KURSUS: PERANCANGAN PENDIDIKAN GC 6233 SEMESTER 1 SESI 2019-2020 PENSYARAH: PROF. MADYA DR. MOHD IZHAM BIN MOHD HAMZAH ELEMEN-ELEMEN DALAM MODEL PERANCANGAN 1 Misi dan Wawasan Organisasi A. Misi Umum Sekolah Wawasan Masa Depan Sekolah. Saiz & Perkembangan Matlamat Baru. Kualiti Program. Hasrat Masyarakat & Negara. • Sekolah adalah organisasi sistem sosial yang bertujuan untuk membentuk warganegara yang berilmu, berguna, berdisiplin, bermoral tinggi & bersatu padu. • Sekolah tidak mempunyai kuasa untuk mengubah sifat & ciri penting persekitarannya tetapi sekolah perlu memberi respon terhadap pengaruh umum persekitarannya semasa menyediakan strategi perancangan sekolah. • Setiap sekolah perlu mempunyai suatu misi dan wawasan yang jelas. Misi adalah satu pernyataan umum berkaitan dengan hasrat pencapaian jangka panjang. • Wawasan sekolah ialah gambaran tentang masa depannya dalam jangka masa tertentu. • Wawasan penting dalam menggubal polisi dan perancangan tentang saiz sekolah, kualiti program kurikulum & kokurikulum, perkembangan kemudahan fizikal, teknologi & budaya sekolah, mengambil kira arah tujuan pengurusan, matlamat pendidikan negara, perkembangan sosio-ekonomi, politik, persekitaran dan negara. • Setengah-setengah perancangan yang disediakan oleh sekolah adalah dibuat secara ad-hoc. Di mana segala perancangan adalah berdasarkan kepada kemudahan fizikal, manusia & teknologi yang terdapat masa kini. • Kemudahan-kemudahan tersebut akan ketinggalan zaman dalam tempoh yang singkat jadi perancangan yang disediakan sedemikian akan menjadi kurang berguna. 2 B. Rasional Perancangan Keadaan Kini. Pernyataan Masalah. Apakah Yang Perlu Berubah? Bagaimana? Bila? • Setiap perancangan memerlukan suatu rasional yang kuat & logik. • Pengurus organisasi perlu mengetahui keadaan sebenar tentang sesuatu bidang pengurusan / aspek persekolahan yang memerlukan perancangan atau perancangan semula. • Apakah masalah / kelemahan yang wujud dalam sistem sedia ada ? • Sejauhmanakah ia terpesong daripada matlamat asal sekolah ? • Kajian boleh dibuat melalui kaedah pemerhatian, pencerapan, penyiasatan & perbincangan dengan staf. • Rasional perancangan perlu memberi suatu gambaran mengenai profil & struktur bidang pengurusan/ aspek persekolah yang hendak dikaji. Perlu buat analisis SWOT. 3 C. Penentuan Matlamat & Objektif Ke manakah arah tujuan ? Matlamat & FPN Hierarki penentuan objektif. • Sesuatu matlamat sekolah boleh dibahagikan kepada objektif-objektif supaya mudah difahami & ditujui oleh pelbagai pihak dalam organisasi. Hierarki Penentuan Objektif Dasar Polisi & FPN Matlamat Sekolah Objektif Jawatankuasa/Unit/ Jabatan/Bidang/Panitia Objektif Pengajaran Pembelajaran KPM Sekolah Jawatankuasa/Unit/Jabatan/ Bidang / Panitia Staf Sekolah • Pihak sekolah perlu menentukan matlamatnya dengan jelas serta hendaklah berdasarkan kepada matlamat & FPN. • Matlamat sesuatu organisasi perlulah difahami & disedari oleh semua anggota organisasi supaya apayang dirancangkan boleh menjadi kenyataan. • Dalam membentuk objektif-objektif, beberapa perkara berikut perlu diambil kira : i. Objektif hendaklah jelas, ringkas & tidak menimbulkan keraguan. ii. Tepat & Realistik. iii. Bersesuaian dengan dasar, falsafah & prosedur KPM & selari dengan matlamat sekolah. iv. Ada kemampuan melaksanakannya. v. Menarik & dapat memotivasikan. vi. Dapat diukur berasaskan pencapaian & masa. Proses Perancangan Menerusi Hierarki Penentuan Objektif Input 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kemudahan Fizikal. Tenaga Pengajar. Kemahiran Pengurusan. Potensi Pelajar. Dasar Kurikulum. Teknologi. Kewangan. Masyarakat. Output Proses Perancangan 1. 2. Proses Pelaksanaan Hierarki Penentuan Objektif/Matlamat 3. 