perutusan aidilfitri pesuruhjaya pas negeri terengganu

advertisement
​PERUTUSAN
PESURUHJAYA
TERENGGANU
AIDILFITRI
PAS
NEGERI
PERUTUSAN AIDILFITRI PESURUHJAYA PAS NEGERI TERENGGANU
Saya bagi pihak seluruh kepimpinan Badan Perhubungan PAS
Negeri Terengganu dan juga bagi pihak seluruh keluarga PAS
negeri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tuantuan, puan-puan, muslimin muslimat dan saudara saudari yang
dirahmati dan di kasihi sekalian
Semoga setiap tahun anda semua berada di dalam keadaan baik
dan termasuk di kalangan orang
yang mendapat
kemenangan
dari sisi Allah SWT.
Kita baru sahaja selesai menunaikan Ramadan Al-Mubarak yang
penuh dengan penuh keberkatan yang disediakan oleh Allah
rahmat dengan keampunan dan juga dengan pembebasan daripada
api neraka, maka marilah sama-sama kita berdoa semoga amalan
Ramadan kita benar-benar mendapat ketiga-tiga kurniaan yang
dijanjika oleh Allah itu.
Kita bersihkan diri kita dengan rahmat Allah, kita sucikan
diri kita dengan keampunan daripada Allah dan juga di bebaskan
kita daripada api neraka Allah serta saya menyeru supaya samasama
kita membuktikan keikhlasan dan juga kebenaran, aku
janji kita dengan Allah.
Di antara aku janji itu ialah kita berikrar tidak ada tuhan
yang layak di sembah melainkan Allah dan kita tidak akan
sembah tidak akan tunduk melainkan hanya kepada Allah kepada
dia yakni Allah dalam keadaan tulus ikhlas suci hening hati
bahawa hanya bagi Allah itu jalan hidup
dan agama kita
sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir.
Oleh itu marilah
berdasarkan
kepada
aku
janji ini
berlandaskan kepada penegasan yang kita lakukan pada setiap
hari
raya
kita sama-sama
buktikan
dan kita sama-sama
tunaikan janji ini pada hari yang penuh dengan kemuliaan dan
keberkatan ini.
Saya juga menyeru , marilah kita benar-benar menghayati apa
yang di tegaskan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud; sesiapa
yang tidak meninggalkan percakapan bohong, persaksian palsu
dan terus beramal dengannya maka tidak ada keperluan langsung
bagi Allah untuk dia meninggalkan makan dan minum.
Kita yang sanggup berlapar dan berdahaga adalah untuk mencari
kurniaan Allah untuk mendapatkan keredhaan Allah untuk
mendapat rahmat daripada Allah. Kalau kita tidak sanggup
meninggalkan perbuatan yang salah, perbuatan yang palsu,
perbuatan yang bohong pengakuan yang bohong, percakapan yang
bohong, sudah tentu puasa yang kita lakukan itu tidak member
apa-apa kesan di dalam diri kita.
Maka marilah pada hari penuh dengan keberkatan dan kemuliaan
ini kita sama-sama buktikan dan sama-sama tunaikan janji untuk
melayakkan kita mendapat keredhaan dan taqwa serta patuh
kepada Allah sebagaimana matlamat
daripada puasa kita.
Sudah tentu kita semua yakin bahawa sesuatu perkara yang
bercanggah dengan syariat, yang bercanggah dengan wahyu yang
diturunkan oleh Allah adalah perkara yang palsu, perkara yang
bohong, yang tidak diterima Allah dan ia bercanggah sama
sekali dengan ibadat puasa yang kita laksanakan.
Marilah pada hari yang penuh berkat ini kita sama-sama
bermaafan bersuci hening daripada segala
kesalahan,
kekhilafan, kekasaran, ketelanjuran yang kita lakukan sama ada
sengaja ataupun tidak sengaja untuk kita menjadi orang yang
benar-benar
bersih
dan benar-benar bersaudara di dalam
membina kehidupan yang lebih di berkati oleh Allah.
Mengambil sempena
dengan hari mulia ini
sudah
tentu
daripada kalangan para sahabat kita, teman ke teman kita,
anak-anak kita daripada seluruh pelusuk tanah air akan kembali
berhari raya dan kembali bersuka ria, kembali bersama-sama
dengan pangkuan keluarga untuk menikmati dan untuk merasai
kegembiraan dan juga kemeriahan hari raya ini .
Kita doakan kepada seluruh anak-anak kita, keluarga kita yang
jauh yang duduk di perantauan yang berada di perantauan
baliklah dengan selamat, berhati-hati ketika memandu di jalan
raya. Ingatlah kita kembali untuk di sambut dengan riang
bukan kita kembali untuk di sambut dengan duka .kita kembali
untuk memberikan keriangan dan kegembiraan pada hari lebaran
yang mulia ini .
Khusus saya tujukan kepada sahabat-sahabat, tuan-tuan dan
puan-puan, saudara-saudara yang berada di perantauan, yang
akan pulang ke tanah air, saya bagi pihak Badan Perhubungan
PAS Negeri
menjemput
tuan puan
serta keluarga untuk
menghadiri pertemuan dan perjumpaan
hari raya yang khusus
kepada Perantau untuk meraikan kepada tuan puan sekalian, yang
akan diadakan di Markaz Tarbiyyah Kuala Terengganu di Kuala
Ibai.
Saya dengan segala hormat dan segala sukacita nya menjemput
saudara-saudari tuan puan serta keluarga untuk memeriahkan
majlis hari raya bersama anak-anak di perantauan, dan akhir
sekali
marilah sama-sama kita membuktikan berganding bahu
untuk sama-sama menuju kearah Terengganu Maju ,berkat dan
sejahtera
Sekian.
DATO’ USTAZ HAJI HUSAIN AWANG
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
29 Ramaddan, 1438H/ 24 Jun, 2017
Download