KHUTBAH JUMAAT 4 DISEMBER 2009 = 17 ZULHIJJAH 1430

advertisement
KHUTBAH JUMAAT 4 DISEMBER 2009 = 17 ZULHIJJAH 1430
1
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Pada hari Jumaat yang mulia ini kita telah berada di akhir tahun Masehi 2009. Tiga
minggu lagi kita akan meninggalkan tahun 2009 dan menyambut tahun 2010. Sedar atau tidak
sedar umur kita telah bertambah setahun lagi. Jarak kita dengan rumah telah bertambah jauh
setahun dan jarak kita dengan kubur bertambah dekat setahun. Oleh itu sebelum kita
melangkah ke tahun 2010 marilah kita bertafakur, bermuhasabah diri kita masing-masing
tentang hidup kita ini. Darimana kita datang dan kemana kita akan pergi.
Semua manusia telah maklum bahawa manusia ini telah diciptakan Allah daripada
setitis air yang hina yang jika terkena kepada baju akan kita basuh hingga bersih. Manusia biasa,
diciptakan dengan pecantuman satu sel benih lelaki dan dengan satu cel benih perempuan di
dalam rahim wanita. Sel yang bercantum ini bekembang biak hingga menjadi berjuta-juta sel
dan membentuk tulang, daging, kepala, kaki, tangan dan organ-organ di dalam tubuh manusia.
Allah mengingatkan manusia tentang penciptaan manusia ini dalam Surah Al Mukminun
ayat 12 hingga 16:
   

   
   
 
 
  
  
  










