dapat menyenangkan hati Yehuwa dengan
membenci apa yang dibenci-Nya dan
mencintai apa yang dicintai-Nya.—Roma 12:9.
BAB TIGA BELAS
Pandangan Tuhan terhadap Nyawa
Apakah pandangan Tuhan terhadap nyawa?
Apakah pandangan Tuhan terhadap
pengguguran anak?
Bagaimanakah kita menghormati nyawa?
‘ENGKAU, Yehuwa, Tuhan yang benar,’ kata penubuat
yang bernama Yeremia. ‘Engkau Tuhan yang hidup.’ (Yeremia 10:10) Tuhan Yehuwa merupakan Pencipta semua
benda hidup. Makhluk-makhluk roh di syurga berkata kepada-Nya, “Engkaulah yang menciptakan segala sesuatu, dan dengan kehendak-Mu juga segala sesuatu itu wujud dan hidup.”
(Penyingkapan 4:11) Dalam sebuah lagu pujian kepada Tuhan,
Raja Daud berkata, “Engkaulah sumber segala kehidupan.”
(Mazmur 36:10) Maka, nyawa ialah hadiah kurniaanTuhan.
2 Selain memberi nyawa kepada kita, Yehuwa juga memelihara kehidupan kita. (Kisah 17:28) Dia memberi kita makanan, minuman, udara, dan tanah untuk hidup. (Kisah
14:15-17) Yehuwa telah membekalkan semua ini agarkita dapat
menikmati kehidupan. Tetapi, jika kita ingin menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, kita perlu mempelajari dan mematuhi hukum-hukum Tuhan.—Yesaya 48:17,18.
MENGHORMATI NYAWA
Tuhan mahu kita menghormati nyawa, baik nyawa sendiri mahupun nyawa orang lain. Contohnya, pada zaman Adam
dan Hawa, anak lelaki mereka yang bernama Kain sangat ma3
1. Siapakah yang menciptakan semua benda hidup?
2. Apakah yang dilakukan oleh Tuhan untuk memelihara kehidupan
kita?
3. Apakah pandangan Tuhan terhadap pembunuhan Habel?
Pandangan Tuhan terhadap Nyawa
145
rah kepada adiknya, Habel. Yehuwa memberitahu Kain bahawa kemarahannya boleh menyebabkannya terjerumus dalam
kancah dosa yang serius. Kain tidak mempedulikan amaran
Tuhan. Akhirnya, “Kain menyerang adiknya lalu membunuh
dia.” (Kejadian 4:3-8) Yehuwa menghukum Kain kerana dia telah membunuh adiknya.—Kejadian 4:9-11.
4 Ribuan tahun kemudian, Yehuwa telah memberi orang Israel hukum-hukum supaya mereka dapat menyembah-Nya dalam cara yang menyenangkan hati-Nya. Hukum-hukum ini
diberikan melalui seorang penubuat yang bernama Musa.
Oleh itu, hukum-hukum ini juga dipanggil Hukum Musa. Salah satu hukum ini menyatakan, “Jangan membunuh.” (Ulangan 5:17) Hal ini menunjukkan kepada orang Israel bahawa
dari pandangan Tuhan, nyawa adalah sangat bernilai dan manusia mesti menghargai nyawa orang lain.
5 Bagaimana pula dengan nyawa seorang bayi yang belum
lahir? Hukum Musa menyatakan, “Jika beberapa orang berkelahi dan mereka mencederakan seorang wanita yang hamil
dan anaknya keluar tetapi kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa tidak berlaku, ganti rugi harus ditetapkan ke
atas pesalah oleh pemilik wanita itu; dan dia mesti memberikan ganti rugi melalui para hakim. Tetapijika kemalangan yang
melibatkan kehilangan nyawa berlaku, maka pesalah mesti
memberikan nyawa ganti nyawa.” (Keluaran 21:22, 23, NW)
Ya, nyawa seorang bayi yang belum lahir dianggap berharga
oleh Yehuwa. (Mazmur 127:3) Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengguguran anak adalah salah.
6 Menghormati nyawa bermaksud bahawa kita mempunyai
pandangan yang betul tentang orang lain. Bible menyatakan,
“Sesiapa membenci saudaranya, dia pembunuh. Kamu tahu
bahawa seorang pembunuh tidak mempunyai hidup sejati dan
4. Apakah yang dinyatakan dalam Hukum Musa mengenai pandangan Tuhan terhadap nyawa?
5. Apakah sepatutnya pandangan kita terhadap pengguguran anak?
6. Mengapakah kita tidak patut membenci orang lain?
KITA MENGHORMATI NYAWA
ˇ dengan tidak membunuh
bayi yang belum lahir
ˇ dengan menghentikan amalan-amalan
najis
ˇ dengan menyingkirkan rasa benci
akan orang lain
dari hati
Pandangan Tuhan terhadap Nyawa
147
kekal.” (1 Yohanes 3:15, ABB) Jika kita ingin menikmati kehidupan yang kekal, kita harus menyingkirkan rasa benci yang
berakar di dalam hati kita kerana kebencian merupakan punca
kebanyakan keganasan. (1 Yohanes 3:11, 12) Kita mesti belajar
untuk menunjukkan kasih sesama manusia.
7 Bagaimanakah anda dapat menunjukkan bahawa anda
menghormati dan menghargai nyawa sendiri? Biasanya, orang
tidak mahu mati. Tetapi sesetengah orang membahayakan nyawa mereka semata-mata untuk tujuan keseronokan. Sebagai
contoh, banyak orang menggunakan tembakau, mengunyah
pinang, atau menyalahgunakan dadah. Bahan-bahan sebegini
merosakkan tubuh dan boleh mengakibatkan kematian. Seseorang yang mengamalkan amalan-amalan buruk ini tidak menganggap nyawa suci. Amalan-amalan ini dianggap najis oleh
Tuhan. (Roma 6:19; 12:1; 2 Korintus 7:1) Untuk menyembah
Tuhan dalam cara yang diperkenankan-Nya, kita harus menghentikan amalan-amalan ini. Walaupun hal ini tidak mudah,
Yehuwa boleh membantu kita. Dia pasti menghargai usaha
yang kita curahkan untuk menjaga nyawa sendiri sebagai kurniaan yang berharga daripada-Nya.
8 Jika kita menghormati nyawa, kita akan mengutamakan keselamatan. Kita tidak akan cuai atau mengambil risiko semata-mata untuk keseronokan. Kita akan memandu secara
berhati-hati dan mengelakkan sukanyang berbahaya dan ganas.
(Mazmur 11:5) Hukum Tuhan bagi orang Israel kuno menyatakan, “Apabila kamu membina rumah baru [yang berbumbung datar], kamu mesti memasang pagar di sekeliling
tepi bumbung rumah itu. Dengan demikian kamu tidak dipertanggungjawabkan [“berhutang darah,” NW] jika seseorang
jatuh dari atas bumbung itu lalu mati.” (Ulangan 22:8, ABB) Selaras dengan prinsip yang dinyatakan dalam hukum ini, pastikan setiap bahagian rumah anda, misalnya tangga, berada
7. Apakah sesetengah amalan yang menunjukkan bahawa seseorang
tidak menghormati nyawa?
8. Mengapakah kita mesti mengutamakan keselamatan?
148
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
dalam keadaan yang baik agar orang tidak tersandung, terjatuh,
atau cedera parah. Jika anda memiliki sebuah kereta, pastikan
kereta anda selamat untuk dipandu. Jangan biarkan rumah atau
kereta anda membahayakan nyawa sendiri atau orang lain.
9 Bagaimana pula dengan nyawa binatang? Bagi Pencipta kita, nyawa binatang juga suci. Tuhan mengizinkan kita
untuk membunuh binatang bagi mendapatkan makanan dan
pakaian, atau melindungi kita daripada bahaya. (Kejadian 3:
21; 9:3; Keluaran 21:28) Namun demikian, penderaan, penyeksaan, atau pembunuhan binatang untuk hiburan adalah salah
dan menunjukkan bahawa kita langsung tidak menghormati
kesucian nyawa.—Amsal 12:10.
MENGHARGAI DARAH
Selepas Kain membunuh adiknya, Habel, Yehuwa berkata kepada Kain, “Darah adikmu berseru kepada-Ku dari tanah.”
(Kejadian 4:10) Semasa Tuhan bercakap tentang darah Habel, Dia memaksudkan nyawa Habel. Kain telah meragut nyawa Habel, dan sekarang Kain harus dihukum. Darah atau
nyawa Habel seolah-olah sedang menyeru kepada Yehuwa untuk mendapatkan keadilan. Kaitan antara nyawa dan darah ditunjukkan sekali lagi selepas Banjir Besar berlaku pada zaman
Nuh. Sebelum berlakunya Banjir Besar, manusia hanya memakan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, dan kekacang. Tetapi
selepas Banjir Besar, Yehuwa berkata kepada Nuh dan anakanaknya, “Kini kamu boleh makan semuanya [burung, ikan,
dan binatang lain], serta tumbuh-tumbuhan hijau; Aku memberikan semua itu kepada kamu sebagai makanan.” Namun,
Tuhan telah menetapkan larangan berikut, “Hanya daging
yang masih berdarah tidak boleh kamu makan, kerana nyawa itu terkandung di dalam darah.” (Kejadian 1:29; 9:2-4, ABB)
Memang jelaslah bahawa dalam pandangan Yehuwa terdapat
10
9. Bagaimanakah kita akan memperlakukan binatang jika kita menghormati nyawa?
10. Bagaimanakah Tuhan menunjukkan kaitan antara nyawa dengan
darah?
Pandangan Tuhan terhadap Nyawa
149
kaitan rapat antara nyawa sesuatu makhluk dengan darahnya.
11 Kita menunjukkan bahawa kita menghargai darah dengan
tidak memakan darah. Di dalam Hukum yang diberikan oleh
Yehuwa kepada orang Israel, Dia memberikan perintah berikut, “Orang Israel mahupun bangsa asing . . . yang menangkap
seekor binatang atau burung yang halal, mesti mencurahkan
darah haiwan itu ke tanah lalu menutupi darah itu dengan tanah. . . . [Yehuwa] memberitahu umat Israel bahawa mereka tidak boleh makan darah sebarang makhluk.” (Imamat 17:13,
14) Walaupun larangan untuk makan darah diberikan oleh Tuhan kepada Nuh 800 tahun dahulu, namun perintah ini masih
berkuat kuasa. Pandangan Yehuwa terhadap hal ini adalah jelas:
Umat-Nya dibenarkan untuk makan daging binatang tetapi bukan darah. Darah binatang mesti dicurahkan ke tanah. Tindakan ini menunjukkan bahawa nyawa makhluk dikembalikan
kepada Tuhan.
12 Perintah yang hampir sama diberikan kepada orang
Kristian. Para hawari serta lelaki lain yang mengambil pimpinan dalam kalangan pengikut Yesus pada abad pertama telah
bertemu lalu membuat keputusan tentang perintah-perintah
yang mesti dipatuhi oleh semua di dalam sidang Kristian. Kesimpulan mereka ialah, ‘Roh [daya aktif] Tuhan dan kami bersetuju bahawa kami tidak perlu membebani saudara semua
dengan kewajipan lain, kecuali yang mustahak sahaja: Janganlah makan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala; jangan makan darah; jangan makan daging binatang
yang mati dicekik [yang darahnya tidak dicurahkan], dan jauhkan diri daripada perbuatan cabul.’ (Kisah 15:28, 29, ABB;
21:25) Maka kita mesti menjauhi darah. Dari pandangan Tuhan, melakukan hal itu sama pentingnya dengan menjauhi
penyembahan berhala dan perbuatan seksual yang tidak bermoral.
11. Sejak zaman Nuh, apakah larangan Tuhan berkenaan penggunaan
darah?
12. Apakah perintah mengenai darah yang diberikan oleh daya aktif
Tuhan pada abad pertama yang masih perlu dipatuhi hari ini?
150
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Adakah perintah “jangan makan darah” merangkumi pemindahan atau transfusi darah? Ya. Sebagai contoh, bayangkan
seorang doktor memberitahu anda bahawa anda tidak boleh
minum minuman keras. Adakah doktor itu bermaksud anda tidak boleh minum minuman keras tetapi boleh menyuntikkannya ke dalam salur darah anda? Sudah tentu tidak! Dalam cara
yang sama, jika kita ingin menjauhi darah, kita tidak boleh memasukkan darah ke dalam tubuh kita dalam apa jua cara. Maka
perintah untuk “jangan makan darah” bermaksud kita tidak
akan mengizinkan sesiapa pun untuk memindahkan darah ke
dalam salur darah kita.
14 Bagaimana pula jika seorang saudara Kristian cedera parah
atau perlu menjalani pembedahanyang besar? Katakan doktordoktor memberitahu dia bahawa dia akan mati jika dia tidak
menerima transfusi darah. Sudah tentu saudara Kristian kita tidak mahu mati. Dalam usaha untuk menyelamatkan nyawanya yang merupakan kurniaan Tuhan yang berharga, dia akan
menerima rawatan-rawatan lain yang tidak membabitkan penyalahgunaan darah. Maka, jika rawatan alternatif yang tidak
melibatkan darah tersedia, dia boleh membuat keputusan untuk menerima rawatan-rawatan itu.
15 Adakah seorang Kristian akan melanggar hukum Tuhan semata-mata untuk melanjutkan nyawanya dalam sistem dunia
ini? Yesus berkata, ‘Sesiapa yang mempertahankan hidupnya
akan kehilangan hidup yang sejati. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untukku, akan mengalami hidup yang sejati.’
(Matius 16:25, ABB) Kita tidak mahu mati. Tetapi jika kita mencuba menyelamatkan nyawa kita dengan melanggar hukum
Tuhan, kita mungkin kehilangan harapan untuk hidup selamalamanya. Oleh itu, kita bolehyakin bahawa hukum Tuhan tidak
mungkin salah dan jikalau kita mati pun, Pengurnia Nyawa kita
13
13. Berikan contoh yang menerangkan sebabnya perintah untuk tidak makan darah merangkumi pemindahan darah.
14, 15. Jika doktor berkata bahawa seorang saudara Kristian akan
mati jika dia tidak menerima transfusi darah, apakah yang akan dilakukannya, dan mengapa?
Pandangan Tuhan terhadap Nyawa
akan mengingati kita. Dia akan memulihkan nyawa kita semasa pembangkitan
nanti.—Yohanes 5:28, 29; Ibrani 11:6.
16 Hari ini, hamba-hamba Tuhan yang
setia kepada-Nya bertekad untuk mengikut larangan Tuhan berkenaan darah.
Mereka tidak akan memakan darah dalam apa bentuk pun. Mereka juga tidak
akan menggunakan darah atas alasan perubatan.1 Mereka berasa pasti bahawa
Pencipta darah tahu apa yang terbaik untuk mereka. Adakah anda juga mempercayai hakikat ini?
SATU SAHAJA PENGGUNAAN
DARAH YANG SESUAI
17 Hukum Musa menekankan satusatunya penggunaan darah yang sesuai.
Hal ini berkaitan dengan penyembahan
Jika doktor menyuruh
orang Israel kuno. Yehuwa memberi peanda menjauhi minurintah berikut, “Nyawa tiap-tiap makhman keras, adakah
luk terkandung di dalam darahnya. anda akan menyuntikItulah sebabnya Tuhan memberikan pe- kannya ke dalam salur
rintah supaya semua darah dituangkan
darah anda?
ke atas mazbah untuk menghapuskan
dosa umat. Darah, iaitu nyawa, menghapuskan dosa.” (Imamat
17:11, ABB) Semasa orang Israel berdosa, mereka boleh mendapat pengampunan dengan mempersembahkan binatang lalu
meletakkan sedikit darah binatang pada mazbah di khemah
1 Untuk maklumat lanjut tentang rawatan alternatif yang tidak melibatkan darah, sila lihat brosur “Darah” (How Can Blood Save Your
Life?), muka surat 13-17 yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.
16. Berkenaan darah, hamba-hamba Tuhan bertekad untuk membuat
apa?
17. Pada zaman orang Israel kuno, apakah satu-satunya penggunaan
darah yang diterima oleh Tuhan Yehuwa?
152
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
suci. Selepas Rumah Tuhan siap dibina, hal yang sama dilakukan di sana. Maka, satu-satunya penggunaan darah yang sesuai
adalah untuk korban-korban seperti itu.
18 Orang Kristian yang sejati tidak perlu mematuhi Hukum Musa. Maka, mereka tidak mempersembahkan korban binatang dan meletakkan darah binatang pada mazbah. (Ibrani
10:1) Namun demikian, darah yang diletakkan di atas mazbah pada zaman Israel kuno menggambarkan korban tebusan Yesus Kristus yang sangat berharga. Seperti yang telah
kita pelajari di Bab 5, dengan mengizinkan darahnya untuk dicurahkan sebagai korban tebusan, Yesus telah menyerahkan nyawanya demi kita. Kemudian, dia telah naik ke
syurga dan menyerahkan nilai darahnya kepada Tuhan, sekali
untuk selama-lamanya. (Ibrani 9:11, 12) Hal ini menjadi dasar
18. Apakah manfaat yang boleh kita dapati daripada darah Yesus yang
dicurahkan bagi kita?
Bagaimanakah anda dapat menghormati nyawa dan
menghargai darah?
Pandangan Tuhan terhadap Nyawa
153
supaya dosa-dosa manusia diampuni dan membuka jalan kepada kita untuk memperoleh kehidupan abadi. (Matius 20:28; Yohanes 3:16) Pencurahan darah Yesus terbukti amat penting bagi
kita! (1 Petrus 1:18, 19) Kita boleh mendapat penyelamatan hanya jika kita menaruh kepercayaan dalam nilai darah Yesus
yang dicurahkan sebagai korban bagi kita.
19 Tidakkah anda berasa syukur kerana Tuhan Yehuwa yang
penyayang telah mengurniakan nyawa kepada kita? Hal ini patut mendorong kita untuk memberitahu orang lain bahawa
kepercayaan dalam korban tebusan Yesus akan membuka peluang kepada mereka untuk menikmati kehidupan yang kekal.
Jika kita meniru Yehuwa dan mengambil berat tentang kehidupan orang lain, kita akan berbuat demikian dengan semangat
membara. (Yehezkiel 3:17-21) Seandainya kita menjalankan
tanggungjawab ini dengan bersungguh-sungguh, kita dapat
berkata seperti hawari Paulus, ‘Jika sesiapa antara kamu binasa
kelak, hal itu bukan tanggungjawabku [aku tidak berhutang darah]. Aku tidak pernah melalaikan tugas untuk menjelaskan segala kehendak Tuhan kepada kamu.’ (Kisah 20:26, 27, ABB)
Cara yang baik untuk menunjukkan bahawa kita sangat menghormati nyawa dan menghargai darah adalah dengan memberitahu orang tentang Tuhan dan tujuan-Nya.
19. Seperti Paulus, apakah yang mesti kita buat supaya tidak berhutang darah?
AJARAN BIBLE
ˇ Nyawa ialah kurniaan Tuhan.—Mazmur 36:10;
Penyingkapan 4:11.
ˇ Pengguguran anak adalah salah kerana nyawa
seorang bayi yang belum lahir bernilai kepada
Tuhan.—Keluaran 21:22, 23, NW; Mazmur 127:3.
ˇ Kita menghormati nyawa jika kita tidak membahayakan nyawa dan tidak memakan darah.
—Ulangan 5:17; Kisah 15:28, 29.
BAB EMPAT BELAS
Cara Menikmati Kehidupan
Keluarga yang Bahagia
Bagaimanakah seorang lelaki boleh menjadi
suami yang baik?
Bagaimanakah seorang wanita boleh menjadi
isteri yang baik?
Apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi ibu
bapa yang baik?
Bagaimanakah anak-anak boleh menyumbang
kepada kehidupan keluarga yang bahagia?
TUHAN YEHUWA mahu anda menikmati kehidupan keluarga yang bahagia. Firman-Nya, Bible, menetapkan garis
panduan serta menyatakan peranan yang perlu dimainkan
oleh setiap ahli keluarga. Jika setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing selaras dengan nasihat Tuhan,
hasilnya sangat memuaskan. Yesus berkata, ‘Bahagialah
orang yang mendengar firman Tuhan dan melakukannya!’
—Lukas 11:28.
2 Jika kita ingin menikmati kehidupan keluarga yang
bahagia, kita mesti mengakui bahawa institusi keluarga diasaskan oleh Yehuwa, iaitu individu yang disebut oleh
Yesus sebagai “Bapa kami.” (Matius 6:9) Oleh sebab Bapa
kita yang berada di syurga merupakan Pengasas institusi
keluarga, Dia tentu tahu bagaimana kita dapat menikmati
kehidupan keluarga yang bahagia. (Efesus 3:14, 15) Maka,
1. Apakah kunci kebahagiaan keluarga?
2. Kita mesti mengakui apa jika kita ingin menikmati kehidupan keluarga yang bahagia?
Cara Menikmati Kehidupan Keluarga yang Bahagia
155
apakah yang diajarkan di dalam Bible tentang peranan
setiap ahli keluarga?
TUHAN—PENGASAS INSTITUSI KELUARGA
Yehuwa menciptakan pasangan manusia yang pertama,
iaitu Adam dan Hawa. Kemudian, Dia menyatukan mereka sebagai suami dan isteri dan menempatkan mereka
di sebuah kediaman indah di bumi yang dipanggil Taman
Eden. Yehuwa memberitahu mereka, “Hendaklah kamu
mempunyai anak cucu yang banyak, supaya keturunan
kamu menduduki seluruh muka bumi.” (Kejadian 1:26-28;
2:18, 21-24) Hal ini bukanlah cerita dongeng. Yesus sendiri
menunjukkan bahawa apa yang tercatat dalam buku
Kejadian tentang permulaan kehidupan keluarga adalah
benar. (Matius 19:4, 5) Meskipun kita sekarang menghadapi banyak masalah dan kehidupan kita bukan seperti apa
yang dikehendaki oleh Tuhan, namun kita dapat menikmati kehidupan keluarga yang bahagia. Marilah kita lihat
mengapa.
4 Setiap ahli keluarga boleh menyumbang kepada kebahagiaan keluarga dengan meniru Tuhan dan menunjukkan
kasih. (Efesus 5:1, 2) Namun, bagaimanakah kita dapat meniru Tuhan memandangkan kita tidak dapat melihat-Nya?
Kita dapat berbuat demikian dengan meniru Yesus Kristus,
iaitu Anak Sulung Yehuwa yang diutus-Nya dari syurga ke
bumi. (Yohanes 1:14, 18) Semasa di bumi, Anak ini meniru Bapanya dengan baik. Bahkan sesiapa yang melihat dan
mendengar Yesus seolah-olah sedang berada bersama-sama
Yehuwa dan mendengar kata-kata-Nya. (Yohanes 14:9)
3
3. Apakah yang tercatat dalam Bible mengenai permulaan keluarga
manusia, dan bagaimanakah kita tahu bahawa apa yang dicatatkan itu
adalah benar?
4. (a) Bagaimanakah setiap ahli keluarga boleh menyumbang kepada
kebahagiaan keluarga mereka? (b) Mengapakah kita perlu belajar tentang kisah hidup Yesus untuk menikmati kehidupan keluarga yang
bahagia?
156
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Oleh itu, jika kita belajar tentang kasih yang diperlihatkan
oleh Yesus dan meniru teladannya, setiap seorang daripada kita boleh menikmati kehidupan keluarga yang lebih
bahagia.
TELADAN BAGI PARA SUAMI
Bible menyatakan bahawa para suami harus melayani
isteri mereka sepertimana Yesus melayani murid-muridnya.
Pertimbangkan arahan Bible yang berikut, ‘Hai suami, kasihilah isteri kamu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah,
dan mengorbankan nyawanya untuk jemaah. Suami harus mengasihi isteri seperti mengasihi tubuh sendiri. Orang
yang mengasihi isteri bererti mengasihi diri sendiri. Tidak
seorang pun pernah membenci tubuhnya sendiri. Sebaliknya, dia memelihara dan menjaganya, seperti Kristus juga
memelihara dan menjaga jemaah.’—Efesus 5:23, 25-29, ABB.
6 Cara Yesus memperlihatkan kasih kepada muridmuridnya menetapkan teladan yang baik bagi para suami.
Walaupun mereka tidak sempurna, dia telah mengorbankan nyawanya untuk mereka. Bible menyatakan bahawa
Yesus “mengasihi mereka sampai akhir.” (Yohanes 13:1;
15:13) Dalam cara yang sama, para suami digalakkan,
“Kasihilah isteri dan janganlah berlaku kasar terhadap mereka.” (Kolose 3:19, ABB) Apakah yang akan membantu
seorang suami untuk mengamalkan nasihat ini, terutamanya jika isterinya kadangkala gagal untuk bertindak
dalam cara yang bijak? Dia patut ingat bahawa dia juga
melakukan kesilapan. Lagipun, untuk mendapatkan pengampunan dosa daripada Tuhan, dia mesti memaafkan
kesilapan orang lain, termasuklah isterinya. Sudah tentu,
isterinya juga harus berbuat demikian. (Matius 6:12, 14, 15)
Itulah sebabnya sesetengah orang berkata bahawa penya5
5, 6. (a) Bagaimanakah cara Yesus melayani sidang jemaah menetapkan teladan yang baik bagi para suami? (b) Apakah yang mesti
dilakukan untuk mendapat pengampunan dosa?
Cara Menikmati Kehidupan Keluarga yang Bahagia
157
tuan dua insan yang sudi bermaaf-maafan menghasilkan
perkahwinan yang bahagia.
7 Para suami juga harus ingat bahawa Yesus selalu melayani murid-muridnya dengan penuh timbang rasa. Dia
tidak melupakan keperluan fizikal serta batas keupayaan
mereka. Sebagai contoh, semasa mereka letih, dia berkata,
“Marilah kita pergi ke tempat yang sunyi supaya kita dapat
sendirian dan kamu pun boleh berehat sekejap.” (Markus 6:30-32) Isteri-isteri juga patut dilayani dengan penuh
timbang rasa. Bible menggambarkan isteri sebagai “kaum
yang lebih lemah” dan para suami diarahkan untuk melayani mereka “dengan hormat.” Mengapa? Kerana seperti
mereka, isteri mereka “akan menerima anugerah hidup
sejati dan kekal.” (1 Petrus 3:7) Para suami harus ingat bahawa seseorang diperkenankan Tuhan kerana kesetiaannya
dan bukan kerana jantinanya.—Mazmur 101:6.
8 Bible menyatakan bahawa suami ‘yang mengasihi isterinya mengasihi diri sendiri.’ Seperti yang telah dinyatakan
oleh Yesus, hal ini sedemikian kerana suami isteri “bukan
lagi dua orang, tetapi satu.” (Matius 19:6) Maka, hubungan
seks mesti dihadkan antara suami isteri sahaja. (Amsal 5:
15-21; Ibrani 13:4) Hal ini dapat dilakukan jika suami isteri tidak mementingkan diri sendiri tetapi mengambil kira
keperluan pasangan mereka. (1 Korintus 7:3-5) Peringatan ini patut diberi perhatian, “Tidak seorang pun pernah
membenci tubuhnya sendiri. Sebaliknya, dia memelihara
dan menjaganya.” Para suami perlu mengasihi isteri mereka
seperti mengasihi tubuh sendiri kerana mereka bertanggungjawab kepada kepala mereka, iaitu Yesus Kristus.
—Efesus 5:29; 1 Korintus 11:3.
7. Yesus tidak pernah melupakan apa, dan bagaimanakah hal ini menetapkan teladan yang baik bagi para suami?
8. (a) Mengapakah kita boleh mengatakan bahawa suami ‘yang mengasihi isterinya mengasihi diri sendiri’? (b) Apakah erti ungkapan
“bukan lagi dua orang, tetapi satu”?
158
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Hawari Paulus bercakap tentang “kasih yang berasal daripada Kristus Yesus.” (Filipi 1:8) Sifat Yesus yang lembut
dan penuh kasih sayang menyegarkan dan menyentuh hati
murid-murid wanitanya. (Yohanes 20:1, 11-13, 16) Sudah
tentu para isteri menginginkan kasih sayang suami mereka.
9
TELADAN BAGI PARA ISTERI
Keluarga ialah sebuah institusi yang memerlukan kepala untuk berfungsi dengan lancar. Bahkan Yesus harus
tunduk kepada Kepalanya, iaitu Tuhan. Bible menyatakan, ‘Tuhan ialah kepala Kristus,’ sama seperti “suami
ialah kepala isteri.” (1 Korintus 11:3) Memandangkan kita
masing-masing mesti tunduk kepada kepala kita, kita dapat
meniru teladan baik Yesus yang menunduk kepada kepalanya, iaitu Tuhan.
