TEORI KECERDASAN PELBAGAI OBJEKTIF

advertisement
Modul P engajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN S ENI V ISUAL
Pengenalan
TEORI
KECERDAS AN
PELBAGAI
Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh How ard
Gardner (1983). Dalam kajiannya How ard Gardner mendapati
`seven ways of know ing, preceiving and understanding life’. Beliau
telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat
termasuklah kanak-kanak biasa dan istimew a, juga kelo mpok
penduduk yang mempunyai kriteria yang istimew a (special
population). Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan
bukanlah semata- mata diw arisi. Jika kedua-dua ibubapa
dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya
anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian
terhadap kanak-kanak istimew a mendapati ada di antara muridmurid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa
yang kedua-duanya adalah profesional.
Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi
otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia
dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang
berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap
menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut
konteks penggunaannya.
∗
∗
∗
∗
∗
∗
∗
OTAK KIRI
BAHASA
FORMULA
MATEMATIK
LOGIK
NOMBOR
URUTAN
LINEAR
ANALISIS
∗
∗
∗
∗
∗
∗
∗
OTAK KANAN
BENTUK DAN
CORAK
RUANG
IRAMA DAN
APRESIASI
MUZIK
IMEJ/GAMBAR
IMAGINASI
BERKHAYAL
DIMENSI
Di akhir modul ini guru boleh:i.
ii.
OBJ EKTIF
memahami kepentingan TKP dalam meningkatkan potensi
murid; dan
mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan TKP.
TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi
konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda
Campbell , Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan
definisi How ard Gardner sebagai:(a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan sebenar;
(b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan
(c) kebolehan membuat sesuatu atau menaw arkan perkhidmatan
yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
22
Boleh dipelajari,
dididik dan
ditingkatkan
Individu
mempunyai 8
kecerdasan
CIRI-CIRI TEORI
KECERDAS AN
PELBAGAI
Boleh
dipindahkan –
contoh
kecerdasan
interpersonal
ke linguistik
Boleh
dirangsang
Tidak
berkembang
seiring
CIRI-CIRI
Satu atau dua
kecerdasan
berkembang
sepenuhnya
Tidak boleh
dinilai
berasingan
Verbal-Linguistik
Logik-Matematik
Naturalis
JENIS-JENIS
TEORI
KECERDAS AN
PELBAGAI
Visual-Ruang
Intrapersonal
Kinestetik
Interpersonal
Muzi k
23
KECERDASAN
VERBALLINGUISTIK
KECERDASAN
LOGIKMATEMATIK
KECERDASAN
VISUAL-RUANG
KECERDASAN
KINESTETIK
KECERDASAN
MUZIK
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir
menggunakan perkataan untuk menyampaik an sesuatu secara
berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulis an. Mudah
berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka
kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan
boleh meyakini orang lain.
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan
seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir
secara konseptual dan abstrak. Indiv idu yang cenderung dalam
kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang
berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat
perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan
menggunakan komputer dengan cekap.
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang
membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat
mengenali objek, bentuk, w arna dan corak dalam persekitaran.
Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan
bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan
dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak
menghubungkaitkan antara objek dalam ruang.
Kecerdasan
visual-ruang ini membole hkan seseorang mempersembahkan idea
visual dan ruang secara grafik.
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota
tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih
cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan
badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.
Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan
dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.
Kecerdasan muzik pada seseorang membole hkannya mengesan
bunyi tanpa lisan, muzik serta ir ama yang terdapat di persekitaran.
Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik
serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain
daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini
boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah.
KECERDASAN
INTR APERSONAL
Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta
mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan dir i
sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tin ggi terhadap
kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan
serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan
boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatan
murung dan mengelamun tetapi sentiasa berw aspada dan
bew aw asan.
KECERDASAN
INTERPERSONAL
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami
perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini
24
dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan
orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.
KECERDASAN
NA TURALIS
KEPENTINGAN
KECERDASAN TKP
DALAM
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
Seseorang pencinta alam yang dapat
mengenali dan
mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih
menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian
yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam
sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan
fauna.
1. Petunjuk kepada potensi murid.
2. Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang
pengajarannya.
3. Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan
kecerdasan.
4. Membangun bidang akademik dan ko- kurikulum pelajar.
5. Membangun bidang bakat dan kebolehan pelajar.
6. Mempelbagaikan cara penilaian.
7. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras
dengan FPK dan keper luan murid.
8. Mew ujudkan suasana kolaboratif di sekolah
9. Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat lima model yang dicadangkan dan guru boleh memilih
kesesuaian murid, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang
diajar, iaitu:
BAGAIMANA
MELAKSANAKAN
TKP DALAM
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
SISIPA N
Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan
dan digunakan dalam pengajaran secara tidak
langsung.
JARINGAN
Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran
matematik.
JALINA N
Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa
mata pelajaran.
PERKONGSIA N Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan
dalam dua mata pelajaran.
