ILMU ALAM (SAINS DAN MATEMATIK): PERKEMBANGANNYA PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH DAN SUMBANGANNYA KEPADA MASYARKAT KINI OLEH: NURUL AIMI ANIS BINTI MOHD NASIR Abstrak Ilmu sains dan matematik ialah ilmu yang tidak pernah asing dengan dunia moden kini yang banyak menyumbang kepada peningkatan teknologi. Kepesatan penciptaan teknologi ini telah banyak membantu manusia dalam melakukan aktiviti harian terutamanya dalam melakukan ibadah bagi umat Islam. Objektif artikel ini adalah untuk menghurai asal-usul ilmu sains dan matematik yang berkembang ketika awal zaman pemerintahan Abbasiyyah sehingga kejatuhannya. Artikel ini merujuk kepada beberapa buah buku dalam bidang sejarah peradaban yang berkaitan dengan Islam. Berasaskan daripada sumber ayat al-Quran dan Hadith, maka terhurailah kaitan Antara ilmu sains dan matematik ini dengan Islam dan alQuran. Kajian ini mendapati bahawa, terdapat ramai tokoh ilmuwan Islam yang menjadi perintis kepada ilmu alam ini. Selain itu, penulis juga mendapati bahawa, kerajaan Abbasiyyah merupakan kerajaan yang paling agung dalam memperluaskan ilmu dan pengetahuan suatu ketika dahulu. Penulis juga mendapati bahawa, kebanyakkan teknologi moden pada hari ini adalah berasakan daripada kajian ulama’ Islam dalam bidang sains, matematik dan perubatan. Selain itu, dalam kajian ini juga terdapat beberapa sumbangan besar hasil daripada hasil usaha ulama’ terdahulu dalam memperkembangakan ilmu pengetahuan. Kata kunci: ilmu alam, ilmu sains, ilmu matematik, kerajaan abbasiyyah, sumbangan islam, perkembangan ilmu islam, ilmu islam Pengenalan Umum sedia maklum bahawa, Islam dan ilmu pengatahuan tidak dapat dipisahkan. Hal ini demikian kerana, Islam sendiri telah menetapkan kepada penganutnya untuk menuntut ilmu. Tambahan pula, tidak ada satu agama atau ajaran di dunia ini sejak dahulu hingga hari ini yang dapat menandingi Islam dari segi ilmu pengetahuan 1. Islam juga telah menggalakkan umatnya untuk mempelajari ilmu kerana ia merupakan satu ibadah yang akan membantu umat Islam masuk ke syurga yang kekal abadi. Allah juga telah berfirman di dalam al-Quran: ۡ ا ِۡق َر ۡا ِب ﴾ الَّذ ِۡى َعلَّ َم ِب ۡالقَ َل ِم96:3﴿ ﴾ ا ِۡق َر ۡا َو َربُّكَ ۡاۡلَ ۡك َرم96:2﴿ ۚسانَ ِم ۡن َعلَق ِ ۡ َ﴾ َخلَق96:1﴿ ۚ َِى َخلَق ۡ اس ِم َر ِبكَ الَّذ َ اۡل ۡن سانَ َما لَ ۡم َيعۡ لَ ۡم ِ ۡ ﴾ َعلَّ َم96:4﴿ َ اۡل ۡن “ Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya2. Daripada ayat ini kita dapat menjelaskan bahawa, Allah mengalakkan hambanya membaca dan mengkaji Al-Quran kerana Allah telah menciptakan Al-Quran itu dengan 1001 jenis ilmu pengetahuan yang manusia perlu pelajari. Sehubungan dengan itu, kita mestilah mempelajari dan mendalami ilmu yang telah dikurniakan oleh Allah. Selain itu, ayat ini juga menunjukkan bahawa nabi juga telah menitikberatkan kepada kita umat Islam untuk mencari dan menyebarkan ilmu yang kita pelajari kepada orang lain. Justeru itu, masyarakat dapat mengetahui tentang kebenaran dan penjelasan sesuatu ilmu itu dengan baik. Rasulullah S.A.W. telah bersabda: 1 2 Abu Hamid Muhammad al-Ghazali, Ihya “Ulumidin, (Terjemahan), (Semarang; Menara Kudus, 1980) h39. Surah Al’Alaq : Ayat 1-5 هللا وسنَّةَ رسو ِله : س ْكتم بهما َّ تركت فيكم أمري ِْن لن تضلُّوا ما