11 Semua manusia adalah tidak sempurna. Oleh itu, lelaki yang menjadi kepala keluarga sering kali melakukan
kesilapan dan gagal menyempurnakan tanggungjawab mereka. Maka, apakah yang harus dilakukan oleh seorang
isteri? Dia tidak patut mengecil-ngecilkan usaha suaminya
atau mencuba mengambil alih tanggungjawab suaminya
sebagai kepala keluarga. Seorang isteri patut ingat bahawa
budi pekerti yang lembut dan tenang sangat berharga di
sisi Tuhan. (1 Petrus 3:4) Walaupun keadaan di rumah
amat mencabar, dia akan mendapati bahawa arahan Tuhan untuk mentaati suami lebih senang dipatuhi jika dia
memperlihatkan sifat-sifat ini. Tambahan lagi, Bible menyatakan, “Setiap isteri harus menghormati suaminya.”
(Efesus 5:33) Tetapi, bagaimana pula jika seorang sua10
9. Apakah sifat Yesus yang dinyatakan di Filipi 1:8, dan mengapakah
para suami patut memperlihatkan sifat ini terhadap isteri mereka?
10. Bagaimanakah Yesus menetapkan teladan bagi para isteri?
11. Apakah sikap yang harus ditunjukkan oleh seorang isteri terhadap
suaminya, dan apakah hasil yang mungkin dibawa oleh kelakuannya
yang baik?
Apakah teladan baik yang diberikan oleh Sara kepada para isteri?
mi tidak mahu menerima Kristus sebagai Kepalanya? Bible
menggalakkan para isteri, ‘Taat kepada suami, supaya jika
ada antara suami kamu yang tidak percaya kepada firman
Tuhan, kelakuan kamu akan menyebabkan mereka menjadi percaya. Kamu tidak perlu mengatakan apa-apa kepada
mereka, kerana mereka boleh melihat kelakuan kamu yang
murni dan penuh hormat.’—1 Petrus 3:1, 2, ABB.
12 Tidak kira sama ada suaminya menyembah Yehuwa
atau tidak, adalah tidak salah untuk seorang isteri meluahkan pandangan yang berbeza dengan suaminya jika dia
berbuat demikian dengan hormat. Pandangannya mungkin betul, dan seluruh keluarga boleh mendapat manfaat
jika suami mendengarkan isterinya. Sebagai contoh, Abraham tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh
isterinya bagi suatu masalah rumah tangga mereka. Tetapi, Tuhan memberitahu Abraham, “Buatlah apa yang
disuruh oleh Sara.” (Kejadian 21:9-12) Sudah tentu, jika
seorang suami membuat keputusan muktamad dalam hal
yang tidak bercanggahan dengan hukum Tuhan, isterinya
12. Mengapakah tidak salah bagi seorang isteri untuk menyuarakan
pendapatnya dengan hormat?
160
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
patut tunduk kepada keputusan yang dibuat oleh suaminya.—Kisah 5:29; Efesus 5:24.
13 Seorang isteri yang bertanggungjawab memainkan
pelbagai peranan dalam menjaga keluarganya. Sebagai contoh, Bible menunjukkan bahawa seorang wanita yang telah
berkahwin perlu “mengasihi suami dan anak-anak, tahu
mengawal diri, suci dan menjadi suri rumah yang baik, serta taat kepada suami.” (Titus 2:4, 5) Seorang isteri dan ibu
yang berbuat demikian akan terus dikasihi dan dihormati
oleh keluarganya. (Amsal 31:10, 28) Namun demikian,
13. (a) Seperti yang dicatatkan di Titus 2:4, 5, wanita yang sudah berkahwin digalakkan untuk membuat apa? (b) Apakah yang dinyatakan
di dalam Bible mengenai pemisahan dan perceraian?
Apakah iktibar yang boleh diambil oleh ibu bapa
daripada cara Yesus melayani kanak-kanak?
Cara Menikmati Kehidupan Keluarga yang Bahagia
161
oleh sebab perkahwinan merupakan penyatuan dua insan yang tidak sempurna, sesetengah masalah yang serius
boleh membawa kepada pemisahan atau perceraian. Di bawah keadaan tertentu, Bible mengizinkan seseorang untuk
berpisah dengan pasangan hidupnya. Namun, pemisahan
suami isteri tidak boleh dipandang remeh kerana Bible
menasihati kita, “Seorang isteri tidak boleh meninggalkan
suaminya.” Seorang suami juga tidak boleh meninggalkan
isterinya. (1 Korintus 7:10, 11) Hubungan seks yang haram
(Yunani, por·nei1a) merupakan satu-satunya dasar di dalam
Bible yang mengizinkan perceraian.—Matius 19:9.
TELADAN SEMPURNA BAGI IBU BAPA
Yesus telah menetapkan teladan yang sempurna bagi
ibu bapa tentang cara untuk melayani anak-anak. Semasa orang lain mencuba menghalang kanak-kanak daripada
mendekati Yesus, dia berkata, ‘Biarlah kanak-kanak itu datang kepadaku! Jangan larang mereka.’ Bible menyatakan
bahawa ‘Yesus memeluk semua kanak-kanak di situ, kemudian dia meletakkan tangannya pada tiap-tiap anak, dan
memberkati mereka.’ (Markus 10:13-16) Memandangkan
Yesus telah meluangkan masa dengan kanak-kanak,
tidakkah anda patut melakukan hal yang sama untuk
anak-anak anda? Anak-anak memerlukan banyak masa dan
perhatian. Anda perlu meluangkan masa untuk mengajar
anak-anak anda kerana inilah arahan Yehuwa kepada ibu
bapa.—Ulangan 6:4-9.
15 Dunia kita semakin fasiq. Maka, anak-anak memerlukan ibu bapa yang akan melindungi mereka
daripada orang yang berusaha untuk mengancam mereka, contohnya orang yang melakukan penderaan seksual
14
14. Bagaimanakah Yesus melayani kanak-kanak, dan apakah yang diperlukan oleh anak-anak daripada ibu bapa mereka?
15. Apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk melindungi
anak-anak mereka?
162
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
terhadap kanak-kanak. Perhatikan teladan Yesus. Dia memanggil murid-muridnya ‘anak-anakku’ dan melindungi
mereka. Semasa dia ditahan dan tidak lama sebelum dia
dibunuh, Yesus memastikan bahawa murid-muridnya dapat melarikan diri. (Yohanes 13:33; 18:7-9) Sebagai ibu
bapa, anda harus peka kepada usaha Si Iblis yang mencuba mengancam keselamatan anak-anak anda. Anda perlu
memberi mereka peringatan awal, jauh sebelum apa-apa
berlaku.1 (1 Petrus 5:8) Sebenarnya, sekaranglah masanya
yang mana keselamatan fizikal, rohani, dan moral anakanak anda paling terancam.
16 Pada malam sebelum Yesus mati, murid-muridnya bertengkar tentang siapa antara mereka yang paling besar. Yesus
tidak menjadi marah. Sebaliknya, dia terus mengajar murid-muridnya dengan kasih sayang melalui pertuturan dan
kelakuannya. (Lukas 22:24-27; Yohanes 13:3-8) Jika anda seorang ibu atau bapa, bagaimanakah anda dapat mengambil
iktibar daripada cara Yesus membetulkan murid-muridnya?
Memang, anak-anak memerlukan disiplin. Tetapi anak-anak
perlu didisiplinkan secara adil dan sewajarnya. Jangan disiplinkan anak semasa anda sedang marah. Anda tidak patut
mengucapkan ‘kata-kata pedas yang melukai hati seperti tikaman pedang.’ (Amsal 12:18; Yeremia 30:11) Disiplin patut
diberikan dalam cara yang sesuai agar pada kemudian hari,
anak anda dapat melihat faedah disiplin yang diberi kepadanya.—Efesus 6:4; Ibrani 12:9-11.
17
TELADAN BAGI ANAK-ANAK
Dapatkah anak-anak belajar daripada teladan Yesus?
1 Bantuan untuk melindungi anak-anak boleh didapati di bab 32 dalam buku “Guru Agung” (Learn From the Great Teacher) yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.
16. Apakah yang boleh dipelajari oleh ibu bapa daripada cara Yesus
menangani ketidaksempurnaan murid-muridnya?
17. Bagaimanakah Yesus menetapkan teladan yang sempurna bagi
anak-anak?
Cara Menikmati Kehidupan Keluarga yang Bahagia
163
Sudah tentu! Melalui teladannya, Yesus sendiri menunjukkan bagaimana anak-anak patut patuh kepada ibu bapa
mereka. Dia berkata, ‘Aku hanya mengatakan apa yang diarahkan oleh Bapa kepadaku.’ Dia berkata lagi, “Aku
sentiasa melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya.”
(Yohanes 8:28, 29) Yesus patuh kepada Bapanya di syurga dan Bible mengarahkan anak-anak untuk mematuhi ibu
bapa mereka. (Efesus 6:1-3) Yesus ialah seorang anak yang
sempurna. Walaupun ibu bapanya, iaitu Yusuf dan Maria
tidak sempurna, dia tetap mematuhi mereka. Hal ini tentu telah menyumbang kepada kebahagiaan keluarga Yesus!
—Lukas 2:4, 5, 51, 52.
18 Jika anda seorang anak, dapatkah anda memikirkan
cara untuk meniru Yesus dan menggembirakan hati ibu
bapa anda? Memang benar, adakalanya mungkin susah
bagi kaum muda untuk mematuhi ibu bapa mereka. Tetapi
Tuhan menghendaki anak-anak patuh kepada ibu bapa mereka. (Amsal 1:8; 6:20) Tidak kira susah senang, Yesus selalu
mematuhi Bapanya di syurga. Pernah sekali, semasa Tuhan
menyuruh Yesus melaksanakan kehendak-Nya, Yesus berkata, ‘Jauhkanlah cawan penderitaan ini daripadaku.’
Walaupun sukar bagi Yesus, dia masih melakukan apa yang
disuruh oleh Tuhan kerana dia sedar bahawa Bapanya lebih
arif daripadanya. (Lukas 22:42) Jika seorang anak belajar
untuk mematuhi ibu bapanya, dia akan menggembirakan
hati mereka serta Bapanya di syurga.1—Amsal 23:22-25.
19 Si Iblis telah menggoda Yesus, dan kita boleh berasa
1 Seorang anak mesti mematuhi ibu atau bapanya kecuali jika salah seorang daripada mereka menyuruhnya untuk melakukan sesuatu
yang melanggar hukum Tuhan.—Kisah 5:29.
18. Mengapakah Yesus selalu patuh kepada Bapanya, dan siapakah
yang berasa gembira jika anak-anak patuh kepada ibu bapa mereka dewasa ini?
19. (a) Bagaimanakah Syaitan menggoda anak-anak? (b) Apakah kesan buruk ke atas ibu bapa jika anak mereka terjebak dalam perbuatan
seksual yang tidak bermoral?
164
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
pasti bahawa dia juga akan menggoda kaum muda untuk
melakukan apa yang salah. (Matius 4:1-10) Syaitan Si Iblis
suka menggunakan tekanan rakan sebaya. Memandangkan
tekanan ini sukar untuk dilawan, maka anak-anak tidak patut bergaul dengan orang yang melakukan hal-hal yang
salah! (1 Korintus 15:33) Anak perempuan Yakub yang
bernama Dina telah bergaul dengan mereka yang tidak menyembah Yehuwa, dan hal ini telah mengundang banyak
masalah baginya. (Kejadian 34:1, 2) Fikirkanlah penderitaan yang terpaksa dialami oleh sesebuah keluarga jika salah
seorang anggotanya terjebak dalam perbuatan seksual yang
tidak bermoral!—Amsal 17:21, 25.
KUNCI KEBAHAGIAAN KELUARGA
Masalah rumah tangga lebih mudah ditangani jika
nasihat di dalam Bible diamalkan. Sebenarnya, pengamalan nasihat Bible merupakan kunci kepada kehidupan
keluarga yang bahagia. Maka para suami, kasihilah isteri anda dan layaninya sebagaimana Yesus melayani
20
20. Untuk menikmati kebahagiaan keluarga, apakah yang
mesti dilakukan oleh setiap
anggota keluarga?
Semasa menghadapi
godaan, apakah
yang harus difikirkan
oleh kaum muda?
Cara Menikmati Kehidupan Keluarga yang Bahagia
165
sidang Kristian. Para isteri, tunduklah kepada kepala anda,
iaitu suami anda. Ikutlah teladan isteri yang cekap seperti yang digambarkan di Amsal 31:10-31. Ibu bapa, ajarlah
anak-anak anda. (Amsal 22:6) Kaum bapa ‘mesti tahu mengurus rumah tangga dengan baik.’ (1 Timotius 3:4, 5;
5:8) Dan anak-anak, patuhilah ibu bapa anda. (Kolose 3:20)
Dalam sebuah keluarga, tidak ada seorang pun yang sempurna. Semua orang melakukan kesilapan. Maka, pupuklah
sifat rendah hati dan bermaaf-maafan.
21 Memang tidak dapat dinafikan bahawa Bible mengandungi banyak nasihat dan arahan yang bernilai berkenaan
kehidupan keluarga. Tambahan lagi, Bible mengajar kita
tentang dunia baru Tuhan serta bumi firdaus yang akan
dipenuhi dengan penyembah Yehuwa yang gembira. (Penyingkapan 21:3, 4) Ya, kita memang mempunyai harapan
masa depan yang menakjubkan! Bahkan sekarang juga,
kita dapat menikmati kehidupan keluarga yang bahagia
jika kita mengamalkan arahan Tuhan seperti yang termaktub dalam Firman-Nya, Bible.
21. Apakah harapan menakjubkan yang menantikan kita, dan bagaimanakah kita dapat menikmati kebahagiaan keluarga sekarang?
AJARAN BIBLE
ˇ Suami perlu mengasihi isteri seperti
mengasihi tubuh sendiri.—Efesus 5:25-29.
ˇ Isteri harus mengasihi keluarga dan
menghormati suami.—Titus 2:4, 5.
ˇ Ibu bapa perlu mengasihi, mengajar, dan
melindungi anak-anak mereka.—Ulangan 6:
4-9.
ˇ Anak-anak perlu mematuhi ibu bapa mereka.
—Efesus 6:1-3.
BAB LIMA BELAS
Penyembahan yang Mendapat
Perkenan Tuhan
Adakah semua agama menyenangkan hati Tuhan?
Bagaimanakah kita dapat mengenal pasti
agama yang benar?
Hari ini, siapakah penyembah Tuhan yang sejati
di bumi?
TUHAN YEHUWA sangat mengambil berat tentang kita. Dia
memberikan bimbingan-Nya dengan kasih sayang dan mahu
kita mendapat manfaat daripada bimbingan-Nya. Jika kita menyembah-Nya mengikut cara yang betul, kita akan hidup bahagia dan menghindari banyak masalah. Kita juga akan mendapat
berkat serta bantuan-Nya. (Yesaya 48:17) Namun demikian, terdapat ratusan agama yang mendakwa bahawa mereka mengajarkan kebenaran tentang Tuhan. Tetapi, ajaran mereka jauh
berbeza, terutamanya ajaran tentang siapa Tuhan dan apa yang
dikehendaki oleh-Nya daripada kita.
2 Bagaimanakah anda akan tahu cara yang betul untuk menyembah Yehuwa? Anda tidak perlu belajar tentang semua agama lalu membuat perbandingan. Anda hanya perlu belajar apa
sebenarnya yang diajarkan dalam Bible tentang agama yang benar. Sebagai contoh, banyak negara mempunyai masalah wang
palsu. Apakah yang akan anda lakukan jika anda disuruh untuk membezakan antara wang tulen dan wang palsu? Adakah
1. Apakah manfaat yang boleh diraih jika kita menyembah Tuhan dalam cara yang betul?
2. Bagaimanakah kita dapat mempelajari cara yang betul untuk menyembah Yehuwa, dan apakah contoh yang dapat membantu kita
untuk memahami hal ini?
Penyembahan yang Mendapat Perkenan Tuhan
167
anda akan menghafal setiap ciri yang terdapat pada wang palsu
di pasaran? Tidak. Sebaliknya, anda akan meneliti ciri-ciri yang
terdapat pada wang tulen. Selepas anda mengetahui ciri-ciri itu,
anda tentu dapat mengenal pasti wang palsu. Dalam cara yang
sama, jika kita tahu caranya untuk mengenal pasti agama yang
benar, kita dapat mengenal pasti agama-agama yang palsu.
3 Adalah penting untuk kita menyembah Yehuwa dalam cara
yang mendapat perkenan-Nya. Ramai orang percaya bahawa semua agama menyenangkan hati Tuhan, tetapi hal ini tidak diajarkan di dalam Bible. Malahan, sekadar mengakui bahawa kita
penganut agama Kristian tidak memadai. Yesus berkata bahawa
‘hanya orang yang melakukan kehendak Bapanya yang di syurga’ akan menikmati pemerintahan Tuhan. Maka, jika kita ingin
mendapat perkenan Tuhan, kita mesti mempelajari kehendak
Tuhan lalu melakukannya. Yesus memanggil orang yang tidak
melakukan kehendak Tuhan sebagai orang yang ‘tidak mentaati Tuhan.’ (Matius 7:21-23) Agama palsu adalah seperti wang
palsu yang tidak mempunyai nilai yang sebenar. Yang lebih parah lagi, agama palsu mendatangkan mudarat kepada penganutnya.
4 Yehuwa menawarkan peluang kepada semua orang untuk
mendapat kehidupan kekal di Firdaus. Tetapi, kita mesti menyembah Tuhan dalam cara yang betul dan hidup selaras dengan piawaian-Nya sekarang. Malangnya, banyakorang enggan
berbuat demikian. Itulah sebabnya Yesus berkata, “Masuklah
melalui pintu yang sempit, kerana pintu dan jalan yang menuju
ke neraka [“pembinasaan,” NW] itu lebar dan lapang! Banyak
orang yang mengambil jalan itu. Tetapi pintu dan jalan yang
menghala ke hidup sejati itu sempit dan susah. Hanya sedikit
orang yang mendapati jalan itu.” (Matius 7:13, 14, ABB) Agama
benar menghalakan kita ke kehidupan abadi. Agama palsu pula
memimpin kita ke pembinasaan. Yehuwa tidak mahu seorang
3. Menurut Yesus, apakah yang mesti dilakukan jika kita menginginkan perkenan Tuhan?
4. Apakah yang dilambangkan oleh dua jalan yang disebut oleh Yesus,
dan dua jalan ini menuju ke mana?
168
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
manusia pun dibinasakan, dan itulah sebabnya Dia memberi semua manusia peluang untuk belajar tentang-Nya. (2 Petrus
3:9) Ya, cara kita menyembah Tuhan menentukan hidup mati
kita.
CARA UNTUK MENGENAL PASTI AGAMA
YANG BENAR
5 Bagaimanakah seseorang boleh menemui “jalan yang
menghala ke hidup sejati”? Yesus berkata bahawa agama benar dapat dikenal pasti melalui kelakuan orang yang menganutinya. Dia berkata, “Pokok yang subur menghasilkan buah yang
baik.” (Matius 7:16, 17) Dalam erti kata lain, orang yang menganuti agama yang benar dapat dikenal pasti melalui kepercayaan
dan tingkah laku mereka. Walaupun penganut agama yang benar tidak sempurna dan melakukan kesilapan, sebagai satu
kumpulan, mereka berusaha untuk melakukan kehendak Tuhan. Mari kita bincangkan enam ciri yang membantu kita untuk mengenal pasti penganut agama yang benar.
6 Ajaran hamba-hamba Tuhan berlandaskan Bible. Bible menyatakan, ‘Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh
Tuhan dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar
orang supaya hidup menurut kehendak Tuhan. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Tuhan dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam
pekerjaan yang baik.’ (2 Timotius 3:16, 17, ABB) Hawari Paulus
telah menulis kepada orang Kristian yang lain, ‘Ketika kami menyampaikan perkhabaran Tuhan kepada kamu, kamu mendengar dan menyambutnya bukan sebagai perkhabaran daripada
manusia, tetapi sebagai perkhabaran daripada Tuhan. Memang perkhabaran itu daripada Tuhan!’ (1 Tesalonika 2:13)
Maka, kepercayaan dan amalan agama yang benar tidak
5. Bagaimanakah kita boleh mengenal pasti penganut agama yang benar?
6, 7. Apakah pandangan hamba-hamba Tuhan terhadap Bible, dan
apakah contoh yang telah disediakan oleh Yesus dalam hal ini?
MEREKA YANG MENYEMBAH TUHAN YANG BENAR
ˇ
ˇ
ˇ
ˇ
mendasarkan ajaran mereka pada Bible
menyembah Yehuwa sahaja dan memberitakan nama-Nya
saling menunjukkan kasih yang sejati
mengakui Yesus sebagai individu yang digunakan oleh Tuhan
untuk menyelamatkan umat manusia
ˇ bukan sebahagian daripada dunia ini
ˇ mengkhabarkan Kerajaan Tuhan sebagai satu-satunya harapan
bagi manusia
170
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
berlandaskan pandangan manusia atau adat turun-temurun, tetapi berlandaskan FirmanTuhan yang terilham, iaitu Bible.
7 Yesus Kristus telah menyediakan contoh yang baik bagi kita.
Ajarannya didasarkan pada Firman Tuhan. Dalam doa kepada
Bapanya di syurga, dia berkata, “Firman-Mu adalah kebenaran.”
(Yohanes 17:17, nota kaki) Yesus mempercayai Firman Tuhan,
dan apa sahaja yang diajarkannya selaras dengan apa yang terkandung dalam Bible. Yesus sering menyebut, “Di dalam Alkitab tertulis.” (Matius 4:4, 7, 10) Selepas itu, Yesus memetik ayat
daripada Alkitab. Dalam cara yang sama, umat Tuhan hari ini tidak mengajar orang pendapat-pendapat sendiri. Mereka percaya bahawa Bible ialah Firman Tuhan, dan ajaran mereka adalah
kukuh berteraskan apa yang dinyatakan di dalamnya.
8 Penganut agama yang benar menyembah Yehuwa sahaja
dan memberitakan nama-Nya. Yesus menyatakan, ‘Sembahlah
Yehuwa Tuhanmu dan abdikan diri kepada Dia sahaja!’ (Matius
4:10) Oleh itu, hamba-hamba Tuhan hanya menyembah Yehuwa; mereka tidak menyembah tuhan yang lain. Penyembahan
mereka merangkumi kerja memberitakan nama Tuhan yang
benar dan membantu orang untuk mengenali-Nya. Mazmur
83:19 (ABB) menyatakan, “Biarlah mereka tahu bahawa hanya
Engkaulah TUHAN [Yehuwa], Yang Maha Tinggi di seluruh
bumi!” Yesus telah menyediakan pola yang baik untuk kita. Dia
membantu orang lain untuk mengenali Tuhan. Dalam doanya,
dia berkata, ‘Aku sudah menunjukkan Engkau kepada semua
orang dari dunia ini yang Engkau serahkan kepadaku.’ (Yohanes 17:6) Dalam cara yang sama, penyembah sejati hari ini juga
mengajar orang tentang nama Tuhan, tujuan-Nya, serta sifatsifat-Nya.
9 Umat Tuhan mengasihi satu sama lain dengan tulus tanpa
mementingkan diri. Yesus berkata, ‘Jika kamu saling mengasihi,
semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikutku.’
(Yohanes 13:35) Orang Kristian pada abad pertama mengasihi
8. Penyembahan Yehuwa merangkumi apa?
9, 10. Bagaimanakah orang Kristian sejati memperlihatkan kasih antara satu sama lain?
Penyembahan yang Mendapat Perkenan Tuhan
171
satu sama lain, seperti yang telah disebut oleh Yesus. Kasih ini
yang berlandaskan prinsip Bible merentasi batas kaum, bangsa,
dan kedudukan sosial. Kasih sebegini menyatupadukan orang
dalam tali persaudaraan yang tidak dapat dipisahkan. (Kolose 3:
14) Penganut agama palsu tidak mempunyai ikatan persaudaraan sebegini. Bagaimanakah kita tahu akan hal ini? Mereka saling membunuh atas sebab perbezaan bangsa atau kaum.
Orang Kristian sejati tidak melengkapi diri dengan senjata lalu
membunuh saudara Kristian mereka atau orang lain. Bible menyatakan, ‘Inilah perbezaan antara anak Tuhan dengan anak
Iblis: Sesiapa tidak melakukan kehendak Tuhan, atau tidak mengasihi saudaranya, dia bukanlah anak Tuhan. Kita harus saling
mengasihi. Janganlah kita seperti Kain. Dia menjadi anak Iblis
dan membunuh adiknya sendiri.’—1 Yohanes 3:10-12, ABB; 4:
20, 21.
10 Sudah tentu, mereka yang memiliki kasih yang sejati bukan sahaja tidak akan membunuh malahan mereka juga tidak
mementingkan diri. Dengan murah hati, mereka menggunakan masa, tenaga, wang, dan harta benda untuk membantu dan menggalakkan satu sama lain. (Ibrani 10:24, 25) Semasa
menghadapi kesusahan, mereka saling membantu. Mereka juga memperlakukan satu sama lain dengan jujur. Mereka mengamalkan nasihat Bible yang berikut dalam kehidupan mereka:
‘Berbuatlah baik kepada semua orang.’—Galatia 6:10.
11 Orang Kristian sejati mengakui Yesus Kristus sebagai individu yang digunakan oleh Tuhan untuk menyelamatkan kita. Bible menyatakan, ‘Hanya melalui Yesus orang diselamatkan,
kerana di seluruh dunia tiada orang lain yang mendapat
kekuasaan daripada Tuhan untuk menyelamatkan kita.’ (Kisah 4:12, ABB) Seperti yang telah kita pelajari di Bab 5, Yesus
telah menyerahkan nyawanya sebagai tebusan untuk manusia
yang patuh kepada Tuhan. (Matius 20:28) Tambahan lagi, Yesus
dilantikoleh Tuhan sebagai Raja Kerajaan di syurga. Kerajaan ini
11. Mengapakah penting untuk kita mengakui Yesus Kristus sebagai individu yang digunakan oleh Tuhan untuk menyelamatkan kita?
172
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
akan memerintah seluruh bumi, dan Tuhan menghendaki kita
patuh kepada Yesus serta mengamalkan ajarannya jika kita
ingin mendapat kehidupan yang kekal. Itulah sebabnya Bible
menyatakan, “Sesiapa yang percaya kepada Anak itu beroleh hidup sejati dan kekal, tetapi sesiapa yang tidak taat kepada Anak
itu tidak akan beroleh hidup itu.”—Yohanes 3:36.
12 Umat Tuhan yang benar bukan sebahagian daripada dunia ini. Semasa dibicarakan di depan gabenor Roma yang bernama Pilatus, Yesus berkata, ‘Pemerintahanku bukan dari dunia
ini.’ (Yohanes 18:36) Tanpa mengira negara asal, pengikut Yesus
yang sejati merupakan rakyat Kerajaan Tuhan di syurga. Maka
mereka tetap berkecuali atau bersikap neutral dalam hal ehwal
politik dunia. Mereka tidak mengambil bahagian atau menyebelahi mana-mana pihak dalam perselisihan yang berlaku. Namun demikian, penyembah Yehuwa tidak menghalang orang
lain daripada menyertai mana-mana parti politik, menjadi calon politik, atau mengundi. Walaupun penyembah Tuhan
neutral dalam hal-hal politik, mereka tetap patuh kepada undang-undang. Mengapa? Kerana Firman Tuhan memerintah
mereka untuk “taat kepada pemerintah.” (Roma 13:1) Namun,
jika terdapat percanggahan antara tuntutan Tuhan dan tuntutan sistem politik negara mereka, penyembah Tuhan yang benar mengikut jejak para hawari yang berkata, ‘Kami harus taat
kepada Tuhan dan bukan kepada manusia.’—Kisah 5:29; Markus 12:17.
13 Pengikut Yesus yang sejati mengkhabarkan Kerajaan Tuhan
sebagai satu-satunya harapan bagi manusia. Yesus bernubuat,
‘Berita baik tentang bagaimana Tuhan memerintah akan dikhabarkan ke seluruh dunia supaya semua orang mendengarnya.
Setelah itu barulah tiba akhir zaman.’ (Matius 24:14, ABB) Pengikut Yesus Kristus yang sejati tidak menggalakkan orang
untuk bergantung pada pemerintah manusia bagi menyelesai12. Apakah erti ungkapan “bukan sebahagian daripada dunia ini”?
