Uploaded by mohammadzhariffbinjair

AMALAN AGIHAN ZAKAT DAN PENGURUSAN MENURUT ISLAM

advertisement
SHA 3063 AYAT HUKUM MUAMALAT
TAJUK: AMALAN AGIHAN ZAKAT DAN PENGURUSAN MENURUT
ISLAM
DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMMAD ZHARIFF BIN JAIR
DISEDIAKAN UNTUK:
FAUZIAH BINTI PATAL
ISI KANDUNGAN
PERKARA
MUKA
SURAT
PENGENALAN
1-2
KONSEP AGIHAN ZAKAT
3-5
IMPAK AGIHAN ZAKAT KEPADA MASYARAKAT
6-9
PERANAN INSTITUSI ZAKAT
9-12
PERANAN PENERIMA ZAKAT
12
PENGURUSAN ZAKAT MENURUT ISLAM

SYARAT ZAKAT

JENIS ZAKAT
13-20
ISU PERMASALAHAN ZAKAT PADA MASA KINI
21
KESIMPULAN
22
LAMPIRAN
23
PENGENALAN
Penubuhan institusi zakat sebagai satu badan yang menguruskan zakat
bukanlah sesuatu kemestian menurut kebanyakan aliran pemikiran perundangan
Islam (Zayas, 2003). Contohnya kumpulan pemikiran mazhab Hanafi berpendapat
pembayar zakat sendiri dibolehkan mengagihkan zakat harta yang tidak nyata
(seperti emas dan perak) secara langsung kepada penerima tanpa melalui pihak
kerajaan sebagai perantaraan. Ini kerana kumpulan ini berpegang dengan amalan
pada zaman pemerintahan khalifah Uthman Affan r.a yang membenarkan tindakan
pembayar zakat tersebut kerana kemungkinan ditakuti kutipan zakat tersebut jatuh
ke tangan amil yang korup dan menyeleweng zakat tersebut. Walau bagaimanapun
zakat boleh dibayar kepada kerajaan dalam bentuk harta yang nyata (seperti
binatang
ternakan)
kerana
berkemungkinan
harta
tersebut
sukar
untuk
diselewengkan. Pendapat ini juga disokong oleh kumpulan pemikiran mazhab Syafie
yang secara jelas menyatakan pembayar zakat dibolehkan menunaikan zakat semua
jenis harta (harta nyata atau tidak nyata) tanpa melalui pihak kerajaan. Namun
begitu pemikiran kumpulan Mazhab Maliki adalah sebaliknya iaitu berpendapat
pembayaran zakat kesemua jenis harta perlu ditunaikan kepada pihak kerajaan
tetapi dengan syarat kerajaan tersebut adalah kerajaan yang adil, mampu
menjalankan tanggungjawab tersebut secara beramanah dan pengurusan yang
efisien. Pendapat ini sebenarnya adalah selaras dengan amalan ketika zaman
Rasulullah s.a.w, khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a dan khalifah Umar Al-Khattab r.a
yang menunjukkan institusi zakat adalah penting sebagai perantara dan agen dalam
mengutip dan mengagihkan zakat. Pendapat kumpulan pemikiran Mazhab Maliki
adalah berdasarkan ayat Al-Quran dalam Surah 9 ayat 103 dan bersandarkan satu
hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (Zayas, 2003 hlm 280 dan 281).
Qardawi
(2000)
juga
bersetuju
kerajaan
berperanan
mengutip
dan
mengagihkan zakat sama ada harta yang nyata atau tidak nyata kerana beberapa
alasan. Pertamanya wujud individu yang tidak mengendahkan membayar zakat. Jika
tiada campur tangan oleh kerajaan, maka kemungkinan hak zakat kepada asnaf fakir
dan miskin tidak dapat dipenuhi. Keduanya pengagihan zakat oleh kerajaan akan
menjaga
dan
memelihara
maruah
golongan
fakir
dan
miskin
berbanding
menerimanya secara terus daripada golongan kaya. Ketiganya jika individu
mengagihkan zakat tersebut, ia akan dipengaruhi oleh sikap tertentu yang akan
1
membelakangi konsep pengagihan. Keempat asnaf-asnaf tertentu seperti muallaf, fi
sabilillah dan sebagainya yang berkaitan dengan kepentingan awam hanya diketahui
oleh pihak kerajaan. Kelima perlu diketahui zakat merupakan sumber kewangan
negara Islam. Oleh itu ia perlu dilaksanakan kepada kerajaan sesebuah negara.
Walau bagaimanapun beliau juga berpendapat hak mengutip dan mengagihkan
zakat perlu dilakukan oleh kerajaan dengan syarat kerajaan tersebut tidak menolak
Islam sebagai satu asas ideologi, melaksanakan perundangan Islam dan struktur
sosial adalah berasaskan Islam (Qardawi, 2000; hlm 124)
2
KONSEP AGIHAN ZAKAT
Penerangan tentang kewajipan zakat secara umum di dalam al-Quran
dijelaskan
secara terperinci melalui Hadis Rasulullah S.A.W seperti perbincangan
berkaitan kadar zakat, nisab zakat, jenis-jenis harta yang dikenakan zakat, syaratsyarat zakat dan sebagainya. Namun dalam aspek agihan zakat, al-Quran
menggariskan secara jelas golongan sasaran yang berhak menadapat bantuan zakat
dan ianya adalah satu arahan yang perlu dipatuhi.
Firman Allah S.W.T yang
bermaksud:
“Sesunguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir,
dan orang-orang miskin, dan `amil-`amil yang mengurusnya, dan orang-orang
mu’allaf
yang
dijinakkan
hatinya,
dan
untuk
hambahamba yang hendak
memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan
pada) jalan Allah, dan orangorang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan.
(Ketetapan yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari
Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Surah al-Taubah: 605
Tafsiran ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa zakat merupakan
satu tanggungjawab bersedekah yang wajib dilaksanakan dan bukan pilihan
apabila telah menepati syarat wajib zakat. Berdasarkan ayat tersebut terdapat lapan
golongan manusia yang berhak menerima zakat. Lapan golongan tersebut ialah
al-fuqara’ (orang fakir), al-masakin (orang yang miskin), amil, muallaf yang perlu
dijinakkan hatinya, al-riqab
(hamba),
al-gharimin
(orang
yang
memiliki
hutang),fisabilillah (orang yang berjuang di jalan Allah) dan akhirnya ibn sabil
(musafir yang sedang dalam perjalanan). Mahmood Zuhdi (2003) berpendapat
ayat tersebut
memberi penerangan yang jelas
dengan memperincikan aspek
arahan daripada Allah S.W.T tentang kepentingan dalam pengurusan pengagihan
zakat dan penentuan asnaf yang layak menerima zakat.
Ini mungkin disebabkan
urusan agihan zakat menjadi tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul
sehinggakan senarai penerima zakat ditetapkan secara jelas melalui al-Quran. Ini
juga berkemungkinan kerana factor lebih mudah berlaku beberapa penyelewengan
3
dan penyalahgunaan dana zakat berbanding dengan urusan lain seperti kutipan dan
penentuan sumber yang dikenakan zakat.
Untuk menunaikan amanah mengagihkan zakat dengan berkesan dan
amanah, maka penentuan definisi asnaf adalah amat penting dan perlu lebih
diperhalusi. Contohnya Mujaini (2005) telah
bahagian tersebut
kepada tiga kategori
mengklasifikasikan semula lapan
asas agihan.
Pengkategorian
ini
sebenarnya adalah sebagai asas utama kepada pihak amil mendefinisikan dan
mengagihkan kepada setiap asnaf yang telah dinyatakan di samping merujuk
kepada penjelasan menurut pandangan dari mazhab syafie bahawa pengagihan
zakat secara adil adalah dengan mengagihkan kepada semua asnaf tetapi jika
tidak lengkap kesemua asnaf yang ada, maka pengagihan perlu dilakukan sekurangkurangnya kepada tiga asnaf. Ia dikembangkan kepada kategori berikut:

