Efod, Ikat Pinggang dan Tutup Dada Penghakiman - Jemaat

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[CB65]
Pelajaran:
Efod, Ikat Pinggang dan tutup
dada Penghakiman
(Edisi 1.0 20060422-20060422)
Imam Besar akan emmakai item-item khusus yang tidak dipakai oleh imam biasa. Imam
Besar bertanggung jawab dalam penggunaan item-item ini dengan betul. Peljaran ini akan
meneliti fakta-fakta, penggunaan-penggunaan yang berkaitan dengan epod, korset, dan lapis
dada penghakiman.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  2006 Leslie Hilburn, Malonda Hutson,
Disunting oleh Wade Cox)
(tr. 2009)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Pelajaran: Efod, Ikat Pinggang dan Tutup dada Penghakiman
Pelajaran:
Efod, Ikat Pinggang dan Tutup Dada Penghakiman
Matlamat:
Matlamat pelajaran ini adalah untuk meneliti efod, ikat pinggang dan tutup dada penghakiman;
dan mencapai pemahaman tentang perlambangan yang digambarkannya.
Objektif:
Kanak-kanak akan mempelajari deskripsi Alkitab tentang efod, ikat pinggang dan tutup dada
penghakiman.
Kanak-kanak akan mempelajari bagaimana pakaian Imam Besar ini menuding kepada Kristus
sebagai Imam Besar kita dan peranan kita sebagau imam-imam dibawah susunan Melkisedek.
Kanak-kanak akan mampu menyenaraikan tiga fakta yang berkaitan dengan efod, ikat
pinggang dan tutup dada penghakiman.
Kanak-kanak akan mempelajari siapakah Imam Besar dalam Jemaat-jemaat Allah.
Sumber:
Alkitab Revised Standard
Alkitab News American Standard
Alkitab King James
Alkitab Contemporary English Version
Pakaian Imam Besar (No. CB61)
The Tabernacle: Its Priests and Its Services, oleh William Brown
The Companion Bible, King James version (Bullinger)
Terjemahan Perjanjian Baru oleh J.P. Phillips
Ayat-ayat Alkitab yang Berkaitan:
Keluaran 28:8-30
Kelauaran 39:1-21
Ayat Hafalan:
Keluaran 29:9-11
Pelajaran: Efod, Ikat Pinggang dan Tutup dada Penghakiman
Mukasurat 3
Keluaran 39:14
Format:
Buka dengan doa
Pelajaran
Ringkasan
Aktiviti
Tutup dengan doa
Pelajaran:
Baca Kelauran 28 dengan kuat. Teks berikutnya adalah dari Alkitab Contemporary English
Version (CEV).
Pakaian Imam
1. Hantar saudara kamu Harun dan anak-anak lelakinya Nadab, Abihu, Eleazar dan Ithmar.
Mereka adalah yang aku pilih dari umat Israel untuk melayani sebagai imam-imamku.
2. Buatlah untuk Harun baju yang cantik yang layak dipakai oleh seorang Imam Besar.
3. Harun akan didedikasikan sebagai Imem Besarku, dan pakaiannya harus dibuat oleh orang
yang mempunyai kepakaran yang aku berikan kepada mereka.
4. Disinia adalah item-item yang perlu dibuat: tutup dada, ikat pinggang, jubah, baju yang
disulam, serban, dan selempang. Pakaian kudus ini harus dibuat bagi saudara kamu Harun
dan anak-anak lelakinya yang akan menjadi imam-imamku.
5. Hanya emas dan linen halus, ditenum dengan buluh domba biru, ungu, dan merah, yang
digunakan untuk membuat pakaian-pakaian ini. Tuhan Berfirman:
Baju Rompi bagi Imam Besar
6-8 Baju efod itu harus dibuat mereka dari emas, kain ungu tua dan kain ungu muda, kain kirmizi
dan lenan halus yang dipintal benangnya. Sabuk pengikat yang ada pada baju efod itu haruslah
sama buatannya dan seiras dengan baju efod itu. Haruslah ada pada baju efod itu dua tutup bahu
yang disambung kepadanya
9-12 Haruslah kauambil dua permata krisopras dan mengukirkan nama para anak Israel pada
permata itu, enam dari nama mereka itu pada permata yang pertama dan keenam nama lagi pada
permata yang kedua, menurut urutan kelahirannya. Maka ke hadapan TUHAN haruslah Harun
membawa nama suku kaum Israel di atas kedua tutup bahunya menjadi tanda peringatan, dan Aku
tidak akan melupakan umatku.
13-14 Haruslah kaubuat ikat emas dan dua untai dari emas murni; sebagai utas haruslah kaubuat
itu, yang buatannya sebagai tali berjalin dan haruslah kaupasang untai berjalin itu pada ikat itu.
