PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017 Editors: Mohd Nasran Mohamad, Muhamad Razak Idris, Farid Mat Zain, Cheloh Khaegphong, Anis Pattanaprichawong & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani © Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Malaysia Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University, Thailand ISBN 978-983-9368-79-6 (2017), http://www.icdis2017.com KONSEP KEBAJIKAN SOSIAL DALAM PERTUBUHAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DAN KAITANNYA DENGAN GELANDANGAN KUALA LUMPUR Rafiza Mohamed, Jaffary Awang, Ahmad Sunawari Long & Zaizul Ab Rahman Abstrak: Konsep kebajikan sosial menurut para sarjana adalah usaha yang dilakukan oleh pihak NGO dalam menghulurkan bantuan kepada para penduduk tanpa mengira sebarang pulangan dan keuntungan. Pendaftaran NGO dikatakan meningkat saban tahun seiring dengan isu-isu global yang melibatkan kebajikan negara khususnya dan seluruh dunia amnya. Namun konsep kebajikan sosial yang diketengahkan dalam Islam dilihat mempunyai beberapa perbezaan dan nilai tambah terhadap perlaksanaannya. Kedinamikan beberapa NGO yang menyantuni golongan gelandangan dilihat mempunyai kaitan yang signifikan dalam mengimplimentasikan konsep tersebut berkaitan isu yang melibatkan gelandangan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan tematik bagi melihat kaitan konsep kebajikan sosial dalam NGO dan kaitannya dengan isu gelandangan. Ia juga bertujuan mendapatkan sorotan pandangan sarjana Islam yang berteraskan al-Quran dan hadith berkaitan kebajikan sosial. Hasil kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara kebajikan sosial dan isu gelandangan di kuala Lumpur. Ia memberi implikasi positif terhadap perlaksanaan kebajikan sosial yang lebih praktikal dan berimpak tinggi. Kata kunci: kebajikan sosial, NGO, gelandangan. PENGENALAN Kebajikan sosial merupakan elemen penting dalam menentukan keharmonian kehidupan masyarakat kerana ia merupakan intipati kepada konsep pembangunan sosial masyarakat dan negara. Menurut Friedlander (1961) kebajikan dilihat sebagai satu sistem kegiatan yang teratur bagi pelbagai perkhidmatan sosial yang tujuannya untuk membantu individu dan kelompok bagi mencapai kualiti hidup yang lebih memuaskan. Kebajikan sosial dilihat sebagai satu keadaan yang sejahtera mencakupi aspek fizikal, mental dan sosial United Nation (1960 ). Berdasarkan kepada kedua-dua pengertian tersebut, Skidmore (1971) telah mendefinisikan kebajikan sosial sebagai satu set usaha untuk mengubah atau meningkatkan keadaan yang sejahtera, baik dari aspek fizikal , mental dan sosial. Di Malaysia aktiviti kebajikan sosial dikaitkan dengan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Pertubuhan Bukan Kerajaan atau Non Goverment Organization (NGO) adalah merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan. Di dalam bidang kuasa mahkamah jenis-jenis pertubuhan ini adalah “Pertubuhan Masyarakat Awam” atau dirujukkan dengan nama-nama lain. Badan Bukan Kerajaan juga merupakan suatu badan yang melakukan aktiviti atau projek di mana agenda utamanya bagi membela nasib masyarakat atau sesuatu komuniti. Segala aktiviti yang dijalankan tidak berasaskan keuntungan atau bukan bertujuan menjana pendapatan bagi mengaut keuntungan. Hal ini bertepatan dengan ciri-ciri NGO yang digariskan oleh Sinichi & Kasian & Apichart (2004) untuk menegaskan liabiliti mereka kepada masyarakat. Menerusi laporan dan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berkaitan pendaftaran pertubuhan sehingga Jun 2016 menunjukkan pertambahan bilangan pendaftraan pada setiap tahun dari tahun 2013 hingga tahun 2016. Laporan tersebut direkodkan mengikut bulan bermula Januari hingga Disember setiap tahun. Pada tahun 2013 jumlah pendaftaran pertubuhan adalah sebanyak 8034 buah pertubuhan setahun, diikuti iaitu sebanyak 8259 buah pertubuhan pada tahun 2014 dan sebanyak 10307 buah pertubuhan pada tahun 1 PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 2015. Bagi tempoh enam bulan tahun 2016 rekod pendaftaran pertubuhan sudah menjangkau sebanyak 5871 buah. Rajah 1.1 menunjukkan laporan dan statistik pendaftaran pertubuhan pada tahun 2016 yang merekodkan permohonan yang telah diluluskan, ditolak dan yang menunggu keputusan. Rajah 1.1 Permohonan Pendaftaran pertubuhan 2016 Permohonan Pendaftaran Pertubuhan 2016 7.20% 34% 58.80% Menunggu giliran Permohonan diluluskan Permohonan