TANDA BINATANG (666) RFID Dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya ataup ada dahinya, dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu nama binatang itu atau bilangan namanya. Yang penting di sini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang itu, karena bilangan itu adalah bilangan seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam. Wahyu 13:16-18. 666 IALAH SUATU SISTEM SATU KERAJAAN DUNIA Pada masa sekarang, sistem-sistem pengecaman biometrik bantuan komputer sedang dibangunkan cepat dan telah bersedia diterima ke dalam masyarakat. Cip-cip komputer miniatur, menggunakan RFID (Radio Frequency Identification) teknologi, telah ditanam dalam peralatan elektronik, barangan runcit, ternakan, dan manusia-manusia. Ini bukan fiksyen sains hari esok – terjadi hari ini. Dalam banyak bahagian dunia, Applied Digital Corporation tertanam mikrocip RFID (VeriChip), biasa diguna untuk membantu mendiagnos penyakit Alzheimer, penyakit mental, Diabetes, masalah jantung dan ia juga membantu untuk menghalang penculikan. Dalam masa terdekat, jenis biocip ini akan diterima dengan meluas dan ditanam untuk pengenalan peribadi, perlindungan, pengawasan, penjejakan, perdagangan , dan penggunaan lain yang belum lagi dibayangkan. Malangnya, biochips sebegitu menyimpan pengenalan peribadi dan maklumat dihasilkan dari penggunaannya akan disimpan dan dipertahankan dalam satu pangkalan data komputer. Badan anda akan menjadi satu benda bertanda, yang dipantau dan dijejaki semua tingkah laku anda. Menanamkan microchip dalam badan mengubah seseorang menurut hukum alam, secara mental dan akhirnya – secara spiritual / rohani. Masalah yang timbul dari penggunaan biochip dalam manusia lebih dari satu estetik, perubatan, politik, atau isu undang-undang. Satan bekerja didunia dan dia membentuk orang dan masyarakat untuk mencapai matlamat-matlamatnya. Dengan sengaja atau sebaliknya, anti-Kristus memaksa orang untuk mengikut dan mematuhi satu agenda yang nampaknya menjadi kepentingan terbaik rakyatnya tetapi, dalam menjejaki / mengikuti pengaliran sejarah manusia dan pemberontakan manusia terhadap Tuhan, akan menyebabkan penderitaan yang dashyat sehingga Kristus datang lagi. “Ia (agent setan) menyesatkan mereka yang diam di bumi dengan tanda-tanda, yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu.Dan ia menyuruh mereka yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan patung untuk menghormati binatang yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu. Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan nyawa kepada patung binatang itu, sehingga patung binatang itu berbicara juga, dan bertindak begitu rupa, sehingga semua orang, yang tidak menyembah patung binatang itu, dibunuh.Wahyu13:1415(ITB). Satu masa akan datang apabila masyarakat dan yang bernyawa akan diperintah oleh suatu sistem pilihan sendiri di mana manusia dipantau, dianalisis, diukur , dan dinilai oleh komputer-komputer. Dalam masa itu, sesiapa yang menolak sistem itu akan diseksa kemudian dibunuh. PEMBENTUKAN SEBUAH MASYARAKAT SENTIASA ADA Kita sedang bergerak ke arah sebuah masyarakat sentiasa ada di mana orang dari segenap lapisan hidup boleh mengakses sesuatu , di mana saja , dan pada bila-bila masa tanpa mengira masa dan lokasi. Pelaksanaan teknologi RFID dalam kedai-kedai runcit ialah satu contoh. Dianggarkan yang majoriti dagangan runcit akan menggunakan TEKNOLOGI RFID dalam 1 atau 2 tahun (mulai 2005) dan akan menggantikan kod-kod bar, yang telah digunakan untuk masa