Uploaded by common.user67771

PRINSIP SUSUN ATUR BENTUK DAN RUANG- amended

advertisement
Prinsip Susun Atur Bentuk dan Ruang Sekolah Era Kolonial British di Tapak
Warisan Dunia Melaka
Principle of Organization of Form and Space for British Colonial Era School at World Heritage Site Melaka
ABSTRAK
Kewujudan sekolah kolonial di negara kita merupakan suatu khazanah yang tidak ternilai dan tidak akan dijumpai
pada mana-mana bangunan sekolah lain kerana terkandung ribuan falsafah dan makna yang terselindung disebalik
komponen bangunan yang terdapat pada sekolah kolonial tersebut. Walaubagaimanapun, keadaan sekolah kolonial
terbabit pada waktu sekarang telah tenggelam dengan adanya bangunan-bangunan moden disekelilingnya malah di
dalam kawasan sekolah itu sendiri. Tambahan pula, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi kerajaan dan pihak
pentadbiran sekolah sendiri kekurangan sebarang dokumentasi berkaitan sejarah dan maklumat terperinci binaan
sekolah yang boleh memberi manfaat kepada banyak pihak. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengaudit isu dan
masalah yang berbangkit berkenaan sekolah kolonial terbabit dan mengenalpasti prinsip susun atur ruang dan
bentuk bagi sekolah kolonial. Selain itu, kertas kerja ini juga mengkategorikan elemen tipologi tapak yang
diaplikasikan pada bangunannya . Kertas kerja ini menggunakan kaedah kualitatif dengan beberapa pendekatan
seperti pemerhatian, temu bual dan analisis kandungan dengan beberapa kajian kes sekolah kolonial di Banda Hilir,
Melaka. Hasil daripada kertas kerja ini akan memaparkan prinsip susun atur bentuk dan ruang yang terdapat pada
kajian kes yang dipilih. Oleh yang demikian, dengan terbentuknya kajian seperti ini diharapkan ia boleh dijadikan
sebagai rujukan dan terhasilnya satu dokumentasi terutamanya bagi tujuan pemuliharaan sekolah kolonial terbabit.
Malah, ia juga boleh ditambah pada seksyen yang berkaitan didalam Pelan Pengurusan Pemuliharaan (CMP) bagi
Tapak Warisan Dunia Melaka di samping mampu untuk membantu pihak sekolah untuk memantau kemajuan
pembangunan sekolah pada masa akan datang. Maka, dengan adanya satu sumber seperti ini, sedikit sebanyak ia
mampu memelihara gaya seni bina asli dan struktur asal sekolah ini seterusnya menjadikan sekolah kolonial ini
bebas daripada pengubahsuaian secara besaran demi kepentingan harta warisan peninggalan sejarah.
Kata kunci: Pemuliharaan; Sekolah Kolonial; Susun Atur Bentuk dan Ruang
ABSTRACT
The existence of colonial school in Malaysia are one the most precious treasures that can never be found at any
schools these days because of the uniqueness characteristic that applied on the colonial schools. All of those building
elements despite have their own function, it is also able to interpret the building characteristic. However, nowadays
the condition of these schools are being covered and surrounded by giant concrete structure in the metropolitan city.
In addition, local authorities, government agencies and schools administration stated that their still lacking of
documentation of colonial school regarding the architectural design, the detail and the history of the schools that
could be beneficial to many parties. Objectives of this paper work are to audit the issues and problem related to the
colonial schools, identify the design principle of the colonial school and categories the site typology that have been
applied to the school’s buildings. The research method used is qualitative method that comes with several approaches
such as observation, interview, content analysis and also with few of selected case study at Banda Hilir, Melaka. This
paper work will issue those related principle of organization of the colonial schools. Therefore, with the establishment
of this paperwork, it is expected to be useful and beneficial as a reference and guidance for the school’s conservation
work purpose. Besides, it could be a complement to the current Conservation Management Plan (CMP) of World
Heritage Site Melaka and could help the schools’ administration in terms of maintaining, conserving and monitoring
the schools’ development progress in future. Hence, with the existence of this source that could help to conserve the
colonial schools, it might maintain the originality of the architectural styles and structures that are still shows on the
building thus make it free from any major renovation for the sake of national heritage treasure.
Keywords: Conservation; Colonial School; Form and Space Organization
PENYATAAN MASALAH
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang pada
dahulunya pernah dijajah oleh beberapa kuasa besar
dari Eropah seperti Portugis, Belanda dan British.