yang ditolak Sumber: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Menerusi carta pie pada rajah 1.1 dapat disimpulkan bahawa kewujudan pertubuhan di Malaysia berada pada tahap yang sangat memberansangkan. Hal ini menyumbang kepada kepelbagaian ideologi penubuhan mengikut sesuatu pertubuhan tersebut. Kepelbagaian ideologi menimbulkan pelbagai argumentasi sarjana dalam meletakkan nilai konsep kebajikan sosial. Hal ini dikatakan berpunca dari perjalanan dan konsep sesetengah mereka yang menggunakan dasar dan konsep kebajikan sosial semata-mata mencari publisiti kepada pertubuhan masing-masing. Permasalahan ini sememangnya perlu diperbincangkan kerana ia sangat bertentangan dengan matlamat penubuhan pertubuhan sosial yang bertujuan untuk membantu memberi khidmat sosial tanpa mengharapkan pampasan daripada khidmat yang diberikan. Justeru kajian tentang konsep kebajikan sosial yang dikaitkan secara langsung dengan badan-badan kebajikan yang bergerak aktif membantu gelandangan amat perlu untuk meneliti konsep yang boleh digunapakai bagi membantu golongan tersebut agar mereka merasakan nilai dalam kehidupan hasil keberkesanan dalam kebajikan sosial. Persoalan Kajian Sebanyak dua persoalan yang timbul hasil dari pernyataan masalah akan diselesaikan dalam kajian ini. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kebajikan sosial dalam NGO serta kaitannya dengan isu gelandangan? 2. Bagaimanakah pandangan Sarjana Islam berkaitan kebajikan sosial berdasarkan al-Quran dan hadith? 226 PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 Objektif Kajian Objektif kajian adalah jawapan kepada persoalan kajian yang mana ia akan membuahkan hasil kajian berdasarkan persoalan yang timbul. Sebanyak dua objektif disasarkan berdasarkan persoalan kajian. 1. Meneliti konsep kebajikan sosial dalam NGO dan kaitannya dengan isu gelandangan. 2. Menganalisis pandangan sarjana Islam menerusi al-Quran dan hadith berkaitan kebajikan sosial. Metodologi Kajian Kajian ini berbentuk kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kaedah analisis kandungan atau teks (texture analysis) digunakan dalam kajian kepustakaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan teori dan konsep asas kebajikan sosial. Setelah mendapatkan tema-tema yang muncul daripada kajian kepustakaan ia dibawa ke lapangan dalam observasi bersama lima buah NGO untuk tujuan pengujian kesahan tema. Catatan setiap pergerakan dalam aktiviti bersama NGO dibuat dan dirakam bagi memelihara dan menjaga maklumat supaya tiada sebarang keciciran maklumat semasa proses analisis. Set soalan untuk temubual separa berstruktur berdasarkan tema yang disusun dan disahkan oleh pakar. Seramai tiga pakar digunakan untuk mengesahkan soalan agar ia tidak lari dari tema dan objektif dalam kajian. Kesemua data yang telah siap dikumpul kemudiannya dianalisis mengikut kaedah tematik. Data kajian lapangan mengesahkan konsep dan teori dalam kajian kepustakaan. Maklumat pengumpulan data boleh diperhatikan menerusi rajah 1.2 yang memberikan gambaran jelas tentang data primer dan sekunder dalam kajian ini. Kesemua kaedah ini bertujuan menunjukkan kesahihan data yang digunakan. Rajah 1.2 Kaedah Pengumpulan Data Data primer diperolehi daripada jurnal dan diikuti tesis serta buku. Data yang diperolehi menerusi laman sesawang dan media elektronik, majalah dan surat khabar merupakan data 227 PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 sekunder. Kesemua data yang diperolehi dari sumber primer dan sekunder ini dianalisis bagi mendapatkan sub tema yang kemudiannya dipraktikkan dalam kajian lapangan yang melibatkan observasi dan temubual. Setelah kesemua proses pengumpulan data dijalankan kesemua data ini dianalisis dengan mengenalpasti konsep yang dikehendaki daripada satu-satu set dokumentasi. Seterusnya dokumentasi yang diperolehi tersebut dihuraikan dan diterokai secara terperinci terhadap konsep-konsep yang dikenalpasti dan memberi tumpuan kepada makna semantik atau kemanfaatan dan signifikan hubungan (Sabitha 2005; William L.N 2005; Creswell J.W 2009; Ahmad Munawar 2012). Oleh yang demikian data yang siap dianalisis mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Analisis Tinjauan Literatur Beberapa gerakan pemikiran dalam bidang kebajikan sosial telah mengembangkan pengertian kebajikan sosial dan cuba mengaitkannya dengan pembangunan sosial. Terdapat tiga pendekatan terhadap tujuan penyediaan