ABSEILING PENGENALAN Aktiviti abseiling adalah merupakan salah satu aktiviti bertali yang popular dilakukan dalam aktiviti luar. Secara asasnya ialah satu kaedah yang digunakan untuk turun dari tempat yang tinggi.Ianya satu aktiviti yang mencabar dan memerlukan pendekatan keselamatan yang tinggi. Apa yang diperlukan melalui aktiviti ini ialah mempelajari teknik yang betul di peringkat permulaan hingga akhir kerana ianya akan memastikan anda akan mempraktikkanya dengan selamat. Orientering pula adalah satu aktiviti yang memerlukan kemahiran membaca peta dan kompas serta kemampuan fizikal untuk menuju destinasi yang telah diarahkan dalam peta. Anda akan diarahkan mencari satu titik ke kawalan ke titik kawalan yang lain dalam tempoh yang ditetapkan. Ianya cukup mencabar fizikal dan mental ketika membuat keputusan dalam menentukan laluan yang akan dipilih berdasarkan kemahiran yang anda ada dalam mentafsir peta. AKTIVITI ABSEILING Abseiling merupakan aktiviti yang popular dalam pendidikan luar. Aktiviti ini jika ditinjau sepintas lalu ianya dilihat amat berbahaya dan ekstrem kerana melibatkan kekuatan dan kemahiran anda menuruni bukit atau tempat yang tinggi. Walaupun apa persepsi terhadap aktiviti ini ianya cukup mencabar fizikal dan mental anda. Latihan dan pengamatan yang baik amat diperlukan dalam pelaksanaan aktiviti ini. Dalam abseiling kemahiran dan kepercayaan anda kepada peralatan yang digunakan merupakan aspek penting dalam memastikan “output” program tercapai. Bagi anda yang pertama kali melakukan aktviti ini secara psikologinya akan berhadapan situasi dimana anda akan menilai tahap keyakinan diri dan kemampuan peralatan serta dalam masa yang sama anda juga berperang dengan rasa ketakutan dan gementar (anxiety) sebelum aktiviti. Untuk mengalaminya anda perlu mencuba aktiviti ini untuk mengalami cabaranya secara fizikal dan mental. PEMILIHAN TAPAK AKTIVITI Pekara utama yang perlu diambil berat dalam aktiviti abseiling ini ialah keselamatan. Tapak aktiviti yang dipilih perlu memenuhi ciri-ciri asas seperti berikut: 1. Tapak yang dikenalpasti tidak terlalu sukar dan ianya sesuai dengan peringkat umur aktiviti 2. Tiada batuan yang longgar bila dipijak kerana boleh menyebabkan jatuhan batu-batuan lain disekitarnya 3. Pastikan tiada batuan atau permukaan yang terlalu licin hingga menyukarkan untuk dipijak 4. Kawasan persekitaran bebas dari tiupan angin kencang yang menyukarkan penurunan 5. Tiada berlakunya sebarang runtuhan disekitar tapak Peralatan Abseiling Dan Penjagaan Peralatan yang baik dan berfungsi adalah perkara yang perlu diutamakan dalam aktiviti membahayakan abseiling. anda Ianya anda merupakan akan banyak aktiviti yang bergantung boleh dengan peralatannya. Jika peralatan yang digunakan tidak menepati tahap keselamatan yang ditetapkan anda seharusnya tidak meneruskan aktiviti. Berikut adalah berapa peralatan asas abseiling yang perlu disediakan seperti: 1. Tali 2. Topi keselamatan 3. Karabiner 4. Abah-abah (harness) 5. Figure Of Eight 6. Sarung tangan Jenis Tali Terdapat dua jenis tali yang biasa digunakan dalam aktiviti bertali iaitu: Tali Dinamik – Kebiasaanya digunakan ketika mendaki bertujuan untuk menyerap rentapan jika pengguna jatuh dari kedudukan asalnya. Tali dinamik ini mampu menganjal hingga 7% dari panjang asal tali. Tali jenis ini tidak sesuai digunakan untuk aktiviti abseiling kerana sifat keanjalannya akan menyebabkan kesusahan dalam pengawalan dan “braking” pada tali Tali Statik adalah tali yang tidak bersifat sangat anjal, tali ini hanya mampu menganjal sehingga 2% hingga 5% dari