File

advertisement
http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/tajuk-7-asas-fotografi.html
Tajuk 7: Asas Fotografi
1.0 Pengenalan
Apakah maksud “fotografi”? Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, fotografi
bermaksud seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf.
Fotografi adalah gabungan seni dan sains dalam memaparkan imej ke atas
sebatian yang peka pada cahaya.
Sains dari segi teknikal, peraturan, formula, pendedahan, fokus dan
sebagainya.
Seni pula dari aspek kreatif komposisi, ekspresi manipulasi warna dan
sebagainya. Kedua-dua adalah penting untuk menghasilkan persembahan yang
nampak professional.
Perkataan “photography” berasal dari perkataan Perancis “photographie”
yang bermaksud “light” + “stylus” , “paintbrush” atau “melukis dengan cahaya”. Pada
awalnya, produk fotografi dinamakan “negatives” (negatif) dan fotograf, atau
singkatannya photo (foto).
Fotografi (photography) berasal dari dua perkataan iaitu “Photo” yang bererti
cahaya dan “graph” yang bererti tulisan / lukisan. Sebagai istilah umum, fotografi
bererti proses atau kaedah untuk menghasilkan gambar atau foto dari suatu objek
dengan merakam pantulan cahaya yang mengenai objek tersebut pada media yang
peka cahaya. Alat paling popular untuk menangkap cahaya ini adalah kamera.
Prinsip fotografi adalah menfokuskan cahaya sehingga mampu menangkap
cahaya. Medium yang teah dibakar ukuran luminitas cahaya yang tepat akan
menghasilkan bayangan identik dengan cahaya yang memasuki medium pembiasan
(selanjutnya disebut lensa).
2.0 Sejarah perkembangan Fotografi
Fotografi adalah hasil dari penemuan. Yang pertama dalam bidang alam
menghasilkan kamera, yang kedua dalam bidang kimia menghasilkan film. Asal
mulanya kedua penemuan itu tidak ada hubungannya antara satu sama lain
sebelum sampai ke kesempurnaan seperti yang kita sekarang kenal serta
melahirkan penemuan baru iaitu fotografi.
Fotografi ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya fotografi tidak dapat
berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Dalam era ledakan
ICT perkembangannya amat ketara sekali apabila fotografi telah diadun bersama
teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merubah dunia fotografi.
Fotografi tradisional masih dibenarkan berkembang bersama perkembangan
ledakan teknologi ICT. Fotografi tidak dapat dipisahkan daripada tradisi
tradisionalnya. Kamera digital telah diterima dengan meluas namun fotografi dengan
menggunakan filem masih digunakan di kalangan pengamal fotografi.
Kamera mula diperkenalkan apabila para pelukis menghadapi masalah untuk
merakamkan imej potret pada abad 17 dan 18. Justeru itu, mereka mencipta kamera
Obscura untuk kemudahan merakam imej.
Pada abad ke-5 sebelum masihi, seorang yang bernama MoTi, mencipta
gejala fotografi. Apabila sebuah ruangan gelap ada lubang yang memancarkan
sinar, maka di tembok suatu ruangan tersebut akan terlihat gambar sumber cahaya
tadi secara terbalik. Ibn Al-Haitham, seorang Arab juga menemukan gejala yang
sama. Gambar foto pertama dibuat pada tahun 1826 selama 8 jam.
Louis Jacques Mande Daquerre merupakan bapa fotografi dunia (1837).
Kamera Obscura merupakan kamera yang pertama kali dipakai untuk menggambar
potret. Obscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak (Eastman
Kodak) pertama kali ditemukan oleh Snapshooter 1888 di Amerika.
Tahun 1900, seorang jurugambar telah mencipta kamera Mammoth. Kamera
ini amat besar ukurannya di mana beratnya 1400 paun. Lensa seberat 500 paun.
Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang
diperlukan. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan
kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya.
