KULIAH 3: TEORI BARANG AWAM Barang Awam

advertisement
KULIAH 3: TEORI BARANG AWAM
Barang Awam- Definisi: Menurut Hyman (2002), barang awam adalah barang dimana
faedah drpd penggunaan barang tersebut tidak boleh dikecualikan bagi mereka yang tidak
membayarnya dan dikongsi secara bersama dalam satu kumpulan pengguna yang besar.
Barang ini biasanya ditentukan dalam pasaran politik dan bukan melalui pasaran biasa
(mekanisme harga). Kerajaan akan menyediakan barangan ini & kos pengeluaran
ditanggung daripada hasil kutipan cukai.
Ciri-ciri barang awam:
1.
Tiada persaingan dalam penggunaan (nonrival in consumption)
2.
Tiada pengecualian dalam penggunaan (non exclusion)
Implikasi:
1.
Kos membenarkan seseorang pengguna menikmati faedah daripada barang
tersebut adalah = 0 atau dengan kata lain MC utk benarkan tambahan pengguna
utk menggunakan barang awam yang diber = 0
P/kos
200
MC = 0
0
1
2.
3.
Kuantiti
Barang awam – faedah /utiliti kepada ekon. Secara keseluruhan dan tidak kpd
ind tertentu.
DD brg awam dinyatakan secara awam
- keluk DD adalah perjumlahan keluk-keluk DD pelbgi ind secara menegak
1
Px(RM)
Px(RM)
5
5
Px(RM)
5
DXA
0
2
DXA+B
DXB
QX
0
3
QX
5
QX
Rajah 3.1: Terbitan Keluk Permintaan Terhadap Barang Swasta
2
Harga
(RM)
e1
PG
A
DGA
0
QG
Harga
(RM)
e2
PGB
DGB
0
QG
Harga
(RM)
SG
PG0
e3
DGA+ B
0
G
QG
Rajah 3.2: Terbitan Keluk Permintaan Pasaran Bagi Barang Awam
dan Kecekapan Pembekalan Barang awam
3
Isu perbincangan dalam teori barang awam –
1.
Perlu ada campurtangan kerajaan dalam pembekalan barang/perkhidmatan
awam
2.
Masalah bagaimana utk pastikan peruntukan barang awam adalah optimum.
Analisis yang telah dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini
terbahagi kpd 2:
a.
analisis keseimbangan spara
imodel Lindahl
b.
analisis keseimbangan umum
imodel Samuelson
iimodel Lindahl-Johensen
iiimodel Musgrave
4
Harga a
(RM)
S
b
c
MBBG
e
DA +
B
DB
f
MBAG
DA
0
G0
Kuantiti Barang Awam
(G)
Rajah 3.4: Kecekapan Pembekalan Barang Awam Mengikut Penyelesaian Lindahl
Huraian ringkas:
• Analisis ini merupakan analisis keseimbangan spara (melibatkan pasaran
barangan G sahaja)
• Keluk SS ( MC) & keluk DD ( MB)
• iKeluk SS : menunjukkan MC utk kel barang G di sepanjang keluk KKP
iiDA & DB adalah DD ind A & B terhadap G = MBiG = harga yang mereka
bayar utk setiap o/p G
iiiPerjumlahan secara menegak akan menghasilkan keluk DA+B (DD=SS)
dan keseimbangan pada titik b
ivFaedah sosial (ind A & B)
Jum faedah A & B iaitu dibawah keluk permintaan DA+B = oabG0
vJumlah kos kel G
Di bawah keluk SS = 0cbG0
vifaedah bersih = segitiga abc (agihkan kpd kedua-dua ind A & B)
Bagaimana menentukan P & Q
harga brg G (PG ) = MBAG + MBBG
Qty = G0
5
vii-
Bagaimana kerajaan kel. brg tersebut?
melalui percukaian kepada ind A & B
cukai ind A = MBAG / G0 dan cukai ind B = MBBG / G0 iaitu mengikut
faedah yang diterima mengikut ind. ( mengikut citarasa & Y ind)
adakah titik keseimbangan b adalah memenuhi pareto optimum?
MBAG + MBBG = MCG memenuhi syarat.
•
Terdapat kelemahan dalam analisis ini iaitu:
masalah ciri barang awam itu sendiri yang menyebabkan
a. tiada unsur membayar oleh pengguna
b. tiada peranan harga.
