peranan kebebasan beragama dalam menjana pembentukan sikap

advertisement
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017
Editors: Mohd Nasran Mohamad, Muhamad Razak Idris, Farid Mat Zain, Cheloh Khaegphong,
Anis Pattanaprichawong & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani
© Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Malaysia
Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University, Thailand
ISBN 978-983-9368-79-6 (2017), http://www.icdis2017.com
PERANAN KEBEBASAN BERAGAMA DALAM MENJANA
PEMBENTUKAN SIKAP KETERBUKAAN DALAM HIDUP
BERMASYARAKAT DI SELATAN THAILAND
Mutsalim Khareng
Abstrak: Dalam banyak kajian, pembentukan sikap keterbukaan Mawqif al-Infitah kalangan umat beragama
sering dibincang dalam konteks pengaruh kefahaman toleransi al-Tasamuh dan semangat berdialog Ruh alHiwar. Bahkan kebebasan beragama al-Hurriyyah al-Diniyyah juga antara prinsip penting tetapi jarang
dilihat. Ia terbukti berperanan mewujudkan kerukunan hidup kalangan umat beragama secara meluahkan
sikap keterbukaan terhadap penganut agama lain. Dengan itu, kajian ini memfokuskan terhadap hubungan
kebebasan beragama dengan sikap keterbukaan sama ada dari sudut teori mahupun praktik dalam kalangan
penganut agama khususnya di masyarakat Selatan Thailand. Dalam erti kata lain, kajian ini dilakukan
bertujuan melihat sejauhmanakah sikap keterbukaan yang diamalkan kedua-dua masyarakat terhadap
penganut agama lain itu dipengaruhi oleh kefahaman kebebasan beragama. Untuk tujuan itu, kombinasi
antara kaedah kualitatif dan kuantitatif dilakukan dalam kajian ini. Data-data yang diperolehi secara kualitatif
dianalisis secara analisis kandungan, diduktif, induktif dan komparatif. Manakala data-data yang diperolehi
secara kuantitatif dianalisis secara analisis Inferensi Korelari Pearson bagi tujuan untuk melihat hubungan
antara pembolehubah-pembolehubah yang ingin dikaji. Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini didapati
nilai r mencapai 0.597 dan sig berada pada 0.000 (p<0.05) . Ini menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara kefahaman kebebasan beragama dengan sikap keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap
penganut agama lain. Hubungannya pula berada pada tahap yang positif iaitu semakin tinggi tahap kefahaman
kebebasan beragama maka tinggilah tahap sikap keterbukaan dalam kalangan penganut agama.
Kata Kunci: kebebasan beragama, hubungan, sikap keterbukaan, penganut agama
Most studies continuously discuss the formation of openness attitude Mawqif al-Infitah among the religious
society in the context of the tolerant understanding influence al-Tasamuh and the dialogue motivation Ruh alHiwar. However, freedom of religion al-Hurriyyah al-Diniyyah is among the important principles that are
rarely studied by the researchers. Freedom of religion is proven to be the important element in creating
peaceful life among the religious believers by expressing the openness attitude towards the other believers.
Therefore, this study is focusing on the relationship between freedom of religion and the openness attitude in
terms of theory and practical among the religious believers especially in the Southern of Thailand society. In
other words, the study is meant to examine the level of influence directed by the understanding of freedom of
religion in the openness attitude practiced by both religious believers towards the other religious believers.
For that reason, the combination of qualitative and quantitative methods was applied in the study. The
qualitative data were analyzed by the content, deductive, inductive and comparative analysis, while the
quantitative data were analyzed by inferential analysis namely Pearson Correlation in examining the
relationship between the studied variables. The findings show that the r value is reaching 0.597 and the sd
value is 0.000 (p<0.05). As a result, there is a significant relationship between the understanding of the
freedom of religion and the openness attitude of both religious believers towards the other religious believers.
That relationship holds a positive level as higher level of the understanding of freedom of religion will result
in higher level of the openness attitude among the religious believers.
Keywords: freedom of religion, relationship, openness attitude, religious believer
PENGENALAN
Kebebasan beragamamerupakan antara konsep penting sebagai dasar tercipta kerukunan umat
beragama dan memelihara kedamaian masyarakat plural. Ia adalah antara unsur hak asasi manusia
dan antara dasar kaedah penyebaran agama yang sering digunakan dalam banyak agama di dunia
ini.Hubungan antara dasar kebebasan beragama dengan sikap keterbukaan amat signifikan secara
mencerminkan pengiktirafan hak kebebasan orang lain untuk mempraktikkan amalan agama
131
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
mengikut kepercayaannya. Hubungan sikap keterbukaan dengan kebebasan beragama dapat dilihat
di mana tidak boleh sama sekali menindas manusia lain yang serba kekurangan sebaliknya manusia
harus mengakui hak dalam perbezaan dengan memberikan kebebasan kepadanya, saling membantu
dan saling menyayangi. Semua ini diamalkan kerana persamaan atas dasar kemanusiaan.
Analisis Peranan Kebebasan Beragama dalam Menjana Pembentukan Sikap Keterbukaan
dalam Perspektif Islam dan Buddha
Bertitik tolak daripada tajuk makalah di atas, ia merupakan sebuah penyelidikan yang
menggabungkan kajian teori dan amali secara kajian lapangan lokasinya adalah masyarakat Selatan
Thailand yang melibatkan penganut agama yang berbeza iaitu Islam dan Buddha. Justeru,
hubungan kebebasan beragama dengan sikap keterbukaan dari sudut teori menurut kedua-dua
perspektif dilihat lebih awal.
Dalam Islam, kebebasan beragama adalah salah satu hak asasi manusia dan telah diberi
perhatian sertaturut dilindunginya. Islam menggambarkan pengakuan hak tersebut secara
menjadikannya sebagai suatu metode atau kaedah dalam menyebarkan agamanya, kerana
pengakuan hak kebebasan beragama mampu membentukkan keharmonian hidup kalangan umat
beragama(al-Saleh, S. 1961; cUthman, A. K. 1968; Qutb, S. 1971; Hasyim, U. 1979; al-Qardawi,
Y. 2001). Autoriti yang membuktikan Islam mengakui hak kebebasan beragama dalam kalangan
penganut agama lain boleh dilihat dalam surah al-Baqarah 2: 256 dan surah Yunus 10: 99 dan
Hadith yang riwayat al-Khatib al-Baghdadi dan al-Suyuti dan Abi Nacim al-Asbahaniy.Sacid
Hawwa(n.d.) memberi penjelasan terhadap dua ayat tersebut bahawa Islam memberi kebebasan
beragama kepada orang bukan Islam untuk memilih kepercayaan tanpa paksaan. Samentara
menurut al-Qutb, S. (1971), ayat-ayat tersebut membuktikan bahawa Allah s.w.t. menghormati
manusia dengan menyerahkan kepadanya kebebasan membuat keputusan dalam hal memilih
kepercayaan. Al-Sacidi, cA. M. (1999), turut menyatakan bahawa kebebasan beragama adalah suatu
tindakan yang menyediakan hak untuk memilih agama atau kepercayaan dalam ideologi. Dengan
itu, tidak seorang pun memiliki hak memaksa orang lain untuk menganut agama yang diyakini.
Sebaliknya, setiap orang memiliki hak untuk memilih kepercayaan mengikut kehendak
sendiri.Dalam hal ini, Ismacil Badwiy (1980) dan AbucAla al-Mawdudi (1997) memperincikan
definisinya kepada dua keadaan iaitu kebebasan dalam beribadat dan kebebasan dalam berakidah.
Kebebasan beribadat adalah kemampuan manusia mengisytiharkan syiar agamanya dan
menzahirkan akidahnya manakala kebebasan berakidah adalah kemampuan manusia untuk
menganut atau tidak menganut mana-mana agama dan kemampuan untuk mengubah atau tidak
mengubah akidahnya.
