Kata Kerja Tak Transitif berpelengkap

advertisement
Imbas kembali…Kata Kerja Tak Transitif (KKTT)
Kata Kerja Transitif merupakan Kata Kerja yang tidak memerlukan
objek selepasnya.
Contoh:
Ali berjalan.
Adik tidur.
Ibu sedang menanti ayah pulang.
Jika kita amati, kata kerja ‘berjalan’, ‘tidur’ dan ‘pulang’ sudah
cukup untuk memberikan makna kepada ayat yang diberikan.
Ia tidak memerlukan objek selepasnya untuk melengkapkan ayat.
Kata Kerja Tak Transitif
berpelengkap (KKTT)
KKTT berpelengkap merujuk kepada Kata Kerja yang
mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat. (Buku Teks Jauhari 4A asas.
hlm. 14).
Pelengkap di sini tidak semestinya objek seperti
yang diperlukan oleh Kata Kerja Transitif.
Ingatkah lagi apakah itu Kata Kerja Transitif?
Contoh
Kain songket itu bersulamkan benang emas.
Kain itu kelihatan bertambah menarik setelah ditekat.
‘benang emas’ merupakan pelengkap kepada kata kerja
‘bersulamkan’.
‘menarik setelah ditekat’ merupakan pelengkap
kepada kata kerja ‘bertambah’ .
Latihan
Sila fikirkan 5 KKTT berpelengkap.
Bina ayat menggunakan kelima-lima KKTT yang telah
kamu fikirkan. Pastikan ayat tersebut mempunyai
sekurang-kurangnya 7 patah perkataan.
Download