تم ِ كتاب َ Yang bermaksud: Aku tinggalkan kepada kamu dua pegangan. Jika kamu memegangnya kuat-kuat, maka kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya. Pegangan itu ialah Kitabullah dan Sunah Rasul3 Hadith ini menunjukkan bahawa, Allah sengaja menurunkan Al-Quran kepada rasulullah dan baginda perlu menyebarkan dan menerangkan kepada seluruh umat Islam secara mendalam tentang isi-isi Al-Quran. Oleh yang demikian, terhasilah ilmuilmu pengetahuan yang pesat tersebar di alam fana ini. Di dalam dunia empayar Islam selepas tamatnya zaman pemerintahan Khulafa’ ArRasyidin, ilmu-imu pengetahuan jelas kelihatan muncul pada masa pemerintahan kerajaan Bani Abassiyah. Pelbagai jenis ilmu yang berkaitan dengan rohaniah dan lahiriah mula berkembang ketika zaman itu. 1. Definisi Ilmu Alam Di dalam dunia Islam, ilmu dapat dibahagikan kepada dua iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Umum sedia maklum ilmu fardhu ain merupakan ilmu khusus yang mempunyai fungsi tertentu yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu yang beragama Islam. Manakala, ilmu fardhu kifayah pula merupakan ilmu yang berkaitan dengan keduniaan seperti ilmu sains, matematik, geografi dan astronomi. Ilmu-ilmu tersebut juga wajib dipelajari oleh umat Islam tetapi hanya disyaratkan kepada segolongan umat Islam tertentu sahaja. Sehubungan dengan itu, kita akan merungkai sedikit sebanyak mengenai ilmu alam yang merupakan salah satu ilmu penting dalam ilmu fardhu kifayah. Menurut Ibnu Khaldun, ilmu alam dapat didefinisikan sebagai ilmu ‘aqli yang mengandungi ilmu 3 H.R. Malik; al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Nashr, Ibnu Hazm (1430 H) (24/331) matematik, algebra, mu’amalat, fara’idh, kejuruteraan, sains gunaan, perubatan dan lain-lain4. Selain itu, menurut Profeser Dr. Syahrir Md. Zin pula, menyatakan bahawa ilmu alam ini merupakan ilmu intelek yakni ilmu ‘aqli yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Empirik, A Priori, Analisis Logik, Sintesis dan campuran keempat-empat kaedah5. Jelas di sini bahawa, ilmu alam ini merupakan satu ilmu yang membawa manusia kepada berfikir secara logic tetapi masih berlandaskan al-Quran dan sunnah yang telah ditetapkan. Justeru itu di dalam penulisan ini, kita akan mendalami beberapa ilmu alam tertentu sahaja iaitu ilmu sains dan matematik ketika zaman keagungan empayar Islam iaitu zaman pemerintahan Abbasiyyah. 2. Ilmu Alam Dalam Prespektif Islam Pada sebelum ini, telah dimaklumkan bahawa ilmu alam ini merupakan satu ilmu untuk mempelajari ilmu-ilmu ‘aqli seperti sains dan matematik. Sains dan matematik merupakan asas kepada kesemua ilmu alam atau pun ilmu ‘aqli ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan ilmu astronomi dan ilmu geografi yang banyak menggunakan cara pengiraan yang berasal daripada ilmu matematik. Begitu juga dengan ilmi kimia dan fizik yang sebenarnya berasaskan daripada ilmu sains. Oleh kerana Islam ini merupakan agama yang mengutamakan ilmu pengetahuan, ilmu sains dan matematik ini menjadi ilmu ‘aqli yang sangat penting untuk dipelajari oleh penganutnya. Hal ini demikian kerana, Allah meciptakan sesuatau bukan tanpa ada hikmah atau pengajaran kepada hambanya, Allah telah berfirman yang bermaksud6: 4 Profesor