PROSIDING PERKEM VIII, JILID 2 (2013) 661 - 672 ISSN: 2231-962X Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Nurazidah Mashan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Email :[email protected] Salmy Edawati Yaacob Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Email :[email protected] Sanep Ahmad Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Email :[email protected] Mat Noor Mat Zain Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Email :[email protected] Zamzuri Zakaria Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Email :[email protected] Aisyah Abdul Rahman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Email :[email protected] Azlin Alisa Ahmad Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Email :[email protected] Suhaili al-Ma‟amum Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Email :[email protected] Hafizi Abdul Majid Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Email :[email protected] ABSTRAK Kadar inflasi di Malaysia pada hari ini adalah membimbangkan apabila berlaku peningkatan ketara bermula tahun 2010 sehingga ke hari ini. Purata pergerakan kadar inflasi Malaysia adalah sebanyak 3 peratus hingga 4 peratus setahun kecuali pada tahun 2008, di mana peningkatan kepada 5 peratus. Menurut pandangan sesetengah penganalisis ekonomi, masalah inflasi sentiasa melanda Malaysia disebabkan krisis kewangan yang berlaku dalam sistem monetari dunia.Hal ini memberi kesan negatif terhadap institusi penyimpanan wang (Ringgit Malaysia) terutama untuk jangka masa yang panjang seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana penyusutan nilai ringgit berlaku dalam jumlah yang besar tanpa disedari.Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor berlakunya Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII) “Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju” Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013 662 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Ma’amum, Hafizi Abdul Majid inflasi di Malaysia dan kesannya dalam KWSP. Hasil kajian mendapati bahawa simpanan wang pekerja dalam KWSP akan menyusutkan nilai benar pendapatan atau tabungan dalam KWSP. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan tabungan individu setiap bulan. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. Implikasi kajian ini menunjukkan keperluan kepada satu alternatif untuk membentuk mekanisme lindung nilai yang berkesan terutamanya dalam aspek kewangan Islam untuk mengurangkan kesan inflasi agar tabungan pekerja dalam KWSP akan terjamin. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian perpustakaan. Kajian mencadangkan pembentukan mekanisme penggunaan emas dalam KWSP yang mana merupakan salah satu instrumen kewangan Islam sebagai alat lindung nilai semasa. Kata kunci: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Inflasi, Nilai Benar Wang, Krisis Ekonomi, Kestabilan Ekonomi. ABSTRACT Inflation in Malaysia today is disquieting when there is a significant increase from year 2010 up to the present day. The average inflation rate in Malaysia is 3 percent until 4 percent per year except in 2008, which increased to 5 percent. According to some analysts, the inflation tricky will always hit Malaysia due to the financial crisis that has always happened in the world monetary system. This negative impact on institutions handling money (Ringgit Malaysia) especially for long periods of time such as the Employees Provident Fund (EPF) as the depreciation of the ringgit occur in large numbers in unnoticed. Therefore, this study aims to examine the factors of inflation in Malaysia and its effect on the fund. The study found that employees in EPF savings would diminish the value of real income or savings in the EPF. The situation becomes serious if the rate of prices increase or inflation rates higher than the rate of increase in individual savings every month. This is because during inflation, real interest rates are low and possibly negative compared to the situation without inflation. The implications of this study indicate the necessity alternative to forming an effective hedging mechanism in reducing the effects of inflation. So that workers in EPF savings will be assured. This studies use qualitative method using library research approach. This studies also suggest the formation mechanism of the gold in EPF as the current hedging tool and Islamic finance instrument. Keywords: Employees Provident Fund (EPF), Inflation, Real Value of Money, Economic Crisis, Economic Stability. PENGENALAN Inflasi ialah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh sesebuah negara,terutamnya negara yang mengamalkan ekonomi pasaran bebas.Inflasi merupakan fenomena kenaikan harga secara menyeluruh dan berterusan dalam pasaran, Mansor Jusoh (1990).Manakala kadar inflasi pula diukur berdasarkan perubahan indeks harga pengguna sesebuah negara dan pada masa tertentu. Pada tahun 1960-an, kadar inflasi berada dalam lingkungan 2 peratus. Jika kadar inflasi melebihi nilai tersebut, maka ekonomi dianggap mendesak. Purata pergerakan kadar inflasi Malaysia mencatatkan nilai sebanyak 3 