kepanjangan tali yang asal. Tali jenis ini sesuai untuk aktiviti abseiling dan ketika aktiviti menggua (caving) Kedua-dua jenis tali ini direka dengan mengunakan rekabentuk “KERNMANTEL”. Ianya bermaksud ali ini disusun dan dua lapisan utama yang digabungjalin dan diselaputi satu lagi permukaan nilon diluar. Kern Mantle A. KERN – adalah bahagian dalam tali dibuat dari lapisan filamen nilon polymide yang dibersilang-silang. Ianya berfungsi sebagai bahagian utama yang menjadi bahagian utama yang paling kuat dan mampu menganjal B. MANTLE – Adalah bahagian luar tali yang melindungi bahagian dalam, Ianya berfungsi melindungi bahagian dalam dari rosak dan juga bertindak sebagai permukaan tali yang bertekstur untuk gengaman yang baik. Ketika sesuatu aktiviti dijalankan seperti abseiling bahagian mantle ini akan menjadi kejap dan seterusnya bertindak melindungi Kern dari dimasuki sebarang partikel seperti pasir masuk kedalam. Cara Menjaga Dan Menyimpan Tali Jangan berdiri atau memijak di atas tali kerana partikel-partikel halus seperti pasir boleh memasuki bahagian tali dan akan bertindak sebagai benda tajam yang akan memotong komponen tali tanpa disedari Sentiasa memeriksa tali secara kerap sebelum digunakan, bersihkan bahagian yang kotor dengan air lalu dan air sabun Jika bahagian kedua-dua hujung tali didapati telah terkeluar atau berbulu, bakar bahagian tersebut dengan api yang kecil Jangan dedahkan tali kepada cuaca panas yang melampu Sebelum tali disimpankan pastikan tali sentiasa berkeadaan kering Uraikan semua simpulan, gulung tali dan simpan ditempat yang sejuk dan kering Tali tidak sepatutnya dibiarkan disimpan begitu saja diatas lantai gunakan bag atau guni untuk menyimpanya Tali yang tidak digunakan perlu diuraikan dari simpulan dan jangan dibiarkan disatu-satu tempat dalam tempoh yang lama Tali tidak boleh disimpan bersama atau berdekatan dengan bahan kimia, petrolkimia, peluntur, klorin dan sebagainya Jika sesudah membasuh bahagian tali pastikan ianya dijemur di tempat redup dan berangin Hindarkan tali anda dari basah atau lembab dan keringkannya dengan cepat jika tali tersebut basah. Kendur atau longgarkan tali anda apabila hari hujan untuk mengelakkannya dari mengembang yang boleh menyebabkan tali itu putus. Hindarkan dari berjalan di atas tali atau meletakkan beban di atas tali Jauhkan tali daripada benda tajam seperti kaca untuk mengelakkan tali putus ketika digunakan Ketika tidak menggunakan tali, tali tersebut hendaklah diikat dengan cara yang betul Tali boleh menyerap debu garam ketika di tepi pantai. Jadi simpan tali di tempat yang sesuai untuk mengelakkan daripada serangga\ Catit setiap kali digunakan. Sesetengah tali hanya boleh bertahan untuk digunakan sebanyak 1000 hingga 1500 kali sahaja Jangan beli tali yang telah digunapakai atau terpakai Topi Keselamatan (Safety Helmet) Topi keselamatan wajib dipakai ketika menjalankan aktiviti Jenis topi keselamatan yang digunakan ini perlu memenuhi piawaian yang telah ditetapka oleh UIAA dan berupaya melindungi bahagian kepala dan tengkorak ketika berlaku sebarang hentakan kuat kepada sebarang permukaan. Topi keselamatan ini perlu diiktiraf oleh UIAA dan memenuhi standard piawaian antarabangsa DIN 7948 (penyerap hentakan). Semua topi keselamatan yang dikeluarkan oleh pengilang perlu mendapat pengiktirafan UIAA.Ianya diuji dan direka bagi menepati piawaian dan selamat digunakan dalam sebarang aktiviti bertali. Karabiner Karabiner atau clipgate istilah yang digunakan di Eropah dan Amerika adalah alat yang digunakan sebagai sebahagian dari alat keselamatan yang berfungsi