Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017 Editors: Mohd Nasran Mohamad, Muhamad Razak Idris, Farid Mat Zain, Cheloh Khaegphong, Anis Pattanaprichawong & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani © Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Malaysia Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University, Thailand ISBN 978-983-9368-79-6 (2017), http://www.icdis2017.com PENGARUH KARYA ULAMA PATANI TERHADAP PENDIDIKAN DI ALAM MELAYU Abdul Ramae Sulong Abstrak: Artikel ini bertujuan untuk mengkaji tentang pengaruh karya ulama Patani terhadap pendidikan di alam Melayu. Penulis mengguna metode perpustakaan bagi medapatkan maklumat yang berkait dengan karya ulama Patani. Setelah dijalan kajian didapati ulama Patani banyak menghasilkan karya yang berhubung dengan ilmu fardu ain seperti ilmu aqidah dan fiqh. Mereka juga menulis buku dalam bidang ilmu fardu kifayah seperti tajwid dan perubatan. Terdapat 10 disiplin ilmu yang ditulis oleh ulama Patani terdiri daripda ilmu fiqh, aqidah, hadis, tasawuf, tajwid, nahu, saraf, balaghah, hisab dan thib. Semua karya yang dijadikan sebagai buku teks sebanyak 56 buah dalam bahasa Melayu dan Arab. Karya dalam bahasa Melayu sebanyak 44 buah dan dalam bahasa Arab sebanyak 12 buah. Kata Kunci: Pengaruh, Karya Ulama Patani, Pendidikan, Alam Melayu This article aimed to study about the effect of Patani scholars’ works toward education in Malay world. The documentary research was used in this article to find out the data of Patani scholars’ works. It was found that Patani scholars had been written many works in fardhu ‘ain like aqidah dan fiqh. They also wrote the books in farhdu kifayah knowledge like tajwid dan medical subject. There were 10 sieince written by Patani scholars including fiqh, aqidah, hadis, tasawuf, tajwid, nahu, saraf, balaghah, hisab dan thib. And there were 56 books in Malay and Arabic languadges were used as the textbooks which written in Malay langudge 44 books and written in Arabic languadge 12 books. Key Words: Effect, Patani scholars’ works, Education, Malay World PENGENALAN Keadaan masyarakat setiap tempat berubah dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman dan teknologi. Kini sistem pendidikan juga berubah mengikut keadaan sekalipun kandungan ilmu agama Islam tetap tidak berubah kecuali dalam beberapa hal tertentu. Ulama silam khususnya di alam Melayu berusaha menulis buku dalam berbagai disiplin ilmu termasuk fardu ain dan fardu kifayah sebagai buku teks dan rujukan kepada para pelajar pada masa itu. Karya-karya mereka disalin oleh pelajar sebagai buku teks. Kemudian pada masa Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani mulai ada mesin cetak bagi mencetak karya-karya yang ditulis oleh ulama sebelumnya dan juga karya-karya yang ditulis oleh ulama semasa dengan beliau termasuk karya-karya beliau sendiri. Hal ini berlaku penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. Buku-buku ini desebar di kota Makkah dan di alam Melayu sebagai buku teks kepada pelajar yang berbahasa Melayu. Bahasa Melayu tulisan Jawi sebelum Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani mengguna huruf hijaiyah sebanyak 28 huruf. Penggunaannya dapa kita lihat dalam beberapa buah buku tulisan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan ulama lain. Adapun pada masa Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani kita dapati bahasa Melayu tulisan Jawi sudah berkembang dengan ditambah lagi 5 huruf iaitu خ، غ، ف، ئdan ث. Maka karya-karya tulisan ini disebar hingga ke hari ini. Pada masa yang sama, ejaan bahasa Melayu tulisan Jawi berubah sedikit demi sedikit khususnya dalam sistem sekolah agama sedangkan ejaan kitab Jawi masih seperti dahulu 20 tahun kebelakangan ini kitab Jawi tidak diajar dalam sistem persekolahan dan pelajar juga tidak diajar keunikan kitab Jawi itu sendiri kepada pelajar sekolah. Buku teks yang diguna dalam sistem persekolahan tidak ada kaitan dengan kitab Jawi. PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 Kitab Jawi dipelajari oleh pelajar-pelajar pondok yang jumlahnya amat sedikit berbanding bilangan