Uploaded by User72178

EDUP 3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

advertisement
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP 3013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN,
BANDAR DARULAMAN,
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.
________________________________________________________________________
NAMA PELAJAR
NO KAD PENGENALAN
NURUL ASHIQIN ADILAH BINTI MOHAMMAD
SUHAIMI
990510-07-6618
NO MATRIK
2018182340012
KUMPULAN
BAHASA ARAB 1
JABATAN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
MATA PELAJARAN DAN
KOD KURSUS
EDUP 3013 – FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
NAMA PENSYARAH
PEMBIMBING
TARIKH SERAHAN
PUAN HARIYANTI BINTI ABD HAMID
17 OGOS 2018
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP 3013
ISI KANDUNGAN
1.0
Pendahuluan ........................................................................................................................... 4
2.0
Standard Prestasi Antarabangsa ....................................................................................... 4
3.0
Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Malaysia untuk mencapai Standatd
Prestasi Antarabangsa ..................................................................................................................... 6
3.1
PENAMBAHBAIKAN KBSR KEPADA KSSR ............................................................... 6
3.2
PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH ................................................................ 7
3.3
PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) KEPADA
PEMBELARAN DAN PEMUDAH CARAAN (PDPC) ................................................................ 8
3.4
4.0
PERLAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 .................................................... 9
Penutup................................................................................................................................... 10
RUJUKAN............................................................................................................................................ 11
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP 3013
PENGHARGAAN
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
Syukur Alhamdulillah dan setinggi – tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana
dengan izin kurnianNya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod kursus Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia (EDUP 3013) ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang hadir ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan
jutaan terima kasih kepada Puan Hariyanti binti Abd Hamid, kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus – putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah saya Puan Hariyanti binti Abd Hamid atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk
ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada
rakan – rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama
bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga turut ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang
telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka
semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP 3013
1.0 Pendahuluan
Di Malaysia, kurikulum dirancang untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Nocholls S. H. dan Nicholls A (1978) mentakrifkan kurikulum sebagai
semua kesempatan pembelajaran yang dirancangkan oleh guru-guru untuk murid-murid
sekolahnya. A. S. Robinson dalam buku Curriculum Building (1971) memberi pengertian
kurikulum yang lebih lengkap dan menyeluruh. Beliau berpendapat bahawa kurikulum
harus mengandungi matlamat, objektif, isi kandungan, proses, sumber dan cara penilaian
semua pengalaaman pembelajaran yang telah dirancang untuk murid di dalam dan di luar
sekolah, seperti lawatan, latihan amali dan kurikulum. Oleh itu, Malaysia menggubal
kurikulum sistem pendidikan untuk mencapai pencapain yang terbaik buat masyarakat
sera negara di mata dunia.
2.0 Standard Prestasi Antarabangsa
Standard Prestasi Antarabangsa merupakan suatu pentaksiran yang dilakukan
melibatkan seluruh negara. Namun begitu, pentaksiran tersebut dilaksanakan untuk dua
matapelajaran iaitu Sains dan Matematik. Standard Prestasi Antarabangsa diukur dengan
dua jenis pentaksiran iaitu Trends In International Mathematics And Science
Study(TIMSS) dan Programme International Student Assessment (PISA).
TIMSS merupakan pentaksiran berteraskan kurikulum sekolah bagi mata pelajaran
Matematik dan Sains di seluruh dunia. Pentaksiran dijalankan untuk mengukur prestasi
murid pada gred 4 (tahun 4) dan gred 8 (tingkatan 2). Terdapat dua aspek yang
merangkumi pentaksiran tersebut iaitu pengetahuan kandungan serta kemahiran kognitif.
Malaysia menyertai TIMSS sejak 1999 dan hanya melibatkan murid tingkatan 2.
PISA juga merupakan suatu pentaksiran yang diiktiraf antarabangsa. Pentaksiran ini
dijalankn setiap tiga tahun dan bertujuan untuk menilai kecekapan murid tingkatan 3 dalam
Bacaan, Matematik dan Sains. Pentaksiran tidak tertumpu kepada kandungan kurikulm
tetapi keupayaan murid mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan sebenar.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP 3013
Penyertaan Malaysia adalah pada tahun 2010 sebagai kitaran pentaksiaran bagi tahun
2009.
RAJAH 1.0 KADAR PENINGKATAN DALAM TIMSS
Rajah di atas menunjukkan kadar peningkatan yang baik pada tahun 2015 dalam TIMSS
berbanding tahun 2011. Walaupun begitu, pada tahun 2011, Malaysia menunjukkan
prestasi murid berada di bawah purata antarabangsa bagi Matematik dan Sains serta
disusuli penurunan dari segi kedudukan negara. Hal ini kerana, prestasi murid yang tidak
mampu untuk mengekalkan momentum secara berterusan. Oleh itu, jurang antara
pencapaian Malaysia dengan negara lain semakin besar. Namun begitu, guru yang kurang
berkemahiran turut menjadi punca kegagalan murid dalam pelajaran. Kemahiran guru
terletak pada pedagogi yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Noraini
Idris dan Shukri Osman (2009) menyatakan bahawa pengajaran merupakan suatu aktiviti
yang kompleks dalam situasi dinamik. Justeru, kemahiran pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang jitu merupakan ciri guru berkualiti.
