Options Disable Search the Web o Get Free Shots MSMSheffield Notes • • • • • Merapatkan ukhuwwah ahli MSMSheffield dan berganding bahu menggerakkan gerak-kerja dakwah di Sheffield Blog SURVIVAL GUIDE (PostGraduate) SURVIVAL GUIDE (Undergraduate) Kenali MSM TARBIYYAH « Qiyyam MAB – 8/8/2009 Tragedi An-Naksah lengkapi penaklukan Israel di bumi Arab » TUJUAN SYARIAT ISLAM Published August 13, 2009 Fikrah , Pengisian Leave a Comment Rate This MENCAPAI KEMASLAHATAN MANUSIA DUNIA DAN AKHIRAT Melalui induksi telah dapat dicapai bahawa diantara tujuan agama Islam itu adalah untuk mencapai kemaslahatan manusia dan menyingkirkan manusia dari kerosakan dan kebinasaan, baik di dunia mahupun di akhirat. Dengan demikian betul-betul kebahagian yang sebenarnya itu dapat di capai oleh manusia dalam hidup dan kehidupannya di dunia dan di akhirat. Begitulah pendapat para ulama dan diantaranya:Imam Al Iz bin Abdissalam mengatakan: Sesungguhnya syariat itu seluruhnya adalah kemaslahatan, baik mencegah dari kerusakan mahupun mencapai kemaslahatan Ibnu Taimiyah berkata:- Sesungguhnya syariat Islam itu di datangkan untuk mencapai kemaslahatan serta menyempurnakannyakan membekukan kerosakan dan menguranginya. Ibnu Qayim Al Jauzi berkata:- Sesungguhnya syariat ditegakkan atas dasar kebijaksanaan dan kemaslahatan untuk kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat, semuanya keadilan, rahmat, kemaslahatan dan kebijaksanaan Asy Syathibi berkata:- Sesungguhnya syariat itu diletakkan untuk kepentingan manusia. Sebenarnya apa yang dikatakan oleh alim ulama itu tidak berlebih-lebihan. Bahkan itulah sifat dan karekter syariat yang diterangkan oleh nas-nas yang telah kami terangkan tadi. Disini ingin kami cukupkan menyebut satu ayat di dalam al-Quran yang berbicara tentang risalaj Muhammad sesuai dengan apa yang telah di ungkapkan oleh para ulama di atas. Allah swt berfirman :- Dan tidak kami utus kau melainkan menjadi rahmat bagi seluruh alam. (Surah Al Anbiya ayat 107) Risalah Muhammad adalah sebagai rahmat kepada alam seluruhnya kerana di dalamnya terkandung kemaslahatan di dalam dunia dan di akhirat serta mencegah dari kerosakan dan kehancuran. JENIS-JENIS KEMASLAHATAN UMMAT MANUSIA Kemaslahatan manusia yang selalu menjadi perhatian Islam terdiri dari tiga:• Daruriyah • Hajjiyah • Tashiniyah Islam telah menetapkan peraturan-peraturannya untuk terpelihara kepentingan (kemaslahatan)itu dan terpeliharanya sehingga manusia akan bahagia baik di dunia atau di akhirat seperti yang telah kami terangkan dalam uraian terdahulu. UKURAN KEMASLAHATAN DAN KEROSAKAN Ukuran kemaslahatan dan kebaikan itu ialah Islam, apa yang di anggap baik oleh Islam, itulah kemaslahatan dan apa yang di anggap tidak baik itu adalah kerosakan. Keluar dari ukuran itu bererti mengikut hawa nafsu. Hawa nafsu selamanya menyerukan kepada yang batil dan hawa nafsu tidak dapat membezakan antara kebaikan dan kejahatan. Allah swt berfirman:- Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. (surah shaad ayat 26) Tidak akan bertemu yang hak dengan hawa nafsu, kerana yang hak datangnya dari Allah dan apa yang Di turunkan Allah merupakan kebenaran (kemaslahatan) dan yang selain dari itu adalah hawa nafsu yang batil dan membawa kepada kerosakan dan kehancuran. Kemaslahatan adalah mengikuti yang hak yang diturunkan Allah dan meninggalkan selain dari itu. Manusia dengan hanya otaknya belum mampu mencapai kemaslahatan dan kerosakan Memang sudah menjadi sifat manusia tidak mampu mencapai kemaslahatan yang sebenarnya dan jalan untuk mencapainya, baik di dunia ataupun di akhirat. Kendatipun, sebahagiannya dapat di capainya didunia tetapi kemaslahatannya di akhirat dan jalan untuk mencapainya tidak dapat di fikirkannya. Manusia