pelajar sekolah. Menurut maklumat yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Swasta bahawa pelajar yang belajar di pondok 5 wilayah sebanyak 42,895 orang sementara pelajar yang belajar di sekolah agama sebanyak 156,220 orang. (Jabatan Pendidikan Swasta 2015. Institisi Pengajian Swasta Selatan.) Pelajar sekolah yang belajar di sekolah pondok (sekolah swasta) yang berasrama penuh juga masih berpeluang untuk belajar kitab Jawi karya ulama Patani. Mereka belajar pada waktu malam dan pagi selepas solat Maghrib, Isyak dan Subuh. Kitab Jawi juga diajar kepada mereka yang berminat belajar bersama tuan guru yang mengajar di pondok mereka sendiri atau di masjid jamik, masjid qariah atau surau. Jadi jumlah mereka yang belajar karya ulama Patani makin sedikit berbanding dengan jumlah mereka yang tidak mempelajari karya mereka. Mereka yang tidak mempelajari karya-karya ulama Patani tidak berminat bahasa Melayu klasik dan juga bahasa Melayu moden malah mereka berminat bahasa asing dalam berkomunikasi harian khususnya di Patani. Penduduk di negara lain, selain daripada Patani, mereka lebih berminat bahasa Melayu ejaan rumi lebih daripada ejaan Jawi. Ini merupakan masalah yang sedang berlaku di alam Melayu pada masa kini. Karya-karya ulama Patani menjadi bahan kajian kepada pelajar yang belajar di universiti untuk mendapat gelaran sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Ulama Patani Perkataan ulama merupakan perkataan bahasa Arab yang selalu diguna dan didengar di kalangan orang Islam. Untuk menjadi seorang alim ulama menurut mafhum hadis ialah mereka yang menghafal al-Quraan sebagaimana sabda Nabi yang bermaksud: Barangsiapa menghafal 7 surah (surah al-Baqarah-al-Taubah) yang pertama daripada al-Quran maka ia dianggap alim (HR Imam Ahmad, 24412 dan al-Hakim, 2114) dan menghafal 40 puluh hadis Nabi SAW. Sabda Nabi SAW maksudnya: Barangsiapa dari kalangan umatKu mengahafal 40 hadis yang berhubung dengan agamanya maka pada hari qiamat ia akan dibangkit bersama para ahli fiqh dan ulama (Imam Nawawi berkata: hadis ini daif sekalipun terdapat dalam banyak jalan). Selain itu mereka mesti menguasai ilmu-ilmu fardu ain dan fardu kifayah serta beramal dengan ilmu-ilmu itu. Sejak dari abad ke 13-18 Masihi, sejarah perkembangan Islam di rantau ini telah memperlihatkan pendidikan ilmu dan amalan Islam terletak dalam tangan majoriti alim-ulama berketurunan Arab, khususnya yang berdarah ahlul-bait Rasulullah SAW dari jazirah Arab seperti di Hijaz serta wilayah Hadhramaut di Yemen. Terdapat juga alim-ulama Arab yang datang ke Alam Melayu melalui India seperti di Surat, Koromandel dan Malabar. Dalam zaman belakangan, iaitu bermula dari abad ke 18 Masihi, barulah muncul tokoh-tokoh agama kelahiran Melayu tempatan seperti Syeikh Daud al-Fatani (1764-1847), Syeikh Abdul Samad al-Palembani, Syeikh Abdul Khatib Sambas, Syeikh Nawawi Banten (1818-1888), Syeikh Ahmad Khatib alMinangkabawi (1864-1916) dan ramai lagi. Di sana ada satu istilah yang digunakan oleh pengkaji sebagai “Tiga Serangkai”. Mereka dimaksudkan dengan tiga orang ulama yang paling dikenali di dunia Melayu, iaitu Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Ketiga-tiga ulama ini adalah pelopor dunia Melayu dalam bidang keilmuan Islam dan mereka pula telah berhasil membentuk sekian ramai insan Melayu berilmu dan bertakwa kepada Allah SWT. Jumlah ulama generasi penerus sangat ramai di antara mereka sebagai contoh seumpama Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau, tokoh besar sebagai pelopor Tarekat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah. Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar Sambas, tokoh besar sebagai pelopor Tarekat Qadiriyah-Naqsyabandiyah. Raja Ali Haji Riau, tokoh besar sebagai pelopor bahasa dan sastera Melayu, serta sejarah. Ketiga-tiga mereka adalah murid Syeikh Daud bin Abdullah alFathani. (Wan Mohammad Shaghir Abdullah 2014. . http://indo.hadhramaut.info/ view/10570.aspx) Mereka akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama ialah al-Quran dan hadis. Namun, mereka tetap memerlukan rujukan yang banyak dengan berbagai disiplin ilmu yang dikarang oleh para ulama Islam. Oleh itu, mereka mengukuhkan istilah pegangan dengan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias yang shahih. Mereka menolak untuk menentukan segala persoalan 2 PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 Islam berdasarkan pemikiran akal semata-mata. (Wan Muhd Shoghir 2009. Karya Ulama Patani Rujukan Nusantara. © Utusan Melayu (M) Bhd). Pendidikan Islam yang dibawa oleh para ulama tempatan pada zaman belakangan, adalah dengan menjadikan surau, masjid, rumah tok-tok guru agama, pondok dan madrasah sebagai platform untuk menyampaikan ilmu-ilmu agama kepada masyarakat tempatan dengan lancar dan berkesan. Dalam hal ini, institusi pengajian pondok amat sinonim dengan alim-ulama Melayu yang menjadi masyur melalui pondok naungan mereka sebagai tempat bertapak dan berbakti. Institusi pondok yang berkembang pesat dalam kesultanan-kesultanan Melayu tradisi, dikendalikan oleh alim-ulama serta tok-tok guru yang berilmu, berkaliber dan berwibawa telah berjaya melahirkan ramai intelektual Melayu Islam dengan falsafah, ‘worldview’ atau pun pandangan dunia yang luas dan dinamik. Tok-tok guru pondok yang tersohor ini menjadi penasihat dan pakar rujuk dalam permasalahan agama yang menjadi teras kepada segala aspek kehidupan zahir-batin masyarakat Islam Nusantara. Mereka mengikuti Ahlus-Sunnah Wal Jamaah, iaitu pegangan Imam Asy’arie dalam bahagian iktiqad dan mengikuti ajaran Mazhab Syafiee dalam bahagian fiqh. Kebanyakan mereka ialah alim-ulama sufi, iaitu pengamal tariqat-tariqat muktabarah yang diperakukan oleh dunia Islam tradisional. Karya Ulama Patani Ramai yang menyangka bahawa orang Patani hanya terlibat dalam satu bidang keislaman saja kerana cukup ramai ulama yang berasal dari Patani yang muncul sebagai pengarang kitab. Pada pandangan penulis, sebenarnya orang-orang Patani bukan hanya terlibat dalam penulisan kitab tetapi juga terlibat dalam seluruh aspek kemasyarakatan. Sebagaimana telah maklum bahawa jumlah karangan yang dihasilkan oleh ulama Patani adalah cukup banyak, tetapi yang dibicarakan ini hanya karya-karya yang menjadi rujukan sahaja. Khususnya dalam bidang ilmu fiqh, usuluddin dan tasawuf. Setelah ketiga-tiga ilmu tersebut dibahas, disentuh pula ilmu-ilmu lain yang dianggap relevan sebagai pelengkap. Bagi karya-karya dalam ilmu fiqh, penulis bicarakan dengan membuat pembahagian berdasarkan ulama-ulama Patani yang terkenal karya-karya fiqhnya. Bahkan terdapat sesetengah kitab-kitab mereka masih diajarkan sehingga kini, di serata alam Melayu. (Wan Muhd Shoghir 2009) Metodologi pendidikan tok-tok guru ini adalah dengan mengajar kitab-kitab agama yang ditulis oleh pakar-pakar Islam semenjak zaman Salaf al-Soleh. Pada awalnya, kitab-kitab karangan alim-ulama muktabar dan syeikh-syeikh mursyid dari dunia Arab menjadi kitab-kitab induk dan rujukan terpenting. Pemesatan ilmu dan pendidikan Islam kemudiannya telah melahirkan tokohtokoh ulama tempatan yang menjadi penterjemah kitab-kitab Arab ke bahasa Melayu (Jawi), selain mereka sendiri bertindak sebagai pengarang di zaman-zaman belakangan. Kitab-kitab ini dikenali juga sebagai ‘kitab-kitab kuning’. Maka gabungan kitab-kitab karangan alim-ulama muktabar dan syeikh-syeikh mursyid dari golongan Salaf al-Soleh di dunia Arab serta alim-ulama kelahiran tempatan inilah yang bersambung-sambung menjadi rujukan dalam institusi pondok, madrasah mahupun pengajian kecil-kecilan yang dibuat di masjid-masjid ataupun di rumah-rumah tok guru. Secara langsung kitab-kitab ini menjadi sumber yang amat penting dalam membina alam pemikiran, pandangan dan intelektualisme Melayu Nusantara. Keadaan ini berlanjutan sehingga awal abad ke 20 Masihi, yang mana perkembangannya menjadi terencat dengan kemunculan sistem pendidikan sekular yang dibawa oleh penjajah Barat. Persoalannya, apakah tajuk kitab-kitab rujukan tok-tok guru ini dan siapakah pengarangnya yang menjadi sumber penting dalam membentuk kerangka alam pemikiran dan intelektualisme Melayu Nusantara sejak zaman berzaman? (Khazanah Bendahara Serimaharaja. Peranan Ulama & Institusi