peratus kecuali pada tahun 2008 iaitu sebanyak 5 peratus.Kadar inflasi yang semakin meningkat memberi impak yang besar kepada kuasa beli penduduk dan mempengaruhi struktur dan perkembangan ekonomi sesebuah negara.Kesannya,nilai matawang Malaysia akan semakin mengecil dan berlaku lambakan mata wang dalam pasaran semasa. Hampir semua negara-negara seluruh dunia pernah mengalami pengalaman menghadapi inflasi.Antaranya, Inflasi hiper (hyperinflation) di Negara Weimer Republic of Germany pada tahun 1920-1923 Zimbabwe sejak tahun 2003, Argentina pada tahun 1975-1983 dan Bosnia-Herzegovina pada tahun 1992-1993. Stagflasi (inflasi dan kemerosotan ekonomi) berlaku pada pertengahan 1970-an di kebanyakkan negara seluruh dunia, yang juga memberi kesan kepada Malaysia. Sekali lagi, pada tahun 1997/1998, stagflasi berlaku di beberapa Negara Asian ekoran daripada krisis matawang Asia Timur.Bagaimanapun, Malaysia rata-rata boleh di anggap sebuah negara yang tidak dibebani dengan masalah inflasi. Antara tahun 1973 hingga kini kadar inflasi tahunan purata di Malaysia adalah sebanyak 3.75 peratus, walaupun pernah mencapai kadar tertinggi 23.90 peratus setahun pada Mac 1974 dan terendah -2.40 peratuspada Julai 2009, Mansor Jusoh (2013). Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 663 Krisis mata wang 1997 menyaksikan lambakan mata wang Asia sehingga menjatuhkan nilai mata wang tersebut secara mendadak.Menurut Mahathir Mohamad (2000) krisis mata wang Asia ini disebabkan oleh serangan spekulatif ke atas mata wang Negara-negara Asia dengan kegiatan jualan singkat oleh pedagang-pedagang mata wang.Serangan spekulatif ini telah menjatuhkan nilai mata wang ringgit Malaysia, bath Thailand dan rupiah Indonesia. Rentetan itu, inflasi yang teruk telah berlaku kerana inflasi akan meningkatkan kos pengeluaran dan akan menyebabkan kejatuhan nilai (Saiful Azhar & „Imad Rafiq Barakat 2002). Salmy Edawati Yaacob (2011) Rentetan itu, akan berlaku penyusutan nilai ringgit Malaysia sebanyak 3 peratus setiap tahun. Walau bagaimanapun,perkara sebaliknya berlaku dengan nilai emas yang sentiasa meningkat. Menurut Ketua Strategi Pelaburan Standart Chartered Bank, Steve Brice, harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM 5,925) seaun pada suku keempat tahun 2012 (Utusan Malaysia 3 Febuari 2012). Purata kenaikan harga emas adalah sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus setahun (Kitco 2012) dan ini berlaku sejak emas dihapuskan dalam sistem monetari dunia tahun 1971. Justeru, terdapat impak yang besar terhadap simpanan wang (ringgit Malaysia) terutama dalam jangka masa yang panjang seperti simpanan wang di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana akan berlaku penyusutan nilai ringgit tanpa disedari. Justeru, kita akan mengkaji mengenai faktor-faktor inflasi dan kesannya terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). DEFINISI INFLASI Menurut Mansor Jusoh (1990), inflasi hanya berlaku apabla berlaku kenaikan harga secara menyeluruh dan berterusan hingga beberapa suku tahun. Bernstein (1968), inflasi bermaksud kenaikan tingkat harga umum secara berterusan di sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu atau kenaikan berterusan tingkat harga umum (James 1986).Manakala Jefferson (1977) mentakrifkan inflasi sebagai kenaikan tingkat harga umum akibat daripada ketidakseimbangan antara pergerakan barangan dan pergerakan wang.Manakala Harriss (1975) mendefinisikan inflasi sebagai: “The sense of a rise in the general level of prices has occurred time and again, all over the world. Inflation deals not with particular prices or the relations among prices but with the general price level, a drop in the purchasing power of the dollar. The general price level goes up when money demand rises more than the goods and services available for buying. Money demand goes up when the quantity of money rises or when velocity, the rate of turnover, rises- or some combination of the two”. Dalam istilah Arab, Jarwan al-Sabiq, (1970) mentakrifkan inflasi sebagaibertambahnya permintaan wang terhadap penawaran barang dengan pertambahan yang tidak terduga.Kemudian ianya bukan hanya kenaikan yang bersifat sementara, tetapi kenaikan yang berterusan dan sentiasa bertambah. MA. Mannan, (1970) pula menyatakan bahawa, inflasi bermaksud kenaikan dalam tingkat harga umum yang biasanya diakibatkan oleh pertambahan dalam penawaran wang yang tidak diikuti oleh pertambahan dalam permintaan. Menurut Professor Pigou, “Inflasi wujud apabila pendapatan wang bertambah melebihi kadar aktiviti yang menghasilkan pendapatan” dan ini mengakibatkan kenaikan harga. Apabila kenaikan harga disebabkan oleh pertambahan dalam bekalan emas, kita dapati inflasi emas, jika ia disebabkan oleh matawang, wujud inflasi matawang, dan apabila berpunca daripada pengembangan kredityang berlebihan, istilah inflasi kredit digunakan. Secara ringkasnya, inflasi boleh ditakrifkan sebagai peningkatan tingkat harga umum secara berterusan.Peningkatan ini disebabkan oleh perubahan dalam faktor-faktor ekonomi yang mengakibatkan kejatuhan nilai kuasa beli wang.Oleh itu, berlaku lebihan wang dalam