akan dapat mencapainya hanya dengan melalui agama dan berpedoman dengan ajaran agama, menjalankan ketentuan-ketentuan agama dan segala sesuatu harus ditimbang dan diukur dengan agama. KEMASLAHATAN MANUSIA YANG SEBENARNYA MENJALANKAN APA YANG DI TURUNKAN ALLAH DI DALAM AGAMANYA. Kemaslahatan manusia yang sebenarnya dalam mengikuti apa yang diturunkan Allah mengatur kehidupan dunia ini sesuai dengan peraturan syariat (agama), kerana syariat bertujuan mencapai kemaslahatan yang hakiki di akhirat dan kebahagiaannya di akhirat. Dan di samping kebahagiaan duniawi, kebahagiaan ukhrawi lebih bernilai demi memperoleh keredhaan Allah dan masuk kedalam syurga-Nya. Inilah kelebihan Islam dengan menerapkan hukum dan ajaran Islam dalam kehidupan dunia ini. Tidak akan menyempitkan kehidupan seperti yang di sangka oleh sebahagian orang, bahkan untuk mencapai kehidupan yang baik yang terhindar dari kerosakan kehidupan yang berdasarkan ajaran Islam akan memudahkan manusia menuju dan mencari jalan yang sedekat-dekatnya ke akhirat sehingga dengan mudah pula dia sampai kepada Allah sedang Allah pula telah redha kepadanya. Sebaliknya kehidupan yang menjauh dari ajaran Islam akan dapat mengeruhkan dan memelaratkan kehidupan manusia di dunia ini, memutuskan jalan menuju kepada Allah dan membawa dia ke neraka. KEMASLAHATAN DI DUNIA DIUKUR DENGAN KEMASLAHATAN DI AKHIRAT Syatibi pernah berkata Kemaslahatan yang hendak di capai oleh syara’ dan kerosakan yang ingin ditolaknya sesungguhnya adalah untuk mencapai kesempurnaan kehidupan di dunia dan di akhirat, bukan kerana hawa nafsu dalam memperolehnya atau menolak kerosakannya. Yang ertinya bahawa Islam sungguh menghargai kemaslahatan manusia dan menetapkan hukumhukum demi untuk memelihara dan agar tercapai kemaslahatan itu. Hukum-hukum ditetapkan untuk memudahkan manusia untuk memperoleh kebahagiaan akhirat dan kemaslahatan di dunia, dan kemaslahatan di dunia akan dipergunakan sebagai alat untuk mencapai kebahagiaan di akhirat. Justeru itu apa saja yang menghalangi tercapainya kebahagiaan di akhirat haruslah disingkirkan dan apa saja yang akan membawa kepada kebahagiaan di akhirat haruslah di kerjakan dan jangan sesekali di abaikan kemaslahatan di akhirat kerana ialah yang kekal sedangkan kebahagiaan di dunia adalah sementara. Adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan di dunia maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya). Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya). (surah An Naazi’aat ayat 37-41) Asy Syatibi berkata: Kemaslahatan dan kerosakan akhirat itu lebih di pentingkan dari kemaslahatan dan kerosakan dunia. Kerana telah di sepakati tidaklah dianggap kemaslahatan dunia dengan merosakkan kemaslahatan akhirat kerana sebagai di maklum apa yang merosakkan kemaslahatan akhirat sangat bertentangan dengan tujuan syara’ dan nyatalah batalnya. Islam melarang kalau hanya mementingkan kehidupan dunia tetapi kalau kehidupan dunia itu dipergunakan untuk mencapai kehidupan akhirat tidak di larang. Allah berfirman:- Dan carilah apa-apa yang di anugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) dikampung akhirat dan jangan kamu melupakan bahagianmudari (kenikmatan) duniamu. (surah Al Qashas ayat 77) Dunia adalah sawah ladang akhirat, kesenangannya sebagai alat untuk menyampaikan kehidupan akhirat kita tidak boleh merosakkan sawah ladang dan tidak pula boleh lari daripadanya, keranan manusia di jadikan untuk mengisi dunia dan berbuat kebajikan mencari bekal dengan takwa dan seluruh umurnya harus di pergunakan untuk bertakwa. Manusia jangan melupakan tugas dan kewajibannya bahawa dunia bukan maksud dan tujuan utama, Allah mencipta dunia hanya sebagai alat untuk mencapai akhirat. Maka kemaslahatan