Pondok. http://www. khazanahbendaharaserimaharaja.com/peranan-ulama--institusipondok.html) 3 PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 Jadual 1 Karya dalam Ilmu Fiqh Bil Buku dan Tahun 1 Hidayatul Muta’allim wa ‘Umdatul Mu’allim, ditulis pada tahun 1244 H/1828 M. Furu’ul Masail wa Usulul Wasail, diselesaikan tahun 1257 H/1841 Sullamul Mubtadi fi Ma’rifati Thariqatil Muhtadi (1252 H/1836 M) Fathul Mannan li Safwatiz Zubad (1249 H/1832 M) Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Fiqh 7 Idhah al-Bab li Murid al-Nikah 8 Kasyful Litsam ‘an as-Ilatil Anam, diselesaikan tahun 1307 H/1889 M. 9 Al-Bahjatul Mubtadin wa Farhatul Mujtadin (1310 H/1893 H) 10 ‘Unwanul Falah wa ‘Unfuwanul Shalah (1319 H/1902 M) Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad alFathani Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad alFathani Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad alFathani Fiqh 6 Al-Jawahirus Saniyah (1252 H/1836 M) Munyat al-Musalli 11 Al-Fatawal al-Fathaniyah 12 Hadaiqus Shalawat fil Khalawat wal Jalawat 13 Mathla’ul Badrain wa Majma’ul Bahrain Syeikh muhammad bin ismail dawud alfatani (Syeikh Nik Mat Kecik), cucu saudara Syeikh Daud Fiqh 14 Wusyah Al-Afrah wa Ishbah Al-Falah 15 Al-Bahrul Wafi wan Nahrus Shafi (1331 H/1912 M. Syeikh muhammad bin ismail dawud alfatani Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani Usuludd in/ Fiqh Fiqh 16 Tazkiyatul Anzhar wa Tashfiyatul Afkar (1339 H/1920 M) Fiqh 17 Kifayatul Muhtadi fi Syarhi Sulamil Mubtadi, diselesaikan pada 9 Rabiulakhir 1351 H/12 Ogos 1932 M. Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman alFathani Syeikh Muhammad Nur al-Fathani, cicit saudara Syeikh Daud 2 3 4 5 Penulis Ilmu Buku Teks Fiqh Fiqh Fiqh Kerajaan Sambas dan kkerajaan Mempawah (Indonesia) Fiqh Fiqh Fiqh Fiqh/ Usuludd in/ Tasaww uf Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad alFathani Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif (Tok Kelaba) 4 Dibuat rujukan Rujukan Rujukan, melebihi 2,000 halaman Fiqh dikarang sebuah kamus untuknya, karya Hj. Abdul Ghani bin Yahya yang berasal dari Johor 1941 Buku teks Rujukan dan panduan bakal-bakal jemaah Haji dan umrah di Malaysia PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 Jadual 2 Karya dalam Ilmu Aqidah Bil 1 Buku dan Tahun Faridah Al-Fara'id Fi 'Ilm Al-'Aqa'id 2 Al-Durr al-Thamin 3 Aqidat al-Najin fi Ilm Usul al-Din Penulis Syeikh Ahmad alFathani Syeikh Ahmad alFathani Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad alFathani Ilmu Aqida h Aqida h Aqida h Buku Teks Dibuat rujukan Buku Teks Dibuat rujukan Buku Teks Dibuat rujukan Buku Teks Dibuat rujukan Jadual 3 Karya dalam Ilmu Hadis Bil 1 2 3 4 5 6 7 Buku dan Tahun Tanbihul Ghafilin1184 H/1770 M. Terjemahan hadis Faraid Fawaidil Fikri fil Imamil Mahdi, 1215 H/1800 M Kasyful Ghummah, 1236 H/1822 M Bisyaratul ‘Amilin wa Nazaratul Ghafilin, 1304 H/1887 M Hadits Memulakan Makan Dengan Garam Dan Disudahi Dengannya Hadits-hadits Pilihan (merupakan bahasan Musthalah Hadits) Daftar Rijal Hadits Penulis Syeikh Abdullah bin Syeikh Abdul Mubin Pauh Bok alFathani Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Ilmu Hadis Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Syeikh Ahmad alFathani Syeikh Ahmad alFathani Syeikh Ahmad alFathani Syeikh Ahmad alFathani Hadis Hadis Jadual 4 Karya dalam Ilmu Tasawuf Bil Buku dan Tahun Penulis Ilmu 1 Kanzul Minan ‘ala Hikam Abi Madyan, terjemahan dan syarah karangan Abi Madyan, dan Minhajul ‘Abidin ila Jannati Rabbil ‘Alamin , tahun 1240 H/1824 M ‘Ilmut Tashawuf (1233 H/1817 M) Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Taaswuf Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Tasawuf 2 3 4 5 Manhalush Shafi fi Bayani Ramzi Ahlis Sufi Di bahagian akhir kitab Ad-Durruts Tsamin dan Warduz Zawahir Hidayatul Muta'allim, Al-Jawahirus Saniyah, Sullamul Mubtadi, dan Fathul Mannan (pada bahagian halaman akhir kitab-kitab fiqhnya) Tasawuf Tasawuf Tasawuf Jadual 5 Karya dalam Ilmu Tajwid Bil 1 2 Buku dan Tahun Al-Mawahibul Makkiyah, (1296 H/1879 M) Sirajul Qari (1308 H/1891 M) 3 Mauriduz Zhaman, (1315 H/1898 M) 4 Tabshiratul Ikhwan fi Tajwidil Quran