kebajikan sosial, iaitu residual, institutional (institusi) dan development (pembangunan). Konsep residual merujuk kepada bentuk perkhidmatan sosial yang berkaitan dengan pemecahan masalah sosial dan patologi sosial dengan usaha untuk membantu dan menyesuaikan dan memulihkan seseorang atau keluarga, sesuai dengan nilai dan norma masyarakat. Berasaskan kepada model ini Titmuss (1974) menjelaskan bahawa model residual berfungsi sebagai alat untuk memenuhi keperluan tertentu di dalam masyarakat tanpa mengambil kira pertimbangan nilai seseorang ataupun keluarga dan juga tanpa mengambil kira sama ada mereka mengalami masalah sosial atau tidak. Dolgoff et. al (1997) pula memperincikan konsep developmental yang memungkinkan sesuatu masyarakat membentuk institusi kebajikan sosial serta bertujuan mencapai kehidupan yang lebih baik dan memenuhi keperluan pembangunan manusia. Tindakan yang diambil pula tidak semestinya untuk menyelesaikan masalah tetapi lebih lebih kepada usaha membangunkan. Situasi tersebut dilihat tidak jauh matlamatnya dengan gerakan kebajikan yang dilakukan di seluruh dunia. Pada awalnya amalan kerja sosial dikaitkan dengan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). Di samping itu, JKMM dikatakan merupakan agensi terbesar kerja sosial yang menggunakan tidak kurang daripada 3000 orang pekerja ketika ini. Istilah kebajikan di Malaysia hampir tidak wujud atau jarang disebut pada tahun 60-an dan awal 70-an. Hal ini kerana masyarakat negara kita pada masa itu dikatakan tidak miskin semangat. Mereka yang dianggap boleh bekerja akan berusaha untuk hidup. Semangat mereka cukup tinggi untuk berusaha. Orang yang kurang upaya juga turut berusaha dari sekecil-kecil usaha hingga sebesar-besar usaha. Namun lebih ramai daripada mereka yang malas bekerja dan berpeluk tubuh dan juga dikenali sebagai ‘bantuan kebajikan’ daripada pihak kerajaan. Perspektif ini memerlukan perubahan yang holistik di mana penekanan harus diberikan terhadap program pembangunan insan secara keseluruhan. Bantuan konvensional seperti bantuan kewangan tidak seharusnya diberikan kepada mereka. Mereka perlu berusaha sendiri untuk membina kehidupan. Jika bantuan sentiasa diberikan, secara tidak langsung masyarakat akan menjadi malas bekerja dan sentiasa menunggu bantuan. Oleh yang demikian, mereka akan berupaya untuk turut serta dalam aktiviti pasaran ekonomi dan buruh yang sukar tetapi masih mempunyai ruang untuk dieksploitasi secara agresif. Untuk merealisasikan kerja-kerja sosial pihak JKM telah memberi kepercayaan penuh kepada NGO yang sekaligus mewakili kerajaan dan masyarakat.Terdapat beberapa sorotan berkaitan kebajikan dan sosial yang dilakukan oleh NGO yang telah diketengahkan menerusi kitab Nadwah al-Taqyim al-Iqtisadi wa al-Ijtimaci li Jamciyyat al-khayriyyah fi jumhuriyyah misr al-cArabiyyah. Kitab tersebut telah menjelaskan secara ditil kebajikan sosial yang dilakukan oleh pihak NGO dalam menghulurkan bantuan kepada para penduduk tanpa mengira sebarang pulangan dan keuntungan. Sehubungan dengan itu ini sememangnya termaktub dalam mana-mana akta pertubuhan NGO yang ada di Malaysia. Firman Allah s.w.t (Ali Imran 4:104): َوَل َتكُن مِّنكُم أُمَّة يَدعُونَ إِلَى ٱلخَيرِ وَيَأمُرُونَ بِٱلمَعرُوفِ وَيَنهَونَ عَنِ ٱلمُنكَرِ وَأُوْلََٰئِكَ ُهمُ ٱلمُفلِحُون 228 PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam), menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Ayat di atas menerangkan dengan jelas tentang kewajipan menyuruh kepada perkara-perkara kebaikan dan mencegah daripada perbuatan dosa dan menyeleweng. Sehubungan dengan itu usaha sukarelawan NGO dilihat sebagai sesuatu yang sangat bernilai dalam menyebarkan kebaikan dengan berbuat baik kepada masyarakat umumnya dan gelandangan amnya. Amalan ini juga disebut sebgai amal baik. cAlawi (1991) dalam kitabnya kashfu al-Gummah fi Ithtinac al-macruf wa rahmah al-Ummah, menyebut tentang dua jenis amal baik iaitu kata-kata dan perbuatan. Perbuatan yang bersungguh-sungguh membantu orang lain serta mendorong mereka untuk menjadi lebih baik adalah merupakan amal yang baik. Hal ini kerana matlamat mereka adalah untuk menjadikan masyarakat itu lebih baik. Usaha dan amal seperti ini tidak pernah dianggap berlebihan serta tiada batasannya. Malah amalan tersebut mempunyai dua manfaat kepada pelakunya iaitu mendapat pahala dan nama baik serta manfaat kepuasan hati kerana telah membantu dan meringankan