pasaran yang mengundang kepada wujudnya masalah sosial seperti peningkatan kadar penggangguran, penurunan pertumbuhan ekonomi dan pelbagai masalah lagi yang mengundang kepada suasana ekonomi yang negatif. FAKTOR- FAKTOR YANG MENYEBABKAN INFLASI Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya inflasi. Antaranya ialah : I. Inflasi dari aspek permintaan 664 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Ma’amum, Hafizi Abdul Majid Dari sebelah aspek permintaan, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan berlakunya inflasi, iaitu terlebih permintaan dan terlebih bekalan wang. Terlebih permintaan Inflasi berlaku apabila jumlah permintaan melebihi penawaran barang mengikut harga semasa.Lebihan dalam permintaan ini memberikan tekanan kepada ekonomi. Inflasi akan muncul kalau permintaan bertambah tetapi barang-barang dan perkhidmatan tidak bertambah selaras dengan pertambahan permintaan itu. Hal ini membawa kepada peningkatan harga, disebabkan reaksi daripada orang ramai dalam meningkatkan pembelanjaan mereka kerana mereka bimbang akan berlaku kenaikan harga barang dan barang-barang akan habis di pasaran.Oleh itu, inflasi ini dikenali sebagai Inflasi tarikan permintaan( demand-pull inflation). Inflasi ini terjadi disebabkan oleh faktor-faktor di sebelah permintaan yang mana jumlah wang yang ingin dibelanjakan bertambah dengan cepat melebihi pertambahan barang dan perkhidmatan yang di tawarkan di pasaran.Dalam hal ini dikatakan bahawa, pertambahan permintaan agregat menarik harga supaya meningkat tinggi.Hal ini disebabkan oleh, lebihan wang yang dipegang oleh pengguna yang menyebabkan mereka meningkatkan perbelanjaan barangan dan perkhidmatan.Namun agak sukar untuk menambah barang dan perkhidmatan dalam masa yang cepat, maka wujud lebihan permintaan yang memaksa peningkatan harga. Selain itu, menurut teori Keynesian, peningkatan dalam pengeluaran produk domestik akan meningkatkan permintaan pengguna. Apabila jumlah peningkatan permintaan terhadap barangan ini meningkat, sekaligus berlaku kenaikan tingkat harga umum dan permintaan terhadap barangan yang melebihi jumlah maksimum daripada pengeluaran yang biasa dihasilkan oleh buruh, maka wujud jurang inflasi (Inflationary Gap) dan menyebabkan berlakunya inflasi. Terlebih bekalan wang Inflasi juga akan berlaku apabila daripada lebihan bekalan wang di pasaran. Hal ini mengakibatkan kenaikan harga barang.Bekalan wangberlebihan ini berlaku melalui dua cara iaitu berlebihan dalam melaksanakan perbelanjaan kerajaan. Keadaan inflasi yang amat kritikal berlaku disebabkan oleh pertambahan dalam bekalan wang.Hal ini demikian kerana, wang diperlukan unuk membiayai perbelanjaan kerajaan yang melebihi kutipan cukai.Kerajaan perlu memungut cukai selaras dengan keperluan perbelanjaannya jika hendak mengatasi masalah inflasi.Kutipan yang dilakukan kepada rakyat berkemungkinan ada atau tidak bergantung kepada kestabilan ekonomi.Oleh itu, kerajaan terpaksa melakukan pinjaman wang daripada bank untuk membiayai perbelanjaannya.Peminjaman ini bererti, kerajaan menambah wang baru dalam bentuk kredit.Manakala perbelanjaan daripada pinjaman wang ini merupakan pertambahan perbelanjaan dalam ekonomi.Oleh itu, output barang dan perkhidmatan perlu ditingkatkan supaya harga barang menjadi stabil di pasaran. Namun, jika pengeluaran tidak ditambah, iniakan menaikkan harga barang.Kesannya, kerajaan terpaksa membuat pinjaman semula bagi membiayai perbelanjaan kerajaan. Hal ini sekaligus, menimbulkan desakan inflasi dan harga barangan serta perkhidmatan akan terus meningkat. Selain itu, infasi juga mungkin terjadi jika kerajaan membelanjakan wang untuk pembangunan Negara.Wang pembangunan ini biasanya diperoleh daripada bank-bank dalam atau luar negeri secara hutang. Keadaan ini sekaligus menambahkan jumlah wang dalam pegangan kerajaan, namun pengeluaran atau output barang tidak lagi dihasilkan dalam ekonomi supaya inflasi dapat diatasi, terutamanya dalam peringkat-peringkat awal pembangunan sesebuah negara. Akibatnya, banyak Negara sedang membangun mengalami inflasi. Ditambah lagi dengan perbelanjaan yang terlalu besar untuk kelengkapan tentera, dan kurang untuk mendirikan projek yang menguntungkan dari segi ekonomi, akan mengakibatkan kenaikan inflasi secara terus –menerus. Kedua adalah disebabkan oleh lebihan dalampembinaan kredit dalam Institusi Perbankan.Jika kredit bank bertambah, maka akan bertambah kuasa beli, dan ini akan menaikkan harga barang-barang. Maka, bank akan menambahkan kreditnya jika terdapat permintaan untuk meminjam daripada orang ramai. Menurut Husain bin Mahmud (1967), inflasi jenis ini tidaklah seberat inflasi yang dilakukan oleh kerajaan iaitu melakukan pinjaman wang dengan institusi perbankan. II. Sebab inflasi daripada aspek pengeluaran barang-barang Daripada sebelah aspek pengeluaran barang-barang, terdapat beberapa kemungkinan dan keadaan semasa yang menyebabkan berlakunya inflasi, seperti dalam masa melambung dan kos bertambah sedangkan daya pengeluaran berkurang. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 665 Masa melambung Dalam masa melambung menjadi terlebih penanaman modal (over investment).Para pengusaha berlumba-lumba memulakan perusahaan-perusahaan baru.Oleh itu, permintaan terhadap bahan-bahan mentah juga bertambah.Harga barang-barang yang dibuat dar bahan-bahan mentah tersebut ikut naik.Akhirnya penanaman modal yang lebih ini mengakibatkan terlebih pengeluaran barang-barang dan berikutnya ini menyebabkan pula turunnya harga barang-barang tersebut. Kos bertambah, daya pengeluaran berkurang Produktiviti para pekerja mungki berkurang, tetapi gaji mereka masih serupa dahulu ataupun pekerjapekerja tidak mahu bekerja kalau gaji mereka tidak dinaikkan.Oleh itu, gaji pekerja terpaksa dinaikkan. Untuk mendapatkan keuntungan yang sama seperti sebelumnya, pengusaha juga terpaksa menaikkan harga barang-barang keluarannya, dan inflasi pun muncul. Inflasi ini adalah akibat kenaikan gaji yang menaikkan pula harga barang., kerana kos pengeluaran bertambah. Inflasi ini dinamakan inflasi tolakan kos ( cost push inflation) (Raja Mohd. Affandi, 1975). Selain itu, ada 3 sektor yang boleh menjadi sebab timbulnya inflasi. Antaranya ialah,sektor import-eksport. Jika eksport sesebuah negara lebih besar daripada importnya maka akan ada tekanan inflasi yang diakibatkan oleh semakin besarnya jumlah wang yang beredar dalam Negara kerana penerimaan hasil dari luar Negara.Manakala yang kedua ialah, sektor simpanan- pelaburan. Kalau pelaburan sesebuah negara lebih besar daripada simpanan, sehingga untuk membiayai pelaburan yang lebih besar daripada simpanan tersebut perlu dikeluarkan wang baru,maka akan timbul tekanan inflasi.Seterusnya yan ketiga, sektor penerimaan dan pengeluaran Negara. Jika perbelanjaan sesebuah Negara mengalami deficit iaitu perbelanjaan kerajaan lebih besar daripada penerimaannya, maka untuk menutupi pengeluaran yang lebih besar itu perlu dikeluarkan wang baru, dan perkara ini akan mengakibatkan adanya tekanan inflasi. Inflasi sesungguhnya tidak akan terjadi jika ketiga-tga sektor tersebut saling imbang-mengimbangi (Drs. M. Manullang, 1969). Dalam sistem kewangan Islam pula, jika dikaji punca munculnya inflasi sebenarnya bermula daripada sistem riba.Inflasi berhubungan secara positif dengan kenaikan bunga bank. Apabila bank meawarkan kadar bunga yang tinggi, orang ramai tertarik menabungkan wang di bank dengan harapan mendapat pulangan yang tinggi, hasil daripada penggunaan modal dalam sektor industri dan perniagaan. Kerana pada amalannya bank tidak dapat berbuat begitu, maka bank melaburkan kumpulan wnag orang ramai itu dalam bentuk pembelian sekuriti kerajaan, pertukaran bayaran tunai dan aktiviti lainnya yang kurang produktif. Dengan itu, wang-wang yang boleh digunakan untuk tujuan produktif mengurang akibat kadar bunga yang tinggi. Penyaluran modal-modal kepada yang tidak produktif mengakibatkan inflasi, penggangguran dan kemelesatan ekonomi pada amnya (Sobri Salamon, 1988). III. Sebab Inflasi menurut al-Maqrizi Al- Maqrizi membagi inflasi menjadi dua, inflasi yang disebabkan berkurangnya persediaan barang atau natural inflation dan inflasi akibat kesalahan manusia.Inflasi jenis pertama iniah yang terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa‟ Al-Rasyidin, iaitu disebabkan kerana faktor kekeringan atau peperangan.Sedangkan inflasi jenis kedua, menurut al-maqrizi disebabkan oleh 3 hal iaitu pertama, rasuah dan sisitem pentadbiran yang buruk.Kedua, cukai berlebihan yang memberatkan petani dan ketiga, jumlah wang yang berlebihan. LATAR BELAKANG KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah syarikat yang berperanan sebagai pengurus simpanan ahli/pencarum secara cekap, adil dan telus dan ditubuhkan dibawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 1952).KWSP bangun dengan visi untuk menjadi organisasi keselamatan bertaraf dunia yang menyediakan simpanan persaraan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan bermisikan sebagai sebuah institusi yang menyediakan skim simpanan persaraan yang terbaik.Tujuan ini selaras dengan objektif korporat iaitu untuk menyediakan manfaat persaraan yang mencukupi bagi setiap pekerja melalui skim simpanan KWSP supaya skim KWSP dapat membantu pekerja selepas bersarantuk menyediakan pendapatan dan boleh mengekalkan kehidupan yang munasabah kepada para peserta caruman. Sumber-sumber kewangan KWSP yang diperolehi daripada sumbangan oleh majikan dan pekerja. Oleh itu, majikan perlu memastikan bahawa pekerja-pekerja mereka menyimpan sebahagian 666 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Ma’amum, Hafizi Abdul Majid daripada gaji mereka, dan memastikan majikan mereka memberi sumbangan kepada KWSP.Dari aspek pelaburan, KWSP akan memastikan bahawa sumbangan dilaburkan dalam cara yang terbaik. Dalam sistem kewangan Negara, KWSP berfungsi untuk mengumpul sumbangan daripada majikan dan pekerja, untuk melabur dalam dana, dan mengagihkan simpanan terkumpul kepada ahli apabila syaratsyarat pengeluaran dipenuhi. Oleh itu, KWSP dapat dilihat sebagai sebuah organisasi keselamatan sosial yang menyediakan faedah persaraan serta institusi kewangan yang memiliki dana yang besar untuk melakukan pelaburan. KWSP menguruskan ahli-ahlinya/ pencarum-pencarum