Penulis Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani Syeikh Muhammad Shalih bin Syeikh Zainal Abidin al-Fathani Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri (Senggora, Patani) Syeikh Abu Ahmad Syamsuddin Abdul Mubin, tinggal di Pahang 5 Ilmu Tajwid Tajwid Tajwid Tajwid PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 Jadual 6 Karya dalam Ilmu Nahu Bil 1 2 3 4 Buku dan Tahun Manzhumatul Fathaniyah, diselesaikan pada tahun 1294 H/1877 M. Manzhumatu ‘Unqudil La-ali , tahun 1296 H/1878 M. Manzhumatul ‘Awamil, tahun 1296 H/1878 M. Ar-Risalatul Fathaniyah 5 Al-Ibanatul I’rabiyah Syarhur Risalatil Fathaniyah (syarah ArRisalatul Fathaniyah ) 6 Tashilu Naili Amani /Tasrihul Ghawamil fi Syarhil ‘Awamil, 1300 H/1882 M Janiyatuts Tsmarat fi Ta’rifi Ba’dhil Kalimat, 1325 H/1908 M, merupakan syarah Matan alAjrumiyah Tamhidul Manahij al-Adabiyah fi I’rabi Mabanil Ajrumiyah, sebanyak empat jilid. 7 8 Penulis Syeikh Ahmad alFathani Ilmu Nahu Syeikh Ahmad alFathani Syeikh Ahmad alFathani Syeikh Ahmad alFathani Haji Abdul Qadir bin Ismail al-Fathani, anak saudara Syeikh Ahmad al-Fathani Syeikh Ahmad alFathani Nahu Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani Nahu Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani Nahu Buku Teks Dibuat rujukan Nahu Nahu menjadi suatu kitab hafalan Nahu Nahu diajar di Pulau Jawa pernah diajar di sekolahsekolah agama dalam Kerajaan Selangor Jadual 7 Karya dalam Ilmu Saraf Bil Buku dan Tahun Penulis Ilmu 1 Abniyatul Asma’ wal Af’al, diselesaikan pada tahun 1308 H/1890, dicetak kembar dengan ilmu nahu judul Ar-Risalatul Fathaniyah Syeikh Ahmad alFathani Saraf 2 Matnul Madkhal fi ‘Ilmish Sharfi, diselesaikan pada Isnin, 22 Syaaban 1317 H/1899 M. Al-Ibrizush Shirfu fi Fannish Sharfi, 1308 H/1890 M. Syeikh Ahmad alFathani Saraf Syeikh Ahmad alFathani Saraf 3 Buku Teks Dibuat rujukan diwajibkan menghafalnya bagi pelajar-pelajar pondok di Kedah, Kelantan, Patani, Bangkok bahkan seluruh Thailand dan Kemboja dan beberapa tempat di Indonesia Jadual 8 Karya dalam Ilmu Balaghah Bil 1 Buku dan Tahun Tadrijus Shibyan ila Tasywiqil Bayan kemudian disyarah oleh muridnya Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, dicetak pada tahun 1325 H Penulis Syeikh Ahmad alFathani Ilmu Bala hgah Buku Teks Dibuat rujukan Buku Teks Dibuat rujukan Jadual 9 Karya dalam Ilmu Hisab Bil 1 2 3 Buku dan Tahun Tahqiq Matnis Sakhawiyah fi ‘Ilmil Hisab, 1304 H/1886 M Tahqiq Wasilatith Thullab li Ma’rifati A’malil Laili wan Nahari bi Thariqil Hisab, 1305 H/1887 M Ghayatul Idrak fil ‘Amali bi Penulis Syeikh Ahmad alFathani Syeikh Ahmad alFathani Hisab dan Falak Syeikh Ahmad al- Falak 6 Ilmu Hisab PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 4 Kuratil, 1313 H/1895 M Risalah fil ‘Amal bi Rubu’id Dairah 5 Minhajul Qawim, 1310 H/1892 M 6 Jadwalut Tauqitid Daimiy Fathani Syeikh Ahmad alFathani Syeikh Abdur Rahman Gudang alFathani Haji Muhammad Shalih al-Fathani Falak Hisab dan Falak Hisab dan Falak Jadual 10 Karya dalam ilmu tibb Bil 1 2 Buku dan Tahun Luqthatul ‘Ajlan fima Tamassa ‘ilaihi Hajatul Insan, 1301 H/1883 M Thaiyibul Ihsan fi Thibbil Insan, disingkat Thaiyibul Ihsan saja, 1312 H/1894 M. Penulis Syeikh Ahmad alFathani Syeikh Ahmad alFathani Ilmu Thib Buku Teks Dibuat rujukan Thib Dari jadual di atas didapati bahawa ulama Patani menterjemah dan menulis dalam 10 jenis ilmu. Sebenarnya karya-karya mereka lebih banyak daripada yang tercatat di atas. Karya dalam ilmu fiqh sebanya 17 buah. Karya dalam ilmu aqidah sebanya 3 buah. Karya dalam ilmu hadis sebanya 7 buah. Karya dalam ilmu tasawuf sebanya 5 buah. Karya dalam ilmu tajwid sebanya 4 buah. Karya dalam ilmu nahu sebanya 8 buah. Karya dalam ilmu saraf sebanya 3 buah. Karya dalam ilmu balaghah sebanya 1 buah. Karya dalam ilmu hisab sebanya 6 buah dan karya dalam ilmu thib sebanya 2 buah. Jumlah umum sebanyak 56 buah. Karya dalam bahasa Melayu sebanyak 44 buah dan dalam bahasa Arab sebanyak 12 buah. Ini bukan bermaksud pelajar-pelajar yang belajar di pondok hanaya belajar karya-karya tersebut di atas sahaja kerana sebahagian karya tersebut menjadi buku rujukan mereka dan sebahagian