masalah dan beban orang lain. Ketepatan penjelasan tersebut dilihat sangat bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam al-Tawbah yang menyatakan secara jelas tentang perlunya umat Islam antara satu sama lain. Firman Allah s.w.t (al-Tawbah 9:71): َالزكَاةَ وَيُطِيعُونَ اهلل َّ َضهُم أَولِيَاءُ بَعضِ يَأمُرُونَ بِالمَعرُوفِ وَيَنهَونَ عَنِ المُنكَرِ وَُيقِيمُونَ الصَّالَةَ وَيُؤتُون ُ وَالمُؤمِنُونَ وَالمُؤمِنَاتُ بَع وَرَسُولَه Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang makruf dan menegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Dalil dari al-Quran yang tersebut di atas diperkukuhkan lagi dengan hadith nabi s.a.w tentang pentingnya masyarakat yang mendukung kebajikan dan bersifat saling menjaga antara satu sama lain untuk menuju arah kehidupan yang lebih baik. Tanggungjawab kebajikan sosial dipikul bersama dengan matlamat membina masyarakat yang teguh dan mapan. Sabda Rasulullah s.a.w: المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا Maksudnya: (Hubungan) seorang Mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, setengahnya menguatkan setengah yang lain (Muslim 1995, al-Birr wa al-Silah bab tarahum alMucminin, 4:1999). Menerusi kedua-dua dalil daripada al-Quran dan hadith di atas dapat diperhatikan bahawa konsep kebajikan menurut Islam menerusi al-Quran dan hadith memerlukan kerjasama secara kolektif daripada masyarakat. Dalil-dalil tersebut mengandungi asas jaminan sosial dengan setiap anggota masyarakat mempunyai hak dan tanggungjawab dalam kehidupan dan menegakkan masyarakat. Konsep kebajikan yang diketengahkan di sini adalah tolong menolong atau tacawun. Tolongmenolong dalam kalangan orang mukmin boleh dilahirkan dalam bentuk tolong-menolong dalam menegakkan kebenaran dan kebaikan serta bersama-sama menghindari kerosakan. Hal ini sangat bersesuaian dengan dalil daripada al-Quran yang menyebut secara terang tentang perkara ini. Firman Allah s.w.t (al-Maidah 5:2): ِوَ َتعَاوَنُواْ عَلَى ٱلبر وَٱلتَّقوَىَٰ وَال َتعَاوَنُواْ عَلَى ٱإلِثمِ وَٱلعُدََٰان Maksudnya: Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolongmenolong dalam berbuat dosa dan perseteruan. Melalui ayat ini dapat difahamkan bahawa seseorang itu berhak mendapatkan kerjasama dalam hal kebaikan dan kebenaran. Menurut Jawiah Dakir (2006) seseorang mukmin berhak mendapat kerjasama dalam melakukan kebaikan , kebajikan dan kebenaran, tanpa mengira di mana ia tinggal; al-Mawdudi (1986) tetapi perkara-perkara yang mungkar tidak berhak mendapat simpati dan pertolongan, sama ada atas nama keluarga, bangsa dan sebagainya. Hal ini sangat bersesuaian 229 PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 dengan peranan NGO yang mengamalkan konsep melindungi golongan gelandangan yang lemah dan membantu mereka dari pelbagai aspek kebajikan. Kesemua konsep yang digariskan dalam alQuran dan hadith ini dilihat sangat signifikan dengan matlamat penubuhan setipa NGO itu sendiri. Terdapat lima konsep asas kebajikan penubuhan NGO iaitu bukan bertujusan membuat keuntungan, sukarela, berterusan (istimrar), sedia berkorban dan dermawan Sinichi & Kasian & Apichart (2004). Jelas di sini matlamat penubuhan NGO adalah bukan bertujuan keuntungan tetapi untuk membantu membangunkan masyarakat. Konsep berkorban adalah tema yang diperolehi daripada kaedah observasi dan temubual yang mana rata-rata NGO mengutarakan jawapan yang serupa iaitu sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit menyantuni para gelandangan hingga lewat pagi. Menurut Azyyati (2014) walaupun pertubuhan bukan kerajan (NGO) tidak berada pada arus utama dalam menerajui pentadbiran negara, tetapi kewujudannya sangat diiktiraf seabagai pelengkap kemajuan negara dari aspek aktiviti NGO dan peranan yang dimainkannya dalam komuniti, masyarakat, bangsa dan agama. Hal ini dapat dilihat sejak dari kemerdekaan negara yang menyaksikan perkembangan pesat NGO serta persatuan sukarelawan di Malaysia. Merujuk kepada istilah sukarelawan pula Sayed Abd. Rahman (1995) menyatakan adalah wajar para sukarelawan kebajikan mendukung badan-badan sukarela kebajikan untuk bertindak lebih daripada apa yang berlaku sekarang sekadar ‘caretaker’ (pengurus) kepada para penghuni dan penggerak untuk mendapatkan sumber kewangan. Tugas para sukarelawan adalah lebih daripada mendapatkan derma atau menganggotai sesuatu jawatankuasa bagi mengisi ‘curiculum-vitae’ sahaja. Ia perlu diubah sesuai dengan