Uploaded by User78532

MAZHAB RUKUN AGAMA

advertisement
MAZHAB-MAZHAB PADA
KOMPONEN RUKUN AGAMA
Setelah kita mengetahui akan rukun agama itu sepertimana yang disebutkan oleh ulama
bahawa ianya berdasarkan hadis Jibril. Maka dari itu tergambar bahawa tajuk yang dibawa oleh
Nabi kita dalam hadis itu adalah ISLAM, IMAN, IHSAN & ILMU SA’AH. Setelah
keempat-empat bab ini diceritakan oleh Nabi , barulah Nabi mengatakan: “sesungguhnya
dia ialah Jibril, dia datang kepada kamu semua, hal keadaan mengajar kamu semua perkaraperkara agama kamu”. Maka jelas di sini selepas empat perkara disebut barulah Nabi 
mengatakan “itu semua perkara-perkara(rukun) agama”. Bukanlah selepas tiga perkara.
Maka daripada empat pembahagian yang Nabi  ceritakan itu, terpecahlah kepada dua
perkara ugama iaitu satu dinamakan sebagai perkara-perkara yang tsawabit dan satu lagi
dinamakan mutaghaiyyirat .
Perkara-perkara tsawabit itu ialah ISLAM, IMAN & IHSAN. Manakala perkaraperkara mutaghaiyyirat itu pula ialah ILMU SA’AH. Tiga yang pertama adalah berkaitan
dengan ibadah manusia dan kehambaan, manakala ILMU SA’AH adalah ilmu yang membina
pengetahuan ummat Islam mengetahui kecelaruan atau perubahan atau fitnah yang akan
berlaku keatas ISLAM, IMAN & IHSAN. Justeru dapat menangani perpecahan yang berlaku
didalamnya sebagai wadah menjaga perpaduan umat dan kelangsungan rahmah sesama umat.
Sidang pembaca sekalian,
Pada kali ini kita akan masuk dalam menceritakan mazhab-mazhab pada masalah
tsawabit iaitu ISLAM, IMAN & IHSAN. Setiap ilmu itu ada ahli-ahlinya maka sebab itu Allah
 memerintahan kita bertanya kepada ahli tiap-tiap ilmu untuk mengetahui isi ilmu tersebut.
Firman Allah  :
}َ‫{فَاسْ َألُوا أَهْلَ الذِّ ْكرِ إِن كُنتُمْ لَا َت ْعَلمُون‬
Ertinya: Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (ahli sesuatu ilmu) jika
kamu tidak mengetahui.
1 |PERTAMA/2017/MAC/006
Dahulu kita sudahpun melalui hukum bermazhab dan mengetahui bagaimana
hukumnya itu menjadi wajib dengan kaedah fiqh yang tersebut. Maka kali ini kita kenalkan
mazhab-mazhab ilmu tsawabit yang ianya daripada rukun agama.
1. ILMU ISLAM (fekah)

MAZHAB HANAFI : Nu’man Bin Tsabit

MAZHAB MALIKI : Malik Bin Anas

MAZHAB SYAFIE : Muhammad Bin Idris

MAZHAB HANBALI : Ahmad Bin Hanbal
2. ILMU IMAN (aqidah)

MAZHAB ASY’ARI : Ali Bin Ismail

MAZHAB MATURIDI : Muhammad Bin Muhammad Al-Maturidiy
3. ILMU IHSAN (tasawwuf)

