Tuhan Juruselamat Kita [198] - Jemaat

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[198]
Tuhan Juruselamat Kita [198]
(Edisi 1.0 19970426-19970426)
Identiti Juruselamat sering membingungkan di kalangan umat Kristian. Alkitab nampaknya
mengenal pasti kedua-dua Tuhan dan Kristus sebagai Juruselamat. Adakah ini bermakna mereka
sama, seperti yang diajarkan umat Trinitarian? Apakah penerangan sebenarnya?
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  1997 Wade Cox)
(tr. 2006)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Tuhan Juruselamat Kita
Tuhan Juruselamat Kita [198]
Terdapat banyak teks yang menyatakan
Yesus Kristus ialah Juruselamat kita. Begitu
juga, banyak teks yang menyatakan Tuhan
ialah Juruselamat kita. Umat Trinitarian
merumuskan daripada ini bahawa Tuhan dan
Kristus adalah persona yang sama dan
bahawa mereka hanyalah hypostases atau
subelemen makhluk tunggal yang dipanggil
Tuhan.
Yudas membezakan antara Allah maha esa
Juruselamat kita dengan Yesus Kristus
Tuhan kita yang membawa kita dengan tak
bernoda kepada Tuhan.
Yudas 24-25 Bagi Dia, yang berkuasa menjaga
supaya jangan kamu tersandung dan yang
membawa kamu dengan tak bernoda dan penuh
kegembiraan di hadapan kemuliaan-Nya, 25 Allah
yang esa, Juruselamat kita oleh Yesus Kristus,
Tuhan kita, bagi Dia adalah kemuliaan,
kebesaran, kekuatan dan kuasa sebelum segala
abad dan sekarang dan sampai selama-lamanya.
Amin. (RSV)
Petrus nampaknya menyebut Kristus sebagai
Juruselamat dalam 2 Petrus 3:2,18.
2Petrus 3:18 Tetapi bertumbuhlah dalam kasih
karunia dan dalam pengenalan akan Tuhan dan
Juruselamat kita, Yesus Kristus. Bagi-Nya
kemuliaan, sekarang dan sampai selama-lamanya.
Tema ini bermula dalam 2Petrus 1:1,11.
Mungkin boleh dibahaskan bahawa istilah ini
sebenarnya bermakna bahawa Kristus ialah
kebenaran dari Tuhan dan Juruselamat kita.
Dalam kata lain, Bapa ialah Allah dan
Juruselamat kita sementara Kristus ialah
Kebenaran Tuhan kerana dia ialah Rupa
kemuliaanNya sebagaimana yang digunakan
dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.
Maka ini bererti dalam ayat 11 bahawa
Kristus juga ialah Pintu masuk ke dalam
kerajaan Tuhan kita dan Juruselamat iaitu
Allah. Justeru itu, Kristus ialah Kebenaran
dan Pintu masuk kerana dia ialah Rupa
Kemuliaan Tuhan.
2Petrus 1:1 Dari Simon Petrus, hamba dan rasul
Yesus Kristus, kepada mereka yang bersamasama dengan kami memperoleh iman oleh karena
keadilan Allah dan Juruselamat kita, Yesus
Kristus. (RSV)
2Petrus 1:11 Dengan demikian kepada kamu
akan dikaruniakan hak penuh untuk memasuki
Kerajaan kekal, yaitu Kerajaan Tuhan dan
Juruselamat kita, Yesus Kristus. (RSV)
Pengertian sebegini dibenarkan dalam teks
ini dan cocok dengan pengertian Perjanjian
Lama akan Rupa Kemuliaan Tuhan.
Bagaimanapun, maksud ini kemudiannya
diluaskan dalam 2Petrus 2:20 untuk
mengertikan bahawa pengenalan akan Tuhan
ialah Yesus Kristus.
2Petrus 2:20 Sebab jika mereka, oleh pengenalan
mereka akan Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus
Kristus, telah melepaskan diri dari kecemarankecemaran dunia, tetapi terlibat lagi di dalamnya,
maka akhirnya keadaan mereka lebih buruk dari
pada yang semula. (RSV)
Ini boleh ditafsirkan sebagai suatu rujukan
kepada hikmat seperti yang dinyatakan
dalam Amsal 8:22.
Sesungguhnya, hidup kekal diperolehi
dengan mengenali satu-satunya Allah yang
benar dan Yesus Kristus yang diutusNya
(Yohanes 17:3). Justeru, pandangan ini perlu
dikekalkan bahawa Kristus ialah pengenalan
atau hikmat Tuhan dan Juruselamat kita iaitu
Allah.
Pandangan sebegitu harus diuji dengan
semua teks.
Yohanes jelas bahawa Tuhan mengutus
Anak untuk menjadi Juruselamat dunia.
1Yohanes 4:14 Dan kami telah melihat dan
bersaksi, bahwa Bapa telah mengutus Anak-Nya
menjadi Juruselamat dunia. (RSV)
Tuhan Juruselamat Kita
Jadi jelas bahawa Yohanes menganggap
Kristus telah diutus oleh Tuhan sebagai
Juruselamat dunia.
Paulus seolah-olah mempunyai pandangan
bertentangan yang ditafsirkan menyokong
pandangan Trinitarian bahawa Tuhan dan
Kristus berdua ialah Juruselamat dan, kerana
itu, makhluk yang sama. Paulus menguraikan
konsep Tuhan sebagai Juruselamat dalam 1
Timotius.
1Timotius 1:1 Dari Paulus, rasul Kristus Yesus
menurut perintah Allah, Juruselamat kita, dan
Kristus Yesus, dasar pengharapan kita. (RSV)
Di sini, Paulus jelas membezakan antara
Allah Juruselamat kita dengan Yesus Kristus
pengharapan
kita.
Dia
meneruskan
pandangan ini dalam teks ini.
1Timotius 2:3-6 Itulah yang baik dan yang
berkenan kepada Allah, Juruselamat kita, 4 yang
menghendaki supaya semua orang diselamatkan
dan memperoleh pengetahuan akan kebenaran. 5
Karena Allah itu esa dan esa pula Dia yang
menjadi pengantara antara Allah dan manusia,
yaitu manusia Kristus Yesus, 6 yang telah
menyerahkan diri-Nya sebagai tebusan bagi
semua manusia: itu kesaksian pada waktu yang
ditentukan. (RSV)
Di sini kita lihat bahawa Paulus membuat
perbezaan jelas antara Allah iaitu
Juruselamat dengan Kristus. Paulus bukan
seorang Trinitarian.
Dalam
2Timotius,
Paulus
menuntut
kedudukan Juruselamat kepada Kristus.
2Timotius 1:8-10 Jadi janganlah malu bersaksi
tentang Tuhan kita dan janganlah malu karena
aku, seorang hukuman karena Dia, melainkan
ikutlah menderita bagi Injil-Nya oleh kekuatan
Allah. 9 Dialah yang menyelamatkan kita dan
memanggil kita dengan panggilan kudus, bukan
berdasarkan
perbuatan
kita,
melainkan
berdasarkan maksud dan kasih karunia-Nya
sendiri, yang telah dikaruniakan kepada kita
dalam Kristus Yesus sebelum permulaan zaman 10
dan yang sekarang dinyatakan oleh kedatangan
Juruselamat kita Yesus Kristus, yang oleh Injil
telah mematahkan kuasa maut dan mendatangkan
hidup yang tidak dapat binasa. (RSV)
Daripada teks ini kita mula nampak
perbezaan itu yang timbul dalam Alkitab.