Analisis ini cuba dibaiki oleh Johensen dalam model Lindahl-Johansen
6
Rajah 3.5 Model Lindahl-Johansen
7
Huraian ringkas:
•
andaian
iagihan pendapatan antara individu telah ditetapkan. Individu yang
terlibat diandaikan ind P dan Q dan barangan G (awam) dan S
(swasta). Kesannya dpt terbitkan kps dan keluk DD individu
tersebut.
iiCitarasa adalah berbeza antara ind mengikut agihan Y
•
Kelebihan model ini adalah :
idapat menjelaskan kuantiti barang G yang digunakan bersama
iidapat tentukan sumbangan cukai setiap individu.
•
-
Andaikan terdapat 2 pengguna iaitu P dan Q dan belanjawan tetap
Kedua-dua pengguna ini mempunyai kekangan belanjawan yang
ditetapkan dan sifat KPS antara barang awam dengan barang swasta
penyelesaian Lindahl-Johansen berupaya menukar KPS antara barang
awam (A) dengan barang swasta (S) kepada KPS antara barang awam (A)
dengan % sumbangan cukai (h).
KPS yang baru ini mempunyai sifat-sifat yang berikut:
a.
cekung dari bawah (paksi kuantiti barang);
b.
semakin dekat dari paksi kuantiti, semakin baik kerana semakin
kecil sumbangan cukai; dan mempunyai cerun positif dan negatif.
-
U1p , U2p , U3p , ialah KPS pengguna P.
U1q , U1q U1q U1q , ialah KPS pengguna Q
PP’ ialah keluk permintaan pengguna P.
QQ
ialah keluk permintaan pengguna Q
Oleh itu:
•
KPS ini mempunyai ciri-ciri yang berikut.
a.
b.
c.
d.
KPS pengguna P adalah cekung dari bawah.
Tingkat kebajikannya bertambah apabila KPS bergerak dari atas
(apabila ia menanggung beban cukai
sepenuhnya) ke bawah
(apabila ia tidak menanggung apa-apa cukai).
KPS pengguna Q adalah cembung dari bawah.
Tingkat kebajikannya bertambah apabila KPS bergerak dari bawah
(apabila ia menanggung cukai sepenuhnya) ke atas (apabila ia
tidak membayar apa-apa cukai).
8
•
Terbitkan keluk permintaan pengguna P dan Q dengan menentukan
tingkat utiliti maksimum yang dapat dicapai oleh tiap-tiap individu pada
sumbangan cukai yang ditetapkan.
e.g sumbangan cukai pengguna P ialah h0, maka berdasarkan
rajah tingkat maksimum yang dapat dicapai ialah Up3 , apabila
pengguna P itu menggunakan Op Ga barang awam.
Pengguna Q pula, yang membayar cukai 1 - ho (iaitu baki kos
yang mesti ditanggung oleh pengguna Q), mencapai utiliti
maksimum sebanyak Uq1 dengan menggunakan OqGb barang
awam.
•
keluk WW’ keluk kontrak penggunaan, ditentukan oleh ketangenan
antara dua set KPS pengguna P dengan pengguna Q.
•
Pada titik ketangenan itu, kadar penggantian sut barang awam dengan
sumbangan cukai bagi pengguna P dan pengguna Q adalah sama, iaitu
MRSp = MRSQ.. Dalam kecekapan Pareto, suatu titik kecekapan
penggunaan mesti dikaitkan dengan kecekapan pengeluaran. Ini bererti
bahawa pada keluk WW’, MRSsa = MRTsa dengan s ialah barang swasta.
•
penyelesaian model Lindahl-Johansen dicapai pada titik E.
o terdapat persilangan bukan sahaja antara keluk permintaan
pengguna P dengan pengguna Q, tetapi juga keluk WW’. Oleh itu,
pada titik ini ekonomi berada dalam kecekapan Pareto dengan
jumlah barang awam yang ditawarkan ialah Op Ge (Oq Ge ), dan
sumbangan cukai ialah h1 % bagi pengguna P, manakala pengguna
Q ialah (l - h) %.
9
Kuantiti X
Barang
Swasta
I
P
C
X0
S
D
W
Z
I
OA
Kuantiti
Barang
Swasta
E
P
G
Kuantiti
Barang
Swasta
X
J
C
Y
R
J
OB
T
D
G0
T
G
Kuantiti
Barang
Swasta
Rajah 3.3: Terbitan Syarat Pengoptimuman Pembekalan Barang Awam
Mengikut Model Samuelson
10
Huraian ringkas:
•
•
•
Andaian : terdapat barang X dan barang G yang dikeluarkan yang
digambarkan KKP (PP)
Terdapat 2 pengguna iaitu pengguna A & B yang menggunakan 2 barang
tersebut iaitu G dan X. KPS kedua-dua ind. Bermula dari titik origin OA
dan OB masing masing bagi A dan B. II adalah kps ind A dan JJ adalah
kps ind B.