13. Apakah pandangan pengikut Yesus yang sejati terhadap Kerajaan
Tuhan? Sehubungan itu, apakah yang dilakukan oleh mereka?
Penyembahan yang Mendapat Perkenan Tuhan
173
kan masalah mereka. Sebaliknya, mereka memberitakan Kerajaan Tuhan di syurga sebagai satu-satunya harapan bagi manusia.
(Mazmur 146:3) Yesus mengajar kita untuk berdoa supaya Kerajaan Tuhan yang sempurna datang. Dia berdoa, “Semoga Engkau memerintah di bumi, dan seperti di syurga, kehendak-Mu
ditaati.” (Matius 6:10) Firman Tuhan menubuatkan bahawa KerajaanTuhan di syurga “akan memusnahkan sama sekali semua
kerajaan yang lain [yang kini wujud], lalu kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya.”—Daniel 2:44.
14 Berdasarkan apa yang baru dibincangkan, tanyalah diri,
“Penganut agama manakah yang mendasarkan semua ajaran
mereka pada Bible dan memberitakan nama Yehuwa? Kumpulan orang manakah yang meluahkan kasih dalam cara yang diarahkan oleh Yehuwa, menaruh kepercayaan pada Yesus, bukan
sebahagian daripada dunia ini, dan mengkhabarkan Kerajaan
Tuhan sebagai satu-satunya harapan yang sejati bagi manusia?
Daripada semua agama di bumi, agama manakah yang memenuhi semua syarat ini?” Semua bukti jelas menunjukkan bahawa jawapannya ialah Saksi-Saksi Yehuwa.—Yesaya 43:10-12.
APAKAH YANG AKAN ANDA LAKUKAN?
Untuk menyenangkan hati Tuhan, sekadar mempercayai
bahawa Dia wujud tidak memadai. Bible menyatakan bahawa
roh-roh jahat juga percaya bahawa Tuhanwujud. (Yakobus 2:19)
Tetapi, memang nyatalah bahawa roh-roh jahat tidak melakukan kehendak Tuhan dan tidak mendapat perkenan-Nya. Untuk
mendapat perkenan Tuhan, kita bukan sahaja mesti percaya bahawa Dia wujud malahan kita mesti melakukan kehendak-Nya.
Kita juga mesti membebaskan diri daripada kongkongan agama
palsu lalu memeluk penyembahan yang sejati.
16 Hawari Paulus menunjukkan bahawa kita tidak boleh
15
14. Pada pandangan anda, kumpulan agama manakah memenuhi
syarat-syarat agama yang benar?
15. Adakah sekadar mempercayai bahawa Tuhan wujud memadai? Jelaskan.
16. Apakah yang harus dilakukan jika kita terlibat dalam agama palsu?
174
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
mengambil bahagian dalam penyembahan palsu. Dia menulis,
‘Tinggalkanlah orang yang tidak mengenal Tuhan, dan asingkan diri daripada mereka. Janganlah berhubungan dengan sesuatu pun yang najis, maka Aku [Yehuwa] akan menerima
kamu.’ (2 Korintus 6:17, ABB; Yesaya 52:11) Jadi, orang Kristian
yang sejati menghindari apa-apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan penyembahan palsu.
Dengan menyembah Yehuwa bersama-sama
umat-Nya, anda akan menerima berkat yang jauh
melebihi pengorbanan yang dibuat
Penyembahan yang Mendapat Perkenan Tuhan
175
Bible menunjukkan bahawa semua bentuk agama palsu
merupakan cabang daripada “Babel yang besar,” atau Babilon
Besar.1 (Penyingkapan 17:5) Babel mengingatkan kita tentang
kota Babilon pada masa lampau. Kota ini merupakan tempat
di mana agama palsu bermula selepas berlakunya Banjir Besar
pada zaman Nuh. Banyak ajaran dan amalan agama palsu pada
masa sekarang berasal dari kota Babilon kuno. Sebagai contoh,
orang Babilon menyembah tuhan tritunggal atau tiga tuhan dalam satu. Hari ini, ajaran utama dalam kebanyakan agama ialah
ajaran Tritunggal. Tetapi Bible menunjukkan dengan jelas bahawa Tuhan yang benar hanyalah satu, iaitu Yehuwa, dan Yesus Kristus ialah Anak-Nya. (Yohanes 17:3) Orang Babilon kuno
juga percaya bahawa manusia mempunyai jiwa yang tidak boleh mati. Mereka percaya bahawa selepas manusia mati, sesuatu dalam badan manusia akan terus hidup dan merana di suatu
tempat di mana mereka diseksa. Hari ini, kebanyakan agama
mengajar penganutnya bahawa jiwa atau roh seseorang tidak
boleh mati dan boleh menderita di neraka berapi.
18 Oleh sebab penyembahan orang Babilon kuno tersebar ke
seluruh pelosok dunia, Babilon Besar pada zaman moden ini
boleh dikenal pasti sebagai empayar agama palsu sedunia. Dan
Tuhan telah menubuatkan bahawa empayar agama palsu ini
akan dibinasakan secara tiba-tiba. (Penyingkapan 18:8) Sekarang, adakah anda sedar akan pentingnya untuk memutuskan
semua hubungan dengan Babilon Besar? Tuhan Yehuwa mahu
anda ‘keluar dari Babel’ semasa anda masih sempat berbuat demikian.—Penyingkapan 18:4.
19 Sesetengah orang mungkin enggan bergaul dengan anda
kerana anda membuat keputusan untuk berhenti mengambil
17
1 Untuk maklumat lanjut tentang mengapa Babilon Besar mewakili
empayar agama palsu sedunia, sila lihat bahagian Lampiran, muka surat 251-252.
17, 18. Apakah itu Babilon Besar, dan mengapakah penting untuk anda
‘keluar dari Babel’?
19. Apakah yang akan anda peroleh jika anda menyembah Yehuwa?
176
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
bahagian dalam amalan agama palsu. Namun demikian, jika
anda menyembah Yehuwa dengan umat-Nya, berkat yang
akan anda terima tentu jauh melebihi pengorbanan yang dibuat. Seperti murid-murid Yesus pada abad pertama yang telah meninggalkan hal-hal lain untuk mengikutinya, anda akan
mempunyai banyak saudara saudari rohani. Anda akan menjadi sebahagian daripada keluarga besar yang terdiri daripada jutaan orang Kristian yang sejati dari seluruh dunia. Mereka akan
memperlihatkan kasih sejati kepada anda. Dan “pada zaman
yang akan datang,” anda akan mempunyai harapan untuk hidup selama-lamanya. (Markus 10:28-30) Barangkali suatu hari
nanti, mereka yang telah menyisihkan anda kerana kepercayaan anda akan meneliti ajaran Bible lalu menjadi penyembah Yehuwa.
20 Bible mengajar kita bahawa tidak lama lagi Tuhan akan
membinasakan sistem dunia yang fasiq ini dan menggantikannya dengan dunia baru yang adil benar di bawah pemerintahan Kerajaan-Nya. (2 Petrus 3:9, 13) Dunia baru itu tentu
amat menakjubkan! Dan di dalam sistem baru yang adil benar itu, hanya satu agama benar yang akan wujud. Maka,
buatlah keputusan yang bijak dan ambillah langkah yang
perlu untuk bergaul dengan penyembah-penyembah sejati
sekarang juga.
20. Apakah harapan masa depan untuk mereka yang menganuti agama
yang benar?
AJARAN BIBLE
ˇ Terdapat hanya satu agama yang benar.
—Matius 7:13, 14.
ˇ Agama yang benar dapat dikenal pasti melalui
ajaran serta amalannya.—Matius 7:16, 17.
ˇ Saksi-Saksi Yehuwa menyembah Tuhan dalam
cara yang diperkenankan-Nya.—Yesaya 43:10.
BAB ENAM BELAS
Berpegang Teguh pada
Penyembahan Sejati
Apakah ajaran Bible mengenai penggunaan
patung berhala dan lambang serta pemujaan
nenek moyang?
Apakah pandangan orang Kristian terhadap
perayaan berunsur keagamaan?
Bagaimanakah anda dapat menjelaskan
kepercayaan anda tanpa menyinggung perasaan
orang lain?
BAYANGKAN anda dimaklumkan bahawa sekitar kawasan
kediaman anda dicemari oleh bahan beracun. Ada orang
telah curi-curi membuang sisa toksik di kawasan perumahan anda, dan sekarang bahaya maut mengancam anda
semua. Apakah yang akan anda lakukan? Jika boleh, anda
tentu akan berpindah. Namun, selepas berbuat demikian,
anda masih berdepan dengan soalan yang penting ini,
“Adakah saya terkena racun?”
2 Situasi yang hampir sama timbul berkenaan agama
palsu. Bible mengajarkan bahawa agama palsu dicemari dengan ajaran dan amalan yang najis. (2 Korintus 6:17)
Itulah sebabnya adalah penting bagi anda untuk keluar
dari Babilon Besar, iaitu empayar agama palsu sedunia.
(Penyingkapan 18:2, 4) Sudahkah anda berbuat demikian?
Jika ya, anda harus dipuji. Tetapi, selain memansuhkan keahlian atau memutuskan hubungan dengan agama palsu,
1, 2. Selepas anda meninggalkan agama palsu, apakah soalan yang
mesti ditanya, dan mengapakah penting untuk menanyakan soalan ini?
178
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
apa lagi yang perlu anda lakukan? Tanyalah diri, “Adakah
sisa-sisa agama palsu masih mencemari diri saya?” Mari
kita lihat beberapa contoh.
PATUNG BERHALA, LAMBANG, DAN PEMUJAAN
NENEK MOYANG
3 Sesetengah orang memiliki patung berhala, lambang,
atau tokong kecil di dalam rumah mereka selama bertahun-tahun. Anda juga mungkin begitu. Mungkin anda
menyayangi objek-objek ini dan berasa tidak selesa atau
bersalah jika anda tidak menggunakan objek-objek ini
semasa menyembah Tuhan. Tetapi Tuhanlah yang menentukan bagaimana Dia harus disembah, dan Bible
mengajarkan bahawa Dia tidak mahu kita menggunakan
patung berhala atau lambang. (Keluaran 20:4, 5; Mazmur 115:4-8; Yesaya 42:8; 1 Yohanes 5:21) Maka, anda
dapat berpegang teguh pada penyembahan sejati dengan
memusnahkan objek-objek yang ada kaitan dengan penyembahan palsu. Yehuwa “membenci penyembahan
berhala,” maka kita juga mesti mempunyai pandangan
yang sama.—Ulangan 27:15.
4 Pemujaan nenek moyang juga merupakan adat dalam
banyak agama palsu. Sebelum sesetengah orang mempelajari kebenaran dalam Bible, mereka percaya bahawa orang
yang telah mati akan terus hidup di alam roh. Mereka percaya bahawa orang yang telah mati dapat membantu atau
mencederakan orang yang hidup. Mungkin dahulu anda
telah mencurahkan banyak wang dan masa untuk memu3. (a) Apakah yang dinyatakan di dalam Bible mengenai penggunaan
patung berhala dan lambang, dan mengapakah pandangan Tuhan susah untuk diterima oleh sesetengah orang? (b) Apakah yang patut anda
lakukan dengan objek-objek yang ada kaitan dengan penyembahan
palsu?
4. (a) Bagaimanakah kita tahu bahawa pemujaan nenek moyang
adalah sia-sia sahaja? (b) Mengapakah Yehuwa melarang umat-Nya daripada melibatkan diri dalam sebarang bentuk spiritisme?
179
ja nenek moyang anda yang telah meninggal. Tetapi seperti apa yang telah anda pelajari di Bab 6, mereka yang
mati tidak hidup atau wujud di tempat yang lain. Maka,
usaha untuk berhubung dengan mereka adalah sia-sia sahaja. Sebarang pesanan yang kononnya datang daripada
orang kesayangan kita yang telah mati sebenarnya berasal
daripada roh-roh jahat. Itulah sebabnya Yehuwa melarang
orang Israel daripada berhubung dengan orang yang telah
mati, atau melibatkan diri dalam mana-mana bentuk spiritisme.—Ulangan 18:10-12.
5 Jika dahulu anda biasa menggunakan patung dan lambang, atau memuja nenek moyang anda, apakah yang
boleh anda lakukan? Anda digalakkan untuk membaca
lalu merenung ayat-ayat Bible yang menyingkapkan
perasaan dan pandangan Tuhan terhadap hal-hal ini. Berdoalah kepada Yehuwa setiap hari tentang hasrat anda
untuk berpegang teguh pada penyembahan sejati, dan
mintalah bantuan Tuhan supaya anda dapat memupuk
5. Apakah yang boleh anda lakukan jika dahulu anda menggunakan
berhala dan lambang atau memuja nenek moyang?
180
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
pandangan yang selaras dengan pandangan-Nya.—Yesaya
55:9.
KRISMAS—TIDAK DIRAIKAN OLEH
ORANG KRISTIAN MASA AWAL
6 Agama palsu juga boleh mencemari penyembahan seseorang melalui perayaan-perayaan yang biasa disambut.
Mari kita ambil contoh perayaan Krismas atau Natal. Banyak orang berpendapat bahawa Krismas ialah hari besar
yang dirayakan untuk memperingati kelahiran Yesus Kristus. Hampir semua orang yang menganggap diri sebagai
orang Kristian menyambut Krismas. Namun demikian,
kita tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan
bahawa murid-murid Yesus pada abad pertama telah meraikan perayaan ini. Sebaliknya, buku Sacred Origins of
Profound Things (Asal Usul Suci Hal-hal yang Bermakna
Dalam) menyatakan, “Selama dua ratus tahun selepas kelahiran Kristus, tiada sesiapa yang mengetahui dengan
tepat bila dia dilahirkan, dan hanya segelintir orang yang
peduli akan hal itu.”
7 Namun, seandainya murid-murid Yesus mengetahui
bila Yesus dilahirkan, mereka masih tidak akan merayakan hari jadinya. Mengapa? Kerana seperti apa yang
dinyatakan dalam The World Book Encyclopedia, orang
Kristian pada abad pertama “menganggap sambutan hari
jadi sebagai adat kafir.” Hanya dua sambutan hari jadi
disebut di dalam Bible dan kedua-dua sambutan itu diraikan oleh pemerintah yang tidak menyembah Yehuwa.
(Kejadian 40:20; Markus 6:21) Sambutan hari jadi juga diraikan untuk memuja dewa dewi orang kafir. Sebagai
contoh, orang Roma merayakan hari jadi dewi Diana pada
6, 7. (a) Pada pendapat banyak orang, mengapakah Krismas disambut, dan adakah pengikut Yesus pada abad pertama menyambut
perayaan ini? (b) Orang Kristian pada abad pertama mengaitkan sambutan hari jadi dengan apa?
Berpegang Teguh pada Penyembahan Sejati
181
24 Mei. Pada keesokan harinya, mereka merayakan hari
jadi dewa matahari, iaitu Apollo. Maka, sambutan hari
jadi dikaitkan dengan agama kafir dan bukannya agama
Kristian.
8 Orang Kristian pada abad pertama tidak menyambut
hari jadi Yesus atas satu lagi sebab. Kemungkinan besar
murid-murid Yesus tahu bahawa sambutan hari jadi dikaitkan dengan kepercayaan karut. Sebagai contoh, orang
Yunani dan orang Roma pada zaman kuno percaya bahawa satu roh akan menghadiri kelahiran setiap manusia
dan akan melindungi orang itu sepanjang hayatnya. Buku
The Lore of Birthdays (Tradisi Hari Jadi) menyatakan,
“Roh ini mempunyai hubungan yang ajaib dengan
dewa yang hari kelahirannya sama dengan orang tersebut.” Mana-mana sambutan yang mengaitkan Yesus
dengan kepercayaan karut pasti tidak menyenangkan hati
Yehuwa. (Yesaya 65:11, 12) Maka, mengapakah begitu banyak orang menyambut Krismas?
ASAL USUL KRISMAS
Beberapa ratus tahun selepas Yesus berada di bumi,
barulah orang mula menyambut kelahirannya pada 25 Disember. Tetapi, itu bukanlah tarikh kelahiran Yesus kerana
Yesus ternyata dilahirkan sekitar bulan Oktober.1 Maka,
mengapakah 25 Disember dipilih? Mungkin sesetengah
orang yang kemudian mendakwa diri sebagai orang Kristian “mahu tarikh itu jatuh sempena perayaan orang
Roma kafir yang menyambut ‘hari jadi matahari yang tidak tertakluk.’ ” (The New Encyclopædia Britannica) Pada
musim sejuk, iaitu semasa pancaran matahari paling
9
1 Sila lihat bahagian Lampiran, muka surat 252-254.
8. Jelaskan kaitan antara sambutan hari jadi dengan kepercayaan karut.
9. Bagaimanakah 25 Disember dipilih sebagai hari untuk menyambut
kelahiran Yesus?
182
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
lemah, orang kafir mengadakan upacara-upacara untuk
menyerukan supaya sumber cahaya dan haba pulang daripada pengembaraannya yang jauh. Tanggal 25 Disember
dianggap sebagai tarikh yang mana matahari dikatakan
kembali daripada pengembaraannya. Dalam usaha menggalakkan orang kafir untuk menukar agama mereka,
para pemimpin agama telah memasukkan perayaan ini ke
dalam penyembahan mereka dan mencuba untuk menjadikan perayaan ini berbaur “Kristian.”1
10 Dari dahulu lagi, orang sudah mengetahui bahawa
Krismas berasal daripada penyembahan orang kafir. Oleh
sebab Krismas tidak mempunyai asal usul yang berdasarkan Bible, perayaan ini diharamkan di negara Inggeris
dan di beberapa tanah jajahan di Amerika pada abad ke17. Bahkan sesiapa yang tidak bekerja pada hari Krismas
dikenakan denda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, adat yang lama ini menjadi popular semula, dan
beberapa adat lain ditokok tambah. Perayaan Krismas sekali lagi menjadi perayaan yang penting, dan sampai hari
ini, perayaan ini masih dirayakan secara besar-besaran di
banyak negara. Namun demikian, oleh sebab Krismas
berkait rapat dengan agama palsu, mereka yang mahu menyenangkan hati Tuhan tidak menyambut perayaan ini
atau mana-mana perayaan yang berasal daripada agama
palsu.2
1 Perayaan Saturnalia juga menyumbang kepada pemilihan tarikh
25 Disember. Perayaan ini disambut untuk memberi penghormatan
kepada dewa pertanian Roma dan diadakan dari 17-24 Disember. Semasa perayaan Saturnalia, orang berpesta, bersuka ria, dan saling
memberi hadiah.
2 Untuk perbincangan tentang pandangan orang Kristian sejati terhadap perayaan popular yang lain, sila lihat bahagian Lampiran, muka
surat 254-255.
10. Pada masa dahulu, mengapakah sesetengah orang tidak menyambut Krismas?
Berpegang Teguh pada Penyembahan Sejati
183
ADAKAH ASAL USUL SESUATU PERAYAAN PENTING?
11 Sesetengah orang bersetuju bahawa perayaanperayaan seperti Krismas berasal daripada agama palsu.
Tetapi mereka masih berasa bahawa tidak salah jika
mereka memilih untuk terus menyambutnya. Bagi kebanyakan orang, musim perayaan membuka peluang untuk
mengeratkan ikatan kekeluargaan mereka. Kaitannya dengan agama palsu tidak terlintas di fikiran mereka. Adakah
anda juga berasa begitu? Jika ya, mungkin hal ini menunjukkan bahawa kasih akan keluarga, dan bukannya kasih
akan agama palsu yang menghalang anda daripada berpegang teguh pada penyembahan sejati. Yehuwa, iaitu
pengasas institusi keluarga, mahu anda mempunyai hubungan yang baik dengan saudara-mara anda. Tetapi, anda
dapat mengeratkan pertalian keluarga anda dengan menggunakan cara-cara yang diperkenankan Tuhan. Berkenaan
apa yang harus diutamakan dalam kehidupan kita, hawari
Paulus telah menulis, “Berusahalah untuk melakukan apa
yang menyenangkan hati Tuhan.”—Efesus 5:10, ABB.
12 Anda mungkin berpendapat bahawa asal usul sesuatu perayaan tidak ada kaitan dengan cara perayaan itu
disambut hari ini. Tetapi, adakah asal usul sesuatu perayaan benar-benar penting? Sudah tentu! Sebagai contoh,
bayangkan bahawa anda nampak gula-gula di dalam longkang. Adakah anda akan memungut gula-gula itu lalu
memakannya? Tentu tidak! Gula-gula itu tidak bersih.
Sama seperti gula-gula itu, perayaan tertentu mungkin seronok disambut tetapi mempunyai asal usul yang najis.
Untuk berpegang teguh pada penyembahan sejati, kita
perlu memupuk pandangan yang sama seperti penubuat
11. Mengapakah sesetengah orang menyambut perayaan-perayaan tertentu, tetapi apakah yang seharusnya diutamakan dalam kehidupan
kita?
12. Berikan contoh untuk menunjukkan mengapa adat dan perayaan
yang mempunyai asal usul yang najis patut dihindari.
184
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Yesaya. Dia memberitahu umat Tuhan yang sejati, “Janganlah sentuh apa-apa yang najis.”—Yesaya 52:11.
LAYANI ORANG DENGAN BIJAKSANA
Cabaran mungkin timbul semasa anda membuat keputusan untuk tidak menyertai perayaan-perayaan. Sebagai
contoh, rakan sekerja anda mungkin tertanya-tanya mengapa anda tidak menyertai sesetengah aktiviti yang diadakan
sempena perayaan tertentu. Apakah yang akan anda lakukan jika anda diberikan hadiah pada hari Krismas? Adakah
salah untuk menerima hadiah itu? Bagaimana pula jika teman hidup anda tidak mempunyai kepercayaan yang sama?
Apakah yang boleh dilakukan supaya anak-anak anda tidak
berasa terpinggir atau susah hati kerana mereka tidak dapat
menyambut perayaan-perayaan?
14 Pertimbangan yang baik diperluAdakah anda akan
kan bagi mengetahui caranya unmakan gula-gula
tuk menangani setiap keadaan. Jika
yang dipungut dari
ucapan selamat diberikan sempena
longkang?
sesuatu perayaan, anda boleh mengucapkan terima kasih. Tetapi, bagaimana pula jika ucapan yang sama
diberikan oleh rakan sekerja atau seseorang yang anda biasa temui? Anda
mungkin membuat keputusan untuk
memberi penjelasan yang lebih terperinci. Di bawah apa jua keadaan,
gunakanlah kata-kata sopan yang tidak menyinggung perasaan orang
13
13. Apakah cabaran yang mungkin timbul
semasa anda tidak menyambut perayaanperayaan?
14, 15. Apakah yang boleh anda lakukan jika
seseorang memberi ucapan selamat sempena
sesuatu perayaan atau mahu memberi anda
hadiah?
Berpegang Teguh pada Penyembahan Sejati
185
lain. Sepertimana garam dapat melazatkan lagi sesuatu hidangan, Bible menasihati kita supaya “memberikan jawapan kepada setiap orang dengan sepatutnya.” (Kolose
4:6) Pastikan bahawa anda tidak bersikap biadab terhadap
orang lain. Sebaliknya, tunjukkan sikap hormat dan jelaskan pendirian anda dengan sopan. Nyatakanlah dengan
jelas bahawa anda bukannya tidak suka memberi dan menerima hadiah atau menghadiri jamuan, tetapi anda lebih
suka berbuat demikian pada masa yang lain.
15 Namun, apakah yang akan anda lakukan jika seseorang ingin memberi anda hadiah? Pemberi hadiah
mungkin berkata, “Saya tahu bahawa anda tidak menyambut perayaan ini. Tetapi saya masih mahu memberi
hadiah ini kepada anda.” Anda perlu mempertimbangkan
keadaannya. Di bawah sesetengah keadaan, anda mungkin memutuskan bahawa menerima hadiah yang diberikan
tidak sama dengan menyertai perayaan yang disambut. Sudah tentu, jika pemberi hadiah tidak tahu akan pendirian
anda, anda boleh memberitahunya bahawa anda tidak menyambut perayaan berkenaan. Hal ini akan membantu dia
untuk memahami mengapa anda tidak membalas hadiahnya pada kesempatan itu. Sebaliknya, jika sesebuah hadiah
diberikan dengan niat untuk menunjukkan bahawa anda
sanggup mengkompromikan pendirian atau mencemarkan
prinsip anda semata-mata untuk keuntungan kebendaan,
adalah baik jika anda tidak menerima hadiah tersebut.
CARA UNTUK MELAYANI AHLI KELUARGA
Bagaimanakah anda akan melayani ahli keluarga yang
tidak sekepercayaan? Sekali lagi, anda harus menggunakan
kata-kata sopan yang tidak menyinggung hati. Janganlah
berbalah tentang setiap adat atau perayaan yang disambut
oleh saudara-mara anda. Sebaliknya, hormatilah pendapat
16
16. Dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan, bagaimanakah anda
boleh menggunakan kata-kata sopan yang tidak menyinggung hati?
186
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
dan pandangan mereka sepertimana anda ingin mereka menghormati pendapat dan pandangan anda. (Matius 7:
12) Hindari apa-apa sahaja yang menyebabkan anda menjadi sebahagian daripada perayaan yang disambut. Pada masa
yang sama, tunjukkanlah sikap bertimbang rasa dalam halhal yang tidak berkaitan langsung dengan perayaan itu.
Dalam apa-apa keputusan yang dibuat, pastikan hati nurani
anda tidak terganggu.—1 Timotius 1:18, 19.
17 Apakah yang boleh anda lakukan supaya anak-anak
anda tidak berasa tersisih kerana mereka tidak dapat menyambut perayaan yang berasal daripada agama palsu?
Banyak bergantung pada apa yang anda lakukan pada
masa-masa yang lain. Ada ibu bapa yang menetapkan
masa tertentu untuk memberi hadiah kepada anak-anak
mereka. Namun, hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak-anak anda ialah masa dan perhatian anda.
AMALKAN PENYEMBAHAN SEJATI
Untuk menyenangkan hati Tuhan, anda mesti menolak
penyembahan palsu dan berpegang teguh pada penyembahan sejati. Hal ini merangkumi apa? Mengenai hari-hari
terakhir ini, Bible menyatakan, “Hendaklah kita perhatikan satu sama lain, supaya kita dapat saling memberikan
dorongan untuk mengasihi satu sama lain dan untuk
melakukan hal yang baik. Janganlah kita hentikan kebiasaan berkumpul bersama-sama, seperti yang dilakukan
oleh beberapa orang saudara. Sebaliknya lebih-lebih lagi
kita harus menggalakkan satu sama lain.” (Ibrani 10:24,
25, ABB) Perjumpaan di sidang merupakan masa yang
menggembirakan kerana kita dapat menyembah Tuhan dalam cara yang mendapat perkenan-Nya. (Mazmur 22:23;
18
17. Apakah yang boleh membantu anak-anak anda supaya tidak berasa
tersisih kerana mereka tidak dapat menyambut perayaan seperti orang
lain?
18. Bagaimanakah kehadiran di perjumpaan dapat membantu anda
untuk berpegang teguh pada penyembahan sejati?
Amalkan penyembahan sejati
dan nikmati kebahagiaan
yang berkekalan
188
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
122:1) Di perjumpaan sebegini, orang Kristian yang setia dapat saling memberi dorongan dan galakan.—Roma 1:12.
19 Satu lagi cara anda dapat berpegang teguh pada penyembahan sejati adalah dengan memberitahu orang lain
tentang apa yang telah anda pelajari melalui pembelajaran Bible anda dengan Saksi-Saksi Yehuwa. Banyak orang
benar-benar berasa “sedih dan susah” akibat kefasiqan
yang sedang berlaku di dunia. (Yehezkiel 9:4) Mungkin
anda kenal orang yang berasa sedemikian. Bolehkah anda
memberitahu mereka tentang harapan masa depan yang
telah anda pelajari daripada Bible? Seraya anda bergaul dengan umat Tuhan yang sejati dan memberitahu orang
lain tentang kebenaran yang menakjubkan di dalam Bible,
anda akan mendapati bahawa keinginan yang tersemat di
hati anda berkenaan adat-adat agama palsu akan hilang
secara beransur-ansur. Anda boleh yakin bahawa anda
akan berasa sangat gembira dan akan menerima banyak
berkat jika anda berpegang teguh pada penyembahan
sejati.—Maleakhi 3:10.
19. Mengapakah penting bagi anda untuk memberitahu orang lain
tentang hal-hal yang telah anda pelajari daripada Bible?
AJARAN BIBLE
ˇ Penggunaan patung berhala dan lambang serta pemujaan nenek moyang dilarang dalam
penyembahan sejati.—Keluaran 20:4, 5;
Ulangan 18:10-12.