Mukasurat 3
Penjelasannya
mudah.
Tuhan
menyelamatkan kita dan memanggil kita
dengan panggilan kudus sebelum permulaan
zaman. Ini dilakukan berdasarkan maksud
dan kasih karuniaNya sendiri yang
dikaruniakan kepada kita dalam Kristus
Yesus sebelum permulaan zaman. Malah,
Dia mengaruniakan kasih karunia ini kepada
kita dan menulis nama kita di dalam Kitab
Kehidupan sebelum dunia bermula (Wahyu
13:8; 17:8).
Kristus kemudiannya datang sebagai
Juruselamat pilihan Tuhan dan oleh injil
telah menghapuskan kuasa maut dan
mendatangkan hidup yang tidak binasa. Dia
mati lalu dibangkitkan melalui kuasa Tuhan
dan menjadi anak Tuhan yang berkuasa
melalui kebangkitannya dari antara orang
mati (Roma 1:4).
Oleh itu, penjelasannya adalah bahawa kuasa
Tuhan telah membolehkan Kristus diutus
sebagai Juruselamat pilihan Tuhan kepada
dunia.
Sekarang, adakah lagi apa-apa teks untuk
menguji hipotesis in?
Hosea tegas menyatakan tiada Juruselamat
selain Tuhan.
Hosea 13:4
Tetapi Aku adalah TUHAN,
Allahmu sejak di tanah Mesir; engkau tidak
mengenal allah kecuali Aku, dan tidak ada
juruselamat selain dari Aku. (RSV)
Di sini, Dialah Yahovah (Jehovah) Elohim
dan
tidak
ada
Juruselamat
selain
daripadaNya. Bagaimanapun, kita juga tahu
bahawa Dia telah membawa Israel keluar
melalui Utusan Yahovah (Jehovah) dan
utusan ini ialah Rupa Tuhan dalam padang
gurun yang juga merupakan suara Tuhan
(lihat Kisah 7:30-31). Tiada seorangpun
manusia yang pernah melihat Allah. Satusatunya Tuhan yang lahir, yang ada di
pangkuan Bapa, berfirman (Yohanes 1:18,
lihat Marshall’s Interlinear dan juga Syriac).
Tuhan sudah banyak kali memberikan
Juruselamat kepada Israel dalam zaman
Perjanjian Baru. Dia mengutus Kristus
Mukasurat 4
sebagai Utusan dalam Padang Gurun untuk
mendukung Israel di atas sayap rajawali.
Mesias ialah rajawali itu.
Tuhan juga memberi Juruselamat apabila
Israel bertaubat dan melepaskan mereka
daripada genggaman orang Asyur. Ini juga
ialah Juruselamat mereka.
2Raja-raja 13:5 --TUHAN memberikan kepada
orang Israel seorang penolong (juruselamat),
sehingga mereka lepas dari tangan Aram dan
dapat duduk di kemah-kemah mereka seperti yang
sudah-sudah. (RSV)
Juruselamat ini telah diperuntukkan sejak
permulaan dunia untuk menyelamatkan
Israel.
Kejadian 48:15-16 Sesudah itu diberkatinyalah
Yusuf, katanya: "Nenekku dan ayahku, Abraham
dan Ishak, telah hidup di hadapan Allah; Allah
itu, sebagai Allah yang telah menjadi gembalaku
selama hidupku sampai sekarang, 16 dan sebagai
Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala
bahaya, Dialah kiranya yang memberkati orangorang muda ini, sehingga namaku serta nama
nenek dan bapaku, Abraham dan Ishak,
termasyhur oleh karena mereka dan sehingga
mereka bertambah-tambah menjadi jumlah yang
besar di bumi." (RSV)
Elohim ini ialah Malaikat Penyelamatan
Israel.
2Samuel 22:2-3 Ia berkata: "Ya, TUHAN, bukit
batuku, kubu pertahananku dan penyelamatku, 3
Allahku, gunung batuku, tempat aku berlindung,
perisaiku, tanduk keselamatanku, kota bentengku,
tempat pelarianku, juruselamatku; Engkau
menyelamatkan aku dari kekerasan. (KJV)
2Samuel 22:2-3 2 And he said, The LORD is my
rock, and my fortress, and my deliverer; 3 The
God of my rock; in him will I trust: he is my
shield, and the horn of my salvation, my high
tower, and my refuge, my saviour; thou savest me
from violence. (KJV)
Inilah permulaan Nyanyian Daud setelah
Yahovah (Jehovah) melepaskannya daripada
genggaman Saul serta musuh-musuhnya
(lihat Keluaran 15; Ulangan 32).
Perbezaan di sini nampaknya adalah antara
batu (my rock) itu dengan Allah gunung batu
Daud (God of my rock). Apa yang
Tuhan Juruselamat Kita
dimaksudkan di sini ialah gunung batu iaitu
Allah dan batu yang terungkit lepas
daripadanya tanpa perbuatan tangan manusia
serta diutus untuk menghancurkan sistemsistem dunia zaman akhir pada akhir
kerajaan-kerajaan yang disebutkan dalam
Daniel Bab 2.
Daniel 2:44-45 Tetapi pada zaman raja-raja,
Allah semesta langit akan mendirikan suatu
kerajaan yang tidak akan binasa sampai selamalamanya, dan kekuasaan tidak akan beralih lagi
kepada bangsa lain: kerajaan itu akan
meremukkan segala kerajaan dan menghabisinya,
tetapi kerajaan itu sendiri akan tetap untuk
selama-lamanya, 45 tepat seperti yang tuanku lihat,
bahwa tanpa perbuatan tangan manusia sebuah
batu terungkit lepas dari gunung dan meremukkan
besi, tembaga, tanah liat, perak dan emas itu.
Allah yang maha besar telah memberitahukan
kepada tuanku raja apa yang akan terjadi di
kemudian hari; mimpi itu adalah benar dan
maknanya dapat dipercayai." (KJV)
Mazmur (106:21) merujuk kepada El
Juruselamat Israel yang membawa mereka
keluar dari Mesir. Rujukan ini pada akhir
kitab keempat atau buku Bilangan untuk
Mazmur mengisahkan Perhentian untuk
Bumi dan memandang ke arah kedatangan
Kerajaan Tuhan.
Istilah Ibrani ialah Dalam Padang Gurun
(bemidbar) yang diperolehi daripada
perkataan kelima dalam ayat 1. Istilah
Bilangan ini didapati daripada Numeri Latin
Vulgate yang menterjemahkan Arithmoi
Yunani dalam LXX.
Buku Bilangan ini terbahagi kepada tiga
peringkat. Peringkat pertama mengisahkan
Keinginan untuk Perhentian untuk Bumi
(Mazmur 91 hingga 94). Peringkat kedua
mengisahkan Perhentian untuk Bumi
Dijangkakan (Mazmur 95 hingga 100).
