Uploaded by common.user10912

PENDIDIKAN

advertisement
Peranan Pendidikan Kepada Negara
Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan boleh dianggap
sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran serta penduduknya. Merujuk
kepada Malaysia, proses awal pembinaan negara bangsa lebih tertumpu kepada keperluan
politik. Usaha-usaha secara intensif bagi mencapai matlamat mula dilaksanakan selepas
peristiwa 13 Mei 1969 khususnya menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat
yang lebih jelas pula hanya muncul ekoran pengenalan Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamed pada tahun 1991. Wawasan yang menekankan terhadap keperluan wujudnya
bangsa Malaysia yang mantap mula diberikan perhatian yang lebih serius oleh pelbagai pihak.
Pembinaan negara bangsa Malaysia berdasarkan acuan sendiri harus dilaksanakan melalui
pelbagai saluran. Salah satu dari saluran terpenting ialah pendidikan memandangkan bidang
ini berperanan sebagai agenda utama untuk membentuk perpaduan masyarakat dan seterusnya
mencorakkan pembentukan negara bangsa. Sehubungan itu, pendidikan sejarah memainkan
peranan penting sebagai mekanisme bagi mencapai matlamat tersebut. Memang tidak dapat
dinafikan, sejarah ibarat guru kepada seluruh manusia untuk memahami, mempelajari dan
mengambil iktibar dari kejadian masa lampau. Tanpa sejarah, manusia akan hilang pedoman
ibarat kapal tanpa nakhoda di tengah-tengah lautan luas. Sejarah juga membolehkan kita
bersifat yakin pada diri sendiri serta berbangga terhadap bangsa dan negara. Ahli – ahli
sejarah mengangkat kepentingan sejarah sebagai hakikat kepada kesinambungan sesebuah
masyarakat dan ia diperlukan sebagai panduan bagi memastikan perjalanan masa depan
menjadi lebih terarah. Ringkasnya, sejarah berperanan menjadikan seseorang itu berfikir
secara sedar tanpa melibatkan unsur-unsur yang melampau dari batas sebenarnya. Pendidikan
pula akan dilihat sebagai alat bagi mencapai tujuan tersebut khususnya melalui tinjauan
terhadap perkembangan Dasar Pendidikan Negara.
Seterusnya ialah peranan pendidikan dalam membangunkan ekonomi negara. Menurut
William Schweke di dalam buku nya yang berjudul Smart Money: Education and Economic
Development (2004), menyatakan bahawa, pendidikan bukan sahaja akan melahirkan sumber
daya manusia yang berkualiti, memiliki pengetahuan dan keterampilan, serta menguasai
teknologi, tetapi pendidikan juga dapat menumbuhkan iklim peniagaan yang sihat dan
kondusif bagi pertumbuhan ekonomi di dalam negara.
Kerana itu bidang pendidikan bukan sahaja memberi faedah kepada seseorang
individu, tetapi juga memberikan faedah kepada komuniti peniaga dan masyarakat umum.
Pencapaian pendidikan pada semua tahap akan meningkatkan pendapatan dan produktiviti
masyarakat. Pendidikan merupakan jalan menuju kemajuan dan pencapaian kesejahteraan
sosial serta meningkatkan ekonomi negara, sedangkan kegagalan dalam pendidikan akan
melahirkan pelbagai masalah dalam negara contohnya seperti masalah pengangguran,
peningkatan kes jenayah dan penyalahguaan dadah yang akan menjadi beban kepada kerajaan
dan menjadi gangguan kepada masyarakat. Negara Korea merupakan contoh terbaik dalam
membuktikan peranan pendidikan terhadap pembangunan dan peningkatan ekonomi negara.
Pada asalnya Korea merupakan negara yang kurang maju di dalam pertumbuhan ekonomi.
Namun, melalui pendidikan,mereka dapat meningkatkan ekonomi negara mereka ke persada
dunia.
Pendidikan juga berperanan dalam membangunkan sains dan teknologi negara.
Penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat perlu. Negara Malaysaia perlu melahirkan
tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya
tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan. Pendidikan sebagai satu institusi
sosial memainkan peranan yang penting dalam penyediaan tenaga kerja pakar, teknikal dan
profesional. Pendidikan juga dapat membentuk sikap, nilai serta set minda seperti bersedia
untuk menerima perubahan, inovasi serta penggunaan sains dan teknologi dalam bidang kerja
dan kehidupan seharian terutamanya di kalangan generasi muda. Dari segi pembentukan
sebuah negara, pendidikan menyediakan belia-belia untuk hidup sebagai warganegara yang
baik. Melalui pendidikan,sains dan teknologi dapat di sampaikan kepada golongan belia ini
dan melalui pendidikan juga sains dan teknologi di dalam negara juga akan dapat di
kembangkan selain ia dapat digunakan untuk kebaikan negara.
Pendidikan bukan sahaja berperanan dalam segi sains dan teknologi sahaja,
pendidikan juga berperanan dalam meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi dalam
kalangan masyarakat sekali gus dapat melupuskan atau menghilangkan kadar buta huruf
masyarakat. Hal ini merupakan peranan terpenting pendidikan kepada negara kerana
kebolehan membaca dan menulis merupakan asas yang utama dalam menjalani kehidupan di
zaman yang serba moden ini. Pada zaman kini, seseorng individu tidak akan mendapat tempat
sekiranya mereka tidak tahu membaca dan menulis. Melalui pendidikan, kemahiran membaca
dan menulis dapat dikembangkan. Setelah kemahiran ini dapat di kuasai, sebarang maklumat
atau segala ilmu pengetahuan akan dapat di peroleh dan di fahami dengan mudah. Dengan ini,
tidak dapat dinafikan bahawa peranan pendidikan berperanan meningkatkan kadar celik huruf
dalam kalangn masyarakat. Kadar celik huruf yang tinggi dalam kalangan masyarakat juga
melambangkan tahap kebijaksanaan sesebuah negara.
Selain itu pendidikan juga berperanan dalam mempengaruhi sosialisasi negara.
Permasalahan sosial yang sedang meruncing kini seharusnya mendapat perhatian daripada
semua pihak. Samada secara sedar atau tidak, peningkatan kes-kes yang dikategorikan sebagai
gejala sosial kini berada pada tahap yang agak membimbangkan. Ini dapat dibuktikan melalui
pendedahan dan laporan harian media massa mengenai peningkatan kes-kes berkenaan. Setiap
hari kita akan mendengar atau membaca berita serta liputan mengenai kes-kes gejala sosial.
Dalam hal ini pendidikan berperanan dalam mencorakkan perkembangan dan pembentukan
watak seseorang bagi melahirkan individu yang baik. Sekolah adalah institusi penting dalam
pembentukan nilai kerana para pelajar menghabiskan masa selama enam hingga lapan jam
sehari di situ. Para pelajar tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang mempelajari nilainilai baru setiap hari dalam aktiviti yang dilakukan bersama. Mereka belajar tentang
peraturan, menghormati, kasih sayang, etika dan kerjasama melalui silibus pendidikan yang
dibentuk secara berhati-hati, diajar oleh guru yang terlatih dan melalui proses komunikasi
setiap hari. Perkara pokok dalam pembentukan nilai ini ialah pendidikan nilai tidak boleh
dihalang oleh sesiapa sahaja walaupun ia cuba berbuat demikian. Sebaliknya nilai ini perlu
didedahkan dengan sebaik-baiknya.