Dalam Islam, keputusan memilih sesuatu agama atau kepercayaan harus datang dari ilmu
pengetahuan, hujah, kefahaman, kebijaksanaan dan keyakinan bukan mempercayai sesuatu agama
secara tradisi, membabi buta atau ikut-ikutan dengan apa yang diwarisi oleh nenek moyangnya
semata-mata kerana ia tidak akan diterima akan keislamannya. (al-Sabiq, S. n.d.; Wafi, cA. cA. W.
n.d.;Salih al-cUthmain, M. n.d.; al-Nashr,A. Q. 1997). Demikian berdasarkan firman Allah s.w.t.
dalam surah al-Ma‘idah5: 104 dan surah al-Baqarah 2: 170. Walaupun dengan jelas Islam memberi
hak kepada setiap manusia untuk memilih agama, namun ia bukan bermakna Islam diberi peluang
kepada penganutnya untuk menukarkan agama Islam kepada agama lain. Ruang kebebasan
beragama dalam Islam dibenarkan hanya ke atas orang bukan Islam sahaja untuk memilih,
mempercayai serta mengamalkan upacara agamanya. Pertukaran agama (daripada Islam kepada
agama lain) dalam Islam ia disebut sebagai murtad. Para sarjana Islam berselisih pendapat dalam
hal memberi hukuman kepada orang murtad. Di sini pengkaji merumuskan perbincangan mengenai
hukuman dikenakan ke atas orang murtad kepada dua pandangan. Pertama, para fuqaha’ Islam
bersepakat menetapkan hukuman orang murtad sekalipun mereka berselisih dalam menentukan
hukumannya, walau bagaimanapun jumhur fuqaha’ menetapkan bahawa hukumannya adalah
bunuh. Inilah pendapat mazhab yang empat iaitu Hanafi, Maliki, Shafi ci dan Hanbali(al-Jaza’iri,
c
A. 2011). Bagaimanapun dalam mazhab Hanafi, perempuan yang murtad tidak dibunuh tetapi
diminta bertaubat dan dipenjara sehingga kembali kepada Islam atau dia meninggal dunia (al132
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
Zuhayli, W. 1998; Ibn Qudamah. n.d.). Manakala pendapat yang kedua, tiada ketetapan bentuk
hukuman murtad, kerana pada dasarnya hukuman murtad bukanlah hudud tetapi hanya Tacdhir.
Pendapat ini dipelopori oleh beberapa ulama kontemporari seperti al-Nakhli, I., al-Thawriy, S.,
Abu Zahrah dan al-Wani, T. J. Demikian berdasarkan riwayat yang menyatakan;
“Diriwayatkan dari cAbdul Razaq, al-Bayhaqi dan Ibn Hazm; Bahawa Anas telah pulang dari Tustar, lalu ia bertemu
dengan cUmar. Maka cUmar bertanya: Apa yang kamu lakukan ke atas enam orang kerabat dari kabilah Bakr Ibn Wa’il
yang telah murtad dan menyertai orang-orang mushrikin?, Maka Anas menjawab: Wahai Amirul Mukminin, mereka itu
telah murtad dan tinggal bersama orang mushrikin, kemudian mereka telah mati dibunuh dalam satu pertempuran. Maka
cUmar mengucap Istirjac: Inna lillahi wa Inna ilayhi Raji cun. Berkata Anas: Bukankah tidak ada cara mereka dihukum
melainkan dibunuh? cUmar menjawab: Ya, tetapi jika aku yang menghukumkan, aku akan terangkan kepada mereka
dahulu ajaran seberan Islam, jika mereka enggan menerimanya aku akan masukkan mereka dalam penjara.” (al-Bayhaqi,
no 8/207;Ibn Mansur,S. no. 2573; Ibn Hazm no. 11/221).
Bagaimanapun pendapat yang kedua ini perlu dianalisis berasaskan Maqasid al-Sharciyyah
dan keadaan yang berbeza serta suasana kini. Dalam hal ini, al-Qardawi, Y. (2011), memisahkan
dalam perkara bidcah di antara yang berat dan yang ringan, sebagai mana mereka membezakan
hukum orang yang membuat bidcah di antara orang yang menyeru orang lain kepada bidcahnya
dengan orang yang tidak melakukan seruan. Demikianlah kita harus membezakan dalam isu
riddah(pelaku murtad) di antara Riddah al-Ghalizah dan Riddah al-Khafifah, dan juga hukum
orang yang murtad di antara orang yang menyeru orang lain agar murtad bersamanya dengan orang
yang tidak melakukan seruan. Sementara menurut al-Mawardi, apabila hendak menghukum ke atas
orang murtad harus lihat dari dua konteks iaitu pertama, apabila seorang murtad berada dalam
negara Islam sebagai rakyat warganegara dan tidak mengadakan hubungan dengan negara lain
(negara bukan Islam), maka dalam keadaan ini, ia tidak perlu dihukumkan (bunuh) kerana mereka
masih tetap di bawah kekuasaan Islam. Walau bagaimanapun, mereka harus disiasat tentang
kemurtadannya. Sekiranya, seorang itu menjadi murtad kerana kekeliruan dalam hal agama maka
harus dijelaskan dengan hujah dan akhirnya ia diminta supaya bertaubat dari kesalahannya
(murtad). Taubat seorang murtad yang sedar tentang kesalahannya akan diterima dan ia akan
kembali sebagai seorang Muslim seperti keadaan sebelumnya. Tempoh yang diberikan untuk
bertaubat selama tiga hari daripada hasil sabit kesalahan untuk bertaubat demikian (al-Dasuqi. n.d.;
al-Sharbini. n.d.). Ada pendapat yang mengatakan bahawa tempoh dilanjutkan hingga dua bulan
(al-Sharbini. n.d.).Manakala konteks kedua ialah apabila seorang murtad mempunyai hubungan
dengan negara yang merupakan suatu kekuatan selain daripada Islam sehingga ia dijamin akan
dilindungi oleh negara tersebut, maka dalam keadaan ini mereka wajib diperangi kerana perbuatan
demikian (murtad) boleh memusnahkan Islam (al-Mawardi, A. H.cA. 1985).
Hubungan kebebasan beagama dengan sikap keterbukaan dalam Islam amat jelas memainkan
peranan saling melengkapi antara satu sama lain. Hubungan tersebut, menggambarkan dasar sikap
keterbukaan merupakan impak atau hasil pembentukan daripada pengiktirafan kebebasan
beragama. Hal demikian turut diakui sama ada kalangan sarjana klasik seperti al-Harrani, I. T.
(n.d.) dan al-Jauziyyah, I. Q. (n.d.) mahupun sarjana moden seperti Wafi, cA. (n.d.), al-Qutb, S.
(1988), Nabrawi, Kh. (2008) dengan mengatakan sikap keterbukaan adalah suatu sikap positif
dengan mengakui dan mengiktiraf hak orang lain dan bebas dari sifat sombong. Dalam hal ini, alSidawi, cA. M. cA. (n.d.), mencerminkan sikap keterbukaan merupakan suatu langkah agar
kebebasan dapat terlindung dengan baik. Ini bermakna kebebasan dan sikap keterbukaan tidak
boleh dipisahkan. Namun yang sering terjadi masalah adalah penekanan dari salah satunya seperti
penekanan kebebasan yang mengabaikan sikap keterbukaan dan usaha untuk merukunkan dengan
memaksa supaya melahirkan sikap keterbukaan dengan membelenggu kebebasan. al-Qardawi, Y.
(2001) turut mencerminkan sikap keterbukaan dalam beragama dalam Islam dapat dilihat dalam
tiga peringkat. Peringkat pertama adalah peringkat rendah iaitu golongan bukan Islam diberikan
kebebasan beragama dan tidak dipaksa secara fizikal untuk menukar agama tetapi tidak dibenarkan
mengamalkan ajaran-ajaran agama mereka dengan bebas. Peringkat kedua adalah peringkat
sederhana iaitu membenarkan menganut agama lain mengamalkan ajaran agama masing-masing
dan tidak dipaksa membuat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran-ajaran agamanya. Peringkat
ketiga adalah peringkat tinggi iaitu membenarkan penganut agama lain mempraktikkan
kepercayaan agama mereka walaupun ia bertentangan dengan ajaran-ajaran agama Islam. Dengan
demikian cukup meyakinkan bahawa Islam amat menititberatkan persoalan hak kebebasan
133
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
beragama dalam kalangan orang bukan Islam. Dengan mengakuan itu, akhirnya melahirkan sebuah
kehidupan yang harmoni saling membantu dan menyayangi secara mempraktikkan sikap
keterbukaan dalam hidup bermasyarakat.