ˇ Penyertaan dalam sambutan yang berasal daripada agama palsu adalah salah.—Efesus 5:10.
ˇ Semasa menjelaskan pendirian mereka kepada orang lain, orang Kristian sejati patut
menggunakan kata-kata sopan yang tidak
menyinggung perasaan.—Kolose 4:6.
BAB TUJUH BELAS
Menghampiri Tuhan
Melalui Doa
Mengapakah kita patut berdoa
kepada Tuhan?
Apakah yang mesti kita lakukan agar
didengari Tuhan?
Bagaimanakah Tuhan menjawab
doa kita?
JIKA dibandingkan dengan alam semesta yang terbentang luas, bumi kita sangat kecil. Sememangnya, bagi
Yehuwa “yang menjadikan langit dan bumi,” bangsabangsa boleh diibaratkan sebagai setitis air dalam timba. (Mazmur 115:15; Yesaya 40:15) Namun begitu, Bible
menyatakan, “Dia [Yehuwa] dekat dengan orang yang
berseru kepada-Nya, dan yang memohon kepada-Nya
dengan tulus hati. Dia membekalkan keperluan semua
orang yang menghormati-Nya; Dia mendengar seruan
mereka.” (Mazmur 145:18, 19, ABB) Bayangkanlah hal
ini! Pencipta kita yang maha kuasa dekat kepada kita,
dan Dia akan mendengar doa kita jika kita “memohon
kepada-Nya dengan tulus hati.” Ya, kita diberi peluang
untuk menghampiri Tuhan melalui doa. Alangkah besarnya penghormatan ini!
2 Walau bagaimanapun, jika kita mahu Yehuwa mendengar doa-doa kita, kita mesti berdoa dalam cara
1, 2. Mengapakah kita harus memandang doa sebagai satu penghormatan yang besar, dan mengapakah kita perlu mengetahui apa yang
diajarkan di dalam Bible mengenai doa?
190
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
yang disenangi-Nya. Kita dapat berbuat demikian hanya jika kita memahami apa yang diajarkan di dalam
Bible mengenai doa. Maka, adalah penting untuk kita
mengetahui apa yang dikatakan dalam Bible berkenaan
doa kerana doa membantu kita untuk menghampiri Yehuwa.
BERDOA KEPADA YEHUWA—MENGAPA?
Mengapakah kita patut berdoa kepada Yehuwa? Satu
sebab yang penting adalah kerana Dia mengundang kita
untuk berbuat demikian. Firman-Nya menggalakkan
kita, ‘Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal,
berdoalah dan mintalah kepada Tuhan apa yang kamu
perlukan. Apabila berdoa kepada Tuhan, hendaklah
kamu selalu mengucap syukur. Kesejahteraan daripada Tuhan yang tidak mungkin difahami oleh manusia,
akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.’ (Filipi 4:6, 7, ABB) Sudah tentu kita tidak ingin menunjukkan sikap endah tak
endah terhadap aturan ini yang telah disediakan oleh
Pemerintah Agung alam semesta kita!
4 Satu lagi sebab kita berdoa adalah kerana doa yang
diucapkan kepada Yehuwa setiap hari dapat mengeratkan hubungan kita dengan-Nya. Sahabat sejati tidak
berkomunikasi hanya jika mereka memerlukan sesuatu. Sebaliknya, mereka mengambil berat akan satu sama
lain dan ikatan persahabatan mereka menjadi semakin
kuat seraya pendapat, kekhuatiran, serta perasaan mereka diluahkan secara bebas. Hubungan kita dengan Tuhan Yehuwa juga hampir sama. Dengan bantuan buku
ini, anda sudah banyak mempelajari apa yang diajarkan
3
3. Berikan satu sebab penting yang menunjukkan mengapa kita patut
berdoa kepada Yehuwa.
4. Bagaimanakah doa yang diucapkan kepada Yehuwa setiap hari dapat mengeratkan hubungan kita dengan-Nya?
191
Pencipta “langit dan
bumi” mendengar
doa-doa kita dengan
rela hati
di dalam Bible mengenai Yehuwa, keperibadian-Nya,
dan tujuan-Nya. Anda mengenali-Nya sebagai individu
yang benar-benar wujud. Doa memberi anda peluang
untuk meluahkan fikiran dan perasaan yang tersemat
di hati kepada Bapa anda di syurga. Seraya anda berbuat demikian, anda akan menghampiri Yehuwa.—Yakobus 4:8.
APAKAH SYARAT YANG MESTI KITA PENUHI?
Adakah Yehuwa mendengar semua doa? Mari kita
lihat apa yang dikatakan oleh-Nya kepada pemberontakpemberontak Israel yang tinggal sezaman dengan penubuat Yesaya. Dia berkata, “Walaupun berapa banyak kali
kamu berdoa, Aku tidak akan mendengarnya, kerana tangan kamu telah banyak kali melakukan pembunuhan.”
(Yesaya 1:15) Maka, sesetengah perbuatan akan menyebabkan Tuhan tidak mendengar doa kita. Jika kita mahu
doa kita didengari Tuhan, kita mesti memenuhi syaratsyarat asas yang ditetapkan oleh-Nya.
5
5. Apakah yang menunjukkan bahawa Yehuwa tidak mendengar semua doa?
192
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Satu syarat utama yang mesti dipenuhi ialah kita
mesti menaruh kepercayaan kepada Tuhan. (Markus
11:24) Hawari Paulus menulis, ‘Tanpa kepercayaan, tidak seorang pun dapat menyenangkan hati Tuhan.
Orang yang datang kepada Tuhan mesti percaya bahawa
Tuhan wujud, dan bahawa Tuhan menganugerahi orang
yang mencari-Nya.’ (Ibrani 11:6, ABB) Sekadar mengetahui bahawa Tuhan wujud dan bahawa Dia mendengar
serta menjawab doa kita tidak bererti bahawa kita mempunyai kepercayaan yang benar. Kepercayaan kita dibuktikan melalui perbuatan kita. Kita mesti menunjukkan
dengan jelas bahawa kita mempunyai kepercayaan melalui cara kita menjalani kehidupan seharian.—Yakobus
2:26.
7 Yehuwa juga menghendaki orang berdoa kepadaNya dengan rendah hati dan tulus ikhlas. Tidakkah anda
bersetuju bahawa kita mempunyai banyak alasan untuk
merendahkan diri semasa menghadap Yehuwa dalam
doa? Apabila seseorang diberi peluang untuk bercakap
dengan raja atau perdana menteri, dia akan berbuat
demikian dengan penuh hormat. Hal ini menunjukkan bahawa dia mengakui kedudukan mereka. Dalam
cara yang sama, bukankah kita perlu memperlihatkan hormat yang lebih mendalam semasa berdoa kepada Yehuwa kerana Dia ialah ‘Tuhan Yang Maha Kuasa’?
(Kejadian 17:1; Mazmur 138:6) Cara kita menyampaikan
doa kepada Tuhan harus memperlihatkan bahawa kita
dengan rendah hati mengakui kedudukan-Nya sebagai
Tuhan Yang Maha Kuasa. Sikap sedemikian akan menggerakkan kita untuk berdoa dengan tulus hati. Maka,
6
6. Apakah syarat utama yang perlu dipenuhi agar doa kita didengari
Tuhan, dan bagaimanakah kita dapat memenuhi syarat itu?
7. (a) Mengapakah kita harus berdoa kepada Yehuwa dengan penuh
hormat? (b) Semasa berdoa kepada Tuhan, bagaimanakah kita dapat
menunjukkan kerendahan hati dan ketulusan hati?
Menghampiri Tuhan Melalui Doa
193
kita akan menghindari doa yang diulangi berkali-kali secara rutin.—Matius 6:7, 8.
8 Untuk doa kita didengari oleh Tuhan, terdapat satu
lagi syarat yang harus dipenuhi, iaitu kita harus bertindak selaras dengan apa yang telah didoakan. Yehuwa
menghendaki kita berusaha sedaya upaya selaras dengan apa yang didoakan. Sebagai contoh, jika kita berdoa, “Berilah kami makanan yang kami perlukan pada
hari ini,” kita mesti rajin melakukan apa-apa kerja yang
ada. (Matius 6:11, ABB; 2 Tesalonika 3:10) Jika kita berdoa memohon bantuan untuk mengatasi kelemahan
tertentu, kita mesti berhati-hati untuk menghindari keadaan dan situasi yang boleh menjerat atau menggoda
kita untuk berbuat salah. (Kolose 3:5) Selain daripada
syarat-syarat asas ini, kita perlu mengetahui jawapan kepada beberapa soalan tentang doa.
JAWAPAN KEPADA SESETENGAH SOALAN
TENTANG DOA
9 Kita harus berdoa kepada siapa? Yesus mengajar
pengikut-pengikutnya untuk berdoa kepada ‘Bapa kita
yang di syurga.’ (Matius 6:9) Maka, doa-doa kita mesti
diucapkan kepada Tuhan Yehuwa sahaja. Walau bagaimanapun, Yehuwa menghendaki kita mengakui kedudukan Anak Tunggal-Nya, iaitu Yesus Kristus. Seperti
yang telah kita pelajari di Bab 5, Yesus diutus ke
bumi untuk menjadi korban bagi menebus kita daripada cengkaman dosa dan kematian. (Yohanes 3:16; Roma
5:12) Dia ialah Penghentar Agung dan Hakim yang telah dilantik Tuhan. (Yohanes 5:22; Ibrani 6:20) Oleh itu,
Bible mengarahkan kita untuk berdoa melalui Yesus.
Dia sendiri berkata, ‘Akulah jalan dan kebenaran dan
8. Bagaimanakah kita dapat bertindak selaras dengan apa yang didoakan?
9. Kita harus berdoa kepada siapa, dan melalui siapa?
194
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui aku.’ (Yohanes 14:6, ABB, nota kaki) Agar
doa-doa kita didengari Tuhan, kita mesti berdoa kepada
Yehuwa sahaja dan melalui Anak-Nya.
10 Wajibkah kita berdoa dengan postur atau kedudukan tertentu? Tidak. Yehuwa tidak mengenakan sebarang syarat mengenai kedudukan tangan atau postur
badan. Bible mengajarkan bahawa kita boleh berdoa
dengan pelbagai postur badan. Contohnya, kita boleh duduk, membongkok, melutut, atau berdiri semasa berdoa. (1 Tawarikh 17:16; Nehemia 8:6; Daniel 6:11;
Markus 11:25) Apa yang benar-benar penting bukanlah
postur badan kita yang boleh dilihat oleh orang, tetapi
sikap dan kecenderungan hati yang betul. Malah, kita
boleh mengucapkan doa dalam hati kita di mana-mana
sahaja, contohnya semasa menjalankan aktiviti harian
atau apabila kita menghadapi bahaya dan kecemasan.
Yehuwa akan mendengar doa kita walaupun orang di
sekitar kita langsung tidak mengetahui bahawa kita sedang berdoa.—Nehemia 2:1-6.
11 Apakah yang boleh didoakan? Bible menjelaskan,
“Dia [Yehuwa] mengabulkan doa kita, jika kita memohon apa sahaja yang sesuai dengan kehendak-Nya.”
(1 Yohanes 5:14) Maka, kita boleh berdoa tentang apaapa sahaja yang selaras dengan kehendak Tuhan. Adakah kehendak Tuhan merangkumi hal-hal peribadi yang
merunsingkan kita? Sudah tentu! Menyampaikan doa
kepada Yehuwa adalah seperti bercakap kepada seorang sahabat yang akrab. Kita boleh mencurahkan ‘segala kesusahan kita kepada-Nya.’ (Mazmur 62:9) Adalah
sesuai jika kita memohon daya aktif-Nya kerana daya
10. Mengapakah kita tidak perlu berdoa dengan kedudukan atau postur badan tertentu?
11. Apakah hal-hal peribadi yang sesuai didoakan?
Menghampiri Tuhan Melalui Doa
195
aktif Tuhan akan membantu kita untuk melakukan perkara yang betul. (Lukas 11:13) Kita juga boleh memohon
bimbingan untuk membuat keputusan dengan bijak
dan kekuatan untuk menangani kesusahan dengan berjaya. (Yakobus 1:5) Jika kita telah berdosa, kita harus
meminta ampun atas dasar korban tebusan Kristus. (Efesus 1:3, 7) Sudah tentu, kita tidak patut berdoa tentang
masalah-masalah peribadi sahaja. Kita patut berdoa untuk orang lain juga, contohnya ahli keluarga dan saudara saudari Kristian kita.—Kisah 12:5; Kolose 4:12.
12 Hal-hal yang berkaitan dengan Tuhan Yehuwa patut
diberi keutamaan dalam doa-doa kita. Sememangnya,
kita mempunyai banyak sebab untuk memberi pujian
dan kesyukuran atas segala kebaikan-Nya terhadap kita.
(1 Tawarikh 29:10-13) Doa contoh yang diberikan oleh
Yesus tercatat di Matius 6:9-13. Dalam doa itu, dia mengajar kita untuk berdoa agar nama Tuhan disucikan.
Seterusnya, dia berdoa agar pemerintahan atau Kerajaan Tuhan datang dan kehendak-Nya dilakukan di bumi
seperti di syurga. Hanya setelah Yesus menyentuh halhal penting yang berkaitan dengan Yehuwa, barulah dia
memberikan perhatian kepada hal-hal peribadi. Seperti
Yesus, jika kita mengutamakan Tuhan dalam doa kita,
kita menunjukkan bahawa kita tidak mengambil berat
akan kesejahteraan diri sendiri sahaja.
13 Doa yang disampaikan harus berapa panjang? Bible
tidak menetapkan batas masa untuk doa yang diucapkan secara peribadi atau secara umum. Doa yang diucapkan mungkin berupa doa singkat sebelum makan
atau doa panjang yang diucapkan secara peribadi untuk mencurahkan isi hati kepada Yehuwa. (1 Samuel 1:
12. Bagaimanakah hal-hal yang berkaitan dengan Tuhan boleh diberi
tumpuan utama dalam doa kita?
13. Berkenaan panjang doa, apakah yang dinyatakan dalam Bible?
196
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
12, 15) Walau bagaimanapun, Yesus mengutuk individuindividu yang menganggap diri alim kerana mereka mengucapkan doa yang panjang untuk menunjuk-nunjuk
di depan orang lain. (Lukas 20:46, 47) Doa-doa sebegini tidak mendapat perkenan Yehuwa. Apa yang penting
ialah doa kita diluahkan dari hati. Maka, panjang doa
yang mendapat perkenan Tuhan mungkin berbeza-beza,
bergantung pada keperluan dan keadaan.
14 Berapa kerapkah kita patut berdoa? Bible menggalakkan kita untuk “berdoalah sentiasa.” (Roma 12:12;
1 Tesalonika 5:17) Sudah tentu, hal ini tidak bermaksud
bahawa kita mesti berdoa kepada Yehuwa sehari suntuk.
Sebaliknya, Bible sedang menggalakkan kita untuk berdoa secara tetap. Kita patut berdoa kepada Yehuwa untuk bimbingan, kelegaan hati, dan kekuatan. Kita juga
patut mengucapkan syukur atas segala kebaikan-Nya. Tidakkah anda berasa lega hati kerana Yehuwa tidak mengehadkan kekerapan atau panjang doa-doa kita? Jika
kita benar-benar menganggap doa sebagai suatu penghormatan, kita akan mencari kesempatan untuk berdoa
kepada Bapa kita di syurga.
15 Mengapakah kita patut mengucapkan “Amin” pada
penghujung setiap doa? Perkataan “amin” bererti “pasti,” atau “semoga begitulah.” Contoh-contoh di dalam
Bible menunjukkan bahawa kita patut mengucapkan
“Amin” pada akhir doa peribadi atau doa umum. (1 Tawarikh 16:36; Mazmur 41:14) Dengan mengucapkan
“Amin” pada akhir doa sendiri, kita menunjukkan bahawa apa yang diluahkan adalah benar-benar tulus. Apabila kita mengucapkan “Amin” pada akhir doa yang
14. Seperti yang dinyatakan di dalam Bible, apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan “berdoalah sentiasa,” dan mengapakah hal ini
melegakan hati kita?
15. Mengapakah kita patut mengucapkan “Amin” pada akhir doa peribadi atau doa yang diucapkan di khalayak ramai?
Menghampiri Tuhan Melalui Doa
197
diucapkan di khalayak umum, kita menunjukkan bahawa kita bersetuju dengan apa yang telah didoakan. Ucapan “Amin” boleh diluahkan secara kuat atau di dalam
hati.—1 Korintus 14:16.
BAGAIMANA TUHAN MENJAWAB
DOA KITA
16 Adakah Yehuwa benar-benar menjawab doa kita?
16. Berhubung doa, kita boleh berasa yakin tentang apa?
Doa anda boleh didengari
Tuhan pada bila-bila masa
198
Yehuwa boleh menjawab
doa kita dengan
menggerakkan hati
seorang Kristian untuk
membantu kita
Sudah tentu! Kita
mempunyai asas yang
kukuh untuk berasa
yakin bahawa Yehuwa
“mengabulkan doa”
ikhlas yang diucapkan oleh berjuta-juta orang. (Mazmur 65:3) Yehuwa
menggunakan pelbagai cara untuk menjawab doa-doa
kita.
17 Yehuwa menggunakan malaikat-malaikat-Nya dan
hamba-hamba-Nya di bumi untuk menjawab doa kita.
(Ibrani 1:13, 14) Terdapat banyak pengalaman tentang individu yang berdoa kepada Tuhan untuk memohon bantuan bagi memahami Bible, dan tidak lama
kemudian mereka dihubungi oleh salah seorang hamba
Yehuwa. Pengalaman sedemikian membuktikan bahawa
Tuhan menggunakan para malaikat dalam kerja penyebaran Kerajaan Tuhan. (Penyingkapan 14:6) Untuk menjawab doa yang disampaikan semasa kita benar-benar
memerlukan bantuan, Yehuwa boleh menggerakkan
hati seorang saudara atau saudari Kristian untuk membantu kita.—Amsal 12:25; Yakobus 2:16.
17. Mengapakah kita boleh mengatakan bahawa Tuhan menggunakan malaikat-malaikat-Nya dan hamba-hamba-Nya untuk menjawab
doa kita?
199
Tuhan Yehuwa juga menggunakan daya aktif dan Firman-Nya, iaitu
Bible, untuk menjawab doa hambahamba-Nya. Jika kita berdoa untuk
meminta bantuan bagi menghadapi
cubaan, Tuhan mungkin menjawab
doa kita dengan memberi kita bimbingan dan kekuatan melalui daya aktif-Nya. (2 Korintus 4:7) Sering kali,
jawapan kepada doa kita boleh didapati di dalam Bible. Yehuwa menggunakan Bible untuk memberi kita
bimbingan supaya membuat keputusan yang bijak. Ayat-ayat yang dapat
membantu kita boleh dijumpai semasa kita mengadakan pembelajaran Bible peribadi dan semasa membaca bahan bacaan Kristian, seperti buku ini.
Nasihat daripada Bible yang perlu kita renungi mungkin
diperoleh semasa menghadiri perjumpaan, atau semasa mendengar kata-kata seorang penatua yang prihatin.
—Galatia 6:1.
19 Jika doa-doa kita nampaknya lambat dijawab oleh
Yehuwa, hal ini bukanlah kerana Dia tidak terdaya
untuk menjawab doa-doa kita. Sebaliknya, kita mesti
ingat bahawa Yehuwa menjawab doa-doa kita mengikut
kehendak-Nya dan pada masa yang sesuai seperti yang
telah ditentukan oleh-Nya. Dia mengetahui keperluan
kita serta cara untuk memenuhi keperluan itu dalam
cara yang jauh lebih baik daripada kita sendiri. Sering kali, Dia mengizinkan kita untuk terus ‘meminta,
18
18. Bagaimanakah Yehuwa menggunakan daya aktif-Nya dan FirmanNya untuk menjawab doa hamba-hamba-Nya?
19. Apakah yang harus kita ingat jika doa-doa kita nampaknya tidak
dijawab oleh Tuhan?
200
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
mencari, dan mengetuk.’ (Lukas 11:5-10) Ketabahan
sedemikian menunjukkan bahawa hasrat kita adalah
kuat dan kepercayaan kita adalah tulus. Tambahan lagi,
kita tidak dapat menduga cara Yehuwa menjawab doa
kita. Sebagai contoh, selepas kita berdoa tentang cubaan tertentu, Dia mungkin tidak menyingkirkan cubaan
kita tetapi memberikan kekuatan yang diperlukan supaya kita dapat bertahan.—Filipi 4:13.
20 Alangkah syukurnya kita kerana Pencipta alam
semesta ini dekat kepada semua orang yang berdoa
kepada-Nya mengikut cara yang betul! (Mazmur 145:18)
Kita patut berdoa kepada Yehuwa secara tetap kerana peluang untuk berdoa kepada-Nya merupakan penghormatan yang istimewa. Jika kita terus berbuat demikian,
kita akan bersukacita kerana dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan Yehuwa, Pendengar doa kita.
20. Mengapakah kita patut berdoa kepada Yehuwa secara tetap?
AJARAN BIBLE
ˇ Doa yang diucapkan kepada Yehuwa secara
tetap membantu kita untuk menghampiriNya.—Yakobus 4:8.
ˇ Agar doa-doa kita didengari Tuhan, kita mesti berdoa dengan rendah hati, tulus ikhlas, dan
penuh kepercayaan.—Markus 11:24.
ˇ Kita mesti berdoa kepada Yehuwa sahaja
dan melalui Anak-Nya.—Matius 6:9;
Yohanes 14:6.
ˇ Yehuwa “mengabulkan doa” kita. Dia menggunakan malaikat-Nya, hamba-Nya di bumi,
daya aktif-Nya, dan Firman-Nya untuk menjawab doa kita.—Mazmur 65:3.
BAB L APAN BELAS
Pembaptisan serta Hubungan
Anda dengan Tuhan
Bagaimanakah pembaptisan Kristian dilakukan?
Apakah langkah-langkah yang perlu anda ambil
untuk melayakkan diri bagi pembaptisan?
Bagaimanakah seseorang membaktikan diri
kepada Tuhan?
Apakah sebab utama seseorang mahu dibaptiskan?
“L IHATLAH, di sini ada air. Adakah sebab yang menghalang
saya dibaptis?” Soalan ini ditanya pada abad pertama oleh seorang pegawai tinggi dari Etiopia. Seorang saudara Kristian
yang bernama Filipus membuktikan kepadanya bahawa Yesus ialah Mesias yang telah dijanjikan. Hati lelaki Etiopia ini
menggerakkannya untuk bertindak selaras dengan apa yang
telah dipelajari daripada Alkitab. Dia menunjukkan bahawa
dia berhasrat untuk dibaptiskan!—Kisah 8:26-36.
2 Jika anda telah tekun mempelajari bab-bab sebelum ini
dengan salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa, anda kini mungkin bertanya, “Apakah yang menghalang saya daripada dibaptiskan?” Anda sudah belajar tentang janji daripada Bible
mengenai kehidupan kekal di Firdaus. (Lukas 23:43; Penyingkapan 21:3, 4) Anda juga telah belajar tentang keadaan sebenar orang yang telah mati serta harapan pembangkitan.
(Pengkhutbah 9:5; Yohanes 5:28, 29) Kemungkinan besar
1. Mengapakah seorang pegawai tinggi dari Etiopia meminta untuk dibaptiskan?
2. Mengapakah anda harus berfikir tentang pembaptisan secara mendalam?
202
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
anda sedang bergaul dengan Saksi-Saksi Yehuwa di perjumpaan mereka dan anda boleh melihat sendiri bagaimana mereka mengamalkan ajaran agama yang benar. (Yohanes
13:35) Yang penting sekali, anda mungkin telah mula menjalin hubungan peribadi dengan Tuhan Yehuwa.
3 Bagaimanakah anda dapat menunjukkan bahawa anda
mahu berkhidmat kepada Tuhan? Yesus memberitahu
pengikut-pengikutnya, ‘Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikutku. Baptislah
mereka.’ (Matius 28:19) Yesus sendiri dibaptiskan di dalam air dan telah menyediakan teladan yang baik bagi kita.
Pembaptisannya tidak dilakukan dengan memercik air atau
mencurahkan air ke atas kepalanya. (Matius 3:16) Perkataan “membaptis” berasal daripada istilah Yunani yang bererti
“mencelup.” Maka, semasa seorang Kristian dibaptis, seluruh
badannya dicelup atau dibenamkan ke dalam air.
4 Pembaptisan dalam air merupakan satu syarat yang mesti dipenuhi oleh mereka yang ingin menjalinkan hubungan
3. (a) Apakah perintah yang diberikan oleh Yesus kepada para pengikutnya? (b) Bagaimanakah seseorang
dibaptis?
4. Pembaptisan dalam air menunjukkan apa?
Pembaptisan serta Hubungan Anda dengan Tuhan
203
dengan Tuhan Yehuwa. Pembaptisan menunjukkan kepada
semua orang secara umum bahawa anda mempunyai
hasrat untuk berkhidmat kepada Tuhan. Pembaptisan menunjukkan bahawa anda berasa gembira untuk melakukan kehendak Yehuwa. (Mazmur 40:8, 9) Namun demikian,
langkah-langkah tertentu mesti diambil jika anda ingin melayakkan diri untuk pembaptisan.
PENGETAHUAN DAN KEPERCAYAAN DIPERLUKAN
5 Anda sudah pun mengambil langkah pertama. Bagaimana? Mungkin melalui pembelajaran Bible yang teratur, anda
sudah mula menimba pengetahuan tentang Tuhan Yehuwa
dan Yesus Kristus. (Yohanes 17:3) Tetapi, terdapat banyak lagi
pengetahuan yang perlu anda pelajari. Orang Kristian ingin
agar pengetahuan mereka tentang Tuhan bertambah. (Kolose 1:9, 10) Kehadiran anda di perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa
dapat banyak membantu anda. Adalah penting untuk menghadiri perjumpaan sebegini. (Ibrani 10:24, 25) Jika anda sentiasa menghadiri perjumpaan yang diadakan, pengetahuan
anda tentang Tuhan akan terus bertambah.
6 Anda tidak perlu mengetahui segala sesuatu yang terkandung di dalam Bible untuk melayakkan diri bagi pembaptisan. Pegawai tinggi dari negeri Etiopia mempunyai sedikit
pengetahuan, tetapi dia masih memerlukan bantuan untuk
memahami bahagian tertentu di dalam Alkitab. (Kisah 8:
30, 31) Dalam cara yang sama, anda masih perlu menimba
banyak pengetahuan. Sebenarnya, pembelajaran tentang Tuhan tidak berkesudahan. (Pengkhutbah 3:11) Namun begitu,
sebelum anda boleh dibaptiskan, anda perlu mengetahui dan
menerima ajaran asas yang terdapat di dalam Bible. (Ibrani 5:
12) Sebagai contoh, anda perlu mengetahui dan menerima
5. (a) Apakah langkah pertama yang harus diambil untuk melayakkan diri bagi pembaptisan? (b) Mengapakah perjumpaan-perjumpaan
Kristian penting?
6. Berapa banyakkah pengetahuan daripada Bible yang mesti anda
tahu untuk melayakkan diri bagi pembaptisan?
204
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
kebenaran tentang keadaan orang yang telah mati serta kepentingan nama Tuhan dan Kerajaan-Nya.
7 Tetapi, sekadar memiliki pengetahuan sahaja tidak memadai kerana ‘tanpa kepercayaan, tidak seorang pun dapat
menyenangkan hati Tuhan.’ (Ibrani 11:6) Bible memberitahu kita bahawa apabila sesetengah orang di kota Korintus
kuno mendengar berita yang disebarkan oleh pengikut Yesus, mereka mula “percaya kepada Yesus lalu dibaptis.” (Kisah
18:8) Dalam cara yang sama, pembelajaran Bible patut membantu anda untuk menaruh kepercayaan dalam Bible sebagai
Firman Tuhan yang terilham. Pembelajaran Bible juga patut
membantu anda untuk menaruh kepercayaan dalam janjijanji Tuhan dan dalam korban Yesus yang boleh menyelamatkan anda.—Yosua 23:14; Kisah 4:12; 2 Timotius 3:16, 17.
BERKONGSI KEBENARAN BIBLE
DENGAN ORANG LAIN
8 Jika kepercayaan memekar di hati anda, tentu susah bagi
anda untuk menahan diri daripada memberitahu orang lain
tentang apa yang telah anda pelajari. (Yeremia 20:9) Anda
akan didorong untuk memberitahu orang lain tentang Tuhan dan tujuan-Nya.—2 Korintus 4:13.