perkembangan dan keperluan semasa. Dalam erti kata lain para sukarelawan NGO perlu lebih kreatif mempelbagaikan cara dalam menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan. Islam juga telah menjelaskan tugas sebagai sukarela dalam sesebuah pertubuhan. Menurut Ihsan Muhammad Ali dalam kitabnya al-Amal alTatawuci min manzir al-Tarbiyyah al-Islamiyyah (2008) membincangkan kedudukan sukarela dalam Islam “…usaha yang dilakukan seseorang manusia tanpa balasan sebagai penyertaan dalam tanggungjawab pertubuhan yang bergiat dalam penjagaan komuniti”. Jelasnya dalam melakukan amal sukarela ia lahir daripada kemahuan sendiri tanpa desakan daripada kuasa luar dan tujuan amal sukarela itu adalah ganjaran pahala dan mecapai keredhaan Allah semata-mata. Takrifan sukarela ini seperti yang dinyatakan oleh Majlis Sosial Negara Sub-sistem 19, menggambarkan satu semangat atau dasar sosial yang bertujuan untuk menekankan betapa pentingnya bagi anggota masyarakat membuat sumbangan khidmat sosial secara sukarela untuk membantu mereka yang memerlukannya di dalam apa jua bidang dan apa jua cara yang tidak bercanggah dengan undang-undang dan batasan moral masyarakat. Hal ini sangat signifikan dengan pernyataan Ahmad Kamal Ahmad (t.th :17) yang menyatakan khidmat sosial ialah suatu hubungan dengan penjagaan komuniti dalam amalan kebajikan, kebaikan dan perkara makruf berdasarkan keperluan kumpulan komuniti dalam masyarakat. Jelas di sini khidmat sukarela dalam sesuatu pertubuhan telah disepakati penting untuk sesebuah komuniti yang sejahtera. Oleh itu tidak hairanlah NGO yang ditubuhkan dianggotai oleh para sukarela yang menyumbang tenaga tanpa mengharapkan imbuhan. Sebaliknya mengharapkan agar sesuatu isu dapat diselesaikan dengan gandingan bantuan antara NGO. Hal ini telah menjelaskan lagi konsep sukarela dalam NGO yang sangat kongruen dengan praktikal mereka di lapangan. Dalam beberapa senarai aktiviti NGO yang ditemuramah menerusi kajian ini, mereka telah mempelbagaikan sumbangan bukan sahaja dalam bentuk material semata-mata tetapi lebih daripada itu. Jika sebelum ini dalam kajian Rafiza Mohamed (2013) telah mendapati bahawa gelandangan diberikan makanan dan minuman serta peluang pekerjaan, namun dalam kajian ini telah mendapati bahawa NGO telah melancarkan perkhidmatan jalanan dengan mengajarkan kemahiran seperti menjahit, melukis dan sukan. Pendedahan seperti ini telah membuatkan gelandangan merasakan diri mereka mendapat kepercayaan dalam bermasyarakat. Aktiviti kebajikan ini juga tidak terbatas hanya kepada gelandangan yang beragama Islam sahaja. Ia merangkumi semua kaum dan agama lain tanpa prejudis. Dalam menerangkan konsep kebajikan lintas perkauman ini Islam terlebih dahulu menyarankan amal baik tidak kira sesama Muslim atau non-Muslim. Sayyid Qutb (1983) menyatakan bahawa semua jenis manusia, semua warna kulit dan semua bahasa berhak berhimpun dalam pangkuan Islam dan di bawah perlindungan sistem sosialnya. Mereka merasakan seperti berada dalam satu keluarga yang mempertemukan mereka semua dalam satu ikatan iaitu iakatan kemanusiaan dan tidak mengenal perbezaan warna kulit 230 PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 hitam dan putih, di utara dan di selkatan dan di timur dengan di barat. Pernyataan ini juga seiring dengan prinsip Sunnah yang menafikan keanggotaan seorang dalam masyarakat yang melaungkan perbezaan kaum. Islam sepatutnya menunujukkan contoh tauladan yang bertamadun sebagai contoh kepada agama dan kaum lain. Menyentuh konsep rentas perkauman dalam kebajikan ini ia bersesuaian dengan sebuah hadith nabi s.a.w yang melarang umatnya mempertahankan perkauman. Sabda Nabi s.a.w: ليس منا من دعا إلى عصبية وليس منا من قاتل إلى عصبية وليس منا من مات على عصبية Maksudnya: Bukanlah daripada golongan kami orang-orang yang menyeru kepada perkauman, bukanlah daripada kami orang-orang yang berperang atas dasar perkauman dan bukanlah daripada golongan kami orang-orang yang mati atas dasar perkauman (Abu Dawud t.th., al-Adab bab fi al-cAsabiyyah 4:322). Menerusi kaedah observasi dan temubual indikator ketiga ini telah muncul dan jawapan setiap NGO yang ditemubual adalah berkonsepkan kebajikan merentasi perkauman. Meskipun 5 daripada NGO yang ditemubual merupakan pertubuhan Islam sepenuhnya namun mereka tidak meletakkan had untuk membuat kebajikan kepada umat Islam sahaja. Keterbatasan dalam menyebarkan kebajikan akan membuatkan