Mukasurat 4
Pelajaran: Efod, Ikat Pinggang dan Tutup dada Penghakiman
Tutup dada bagi Imam Besar
15 dari bahan yang sama buatlaj tutup dada bagi imam besar untuk digunakan dalam mengetahui
apa yang aku mahu umat itu lakukan.
16 ianya harus sembilan inci segiempat dan dilipat dua kali.
17 bersama dengan empat baris dari tiga batu yang mahal: dalam barisan pertama letakkan
carnelian, krisolit dan batu zamrud;
18 di barisan kedua adalah batu pirus, batu nilam dan permata;
19 di barisan ketiga adalah permata ambar, akik dan kecubung;
20 dan di abrisan keempat adalah permata pirus, krisopras dan nefrit. Dengan berikatkan emas,
demikianlah permata-permata itu dalam tatahannya.
21 dan pada tiap-tiap permata haruslah ada, diukirkan seperti meterai, nama salah satu suku dari
yang dua belas itu.
22-25 lekatkan dua gelang emas di bahagian atas sudut tutup dada itu dan ketatkannya dengan dua
gelang emas di bahagian bahunya.
26 lekatkan dua gelang emas lain di bahagian bawah di sudut hampir dengan lapis pinggang.
27 dan dua lagi di bahagian bawah ambin bahu di atas ikat pinggang
28 Kemudian haruslah tutup dada itu dengan gelangnya diikatkan kepada gelang baju efod,
sehingga tetap di atas sabuk baju efod, dan tutup dada itu tidak dapat bergeser dari baju efod 29
Demikianlah di atas jantungnya harus dibawa Harun nama para anak Israel pada tutup dada
pernyataan keputusan itu, apabila ia masuk ke dalam tempat kudus, supaya menjadi tanda
peringatan yang tetap di hadapan TUHAN. 30 dan Harun harus memakai pada tutup dada itu dua
objek yang digunakan untuk menerima jawapan dari aku. Tuhan berfirman:
Pakaian-pakaian Imam Besar yang Lain
31 Haruslah kaubuat gamis baju efod Harun dari kain ungu tua seluruhnya.
32 Lehernya haruslah di tengah-tengahnya; lehernya itu harus mempunyai pinggir sekelilingnya,
buatan tukang tenun, seperti leher baju zirah haruslah lehernya itu, supaya jangan koyak.
33-34 Pada ujung gamis itu haruslah kaubuat buah delima dari kain ungu tua, kain ungu muda dan
kain kirmizi, pada sekeliling ujung gamis itu, dan di antaranya berselang-seling giring-giring emas,
35 Sekiranya Harun memakai pakaian ini ketika dia memasuki tempat kudus sebagai imam
besarku, bunyi lonceng akan kedengaran, dan hidupnya tidak akan berada dalam bahaya.
36 Juga haruslah engkau membuat patam dari emas murni dan pada patam itu kauukirkanlah,
diukirkan seperti meterai: “Dedikasi kepada TUHAN.”
Pelajaran: Efod, Ikat Pinggang dan Tutup dada Penghakiman
Mukasurat 5
37 Haruslah patam itu engkau beri bertali ungu tua, dan haruslah itu dilekatkan pada serban Harun,
di sebelah depan serban itu.
38 supaya dia boleh memakainya di atas kepalanya. Ini akan menunjukkan bahawa dia akan
mengambil dosa umat Israel dalam mempersembahakan persembahan kepadaku, dan Aku akan
mengampuni mereka.
39 Membuat jubah Harun dan serban dari linen haklus dan menghias ikat pinggangnya dengan
sulaman yang indah.
Pakaian-pakaian Imam yang Lain
40 Juga bagi anak-anak Harun haruslah kaubuat kemeja-kemeja dan haruslah kaubuat ikat-ikat
pinggang bagi mereka, dan destar-destar haruslah kaubuat bagi mereka untuk menjadi perhiasan
kemuliaan.
41 Maka semuanya itu haruslah kaukenakan kepada abangmu Harun bersama-sama dengan anakanaknya, kemudian engkau harus mengurapi, mentahbiskan dan menguduskan mereka dengan
minyak zaitun tulin, dan menjadi imam-imamku.
42 Buatlah celana-celana lenan bagi mereka untuk menutupi daging auratnya: celana itu haruslah
dari pinggang sampai paha panjangnya. 43 Harun dan anak-anaknya haruslah memakainya,
apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan atau apabila mereka datang ke mezbah untuk
menyelenggarakan kebaktian di tempat kudus, supaya mereka jangan membawa kesalahan kepada
dirinya, lalu mati. Itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya baginya dan bagi keturunannya."