menghubungkan tali pendaki dan “belayer”. Ianya didatangkan dalam bentuk kekunci manual dan kekunci automatik dan ianya perlu mendapat pengiktirafan UIAA. Jenis-Jenis Karabiners 1. Karabiners Screwgate(Manual) Digunakan untuk menghubungkan tali ke abah-abah (harness) dimana ianya memerlukan anda memutarkan bahagian klip yang boleh dibuka dan dilaras secara manual 2. Karabiner Kekunci Automatik (Auto-locking carabiners) Karabiner jenis ini akan terkunci secara automatik selepas dibuka. Kebaikannya ianya dapat membantu pendaki yang sering kali terlupa mengunci karabiner seperti karabiner manual. Pengguna hanya perlu sentiasa memastikan klip automatik ini sentiasa bersih, kerana jika sebaliknya ia akan merosakan fungsinya. KEKUATAN KARABINER Kekuatan Karabiner diukur dalam KN (Kilonewton – unit dalam mengukur daya). Kebiasaanya kekuatan karabiner adalah diantara 10KN ke 40KN Satu Newton adalah bersamaan dengan 1/10 Kgf kekuatan daya dan karabiner berupaya menahan beban sehingga 1000Kgf ke 4000Kgf (Kg of force) Cara Penjagaan Karabiner Karabiner boleh dibasuh menggunakan air sabu dan kemudianya dikering sepenuhnya menggunakan kompressor angin atau menggunakan pengering rambut. Penggunaan pelincir berasaskan silikon yang disembur juga boleh digunakan bagi membantu kelicinan fungsi karabiner. Jangan gunakan minyak atau griss kerana ia boleh merosakkan tali, abah-abah dan salutan nilon. ABAH-ABAH (HARNESS) Abah-abah (harness) digunakan untuk menghubungkan pendaki dengan tali. Kebiasaanya abah-abah jenis “half harness” yang dipakai dibahagian pinggang sering digunakan pendaki berbanding penggunaan “full harness” yang meliputi bahagian atas badan hingga ke pinggang. Semua abah-abah yang hendak digunakan perlu diperiksa sebelum digunakan Anda juga perlu memastikan abah-abah yang digunakan memiliki pengiktirafan kelulusan ujian oleh UIAA dan memiliki piawaian seperti “EN 12277 Mountaineering equipment, harnesses, safety requirements” FIGURE OF EIGHT “Figure of eight” adalah alatan asas yang popular digunakan dalam abseiling. Ianya sering digunakan ketika untuk aktiviti menuruni bukit (descending) atau pun digunakan oleh “belayer“ ketika aktiviti rock climbing “Figure of eight” ini berbentuk nombor '8'. Satu dari bahagian alat ini bulatannya lebih besar dari bulatan yang satu lagi. Alat ini diperbuat dari aluminium kerana ketahanannya menampung berat. SARUNG TANGAN KULIT Sarung tangan kulit yang baik perlu digunakan bagi aktiviti abseiling Tujuan utama pemakaianya adalah untul membantu mengelak dari luka (friction burn) yang disebabkan oleh kepanasan tali (rope burn) dan alatan abseiling ELEMEN ASAS ABSEILING Ada empat elemen asas yang perlu anda ketahui dalam melaksanakan aktiviti abseiling iaitu: 1. Anchor Pekara yang paling penting dalam aktiviti abseiling ialah dimana anda mengikat atau memasang “anchor” utama. Pemilihan “achor” perlu menepati beberapa aspek penting seperti: 1. Dimana anda memilih atau meletakkan “anchor” 2. Kekuatan “anchor” yang dipilih dan 3. Kebolehkepercayaan (reliability) kepada “anchor” Pemilihan “anchor” yang tepat akan memastikan keselamatan peserta yang mengikutinya terjamin. Keselamatan nyawa peserta akan banyak bergatung kepada “anchor” sepanjang aktiviti. Anda tidak akan ada kesempatan untuk mengubah “anchor” yang bermasalah setelah aktiviti berjalan berlaku sebarang insiden. Pastikan anda membuat keputusan dengan bijak. 2. Tali Adalah disarankan untuk menggunakan kaedah “double rope abseil” jika jarak penurunan yang agak tinggi dan jauh kebawah. Jika bagi jarak yang pendek anda boleh menggunakan kaedah “single rope abseil”. 