BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN : MEMATUHI SEGALA PERINTAHNYA DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA. BERTAWAKKALLAH KAMU KEPADANYA DENGAN SEBENAR-BENAR TAWAKKAL HANYA KEPADA ALLAH SAHAJA KAMU MESTI BERTAWAKKAL SEKIRANYA KAMU BENAR-BENAR BERIMAN. SESUNGGUHNYA KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN HAKIKI AKAN DIPEROLEHI APABILA SEGALA TINDAKAN, PEMIKIRAN DAN AMALAN BERLANDASKAN KEPADA KEIMANAN DAN KETAQWAAN. ITULAH TUNJANG DALAM PEMBENTUKKAN INSAN BERJIWA LUHUR KETIKA MELAKUKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI,KELUARGA, MASYARAKAT, ORGANISASI DAN NEGARA. KHUSUSNYA YANG MEMBABITKAN PENJAWAT AWAM. IANYA MENJADI BUALAN BUKAN SAHAJA DI KEDAI KOPI,BAHKAN MENJADI TOPIK PERBINCANGAN DIPERINGKAT NASIONAL DAN GLOBAL. IANYA MENJADI JENAYAH YANG MENGUGAT KEPETINGAN MASYARAKAT DAN MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA JIKA TIDAK DIBENDUNG SEGERA. MALAYSIA JUGA TIDAK TERLEPAS DARIPADA BAHANA RASUAH KERANA TERDAPAT SEGELINTIR MANUSIA YANG SANGGUP MEMBERI DAN MENERIMA RASUAH. IANYA BERLAKU BILA MANA ADA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN MEMBERIKAN SESUATU IMBUHAN TERTENTU DAN ADA PIHAK YANG SANGGUP MENGENEPIKAN HARGA DIRINYA DEMI MEMASTIKAN KEINGINAN ORANG BERKENAAN TERCAPAI. BILA MANA ADA PIHAK YANG MEMBERI SOGOKAN KEPADA MANA-MANA AHLI JAWATANKUASA TENDER DENGAN TUJUAN TAWARANNYA DI TERIMA ATAU DILULUSKAN. DI JALANRAYA,PESALAH MENYOGOK KEPADA POLIS SUPAYA TIDAK DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. IANYA BOLEH BERLAKU DALAM APA JUA KEADAAN SELAGI ADA PIHAK YANG MEMBERI SOGOKAN DAN YANG MENERIMA. MALAYSIA BERADA PADA KEDUDUKAN KE39 DARIPADA 146 NEGARA DALAM I NDEKS PERSEPSI RASUAH KETULUSAN ANTARABANGSA. BERITA MENGENAI PENYALAHGUNAAN KUASA,PENYELEWENGAN WANG SYARIKAT,BANGUNAN YANG TIDAK SELAMAT UNTUK DIGUNAKAN,PENDATANG ASING MENDAPAT KAD PENGENALAN BERMUTU TINGGI DAN SEBAGAINYA BUKTI IANYA WUJUD DI NEGARA INI. SEDIH DAN MENDUKACITAKAN KERANA KEBANYAKKAN DARIPADA YANG DIHERET OLEH BPR ADALAH BERAGAMA ISLAM. MEREKA SEOLAH TIDAK MEMPERSOALKAN HUKUMAN YANG BAKAL DI TERIMA DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT. MEREKA AKAN DILAKNAT ALLAH DAN DIBENCI MASYARAKAT. MENCERMINKAN LEMAHNYA IMAN DAN RENDAHNYA AKHLAK KERANA ORANG ISLAM AKAN BERUSAHA MEMELIHARA DIRINYA DARIPADA PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR SEPERTI JENAYAH RASUAH. ADALAH PERBUATAN SOGOKAN DENGAN WANG ATAU APA-APA HADIAH ATAU MANFAAT SEBAGAI GANJARAN BALAS,TERHADAP SESUATU HAJAT ATAU KEMAHUAN YANG AKAN DAN SUDAH DITUNAIKAN DENGAN CARA YANG SALAH ATAU TIDAK BETUL. IANYA BUKAN SAHAJA SALAH DARI SISI UNDANG-UNDANG DUNIA MALAHAN BAKAL MENGUNDANG AZAB DI AKHIRAT KERANA IANYA TERSELIT UNSUR KEZALIMAN DAN PENGANIYAAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN. { َوالَ تَأ ْ ُكلُواْ أ َ ْم َوالَ ُكم بَ ْينَ ُكم ب ْالبَاطل َوت ُ ْدلُواْ ب َها إلَى ْال ُح َّكام َ ُُ َلتَأ ْ ُكلُواْ فَريقًا م ْن أ َ ْم َوال النَّا باِمْم َوأَُت ُ ْم ت َ ْْعل }َو Maksudnya : “dan janganlah kamu makan (atau mengambil harta orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah,dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,padahal kamu mengetahui (salahnya)”. }الراش ْي َو ْال ُُ ْرتَش ْي َ {لَ ْْعنَةُ هللا َّ علَى Maksudnya : “Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah”.(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn Majah) الراش ْي َو ْال ُُ ْرتَش ْي َو ْال َُاش ْي َ ُصلَّى هللا َّ سلَّ َم َ {لَْعَ َن َرسُوْ َل هللا َ علَ ْيه َو ْ الر }ش َوة َّ ف ْي Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Aku melaknati orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah serta perantara diantara keduaduanya”.(Hadis Riwayat Ahmad,Tirmizi,Ibn Hibban dan Abu Daud) IANYA BUKAN SAHAJA HARAM MEMBERI DAN MENERIMANYA BAHKAN TURUT MEMBABITKAN PIHAK KETIGA YANG BERTINDAK SEBAGAI PERANTARA DI ANTARA PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH. HADIAH KEPADA PENJAWAT TERTENTU DALAM PENTADBIRAN JUGA ADALAH SATU BENTUK RASUAH. SEBAGAIMANA KISAH YANG BERLAKU KEPADA IBNU LUTBIAH YANG TELAH DIRIWAYATKAN OLEH IMAM MUSLIM. IANYA MENJELASKAN BAHAWA HADIAH YANG DIBERIKAN KEPADA PENJAWAT JAWATAN YANG PENTING ADALAH HARAM HUKUMNYA. HARAMNYA ADALAH KERANA JAWATAN YANG DIPANGKU OLEH SESEORANG ITU. JIKA HADIAH ITU DIBERIKAN SEBELUM ORANG ITU MEMEGANG JAWATAN MAKA HUKUM MENERIMANYA ADALAH HARUS DAN TIDAK HARAM. IANYA HANYA DILAKUKAN OLEH SEGELINTIR INDIVIDU YANG TAMAK DAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI ATAU KEMEWAHAN SEGERA. TANPA SEDAR IANYA MENDATANGKAN MALAPETAKA KEPADA SESEBUAH ORGANISASI,MASYARAKAT DAN NEGARA. JIKA BERLELUASA BOLEH MENGAKIBATKAN KETIDAKADILAN,PENGABAIAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB,PECAH AMANAH DAN PENGKHIANATAN. DALAM SEBUAH JABATAN DAN ORGANISASI BOLEH MENYEBABKAN SISTEM TUGAS MENJADI LINTANG PUKANG DAN MENJEJASKAN USAHA MURNI PEKERJA LAIN YANG BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN JUJUR. JUGA HALNYA DENGAN SEBUAH NEGARA,IANYA BOLEH RUNTUH DAN HANCUR BILA RAKYATNYA MENGAMALKAN RASUAH. KERANA ORANG YANG SUDAH TERBIASA MENGAMALKAN RASUAH TERGAMAK MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN MENDAPAT WANG,PANGKAT DAN KEMEWAHAN. MEREKA DURI DALAM DAGING KERANA DALAM DIAM-DIAM MENGORBANKAN KEHARMONIAN DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT DEMI HARTA DAN KESENANGAN DUNIAWI YANG SEMENTARA. DENGAN MEMBENCI RASUAH. BERKERJASAMA DENGAN PIHAK YANG BERKUASA MEMBASMI GEJALA RASUAH SAMADA DI SEKTOR AWAM,SWASTA DAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN. JUGA DENGAN AZAM DAN KOMITMEN YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN BERTERUSAN DARI SEMUA PIHAK DALAM MENGAJAK MASYARAKAT MELAKUKAN KEBAJIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN. ُ { َو ْلت َ ُكن من ُك ْم أ ُ َّمةٌ يَ ْد َ وَ إلَى ْال َخ ْير َويَأ ْ ُم ُر َ ع وَ ب ْال َُ ْْع ُروف َ َويَ ْن َهوْ ََ عَن ْال ُُنكَر َوأُوْ لَـئ َك ُه ُم ْال ُُ ْفلح }َُو Maksudnya : “dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala salah (buruk dan keji).Dan mereka bersifat demikian itulah orang yang berjaya”. KERAJAAN TELAH SEDANG DAN AKAN MELAKSANAKAN PELBAGAI PROGRAM MEMBASMI RASUAH,PENYALAHGUNAAN KUASA DAN PENYELEWENGAN. TINGKATKAN KETULUSAN SERTA KEBERKESANAN SISTEM PENYAMPAIAN AWAM. BPR TELAH MENYAMBUT ULANGTAHUN KE40 PENUBUHANNYA PADA 1 OKTOBER YANG LALU. SESAMA KITA TINGKATKAN ILTIZAM DAN MENANAM TEKAD UNTUK BERSAMA MENCEGAH AMALAN RASUAH,PENYALAHGUNAAN KUASA DAN PENYELEWENGAN. HAPUSKAN RASUAH. ْ ب الرحيم َّ الر ْحُـَن َّ سم اّلل ْ َ{ َو ْالْع َ سر إالَّ الَّذ َ س ْ اَ لَفي ُخ عُلُوا َ ين آ َمنُوا َو َ ُِصر إ ََّ ا َّ صوْ ا بال َّ ال }ص ْبر َ صوْ ا ب ْال َحق َوت َ َوا َ صال َحات َوت َ َوا Maksudnya : “Demi masa!Sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. آمين يا رب العالمين TUHAN YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG-ORANG YANG TAAT, BERILAH TAUFIK KEPADA KAMI DI DALAM MENTAATI MU AMPUNILAH KEPADA MEREKA YANG MEMOHON KEAMPUNAN BERISTIGHFARLAH KAMU! BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DAN HANYA KEPADA ALLAH SAHAJA KAMU MESTI BERTAWAKKAL SEKIRANYA KAMU BENAR-BENAR BERIMAN. HIDUP DI ALAM DUNIA INI SEMENTARA.AKHIRAT KEHIDUPAN HAKIKI DAN ABADI. KITA TELAH DITAKLIFKAN DENGAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MELAKSANAKAN AMALAN BAIK DAN MENJAUHI AMALAN BURUK DAN MUNGKAR. KITA JUGA DI SURUH BERJIHAD MELAWAN HAWA NAFSU DAN GODAAN SYAITAN YANG MENGUGAT DI DALAM USAHA UNTUK MELAKUKAN AMALAN BAIK. PERJALANAN KITA BERMULA DI DUNIA DAN BERAKHIR DI AKHIRAT. KITA DITUNJUKKAN DUA JALAN UNTUK DI PILIH SEBAGAI LALUAN KE AKHIRAT. SATU JALAN YANG BETUL DAN LURUS YANG PENUH DENGAN CABARAN DAN GODAAN TETAPI DIHUJUNGNYA PENUH DENGAN KEBAHAGIAN DAN KENIKMATAN. SATU JALAN LAGI YANG BERSIMPANG-SIUR,DIPENUHI DENGAN KEINDAHAN DAN MEMPERSONAKAN.SESUAI DENGAN KEHENDAK HAWA NAFSU TETAPI UNTUK SEMENTARA SAJA. DIHUJUNGNYA PENUH DENGAN PENYESALAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN DAN AZAB SENGSARA. MARILAH KITA MEMILIH JALAN YANG MENYELAMATKAN KITA IAITU JALAN YANG DIREDHAI ALLAH. FIRMAN ALLAH : SURAH AL-AHZAB AYAT 56 ِ ِ َّ ِّ ِصلّو َن َعلَى الن .