Di samping itu, apabila guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran seperti matematik
dan sains mengakibatkan pedagogi yang dilaksanakan kurang keberhasilan. Kajian juga
membuktikan bahawa guru-guru yang berpengalaman dalam bidang matematik lebih
berpengetahuan tinggi tentang isi kandungan pedagogi berbanding yang sebaliknya
(Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha dan Abdul Razak Habib, 2009).
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP 3013
Impaknya, prestasi Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa akan terus berada
diambang kemerosotan.
3.0 Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Malaysia untuk mencapai Standatd
Prestasi Antarabangsa
PENAMBAHIKAN
PDP KEPADA PDPC
PERLAKSANAAN
PAK-21
LANGKAH KURIKULUM
PENDIDIKAN DI
MALAYSIA UNTUK
MENCAPAI STANDARD
PRESTASI
ANTARABANGSA
PENAMBAHBAIKAN
KBSR KEPADA KSSR
PERLAKSANAAN
PENTAKSIRAN
BERASASKAN
SEKOLAH (PBS)
RAJAH 1.1 LANGKAH KURIKULUM PENDIDIKAN DI MALAYSIA UNTUK MENCAPAI
STANDARD PRESTASI ANTARABANGSA
3.1 PENAMBAHBAIKAN KBSR KEPADA KSSR
Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan suatu
pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR). Transformasi tersebut bertujuan untuk memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan
keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah
dilaksanakan di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga
Jun 2009 dan dilaksanakan sepenuhnya kepadda murid – murid tahun 1 di semua
sekolah bermula pada tahun 2011. KSSR bertujuan melahirkan insan yang
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP 3013
seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang – tunjang
komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan
diri, kemanusiaan dan kerohanian, serta sikap dan nilai. KSSR digubal dengan
mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori
pembelajaran terkini. Kurikulum ini memberi penekanan kepada penguasaan
literasi 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.
KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara
menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu
dan pendidikan seumur hidup. Namun begitu, KSSR menekankan penggunaan
standard. Oleh itu, pengajaran adalah berpandukan Dokumen Standard
Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. Maka, pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan mudah difahami oleh murid.
Tambahan pula, KSSR turut ditambah dengan elemen merentas kurikulum
(EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.
Tuntasnya, KSSR mampu memberi impak positif kepada penguasaan
kemahiran abad ke-21 seperti berfikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian
masalah, dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global.
3.2 PERLAKSANAAN
PENTAKSIRAN
BERASASKAN
SEKOLAH
(PBS)
DI
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
Sikap keprihatinan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap dakwaan
bahawa sistem pendidikan di Malaysia lebih berpaksikan peperiksaan telah
mewujudkan PBS. PBS merupakan suatu usaha untuk membangunkan modal
insan yang holistik dalam semua aspek. PBS dilaksanakan pada tahun 2011 di
sekolah rendah manakala diperkenalkan di sekolah menengah pada tahun 2012.
Impaknya, murid bukan sahaja dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan
malahan turut dinilai melaui kemahiran yang ada dalam diri mereka. Hal ini
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP 3013
demikian kerana, PBS dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Misalnya, murid akan
ditugaskan untuk membina sebuah rak buku menikut kreativiti sendiri bagi subjek
kemahiran hidup. Oleh itu, murid dinilai secara adil sebagai individu dalam
masyarakat berdasarkan keupayaan, bakat dan potensi diri tanpa disbanding
dengan orang lain.Impaknya, banyak bakat dapat dicungkil dan digilap demi masa
depan. Selain itu, murid dapat melatih diri mereka berfikiran kreatif dan kritis
semasa melakukan tugasan. Justeru, mereka dapat berfikir di luar kotak dan
membolehkan diri mereka untuk menjawab segala jenis soalan mahupun soalan
berfikir aras tinggi atau ‘high order thinking skill’.
3.3 PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) KEPADA
PEMBELARAN DAN PEMUDAH CARAAN (PDPC)
Sebelum ini, Malaysia menjalankan sistem PDP semasa pembelajaran
berlangsung. Pembelajaran berlaku dengan konsep guru mengajar dan murid
menerima tanpa sebarang persoalan. Misalnya, murid dimanjakan dengan
pemberian nota yang dihasil oleh guru. Hal ini mengakibatkan, murid semakin
malas untuk berfikir dan tiada usaha dalam membuat penambah baikan untuk diri
mereka sendir. Mereka akan mula menganggap bahawa guru akan melakukan
semua termasuk membantu mereka dalam peperiksaan. Oleh itu, kementerian
mengubah PDP kepada PDPC. PDPC mampu memberi impak besar terhadap
pencapaian prestasi Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa. Guru kini
berperanan sebagai pemudah cara dan pembimbing kepada murid-murid. Mereka
akan membantu serta membimbing murid untuk menjawab sesuatu soalan dengan
tepat menggunakan usaha dan idea mereka sendiri. Tambahan pula, berlaku
komunikasi dua hala semasa sesi pembelajaran. Misalnya, akan ada sesi
pertanyaan daripada murid mengenai sesuatu tajuk dan jawapan daripada guru.