Agihan berdasarkan keperluan. Ia termasuklah fakir, miskin, hamba, si
berhutang dan ibn sabil.

Agihan berdasarkan pemupukan dan galakan hidup beragama dan moral.
Ia termasuklah muallaf dan fi-sabilillah.

Agihan berdasarkan
insentif dan
motivasi terhadap pengurus zakat.
Ia
termasuklah amil.
Secara ringkas, menurut Patmawati, lapan golongan yang layak menerima
agihan zakat seperti dinyatakan dalam ayat al-Quran surah al-Taubah ayat 605
seperti berikut:

Faqir- Golongan ini mempunyai harta di bawah nilai nisab. Mereka ialah
golongan yang benar-benar miskin dan memerlukan bantuan orang lain untuk
meneruskan kehidupan
samada
disebabkan
oleh
ketidakupayaan
fizikal,
lanjut usia, dan sebagainya. Dalam konteks semasa di Malaysia, pendapatan
garis kemiskinan (PGK) ialah sebanyak RM 661 sebulan bagi isi rumah 4.6 di
Semenanjung Malaysia, dan RM 691 sebulan bagi Malaysia. Mengikut definisi
RMK9, pendapatan isi rumah golongan faqir ini berada di bawah keperluan
makanan iaitu sebanyak RM400 sebulan.
4

Masakin- Mereka adalah golongan miskin yang tidak menzahirkan kemiskinan
mereka. Mengikut definisi RMK9, dalam konteks Malaysia, mereka ini merupakan
golongan isi rumah yang berpendapatan antara RM 400 hingga RM 691 sebulan.

Amilin- Mereka adalah golongan yang bekerja untuk mentadbir dan mengurus
hal-hal berkaitan zakat. Ini termasuk kesemua pegawai dan petugas yang
dilantik oleh negeri untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan zakat, seperti
pengiraan, kutipan dan agihan. Mereka
yang terlibat
dengan pekerjaan
berkaitan zakat, maka layak mendapat gaji dari dana zakat.

Muallafat al-Qulub– Mereka yang hatinya
dipujuk untuk
mendekati Islam.
Secara prinsipnya, golongan ini meliputi mereka yang persahabatan dan
kerjasama dengannya akan membantu memperkuatkan Islam. Termasuk juga
dalam golongan ini ialah mereka yang baru memeluk Islam, yang kehilangan
harta benda dan saudara-mara mereka yang lampau. Oleh itu mereka
memerlukan bantuan dan sokongan. Bantuan kewangan berkemungkinan
membantu memperkuatkan iman mereka dan melahirkan rasa kebersamaan
(sense of belonging) dalam kalangan umat Islam. Termasuk juga dalam
golongan ini mereka yang sangat kuat menentang Islam, tetapi pemberian wang
mampu melembutkan mereka. Hasil zakat boleh diberikan kepada golongan ini
walaupun mereka kaya.

Riqab– Membebaskan hamba. Dalam keadaan sekarang di mana tiada lagi
sistem perhambaan, tafsiran asnaf ini telah diperluaskan kepada seseorang yang
terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya.
Seorang yang telah disahkan ingin membebaskan dirinya dari belenggu8 yang
dihadapi tergolong dalam asnaf ini.

Gharim- Penghutang Muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan
hutang yang diharuskan oleh syara’ pada perkara asasi untuk diri dan
tanggungan yang wajib ke atasnya
atau sebagai penjamin atau kerana
menyelesaikan permasalahan ummah.

Fi sabilillah- Perjuangan, usaha
dan aktiviti
untuk menegakkan
dan
meninggikan agama Allah (Islam) di dunia. Yang paling ekstrim adalah ‘jihad’
(Islamic war).