َّب ي ه ت ك ئ ل م و هللا َ ن َ َ ُ َ َُ َ َ َ َ {إ ِ َّ ا و ن ام ء ين ذ ْصلُّواْ َعلَْي ِه َو َس ُّل َِ ُمو ا ْ ُ َ َ َ َ ََيَيُّ َها ال ِتَسل }يما ً ْ MAKSUDNYA : “Sesunggunya Allah dan para malaikatnya sentiasa berselawat ke atas junjungan nabi muhammad, maka wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat keatasnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan sebaik-baiknya". ! يا هللا BERSELAWATLAH (TURUNKANLAH RAHMAT) KEATAS PENGHULU KAMI NABI MUHAMMAD DAN KEATAS AHLI KELUARGANYA. SEBAGAIMANA ENGKAU TELAH MEMBERIKAN RAHMAT KE ATAS NABI IBRAHIM DAN AHLI KELUARGANYA. BERKATILAH KEATAS PENGHULU KAMI NABI MUHAMMAD DAN AHLI KELUARGANYA.SEBAGAIMANA ENGKAU TELAH MEMBERKATI KE ATAS NABI IBRAHIM DAN AHLI KELUARGANYA. PADA SELURUH ALAM SESUNGGUHNYA ENGKAU AMAT TERPUJI DAN AMAT TINGGI NAMANYA. Ya Allah! Redhailah Khalifah-khalifah Kami Yang Bijaksana,para Sahabat Yang Lain,ahli Kerabatnya,para Tabien Dan Pengikut Para Tabien Seluruhnya Bagi Mereka Ihsan Sampailah Ke Hari Kiamat. • Ya Allah, Ampunilah orang mukmin lelaki dan perempuan samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dengan rahmatMu Yang Maha Penyayang. Ya Allah! Peliharakanlah Raja kami Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah dan ke atas Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Tuanku Nur Zahirah. Peliharakanlah zuriat-zuriatnya serta kaum kerabatnya. Ya Allah! Peliharakanlah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Mohammad Ismail Ibna Al-Wathiqi Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Ya Allah! Selamatkanlah Pemimpin-Pemimpin kami, ulama’-ulama’ kami serta seluruh umat Islam di negeri dan negara kami,belia-belia dan wanitawanita islam di kalangan mereka dengan rahmatMu Yang Maha Penyayang. Ya Allah! Muliakanlah Islam dan orang-orang islam serta kecewakanlan golongan kuffar dan musyhrikin . Hancurkanlah musuh-musuhMu dan musuhmusuh agamaMu,sekalipun orang kafir yang mendiami dan jadikanlah ketakutan menyelubungi mereka. Wahai Tuhan Kami, Bukakanlah di antara kami dan antara kaum kami jalan kebenaran dan Engkau jualah sebaik-baik Pemberi Petunjuk. Ya Allah! Berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat serta jauhkanlah kami dari azab api neraka. Allah berselawat (memberikan rahmatNya) dan memberikan salam sejahtera ke atas Nabi Muhammad,ahli keluarganya dan sahabatsahabatnya. Segala pujian dan puja hanyalah layak bagi Mu Tuhan sekalian Alam. Wahai hamba-hamba ALLAH… Sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil ,dan berbuat kebaikan,serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman.Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini)supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya. Maka ingatlah Allah Yang Maha Agung nescaya dia akan mengingatimu dan bersyukurlah di atas nikmat-nikmatnya nescaya dia akan menambahkan lagi nikmat itu kepadamu,dan pohonlah dari kelebihannya, nescaya akan diberikannya kepadamu.Dan sesungguhnya mengingati Allah itu lebih besar (faedah dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan “Lurus dan rapatkan saf anda kerana saf yang sama termasuk di dalam kesempurnaan solat.”