3. Kaedah Ada dua jenis kaedah yang sering digunakan dalam aktiviti abseiling iaitu: a. Kaedah Mekanikal Kaedah mekanikal bermaksud anda menggunakan “figure of eight” yang disambungkan kepada abahabah. Tali yang digunakan akan melalui “figure of eight”. b. Kaedah bukan Mekanikal Kaedah bukan mekanikal ini pula anda tidak menggunakan sebarang alat. Anda hanya bergantung kepada tali yang dililit dibahagian badan anda. Badan anda akan bertindak seperti sistem “figure of eight”. 4. Anda atau pelaku aktiviti Keberkesanan “output” dari aktiviti abseiling banyak bergantung kepada kemampuan anda sebagai pelaku aktiviti. Gabungan kemahiran dan reaksi psikologi seperti ketakutan dan kegementaran (anxiety) serta pengaruh alam sekitar seperti keadaan cuaca dan tempat boleh mempengaruhi aspek keberkesanan “output” yang diinginkan. LANGKAH ASAS MENYEDIAKAN PERALATAN ABSEILING Untuk memudahkan anda memahami langkah asas menyediakan peralatan abseiling berikut adalah gambarajah mudah aktiviti mengikut turutan: LANGKAH 2 Anchor yang dipilih perlu memenuhi criteria seperti memiliki kekuatan dan selamat LANGKAH 1 Pastikan figure of eight dan tali berada dalam keadaan baik sebelum digunakan LANGKAH 4 LANGKAH 3 Masukkan tali ke figure of eight seperti dalam ditunjukkan dalam gambarajah Sambungkan figure of eight ke harness dan pastikan jika memakai karabiner dari jenis screwgate ianya telah diketatkan dengan kemas. Serta sebelum peserta dilepaskan periksa keadaan pemakaian harness adalah betul dan kemas. ORIENTEERING Orientering adalah satu bentuk aktiviti sukan yang memerlukan seseorang itu menggunakan peta dan kompas untuk menuju dari satu titik ke satu titik kawalan yang lain. Aktiviti orienteering ini bukan hanya memerlukan seseorang itu memiliki kemahiran membaca peta dan kompas tetapi kemampuan fizikal dan mental juga penting dalam aktiviti ini. Berikut adalah beberapa jenis orienteering yang popular diseluruh dunia antaranya seperti: 1. Foot Orienteering (berlari) 2. Mountainbike Orienteering (berbasikal) 3. Kayak Orienteering (berkayak) 4. Trail Orienteering ( Untuk Orang kurang upaya berkerusi roda) 5. Ski Orienteering ( Menggunakan ski dan tempat bersalji) Dalam satu landasan (course) orienteering yang lengkap mengandungi: 1. Permulaan yang ditandakan dengan bentuk tiga segi 2. Beberapa titik kawalan yang tandakan dengan bulatan yang bernombor mengikut susunan 3. Penamat ditandakan dengan titik dua bertindih Contoh peta landasan orienteering yang lengkap Kesemua titik kawalan yang telah ditandakan di dalam peta akan berada dalam persekitaran yang telah ditetapkan terpulanglah kepada individu untuk mentafsir dan menentukan keadaan bentuk mukabumi yang ditunjukkan didalam peta dan dipadankan. Terminologi ini dipanggil keterangan kawalan atau “control description” kebiasaanya diperingkat antarabangsa ianya tidak ditulis dalam bentuk teks tetapi ianya diberikan dalam bentuk kod atau gambarajah. Dalam keadaan sebenar dimukabumi semua titik kawalan yang telah ditandakan dalam peta akan diletakkan penanda kawalan (control marker). Contoh spefisifikasi antarabangsa untuk keterangan kawalan (control description yang dikeluarkan oleh IOF SEJARAH ORIENTEERING DUNIA DAN MALAYSIA Berikut adalah kronologi sejarah perkembangan orienteering: Sejarah awal orienteering moden bermula pada tahun 1918. Major Ernst Killander, Presiden “Stockholm Amateur Athletic Association”, beliau melibatkan diri dalam latihan pembangunan atlit remaja dalam acara trek dan padang dan pada ketika itu acara trek dan padang tidak