Islam hilang kewibawaannya. Sebaliknya apabila konsep rentas perkauman dalam konsep kebajikan ini diaplikasikan Islam dipandang dengan penuh rasa cizzah dan menyenangkan. Harus diingat setiap gerakan dan aktiviti yang berkonsepkan kebajikan sudah pasti akan mendapat sambutan daripada masyarakat khususnya yang gemar akan kondisi seperti ini. Namun golongan gelandangan yang didekati oleh NGO ini merupakan golongan yang pada asalnya sukar untuk didekati. Pernyataan ini telah diutarakan oleh Anderson (1975) yang telah melakukan kajian di Chicago tentang kehidupan dan masalah kelompok gelandangan yang digelar dengan istilah the bum. Beliau mendapati mereka sukar didekati. Pernyataan ini selari dengan tulisan Dr Ahmad Zaharuddin yang merupakan Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia dan Sani Ahmad Sobri yang merupakan Felo Kehormat Universiti Monash, Australia. Tulisan mereka dalam majalah Milenia keluaran Mei 2012 telah mengenal pasti gelandangan ini tidak selesa dengan suasana yang formal dan hanya akan bercerita apabila mereka berasa selesa dengan keadaan persekitarannya. Namun masalah ini dapat diatasi dengan pendekatan konsep yang keempat dalam kebajikan sosial oleh NGO iaitu perlindungan sosial. Konsep saling melindungi antara individu adalah amat perlu. Setiap individu dianggap sebagai pengawal dan penjaga kepada masyarakat supaya terhindar daripada kerosakan dan kemusnahan. Masyarakat ibarat berada dalam sebuah kapal dengan setiap penumpang bertanggungjawab atas keselamatan antara satu sama lain (Jawiah Dakir: 2008). Hal ini sesuai dengan sabda Nabi s.a.w : " مثل المهن فى حدود اهلل والواقع فيها مثل قوم استهموا سفينة فصار بعضهم فى أسفلها وصار بعضهم أعالها فكان الذى فى أسفلها يمرّون بالماء على الذين فى أعالها فتأذوا به فأخذ فأسا فجعل ينقر أسفل السفينة فأتوه فقالوا مالك قال تأديتم بى وال بدّلى من "الماء فانّ أخذوا على يديه انجوه ونجوا أنفسهم وإن تركوه أهلكوا وأهلكوا أنفسهم Maksudnya: Perumpamaan orang yang mendekati dan melanggar hukum-hakam Allah, seperti satu kaum yang berada dalam sebuah bahtera. Setengah daripada mereka di sebelah atas dan setengahnya di sebelah bawah. Orang di sebelah bawah, mereka melalui orang yang di sebelah atas dengan membawa air. Lantaran itu, orang yang di sebelah atas mendapat susah, lalu orang yang di sebelah bawah mengambil kapak lalu menebuk lubang di bahagian bawah bahtera. Orang yang di atas dating dan bertanya, apa yang kamu buat? Mereka menjawab: kamu mendapat susah lantaranku, sedangkan aku mesti mendapatkan air. Maka jika orang di sebelah atas menahan tangannya daripada menebuk lubang ia menyelamatkannya dan menyelamatkan diri mereka.Dan jika mereka biarkan ia menebuk lubang ia membinasakannya dan membinasakan diri mereka (al-Bukhari t.th., al-Shahadat bab al-quracah fi al-musykilat, 8:2). Demikianlah pentingnya kerjasama dan saling melindungi sesama anggota masyarakat agar nilai keselamatan dapat dipertahankan. Sehubungan dengan itu Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di bawah tanggungjawab korporat sosial (CSR) telah membina sebuah Pusat perlindungan gelandangan di atas tapak berukuran 12,000 kaki persegi di hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Projek tersebut telah dimulakan sejak Januari 2015 dan telah pun siap kini. Projek ini juga telah disiarkan oleh Astro Awani pada 28 Febuari 2015. Langkah ini bertujuan memberikan harapan baru kepada 2000 gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Langkah dan 231 PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 inisiatif daripada pihak yang prihatin dipandang positif dan memberi impak yang tinggi dalam proses membina kembali hidup gelandangan. Namun begitu pengisian kepada gelandangan itu lebih penting dan bermakna.Pengisian di pusat perlindungan tersebut banyak dilakukan oleh NGO dan sukarelawan yang prihatin. Namun apa yang hendak ditekankan di sini adalah berkaitan perlindungan sosial kepada golongan gelandangan yang tidak memilih agama dan bangsa. Konsep ini sangat selari dengan anjuran Islam yang menyuruh umatnya berlaku adil dalam menyalurkan kebaikan. Firman Allah s.w.t: َن ٱلَّذِينَ لَم ُيقََٰتِلُوكُم فِي ٱلدِّينِ وَلَم يُخرِجُوكُم مِّن دِيََٰ ِركُم أَن تَبَرُّوهُم وَتُقسِطُواْ إِلَيهِم إِنَّ ٱهللََّ يُحِبُّ ٱلمُقسِطِين ِ َال يَن َهاَٰ ُكمُ ٱهللَُّ ع Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil (al-Mumtahanah 60:8). Dalam konteks kebajikan yang dilakukan oleh NGO ia sebenarnya