Minggu Kateketikal (September 2015) Tema: Iman Dalam Kristus

advertisement
Minggu Kateketikal (September 2015)
Tema: Iman Dalam Kristus - Untuk Mengenali Dia, Mencintai Dia, untuk
berkongsikan-Nya
Kasih karunia dan damai Tuhan Yesus kepada semua.
Sebagai rakyat Malaysia, kita semua suka makanan. Kita mempunyai gerai
kegemaran laksa atau koay teow goreng di mana tempat kita akan membawa
keluarga, rakan-rakan dan pengunjung kita. Iman dalam Kristus ibarat seperti “gerai
laksa” atau "gerai koay teow goreng" – kita ingin mengunjung semula gerai tersebut
berulang kali dan ingin berkongsinya dengan orang lain. Iman adalah untuk
disayangi dan dikongsikan. Itulah tema minggu kateketikal tahun ini: "Iman dalam
Kristus – untuk mengenali Dia, mengasihi Dia, untuk berkongsi-Nya"
Apakah itu iman dalam Kristus? Iman adalah respons peribadi yang bebas kita akan
kepercayaan terhadap Tuhan. Iman dalam Yesus Kristus adalah mempercayai
bahawa Ia adalah anak Tuhan, wahyu penuh Allah Bapa. Iman dalam Tuhan
dinyatakan melalui ibadah kita, doa-doa dan sakramen-sakramen serta kesaksian
hidup. Ini adalah respons kita kepada anugerah iman Allah.
Cabaran besar yang dihadapi oleh pengetahuan kita mengenai Kristus hari ini
adalah apabila berhadapan dengan persoalan tentang agama, pelampau agama,
polarisasi kaum, pertukaran agama yang tidak beretika, Islamisasi, isu mengenai
perkataan "Allah", pelbagai bentuk ketidakadilan serta isu-isu sosial dan ekonomi
yang lain yang kita hadapi hari ini sebagai rakyat Malaysia. Dalam menghadapi
cabaran-cabaran ini, saya perlu bertanya pada diri sendiri jika saya mempunyai
jawapan-jawapan yang diperlukan.
Tindakan kita sebagai umat Katolik bukanlah suatu respons yang bersifat
pencerobohan atau berputus-asa tetapi seperti kata St. Paul iaitu untuk "berdiri
teguh dan berpegang sekuat-kuatnya kepada tradisi yang telah diajarkan oleh kami,
sama ada secara lisan atau dengan surat kami" (2 Thes 2: 15). Sama seperti kita
yang membincangkan tentang gerai laksa mana yang terbaik, kita dijemput untuk
berbincang dan memahami iman melalui Firman Allah – Alkitab – dan Tradisi Gereja
kita dalam komuniti paroki kita. Kita berharap bahawa dengan "niat mencari
kefahaman" (St. Anselm) kita melalui pembacaan, penyelidikan dan doa, kita akan
mengenali Yesus dan mengasihi-Nya.
Dalam menikmati makanan laksa atau kaoy teow goreng bersama dengan keluarga
dan rakan-taulan, kita mengingati bahawa kebanyakan ajaran penting Yesus telah
dikongsikan sewaktu jamuan makan bersama dengan kawan-kawan-Nya. Bagaikan
semangkuk laksa atau kaoy teow goreng yang enak untuk dinikmati dan dikongsi,
dalam kita mengenali dan mengasihi Yesus, begitu juga kita boleh berkongsi
pengalaman kita tentang Yesus bersama orang lain. Kita boleh berkongsi
bagaimana Kristus telah memakbulkan doa-doa kita, pengalaman rohani kita,
hubungan kita yang mengembirakan dengan Yesus, suatu yang kita belajar tentang
iman atau pemahaman kita tentang siapa itu Allah. Adalah diharapkan dengan
berkongsi iman kita tentang Yesus, orang lain turut digalakkan dan diperkukuhkan
dalam perjalanan iman mereka sendiri atau berubah untuk percaya kepada Yesus.
Iman yang dikongsi akan menjadi lebih indah, agama menjadi suatu kegembiraan
dan Yesus menjadi nyata.
Semoga Maria, Ibu Tuhan, yang pertama mengenali, mencintai dan berkongsi
tentang Yesus, memberi syafaat untuk kita.
Komisi Kateketikal Malaysia
Download