Bahagian terakhirnya ialah Mazmur 101
hingga 105. Ini ialah Perhentian untuk Bumi
Dirayakan. Dosa telah memasuki dunia dan
kerana itu bumi dan bukan hanya manusia
dibinasakan. Buku Bilangan ini dengan
sendirinya memerlukan penguraian tetapi
dari sini kita dapat lihat bahawa Mazmur 106
merujuk kepada ringkasan akhir cara Tuhan
bertindak terhadap Israel dan penantian
Tuhan Juruselamat Kita
hakikat janji Juruselamat. Daripada Mazmur
90 dan 91 kita perhatikan kontrasnya kerana
semua ini sebenarnya satu Mazmur yang
ditulis Musa dalam dua bahagian pada
permulaan tempoh hukuman tiga puluh lapan
tahun dalam padang gurun. Mazmur 91
menggambarkan perbezaan mereka yang
berada di bawah Naungan Yang Mahakuasa.
Di sini mereka dilindungi oleh Juruselamat
yang dikatakan sudah dilupai dalam Mazmur
106 namun Israel diselamatkan dan bumi
mengalami perhentian pada akhir proses ini.
Justeru, Juruselamat di sini juga ialah
penebus (penyelamat) Israel dan kerana itu
merujuk kepada Mesias sebagai Rupa Tuhan
dalam padang gurun.
Juruselamat dijelaskan untuk pertama
kalinya secara terperinci dalam Yesaya.
Tuhan memberi perintah kepada Malaikat
Yahovah (Jehovah) untuk berfirman melalui
nabi
Yesaya
untuk
mengumumkan
Juruselamat yang akan datang sebagai
Mesias. Tuhan memerintahkan pendirian
mezbah bagi Yahovah di Mesir dalam
Yesaya 19:19. Tuhan akan mengirim seorang
juruselamat untuk mereka, yang akan
berjuang dan melepaskan mereka.
Yesaya 19:19-25 Pada waktu itu akan ada
mezbah bagi TUHAN di tengah-tengah tanah
Mesir dan tugu peringatan bagi TUHAN pada
perbatasannya. 20 Itu akan menjadi tanda
kesaksian bagi TUHAN semesta alam di tanah
Mesir: apabila mereka berseru kepada TUHAN
oleh karena orang-orang penindas, maka Ia akan
mengirim seorang juruselamat kepada mereka,
yang akan berjuang dan akan melepaskan mereka.
21 TUHAN akan menyatakan diri kepada orang
Mesir, dan orang Mesir akan mengenal TUHAN
pada waktu itu; mereka akan beribadah dengan
korban sembelihan dan korban sajian, dan mereka
akan bernazar kepada TUHAN serta membayar
nazar itu. 22 TUHAN akan menghajar orang
Mesir, akan menghajar dan menyembuhkan; dan
mereka akan berbalik kepada TUHAN dan Ia
akan
mengabulkan
doa
mereka
serta
menyembuhkan mereka. 23 Pada waktu itu akan
ada jalan raya dari Mesir ke Asyur, sehingga
orang Asyur dapat masuk ke Mesir dan orang
Mesir ke Asyur, dan Mesir akan beribadah
bersama-sama Asyur. 24 Pada waktu itu Israel
akan menjadi yang ketiga di samping Mesir dan
di samping Asyur, suatu berkat di atas bumi, 25
yang diberkati oleh TUHAN semesta alam
dengan berfirman: "Diberkatilah Mesir, umat-Ku,
Mukasurat 5
dan Asyur, buatan tangan-Ku, dan Israel, milik
pusaka-Ku." (KJV)
Mezbah ini ialah Bait di Leontopolis (Tell elMuqdam) dalam daerah Heliopolis yang
didirikan oleh imam besar Onias IV dan
ditutup menurut perintah Vespasian pada 71
CE selepas kejatuhan Bait Yerusalem. Bait
ini didirikan sekitar 160 BCE dan tetap
berfungsi sepenuhnya sebagai bait sehingga
pembubaran bangsa malah selepas kejatuhan
Yerusalam pada 70 CE. Ia didirikan khas
untuk pengiriman Mesias ke dalam Mesir
dan dibina sebagai tanda bahawa Tuhan akan
menyelamatkan Mesir bersama Asyur di
samping Israel.
Nubuatan ini mengambil masa dua ribu
tahun untuk lengkap. Nubuatan ini
merentang kedatangan pertama dan kedua
Mesias dan itulah sebabnya nubuatan ini
difahami sepenuhnya oleh Kekristianan.
Mereka tidak memahami erti kedatangankedatangan itu serta pemerintahan Mesias di
bawah sistem milenium. Kebanyakannya
meninggalkan Milenialisme atau Chiliasme
(Kiliasme) sebagaimana ini dipanggil dan
kerana itu tidak memahami nubuatan ini.
Yesaya berbicara tentang Yang Kudus Israel
iaitu Juruselamat. Yesaya membangunkan
konsep Tuhan sebagai Juruselamat serta
pengiriman Juruselamat oleh Tuhan seperti
yang dijanjikan dalam Yesaya 19:20. Kita
temui proses ini dalam Yesaya 43 dan,
melalui Yesaya 44:6, suatu keduaan
terbentuk di mana terdapat dua entiti terbabit
dalam proses ini. Seorang ialah Tuhan Raja
Israel dan seorang lagi ialah Penebusnya
Tuhan Semesta Alam atau Yahovah Semesta
Alam. Justeru, perbezaannya adalah bahawa
Yahovah raja Israel ialah bawahan
(subordinat) kepada dan Ditebus oleh
Tuhannya iaitu Yahovah Semesta Alam atau
Sang Mahatinggi, Elyon, iaitu Allah atau
Allah Bapa. Tuhan ini memuliakan Mesias
sebagai Elohim melebihi teman-teman
sekutunya (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9).
Dia mengaruniakan bangsa Israel kepada
Yahovah Israel sebagai milik pusakanya
(lihat Ulangan 32:8-9 RSV).
Mukasurat 6
Ulangan 32:8-9
Ketika Sang Mahatinggi
membagi-bagikan milik pusaka kepada bangsabangsa, ketika Ia memisah-misah anak-anak
manusia, maka Ia menetapkan wilayah bangsabangsa menurut bilangan anak-anak Tuhan. 9
Tetapi bagian TUHAN (Yahovah) ialah umatNya, Yakub ialah milik yang ditetapkan bagi-Nya.
(RSV)
Juruselamat ialah gelaran ketiga daripada
tiga gelaran dalam Yesaya 43:3. Tuhan
menjanjikan pelepasan masa depan untuk
Israel dalam ayat 2. Ini bukan janji khusus
kepada bangsa Saxon, dan juga tidak terbatas
kepada jemaat (lihat Companion Bible nota
kepada ayat 2).
Yesaya 43:1-4 Tetapi sekarang, beginilah firman
TUHAN yang menciptakan engkau, hai Yakub,
yang membentuk engkau, hai Israel: "Janganlah
takut, sebab Aku telah menebus engkau, Aku
telah memanggil engkau dengan namamu, engkau
ini kepunyaan-Ku. 2 Apabila engkau menyeberang
melalui air, Aku akan menyertai engkau, atau
melalui sungai-sungai, engkau tidak akan
dihanyutkan; apabila engkau berjalan melalui api,
engkau tidak akan dihanguskan, dan nyala api
tidak akan membakar engkau. 3 Sebab Akulah
TUHAN, Allahmu, Yang Mahakudus, Allah
Israel, Juruselamatmu. Aku menebus engkau
dengan Mesir, dan memberikan Etiopia dan
Syeba sebagai gantimu. 4 Oleh karena engkau
berharga di mata-Ku dan mulia, dan Aku ini
mengasihi engkau, maka Aku memberikan
manusia sebagai gantimu, dan bangsa-bangsa
sebagai ganti nyawamu. (RSV)
Di sini terdapat janji penebusan Yakub dan
Israel. Apa yang tidak difahami tentang teks
ini adalah bahawa terdapat tipe / anti-tipe
antara Yakub dan Israel dengan dua saksi
zaman akhir. Ini telah mengakibatkan
kebingungan ramai orang (lihat karya Saksisaksi (No. 135)).