Ibn
al-Sabil- Musafir
semasa memulakan
yang
kehabisan
perjalanan
dari
bekalan
negaranya
dalam
yang
perjalanan
atau
mendatangkan
pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang
5
tiada perbekalan di jalanan. Musafir ini berkemungkinan kaya di negara asal
mereka, tetapi menghadapi masalah dan memerlukan pertolongan di tempat lain.
IMPAK AGIHAN ZAKAT KEPADA MASYARAKAT
Apabila pengurusan agihan zakat berjaya dilaksanakan secara berkesan
dan menyeluruh walaupun terdapat beberapa perkara yang perlu sentiasa diberi
perhatian dari semasa ke semasa, ia turut akan memberi impak yang besar
kepada pembangunan asnaf itu sendiri malah kepada keseluruhan masyarakat
Islam khususnya.
memberikan
Pengagihan zakat
impak
yang
positif
yang bersistematik dan
kepada
masyarakat
efisien
akan
dan Negara secara
umumnya sebaliknya pengurusan zakat yang tidak cekap seperti pengiraan, daya
produktiviti yang rendah dan kadar agihan yang terlalu kecil boleh menyumbang
kepada
peningkatan
kadar
kemiskinan.
Kajian-kajian
lepas
yang
dilakukan
menunjukkan pengagihan zakat yang efisien memberi impak positif dalam
mengurangkan kadar kemiskinan. Sebagai contoh kajian yang dilakukan oleh
Abdul Aziz Muhammad membuktikan bahawa agihan zakat mampu membasmi
kemiskinan
di
samping
bertindak sebagai
instrumen
agihan
kekayaan
dan
pendapatan dalam Islam. Perkataan miskin atau kemiskinan dalam Islam merujuk
kepada satu keadaan yang di alami oleh seseorang individu yang tidak memiliki
sebarang harta atau wang ringgit. Dalam Islam, kemiskinan dilihat
sebagai satu
keadaan yang boleh menguji seseorang individu sama ada yang kaya atau yang
miskin. Kebajikan setiap individu amat dititik beratkan bahkan Islam telah
mengajar
umatnya
supaya
memenuhi
keperluan
dharuriyyat terlebih dahulu
sebelum hajiyyat dan tahsiniyyat. Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab bagi
golongan
yang
kaya
untuk
membantu
memenuhi
keperluan
dharuriyyat
golongan miskin. Antara instrumen yang digunakan untuk mengurangkan kadar
kemiskinan ialah melalui pelaksanaan zakat. Antara kaedah yang dilakukan dalam
mengurangkan kemiskinan melalui agihan zakat ialah pemberian bantuan sara hidup
dan bantuan modal.
Melalui bantuan sara hidup yang diberikan, ia boleh menambahkan
keupayaan berbelanja (marginal propensity to consume) para asnaf . Asnaf fakir
dan miskin terutamanya mempunyai keupayaan untuk berbelanja bagi memenuhi
keperluan dharuriyyat mereka. Sekiranya keperluan dharuriyyat sudah dipenuhi,
6
asnaf
tersebut berkemampuan
untuk
memenuhi
keperluan
hajiyyat
dan
seterusnya keperluan tahsiniyyat mereka. Secara tidak langsung, bantuan yang
diberikan akan mampu mengubah taraf kehidupan para asnaf tersebut. Melalui
bantuan modal pula, asnaf-asnaf yang berkeupayaan untuk bekerja akan diberi
bantuan sesuai dengan kemahiran dan kebolehan masing-masing. Sebagai contoh,
ibu tunggal yang miskin tapi masih mampu bekerja boleh diberi galakan untuk
belajar menjahit. Seterusnya, diberikan bantuan mesin jahit untuk ibu tunggal
tersebut menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjahit baju. Melalui bantuan
berbentuk modal kerja ini, asnaf-asnaf tersebut mampu mengubah taraf hidup
mereka dengan tangan sendiri. Adalah lebih baik memberikan pancing daripada ikan
kepada
golongan ini. Secara tidak langsung, asnaf zakat ini akan keluar dari
kemiskinan dan berupaya menjadi penyumbang zakat. Zakat juga bertindak sebagai
alat untuk memerangi riba. Ini kerana, melalui bantuan modal yang diberikan
melalui dana zakat, golongan yang miskin dan memerlukan wang tidak akan
membuat pinjaman yang berasaskan riba kerana pengenaan riba oleh pemberi
pinjam akan menyebabkan golongan ini semakin miskin bukannya semakin kaya.
Sebaliknya, bantuan modal yang diberikan kepada fakir miskin yang mampu
dan
berhajat
ataupun
untuk
memulakan perniagaan diberikan sebagai pemberian tunai
pinjaman tanpa faedah. Oleh
sebab itu, bantuan sedemikian mampu
mengubah asnaf zakat kepada pembayar zakat di masa akan datang.
Selain dari mengurangkan kadar
kemiskinan dan mengubah taraf hidup
masyarakat dana agihan zakat mampu membentuk generasi yang celik ilmu
terutamanya dalam kalangan asnaf fakir dan miskin. Keadaan ekonomi yang tidak
stabil dalam sesebuah keluarga boleh menyumbang kepada buta huruf. Ini kerana,
sesebuah keluarga yang relatifnya miskin tidak mampu untuk memberikan
pendidikan
yang sempurna
kepada
anak-anak
mereka.
Adalah lebih
menguntungkan bagi mereka jika anak-anak tersebut dapat turut sama membantu
mereka mencari rezeki daripada pergi
ke
sekolah
menuntut
ilmu.
Mentaliti
sebegini perlu diubah kerana dengan ilmu pengetahuan mereka dapat mengubah
nasib keluarga dan keluar dari lingkaran kemiskinan. Melalui agihan
asnaf bukan
sahaja diberi
bantuan berbentuk
zakat, para
kewangan malah turut
diberi
bantuan berbentuk keperluan persekolahan. Sebagai contoh bank muamalat
Malaysia berhad memberikan bantuan persekolahan seperti menyediakan program
motivasi kepada anak-anak asnaf, bantuan biasiswa, menaja sebarang aktiviti yang
7
ingin dilakukan oleh IPTA, sumbangan dalam
kepada pelajar miskin
yang mana ia
bentuk membuka akaun deposit
memberi peluang
kepada mereka
mengembangkan deposit merekadan sebagainya. Bantuan-bantuan yang diberikan
ini mampu menggalakkan anak-anak asnaf dan juga asnaf itu sendiri untuk
menuntut ilmu dan mendapat pengetahuan. Melalui ilmu pengetahuan yang
dimiliki, mereka mampu mengubah taraf hidup keluarga dengan beroleh kerja
yang mampu menjamin kehidupan mereka.
Zakat juga bertindak sebagai medium dakwah, sama ada kepada Muslim