MAZHAB TOIFURIYAH : Toifur Bin Isa Abu Yazid Al-Bustomiy

MAZHAB SYAZILIYAH : Ali Bin Abdillah Bin Abd Jabbar Al-Hasani

MAZHAB NAQSYABANDIYAH : Muhammad Bin Muhammad Al-Bukhari

MAZHAB AHMADIYAH : Ahmad Bin Idris

DAN LAIN-LAIN TAREKAT.
Setiap ulama yang menjadi Imam bagi mazhabnya itu sebenarnya adalah satu perkara
yang sudah diisyarat oleh Nabi  sendiri dan dikaji oleh ulama siapakah gerangan mereka.
Setengah daripada mereka termasuk dalam keumuman hadis Nabi  berkenaan zaman dan
generasi yang terbaik manakala setengah diantara mereka pula termasuk dalam hadis yang
khusus yang diisyaratkan kepada susuk tubuh yang tertentu. Ini adalah antara dalil yang
menyokong seseorang itu adalah antara ulama yang “sah untuk di ikuti”.
2 |PERTAMA/2017/MAC/006
ISYARAT KESAHIHAN PARA
IMAM UNTUK DI IKUTI
IMAM-IMAM ILMU ISLAM
[1] Isyarat daripada Nabi  mengenai Imam ABU HANIFAH ialah seperti hadis yang dilihat
oleh para ulama ianya tidak dapat tidak, mesti ternisbah kepadanya ialah hadis yang berbunyi:
}ٍ‫{َلوْ َك ْانَ اْلِعلْمُ بِا ُّلث َرياَّ لَتَنَاوََلهُ نَاسٌ ِمنْ أَبْنَاءِ فَا ِرس‬
‫ وبقية رجاله رجال الصَّحيح‬،ٌ‫ وفيه خالف‬،‫شهْرٌ وثَّقه أمحد‬
َ ‫ رواه أمحد وفيه‬،»ُ‫ هو يف الصحيح غري قوله «الْعِْلم‬:)731/3( ‫قال اهليثمي يف جممع الزوائد‬
Ertinya : jikalau adalah ilmu itu tinggi di bintang suraya nescaya ia akan dapat
dicapai oleh manusia dari anak-anak parsi.
[2] Manakala Isyarat daripada Nabi  mengenai Imam MALIK ialah seperti hadis yang
dilihat oleh para ulama ianya ternisbah kepada Imam MALIK ialah hadis yang berbunyi:
‫رواه الرتميذي و امحد‬
.}ِ‫{يُوشِكُ أَنْيَضْرِبَ النّاسُ أَكْبادَ اإلِبِلَِيطُْلبُونَ العِلْمَ فَالََيجِدُونَ أَحَداً َأعْلَمَمِنْ عَالِمِ املَدِينَة‬
Ertinya : Hampir-hampir bahawa setiap manusia berlumba-lumba memukul
belakang unta untuk mencari ilmu, maka mereka tidak akan menemui seorang pun yang
terlebih alim dari seorang alim Madinah.
3 |PERTAMA/2017/MAC/006
[3] Isyarat daripada Nabi  mengenai Imam SYAFIE pula ialah hadis yang berbunyi:
}‫{ال تَسُبُّواْ قُرَيْـشًا فَاِنَّ عَالِــَمهَايَمْالءُ االْرضَ عِلْمًا اللهماَِّنكَ َاذَْقتَ اَوَّ َهلـَا عَذَابًا وَ وَبَاال وَ َاذِقْ اَخِرَهَاَنوَاال‬
‫ املتقي اهلندي يف كنز العمال‬, ‫ ابن كثري يف البداية و النهاية‬, ‫ اخلطيب البغدادي يف التاريخ‬, ‫رواه ابو نعيم يف احللية‬
ERTINYA : Jangan kau caci akan Quraisy kerana ilmu orang alimnya itu tersebar ke
seluruh dunia(nisbah hebatnya), Ya Allah telah memberi rasa oleh engkau kepada
pendahulunya dengan azab dan kepedihan rasakanlah bagi pengakhirnya dengan kurniaan
kesampaian.
IMAM-IMAM ILMU IMAN
[1] Isyarat bagi AL-IMAM ABUL HASAN AL-ASY’ARI AS-SYAFIE ialah:
Ketika turunnya ayat Quran memuji kepada satu kaum yang akan Allah  bangkitkan apabila
terjadinya ramai orang yang murtad dan rosak aqidahnya:
‫ِبهُمْ وَُيحِبُّونَهُ َأذِلَّةٍ عَلَى الْ ُم ْؤِمِننيَ َأعِزَّةٍ عَلَى‬
ُّ‫سوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِ َقوْمٍ يُح‬