Tidak boleh dinafikan bahawa dasar kebebasan beragama ini turut diamalkan hampir setiap
agama di dunia ini. Buddha Theravada juga tidak terkecuali mengakui hak kebebasan beragama
dalam kalangan manusia. Autoriti yang membuktikan Buddha Theravada mengiktiraf hak tersebut
adalah pada ajaran Kalamasuttrayang mengandungi sepuluh ajaran larangan dalam hal membuat
keputusan terhadap agama.Narada (1998) dan Krishnanda W. M. (2003) menegaskan bahawa
ajaran tersebut menunjukkan tingkah laku Buddha yang sangat menghargai kebebasan yang ada
pada setiap manusia. Beliau menyediakan peluang kepada penganutnya untuk membuat penelitian,
menentu dan memilih agama atau kepercayaan dengan sendiri tanpa mendakwa hanya
agamanyalah sebagai agama yang benar.Ajaran Kalamasuttra tersebut, Ven. K. Sri Dhammaanda
(1997) telah memperincikan pentafsiran seperti berikut: a) manusia harus memeluk agama dengan
pengertian yang benar bukan menerima sebarang agama dengan percaya begitu sahaja atau untuk
menghilangkan kecemasan tentang apa yang akan terjadi pada dirinya, tetapi agama harus dapat
diterima setelah agama itu memberikan suatu kebebasan untuk memilih, b) manusia tidak perlu
menerima sesuatu di atas nama agama atau kerana kegemilangan gurunya, c) manusia bebas untuk
menyiasat sesuatu perkara dan menerimanya jika perkara tersebut selaras dengan keinsafan mereka
sendiri, e) manusia tidak menerima atau menolak sesuatu tanpa sebarang alasan yang munasabah, f)
Buddha tidak menjelaskan larangan-larangan untuk melakukan sesuatu, tetapi fitrah manusia tidak
suka melakukan perkara buruk, kerana ia boleh mendatangkan angkara mengakibatkan masalah,
kesulitan atau penderitaan kepada masyarakat. Demikian juga, amalan-amalan baik yang dilakukan
oleh penganutnya bukan kerana agama diminta supaya berbuat demikian, tetapi amalan baik itu
dilakukan kerana mereka menyedari makna dan kebaikan amalan demi kebajikan orang lain g)
menusia bebas tidak dihalang oleh agamanya untuk membaca dan mempelajari ajaran agama lain,
h) tidak terdapat unsur fanatik melampau dalam agamanya. Ini kerana unsur fanatik akan
mempengaruhi seseorang untuk tidak menerima keputusan yang logik atau prinsip penganalisaan
secara saintifik. Samentara menurutAng Choo Hong (2003) dan Thammayarit (2011)ajaran
Kalamasuttra memberi pengajaran bahawa kebebasan yang dinikmati oleh penganut Buddha
adalah satu aspek kebebasan yang terpuji dan setiap manusia memiliki kebebasan sepenuhnya
untuk berfikir dan membuat pertimbang terhadap sesuatu sama ada untuk menerima atau
menolak.Hikmah adalah bertujuan menjadikan seorang menganut agama yang berakidah bukan
mempercayai sesuatu secara membabi buta blind faithtanpa hujah dan alasan. Setiap manusia
mempunyai hak untuk memilih kepercayaan dengan menggunakan kecerdasan akal yang ada pada
diri menusia masing-masing untuk meneliti, mengkaji, memahami dan menilai kepastian sesuatu
perkara agar kepercayaan atau agama yang dipilih nanti dapat menyelamatkan dirinya. Kenyataan
demikian turut disokong oleh Porahamata, S. (1999) dengan menyatakan ajaran Kalamasuttratelah
memberi hak kebebasan kepada manusia dalam menentukan agama mengikut kehendaknya.
Dengan ajaran tersebut, cukup membuktikan bahawa Buddha tidak pernah memaksa umatnya
untuk menganut sesuatu agama tertentu, tetapi ia lebih mencabar kepada orang lain untuk
mempelajari ajaran agamanya dengan diri sendiri agar agama yang akan dipilih nanti dapat
menyelamatkan. Dalam agama Buddha, Sami Buddha dan murid-muridnya hanya bertugas sebagai
penerang dan penjelas sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan. Setelah penjelasan
diberikan, maka persoalan ingin menganut atau tidak itu adalah hal peribadi, namun hak mereka
tetap dihormati. Demikian turut disokong oleh Piyadassi Maha Thera (2003), sesungguhnya
manusia yang terikat dengan ideologi, pemikiran dan pandangan yang telah ditetapkan
menyebabkan manusia itu tidak dapat mengembangkan pemikirannya. Pemikiran mereka hanya
terbatas kepada ideologi, pemikiran, dan pandangan yang telah disedia ada.Selain itu,
Patumkantarakon, P. (2011) juga turut mengemukakan pandangan bahawa keburukan dan kebaikan
telah dinyata dengan jelas dalam agamanya. Manusia diberi akal yang bebas untuk memilih
mengikut kehendak hatinya.Buddha bersikap tegas melarang dalam hal menganut agama secara
membabi buta tanpa ilmu pengetahuan Amulika Saddha (kepercayaan yang tidak mempunyai
bukti). Sebaliknya, Buddha mengajar agar manusia menggunakan kecerdasan akal dalam
menentukan kepercayaan Akarawittha Saddha (kepercayaan yang mempunyai hujah dan alasan)
sebelum membuat keputusan. Dalam hal ini, Buddha turut mengajar kepada umatnya sentiasa
134
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
menguji, meneliti dan menganalisis terhadapsesuatu agama agar hasil yang diperolehi menjadi
hujah yang kuat dan mampu menyelamatkan dirinya. Setelah manusia membuat keputusan secara
rasional sama ada ingin menganut agama Buddha atau tidak atau ingin hidup secara atheis, maka ia
harus bertanggungjawab atas segala keputusannya sendiri(Khemapanyo, P. T. 2003). Dalam hal ini,
telah dijelaskan dalam Dhammapada, Khuddhaka Nikaya seperti berikut: “Fikiran mendahului segalagalanya dalam hal batin, fikiran adalah pemimpin, segalanya dicipta oleh fikiran. Apabila fikiran jahat dicetuskan, maka
penderitaan akan mengikutinya, ia diibaratkan seperti roda kereta yang mengikuti jejak kaki lembu yang
menariknya”(Widya, R. S. 2004).
Dengan demikian, dapat difahamkan bahawa daya pemikiran dalam agama Buddha
memainkan peranan penting sebagai pemimpin dan pembentuk bagi segala tindakan seseorang. Ini
bermakna, kedudukan kebebasan berfikir dalam agama Buddha amat tinggi dan sentiasa dihormati.
Dengan pemikiran, manusia akan menyedari kenyataan hidup dari samsara dan pada akhirnya akan
membawa kepada pemahaman yang jelas dan sempurna.
Berikut adalah kerangka konseptual hubungan kebebasan beragama dengan sikap keterbukaan
menurut kedua-dua perspektif Islam dan Buddha yang menjadi panduan asas digunakan dalam
kajian lapangan.
Bersumberkan kepada Wahyu
Ilahi iaitu al-Qur’an pada
surah al-Baqarah 2: 256;
Yunus 10: 99; al-Kafirun
109: 6
Bersumberkan kepada Hadith
riwayat al-Khatib alBaghdadi dan al-Suyutidan
Abi Nacim al-Asbahaniy
135
Kebebasan Beragama
dalam Islam
Tidak dibenarkan menganut
agama lain setelah menganut
Islam. Demikian berdasarkan
firman Allah pada surah alNisa’ 4: 137 dan al-Nahl 16:
106 dan Hadith diriwayat
Tabrani dengan sanad yang
Hasan, sama juga hadith yang
diriwayat dari Mucawiyah Ibnu
Haidah dengan sanad perawiperawi yang dipercayai.