lampau 30 tahun. Apa yang mendorong perkembangan demikian ialah kepercayaan yang kita akan hidup lebih selamat, lebih mudah, lebih kaya dengan menggunakan teknologi untuk menguruskan aspek-aspek kehidupan harian kita. Dalam sebuah masyarakat yang menginginkan pengurusan kewangan automatik, komunikasi dan keselamatan yang serta-merta, ia bukanlah satu rentangan mustahil untuk RFID membolehkan biochips ditanam ke dalam badan , dan akhirnya menggantikan mata wang yang dengan mudah dicuri, hilang, atau tersembunyi. Dalam masa terdekat: 1) 2) 3) Semua orang akan dikehendaki untuk mempunyai satu biocip. Semua operasi ekonomi akan menggunakan cip ini dengan itu menggantikan unit pertukaran wang hari ini . Akan terdapat pencerobohan privasi dan kebebasan tidak akan wujud. Satu pemimpin yang berwibawa, yang ialah Anti-Kristus, akan memerintah seluruh dunia melalui suatu sistem yang ditalian (interconnected) dan saling bergantung (interdependent). TANDA BINATANG DALAM BADAN MANUSIA, JANGAN TERIMA . (WAHYU 14:9, 14:11, 16:2) 1) Menerima tanda ini ialah satu perbuatan yang tidak boleh ditarik balik semula penjual jiwa anda kepada Satan. Dosa ini tidak dapat dimaafkan dan tidak boleh dibalikkan dengan membuang tanda itu secara fizikal (Wahyu 14:9-11). Jiwa anda kepunyaan Tuhan. Oleh itu, kalau anda menerima tanda ini, anda menjadi kepunyaan Satan selamanya. 2) Jika anda menerima tanda ini , anda dengan rela meletakkan kepercayaan anda pada manusia dan bukan pada Tuhan. Anda memilih untuk hidup tanpa Tuhan yang penyayang, yang ingin anda hidup bersama-Nya berkekalan didalam Syurga. Tuhan tidak mahu anda memilih jalan Nereka. Tuhan sudah tahu semua ini terlebih dahulu , dan kerana Dia sangat mengasihi kita dan Dia mahu kita dimaklumkan tentang ini, hal ini telah didedahkan untuk kita melalui penulisan rasul Yohanes dalam kitab Wahyu sekitar 100 AD. Jika anda tidak diangkat ke Syurga dan dengan itu ditinggalkan untuk masa penderitaan, jangan menerima tanda binatang itu, walaupun anda akan diseksa kemudiannya dibunuh kerana tidak menerima akta-akta yang dibenarkan oleh kerajaan iblis. Anda perlu ingat ini sepanjang masa kerana pengharapan Syurga masih ada sehingga penghujung datang. SUDAHKAH ANDA MENERIMA YESUS SEBAGAI JURUSELAMAT PERIBADI ANDA? Karena semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Allah. (Roma 3:23) Wang bukanlah segalanya. Seseorang tidak boleh datang kepada Tuhan dengan percaya kepada tuhan-tuhan lain, etika, disiplin, atau dengan perbuatan baik. Hanya dengan hubungan peribadi dengan Kristus Yesus sahaja dapat melayakkan seseorang berdiri dihadapan Tuhan yang Kudus di pehujung riwayat manusia. Kerana inilah Yesus Kristus mati dikayu salib, menumpahkan darah-Nya, dan mati, dan dibangkitkan. Ini menunjukkan kesanggupan ilahi, kemampuan , dan kemuliaan dalam menyelamatkan kita dari dosa dan kematian. "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku. (Yohanes 14:6) Sebab jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahwa Yesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahwa Allah telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, maka kamu akan diselamatkan. Karena dengan hati orang percaya dan dibenarkan, dan dengan mulut orang mengaku dan diselamatkan. (Roma 10 :9-10) Anda harus percaya kepada Yesus kerana Dia telah berkorban demi dosa-dosa anda. Yesus mengasihi anda. Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal. - (Yohanes 3:16) Menyedari yang anda ialah seorang yang berdosa dan anda perlu berdoa dengan iman. Anda memerlukan Yesus Kristus menjadi Juruselamat peribadi anda. Syurga dan nereka itu nyata. Yesuslah satu-satunya jalan menuju ke Syurga. YESUS KRISTUS SEGERA DATANG, BERSEDIALAH UNTUK PENGANGKATAN Yesus Kristus telah menebus kita melalui kematian-Nya diatas kayu salib dan pergi menyediakan tempat bagi kita dan akan kembali untuk kita. Dia telah berjanji kepada kita. (Yohanes 14:3). Pengangkatan akan berlangsung sebelum hari penderitaan besar (Wahyu 3:10). Yesus berkata, “Hai orang-orang munafik, rupa bumi dan langit kamu tahu menilainya, mengapakah kamu tidak dapat menilai zaman ini? (Matt. 16:3 Luke 12:56). SEMUA ORANG KUDUS TERSAYANG DALAM YESUS KRISTUS Pengangkatan dikhas untuk orang kudus, yang akan diangkat ke dalam awan atas panggilan trompet Tuhan, orang kudus yang akan diangkat ke dalam awan bertemu dengan Yesus Kristus diatas awan (1 Tes 4:16-17). Pengangkatan dikhaskan untuk orang percaya yang memakai jubah putih rohani. Tubuh jasmani mereka akan diubah kepada tubuh yang mulia dan kerana itulah kegembiraan Tuhan (Wahyu. 19:7-8). Jika anda dalam iman suam-suam kuku, Yesus akan memuntahkan anda keluar jadi janganlah memiliki iman yang seperti ini (Wahyu 3:16). Kedatangan pertama Yesus adalah untuk membawa keselamatan, tetapi Dia akan datang kembali untuk menyambut semua yang sudah bersedia untuk diangkat dan menunggu dalam awan pada bunyi trompet dan ini dipanggil pengangkatan (rapture). Tuhan Yesus akan membawa anak-anak-Nya bersama-Nya ke Syurga. Selepas masa penyeksaan di bumi, Dia akan kembali semula di bumi bersama mereka yang sudah diangkat-Nya ke Syurga untuk Yerusalem Baru, ini akan dipanggil kedatanga-Nya yang kedua kali. Sebab siapakah pengharapan kami atau sukacita kami atau mahkota kemegahan kami di hadapan Yesus, Tuhan kita, pada waktu kedatangan-Nya, kalau bukan kamu? (1 Tes 2:19) Pada kedatangan Yesus, hanya orang kudus yang diangkat sahaja yang akan berdiri menghadap kerusi keagungan (1 Cor. 15:49-55). Sekalipun kita tidak tahu hari dan waktu kedatangan -Nya, anak-anak terang tidak hidup di dalam kegelapan, oleh itu hari kedatangan Tuhan itu tidak akan tiba seperti pencuri datang pada malam hari, (1 Tes. 5:4-5). Janganlah seperti orang percaya suam-suam kuku ataupun jangan tertidur tetapi berjagajagalah dan berdoa senantiasa, (1 Tes 5:1-4). Karena itu ingatlah, bagaimana engkau telah menerima dan mendengarnya; turutilah itu dan bertobatlah! Karena jikalau engkau tidak berjaga-jaga, Aku akan datang seperti pencuri dan engkau tidak tahu pada waktu manakah Aku tiba-tiba datang kepadamu. (Wahyu 3:3). Bagi yang memiliki iman suam-suam kuku, dan bagi yang masih terikat dengan hal-hal duniawi, dan bagi yang belum percaya kepada Yesus akan ditinggal untuk masa penyeksaan @ Great Tribulation. Masa penyeksaan ini masa banyak mengakibatkan kebinasaan didalam kesemua sejarah manusia. Mereka yang ditinggalkan dalam masa penyeksaan ini, jangan terima biocip (yang mana melambang nama iblis ) ke dalam badan mereka (dahi atau tangan kanan; Wahyu 13:16, 20:4) walaupun pada saat kematian. Orang-orang Kristian yang membunuh diri akan hidup kekal di neraka. Dengan menolak cip ini, anda akan diseksa kemudiannya dibunuh. Untuk yang tidak percaya kepada Yesus (bukan kristian) kamu tidak hanya perlu menolak cip ini tetapi kamu juga perlu mengaku dengan mulutmu bahawa Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat anda dan memohon Dia untuk mengampuni dosa-dosa anda dan percaya dalam hati anda yang Yesus adalah anak Tuhan dan Dia mati demi kita, Amen.