KWSP sebanyak 13.42 juta orang (KWSP 2012) yang terdiri daripada pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam dan menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang mereka serta kewajipan moral untuk mereka mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terdiri daripada ahli lembaga pengarah yang mana pada tahun 2013, ia dipengerusikan oleh Tan Sri Samsudin Osman. Ahli lembaga pangarah ini terdiri daripada wakil kerajaan, wakil majikan, wakil pekerja, wakil professional dan exofficio.Terdapat 3 jawatan kuasa yang penting dalam struktur organisasi KWSP, antaranya ialah Jawatankuasa Audit Lembaga, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif.Selain itu, terdapat lagi jawtankusa kecil yang terpenting dalam Namun dalam Ketua Pegawai Eksekutif, antaranya Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Operasi) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Pelaburan). Bahagian pelaburan merupakan bahagian yang amat penting dalam operasi KWSP dimana ia meletakkan 10 bahagian yang menguruskan aktiviti pelaburan di KWSP. Antaranya ialah Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan, Jabatan Penyelidik Ekuiti, Jabatan Pasaran Persendirian, Jabatan Ekonomi & Pasaran Modal, Jabatan Ekuiti Domestik, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Ekuiti Luar Negara, Jabatan Pasaran Modal, Jabatan Kuantitatif & Analisa Prestasi dan Pejabat Pengurusan Program. Kekuatan struktur organisasi KWSP yang selaras dengan visi dan misi yang jitu membolehkan KWSP mngurus dan mengendalikan wang simpanan persaraan rakyat Malaysia dengan cekap dan efektif. Tadbir urus yang baik (Good Governance) serta prestasi yang memberangkan yang dipamerkan oleh KWSP menjadikan ia sebagai Institusi kewangan yang dipercayai di Malaysia dan seluruh dunia. KESAN INFLASI TERHADAP KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya (pencarum) melalui pengurusan simpanan yang cekap dan boleh dipercayai. Wang simpanan ini, menjadi tabungan jangka panjang kepada pencarumnya yang boleh digunakan selepas bersara atau semasa kecemasan.Simpanan dalam jangka panjang ini memberikan pulangan dividen yang berpatutan kepada ahlinya, namun nilai wang dalam simpanan ini boleh berubah disebabkan oleh faktor semasa dan juga faktor yang amat membimbangkan iaitu “Inflasi”. Terdapat dua cara untuk menilai kesan inflasi ke atas pelaburan KWSP. Antaranya kesannya ialah tabungan, campuran portfolio pelaburan dan kadardividen / pulangan. a) Tabungan / Dana Simpanan Dana bermaksud sejumlah wang yang boleh digunakan untuk membeli aset atau untuk pelaburan, iaitu sebelum digunakan untuk membeli aset atau menyimpannya sebagai deposit tetap dan membuat pelaburan. Semasa berlakunya inflasi, nilai benar dana ini pasti akan merosot. Misalnya dana RM 1 juta akan mengalami kemerosotan nilai benar sebanyak 3% dalam setahun jika kadar inflasi tahunan adalah 3%, maka nilai wang RM 1juta ini akan berkurang sebanyak RM 30,000 menjadi RM 970,000. Jadi, Tindakan rasional adalah untuk membentuk portfolio aset-aset yang mungkin terdiri daripada wang seperti deposit tetap di bank, aset kewangan seperti bil perbendaharaan, sekuriti dan bon dan ekuiti atau aset benar seperti hartanah dan emas boleh dilakukan. (Mansor Jusoh 1990) Tabungan merupakan satu langkah yang pragmatik untuk memastikan bekalan dana mencukupi bagi membiayai pelaburan. Russell Davidson & James G. MacKinnon (1982) menyatakan bahawa, kadar inflasi cenderung dikaitkan dengan kadar yang tinggi daripada simpanan peribadi atau tabungan. Pada waktu inflasi berlaku, nilai benar mata wang akan berkurangan melalui masa. Wang hari ini akan semakin berkurangan berbanding wang pada masa dahulu. Justeru, kadar inflasi menghakis kuasa membeli wang. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 667 Berikut merupakan rajah yang menunjukkan hubungkait antara inflasi dan simpanan tetap dana persaraan di KWSP. Berdasarkan Rajah1, simpanan tetap dana persaraan KWSP adalah mendatar pada tahun 2003 hingga 2007. Pada masa ini, kadar inflasi wang bergerak secara turun naik. Sehinggalah pada tahun 2008,kita dapati kadar inflasi mencapai tahap yang paling tinggi sebanyak 5.4 peratus dengan simpanan tetap mencatatkan kejatuhan yang amat ketara dan akhirnya pertumbuhan ekonomi bangkit semula pada tahun 2009 dengan peningkatan simpanan pencarum KWSP. Kita dapati, bermula pada tahun 2009 hingga 2012, simpanan tetap menunjukkan peningkatan dengan kadar inflasi yang tidak menentu. Justeru, dapat disimpulakan bahawa, kadar inflasi yang berlaku, sama ada dalam jangka panjang, pendek atau secara tidak menentu akan mempengaruhi simpanan tetap pencarum di KWSP. Akibatnya, nilai benar wang akan semakin berkurang. Maka, alternatif instrumen kewangan lain boleh diaplikasikan agar menjamin nilai benar wang simpanan persaraan pencarum KWSP agar boleh digunakan dengan efisyen pada masa persaraan pencarum. b) Pergerakan campuran portfolio pelaburan KWSP Pergerakan campuran portfolio pelaburan KWSP dan kadar inflasi bagi tempoh 2007-2011 adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Berdasarkan jadual 1, kita dapati kebanyakan