ataupun non-Muslim. Secara umumnya, masyarakat non-Muslim menolak Islam
bukan kerana agama itu sendiri
menyebabkan
mereka
tetapi
bersangka
disebabkan
oleh
sikap
umat
Islam
buruk dengan agama Islam. Namun, melalui
dakwah bil hal dan dakwah bil mal, non-Muslim akan berupaya melihat
dengan
pandangan yang lebih terbuka mengenai kesempurnaan Islam. Dakwah melalui
zakat termasuk dalam kaedah “dakwah bil mal” iaitu berdakwah melalui harta.
Ianya merupakan usaha dakwah yang dilakukan melalui gerak kerja berbentuk
kebajikan
(kewangan,
diperuntukkan
masa,
untuk asnaf
tenaga).
mualaf
Melalui
zakat,
(mualafatuqulubahum)
bahagian
perlu
yang
digunakan
dengan sebaiknya. Ianya boleh dimanfaatkan melalui bantuan kewangan kepada
golongan non-Muslim yang baru hendak berjinak-jinak dengan Islam dan dalam
keadaan memerlukan.
Selain itu, penganjuran program yang berbentuk khidmat masyarakat dan
kebajikan terutamanya dalam kalangan masyarakat non-Muslim dapat menarik
hati mereka supaya memeluk Islam. Penting sekali bagi Muslim untuk menunjukkan
contoh teladan yang baik dan membantu mereka supaya kekal hatinya di dalam
Islam. Menurut Selamat Amir antara langkah untuk menggalakkan pengukuhan roh
Islam dalam kalangan masyarakat ialah melalui peningkatan dan penambahbaikan
kemudahan
dan
komoditi
yang
merangkumi keperluan asas
seperti bekalan
elektrik, kemudahan infrastruktur, sekolah, dan sebagainya sama ada di kawasan
penempatan Muslim ataupun non-Muslim. Terdapat banyak kes yang turut
melibatkan masyarakat Muslim kembali kepada agama
asal masing-masing
apabila keperluan hidup mereka gagal dipenuhi oleh pihak berwajib. Oleh sebab
itu, pengagihan zakat yang berkesan dan bersistematik di samping pelaksanaan
8
program-program yang bersesuaian diperlukan bagi menggalakkan saudara baru ini
kekal beragama Islam.
PERANAN INSTITUSI ZAKAT
a) Mempergiat Promosi Agihan Yang Cekap Melalui Institusi Zakat
Walaupun terdapat beberapa kekurangan dan kelamahan intitusi zakat
ia tidak bermakna mencerminkan kelemahannya akan berkekal lama. Pada masa
yang sama semua pihak dalam institusi zakat perlu bertindak segera melakukan
perubahan untuk penambahbaikan urusan pengagihan zakat khususnya dengan
cara mengenalpasti aduan-aduan dari pelbagai pihak dan individu secara terbuka
supaya keberkesanan institusi zakat menjadi lebih cekap dan cemerlang.
Pihak
institusi zakat juga perlu memperluaskan promosi dengan mempelbagaikan bentuk
agihan zakat seperti memperluaskan promosi melalui iklan dan program bersama
pelanggan.
Bentuk agihan
dalam jangka
pendek
zakat juga
atau jangka
perlu dilihat
panjang.
Ini
sama ada
disokong
perlu dibantu
oleh Patmawati
sebagai contoh bantuan pendidikan kepada pelajar universiti dalam bentuk
biasiswa diiklankan dan dimasukkan ke dalam akhbar-akhbar perdana dengan
syarat yang jelas. Program bersama pelanggan ini akan memberi pendedahan
yang jelas secara langsung kepada masyarakat berkaitan dengan kebolehpercayaan
terhadap institusi zakat. Tambahan pula institusi zakat juga dapat mengenalpasti
individu-individu
yang layak untuk membuat permohonan zakat. Di samping itu,
kempen dan program ini dapat membantu institusi zakat menambah idea-idea baru
yang dilontarkan oleh masyarakat.
Selain itu, siapsiaga para pentadbir zakat perlu diberi perhatian dengan
segera demi membangunkan
institusi
zakat
yang
lebih
efisen
termasuklah
dalam isu agihan zakat. Kepakaran para pentabir zakat dalam menguruskan sistem
dan pengurusan agihan memberi kesan kepada
terhadap institusi zakat.
kebolehpercayaan masyarakat
Pemilihan staf yang berintegriti bermula dari peringkat
pemilihan calon untuk ditemuduga.
Lantikan staf zakat bukan
sahaja
tertakluk
kepada latar belakang syariah malah turut perlu merujuk kepada pengalaman
yang pelbagai, etika dan keprofesionalan diri untuk pembangunan institusi.
9
Pihak institusi zakat perlu membuat kajian semak semula ke atas hasil bantuanbantuan yang diberikan kepada asnaf dengan mengadakan lawatan dan diperincikan
dalam laporan untuk sebarang penambahbaikan.
b)
Penilaian Semasa Asnaf Yang Menyeluruh dan Efisien
Penilaian
semasa
untuk
menentukan
taraf
kelayakan
asnaf
zakat
merupakan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan oleh institusi zakat. Ia
secara tidak langsung menggambarkan kecekapan kerja kakitangan zakat untuk
mendapat kepercayaan dari seluruh masyarakat Islam. Penilaian semasa bertujuan
untuk memastikan prinsip agihan zakat yang sebenar iaitu lebihan
pendapatan
dari golongan kaya yang beriman diagihkan kepada golongan yang memerlukan
(asnaf) terlaksana.
Walaupun asnaf fakir dan miskin adalah antara yang diberi tumpuan
dalam pengagihan zakat untuk tujuan mengurangkan kadar kemiskinan dalam
kalangan masyarakat Islam, namun tumpuan kepada asnaf-asnaf
yang lain turut
menjadi keperluan untuk dinilai supaya kelayakannya bersesuaian dengan uruf
semasa. Ini kerana didapati trend keperluan dan perbelanjaan pada hari ini dilihat
memberi kesan yang besar kepada hampir keseluruhan asnaf sepertimana
penentuan kadar had kifayah yang sentiasa dinilai dari semasa ke semasa begitu
juga dengan keperluan asnaf-asnaf zakat di Malaysia. Ia juga dapat memastikan
agar hanya
golongan
yang
berhak
sahaja
akan
menerima
bantuan
zakat
setelah mereka cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga.
Demikian juga Islam melarang umatnya dari membiasakan
diri dengan
sikap
meminta-minta dan mengambil kesempatan dengan peluang yang ada. Ia juga
menjadi insiatif kepada pihak kerajaan atau negara untuk membuka lebih banyak