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
Rajah: Kerangka konseptual hubungan kebebasan beragama dengan sikap keterbukaan menurut kedua-dua perspektif
Islam dan Buddha.
Kedua-dua agama Islam dan Buddha dengan tegas mengakui kewujudan pelbagai agama di
dunia ini dan memberi hak kebebasan beragama kepada umatnya. Bahkan kedua-duanya bersikap
tegas melarang dalam menghina atau mencaci mana-mana agama di dunia ini. Hal ini
membuktikan kedua-duanya mengakui hak tersebut memberikan respon positif terhadapnya secara
meletakkan hak itu sebagai salah satu prinsip asasi dan dijadikannya sebagai alat menyatukan umat
beragama tanpa mengira jenis perbezaan seperti agama, bangsa dan warna kulit dengan
mencerminkan hak tersebut dalam bentuk mengakui, menghormati atas dasar toleransi yang mulia.
Namun dalam Islam, kerukunan hidup dalam kalangan penganut agama hanya terbatas kepada
hal-hal yang bersifat sosial atau kemasyarakatan, tidak kepada hal-hal yang berkaitan dengan
akidah atau keyakinan. Hak untuk tukar agama atau tidak menganut mana-mana agama
atheissetelah menganut Islam tidak dibenarkan. Ia tidak dikaitkan dan hak kebebasan beragama,
kerana perbuatan seperti itu dikira sebagai jenayah yang boleh dihukumkan. Hal demikian turut
disepakati oleh sebahagian besar sarjana Islam sepertial-Nakhli, I. (98H); al-Thawriy, S(161 H);
Mahmud Shaltut (1966);Mahmassani (1979);al-Mubarak, M. (1980); Abdul Ghani Samsudin
(2001);Sachedina, A. (2001);ABM Mahbubul (2002); Baltaji, A. (2003); al-Shacrawi, M. M. (n.d.);
al-Qardawi, Y. (2011);Pertukaran agama daripada Islam kepada agama lain dikenali sebagai
murtad dan ia dilebal sebagai pengkhianat seperti yang dinyatakan dalam al-Qur’an dan hadith. Hal
ini turut dibincangkan oleh sarjana Islam dengan pelbagai pandangan sama ada hukuman tetap
dikenakan ke atas mereka yang murtad ataupun hak mereka masih dilindungi atas prinsip
kemanusiaan.
Adapun kebebasan beragama dalam perspektif Buddha Theravada, Buddha mencontohi
perbagai cara sikap seorang penerang dan penjelas agama dengan menggunakan kecerdasan akal
rationaldalam menilai kepastian sesuatu perkara.Buddha memberikan hak untuk memilih dan
menentukan sikap sesuai dengan kehendak sendiri tanpa paksaan, tetapi harus didasari dengan
suatu penyelidikan terhadap kebenaran. Pendekatan potensi akal yang rasional menentukan
136
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
kepastian sesuatu itu menepati hasrat yang tersirat di dalamDeklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat
UDHR.Dalam erti kata lain, keterikatan norma-norma Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat
UDHR boleh dilihat dari aspek persamaan sumber yang berasaskan pemikiran manusia sebagai
sumber melilai kepastian sesuatu. Justeru, setiap manusia dilihat setara di sisi undang-undang.
Walaupun amat jelas sumber dan autoriti dalam hal ini sangat berbeza, namun kedua-dua
agama Islam dan Buddha memiliki perspektif berkongsi ruang kebebasan beragama hampir sama
dari aspek mengakui hak kebebasan menganut, mengamal, menyebar, tidak memaksa dalam
beragama, kebebasan beragama tidak boleh melanggar hak orang lain serta mengiktirafkan
kebebasan beragama sebagai hak yang boleh dinikmati oleh setiap orang. Pengiktirafan hak
tersebut, mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan sifat kemanusiaan dengan
meletakkan kepentingan kolektif sebagai kayu ukur utama dalam membicarakan hak kebebasan
beragama. Dalam Islam, manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang istimewa dikurniakan
dengan akal fikiran bagi mentadbir alam ini dan membina jalinan sesama makhluk dalam keadaan
aman dan harmoni (al-Dahabi, A. G. 1993).Hal ini cAbd al-Wahid,M. (1973) dan Muhammad
Mahmud, J. (n.d.) dan al-Qardawi, Y. (2001) turut menyatakan asas pembentukan kerukunan antara
umat beragama dalam sesebuah masyarakat ialah persaudaraan, kesamarataan dan saling
melindungi atas dasar kemanusiaan. Demikian bertepatan dengan firman Allah s.w.t. pada surah alIsra’ ayat 70. Ays-Shawkani (2009), mentafsirkan ayat tersebut bahawa Allah s.w.t. telah
menganugerahkan nikmat kepada manusia secara global. Samentara menurut M. Quraish
(2010)ayat tersebut menggambarkan manusia adalah makhluk yang unik yang memiliki
kehormatan dalam kedudukannya sebagai manusia sama ada ia taat beragama ataupun tidak. Selain
itu, manusia juga adalah amat mulia kedudukannya dengan bentuk jasad yang bagus, kemampuan
berbicara dan berfikir serta berpengetahuan. Ayat ini juga membuktikan bahawa manusia memiliki
hak untuk memilih mengikut kehendaknya masing-masing.Dengan penganugerahan tersebut, maka
manusia boleh hidup di mana-mana sahaja serta mereka harus diperolehi jaminan akan
keselamatan. Demikian bertepatan dengan ungkapan Sayyid Qutb (1975), tidak ada kelebihan
seseorang individu dengan individu yang lain. Ini bermakna semua manusia adalah sama dan
persamaan manusia ini berhak berhimpun dalam pangkuan Islam dan di bawah perlindungan sistem
sosialnya. Mereka merasakan berada dalam satu keluarga yang mempertemukan mereka semua
dalam satu ikatan iaitu iakatan kemanusiaan.Demikian juga dalam agama Buddha, terbukti dalam
sejarah perkembangannya bahawa Sang Buddha banyak menceritakan pengalaman-pengalaman
tentang kasta (pembahagian kelas dalam masyarakat) seperti yang dinyatakan dalam ajaran
Suntarikasutra, Silavimangsachadok dan Akkanyasutra. Secara keseluruhannya, Buddha
menggambarkan bahawa manusia adalah sama kedudukannya. Walaupun seseorang itu dilahirkan
dalam keluarga diraja ataupun kalangan pekerja biasa (pengurus jenazah), tetapi perkara yang
boleh menentukan masa depan hidupnya hanyalah moral.Ini bermakna walaupun kebebasan
beragama adalah hak yang dimiliki setiap orang, namun setiap manusia tidak boleh melakukan
sesuatu secara sesuka hati sehingga melanggar hak yang ada pada orang lain atau menjejaskan
kemaslahatan umum. Sebaliknya, hak tersebut memerlukan peraturan yang telah disepakati melalui
perjanjian-perjanjian bagi memastikan ia tidak melanggar hak orang lain sehingga boleh
menjejaskan kepentingan masyarakat awam (Khareng, M. 2015).
Metodologi Kajian Peranan Kefahaman Kebebasan Beragama Dalam Menjana
Pembentukan Sikap Keterbukaan dalam Kalangan Penganut Agama
Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini adalah terdiri dari data-data yang diproses memalui
secara kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Pada tahap awal kajian ini dijalankan dengan
menggunakan kaedah tinjauan. Menurut Fink (1995), kaedah tinjauan merupakan satu sistem
mengumpul data untuk menghurai, membanding atau menjelaskan pengetahuan, sikap dan tingkah
laku. Penyataan seperti ini, menyokong pemilihan kaedah tinjauan yang digunakan dalam kajian ini
iaitu menghubungkaitkan antara tahap kefahaman kebebasan beragama dengan sikap keterbukaan
kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama lain. Setelah kaedah tinjauan dikenalpasti,
kombinasi dilakukan ke atas dua pendekatan. Pertama pendekatan kualitatif yang memberi makna
pembolehubah yang diperolehi dirumuskan dalam bentuk non numeric atau bukan angka.