Tuhan mengumumkan Dia akan membawa
Yakub dan Israel keluar dari antara bangsabangsa dan menebus mereka. Tuhan
memberi perintah untuk membawa tampil
mereka yang buta sekalipun ada matanya dan
mereka yang tuli sekalipun ada telinganya
(Yesaya 43:8). Komen ini merujuk kepada
pengertian yang dikaruniakan oleh Roh
Kudus. Bangsa-bangsa dicabar untuk
memberi keterangan dan menjadi saksi bagi
hal-hal dahulu supaya mereka boleh
memahami kebenaran dan dibenarkan. Orang
Tuhan Juruselamat Kita
yang akan dipulihkan ialah mereka yang
dipanggil dengan nama Tuhan. Tuhan telah
memilih Yakub dan Israel sebagai saksisaksiNya.
Yesaya 43:10-21 "Kamu inilah saksi-saksi-Ku,"
demikianlah firman TUHAN, "dan hamba-Ku
yang telah Kupilih, supaya kamu tahu dan percaya
kepada-Ku dan mengerti, bahwa Aku tetap Dia.
Sebelum Aku tidak ada Allah dibentuk, dan
sesudah Aku tidak akan ada lagi. 11 Aku, Akulah
TUHAN dan tidak ada juruselamat selain dari
pada-Ku. 12 Akulah yang memberitahukan,
menyelamatkan dan mengabarkan, dan bukannya
allah asing yang ada di antaramu. Kamulah saksisaksi-Ku," demikianlah firman TUHAN, "dan
Akulah Allah. 13 Juga seterusnya Aku tetap Dia,
dan tidak ada yang dapat melepaskan dari tanganKu; Aku melakukannya, siapakah yang dapat
mencegahnya?" 14 Beginilah firman TUHAN,
Penebusmu, Yang Mahakudus, Allah Israel:
"Oleh karena kamu Aku mau menyuruh orang ke
Babel dan mau membuka semua palang-palang
pintu penjara, dan sorak-sorai orang Kasdim
menjadi keluh kesah. 15 Akulah TUHAN, Yang
Mahakudus, Allahmu, Rajamu, yang menciptakan
Israel." 16 Beginilah firman TUHAN, yang telah
membuat jalan melalui laut dan melalui air yang
hebat, 17 yang telah menyuruh kereta dan kuda
keluar untuk berperang, juga tentara dan orang
gagah--mereka terbaring, tidak dapat bangkit,
sudah mati, sudah padam sebagai sumbu--, 18
firman-Nya: "Janganlah ingat-ingat hal-hal yang
dahulu, dan janganlah perhatikan hal-hal yang
dari zaman purbakala! 19 Lihat, Aku hendak
membuat sesuatu yang baru, yang sekarang sudah
tumbuh, belumkah kamu mengetahuinya? Ya,
Aku hendak membuat jalan di padang gurun dan
sungai-sungai di padang belantara. 20 Binatang
hutan akan memuliakan Aku, serigala dan burung
unta, sebab Aku telah membuat air memancar di
padang gurun dan sungai-sungai di padang
belantara, untuk memberi minum umat pilihanKu; 21 umat yang telah Kubentuk bagi-Ku akan
memberitakan kemasyhuran-Ku." (RSV)
Di sini, Yahovah ialah elohim Israel, Dialah
Yang Mahakudus dan Juruselamat mereka.
Teks ini menunjukkan proses penyerahan
kuasa daripada Bapa kepada Mesias sebagai
Elohim yang diurapi oleh elohim melebihi
teman-teman sekutunya (Mazmur 45:6-7).
Dalam Yesaya 45 kita perhatikan delegasi
kuasa
ini
serta
tujuannya
untuk
membangkitkan mereka yang diurapi untuk
keselamatan Yakub, hamba Tuhan, dan
Israel, umat pilihan Tuhan (Yesaya 45:1-4).
Tuhan Juruselamat Kita
Apa yang dimaksudkan di sini ialah Bapa
seperti yang dilihat daripada Yesaya 45:1 dan
seterusnya.
Yesaya 45:11-25 Beginilah firman TUHAN,
Yang Mahakudus, Allah dan Pembentuk Israel:
"Kamukah yang mengajukan pertanyaan kepadaKu mengenai anak-anak-Ku, atau memberi
perintah kepada-Ku mengenai yang dibuat
tangan-Ku? 12 Akulah yang menjadikan bumi dan
yang menciptakan manusia di atasnya; tanganKulah yang membentangkan langit, dan Akulah
yang memberi perintah kepada seluruh tentaranya.
13
Akulah yang menggerakkan Koresh untuk
maksud penyelamatan, dan Aku akan meratakan
segala jalannya; dialah yang akan membangun
kota-Ku dan yang akan melepaskan orang-orangKu yang ada dalam pembuangan, tanpa bayaran
dan tanpa suap," firman TUHAN semesta alam. 14
Beginilah firman TUHAN: "Hasil tanah dari
Mesir dan segala laba dari Etiopia dan orangorang
Syeba,
orang-orang
yang
tinggi
perawakannya, akan pindah kepadamu dan
menjadi kepunyaanmu, mereka akan berjalan di
belakangmu dengan dirantai; mereka akan sujud
kepadamu dan akan membujuk engkau, katanya:
Hanya di tengah-tengahmu ada Allah, dan tidak
ada yang lain; di samping Dia tidak ada Allah! 15
Sungguh, Engkau Allah yang menyembunyikan
diri, Allah Israel, Juruselamat. 16 Tetapi tukangtukang berhala harus mundur dengan penuh noda,
semuanya akan mendapat malu dan kena noda
juga. 17 Sedangkan Israel diselamatkan oleh
TUHAN dengan keselamatan yang selamalamanya; kamu tidak akan mendapat malu dan
tidak akan kena noda sampai selamanya dan
seterusnya." 18 Sebab beginilah firman TUHAN,
yang menciptakan langit, --Dialah Allah--yang
membentuk bumi dan menjadikannya dan yang
menegakkannya, --dan Ia menciptakannya bukan
supaya kosong, tetapi Ia membentuknya untuk
didiami--:"Akulah TUHAN dan tidak ada yang
lain. 19 Tidak pernah Aku berkata dengan
sembunyi atau di tempat bumi yang gelap. Tidak
pernah Aku menyuruh keturunan Yakub untuk
mencari Aku dengan sia-sia! Aku, TUHAN,
selalu berkata benar, selalu memberitakan apa
yang lurus." 20 "Berhimpunlah dan datanglah,
tampillah bersama-sama, hai kamu sekalian yang
terluput di antara bangsa-bangsa! Tiada
berpengetahuan orang-orang yang mengarak
patung dari kayu dan yang berdoa kepada allah
21
yang
tidak
dapat
menyelamatkan.
Beritahukanlah dan kemukakanlah alasanmu, ya,
biarlah mereka berunding bersama-sama:
Siapakah yang mengabarkan hal ini dari zaman
purbakala, dan memberitahukannya dari sejak
dahulu? Bukankah Aku, TUHAN? Tidak ada
yang lain, tidak ada Allah selain dari pada-Ku!
Allah yang adil dan Juruselamat, tidak ada yang
lain kecuali Aku! 22 Berpalinglah kepada-Ku dan
biarkanlah dirimu diselamatkan, hai ujung-ujung
Mukasurat 7
bumi! Sebab Akulah Allah dan tidak ada yang
lain. 23 Demi Aku sendiri Aku telah bersumpah,
dari mulut-Ku telah keluar kebenaran, suatu
firman yang tidak dapat ditarik kembali: dan
semua orang akan bertekuk lutut di hadapan-Ku,
dan akan bersumpah setia dalam segala bahasa, 24
sambil berkata: Keadilan dan kekuatan hanya ada
di dalam TUHAN. Semua orang yang telah
bangkit amarahnya terhadap Dia akan datang
kepada-Nya dan mendapat malu, 25 tetapi seluruh
keturunan Israel akan nyata benar dan akan
bermegah di dalam TUHAN."(RSV)
Dalam teks ini kita temui Yahovah Semesta
Alam bercakap tentang Penebus yang diurapi
yang akan membangkitkan kota-kota Israel
bukan demi ganjaran. Di sini Tuhanlah
Juruselamat.
Namun
Tuhan
sudah
mengumumkan daripada Yesaya 19:20
bahawa Dia akan mengumumkan seorang
yang diurapi atau Juruselamat dan, dengan
itu, fungsi Juruselamat ialah fungsi yang
diserahkan. Di sini Tuhan prihatin dengan
anak-anakNya (Yesaya 45:11).
Yesaya 45:23 dikutip dalam Roma 14:11 dan
Filipi 2:10. Paulus jelas memakai teks ini
sebagai merujuk kepada Tuhan dan bukan
kepada Kristus.
Roma 14:10-12 Tetapi engkau, mengapakah
engkau
menghakimi
saudaramu?
Atau
mengapakah engkau menghina saudaramu? Sebab
kita semua harus menghadap takhta pengadilan
Allah. 11 Karena ada tertulis: "Demi Aku hidup,
demikianlah firman Tuhan, semua orang akan
bertekuk lutut di hadapan-Ku dan semua orang
akan memuliakan Allah." 12 Demikianlah setiap
orang di antara kita akan memberi pertanggungan
jawab tentang dirinya sendiri kepada Allah.
(RSV)
Paulus menjelaskan lebih lanjut dalam Filipi
bahawa hal ini dikukuhkan oleh Mesias
selepas pemuliaannya sesudah kematian dan
kebangkitannya kerana ketaatannya (lihat
Roma 1:4).
Filipi 2:5-11 Hendaklah kamu dalam hidupmu
bersama, menaruh pikiran dan perasaan yang
terdapat juga dalam Kristus Yesus, 6 yang
walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap
kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang
harus dipertahankan [dicapai, RSV], 7 melainkan
telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan
mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi
sama dengan manusia. 8 Dan dalam keadaan
sebagai manusia, Ia telah merendahkan diri-Nya
Mukasurat 8
dan taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu
salib. 9 Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan
Dia dan mengaruniakan kepada-Nya nama di atas
segala nama, 10 supaya dalam nama Yesus
bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang
ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi, 11
dan segala lidah mengaku: "Yesus Kristus adalah
Tuhan," bagi kemuliaan Allah, Bapa!
6
who, though he was in the form of God, did not
count equality with God a thing to be grasped,
(RSV)
Justeru Paulus memahaminya sebagai proses
delegasi kuasa daripada Bapa kepada Mesias
bagi kemuliaan Allah Bapa. Tiada keduaan
Trinitarian atau Modalist untuk Tuhan tetapi
sebaliknya suatu proses delegasi kuasa dan
wibawa
melalui
ketaatan.
Kristus
mempunyai rupa Tuhan namun tidak cuba
mencapai
kesetaraan
dengan
Tuhan
sebagaimana yang dilakukan Iblis (Yesaya
14:14; Yehezkiel 28:14-18).
Yesaya 49 menyebut bahawa Mesias
dipanggil sejak dari kandungan dan mulutnya
dijadikan sebagai pedang yang tajam.
Yesaya 49:1-6 Dengarkanlah aku, hai pulaupulau, perhatikanlah, hai bangsa-bangsa yang
jauh! TUHAN telah memanggil aku sejak dari
kandungan telah menyebut namaku sejak dari
perut ibuku. 2 Ia telah membuat mulutku sebagai
pedang yang tajam dan membuat aku berlindung
dalam naungan tangan-Nya. Ia telah membuat aku
menjadi anak panah yang runcing dan
menyembunyikan aku dalam tabung panah-Nya. 3
Ia berfirman kepadaku: "Engkau adalah hambaKu, Israel, dan olehmu Aku akan menyatakan
keagungan-Ku." 4 Tetapi aku berkata: "Aku telah
bersusah-susah dengan percuma, dan telah
menghabiskan kekuatanku dengan sia-sia dan tak
berguna; namun, hakku terjamin pada TUHAN
dan upahku pada Allahku." 5 Maka sekarang
firman TUHAN, yang membentuk aku sejak dari
kandungan untuk menjadi hamba-Nya, untuk
mengembalikan Yakub kepada-Nya, dan supaya
Israel dikumpulkan kepada-Nya--maka aku
dipermuliakan di mata TUHAN, dan Allahku
menjadi kekuatanku--,firman-Nya: 6 "Terlalu
sedikit bagimu hanya untuk menjadi hamba-Ku,
untuk menegakkan suku-suku Yakub dan untuk
mengembalikan orang-orang Israel yang masih
terpelihara. Tetapi Aku akan membuat engkau
menjadi terang bagi bangsa-bangsa supaya
keselamatan yang dari pada-Ku sampai ke ujung
bumi." (RSV)
Tuhan Juruselamat Kita
Di sini, Mesias dijadikan sebagai terang bagi
bangsa-bangsa supaya keselamatan Tuhan
dapat sampai ke hujung bumi. Di sini kita
tahu bahawa keselamatan diluaskan melalui
Israel. Justeru, Mesias menjadi Israel dan,
dengan itu, Jemaat diramalkan sebagai tubuh
Kristus dan sebagai tubuh Israel, dan satusatunya jalan keselamatan melalui Yesus
Kristus.
Tuhan telah menetapkan bahawa raja-raja
akan bangkit dan sujud menyembah dia yang
dijijikkan mereka, hamba penguasapenguasa.
Yesaya 49:7-13
Beginilah firman TUHAN,
Penebus Israel, Allahnya yang Mahakudus,
kepada dia yang dihinakan orang, kepada dia
yang dijijikkan bangsa-bangsa, kepada hamba
penguasa-penguasa: "Raja-raja akan melihat
perbuatan-Ku, lalu bangkit memberi hormat, dan
pembesar-pembesar akan sujud menyembah, oleh
karena TUHAN yang setia oleh karena Yang
Mahakudus, Allah Israel, yang memilih engkau."