peluang pekerjaan dan menggalakkan pemberian insentif berbentuk bantuan atau
galakan kepada masyarakat untuk pemabngunan diri dan seterusnya berusaha
keluar dari kumpulan yang miskin.
Walaubagaimanapun, jika individu atau
kumpulan masih tidak berupaya menghasilkan mata pencarian yang mencukupi,
maka zakat menjadi saluran untuk mereka memperolehi pendapatan bagi memenuhi
keperluan yang tidak mencukupi.
10
Maka kerangka penilaian dari pihak institusi atau pentadbir zakat perlu
dibentuk untuk menjadi garis panduan khusus dalam menentukan kategori dan
kelayakan seseorang asnaf. Oleh demikian segala prinsip penilaian yang berkaitan
dengan agihan melalui institusi zakat haruslah diteliti dengan lebih mendalam
berasaskan kepada al-Quran, al-Sunnah dan maslahah ummah.
Afzal-Ur Rahman
turut mengakui bahawa kelas masyarakat yang jauh
perlu
berbeza
dielakkan
dengan mengambilkira penilaian yang bersesuaian dengan keperluan semasa ke
atas harta dan jumlah yang perlu dizakatkan. Sehubungan itu, wajarlah penilaian
asnaf juga turut perlu diberi perhatian dari semasa ke semasa agar jurang kekayaan
dalam
kalangan
masyarakat
dapat
dikurangkan
walaupun
diakui
bahawa
perbezaaan pendapatan dan pemilikan harta persendirian dan inisiatif individu adalah
sesuatu yang tidak dapat dielakkan namun ianya mestilah dikawal supaya tidak
sehingga mencipta kelas-kelas masyarakat yang jauh berbeza.
c) Memperkasa Agihan Melalui Kerjasama Dengan Institusi Luar
Kerjasama institusi zakat dengan pelbagai pihak luar yang proaktif
dapat
membantu meningkatkan taraf hidup asnaf supaya tidak terus bergantung dengan
bantuan zakat semata-mata.
Kerjasama institusi zakat dengan badan-badan luar
dapat membantu mengubah hidup asnaf sebagai contoh bantuan modal, galakan
semangat dan kemahiran keusahawanan yang diberikan
kepada
asnaf
dapat
mengeluarkan asnaf dari golongan yang miskin seterusnya Berjaya keluar dari
kumpulan yang berada dalam ukuran berpendapatan bawah garis kemiskinan
Malaysia.
Akhirnya mereka berjaya mengubah status taraf hidup dan dapat
memenuhi keperluan selain keperluan dharuriyyat.
Kebiasaanya projek-projek
pembangunan ekonomi atau usahawan yang biasa diceburi oleh asnaf meliputi
pelbagai bidang termasuklah bidang ternakan, tanaman, perikanan, peruncitan,
industri
kecil
dan sederhana (IKS)
dan sebagainya.
Masyarakat melayu juga
sangat sinonim dengan bidang pertanian, penternakan dan perikanan. Sehubungan
itu, usahawan-usahawan kecil ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja
diberikan sebarang suntikan modal atau
tanpa
sokongan dan diakui hakikatnya para
pegawai zakat tidak mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Demikian itu,
kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan organisasi lain sepereti Lembaga
Pertubuhan
Ladang,
FAMA,
Lembaga
Kemajuan
Ikan Malaysia
(LKIM)
dan
sebagainya secara tidak langsung membantu usahawan baru ini menerima skim
11
khidmat nasihat dan bantuan lain yang dapat membantu mereka meneruskan projek
sehingga berjaya.
PERANAN PENERIMA ZAKAT
Para penerima zakat haruslah memahami bahawa mereka adalah entiti utama
dan menjadi indikator utama kepada institusi zakat untuk mengukur keberkesanan
pengagihan zakat dalam meningkatkan ekonomi masyarakat Islam.
Segala usaha
yang dilakukan sama ada dari pihak institusi zakat mahupun kerajaan sekiranya
tidak digunakan sebaik mungkin akan menyebabkan segala usaha menjadi sia-sia.
Kerjasama dari pihak penerima zakat (asnaf) amat diharapkan untuk sama-sama
memastikan kelangsungan institusi zakat dan berjaya berada sebaria dengan
institusi-institusi ekonomi yang lain.
Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa zakat
merupakan satu amalan untuk mensucikan harta bagi yang kaya dan harta perlu
dibelanjakan untuk perkara-perkara yang baik dan bermanfaat supaya ia menyubur
dan dapat mensucikan masyarakat daripada keburukannya.
Ketaatan pembayar
zakat perlulah dihayati juga oleh penerima zakat agar sumbangan yang diterima
turut digunakan dengan sebaik yang mungkin
dan
sentiasa
berusaha untuk
meningkatkan taraf dan kualiti hidup ke arah yang lebih baik. Seterusnya asnaf
perlu berusaha untuk keluar dari kelompok miskin dan terus berusaha sepertimana
individu lain yang berusaha untuk mengumpul kekayaan dan harta pemilikan
untuk menjadi sebahagian dari penyumbang zakat.
Tambahan pula, zakat bukan
hanya terhad kepada pembersihan kehidupan pembayar zakat tetapi ia akan
berkembang lebih meluas meliputi kehidupan semua individu yang mempunyai
hubungan dengannya di mana mereka membetuk ciri-ciri kemanusian dalam diri
sendiri
seterusnya
cuba mengembangkannya
kedalam diri individu yang lain..
Firma Allah SWT yang bermaksud:
‟Sesungguhnya
beruntunglah
beriman)”. (surah al-`ala 87:14)
12
orang-orang
yang
membersihkan
diri (dengan
PENGURUSAN ZAKAT MENURUT ISLAM
1. SYARAT ZAKAT
i.
ISLAM- Pemilik harta mestilah seseorang yang beragama Islam kerana zakat
disyariatkan kepada orang Islam sahaja. Golongan bukan Islam tidak
diminta untuk mengeluarkan zakat kerana zakat adalah ibadat untuk
mendekatkan diri kepada Allah
SWT serta menzahirkan kepatuhan diri
sebagai seorang hamba.
i.
MERDEKA- Bebas daripada cengkaman penghambaan. Isu hamba tidak
timbul pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan oleh
para ulama sebagai salah satu syarat wajib berzakat
ii.
MILIK SEMPURNA- Pemilikan terhadap sesebuah harta hendaklah jelas di
mana tiada orang lain yang berhak ke atasnya melainkan dirinya sendiri.
Dengan pemilikan sempurna, sesuatu harta tidak tertakluk kepada hak pihak
lain. Pemiliknya mampu mengendalikan harta tersebut secara bebas dan
