www.ilmubiz.com BOOST POST MARKETING TUTORIAL PROMOTE PAGE (Promosi mengikut niche jantina,umur,loka si,dan minat) www.ilmubiz.com Anda baru nak mula bisnes di Facebook? Tak tau nak mula? Produk dah ada? Tapi tak tau nak buat camne.. Pening-pening lagi nak mula dari mana.. Takper, biar saya tolong selesaikan masalah anda tu. Ok, bagaimana nak mula jika fanpage anda masih baru, takde likes, takde apa pun lagi? Apa kata ikuti langkah-langkah ini; Pengiklanan facebook sesuai untuk laptop, komputer, handphone, tablet dan notebook Dan Dibawah adalah cara untuk pengguna tablet dan handphone yang ingin mencuba pengiklanan facebook . www.ilmubiz.com Langkah 1: Cari dan Pilih Produk (Jika belum ada) Pastikan produk atau servis yang anda nak jual ada demand.. ada permintaan! Apa jenis produk atau servis yang mempunyai permintaan di Facebook? Produk Fizikal – Pakaian, Makanan, Gadget, Bayi, Dapur, Kesihatan Produk Digital – Ebook, Video Servis – Pembinaan website/blog/minisite/video, catering www.ilmubiz.com Di mana nak dapatkan produk-produk ini? Untuk produk fizikal, anda boleh dapatkan banyak di pusat-pusat borong seperti GM Klang Plaza, GM Chow Kitt Plaza, Jalan Kenanga Plaza dan Jalan TAR. Untuk borong dari luar negara, anda boleh borong dengan harga murah di negara China, Vietnam dan Indonesia. Anda juga boleh borong secara online dalam kuantiti yang banyak di website Alibaba. Untuk produk digital pula, anda boleh dapatkan di website affiliate Malaysia seperti Klikjer dan Ashadee. Untuk luar negara, anda boleh cari di Clickbank dan Amazon. Jika anda mempunyai kemahiran seperti graphic design, video editing, copywriting, penulisan artikel.. anda boleh tawarkan servis anda di forum Wangcyber, Facebook dan Fiverr. Jika anda masih baru, letakkan harga yang murah terlebih dulu, kumpulkan portfolio dan testimoni.. kemudian baru naikkan harga yang lebih tinggi. Langkah 2: Bina Fanpage (Jika belum ada) Bagi memudahkan anda untuk berniaga di Facebook, anda perlu bina fanpage. Fanpage diibaratkan seperti kedai anda. Anda boleh juga menjual menggunakan FB Profile, tapi.. anda akan dilihat lebih profesional menjual di fanpage. Kenapa saya katakan anda perlu ada fanpage? Ini sebab-sebabnya; Tiada had friendlist – Jika anda menggunakan FB Profile, ia terhad untuk 5000 orang je.. tapi fanpage tiada had. Anda boleh dapatkan seberapa banyak fans untuk like fanpage anda. Asingkan kehidupan peribadi dan bisnes – Jangan campurkan hal peribadi dengan hal bisnes. Jika anda post hari-hari mengenai jual produk di FB Profile anda, friends anda pasti akan menyampah.. kesannya reputasi anda akan terjejas sebagai penjual. Branding bisnes – Dengan fanpage, anda boleh post mengenai produk yang anda jual tanpa buat fans rasa menyampah. Mereka akan rasa lebih selesa. Jika produk anda bagus.. mereka pasti akan rekemen pada friends mereka. Buat iklan Facebook Ads – Hanya dengan fanpage sahaja, anda boleh promosikan produk anda menggunakan Facebook Ads. Anda tak perlu bersusah payah post setiap hari mengenai produk anda. Cukup dengan hanya satu post.. post anda akan dapat dilihat oleh ramai audiens. Boleh lantik orang lain uruskan fanpage – Anda juga tak perlu jaga fanpage seorang diri. Anda boleh lantik staff, rakan atau orang yang boleh dipercayai untuk uruskan fanpage anda. Lepas tu, tak perlu lagi anda menghadap fanpage 24 jam untuk monitor PM dan comment fans Anda. www.ilmubiz.com Langkah - langkah bina Fanpage 1) Untuk membina fanpage, klik pada ‘Create Page‘.. 