8
Beginilah firman TUHAN: "Pada waktu Aku
berkenan, Aku akan menjawab engkau, dan pada
hari Aku menyelamatkan, Aku akan menolong
engkau; Aku telah membentuk dan memberi
engkau, menjadi perjanjian bagi umat manusia,
untuk membangunkan bumi kembali dan untuk
membagi-bagikan tanah pusaka yang sudah sunyi
sepi, 9 untuk mengatakan kepada orang-orang
yang terkurung: Keluarlah! kepada orang-orang
yang ada di dalam gelap: Tampillah! Di
sepanjang jalan mereka seperti domba yang tidak
pernah kekurangan rumput, dan di segala bukit
gundulpun tersedia rumput bagi mereka. 10
Mereka tidak menjadi lapar atau haus; angin
hangat dan terik matahari tidak akan menimpa
mereka, sebab Penyayang mereka akan
memimpin mereka dan akan menuntun mereka ke
dekat sumber-sumber air. 11 Aku akan membuat
segala gunung-Ku menjadi jalan dan segala jalan
raya-Ku akan Kuratakan. 12 Lihat, ada orang yang
datang dari jauh, ada dari utara dan dari barat,
dan ada dari tanah Sinim." 13 Bersorak-sorailah,
hai langit, bersorak-soraklah, hai bumi, dan
bergembiralah dengan sorak-sorai, hai gununggunung! Sebab TUHAN menghibur umat-Nya
dan menyayangi orang-orang-Nya yang tertindas.
(RSV)
Justeru Mesias ditindas dan dihina, namun
Tuhan memuliakannya dan dia menjadi
instrumen Tuhan untuk keselamatan bangsabangsa. Dia akan menjadi Yang Mahakudus.
Tuhan berkata bahawa Sion akan
mengatakan
bahawa
Yahovah
telah
Tuhan Juruselamat Kita
meninggalkan dan melupakannya. Tuhan
mengumumkan Dia akan menyelamatkan
Israel.
Yesaya 49:22-26 Beginilah firman Tuhan
ALLAH: "Lihat, Aku akan mengangkat tanganKu sebagai tanda untuk bangsa-bangsa dan
memasang panji-panji-Ku untuk suku-suku
bangsa, maka mereka akan menggendong anakanakmu laki-laki dan anak-anakmu perempuan
akan didukung di atas bahunya. 23 Maka raja-raja
akan menjadi pengasuhmu dan permaisuripermaisuri mereka menjadi inangmu. Mereka
akan sujud kepadamu dengan mukanya sampai ke
tanah dan akan menjilat debu kakimu. Maka
engkau akan mengetahui, bahwa Akulah TUHAN,
dan bahwa orang-orang yang menanti-nantikan
Aku tidak akan mendapat malu." 24 Dapatkah
direbut kembali jarahan dari pahlawan atau
dapatkah lolos tawanan orang gagah? 25 Sungguh,
beginilah
firman
TUHAN:
"Tawanan
pahlawanpun dapat direbut kembali, dan jarahan
orang gagah dapat lolos, sebab Aku sendiri akan
melawan orang yang melawan engkau dan Aku
sendiri akan menyelamatkan anak-anakmu. 26 Aku
akan memaksa orang-orang yang menindas
engkau memakan dagingnya sendiri, dan mereka
akan mabuk minum darahnya sendiri, seperti
orang mabuk minum anggur baru, supaya seluruh
umat manusia mengetahui, bahwa Aku, TUHAN,
adalah Juruselamatmu dan Penebusmu, Yang
Mahakuat, Allah Yakub." (RSV)
Jadi Mesias dikirimkan Tuhan sebagai
Juruselamat untuk mendirikan Janji Tuhan
sebagai Juruselamat untuk dan bagi pihak
Tuhan. Yesaya menyatakan ini berlangsung
sehingga zaman akhir dan kedatangan
Mesias ke Sion. Tiada kedamaian pada masa
ini. Keadilan dan kebenaran diabaikan dan
penghakiman diterbalikkan (Yesaya 59:114). Tuhan melihat keadaan ini serta
ketiadaan pengantara dan kerana itu Dia
bertindak.
Yesaya 59:15-21 Dengan demikian kebenaran
telah hilang, dan siapa yang menjauhi kejahatan,
ia menjadi korban rampasan. Tetapi TUHAN
melihatnya, dan adalah jahat di mata-Nya bahwa
tidak ada hukum. 16 Ia melihat bahwa tidak
seorangpun yang tampil, dan Ia tertegun karena
tidak ada yang membela. Maka tangan-Nya
sendiri memberi Dia pertolongan, dan keadilanNyalah yang membantu Dia. 17 Ia mengenakan
keadilan sebagai baju zirah dan ketopong
keselamatan ada di kepala-Nya; Ia mengenakan
pakaian pembalasan dan menyelubungkan
kecemburuan sebagai jubah. 18 Sesuai dengan
perbuatan-perbuatan orang, demikianlah Ia
Mukasurat 9
memberi pembalasan: kehangatan murka kepada
lawan-lawan-Nya, ganjaran kepada musuhmusuh-Nya; bahkan kepada pulau-pulau yang
jauh Ia memberi ganjaran. 19 Maka orang akan
takut kepada nama TUHAN di tempat matahari
terbenam dan kepada kemuliaan-Nya di tempat
matahari terbit, sebab Ia akan datang seperti arus
dari tempat yang sempit, yang didorong oleh
nafas TUHAN. 20 Dan Ia akan datang sebagai
Penebus untuk Sion dan untuk orang-orang
Yakub yang bertobat dari pemberontakannya,
demikianlah firman TUHAN. 21 Adapun Aku,
inilah perjanjian-Ku dengan mereka, firman
TUHAN: Roh-Ku yang menghinggapi engkau dan
firman-Ku yang Kutaruh dalam mulutmu tidak
akan meninggalkan mulutmu dan mulut
keturunanmu dan mulut keturunan mereka, dari
sekarang sampai selama-lamanya, firman
TUHAN. (RSV)
Kristus diutus Tuhan pada waktu yang
ditetapkan.
Pengertian
penuh
ini
disampaikan melalui Yesaya 60:1-7.
Yesaya 60:1-7 Bangkitlah, menjadi teranglah,
sebab terangmu datang, dan kemuliaan TUHAN
terbit atasmu. 2 Sebab sesungguhnya, kegelapan
menutupi bumi, dan kekelaman menutupi bangsabangsa; tetapi terang TUHAN terbit atasmu, dan
kemuliaan-Nya menjadi nyata atasmu. 3 Bangsabangsa berduyun-duyun datang kepada terangmu,
dan raja-raja kepada cahaya yang terbit bagimu. 4
Angkatlah mukamu dan lihatlah ke sekeliling,
mereka semua datang berhimpun kepadamu;
anak-anakmu laki-laki datang dari jauh, dan anakanakmu perempuan digendong. 5 Pada waktu itu
engkau akan heran melihat dan berseri-seri,
engkau akan tercengang dan akan berbesar hati,
sebab kelimpahan dari seberang laut akan beralih
kepadamu, dan kekayaan bangsa-bangsa akan
datang kepadamu. 6 Sejumlah besar unta akan
menutupi daerahmu, unta-unta muda dari Midian
dan Efa. Mereka semua akan datang dari Syeba,
akan membawa emas dan kemenyan, serta
memberitakan perbuatan masyhur TUHAN. 7
Segala kambing domba Kedar akan berhimpun
kepadamu, domba-domba jantan Nebayot akan
tersedia untuk ibadahmu; semuanya akan
dipersembahkan di atas mezbah-Ku sebagai
korban yang berkenan kepada-Ku, dan Aku akan
menyemarakkan rumah keagungan-Ku. (RSV)
Yang Mahakudus Israel mengagungkan
Israel dalam nama Tuhan. Inilah pengertian
penuh Yesaya 60:8-22. Yerusalem akan
dipulihkan sebagai Kota Kudus setelah lama
terbiar gersang.