yang lain tidak diulang cetak. Malah mereka belajar karya-karya yang ditulis oleh ulama daripada Malaysia dan Indonesia. Pengaruh Karya Terhadap Pendidikan Kenapa pengaruh itu tersebar luas? Pengumpulan naskhah-naskhah tulisan tokoh-tokoh dunia Melayu telah dimulai oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani terhadap karya-karya tokoh dunia Melayu sebelum dan sezaman dengan beliau. Beberapa orang muridnya ditugaskan untuk mecari manuskrip dan sebahagian yang lain ditugas menyalinkannya, khususnya karya-karya beliau sendiri seperti Tuan Guru Haji Mahmud bin Muhammad Yusuf Kemaman, Terengganu dan Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman alFatani.(Hj.Wan Mohd.Shaghir Abdullah 2000. Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara. Jilid 2. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah. hlm. 70.) Kerja pengumpulan manuskrip bagi Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fatani ialah satu usaha yang agak berat bagi meneruskan perjuangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani. Usaha ini ialah satu tanggungjawab yang dilakukan oleh tiga orang ulama Patani dari keturunan beliau sendiri sebelum ini, iaitu Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fatani, Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fatani dan Syeikh Wan Muhammad Zain bin Wan Mustafa al-Fatani. (Hj.Wan Mohd.Shaghir Abdullah 2000. Jilid 2. hlm. 72.) Beliau mendapat kepercayaan daripada ayahnya supaya keseluruhan koleksi khazanah keilmuan yang dikumpulkan oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani disebarkan kepada orang Islam lalu diserahkan tugas ini kepada beliau supaya dijaga, ditashih, dicetak, diedar dan seterusnya diajar kepada orang ramai. (Hj.Wan Mohd.Shaghir Abdullah. 1995. Syeikh Ahmad alFatani Ulama dan Tokoh Persuratan Melayu dari Zaman Klasik ke Arah Dunia Moden. Seminar Antarabangsa Kesusastaraan Melayu IV. 14-16 Ogos 1995. Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.6) Ini kerana Syeikh Wan Muhammad Zain bin Wan Mustafa al-Fatani tidak sempat berjumpa dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani sendiri. (Abdul Ramae Sulong 2013. Pemikiran Turki Uthmaniyah Menurut Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani Dalam Bukunya Hadīqat Al-Azhār Wa Al-Rayāhīn. hlm. 80-81) 7 PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 Syeikh Ahmad al-Fathani adalah pencetus pengkaderan ulama Melayu di Mekah, sangat ramai muridnya. Di antara kadernya yang terkenal termasuklah Kiai Haji Hasyim Asy'ari (yang mengasaskan parti Nahdatul Ulama) dan Mufti Haji Abdullah Fahim. Kedua-dua ulama besar dunia Melayu ini penulis singgung adalah memperhatikan perjalanan sejarah terkini, bahawa cucu Kiai Haji Hasyim Asy'ari bernama Haji Abdur Rahman Wahid (Gus Dur) dalam era reformasi Indonesia sempat menjadi presiden negara itu, tetapi tidak bertahan lama. Cucu Mufti Haji Abdullah Fahim pula bernama Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, yang dilantik pada hari Jumaat, 31 Oktober 2003 M bersamaan 5 Ramadan 1424 H. Ulama Johor yang murid dan kader Syeikh Ahmad al-Fathani dan ulama Mekah lainnya ialah Kadi Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar. Murid beliau ramai, yang dapat ditonjolkan di sini ialah saudara sepupunya Tan Sri Noah, iaitulah ayah mertua Tun Abdul Razak bin Husein, bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Murid Kadi Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar pula ialah Haji Yassin, iaitulah ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Demikian halnya dengan Negeri Sembilan, murid dan kader Syeikh Ahmad al-Fathani dan ulama Mekah lainnya ialah Syeikh Muhammad Said bin Syeikh Jamaluddin Linggi. Syeikh Muhammad Said Linggi adalah pelopor terbesar Tarekat Ahmadiyah di dunia Melayu. Ramai keturunan dan warisnya yang menjadi ulama, di antaranya Mufti Haji Ahmad. Mufti Haji Ahmad inilah yang membaca doa pelantikan Yang di-Pertuan Agong Malaya yang pertama. Mufti Negeri Sembilan, Asy- Syeikh Datuk Mohd. Murtadza adalah anak Mufti Haji Ahmad bin Syeikh Muhammad Sa'id Linggi yang tersebut. Rasanya tulisan ini