Dr. Hassan Langgulung (1968), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka h: 28 5 Profesor Dr Shahir bin Mohd Zin (1987), Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sians, Bangi: Akedemik Sians Islam Malaysia h: 73-78 6 Surah Al-Mu’min : ayat 57 َاس َۡل يَ ْعلَمون ِ س َم َاوا َّ لَخ َْلق ال ِ َّاس َو َٰلَ ِك َّن أَ ْكثَ َر الن ِ َّق الن ِ ت َو ْاْل َ ْر ِ ض أ َ ْكبَر ِم ْن خ َْل Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” Ayat ini membuktikan bahawa, Allah S.A.W. sengaja meciptakan langit dan bumi untuk diterokai oleh manusia sendiri. Seperti yang kita tahu, penerokaan alam semesta dan isi bumi merupakan kajian yang menghasilkan kepada ilmu sains dan matematik ini. Selain itu, Allah juga menciptakan manusia dengan akal supaya manusia berfikir dan mempelajari sesuatu benda yang baru. Apabila kita mengkaji dan menerokai alam yang dianugerahkan oleh Allah ini, perbuatan ini akan menambahkan rasa takjub kepada Allah S.A.W. dan menambah keimanan kita kepada-Nya. Allah telah befirman: َلَقَدْ أ َ ْنزَ ْلنَا ِإلَيْك ْم ِكتَابًا فِي ِه ِذ ْكرك ْم أَفَال ت َ ْع ِقلون Yang bermaksud: Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka apakah kamu tiada memahaminya?7 Di dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah memerintahkan hambanya untuk berfikir dan memahami sesuatu pekara dengan sendiri bukan hanya berserah kepada Allah semata-mata tanpa berusaha. Ilmu sains dan matematik merupakan ilmu yang diangkat martabatnya kerana dengan ilmu ini boleh menguatkan akidah dan pegangan umat Islam dalam meyakini kesucian Islam. Contohnya di dalam firman Allah: ً۬ َان َ فَإِذَا ٱن ِ َّشق َّ ت ٱل ِ س َمآء فَكَان َۡت َو ۡردَة ً َكٱ ِلده 7 Surah Al-Annbiya’ : ayat 21 Yang bermaksud: Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti [kilapan] minyak8 Ayat ini telah mengejutkan ahli sains satu ketika dahulu setelah mereka berjaya menemui Cat’s Eyes Nebula9 pada tahun 1786 oleh William Herschel. Al-Quran telah menyatakan tentang hal ini, sebelum ia dikaji oleh manusia. Jelas di sini bahawa, alQuran merupakan panduan umat Islama yang paling jelas dalam apa jua ilmu yang dipelajari. 3. Ilmu Alam Pada Zaman Abbasiyah Ketika zaman pemerintahan Abbasiyyah, terdapat pelbagai jenis ilmu yang telah diperkembangkan dan dicatat oleh para cendikiawan Islam. Para tokoh ilmu ini menulis pelbagai jenis buku dan ilmu serta mereka juga telah menghasilkan dan memperkenalkan kajian dan kaedah baru ketika itu. Hal in bermula daripada pemerintahan Abbasiyyah di Cordon, Sepanyol hingga ke Multan di Pakistan yang mengalami pembangunan dalam pelbagai bidang, terutamnaya bidang ilmu pengetahuan, teknologi dan seni. Pada ketika iktu, empayar Islam merupakan empayar yang paling maju dan makmur berbanding dengan negara Barat yang pada ketika itu sedang mengalami Zaman Gelap. Gerakan pembangunan ilmu ini telah dirintiskan oleh Khalifah Ja’farAl-Masyur setelah beliau menjadikan Baghdad sebagai ibu kota negara. Setelah itu, kota Baghdad telah menjadi pusat intektual dan tempat penyebaran ilmu. Hal ini telah membuatkan ramai ulama’ dari pelbagai daerah untuk datag dan tinggal di Baghdad10. 