Di awal kewujudan kamera digital, tidak ramai orang yang menggemarinya
terutamanya di kalangan professional. Ini adalah kerana kamera digital generasi
awal sekitar hujung tahun 1980an masih menggunakan cirri-ciri kamera kompak.
Abscura telah diubahsuai secara berterusan sehinggalah tercipta kamera
Kodak oleh George Eastman yang bersaiz lebih kecil sekitar 1888. Dari zaman
abscura hingga ke era digital dan daripada produk yang mahal dan membebankan
untuk dibawa, kamera kini menjadi produk bersaiz kecil, murah dan mesra
pengguna.
3.0 Bahagian-bahagian asas dan fungsi kamera.
1. Lensa [ Kanta ]
o Lensa memainkan peranan untuk menentukan kualiti dan sifat imej yang terdapat
dalam penilik pandangan.
o Lensa mesti bersih dari debu dan kesan calar.
o Penjagaan diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.
o Jenis-jenis Lensa :
a) Wide Angle Lens
- Merupakan lensa yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas.
- Terbahagi kepada Super Wide.
- Berikut ialah jenis Lensa Wide Angle
16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm
- Angka yang lebih kecil bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya.
- Perlu diingatkan bahawa, sudut yang luas akan membawa kepada kesan lengkung.
b)
c)
d)
-
Standard Lens
Lensa yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia.
Lensa ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret.
Contoh: 50mm, 55mm, 70mm
Telephoto Lens
Lensa yang memiliki sudut pandang yang sempit.
Sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh.
Lensa ini juga berperanan untuk crouping gambar.
Contoh : 135mm, 200mm, 300mm, 500mm, 1000mm
Micro Lens
Lensa yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambargambar mikro atau close-up.
- Lensa ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lensa Standard dan Telephoto.
- Contoh: 55mm, 105mm, 200mm
- Lensa 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lensa 105mm dan 200mm
boleh merakam gambar pada micro jarak jauh.
e) Zoom Lens
- Lensa yang menggabungkan beberapa ciri lensa yang tersenarai di atas.
- Ini bermakna dalam satu lensa terdapat dua atau tiga sudut lensa.
- Contoh: 20mm-55mm, 70mm-135mm, 80mm-200mm
2. Aperture
o Adalah berapa luas iris lensa kamera dibuka.
o Lebih luas ianya dibuka, bermakna lebih banyak cahaya yang masuk.
o Aperture yang lebih besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4.
o Aperture yang kecil pula diwakili oleh nombor yang besar seperti f/6.
o Aperture yang besar hanya fokus pada satu bahagian kecil sahaja.
o Aperture kecil akan fokus pada semua.
o Jarak di dalam fokus dipanggil “depth of field”.
o Aperture ialah alat bukaan lensa yang juga dikenali sebagai f/stop.
o Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan baik, f/stop membantu menapis
kemasukkan cahaya ke dalam filem.
o Lubang f/stop yang besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil
ditanda dengan angka yang besar.
o Contoh aperture analog:
f32, f22, f16,f11 – lubang kecil
f8, f5.4, f6 - lubang sederhana
f3, f3.5, f2, f2.8 - lubang besar
o Setelah wujudnya kamera digital, aperture telah berubah dan bertambah jumlah
bacaannya.
o Contoh tambahan yang berlaku :
f32, f30, f22, f20, f16, f12, f11 - lubang kecil
f10, f8, f5, f5.6, f4 - lubang sederhana
f3, f3.5, f2, f2.8 - lubang besar
3. Shutter [ Pengatup ]
o Tingkap khas untuk mendedahkan filem kepada cahaya mengikut jangka masa yang
tertentu.
o Shutter Speed [ kelajuan pengatup ] adalah berapa lama kamera terbuka dan
terdedah kepada cahaya untuk merakamkan sesuatu imej.