Bagi mendapatkan optimum pareto, perlu mulakan dengan kps ind A
(andaikan pilih kps II) bagi memastikan perutkan sumber maksimum kpd
utiliti B
•
dapatkan kombinasi X dan G yang boleh diperolehi oleh B dengan
menolak II dari PP secara menegak.
Kombinasi-kombinasi ini
digambarkan oleh keluk TT. Tingkat maksimum utiliti yang boleh dicapai
B ialah di mana KPS JJ bersentuh dengan keluk TT. Ini memerlukan
output barang awam sebanyak OA Go (=OB Go) dan output barang swasta
sebanyak OA Xo, dari mana OA Z digunakan oleh A dan Z Xo (= OB Y)
digunakan oleh B.
•
syarat yang menunjukkan sifat peruntukan sumber yang Pareto optimum.
Iaitu di titik persentuhan keluk JJ dengan keluk TT, cerun KPS B = cerun
keluk TT. cerun KPS B ialah kadar penggantian sut barang swasta untuk
barang awam (MRSGX). Oleh kerana keluk TT didapati dengan menolak
keluk II (yang mempunyai cerun bersamaan dengan MRSGX) daripada
keluk PP (cerunnya bersamaan MRTGX , iaitu kadar transformasi sut X
untuk G), cerun keluk TT adalah bersamaan dengan perbezaan di antara
cerun-cerun keluk PP dengan keluk II (MRTGX - MRSGX). Dengan itu,
pada titik peruntukan optimum,
B
A
B
A
MRSGX
= MRTGX − MRSGX
maka MRSGX
+ MRSGX
= MRTGX
i
= MRTGX dimana; i = A, B
akhirnya ∑ MRS GX
•
Persamaan ini menggambarkan syarat kecekapan bagi pembekalan barang
awam G yang optimum.
Persamaan ini dikenali sebagai syarat
Samuelson.
11
•
Di dalam ekonomi, wang digunakan sebagai unit akaun boleh
mentafsirkan syarat kecekapan ini dari segi faedah sut dan kos sut
kewangan. Kadar transformasi sut adalah nisbah kos sut mengeluarkan G
terhadap kos sut mengeluarkan X, atau
MRTGX =
•
Begitu juga, kadar penggantian sut bagi individu ialah nisbah utiliti sut di
antara dua barang yang berkenaan, iaitu nisbah faedah-faedah sut (MB)
dalam kiraan wang bagi G dan X, atau:
A
MRSGX
=
•
MCG
MCX
MU GA MBGA
=
MU XA
PX
Dalam ekonomi di mana pengeluar bersaing menggunakan penentuan
harga kos sut, maka syarat pengeluaran yang cekap ialah PX = MCX. Ini
bererti persamaan-persamaan di atas memberi implikasi berikut:
∑ MBGi = MCG
dimana i = A, B
o iaitu jumlah faedah sut (MB) kepada semua individu yang
menggunakan G bersamaan dengan kos sut (MC)
mengeluarkannya.
12
3.6 Penyelesaian Model Musgrave
13
Huraian ringkas:
•
•
•
Model Musgrave membincangkan peruntukan antara barang awam dengan
barang swasta berdasarkan penentuan belanjawan.
Model ini juga dapat menentukan secara langsung bayaran cukai setiap
individu untuk menampung penawaran barang awam.
Andaikan:
o agihan pendapatan di kalangan individu pengguna diketahui.
o Penawaran barang awam ditentukan oleh penilaian para pengguna
yang berdasarkan tingkat pendapatan mereka.
o Kos pembiayaan barang awam pula dibayar melalui cukai yang
dikenakan mengikut penilaian pengguna yang berdasarkan sistem
pencukaian faedah.
o Analisis ini dimudahkan dengan mengatakan bahawa dalam
sebuah ekonomi terdapat:
1.
Dua individu sahaja, iaitu pengguna P dan pengguna Q.
2.
Dua barang sahaja, iaitu barang swasta (S) dan barang
awam (A).
3.
Dua input utama sahaja, iaitu modal (K) dan buruh (L) yang
terhad jumlahnya.