portfolio pelaburan adalah semakin meningkat.Peningkatan yang paling tinggi yang boleh kita lihat adalah pada pinjaman/bon dimana peningkatan pelaburannya adalah sebanyak 42 peratus daripada tahun 2007 ke 2011.Seterusnya ialah portfolio dalam ekuiti yang mencatatkan kenaikan dalam pelaburannya iaitu sebanyak 15 peratus.Disini kita dapati bahawa portfolio pinjaman/bon dan ekuiti, kedua-duanya mengatasi pelaburan Sekuriti Kerajaan Malaysia iaitu sebanyak 10 peratus.Berdasarkan analisis ini, kita dapati bahawa pinjaman/bon meningkat kerana dalam tempoh inflasi yang tinggi. Dalam teori wang, terdapat peningkatan yang berkaitan dalam kadar faedah. Oleh itu, apabila hasil yang semakin meningkat, pilihan yang rasional akan memberi pinjaman jangka pendek daripada panjang untuk mengambil kesempatan ke atas kenaikan seterusnya dalam kadar faedah. Hasilnya, campuran portfolio bertukar lebih berat ke atas aset pendek tempoh. Berkenaan kesan inflasi pada pendapatan pelaburan, secara teorinya, terdapat peningkatan yang sepadan dalam pendapatan bukan upah seperti sewa, keuntungan dan penerimaan faedah semasa.Ini menunjukkan bahawa KWSP perlu mengekalkan campuran aset rasional kerana aset ini dapat mengekalkan dan meningkatkan pendapatan pelaburan dalam tempoh inflasi yang tinggi. Walau bagaimanapun, masih ada kemungkinan bahawa apabila kadar faedah penurunan dengan kadar inflasi yang sederhana. Ini boleh dielakkan dengan meningkatkan wajaran ekuiti portfolio kerana pulangan yang semakin meningkatwalaupun jumlahnya adalah sedikit. Namun, jangkaan sebenar dalam ekonomi menyatakan bahawa, kadar dividen sebenar adalah lebih rendah jika berlaku peningkatan dalah inflasi. c) Kadar Dividen atau Pulangan Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen sehingga ahli berumur 75 tahun. Dividen ini dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.5%. Dividen yang diberikan kepada pencarum adalah berdasarkan baki bulanan dan baki tahunan.Kadar dividen adalah berkait rapat dengan pelaburan simpanan KWSP.Kadar dividen diberikan setiap tahun kepada pencarum berdasarkan pelaburan yang dilakukan. Dalam jangka pendek, inflasi memberi manfaat kepada firma iaitu keuntungan yang meningkat dari aspek kadar upah buruh. Namun, sekiranya kadar inflasi berlaku terlaulu tinggi dan disertai dengan kadar pemeruapan yang tinggi, ini boleh menyebabkan firma menangguh untuk melakukan pelaburan dan ini menjejaskan pengeluaran dan pertumbuhan ekonomi negara.Namun di Malaysia, kadar inflasi masih berada dalam paras selamat iaitu 3.5 peratus yang mana kadar ini boleh membawa kepada peningkatan dalam kadar pertumbuhan ekonomi (Mansor Jusoh 2013). Oleh itu dapat disimpulkan bahawa, apabila inflasi meningkat, kadar bunga akan jatuh, pulangan pelaburan akan menurun dan kadar dividen yang diberikan kepada pencarum adalah sedikit. Berdasarkan jadual dibawah, kadar inflasi Malaysia meningkat dalam tempoh 12 tahun yang lalu dengan mencatatkan kadar tertinggi sebanyak 5.4 peratus setahun pada tahun 2008 ketika harga bahan api meningkat secara mendadak. Selepas mencatat pada paras serendah 0.6 peratus pada tahun 2009, kadar inflasi Malaysia kembali normal pada paras 3.2 peratus pada tahun 2011 dan menurun pada tahun 2012 kepada 1.7 peratus.Namun, kadar dividen bagi pencarum KWSP mengalami arah aliran yang tidak stabil iaitu meningkat dan menurun dari tahun 2000 hingga 2012. Kadar pulangan nominal yang tertinggi adalah pada tahun 2012 yang mencatatkan peratusan sebanyak 6.15. Hal ini demikian kerana, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan kadar faedah selaras dengan 668 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Ma’amum, Hafizi Abdul Majid pemulihan ekonomi Malaysia. Manakala kadar dividen yang paling rendah ialah pada tahun 2008 sebanyak 4.50 peratus. Hal ini demikian kerana, berlakuya krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia. Berdasarkan rajah di atas, jelas menunjukkan bahawa, apabila inflasi meningkat, contohnya pada tahun 2010 sebanyak 1.70 peratus kepada 3.20 peratus pada tahun 2011, kadar bunga akan jatuh, dan menyebabkan pulangan pelaburan akan menurun dan kadar dividen sebenar yang diberikan kepada pencarum adalah sedikit iaitu sebanyak 4.10 peratus kepada 2.80 peratus.Berikut Merupakan jadual yang menunjukkan kadar dividen KWSP yang diberikan kepada pencarum KWSP dari tahun 2000 hingga 2012 dan pulangan nominal berbanding sebenar yang dipengaruhi oleh inflasi. Cadangan & Rumusan Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, maka dapat kita simpulkan bahawa inflasi memberi kesan kepada dana persaraan KWSP samaada kepada golongan kaya ataupun miskin. Kadar kenaikan inflasi yang tidak menentu boleh mempengaruhi nilai benar mata wang yang akhirnya akan memberi kesan yang amat besar kepada simpanan dana KWSP. Namun, satu alternatif dicadangkan supaya agar nilai simpanan wang ini tidak jatuh.Antaranya ialah penggunaan dinar emas (Salmy Edawati 2011). Berikut merupakan keterangan ringkas mengenai instrumen yang akan dicadangkan agar simpanan pencarum KWSP berada pada nilai tetapnya. a) Akaun Pelaburan Emas Akaun Pelaburan Emas adalah