Soalan-soalan bagi kanak-kanak
Soalan 1. Apakah bahan yang biasa digunakan untuk membuat efod, ikat pinggang dan
tutup dadah penghakman?
Jawapan: Lihat Keluaran 28:5, 6, 8, 9, 15; 39:8.
Keluaran 28:5 Mereka akan mengambil bahan emas, biru dan ungu dan merah dan linen halus.
Kita juga melihat bahawa pelbagai bahan digunajan dari pelbagai sumber: linen dari tumbuhan,
buluh kambing dari domba, dan emas dan batu-batu berharga yang pelbagai dari bumi.
Soalan 2. Bagaimana lima bahan ini didapati?
Jawapan. Keluaran 35:5 menunjukkan semua bahan yang didapati melalui persembahan sukarela
dari umat. Allah adalah pemilik kepada segala perkara (Neh 9:6). Dia adalah Pencipta, dan
pemberi kepada Kehidupan dan pemberi Hukum. Dia membenarkan kita untuk menggunakan
penciptaan dan menjaganya. Eloah telah membebaskan umat Israel dari khidupan yang sukar
sebagai hamba dan dalam tawanan dibawah pemerintahan Mesir. Selepas kematian anak pertama,
Firaun telah memerintahkan Musa untuk meninggalkan Mesir. Musa membawa umat Israel keluar
dari Mesir pada hari siang pada hari ke-16 bulan pertama Abib. Sebelum pergi, orang Mesir
memberikan kepada umta Israel banyak barang yang berharga seperti kulit-kulit, bahan logam dan
permata-permata.
Umat itu telah memberikan dengan sukarela emas-emas dan bahan-bahan lain yang diperlukan
untuk pembinaanBait Suci di Padang Belantara dan membuat pakaian para imam. Allah dengan
Mukasurat 6
Pelajaran: Efod, Ikat Pinggang dan Tutup dada Penghakiman
jelas mengasihi orang yang pemurah (2 Kor 9:7). Kita lihat bahawa Israel kuno rela memberikan
apa yang mereka ada sehingga mereka diberitahu untuk berhenti member (Kel 36:6). Mereka
memberikan bahan-bahan ini untuk membina Kaabah dan membuat pakaian para imam, dimana
kita sekarang adalah Kaabah Allah (1 Kor 3:16, 17). Kita juga harus memberi dengan rela hati
dalam bentuk persembahan kepada Allah dan bertindak untuk melayani saudara seiman, kepada
Jemaat dan kepada pekerjaan Allah.
Soalan 3. Siapakah orang yang bertanggung jawab untuk membuat pakaian ini?
Jawapan. Pakaian ini telah dibuat oleh Bezaleel.
Soalan 4. Apakah lagi yang dibantu oleh Bezaleel?
Jawapan. Dia juga membantu membina Bait Suci di Padang Belantara.
Soalan 5. Terdapat lima warna/bahan yang digunakan dalam pakaian Imam Besar. Apakah
yang diwakili oleh angka lima ini?
Jawapan. Menurut Bullinger (The Companion Bible), Apendiks 10, angka lima ini mewakili
nombor rahmat. “Ianya Allah yang menambahkan kurnia dan berkat kepada pekerjaan
tanganNya”. Dari Perlambangan Nombor-nombor (No. 7) kita melihat lima adalah faktor utama
dalam pengukuran Bait Suci. Terdapat juga lima pusat bagi Allah dan HukumNya: Kekudusan,
Kebenaran, Kebaikan, Kesempurnaan dan Kebenaran. Ianya melalui rahmat Allah Dia telah
memberikan anaknya yang tunggal menjadi korban yang sempurna bagi kita. Ianya melalui korban
Kristus warga yang jatuh itu telah dipulihkan kepada Eloah, Allah satu yang Benar.
Soalan 6. Apakah yang diwakili oleh lima warna ini?
Jawapan. Warna yang sama bagi tabir Bait Suci telah digunakan dalam pakaian Imam Besar.
Sebagai tambahan, kawat emas telah dipintal kepada fabrik.
Biru: Kita telah pelajari tentang kepentingan warna biru yang mewakili Hukum Allah. Konsep ini
telah dikembangkan dalam karya tulis: Hukum di ambang ppintu kita (No. CB80).
Merah: Warna merah mewakili darah Yesus Kristus sebagai korban paskah.
Ungu: Warna ungu, yang terdiri daripada biru dan merah, membwa kita kepada Keimamatan
Diraja yang terdiri daripada keselamatan yang diberikan kepada kita melalui korban Yesus
Kristus, dan kasih kita kepada Allah yang ditunjukkan melalui penurutan kita kepada Hukum.
Putih: Seperti yang kita pelajari dari pelajaran sebelum ini dalam siri ini tentang pakaian Imam
Besar, warna putih mewakili pakaian yang bersih sementara kita menyediakan diri kita sebagai
mempelai Kristus dan kesempurnaan Yesus Kristus.
