GOD’S SIMPLE PLAN OF SALVATION FROM YOHANES Why did Jesus die? 1. Man by nature does evil (wrong). Yohanes 3:19 Penghakiman itu berdasarkan hal ini: Cahaya itu sudah datang ke dunia, tetapi manusia lebih menyukai kegelapan daripada cahaya kerana perbuatan mereka jahat. We are all sinners! 2. By that nature we are condemned. Yohanes 6:40 Memang inilah kehendak Bapa-Ku: Semua orang yang melihat Anak lalu percaya kepada-Nya akan beroleh hidup sejati dan kekal, dan Aku akan membangkitkan mereka pada Hari Kiamat.'' Yohanes 3:18 Sesiapa yang percaya kepada Anak itu tidak dihukum, tetapi sesiapa yang tidak percaya sudah dihukum kerana dia tidak percaya kepada Anak Allah yang tunggal. Yohanes 3:36 Sesiapa yang percaya kepada Anak itu beroleh hidup sejati dan kekal, tetapi sesiapa yang tidak taat kepada Anak itu tidak akan beroleh hidup itu. Dia akan dihukum oleh Allah selama-lamanya. There is a cost for sin! 3. Jesus was in the world and he died for us. Yohanes 14:6 Yesus menjawab, "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku. Yohanes 3:17 Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya. Yohanes 1:10, 12 Firman itu ada di dunia. Walaupun Allah menjadikan dunia ini melalui Dia, orang di dunia ini tidak mengenal Dia. Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikanNya hak menjadi anak Allah. 4. Salvation is a free gift, not by good works. You must take God’s word for it, and trust Jesus alone! Kisah Rasul-Rasul 4:12 Hanya melalui Yesus orang diselamatkan, kerana di seluruh dunia tiada orang lain yang mendapat kekuasaan daripada Allah untuk menyelamatkan kita.'' Efesus 2:8-9 Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu. Titus 3:5 Dia menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik kita, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Allah menyelamatkan kita melalui Roh-Nya, yang mengurniai kita kelahiran baru dan hidup baru dengan membasuh kita. 5. You must believe on the Lord and you will have everlasting life! Yohanes 5:24 Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, beroleh hidup sejati dan kekal. Dia tidak akan dihukum, melainkan sudah terlepas daripada kematian dan mulai benar-benar hidup. Yohanes 6:47 Apa yang Aku katakan ini benar: Orang yang percaya kepada-Ku mempunyai hidup sejati dan kekal. Yohanes 10:28 Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. Kamu hanya boleh menerimanya, dengan iman, melalui rahmat dan belas kasihan Tuhan. Jika kamu hendak menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat kamu dan menerima pengampunan daripada Tuhan, maka berdoalah begini. Melafazkan doa ini atau doa-doa lain tidak dapat menyelamatkan kamu. Hanya kepercayaan kepada Yesus Kristus yang boleh memberikan pengampunan dosa. Doa hanya satu cara untuk menunjukkan kepada Tuhan bahawa kamu percaya kepada-Nya dan berterima kasih kepada Tuhan kerana menyediakan pengampunan dosa. "Tuhan, saya mengaku bahawa saya sudah berdosa terhadap kamu dan patut dihukum. Tetapi Yesus Kristus telah menggantikan saya untuk menerima hukuman itu supaya saya dapat diampuni melalui kepercayaan ke atas Kristus. Saya akan meninggalkan dosa saya dan percaya kepada Tuhan untuk mendapat penyelamatan. Terima kasih Tuhan kerana rahmat dan pengampunan kamu yang mengagumkan itu! Amen!" Amazing Grace Publishing * PO Box 1963 * Joshua TX 76058 * 817-426-1828 * E-Mail [email protected]