adalah tidak lengkap jika tidak menyebut murid dan kader Syeikh Ahmad al-Fathani yang paling terkenal, beliau ialah Tok Kenali. Murid Tok Kenali pula tersebar seantero dunia Melayu. Di antara murid Tok Kenali ialah Syeikh Idris al-Marbawi, iaitulah penyusun Kamus Al-Marbawi, sebuah kamus Arab-Melayu yang pertama tersebar luas di seluruh dunia Melayu. Tuan Guru Haji Nik Mat, juga murid Tok Kenali. Tuan Guru Haji Nik Mat adalah ayah Datuk Abdul Aziz Nik Mat, iaitulah Menteri Besar Kelantan sekarang. Selain Tok Kenali sangat ramai ulama Kelantan yang menjadi pelopor, yang terpenting di antara mereka ialah Nik Mahmud, Dato' Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan, Haji Muhammad bin Muhammad Said, Dato' Laksamana Kelantan. Dalam masa yang sama dengan era kebangkitan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain alFathani di Mekah, sangat ramai ulama yang berasal dari dunia Melayu yang terkenal, sekali gus merupakan guru kepada ulama-ulama dunia Melayu yang muncul sesudah mereka. Dari pelbagai wilayah dunia Melayu, muncul pula pelopor-pelopor yang terkenal. Di antaranya ialah Haji Amrullah ketika di Mekah seperguruan dengan Syeikh Ahmad al-Fathani, sama-sama belajar dengan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Anak beliau ialah Dr. Syeikh Abdul Karim Amrullah juga belajar di Mekah. Di antara gurunya termasuk Syeikh Ahmad al-Fathani dan Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Lathif Minangkabau. Dr. Syeikh Abdul Karim Amrullah adalah tokoh pelopor tajdid/reformis yang terkenal. Anak beliau ialah Buya Prof. Dr. Hamka (singkatan nama dari Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah) seorang tokoh Islam dunia Melayu yang paling popular pada zamannya. Merujuk kembali tentang Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Lathif Minangkabau, beliau adalah seorang ulama besar yang berasal dari dunia Melayu atau Minangkabau yang pernah menjadi Imam dan khatib Mazhab Syafie di Masjidil Haram, Mekah, adalah pelopor penentang beberapa adat Minangkabau yang dianggapnya bertentangan dengan syarak. Di antara adat itu ialah memperoleh harta kewarisan atau pusaka dari pihak perempuan. Muridnya juga sangat ramai, bukan yang berasal dari Minangkabau saja tetapi juga dari seluruh dunia Melayu. Ulama besar dunia Melayu, berasal dari Sarawak, Borneo/Kalimantan, yang mengajar di Masjidil Haram Mekah pula ialah Syeikh 'Utsman bin Abdul Wahhab Sarawak. Murid beliau juga ramai kerana selain mengajar di Masjidil Haram juga mengajar di beberapa tempat di dunia Melayu. Di antara muridnya termasuk Dr. Syeikh Abdul Karim Amrullah. Ini diakui oleh Buya Prof. Dr. Hamka dalam bukunya Ayahku. Seorang ulama yang 8 PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 berasal dari Batu Bahara, Pasir Dahari, Inderapura (Langkat) bernama Syeikh Muhammad Zain Nuruddin bin Syeikh 'Abbas al-Khalidi, dalam karyanya berjudul Miftah ash-Shibyan fi 'Aqaid alIman menyebut nama beberapa orang gurunya di Mekah, di antaranya termasuk juga Syeikh 'Utsman bin Abdul Wahhab Sarawak. Haji Sulong bin Abdul Qadir al-Fatani yang berasal dari Patani ialah keturunan ulama besar Patani Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dari ulama-ulama yang telah disebutkan di atas. Selanjutnya Haji Sulong bin Abdul Qadir alFatani adalah pelopor kebangkitan jihad fi sabilillah untuk mengembalikan Daulah Fatani Darus Salam yang tidak akan sirna dari lubuk hati umat Islam Patani yang beriman, sedar, menghayati sejarah, dan insaf sepanjang zaman. (Wan Mohammad Shaghir Abdullah 2014. . http://indo.hadhramaut.info/ view/10570.aspx) Dari perkembangan sejarah tersebut di atas, jelaslah bahawa pengaruh karya ulama Patani berkembang di alam Melayu kebulehan, kemahiran, kewibawan dan usaha ulama Patani sendiri yang bekerja keras untuk menyebar agama Islam kepada bangsa Melayu sendiri khususnya, yang sekaligus ia merupakan tanggungjawab mereka sendiri yang digelar sebagai ulama. Pendidikan dan pengaruh karya ulama Patani Tidak boleh dinafikan bahawa usaha gigih ulama Patani bagi menghasilkan karya merupakan tugas yang amat berat, tidak semua orang dapat melakukannya. Sebelum