Emas: Kepada empat warna ini emas telah ditambahakan. Dalam Bait Suci di padang belantara
kita melihat bahawa Tabut Perjanjian bertempat dalam kamar yang Maha Kudus dan juga
diperbuat daripada emas. Kehadiran Allah ada dalam Tabut itu dan ia juga penyangga roh Kudus.
Sementara Imam Besar melambangkan Kaabah yag hidup yakni diri kita pada masa sekarang,
emas itu mewakili penempatan Roh Kudus Allah dalam diri kita. Sama seperti emas dipintal
bersama dengan semua bahan yang lain, demikian juga Roh Kudus terikat dengan semua ahli
dalam Tubuh Kristus.
Pelajaran: Efod, Ikat Pinggang dan Tutup dada Penghakiman
Mukasurat 7
Soalan 7. Mazmur 45:9 berkata: anak-anak perempuan raja adalah dikalangan
perempuan-perempuan kehormatl di sebelah kanan kamu berdiri ratu dalam emas Ofir.
Siapakah ini?
Jawapan. Ianya Israel sebagai Mempelai Kristus. Pakaian ini adalah jubah-jubah pembaptisan,
dan emas inia dalah Roh Kudus.
Soalan 8. Bagaimanakah rupa dan tutup dada ini?
Jawapan. Efod adalah seperti pakaian apron yang dipakai di atas jubah biru. Seperti yangd
ibincangkan diatas, ianya dibuat dari lima warna – biru, merah, ungu, putih dan emas. Ini adalah
sama dengan empat warna dalam tabit Bait Suci, ditambah dengan emas. Depan dan belakang
efod ini disambungkan di bahagian bahu dan bersambungan dengan apa yang Alkitab sebutkan
sebagai ikat pinggang. Ini seperti lilit pinggang atau tali pinggang yang dibuat dari bahan yang
sma seperti efod tersebut. Di atas bahu itu, terdapat dua batu onik. Nama-nama dua belas suku
kaum Israel akan ditulis di atas batu itu menurut kepada susunan kelahiran mereka. Batu yang
diatas bahi otu juga bersambungan dengan tutup dadah, dan terdapat dua gelang emas di sisi efod
yang bersambungan dengan tutup dada bahagian bawah bersama dengan ribon biru.
Soalan 9. Dimanakah batu onik ini ditemui atau digunakan?
(Catatan: kadang-kadang nama-nama berbeza merujuk kepada batu yang sama.)
Jawapan. Diimport. Didapati dari tanah Havilah (Kej 2:11-12).
Di Taman Eden (Yeh 28:13).
Digunakan dalam Kaabah Solomo (1 Taw 29:2).
Didapati dalam fondasi Yerusalem Baru (Wah 21:20).
Satu daripada 12 batu di tutup dada ini adalah onik; dengan itu, terdapat tiga batu onik digunakan
dalam pakaian Imam Besar. Onik di bahu ini mewakili Kerajaan Allah (lihat ulasan dibawah).
Adakah mempunyau satu onik di lapis penghakiman menunjukkan bahawa penghakiman termasuk
dalam Kerajaan Allah? Satu onik pada tutup dada juga mencadangkan bahawa penghakiman Allah
diluaskan untuk memasukkan umat manusia dalaj erti kata fizikal, tetapi juga apabila umat pilihan
layak menjadi makluk roh dan menjadi satu dengan Warga semesta dalam keluarga Allah.
Soalan 10. Bagaimanakah rupa batu onik ini?
Jawapan. Batu onik selalunya dijelaskan berwarna hitam.
Soalan 11. Mengapa batu onik ini diletaakan di bahagian bahu?
Jawapan. Bahu secara tipikalnya adalah tempat dimana kita akan membawa sesuatu yang berat.
Tutup dada yang dipakai oleh Imam Besar pada efod adalah sangat berat dab beratnya akan
disokong di bahu Imam Besar itu. Bullinger mencatatkan dalam Keluaran 28:10 bahawa bahu
adalah tempat kekuatan dan semua suku kaum dilahirkan/serupa sedangkan dengan tutup dada
suku kaum ini ditempatkan menurut pilihan Allah.
Di atas bahu efod itu adalah dua batu onik dengan nama-nama suku kaum Israel disenaraikan
dalam susunan kelahiran mereka. Dalam erti kata ini, Imam Besar akan membawa nama-nama
Mukasurat 8
Pelajaran: Efod, Ikat Pinggang dan Tutup dada Penghakiman
Israel di atas bahu mereka. Yesus Kristus adalah Imam Besar kita pada masa sekarang, dan kita
tahu dari Ulangan 32:9 bahawa Isrel adalah warisannya. Dengan cara ini, kita boleh katakan
bahawa Yesus Kristus membawa kita di bahunya.
