Geografi Fizikal dan Manusia

advertisement
Geografi Fizikal dan
Manusia
Sumber
1. Sumber-Sumber utama
2. Taburan Pelbagai Sumber
3. Kepentingan Pelbagai Sumber
4. Sumber tenaga di negara lain
5. Kesan Penerokaan Sumber
Terhadap Alam Sekitar.
1. Sumber-sumber utama
Tiga jenis sumber :
• Sumber manusia
• Sumber budaya
• Sumber semulajadi
Dua kumpulan sumber semulajadi
• Sumber boleh diperbaharui
• Sumber tidak boleh diperbaharui
Sumber boleh diperbaharui ialah sumber
yang dapat digunakan secara berterusan dan
bekalannya tidak habis.
• Sumber air

air laut, air sungai, kolam, tasik, air bawah tanah,
wap air.
• Sumber hutan
 hutan pantai, hutan gunung, hutan paya air tawar
• Sumber tanih
 tanih aluvium, tanih laterit, tanih gambut, tanih pasir, tanih beris
• Sumber tenaga suria
• Sumber udara
Sumber tidak boleh diperbaharui ialah
sumber yang akan habis apabila digunakan.
Sumber mineral
Bijih timah
Bauksit
Kuprum
Emas
Bijih Besi
Sumber bukan mineral
 Petroleum
 Gas asli
 Arang batu
Mari
menonton
2. Taburan pelbagai sumber
3. Kepentingan Pelbagai Sumber
• Emas
Barang kemas dan perhiasan
• Bauksit
industri aluminium
• Kaolin
industri tembikar
• Batu kapur
industri simen, alat binaan
• Tembaga
gangsa dan wayar
• Bijih besi
industri besi dan keluli
• Arang batu
bahan bakar
• Petroleum
industri petrokimia, bahan bakar jentera
• Gas asli
bahan bakar, baja, air penyejuk
• Kuprum
industri pancalogam
• Bijih timah
barang piuter, pateri, pancalogam, mengetin
Mari
menonton
• Hutan hujan tropika
cengal, meranti, nyatuh untuk industri perabot, papan,
kraf tangan, alat binaan
• Hutan paya air masin
kayu bakau untuk membuat cerucuk dan arang kayu,
ikan, ketam, lokan
• Hutan paya air tawar
daun mengkuang dan nipah untuk anyaman tikar, topi
dan kraf tangan
• Hutan pantai
pokok ru untuk membuat perahu dan arang kayu
• Hutan gunung
pokok renek, kulampair, paku pakis, lumut, kawasan
tadahan hujan
Mari
menonton
4. Sumber tenaga di negara lain
Tenaga Suria di Jepun
• pengeluar sel photovoltaic terbesar.
• mengeringkan hasil pertanian, pakaian, serta
memanaskan air dan bangunan
Tenaga Pasang Surut di China
• penjanaan tenaga elektrik
Tenaga Ombak di Perancis
• menjana tenaga elektrik
Tenaga Angin di Belanda
• menjana tenaga elektrik untuk rumah dan industri
Tenaga Biomas di India
• hasil sisa kayu, sisa pertanian dan sisa penternakan
seperti lembu dan kambing
• Menghasilkan biogas bagi kegunaan domestik dan
pertanian
Tenaga Geoterma di Iceland
• Tenaga haba semula jadi dari dalam bumi
di kawasan gunung berapi, mata air panas dan geizer
• Menjana tenaga elektrik dan perindustrian
5. Kesan Penerokaan Sumber
Terhadap Alam Sekitar
Perubahan Pandang Darat
Penerokaan Sumber
Timbunan pasir, lubang, kolam, semak
Penebangan Hutan
kawasan gondol dan gersang
Pembinaan Empangan
tasik yang luas
Kepupusan
Penerokaan Sumber
Kehabisan sumber mineral yang tidak boleh
diperbaharui
Penebangan Hutan
habitat haiwan termusnah, rantaian makanan
musnah
Hidupan akuatik musnah
Kepupusan haiwan liar
Peningkatan Suhu
hutan kelhilangan pokok
penerimaan cahaya matahari yang banyak
proses sejat peluhan tumbuhan berkurangan
Imbangan gas terganggu
gas karbon dioksida meningkat dan oksigen
berkurangan
suhu meningkat
Hakisan
berlaku di cerun bukit akibat penebangan
hutan
perlombongan bijih timah secara pam
pam hidrolik menghakis cerun bukit.
struktur tanah tidak stabil, longgar dan
gondol serta mudah runtuh apabila
hujan lebat.
Banjir
kegiatan pembalakan di hulu lembangan
sungai menyebabkan tiada litupan
tumbuhan.
air larian membawa tanih yang terhakis ke
sungai lalu mendap
Sungai menjadi cetek dan banjir mudah
berlaku di kawasan rendah
Pencemaran udara
pembakaran sisa kayu dan pertanian
pindah menyebabkan jerebu
perlombongan kuari dan batu granit
menyebabkan udara berhabuk dan
berdebu
Pencemaran air
Penebangan hutan membawa tanah terhakis
ke sungai dan dipenuhi kelodak.
Penerokaan kaolin dan kuprum
menambahkan kelodak di sungai
Penerokaan petroleum dan gas asli
mengeruhkan air laut melalui kegiatan
penggerudian.
Tumpahan minyak mencemarkan air laut
Selamat Belajar
Baca dan hayatilah sajak
berikut.
Bincang dengan guru kamu
tentang temanya.
Sajak
Maha suci kuasa ilahi
Menstruktur rahmat buat bumi
Habitat segala mergastua
Tempat temasya sang serangga
Animalia mencipta ceria
Alam plantae menghijau rona
Dari sekecil benih
Tumbuhnya seseni radikel
Bercambah
Menjadi akar perkasa
Menggenggam bumi mengikat tanah
Sehalus plumul
Kini tumbuh
Bercabang merendang
Membentuk dataran kanopi
Meneduh bumi
Menadah hujan
Mencegah hakisan
Alangkah rakusnya manusia
Khianat tamak dan haloba
Hutan kayu bertukar menjadi hutan batu
Yang disemai oleh tangan yang hipokrit
Adakah ini kebanggaan para elit?
Tepuk dada tanya minda
Bumi menjadi tidak keruan
Air melimpah tidak berhaluan
Tsunami melanda tanpa halangan
Banjir kilat menyerang tanpa kasihan
Sedarlah insan
Anugerah Tuhan jangan siakan
Jangan sampai hilang digenggaman
Peristiwa Great Smoke jadikan teladan
Jika alam kian tandus
Pokok-pokok semakin pupus
Di manakan ku cari lagi
Flora dan fauna
Ekosistem plantae nan raya
Biarpun Protokol Kyoto dikota
Konvensyen Diversiti Biologi dicerna
Atas kecintaan pada bumi ini
Marilah kita lestarikan kembali
Sang rimba nan kesepian
Dinodai arus zaman
Agar kehidupan semakin murni
Diwarisi generasi pasca era ini
Menerajui Malaysia
Ibu pertiwi
Download