telah menepati konsep yang dianjurkan oleh al-Quran dan hadith. Kesemua konsep tersebut boleh dirangkumkan dalam indikator yang kelima iaitu kasih sayang. Para sarjana mengakui bahawa kasih sayang dan persaudaraan mampu memajukan umat (Guillame 1979). Beliau menegaskan bahawa gabungan ini mampu membina pertahanan yang kukuh. Dalam erti kata lain ia mampu membina daya kekuatan ummah. Semua ini dapat dilakukan dengan adanya kasih sayang (mahabbah). Pengorbanan dan pertolongan antara sesama mukmin atau yang selainnya adalah kerana adanya kasih sayang dan persaudaraan. Hal ini sangat bertepatan dengan konsep yang dibawa oleh Islam tentang kasih sayang sesama mukmin. Sabda Rasulullah s.a.w: ال يؤمن أحدكم حتى يحب ألخيه ما يحب لنفسه Maksudnya Tidaklah beriman seseorang dari kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri (al-Bukhari t.th.,al-Iman bab min al-Iman can yuhibba li akhihi ma yuhibba ii nafsihi 1:10) Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda: المسلمون كرجل واحد إن اشتكى عينه اشكى كله وإن اشتكى رأسه اشتكى كله Maksudnya: Hubungan orang-orang Islam seperti seorang lelaki, jika matanya mengadu sakit, mengadu sakit semua anggotanya. Dan jika kepalanya mengadu sakit, mengadu sakit semua anggotanya (Sahih Muslim 1995, Birr wa al-Silah bab tarahum al-Mucminin, 4:200. Berdasarkan kedua-dua hadith yang dibawakan tadi dapat difahami bahawa setiap anggota masyarakat Islam bertanggungjawab antara satu sama lain dalam memberikan perlindungan, pertolongan dan kasih sayang. Perasaan kasih sayang bukan hanya lahir sesama Islam bahkan mereka yang tidak Islam juga boleh merasakan kasih sayang daripada umat Islam yang prihatin. Pendekatan kasih sayang membuatkan golongan gelandangan terasa diraikan dan diberi perhatian. Dengan itu aktiviti NGO seterusnya lebih mudah dan mendapat kepercayaan daripada mereka. Jika dahulu mereka akan lari pada kali pertama bantuan kebajikan disalurkan, namun kini mereka lebih mudah mesra. Semua ini berlaku dengan konsep kasih sayang. Hal ini diperkakui oleh Ibnu Qayyim (1983); al-Ghazali (1988). Konsep ini merupakan konsep asas dan bersifat global. Rata-rata NGO mendekati mereka yang bergelandangan dengan konsep kasih sayang. Metod ini lebih disenangi oleh mereka serta mendapat penerimaan yang sangat positif. Sesungguhnya kasih sayang ini dikaitkan dengan emosi. Terdapat kajian yang mengaitkan gelandangan yang telah menjalani hidup bergelandangan melebihi tempoh enam bulan cenderung mengalami hakisan daya tahan, mengalami peningkatan tekanan psikologi dan didatangi perasaan membunuh diri (Cleverley & Kidd 2010). Kurang daya tahan ini dikatakan mempunyai kaitan yang signifikan dengan ancaman nyawa dan putus asa (Rew et. al 2001). Kesemua tindakan ini adalah berikutan ketidakstabilan emosi yang dihadapi oleh mereka. Oleh kerana itu sokongan emosi yang juga merangkumi sokongan sosial adalah sangat diperlukan oleh gelandangan. Hal ini dibuktikan menerusi beberapa kajian yang begitu mendalam oleh sarjana Barat berkaitan keperluan gelandangan terhadap sistem sokongan emosi ini. Ia membolehkan mereka mendapat kekuatan dan 232 PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 hubungan untuk mengubah diri mereka (Fur-long et al., 2009; Davis et al., 2012; Morse, Calsyn, Allen, Tempelhoff, & Smith, 1992). Adalah merupakan sesuatu yang menarik untuk diketengahkan apabila terdapat kajian yang membuktikan bahawa hubungan dengan ahli agama yang juga dalam kalangan masyarakat umum dapat membantu dan memberikan sokongan terhadap pembentukan emosi gelandangan (Acevedo, Ellison, and Xu 2014) mencadangkan agar hubungan dengan ahli agama perlu dikukuhkan berbanding dengan sekular.Pernyataan tersebut disokong oleh Co-Peland-Linder, 2006; Ellison & George, 1994 yang mendapati gelandangan tersebut akan mengalami penurunan stres serta mencapai ketenangan emosi. Oleh yang demikian tindakan untuk mengurangkan ketegangan emosi dilakukan dengan konsep kasih sayang. Emosi kasih sayang sangat disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu indikator ini dilihat sangat signifikan dengan anjuran Islam dan konsep yang dipraktikkan oleh NGO di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. Hanya sentuhan esmosi kasih sayang berjaya sampai dan meresap dalam jiwa sasaran yang hendak dibantu. Kesimpulan Setelah dianalisis pandangan sarjana berkaitan konsep kebajikan yang diaplikasikan oleh NGO terhadap sasaran