o Jika dalam keadaan cahaya yang kurang, lama lagi masa yang diperlukan oleh
kamera untuk mengumpul cahaya bagi mendapatkan gambar yang baik.
o Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan lens.
o Shutter Speed ditanda dengan angka.
o Contoh Shutter Speed ialah:
1/B - Shutter Speed paling perlahan
1/1, ½, ¼, 1/8, 1/15, 1/30 - Shutter Speed perlahan
1/60, 1/125, 1/250 - Shutter Speed sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju
o Shutter Speed Laju 1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1
saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama
bukaannya.
o Namun, satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa lama yang anda mahu,
iaitu Shutter Speed 1/B.
4. ISO
o Untuk mendapatkan gambar yang menarik.
o Dahulu dikenali sebagai ASA.
o ISO ialah sensitif filem atau digital kamera pada cahaya.
o Pada zaman digital ini, ISO mudah dilaras dan diubah.
o Gunakan ISO yang rendah untuk mendapatkan “aperture” dan “shutter speed” yang
diperlukan.
o Tambahkan ISO untuk “aperture” dan “shutter speed” yang laju.
o Sebab menggunakan ISO yang perlahan biasanya adalah untuk mengurangkan noise
atau “grain” (bintik-bintik pada gambar).
o Penetapan ISO yang laju biasanya lebih “grain” berbanding dengan ISO yang
perlahan.
5. Focal Length [ Jarak Fokus ]
o Jarak Fokus dimaksudkan sebagai jarak di antara titik fokus lensa [ focal point] di
dataran fokus dengan titik pusat lensa apabila gelung fokus difokuskan kepada
infiniti.
o Perubahan jarak berlaku apabila lensa difokuskan di dalam penggambaran jarak
dekat [close-up] di mana kedudukan jarak titik pusat lensa ke titik fokus lensa
adalah besar.
o Sekiranya jarak fokus jauh digunakan, imej yang lebih besar akan terbentuk.
o Jarak fokus disukat dalam unit mm.
o Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa pada mana-mana jenis
kamera yang digunakan.
6. Focusing Techniques [ Teknik Memfokus ]
o Bidang fokus ialah kawasan yang kelihatan jelas apabila lensa difokuskan kapada
sesuatu objek.
o Apabila lensa yang difokuskan ke atas sesuatu subjek, kawasan-kawasan yang akan
kelihatan jelas termasuklah kawasan-kawasan 1/3 di bahagian hadapan subjek dan
2/3 di bahagian belakang subjek.
o Pemprosesan fokus akan menentukan fokus sesuatu subjek dengan cara automatik.
o Apabila butang pengatup ditekan separuh, satu isyarat infra merah atau frekuansi
tinggi akan dipancarkan daripada kamera kepada subjek.
o Kamera akan memproses lama masa yang diperlukan untuk isyarat tersebut dipantul
balik kepada kamera dan diterjemahkan menjadi jarak sebenar subjek dari kamera
dan jarak fokus lensa akan diubah secara automatik.
o Faktor yang mengawal medan fokus:
- Semakin luas sudut pandangan – medan fokus semakin besar
- Semakin bertambah jarak memfokus – medan fokus semakin dalam
- Lebih kecil aperture – medan fokus semakin besar
- Medan dokus selalunya lebih besar di sekitar titik fokus daripada imej di hadapan
7. Depth of Field [ Medan Fokus ]
o Ialah kawasan (area) ketajaman (sharpness) gambar pada lingkungan jarak dari
hadapan hingga belakang.
o Subjek yang difokus akan menjadi tajam (sharp).
o Selepas memahami Depth Of Field, selain daripada subjek yang difokus menjadi
tajam, subjek di bahagian hadapan dan belakang juga boleh menjadi tajam.
o Ketajaman subjek yang diperolehi dari bahagian hadapan hingga bahagian belakang
subjek yang difokus dipanggil Great Depth of Field.
o Ketajaman subjek yang terhad di antara bahagian hadapan dan belakang subjek
yang difokus dipanggil Shallow Depth Of Field.
o Depth Of Field dipengaruhi oleh 3 faktor seperti aperture, focusing distance dan focal
length.
o Dalam penggambaran, tiga dimensi yang akan direkod ialah tinggi, lebar dan teraan.