sejenis akaun simpanan yang ditawarkan oleh pihak bank untuk membuat simpanan wang seperti akaun simpanan biasa.Bezanya, akaun ini tidak mencatatkan jumlah simpanan dalam bentuk nilai ringgit, sebaliknya dalam unit gram emas. Melalui akaun simpanan emas, pembeli seolah-olah akan membeli emas secara fizikal dalam kiraan gram daripada pihak bank. Namun, pembeli tidak akan menerima emas tersebut sebaliknya hanya catatan dalam akaun sahaja menyatakan yang kita memiliki sejumlah pegangan emas pada bank tersebut.Oleh kerana simpanan emas kita dinyatakan dalam nilai emas, maka jumlah wang kita berubah seiring dengan perubahan harga pasaran emas semasa. Apabila harga emas meningkat, jumlah wang kita turut meningkat, namun jumlah gram emas pembeli tetap sama. Begitulah sebaliknya jikalau harga emas menurun (Saat Hukami 2011). Tambahan lagi, berdasarkan kepada rajah di bawah,dapat kita lihat bahawa nilai emas berkadaran dengan kadar semakin meningkat. Ini sekaligus dapat kita simpulkan bahawa, emas boleh dijadikan alat lindung nilai kepada dana simpanan KWSP.Rajah yang menunjukkan kadar kenaikan emas dalam pasaran semasa dari tahun 2000 hingga 2013. CADANGAN/USAHA MEMBANGUNKAN MENGGUNAKAN EMAS DANA PERSARAAN DILABURKAN Kajian mendapati bahawa terdapat usaha daripada pelbagai Negara-negara di seluruh dunia untuk mejadikan emas sebagai alat lindung nilai Negara mereka. Namun terdapat beberapa Negara seperti Malaysia dan Indonesia yang mengkaji bagi mengaplikasikan penggunaan emas dalam dana pencen atau persaraan Negara mereka. i. Malaysia Kajian yang dilakukan oleh Salmy Edawati 2011 mengenai penggunaan emas ada mencadangkan beberapa cadangan yang menyatakan supaya emas dijadikan alat lindung nilai bagi simpanan persaraan di Malaysia khususnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). ii. Indonesia Kajian dilakukan oleh Jabatan Dana Pensiun Indonesia untuk mengaplikasikan penggunaan emas sebagai alat pelaburan dan alat lindung nilai bagi menjamin simpanan dana pensiun rakyatnya. Namun hingga kini, kajian masih lagi dijalankan untuk mlelihat keberkesanan penggunaan emas. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 669 CADANGAN MODEL MEKANISME PENGGUNAAN EMAS DI KWSP Berdasarkan kepadarajah 3 iaitu Model Mekanisme Penggunaan Emas di KWSP kita dapati bahawa terdapat dua operasi penting yang berlaku dalam pengurusan dana simpanan dan aset pemilikan KWSP yang ditanda sebagai I dan II. Operasi I menyatakan bahawa, KWSP akan melaburkan aset pemilikannya dalam portfolio pelaburan yang boleh menjana keuntungan seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman/bon, ekuiti, instrument pasaran wang dan pelaburan hartanah. Pulangan yang diperoleh daripada pelaburan ini akan diagihkan kepada ahli/pencarum KWSP yang dikenali sebagai dividen.Dividen ini dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.5%. Dividen yang diberikan kepada ahlinya adalah berdasarkan baki bulanan dan baki tahunan. Manakala dalam operasi yang ke-II pula menyatakan, caruman atau sumbangan bulanan yang diberikan oleh majikan dan pekerja akan disimpan oleh KWSP sebagai dana simpanan persaraan. Kadar caruman syer majikan bagi pekerja yang menerima upah bulanan RM5,000 dan ke bawah dinaikkan 1 peratus daripada 12 peratus kepada 13 peratus, manakala kadar caruman syer pekerja kekal pada kadar 11 peratus.Dalam operasi ini, akaun KWSP dibahagikan kepada dua iaitu Akaun I dan Akaun II mengikut pecahan dengan 70% untuk Akaun I dan 30% untuk Akaun II.Akaun I bertujuan untuk kegunaan selepas persaraan dan pelaburan sahaja.Pelaburan yang dilakukan adalah mengikut kerelaan pencarum atas sebahagian wang simpanannya dalam instrumen pelaburan yang mereka kehendaki.KWSP akan melantik institusi-institusi kewangan yang lain untuk menjadi Institusi Pengurusan Dana (IPD) bagi mengurus kewangan ahli mereka. Berdasarkan kajian diatas, penulis mendapati bahawa operasi ke-II ini membolehkan emas digunakan dalam instrumen pelaburan dalam akaun I melalui IPD dan simpanan emas fizikal daripada akaun II. Dengan ini kita dapat menjadikan emas sebagai aset yang menjadi alat lindung nilai yang “kalis inflasi”. Penulis mencadangkan supaya IPD baru dilantik oleh KWSP iaitu Kuwait Finance House (KFH) dalam mengaplikasikan pelaburan emas dalam KWSP.Hal ini selaras dengan pendapat Lutfi M. Hamidi (1997) menyatakan bahawa penggunaan emas boleh diaplikasikan dalam organisasi berasaskan simpanan wang.Pelaksanaan ini terbukti berkesan apabila dilakukan oleh Ongkos Naik Haji (ONH) Indonesia.Kejayaan ONH dalam membuktikan bahawa emas sebagai alat penyimpan nilai malah dapat meningkatkan lagi nilai simpanan pelanggan dari tahun ke tahun.Jemaah haji yang menyertai ONH ini terlibat dengan simpanan dan pelaburan dinar emas melalui Gold Accumulation Plans Scheme (GAPs). Dengan GAPs ini, penyimpan akan memperoleh keuntungan daripada peningkatan harga semasa emas. Wang simpanan penyimpan akan diterima dalam bentuk rupiah, namun akan disimpan di dalam bank mengikut nilai emas. Simpanan tersebut akan dilaburkan mengikut prinsip syariah untuk membayar perbelanjaan haji yang dikenali sebagai Tabungan Haji Investatif (THI) (Salmy Edawati 2011). Manakala simpanan emas fizikal daripada akaun II ini dilaksanakan dengan hanya menggunakan sebahagian wang daripada jumlah wang di akaun II, contohnya sebanyak 10peratus daripada 30 peratus, yang mana tertakluk kepada kehendak pencarum, untuk dijadikan sebagai emas fizikal atau jongkong emas supaya diakhir pengambilan wang KWSP ini nanti, pencarum akan memiliki emas fizikal yang boleh digunakan sebagai aset atau alat pelaburan yang boleh mengaktifkan kegiatan ekonomi dan kewangan Islam. RUJUKAN Mansor Jusoh. (1990). Siri Teks Ekonomi Dewan (Inflasi).Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur , 1-140. Saat Hukami. (2011). Pelaburan Emas ( Kaedah, Pendekatan dan Strategik). PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd, 57-63. Yasin Salimibeni, Mohd Azlan Shah Zaidi, Zulkefly Abdul Karim &Mansor Jusoh, 2012. Inflation and Relative Price Variability: Further Evidence from Malaysia. Prosiding Perkem Vii, Jilid 1, 65 – 71. Primawan Wisda Nugroho, Maruto Umar Basuki.(2012). Analisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Inflasi Di Indonesia Periode.Diponegoro Journal Of Economic, 1-10. Russell Davidson & James G. MacKinnon.(1982). Inflation and the Savings Rate.Queen’s Economics Department Working Paper No. 49, 1-16. Vaibhav Chaturvedi, Brajesh Kumar, Ravindra H. Dholakia. (2009). Inter-Relationship Between Economic Growth,Savings and Inflation in Asia. Journal of International Economic Studies, 1–22. 670 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Ma’amum, Hafizi Abdul Majid Toh Kit Siang, Mansor Jusoh & Tamat Sarmidi.(2010). Nilai Ufuk Inflasi dan Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia.Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke V (PERKEM V), 83 – 97. Salmy Edawati Yaacob, Mohd Al Adib Samuri, Mohd Izhar Arif Mohd Kashim, Ezad Azraai Jamsari, Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari. (2011). Dinar Emas Sebagai Mata Wang Dan Komoditi Di Beberapa Negara Terpilih.Jurnal Melayu,147 – 172. Salmy Edawati Yaacob & Sanep Ahmad. (2012). Prospek Penggunaan Dinar Emas Sebagai Mata Wang: Analisis Berdasarkan Teori Monetari. Jurnal Pengurusan 36, 161 – 171. Salmy Edawati binti Yaacob.(2009). Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia.Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4, 107 – 127. Salmy Edawati Yaacob (Dr.). (2012). The Reality Of Gold Dinar Application In Malaysia. Original Article Advances in Natural and Applied Sciences, 6(3), 341-347. Mansor Jusoh. (2013). Inflasi dan Kesannya Terhadap Dana Simpanan.Pembentangan Roundtable Discussion “ Inflasi, Simpanan wang dan Keistimewaan Emas”. Ahamed Kameel Mydin Meera. (2013). World Economy 2012/2013 and Gold.Pembentangan Roundtable Discussion “ Inflasi, Simpanan wang dan Keistimewaan Emas”. Laporan Tahunan 2011 Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) http://pertanianselangor.wordpress.com/category/krisis-makanan/ http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home Lukmanul Hakim Abdul Latif. (2000). Polisi fiskal dalam mengatasi masalah inflasi: kajian perbandingan antara sisten ekonomi Islam dan Konvensional. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Dr Roslan A. Ghaffar& Rita Benoy Bushon .(1994). The Effect On Inflation On Provident Funds And Measures To Prevent Erosion In The Real Value Of Their Assets: A Case Of Employees Provident Fund Of Malaysia.Issa 14th Meeting Of The Committee On Provident Fund. Sumber : Roundtable Discussion “Inflasi, Simpanan Wang & Keistimewaan Emas”2013 RAJAH 1: Kadar Dividend dan Simpanan Tetap KWSP JADUAL 1: Campuran Portfolio dalam Pelaburan KWSP Tahun 2007-2011 PORTFOLIO 2007 19.5 Sekuriti Kerajaan Malaysia 16.8 Pinjaman dan Bon 11.5 Ekuiti 19.2 Instrumen Pasaran Wang 20.6 Hartanah 2.0 Kadar Inflasi Sumber : Laporan Tahunan KWSP, 2011 2008 19.1 2009 19.7 2010 20.4 2011 21.5=10% 18.3 15.3 19.0 19.7 17.5 23.1 21.3 26.7 24.0 24.0=42% 29.1=15% 15.0 18.8 5.4 18.0 0.6 21.6 1.7 21.1 3.2 Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 671 JADUAL 2: Kadar Dividen KWSP dan Pulangan Nominal berbanding Sebenar Peratus (%) Kadar Pulangan Dividen 12 bulan Tahun Inflasi Nominal Sebenar 2000 1.60 6.00 4.40 2001 1.40 5.00 3.60 2002 1.80 4.25 2.45 2003 1.10 4.50 3.40 2004 1.40 4.75 3.35 2005 3.00 5.00 2.00 2006 3.60 5.15 1.55 2007 2.00 5.80 3.80 2008 5.40 4.50 -0.90 2009 0.60 5.65 5.05 2010 1.70 5.80 4.10 2011 3.20 6.00 2.80 2012 1.70 6.15 4.45 Purata (2001-2012) 2.40 5.70 3.33 Sumber :Laporan Tahunan 2011 LembagaKumpulan Wang Simpanan Pekerja Laporan Pembentangan Roundtable Discussion “Inflasi, Simpanan Wang & Keistimewaan Emas” Prof Kameel Mydin Meera 2013 RAJAH 2: Kadar Kenaikan Emas dalam Pasaran Semasa dari Tahun 2000 hingga 2013 672 Nurazidah Mashan, Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad, Mat Noor Mat Zain, Zamzuri Zakaria, Aisyah Abdul Rahman, Azlin Alisa Ahmad, Suhaili al-Ma’amum, Hafizi Abdul Majid Sekuriti Kerajaan Malayisa Bon/ Pinjaman Keuntungan Dividen Ekuiti Instrumen Pasaran Wang 2 Hartanah 3 Diagihkan kepada peserta 1 I 1 II RAJAH 3: Cadangan Model Mekanisme Penggunaan Emas di KWSP