9 Mula-mula, anda boleh berkongsi kebenaran dalam Bible
dengan saudara-mara, kawan-kawan, jiran, serta rakan sekerja anda dalam cara yang sopan. Lama-kelamaan, anda akan
berhasrat untuk menyertai kerja penyebaran yang diaturkan
oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Pada masa itu, bincangkanlah hal
ini dengan Saksi yang mengajar Bible kepada anda. Jika anda
berasa bahawa anda memenuhi syarat untuk menyertai kerja
penyebaran, aturan akan dibuat supaya dua orang penatua di
sidang bertemu dengan anda dan guru Bible anda.
7. Bagaimanakah pembelajaran Bible patut mempengaruhi anda?
8. Apakah yang akan menggerakkan anda untuk berkongsi apa yang
telah anda pelajari dengan orang lain?
9, 10. (a) Anda boleh mula berkongsi kebenaran Bible dengan siapa?
(b) Apakah yang patut anda lakukan jika anda mahu menyertai kerja
penyebaran yang diaturkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa?
Pembaptisan serta Hubungan Anda dengan Tuhan
205
Hal ini akan membolehkan anda untuk mengenali
penatua-penatua Kristian yang menggembala kawanan biribiri Tuhan. (Kisah 20:28; 1 Petrus 5:2, 3) Jika penatuapenatua nampak bahawa anda memahami dan mempercayai
ajaran Bible yang asas, sedang hidup berpandukan prinsipprinsip Tuhan, dan benar-benar mahu menjadi salah seorang
Saksi-Saksi Yehuwa, mereka akan memberitahu anda bahawa
anda layak untuk menyertai kerja penyebaran berita baik sebagai seorang penyiar yang belum dibaptis.
11 Sebaliknya, anda mungkin perlu membuat perubahan
dalam tabiat serta gaya hidup anda supaya layak menyertai
kerja penyebaran dari rumah ke rumah. Mungkin anda perlu
berhenti melakukan sesetengah tabiat yang dirahsiakan daripada orang lain. Maka, sebelum anda bertanya kepada para
penatua sama ada anda layak menjadi penyiar yang belum
dibaptis, anda haruslah bebas daripada dosa-dosa yang besar, seperti perbuatan seksual yang tidak bermoral, pemabukan, dan penyalahgunaan dadah.—1 Korintus 6:9, 10; Galatia
5:19-21.
10
BERTAUBAT DAN MENUKAR HALUAN HIDUP
Beberapa langkah yang lain perlu diambil sebelum anda
layak dibaptiskan. Hawari Petrus berkata, ‘Bertaubatlah daripada dosa dan kembalilah kepada Tuhan, supaya Dia menghapus dosa saudara-saudara.’ (Kisah 3:19, ABB) Bertaubat
bermaksud seseorang benar-benar menyesali sesuatu yang
telah dilakukannya. Seseorang yang telah menjalani kehidupan yang tidak bermoral memang patut bertaubat. Tetapi seseorang yang menjalani kehidupan yang agak bersih
dari segi moral juga harus bertaubat. Mengapa? Kerana semua manusia merupakan pendosa dan memerlukan pengampunan Tuhan. (Roma 3:23; 5:12) Sebelum mempelajari
12
11. Apakah perubahan yang perlu dilakukan oleh sesetengah orang sebelum mereka layak untuk menyertai kerja penyebaran dari rumah ke
rumah?
12. Mengapakah semua orang harus bertaubat?
206
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Bible, anda tidak mengetahui kehendak Tuhan. Maka, tidak
mungkin anda dapat hidup selaras dengan kehendak-Nya secara sepenuhnya. Oleh itu, semua orang harus bertaubat.
13 Selepas seseorang telah bertaubat, dia mesti ‘kembali kepada Tuhan’ atau menukar haluan hidupnya. Sekadar berasa
sesal tidak mencukupi. Anda perlu meninggalkan cara hidup yang lama dan bertekad untuk melakukan apa yang baik
mulai sekarang. Maka, bertaubat dan menukar haluan hidup
merupakan dua langkah penting yang mesti diambil sebelum pembaptisan.
PEMBAKTIAN PERIBADI
Terdapat satu lagi langkah penting yang perlu diambil
oleh anda sebelum pembaptisan. Anda mesti membaktikan
diri kepada Tuhan Yehuwa.
15 Apabila anda membaktikan diri kepada Tuhan Yehuwa
melalui doa yang tulus ikhlas, anda berjanji untuk berkhidmat kepada-Nya sahaja, untuk selama-lamanya. (Ulangan 6:
15) Tetapi, mengapakah seseorang mahu menjadi hamba Tuhan? Bayangkan bahawa seorang lelaki telah jatuh cinta dengan seorang gadis. Semakin dia mengenali gadis itu dan
mengetahui sifat-sifat baiknya, semakin dia tertarik kepadanya. Beberapa lama kemudian, dia melamar gadis itu. Walaupun dia perlu memikul lebih banyak tanggungjawab selepas
berkahwin, kasih akan menggerakkan hatinya untuk mengambil langkah yang penting itu.
16 Apabila anda mengenali dan mengasihi Yehuwa, anda
didorong untuk berkhidmat kepada-Nya tanpa sebarang syarat. Maka, anda akan rela berkhidmat kepada-Nya dengan sepenuh hati. Sesiapa yang mahu mengikut jejak Anak Tuhan,
iaitu Yesus Kristus “mesti melupakan kepentingan sendiri,”
14
13. Apakah yang dimaksudkan dengan “menukar haluan hidup”?
14. Apakah langkah penting yang mesti diambil oleh anda sebelum
pembaptisan?
15, 16. Apakah yang dimaksudkan dengan pembaktian kepada Tuhan,
dan apakah yang menggerakkan seseorang untuk melakukan hal ini?
Pembaptisan serta Hubungan Anda dengan Tuhan
207
atau menyangkal diri. (Markus 8:34) Kita menyangkal diri
dengan memastikan bahawa keinginan dan matlamat peribadi kita tidak menghalang kita daripada mematuhi Tuhan
dengan sepenuhnya. Sebelum anda boleh dibaptiskan, anda
harus mengutamakan kehendak Tuhan Yehuwa dalam kehidupan anda.—1 Petrus 4:2.
MENGATASI RASA TAKUT AKAN KEGAGALAN
Sesetengah orang teragak-agak untuk membaktikan diri
kepada Yehuwa kerana mereka takut mengambil langkah
yang begitu serius. Mereka takut bahawa jika mereka menjadi seorang Kristian yang telah membaktikan diri, mereka perlu bertanggungjawab kepada Tuhan. Mereka mungkin takut
bahawa mereka akan gagal lalu mengecewakan hati Yehuwa.
Maka, mereka berfikir bahawa adalah baik jika mereka tidak
membaktikan diri kepada-Nya.
18 Seraya anda belajar untuk mengasihi Yehuwa, hati anda
akan tergerak untuk membaktikan diri kepada-Nya dan anda akan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan janji
anda. (Pengkhutbah 5:3) Selepas pembaktian anda, anda tentu mahu “hidup menurut kehendak Tuhan, dan sentiasa melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya.” (Kolose 1:10)
Disebabkan oleh kasih anda untuk Tuhan, anda tidak akan
berasa bahawa kehendak Tuhan terlalu sukar untuk dilaksanakan. Anda tentu bersetuju dengan hawari Yohanes yang
menulis, ‘Apabila kita mentaati perintah Tuhan, maka kita
mengasihi Tuhan. Perintah-Nya pun tidak terlalu susah bagi
kita.’—1 Yohanes 5:3, ABB.
19 Anda tidak perlu sempurna untuk membaktikan diri
kepada Tuhan. Yehuwa mengetahui batas kemampuan anda
17
17. Mengapakah sesetengah orang teragak-agak untuk membaktikan
diri kepada Tuhan?
18. Apakah yang dapat menggerakkan hati anda untuk membaktikan
diri kepada Yehuwa?
19. Mengapakah anda tidak perlu berasa takut untuk membaktikan
diri kepada Tuhan?
Penimbaan ilmu pengetahuan
yang tepat tentang Firman Tuhan
merupakan langkah penting yang
diambil untuk melayakkan diri
bagi pembaptisan
Kepercayaan kepada Tuhan
patut mendorong anda
untuk berkongsi apa yang telah
anda pelajari dengan orang lain
dan tidak sekali-kali mengharapkan lebih daripada apa
yang dapat anda lakukan.
(Mazmur 103:14) Dia ingin
melihat anda berjaya dan akan menyokong serta membantu anda. (Yesaya 41:10) Anda boleh berasa pasti bahawa jika
anda menaruh kepercayaan pada Yehuwa dengan sepenuh
hati, “Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepada
[anda].”—Amsal 3:5, 6.
LAMBANGKAN PEMBAKTIAN ANDA
DENGAN PEMBAPTISAN
20 Selepas apa yang baru dibincangkan, mungkin anda ter20. Mengapakah pembaktian kepada Yehuwa tidak patut kekal sebagai
sesuatu yang peribadi?
Pembaptisan serta Hubungan Anda dengan Tuhan
209
gerak untuk membaktikan diri kepada Yehuwa. Hal ini dilakukan melalui doa peribadi kepada-Nya. Tetapi, semua orang
yang benar-benar mengasihi Tuhan juga mesti “mengakui
Yesus di hadapan orang” untuk diselamatkan. Dalam kata
lain, kita mesti membuat pernyataan di hadapan umum.
(Roma 10:10) Bagaimanakah anda dapat melakukan hal ini?
21 Apabila anda berhasrat untuk dibaptis, maklumkan
koordinator badan penatua sidang anda. Dia akan
21, 22. Bagaimanakah anda dapat membuat pernyataan di hadapan
umum berkenaan kepercayaan anda?
Sudahkah anda
membaktikan diri
kepada Tuhan melalui
doa peribadi?
Pembaptisan
bermaksud bahawa cara
hidup anda yang lama
sudah “mati” dan anda
“hidup” kembali untuk
melakukan kehendak
Tuhan
210
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
mengaturkan supaya beberapa orang penatua membincangkan soalan-soalan mengenai ajaran asas Bible. Jika penatuapenatua menentukan bahawa anda layak dibaptis, mereka
akan memberitahu anda bahawa anda boleh dibaptiskan pada perhimpunan atau konvensyen yang berikutnya.1
Pada masa itu, biasanya sebuah ceramah yang mengulas erti pembaptisan akan diberikan. Pada penghujung
ceramah pembaptisan, penceramah akan menjemput caloncalon pembaptisan untuk menjawab dua soalan yang ringkas. Ini adalah satu cara mereka membuat pernyataan di
hadapan umum berkenaan kepercayaan mereka.
22 Langkah pembaptisan menunjukkan kepada umum
bahawa anda telah membaktikan diri kepada Tuhan dan sekarang merupakan salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Caloncalon pembaptisan dibenamkan sepenuhnya ke dalam air
untuk menunjukkan kepada semua orang bahawa mereka telah membaktikan diri kepada Yehuwa.
MAKSUD PEMBAPTISAN ANDA
Yesus menyatakan bahawa murid-muridnya akan dibaptis “atas nama Bapa dan Anak dan daya aktif Tuhan.”
(Matius 28:19, NW) Hal ini bermaksud bahawa calon pembaptisan mengakui hak dan kekuasaan Tuhan Yehuwa dan
Yesus Kristus. (Mazmur 83:19; Matius 28:18) Dia juga mengakui peranan yang dimainkan oleh daya aktif Tuhan.—Galatia
5:22, 23; 2 Petrus 1:21.
24 Walau bagaimanapun, pembaptisan bukan sekadar merendamkan diri ke dalam air. Pembaptisan melambang sesuatu yang sangat mustahak. Semasa anda dibenamkan di
23
1 Pembaptisan lazimnya diadakan semasa perhimpunan dan konvensyen tahunan Saksi-Saksi Yehuwa.
23. Apakah maksudnya dibaptis “atas nama Bapa dan Anak dan daya
aktif Tuhan”?
24, 25. (a) Pembaptisan melambangkan apa? (b) Apakah persoalan
yang perlu dijawab?
Pembaptisan serta Hubungan Anda dengan Tuhan
211
dalam air, anda menunjukkan bahawa cara hidup anda yang
lama sudah “mati.” Semasa anda dikeluarkan dari air, anda
menunjukkan bahawa anda kini “hidup” untuk melakukan
kehendak Tuhan. Sentiasa ingatlah bahawa anda telah membaktikan diri kepada Tuhan Yehuwa dan bukannya kepada
mana-mana kerja, manusia, atau organisasi. Pembaktian
dan pembaptisan merupakan permulaan kepada persahabatan yang sangat intim dan rapat antara anda dengan Tuhan.
—Mazmur 25:14.
25 Pembaptisan tidak menjamin penyelamatan seseorang.
Yesus Kristus berkata, “Sesiapa yang bertahan sehingga akhir
akan diselamatkan.” (Matius 24:13, ABB) Pembaptisan hanyalah satu permulaan. Persoalannya, bagaimanakah anda
boleh terus hidup di bawah naungan kasih Tuhan? Bab terakhir dalam buku ini akan menjawab soalan ini.
AJARAN BIBLE
ˇ Pembaptisan seorang Kristian dilakukan
dengan membenamkan seluruh tubuhnya ke
dalam air dan bukannya dengan merenjis air
sahaja.—Matius 3:16.
ˇ Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum
pembaptisan ialah menimba pengetahuan,
memperlihatkan kepercayaan, bertaubat,
menukar haluan hidup, dan membaktikan diri
kepada Tuhan.—Yohanes 17:3; Kisah 3:19; 18:8.
ˇ Seperti pengikut Yesus yang telah menyangkal
diri untuk mengikutnya, anda juga mesti
menyangkal diri sebelum membaktikan diri
kepada Yehuwa.—Markus 8:34.
ˇ Pembaptisan melambangkan bahawa cara hidup
lama seseorang telah “mati” dan dia “hidup”
kembali untuk melakukan kehendak Tuhan.
—1 Petrus 4:2.
BAB SEMBILAN BELAS
Terus Hidup di Bawah Naungan
Kasih Tuhan
Apakah erti mengasihi Tuhan?
Bagaimanakah kita dapat terus hidup di bawah
naungan kasih Tuhan?
Bagaimanakah Yehuwa akan memberkati mereka
yang hidup di bawah naungan kasih-Nya?
Adakah
anda akan
menjadikan
Yehuwa tempat
naungan anda?
BAYANGKAN anda sedang berjalan. Tibatiba cuaca menjadi buruk. Awan hitam menyelubungi langit, kilat sabung-menyabung,
guruh berbunyi bertalu-talu. Tidak lama kemudian, hujan turun mencurah dari langit.
Anda mencepatkan langkah dengan harapan
untuk mencari teduh. Tiba-tiba, anda nampak sebuah pondok di tepi jalan. Pondok itu
teguh, kering, dan nampaknya selesa sekali. Anda tentu sangat bersyukur kerana dapat
berteduh di tempat yang selamat itu!
2 Kita sedang hidup pada zaman yang penuh dengan pergolakan. Keadaan di dunia
semakin buruk. Tetapi, kita mempunyai tempat naungan yang boleh melindungi kita
daripada bahaya berkekalan. Apakah tempat naungan yang dimaksudkan? Perhatikan
apa yang diajarkan dalam Bible, ‘Orang yang
tinggal di bawah naungan Yang Maha Kuasa,
1, 2. Hari ini, kita boleh mendapat tempat naungan di mana?
Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
213
dapat berkata kepada-Nya, “Engkaulah pembelaku dan pelindungku. Engkaulah Tuhanku; aku percaya kepada-Mu.” ’
—Mazmur 91:1, 2, ABB.
3 Bayangkan hal ini! Yehuwa, Pencipta dan Pemerintah
Alam Semesta Yang Berdaulat boleh menjadi tempat naungan kita. Dia boleh memastikan bahawa kita selamat
kerana Dia jauh lebih berkuasa daripada sesiapa atau apaapa yang mungkin memudaratkan kita. Bahkan, Yehuwa
boleh menghilangkan semua kesan buruk jika kita dicederakan. Bagaimanakah kita boleh menjadikan Yehuwa tempat
naungan kita? Kita perlu mempercayai-Nya. Tambahan lagi,
Firman Tuhan menggalakkan kita untuk terus ‘hidup di bawah naungan kasih Tuhan.’ (Yudas 21) Bagaimana? Dengan
memelihara hubungan erat dengan Bapa kita di syurga. Jika
kita berbuat demikian, kita boleh yakin bahawa Dia akan
menjadi penaung kita. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat menjalin hubungan sedemikian?
HARGAI DAN SAMBUTLAH KASIH TUHAN
Untuk terus hidup di bawah naungan kasih Tuhan, kita
perlu menghargai cara Yehuwa telah memperlihatkan kasih
kepada kita. Fikirkanlah tentang sesetengah ajaran Bible yang
telah anda pelajari dengan bantuan buku ini. Sebagai Pencipta kita, Yehuwa telah mengurniai kita dengan bumi sebagai
tempat kediaman yang indah. Dia telah memenuhi bumi dengan makanan dan air yang melimpah, sumber alam
semula jadi, binatang yang mempesonakan, dan pemandangan yang indah nian. Sebagai Pengarang Bible, Tuhan telah
menyingkapkan nama dan sifat-sifat-Nya. Tambahan lagi,
Firman-Nya menunjukkan bahawa Dia telah mengutus Anak
kesayangan-Nya ke bumi. Dia mengizinkan Yesus menderita
4
3. Bagaimanakah kita boleh menjadikan Yehuwa tempat naungan
kita?
4, 5. Apakah cara-cara yang digunakan oleh Yehuwa untuk memperlihatkan kasih-Nya kepada kita?
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
dan mati demi kita. (Yohanes 3:
16) Apakah erti pemberian
ini bagi kita? Kita memiliki
harapan masa depan yang menakjubkan!
5 Harapan masa depan kita
juga bergantung pada satu lagi
perkara yang telah dilakukan oleh Tuhan. Yehuwa telah
menubuhkan sebuah Kerajaan di syurga, iaitu Kerajaan Mesias. Tidak lama lagi, Kerajaan ini akan membanteras segala
penderitaan di bumi dan menjadikan bumi sebuah firdaus.
Bayangkanlah, kita berpeluang untuk hidup aman dan bahagia untuk selama-lamanya! (Mazmur 37:29) Sementara itu,
Tuhan telah memberi kita bimbingan mengenai cara yang
terbaik untuk menjalani kehidupan sekarang. Dia juga telah mengurniai kita peluang untuk berdoa kepada-Nya. Hal
ini bermaksud kita mempunyai sarana untuk berkomunikasi dengan-Nya secara bebas dan tanpa batas. Semua ini
hanyalah beberapa cara yang digunakan oleh Yehuwa untuk
memperlihatkan kasih-Nya kepada umat manusia dan kepada anda sebagai seorang individu.
6 Soalan penting yang harus anda fikirkan ialah: Bagaimanakah saya akan menyambut kasih Yehuwa? Kebanyakan
orang akan menjawab, “Saya perlu membalas kasih Yehuwa.”
Bagaimana pula dengan anda? Yesus mengatakan bahawa
perintah berikut merupakan perintah yang teragung: ‘Kasihilah Yehuwa Tuhanmu dengan sepenuh hatimu, dengan
segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu.’ (Matius 22:37,
ABB) Sudah tentu anda mempunyai banyak sebab untuk
mengasihi Tuhan Yehuwa. Namun, adakah sekadar memiliki
perasaan sebegini bermaksud bahawa anda mengasihi Yehuwa dengan sepenuh hati, segenap jiwa, dan seluruh akal?
6. Bagaimanakah anda boleh menyambut kasih yang telah diperlihatkan oleh Yehuwa kepada anda?
Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
215
Seperti yang telah digambarkan di dalam Bible, kasih
untuk Tuhan bukanlah sekadar perasaan di hati. Walaupun
penting, perasaan kasih kepada Yehuwa cuma satu permulaan dalam usaha anda untuk memupuk kasih yang sejati
untuk-Nya. Sebagai contoh, untuk menghasilkan sebuah pokok epal, biji buah epal diperlukan. Adakah anda akan berasa
puas hati jika anda ingin makan buah epal tetapi hanya diberi
biji benihnya? Sudah tentu tidak! Dalam cara yang sama, perasaan kasih untuk Tuhan Yehuwa hanyalah satu permulaan.
Bible mengajar kita, ‘Apabila kita mentaati perintah Tuhan,
maka kita mengasihi Tuhan. Perintah-Nya pun tidak terlalu
susah bagi kita.’ (1 Yohanes 5:3, ABB) Ya, kasih yang ikhlas
terhadap Tuhan mesti membuahkan hasil yang baik dan
mesti diperlihatkan melalui perbuatan.—Matius 7:16-20.
8 Kita memperlihatkan kasih kepada Tuhan semasa kita
7
7. Adakah cukup untuk memiliki perasaan kasih terhadap Tuhan? Jelaskan.
8, 9. Bagaimanakah kita dapat memperlihatkan kasih dan kesyukuran kepada Tuhan?
Sepertimana api memerlukan kayu api,
kasih anda untuk Yehuwa memerlukan
pengetahuan untuk terus membara
216
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
mengikut perintah-Nya dan mengamalkan prinsip-Nya dalam kehidupan. Hal ini tidaklah terlalu sukar untuk
dilakukan. Hukum-hukum Yehuwa tidak membebankan tetapi merupakan pedoman untuk membantu kita menjalani
kehidupan yang baik, bahagia, dan memuaskan. (Yesaya
48:17, 18) Jika kita hidup berpandukan bimbingan Yehuwa, kita menunjukkan bahawa kita benar-benar menghargai
segala sesuatu yang telah dilakukan oleh Bapa kita di syurga. Malangnya, hanya segelintir orang di dunia hari ini yang
memperlihatkan kesyukuran mereka kepada Tuhan. Semasa Yesus berada di bumi, terdapat beberapa orang yang tidak
berterima kasih. Yesus telah menyembuhkan sepuluh orang
yang dijangkiti penyakit kusta tetapi hanya seorang yang
kembali untuk mengucapkan terima kasih kepada Yesus. (Lukas 17:12-17) Tentu kita mahu menjadi seperti lelaki yang
bersyukur itu, dan bukan seperti sembilan lelaki yang lain
yang tidak menunjukkan rasa terima kasih.
9 Maka, apakah perintah Yehuwa yang perlu kita patuhi?
Kita telah membincangkan sebilangan daripada perintah Tuhan di dalam buku ini. Tetapi, mari kita mengkaji semula
beberapa perintah ini. Jika kita mengikut perintah-perintah
Tuhan, kita dapat terus hidup di bawah naungan kasih-Nya.
HAMPIRI YEHUWA
Jika kita ingin merapatkan hubungan kita dengan Yehuwa, kita mesti belajar tentang-Nya. Pembelajaran tentang
Tuhan merupakan proses yang tidak ada akhirnya. Bayangkan anda berada di luar rumah pada malam yang sangat
sejuk. Anda mungkin mendirikan unggun api untuk memanaskan badan. Tetapi adakah anda akan membiarkan
nyalaan api untuk menjadi kecil lalu padam? Tidak. Sebaliknya anda akan terus menyemarakkan api yang sedang
menyala dengan menambahkan kayu api. Jika tidak, nyawa
10
10. Jelaskan mengapa penting bagi kita untuk terus menimba ilmu
pengetahuan tentang Tuhan Yehuwa.
Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
217
anda mungkin terancam! Sepertimana kayu api menyemarakkan nyalaan api, ‘pengetahuan tentang Tuhan’ akan
membantu kita untuk terus mengukuhkan kasih untuk Yehuwa.—Amsal 2:1-5.
11 Yesus mahu kasih pengikut-pengikutnya terhadap Yehuwa dan Firman-Nya yang benar untuk terus membara dan
tidak menjadi dingin. Selepas pembangkitannya, Yesus mengajar dua orang muridnya tentang sesetengah nubuat di
dalam Kitab Ibrani berkenaan dirinya yang telah menjadi kenyataan. Apakah kesannya? Mereka kemudian berkata,
‘Tidakkah hati kita berasa seperti meluap, ketika dia berkatakata kepada kita di tengah jalan dan menerangkan isi Alkitab
kepada kita?’—Lukas 24:32, ABB.
12 Semasa anda mula-mula belajar tentang ajaran Bible yang sebenar, hati anda tentu telah membara dengan
sukacita, semangat berkobar-kobar, dan kasih untuk Tuhan.
Ramai orang mengalami pengalaman yang sama. Tetapi,
kini, cabarannya adalah untuk memastikan bahawa kasih
anda terus membara dan berkembang. Kita tidak mahu mengikut kebiasaan dunia hari ini. Yesus telah menubuatkan
bahawa kasih kebanyakan orang akan menjadi dingin. (Matius 24:12) Maka, bagaimanakah anda dapat memastikan
bahawa kasih anda untuk Yehuwa dan kebenaran Bible tidak
menjadi dingin?
13 Jangan berhenti menimba pengetahuan tentang Tuhan
Yehuwa dan Yesus Kristus. (Yohanes 17:3) Renungkan, atau
fikirkan secara mendalam tentang apa yang anda pelajari daripada Firman Tuhan. Tanyalah diri anda, “Apakah yang
boleh saya pelajari tentang Tuhan Yehuwa daripada ayat Bible ini? Apakah yang terdapat dalam ayat ini yang boleh
11. Apakah kesan ajaran Yesus ke atas para pengikutnya?
12, 13. (a) Dalam kalangan kebanyakan umat manusia hari ini,
apakah yang berlaku kepada kasih untuk Tuhan dan Bible? (b) Bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa kasih kita tidak menjadi
dingin?
218
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
mendorong saya untuk mengasihi-Nya dengan sepenuh
hati, minda, dan jiwa?” (Mazmur 77:13) Perenungan sedemikian akan membantu anda menyemarakkan kasih untuk
Yehuwa.
14 Satu lagi cara kita dapat memastikan bahawa kasih kita
untuk Yehuwa tetap panas membara adalah dengan mengucapkan doa secara tetap. (1 Tesalonika 5:17) Di Bab 17,
kita telah mempelajari bahawa doa ialah kurniaan yang
berharga daripada Tuhan. Sepertimana hubungan dua insan
bertambah erat semasa mereka berkomunikasi secara tetap
dan bebas, hubungan kita dengan Yehuwa akan bertambah erat dan intim jika kita berdoa kepada-Nya secara tetap.
Maka, adalah penting bagi kita untuk memastikan bahawa
kita tidak mengucapkan doa dengan mengulangi kata-kata
yang sama secara rutin. Kita tidak patut berdoa tanpa perasaan, bagaikan sebuah mesin. Kita perlu bercakap kepada
Yehuwa sepertimana seorang anak bercakap kepada bapanya yang dikasihi. Kita mahu meluahkan isi hati dengan
hormat, jujur, dan bebas. (Mazmur 62:9) Ya, pembelajaran
Bible peribadi dan doa yang diucapkan dari lubuk hati adalah sebahagian penting daripada penyembahan kita yang
dapat membantu kita untuk terus hidup di bawah naungan
kasih Tuhan.
PEROLEH SUKACITA DALAM PENYEMBAHAN ANDA
15 Pembelajaran Bible peribadi dan doa merupakan sebahagian daripada penyembahan kita yang boleh dijalankan
secara peribadi. Namun demikian, marilah kita bincangkan
satu aspek penyembahan kita yang perlu dijalankan secara
umum: memberitahu orang lain tentang kepercayaan kita.
Sudahkah anda berkongsi sesetengah kebenaran daripada Bi14. Bagaimanakah doa dapat membantu kita untuk memastikan kasih
kita untuk Yehuwa tetap panas membara?
15, 16. Mengapakah kerja penyebaran Kerajaan Tuhan wajar dianggap
sebagai suatu penghormatan dan harta yang sangat berharga?
Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
219
ble dengan orang lain? Jika anda sudah berbuat demikian,
anda telah menikmati penghormatan yang istimewa. Semasa kita berkongsi kebenaran yang dipelajari tentang Tuhan
Yehuwa, kita menjalankan satu tugas yang sangat penting
yang telah diberikan kepada semua orang Kristian sejati. Tugas yang dimaksudkan ialah tugas menyebarkan berita baik
tentang Kerajaan Tuhan.—Matius 24:14; 28:19, 20.