Atas faktor waktu penjajahan yang berabad lamanya
menjadikan negara kita mempunyai pengaruh yang
pelbagai dari aspek pembangunan, pentadbiran,
pendidikan, ekonomi dan perdagangan. Selain itu,
mereka juga telah mempamerkan gaya seni bina
binaan bangunan mereka di Tanah Melayu dengan
mendirikan
rumah-rumah
kedai,
bangunan
pentadbiran dan bangunan keagamaan. Malah,
kewujudan bangunan institusi seperti sekolah juga
merupakan antara contoh peninggalan binaan
bersejarah yang wajar diberi perhatian kerana ia
merupakan salah satu bukti bahawa suatu masa
dahulu, pihak penjajah pernah memberi pengaruh di
dalam sistem pendidikan negara kita sehingga ke hari
ini. Prinsip reka bentuk merupakan panduan yang
amat penting kepada reka bentuk sesebuah bangunan
untuk menjadikan aturan di dalam binaan tersebut
mencapai kesempurnaan dalam pelbagai aspek reka
bentuk. Hal ini kerana untuk mereka bentuk sesebuah
binaan itu bukanlah satu kerja yang mudah kerana
pelbagai aspek dan unsur yang harus dipertimbangkan
sebelum sesebuah struktur dibangunkan. Jika dilihat
dari sudut sektor pemuliharaan bangunan warisan
pula, pada hari ini telah banyak kerja-kerja
pemuliharaan yang telah dijalankan pada kebanyakan
bangunan-bangunan lama dengan penggunaan kaedah
dan panduan yang bersesuaian. Hal ini amat penting
kerana ia bukan sahaja mampu untuk menjamin
ketahanan, kekukuhan dan keaslian bangunan itu
sendiri, malah ia juga dapat memastikan jangka hayat
sesebuah bangunan terbabit dapat diwarisi untuk
bertahun kemudian. Tambahan pula, dengan panduan
yang terhasil daripada prinsip reka bentuk ini,
sekurang-kurangnya gaya seni bina, nilai estetika,
struktur dan fungsinya dapat dikekalkan mengikut
kepada binaan yang asal. Oleh yang demikian,
amatlah perlu untuk prinsip susun atur bentuk dan
ruang diutarakan bagi menjamin rekaan asal dan
keaslian bangunan sekolah
kolonial berkenaan
seterusnya
membolehkan
generasi
terkini
terutamanya pada pelajar sekolah untuk menghargai
harta warisan negara yang masih kekal.
Dewasa ini, walaupun terdapat banyak bangunan
warisan yang telah melalui proses pemuliharaan dan
ada diantaranya digazetkan sebagai khazanah warisan
negara, tetapi masih terdapat sekelompok bangunan
warisan yang kurang diberikan perhatian. Tambahan
pula, terdapat bangunan yang dibiarkan terabai atas
beberapa faktor antaranya pemilik bangunan yang
tiada usaha untuk melaksanakan kerja-kerja
penyelenggaraan (Harun, 2005). Selain itu, terdapat
satu tinjauan yang mendapati bangunan-bangunan
warisan ini telah semakin hilang nilai seni binanya
yang asal dari segi reka bentuk, bahan binaan yang
digunakan ketika kerja pemuliharaan dan kerja
pengubahsuaian bangunan warisan yang tidak dikawal
(Hussin, 2011). Jika dilihat didalam skop yang lebih
luas, di Melaka sendiri terdapat beberapa sekolah
kolonial yang berbeza reka bentuk seni binanya dan
sekolah-sekolah terbabit masih lagi digunakan
sehingga ke hari ini untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran sejak awal penubuhannya lagi. Namun,
terdapat beberapa isu yang perlu dibangkitkan di sini
bagi memastikan sekolah kolonial terbabit akan kekal
terjaga dan digunakan untuk generasi akan datang,
antaranya adalah:
i.
Kewujudan sekolah yang ditenggelami
bangunan moden.
Melalui pemerhatian dan kajian rintis yang
dijalankan, penyelidik mendapati kawasan
sekitar sekolah kolonial terbabit terdapat
beberapa
pembangunan
yang
pesat
seterusnya menjadikan sekolah terbabit
ditenggelami oleh pembinaan bangunanbangunan moden disekelilingnya.
ii.
Perubahan pada struktur bangunan
sekolah kolonial.
Pemerhatian yang dilakukan pada sekolahsekolah kolonial terbabit mendapati terdapat
beberapa perubahan dan penambahan yang
dilakukan pada struktur dan fasad sekolah.
Antaranya adalah dengan penambahan atap
sengkuap dan perkara ini menjadikan fasad
asal sekolah berkenaan sedikit terjejas dari
yang asal.
iii.
Kekurangan dokumentasi reka bentuk
sekolah kolonial.