4.
Jumlah pendapatan diagihkan antara pengguna P dengan
pengguna Q.
•
KKP, CD diandaikan bergaris lurus supaya jumlah hasil cukai dapat
disamakan dengan jumlah kos melalui hukum penentuan harga dalam
ekonomi.
•
Andaikan dengan suatu corak agihan pendapatan, misalnya 0M barang
swasta bagi pengguna P dan bakinya, 0N barang swasta bagi
pengguna Q, dengan 0M + 0N = 0C , di samping dengan berbagaibagai tingkat harga relatif barang awam dengan barang swasta, maka
keluk penggunaan harga bagi pengguna tersebut dapat diterbitkan,
•
keluk MTV bagi pengguna P (rajah tengah) dan keluk NBW bagi
pengguna Q (rajah bawah). Agihan pendapatan tersebut diukur
dengan kuantiti barang swasta kerana barang swasta tertakluk kepada
prinsip pengecualian.
•
Keluk penggunaan harga menunjukkan titik keseimbangan peruntukan
yang optimum antara barang awam dengan barang swasta.
o Keluk ini diterbitkan dengan menyambungkan titik ketangenan
antara KPS dengan garis belanjawan yang berdasarkan nilai
harga relatif antara barang awam dengan barang swasta.
Misalnya, pada harga relatif 0M/0X, kedudukan optimum
pengguna P ialah pada titik Z, iaitu apabaila garis belanjawan
MX tangen dengan keluk puas sama U2P (rajah tengah).
14
o Begitu juga pengguna Q, pada harga relatif 0N/0U, kedudukan
optimum ialah pada titik G, iaitu apabila garis belanjawan NU
tangen dengan KPS Uq1 (rajah bawah).
•
Berdasarkan kedudukan pengguna A yang ditunjukkan oleh keluk
penggunaan harga MTV, dapat keluk kemungkinan penggunaan
barang swasta untuk pengguna Q pada tiap-tiap tingkat barang
awam yang digunakan bersama oleh mereka.
o e.g pada tingkat kuantiti 0S barang awam, pengguna P
menggunakan ST kuantiti barang swasta daripada keseluruhan
jumlah SS’ yang dikeluarkan. Ini bererti bahawa, pengguna Q
dapat menggunakan bakinya sebanyak SB’, iaitu SS’ - ST.
o pada tingkat barang awam sifar, ekonomi itu mengeluarkan 0C
barang swasta.
o Daripada jumlah itu, pengguna P menggunakan 0M unit,
manakala bakinya, 0N digunakan oleh pengguna Q.
o Ringkasnya, keluk kemungkinan penggunaan pengguna Q
diperoleh dengan menolak tingkat barang swasta yang
digunakan oleh pengguna P, seperti yang dicatat oleh keluk
penggunaan harga MTV daripada jumlah keseluruhan barang
swasta yang dicatat oleh KKP CD pada tiap-tiap tingkat
penawaran barang awam.
•
Dalam Rajah di atas keluk kemungkinan penggunaan pengguna Q
ialah keluk NB’J. Keadaan keluk ini melengkung ke atas dan
bertentangan dengan keluk penggunaan harga, NBW
yang
melengkung ke bawah.
o Perbezaan ini disebabkan bahawa keluk NB’J hanya
menunjukkan potensi barang swasta yang dapat digunakan
oleh pengguna Q setelah mengambil kira kuantiti barang
swasta yang digunakan oleh pengguna P pada tiap-tiap
tingkat barang awam yang digunakan bersama oleh mereka.
o Keluk NBW pula menunjukkan kedudukan optimum yang
dipilih oleh pengguna Q apabila berlaku perubahan harga
relatif dalam pembeliannya terhadap barang awam dan
barang swasta.
•
Dengan mengetahui kedudukan potensi pengguna Q dan
kedudukan optimumnya yang berdasarkan suatu corak agihan
pendapatan, maka dapat penyelesaian yang optimum dari segi
peruntukan output dan penentuan harga untuk ekonomi
keseluruhannya.
o Penyelesaiannya ialah apabila kedudukan potensi pengguna
Q sama dengan kedudukan optimum pengguna Q. Oleh
itu, penyelesaian optimum dicapai pada titik G apabila
keluk kemungkinan penggunaan pengguna Q (keluk NB’J)
15
bersilang dengan keluk penggunaan harga (keluk NBW).