Hal ini demikian, dapat melatih murid untuk berkongsi pendapat bersama rakan
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP 3013
yang lain dan dapat memikirkan jawapan yang paling tepat disebalik jawapan yang
mereka nyatakan. Impaknya, mereka dapat mengumpul banyak maklumat dan
menggabung semua idea untuk menghasilkan satu jawapan yang baik dan bagus
serta bertaraf antarabangsa.
Teknologi maklumat dan komunikasi meliputi semua teknologi yang membantu
penyampaian maklumat seperti radio, televisyen, komputer dan sebagainya.
Ringkasnya, teknologi maklumat (IT) atau teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan alat dan bahan yang dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia telah menggariskan penggunaan teknologi
untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam 11 anjakan yang
telah ditetapkan.
3.4 PERLAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil inisiatif untuk melaksanakan
pembelajaan abad ke 21 (PAK21) bermula pada tahun 2014. Hal ini demikian
kerana, KPM telah membuat penelitian terhadap keperluan Malaysia dari aspek
pendidikan dan ternyata PAK 21 mampu memikul tanggungjawab untuk
memajukan rakyat Malaysia dalam pendidikan demi ‘berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah’ dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Korea dan
sebagainya. Pembelajaran abad ke 21 terdiri daripada empat aspek yang dikenali
sebagai 4C.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP 3013
RAJAH 1.4 ELEMEN DALAM 4C
4.0 Penutup
Justeru, kementerian telah mengambil pelbagai inisiatif untuk berusaha meningkatkan
sistem pendidikan di Malaysia setaraf dengan negara maju yang lain. Malahan, semua
rakyat negara Malaysia berperanan penting untuk saling bekerjasama membantu serta
menyokong usaha kerajaan. Hal ini demikian kerana, “yang pipih tidak datang melayang,
yang bulat tidak datang bergolek”. Usaha daripada semua golongan masyarakat amat
dituntut dalam menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP 3013
RUJUKAN
Falsaafah Pendidikan Kebangsaan. (n.d.). Retrieved August 22, 2018, from Ministry of Education:
https://moe.gov.my/index.php/my/dasar/falsafah-pendidikan-kebangsaan
Gindi, N. A. (2016, August 14). Isu dan Cabaran Meningkatkan Kualiti Pendidikan Bertaraf
Antarabangsa. Retrieved August 22, 2018, from blogspot:
https://nurulazreenzaidigindi.blogspot.com/2016/08/isu-dan-cabaran-meningkatkankualiti.html
Isa, B. H. (2017, January 17). Mengantarabangsakan pendidikan negara. Retrieved August 22, 2018,
from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mengantarabangsakanpendidikan-negara-1.432526
Ismail, H. (2016, Disember 20). KSSM bermula 2017. Retrieved August 22, 2018, from Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/pendidikan/kssm-bermula-2017-1.422003
KSSM, KSSR Baharu Mula Dilaksana 2017. (2016, Disember 31). Retrieved August 22, 2018, from
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kssm-kssr-baharu-mula-dilaksana-2017mahdzir-khalid-127518
Kurikulum KBSR dan KSSR. (2014, January 5). Retrieved August 22, 2018, from slideshare:
https://www.slideshare.net/hemalathagovindasamy/hema-n-lee
Maklumat Tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). (n.d.). Retrieved August 21, 2018,
from Ministry of Education: https://www.malaysia.gov.my/public/cms/article/page/101/
Menganjak Pendidikan Negara. (2012, September 13). Retrieved August 22, 2018, from Utusan
Online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120913/re_01/Menganjakpendidikan-negara
Noraini Idris dan Shukri Osman. (2009). Falsafah Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd. Retrieved August 5, 2018
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin, Zakiah Noordin. (2012). Falsafah &
Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Retrieved August 7, 2018
Pelan Pembangunan Pendidikan di Malaysia 2013 - 2025. (n.d.). Retrieved August 22, 2018, from
Ministry of Education: https://moe.gov.my/images/dasarkpm/PPP/articlefile_file_003113.pdf
Pendidikan Bertaraf Dunia : Antara Sumbangan dan Cabaran Dalam Menempuh Abad Ke-21. (n.d.).
Retrieved August 22, 2018, from http://sarjana.tripod.com/taraf1.html
Sang, M. S. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Retrieved August 5, 2018
Sang, M. S. (2013). Falasafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Retrieved August 5, 2018
Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha, Abdul Razak Habib. (2009). Falsafah & Pendidikan
di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Retrieved August 7, 2018
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP 3013
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM. (2012, January 27). Retrieved August 22, 2018,
from SlideShare: https://www.slideshare.net/Syaaban/transformasi-kurikulum-sekolahmenengah-kssm-11294432
Wan, C. (2013, NOVEMBER 3). Perbezaan KBSR dengan KSSR. Retrieved August 22, 2018, from
blogspot.com: http://rujukpendidik.blogspot.com/2013/11/perbezaan-kbsr-dengankssr.html
Download