Dengan pemutaran gelang fokus, imej akan dilihat melalui penilik pandangan sama
ada kabur di bahagian subjek dan tajam di bahagian latar atau sebaliknya.
8. Filter & Aksesori Kamera
o Diperbuat daripada plastic tahan lasak yang berkualiti tinggi. Ada yang diperbuat
daripada kaca yang bermutu.
o Fungsi :
- Menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin menyebabkan lens
rosak.
- Memberi kesan sampingan pada gambar warna dan memberi kesan High Contras
dan Low Contras pada filem hitam putih.
o Filter ultra violet (UV) membantu mencegah lens agar tidak tercalar.
o Filter biru, merah, kuning, Polarizing membantu membuat pantulan
o Star Filter, Multi Filter membantu untuk kesan sampingan ( Special Effect).
9. Suhu Warna [ Colour Temperature ]
o Teori asas warna disukat dalam unit Kelvin.
o Kenali pelbagai sumber cahaya dan kesannya pada warna.
o Ketahui berbagai jenis preset setting dan manual setting untuk mendapatkan white
balance yang sempurna.
10. Jenis dan Sifat Cahaya
o Fahami sifat asas cahaya melalui teori inverse square law, pantulan cahaya dan
sumber cahaya.
o Ketahui taknik untuk mendapatkan sumber cahaya yang betul untuk subjek tertentu.
o Kenali sifat natural light, artificial continuous light and flash light.
11. Teknik Penggunaan Flash
o Membantu kerja-kerja fotografi jika keadaan di lokasi kurang atau ketiadaan cahaya.
o Flash membantu menghilangkan bayangan (shadow) pada muka model jika rakaman
dilakukan di bawah cahaya matahari.
o Pembinaan flash adalah di luar sesebuah kamera.
o Pada peringkat awal, flash dibina untuk penggunaan manual. Flash berfungsi
mengeluarkan cahaya paling maksimum walaupun gambar yang dirakam itu dekat.
o Flash moden telah dibina dengan fungsi secara automatic. Fungsi flash ini boleh
diubahsuai mengikut keadaan objek yang hendak dirakamkan.
o Di samping fungsi automatik, fungsi manual masih digunakan. namun, dengan
adanya fungsi automatic penggunaan bateri pada flash menjimatkan.
i.
ii.
12. Exposure Meter [ Dedahan Meter ]
o Merupakan alat tambahan yang membantu bagi mendapatkan gambar yang baik.
o Exposure Meter boleh mengukur cahaya dengan tepat dan pantas.
o Terdapat dua jenis Exposure Meter di pasaran
a) Exposure Meter Binaan Dalam
- Jenis ini mudah digunakan.
- Komponennya dibina di dalam kamera.
- Cahaya yang dimaksudkan seperti di pantai apabila latar belakangnya adalah langit
dan air laut pada waktu siang. Objek yang berada di sekitarnya akan hitam jika
pengiraan tidak tepat.
- Kamera sekarang semuanya disediakan dengan Exposure Meter jenis ini.
b) Exposure Meter Bebas Guna
- Exposure ini direka berasingan dengan kamera.
- Cahaya yang diukur dengan menggunakan exposure jenis ini lebih tepat kerana
boleh diukur pada keadaan cahaya yang sebenar.
- Kerja-kerja mengambil gambar yang berbentuk pengiklanan lebih mudah dilakukan
termasuk juga kerja-kerja Close-up, Modeling.
- Exposure Meter Bebas Guna terdapat dalam dua kategori.
