UNIT FALAK, JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN: PERANAN DAN SUMBANGANNYA DALAM MENYEBARKAN ILMU FALAK DALAM ALAM MELAYU Shafie Muhammad dan Nazri Muslim Jabatan Mufti Negeri Sembilan Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia Kerangka Pembentangan • • • • • • Pendahuluan Visi, Misi Dan Objektif Struktur Organisasi Peranan Dan Sumbangan Isu-isu Falak Di Malaysia Kesimpulan Pendahuluan • Unit Falak, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan adalah satu dari beberapa unit di bawah Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (JMKNNS). • Fungsi – Membantu Sahibus Samahah Mufti di dalam menyelesaikan permasalahan hukum syarak khusus di dalam hal ehwal falak – Menyebarkan dan mengembangkan ilmu falak kepada penduduk Islam di Negeri Sembilan Darul Khusus Visi, Misi dan Objektif • Visi Jabatan – Beriltizam Menjadi Institusi Mufti Yang Berwibawa Dalam Memartabatkan Syariat Islam. • Misi Jabatan – Memperkasa Kecemerlangan Pengurusan Institusi Mufti Secara Cekap dan Berkesan. Visi, Misi dan Objektif • Objektif Unit – Memupuk kesedaran akan kepentingan ilmu falak di dalam masyarakat. – Membantu perkembangan ilmu falak melalui penyelidikan terhadap aspek-aspek falak yang mempunyai hubung kait dengan ibadat dan kehidupan. – Menggalakkan penyebaran ilmu falak ke dalam masyarakat melalui aktiviti pelancongan. – Untuk menyediakan fatwa atau pandangan hukum syarak dalam perkara agama dan isu semasa yang menimbulkan perselisihan dalam masyarakat dengan lengkap, kemas dan bersistematik sebagai panduan umat Islam dalam Negeri Sembilan. Struktur Organisasi • Mufti – Timbalan Mufti • • • • • Unit Fatwa Unit Falak Unit Pentadbiran dan Kewangan Unit Tareqat dan Tasauf Unit Rujukan Aqidah Struktur Organisasi: Unit Falak • 3 orang staf • Seorang Pegawai Hal Ehwal Islam (Falak), seorang Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Falak) dan seorang pembantu Hal Ehwal Islam (Falak). • Unit ini bertanggungjawab kepada Sahibus Samahah Mufti dan Sahibus Fadhilah Timbalan Mufti – membantu menyelesaikan permasalahan hal ehwal Islam khusus di dalam aplikasi falak berkaitan ibadah seperti permasalahan arah kiblat, jadual waktu solat, penentuan awal bulan Islam dan taqwim hijriyyah tahunan, rukyah hilal Eidul Fitri dan Eidul Adha – Pengajaran dan penyebaran ilmu melalui ceramah, pameran dan penganjuran program kefahaman falak Peranan dan Sumbangan • Penentuan, pengesahan atau penyemakan arah kiblat terutama di premis awam seperti masjid, surau, musolla dan tanah perkuburan Islam • Menyediakan taqwim hijriyyah tahunan dan jadual waktu solat harian di susun mengikut prinsip penentuan bulan dan hari berdasarkan pusingan bulan bermula pada waktu maghrib • Penubuhan Kompleks Baitul Hilal baru (2011), Port Dickson, Negeri Sembilan Peranan dan Sumbangan • Memberi pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat awam: – Konvensyen Falak Negeri Sembilan setiap tahun • Pertandingan sains dan teknologi angkasa • Mereka cipta peralatan sains angkasa dan falak • Forum • Pertandingan astrofotografi – Hari Terbuka Baitul Hilal – Ceramah falak – Mendemonstrasikan peralatan - kompas primatik, Global Positioning System (GPS), theodolite, total station, teleskop Isu-Isu Falak • Kekurangan Staf – 3 orang sahaja – Bebanan kerja – Cadangan • Menambah bilangan jawatan Isu-Isu Falak • Bebanan Kewangan – Kos pembinaan balai cerap yang tinggi – Kos pembelian peralatan yang tinggi – Kos penyelenggaraan – Cadangan • CSR • Sistem wakaf Isu-Isu Falak • Isu Kemahiran – Dipelopori lulusan sains fizik – jawatankuasa teknikal majoriti terdiri dari lulusan sains – Peranan pegawai falak (lulusan agama) hanya sebagai melaksanakan keputusan yang dibuat dan menyediakan dalil dari Al-Quran dan hadis – Cadangan • Buat Munaqashah Fiqh Falak – Falak buat sekadar persoalan ibadah seharian tetapi malah lebih luas lagi Kesimpulan • Unit falak JMKNNS dilihat mempunyai pengaruh dan telah menyumbangkan penyebaran ilmu falak dalam alam Melayu amnya dan di Negeri Sembilan khususnya. • Peranan dan sumbangan ini perlu diterus dan digiatkan lagi agar ilmu falak ini terus diminati dan dihargai sepertimana bidang keilmuan yang lain. • Sesungguhnya peranan dan sumbangan unit falak perlu diberikan sokongan dan diberi pengiktirafan yang sewajarnya.