mereka iaitu golongan gelandangan, maka dapat disimpulkan bahawa terdapat lima konsep kebajikan yang dipraktikkan oleh NGO dan mampu memberi manfaat kepada golongan gelandangan. Lima konsep yang telah dikenalpasti tersebut ialah tacawun, berkorban, kebajikan rentas perkauman dan agama, saling melindungi dan berkasih sayang. Kelima-lima konsep ini jelas menunjukkan kematangan pihak NGO dalam merancang dan mengatur strategi bagi menyalurkan kebajikan sosial mengikut terma yang mudah diterima pakai oleh golongan gelandangan. Konsep kebajikan yang diketengahkan sangat signifikan dan memberikan implikasi dari sudut sosial serta perubahan sikap dan motivasi kepada gelandangan. Konsep ini didapati mampu diimplimentasikan terhadap golongan lain bagi membangun masyarakat yang mapan. Jelas di sini ia memberi implikasi dari sudut teoritikal dan praktikal dalam membicarakan fenomena gelandangan di Malaysia atau peringkat global. Rujukan Al-Quran. Abu Dawud, Sulayman Ibn al-‘Ashcath al-Sajistani al-‘Azdi (202-275). T.th. Sunan Abu Dawud. Tahqiq Muhammad Muhy al-Din cabd al-Hamid. 4 juzuk. t.tp: Dar al-Fikr. Al-Bukhari, Muhammad bin Ismacil b. Ibrahim Ibn al-Mughirah b. Bardizah. t.th. al-Jamic al-sahih alMusnad al-muttasil min Ahadith Rasulullah SAW wa sunnatuhu wa ayyamuhu. 9 juzuk. Beirut: Dar alJayl. Ahmad Munawar & Mohd Nor Shahizan. 2012. Memahami Kuantitatif & Kualitatif dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: FPI Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad kamal Ahmad. T.th. Manahij al-Khidmah al-Ijtimaciyyah fi al-Mujtamac al-Islami. Al-Qaherah : Maktabah al-Khanji. c Alawi, Sayyid Muhammad cAlawi. 1991. Kashf al-Ghummah. Terj. Kuala Lumpur: Pustaka al-Mizan. Azzyati Mohd Nazim.2014. Peranan NGO Wanita Islam dalam Menangani Remaja Berisiko di Kuala Terengganu. Tesis PhD Fakulti Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Dolgoff, R., Feldstein, D., dan Skolnik, L. (1997). Understanding Social Welfare (4th ed.). White Plains, NY: Longman. Friedlander, W.A. (1967). Introduction to Social Welfare. New Delhi: Prentice Hall. Gulliaume, A. Islam. 1979.t.tp: Peguin Books. Ibnu Qayyim al-Jawziyah.1983. Raudhah al-Muhibbin wa Nazahah al-Musytaqin. Beirut: Dar al-Kutub alc Alamiyah Ihsan Muhammad Ali. 2008. al-Amal al- Tatawuci min manzir al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. Beirut: Dar al Fikr. Jawiah Dakir. 2008. Dasar dan Kaedah Pembentukan Masyarakat Islam Menurut Perspektif al-Sunnah. Selangor: International Law Book Services. Kristin Cleverley & Sean Kidd.2010. Resilience and suicidality among homeless youth. Journal of Adolescence. Vol 34.Iss 5. Page 801-1106. 233 PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 Muslim, Abu al-Husayn Muslim b. al-Hajjaj al-Qurashiyyi al-Naysaburi (206-261H).1374H/1955M. AlJamic al-Sahih.Tahqiq Muhammad Fu’ad al-Baqi.5 juzuk. Istanbul: al-Maktabah al-Islamiyyah. Al-Mawdudi, Abu al-A’la.1986. Hak Asasi Manusia dalam Islam. Terj. Ramlee Ismail. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar. New Oxford English to English to Malay Dictionary.2009. English Language Dictionary. The second Edition. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Bakti Sdn.Bhd. Qutb, Sayyid. 1983/1403H. Nahwa Mujtamac Islam. Ed. Ke-6. Kaherah: Dar al-Shuruq. Rafiza Mohamed. 2013. Tret Personaliti dan Religiositi Gelandangan Musim di Pusat Rujukan Intervensi Anjung Singgah ,Kuala Lumpur. Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Sayed Abd Rahman. 1995. Peranan Sukarelawan di dalam Bidang Kebajikan Masyarakat. Kebajikan masyarakat. Vol.1 No.8: 12-20. Sinichi Shigetomi, Kasian Tejapira & Apichart Thongyou.2004. The NGO Way: Perspectives and Experiences From Thailand. Institute of Developing Economies: Japan External Trade Organization. Skidmore, R.A. and Tackeray, M.G. (1982). Introduction to Social Work. New Jersey: Englewood Cliffs. Tafsir al-Quran. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Quran. 2001. Cetakan Ketiga Belas. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Titmuss, R.M. (1974). Social Policy: An Introduction. London: George Allen & Unwin, Ltd. United Nation (1960). The Development on the National Social Welfare Programme. New York. Yayasan Kebajikan Negara. t.t . 5 Mei 2012. Http://www.ykn.gov.my/ansingykn.htm. http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/27/jumlah-gelandangan-di-kl-meningkat/#ixzz3zxpY2OEO. 234