keuntungan daripadanya juga kembali kepada pemiliknya. Maka, tidak wajib
zakat kepada harta yang tidak mempunyai pemilik tertentu atau dimiliki oleh
awam seperti tanah wakaf, harta baitulmal dan seumpamanya.
iii.
CUKUP NISAB- Sesuatu harta yang dimiliki hendaklah mencukupi nisab yakni
paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu
dikeluarkan zakat. Umumnya, setiap kategori harta mempunyai kadar
nisabnya yang tersendiri. Misalnya bagi Zakat Pendapatan, Perniagaan,
Wang Simpanan, Saham dan Emas, nisabnya adalah nilaian 20 mithqal (85
gram emas). Manakala nisab bagi Zakat Pertanian adalah 5 wasaq (atau
awsuq). Bagi nisab Zakat Ternakan adalah berpandukan ukuran ketetapan
yang telah dinyatakan dalam nas hadis.
iv. CUKUP HAUL- Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta
yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau
mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari. Pada asalnya, asas perkiraan
haul adalah mengikut tahun Hijrah, namun oleh kerana kebiasaan (uruf)
pada hari ini penggunaan tahun masihi mengatasi penggunaan tahun Hijrah,
maka praktis pengiraan zakat lebih tertumpu kepada kalendar tahun masihi.
Haul menjadi syarat dan penyelaras dalam sistem zakat. Pensyaratan haul
terhadap sesetengah harta adalah pendapat jumhur ulama dan sebahagian
mereka menukilkan ijmak. Namun ulama telah menetapkan bahawa
13
pensyaratan haul tidak meliputi seluruh sistem zakat di mana ia disyaratkan
kepada beberapa jenis zakat seperti Emas, Perniagaan dan Ternakan.
Manakala Zakat Pendapatan, Pertanian?dan Rikaz tidak disyaratkan haul.
v.
BERKEMBANG (AL-NAMA)- Harta yang akan dikenakan zakat mestilah harta
yang berkembang atau berpontensi untuk berkembang. Sifat berkembang
harta adalah sifat yang memberikan pulangan dan pendapatan kepada
pemiliknya. Secara praktis, ulama sejak zaman-berzaman tidak mewajibkan
zakat terhadap haiwan yang dijadikan kenderaan, rumah kediaman, perabot
rumah, alat-alat pekerjaan, dan lain-lain yang sifatnya tidak berkembang
kerana ia dijadikan semata-mata untuk kegunaan peribadi. Syarat ini
sebenarnya selari dengan makna asal perkataan zakat dalam bahasa Arab
yang memberi maksud bertambah dan berkembang.
2. JENIS ZAKAT
i.
ZAKAT PENDAPATAN
Zakat pendapatan timbul daripada konsep zakat al-mal al-mustafad (zakat
harta perolehan). Konsep al-mal al-mustafad bermaksud mewajibkan zakat ke atas
mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran
(jual-beli), secara ringkasnya ia diperoleh dengan sebabnya tersendiri seperti gaji,
upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain.Para fuqaha telah mewajibkan zakat ke atas
hasil pendapatan dan gaji. Ini kerana pendapatan merupakan sebuah harta yang
berkembang dan boleh membawa perolehan yang lumayan terutamanya bagi
seseorang yang menyandang jawatan-jawatan profesional atau peringkat tinggi
dalam sesebuah organisasi. Ia juga antara aktiviti perekonomian utama pada zaman
ini, apatah lagi profesion makan gaji sudah menjadi lumrah dalam kehidupan
sekarang. Kewajipan zakat pendapatan telah diasaskan oleh beberapa dalil. Di dalam
al-Quran, Allah SWT berfirman (yang bermaksud):
Wahai
orang-orang
yang
beriman!
Belanjakanlah
(pada
jalan
Allah)
sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang
Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.[Al-Baqarah (2): 267]
Dalam sebuah Hadis (yang bermaksud):Telah diceritakan oleh Said Bin Abi
Burdah dari bapanya dari datuknya dari Nabi SAW bersabda:
14
Sedekah ditekankan atas setiap Muslim Lalu para Sahabat bertanya: Wahai
Nabi Allah, bagaimana dengan orang yang tidak mendapatkan (sesuatu untuk
disedekahkan) Beliau menjawab: Dia beramal dengan tangannya (kerja), sehingga
dia bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah (HR Bukhari & Muslim)
ii.
ZAKAT PERNIAGAAN
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta
perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat
perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka
yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dalil zakat perniagaan ialah:
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan
oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan
mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang
padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” [Surah Al-Nur (24): 37]
Melalui hadis Nabi SAW pula bermaksud:
Daripada Maimun Ibn Mihran: Apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat (cukup
haul), maka hitunglah berapa jumlah wang tunai yang ada padamu, dan bagi barang
perniagaan yang ada, nilailah ia dengan matawang, begitu juga segala hutang
pelangganmu yang mampu (diharap kembali) hendaklah diambilkira dan kemudian
tolakkan hutangmu sendiri, barulah dikeluarkan zakat atas bakinya itu.[Riwayat Abu
Ubayd al-Qasim Ibn Salam, Kitab Al-Amwal]
iii. ZAKAT WANG SIMPANAN
Wang merupakan harta cair yang boleh digunakan dalam hal pertukaran,
ukuran nilai dan tabungan. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau
sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu bentuk kekayaan yang
memberi kuasa membeli. Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun
simpanan tetap, simpanan semasa, serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau
mana-mana institusi kewangan diwajibkan zakat sekiranya memenuhi syarat-
15
syaratnya. Nisab zakat wang simpanan sama bersamaan nilai 85 gram emas Zakat
dikenakan sebanyak 2.5% ke atas jumlah baki terakhir dalam tempoh setahun
simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.