Exposure Meter Daylight : hanya mengira cahaya matahari atau cahaya buatan seperti
cahaya lampu.
Exposure Meter Elektronik : untuk mengira cahaya dari lampu flash studio.
4.0 Jenis-jenis kamera
1. Kamera Kompak / Pocket / Kamera Saku
 Popular bagi orang awam, sederhana dan mudah dioperasikan.
 Menggunakan film format 35mm.
 Murah, ukuran kecil, mudah dan ringan dibawa ke mana-mana.
 Terdapat peralatan asas kamera.
 Selalunya, satu lampu imbasan bina dalam dibekalkan dengan kamera.
 Mungkin terdapat meter dedahan automatik.
2. Kamera Kotak / Fokus Tetap [Instamatic]
 Terdiri daripada satu lensa ringkas, satu pengatup dan tuil penggerak filem pada
satu kotak kedap cahaya ringkas.
 Sesuai untuk membuat snap-shots yang tidak menghiraukan mutu gambarfoto.
 Mempunyai fokus tetap, yakni objek yang berada lebih 2 meter dari kamera akan
kelihatan jelas.
 Filem yang kerap digunakan bersama kamera ialah jenis 120, 127, Instamatic dan
110.
3. Kamera Rangefinder
 Kamera pemidang tilik digabungkan dengan pelaras fokus pada lensa.
 Alat rangefinder yang yang terdapat pada pemidang tilik dapat menentukan jarak
fokus pada lensa kamera.
 Dengan memutar pelaras fokus pada lensa ke kiri dan ke kanan sambil melihat
melalui pemidang tilik, jurugambar boleh memastikan sama ada objek di hadapan
kamera itu kelihatan jelas atau kabur.
 Guna filem format 35mm.
 Sesuai untuk merakamkan bahagian-bahagian yang terperinci dengan lebih
sempurna.
4. Kamera SLR [ Single Lens Reflex ]
 SLR berfungsi dengan satu lensa dan satu cermin pembalikan. Hasilnya sama
dengan apa yang dilihat pada tingkap penenang (Viewfinder) akan sama dengan
rakaman di filem.
 Popular di kalangan professional dan amatur. Menggunakan lensa utama sebagai
pemidang tilik dan sebagai lensa objektif untuk merakam foto.
 Pandangan yang terdapat pada pemidang tilik akan terakam di atas filem.
 Lensa objektif boleh ditukar ganti dengan lensa-lensa yang berlainan jarak fokus
untuk mendapatkan kesan-kesan penggambaran yang berlainan.
 Kamera ini unggul untuk semua jenis fotografi.
 Secara umumnya, mempunyai lensa yang dapat diganti dan menggunakan filem
format 35mm.
5. Kamera TLR [ Twins Lens Reflex ]
 Kamera reflek lensa ganda.
 Menggunakan filem format medium.
 Mempunyai 2 lensa serupa yang dipasang di atas satu sama lain.
 TLR ialah kamera 2 lens yang mempunyai peranan masing-masing.
 Lensa di bawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem.
 Lensa di atas berfungsi membawa cahaya keViewfinder.
6. Kamera Viewfinder
 Biasanya menggunakan format medium.
7. Kamera DSLR
 Sangat berguna untuk mengambil gambar bergerak.
 Mempunyai kemampuan menggunakan flash yang kuat untuk waktu gelap dan
menggunakan berbagai-bagai lensa seperti lensa makro untuk objek kecil , lensa
lebar untuk pemandangan atau foto kelompok orang (group), lensa telephoto untuk
mengambil ga,bar objek dari jauh, lensa zoom untuk mengambil objek dari jauh dan
dekat.
8. Kamera Super Zoom
 Memiliki jangkauan (zoom) luar biasa panjang, iaitu dari lebar sampai telefoto.
 Super Zoom juga memiliki filter-filter yang biasanya hanya dimiliki oleh kamera
DSLR, seperti mengambil gambar digital negatif (RAW) dan continuous shooting dan
respon, fokus yang lebih cepat.
