213 Hubungan genetik syis, gneis, migmatit serta granit ditinjau dari aspek petrografi dan petrokimia AsKURY AIm. KADIR Jabatan Penyiasatan Kajibumi Pendahuluan Kajian telah dijalankan di kawasan terpilih Kompleks Igneus Stong dan sepanjang Lebuhraya TimurBarat. Walau bagaimanapun, perkaitan di antara syis, gneis, migmatit dan granit agak kurang jelas di lapangan, tetapi dipercayai mereka mempunyai kaitan genetik yang amat rapat serta intim. Berdasarkan alasan berkenaan maka kajian awalan ini dijalankan berlandaskan petrografi dan petrokimia. Sejumlah 33 sampel yang mewakili pelbagai jenis batuan telah dijalankan kajian petrografi serta dianalisis untuk unsur utama, minor dan kesan (trace). Petrografi dan Petrokimia Syis: Bagi tujuan ini, syis kuarza-mika telah dipilih dan difikirkan ada perkaitan genetiknya dengan migmatit. la mempamerkan syistositi yang jelas dengan perulangan di antara kuarza (cerah) dan mika (gelap). Kuarza (70%) wujud sebagai kekanta hasil segregasi serta terpadat sebagai mozek dan bersempadan sutur. Biotit (20%) berbentuk memanjang dengan birefringen yang tinggi (tertib ketiga) serta berkelipan (sparkling). Sebahagian kepingan biotit telah terubah kepada klorit yang mempamerkan warna biru janggal yang jelas. Sementara muskovit (10%) terselit di antara kepingan biotit dan kuarza. Dua generasi muskovit yang wujud bersaiz kasar dan halus (serisit). Gneis: Batuan bertekstur gneisos dengan susunatur biotit secara memanjang mengepung lensa-Iensa kuarza dan feldspar. Kuarza (65%) mengalami segregasi dan berbentuk memanjang serta terpadat dengan sempadan sutur. la mempamerkan pemadaman bergelombang yang kuat. Mikroklin (10%) bertekstur poikiloblastik (kuarza sebagai inklusi) dengan kembaran Carlsbad yang jelas~ Sementara plagioklas (15%) dari komposisi oligoklas (An 11 ) bersifat subhedron dengan kembaran albit yang jelas. Biotit (10%) merupakan juzuk utama mineral mafik berbentuk kepingan yang beralun akibat tegasan. Zirkon, apatit, epidot dan muskovit (serta serisit) sebagai mineral aksesori. Migmatit: Singkapan batuan yang tidak homogen menunjukkan perulangan lapisan leukosom (kuarzofeldspatik atau feldspatik) dan melanosom (mineral mafik) yang jelas. Ciri-ciri schlieren dan perlipatan (sinklinorium dan antiklinorium) sering dijumpai. Secara mikroskop, batuan bertekstur holohabluran hipidiomorf bergranul dengan tentuarahan yang jelas. K-feldspar (50%) bersifat subhedron dengan kembaran polisintetik serta kadang-kadang bertekstur poikiloblastik. Plagioklas (25%) berkomposisi albit-oligoklas (An 10) dengan kembaran albit-Carlsbad. Kuarza (15%) sering wujud dengan pemadaman bergelombang yang kuat seta berbentuk mozek (bersempadan sutur). Biotit (10%) mempamerkan birefringen yang tinggi tetapi mengalami canggaan menjadikan kerdutan dan terpintal (kinked). Apatit, zirkon, epidot dan opek sebagai mineral aksesori. Granit: Pelbagai jenis granit bertekstur samabutiran atau berporfir, serta bersifat leukokrat dan melanokrat wujud bersama-sama dengan kompleks migmatit tersebut, iaitu:a) Granit berbutiran hal us, samabutiran dan bersifat leukokrat. b) Granit biotit berbutiran sederhana, samabutiran dan berwarna kelabu cerah. Warta Geologi, Vol. 21, No.3, May-fun 1995 Warta Geologi (Newsletter of the Geological Society of Malaysia), Vol. 21, No. 3, May-June 1995 Copyright © 2017 by Geological Society of Malaysia (GSM) 214 c) d) Granit biotit berporfir, berbutiran sederhana dan berwarna kelabu cerah. Granit biotit-hornblend-sfen berporfir, berbutiran sederhana dan berwarna merah jambu. Analisis kimia menunjukkan bahawa kandungan Si02 berada dalam julat yang agak kecil iaitu 62.3 dan 75.9%. Kesemua mereka bersifat kalka-alkali dan dalam domain subalkali berpandukan gambarajah AFM dan alkali-Si02 (Irvine dan Baragar, 1971). Korelasi yang dipamerkan oleh plot segitiga AFM amat baik di mana gneis dan syis berasosiasi dengan migmatit dan berlaku pengkayaan alkali membentuk granit. Plot mineral normatif OAP menggambarkan penumpuan gneis dalam domain tonalit dan granodiorit, sementara granit dan migmatit berkomposisi granit hingga granodiorit. Gambarajah AB dari Debon dan Le Fort(1983) menunjukkan kesemua batuan bersifat peralumina dengan mineral mafik utama terdiri daripada biotit dalam pelbagai amaun. Secara amnya, konsentrasi kandungan gneis dan migmatit berada dalam domin pengkayaan biotit. Plot segitiga Rb-Ba-Sr mempamerkan kandungan gneis kaya dengan Sr sebagai bahan sisa (restite) terevolusi ke arah pengkayaan Ba membentuk migmatit dan granit. Penentuan tahap tektonik berpandukan plot variasi Y+Nb-Rb yang diperkenalkan Pearce at al. (1984) menunjukkan majoriti mereka berada dalam domain synCOLG, sementara sebahagian gneis dan syis berada dalam domain VAG. Warta Geologi, Vol. 21, No.3, May-Jun 1995