mendapat sambutan dikalangan remaja. Bertitik tolak dari senario itu beliau memikir bagaimana untuk mengabungkan alam semujadi dan aktiviti larian di Sweden. Beliau telah memperkenalkan satu aktiviti merentas desa yang berunsur pertandingan dimana para peserta dikehendaki memilih laluan sendiri dengan berpandukan peta dan kompas. Dengan akviti yang diperkenalkan ini Major Ernst Killander boleh dia anggap Sebagai Bapa kepada aktiviti Orienteering (Father of Orienteering) Sekitar tahun 1930 sukan orienteering sudah mendapat tempat dan popular di Sweden, Norway dan juga Finland. Badan antarabangsa yang pertama yang mengembang aktiviti ini dikenali sebagai bertanggungjawab “Nordic Committee for Orienteering” 1946, 1961 satu mesyuarat untuk menubuhkan “International Orienteering Federation (IOF) “ telah dijalankan di Copenhagen. Melalui persetujuan mesyuarat tersebut 10 negara pertama yang menjadi pengasas kepada tertubuhnya IOF. Negara yang terlibat adalah seperti Bulgaria, Czechoslovakia, Denmark, Germany Timur, Finland, Hungary, Norway, Sweden, Switzerland and Germany Barat Kejohanan pertama dilangsungkan di Eropah diadakan di Loten, Norway dalam tahun 1962 Dalam tahun 1966 Kejuaraan Orintering dunia yang pertama telah diadakan di Finland Di Malaysia pula aktiviti orienteering mula diperkenalkan apabila tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau Pinang sekitar tahun 1983 Seterusnya diikuti dengan penubuhan Persatuan Orinteering Wilayah (WOA) dalam tahun1986 Peralatan Orienteering. Peralatan yang digunakan didalam orienteering adalah terdiri daripada: 1. Penanda kawalan dan penebuk lubang 2. Kad Kawalan 3. Kompass Penanda kawalan dan penebuk lubang Ianya merupakan alat yang berbentuk tiga segi yang bewarna merah muda/jingga dan putih sebagai tanda yang telah ditunjukkan sebagai titik kawalan di dalam peta. Ianya disertakan bersama penebuk lubang (puncher) yang akan digunakan untuk menebuk kad kawalan. Setiap puncher ini akan memiliki bentuk tebukan yang berbeza-beza. Kad Kawalan Kad ini perlu dibawa bersama-sama peserta ketika aktiviti dijalankan ianya berfungsi sebagai kad pengesahan apabila tiba dititik kawalan Di dalam kad ini akan dicatatkan butiran mengenai nama peserta, waktu bermula dan petak-petak yang bertanda untuk ditebuk apabila tiba di titik kawalan Kompas Orienteering Tujuan utama penggunaan kompas dalam aktiviti orienteering adalah untuk membantu peserta memeriksa arah laluan dengan lebih tepat. Kompas yang biasa digunakan dalam sukan orienteering ini kebanyakkan adalah dari jenis “Base Plate Compass” Berikut adalah gambarajah komponen kompas dan contoh kompas jenis “base plate compass” dari jenama silva: Jarum kompas Anak Panah Petunjuk Haluan Anak Panah Orienting Garisan Orienting Perumah Kompas (Compas Housing) Komponen asas Kompas Kompas sebenar dari jenama SILVA Teknik-Teknik Asas Dalam Orienteering Ada beberapa teknik asas yang boleh anda gunakan dalam orienteering antaranya seperti: Teknik Melaras Peta Kemahiran asas yang paling utama diperlukan ialah memahirkan diri dengan dengan penggunaan peta. Sebagai peserta ketika orienteering memadan dan melaraskan arah peta kearah utara dapat membantu memudahkan pergerakkan. Terdapat dua cara melaraskan peta iaitu: 1. Memeriksa kedudukan dalam peta dan memandankan ciri bentuk muka bumi yang sebenar di sekeliling anda 2. Melaraskan peta dan bantuan kompas Teknik Susur Tangan (Handrails) Teknik ini adalah teknik mudah bagi menentukan laluan yang akan diambil. Teknik ini menggunakan panduan ciri-ciri garisan yang mudah dikenali sebagai contoh