Setelah menemubual responden, penyelidik
mendapati bahawa pihak berkuasa pada saat
ini masih lagi kekurangan dokumentasi
berkenaan sekolah kolonial dari pelbagai
aspek terutama dari segi seni bina. Walaupun
pada ketika ini terdapat Pelan Pengurusan
Pemuliharaan yang telah dibentuk, namun
perkara berkaitan sekolah kolonial amat
minima.
SKOP KAWASAN KAJIAN
Pemilihan Melaka sebagai kawasan kajian amat
bertepatan dengan status Bandaraya Bersejarahnya
yang mana telah pun diiktiraf oleh UNESCO pada 7
Julai 2008 bersama-sama George Town, Pulau
Pinang. Banda Hilir, Melaka terletak 125km dari
selatan Kuala Lumpur dan terletak berhampiran
dengan Sungai Melaka yang suatu ketika dahulu
terkenal dalam kalangan pedagang-pedagang asing
untuk berurus niaga. Bandar warisan ini terbahagi
kepada dua zon yang berlain demi memastikan
khazanah warisan di dalam bandar ini terpelihara iaitu
zon teras dan zon penampan. Bagi zon teras, ia
meliputi sebanyak 15% keluasan bandar dengan
keluasan 45.3 hektar dan zon penampan pula
merangkumi 83.4% luas bandar dengan keluasan
242.8 hektar (Jabatan Warisan Negara, 2008). Oleh
itu, di dalam kertas kerja ini kriteria ditetapkan untuk
memilih sekolah kolonial yang bersesuaian untuk
tujuan kajian adalah:
i.
ii.
iii.
Berada di dalam kawasan Tapak Warisan
Dunia UNESCO; zon teras dan zon
penampan.
Berusia 100 tahun dan keatas.
Bercirikan seni bina kolonial British.
Berdasarkan kriteria diatas, berikut merupakan ketigatiga sekolah yang dipilih sebagai kajian kes bagi kertas
kerja pada kali ini (JADUAL 1).
JADUAL 1. Menunjukkan sekolah yang dipilih untuk
kertas kerja ini.
Sekolah
Sekolah
Menengah
Kebangsaan (SMK) St.
Francis
Sekolah Kebangsaan (SK) St
Francis
Sekolah
Menengah
Kebangsaan (SMK) Tinggi
Melaka
Tahun
1880 (137 tahun)
1880 (137 tahun)
1826 (191 tahun)
OBJEKTIF
Kajian kertas kerja ini secara umumnya adalah untuk
mengkaji serta mengenalpasti komposisi seni bina
yang diaplikasikan pada bangunan sekolah kolonial
ini.
i.
Mengaudit isu dan masalah yang
berbangkit berkenaan dengan sekolah
kolonial di Tapak Warisan Dunia Melaka.
Objektif ini adalah untuk mengaudit semula
isu yang diutarakan didalam kertas kerja agar
ia dapat ditangani oleh pihak berkaitan.
ii.
Mengemukakan prinsip susun atur
bentuk dan ruang bagi bangunan sekolah
kolonial di Tapak Warisan Dunia Melaka.
Prinsip ini akan dikupas dalam objektif ini
berpandukan kepada pemerhatian, lakaran
pelan serta analisis foto yang dijalankan.
iii.
Menerangkan tipologi tapak yang
terdapat pada sekolah kolonial di Tapak
Warisan Dunia Melaka. .
Tujuan objektif ini pula adalah untuk
menyatakan jenis tipologi tapak sekolah
kolonial terbabit.
METODOLOGI
Metodologi merupakan satu aspek yang amat penting
di dalam suatu kajian kerana ia menumpukan kepada
beberapa jenis kaedah yang menepati sesebuah kajian
bagi mengumpul serta menterjemahkan segala data
yang diperolehi di samping menentukan kaedah yang
terbaik serta efektif bagi menjawab persoalan dan
permasalahan kajian (Mohd Tobi, 2017). Kaedah
penyelidikan kualitatif digunakan sepenuhnya sebagai
medium bagi mengumpul serta menganalisis data
yang akan diperolehi kelak. Di dalam penyelidikan
kualitatif, penyelidik bertindak sebagai penggerak
utama kajian bagi memperolehi data dan seterusnya
menterjemahkannya kepada suatu bentuk dan bahasa
yang mudah difahami (Lebar, 2017). Malah,
pendekatan kualitatif ini juga digunakan bagi mencari
idea atau buah pandangan dari pelbagai sudut dan
memahami serta mengenalpasti intipati kajian dari
pelbagai sudut fikiran yang berlainan daripada
kategori responden yang berbeza (Silverman, 2013).