4. 5. 6. Pengurusan Yang Cekap & Berkesan Program-Program Yang Berkualiti Budaya Sekolah Yang Merangsangkan Staf Yang Dedikasi Pelajar-Pelajar Yang Bermotivasi & Ingin Belajar. Prestasi Yang Cemerlang. 4 D. Pengenalpastian Strategi Pelaksanaan : Apakah tindakan untuk mencapai objektif / matlamat ? Adakah cara-cara lain ? • Setelah matlamat & objektif perancangan ditentukan, pihak sekolah perlu mengenalpasti strategi untuk melaksanakan rancangan / program bagi meninggikan prestasi atau produktiviti dalam sesuatu bidang pengurusan atau aspek persekolahan. • Strategi pelaksanaan adalah tindakan atau langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah /kelemahan. • Setiap masalah/kelemahan pasti dapat diatasi dengan tindakan yang betul. • Untuk mengatasi sesuatu masalah/kelemahan sediakan pelbagai cara untuk dipilih supaya tidak bergantung kepada satu cara sahaja. 5 E. Penilaian Tindakan-Tindakan : Menilai tindakan berasaskan pengalaman, eksperimentasi & penyelidikan. • Setelah tindakan-tindakan untuk mengatasi sesuatu masalah dikenalpasti seterusnya pihak sekolah perlu mengkaji & menilai setiap tindakan itu berasaskan kepada matlamat sesuatu program / projek. • Kebanyakan proses penilaian terhadap tindakan dibuat adalah dengan berasaskan pengalaman profesional. Rujuk pada rekod kejayaan masa lampau. • Eksperimentasi adalah kaedah mengujikaji atau mencuba sesuatu pendekatan yang baru serta membuat pemerhatian tentang kemajuan & kesesuaiannya sebelum penggunaannya sebagai tindakan dikekalkan. • Penyelidikan yang berbentuk “Kajian Tindakan” merupakan kaedah yang lebih saintifik & mencabar. 6 F. Pemilihan Tindakan : Apakah tindakan yang paling baik ? Adakah lebih daripada satu tindakan diperlukan ? Mengadakan sesi sumbangsaran dengan staf dalam pemilihan. • Setelah tindakan-tindakan diperiksa & dinilai,langkah berikutnya adalah memilih tindakan yang terbaik atau paling sesuai untuk melaksanakan sesuatu program /projek. • Dalam memilih tindakan, pihak sekolah perlu menyedari implikasi pemilihan sesuatu tindakan itu terhadap perkara-perkara berikut : i. Kesan terhadap guru & pelajar. ii. Perubahan-perubahan yang mungkin berlaku. iii. Kemampuan kewangan, kemudahan, tenaga & teknologi. iv. Pencapaian matlamat asal. 7 G. Penggubalan Rancangan : Penglibatan semua lapisan warga sekolah. Rancangan jangka panjang. Rancangan jangka pendek. Proses untuk mengendalikan projek / program. Pengumpulan data. Rancangan kontigensi. • Setelah memilih tindakan, pihak sekolah perlu menggubal rancangan. • Penyediaan perancangan perlu melibatkan semua peringkat staf / warga organisasi. • Penggubalan rancangan perlu merangkumi perancangan jangka panjang ( 5 tahun). dan perancangan jangka pendek ( 1 tahun). • Untuk menggubal sesuatu rancangan, amalan mengumpul data & matlamat yang berkaitan dengan program/projek adalah sangat penting kerana ia akan dapat membantu pihak pentadbir mengesan masalah /kelemahan. 8 H. Pengawalan Proses & Penempatan Piawai : Mengawal tindakan & hasilan untuk menepati objektif / matlamat: Ukuran piawai ditentukan. • Perancangan & pengawalan merupakan 2 fungsi pengurusan yang saling berkaitan. • Perancangan tidak mungkin dapat dilakukan dengan jayanya tanpa kawalan yang sistematik. Proses pengawalan akan dapat menyelenggara kualiti & menetapkan piawai yang dikehendaki. • Kawalan berperanan untuk : i. Menetapkan piawai. ii. Mengukur prestasi/produktiviti berbanding dengan piawai. iii. Membetulkan varian. iv. Memberi isyarat untuk merancang semula. 9 I. Perancangan Semula : Tindakan pembetulan. Jika kurang berjaya maka rancang semula. Rancang Semula Perancangan Pelaksanaan Tindakan Pembetulan Kawalan: Membandingkan hasil dengan piawai TAMAT