Penubuhan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [068]

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[068]
Penubuhan Jemaat-jemaat
Allah Al Masehi
(Edisi 3.0 19960308-20060630-20070730)
Disebabkan minat yang kian meningkat dalam Jemaat, hal bagaimana dan kenapa tentang
penubuhan CCG (Jemaat-jemaat Allah Al Masehi) dijelaskan agar pendekatan yang lebih
termaklum boleh digunakan oleh mereka yang meneliti kita. Kita juga perhatikan nama-nama
yang diperuntukkan kepada Jemaat dan nama generik umumnya, iaitu Church of God (Jemaat
Tuhan) dalam bentuk tunggal dan Churches of God (Jemaat-jemaat Tuhan) dalam bentuk jamak.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  1996, 2004, 2006, 2007 Wade Cox)
(tr. 2009)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Penubuhan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
Penubuhan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi (Christian
Churches of God) telah ditubuhkan pada tahun
1994 dan memulakan acara-acara kebaktian
pada 1 Nisan 1994. Soalan lazim ditanyakan
tentang sebab-sebab kami melakukan
penubuhan ini. Usaha dibuat untuk meremehtemehkan isu-isu tersebut kepada hal
personaliti atau, dengan cara tertentu,
menghindari isu-isu dan sebab-sebab sebenar
untuk penubuhan kami. Kami wujud kerana
kami tidak boleh, di hadapan Tuhan, menyertai
alternatif-alternatif yang ada sekarang ini.
Jemaat ini telah ditubuhkan oleh sebilangan
anggota-anggota terbaptis dari Jemaat Tuhan,
di mana ramai antara mereka yang mempunyai
kaitan dengan Jemaat Allah Sedunia
(Worldwide Church of God). Selang tahun
demi tahun ramai anggota juga datang dari
banyak jemaat lain. Sebilangan besar anggota
dalam berbagai negara tidak pernah
mempunyai
pertalian
dengan
ataupun
pengetahuan tentang WCG, sungguhpun masih
ramai yang menyertai CCG dari cabangcabangnya.
Seperti yang kebanyakan orang ketahui, Jemaat
Allah Sedunia (asalnya dipanggil Jemaat Allah
Radio (Radio Church of God)) telah
ditubuhkan dari Jemaat Allah (Hari Ketujuh)
setelah perpecahan pada tahun 1940. Keduadua jemaat itu adalah Unitarian di dalam
penubuhan mereka serta doktrin-doktrin awal
mereka. Jemaat sudah menjadi Unitarian
selama kira-kira sembilan belas ratus tahun.
Jemaat telah dianiaya kerana doktrin ini hingga
terhapus di banyak tempat. Jemaat telah
sentiasa mengajar bahawa hanya ada seorang
Allah yang Maha Esa dan bahawa Yesus
Kristus adalah anakNya (Yohanes 17:3; 1
Yohanes 5:20). Kristus bukanlah Allah yang
Maha Esa dan Kristus mendapat hidup kekal
dari Allah yang Maha Esa, iaitu Bapa (Yohanes
5:26). Allah yang Maha Esa seorang saja yang
abadi (1 Timotius 6:16) dan yang tidak pernah
dilihat oleh sesiapapun (Yohanes 1:18; 1
Timotius 6:16) (lihat karya Teologi Awal
Tentang Ketuhanan (No. 127)).
Seawal tahun 1955, telah wujud gerakangerakan di dalam WCG yang mempersoalkan
dasar kedoktrinan Unitarian kepada jemaat, dan
yang cuba untuk membawa jemaat ke arah
haluan Trinitarian. Ini nampaknya disertai
sokongan langsung Herbert Armstrong,
mungkin untuk sebab-sebab tarikan lebih luas.
Selepas 1955 beberapa karya, contohnya
Adakah Yesus Tuhan? (Is Jesus God?), mula
mengemukakan
kedudukan-kedudukan
teologikal bagi pihak dan dalam nama Jemaat
Allah Sedunia, yang bertentangan dengan dasar
teologikal Unitarian Jemaat Allah Radio.
