CINTA AKAN ALAM SEKITAR Aku cinta padamu wahai laut yang bergelora kerana aku bisa belajar menjadi seorang pemimpin yang tabah menerima cabaran walau apa saja ynag dihadapi Aku cinta padamu wahai langit biru yang luas kerana aku bisa terbang bebas menjelajah dunia saujana antara batas dan tradisi Aku cinta padamu wahai gunung yang tinggi kerana aku bisa menjadi seorang pendaki gagah yang tidak cepat menyerah kalah Aku cinta padamu wahai tasik yang indah kerana tumbuh di dalam hakikatku menjadi ruang dan bersatu di dalamnya menjadi detik yang selalu hidup di hatiku Istimewanya Kita Istimewanya kita Dilahirkan seoran ibu Membuka pintu dunia Jasanya seluas alam Budinya tetap dikenang Dengan ucapan keramat Selamat Hari Ibu Istiewanya Kita Didikan insan yang gigih Menerangi alamku yang kelam Hingga membawaku ke bintang Jasamu sepanjang zaman Pasti kukenang dengan ucapan Selamat Hari Guru Istimewanya Kita Mampu menikmati keamanaan Berkat gagah berani Perwira Negara Meniup semangat membara Mengusir petualang Akan kukenang jasamu Selamat Hari Pahlawan Teknologi Oh, teknologi Engkau selalu berubah dari zaman ke zaman Waktu demi waktu kau telusuri Merubah perubahan bagi dunia ini Teknologi, oh tenologi Hari esok menunggumu bagi perubahan di dunia ini Bila tiada engkau Dunia ini bagaikan sayur tanpa garam Teknologi Rasamu bagaikan manis dan pahit Engkau dapat mendidik kami ke arah yang baik Engkau juga dapat merusak kehidupan kami Teknologi, oh teknologi Patut aku berterima kasih kepadamu Tanpa pengorbananmu Aku tak akan bisa hidup seperti ini Sumpah Anak Merdeka Aku anak merdeka Bangkit dari persada luka Berdiri megah di pentas wira Inginku tebus maruah bangsa Aku anak merdeka Terjaga dari ranjang kecewa Berpaksi gagah di panggung perkasa Ingin ku bela nasib bangsa Aku anak merdeka Harapan nusa dan bangsa Akan kutentang petualang negara Yang tegar membuat angkara Aku anak merdeka Di hati semangat waja Di dada penuh satria Ini Tuah akan membela Untuk kubalut luka lama Sajak ‘Orang Tua” Nampakkah kau wanita tua di tepi jalan mukanya comot rambutnya kusut membawa bersamanya beg usang berjalan ke sana ke mari tanpa suatu destinasi. Nampakkah kau lelaki tua di hujung jalan kemejanya kotor seluarnya rabak duduk di sudut tangga menunggu sisa makanan di restoran mamak untuk mengalas perut yang kosong. Nampakkah kau darah berlumuran di jalan raya mayat si tua dibiarkan di situ dan di bilik mayat pula tiada siapa datang menuntutnya. Nampakkah ia sepertimu mereka juga dicipta oleh-Nya tetapi bezanya mereka diabaikan ditinggalkan oleh anak-anak jahil yang tidak berbudi nampakkah kau? PANTUN TEKNOLOGI Menyanyi sekawan merpati putih, Hinggap diatas pohon jemari, Teknologi kini semakin canggih, Maklumat dicapai dihujung jari. Pergi kedai beli gajus, Gajus dibeli bersama Pak latif, Fiksyen sains kursus bagus, Melahirkan pelajar lebih inovatif. Sunyinya malam di dalam taman, Sunyi sekali sehingga ke pagi; Carilah kawan dan juga teman, Cari informasi dan jauhi pornografi. Orang sibuk dia pun nak sibuk, Makan nasi nak tambah tauhu; Suruh berfacebook dia berfacebook, Suruh mengaji dia tak mahu. Unggas berkicau merata-rata, Menjelang senja riuh teramat; Laman sesawang di hadapan mata, Klik sahaja terpampang maklumat. Membuat tugasan di waktu pagi, Agar ilmu mudah dipelajari; Maklumat diperolehi melalui teknologi, Pemangkin masyarakat berteknologi tinggi. Cik Nana bangun pagi, Rupa-rupanya dah tengah hari; Apa guna berteknologi tinggi, Tapi hidup tak mengenal Ilahi.