Pada titik persilangan ini, kedudukan ekonomi ialah pada
titik E dengan mengeluarkan 0l unit barang swasta dan 0H
barang awam.
o Kedudukan pengguna P ialah pada titik F dengan
menggunakan 0K barang swasta, manakala kedudukan
pengguna Q ialah pada titik G dengan menggunakan 0L
barang swasta.
•
Penyelesaian tersebut adalah dari segi peruntukan barang swasta antara
pengguna P dengan pengguna Q pada suatu tingkat barang awam yang
digunakan bersama oleh mereka.
•
Bagaimanakah pula pembahagian kos ditentu dalam model Musgrave ini?
o kos untuk menyediakan barang awam dibiayai oleh cukai. Cukai
pula dikutip daripada pendapatan.
o Jumlah pendapatan semua individu dalam sesebuah negara adalah
sama dengan jumlah keluaran negara. Jika tidak ada cukai, maka
barang awam tidak dapat ditawarkan. Oleh itu, ekonomi negara
hanya mempunyai barang swasta yang nilainya sama dengan
jumlah pendapatan negara.
o jumlah pendapatan sama dengan semua barang swasta yang
didarabkan dengan harganya. Jika harga barang swasta diandaikan
bernilai satu, maka jumlah pendapatan sama dengan jumlah barang
swasta. Jumlah ini sama dengan 0C dalam rajah.
•
Apabila ada cukai, perbelanjaan barang swasta terpaksa dikurangkan.
Hasil cukai itu pula digunakan untuk membiayai barang awam. Jika
cukai yang dikenakan ialah 100 %, maka perbelanjaan barang swasta
menjadi sifar dan pengeluarannya juga menjadi sifar.
o Ini bererti semua sumber ekonomi boleh digunakan untuk
mengeluarkan barang awam yang pembiayaannya ditanggung oleh
hasil cukai. Oleh sebab hasil cukai ialah 100 %, maka jumlah
pendapatan sama dengan jumlah hasil cukai dan juga sama dengan
semua barang awam didarab dengan harga barang awam.
o Katakan kuantiti barang awam ialah 0D unit, seperti dalam rajah.
Kos melepas mengeluarkan 0D unit barang awam ini ialah 0C unit
barang swasta kerana untuk menyediakan 0D unit barang awam,
kita terpaksa mengorbankan 0C unit barang swasta. Jumlah barang
yang dikorbankan merupakan jumlah cukai yang diukur dalam
nilai barang swasta.
16
•
Dalam keseimbangan umum, model ini menunjukkan jumlah barang
swasta yang ditawarkan ialah 0I unit, manakala barang awam ialah 0H
unit.
o Ini bererti untuk menyediakan 0H unit barang awam
terpaksa mengorbankan IC unit barang swasta. Jumlah
cukai yang diukur dalam nilai barang swasta untuk
menyediakan 0H unit barang awam ialah IC unit.
o barang awam itu digunakan bersama oleh pengguna P pada
pengguna Q. Beban cukai mesti ditanggung bersama
dengan kadar yang berbeza. Keadaan ini menyebabkan
darjah keinginan mereka terhadap barang awam dan
kepuasan yang diperoleh berbeza. Oleh sebab itu, kadar
cukai atau harga barang awam berbeza.
•
Persoalan berikutnya ialah berapa banyakkah cukai yang mesti dibayar
oleh setiap pengguna?
o melihat jumlah kuantiti barang swasta yang terpaksa di
korbankan oleh setiap pengguna untuk mendapat 0H unit
barang awam.
o Daripada rajah pengguna P terpaksa membayar KM unit
barang swasta, manakala pengguna Q terpaksa membayar
LN unit barang swasta. Ini menjadikan jumlah cukai ialah
KM + LN = IC unit barang swasta.
o Kadar cukai yang dibayar oleh pengguna P ialah KM / IC,
manakala pengguna Q ialah LN / IC .
•
Rumusan
1.
Segi peruntukan output,
•
pengguna P dan pengguna Q sama-sama menggunakan 0H barang awam,
manakala barang swasta masing-masing ialah 0K unit dan 0L unit dan
jumlah keseluruhan barang swasta ialah 0I unit.
2. Segi pembayaran kos
• untuk membiayai barang awam, pengguna P membayar KM unit dan
pengguna Q membayar LN unit barang swasta, menjadikan jumlah cukai
ialah KM + LN = IC unit barang swasta.
• kadar cukai yang dibayar ialah
o KM / IC untuk pengguna P
o LN / IC untuk pengguna Q.
17
Download