Di dalam kertas kerja ini, penyelidik menggunakan
beberapa metode bagi mengumpul data antaranya
seperti temu bual, pemerhatian dan analisis
kandungan.
i.
Temubual
Temu bual Separa Struktur merupakan jenis
temu bual yang digunakan oleh penyelidik
ketika kajian rintis dilakukan pada peringkat
awal bagi mengetahui dan mengenalpasti isu
yang berbangkit berkaitan sekolah kolonial
terbabit. Seramai 7 responden telah dipilih
dari pelbagai sektor seperti wakil dari ketigatiga pihak sekolah, Pihak Berkuasa
Tempatan dan agensi-agensi kerajaan bagi
membantu kajian ini. Temu bual jenis ini
bermaksud penyelidik menentukan soalan
yang hendak dikemukakan tetapi ia boleh
diubah susunan serta struktur ayatnya sama
ada akan ditambah atau diabaikan ketika sesi
temu bual dijalankan (Bogdan & Biklen,
1998).
ii.
Pemerhatian
Kaedah Pemerhatian Berstruktur digunakan
bagi melihat aspek yang berkaitan dengan
kajian yang berlaku sekitar penyelidik. Jenis
pemerhatian ini merupakan satu kaedah yang
terperinci yang akan direkodkan oleh
penyelidik berdasarkan kepada senarai
semak yang telah dibangunkan sebelum
ini.(Lebar,
2017).
Malah,
dengan
menggunakan kaedah pemerhatian juga,
penyelidik akan melihat fenomena dan
situasi yang sebenar di dalam konteks kajian
ketika berada di kawasan lapangan kajian.
iii.
Analisis Kandungan
Analisis Kandungan merupakan satu kaedah
yang digunakan penyelidik melalui mengkaji
serta menganalisis dokumen, laporan dan
rekod bagi memahami subjek kajian sama
ada latar belakang dan konteks kawasan
kajian (Woods, 1999). Antara bahan
dokumen yang boleh dirujuk adalah seperti
foto, video, surat, laporan dan diari yang
dipercayai mampu untuk membantu dan
menyokong kaedah-kaedah lain yang
digunakan di dalam sesuatu (Bogdan &
Biklen, 1998). Analisis kandungan yang
digunakan penyelidik adalah dengan
mendapatkan dokumen serta foto-foto yang
disediakan dan terdapat di sekolah-sekolah
kolonial terbabit dan pejabat-pejabat
responden yang lain.
Di samping itu, dengan penglibatan pemilihan kajian
kes sebagai reka bentuk penyelidikan membantu
penyelidik dalam meneroka dan melakukan
interpretasi untuk memperolehi pemahaman kepada
sesebuah kajian kes yang dipilih (Lebar, 2017). Selain
itu, kajian kes ini juga membolehkan penyelidik
mengkaji fenomena kontemporari dalam pelbagai
konteks sebenar terutamanya pada perantaraan antara
fenomena dan konteks yang tidak dapat diutarakan
dengan jelas (Merriam, 2001). Malah, dengan adanya
reka bentuk sebegini, ia secara tidak langsung dapat
memberikan maklumat yang terperinci dan mendalam
berkaitan kajian yang dijalankan yang kebiasaannya
tidak boleh diperolehi daripada hasil metode yang
lain. Seperti yang telah dinyatakan di bahagian Skop
Kawasan Kajian sebelum ini, penyelidik menyertakan
tiga kajian kes yang berbeza merangkumi tiga buah
sekolah kolonial yang terdapat di Banda Hilir, Melaka
iaitu SMK Tinggi Melaka, SK St. Francis dan SMK
St. Francis.
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Berpandukan kepada hasil kutipan data, sekolahsekolah kolonial ini didapati menggunakan prinsip
seni bina pada rekaannya dan ada diantaranya
berkongsi prinsip yang sama. Malah , dengan terdapat
sebarang kekurangan dan kecacatan dalam
menerapkan unsur reka bentuk di dalam sesebuah
bangunan, ia secara tidak langsung akan memberi
impak kepada bentuk dan fungsi bangunan itu sendiri
lantas menjadikannya tidak harmoni, tidak seragam
dan nilai estetikanya turut menurun (Hanafi, 1986).
Selain itu, sesebuah bangunan itu mempunyai
sebilangan ruangan yang berbeza dan ada yang
berkaitan antara satu sama lain sama ada secara
fungsinya, jarak mahupun cara peredaran dari sesuatu
ruang (Ching, 2015). Oleh itu, hasil kajian untuk
kertas kerja ini akan membentangkan antara prinsip
susun atur bentuk dan ruang yang digunakan pada
sekolah-sekolah kolonial ini, antaranya adalah seperti:
i.