8 Surah Ar-Rahman: ayat 37 Nebula Mata Kucing atau NGC 6543, adalah nebula planet yang agak terang di buruj di utara Draco, ditemui oleh William Herschel pada 15 Februari 1786. Ia adalah nebula planet pertama yang spektrumnya diselidiki oleh ahli astronomi amatur William Huggins. 10 Antara ulama’ fiqh yang termasyhur ketika itu ialah Ulama Empat Mazhab iaitu Imam Hambali, Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Syafie’ 9 Selain itu, kerajaan Abbasiyyah juga menaik taraf beberapa wilayah lain menjadi pusat intelektual seperti Andalusia dan Kota Sicily di Itali. Sehubungan dengan itu, hal ini telah menghasilkan pembukuan ilmu agama seperti ilmu fiqh, tafsir, tauhid dan hadith serta buku ilmu-ilmu alam seperti ilmu matematik dan sains Faktor Perkembangan Ilmu Alam Semasa Kerajaan Abbasiyyah Zaman pemerintahan Abbasiyyah merupakan antara zaman pemerintahan empayar Islam yang paling kaya dalam penghasilan ilmu11. Hal ini demikian berlaku atas beberapa faktor besar. Antaranya adalah kerana pemerintah yang mengutamakan ilmu. Ketika empayar Abbasiyyah sedang berkembang dan berkuasa, terdapat beberapa sultan yang sangat mementingkan ilmu di dalam pemerintahannya. Antaranya ialah Sultan Harun al-Rasyid dan juga anaknya, Sultan Al Ma’mun. Kedua-dua insan ini sangat menitikberatkan perkembangan ilmu dan falsafah. Atas kerana tahap rasa cinta akan ilmu yang terlalu tinggi, Sultan Harun al-Rasyid telah melakukan pelbagai usaha yang banyak untuk meperkembang ilmu falsafah dalam Islam. Beliau telah mendirikan banyak sekolah agama dan universiti kepada rakyatnya agar rakyat Abbasiyyah boleh menuntut ilmu tidak kira usia dan jenis ilmu yang dipelajari. Selain itu, Sultan Al Ma’mun juga menggalakkan para cendikiawan ketika itu menterjemah kitab-kitab Yunani, Rom dan Parsi12 yang pada ketika itu. Pada katika itu, hasil kajian ilmu daripada Eropah banyak ditinggalkan kerana Eropah sedang mengalami Zaman Gelap. Sultan Al Ma’mun telah mengupah ramai cendikiawan Kristien untuk menterjemah kitab berbahasa Rom ini kepada Bahasa Arab. Di samping kerancakkan penerjemahan buku-buku Yunani dan 11 12 Dr Badri Yatim,M. A. (2001) Sejarah Peradaban Islam, Jakarta: PT RajaGrafindo Persada h: 52 Ibid., h: 53 Parsi itu ke dalam Bahasa Arab, Al Ma;mun juga telah mendirikan Baitul Hikamah iaitu sebuah perpustakaan yang sangat penuh dengan ilmu pengetahuan. Baitul Hikmah bukanlah seperti perpusatakaan yang kita lihat pada hari ini, iaitu tempat yang dipenuhi buku yang boleh dibaca. Akan tetapi, tempat ini ialah pusat kepada penerjemahan kitab-kitab Yunani dan Parsi. Selain itu, ia juga menjadi tempat perguruan yang hebat kepada para tokoh ilmuan ketika itu. Al Ma’mun juga telah mengisytiharkan Baghdad sebagai pusat kebudayaan dan ilmu pengetahuan. ketika itu. Justeru itu, ilmu sains dan matematik ketika zaman Abbasiyyah berkembang dengan pesat atas faktor galakkan sultan dalam pelbagai aspek seperti pembinaan sekolah, pembinaan balai cerap, peruntukkan dan lain-lain lagi. Selain itu, kemunduran Barat ketika itu juga menjadi salah satu sebab perkembangan ilmu sains dan matematik ini berkembang di tangan cendikiawan Islam yang sangatsangat menghargai ilmu berbanding ilmuan Barat. Kesan Ilmu Alam Kepada Kerajaan Abbasiyyah Perkembangan Ilmu sains dan matematik ini banyak memberi kesan kepada kemajuan empayar Abbasiyyah dan