 Kamera Super Zoom agak besar dan tidak boleh ganti lensa seperti DSLR.
9. Kamera Advance Compact dengan Manual Setting
 Salah satu kamera yang lebih mahal daripadacompact, tetapi mempunyai
kemampuan yang cukup baik untuk menngingat ukuran yang sangat kecil.
 Kemampuan baik:
- Mampu mengambil gambar aksi olahraga
- Mampu mengambil gambar mikro (objek kecil)
- Dapat membuat later belakang yang kabur.
10. Kamera Professional
 Memiliki kemampuan dan kehandalan di atas kamera compact.
 Selalu digunakan oleh jurugambar professional dalam studio untuk mendapatkan
kualiti gambarfoto yang maksimum.
11. Kamera Instant [ segera ]
 Boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat iaitu antara satu
hingga dua minit sahaja.
 Persembahan filem khas untuk kamera ini disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang
dapat memproseskan imej menjadi positif dengan cepat.
 Kamera segere daripada jenama Polaroid adalah tidak asing lagi pada kebanyakan
orang asing.
12. Kamera Digital
 Menggunakan sensor digital sebagai pengganti filem.
 Kamera digital ialah alat untuk mengambil gambar dari objek melalui lensa kepada
sensor CCD (ada juga yang menggunakan sensor CMOS) yang hasilnya kemudian
dirakam dalam format digital ke dalam media digital.
5.0 Filem
Filem ialah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan
kimia peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya
dibiarkan jatuh ke atasnya. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala
seperti ASA (American Standard Association), JIS (Japan Industrial Standards), DIN
(Deutche Industrie Norme), dan ISO (International Organization of Standardization).
Jenis-jenis filem
Pembahagian filem berdasarkan ukuran:
Small format (35mm)
Medium format (100-120mm)
Large format
Angka di atas bererti ukuran diagonal filem yang digunakan. Setiap jenis ukuran
filem baru menggunakan kamera yang berbeza pula.
Filem hitam putih
Filem warna
Filem slaid
Filem daylight
Filem tungsten
Negatif hitam putih menghasilkan cetakan
gambar hitam putih.
Negatif warna untuk membuat gambar foto
berwarna-warni atau hitam putih.
Juga disebut filem positif. Untuk mendapatkan
slaid berwarna dan boleh dicetak.
Filem yang peka kepada semua warna dalam
spektrum cahaya putih. Kalau filem ini
digunakan dalam cahaya mentol elektrik biasa,
warna gambar akan kelihatan kuning-kuningan.
Filem infra merah (sensitif terhadap panas yang
dipantulkan permukaan objek)
Kepekaan Filem
Filem sangat peka pada cahaya. Kadar kepekaan filem yang berlainan ukuran
adalah tidak sama. Semakin tinggi nombor, kepekaannya semakin tinggi dan
sekiranya nombornya kecil, kepekaannya semakin rendah.
Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang/ terik, filem yang
mempunyai kadar kepekaan yang rendah atau sederhana seperti filem ASA 125
atau kurang adalah sesuai. Yang berikut ialah skala kepekaan filem mengikut
piawaian yang dikeluarkan oleh ISO, ASA, dan DIN.
Filem dengan kepekaan tinggi perlu digunakan sekiranya anda mengambil
gambar di tempat yang kurang cahaya seperti di dalam bilik yang bercahayakan lilin
atau di ruang yang malap (seperti filem bernombor ISO 500 ke 1000).