Ruang yang Dihubungkan oleh Ruang
Sepunya (Space Linked by a Common
Space)
Ruang ini terbentuk apabila dua ruang yang
terpisah oleh suatu jarak dapat dihubungkan
dapat dikaitkan dengan ruang atau
pengantara ketiga. Perhubungan di antara
kedua-dua ruang terbabit bergantung kepada
pengantara ketiga kerana kedua-duanya
mempunyai hubungan yang sama dengan
ruangan ketiga tersebut (Ching, 2013).
Malah, ruang ketiga itu juga boleh berbeza
dari segi bentuk dan orientasinya daripada
kedua-dua ruang utama untuk menzahirkan
fungsi perkaitannya. Tambahan pula, ruang
pengantara itu juga boleh menjadi suatu
ruang yang lurus untuk menghubungkan dua
ruang yang berjauhan (Hanafi, Luddin,
Shuib, & Ariffin, 2001). Selain itu, jika ruang
pengantara itu cukup besar berbanding ruang
lain, ia boleh menjadi ruang yang dominan
dalam perhubungan tersebut serta mampu
untuk menyusun atur ruang yang berada
disekelilingnya (Ching, 1995).
itu, ruang bersebelahan ini juga
terbentuk dengan perubahan aras
permukaan antara kedua-dua ruang
terlibat contohnya seperti pentas
terdapat didalam sebuah dewan.
boleh
atau
yang
yang
RAJAH 2. Menunjukkan gereja kecil yang
terdapat di SMK St. Francis dan terdapat
pembahagian di antara ruang duduk dan ruang
sembahyang (Chancel).
Berpandukan kepada Rajah 2 di atas,
terdapat sebuah gereja kecil yang terdapat di
tingkat satu di SMK St. Francis dan terletak
di atas dewan sekolah. Ruang di dalam gereja
ini juga terbahagi kepada beberapa ruangan
dan seperti yang dapat di lihat di dalam rajah,
terdapat pembahagi di antara ruang tempat
duduk dan ruang sembahyang atau dikenali
sebagai Chancel. Pembahagi antara ruang ini
terjadi apabila aras bagi ruang Chancel lebih
tinggi berbanding ruang tempat duduk dan
perkara ini secara tidak langsung
mentafsirkan ruang tersebut kepada ruang
yang berlainan dari segi fungsi.
RAJAH 1. Menunjukkan pelan bagi SMK St.
Francis yang dihubungkan ruang sepunya.
Merujuk kepada Rajah 1, ruang yang
dimaksudkan di dalam pelan lantai SMK St.
Francis ialah ruang halaman yang berada di
tengah kawasan sekolah yang bertindak
sebagai ruang penghubung bagi ruang yang
berada disekelilingnya seperti dewan
sekolah, kelas, makmal dan pejabat sekolah.
Ruang yang sama turut boleh dijumpai di
kebanyakan sekolah kolonial di Malaysia
seperti Victoria Institution, Kuala Lumpur
SMK Convent Bukit Nanas dan St. Xavier
Institution, George Town.
ii.
Ruang Bersebelahan (Adjacent Space)
Ruang jenis ini merupakan jenis ruang yang
kebiasaan didapati. Perhubungan di dalam
ruang ini membolehkan ia ditegaskan dengan
jelas dalam menyambut kehendak fungsi
mahupun simbolnya dengan kaedahnya
tersendiri (Ching, 1995). Ruang yang
bersebelahan ini terbentuk dengan adanya
kewujudan satah yang mengasingkan keduadua ruang terbabit. Sifat satah pemisah ini
juga boleh mengehadkan secara visual dan
fizikal di antara ruang bersebelahan serta
menyesuaikan perbezaannya. Malah, satah
pemisah ini juga boleh terbentuk oleh sebaris
tiang yang mampu untuk meningkatkan
keselanjaran secara visual dan membuat
ruang kelihatan tinggi (Kamin, 2016). Selain
iii.
Susun atur Lelurus ( Linear Organization)
Merupakan susun atur yang terdiri daripada
serangkai ruangan yang saling berhubung
antaranya ataupun dihubungkan oleh ruang
lurus yang berasingan tetapi nyata seperti
ruangan koridor (Ching, 1995). Tambahan
pula, susun atur lelurus ini juga boleh terdiri
daripada ruang yang berulang-ulang sama
ada dari segi bentuk, saiz dan fungsi ruang
terbabit. Selain itu, pembentukan susun atur
ini juga boleh dikaitkan dalam konteksnya
dalam pelbagai cara; menghubungkan dan
menyusun ruang sepanjang-panjangnya,
bertindak sebagai dinding atau pembahagi
yang memisahkan dua medan yang berbeza
serta bersifat mengelilingi dan mengepung di
dalam sesebuah medan ruang (Ching, 2015).