akhirat yang diutamakan dari kemaslahatan dunia. Kerana dengan mementingkan kemaslahatan akhirat dia tidak akan dapat di tipu dan dan di rayu oleh kemewahan dunia yang fana. Kemaslahatan akhirat yang lebih bernilai tentunya lebih di utamakan dari kepentingan dunia yang sementara dan kecil begitulah nilainya menurut ummat Islam dan orangorang yang berakal. Memang kemaslahatan akhirat lebih penting dr kemaslahatan dunia kerana kemaslahatan dunia tidak dapat di nilai dengan kejumlah kelazatan dan kesenangan baik dari segi kualiti mahupun dari segi kuantitinya. Tidak di ragukan kemaslahatan akhirat lebih besar dan lebih bernilai dari kemaslahatan dunia, dapat di lihat dari dua segi:1) Sekalipun di dalam kehidupan dunia ini terdapat kelazatan, kemanfaatan dan kesenangan, namun semuanya itu tidak ada bandingan dengan apa yang ada di akhirat. Baik dari segi kualiti mahupun dari segi kuantiti. 2) Kemaslahatan dunia yang penuh dengan kebobrokan dan kejelekan baik dari segi kuantiti mahupun kualiti Adapun kehidupan akhirat dan kelazatannya terlepas dari kebobrokan dan kejelekan dan selalu baik dari segi cara dan jenisnya dan di dalam akhirat terdapat apa yang tak pernah di lihat oleh mata dan tak pernah terlintas di lidah dan hati manusia dan juga tak pernah di dengar oleh telinga manusia di dunia ini, Di akhirat manusia mendapat keredhaan Allah bertemu dan dekat dengan Allah, mendapat nikmat syurga dan semua ini tidak ada tolok bandingnya dengan yang ada di dunia ini. Dari segi lain, kebahagiaan akhirat dan kesenangannya akan kekal abadi dan tidak akan terputus sedang kebahagiaan dan kelazatan dunia akan terputus dengan akhirnya ajal manusia. Kalau seseorang memperoleh kesenangan dunia ini sepanjang umurnya tidak dapat juga di bandingkan dengan kesenangan dan kebahagiaan di akhirat yang tidak berakhir dan dapat di batasi dengan umur yang kekal dan tidak akan berakhir. Seorang muslim yang berakal tidak akan terpengaruh dengan kenangan kehidupan dunia dengan meninggalkan kehidupan akhirat keranana agama telah memerintahkan agar manusia mementingkan kehidupan akhirat dan agar mengadakan perhitungan yang selalu mendorong mereka untuk mementingkan kehidupan di akhirat. Inilah kebenaran dan apa yang sebaliknya adalah kesesatan, kejahilan dan kerugian. ** Artikel dari Buku Usul Dakwah oleh Dr. Abdul Karim Zaidan 0 Responses to “TUJUAN SYARIAT ISLAM” Feed for this Entry Trackback Address 1. Leave a Comment Leave a Reply Click here to cancel reply. Top of Form Logged in as . Logout » Name E-mail Website Submit 425 1274934506 0 Notify me of follow-up comments via email. Subscribe to this site by email comment-form-te Bottom of Form « Qiyyam MAB – 8/8/2009 Tragedi An-Naksah lengkapi penaklukan Israel di bumi Arab » Search Top of Form search go Bottom of Form Donation – Misi Kasih Palestine Total Donation for MISI KASIH PALESTINE is: Latest collection updated: http://mkpalestin.blogspot.com Projek sumbangan terkini… Untuk sumbangan bolehlah disalurkan terus ke: •Nama: A R B Mohmad •Bank: HSBC •Sort code: 40-41-31 •Account no.: 41535366 •Reference: MKP2010 Sila lawati laman: http://mkpalestin.blogspot.com Program terkini… Chatroll MSMSheffield - Fullscreen Archives • May 2010 (6) • April 2010 (3) • March 2010 (11) • February 2010 (14) • January 2010 (19) • December 2009 (7) • November 2009 (19) • October 2009 (13) • September 2009 (15) • August 2009 (16) • July 2009 (12) • June 2009 (21) • May 2009 (1) • April 2009 (2) • March 2009 (5) • February 2009 (1) • January 2009 (1) Categories • Aktiviti Bersama MAB (12) ○ Aktiviti 2009 (7) ○ Aktiviti 2010 (5) • Aktiviti MSMSheffield (72) ○ Aktiviti 2009 (34) ○ Aktiviti 2010 (23) ○ Aktiviti Derma 2009 (12) ○ Aktiviti Derma 2010 (4) ○ Misi Kasih Palestin (5) • Artikel (8) ○ Rasa Hati (1) • Berita (9) ○ Semasa (2) ○ Takziah (5) • Istilah (8) ○ Huruf A (2) ○ Huruf I (3) ○ Huruf M (2) ○ Huruf T (1) ○ Huruf W (1) • Makluman (36) ○ Makluman 2009 (7) ○ Makluman 2010 (8) ○ Soal selidik 2010 (1) • Pengisian (33) ○ Baitul Muslim (4) ○ Fikrah (16) ○ Seerah (2) Sahabah (2) ○ Tazkeerah (10) • Pengurusan (4) ○ Amal Fardi (2) ○ Dakwah (1) ○ Organisasi (1) • Video (8) MSMSheffield Video Welcome to Sheffield... 