 
Maksudnya: Demi sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari
tanah; kemudian Kami jadikan "pati" itu air benih yang disimpan pada tempat yang kukuh;
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami ciptakan darah
beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang;
2
kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami
bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maha suci Allah Pencipta yang paling
baik.
Proses pertumbuhan ini berlaku di dalam pemeliharaan Allah hinggalah manusia di
lahirkan dari perut ibu ke alam dunia ini untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah di
muka bumi ini. Allah telah mengaturkan bahawa aktiviti hidup manusia di alam dunia yang
tidak sampai 100 tahun inilah yang akan menentukan rupa bentuk kehidupan manusia berjutajuta tahun seterusnya. Jika semasa hidup di dunia ini manusia dapat menjalankan tanggung
jawabnya dengan baik sebagai hamba Allah dengan penuh taqwa, makan hidup setrusnya akan
mendapat kenikmatan yang sejati dan kekal. Sebaliknya jika manusia gagal menjalankan
tanggung jawabnya di dunia ini sebagai hamba Allah maka kehidupan selepas matinya akan
penuh denga azab sengsara.
Semua kita, orang yang beriman percaya: bahawa akibat daripada segala tindak tanduk
kita di dunia ini akan mula di rasa sebaik sahaja kita di masukkan ke kubur. Mati sebenarnya
hanya beberap jam sahaja. Alam pertama yang akan kita lalui selepas mati ialah alam barzakh
atau alam kubur. Banyak hadis sahih yang mengesahkan bahawa sebaik sahaja orang yang
menghantar kita balik dari kubur kita akan sedar semula dan bebarapa jenis azab permulaan
akan di rasai di alam barzakh ini sehinggalah berlaku kiamat. Selepas kiamat terjadi, kita akan
berpindah pula ke alam mahsyar atau alam pengadilan. Di sana akan disediakan oleh Allah
s.w.t. sebuah mahkamah keadilan agung yang maha besar, maha lama perbucaraannya, maha
telus dan maha adil. Hakimnya ialah Allah s.w.t. sendiri. Keputusannya muktamad dan tidak
boleh dirayu kemahkamah yang lebih tinggi. Di mahkamah ini semua makhluk baik manusia
binatang atau jin akan mendapat pengadilan yang seadil-adilnya. Tidak ada suatu pun yang
akan dapat disorok dimahkamah itu. Semua rahsia akan terbongkar dan semua keraguan akan
terserlah. Manusia tidak dapat berdalih lagi walau pun ia seorang peguam yang paling bijak di
dunia ini saperti yang diceritakan di dalam Surah Yasiin ayat 65
3
Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan akan bercakap tangan mereka kepada kami, dan
kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang mereka lakukan dahulu. Ini membuktikan bahawa
kita tidak boleh berselindung lagi. Besar kemungkinan video semua perlakuan kita akan
ditayangkan semula termasuk close-upnya sekali. Gambar kaki dan tangan ketika melakukan
sesuatu akan dapat dilihat dengan jelas seolah-olah tangan dan kaki itu bercakap sendiri. Jadi
mana ada jalan untuk menafikan segala yang kita lakukan.
Kehebatan mahkamah agung itu di gambarkan oleh Allah di dalam surah An Naba’ ayat 38 dan
39
yang bermaksud: Pada hari itu (yakni Hari Pengadilan) roh-roh (manusia dan jin) dan para
malaikat berdiri bersaf-saf (yakni berbaris-baris lurus) mereka tidak berani berkata apa-apa
kecuali siapa yang diberi keizinan oleh Tuhan yang Maha Pemurah dan mereka cuma
mengucapkan perkataan yang benar sahaja. Itulah hari yang pasti akan terjadi. Maka
barangsiapa yang di kehendaki maka ia akan menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.
Ternyata dalam ayat tersebut tiada siapa yang boleh berbohong dan berdusta lagi
Manusia, jin dan malaikat bagitu takut dan gerun sekali. Bayangkan di hadapan berbillionbillion makluk manusia, jin dan malaikat semua rahsia kita ditelanjangi satu persatu. Bagi yang
berdosa mungkin semua air kencing didalam perutnya akan meluncur keluar ketakutan. Tiada
4
siapa yang berani bercakap walau pun sepatah tanpa kebenaran Allah. Semuanya akan
dihukum dengan se adil-adilnya. Yang terzalim akan mendapat pampasan yang seadil-adilnya
daripada yang menzaliminya. Setiap kesalahan atau dosa akan di kira walau sekecil mana sekali
pun saperti yang termaktub didalam surah Az Zazilah ayat 6, 7 dan
8
Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dengan bermacam-macam keadaan supaya
diperlihatkan kepada mereka balasan pekerjaan mereka. Barang siapa membuat kebaikan
walau sebesar zarah atau atom pun necaya akan di lihatnnya. Dan barangsiapa membuat
kejahatan walau sebesar zarrah pun akan dilihatnya juga.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,
Setelah fakta-fakta kes di bentangkan dengan meneliti semua amalan, pekerjaan,
ibadat, akhlak, niat-niat di dalam hati, kita semasa hidup yang kurang dari 100 tahun ini maka
Allah akan menjatuhkan hukuman dengan seadil-adilnya dengan timbangan atau mizan.
Bagaimana rupa mizan itu ? Adakah ia saperti timbangan kilo atau pun unit digital saperti
meter ditempat kita membeli minyak tidak perlulah kita persoalkan kerana teknologi Allah
berjuta-juta kali lebih canggih daripada teknologi kita. Yang pasti ialah dalam timbangan itu kita