(a)
(b)
RAJAH 3. Menunjukkan pelan bagi (a) SK St.
Francis dan (b) SMK Tinggi Melaka yang
memaparkan susun atur lelurus.
Berpandukan kepada rajah di atas, pada
pelan (a) menunjukkan pelan aras bawah
bagi SK St. Francis dan pelan (b) pula
merupakan pelan lantai bagi Sekolah Tinggi
Melaka
yang
mana
masing-masing
menerapkan unsur susun atur lelurus
padanya. Tambahan pula, dengan adanya
koridor yang menghubungkan ruang-ruang
seperti kelas dan pejabat sekolah
menjadikannya jelas dalam menerapkan
elemen susun atur lelurus.
iv.
Susun
atur
Berpusat
(Centralized
Organization)
Susun atur berpusat ini merupakan suatu
susunan bagi susun atur sesebuah binaan
yang sebilangan daripada ruang sekunder itu
berada berkelompok di sekitarnya (Ching,
1995). Ruang sekunder terbabit boleh
berbeza sama ada dari segi bentuk dan saiz
dan perbezaan inilah yang menyebabkan
pembentukan susun atur berpusat memberi
tindak balas kepada keadaan di sekelilingnya
(Ching, 2013). Selain itu, disebabkan susun
atur berpusat ini sememangnya wujud tanpa
kehadiran arah yang tetap, maka suatu jalan
keluar dan masuk perlu ditentukan oleh tapak
bangunan terbabit dan ia boleh menjadikan
salah satu ruang sekundernya sebagai jalan
keluar masuk (Ching, 2015).
RAJAH 4. Menunjukkan pelan bagi SMK St.
Francis yang memaparkan susun atur berpusat.
Berdasarkan kepada Rajah 4, pelan SMK St.
Francis tersebut jelas memaparkan prinsip
susun atur berpusat yang dijadikan sebagai
dataran sekolah tersebut. Ruang sekunder
yang berada di sekitarnya terdiri daripada
dewan sekolah, kelas, makmal, pejabat
sekolah, kantin sekolah dan juga pintu masuk
utama sekolah. Berdasarkan pemerhatian
penyelidik juga ketika berada di sekolah
terbabit, ruang berpusat tersebut sering
digunakan oleh para pelajar dan pihak
sekolah sendiri sama ada untuk tujuan
perhimpunan mingguan, aktiviti sekolah dan
parking kereta guru.
v.
Susun Atur Berkelompok (Clustered
Organization)
Jenis susun atur ini terbentuk dengan jarak
yang dekat di antara ruang untuk
menghubungkait antara satu sama lain
(Ching, 2015). Ruang berkelompok ini juga
boleh disusun berpandukan kepada satu titik
masuk ke dalam bangunan ataupun di
sepanjang
laluan
pergerakan
yang
melaluinya. Ruang-ruang tersebut juga boleh
jadi berkelompok di sekitar medan dan isi
padu ruang yang besar. Tambahan pula,
corak susun atur berkelompok ini juga
hampir serupa dengan susun atur berpusat
tetapi ia tidak mempunyai kepadatan corak
susun atur dan keteraturan secara geometri
seperti susun atur berpusat (Ching, 1995).
Selain itu, dalam keadaan simetri dan
berpaksi juga boleh digunakan untuk
menguatkan dan menyatukan bahagianbahagian susun atur berkenaan di samping
dapat membantu dan menzahirkan dengan
jelas kepentingan ruang atau kumpulan ruang
di dalam susun atur ini (Hanafi et al., 2001).
RAJAH 5. Menunjukkan pelan bagi SMK St.
Francis
yang
memaparkan
susun
atur
berkelompok
Berpandukan kepada Rajah 5 di atas,
kelihatan susun atur ruang yang terdapat di
dalam bangunan SMK St. Francis dalam
keadaan yang berkelompok. Perkara ini di
dapati pada bahagian pejabat sekolah,
pejabat guru penolong kanan dan klinik gigi
sekolah. Walaubagaimanapun, terdapat
beberapa ruang yang ditambah sendiri secara
sendiri oleh pihak sekolah bagi menambah
beberapa ruang atau bilik bagi keperluan
sekolah seperti bilik Skim Pinjaman Buku
Teks (SPBT) dan pejabat pengetua.