rakyatnya. Antara hasil kajian ilmu matematik ketika zaman Abbasiyyah adalah ketika perancangan pembinaan kota Baghdad oleh Sultan Jaafar al- Mansur pada tahun 762M. Beliau meminta para ilmuan yang pofesional untuk meneliti pelan induk kota Baghdad termauklah ahli matematik. Pada ketika Umar al-Furkhan merupakan ahli matematik dan arkitek yang paling masyhur dan beliau dapat menguasai teor-teori matematik Yunani dan Parsi.13 13 Mustafa Hj Daud (1991) Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. h:260 Selain itu, dunia sering mendengar nama-nama tokoh ulama’ sains seperti AlKhawarizme, Al-Battani dan Omar Khayyam. Mereka merupakan ulama’ sains yang lahir dalam kalangan rakyat Abbasiyyah. Al Khawarizme telah menyumbang dalam perkembangan ilmu matematik Islam dengan memperkenalkan asal usul angka serta menghasilkan teori matematik baru iaitu Algebra yang masih lagi digunakan oleh masyarakat hari ini. Legasi Al Khawarizme ini telah disambung oleh Omar Khayyam iaitu beliau banyak menumpukan pehatian kepada kubik (persamaan) yang kini menjadi asas kepada perkembangan ilmu ukur. Selain itu, Al Battani pula merupakan ahli matematik Islam yang mahir dalam ilmu trigonometri. Beliau telah Berjaya mengahasilkan teorem tangen, contagent dan lain-lain14. Di samping itu, ilmu sains turut berkembang dengan pesat. Pada ketika itu ilmu sains telah dipecah kepada beberapa bahgaian seperti ilmu perubatan, biologi, fizik dan kimia. Kajian dan menemuan baru ilmu sains telah menjadikan Islama sebagai kiblat kepada semua jenis ilmu oleh seluruh tokoh ulama dunia satu ketika dahulu. Buktinya, setelah Sultan Harun al-Rasyid membina hospital dan farmasi di kota Baghdad terdapat 800 orang dokter yang berkhidmat di situ. Selain itu, kerajaan Abbasiyyah juga telah mengadakan persidangan perubatan Antara dokter-dokter di seluruh dunia setiap kali musim haji ketika itu.Sehubungan dengan itu, kajian sains perubatan telah dilakukan oleh para dokter ini sehingga mereka berjaya menghasilkan kaedah baru dalam perubatan. Contohnya tokoh perubatan Islam yang lahir ketika itu ialah Hunain Bin Ishak, Isa Bin Yahya, Qusta Bin Luqa AlBalabakki, Thabit Bin Qurrah. 14 Ibid., h: 260-261 Hunain bin Ishak merupakan ahli perubatan dan falsafah yang paling banyak menterjemahkan kitab dan karya perubatan Yunani sebanyak 39 buah kitab. Belia merupakan dokter pakar mata dan telah memperkenalkan ilmu apyhamology ataupun ilmu mata15. 4. Ilmu Alam Pada Hari Ini Pada hari ni, ilmu alam merupakan ilmu yang sangat penting kepada dunia. Hal ini kerana, penggunaan teknologi moden semangkin meluas dalam kalangan masyarakat kini. Sehubungan dengan itu, ilmu sains dan matematik telah berkembang menjadi satu teknologi baru yang memudahkan manusia kini seperti peranti digital, gajet dan lain-lain. Selain itu, dengan perkembangan sains dan matematik telah membuatkan kajian para ahli sains dan matematik menjadi lebih meluas hingga ke alam semesta. Selain daripada itu, buku-buku yang telah diterbitkan dan ditulis oleh para ulama’ sains dan matematik masih lagi digunakan oleh para ahli ilmuan ketika hari ini. Walau bagaimapun, ketika hari ini kajian ilmu telah dipelopori oleh ahli ilmuan Barat yang mengakibatkan umat Islam jauh ketinggalan. Contonhya, penerokaan