akan melihat manakah yang lebih berat. Amalan kebaikan atau amalan kejahatan. Allah
memberi gambaran yang mudah di fahami oleh manusia dalam surah Al Qariah ayat 6 hingga
11
5
Maka barang siapa yang berat timbangan kebaikannya maka ia akan berada dalam kehidupan
yang menggumbirakan. Barang siapa yang ringan timbangan kebaikannya maka tempat
kembalinya ialah neraka Hawiah. Tahukah kamu apakah neraka Hawiah itu? Ia ialah api yang
sangat panas.
Sidang Junaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Untuk memudahkan kita memahami keadaan ini mungkin boleh kita gambarkan secara
mudah bagini. Katakanlah dosa dan pahala ini dapat di sukat dengan kilo. Setelah video
amalan kita di mainkan meter dosa dan pahala akan berjalan macam meter di pam minyak.
Katakanlah pahla ibadat, sembahyang, puasa, zakat, haji, 50 ribu kilo. Sedekah jariah dan
menolong orang 30 ribu kilo. Kerja kebajikan dan kerja-kerja Fardhu kipayah 20 ribu kilo.
Jumlahnya 100 ribu kilo pahala. Dosa pula : Dosa meninggalkan sembahyang dan puasa 20 ribu
kilo. Dosa tidak menunaikan tanggung jawab dengan betul 40 ribu kilo, dosa mata, dosa
tangan, dosa telinga dan dosa kaki 20 ribu kilo. Jumlahnya 80 ribu kilo. Jadi timbangan
kebaikan ada lebih atau surplus 20 ribu kilo. Adalah harapan masuk ke syurga. Tetapi belum
selesai timbangan bangun pula orang-orang yang kita inaya menuntut. Orang yang kita
umpat, orang kita memberi sukatan tidak betul, orang bawahan kita yang kita tengking,
binatang yang kita inaya dan sebagainya katalah berjumlah 30 ribu kilo. Jadi lebihan pahala kita
yang 20 ribu kilo tadi telah ditolak 30 ribu kilo. Jawabnya tolak atau negatif 10 ribu kilo.
Maknanya dosa lebih daripada pahala sebanyak 10 ribu kilo. Dalam keadaan bagini kita telah
menjadi orang yang muflis dan tidak ada jalan lain kecuali akan dimasukkan ke penjara Neraka
Hawiah.
6
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian
Ini cuma gambaran yang di permudahkan sahaja. Bagaimana pengiraan yang sebenar
cuma Allah yang maha bijaksana sahaja yang mengatahuinya. Yang penting Hari Pembalasan
itu tetap akan sampai dan se tiap kita terpaksa menghadapi hari yang maha dahsyat dan maha
menggerunkan ini. Hidup kita dalam zaman moden ini memang terpaksa menghadapi cabaran
melakukan dosa yang besar dan dosa yang kecil. Terjaga sahaja dari tidur kita dikelilingi oleh
keadaan yang boleh melakukan dosa. Di rumah TV, Internet, Video boleh menambahkan
beberapa kilo dosa sehari. Keluar rumah bermacam-macam pandangan maksiat yang susah
hendak kita elakkan. Berjumpa kawan bercakap sepuluh patah sudah masuk cerita
mengumpat. Di tempat kerja penyelewengan dan rasuah mudah berlaku. Dalam perniagaan
penipuan secara senghaja dan tidak senghaja boleh berlaku. Yang tidak menutup aurat pula
meter dosanya berjalan sepanjang hari. Yang merempit, mendadah, meragut, membohjan,
membohsia tidak dapat dibayangkan berapa berat timbangan dosanya.
Semua cabaran-cabaran ini cuma boleh di hadapi dengan sifat taqwa kepada Allah. Kita
mesti berusha dengan sepenuh hati menghindarkan diri dari melakukan dosa. Jika dosa berlaku
juga cepat-cepat kita bertaubat. Nasib baik ada hadis yang mengatakan dosa-dosa kecil boleh
terhapus dengan beruduk dan sembahyang. Tetapi dosa yang besar mesti bertaubat. Satu lagi
yang boleh kita lakukan ialah dengan membanyakkan ibadat sunat saperti berzikir, sembahyang
sunat, bangun malam, berpuasa sunat, bersedekah, menolong orang dan membuat kerja-kerja
kebajikan dengan penuh keikhlasan untuk menambahkan akaun pahala kita, supaya timbangan
kira-kira atau balance sheet kita tidak menjadi deficit atau negatif. Mudah-mudahan dengan
pahla yang banyak dapat menebus kesalahan-kesalahan kita pada hari pengadilan kelak. Kita
tidak seharusnya berasa selesa dengan hanya sembahyang lima waktu, berpuasa, berzakat dan
berhaji sahaja kerana berkemunkinan besar pahala ibadat kita itu tidak cukup untuk
menumbangi dosa kita kepada makhluk Tuhan yang lain..
7
8
‫خطبة كدوا‬


















9










Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Sebelum kita melangkah ke tahun 2010 dan tahun Hijrah 1431 marilah kita cuba
menghisab diri kita masing-masing. Kata mesti bertanya kepada diri kita masing-masing : Jika
saya mati hari ini adakan timbangan saya positif atau negative. Jika kita boleh menjawab
dengan yakin jawapannya positif alhamdullillah dan teruskan aktiviti kita . Jika sebaliknya kita
harus merancang apakah stretegi yang mesti dibuat untuk membaiki kedudukan mizan atau
timbangan kita. Kita tidak harus menunggu tahun 2011 atau tahun 2020 baru hendak
mengambil tindakan kerana malaikal maut sentiasa mengendap dibelakang kita dengan senarai
nyawa yang akan dicabutnya setiap hari. Jika nama kita sudah naik dalam senarai, dia tidak
akan menunggu walau se saat pun sebab dia ada;ah pegawai Allah yang sangat kuat disiplinnya.
Jika kita kaya dan menyerahkan semua harta kita di dunia ini pun untuk meraswah malaikal
maut ia tidak akan lari dari tugasnya mencabut nyawa kita.

10




















11





















12
















13
14
Download