Manakala yang kedua iaitu pendekatan kuantitatif, ia memberi makna pembolehubah yang dikaji
137
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
boleh dirumuskan dalam bentuk numeric atau angka. Kedua-dua pendekatan tersebut dilakukan
bertujuan untuk memperkukuhkan lagi dapatan kajian (Creswell, J.W. 1994;Frechtling, S. &
Westat. 1992).
Instrumen Kajian
Terdapat tiga instrumen yang digunakan dalam kajian untuk mendapatkan data-data kuantitatif
iaitu menggunakan soal selidik, temubual dan pemerhatian turut serta. Pemilihan terhadap tiga
instrumen ini dilakukan kerana ia merupakan bentuk instrumen yang berkesan serta mudah bagi
memperoleh maklumat daripada responden (Wiseman, D. C. 1999). Penggunaan kaedah ini juga
dapat mengukuhkan kefahaman tentang aspek yang dikaji melalui triangulasi (Cohen, L. Manion,
L. Morrison, K. 2000).Dalam hal ini, pengkaji berpandukan kepada teori Oppenheim, A. N. (1992)
yang menyatakan bahawa soal selidik dan temu bual merupakan dua bentuk instrumen yang
berkesan bagi mendapat maklumat daripada responden selain daripada kaedah pemerhatian turut
serta. Ia boleh memberi banyak kelebihan kepada pengkaji antaranya melibatkan kos pengendalian
yang rendah, sampel ramai dan bertaburan seluruh tempat, cepat, boleh menggunakan format
secara konsisten, mudah dianalisis dan mudah untuk dikodkan ke komputer. Manakala kebaikan
melalui kaedah temu bual pula, ia memberi peluang dalam bersoal jawab, mendapat penerangan
yang jelas, mandapat maklumat yang lebih mendalam dan baik, menggunakan kos yang rendah dan
lain-lainnya. Dengan kepelbagaian kebaikan yang terkandung pada kegunaan pendekatan soal
selidik dan temu bual ini, pengkaji mengambil kesempatan ini juga untuk memilih cara tersebut
bagi memperolehi maklumat-maklumat dalam menjalankan kajian lapangan.
Proses Pembinaan Soal Selidik dan Menguji Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
Menurut Wiseman. D. C. (1999) penggunaan soal selidik adalah kaedah yang paling banyak dan
popular digunakan dalam bidang sains sosial. Ia digunakan bersama dengan kaedah-kaedah yang
lain seperti pemerhatian turut serta dan temu bual bagi menguatkan lagi maklumat penyelidikan. Di
samping, soal selidik adalah prosedur terancang untuk mengumpulkan maklumat daripada
sekumpulan individu untuk menentukan status seperti sikap, minat, demografi dan sebaginya
berkaitan satu atau lebih pembolehubah. Ia juga merupakan kaedah yang paling mudah lagi
berkesan dalam memperolehi data piawai daripada saiz sampel kajian yang besar dan menyeluruh
(Loether, H. J. & MC Tavish, D. G. 1984). Untuk memastikan soal selidik memiliki tahap
kebolehpercayaan yang baik dan sesuai digunakan untuk kajian ini, format dan soalan-soalan yang
digunakan adalah terdiri daripada beberapa set soal selidik yang telah digunakan oleh penyelidikpenyelidik sebelum ini. Setelah semua set soal selidik dikumpul maka proses mengubahsuai
dilakukan oleh pengkaji mengikut tujuan yang hendak dikaji.
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian
pertama iaitu bahagian A mengandungi 10 item yang berkaitan dengan maklumat latar belakang
demografi iaitu umur, tahap kelulusan pengajian, jantina, status perkahwinan, agama, bangsa,
hubungan individu/kumpulan yang berlainan agama dengannya, tempat tinggal, kawasan
kediaman, status kerja, jenis pekerjaan dan wilayah. Manakala bahagian yang kedua pula ialah
bahagian B, ia mengandungi 18 item bagi melihat tahap kefahaman responden terhadap kebebasan
beragama. Secara terperinci item No. B13 hingga item No. B15 sebanyak 3 item digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang kebebasan dalam menganut, mengamal dan menyebar ajaran
agama. Selanjutnya untuk mendapatkan maklumat tentang tidak ada paksaan dalam beragama
melalui petunjuk yang khusus iaitu item No. B16 hingga item No. B17 sebanyak 2 item digunakan.
Seterusnya dalam bahagian ketiga untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan hak penganut
selain daripada Islam dan hak penganut Islam dengan petunjuk yang khusus iaitu item No. B18 dan
item No. 22 dan untuk mendapatkan maklumat tentang kebebasan beragama tidak boleh melanggar
hak orang lain dengan menggunakan petunjuk item No. B23 hingga item No. B26. Akhirnya
sebanyak 4 item iaitu item No. B27 hingga item No. B30 untuk melihat kepentingan kebebasan
beragama kalangan penganut agama. Semua 18 item ini dibina berdasarkan perbahasan tentang
kebebasan beragama yang telah dibincangkan oleh penulis sebelum ini.
138
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
Seterusnya bahagian yang ketiga iaitu bahagian C. Ia mengandungi sebanyak 20 item bagi
melihat sikap keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama lain. Untuk menilai
tahap keterbukaan kalangan penganut agama, penulis memfokuskan hanya empat elemen iaitu
terhadap pengamalan ajaran agama dan kepercayaan, semangat kebangsaan, pengamalan adat
istiadat dan budaya dan status agama dalam agama (minoriti & majoriti). Secara terperinci item No.
C31 hingga item No. C35 sebanyak 5 item bagi melihat tahap tanggapan responden terhadap
pengamalan ajaran agama dan kepercayaan kalangan penganut agama lain. Manakala item No. C36
hingga item No. C41 sebanyak 6 item bagi melihat sejauh mana responden memiliki tanggapan
terhadap semangat kebangsaan. Seterusnya, sebanyak 5 item petunjuk iaitu item No. C42 hingga
item No. C46 bagi melihat sejauh mana pengamalan data istiadat dan budaya yang diamalkan oleh
penganut agama dilihat oleh penganut agama lain dan akhirnya sebanyak 4 item petunjuk iaitu item
No. C47 hingga item No. C50 bagi menguji status agama dalam negara sama ada minoriti ataupun
majoriti dilihat oleh penganut agama lain.
Berdasarkan kajian ini melihat tahap penerimaan dan penolakan responden terhadap sesuatu
pembolehubahan, maka pengkaji membina soal selidik dengan menyediakan pemilihan jawapanjawapan berbentuk skala likert.Demikian kerana bentuk skala tersebut amat sesuai untuk menilai
tahap penerimaan atau penolakan responden terhadap sesuatu pertanyaan yang
dikemukakan(Wiseman, D. C. 1999). Setelah pengkaji mempunyai satu set soal selidik, maka
pengkaji turut menjalankan ujian kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dengan berpandukan
kepada teori Chua, Y. P. (2006) dan Creswell, J. W. (2008) iaitutiga proses kesahan instrumen
perlu diuji termasuk kesahan kandungan, kesahan konstruk dan kesahan kriteria. Kesahan
kandungan boleh dilakukan dengan dua bentuk iaitu dengan mendapat pandangan sekumpulan
responden dan pakar dalam bidang berkenaan. Untuk tujuan itu, pengkaji menggunakan teknik
Delphi iaitu mengguna tenaga pakar dalam lingkungan 12-20 orang. Penglibatan pemeriksa yang
ramai akan menggambarkan pelbagai kekurangan yang boleh menambah baikan soal selidik
itu(Ludwig, B. 1997).Kesemua ini dilakukan bertujuan untuk memastikan bahawa item-item dan
skala dalam instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur serta dapat diberikan jawapan bagi
setiap persoalan kajian. Item dalam soal selidik disemak dan dinilai oleh penyelia dan pakar untuk
menentukan sama ada item-item yang dibina benar-benar mencerminkan pembolehubahpembolehubah kajian. Seterusnya, kesahan konstruk juga turut dilakukan berdasarkan teori
Jackson, S. L. (n.d.) bagi tujuan melihat sejauhmanakah pengujian yang dilakukan boleh mengukur
konstruk mengikut teori sesuatu kajian bagi memastikan apa yang diukur oleh konstruk selari
dengan teori kajian. Untuk tujuan kesahan konstruk bagi kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah
rintis pilot study bagi menilai kebolehpercayaan instrumen yang perlu ditentukan dan dapat
mengenalpasti tahap ketepatan dalaman item-item yang digunakan dalam instrumen sesuatu kajian.