16 Hawari Paulus memandang aktiviti penyebarannya sebagai harta yang sangat berharga. (2 Korintus 4:7) Kerja
memberitahu orang lain tentang Tuhan Yehuwa dan tujuanNya adalah kerja terbaik yang dapat anda lakukan. Anda
dapat berkhidmat kepada Tuan yang terbaik dan kerja ini
membawa manfaat yang terbesar. Dengan menjalankan aktiviti ini, anda sedang membantu orang yang berhati jujur
untuk menghampiri Bapa kita di syurga dan memulakan perjalanan menuju ke kehidupan yang kekal! Dapatkah anda
fikir tentang kerja lain yang boleh membawa kepuasan hati
yang lebih besar daripada kerja ini? Tambahan lagi, memberi
kesaksian tentang Yehuwa dan Firman-Nya dapat mempertingkat kepercayaan anda serta menguatkan kasih anda
untuk Dia. Yehuwa sangat menghargai usaha anda. (Ibrani 6:
10) Dengan melakukan kerja ini secara berterusan dan
bersungguh-sungguh, anda akan dibantu untuk terus hidup
di bawah naungan kasih Tuhan.—1 Korintus 15:58.
17 Adalah penting untuk kita ingat bahawa kerja penyebaran Kerajaan Tuhan adalah kerja yang perlu dilakukan
dengan perasaan mendesak. (2 Timotius 4:2) Mengapa? Firman Tuhan memberitahu kita, ‘Hari penghakiman Yehuwa
sudah dekat, sesungguhnya, hari itu sudah sangat hampir
dan akan tiba dengan segera.’ (Zefanya 1:14) Ya, masa untuk
Yehuwa membinasakan seluruh sistem dunia ini semakin
mendekat. Umat manusia harus diberi amaran! Mereka
perlu tahu bahawa sekarang ialah masanya untuk memilih
17. Hari ini, mengapakah aktiviti penyebaran perlu dijalankan dengan
perasaan mendesak?
220
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Yehuwa sebagai Pemerintah mereka. Akhir sistem dunia ini
“tidak akan ditangguhkan.”—Habakuk 2:3.
18 Yehuwa mahu kita menyembah-Nya bersama-sama
18. Mengapakah kita patut menyembah Yehuwa dengan orang Kristian sejati yang lain?
Yehuwa mahu anda menikmati “hidup
sejati.” Adakah anda akan menikmatinya?
Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
221
orang Kristian yang sejati. Itulah sebabnya Firman-Nya menyatakan, “Hendaklah kita perhatikan satu sama lain, supaya
kita dapat saling memberikan dorongan untuk mengasihi
satu sama lain dan untuk melakukan hal yang baik. Janganlah kita hentikan kebiasaan berkumpul bersama-sama,
seperti yang dilakukan oleh beberapa orang saudara. Sebaliknya lebih-lebih lagi kita harus menggalakkan satu sama lain.”
(Ibrani 10:24, 25, ABB) Apabila kita berkumpul dengan orang
Kristian yang lain di perjumpaan, kita mempunyai peluang
yang baik untuk memuji dan menyembah Tuhan kita yang
dikasihi. Kita juga dapat membina dan menggalakkan satu
sama lain.
19 Semasa kita bergaul dengan penyembah Yehuwa yang
lain, kita menguatkan ikatan kasih dan persahabatan di
dalam sidang. Adalah penting untuk mencari sifat-sifat baik
satu sama lain sepertimana Yehuwa mencari sifat-sifat baik
kita. Jangan harapkan kesempurnaan daripada penyembah
Yehuwa yang lain. Kita harus ingat bahawa kemajuan rohani setiap orang adalah berbeza dan semua orang melakukan
kesilapan. (Kolose 3:13) Berusahalah untuk menjalinkan persahabatan dengan mereka yang mempunyai kasih yang
mendalam untuk Yehuwa. Jika anda berbuat demikian, anda
akan mendapati bahawa anda akan maju secara rohani. Ya,
semasa kita menyembah Yehuwa bersama-sama saudara saudari rohani kita, kita dibantu untuk tetap berada di bawah
naungan kasih Tuhan. Bagaimanakah Yehuwa memberkati
mereka yang menyembah-Nya dengan setia dan yang hidup
di bawah naungan kasih-Nya?
BERUSAHA UNTUK MENDAPAT “HIDUP SEJATI”
Yehuwa memberkati hamba-Nya yang setia dengan kehidupan, tetapi dengan kehidupan yang macam mana?
20
19. Bagaimanakah kita boleh berusaha untuk menguatkan ikatan kasih di dalam sidang Kristian?
20, 21. Apakah itu “hidup sejati,” dan mengapakah harapan ini merupakan harapan yang menakjubkan?
222
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Adakah anda benar-benar hidup sekarang? Kebanyakan daripada kita akan menjawab “ya” kerana kita boleh bernafas,
makan, dan minum. Sudah tentu kita sedang hidup, dan semasa kita berasa gembira, kita mungkin berkata dengan
girang, “Inilah kehidupan yang sebenar!” Walau bagaimanapun Bible menunjukkan bahawa hari ini, tidak ada seorang
manusia pun yang benar-benar hidup.
21 Firman Tuhan menggalakkan kita untuk mendapat “hidup sejati.” (1 Timotius 6:19) Kata-kata ini menunjukkan
bahawa “hidup sejati” ialah kehidupan yang boleh kita nikmati pada masa hadapan. Ya, semasa kita semua sempurna,
kita akan hidup dengan sepenuhnya kerana kita akan menikmati kehidupan sepertimana yang diinginkan oleh Tuhan
pada asalnya. Apabila kita hidup di bumi firdaus dengan
kesihatan, keamanan, dan kebahagiaan yang sempurna, kita akhirnya boleh menikmati ‘kehidupan sejati,’ iaitu
kehidupan kekal. (1 Timotius 6:12) Hal ini sesuatu yang menakjubkan, bukan?
22 Bagaimanakah kita boleh mendapat “hidup sejati”? Dalam konteks yang sama, Paulus menggalakkan orang Kristian
untuk “berbuat baik” dan “rajin berbuat kebajikan.” (1 Timotius 6:18) Maka, sama ada kita mendapat kehidupan yang
sejati atau tidak banyak bergantung pada cara kita mengamalkan ajaran Bible dalam kehidupan kita. Tetapi, adakah
Paulus bermaksud kita dapat memperoleh “hidup sejati” sebagai balasan untuk kerja baik yang dilakukan? Tidak,
kerana harapan yang menakjubkan ini bergantung pada rahmat Tuhan yang tidak layak kita terima. (Roma 5:15) Walau
bagaimanapun, Yehuwa berasa senang hati untuk memberkati mereka yang berkhidmat kepada-Nya dengan setia. Dia
mahu melihat anda menikmati “hidup sejati.” Kehidupan
kekal yang diiringi kebahagiaan dan keamanan dapat diraih
oleh mereka yang terus hidup di bawah naungan kasih Tuhan.
22. Bagaimanakah anda boleh mendapat “hidup sejati”?
Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
223
Kita masing-masing harus bertanya, “Adakah saya menyembah Tuhan mengikut garis panduan yang terkandung
dalam Bible?” Jika kita menguji diri tiap-tiap hari dan mendapati bahawa jawapan kita adalah “ya,” maka kita sedang
mengikut haluan yang betul. Kita boleh berasa pasti bahawa
Yehuwa ialah tempat naungan kita. Dia akan memastikan bahawa umat-Nya yang setia akan selamat mengharungi
hari-hari terakhir sistem dunia ini yang kucar-kacir. Yehuwa juga akan membimbing kita ke dalam sistem dunia baru
yang berada di ambang pintu. Kita berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk melihat apa yang akan berlaku pada
masa itu! Dan kita akan berasa sangat gembira kerana kita telah membuat pilihan yang bijak pada hari-hari terakhir ini!
Jika anda membuat keputusan sebegini sekarang, anda akan
menikmati “hidup sejati,” iaitu anda dapat hidup selamalamanya seperti yang dikehendaki oleh Tuhan Yehuwa!
23
23. Mengapakah penting bagi kita untuk terus hidup di bawah naungan kasih Tuhan?
AJARAN BIBLE
ˇ Kita menunjukkan kasih yang sejati kepada
Tuhan dengan melaksanakan perintah-Nya
dan menerapkan prinsip-Nya.—1 Yohanes 5:3.
ˇ Jika kita mempelajari Firman Tuhan, berdoa
kepada Yehuwa secara tulus, mengajar orang
lain tentang-Nya, dan menyembah-Nya di
perjumpaan Kristian, kita dibantu untuk terus
hidup di bawah naungan kasih Tuhan.
—Matius 24:14; 28:19, 20; Yohanes 17:3;
1 Tesalonika 5:17; Ibrani 10:24, 25.
ˇ Mereka yang hidup di bawah naungan kasih
Tuhan memiliki harapan untuk menikmati
“hidup sejati.”—1 Timotius 6:12, 19; Yudas 21.
LAMPIRAN
TOPIK
MUKA SURAT
Nama Tuhan—Penggunaan dan Ertinya 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 225
Nubuat Daniel tentang Ketibaan Mesias 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 228
Yesus Kristus—Mesias yang Dijanjikan 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 230
Kebenaran Mengenai Bapa, Anak, dan Roh Kudus 9 9 9 9 9 9 9 9 232
Mengapakah Orang Kristian Sejati Tidak Menggunakan
Salib dalam Penyembahan? 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 235
Perjamuan Malam Tuan—Sambutan yang
Memuliakan Tuhan 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 236
“Jiwa” dan “Roh”—Apakah Maksud Sebenar Kedua-dua
Perkataan Ini? 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 239
Apakah Itu Sheol dan Hades? 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 242
Apakah Itu Hari Penghakiman? 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 244
1914—Tahun yang Penting dalam Nubuat Bible 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 247
Siapakah Mikhael, Ketua Malaikat di Syurga? 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 249
Mengenal Pasti Identiti Babilon Besar 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 251
Adakah Yesus Dilahirkan pada Bulan Disember? 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 252
Patutkah Kita Menyambut Perayaan? 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 254
225
Nama Tuhan—Penggunaan dan Ertinya
DI DALAM Bible anda, bagaimanakah ayat di Mazmur 83:18
(19) diterjemahkan? Dalam New World Translation of the Holy
Scriptures, ayat ini menyatakan, “Agar mereka tahu bahawa Engkau, yang bernama Yehuwa, Engkau sahajalah Yang Maha Tinggi atas seluruh bumi.” Terdapat sebilangan terjemahan lain
yang menggunakan kata-kata yang hampir sama. Walau bagaimanapun, banyak terjemahan tidak menggunakan nama Yehuwa. Nama Yehuwa digantikan dengan gelaran-gelaran seperti
“Tuan” atau “Tuhan.” Jadi, apakah yang patut digunakan dalam
ayat Bible ini, gelaran atau nama Yehuwa?
Ayat ini menyebut tentang sebuah nama. Dalam bahasa Ibrani asal yang digunakan untuk menulis
sebahagian besar Bible, sebuah nama peribadi yang unik digunakan dalam ayat ini.
Dalam huruf Ibrani, nama itu dieja ˘˙˘˝
(YHWH). (Lihat Kejadian 2:4, nota kaki)
Dalam bahasa Malaysia, nama itu diterjeNama Tuhan
dalam huruf
mahkan sebagai “Yehowa” atau “YehuIbrani
wa.” Adakah nama itu muncul dalam satu
ayat Bible sahaja? Tidak. Dalam teks asal
Kitab Ibrani, nama itu muncul hampir 7,000 kali!
Berapa pentingkah nama Tuhan? Perhatikan doa contoh
yang diberikan oleh Yesus Kristus. Dia memulakan doa ini
dengan menyatakan, “Bapa kami yang di syurga, semoga namaMu disucikan.” (Matius 6:9, NW) Penubuat Yeremia berkata,
“Ya TUHAN [Yehuwa], Engkau tiada taranya; Engkau sungguh
perkasa, nama-Mu agung dan berkuasa.” (Yeremia 10:6, ABB)
Memanglah jelas bahawa nama Tuhan adalah sangat penting.
Maka, mengapakah sesetengah penterjemah mengeluarkan
nama itu daripada terjemahan Bible mereka lalu menggantikannya dengan gelaran-gelaran?
Nampaknya terdapat dua sebab yang utama. Pertama, ramai
orang mendakwa bahawa nama itu tidak patut digunakan kerana cara asal untuk menyebut nama itu tidak diketahui hari
ini. Bahasa Ibrani kuno ditulis tanpa menggunakan huruf vokal
˘˙˘˝
226
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
a, e, i, o, u. Oleh itu, hari ini, tidak seorang manusia pun yang
tahu dengan pasti bagaimana orang yang hidup pada zaman
Bible telah menyebut YHWH. Walau bagaimanapun, patutkah
hal ini menghalang kita daripada menggunakan nama Tuhan?
Sebagai contoh, nama Yesus pada zaman Bible mungkin disebut Yeshua atau Yehoshua. Yang manakah merupakan sebutan
yang betul? Tidak seorang pun tahu dengan pasti. Namun, manusia di setiap penjuru bumi menyebut nama Yesus dalam cara
yang berbeza-beza mengikut kebiasaan bahasa mereka. Walaupun mereka tidak tahu bagaimana namanya disebut pada abad
pertama, hal ini tidak menghalang mereka daripada menggunakan namanya. Dalam cara yang sama, jika anda bercuti di
negara lain, nama anda mungkin disebut dalam cara yang berbeza. Maka, ketidakpastian tentang cara untuk menyebut nama
Tuhan bukanlah alasan untuk tidak menggunakan nama-Nya.
Sebab kedua yang sering diberikan berkaitan dengan satu tradisi lama orang Yahudi. Banyak dalam kalangan orang Yahudi
percaya bahawa nama Tuhan tidak patut disebut. Mereka mempercayai hal ini kerana mereka salah faham akan hukum Bible
yang menyatakan, ‘Jangan sebut nama-Ku untuk maksud yang
jahat kerana Aku Yehuwa, Tuhan kamu, menghukum sesiapa
sahaja yang menyalahgunakan nama-Ku.’—Keluaran 20:7, ABB.
Hukum ini memang melarang kita daripada menyalahgunakan nama Tuhan. Tetapi, adakah hukum ini melarang kita daripada menggunakan nama-Nya dengan hormat? Tidak sama
sekali. Semua penulis Kitab Ibrani (“Perjanjian Lama”) merupakan lelaki setia yang hidup menurut Hukum yang diberikan oleh Tuhan kepada orang Israel kuno. Namun, mereka
sering menggunakan nama Tuhan. Sebagai contoh, nama Tuhan dimasukkan ke dalam banyak mazmur yang dinyanyikan
oleh penyembah Tuhan secara beramai-ramai. Malahan, Tuhan Yehuwa telah mengarahkan penyembah-Nya untuk berdoa menggunakan nama-Nya, dan penyembah-Nya yang setia
patuh kepada-Nya. (Mazmur 148:5, 13; Kisah 2:21) Maka, sama
seperti Yesus, orang Kristian hari ini tidak teragak-agak untuk
menggunakan nama Tuhan dengan hormat.
Dengan menggantikan nama Tuhan dengan gelaran-gelaran,
penterjemah Bible melakukan kesilapan yang besar. Mereka
Lampiran
227
menjadikan Yehuwa kelihatan seperti Tuhan yang dingin, tidak ramah, dan jauh daripada kita. Tetapi, Bible menggalakkan
manusia untuk menjadi sahabat-Nya. (Mazmur 25:14) Fikirkanlah tentang hal ini. Dapatkah anda menjadi sahabat karib seseorang jika anda tidak mengetahui namanya? Dalam cara yang
sama, jika orang tidak diajar tentang nama Tuhan, iaitu Yehuwa, bagaimanakah mereka boleh menjadi sahabat karib Tuhan?
Tambahan lagi, jika orang tidak menggunakan nama Tuhan,
mereka juga akan kekurangan pengetahuan tentang erti yang
menakjubkan di sebalik nama-Nya. Apakah erti nama Tuhan?
Tuhan sendiri telah menjelaskan erti nama-Nya kepada
hamba-Nya yang setia, iaitu Musa. Semasa Musa menanyakan
nama Tuhan, Yehuwa menjawab, “Aku adalah Aku.” (Keluaran
3:14) Terjemahan Rotherham bagi ayat ini adalah seperti berikut: “Aku Akan Menjadi apa pun yang Aku inginkan.” Maka Yehuwa boleh menjadi apa sahaja yang diperlukan agar Dia dapat
memenuhi tujuan-Nya.
Bayangkan anda dapat menjadi apa sahaja yang anda inginkan. Apakah yang akan anda lakukan untuk kawan-kawan
anda? Jika salah seorang daripada kawan anda sakit tenat, anda
boleh menjadi seorang doktor yang mahir lalu mengubatinya.
Jika seorang lagi kawan anda mengalami kerugian kewangan,
anda boleh menjadi dermawan yang kaya lalu membantunya.
Namun, pada hakikatnya kemampuan anda adalah terhad. Seraya anda mempelajari Bible, anda akan kagum untuk melihat
bagaimana Yehuwa dapat menjadi apa sahaja yang diperlukan
agar janji-janji-Nya dikotakan. Dia berasa gembira untuk menggunakan kuasa-Nya demi mereka yang mengasihi-Nya. (2 Tawarikh 16:9) Mereka yang tidak mengetahui nama Tuhan tidak
dapat menghayati pelbagai aspek keperibadian-Nya.
Maka, jelaslah bahawa nama Tuhan patut digunakan di dalam Bible. Jika kita mengetahui erti nama-Nya dan menggunakannya secara leluasa dalam penyembahan kita, kita dibantu
untuk menghampiri Yehuwa, Bapa kita di syurga.1
1 Untuk maklumat tambahan berkenaan nama Tuhan, ertinya, serta
sebab nama-Nya patut digunakan dalam penyembahan kita, sila lihat
brosur “Nama Tuhan” (The Divine Name That Will Endure Forever) yang
diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.
228
Nubuat Daniel tentang Ketibaan Mesias
PENUBUAT Daniel hidup lebih daripada 500 tahun sebelum kelahiran Yesus. Namun demikian, Yehuwa memberi
maklumat kepada Daniel yang menyingkapkan secara tepat
bila Yesus akan dilantik sebagai Mesias atau Kristus. Daniel
diberitahu, “Hendaklah engkau tahu dan memiliki pemahaman bahawa sejak keluarnya firman untuk memulihkan
dan membangun kembali Yerusalem sampai ketibaan
Mesias, yang merupakan Pemimpin, akan ada tujuh ming-
“TUJUH PULUH MINGGU”
490 tahun
7 minggu
62 minggu
1 minggu
(49 tahun)
(434 tahun)
(7 tahun)
455
406
‘Firman
dikeluarkan
untuk
memulihkan
Yerusalem’
& SM M )
29
33
36
Mesias
tiba
Mesias
dibunuh
Yerusalem
dibina semula
Akhir
“tujuh
puluh
minggu”
Lampiran
229
gu, juga enam puluh dua minggu.”—Daniel 9:25, NW.
Untuk menentukan bila Mesias akan datang, kita perlu mengetahui bila nubuat Daniel tentang ketibaan Mesias mula
digenapi. Menurut nubuat ini, titik mulanya ialah “sejak
keluarnya firman untuk memulihkan dan membangun kembali Yerusalem.” Bilakah firman ini dikeluarkan? Menurut
penulis Bible yang bernama Nehemia, perintah untuk membina semula tembok Yerusalem dikeluarkan pada “tahun
kedua puluh pemerintahan Artahsasta sebagai raja Persia.”
(Nehemia 1:1; 2:1, 5-8) Para sejarawan mengesahkan bahawa
Artahsasta mula memerintah pada tahun 475 SM. Maka, tahun ke-20 pemerintahan Artahsasta ialah tahun 455 SM.
Sekarang, kita tahu bahawa titik mula bagi nubuat Daniel tentang Mesias ialah tahun 455 SM.
Daniel menyebut tentang jangka masa yang akan berlalu
sebelum ketibaan “Mesias,” iaitu pemimpin yang dipilih oleh
Tuhan. Nubuat Daniel menyatakan tentang “tujuh minggu”
dan “enam puluh dua minggu”—jumlahnya 69 minggu. Berapa panjangkah jangka masa ini? Sebilangan terjemahan Bible
menyatakan bahawa minggu ini bukanlah minggu harfiah
yang panjangnya tujuh hari, tetapi panjang setiap minggu ialah tujuh tahun. Konsep unit tujuh tahun ini merupakan
konsep yang biasa bagi orang Yahudi kuno. Sebagai contoh,
mereka menyambut tahun Sabat sekali setiap tujuh tahun.
(Keluaran 23:10, 11) Maka, 69 minggu yang dinubuatkan bersamaan dengan 69 kali 7 tahun, iaitu 483 tahun.
Sekarang, kita mesti membuat pengiraan. Jika kita mengira
483 tahun dari tahun 455 SM, kita akan sampai ke tahun 29 M.
Tepat pada tahun itu, Yesus dibaptiskan dan menjadi Mesias!1
(Lukas 3:1, 2, 21, 22) Tidakkah nubuat Bible ini yang telah digenapi dengan begitu terperinci menguatkan kepercayaan anda?
1 Dari tahun 455 SM hingga tahun 1 SM ialah 454 tahun. Dari tahun
1 SM hingga tahun 1 M ialah satu tahun (tahun sifar tidak wujud). Dan
dari tahun 1 M hingga tahun 29 M ialah 28 tahun. Jumlah ketiga-tiga
angka ini (454128) ialah 483 tahun. Yesus dibunuh pada tahun 33 M,
iaitu semasa minggu ke-70. (Daniel 9:24, 26) Sila lihat buku “Nubuat Daniel” (Pay Attention to Daniel’s Prophecy!) bab 11, dan buku “Pemahaman” (Insight on the Scriptures), Jilid 2, muka surat 899-901. Kedua-dua
buku ini diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.
230
Yesus Kristus—Mesias yang Dijanjikan
UNTUK membantu kita mengenal pasti identiti Mesias, Tuhan
Yehuwa mengilhami banyak penubuat untuk membekalkan
kita dengan butiran terperinci mengenai kelahiran, aktiviti penyebaran, dan kematian Penyelamat yang dijanjikan. Semua
nubuat Bible ini digenapi dalam diri Yesus Kristus, dan adalah
sangat tepat serta terperinci. Sebagai contoh, mari kita bincangkan beberapa nubuat mengenai peristiwa-peristiwa yang
berkaitan dengan kelahiran Mesias serta zaman kanak-kanaknya.
Penubuat Yesaya telah menubuatkan bahawa Mesias akan
datang daripada keturunan Raja Daud. (Yesaya 9:6) Yesus memang dilahirkan dalam keturunan Daud.—Matius 1:1, 6-17.
Mikha, seorang lagi penubuat Tuhan telah menubuatkan
bahawa anak ini akan menjadi seorang pemerintah dan dia
akan dilahirkan di “Betlehem Efrata.” (Mikha 5:1) Semasa Yesus dilahirkan, terdapat dua kota di Israel yang dinamakan
Betlehem. Sebuah kota terletak berhampiran Nasaret, iaitu di
kawasan utara Israel, dan sebuah lagi kota terletak berhampiran Yerusalem di Yudea. Nama lama bagi kota Betlehem yang
terletak berhampiran dengan Yerusalem ialah Efrata. Tepat seperti yang telah dinubuatkan, Yesus dilahirkan di kota itu!
—Matius 2:1.
Satu lagi nubuat Bible menyatakan bahawa Anak Tuhan
akan dipanggil “keluar dari Mesir.” Semasa Yesus masih kecil,
dia dibawa ke Mesir. Dia dibawa balik selepas kematian Herodes, dan dengan demikian, nubuat ini menjadi kenyataan.
—Hosea 11:1; Matius 2:15.
Dalam jadual pada muka surat 231, ayat Bible yang disenaraikan di bawah tajuk kecil “Nubuat” mengandungi butiran
tentang Mesias. Sila bandingkan ayat Bible yang tercatat di ruangan ini dengan ayat Bible yang disenaraikan di bawah tajuk
kecil “Penggenapan.” Dengan berbuat demikian, kepercayaan
anda dalam kebenaran Firman Tuhan akan menjadi semakin
kuat.
Seraya anda meneliti ayat-ayat Bible ini, ingatlah bahawa
Lampiran
231
NUBUAT MENGENAI MESIAS
PERISTIWA
NUBUAT
PENGGENAPAN
Dilahirkan dalam suku bangsa Yehuda
Kejadian 49:10
Lukas 3:23-33
Dilahirkan oleh seorang dara
Yesaya 7:14
Matius 1:18-25
Keturunan Raja Daud
Yesaya 9:6
Matius 1:1, 6-17
Diakui oleh Yehuwa sebagai Anak-Nya
Mazmur 2:7
Matius 3:17
Orang tidak mempercayainya
Yesaya 53:1
Yohanes 12:37, 38
Masuk Yerusalem menunggang keldai
Zakharia 9:9
Matius 21:1-9
Dikhianati sahabat
Mazmur 41:10
Yohanes 13:18, 21-30
Dikhianati untuk 30 keping wang perak
Zakharia 11:12
Matius 26:14-16
Membisu di depan penuduhnya
Yesaya 53:7
Matius 27:11-14
Undi dibuang untuk pakaiannya
Mazmur 22:19
Yohanes 19:24
Dicaci semasa digantung pada tiang
Mazmur 22:8, 9 Matius 27:39-43
Tulangnya tidak dipatahkan
Mazmur 34:21
Yohanes 19:33, 36
Dikebumikan bersama orang kaya
Yesaya 53:9
Matius 27:57-60
Dibangkitkan sebelum reput
Mazmur 16:10
Kisah 13:35
Dimuliakan di sebelah kanan Tuhan
Mazmur 110:1
Kisah 7:56
nubuat-nubuat ini dirakamkan ratusan tahun sebelum Yesus dilahirkan. Yesus menyatakan, ‘Setiap perkara yang
tertulis tentang diriku di dalam Taurat Musa, Kitab PenubuatPenubuat dan Mazmur mesti berlaku.’ (Lukas 24:44) Seperti
yang ditunjukkan dalam Bible, setiap butiran nubuat ini telah
digenapi dengan terperinci!
232
Kebenaran Mengenai Bapa, Anak,
dan Roh Kudus
ORANG yang mempercayai ajaran Tritunggal mengatakan bahawa
Tuhan terdiri daripada tiga individu—Bapa, Anak, dan Roh Kudus
atau daya aktif. Ketiga-tiga individu ini masing-masing dikatakan
setara, maha kuasa, dan tidak mempunyai permulaan. Jadi, menurut ajaran Tritunggal, Bapa merupakan Tuhan, Anak merupakan
Tuhan, dan Roh Kudus juga merupakan Tuhan. Namun begitu, Tuhan hanyalah satu.
Ramai orang yang percaya akan doktrin Tritunggal mengaku bahawa mereka tidak dapat menjelaskan ajaran ini. Tetapi, mereka
masih percaya bahawa doktrin ini diajarkan di dalam Bible. Sebenarnya, perkataan “Tritunggal” tidak wujud di dalam Bible. Namun, adakah konsep ini didapati dalam Bible? Untuk menjawab
soalan ini, marilah kita lihat satu ayat Bible yang sering digunakan
oleh mereka yang menyokong ajaran Tritunggal.
‘FIRMAN ITU SAMA DENGAN TUHAN’
Yohanes 1:1 (ABB) menyatakan, ‘Sebelum dunia ini diciptakan,
Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Tuhan, dan Firman
itu sama dengan Tuhan.’ Kemudian, dalam bab yang sama, hawari
Yohanes jelas menunjukkan bahawa “Firman itu” ialah Yesus. (Yohanes 1:14) Oleh sebab Firman dikatakan sama dengan Tuhan, sesetengah orang membuat kesimpulan bahawa Anak dan Bapa ialah
Tuhan dan mereka ialah individu yang sama.
Ingatlah bahawa pada asalnya, buku Yohanes ditulis dalam bahasa Yunani. Kemudian, teks asal ini diterjemahkan kepada bahasa-bahasa yang lain. Tetapi, sebilangan penterjemah Bible
tidak menggunakan ungkapan ‘Firman itu sama dengan Tuhan.’ Mengapa? Berdasarkan pengetahuan mereka tentang bahasa
Yunani yang digunakan untuk menulis Bible, penterjemahpenterjemah itu membuat kesimpulan bahawa ungkapan ‘Firman
itu sama dengan Tuhan’ tidak patut diterjemahkan sedemikian. Jadi, apakah terjemahan mereka? Berikut merupakan beberapa contoh: ‘Firman itu bersifat Tuhan.’ (Berita Baik Untuk Manusia
Moden) “Firman itu tuhan.” (The New Testament in an Improved
Version) “Firman itu ada bersama-sama Tuhan dan mempunyai sifat yang sama dengan-Nya.” (The Translator’s New Testament) Me-
Lampiran
233
nurut terjemahan-terjemahan ini, Firman itu bukanlah Tuhan
sendiri.1 Sebaliknya, Firman dirujuk sebagai “tuhan” kerana dia
mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan makhluk ciptaan Yehuwa. Di sini, perkataan “tuhan” bererti “yang berkuasa.”
