Uploaded by common.user79512

METHODOLOGI KAJIAN

advertisement
METHODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian merupakan cara untuk mendapatkan maklumat dan data yang
berkait dengan tujuan kajian diajalankan. Reka bentuk kajian membimbing ke arah
mendapatkan maklumat dan data yang berhubung dengan tujuan kajian dijalankan. Salah satu
tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan
kajian (Kerlinger, 1973).
Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif yang digunakan untuk mengkaji
tahap kefahaman dan pengetahuan seseorang responden tentang Falsafah Rukun Negara.
Menurut John W. Creswell (2003), kajian kuantitatif adalah kajian ilmiah yang sistematik
terhadap bahagian-bahagian dan fenomena serta hubungan-hubungannya. Tujuan kajian
kuantitatif adalah mengembangkan dan menggunakan model-model matematik, teori-teori
atau hipotesis yang berkaitan dengan fenomena alam. Istilah kajian kuantitatif sering
dipergunakan dalam ilmu-ilmu sosial untuk membezakannya dengan kajian kualitatif.
Selain daripada mengumpul maklumat dari internet, kaji selidik dalam kalangan
masyarakat serta mahasiswa dan mahasiswi UITM yang telah dijalankan untuk mendapatkan
maklum balas yang lebih tepat mengenai kajian yang dijalankan ini. Metodologi kajian ini
dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu mengumpul data dan maklumat berkaitan
kajian, membuat pemerhatian terhadap respons responden terhadap pengamalan nilai Rukun
Negara dalam kehidupan seharian.
INSTRUMENT KAJIAN
Kaedah yang sesuai dijalankan untuk mengumpul dan menjayakan kajian ini ialah
melalui soal selidik. Hal ini disebabkan soal selidik sangat relevan, lebih pratikal dan
berkesan digunakan untuk kajian yang dijalankan dalam populasi yang besar untuk
mendapatkan maklumat berkenaan dengan sejauh mana kefahaman responden tentang nilainilai Rukun Negara.
Setiap pernyataan dalam soal selidik adalah sama kepada semua responden.
Pemberian soalan mampu memberi berbagai-bagai dapatan kajian atau sampel kajian
bertindak balas tanpa dipengaruhi oleh penambahan atau pengurangan arahan. Kaedah soal
selidik lebih mudah memperolehi data berbanding kaedah-kaedah lain bagi menjawap
persoalan kajian yang telah dibentuk.
Instrumen kajian menyediakan satu set soalan tentang tajuk pengetahuan dan
kefahaman masyarakat terhadap nilai-nilai Rukun Negara yang dilakukan secara atas talian
melallui google form. Soalan kajian ini membantu memperolehi maklumat bagi mencapai
objektif kajian. Berdasarkan rasional yang sesuai, kajian ini mempunyai dua set soal selidik
yang telah digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian.
Set tersebut ialah Bahagian A berkaitan maklumat diri iaitu maklumat diri respondan
lelaki dan wanita. Maklumat diri yang diperoleh daripada soal selidik ini adalah jantina, umur
dan bangsa. Respondan dikehendaki melengkapkan kenyataan dengan jawapan yang
bersesuaian dengan diri mereka sahaja. Manakala Bahagian B adalah soal selidik mengenai
pengetahuan dan kefahaman serta pengamalan mayarakat terhadap niai-nilai Rukun Negara.
REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan bukan eksperimental. Dalam reka bentuk ini,
penilaian ini dilakukan setelah responden selesai menjawab borang soal selidik yang
diedarkan melalui google form. Responden perlu melengkapkan maklumat peribadi responen
pada bahagian A dan menjawab soalan berkaitan persepsi masyarakat terhadap kepentingan
pengamalan Rukun Negara di dalam kehidupan seharian serta cadangan langkah-langakah
yang boleh menerapkan unsur-unsur Rukun Negara.
Keputusan soal selidik ini menggambarkan suasana masyarakat saling bantumembantu. Kaedah ini dipilih kerana ia dianggap antara yang paling sesuai untuk menilai
tahap pengetahuan dan kepekaan sesebuah masyarakat terhadap kepentingan Rukun Negara.
SAMPEL KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian populasi yang melibatkan sekelompok responden yang
belajar di UITM serta beberapa orang masyarakat luar. Responden dipilih secara rawak dan
sukarela yang berbeza jantina serta terdiri daripada masyarakat luar dan penuntut universiti
dari fakulti berlainan perlu melengkapkan borang soal selidik.
Download