Juga, Yesaya 9:5-7 memberitahu kita bahawa Kerajaan Allah ada di bahu Kristus. Dua batu ini
menunjukkan bahawa administrasi Kristus dalam milenium adalah melalui dua belas rasul yang
mewakili dua belas suku kaum Israel.
Dari karya tulis Musa dan tuhan-tuhan Mesir (No, 105) kita melihat bahawa Allah mengangkat
Musa sebagai elohim kepada Firaun.
Keluaran 7:1 Dan Tuhan berfirman kepada Musa, “Lihat, Aku membuat kamu seperti tuhan
kepada Firaun, dan Harun saudaramu akan menjadi nabi kamu...”
Dengan itu, perlantikan ini diaplikasikan kepada sistem dunia, dimana Kristus melalui umat
pilihan, dan disini Musa sebagai satu daripada elohim, akan berkuasa keatas bangsa. Pertalian
Musa sebagai elohim mungkin digambarkan dalam trasfigurasi dalam Markus 9:4. Sistem
kerajaan ini akan dikembangkang pada tarikh yang kemudian. Para ketua bangsa adalah elohim,
seperti Musa dan elijah dibawah Kristus, bersama dengan daud sebagai elohim Israek dari
Zakariah 12:8 dimana rumah daud akan menjadi seperti elohim seperti malaikat YHVH dihadapan
mereka.
Dari Keluaran 7:2-5 Allah berfirman kepada Musa (melalui Malaikat YHVH):
Engkau harus mengatakan segala yang Kuperintahkan kepadamu, dan Harun, abangmu, harus
berbicara kepada Firaun, supaya dibiarkannya orang Israel itu pergi dari negerinya. Tetapi Aku
akan mengeraskan hati Firaun, dan Aku akan memperbanyak tanda-tanda dan mujizat-mujizat
yang Kubuat di tanah Mesir. Bilamana Firaun tidak mendengarkan kamu, maka Aku akan
mendatangkan tangan-Ku kepada Mesir dan mengeluarkan pasukan-Ku, umat-Ku, orang Israel,
dari tanah Mesir dengan hukuman-hukuman yang berat. Dan orang Mesir itu akan mengetahui,
bahwa Akulah TUHAN, apabila Aku mengacungkan tangan-Ku terhadap Mesir dan membawa
orang Israel keluar dari tengah-tengah mereka."
Sekarang ianya penting untuk mengingati maksud perkataan Israel. Israel adalah kombinasi
perkataan El (SHD 410 atau Allah) dan sarah (SHD 8280 mempunyai kuasa sebagai putera atau
memerintah) dengan itu: Dia akan emmerintah sebagai Allah. Ini adalah kepentingan nama Israel.
Israel spiritual adalah memerintah sebagai elohim.”
Oleh kerana Mesiah adalah seorang imam yang berpakaian jubah putih, “Tuhan telah bersumpah,
dan tidak akan menyesali, akan ada imam untuk selamanya selepas susunan Melkisedek” (Maz
110:4).
Mesiah layak menjadi Imam Besar kita seperti yang digambarkan dalam Ibrani 1:8, 9 dan Mazmur
45:6, dan sekarang menjadi Imam Besar seperti yang dicatatkan dalam Zakariah 6:13: “Dia akan
membina kaabah Tuhan; dan dia akandiberi kemuliaan, dan akan duduk dan memerintah di atas
takhta; dan akan menjadi imam diatas takhtanya: dan kaunsil damai akan berada di antara mereka
berdua.”
Soalan 12. Adakah mungkin bahawa pakaian Imam Besar ini menggambarkan apa yang
diberitahu kepada kita dalam Kitab?
Pelajaran: Efod, Ikat Pinggang dan Tutup dada Penghakiman
Mukasurat 9
Jawapan. Dalam Alkitab. Abraham (Kejadian) dan Musa (Keluaran) telah disebut sebagai
elohim. Henok dan Elijah telah diambil oleh Allah bagi tujuan lain. Dua daripada empat orang ini
menjadi pengganti kepada Kerub bagi kedudukan sistem yang berkepala manusia (Lucifer/Iblis)
dan sistem berkepala singa (atau Aion) diskosongkan melalui pemberontakan. Abraham adalah
bapa kepada banyak bangsa. Musa telah diberikan Hukum untuk memerintah bangsa. Henok
adalah sempurna dalam keturunan para bapa dibawah penghakiman awal sebelum air bah. Elijah
menggambarkan keturunan keimamatan dari Sem melalui Yakub (Israel), yang kita percayai
dengan iman dan menjadi ikutan Jemaat dalam wewenangnya sebagai keimamatan Melkisedek.