dicetak mereka menjalankan pentashihan terhadap manuskrip-manuskrip yang ada pada mereka. Dari manuskrip mereka mencetak menjadi buku dengan mesin cetak batu yang memkan masa yang agak dalam menyusunnya. Oleh kerana niat mereka ikhlas maka usaha mereka menjadi suatu amalan yang saleh dalam bentuk ilmu yang bermanfaat sejak ratusan tahun hinga ke hari ini. Karya-karya mereka masih digunapakai sebagai buku teks oleh pelajar-pelajar pondok di alam Melayu dan juga penuntut-penuntut ilmu di surau, masjid, rumah dan sebagainya. Penggunaan ini dijangka berterusan bersama dengan institusi-institusi pondok. Selama mana institusi masih ada maka karyakarya ulama Patani akan menjadi buku teks kepada pelajar. Karya-karya ulama Patani pada masa silam merupakan buku teks dan buku rujukan kerana kandungannya setanding dengan buku bahasa Arab kerana kebanyakannya diterjemahkan daripada teks bahasa Arab dan juga disusun menurut tatabahasa Arab. Mereka yang belajar karya-karya ulama silam mesti pandai tatabahasa Arab. Bahasa Melayu yang digunakan pada masa itu dianggap sebagai bahasa Melayu baku, tetapi sekarang karya-karya mereka sudah berubah menjadi bahasa klasik dengan sebab peredaran zaman. Kurikulum pengajian Islam di sekolah swasta rakyat pada masa kini sudah tidak mengguna karya-karya ulama Patani sebagai buku teks sedangkan jumlah mereka begitu banyak berbanding dengan pelajar pondok. Mereka tidak didedah dengan karya-karya ulama Patani malah mereka belajar melalui buku teks yang ditulis oleh tokoh-tokoh meden dan buku dalam bahasa Arab. Hal ini menunjukan bahawa jumlah orang yang belajar kitab Jawi makin menurun. Oleh itu dianggarkan bahawa karya-karya ulama Patani akan bertukar menjadi bahan rujukan dan bahan kajian kepada mahasiwa-mahasiswa di universiti. Walaupun begitu, selama mana institusi-institusi pondok masih ada maka karya-karya ulama Patani tidak akan hilang di alam Melayu malah ia akan menjadi buku teks kepada pelajar-pelajar pondok. Kesimpulan Karya-karya ulama Patani dalam berbagai disiplin ilmu masih berpengaruh terhadap pendidikan alam Melayu secara berterusan sebagai buku teks kepada pelajar-pelajar yang belajar di pondok seluruh kawasan di alam Melayu khususnya dan juga kepada penuntut-penuntut ilmu di surau, masjid dan di kediaman tersendiri amnya di samping karya-karya ulama daripada Malaysia dan Indonesia. Pada masa yang sama karya-karya mereka menjadi rujukan kepada para ilmuan dan menjadi bahan kajian kepada mahasiswa-mahasiswa yang belajar di peringkat universiti, sama ada universiti tempatan atau luar negara. 9 PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017 Rujukan Abdul Ramae Sulong 2013. Pemikiran Turki Uthmaniyah Menurut Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani Dalam Bukunya Hadīqat Al-Azhār Wa Al-Rayāhīn. Tesis Ph.D. University Sains Malaysia. Daud Abdullah. 1249. Fathul Mannan Tarjamah li Safwat al-Zubad. Makkah; Matbaah al-Miriyah. Wan Mohd. Shaghir Abdullah. 1995. Syeikh Ahmad al-Fatani Ulama dan Tokoh Persuratan Melayu dari Zaman Klasik ke Arah Dunia Moden. Seminar Antarabangsa Kesusastaraan Melayu IV. 14-16 Ogos 1995. Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia. Wan Mohd. Shaghir Abdullah 2000. Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara. Jilid 2. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah. Khazanah Bendahara Serimaharaja. Peranan Ulama & Institusi Pondok. Aksess melalui http://www. khazanahbendaharaserimaharaja.com/peranan-ulama--institusi-pondok.html. Wan Mohd. Shaghir Abdullah 2009. Karya Ulama Patani Rujukan Nusantara. Aksess melalui http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Ag ama&pg=ba_01.htm#ixzz3J6XH9wDL © Utusan Melayu (M) Bhd. Wan Mohd. Shaghir Abdullah 2014. Aksess melalui http://indo.hadhramaut.info/view/10570.aspxก ลุ่ ม พัฒนาสารสนเทศสานักงานคณะกรรมการการส่งเสริมการศึกษาเอกชน 2 558. สถานศึกษาเอกชนในพื้นที่จังหวัดชายแดน ภาคใต้ .จัดทาข้อมูลเมื่อวันที่ พฤษภาคม 2558. อับดุลรอแม สุหลง2 547. บทบาทของโต๊ะครู กรณีศึกษาโต๊ะครูหะยีวันอิดรีสบินวันอาลี .วิทยานิพนธ์ศิลปะศาตรมหาบัณฑิต สาขาวิชา อิสลามศึกษา มหาวิทยาลัยสงขลานครินทร์ วิทยาเขตปัตตานี 10