Artikel-artikel
sebegitu
mengemukakan
kedudukan-kedudukan teologikal bagi pihak
Radio dan kemudiannya Jemaat Allah Sedunia
yang tidak dapat dipadankan dengan dasar
Unitarian jemaat, dan yang nampaknya
mengabaikan sejarah doktrin-doktrin teologikal
Unitarian yang menopang jemaat ketika ia
ditubuhkan pada mulanya. Anggota-anggota
Jemaat Allah Sedunia yang tetap setia kepada
struktur kepercayaan Unitariannya tidak senang
dengan haluan teologikal yang baru ini yang
mula diambil oleh Jemaat Allah Sedunia.
Bagaimanapun, perubahan teologikal yang
menjauhi kepercayaan dasar Unitarian ini tetap
berterusan, dan pada tahun 1994, Jemaat Allah
Sedunia telah menjadi Trinitarian dengan
pengumuman rasmi.
Orang-orang yang membentuk badan Jemaatjemaat Allah Al Masehi di konferens
pembukaannya telah terus tinggal di dalam
badan Jemaat Allah Sedunia walaupun adanya
deklarasi-deklarasi bidaah oleh beberapa dari
kependetaan Binitarian/Diteis yang telah
mempengaruhi Herbert Armstrong. Sementara
jemaat beroperasi, doa tidak pernah
dilayangkan kepada sesiapapun melainkan
kepada Bapa dalam nama Kristus, iaitu cara
yang betul, dan kerana itu tiada konflik
kepercayaan yang muncul. Ianya juga jelas
bahawa ramai anggota Jemaat itu hanyalah
penyembah-penyembah manusia. Dua jemaat
telah ditubuhkan dari Jemaat Allah Sedunia
disebabkan perubahan-perubahan yang berlaku
Penubuhan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
dari tahun 1987-1991. Umat kita tidak boleh
menyertai jemaat-jemaat itu kerana mereka
dianggap sangat menyimpang. Lebih-lebih lagi,
mereka ditubuhkan sebagai syarikat-syarikat di
bawah hak milik dan kawalan beberapa
individu.
Herbert Armstrong pada mulanya telah
menubuhkan sebuah persatuan jemaat dengan
tujuan baik dan kemudian mengubahnya
kepada syarikat swasta yang dimiliki dia
seorang melalui referendum yang tidak
dibuktikan.
Organisasi-organisasi
yang
dibentuk dari WCG juga dimiliki secara
perseorangan dan menyimpang. Bantahan
utama adalah semua itu adalah Binitarian atau
Diteis. Keadaan-keadaan yang menyimpang ini
adalah sama buruknya dengan Trinitarianisme.
Anggota-anggota yang telah menubuhkan
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi menghadapi
beberapa pilihan. Ianya jelas bahawa mereka
tidak boleh menyertai jemaat-jemaat yang ada
itu kerana semua sebab-sebab yang telah
menghancurkan Jemaat Allah Sedunia dan oleh
kerana penyimpangan mereka.
Jemaat tidak mempunyai pilihan lain selain
membentuk semula sebagai Jemaat-jemaat
Allah Al Masehi dan meneruskan piagam yang
telah diberikan kepada Jemaat oleh Yesus
Kristus pada tahun 30 TM.
Proses pembentukan dan penentuan
Anggota-anggota CCG sejak mulanya ingin
membentuk satu organisasi yang dimiliki oleh
para anggota, di mana setiap satu berhak
mengundi dalam penentuan hal-ehwal jemaat.
Mereka bersumpah tidak lagi akan membiarkan
kependetaan merampas Jemaat mereka
daripada mereka melalui penipuan dan doktrin
palsu. Sesuai dengan itu, keputusan dibuat
untuk mendirikan Jemaat ini dengan
Pernyataan Kepercayaan yang jelas dan
Perlembagaan yang dihuraikan dengan jelas
sekali, seperti dilihat dalam Pernyataan
Kepercayaan Iman Kristian (A1) dan
Perlembagaan (A2).