Soalan 13. Adakah mungkin dua batu onik yang ada di bahu Imam Besar/Mesiah
menggambarkan kedudukan baru dalam penghakiman?
Jawapan. Batu onik ini ditetapkan dalam bentuk kedudukan emas dan kita ketahui bahawa emas
dalam Bait Suci atau pakaian imam mewakili Roh Kudus. Sama seperti semua kita, hakim-hakim
Israel sebagai Jemaat Allah adalah beserta atau terikat dengan Mesiah dan Eloah melalui Roh
Kudus. Nama-nama suku kaum juga mewakili para rasul yang bertanggung jawab keatas dua belas
suku kaum yang mengapalai bangsa-bangsa ini.
Dalam Perjanjian Baru, Lukas memberitahu kita sekiranya domba yang hilang akan ditemui
gembala itu akan emmbawanya di atas bahunya kembali kepada kawanan domba yang lain.
Lukas 15:4-6 "Siapakah di antara kamu yang mempunyai seratus ekor domba, dan jikalau ia
kehilangan seekor di antaranya, tidak meninggalkan yang sembilan puluh sembilan ekor di
padang gurun dan pergi mencari yang sesat itu sampai ia menemukannya? Dan kalau ia telah
menemukannya, ia meletakkannya di atas bahunya dengan gembira, dan setibanya di rumah ia
memanggil sahabat-sahabat dan tetangga-tetanggan serta berkata kepada mereka:
Bersukacitalah bersama-sama dengan aku, sebab dombaku yang hilang itu telah kutemukan.
Kita diberitahu dalam Galatia untuk menanggung beban satu dengan yang lain.
Galatia 6:2 Tanggunglah beban orang lain, dan genapilah Hukum Kristus.
Tetapi secara mutlaknya ianya Allah yang kita berikan beban kita dan membenarkan Dia
mengangkat masalah kita.
1 Petrus 5:6-7 “Maka itu, rendahkan dirimu dibawah tangan Allah yang kuat, dan dalam
kebaikannya dia akan mengangkat kamu. Kamu boleh letakkan semua beban lelah kamu
kepada dia, kerana dia mengambil berat tentang kamu.
Ianya menarik untuk mengetahui bahawa bahagian persembahan damai yang diberikan kepada
Imam Besar bagi bahagiannya adalah bahu kanan da dada.
Soalan 14. Apakah perkara yang boleh kita fikirkan dari apa yang diikat disekeliling
pinggang kita, atau pinggang Imam Besar, dan apakah yang diwakilinya?
Jawapan. Dari pelajaran kita tentang Perisai Allah kita mengetahui bahawa pinggang kita akan
dililitkan dengan kebenaran (Ef 6:14). Kita perlu diikat berterusan kepada kebenaran Allah supaya
kita tidak akan sesat/ditipu dan diambil oleh Iblis. Eloah dan HukumNya adalah kebenaran, dan
kita juga perlu menjadi kebenaran (Ef 4:24).
Seperti yang kita pelajari sebelum ini, imam dan Imam Besar mempunyai lilit pinggang/sas yang
terikat di pinggang mereka.
Mukasurat 10
Pelajaran: Efod, Ikat Pinggang dan Tutup dada Penghakiman
Solan 15. Adakah ikat pinggang ini adalah simbol kekuatan dan kuasa?
Jawapan. Lihat Alkitab: Ayub 12:18,21; 30:11; Yesaya 22:21; 45:5. Dalam Yesaya 11:5, yang
mana merujuk kepada Mesiah di masa hadapan, ia mencatatkan: Kebenaran akan menjadi ikat
pinggang dan kesetiaan manjadi ikat pinggang di sekeliling pinggang.
Soalan 16. Adakah tutup dada, efod dan ikat pinggang ini berasingan? Adakah ia saling
bersambungan melalui efod ini?
Jawapan. Dalam Keluaran 28:22-28 dan 39:15-21 kita melihat bahawa ianya berasingan tetapi
bersambungan supaya tutup dada ini terasing dari efod ini.
Keluaran 39:21 Kemudian diikatkan merekalah tutup dada itu dengan gelangnya kepada
gelang baju efod dengan memakai tali ungu tua, sehingga tetap di atas sabuk baju efod, dan
tutup dada itu tidak dapat bergeser dari baju efod--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada
Musa.
Soalan 17. Bagaimanakah rupa tutup dada ini?
Jawapan. Tutup dada penghakiman adalah dibuat bahan-bahan sama seperti efod dan ikat
pinggang. Ia sebuah segi empat yang, apabila membalut sebahagian dua sempurna terbina medanmedan yang berkongsi sempadan bersama sama. (Ini menyerupai konsep kami melihat pada Bait
Suci di padang belantara.) Terdapat empat deringan keemasan pada setiap penjuru tutup dada ini.