Merujuk kepada tipologi tapak bagi sekolahsekolah ini pula, penyelidik telah mengaitkan kawasan
kajian kes dengan lot bangunan serta jalan
persekitaran yang berdekatan dengan kawasan kajian.
Tipologi tapak boleh diertikan sebagai suatu
hubungan di antara bangunan yang dikaji dan kawasan
persekitarannya yang mana di dalam hal ini masingmasing saling memberi pengaruh antara satu sama lain
(Raja Shahminan, 2007).
RAJAH 6. Pelan kunci yang menunjukkan persekitaran
kawasan kajian.
RAJAH 7. Pelan tapak yang menunjukkan lokasi SMK
Tinggi Melaka, SK St. Francis dan SMK St. Francis.
Jika dilihat pada kedua-dua rajah di atas, ketiga-tiga
sekolah terbabit terletak berdekatan antara satu sama
lain dan berkongsi kawasan persekitaran, akses dan
kawasan kejiranan yang sama. Pada Rajah 6,
menunjukkan pelan kunci bagi ketiga-tiga sekolah
berkenaan yang terletak di tengah Banda Hilir,
Melaka dan berdekatan dengan mercu tanda Melaka
seperti kawasan bersejarah A Famosa, Sungai Melaka
dan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan serta
pusat membeli belah Dataran Pahlawan dan Mahkota
Parade. Kawasan-kawasan sekitar sekolah terbabit
jelas membuktikan ia merupakan kawasan tumpuan
bagi orang awam yang pastinya akan menyumbang
kepada kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu
puncak dan sesi persekolahan. Berpandukan kepada
Rajah 7 pula, merupakan pelan tapak bagi ketigaketiga sekolah kolonial berkenaan yang memaparkan
perletakan lokasi SMK St. Francis yang berada di
bahagian belakang Dataran Pahlawan dan Jalan
Parameswara sebagai jalan utama untuk mengakses ke
sekolah berkenaan. Malah, Jalan Parameswara ini
juga turut dikongsi dengan beberapa buah sekolah di
kejiranan yang sama iaitu SK Banda Hilir dan SK
Sacred Heart. Berbeza pula dengan SK St. Francis dan
SMK Tinggi Melaka yang berkongsi jalan utama
untuk mengakses iaitu Jalan Chan Koon Cheng.
Tambahan pula, kejiranan bagi kedua-dua sekolah ini
lebih berdekatan dengan kawasan perumahan seperti
Kampung Banda Zaba dan Taman Seng Heng yang
berada tidak jauh di belakang sekolah berkenaan.
SMK St. Francis pula lebih berdekatan dengan
kawasan-kawasan komersial dan perhotelan seperti
Hotel Equatorial, Hotel Imperial Heritage dan Pusat
beli-belah Dataran Pahlawan.
Berdasarkan kepada prinsip susun atur bentuk dan
ruang yang diperjelaskan sebelum ini, ternyata ia
menunjukkan bahawa sekolah-sekolah kolonial
berkenaan mempunyai ciri-ciri reka bentuk susunan
ruang yang unik dan tersendiri serta masing-masing
mempamerkannya dengan jelas pada pelan lantainya.
Perkara ini amat penting kerana dengan adanya pelan
bangunan yang unik dan tersendiri, secara tidak
langsung ia akan dipamerkan pada bentuk fasad yang
akan dipaparkan pada binaan bangunan berkenaan.
Sekolah-sekolah terbabit juga masih lagi kekal teguh
dalam mengekalkan keaslian dan pengaruh yang
diaplikasikan pada binaan terbabit. Di samping itu,
melalui hasil kajian yang didapati melalui temu bual
dan analisis kandungan, penyelidik telah menemui
bahawa para responden bersetuju yang mereka masih
kekurangan dokumentasi berkaitan sekolah-sekolah
kolonial terutama dari aspek seni binanya. Tambahan
pula, para responden menyatakan bahawa mereka
amat bersetuju jika aspek-aspek seni bina bagi sekolah
kolonial ini didokumentasikan seterusnya akan
membantu di dalam sektor pemuliharaan sekolah
kolonial dan bangunan warisan yang lain juga di
seluruh negara. Perkara ini secara tidak langsung
membantu dalam menyelesaikan isu yang
dbangkitkan penyelidik pada awal kajian.
KESIMPULAN
Berpandukan kepada penulisan kertas kerja ini,
penyelidik mendapati bahawa corak binaan dalaman
sekolah kolonial pada era penjajahan British
mempunyai susun atur yang berbeza dengan
penerapan prinsip-prinsip seni bina yang berbeza di
antara sekolah-sekolah terbabit. Dari sudut tipologi
tapak sekolah kolonial berkenaan, masing-masing
mempunyai persamaan yang hampir ketara dengan
perbezaan yang sedikit kerana perletakan lokasi
sekolah yang berdekatan antara satu sama lain.