Setelah pilot study dijalankan didapati kefahaman kebebasan beragama mencapai 0.859 dan sikap
keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama lain mencapai 0.894. Ini bermakna
skor yang diperolehi secara pilot study melebihi 0.6 menunjukkan nilai-nilai pekali Alpha
Cronbach bagi setiap pembolehubah adalah berada pada tahap sangat baik dan sesuai digunakan
dalam kajian ini.
Analisis Data Kajian Lapangan
Berikut adalah dapatan yang diperolehi secara kajian lapangan yang telah dijalankan ke atas
masyarakat di Selatan Thailand. Merujuk kepada dua konstruk asas di dibina oleh pengkaji untuk
kajian ini iaitu kebebasan beragama dan sikap keterbukaan didapati responden menjawab setuju
tentang kebebasan beragama sebanyak 37.63 peratus, diikuti dengan amat setuju sebanyak 28.62
peratus, kemudian kurang setuju sebanyak 20.56, tidak setuju sebanyak 8.7 peratus dan akhirnya
sangat tidak setuju sebanyak 4.49 peratus. Manakala dalam bahagian sikap keterbukaan pula
didapati responden menjawab setuju sebanyak 40.02 peratus, diikuti dengan amat setuju sebanyak
30.96 peratus, kemudian kurang setuju sebanyak 20.69, tidak setuju sebanyak 5.25 peratus dan
akhirnya sangat tidak setuju sebanyak 3.08 peratus.
50
37.63
40
30
20.56
20
8.7
40.02
139
28.62
30.96
20.69
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
Rajah: Purata dapatan peratusan kedua-dua konstruk (Sumber: pengkaji)
Berdasarkan kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat hubungan kefahaman kebebasan
beragama kalangan penganut agama dengan sikap keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap
penganut agama lain di masyarakat Selatan Thailand, maka analisis inferensi korelasi digunakan
bagi mengukur tahap korelasi yang wujud antara dua pembolehubah itu. Tahap kekuatan korelasi
antara dua pembolehubah diukur melalui nilai pekali korelasi koefision (r) antara -1 hingga +1.
Pekali korelasi bernilai kosong 0 bermakna tidak terdapat perhubungan atau korelasi antara keduadua pembolehubah yang berkenaan. Manakala pekali korelasi yang dekat nilai korelasi koefision
kepada nilai pekali korelasi 1 menunjukkan wujud hubungan atau korelasi kedua-dua
pembolehubah itu kuat(Ali, H. 1994). Jadual berikut menunjukkan jadual interpretasi skala pekali
korelasi.
Jadual: Interpretasi Skala Pekali Korelasi
Nilai pekali korelasi (r)
<0.10
0.10-0.30
>0.30
Kekuatan korelasi
Hubungan yang lemah (boleh diabaikan)
Hubungan yang sederhana
Hubungan yang tinggi
Dapatan Kajian dan Perbincangan Hubungan Kefahaman Kebebasan Beragama Dengan
Sikap Keterbukaan dalam Kalangan Penganut Agama
Analisis korelasi yang digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk menguji hipotesis nol yang
dikemukakan oleh pengkaji iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman
kebebasan beragama dengan sikap keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama
lain di masyarakat Selatan Thailand. Justeru, kaedah analisis korelasi Pearson telah digunakan bagi
membuat analisis perhubungan dalam kajian ini. Dapatannya seperti yang dinyatakan dalam jadual
di bawah
Jadual: Hubungan antara kefahaman kebebasan beragama dengan sikap keterbukaan kedua-dua
masyarakat terhadap penganut agama lain
Konstruk
Kefaham
an
Kebebas
an
Beragam
a
140
Sikap
Keterbuka
an Keduadua
Masyarak
at
Terhadap
Penganut
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
Kefahaman Kebebasan Beragama
Sikap Keterbukaan Kedua-dua
Penganut Agama lain
Masyarakat
Pearson
Correlati
on (r)
Sig. (2tailed)
(p)
N
Terhadap Pearson
Correlati
on
Sig. (2tailed)
N
1
.
870
.597**
.000
870
Agama
lain
.597**
.000
870
1
.
870
r = korelasi pearson
p = signifikan
*signifikan 2 hala p < 0.05
Analisis korelasi Pearson bagi mengenal pasti tahap hubungan antara kefahaman kebebasan
beragama dengan sikap keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama lain ditunjuk
dalam jadual di atas didapati hubungan antara kedua-duanya berada pada tahap yang tinggi dengan
mencapai nilai r=0.597, sig=0.000 (p<0.05). Ini bermakna, Hipotesis yang menyatakan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman kebebasan beragama dengan sikap
keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama lain ditolak.Hasil kajian ini didapati
bahawa hubungan antara kefahaman kebebasan beragama kalangan penganut agama dengan sikap
keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama lain adalah hubungan positif. Ini
bererti semakin tinggi tahap kefahaman kebebasan beragama kalangan penganut agama, maka
tinggilah juga tahap sikap keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama lain.
Kebebasan beragama dalam konteks perbincangan ini bukan sekadar suatu bentuk ilmu, akan
tetapi ia menjangkau aspek tingkah laku. Ini kerana pengaruh tahap kefahaman kebebasan
beragama terhadap penganut agama dijelaskan berdasarkan data-data yang diperolehi dari
responden. Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini wajar berlaku, kerana kelakuan seseorang
terhasil daripada tahap ilmu pengetahuannya. Ini bermakna semakin tinggi tahap pengetahuan ilmu
seseorang, maka tinggilah tahap pengamalannya. Dalam erti kata lain, seorang yang mempunyai
ilmu lebih mampu mempraktikkan ilmu yang dipelajari dibandingkan dengan mereka yang tidak
mempunyai ilmu. Dapatan demikian mendukung teori-teori yang telah dikemukakan oleh beberapa
sarjana psikologi seperti Fiesbein, M. & Ajzen, I. yang menyatakan ilmu pengetahuan berperanan
sebagai teras kepada penentuan sikap (attitude), niat (intention) dan tingkah laku
(behavior)(Fishbein, M. & Ajzen, I. 1975).Perubahan sikap individu berlaku apabila berlakunya
perubahan tahap pengetahuannya. Demikian turut disokong oleh Valente, T. et. al dengan
menyatakan bahawa apabila pengetahuan seseorang itu bertambah, maka pengetahuannya akan
mendorong untuk berubah sikap. Perubahan yang berlaku akan menyebabkan berlakunya
perubahan tingkah laku atau amalan manusia(Valente, T. Paredes, P. & Poppe, P. 1998).Di
samping itu, menurut Fernbach, M. (2002), apabila seseorang individu semakin kerap terdedah
dengan sesuatu mesej, maka secara langsung ia dipengaruhi oleh mesej tersebut. Komponen yang
mempengaruhi sikap ialah kognitif atau pemikiran yang mengandungi pengetahuan dan
kepercayaan terhadap sesuatu isu atau maklumat dan akhirnya ia mempunyai kecenderungan untuk
bertindak mengikut cara yang tertentu. Demikian bertepatan dengan pandangan Bloom,B. S.