seperti: 1. Jalanraya 2. Lorong kaki 3. Sungai 4. Pagar 5. Jalan keretapi Cara ini boleh membantu memudahkan anda bergerak sehampir mungkin ke destinasi yang anda inginkan. Teknik Titik-Titik Sasaran Titik sasaran adalah merupakan satu kaedah dimana anda boleh menggunakan ciri-ciri atau petunjuk yang jelas yang terletak berhampiran pada ciri garisan. Antara contoh ciri yang boleh digunakan ialah seperti simpang/selekoh, sungai, hujung ataupun penjuru pagar. Ini boleh anda lakukan sebelum anda tiba ke lokasi yang anda sedang tujui dan boleh juga di gunakan bersama-sama teknik susur tangan. Teknik ini mudah kerana anda hanya perlu memasti dan memilih titik sasaran yang paling hampir dengan lokasi yang ingin anda tuju. Apabila anda telah hampir tiba ke titik sasaran, perlahankan pergerakkan dan kemudian pastikan jarak dan arah yang hendak dituju untuk menghampiri titik kawalan. Teknik “Relocation” Teknik ini boleh anda gunakan ketika anda berada dalam keadaan tidak pasti dengan kedudukan sebenar dimana anda berada ataupun anda telah tersesat. Antara panduan yang anda boleh gunakan adalah sepeti: 1. Jangan panik jika anda telah tersesat. Berehat sebentar 2. Jangan bergerak atau merayau-rayau atau cuba mencari arah 3. Laraskan peta anda anda ke arah utara dan cuba bandingkan ciri muka bumi yang ditunjukkan dalam peta 4. Jika anda masih tidak pasti dengan kedudukan anda, cuba ingati kembali ciri terakhir yang telah anda lalui dan semak semula dengan peta anda 5. Setelah berehat anda masih berada dalam keadaan tidak pasti, cuba bergerak ke arah ciri garisan yang jelas kemudian dapatkan kedudukan anda dan teruskan pergerakkan ke titik kawalan 6. Jika masih tidak pasti anda disarankan mendapatkan bantuan atau cuba mencari jalan balik ke titik permulaan Prosedur Asas Orienteering Berikut adalah beberapa prosedur asas dalam aktiviti orienteering: 1. Pendaftaran dan Permulaan Daftarkan diri dengan mengisi butiran penting dalam kad kawalan. Pilihlah landasan yang bersesuaian dan mudah untuk dilalui. Serahkan semula kad kawalan anda dan dapatkan masa mula. Apabila tiba giliran anda dapatkan peta dan pergi ke garisan permulaan. Tentukan kad kawalan dan peta yang anda ambil adalah betul. Jika anda diarahkan menyalin peta, salin dan bersedia untuk bermula Laraskan peta dan ambil arah laluan dan mulakan larian anda ke titik kawalan yang pertama dan seterusnya 2. Di Garisan Penamat Serahkan kad kawalan anda dengan segera apabila sampai ke penamat kepada urusetia teknikal penamat kemudian pastikan masa anda menamatkan larian dicatakan pada kad Beredar dari tempat penamat dan tunggu keputusan pertandingan 3. Pembatalan Penyertaan Peserta anda diberikan status “Did Not Finish” (DNF) atau pembatalan jika berlaku perkara-pekara seperti berikut: Gagal memulangkan kad kawalan Tidak menebuk kad kawaln dengan selengkapnya Tebuk tidak tepat dan terkeluar dari kotak dari petak Tebukan yang tidak jelas dan berubah corak Gagal membantu peserta lain yang memerlukan bantuan ketika kecemasan Meniup wiesl dengan alasan munasabah Menaiki kenderaan kecuali bagi acara yang dibenarkan Cuba menipu semasa pertandingan RUJUKAN Graydon and Kurt Hanson (2002). Mountaineering: The Freedom of the Hills. The Mountaineers. Seattle Grath Hattingh (2004). Rock and Wall Climbing: The Essential Guide to Equipment and Techniques. New Holland Publisher. United Kingdom Kevin Walker (1998). Learn Rock Climbing in A Weekend. Dorling Kindsley. London Powers (1993). Wilderness Moutaineering. Stackpole Books. USA Geoffrey Budworth (2003). Knots. Sterling Publishing. New York