9 perkara yang perlu diambil kira sebelum memilih produk

advertisement
9 perkara yang perlu diambil kira sebelum memilih produk affiliate.
Ramai orang tahu, affiliate adalah cara mudah untuk jana wang di internet. Kita
boleh melakukan carian di Internet atau Google menggunakan frasa berikut:
Affiliate [Nama Niche], contohnya Affiliate Pakaian, Affiliate Tudung, untuk mencari
program affiliate untuk disertai dan jana pendapatan melaluinya. Namun, sebelum
memulakan promosi, kita perlu pastikan program affiliate itu adalah bagus untuk
elakkan diri dari tertipu.
Berikut adalah 9 perkara yang perlu diperhatikan sebelum mempromosi sesuatu
produk.
1. Adakah laman web surat jualan bagi produk tersebut bagus?
Teliti laman web surat jualan bagi produk affiliate yang ingin dipromosi. Letakkan
diri sendiri seperti seorang pembeli dan perhatikan sama ada ingin membeli atau
tidak membeli selepas membaca surat jualan tersebut. Jika tidak rasa keinginan
untuk membeli, eloklah mencari produk yang lain. Jika kita tidak yakin, bagaimana
pula orang lain yang membacanya. Cari produk yang mempunyai surat jualan yang
menarik.
2. Adakah produk tersebut mempunyai kredibiliti yang tinggi?
Periksa sama ada produk tersebut mempunyai kredibiliti atau tidak. Adakah
testimoni ia boleh dipercayai? Adakah pemilik produk boleh dipercayai? Cuba kaji
mengenai produk tersebut. Cuba tanya diri, adakah percaya dengan produk
tersebut? Jika tidak percaya, ada peluang untuk orang lain juga tidak percaya.
3. Siasat review pembeli mengenai produk tersebut.
Lakukan carian di Internet mengenai produk affiliate. Boleh cuba frasa berikut:
Review "[product name]", contohnya Review Tudung, Review Kasut. Jika terdapat
banyak komen yang positif, boleh teruskan rancangan untuk mempromosi produk
tersebut. Adalah penting untuk produk tersebut mempunyai review yang positif
kerana ia boleh menambah keyakinan kepada bakal pembeli.
4. Adakah bahan promosi untuk affiliate disediakan?
Lihat di ruangan affiliate, adakah pemilik produk menyediakan bahan-bahan untuk
melakukan promosi. Antaranya adalah banner, artikel, viral ebook, squeeze page,
video, artikel review dan lain-lain. Jika tiada, tetapi kita yakin produk tersebut boleh
memberi hasil, kita boleh teruskan sahaja. Namun, utamakanlah produk yang ada
bahan-bahan promosi kerana kita sudah nampak bagaimana hendak memulakan
promosi.
5. Adakah produk yang dipromosikan itu mempunyai permintaan atau tidak?
Kita janganlah memilih produk yang tidak laku. Menjadi affiliate adalah supaya
boleh jana wang dan perlu bijak. Hanya pilih produk yang ada permintaan dan
mempunyai peluang yang tinggi untuk terjual.
6. Jenis komisyen yang boleh diperolehi?
Siasat jumlah komisyen yang mampu diperolehi dari jualan produk tersebut.
Sekarang sudah menjadi trend untuk sesuatu produk itu mempunyai upgrade
jualan. Ini bermakna, bagi satu produk, kita berpeluang untuk memperoleh
beberapa kali komisyen. Kira jumlah komisyen bagi menentukan modal dan usaha
yang bakal kita laburkan.
7. Periksa sistem cookie bagi link affiliate.
Untuk memeriksa sistem cookie sesuatu produk, kita boleh periksa terma dan
syarat affiliate atau boleh tanya kepada pemilik produk. Sistem cookie adalah
penting kerana ia boleh mempengaruhi cara kita melakukan promosi. Risiko
menjadi affliate adalah komisyen mungkin terlepas kepada orang lain atau pemilik
produk itu sendiri di sebabkan cookie yang tidak menanam link affiliate di komputer
pelanggan.
8. Bila bayaran akan di lakukan?
Ketahui dengan jelas kaedah pembayaran komisyen dan bila ia dibayar. Ia perlu
diperiksa supaya tiada masalah untuk menerima pembayaran kelak daripada
pemilik produk affiliate.
9. Adakah statistik affiliate disediakan?
Periksa ruangan affiliate dan perhatikan sama ada statistik disediakan. Statistik
adalah penting supaya kita boleh track jualan. Daripada berapa klik, berapa jualan
yang terhasil. Daripada kaedah mana kita memperoleh klik yang banyak. Pendek
kata, statistik penting untuk melihat prestasi promosi kita.
Terima kasih.
PELUANG BERNIAGA
• Teks dalam Ebook ini boleh dikemaskini supaya
menjadi lebih baik.
• Teks dalam Ebook ini boleh ditulis
semula ke laman web
atau Ebook lain.
• Ebook ini boleh diberi percuma.
• Ebook ini diberi lesen PLR.
File bernilai RM5 digunakan untuk membantu
menjimatkan masa mengemaskini teks ebook ini.
Download