Mukasurat 3
Keputusan dibuat bahawa setiap orang yang
memasuki Jemaat akan diwajibkan berpegang
pada kedua-dua dokumen pengawalan Jemaat
ini. Kaedah-kaedah untuk mengubah dokumendokumen itu dengan pindaan ada disediakan
dalam Perlembagaan namun monoteisme
Tuhan yang mutlak seperti yang diajar oleh
Jemaat abad pertama dan bersejarah
dikukuhkan
dua
kali
ganda
dalam
Perlembagaan agar tiada orang lagi yang dapat
memperkenalkan Binitarianisme, Diteisme atau
Trinitarianisme
kepada Jemaat
Tuhan,
sekurang-kurangnya di dalam CCG.
Sebilangan referenda telah dilakukan oleh
Jemaat sepanjang beberapa tahun pertama
untuk mengetatkan Perlembagaan dan
membuat beberapa penyesuaian kecil kepada
Pernyataan Kepercayaan Iman Kristian.
Jelas kemudiannya bahawa harus ada tempoh
percubaan
sebelum
sesiapapun
boleh
dimasukkan ke dalam keanggotaan yang
berhak mengundi, dan pindaan ini telah
diluluskan dalam penubuhan Konferens
Sedunia pada tahun 1998. Pada tahun 1996 dan
1997, penubuhan jemaat-jemaat di AS dan
Kanada, serta lain-lain di Eropah, menyaksikan
kumpulan-kumpulan
itu
menghadiri
Pembacaan Hukum pada Tahun Sabat 1998.
Pembacaan Hukum ini adalah diwajibkan pada
Tahun Ketujuh (Ulangan 31:10-13). Para
pegawai Jemaat dilantik melalui undian, jika
bilangan melebihi jawatan, secara nasional dan
di konferens antarabangsa pada waktu
Perayaan Pondok Daun. Konferens-konferens
Nasional (Negara) semuanya melantik dan
mentauliahkan pegawai-pegawai mereka pada
waktu Paskah dan Roti Tidak Beragi. Wakilwakil ini kemudiannya pergi ke Konferens
Sedunia pada waktu Pondok Daun.
Koordinator Umum Jemaat masakini (Wade
Cox), warga Australia dan ahli falsafah terlatih
dalam bidang Agama dan Etika, dan dalam
Undang-undang Awam, telah dijadikan ketua
editor CCG dan secara berkesannya sebagai
ahli teologi senior dari tahun 1994. Dia
mengekalkan peranan ini di bawah Konferens
Sedunia. Kuasa editorial terletak pada
Konferens Sedunia melalui Koordinator Umum
dan Koordinator Umum memiliki kuasa veto.
Mukasurat 4
Pegawai-pegawai dilantik melalui undian
mengikut Perlembagaan. Semua pegawai
dikuasai oleh Perlembagaan dan Pernyataan
Kepercayaan dan dikehendaki menuntut
penurutannya. Koordinator Umum, dibantu
oleh
Timbalan
Koordinator
Umum,
mempunyai kuasa untuk menetapkan dan
membentuk jemaat-jemaat dalam tempoh tiga
tahun itu dan mentauliahkan kependetaan baru
bagi Jemaat.
Tiga Setiausaha Umum dilantik oleh
Koordinator-koordinator
Umum.
Mereka
lazimnya dilantik dari kalangan setiausaha atau
pegawai nasional. Mereka dilantik berdasarkan
merit-merit mereka, dan wanita, selain lelaki,
boleh melayani dalam peranan-peranan itu.
Mereka bersara pada umur 70 tahun mengikut
perlembagaan.