Kewajipan zakat wang ditetapkan dalam Quran dan Hadis. Antaranya dalam surah
al-Taubah seperti berikut yang bermaksud:
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak
membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan
(balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas
perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi
mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada
mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah
(azab dari) apa yang kamu simpan itu [Surah Al-Taubah (9): 34-35]
Melalui hadis pula adalah:
Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Tidaklah ada
ganjaran bagi orang yang memiliki harta simpanan namun tidak menunaikan haknya,
melainkan Allah SWT akan melemparkannya ke dalam api neraka jahanam pada hari
kiamat, hingga dahinya, tepinya serta punggungnya dibakar, sampai Allah
memutuskan perkara di antara hamba-hambanya di hari yang lamanya sekitar
50,000 tahun di bumi, kemudian dia melihat jalannya, baik ke syurga mahupun ke
neraka.[HR Muslim]
iv. ZAKAT SAHAM
Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud
pada zaman dahulu. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat
yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian. Apabila saham
disenaraikan di pasaran saham, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini
kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik
mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, sepeti pencapaian
syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.
16
Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai
dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham.
Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari
hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari
bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]
Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah RA yang bermaksud:
“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan
zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang
dipananskan
oleh
neraka.
Dengan
api
itulah
akan
diselarkan
rusuk
dan
belakangnya?” (Sahih Muslim)
v.
ZAKAT KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi
keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah
persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan. Di bawah akta KWSP,
semua rakyat Malaysia yang bekerja diwajibkan untuk mencarum sebahagian
pendapatannya didalam kumpulan wang ini. Caruman tersebut akan dikreditkan ke
akaun individu ahli di KWSP. Amaun caruman terdiri daripada caruman pekerja dan
caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman
semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan diterima.
Wang KWSP ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum
apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil
keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara. Ia juga boleh
dikeluarkan atas pelbagai sebab lain yang dibenarkan dibawah Skim Pengeluaran
KWSP. Wang KWSP diwajibkan zakat (setelah memenuhi syarat-syaratnya) kerana
konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP
tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa, justeru
17
ia tidak memenuhi syarat “Sempurna Milik”. Namun syarat “Sempurna Milik” akan
dipenuhi sejurus apabila pencarum diberi kebenaran untuk mengeluarkannya (sama
ada sudah capai umur atau pengeluaran lain yang dibenarkan dibawah Skim
Pengeluaran KWSP). Kewajipan zakat juga tertakluk kepada jenis-jenis pengeluaran
yang dibuat berpandukan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak
Wilayah Persekutuan kali ke-120.
Caruman KWSP diwajibkan zakat apabila dikeluarkan daripada simpanan
tersebut. Ia berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang. Jumhur Ulama’
sependapat mengatakan wajib zakat pada mata wang apabila telah memenuhi
syarat-syaratnya. Dalilnya seperti berikut:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta
tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka
dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar
emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya
dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada
mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu
rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu?” [Surah Al-Taubah (9): 34-35]
vi. ZAKAT EMAS
Islam memandang emas sebagai simbol kekayaan harta yang berharga dan
mampu berkembang. Pada masa dahulu emas diguna sebagai wang dalam urusan
jual beli. Emas-emas ditempa menjadi kepingan berbentuk syiling (dinar) dan juga
dibentuk menjadi barang perhiasan wanita. Oleh sebab keistimewaan yang dimilik
oleh emas dan menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat ke atas
emas.
Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam
kitab suci al-Quran yang bermaksud:
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak
membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan
(balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas
perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi
18
mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada
mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu
rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]
Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah RA yang bermaksud:
Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan
zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang
dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya??
(Sahih Muslim).
vii. ZAKAT PERAK
Logam perak (silver) merupakan logam yang berharga dan berguna. Pada
masa dahulu, perak telah digunakan sebagai alat tukaran (wang) dalam urusan jual