2) Kemudian, pilih kategori bisnes anda.. berikan nama yang sesuai dengan produk atau servis yang anda tawarkan.. www.ilmubiz.com 3) Lengkapkan maklumat fanpage anda.. Selepas anda siap bina fanpage, ini beberapa perkara yang perlu anda letak dalam fanpage anda; Lengkapkan maklumat bisnes anda di bahagian ‘About‘. Maklumat mestilah jelas dan muda difahami. Letakkan gambar yang relevan dengan bisnes anda di fanpage profile picture dan cover timeline. Bina sekurang-kurangnya 10 post di fanpage anda. Jangan biarkan fanpage anda kelihatan kosong. ok, langkah seterusnya.. www.ilmubiz.com Langkah 3: Bina Post (Jika belum ada) Jangan biarkan fanpage anda nampak kosong. Fanpage yang kosong akan dilihat seperti bisnes anda tidak aktif. Pelanggan akan berasa kurang percaya pada bisnes anda. Untuk menampakkan fanpage anda aktif, ini beberapa perkara yang anda boleh buat; Banyakkan post bergambar seperti testimonial, gambar aktiviti, stok, dimasukkan. Banyakkan engagement dengan fans anda. Galakkan mereka untuk respons pada fanpage anda seperti like, share dan comment. Antara cara untuk bina engagement dengan pelanggan adalah dengan membina post yang bertanyakan soalan, kongsikan video yang menarik dan berikan tips yang bermanfaat. www.ilmubiz.com Promosi terkini , komen atau reach tertinggi , di PIN TO TOP supaya menjadi artikel pertama di lihat pelawat waktu singgah ke page. Fanpage yang aktif akan menarik lebih banyak pelawat untuk singgah. Mereka ini berpotensi menjadi pelanggan anda. Anggap fans anda seperti rakan-rakan anda, mereka akan rasa lebih dekat dengan anda.. akhirnya mereka akan selalu ingat dan singgah ke fanpage anda. www.ilmubiz.com Langkah 4: Boost Post Marketing ( Create Iklan Fb Ads ) Boost Post marketing adalah salah satu teknik pemasaran facebook untuk viral segera produk anda . 1) Klik “Create Adverts” untuk membuat iklan fb ads . 2) Klik “Engagement” untuk objektif marketing. www.ilmubiz.com 3) Pilih “ Post Engagement ” untuk membuat teknik boost post marketing dimana fokus pada viral segera produk . Selepas selesai anda memilih teknik iklan klik button “ Continue atau Create Advert Account ” untuk ke step seterusnya 4) Account (jika ada) - Anda perlu memilih matawang malaysia yang akan digunakan untuk pembayaran iklan fb ads setelah selesai klik button continue . Account Country : Malaysia Currency : Malaysia Ringgit Time Zone : AsiaKuala_Lumpur www.ilmubiz.com 5) Audience - Anda perlu memilih kategori pengguna fb untuk sasaran produk anda Location : Kawasan pengguna fb Age : Umur pengguna fb Gender : Jantina pengguna fb 6) Detail Targeting - Anda sasarkan pada pengguna fb yang meminati sesuatu . Contoh jika anda menjual produk kecantikan anda sasarkan pada pengguna meminati “beauty”. www.ilmubiz.com 7) Placement - Anda perlu memilih sasaran pengguna fb dan unclick kotak Instagram Device Type : Mobile Only Platforms : Facebook 8) Budget & schedule - Anda perlu tetapkan tarikh dan masa iklan untuk bajet iklan lifetime . Bajet rendah telah ditetapkan oleh facebook adalah RM7.50 untuk sehari . Iklan akan berjalan selepas 24 jam setelah iklan approve oleh facebook . Contoh dibawah Budget : Lifetime Budget : RM15.00 Schedule : 2 hari ( Adjust tarikh end date ) www.ilmubiz.com 9) Klik “ Show Advanced Options “ untuk masa dan waktu iklan fb ads. 10) Bid amount bermakna anda perlu letak nilai per klik setiap iklan . Anda boleh letak bid 25sen -50sen untuk setiap per klik. www.ilmubiz.com 11) Klik pada ruang kotak untuk tentukan masa dan hari iklan fb ads. Waktu yang sesuai dicadangkan adalah 6am-12 malam . Klik button “Continue ” setelah selesai set waktu iklan fb ads. 12) Di bahagian Connect Facebook Page anda boleh memilih page untuk di iklan fb ads . www.ilmubiz.com 13) Di bahagian Select a Page Post anda boleh memilih posts untuk di iklan fb ads. Anda boleh lihat contoh iklan fb ads disebelah kanan. 14) Klik button “Place Order” setelah selesai.