PEMAMPAT UDARA Memampatkan udara dari tekanan atmosfera ke satu tekanan yang lebih tinggi. Ini dilakukan oleh pemampat iaitu dengan mengurangkan isipadu udara. Bagi kiraan udara dianggap sebagai mengalami satu proses politropik. Udara yang dibekalkan mestilah bersih daripada minyak dan bahan cemar. Udara dimampatkan supaya boleh disimpan dan digunakan untuk membekalkan tenaga yang berkesan kepada kendalian mesin. Turus Sedutan dan Penyenyap Mengeluarkan zarah-zarah kotoran sebelum udara memasuki liang masuk. Turus ini biasanya jenis kubang minyak atau elemen kertas yang memerlukan senggaraan atau gantian darimasa ke semasa. Satu penyenyap ada kalanya diperlukan bagi melenyapkan kebisingan udara yang memasuki pemampat. Ia boleh dipasang sebelum atau selepas turus bergantung kepada kesan penyenyap yang diperlukan. Tabung Udara Pemampat sama ada yang besar atau kecil selalunya dilengkapkan dengan satu penerima udara. Penerima hanyalah sebuah takungan atau tangki yang dapat diisikan dengan udara termampat Injap pelega Alat ini merupakan penerima udara yang dipasang di tempat perantaraan untuk menyamakan tekanan yang berubah-ubah di dalam sistem dan memastikan tekanan kendalian sentiasa malar. Penumpuk perantaraan hendaklah dipasang pada tiap-tiap loji yang menggunakan bekalan pusat udara termampat. Dengan kewujudan penumpuk di dalam susunan loji, tekanan dalam talian panjang terpampas menyusut dan halaju aliran dalam saluran dapat disenggarakan dengan mudah. Unit Servis atau Unit Khidmat Alat ini merupakan satu pakej yang mengandungi Penapis udara, pengatur tekanan dan pelincir. Penapis udara Pengatur Tekanan Pelincir Penapis udara Digunakan untuk membersihkan udara termampat daripada segala kekotoran dan juga air terpeluwap yang terkumpul PengaturTekanan Pengatur tekanan merupakan injap penurun yang memastikan tekanan kerja yang besar berkeadaan malar walaupun terdapat ketidak seimbangan dalam tekanan udara utama dan kadar penggunaan udara. Tekanan masukan hendaklah sentiasa lebih tinggi daripada tekanan keluaran. Pelincir Bekalan pelincir yang mencukupi diperlukan untuk peralatan pneumatik. Pemasangan saluran dibuat secara perpaipan. Paip diperbuat daripada getah, plastik ataupun logam. Paip yang digunakan sebagai saluran gas tidak boleh digunakan sama sekali. Perkara-perkara penting yang mesti diperhatikan dalam pemasangan saluran paip ialah halaju aliran dan susutan tekanan dalam paip dan sendi di sepanjang perpaipan utama. Soalan ???? 1. Berikan nama-nama komponen unit servis. 2. Nyatakan fungsi penapis udara. 3. Nyatakan fungsi injap pelega. JAWAPAN 1. Penapis udara, Pengatur tekanan, Pelincir 2 Membersihkan udara yang termampat daripada kekotoran dan lain lain. 3 Untuk menyamakan tekanan yang berubah-ubah di dalam sistem dan memastikan tekanan kendalian sentiasa malar.