Dedahan cahaya yang tepat (correct exposure) kepada filem bergantung
pada tiga faktoe utama, iaitu sensitiviti atau kelajuan filem (standard kelajuan filem
dinyatakan berdasarkan nombor yang ditetapkan oleh ISO), bukaan apertur lensa,
dan kelajuan shutter. Ketiga-tiga faktor tersebut menentukan kualiti fotografi yang
dihasilkan. Hal ini merupakan aspek fotografi yang merunsingkan individu yang baru
menggunakan kamera manual. Bagi pengguna kamera automatik atau separuh
automatik, hasil fotografi mungkin memuaskan kerana kamera telah diprogramkan
kombinasi tersebut bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
6.0 Teknik Penggambaran
1. Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa anda
memetik punat pelepasshuttle, terutama apabila melibatkan penggunaan
lensazoom atau kelajuan shuttle yang perlahan.
2. Jangan menghalang bidikan-bagi mengelakkan gambar kelihatan sebahagian gelap
atau terlindung, pastikan jari anda atau objek-objek lain jauh dari lensa,
tingkap flashatau tingkap sensor. Apabila cahaya suram, gunakanflash.










Jenis-jenis Shot
CU (Close Up): Shot yang menampilkan dari batas bahu sampai atas kepala.
MCU (Medium Close Up): Shot yang menampilkan sebatas dada sampai atas
kepala.
BCU (Big Close Up): Shot yang menampilkan bahagian tubuh atau benda tertentu
sehingga tampak besar. Misal: wajah manusia sebatas dagu sampai dahi.
ECU (Extreme Close Up): Shot yang merakamkan bahagian subjek dengan teliti.
Misalnya mata, hidung, atau telinga.
MS (Medium Shot): Shot yang merakamkan dari bahagian pinggang sampai ke atas
kepala.
TS (Total Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan objek.
ES (Established Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan pemandangan atau
suatu tempat untuk menangkapkan keseluruhan tempat di mana peristiwa atau
adegan itu berlaku.
LS (Long Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan subjek, memantapkan semua
elemen dalam gambar termasuk latar belakang dan latar depan.
WS (Wide Shot): Pada Wide Shot, objek utama yang diambil memenuhi frame dan
meninggalkan sedikit ruang kosong pada bahagian atas dan bahagian bawah
subjek.
Two Shot: Shot yang merakamkan wajah dua orang.
Sudut Pengambilan Kamera
High Angle (Bird eye view): Posisi kamera lebih tinggi dari objek yang diambil.
Normal Angle: Posisi kamera sejajar dengan ketinggian mata objek yang diambil.
Low Angle (Frog eye view): Posisi kamera lebih rendah dari objek yang diambil.
Terdapat pelbagai jenis teknik penggambaran fotografi. Antaranya ialah:
1. Teknik Jarak Dekat
Imej yang dirakamkan dari jarak dekat dapat menjadi sumber yang membantu
pengajaran dan pembelajaran apabila guru ingin memberikan fokus terhadap
sesuatu kandungan pengetahuan kepada pelajar. Contohnya, daripada imej seekor
rama-rama yang menghinggapi sekuntum bunga, guru dapat menerangkan proses
pendebungaan.
2. Teknik Jarak Sederhana
Foto yang memaparkan imej yang luas untuk memberikan maklumat yang lebih
banyak dan terperinci dapat dihasilkan melalui teknik jarak sederhana. Fokus jarak
sederhana dapat menghasilkan imej pemandangan atau persekitaran yang lebih
menyeluruh. Imej pemandangan dan persekitaran sangat sesuai dijadikan bahan
bantu mengajar kerana imej yang menyeluruh itu meluaskan pemandangan pelajar
terhadap sesuatu perkara. Contohnya, seorang guru Kajian Tempatan dapat
meningkatkan pemahaman pelajarnya terhadap pola petempatan atau aktiviti
ekonomi penduduk di kawasan yang digambarkan.
3. Teknik Panning
Teknik ini digunakan dalam foto aksi atau sukan. Kamera digerakkan mengikut arah
pergerakan objek ketika menekan shuttle pada kelajuan shutter yang agak perlahan.