Gelang bahagian atas mempunyai seutas rantai emas (melambangkan Roh Suci) disepanjang
gelang itu. Rantai keemasan itu menyokong tutup dada penghakiman pada bahu itu, mewakili
kerajaan Eloah pada Musa, Elijah dan Yesus Kristus. Pada dasar tutup dada adalah gelang dua
lagi. Reben biru (sebagai Hukum Tuhan) memboroskan setiap gelang ini dan terikat atau
menguatkan tutup dada penghakiman untuk efod dan ikta pinggang. Pada hadapan tutup dada ini
adalah 12 batu. Batu-batu itu mewakili 12 kaum dan dikunci dengan empat leretan batu-batu
permata, tiga dalam setiap baris. Pada masing-masing batu telah ditulis nama satu daripada dua
belas suku-suku (Kel. 28:15-29, 39:8-21). Kini, banyak telah meramal atau terfikir berkenaan
dengan warna dan susunan batu-batu itu tetapi tiada siapa yang pasti.
Ingat, tutup dada ini telah dilipat dan membentuk satu saku. Dalam saku Imam Besar itu
membawa Urim dan Thummin. Walaupun Kristus adalah rabai besar kita kini, Dia tidak
mengetahui segalanya (Wah. 1:1). Tuhan sahaja mengetahui semuanya (Mat. 24:36). Di sini kita
sekali lagi nampak konsep-konsep rohani memberi gambaran awal dalam pakaian Imam Besar.
Eloah adalah Hakim bagi planet ini (Maz. 82:1; Yes. 3:13). Kristus selalu perlu melihat kepada
Bapa bagi petunjuk, sama seperti Imam Besar dan kita semua perlu lakukan.
Dalam notanya pada Keluaran 28:30 Bullinger menyatakan:
Bahasa Ibr. Urim dan Thummin bermakna ‘lampu dan ‘kesempurnaan'. Mungkin ini adalah
bentuk jamak kekuasaan, menyanyi. ‘cahaya' (telah diletakkan oleh Metonymy untuk
membawa terang kepadanya, yakni, kesalahan), dan ‘kesempurnaan' (diletakkan oleh
Metonymy untuk kesempurnaan moral, yakni, kesucian) Oleh itu, dua ini diletakkan dalam
‘beg', dan satu dikeluarkan, akan memberi keputusan kehakiman (nama itu berkaitan dengan
perisai dada, cp. V 15, di atas), yang akan menjadi ‘Tuhan'. Oleh itu, perisai dada ini sendiri
telah dikenali sebagai ‘perisai dada penghakiman' (ay. 15), kerana, dengan itu, penghakiman
Yehovah telah diperolehi bila mana ianya diperlukan.
Pelajaran: Efod, Ikat Pinggang dan Tutup dada Penghakiman
Mukasurat 11
Catatan lain Bullinger tentang Urim dan Thummin juga dalam Keluaran 28:30:
Tiada perintah Tuhan bagi menjadikan ini. hanya diberitahu untuk meletakkannya pada perisai
dada. Beg ini adalah satu bahagian berlipat ganda dan Urim dan Thummin adalah mungkin
dua batu-batu permata yang dikeluarkan sebagai undian untuk memberi penghakiman
Yahovah. "Undian ini dibuang kepada pangkuan (Dada bahasa Ibrani); tetapi seluruh
penghakiman adalah dari Tuhan" (Amsal16:33).
Amsal 43:3 O Suruhlah terang-Mu dan kesetiaan-Mu datang, supaya aku dituntun dan dibawa
ke gunung-Mu yang kudus dan ke tempat kediaman-Mu!
Catatan Bullinger tentang Mazmur berbunyi:
Terang...kebenaran. mungkin satu kiasan kepada urim dan Thummin, dari mana pemazmur [Raja
Daud] sekarang ini tidak hadir, dalam perjalanan dari Absolom.
Demikian juga hari ini kita semua mencari penghakiman Allah yang benar.
Tutup dada penghakiman ini mengingatkan imam kepada sifat representatifnya. Ianya dipanggil
peringatan (Kel 28:29).
Ikatan lain kepada tutup dada penghakiman boleh dilihat dalam teks yang berikut ini.
Efesus 6:14 juga menjelaskan perisai Allah sebagai tutup dada penghakiman. Hanya melalui
penghakiman kebenaran umat boleh selamat dan menjadi makmur.
Yesaya 59:17 menyatakan: Kerana dia mengenakan kebenaran sebagai tutup dada, dan
helmet keselamatan di atas kepalanya...
1 Tesalonika 5:8 berbunyi: Tetapi kita, yang adalah orang-orang siang, baiklah kita sadar,
berbajuzirahkan iman dan kasih, dan berketopongkan pengharapan keselamatan.