19 views 07 Sep 09 01 Introduction of MSM 25 views 25 Sep 09 02 Tunas Taqwa Fun Club 10 views 25 Sep 09 03 MSM Winter Retreat 2008 Promo 19 views 25 Sep 09 04 see all 5 videos > Previous 4 Next 4 Perhimpunan Musim Sejuk MSM Perkhemahan Musim Panas MSM MSM Cargo MSM Travel & Tours Recent comments appetizer simple on Usrah Gabungan Sisters MSMMAB… MikinHmo8 on SURVIVAL GUIDE (Undergrad… trendymuslimah on Riadah Jama’ie di Clumbe… budi j on Kewajiban Kita Menyelamatkan A… dir88gun on Jejak langkah yang ditinggalka… Top Posts • SURVIVAL GUIDE (PostGraduate) • TARBIYYAH • 10 soalan sebelum meminang • Agar pernikahan membawa berkat • TUJUAN SYARIAT ISLAM Recent posts • Mu’az Firdausi Fund Appeal • Iftar Jama’ie + Usrah Gabungan Brothers & Sisters… 20/5/2010 Khamis • Hari Keluarga Usrah Sheff… 16/5/2010 Ahad • Qiyyam Jama’ie Sisters… 14/5/2010 Jumaat • Qiyyam Jama’ie Brothers… 14/5/2010 Jumaat Top Clicks • None Donation Links • Islamic Relief Worldwide Dedicated to alleviating the suffering of the world’s poorest people • Misi Kasih Palestin Misi Peduli Palestin Komuniti Links • Komuniti Bloggers MSMSheffield Malaysian Department Links • Malaysian Students Department (MSD) MSM Activity Blog Links • Kuliah Online MSM • MSM – Perkemas Perkhemahan Musim Panas • MSM Travel & Tours UK/Eire Satu inisiatif JK Dakwah Majlis Syura Muslimum (MSM) UK/Eire MSM Kawasan Links • MSM Cork Sharing with the community • MSM EMSY • MSM Ireland Membina Syakhsiah Muslim • MSM London Majlis Syura Muslimun (MSM) Kawasan London • MSM North West Membina Syakhsiah Muslim • MSM Southampton Membina Syakhsiah Muslim • MSM Wales and South West Membina Syakhsiah Muslim • MSM West Midlands MSM Kid Links • Tunas Taqwa Fun Club Because there is so much to learn and see, for true believers we must be MSM Pusat • Majlis Syura Muslimun Online Books • Dakwah Info • Forty Hadith Imam Nawawi • Tafsir Quran Other Links • An-Naseeha Foundation Conveying authentic islamic knowledge • Ikhwan Web The Muslim Brotherhood’s Official English Websites • IMAM UK Student Chapter • Islam Online • Malaysia Harmoni • Muslim Association of Britain Partners for common good • The UK/Eire Malaysian Postgraduate Association Pertubuhan pasca siswazah Malaysia di United Kingdom/Ireland Palestine Info Links • Aqsa Syarif • Interpal Helping Palestinians in need • PACE Malaysia Palestine Centre of Excellence • Palestinkini.info Suara peduli Palestine Sheffield Authority Links • Sheffield City Council University Links • Sheffield Hallam University • The University of Sheffield Wordpress links • WordPress.com • WordPress.org Blog Stats • 6,309 hits Blog page visitors Calendar August 2009 M T W T F S S « Jul Sep » 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 Usrah Membina Syakhsiah Muslim Adakah anda berminat untuk menghadiri Usrah MSMSheffield?. Sila daftar Online di http://msmsheffield.blogspot.com atau hantar maklumat anda di [email protected] atau di mana-mana ruang chat/forum di dalam blog ini dan nyatakan kesudian anda. Insyallah kami sedia membantu anda. Top of Form search go Bottom of Form Meta • Register • Log in • Entries RSS • Comments RSS • WordPress.com Advertisement Amazon.com Widgets Theme: k2 by k2 team. Blog at WordPress.com. RSS Entries and RSS Comments