CARILAH FAKTA TAMBAHAN
Kebanyakan orang tidak mengetahui bahasa Yunani yang digunakan pada zaman Bible. Jadi, bagaimanakah anda dapat mengetahui apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh hawari Yohanes?
Fikirkanlah contoh ini: Seorang guru menjelaskan topik tertentu
kepada anak muridnya. Tetapi, murid-muridnya mendapat pemahaman yang berbeza-beza tentang penjelasan yang diberikan oleh
guru mereka. Apakah yang dapat dilakukan oleh murid-murid ini?
Mereka boleh mendapat penjelasan lanjut daripada guru mereka.
Jika mereka mendapat lebih banyak fakta, tentu mereka dapat memahami topik tersebut dengan lebih jelas. Dalam cara yang sama,
untuk memahami erti di sebalik ayat di Yohanes 1:1, anda boleh
membaca atau memeriksa seluruh buku Yohanes untuk mendapat maklumat tambahan mengenai kedudukan Yesus. Pembelajaran fakta-fakta tambahan tentang topik ini dapat membantu anda
untuk membuat kesimpulan yang betul.
Misalnya, perhatikan apa yang ditulis oleh Yohanes di bab 1,
ayat 18: ‘Tidak seorang pun pernah melihat Tuhan [Yang Maha
Kuasa].’ Tetapi, manusia pernah melihat Yesus, Anak-Nya. Yohanes
menyatakan, ‘Firman itu [Yesus] sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaannya.’ (Yohanes 1:14)
Maka, mungkinkah Anak ini menjadi sebahagian daripada Tuhan
Yang Maha Kuasa? Yohanes juga menyatakan bahawa Firman itu
‘bersama-sama Tuhan.’ Mungkinkah seseorang berada bersamasama orang lain dan pada masa yang sama merupakan orang itu?
Tentu tidak. Lagipun, seperti yang dicatatkan di Yohanes 17:3, Yesus menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara
dirinya dengan Bapanya di syurga. Dia memanggil Bapanya, ‘satusatunya Tuhan yang benar.’ Kesimpulan yang dibuat oleh Yohanes di penghujung buku Yohanes ialah, ‘Semua ini ditulis supaya
kamu percaya bahawa Yesus [ialah] Anak Tuhan, Penyelamat yang
1 Untuk perbincangan lanjut tentang Yohanes 1:1, sila lihat The
Watchtower, 1 November 2008, muka surat 24-25 yang diterbitkan oleh
Saksi-Saksi Yehuwa.
234
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
diutus oleh Tuhan.’ (Yohanes 20:31) Perhatikan bahawa dalam ayat
ini, Yesus dipanggil Anak Tuhan dan bukannya Tuhan. Maklumat tambahan ini dalam buku Yohanes menunjukkan bagaimana
ayat di Yohanes 1:1 patut difahami. Yesus, Firman itu, dirujuk sebagai “tuhan” kerana dia mempunyai kedudukan yang tinggi. Tetapi
dia dan Tuhan Yang Maha Kuasa bukanlah individu yang sama.
PASTIKAN FAKTA-FAKTANYA
Fikirkanlah semula tentang contoh guru serta anak muridnya.
Bayangkan bahawa selepas mendengar penjelasan tambahan daripada guru mereka, sesetengah murid masih berasa ragu-ragu. Apakah yang dapat dilakukan oleh mereka? Mereka boleh mencari
seorang guru yang lain untuk mendapat penjelasan mengenai topik yang sama. Jika guru yang kedua menunjukkan bahawa penjelasan guru yang pertama adalah betul, kebanyakan murid tidak
akan berasa ragu-ragu lagi. Dalam cara yang sama, jika anda tidak
pasti tentang apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Yohanes mengenai hubungan antara Yesus dengan Tuhan Yang Maha Kuasa,
anda boleh mendapat maklumat tambahan daripada penulis Bible yang lain. Sebagai contoh, mari kita lihat apa yang ditulis oleh
Matius. Berkenaan akhir sistem dunia ini, dia memetik kata-kata
Yesus, “Tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, sama
ada malaikat-malaikat di syurga ataupun Anak; hanya Bapa yang
tahu.” (Matius 24:36, ABB) Bagaimanakah ayat ini mengesahkan
bahawa Yesus bukanlah Tuhan Yang Maha Kuasa?
Yesus menyatakan bahawa Bapa tahu lebih banyak daripada
Anak. Tetapi, jika Yesus sama dengan Tuhan Yang Maha Kuasa, dia
akan mempunyai maklumat yang sama dengan Bapanya. Maka,
Anak dan Bapa dibuktikan tidak setara. Namun, sesetengah orang
mungkin berkata, “Yesus berkata demikian semasa dia masih seorang manusia.” Tetapi seandainya hal ini adalah benar, bagaimana
pula dengan roh kudus atau daya aktif Tuhan? Jika daya aktif merupakan Tuhan, dan adalah sama dengan Bapa, mengapakah Yesus tidak menyatakan bahawa daya aktif tahu akan apa yang diketahui
oleh Bapa?
Seraya anda meneruskan pembelajaran Bible anda, anda akan
mengenal lebih banyak ayat Bible lain yang akan mengukuhkan kebenaran tentang Bapa, Anak, dan daya aktif.—Mazmur 90:2;
Amsal 8:22; Kisah 7:55.
235
Mengapakah Orang Kristian Sejati Tidak
Menggunakan Salib dalam Penyembahan?
SALIB dipuja dan dimuliakan oleh berjuta-juta orang. The Encyclopædia Britannica menyatakan bahawa salib ialah “simbol
utama agama Kristian.” Walau bagaimanapun, orang Kristian
sejati tidak menggunakan salib dalam penyembahan mereka. Mengapa?
Satu sebab yang penting adalah kerana Yesus Kristus tidak mati
pada salib. Pada umumnya, perkataan Yunani bagi “salib” ialah
stau·ros. Perkataan ini membawa erti “sebatang kayu atau tiang
yang tegak.” The Companion Bible menyatakan, “[Stau·ros] tidak
pernah membawa erti dua batang kayu yang dipasang bersilang
pada sudut yang tertentu . . . Tidak ada apa-apa yang dinyatakan
dalam bahasa Yunani dalam [Perjanjian Baru] yang memberikan
gambaran dua batang kayu.”
Satu lagi perkataan digunakan untuk merujuk kepada alat yang
dikaitkan dengan kematian Yesus. Perkataan Yunani yang dimaksudkan ialah xylon. (Galatia 3:13) Perkataan ini bererti “kayu”
atau “sebatang tongkat, belantan, atau pokok.”
Dalam buku Hermann Fulda yang berjudul Das Kreuz und
die Kreuzigung (Salib dan Penyaliban), dia menjelaskan mengapa hanya sebatang tiang yang ringkas sering digunakan semasa
hukuman mati dijalankan. Buku ini menyatakan, “Pokok-pokok
tidak didapati di setiap tempat yang dipilih untuk menjatuhkan
hukuman awam. Jadi sebatang kayu yang ringkas ditancapkan
ke dalam tanah. Tangan penjenayah dinaikkan ke atas dan diikat
atau dipakukan pada kayu. Sering kali kaki penjenayah juga diikat
atau dipakukan pada kayu ini.”
Namun, bukti yang paling meyakinkan boleh didapati dalam
Firman Tuhan. Hawari Paulus berkata, ‘Kristus telah membebaskan kita daripada kutukan yang didatangkan oleh Taurat. Dia
melakukan hal ini dengan membiarkan dirinya terkutuk kerana
kita. Di dalam Alkitab tertulis, “Terkutuklah orang yang mati digantung pada pokok.” ’ (Galatia 3:13, ABB) Dalam ayat ini, Paulus
memetik ayat daripada Ulangan 21:22, 23. Ayat ini merujuk kepada sebatang tiang, dan bukannya salib. Ya, pelaksanaan hukuman
mati dalam cara ini menjadikan seseorang “terkutuk.” Jadi tidak
236
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
sesuai jika orang Kristian menghiasi rumah mereka dengan patung Yesus di atas salib.
Selama 300 tahun selepas kematian Kristus, tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa mereka yang mengaku diri sebagai
orang Kristian menggunakan salib dalam penyembahan mereka. Tetapi, pada abad keempat, maharaja kafir yang bernama
Konstantin telah memeluk agama Kristian yang sesat dan menggalakkan penggunaan salib sebagai lambang agama Kristian. Biar
apa pun niat Konstantin, salib tidak mempunyai apa-apa kaitan
dengan Yesus Kristus. Sebaliknya, salib mempunyai asal usul kafir.
New Catholic Encyclopedia mengakui, “Penggunaan salib didapati
dalam kebudayaan orang pra-Kristian dan orang bukan Kristian.”
Pelbagai sumber yang boleh dipercayai turut mengaitkan salib dengan penyembahan alam dan upacara kesuburan orang kafir.
Jadi, mengapakah penggunaan simbol kafir ini digalakkan?
Nampaknya, hal ini dilakukan supaya lebih mudah bagi orang kafir untuk menerima agama Kristian palsu. Walau bagaimanapun,
pemujaan simbol atau lambang kafir jelas sekali dikutuk di dalam
Bible. (2 Korintus 6:14-18) Bible juga melarang semua bentuk penyembahan berhala. (Keluaran 20:4, 5; 1 Korintus 10:14) Maka,
orang Kristian sejati tidak menggunakan salib dalam penyembahan mereka atas sebab-sebab yang kukuh.1
1 Untuk perbincangan terperinci tentang salib, sila lihat
muka surat 89-93 dalam buku “Bertukar Fikiran” (Reasoning
From the Scriptures) yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.
Perjamuan Malam Tuan
—Sambutan yang Memuliakan Tuhan
PENGANUT agama Kristian
diperintahkan untuk memperingati kematian Kristus.
Maka, sambutan yang dipanggil Perjamuan Malam Tuan
diraikan oleh mereka. Mengapakah
Lampiran
237
sambutan ini penting? Bilakah dan bagaimanakah sambutan ini
patut diraikan?
Pada tahun 33 M, Yesus Kristus memperkenalkan sambutan ini
pada malam perayaan Paska. Perayaan Paska ialah sebuah sambutan yang diraikan oleh orang Yahudi sekali setiap tahun,
pada hari ke-14 bulan Nisan dalam kalendar Yahudi. Nampaknya
orang Yahudi menunggu sehingga ekuinoks musim bunga untuk
mengetahui bila sambutan ini harus diraikan. Ekuinoks musim
bunga merujuk kepada hari yang mempunyai lebih kurang 12
jam siang dan 12 jam malam. Anak bulan pertama yang dilihat
paling dekat dengan ekuinoks musim bunga menandakan permulaan bulan Nisan. Perayaan Paska disambut 14 hari kemudian,
selepas matahari terbenam.
Selepas Yesus meraikan perayaan Paska dengan hawarihawarinya, Yudas Iskariot meninggalkan mereka. Kemudian,
Yesus memperkenalkan sambutan Perjamuan Malam Tuan. Perjamuan ini menggantikan perayaan Paska dan patut disambut
hanya sekali dalam setahun.
Buku Matius menyatakan, ‘Yesus mengambil roti dan mengucap syukur, lalu membahagikan roti itu. Kemudian dia
memberikan roti itu kepada pengikut-pengikutnya sambil berkata, “Ambillah roti ini dan makanlah; ini tubuhku.” Kemudian
dia mengambil sebuah cawan berisi wain. Dia mengucap syukur
kepada Tuhan, lalu memberikan cawan itu kepada pengikutpengikutnya sambil berkata, “Minumlah, kamu semua. Inilah
darahku yang mengesahkan perjanjian yang dibuat oleh Tuhan
dengan umat-Nya; darahku yang dicurahkan bagi banyak orang
supaya dosa mereka diampunkan.” ’—Matius 26:26-28, ABB.
Sesetengah orang percaya bahawa Yesus telah menukarkan roti
menjadi dagingnya dan wain menjadi darahnya secara harfiah. Tetapi, tubuh fizikal Yesus masih sempurna semasa dia memberikan
roti ini. Maka, adakah hawari-hawarinya memakan daging dan
meminum darah Yesus secara harfiah? Tidak mungkin! Perbuatan sebegitu merupakan kanibalisme (amalan manusia memakan
daging manusia) dan melanggar hukum Tuhan. (Kejadian 9:3, 4;
Imamat 17:10) Menurut Lukas 22:20, Yesus berkata, ‘Cawan wain
ini perjanjian Tuhan yang baru, yang disahkan dengan darahku,
darah yang dicurahkan untuk kamu.’ Adakah cawan ini bertukar
menjadi ‘perjanjian Tuhan yang baru’ secara harfiah? Sudah tentu
238
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
tidak. Sebuah perjanjian ialah persetujuan antara dua pihak, dan
bukannya suatu objek yang nyata.
Jadi, roti dan wain yang digunakan hanyalah lambang. Roti melambangkan tubuh Kristus yang sempurna. Yesus menggunakan
baki roti yang tertinggal selepas jamuan perayaan Paska. Roti itu
tidak mengandungi ragi atau ibu roti. (Keluaran 12:8) Bible menggunakan ragi sebagai lambang dosa atau “kerosakan.” Maka roti
itu melambangkan tubuh sempurna yang dikorbankan oleh Yesus, iaitu tubuhnya yang bebas daripada dosa.—Matius 16:11, 12;
1 Korintus 5:6, 7; 1 Petrus 2:22; 1 Yohanes 2:1, 2.
Wain merah melambangkan darah Yesus. Darahnya mengesahkan perjanjian baru. Yesus berkata bahawa darahnya dicurahkan
supaya ‘dosa banyak orang diampunkan.’ Maka, dari sudut pandangan Tuhan, manusia boleh menjadi bersih daripada dosa dan
menjadi sebahagian daripada perjanjian baru dengan Yehuwa.
(Ibrani 9:14; 10:16, 17) Perjanjian, atau kontrak ini membolehkan
144,000 orang Kristian yang setia untuk pergi ke syurga. Di syurga, mereka akan berkhidmat sebagai raja dan penghentar untuk
membawa berkat kepada semua manusia.—Kejadian 22:18; Yeremia 31:31-33; 1 Petrus 2:9; Penyingkapan 5:9, 10; 14:1-3.
Siapakah yang patut makan atau minum lambang-lambang
Peringatan? Menurut logik, hanya mereka yang merupakan sebahagian daripada perjanjian baru, iaitu mereka yang memiliki
harapan untuk pergi ke syurga. Daya aktif Tuhan meyakinkan mereka bahawa mereka dipilih untuk menjadi raja di syurga. (Roma
8:16) Mereka juga merupakan sebahagian daripada perjanjian Kerajaan dengan Yesus.—Lukas 22:29.
Bagaimana pula dengan mereka yang memiliki harapan untuk
hidup selama-lamanya di Firdaus di bumi? Mereka mematuhi perintah Yesus dan menghadiri Perjamuan Malam Tuan. Dengan
penuh hormat, mereka hadir sebagai pemerhati, tetapi mereka tidak memakan atau meminum lambang-lambang. Sekali setahun
selepas matahari terbenam pada 14 Nisan, Saksi-Saksi Yehuwa
menyambut Perjamuan Malam Tuan. Walaupun hanya beberapa
ribu orang di seluruh dunia mengaku bahawa mereka mempunyai harapan untuk naik ke syurga, sambutan ini sangat berharga
kepada semua orang Kristian. Sambutan ini membuka peluang
kepada semua orang untuk merenungi kasih terunggul yang diperlihatkan oleh Tuhan Yehuwa dan Yesus Kristus.—Yohanes 3:16.
239
“Jiwa” dan “Roh”
—Apakah Maksud Sebenar Kedua-dua
Perkataan Ini?
SEMASA anda mendengar perkataan “jiwa” atau “roh,” apakah
yang anda fikirkan? Ramai orang percaya bahawa kedua-dua perkataan ini merujuk kepada sesuatu dalam tubuh manusia yang tidak
boleh dilihat dan tidak boleh mati. Mereka berpendapat bahawa
semasa seseorang mati, sesuatu dalam tubuhnya yang tidak dapat
dilihat akan meninggalkan tubuh lalu terus hidup. Oleh sebab kepercayaan ini diterima secara meluas, ramai orang berasa terkejut
untuk mempelajari bahawa ajaran ini bukanlah ajaran Bible. Maka
menurut Firman Tuhan, apakah itu jiwa, dan apakah itu roh?
PERKATAAN “JIWA” SEPERTI YANG DIGUNAKAN
DI DALAM BIBLE
Mula-mula, mari kita bincangkan mengenai “jiwa.” Anda
mungkin ingat bahawa pada asalnya, sebahagian besar daripada
Bible ditulis dalam bahasa Ibrani dan Yunani. Adakalanya, perkataan Ibrani nephesh atau perkataan Yunani psy·khe yang digunakan di dalam Bible diterjemahkan ke dalam Alkitab Berita Baik
bahasa Malaysia sebagai “jiwa.” Perkataan nephesh dan perkataan psy·khe boleh dijumpai lebih daripada 800 kali dalam teks Bible yang asal, dan merujuk kepada (1) orang, (2) binatang, atau
(3) nyawa seseorang atau seekor binatang. Mari kita mengkaji beberapa ayat Bible.
Orang. “Pada masa Nuh . . . hanya lapan orang [Yunani, psy·khe] di bahtera itu, dan mereka diselamatkan.” (1 Petrus
3:20) Di dalam konteks ini, perkataan psy·khe, atau “jiwa”
diterjemahkan sebagai “orang” dan merujuk kepada Nuh, isterinya, tiga orang anak lelakinya, serta isteri anak-anaknya. Keluaran 16:16 (ABB) menyatakan arahan yang diberikan kepada orang
Israel berkenaan pemungutan manna. Mereka diarahkan, ‘Yehuwa telah memberikan perintah supaya tiap-tiap orang mengumpulkan makanan itu seberapa banyak yang diperlukannya, iaitu
sebanyak dua liter bagi setiap anggota [Ibrani, nephesh] keluarga.’ Maka jumlah manna yang dikumpulkan bergantung kepada
bilangan orang dalam setiap keluarga. Contoh lain dalam Bible
240
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
tentang penggunaan perkataan nephesh atau psy·khe boleh didapati di Kejadian 46:18 (“enam belas orang”); Yosua 11:11 (“semua
orang”); Kisah 27:37 (“bilangan orang”); dan Roma 13:1 (“setiap
orang”).
Binatang. Dalam kisah penciptaan di dalam Bible, kita membaca, ‘Tuhan berfirman, “Hendaklah air dipenuhi berjenis-jenis
makhluk hidup [nephesh], dan udara dipenuhi berjenis-jenis burung.” Kemudian Tuhan berfirman, “Hendaklah bumi mengeluarkan semua jenis binatang [nephesh] darat: binatang jinak,
dan binatang liar yang besar mahupun yang kecil.” Lalu hal itu
berlaku.’ (Kejadian 1:20, 24, ABB) Dalam ayat-ayat ini, perkataan
Ibrani nephesh digunakan untuk merujuk kepada ikan, binatang
jinak, dan binatang liar. Burung dan binatang lain juga dipanggil nephesh di Kejadian 9:10 (“semua makhluk hidup”); Imamat
11:46 (“segala sesuatu yang hidup”); dan Yehezkiel 47:9 (“segala
jenis binatang dan ikan”).
Nyawa atau kehidupan manusia. Kadangkala perkataan Ibrani nephesh dan perkataan Yunani psy·khe digunakan untuk
merujuk kepada nyawa manusia. Yehuwa memberitahu Musa,
“Semua orang yang hendak membunuh engkau [nephesh] sudah meninggal.” (Keluaran 4:19) Perhatikan juga kata-kata Yesus, “Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawa [psy·khe] untuk kawanan dombanya.” (Yohanes 10:11,
ABB) Yesus menyerahkan jiwa, atau nyawanya, bagi umat manusia. Dalam kedua-dua ayat Bible ini, perkataan Ibrani nephesh
dan perkataan Yunani psy·khe dengan jelas sekali merujuk kepada nyawa atau kehidupan seseorang. Sila lihat juga Keluaran
21:23 (“nyawa ganti nyawa”); Matius 10:39 (“hidupnya”); dan Kisah 20:10 (“hidup”).
Pembelajaran lanjut tentang FirmanTuhan akan menunjukkan
bahawa dalam Bible, ungkapan “tidak boleh mati” atau “kehidupan abadi” tidak mempunyai kaitan dengan perkataan nephesh
atau psy·khe. Sebaliknya, Bible menunjukkan bahawa nephesh
dan psy·khe, iaitu “jiwa,” boleh mati.—Yehezkiel 18:4, 20.
PERKATAAN “ROH” SEPERTI YANG DIGUNAKAN
DI DALAM BIBLE
Sekarang, mari kita bincangkan penggunaan perkataan
“roh” di dalam Bible. Sesetengah orang berasa bahawa “roh”
Lampiran
241
dan “jiwa” adalah sama. Tetapi, hal ini tidak benar. Bible jelas
menunjukkan bahawa “roh” dan “jiwa” merujuk kepada dua
perkara yang berbeza. Bible juga mengajarkan bahawa “roh”
bukanlah sesuatu yang akan meninggalkan tubuh seseorang
yang telah mati lalu terus hidup.
Alkitab Berita Baik bahasa Malaysia kadangkala menterjemahkan perkataan Ibrani ruach atau perkataan Yunani pneuma sebagai “roh.” Sebagai contoh, ayat di Yakobus 2:26 menyatakan bahawa “tubuh tanpa roh [pneuma] adalah tubuh yang
mati.” Apabila orang membaca ayat ini, mereka berfikir bahawa manusia mempunyai “roh” di dalam tubuh yang akan terus hidup selepas kematian. Tetapi, terjemahan yang lebih tepat bagi ayat ini ialah “tubuh tanpa nafas kehidupan atau daya
kehidupan adalah tubuh yang mati.” Dalam Bible yang sama,
adakalanya ungkapan yang digunakan bagi ruach atau pneuma ialah “nafas kehidupan.” Sebagai contoh, berkenaan kematian manusia, Pengkhutbah 12:7 (ABB) menyatakan, ‘Tubuh
kita akan kembali menjadi debu di bumi. Nafas kehidupan
[ruach] kita akan kembali kepada Tuhan yang memberikannya
kepada kita.’ Satu lagi contoh boleh didapati di Ayub 34:14, 15
(ABB) yang menyatakan, ‘Jika Tuhan mengambil kembali nafas hidup [ruach] mereka, maka matilah semua orang yang
bernyawa, dan manusia menjadi debu semula.’ Maka apabila daya hidup meninggalkan tubuh seseorang, tubuh menjadi tidak bernyawa dan akan kembali ke tempat asalnya,
iaitu tanah. Hal ini tidak bermaksud bahawa daya hidup seseorang akan pergi ke syurga. Sebaliknya, hal ini menunjukkan bahawa jika seseorang
telah mati, satu-satunya harapan bagi dia untuk hidup
semula ada dalam tangan
Tuhan Yehuwa. Maka ruach
atau pneuma merujuk kepada daya tidak kelihatan
yang menghidupkan semua
makhluk yang bernyawa.
242
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Sebagai contoh, fikirkanlah tentang sebuah radio. Jika anda
memuatkan bateri ke dalam radio dan memasangkannya, tenaga elektrik dalam bateri akan menghidupkan radio. Walau bagaimanapun, tanpa bateri atau sumber elektrik, radio
tidak akan berfungsi. Dalam cara yang sama, daya kehidupan
yang menghidupkan tubuh kita adalah seperti tenaga elektrik.
Daya kehidupan tidak mempunyai perasaan dan tidak boleh
berfikir. Daya ini tidak dipengaruhi oleh perasaan atau bersifat peribadi. Seperti yang dinyatakan di Mazmur 104:29, tanpa
daya kehidupan ini, tubuh kita “binasa, dan kembali ke tanah,
menjadi debu semula.” Hanya melalui kuasa Tuhan barulah
daya hidup seseorang yang telah mati boleh dipulihkan agar
dia dapat hidup semula.—Mazmur 36:10.
Tidakkah anda berasa lega hati kerana Tuhan akan membangkitkan mereka yang ada dalam ingatan-Nya? (Yohanes 5:
28, 29) Semasa pembangkitan, Yehuwa akan menciptakan tubuh baru untuk mereka yang sedang tidur dalam kematian
dan Dia akan menghidupkan mereka dengan memberikan
daya kehidupan kepada mereka. Alangkah besarnya kegembiraan yang dapat mereka nikmati pada masa itu!
Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut tentang penggunaan perkataan “jiwa” dan “roh” dalam Bible, maklumat yang
bernilai boleh didapati dalam brosur “Apabila Kita Meninggal” (What Happens to Us When We Die?) dan buku “Bertukar Fikiran” (Reasoning From the Scriptures), muka surat 375384. Kedua-dua bahan bacaan ini diterbitkan oleh Saksi-Saksi
Yehuwa.
Apakah Itu Sheol dan Hades?
DALAM bahasa-bahasa asal, Bible menggunakan perkataan Ibrani sheohl dan perkataan Yunani haides lebih daripada 70 kali.
Kedua-dua perkataan ini mempunyai kaitan dengan kematian.
Sesetengah Bible menterjemahkan kedua-dua perkataan ini sebagai “kubur,” “dunia orang mati,” “alam maut,” “neraka,” atau
“lubang.” Walau bagaimanapun, kebanyakan bahasa tidak mem-
Lampiran
243
punyai perbendaharaan kata yang dapat mengungkapkan erti
perkataan-perkataan Ibrani dan Yunani ini dengan tepat. Bible
bahasa Malaysia menterjemahkan kata-kata ini sebagai “dunia
orang mati” atau “alam maut.” Apakah erti sebenar perkataan
Ibrani dan Yunani ini? Mari kita perhatikan bagaimana perkataan-perkataan ini digunakan dalam Bible.
Pengkhutbah 9:10 menyatakan, “Di dunia orang mati
[sheohl] tiada pekerjaan, fikiran, pengetahuan, ataupun hikmat
lagi; ke sanalah kamu akan pergi.” Adakah hal ini bererti bahawa
Sheol merujuk kepada kubur tertentu, atau tempat di mana kita
telah mengebumikan orang yang dikasihi? Tidak. Semasa Bible
merujuk kepada tempat perkuburan atau kubur seseorang, perkataan sheohl dan haides tidak digunakan. Sebaliknya, perkataan
Ibrani dan Yunani yang lain digunakan. (Matius 28:1) Tambahan
juga, Bible tidak menggunakan perkataan “Sheol” untuk merujuk kepada tempat di mana beberapa individu dikebumikan
bersama-sama, contohnya, tempat perkuburan sesebuah keluarga atau perkuburan beramai-ramai.—Kejadian 49:29-31.
Maka “Sheol” merujuk kepada tempat yang macam mana?
Firman Tuhan menunjukkan bahawa “Sheol” atau “Hades”
merujuk kepada sesuatu yang lebih besar daripada tanah perkuburan awam yang luas. Sebagai contoh, ayat di Yesaya 5:14
menyatakan bahawa mulut Sheol (diterjemahkan sebagai “alam
maut” dalam Bible bahasa Malaysia) “terbuka lebar-lebar untuk
menelan orang.” Walaupun Sheol sudah pun “menelan” banyak
orang, Sheol masih tidak mengerti rasa puas dan asyik dalam
keadaan yang “lapar.” (Amsal 30:15, 16) Tidak seperti tempat
perkuburan harfiah yang mempunyai batas bagi bilangan orang
yang boleh dikebumikan, Sheol (diterjemahkan sebagai “dunia
orang mati” dalam Bible bahasa Malaysia) “selalu ada tempat.”
(Amsal 27:20) Hal ini bermaksud Sheol tidak menjadi puas dan
tidak menjadi penuh. Maka, jelaslah bahawa Sheol atau Hades
bukanlah suatu tempat harfiah di lokasi tertentu, tetapi merupakan perkuburan umum umat manusia, iaitu tempat kiasan di
mana kebanyakan manusia sedang tidur dalam kematian.
Ajaran Bible mengenai pembangkitan membantu kita untuk memahami perkataan “Sheol” dan “Hades” dengan lebih
mendalam. Firman Tuhan menggunakan perkataan “Sheol”
244
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
dan “Hades” semasa membincangkan tentang orang mati yang
mempunyai harapan pembangkitan.1 (Ayub 14:13; Kisah 2:31;
Penyingkapan 20:13) Firman Tuhan juga menunjukkan bahawa
mereka yang berada di Sheol atau Hades merangkumi mereka
yang menyembah Yehuwa dan mereka yang tidak menyembah
Yehuwa. Maka, Bible mengajarkan bahawa “semua orang akan
dibangkitkan daripada kematian—orang baik [“adil benar,” NW],
mahupun orang jahat [“tidak adil benar,” NW]!”—Kisah 24:15.