Namun, arus pemodenan telah sedikit sebanyak
membuatkan kewujudan sekolah kolonial terbabit
ditenggelami oleh binaan-binaan moden ditambah
pula dengan lokasi sekolah yang terletak di tengah
Banda Hilir ini. Penghasilan kertas kerja ini
diharapkan dapat menyumbang kepada usaha
pemuliharaan sekolah-sekolah kolonial terbabit dan
membantu pihak-pihak berwajib daripada pelbagai
skop pekerjaan seperti pihak sekolah, agensi kerajaan
dan kontraktor dalam menjalankan kerja-kerja
pemuliharaan pada masa akan datang. Tambahan
pula, kewujudan Pelan Pengurusan Pemuliharaan
yang sedia ada juga boleh diaudit atau ditambah baik
dengan elemen yang diketengahkan penyelidik bagi
tujuan rujukan oleh pelbagai pihak. Malah, rujukan
yang dibuat juga diharapkan mampu untuk
menjadikan kerja-kerja pemuliharaan terhadap
sekolah kolonial terbabit dilakukan dengan garis
panduan dan rujukan yang betul bagi menjaga
ketulenan dan keaslian binaan sekolah berkenaan.
Oleh yang demikian, demi memastikan ketulenan
sekolah kolonial berkenaan kekal terpelihara, pelbagai
pihak perlu memastikan elemen-elemen yang terdapat
pada sekolah kolonial dapat dikekalkan walaupun ia
hanya dari aspek yang kecil agar kerja-kerja
pemuliharaan pada masa akan datang dipermudahkan
dan berjalan lancar.
PENGHARGAAN
Penyelidik
mengambil
kesempatan
untuk
memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas limpah
kurnia dan izinnya, penyelidik dapat menyelesaikan
kertas kerja ini dengan sebaiknya. Selain itu,
penyelidik juga ingin berterima kasih kepada
pengarang bersama kertas kerja ini iaitu Prof. Dr.
A.Ghafar Ahmad dan Muhammad Hafiz Abd. Razak
di atas bantuan, pandangan serta buah fikiran yang
diberikan sepanjang penghasilan kertas kerja ini.
Akhir sekali, penyelidik juga ingin berterima kasih
kepada mereka yang terlibat dalam membantu dalam
penulisan kertas kerja ini seperti pihak-pihak
responden yang sudi memberi kerjasama dan peluang
kepada penyelidik untuk mendapatkan maklumat dan
data yang diperlukan.
Research for Education: An Introduction to
Theory and Methods (3rd ed.). Boston: Allyn
& Bacon.
Ching, F. D. K. (1995). Seni Bina: Bentuk, Ruang
dan Tertib Susun Atur. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ching, F. D. K. (2013). Introduction to Architecture.
New Jersey: John Wiley & Sons Inc.
Ching, F. D. K. (2015). Architecture: Form, Space
and Order (4th ed.). New Jersey: John Wiley
& Sons Inc.
Hanafi, Z. (1986). Prinsip-Prinsip Rekaan Seni Bina.
Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.
Hanafi, Z., Luddin, A., Shuib, N. A., & Ariffin, J.
(2001). Teori dan Prinsip Reka Bentuk. Kulim:
Amber Solara Publication.
Harun, S. N. (2005). Amalan Kerja Pemuliharaan
Bangunan Bersejarah di Malaysia. Universiti
Sains Malaysia.
Hussin, A. A. (2011). Pemuliharaan dan
Pemeliharaan Warisan di Malaysia. Pulau
Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Kamin, S. (2016). Kamus Seni Bina. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Lebar, O. (2017). Penyelidikan Kualitatif :
Pengenalan Kepada Teori dan Metode (2nd
ed.). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Merriam, S. B. (2001). Qualitative Research and
Case Study Application in Education. San
Francisco: Jossey-Bass Publication.
Mohd Tobi, S. U. (2017). Kajian Kualitatif dan
Analisis Temu Bual. Kuala Lumpur: Aras
Publisher.
Raja Shahminan, R. N. (2007). Kajian Tipologi
Rumah Kedai Awal Era Belanda Di Bandar
Melaka : Sumbangan Kepada Bidang
Pemuliharaan. Penerbit Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.
Silverman, D. (2013). Doing Qualitative Research
(4th ed.). London: SAGE Publications.
Woods, P. (1999). Succesful Writing for Qualitative
Researchers. New York: Routledge.
RUJUKAN
Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (1998). Qualitative
Download