Hasil daripada teknik ini ialah imej objek yang bergerak itu kelihatan jelas, tetapi
objek yang statik akan kelihatan kabur.
Bagi menghasilkan imej panning yang memuaskan, pusatkan tumpuan kepada
subjek melalui viewfinder. Pusingkan bahagian atas badan anda mengikut
pergerakan subjek semasa anda menekan shutter bagi dedahan sehingga
selesai shutter tertutup.
7.0 Komposisi
Komposisi adalah cara mengatur/ menyusun bahagian-bahagian dari gambar
(misalnya garis-garis, bentuk, ruang bebas, bayangan, warna, tekstur, dan lain-lain)
agar gambar lebih menarik dan mudah difahamkan. Beberapa prinsip biasa
digunakan untuk meningkatkan keberkesanan gambar.“Perlihatkan apa yang anda
ingin perlihatkan”, merupakan salah satu prinsip yang baik.
Komposisi merupakan salah satu unsur penentu tingginya nilai estetika karya
fotografi. Menurut Charpentier (1993), komposisi adalah cara bagaimana gambar
membahagikan sebuah bidang gambar. Penentuan komposisi dilakukan pada saat
merakamkan gambar subjek.



Gambar yang dihasilkan itu perlu indah dipandang. Hal ini disebabkan
kesesuaian komposisi iaitu:Latar belakang gambar elok dan kemas supaya objek yang utama dalam gambar itu
timbul.
Apabila mengambil gambar orang sedang memandang ke kiri, jurugambar
hendaklah berada di kanan gambar dan begitulah sebaliknya.
Dengan kata lain, dalam sekeping gambar perlu ada unsur perseimbangan – baik
dari kiri ke kanan atau atas ke bawah dan depan ke belakang.
Kamera mestilah sentiasa berada dekat dengan mata apabila hendak
mengambil gambar. Tangan kiri hendaklah sentiasa digerakkan bagi memfokus
jarak jelas. Tekan pelepasshutter perlahan-lahan sehingga bukaan dan katupan
sempurna.
Untuk mencapai tahap kesempurnaan penggambaran, kita harus sentiasa
memerhati, melihat, mencari dan memilih sudut sesuai sebelum memetik kamera.
Gambar yang terhasil itu nanti menceritakan kepintaran pemetiknya. Dalam keadaan
ini amatlah digalakkan penggambaran menggunakan bantuantripod stand.
8.0 Peranan Fotografi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Guru-guru pada hari ini beruntung kerana memiliki pelbagai kemudahan
teknologi bagi membantu mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam
mendidik pelajar mereka. Salah satu jenis teknologi yang memudahkan guru dalam
melaksanakan pengajaran dengan berkesan melalui teknologi fotografi. Antara
peranan fotografi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:-
1. Menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran guru kerana pelajar akan lebih
minat belajar sekiranya penerangan guru disertakan dengan gambar-gambar yang
menarik.
2. Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep atau tema yang hendak
disampaikan kepada pelajar. Melalui gambar, pelajar akan mudah memahami mesej
yang disampaikan oleh guru.
3. Merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir lebih jauh apabila gambar memaparkan
sesuatu konsep dengna jelas, malah gambar mendorong penerokaan dan
perkembangan idea pelajar.
4. Tugas guru dalam menerapkan nilai dan kesedaran dalaman ke dalam jiwa pelajar
menjadi lebih mudah dan berkesan dengan bantuan gambar.
9.0 Kesimpulan
Pembelajaran dan pengetahuan asas mengenai fotografi adalah penting
dalam kalangan guru. Hal ini membolehkan guru menggunakan bahan fotografi
sebagai sumber utama untuk membina alat bantu belajar (ABB), alat bantu mengajar
(ABM), dan sumber pembelajaran pelajar. Selain itu, fotografi dapat
mendokumentasikan hasil sejarah ataupun aktiviti harian kita supaya dapat
dimanfaatkan kemudian hari.
Download