alam semesta yang kini berada dalam kajian saintis Barat. Mereka mengkaji alam semesta ini tanpa merujuk ataupun berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Hal ini boleh mengkibatkan mereka mengubah fakta mengikut kepuasan dan keinganan mereka. Justeru itu, fakta yang telah dikongsikan oleh mereka boleh merosakkan akidah umat Islam dalam mempercayai sifat Al-Khaliq Allah S.W.T. 15 Ibid., h: 266 Kesimpulan Islam mengajak umatnya untuk mempelajari ilmu sejak turunnya Nabi Adam di muka bumi ini lagi. Kita diperintahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini agar sentiasa berfikir dan cuba mengetahui pelbagai ilmu yang Allah telah kurniaakan. Allah telah berfirman di dalam surah Luqman: ٌ َّللاَ َع ِز ْ َش َج َرة أ َ ْق َال ٌم َو ْالبَحْ ر يَمدُّه ِم ْن بَ ْع ِد ِه َس ْب َعة أَبْحر َما نَ ِفد َّ َّللاِ ۗ ِإ َّن َّ ت َك ِل َمات يز َي ِكي ٌم َ ض ِم ْن ِ َولَ ْو أَنَّ َما فِي ْاْل َ ْر Yang bermaksud: Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana16 Ketika zaman empayar Abbasiyyah, Islam merupakan agama dan kerajaan yang agung dalam hal ehwal ilmu dan pemerintahan. Umat Islam ketika itu Berjaya memelihara ilmu-ilmu yang telah dibiarkan oleh cediakawan Eropah ketika Zaman Gelap, malah para ilmuan Islam telah menambah dan memperbaiki ilmu-ilmu tersebut. Walau bagaimanapun, zaman itu berakhir setelah jatuhnya empayar tersebut. Sehubungan dengan itu, umat Islam sudah lagi tidak melopori ilmu-ilmu yang dulunya milik kita17. Umat Islam mulai rebah kerana tidak beristiqamah dalam mempelajari ilmu. Maka, ilmu-ilmu itu telah bertukar hak milik kepada orang Barat Eropah yakni orang kafir. Jadi dapat dirumuskan di sini, sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa mempelajari ilmu dan menguasai segala jenis ilmu di dunia ini berlandaskan al-Quran dan asSunnah. Bukan sahaja ilmu sains dan matematik, bahkan ilmu keagaaman seperti fiqh, 16 Surah Luqman, ayat: 27 Dr Badri Yatim,M. A. (2001) Sejarah Peradaban Islam, Jakarta: PT RajaGrafindo Persada h: 59 17 tafsir, hadith dan lain-lain. Hal ini demikian kerana, ilmu merupakan kurniaan Allah yang tak ternilai kepada hamba-Nya yang beriman. Maka, kita mestilah bersama-sama memperkuatkan banteng umat Islam dengan memenuhkan ilmu di dada kita agar Islam tidak akan tumbang suatu hari nanti. Rujukan Abu Hamid Muhammad al-Ghazali, Ihya “Ulumidin, (Terjemahan), Semarang; Menara Kudus, 1980 Dr Badri Yatim M.A.,Sejarah Peradaban Islam, Jakarta, Indonesia: PT RajaGrafindo Persada,2000 Jamal Fakhri, Sains Dan Teknologi Dalam Al-Qur’an Dan Implikasinya Dalam Pembelajaran,Lampung: Fakultas Tarbiyah IAIN Raden Intan Lampung , 2010 Mustafa Hj. Daud, Tamadun Islam, Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications & Distrubutors And. Bhd.,1991 Profesor Dr Shahir bin Mohd Zin (1987), Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sians, Bangi: Akedemik Sians Islam Malaysia 1987 Profesor Dr. Hassan Langgulung, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1968 Serli Mahroes, Kebangkitan Pendidikan Bani Abbasiyah Perspektif Sejarah Pendidikan Islam Bandung: UIN Sunan Gunung Djati Bandung, 2015 Wan Abdullah Wan Mahmood, Sejarah Tamadun Islam, Shah Alam, Malaysia: BIROTEKS Institut Teknologi Mara,1991