1 Sebaliknya, orang mati yang tidak akan dibangkitkan tidak berada
di Sheol atau Hades, tetapi berada di Gehena (diterjemahkan di dalam
Alkitab Berita Baik bahasa Malaysia sebagai “neraka” di Matius 5:30;
10:28; 23:33). Seperti Sheol dan Hades, Gehena bukanlah suatu tempat
harfiah.
Apakah Itu Hari Penghakiman?
APAKAH yang terbayang di minda anda semasa Hari Penghakiman disebut? Ramai berpendapat bahawa berbilion-bilion orang,
iaitu seorang demi seorang, akan dibawa ke hadirat Tuhan untuk
dihakimi. Sesetengah orang diberkati dan dapat hidup bahagia di
syurga. Yang lain pula dihukum dan akan diseksa untuk selamalamanya. Walau bagaimanapun, gambaran Bible tentang Hari
Penghakiman adalah sangat berbeza. Firman Tuhan tidak menggambarkan Hari Penghakiman sebagai masa yang mengerikan.
Sebaliknya, Hari Penghakiman digambarkan sebagai masa yang
penuh harapan dan pemulihan.
Kita diberi gambaran tentang Hari Penghakiman oleh hawari
Yohanes di Penyingkapan 20:11,12 (ABB). Dia berkata, “Aku nampak sebuah takhta besar berwarna putih dan Dia yang duduk di
atasnya. Langit dan bumi lari dari hadirat-Nya, sehingga tidak kelihatan lagi. Aku nampak orang yang sudah mati, baik orang besar
mahupun orang biasa, semuanya berdiri di hadapan takhta itu.
Lalu kitab-kitab pun dibuka dan sebuah kitab lain juga dibuka iaitu Kitab Orang Hidup. Orang yang sudah mati dihakimi menurut
perbuatan mereka seperti yang tertulis di dalam kitab-kitab itu.”
Siapakah Hakim yang digambarkan ini?
Lampiran
245
Tuhan Yehuwa ialah Hakim tertinggi bagi umat manusia.
Walau bagaimanapun, Dia menugaskan kerja dan kuasa untuk
menghakimi manusia kepada wakil-Nya. Menurut apa yang tercatat di Kisah 17:31, hawari Paulus menyatakan bahawa Tuhan
telah “menetapkan suatu hari untuk mengadili seluruh dunia
ini dengan adil” dan “tugas itu akan dilakukan oleh satu orang
yang sudah dipilih-Nya.” Hakim yang telah dipilih-Nya ialah Yesus Kristus yang telah dibangkitkan daripada kematian. (Yohanes
5:22) Tetapi, bilakah Hari Penghakiman akan bermula? Berapa lamakah tempoh Hari Penghakiman ini?
Buku Penyingkapan menunjukkan bahawa sistem dunia Syaitan akan dibinasakan semasa perang Armagedon. Kemudian,
Hari Penghakiman akan bermula.1 (Penyingkapan 16:14, 16;
19:19–20:3) Selepas perang Armagedon, Syaitan dan roh-roh jahatnya akan dipenjarakan di sebuah jurang yang dalam selama
seribu tahun. Sepanjang masa itu, 144,000 orang yang dipilih
oleh Tuhan untuk ke syurga akan menjadi hakim dan “memerintah sebagai raja bersama-sama Kristus selama seribu tahun.”
(Penyingkapan 14:1-3; 20:1-4; Roma 8:17) Hari Penghakiman bukanlah satu peristiwa singkat yang akan berlangsung selama 24
jam. Tempohnya ialah seribu tahun.
Sepanjang tempoh seribu tahun itu, Yesus Kristus akan “menghakimi orang yang hidup dan yang mati.” (2 Timotius 4:1)
“Orang yang hidup” merujuk kepada kumpulan besar manusia
yang selamat mengharungi perang Armagedon. (Penyingkapan
7:9-17) Hawari Yohanes juga nampak “orang yang sudah mati
. . . berdiri di hadapan takhta” penghakiman. Seperti yang telah
dijanjikan oleh Yesus, “orang mati akan mendengar suara [Kristus], lalu keluar dari kubur” semasa pembangkitan. (Yohanes 5:
28, 29; Kisah 24:15) Tetapi, apakah dasar yang akan digunakan
untuk menghakimi semua orang?
Menurut penglihatan hawari Yohanes, gulungan atau “kitabkitab pun dibuka,” dan “orang yang sudah mati dihakimi
menurut perbuatan mereka seperti yang tertulis di dalam
1 Berkenaan perang Armagedon, sila lihat buku “Pemahaman” (Insight
on the Scriptures), Jilid 1, muka surat 594-595, 1037-1038, dan bab 20 dalam buku “Sembahlah Tuhan” (Worship the Only True God). Kedua-dua
buku ini diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.
246
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
kitab-kitab itu.” Adakah “kitab-kitab” ini mengandungi catatan
tentang apa yang telah dilakukan oleh mereka sebelum mereka mati? Tidak. Penghakiman ini tidak berdasarkan apa yang
telah dilakukan sebelum mereka mati. Bagaimanakah kita mengetahui hal ini? Bible menyatakan, “Apabila seseorang mati, dia
dibebaskan daripada kuasa dosa.” (Roma 6:7, ABB) Jadi, mereka
yang telah dibangkitkan seolah-olah mempunyai lembaran baru
yang bersih. “Kitab-kitab” ini sebenarnya melambangkan perkara tambahan yang dikehendaki oleh Tuhan daripada kita. Untuk
mendapat kehidupan yang kekal, mereka yang selamat mengharungi perang Armagedon serta mereka yang dibangkitkan
mesti mematuhi perintah Yehuwa, termasuklah perintah-perintah baru yang akan disingkapkan oleh-Nya semasa seribu tahun
itu. Maka, setiap individu akan dihakimi berdasarkan apa yang dilakukan oleh mereka semasa Hari Penghakiman.
Semasa Hari Penghakiman, berbilion-bilion orang diberi peluang buat pertama kali untuk mempelajari kehendak Tuhan lalu
menyelaraskan diri dengan kehendak-Nya. Hal ini bererti kerja pendidikan akan dijalankan secara besar-besaran. Ya, “apabila
[Tuhan] menghakimi bumi kelak, penduduknya akan mengetahui makna keadilan.” (Yesaya 26:9) Walau bagaimanapun, bukan
semua orang akan mengikut kehendak Tuhan. Yesaya 26:10
(ABB) menyatakan, “Walaupun orang jahat diperlakukan dengan
baik, namun mereka tidak juga berbuat yang adil. Bahkan di
negeri umat yang jujur, mereka tetap berlaku curang, dan tidak
mengakui keagungan-Mu.” Orang fasiq ini akan dibinasakan untuk selama-lamanya semasa Hari Penghakiman.—Yesaya 65:20.
Menjelang akhir Hari Penghakiman, manusia yang terselamat
akan “hidup semula” sebagai manusia yang sempurna. (Penyingkapan 20:5) Hal ini bererti bahawa semasa Hari Penghakiman,
manusia akan dipulihkan kepada keadaan asal, iaitu mereka akan
menjadi sempurna. (1 Korintus 15:24-28) Kemudian, ujian terakhir akan berlangsung. Syaitan akan dibebaskan dan diizinkan
untuk menyesatkan umat manusia buat kali terakhir. (Penyingkapan 20:3, 7-10) Mereka yang melawan Syaitan akan menikmati
penggenapan lengkap janji Bible, “Orang yang salih akan memiliki negeri ini, dan tinggal di sini selama-lamanya.” (Mazmur 37:29,
ABB) Ya, Hari Penghakiman akan membawa berkat kepada semua
manusia yang setia kepada Tuhan!
247
1914—Tahun yang Penting dalam
Nubuat Bible
BERDEKAD-DEKAD sebelum tahun 1914, pelajar Bible telah mengumumkan bahawa perkembangan yang penting akan berlaku
pada tahun 1914. Apakah perkembangan-perkembangan yang
dimaksudkan, dan apakah bukti yang menunjukkan bahawa tahun 1914 merupakan tahun yang sangat penting?
Seperti yang tercatat di Lukas 21:24, Yesus berkata, ‘Bangsa
yang tidak mengenal Tuhan akan menginjak-injak Yerusalem sehingga habis masa yang ditetapkan oleh Tuhan untuk mereka.’
Pada masa dahulu, Yerusalem ialah ibu kota bangsa Yahudi. Yerusalem juga merupakan pusat pemerintahan bagi raja-raja daripada keturunan Raja Daud. (Mazmur 48:2, 3) Tetapi, raja-raja
ini berbeza daripada pemimpin bangsa yang lain. Mereka “naik
takhta yang telah ditetapkan oleh [Yehuwa].” Dengan demikian,
mereka menjadi wakil Tuhan. (1 Tawarikh 29:23) Maka, Yerusalem menjadi lambang bagi pemerintahan Yehuwa.
Namun, bagaimanakah ‘bangsa yang tidak mengenal Tuhan’
mula “menginjak-injak” pemerintahan-Nya? Bilakah hal ini berlaku? Hal ini berlaku pada tahun 607 SM apabila Yerusalem ditawan oleh orang Babilon. “Takhta yang telah ditetapkan oleh
[Yehuwa]” menjadi kosong, dan jurai raja-raja daripada keturunan Daud terputus. (2 Raja-Raja 25:1-26) Adakah ‘injak-injakan’
ini akan berterusan untuk selama-lamanya? Tidak. Malaikat
Gabriel memberitahu Maria bahawa Yesus ‘akan dijadikan raja
seperti Daud, nenek moyangnya.’ (Lukas 1:32, 33) Maka, ‘injakinjakan’ ini akan berakhir semasa Yesus menjadi Raja.
Bilakah peristiwa yang penting ini akan berlaku? Yesus menunjukkan bahawa pemerintahan ‘bangsa yang tidak mengenal
Tuhan’ akan berlanjutan untuk suatu tempoh masa yang ditentukan. Kisah di Daniel bab 4 merupakan kunci kepada pengetahuan tentang panjang tempoh masa itu. Kisah ini berkaitan
dengan nubuat berupa mimpi yang dialami oleh raja Babilon,
iaitu Raja Nebukadnezar. Dia nampak sebatang pokok besar
yang ditebang. Tunggul pokok yang tertinggal tidak dapat bertumbuh kerana diikat dengan rantai besi dan gangsa. Tunggul
pokok itu diikat “selama tujuh tahun.”—Daniel 4:10-16.
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
248
Di dalam Bible, pokok kadangkala digunakan untuk melambangkan pemerintahan. (Yehezkiel 17:22-24; 31:2-5) Maka,
penebangan pokok simbolik ini menunjukkan bagaimana pemerintahan Tuhan, yang diwakili oleh raja-raja di Yerusalem,
akan berhenti buat sementara. Walau bagaimanapun, penglihatan ini juga menunjukkan bahawa ‘injak-injakan Yerusalem’ hanyalah sementara, dan akan berlanjutan selama “tujuh tahun.”
Dalam nubuat-nubuat Bible, perkataan “tahun” yang digunakan bukanlah merujuk kepada tahun secara harfiah. Jadi, berapa
panjangkah tempoh masa ini?
Penyingkapan 12:6, 14 memberi petunjuk kepada kita. Ayat ini
menunjukkan bahawa tiga tahun setengah adalah sama dengan
“1,260 hari.” Oleh itu, “tujuh tahun” adalah dua kali lebih panjang, iaitu selama 2,520 hari. Tetapi ‘bangsa yang tidak mengenal Tuhan’ masih “menginjak-injak” pemerintahanTuhan 2,520
hari setelah Yerusalem ditawan. Maka adalah jelas bahawa nu-
“TUJUH TAHUN”
2,520 tahun
606 1/4 tahun
1,913 3/4 tahun
Dari Oktober 607 SM hingga
31 Disember 1 SM
Dari 1 Januari 1 M hingga
Oktober 1914
607
‘Bangsa yang tidak
mengenal Tuhan akan
menginjak-injak
Yerusalem’
& SM M )
1914
Yesus ‘dijadikan raja
seperti Daud’
Lampiran
249
buat ini meliputi jangka masa yang lebih panjang. Berdasarkan
ayat di Bilangan 14:34 dan Yehezkiel 4:6, satu hari melambangkan satu tahun. Maka 2,520 hari ini merujuk kepada 2,520 tahun.
Tempoh 2,520 tahun ini bermula pada bulan Oktober 607 SM,
iaitu semasa Yerusalem ditakluki oleh orang Babilon dan raja daripada keturunan Daud diturunkan dari takhta. Tempoh masa
ini berakhir pada bulan Oktober 1914. Pada masa itu, ‘masa yang
ditetapkan oleh Tuhan untuk mereka [bangsa yang tidak mengenal Tuhan]’ telah berakhir, dan Yesus Kristus ditabalkan sebagai
Raja Kerajaan Tuhan di syurga.1—Mazmur 2:1-6; Daniel 7:13, 14.
Tepat seperti yang dinubuatkan oleh Yesus, kehadirannya
sebagai Raja di syurga dapat diketahui melalui perkembanganperkembangan ketara di bumi seperti peperangan, kebuluran, gempa bumi, dan wabak. (Matius 24:3-8; Lukas 21:11)
Perkembangan-perkembangan sedemikian merupakan bukti kukuh yang menunjukkan bahawa tahun 1914 sememangnya menandakan kelahiran Kerajaan Tuhan di syurga dan permulaan
“hari-hari terakhir” sistem dunia yang fasiq ini.—2 Timotius 3:
1-5.
1 Dari Oktober 607 SM hingga Oktober 1 SM ialah 606 tahun. Oleh
sebab tahun sifar tidak wujud, dari Oktober 1 SM hingga Oktober 1914 M
ialah 1,914 tahun. Jika 606 tahun dan 1,914 tahun ditambah, kita mendapat jumlah 2,520 tahun. Untuk maklumat lanjut mengenai kejatuhan
kota Yerusalem pada tahun 607 SM, sila lihat buku “Pemahaman” (Insight on the Scriptures, tajuk kecil “Chronology”) yang diterbitkan oleh
Saksi-Saksi Yehuwa.
Siapakah Mikhael, Ketua Malaikat
di Syurga?
MAKHLUK roh yang bernama Mikhael jarang disebut di dalam Bible. Namun, ayat-ayat Bible yang menyebut tentangnya
menunjukkan bahawa dia sedang giat melakukan sesuatu. Contohnya, di dalam buku Daniel, Mikhael sedang melawan
malaikat-malaikat yang jahat; dalam surat Yudas, dia sedang
berbalah dengan Syaitan; dan dalam buku Penyingkapan, dia
250
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
sedang berperang dengan Si Iblis dan roh-roh jahat. Oleh sebab
dia membela pemerintahan Yehuwa dan melawan musuhmusuh Tuhan, Mikhael hidup selaras dengan erti namanya,
iaitu “Siapa Seperti Tuhan?” Tetapi, siapakah Mikhael?
Adakalanya, sesetengah individu mempunyai lebih daripada
satu nama. Sebagai contoh, Yakub juga dikenali sebagai Israel, dan hawari Petrus juga dikenali sebagai Simon. (Kejadian 49:
1, 2; Matius 10:2) Dalam cara yang sama, Bible menunjukkan
bahawa Mikhael merupakan nama lain bagi Yesus Kristus, sebelum dia datang ke bumi dan selepas dia naik ke syurga. Mari kita
lihat beberapa sebab kita dapat membuat kesimpulan ini berdasarkan Bible.
Ketua Malaikat. Firman Tuhan menyatakan bahawa Mikhael
ialah “ketua malaikat.” (Yudas 9) Ungkapan “ketua malaikat” di
dalam Bible hanya digunakan untuk merujuk kepada satu individu, dan tidak pernah digunakan dalam bentuk jamak. Maka,
hal ini menunjukkan bahawa hanya satu malaikat dipanggil
“ketua malaikat.” Tambahan lagi, Bible menunjukkan bahawa
Yesus menyandang kedudukan ketua malaikat ini. Mengenai
Tuan Yesus Kristus yang telah dibangkitkan, 1 Tesalonika 4:16
dalam New World Translation of the Holy Scriptures menyatakan,
“Tuan sendiri akan turun dari syurga dengan seruan yang kuat,
dengan suara ketua malaikat dan dengan trompet Tuhan.” Oleh
sebab suara Yesus digambarkan sebagai suara ketua malaikat,
kita dapat menyimpulkan bahawa Yesus ialah ketua malaikat
yang bernama Mikhael.
Ketua Pasukan Tentera. Bible menyatakan bahawa “Mikhael
dengan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu . . .
yang dibantu oleh malaikat-malaikatnya.” (Penyingkapan
12:7) Maka jelaslah bahawa Mikhael ialah Ketua pasukan tentera yang terdiri daripada malaikat-malaikat yang setia. Buku
Penyingkapan juga menggambarkan Yesus sebagai Ketua pasukan tentera yang terdiri daripada malaikat-malaikat yang setia.
(Penyingkapan 19:14-16) Tambahan lagi, hawari Paulus secara khususnya merujuk kepada Yesus dan ‘malaikat-malaikatnya
yang perkasa.’ (2 Tesalonika 1:7) Jadi Bible menyebut tentang
Mikhael dan “malaikat-malaikatnya” serta Yesus dan ‘malaikatmalaikatnya.’ (Matius 13:41; 16:27; 24:31; 1 Petrus 3:22) Adakah
Lampiran
251
mana-mana ayat dalam Firman Tuhan menunjukkan bahawa
terdapat dua pasukan malaikat yang setia di syurga? Tidak. Bible tidak pernah menunjukkan bahawa satu pasukan tentera
diketuai oleh Mikhael dan satu lagi diketuai oleh Yesus. Maka
wajarlah kita menyimpulkan bahawa Mikhael sebenarnya merujuk kepada Yesus Kristus apabila dia berada di syurga.1
1 Maklumat lanjut yang menunjukkan bahawa nama Mikhael merujuk kepada Anak Tuhan boleh didapati di dalam buku “Pemahaman” (Insight on the Scriptures), Jilid 2, muka surat 393-394 yang diterbitkan oleh
Saksi-Saksi Yehuwa.
Mengenal Pasti Identiti Babilon Besar
BUKU Penyingkapan mengandungi ungkapan-ungkapan yang
membawa maksud kiasan. Sebagai contoh, buku Penyingkapan
menyebut tentang seorang pelacur wanita dengan nama “Babel
yang besar” atau “Babilon Besar” tertulis pada dahinya. Wanita
ini sedang duduk di atas ‘pelbagai negara, rakyat, dan bangsa.’
(Penyingkapan 17:1, 5, 15) Oleh sebab seorang wanita harfiah tidak dapat melakukan hal ini, Babilon Besar tentunya merujuk
kepada seorang wanita simbolik. Jadi, apakah yang dilambangkan oleh pelacur yang simbolik ini?
Di Penyingkapan 17:18, wanita simbolik ini digambarkan
sebagai “kota besar yang rajanya memerintah raja-raja di
bumi.” Perkataan “kota” merujuk kepada sekumpulan orang,
atau sebuah organisasi. Oleh sebab “kota besar” ini menguasai
“raja-raja di bumi,” wanita yang bernama Babilon Besar tentunya merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang sangat
berpengaruh. Babilon Besar dengan tepatnya dipanggil empayar
agama sedunia. Perhatikan bagaimana beberapa ayat di dalam
buku Penyingkapan membantu kita untuk membuat kesimpulan ini.
Sebuah empayar boleh berupa empayar politik, perdagangan,
atau keagamaan. Wanita yang bernama Babilon Besar bukanlah
sebuah empayar politik kerana FirmanTuhan menyatakan bahawa dia “melakukan perbuatan cabul” dengan “raja-raja dunia”
252
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
atau unsur-unsur politik dunia ini. Perbuatan cabul yang
dimaksudkan ialah perikatan wanita ini dengan pemerintahpemerintah di bumi. Itulah sebabnya dia dipanggil “pelacur
yang termasyhur.”—Penyingkapan 17:1, 2; Yakobus 4:4.
Babilon Besar tidak mungkin merujuk kepada sebuah empayar perdagangan kerana “saudagar-saudagar di bumi,” yang
melambangkan unsur-unsur perdagangan, akan berkabung semasa wanita ini dibinasakan. Bible menyatakan bahawa raja-raja
dan saudagar-saudagar ini akan “berdiri dari jauh” sambil
melihat Babilon Besar. (Penyingkapan 18:3, 9, 10, 15-17) Jadi, wajarlah kita menyimpulkan bahawa Babilon Besar bukan sebuah
empayar politik mahupun sebuah empayar perdagangan tetapi
merupakan sebuah empayar keagamaan.
Identiti Babilon Besar sebagai empayar keagamaan juga disahkan oleh pernyataan di dalam Bible yang menunjukkan bahawa
dia menipu semua orang di dunia dengan menggunakan “ilmu
sihir” atau spiritisme. (Penyingkapan 18:23) Oleh sebab semua
bentuk spiritisme mempunyai unsur keagamaan dan dipengaruhi oleh roh-roh jahat, tidak hairanlah Bible menyatakan bahawa
“roh-roh jahat tinggal” di Babilon Besar. (Penyingkapan 18:2; Ulangan 18:10-12) Empayar ini juga giat menentang agama benar
dan menganiaya para penubuat dan umat Tuhan. (Penyingkapan
18:24) Sebenarnya, Babilon Besar begitu membenci agama benar
sehinggakan dia sanggup menganiaya dan membunuh mereka
yang “setia kepada Yesus” dengan kejam sekali. (Penyingkapan
17:6) Maka, jelaslah bahawa wanita ini yang bernama Babilon
Besar melambangkan empayar agama palsu sedunia yang merangkumi semua agama yang menentang Tuhan Yehuwa.
Adakah Yesus Dilahirkan pada
Bulan Disember?
BIBLE tidak memberitahu kita bila Yesus dilahirkan. Walau bagaimanapun, Bible memberi kita sebab yang kukuh untuk
membuat kesimpulan bahawa dia tidak dilahirkan pada bulan
Disember.
Lampiran
253
Mari kita bincangkan keadaan cuaca sekitar bulan Disember
di Betlehem, iaitu tempat lahir Yesus. Cuaca pada bulan Kislew
dalam kalendar Yahudi (bersamaan bulan November/Disember) adalah sejuk disertai hujan. Bulan seterusnya ialah bulan
Tebet (Disember/Januari). Bulan ini mengalami suhu tahunan
yang paling rendah dan kadangkala, salji turun di kawasan pergunungan. Mari kita lihat apa yang terkandung di dalam Bible
mengenai cuaca di kawasan sekitar Betlehem.
Menurut penulis Bible yang bernama Ezra, cuaca pada
bulan Kislew sememangnya sejuk dan disertai hujan. Ezra
menyatakan bahawa “pada hari kedua puluh bulan sembilan
[Kislew],” sekumpulan orang telah berkumpul di Yerusalem
dan mereka semua “menggigil kerana kesejukan.” Mereka
berkata bahawa mereka “tidak tahan berdiri di tempat yang
terbuka” kerana “hujan lebat.” (Ezra 10:9, 13; Yeremia 36:22)
Itulah sebabnya para gembala yang hidup di sekitar kawasan
Betlehem memastikan bahawa mereka dan biri-biri mereka
tidak berada di luar pada waktu malam pada bulan Disember.
Tetapi, penulis Bible yang bernama Lukas menyatakan, “Pada
malam itu [malam Yesus dilahirkan], beberapa orang gembala
Semasa Yesus dilahirkan, para
gembala dan biri-biri mereka berada
di padang pada waktu malam
254
Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
sedang menjaga domba di padang.” (Lukas 2:8-12, ABB) Perhatikan bahawa para gembala sedang menjaga biri-biri mereka
di padang dekat Betlehem pada waktu malam. Adakah gambaran ini bersesuaian dengan cuaca sejuk dan hujan yang dialami
di Betlehem pada bulan Disember? Sudah tentu tidak! Maka,
fakta-fakta yang diberikan di dalam Bible tentang kelahiran
Yesus menunjukkan bahawa dia tidak dilahirkan pada bulan Disember.1
Firman Tuhan menyatakan dengan tepat bila Yesus mati, tetapi tidak memberikan banyak maklumat tentang bila dia
dilahirkan. Hal ini mengingatkan kita tentang kata-kata Raja Salomo, “Nama baik lebih harum daripada minyak wangi yang
mahal, dan hari kematian lebih baik daripada hari kelahiran.”
(Pengkhutbah 7:1, ABB) Maka, kita tidak patut berasa hairan
bahawa Bible memberi kita banyak maklumat tentang aktiviti
penyebaran Yesus dan kematiannya, tetapi hanya sedikit maklumat tentang bila dia dilahirkan.
1 Untuk maklumat lanjut, sila lihat buku “Bertukar Fikiran” (Reasoning
From the Scriptures), muka surat 176-179 yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.
Patutkah Kita Menyambut Perayaan?
PERAYAAN keagamaan dan sekular yang dirayakan oleh ramai
orang di seluruh bumi tidak berasal daripada Bible. Maka, apakah asal usul perayaan sedemikian? Jika anda dapat membuat
penyelidikan sendiri di sebuah perpustakaan, anda akan menjumpai maklumat yang menarik tentang perayaan yang biasa
disambut di negara anda. Mari kita lihat beberapa contoh.
Easter. “Tidak ada sebarang bukti di dalam Perjanjian
Baru yang menunjukkan bahawa perayaan Easter disambut,” kata The Encyclopædia Britannica. Jadi, apakah asal usul
perayaan Easter? Perayaan ini berasal daripada agama kafir.
Walaupun perayaan ini kononnya disambut untuk memperingati pembangkitan Yesus, adat kebiasaan yang dikaitkan
Lampiran
255
dengan perayaan Easter tidak mempunyai asal usul Kristian.
Perayaan Tahun Baru. Tarikh dan adat yang berkaitan
dengan perayaan Tahun Baru adalah berbeza dari negara ke negara. Mengenai asal usul perayaan ini, The World
Book Encyclopedia menyatakan, “Pada tahun 46 SM, pemerintah Roma, Julius Caesar, menetapkan tarikh 1 Januari sebagai
Hari Tahun Baru. Orang Roma mengekhaskan hari ini untuk
memperingati dewa Janus, iaitu dewa gerbang, pintu, dan permulaan. Bulan Januari dinamakan sempena dewa Janus
yang mempunyai dua muka—satu melihat ke depan dan satu
lagi melihat ke belakang.” Maka, perayaan Tahun Baru berasal
daripada adat istiadat kafir. Di negara-negara timur pula, perayaan Tahun Baru diraikan berdasarkan peredaran bulan dan
dikaitkan dengan penyembahan dewa dewi dan nenek moyang serta penghalauan hantu dan nasib malang. Bahkan
sekarang, perayaan-perayaan sebegini adalah mengikut tradisi
karut yang dianggap boleh membawa nasib baik serta kekayaan.
Halloween. Perayaan ini hampir sama dengan Perayaan
Hantu Lapar dan Gawai Antu. Mengenai perayaan Halloween,
The Encyclopedia Americana menyatakan, “Ciri-ciri adat
kebiasaan Halloween berasal daripada istiadat orang Druid
[pendeta-pendeta orang Celt kuno] pada zaman pra-Kristian.
Orang Celt menyambut perayaan untuk dua dewa utama, iaitu
dewa matahari dan dewa orang mati . . . Perayaan untuk dewa
orang mati ini disambut pada 1 November, iaitu pada permulaan Tahun Baru orang Celt. Perayaan ini kemudiannya diserap
ke dalam upacara agama Kristian.”
Perayaan Lain. Kita tidak dapat membincangkan semua perayaan yang diraikan di serata dunia. Walau bagaimanapun,
perayaan yang mengagungkan manusia atau organisasi manusia tidak mendapat perkenan Yehuwa. (Yeremia 17:5-7;
Kisah 10:25, 26) Selain itu, sama ada sesebuah perayaan keagamaan disenangi Tuhan atau tidak bergantung pada asal
usulnya. (Yesaya 52:11; Penyingkapan 18:4) Bagaimana pula dengan perayaan-perayaan yang tidak berkaitan dengan agama?
Prinsip-prinsip Bible yang terdapat dalam Bab 16 akan membantu anda untuk mengetahui pandangan Tuhan tentang hal ini.
Inginkah anda mendapat maklumat selanjutnya?
Hubungilah Saksi-Saksi Yehuwa dengan menggunakan alamat yang sesuai.
Download