َ ‫{يَا أَُّيهَا الَّذِينَ آ َمنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ َف‬
}ٌ‫سبِيلِ اللَّهِ وَلَا َيخَافُونَ َل ْومَةَ َلائِمٍ َٰۚذَِلكَ فَضْلُ اللَّهِ ُيؤْتِيهِ مَن َيشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيم‬
َ ‫الْكَافِرِينَ ُيجَاهِدُونَ فِي‬
‫رواه احلاكم انظر تفسري اخلازن على اجلاللني‬
Maka Nabi  mengisyaratkan kaum itu akan datang dari keturunan Abu Musa AlAsy’ari dengan mengatakan “mereka itu adalah kaum orang ini”.
Abu Musa Al-Asy’Ari ialah datuk kepada Imam Abul Hasan Al-Asy’ari. Nama beliau
ialah Ali bin Ismail. Nasabnya yang sampai kepada Abu Musa  ialah : Ali Bin Ismail Bin
Abi Basyar Ishak Bin Salim Bin Ismail Bin Abdillah Bin Musa Bin Bilal Bin Abi Burdah Bin
ABI MUSA AL-ASY’ARI.
Maka ini sebenarnya satu isyarat yang sangat kuat untuk diikuti kerana isyaratnya
berkait dengan kalam Allah itu sendiri. Inilah Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
4 |PERTAMA/2017/MAC/006
IMAM-IMAM ILMU IHSAN
[1] IMAM AL-JUNAID AL-BAGHDADI adalah seorang imam yang alim fiqh dengan
mengikut atas fatwa ABI TSAUR(murid Imam Syafie yang mujtahid mutlaq seperti Imam
Ahmad) lagi mendirikan dan mengasaskan tarekat sufi. Beliaulah yang di gelar “Sayyidut
Thoifah : penghulu kaum sufi” dan beliaulah yang disebut didalam Tuhfatul Murid sebagai
“Sayyidus Sufi Ilman wa Jahilan : iaitu pautan kaum sufi yang alim dan jahil”, beliau lahir
dalam kurun yang dipuji oleh Nabi dengan sabdanya :
‫مسندالبزار‬
.. }ْ‫ ثُمَّ الَّ ِذينَ َيُلوَنهُم‬، ْ‫ ثُمَّ الَّ ِذينَ َيُلوَنهُم‬، ‫{خَْيرُ النَّاسِ َق ْرنِي‬
“Sebaik-baik kurun itu ialah kurun ku, kemudian kurun sesudah itu, kemudian
kurun sesudah itu”
Ini adalah satu isyarat bahwa mereka yang tergolong dalam generasi itu adalah
golongan yang sah untuk diikuti. Kata Syeikh Ibrahim As-Syafie Al-Baijuri lagi didalam
kitabnya Tuhfatul Murid:
‫ َو االِ َمامَ االَشْ َعرِ َّي َونَحْ َوهُ هُ َداةُ االَُّمةِ فِي‬, ِ‫{ َواحلَـاصِ ُل اَ َّن االِ َمامَ َمالِ ًكا وَنَحْ َوهُ هُ َداةُ االَُّمةِ فِي الفُرُوْع‬
}ِ‫ص ُّوف‬
َ َ‫ َو الـجَُنيْ َد َونَحْ َوهُ هُ َداةُ االَُّمةِ فِي الت‬, ِ‫االُصُوْلِ اَيْ العَقَائِدِ الدِيْنَِّية‬
“Kesimpulannya, bahawasanya Imam Malik dan sesiapa saja seupamanya itu adalah ikutan
ummat pada furu’(fekah) dan Imam Asy’Ari dan sesiapa saja seupamanya itu adalah ikutan
ummah pada usul(aqidah) dan Imam Al-Junaid dan sesiapa saja seupamanya itu adalah
ikutan ummah pada masalah tasawwuf.”
5 |PERTAMA/2017/MAC/006
Maka demikianlah sedikit peransang berbentuk dalil yang dapat kami bawakan supaya
umat Islam secara umumnya dan sidang pembaca secara khususnya tidak was-was dengan para
imam yang kita sudah ikuti diseluruh dunia Islam agar dapatlah kita menangkis bisikan syaitan
yang mengajak kita bebas daripada bermazhab samada mazhab Islam, mazhab Iman dan
mazhab Ihsan.
Disediakan oleh:
Azizul Wahyu Al-Adeni Bin Abd Ghani
Lajnah Dakwah
Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia.
6 |PERTAMA/2017/MAC/006
Download