Yesaya 60:15-22
Sebagai ganti keadaanmu
dahulu, ketika engkau ditinggalkan, dibenci dan
Mukasurat 10
tidak disinggahi seorangpun, sekarang Aku akan
membuat engkau menjadi kebanggaan abadi,
menjadi kegirangan turun-temurun. 16 Engkau
akan mengisap susu bangsa-bangsa dan akan
meminum susu kerajaan-kerajaan maka engkau
akan mengetahui, bahwa Akulah, TUHAN,
Juruselamatmu,
dan
Penebusmu,
Yang
Mahakuasa, Allah Yakub. 17 Sebagai ganti
tembaga Aku akan membawa emas, dan sebagai
ganti besi Aku akan membawa perak, sebagai
ganti kayu, tembaga, dan sebagai ganti batu, besi;
Aku akan memberikan damai sejahtera dan
keadilan yang akan melindungi dan mengatur
hidupmu. 18 Tidak akan ada lagi kabar tentang
perbuatan kekerasan di negerimu, tentang
kebinasaan atau keruntuhan di daerahmu; engkau
akan menyebutkan tembokmu "Selamat" dan
pintu-pintu gerbangmu "Pujian". 19 Bagimu
matahari tidak lagi menjadi penerang pada siang
hari dan cahaya bulan tidak lagi memberi terang
pada malam hari, tetapi TUHAN akan menjadi
penerang abadi bagimu dan Allahmu akan
menjadi keagunganmu. 20 Bagimu akan ada
matahari yang tidak pernah terbenam dan bulan
yang tidak surut, sebab TUHAN akan menjadi
penerang
abadi
bagimu,
dan
hari-hari
perkabunganmu akan berakhir. 21 Pendudukmu
semuanya orang-orang benar, mereka memiliki
negeri untuk selama-lamanya; mereka sebagai
cangkokan yang Kutanam sendiri untuk
memperlihatkan keagungan-Ku. 22 Yang paling
kecil akan menjadi kaum yang besar, dan yang
paling lemah akan menjadi bangsa yang kuat;
Aku, TUHAN, akan melaksanakannya dengan
segera pada waktunya. (RSV)
Dari sini kita dibawa terus kepada titik pusat
keselamatan ini dalam Yesaya 61:1-11.
Yesaya 61:1-11 Roh Tuhan ALLAH ada padaku,
oleh karena TUHAN telah mengurapi aku; Ia
telah mengutus aku untuk menyampaikan kabar
baik kepada orang-orang sengsara, dan merawat
orang-orang
yang
remuk
hati,
untuk
memberitakan pembebasan kepada orang-orang
tawanan, dan kepada orang-orang yang terkurung
kelepasan dari penjara, 2 untuk memberitakan
tahun rahmat TUHAN dan hari pembalasan Allah
kita, untuk menghibur semua orang berkabung, 3
untuk mengaruniakan kepada mereka perhiasan
kepala ganti abu, minyak untuk pesta ganti kain
kabung, nyanyian puji-pujian ganti semangat yang
pudar, supaya orang menyebutkan mereka "pohon
tarbantin kebenaran", "tanaman TUHAN" untuk
memperlihatkan keagungan-Nya. 4 Mereka akan
membangun reruntuhan yang sudah berabad-abad,
dan akan mendirikan kembali tempat-tempat yang
sejak dahulu menjadi sunyi; mereka akan
membaharui kota-kota yang runtuh, tempattempat yang telah turun-temurun menjadi sunyi. 5
Orang-orang luar akan melayani kamu sebagai
gembala kambing dombamu, dan orang-orang
Tuhan Juruselamat Kita
asing akan bekerja bagimu sebagai petani dan
tukang kebun anggurmu. 6 Tetapi kamu akan
disebut imam TUHAN dan akan dinamai pelayan
Allah kita. Kamu akan menikmati kekayaan
bangsa-bangsa dan akan memegahkan diri dengan
segala harta benda mereka. 7 Sebagai ganti bahwa
kamu mendapat malu dua kali lipat, dan sebagai
ganti noda dan ludah yang menjadi bagianmu,
kamu akan mendapat warisan dua kali lipat di
negerimu dan sukacita abadi akan menjadi
kepunyaanmu. 8 Sebab Aku, TUHAN, mencintai
hukum, dan membenci perampasan dan
kecurangan; Aku akan memberi upahmu dengan
tepat, dan akan mengikat perjanjian abadi dengan
kamu. 9 Keturunanmu akan terkenal di antara
bangsa-bangsa, dan anak cucumu di tengahtengah suku-suku bangsa, sehingga semua orang
yang melihat mereka akan mengakui, bahwa
mereka adalah keturunan yang diberkati TUHAN.
10
Aku bersukaria di dalam TUHAN, jiwaku
bersorak-sorai di dalam Allahku, sebab Ia
mengenakan pakaian keselamatan kepadaku dan
menyelubungi aku dengan jubah kebenaran,
seperti pengantin laki-laki yang mengenakan
perhiasan kepala dan seperti pengantin
perempuan yang memakai perhiasannya. 11 Sebab
seperti bumi memancarkan tumbuh-tumbuhan,
dan seperti kebun menumbuhkan benih yang
ditaburkan, demikianlah Tuhan ALLAH akan
menumbuhkan kebenaran dan puji-pujian di
depan semua bangsa-bangsa. (RSV)
Kristus mengucapkan kata-kata dalam
Yesaya 61:1-2 namun berhenti sejenak pada
ayat 2 pada rangkap tahun rahmat Tuhan.
Ayat selebihnya Hari pembalasan Allah kita
ialah kedatangan kedua dan waktu itu belum
lagi tiba malah tidak akan sampai selama
kira-kira dua ribu tahun lagi (atau empat
puluh Yobel). Bagaimanapun, Kristus
menyatakan daripada pembacaan ini (Lukas
4:18-19) bahawa dialah Mesias iaitu
Juruselamat Israel yang diutus oleh Tuhan
untuk berfirman dalam roh atau ruach
Adonai Yahovah untuk menyelamatkan
mereka.
Di sini kita dipakaikan pakaian keselamatan
dan jubah kebenaran sebagaimana pengantin
lelaki dan pengantin perempuan menghiasi
diri mereka. Justeru, Mesias ialah
Juruselamat sebagai pengantin lelaki Israel
dan umat pilihan ialah pengantin-pengantin
perempuan yang ditentukan Tuhan untuk
menjadi umat pilihan serta keluarga Tuhan
sebagai anak-anak Tuhan. Kita akan
memerintah dari Yerusalem yang Kudus
Tuhan Juruselamat Kita
(Yesaya 62:1-12). Dari waktu ini kita
menjadi bangsa kudus, umat tebusan Tuhan
(Yesaya 62:11-12) . Inilah pengertian istilahistilah imam-imam pilihan dan bangsa raja,
dan kita akan memerintah di bumi (Wahyu
5:10).
