Pendahuluan Pendidikan khas ialah subsistem dalam sistem Pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu pelajar-pelajar dan belia yang bersifat luar biasa. Pendidikan khas juga dirujuk kepada sesuatu program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar berkeperluan khas daripada segi fizikal, intelek, sosial atau emosi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa. Antara lain definisi pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran seperti masalah penglihatan, pertuturan dan pendengaran serta masalah dalam pemebelajaran atau pun murid-murid yang pintar cerdas yang memerlukan pendidikan yang lebih mencabar. Definisi sindrom down Sindrom down adalah masalah yang disebabkan oleh kromosom dalam badan iaitu masalah berlebihan kromosom dan bahan kimia yang tidak seimbang. Sindrom down biasanya di warisi daripada keluarga iaitu baka yang diperturunkan daripada generasi ke generasi seterusnya. Kecacatan sindrom down boleh dikesan sebaik selepas lahir. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap IQ yang rendah iaitu antara 30 hingga 80. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai masalah kognitif iaitu lebih rendah daripada purata. Sering kali kanak-kanak ini mengalami masalah pemikiran iaitu terencat akal sama ada pada tahap sedikit ataupun sederhana. Masalah utama yang sering kali kelihatan ialah melibatkan satu pemikiran konkrit. Oleh sebab itu, tidak pelik sekiranya kanak-kanak ini lambat untuk mempelajari sesuatu pembelajaran. Mereka ini memiliki tahap pemikiran ynag rendah dan memerlukan bimbingan yang khas untuk mempelajari sesuatu benda baharu dalam diri mereka. Namun begitu ini tidak menunjukkan bahawa mereka gagal untuk berdirikari. Mereka masih lagi mampu untuk menguruskan diri mereka dengan bantuan dan perhatian daripada pembimbing. Ciri-ciri pelajar sindrom down Pelajar-pelajar sindrom down mempunyai ciri-ciri seperti berikut : 1) Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat 2) Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung terjelir 3) Mata sentiasa berair dan merah 4) Mata sepet dan bentuk muka yang kecil 5) Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang 6) Jari dan tangan yang lebar yang pendek serta berbonggol 7) Berbadan gempal dan pendek serta badan yang bongkok 8) Suka bermanja bermain dan dapat bergaul dengan baik. Masalah yang dihadapi pelajar sindrom down Kanak-kanak Sindrom Down sebenarnya mempunyai kemahiran yang baik dalam menguruskan diri selepas pendedahan dan bantuan dalam menguruskan diri berjaya dibentuk. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak ini mempunyai kemahiran yang baik setelah dibentuk. Namun begitu apabila menyentuh berkaitan dengan kemahiran kognitif mereka pula menunjukkan bahawa tumpuan mereka adalah rendah dan perkembangan mental yang lambat. Ini adalah disebabkan dengan persekitaran mereka dan ini menyebabkan mereka susah untuk bergaul dengan rakan-rakan lain terutama bukan ahli keluarga. Kawalan emosi tidak seperti kanakkanak normal dan kanak-kanak syndrome kurang mempunyai perasaan malu. Mereka ini sering menjerit dan menangis di khalayak ramai tanpa segan silu. Lazimya, mereka ini agak ganas dalam perilaku di tambah lagi mereka juga cepat marah jika ada yang menganggu mereka. Pada kebiasaannya, pelajar sindrom down ini suka melakukan hal sendiri secaara bersendirian. Kebanyakkan kanak-kanak Sindrom Down mengalami masalah dalam pertuturan. Sukar bagi mereka menyampaikan perkataan yang merek ingin sampaikan. Oleh itu pertuturan yang betul merupakan asas dalam komunikasi bagi memudahkan interaksi antara pengajar dengan kanakkanak Sindrom Down. Jika dilihat daripada segi masalah perkembangan pembelajaran, mereka ini secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan kerencatan akal. Pada peeringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap. Walaupun otot-otot mereka ini lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar. Keperluan terapi dalam pengajaran dan pembelajaran murid sindrom down Kanak-kanak sindrom down merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan di dalam diri mereka. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran yang kondusif dan ceria serta menjalani kehidupan secara optimum. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu mennggunakan kepelbagaian teknik yang yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai. Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental yang sihat, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kecergasan kemahiran motor mereka. Murid-murid sindrom down ini adalah golongan yang mempunyai ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor maka terapi amat diperlukan bagi membantu perkembangan mereka. Oleh itu, usaha yang dijalankan oleh guru untuk membantu murid ini mestilah mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka adalah dengan mengamalkan aktiviti terapi Ketika proses pengajaran di dalam atau di luar kelas. Jenis terapi yang sesuai digunakan untuk murid sindrom down Terapi cara kerja Latihan atau aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap ke fungsian seharian individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur. Ia merupakan jenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seorang dan teertumpu kepada aktiviti hidup seharian, penjagaan diri dan keupayaan berdikari di tempat kerja dan riadah. Antara aktiviti terapi cara kerja yang boleh dilaksanakan oleh pelajar sindrom down adalah : Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran hidup Latihan pra vokasional Latihan aktiviti membuka dan memasang Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif Contoh-contoh Latihan adalah seperti melukis, menulis, membutangkan baju, mengikat tali kasut, melipat baju, menggunting dan menampal. Terapi pertuturan Terapi pertuturan adalah merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bahasa dan melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan guru boleh memulakan penagajaran dengan melakukan terapi terlebih dahulu. Kebiasaannya guru akan memulakan Latihan atau intervensi awal supaya dapat membantu murid. Antara contohnya adalah latihan lisan, meniup belon dan banyak lagi. Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya ialah, Pertama melatih murid menguasai kemahiran tertentu. Sebagai contoh jika terapi pertuturan dijalankan, kita dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur khususnya. Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa jika terapi ini terus dijalankan. Kedua, membantu murid menghasilkan bunyi bahasa. Hal ini bermaksud terapi peertuturan ini dapat membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih bermakna. Kebanyakan murid yang mengalami masalah pertuturan akan mengeluarkan bunyi yang kurang difahami oleh orang lain. Dengan perlaksanaan terapi ini, murid dapat menghasilkan bunyi yang lebih bermakna. Ketiga, meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial. Hal ini bermaksud, terapi ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk berhadapan dengan orang lain. Jika mereka mengalami masalah pertuturan, mereka akan merasa rendah diri untuk bergaul dengan orang lain. Dengan terapi ini mereka akan dapat bertutur walaupun bukan sepenuhnya, tapi tahap keyakinan mereka akan meningkat. Selain itu, tahap kognitif mereka akan meningkat daripada pengalaman bergaul dengan orang lain. Keempat, membantu meningkatkan kemahiran sosial. Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini akan meningkatkan kemahiran sosial murid-murid. Murid akan tahu kemahiran sosial dengan lebih baik. Sebagai contoh, mereka akan tahu cara untuk bercakap pada tempat dan situasi yang sesuai. Hal ini juga bermaskud, mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan mudah dan lebih baik apabila bergaul dengan orang lain. Kelima, membantu murid untuk menyampaikan maklumat yang betul kepada individu lain. Terapi ini dapat membantu murid menyampaikan maklumat dengan betul kepada orang lain dan meluahkan perasaan mereka dengan cara yang betul. Sebagai contoh, apabila mereka sudah pandai bertutur, mereka akan meluahkan perasaan mereka dengan orang yang bersesuaian. Apabila mereka mahu makan, mereka akan beritahu dan tidak terus mencapai makanan yang mereka mahu. Terapi muzik dan nyanyian