Catatan Bullinger tentang Keluaran 28:10 menyatakan bahawa hati adalah tempat kepada kasih.
Disini kita lihat suku kaum disenaraikan berasingan pada tutup dada di atas hati Imam sebagai
peringatan yang berterusan tentang kasih yang didemonstrasikan oleh Mesiah kepada suku kaum
dan umat yang datang kepada Allah melalui suku kaum ini.
Soalan 18. Apakah tiga perkara yang diukir?
Jawapan. Tutup dada penghakiman yang menutupi hati Imam Besar (tempat kasih) (Kel 28:29).
Dua batu onik telahd iukir dengan enam suku kaum Israel pada setiap satu, kemudian diletakkan
di bahu (tempat kekuatan) efod itu (Kel 28:12).
Imam Besar memakai pelat emas tulin di dahinya (tempat berfikir dan pertimbangan), dan
diatasnya diukir “KUDUSLAH TUHAN” (Kel 28:36).
Soalan 19. Apa lagi yang kita dapati telah diukir dalam Alkitab?
Jawapan. Hukum Sepuluh, yang telah diukir oleh Malaikat Hadir (2 Kor 3:7).
Soalan 20. Dimanakah Hukum Sepuluh ini sepatutnya diukir pada masa sekarang?
Mukasurat 12
Pelajaran: Efod, Ikat Pinggang dan Tutup dada Penghakiman
Jawapan. Di dalam hati kita (2 Kor 3:3).
Kita semua perlu untuk mengingati perlambangan pakaian Imam Besar ini, kerana kita juga akan
menjadi imam-imam Allah (Wah 1:5-6).
Kita selalu cuba untuk memelihara Hukum Eloah yang diukir didalam hati kita dan cuba untuk
memelihara juba kita supaya tidak ternoda, putih dan bersih kerana kita semua cuba menjadi
seperti Eloah dan HukumNya: Kudus, Yang Benar, Baik, Sempurna dan Benar.
Selalu ingat:
Efesus 4:20 dan ayat-ayat seterusnya.
20-23 Tetapi kamu bukan demikian. Kamu telah belajar mengenal Kristus. 21 Karena kamu telah
mendengar tentang Dia dan menerima pengajaran di dalam Dia menurut kebenaran yang nyata
dalam Yesus, 22 yaitu bahwa kamu, berhubung dengan kehidupan kamu yang dahulu, harus
menanggalkan manusia lama, yang menemui kebinasaannya oleh nafsunya yang menyesatkan, 23
supaya kamu dibaharui di dalam roh dan pikiranmu, 24 dan mengenakan manusia baru, yang telah
diciptakan menurut kehendak Allah di dalam kebenaran dan kekudusan yang sesungguhnya.
Efesus 4:22 dan ayat seterusnya. ...yaitu bahwa kamu, berhubung dengan kehidupan kamu yang
dahulu, harus menanggalkan manusia lama, yang menemui kebinasaannya oleh nafsunya yang
menyesatkan, dan kamu dibaharui di dalam roh dan pikiranmu, dan mengenakan manusia baru,
yang telah diciptakan menurut kehendak Allah telah diciptakan dalam kebenaran dan
kekudusan yang sesungguhnya. (NASV)
Pilihan Aktivit:
Teruskan membuat pakaian imam yang berkenaan bagi “patung kertas” atau “patung kain”.
Biarkan kanak-kanak membuat efod/ ikat pinggang/ tutup dada penghakiman. Sekiranya ini telah
dilakukan, teliti semula dengan kanak-kanak bila mereka tidak menggunakan “main Urim dan
Thummin” untuk bertanyakan soalan.
Biarkan kanak-kanak menggunakan lima warna dan dan sulamkan penanda buku bagi jemaah.
Sediakan kanak-kanak dengan “kertas untuk mewarna yang mudah” tentang Imam Besar dengan
isi tempat kosong dan anak panah dilukis kepada pakaian Imam Besar yang berkenaan untuk
menekankan pembelajaran mereka tentang nama pakaian dan perlambangan yang berkaitan
dengannya.
Buat permainan padanan atau konsentrasi yang berkaitan dengan pelbagai jenis pakaian Imam
Besar bersama dengan padanan perlambangan spiritualnya.
Biarkan kanak-kanak “mengukir” di kertas tebal untuk mengalami bagaimana susahnya untuk
mengukir pada produk buatan manusia, atau dapatkan alat mengukir dan biarkan kanak-kanak
yang lebih tua melihat bagaimana susahnya tugasan ini dilakukan.

Pelajaran: Efod, Ikat Pinggang dan Tutup dada Penghakiman
Mukasurat 13
Download