Lembaga Penatua di Konferens Sedunia terdiri
daripada pengerusi-pengerusi nasional yang
dilantik serta wakil-wakil wilayah yang dilantik
oleh Konferens Sedunia. Pegawai-pegawai
inilah yang menjaga doktrin di bawah
kepengerusian
Koordinator-koordinator
Umum.
Ahli-ahli lembaga nasional serta Konferens
Sedunia tidak boleh menjadi orang gaji Jemaat.
Mereka berhak menerima elaun sama seperti
bayaran pengurus, dan bekerja dalam sebarang
industri. Dengan itu, konflik kepentingan
dikurangkan.
Jemaat-jemaat telah ditubuhkan dan sebilangan
signifikan telah diperbadankan dalam banyak
negara, di benua Amerika, Eropah, Afrika, dan
Asia di samping Australasia di mana CCG
mula-mula ditubuhkan.
Penubuhan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
serta Perlembagaan. Jika mereka tidak lagi
sehaluan, mereka bersetuju untuk pergi dengan
damai. Dengan cara ini, Jemaat terdiri daripada
orang-orang yang setuju dengan doktrindoktrin itu dan berbakti bersama dengan aman.
Anggota tidak boleh dibuang keanggotaan
melainkan di bawah keadaan-keadaan tertentu,
dan boleh memilih untuk didengarkan di
hadapan satu sidang Jemaat.
Terdapat kaedah-kaedah spesifik untuk
menguruskan
pandangan-pandangan
kedoktrinan yang baru, dan yang boleh
dikemukakan oleh sesiapa di dalam jemaat.
Karya-karya berkenaan dihantar kepada
setiausaha-setiausaha nasional dan diberikan
kepada badan-badan nasional untuk tinjauan.
Jika didapati bermerit, karya-karya itu dihantar
kepada Konferens Sedunia untuk pertimbangan
oleh Jawatankuasa Eksekutif, dan kemudian
Lembaga Penatua. Jika ditolak, hal ini masih
perlu dihadapkan kepada Konferens Sedunia
yang mungkin membantah lembaga nasional
itu, mencadangkan pindaan-pindaan, atau
membuat undian berkenaannya. Jika didapati
betul
dan
cadangan-cadangan
tersebut
memerlukan penerimaan oleh Jemaat untuk
mengubah dokumen-dokumen dasar, satu
referendum ahli-ahli yang boleh mengundi
akan dibuat. Jika ia mendapat undian majoriti
yang diperlukan di bawah Perlembagaan,
maka
dokumen-dokumen
asas
Jemaat
dipindakan.
Kuasa veto meliputi subjek monoteisme
Tuhan, yang dikukuhkan dua kali ganda dalam
Perlembagaan. Ibadah Allah Maha Esa tidak
boleh dikompromikan di dalam CCG.
Persatuan dan Tubuh Kristus
Malang sekali, ada orang, dan kadangkala
seluruh jemaat, yang terpaksa disingkirkan
kerana gagal untuk mematuhi doktrin-doktrin
serta Perlembagaan Jemaat atau arahan-arahan
Jemaat yang mengikut peraturan. Jemaat tidak
akan
mengkompromikan
kepercayaankepercayaannya demi bilangan anggota.
Terdapat sebilangan jemaat yang ditubuhkan
sejak tahun 1994, namun setiap satunya
mempunyai masalah-masalah pentadbiran dan
kedoktrinan yang sama seperti apa yang
menyebabkan perpecahan dalam WCG pada
asalnya.
Setiap orang diwajibkan melengkapkan usaha
untuk mematuhi Pernyataan Kepercayaan
Jemaat-jemaat Allah yang lain telah
diruntuhkan dan sedang melakukan perkaraperkara yang sama yang menyebabkan
Penubuhan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
keruntuhan WCG. Orang-orang dari organisasiorganisasi ini sedang menyertai kita dengan
tetap.