KESEPADUA N
Beberapa kecerdasan digunakan secara
bersepadu merentasi mata pelajaran yang
berlainan.
25
MODEL SISIPAN
Tahun 1
CONTOH
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
DALAM
PENDIDIKAN SENI
VISUAL
Bidang
: Mengenal kraf tradis ional
Tajuk
: Membuat model tembikar
Guru mengajar murid menghasilkan model tembikar menggunakan
plastisin. Secara tidak langsung murid menggunakan kecerdasan
kinestetik yang menekankan aspek koordinasi dan keseimbangan.
Kecerdasan Visual-Ruang juga dipupuk melalui aktivit i ini.
Tingkatan 1
Bidang
: Penghasilan Seni Visual
Tajuk
: Garisan
Guru membaw a murid-murid keluar bilik darjah untuk mengenali
tumbuhan serta alam persekitarannya. Secara tidak langsung
menggunakan kecerdasan naturalis murid- murid. Melalui aktiviti
ini, murid dapat mengenali pelbagai jenis garisan yang w ujud
dalam ciptaan Tuhan. Apabila berinteraksi dengan guru dan rakan
sebaya dalam sesi perbincangan murid- murid menggunakan
kecerdasan verbal-linguistik serta interpersonal. Apabila idea
tersebut digunakan untuk mengubah sesuatu, murid- murid
menggunakan kecerdasan visual-ruang masing- masing.
MODEL JA RINGA N
Tingkatan 4 dan 5
Bidang
:
Komunikasi Visual
Tajuk
:
Multimedia
Dalam penghasilan cerita beranimasi yang bertemakan fauna,
sekumpulan murid yang terdir i daripada lima orang harus
menggunakan kesemua kecerdasan untuk menghasilkan cerita
tersebut.
26
Tahun 4
Bidang
:
Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk
:
Boneka
Guru yang membimbing murid membuat boneka dapat mencungkil
kecerdasan visual-ruang, verbal-linguistik ketika interaksi antara
guru dan murid berlaku, kecerdasan logik- matematik diperlukan
untuk mengukur boneka dengan tepat dan kecerdasan kinestetik
digunakan secara tidak langsung ketika memanipulasi bahan.
Semasa sesi apresiasi, iaitu bercerita atau persembaan drama,
kecerdasan muzik, intrapersonal dan interpersonal digunakan
untuk menghasilkan persembahan yang menarik. Kesedaran
naturalis pula digunakan ketika penghasilan boneka yang
berasaskan motif dari alam semulajadi.
MODEL JALINAN
Tingkatan
: 1
Bidang
: Prinsip Rekaan
Tajuk
: Gar isan Grid
Guru menerangkan konsep garisan grid. Perbincangan dibuat
tentang garisan grid yang terdapat pada pelbagai objek buatan
manusia dan pada alam semulajadi.
Murid menggunakan
kecerdasan visual-ruang untuk melukis garis an grid dan corak.
Murid boleh mengaplikasikan kecerdasan vis ual ruang ini dalam
mata pelajaran lain seperti geografi dan sains.
MODEL PERKONGSIAN
Tingkatan
: 4
Bidang
: Komunikasi Visual
Tajuk
: Risalah
Tema
: Alam Sekitar
Guru berbincang dengan murid mengenai keindahan alam
semulajadi ciptaan Tuhan. Mur id-murid diminta member i pendapat
tentang aktivit manusia yang memberi kesan negatif terhadap
sistem ekologi alam semulajadi yang seterusnya turut menjejaskan
kehar monian kehidupan manusia.
Guru memperjelaskan
bagaimana kefahaman tentang perkara ini boleh disampaikan
dalam bentuk risalah yang boleh memberi kesedaran pada
27
masyarakat.
Murid akan menggunakan kecerdasan verballinguistik, visual-ruang dan naturalis.
Murid mengaitkan
pemahaman mereka dalam bidang sains dengan Pendidikan Seni
Visual.
MODEL KESEPA DUA N
Tingkatan
: 4
Bidang
: Rekabentuk persekitaran
Tajuk
: Lanskap
Guru dan murid membincangkan penggunaan ruang lanskap dan
fungsi tumbuh-tumbuhan pada lanskap.
Guru mengajar
perancangan ruang lanskap dengan menggabungkan elemen alam
semulajadi dan objek buatan manusia. Murid- murid menggunakan
kecerdasan naturalis dan visual-ruang dengan pemahaman
berkaitan sains (fungsi tumbuhan) dan penggunaan ruang
berkenaan.
Per kembangan di atas menunjukkan bahaw a dimensi TKP
sentiasa berkembang mengikut konteks penggunaannya yang
merentas pelbagai disiplin pendidikan atau mata pelajaran sama
ada kecerdasan ini dilihat sebagai cara atau gaya berkaitan.
RUMUSAN
Kesemua lapan kecerdasan dimiliki oleh semua individu tetapi
tahapnya adalah berbeza. Oleh sebab itu, guru boleh memupuk
kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga dalam muridmuridnya.
28
Download