Justeru, kita dapati bahawa Tuhan ialah
Juruselamat kita semua. Dia menetapkan
Mesias sebagai wakilNya dan kerana itu
Mesias ialah Juruselamat secara delegasi
sehingga setiap penguasa dan pemerintah
ditaklukkan di bawahnya. Dengan ini, Maria
(atau Mariam) boleh bergembira dalam
Tuhan Juruselamatnya apabila tahu dia akan
melahirkan Mesias (Lukas 1:47). Pengertian
istilah Juruselamat yang digunakan bagi
Mesias dalam Lukas 2:11 ialah pengertian
bukan tertentu ini.
Lukas 2:11 Hari ini telah lahir bagimu
Juruselamat, yaitu Kristus, Tuhan, di kota Daud.
(RSV)
Luke 2:11 for to you is born this day in the city of
David a Savior, who is Christ the Lord. (RSV)
Tiada penggunaan artikel (kata sandang)
penentu dengan istilah sõter (SHD 4990).
Istilah ini tetap dan menterjemahkan SHD
3467 yâsha’ yang bermakna terbuka luas
atau bebas – justeru, selamat atau
membebaskan atau membantu.
Juruselamat ini memang dinantikan dan
orang Samaria mengakui bahawa ini ialah
Yesus Kristus (Yohanes 4:42).
Petrus dan rasul-rasul lain menjelaskan sifat
Kristus sebagai Juruselamat.
Kisah 5:30-32 Allah nenek moyang kita telah
membangkitkan Yesus, yang kamu gantungkan
pada kayu salib dan kamu bunuh. 31 Dialah yang
telah ditinggikan oleh Allah sendiri dengan
tangan kanan-Nya menjadi Pemimpin dan
Juruselamat, supaya Israel dapat bertobat dan
menerima pengampunan dosa. 32 Dan kami adalah
saksi dari segala sesuatu itu, kami dan Roh
Kudus, yang dikaruniakan Allah kepada semua
orang yang mentaati Dia." (RSV)
Jelas diketahui bahawa Tuhan telah
membangkitkannya bagi Israel. Oleh itu,
Mukasurat 11
Mesias ialah Juruselamat melalui delegasi
kuasa.
Kisah 13:22-23 Setelah Saul disingkirkan, Allah
mengangkat Daud menjadi raja mereka. Tentang
Daud Allah telah menyatakan: Aku telah
mendapat Daud bin Isai, seorang yang berkenan
di hati-Ku dan yang melakukan segala kehendakKu. 23 Dan dari keturunannyalah, sesuai dengan
yang telah dijanjikan-Nya, Allah telah
membangkitkan Juruselamat bagi orang Israel,
yaitu Yesus. (RSV)
Tuhan telah mengangkat Kristus sebagai
Juruselamat. Jadi, kecukupan korban Yesus
Kristus sebagai Juruselamat kita tidak boleh
dipersoalkan.
Hubungan Juruselamat dengan mereka yang
diselamatkan amat penting bagi tujuan
Tuhan.
Efesus 5:23 karena suami adalah kepala isteri
sama seperti Kristus adalah kepala jemaat. Dialah
yang menyelamatkan tubuh. (RSV)
Justeru Tuhan adalah sebahagian daripada
Kristus sebagaimana Dia sebahagian
daripada kita. Tuhan ialah Juruselamat kita
dan begitu juga Kristus kerana mereka ada di
dalam kita dan kita di dalam mereka.
Kewargaan kita adalah di dalam syurga
sebagai sebahagian daripada keluarga Tuhan
sebagai anak-anak Tuhan serta waris
bersama dengan Kristus dan bala tentera
syurgawi.
Filipi 3:20 Karena kewargaan kita adalah di
dalam sorga, dan dari situ juga kita menantikan
Tuhan Yesus Kristus sebagai Juruselamat, (RSV)
Philippians 3:20 But our commonwealth is in
heaven, and from it we await a Savior, the Lord
Jesus Christ, (RSV)
Sekali lagi di sini, kita perhatikan
penggunaan artikel bukan penentu (a Savior)
supaya Tuhan, bukan Kristus, ialah pusat
utama dan bahawa Kristus bertindak
mengikut dorongan Bapa yang mengutusnya.
Pengertiannya juga begini dalam Ayub
33:23-24.
Ayub 33:23-24
Jikalau di sampingnya ada
malaikat, penengah, satu di antara seribu, untuk
menyatakan jalan yang benar kepada manusia, 24
Mukasurat 12
maka Ia akan mengasihaninya dengan berfirman:
Lepaskan dia, supaya jangan ia turun ke liang
kubur; uang tebusan telah Kuperoleh. (RSV)
Istilahnya bererti utusan dan begitulah
maksud istilah ini dalam penggunaannya
bagi anak-anak Tuhan.
Dengan itu barulah kita nampak pengertian
Paulus yang jelas terlihat dalam Timotius
dan juga ditemui dalam surat Titus.
Paulus sekali lagi merujuk kepada Tuhan
Juruselamat kita dalam Titus 1:3. Kristus
kemudiannya
disebutkan
sebagai
Juruselamat dalam ayat 4.
Titus 1:3-4 dan yang pada waktu yang
dikehendaki-Nya telah menyatakan firman-Nya
dalam pemberitaan Injil yang telah dipercayakan
kepadaku sesuai dengan perintah Allah,
Juruselamat kita. 4 Kepada Titus, anakku yang sah
menurut iman kita bersama: kasih karunia dan
damai sejahtera dari Allah Bapa dan Kristus
Yesus, Juruselamat kita, menyertai engkau. (RSV)
Penggunaan biasanya boleh dilihat di atas
dan ini bukan suatu kontradiksi ataupun
pengesahan kewujudan Tuhan Triune
(Triniti, Tritunggal).
Pengertian begini diulangi dalam Titus 2:1013.
Titus 2:10-13 jangan curang, tetapi hendaklah
selalu tulus dan setia, supaya dengan demikian
Tuhan Juruselamat Kita
mereka dalam segala hal memuliakan ajaran
Allah, Juruselamat kita. 11 Karena kasih karunia
Allah yang menyelamatkan semua manusia sudah
nyata. 12 Ia mendidik kita supaya kita
meninggalkan kefasikan dan keinginan-keingina
duniawi dan supaya kita hidup bijaksana, adil dan
beribadah di dalam dunia sekarang ini 13 dengan
menantikan penggenapan pengharapan kita yang
penuh bahagia dan penyataan kemuliaan Allah
yang Mahabesar dan Juruselamat kita Yesus
Kristus, (RSV)
Di sini kita lihat proses pemikiran delegasi
yang sama yang ditemui dalam kitab para
nabi dan jelas digunakan oleh Paulus untuk
menjelaskan hubungan itu.
Justeru, daripada nabi-nabi Perjanjian Lama
kita boleh memahami istilah-istilah dan
keduaan penggunaannya dalam penerapan
dari Tuhan ke Yesus Kristus. Tuhan ialah
Juruselamat kita dan Dia menetapkan Kristus
untuk mati untuk kita sebagai Juruselamat
kita supaya Tuhan dan Kristus dapat hidup di
dalam kita dan, melalui Roh Kudus, Tuhan
dapat menjadi semua dalam semua.
Demikianlah kita akan memiliki satu Tuhan
dan Bapa kita semua.
Efesus 4:6 satu Allah dan Bapa dari semua, Allah
yang di atas semua dan oleh semua dan di dalam
semua. (RSV)

Download