Refleksi topik ke-tujuh Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana

advertisement
Refleksi topik ke-tujuh
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kami dapat menghabiskan topik
yang ke-tujuh dalam mempelajari subjek EDU 3105. Pembentangan ini telah
disampaikan oleh pelajar sendiri dengan diperhati oleh pensyarah. Oleh itu, kekurangan
dapat diulas oleh pensyarah agar kami lebih memahami topik yang sedang
dibincangkan.
Topik tujuh berkenaaan asas fotografi. Dalam topik ini kami belajar mengenai
objektif, sejarah bahagian, fungsi kamera dan jenis-jenis kamera, jenis-jenis filem dan
teknik penggambaran yang betul. Perkataan fotografi beasal daripada perkataan greek
yang bermaksud cahaya dan menulis. Dalam kamera bahagian yang penting ialah
kanta, shutter, pemegang pemidang tilik, dan iris atau diafram. Semua bahagian ini
mempunyai fungsi yang tersendiri dalam kamera. Kamera mempunyai pelbagai jenis
seperti kamera format kecil, besar, sederhana, kotak, segera dan digital. Kamera yang
sering digunakan pada masa sekarang iaitu kamera digital kerana ia senang dibawa
dan digunakan.
Teknologi kamera berkembang mengikut peredaran zaman. Semakin hari
semakin canggih sehinggakan boleh diprogramkan di dalam telefon bimbit dan
komputer riba. Kalau dahulu gambar yang ditangkap sukar untuk disimpan, tetapi pada
zaman sekarang, hanya menggunakan kad memori. Manakala gambar-gambar juga
boleh disimpan dan boleh dipindahkan dalam telefon bimbit, komputer dan internet.
Dalam menghasilkan gambar yang berkualiti, seseorang perlu mengetahui teknik
mengambil gambar yang betul dari segi cara pegang, pemilihan tempat dan juga objek
yang diambil sama ada jauh atau dekat.
Pengetahuan mengenai asas fotografi merupakan nilai tambah untuk seorang
guru. Oleh itu, ilmu asas yang dipelajari ini dapat membantu guru dalam merancang
pengajaran ketika memerlukan bahan visual dalam sesi pembelajaran. Semoga ilmu ini
bermanfaat kepada diri saya terutama ketika bertugas menjadi guru nanti.
Download