Ada antara umat dari sistem-sistem Eropah,
yang merupakan sebahagian dari Jemaat-jemaat
Allah pada zaman Reformasi di Eropah, juga
menyertai kita kerana kita memegang doktrindoktrin asal Jemaat, dan tidak mengubah
kepercayaan-kepercayaan Unitarian sejati yang
dimiliki Jemaat-jemaat Allah dalam sejarah.
Nama Jemaat
Jemaat Allah telah wujud selama dua ribu
tahun meskipun dengan adanya penganiayaan
dari berbagai pihak, yang kebanyakannya
dikelaskan sebagai Kekristianan. Ia telah wujud
di dalam individu-individu sebagai umat
pilihan sejak dari kaum bapa (patriak). Kristus
telah membawa keselamatan kepada dunia dan
dengan itu memulakan jemaat sebagai satu
badan. Kita dapat mengesan jejak kita melalui
jemaat ini (lihat karya Distribusi Umum Jemaat
Pemelihara Sabat (No. 122)).
Nama jemaat ini didapati adalah Jemaat Allah
(Kisah 20:28; 1 Korintus 1:2; 1 Korintus
11:22; 1 Korintus 15:9; 2 Korintus 1:1; Galatia
1:13; 1 Timotius 3:5). Kelompok-kelompok
ecclesia ini secara jamak dikenali sebagai
Jemaat-jemaat Allah (1 Tesalonika 2:14; 2
Tesalonika 1:4). Istilah-istilahnya melanjut
kepada Keluarga Tuhan, yang dikenalpasti
sebagai Jemaat Allah yang Hidup (1 Timotius
3:15). Jemaat juga dipanggil sebagai
Perkumpulan atau Jemaat Anak-anak Sulung
(Ibrani 12:23), Keluarga Seiman (Galatia 6:10)
dan Jemaat-jemaat bukan Yahudi (Roma 16:4).
Kadangkala Paulus merujuk kepada Jemaatjemaat Kristus (Roma 16:16; Galatia 12:23);
bagaimanapun, Jemaat tidak pernah disebut
Mukasurat 5
sebagai Jemaat Kristus (tunggal). Kata jamak
Jemaat-jemaat Kristus merupakan istilah
umum yang digunakan oleh Paulus bagi orang
Roma dan Galatia dan bererti Jemaat-jemaat di
dalam Kristus. Mereka juga dikenali sebagai
Jemaat-jemaat Orang Kudus (1 Korintus
14:33).
Bagaimanapun, tidak diragukan bahawa
Paulus, Lukas dan Para Rasul secara umumnya
memahami gelaran Jemaat sebagai Jemaat
Allah bilamana ia dipakaikan kepada Jemaat
tertentu di tempat-tempat individu, tidak kira di
mana tempatnya. Gelaran ini biasanya diikuti
dengan nama tempat itu yang membezakannya.
Ini dinyatakan sebagai Jemaat Allah di satu
tempat tertentu (contohnya Jemaat Allah di
Canberra).
Gelaran-gelaran
umum
ini
mempunyai kesan yang sama seperti gelarangelaran Jemaat-jemaat Galatia, dan sebagainya
(contohnya Galatia 1:2).
Semua gelaran ini merujuk kepada kesudahan
akhir iaitu Kerajaan Tuhan (Yohanes 3:5;
Lukas 22:16; Kisah 28:23,31). Melalui
delegasi, gelaran ini diperluaskan sebagai
Kerajaan Anak Tuhan yang dikasihi (Kolose
1:13). Kita bukannya masuk ke dalam satu
Jemaat bila dibaptiskan – kita memasuki
Kerajaan Tuhan. Umat pilihan menjadi
sebahagian daripada Jemaat.
Pengelompokan Jemaat-jemaat sebagai suatu
konferens kerasulan dipanggil Jemaat-jemaat
Allah. Jemaat-jemaat ialah tubuh Kristus. Iman
disebutkan sebagai Jalan. Dengan itu, Jemaatjemaat dalam zaman Perjanjian Baru diberi
gelaran sesuai Jemaat-jemaat Allah Al
Masehi.

Download