(1956)yang mengatakan bahawa sikap seseorang dibentuk oleh tiga komponen yang saling berkait
iaitu efektif, perilaku dan kognitif. Komponen efektif merangkumi emosi positif dan negatif
terhadap sesuatu. Manakala komponen kedua iaitu perilaku ia terdiri daripada kecenderungan untuk
bertindak pada tingkah laku tertentu yang berkaitan dengan sikap dan yang ketiga iaitu komponen
kognitif di mana ia merujuk kepada kepercayaan dan pemikiran yang dipegang oleh seseorang
141
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
terhadap objek tertentu. Ketiga-tiga komponen tersebut memainkan peranan saling berhubungan
antara satu sama lain dan berfungsi membentukan sikap seseorang individu ke arah tertentu.
Di samping itu, Kaliyaperumal, K. (2004) turut menyatakan suatu tindakan atau amalan
merujuk kepada cara-cara di mana seseorang itu menunjukkan pengetahuan mereka melalui
tindakan yang mereka lakukan. Apabila seseorang itu memahami pengetahuan dengan lebih
mendalam, sikap dan amalan membolehkan tindakan yang lebih baik dilakukan bagi mewujudkan
proses kesedaran. Dalam erti kata lain, teori sikap sama ada positif ataupun negatif timbul lantaran
adanya pemberian makna atau persepsi terhadap suatu objek atau peristiwa. Pemberian makna
tersebut, ditentukan oleh suatu sistem nilai untuk berperilaku pada suatu lingkungan tertentu.
Dengan teori seperti itu, maka ia menepati dengan dapatan analisis korelasi Pearson yang
menunjukkan sikap keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap penganut agama lain dibentuk
oleh tahap kefahaman kebebasan.
Apabila membincangkan tentang sikap keterbukaan dalam masyarakat beragama, secara
umum ia membawa maksud kepercayaan, peganggan atau keyakinan terhadap agama
membentukan sikap dan kelakuan sesuatu masyarakat terhadap suatu agama. Ini kerana agama
memainkan peranan penting sebagai kunci perkembangan pembangunan masyarakat, pengimbang
kepada struktur masyarakat yang harmoni, menyediakan himpunan nilai yang dapat menggerakkan
motivasi kepada tindakan individu dan sosial sekelilingnya dan agama juga mengakui kewujudan
pelbagai budaya di dunia ini serta turut menjamin hak kepercayaan berasaskan suasana semulajadi
dan etika yang telah sekian lama wujud. Ia bukan hanya membabitkan kegiatan ritual semata-mata.
Walaupun amat jelas sekali peranan agama mampu menangani konflik dalam masyarakat,
namun masyarakat tertutup atau tidak melahirkan sikap keterbukaan dalam hidup bermasyarakat
merupakan rumlah kepada setiap penganut agama. Himpir setiap agama secara umumnya menuntut
pengikut supaya merasa bangga dan taat kepada ajaran agamanya, saling mengasihi kalangan
penganutnya, mengkufuri agama selainnya, menganggap bahawa agamanya sahaja yang betul dan
selainnya adalah batil. Hal demikian al-Qardawi, Y. (1995) turut menyatakan sebab musabab yang
mengakibatkan kejadian itu berlaku antaranya masyarakat berpandangan sempit, tanpa disiplin
dalam berilmu, bersikap fanatik melampau dalam agama sehingga menentang sebarang perbezaan
yang terdapat pada agama lain dan sering menjadikan agama sebahagai hujah sekali pun tidak
berkaitan dengan agama.
Berdasarkan dapatan di atas yang menggambarkan terdapat hubungan yang signifikan antara
kefahaman kebebasan beragama dengan sikap keterbukaan kedua-dua masyarakat terhadap
penganut agama lain, maka amat penting sekali pentafsiran konsep yang tepat dan prinsip-prinsip
yang jelas mengenai kebebasan beragama disemaikan dalam hati setiap penganut. Di samping itu,
nilai-nilai murni agama yang menganjur ke arah kerjasama, saling membantu, saling menyayangi
dan bersikap terbuka dalam setiap hal yang bebeza juga perlu ditanamkan dalam hati setiap
penganut agar dasar-dasar tersebut membentukan sikap seorang penganut berpotensi tinggi untuk
menerima dalam setiap hal yang berbeza yang tidak bertentangan dengan prinsip agama. Dengan
itu, turut menjadi benteng yang mampu menghalang sebarang unsur yang boleh mengancam
hubungan murni kalangan penganut agama terutama dalam konteks masyarakat berbeza agama dan
kaum.
Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan bahawa kebebasan beragama adalah antara dasar yang amat penting
memainkan peranan membentuk masyarakat konsensus. Ia telah dilebal sebagai antara hak asasi
manusia dan turut dilindungi oleh undang-undang hampir setiap negara di dunia ini. Dapatan dalam
kajian ini cukup meyakinkan bahawa kedua-dua agama Islam dan Buddha menganjur ajaran
kebebasan beragama kepada penganutnya. Demikian terbukti ajaran tersebut mampu menjana
kepada pembentukan sikap keterbukaan dalam hidup bermasyarakat. Tanpa kesedaran kebebasan
beragama dalam kalangan penganut, maka sukarlah mewujudkan keharmonian dalam hidup. Ia
menggambarkan pembentukan sikap keterbukaan dalam masyarakat bergantung kepada semangat
kebebasan beragama dalam kalangan penganut itu sendiri. Justeru, amat penting sekali prinsip
kebebasan beragama ditanamkan dalam setiap jiwa penganut. Berikut, cadangan-cadangan yang
dikemukakan oleh pengkaji agar prinsip kebebasan beragama dapat dipraktikkan sebaik-baik
142
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
mungkin sehingga mampu menjamin kesejahteraan setiap penganut. Antaranya, a) setiap penganut
harus menyedari peranan dan tanggungjawab serta memberi perhatian serius terhadap tuntutan
agama khususnya dari aspek hubungan sosial kerana ia mampu memberi impak yang besar dalam
pembentukan keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat, b) mengakui dan menghormati
segala hak asasi manusia terutama hak kebebasan beragama kerana hak tersebut merupakan antara
elemen yang amat penting mampu menyelesaikan masalah konflik antara agama, c) menanam
budaya kerjasama, saling menyayangi, membantu, menghormati dan sentiasa bersikap terbuka
dalam setiap hal serta menterjemahkannya dalam kehidupan, d) mengikuti, memahami dan
berkerjasama dalam setiap program yang dirancang oleh pihak penguasa yang mempunyai hasrat
untuk menyatukan umat beragama, e) menunaikan segala tuntutan undang-undang negara yang
tidak bertentangan dengan ajaran agama dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan, f) sentiasa
menjaga adab dalam bersosial dan berhati-hati dalam membuat tindakan agar tidak menghalang
dan menjejas hak orang lain dan g) Memastikan hak kebebasan beragama sentiasa diberi perhatian
oleh setiap lapisan masyarakat dan menjadikannya sebagai satu hak yang diakui dan dihormati
secara konsisten.
Rujukan
Abdul Ghani S. (2001). The Islamic Perspective on Freedom of Religion. INSAF (Special issue on Freedom
of Religion) XXX No. 2
ABM Mahbubul (2002). Freedom of Religion in Shariah: A Comparative Analysis. AS Nordeen, Kuala
Lumpur, Malaysia.
Abu cAla Mawdudi. (1997). Islamic Law and Constitution. Islamic Publications, Lahore, Pakistan.
Abu Zahrah, M. (n.d.). al-Alaqat al-Dawliyyah fi al-Islam. Dar al-Fikr, n.p.
Al-Dahabi, A. G. (1993). Mucamalah Ghayr al-Muslimin fi al-Mujtama al-Islamiyy. Beirut: Maktabah
Gharib, Beirut, Lebanon.
Al-Dasuqi. (n.d.). Hashiyah al-Dasuqi. Vol. 4. n.p.
Al-Jaza’iri, A. (2011). A-Fiqh cala al-Madhahib al-Arbacah. Trans. H. M. Yusuf Sinaga et. al., Perniagaan
Jahabersa, Johor Bahru, Malaysia.
Al-Mawardi, A. H.A. (1985). Al-Ahkam al- Sultaniyyah wa al-Wilayah al-Dawliyyah. Dar al-Kutb alIlmiyyah, Beirut, Lebanon.
Al-Mubarak, M. (1980). Nizam al-Islam al- Hukmu wa al-Dawlah. Dar al-Fikr, Beirut, Lebanon.