beli. Masyarakat arab menggunakan logam perak (dirham) sebagai medium
matawang utama disamping emas (dinar) dalam sistem ekonomi mereka. Walaupun
kegunaan perak pada zaman moden telah berubah berbanding zaman dahulu,
namun fizikalnya yang masih kekal sebagai alat simpanan nilai dan simbol kekayaan
seseorang. Justeru kewajipan syariat zakat ke atas perak kekal termaktub dan
seharusnya ditunaikan oleh orang Islam apabila memenuhi syarat-syaratnya.
Allah SWT telah mewajibkan zakat ke atas perak melalui ayat dalam Al-Quran
yang bermaksud:
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak
membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan
(balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas
perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi
mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada
mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu
rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [Surah At-Taubah(9): 34-35]
19
viii. ZAKAT PERTANIAN
Tanah adalah salah satu nikmat terbesar yang diciptakan oleh Allah SWT.
Tanah diamanahkan kepada umat manusia untuk menjadikannya subur serta
menghasilkan tanam-tanaman dan buah-buahan. Sesungguhnya semua tanaman
dan buah-buahan yang tumbuh di atas muka bumi ini merupakan kurniaan Allah
SWT, dan bukannya datang dari manusia. Maka?apabila Allah mengarahkan manusia
untuk menunjukkan rasa syukur atas nikmat yang telah diberikan, maka sudah
tentulah umat Islam yang beriman menunaikannya dengan mengeluarkan zakat dari
sebahagian dari hasil tanam-tanaman mereka.
Kewajipan menunaikan zakat pertanian telah disebutkan secara terang dan
jelas dalam al-Quran yang bermaksud:
Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar
tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan
tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan
delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya).
Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada
hari memetik atau menuainya [Surah Al-Anam (6): 141]
Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang bermaksud:
Dari Salim bin Abdullah dari bapanya RA dari Nabi SAW bersabda: Pada tanaman
yang diairi dengan air hujan, mata air, atau air tanah maka zakatnya sepersepuluh
(10%),
adapun
yang
diairi
dengan
seperduapuluh (5%)? (HR Bukhari)
20
menggunakan
tenaga
maka
zakatnya
ISU PERMASALAHAN DALAM AGIHAN ZAKAT PADA MASA KINI
Walaupun kutipan zakat semakin baik namun isu pengagihan zakat masih lagi
menimbulkan banyak perdebatan dan permasalahan. Masalah kaedah pengagihan,
agihan zakat kepada asnaf yang layak atau tidak, masalah kemiskinan yang masih
berlaku walaupun agihan zakat telah dilaksanakan telah mencacatkan prestasi dan
pencapaian institusi zakat itu sendiri. Perkara ini sering kali dikaitkan dengan
ketidakpuasan hati pembayar zakat yang akhirnya akan menjejaskan kadar
peningkatan kutipan zakat setiap tahun. Malah terdapat pengkaji-pengkaji sudah
mula menyarankan institusi zakat perlu dinilai secara terbuka oleh orang ramai. Ini
kerana jika orang ramai merasa tidak berpuas hati dengan pengurusan zakat oleh
institusi zakat, ini boleh menyebabkan orang ramai akan membayar zakat secara
terus kepada asnaf malah lebih teruk lagi tidak mahu membayar zakat harta tetapi
hanya membayar zakat fitrah sahaja.
Kesan pembayaran zakat terus kepada asnaf zakat dan bukan secara
langsung kepada institusi zakat akan menimbulkan banyak masalah. Masalah seperti
bocoran kutipan zakat dan pengagihan yang tidak sekata antara asnaf akan berlaku
jika pembayar terus membayar zakat kepada asnaf terutamanya fakir dan miskin .
Oleh itu pembayar zakat merupakan satu agen penting dalam kejayaan pelaksanaan
sistem zakat itu sendiri. Pembayar zakat perlu diyakinkan agar pembayar zakat akan
membayar zakat secara terus kepada pihak institusi zakat dan bukan secara
langsung kepada asnaf. Keyakinan yang dimaksudkan adalah sejauh manakah
institusi zakat telah mengagihkan zakat secara berkesan, efisien dan diyakini oleh
pembayar zakat. Inilah persoalan yang perlu ditangani oleh pihak institusi zakat.
Pihak institusi zakat perlu fahami hasrat pembayar zakat agar perasaan tidak puas
hati terhadap pengurusan zakat dapat diminimumkan.
21
KESIMPULAN
Institusi zakat amat penting dalam sistem zakat. Ia merupakan perantara
antara pembayar dan penerima (asnaf). Tanggungjawabnya adalah amat besar iaitu
memastikan kutipan zakat dapat dilakukan dengan efisien dan mengagihkan zakat
kepada asnaf dengan efisien dan berkesan. Sekiranya institusi ini gagal berfungsi
dengan baik, maka sistem zakat tidak akan berjaya dilaksanakan. Institusi zakat
perlu menunjukkan nilai-nilai Islam yang tinggi seperti amanah dan adil dalam
pengurusan zakat dan di masa yang sama perlu bersifat profesionalisme. Cabaran
institusi zakat menguruskan zakat pada masa kini bukanlah seperti zaman dahulu di
mana seorang amil adalah seseorang diyakini masyarakat setempat seperti para
ustaz, guru agama dan imam yang mempunyai latar belakang pendidikan agama.
Pengurusan zakat pada masa kini juga memerlukan pengurus yang mempunyai ilmuilmu lain seperti pengurusan, keusahawanan, teknologi dan sebagainya. Ini akhirnya
akan
meningkatkan
tahap
profesionalisme
pengurusan
zakat,
meningkatkan
keyakinan pembayar zakat dan akhirnya akan meningkatkan lagi dana zakat dalam
sistem kewangan Islam yang akhirnya dapat meningkatkan lagi pengagihan kepada
asnaf. Ini diharapkan akan membasmi kemiskinan masyarakat Islam amnya dan
menguatkan lagi jaminan sosial dalam masyarakat Islam.
22
LAMPIRAN
23
Download