Al-Nashr, A. Q. (1997). The Concept of Faith in Islam. al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur, Malaysia.
Al-Qardawi, Y. (2001). Ghayr al-Muslimin fi al-Mujtami al-Islamiyy. Resalah Publishers, Beirut, Lebanon.
Al-Qardawi, Y. (2001). Malamih al-Mujtamic al-Muslim alladhi Nanshuduhu. Resalah Publishers, Beirut,
Lebanon.
Al-Qutb, S. (1988). Fi Zilal al-Qur’an. Jil. 6. Dar al-Shuruq, Cairo, Egypt.
Al-Sabiq, S. (n.d.). Al-Aqa’id al-Islamiyyah. al-Fath al- Alam al-Arabi, Cairo, Egypt.
Al-Sacidi, A. M. (1999). al-Hurriyyah al-Fikr fi al-Islam. n.p.
Al-Saleh, S. (1961). Ahkam Ahl al-Dhimmah. Jamiah Damshiq, Damsyek, Syria.
Al-Shacrawi, M. M. (n.d.). Tafsir al-Syacrawi. No. 2. Dar Akhbar al-Yaum, Cairo, Egypt.
Al-Sharbini. (n.d.). Mughni Muhtaj. Vol. 4. Dar al-Kutb al-Ilmiyyah, Beirut, Lebanon.
Al-Sidawi, A. M. A. (n.d.). Al-Tasamuh fi al-Islam min Du‘i al-Qur’an wa al-Sunnah. Maktabah Salafi,
Cairo, Egypt.
Al-Zuhayli, W. (1998). al-Fiqh al-Ismali wa Adillatuha. Dar al-Fikr, Cairo, Egypt.
Ang Choo Hong (2003). A Buddhist Perspective of Religious Life in Malaysia. In. Religious and Unity in
Malaysia. Jaffary Awang et. al. (ed). pp. 186-191. Malindo Printers Sdn. Bhd., Shah Alam, Malaysia.
Baltaji, A. (2003). Al-Jinayat wa Uqubatuhu fi al-Islam wa Huquq al-Insan. Kaherah: Dar al-Islam, Cairo,
Egypt.
Bloom, B. S. (1956). Taxonomy of Education Objectives, handbook I: The Cognitive Domain. David McKay
Co Inc, New York, USA.
c
Abd al-Wahid, M. (1973). Al-Mujtamac al-Islami Ahdafu wa Daaimuh, Awdau wa Khasaisuh fi Daw alKitab wa al-Sunnah. Maktabah al- Mutanabbi, Cairo, Egypt.
Chua, Y. P. (2006). Method and Research Statistic: Research Methodology Book 1. McGraw Hill Education,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2000). Research Methods in Education. Firth (5) edition. Routledge
Palmer, London.
Creswell, J. W. (2008). Education Research: Planning, Conduction and Evaluating Quantitative and
Qualitative Research. Pearson Education, Inc, New Jersey, USA.
143
PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017
Creswell, J.W. (1994). Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches. Sange, Thousand Oaks.
Uthman, A. K. (1968). Al-Nizam al-Siyasi fi al-Islam. Dar al-Fikr, Beirut, Lebanon.
Fink, A. (1995). How to Sample in Survey. Sage Publications, London.
Fishbein, M., & Ajzen, I. (1975). Belief, Attitude, Intention and Behavior: An Introduction to Theory and
Research. Addison- Wesley Publishing Company, New York, USA.
Frechtling, S., & Westat. (1992). User-Friendly Handbook for Mixed Method Evaluations. National Science
Foundation, Arlington.
Hasyim, U. (1979). Tolerance and Freedom of Religion in Islam as the Basis Towards Dialogue and
Interfaith Harmony. PT Bina Ilmu, Surabaya, Indonesia.
Ibn Qudamah. (n.d.). al-Mughni. Vol. 10. Dar al-Kutb al-Arabiyyah, Beirut, Lebanon.
Ismail Badwiy. (1980). Daa’im al-Hukm fi al-Islamiyyah wa al-Nizam al-Dusturiyyah al- Mucassirah. n.p.
Kaliyaperumal, K. (2004). Guideline for Conduction a Knowledge, Attitude and Practice (KAP) Study. In.
AECS Illumination. Vol. 4. No. 1.
Khareng, M. (2015). Freedom of Religion: A Study on the Level of Understanding Among the Religious
Believers in the Southern of Thailand. Mediterranean Journal of Social Science. Vol.6. No. 4.
Khemapanyo, P. T. (2003). An Analytical Study of The Concept of Liberty in Theravada Buddhist
Philosophy. Dissertation of Phylosophy Research, Mahachulalongkornrajavidyalaya University.
Bangkok, Thailand.
Krishnanda, W. M. (2003). Buddha Dharma Discourse. Yayasan Dharma Pembangunan, Jakarta, Indonesia.
Loether, H. J., & MC Tavish, D. G. (1984). Descriptive Statistics for Sociologist: on Introduction. Allyn and
Bacon, Boston.
Ludwig, B. (1997). Predicting the Future: Have You Considered Using the Delphi Methodology. 35 (5).
Retrieved from http://www.je.org/ joe/1997october/ttz.html.
M. Quraish (2010). Tafsir al-Mishbah. No.1. Lentara Hati, Jakarta, Indonesia.
Mahmassani (1979). Arkan al-Huquq al-Insan. Dar al-Malayyin, Beirut, Lebanon.
Mahmud Shaltut. (1966). Islam Aqidah wa Shariah. Dar al-Qalam. n.p.
Muhammad Mahmud, J. (n.d.). Usul al-Mujtama al-Islami. Dar al-Fikr, Cairo, Egypt.
Nabrawi, Kh. (2008). Mausuat Huquq al-Insan fi al-Islam. Darul al-Salam, Cairo, Egypt.
Narada. (1998). The Buddha and His Teachings. Jakarta: Yayasan Dhammadipa Arama.
Oppenheim , A. N. (1992). Questionaire Design, Interviewing and Attitude Measurement. Ed. Ke-2. Printer
Publishers., London.
Patumkantarakon, P. (2011). The Doctrine in Theravada Buddhiusm and Human Rights Promotion.
Dissertation of Buddhism Research. Mahachulalongkornrajavidyalaya Universit, Bangkok, Thailand.
Piyadassi Maha Thera (2003). Spectrum Buddhism: Yayasan Pendidikan Buddhis Tri Ratna. Jakarta,
Indonesia.
Porahamata, S. (1999). Buddhist, Human, Social Philosophy and Moral Issues. Bangkok:
Mahachulalongkornrajavidyalaya University, Bangkok, Thailand.
Qutb, S. (1971). Fi Zilal al-Qur’an. Beirut: Dar Ahya’ al-Turath al-Arabi.
Sachedina, A. (2001). The Islamic Roots of Democratic Pluralism. Oxford University Press. Oxford, USA.
Salih al-Uthmain, M. (n.d.). Fatawa Arkan al- Islam. Dar al-Suriyya li Nashr, Riyad.
Thammayarit, T. (2011). The Achieved Outcomes of the Integration of the State-Family-School Partnership
Using the Dhamma to Promote Democracy in Northe Astern Thailand. Ph. D. Tesis Public
Administration. Valaya Alongkorn Rajabhat University under the Royal Patronage, Bangkok, Thailand.
Valente, T. Paredes, P., & Poppe, P. (1998). Matching the Massage to the Process: The Relative Ordering of
Knowledge, Attitude and Practices in Behavior Change Research. In. Human Communication
Research. Vol. 24. No. 3.
Ven. K. Sri Dhammaanda (1997). Why Buddhism. Laser Press. Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, Malaysia.
Wafi, A. A.W. (n.d.). al-Hurriyyah fi al-Islam. Darul Macarif, Cairo, Egypt.
Widya, R. S. (2004). Dhammapada. Yayasan Abdi Dhamma Indonesia, Jakarta, Indonesia.
Wiseman, D. C. (1999). Research Strategies for Education. Wadsworth Publishing Company, Belmont.
144
Download