Oleh itu sekolah merupakan institusi pendidikan formal yang menjadi agen
bertanggungjawab memindahkan nilai-nilai masyarakat kepada kanak-kanak dan generasi
muda. Kekuatan dan kehebatan sesuatu masyarakat dan negara banyak bergantung kepada
perubahan nilai yang berlaku. Mahu ataupun tidak, pendidikan adalah faktor utama bagi
membina dan menanam nilai-nilai positif yang akan mendorong kepada kemajuan sosial
negara. Pendidikan yang dilihat sebagai agen perubahan sosial wajar berkembang selari
dengan perubahan ekonomi, politik dan teknologi semasa supaya nilai-nilai yang sedia ada
boleh ikut selari dengan perubahan-perubahan tersebut.
Golongan muda harus didedahkan dengan nilai-nilai yang baik dan diterima oleh
masyarakat sejak kecil lagi. Walaupun keluarga adalah penentu masa depan anak-anak,
dengan peningkatan masalah sosial hari ini yang melibatkan remaja, timbul persoalan sama
ada keluarga mempunyai cukup kekuatan bagi membentuk adab dan akhlak yang mulia pada
anak-anak. Di sinilah peranan kerajaan yang harus bertanggungjawab mengatasi masalah
sosial ini melalui pendidikan formal, penguatkuasaan dan pemulihan.
1.
Pendidikan- Memberi impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan
Pendidikan berkualiti menggunakan pendekatan kemahiran hidup dalam pendidikan dan
memasukkan kemahiran lain dalam meorientasikan pendidikan untuk memperolehi
keseimbangan. Mempelajari pelbagai kemahiran akan menyediakan individu untuk lebih berjaya
dalam kehidupan di rumah, komuniti, serta di tempat kerja. Manusia sebaik-baiknya
menggunakan multi-kemahiran ketika melaksanakan aktiviti harian; berhubung dengan ahli
keluarga dan masyarakat; serta bertindak sebagai individu, ahli dalam sesuatu kumpulan dan
pekerja sesebuah organisasi. Dengan adanya pendekatan kemahiran hidup dalam pendidikan,
para pelajar lebih peka kepada perkembangan ilmu, mengguna dan mempraktikkan pelbagai
jenis kemahiran sesuai dengan tuntutan persekitaran tersebut. Memiliki dan mempraktikkan
kemahiran dengan betul sangat penting untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa.
Justeru itu, individu memerlukan kemahiran dalam setiap empat ruang pendidikan iaitu belajar
untuk mengetahui, belajar untuk melakukan, belajar untuk hidup bersama orang lain dan belajar
untuk mejadi seseorang. Selain itu, setiap individu juga memerlukan kemahiran kognitif,
tumpuan, pengurusan diri dan sosial. Kemahiran hidup membolehkan individu untuk
menghubungkan apa yang mereka ketahui dan lakukan sekarang dengan apa yang boleh
mereka ketahui dan lakukan di masa hadapan ( McLeod dan Shanahan, 1996).
Pendidikan – Keupayaan kawalan diri dan sokongan sosial
Perasaan tertekan merupakan gangguan terhadap emosi yang tidak menyenangkan. Tekanan
terbahagi kepada dua komponen utama iaitu tekanan emosi dan tekanan fizikal. Komponen
emosi meliputi perasaan seperti kesedihan, kegembiraan dan kebimbangan, manakala
komponen fizikal merangkumi pernyataan badan seperti perasaan letih, menggeletar dan
kesukaran untuk tidur (Morris dan Maisto, 2005). Menurut Mirosky dan Ross (1995), terdapat tiga
jenis tekanan emosi iaitu depressi, kebimbangan dan marah. Tekanan fizikal pula boleh dilihat
dalam kontaks ketidakpuasan dan kesakitan. Seseorang individu dikatakan akan mempunyai
kesejahteraan dan kualiti hidup yang baik jika mereka hanya melalui beberapa pengalaman
tekanan yang kecil atau rendah darjahnya (Morris dan Maisto, 2005)
1.
Tekanan ini boleh diuruskan dengan dua kaedah iaitu kawalan diri dan sokongan sosial. Para
pengkaji seperti Ross dan Willigen (1997), Bird dan Ross (1993) dan Mirosky dan Ross (1992)
mendapati bahawa individu yang memiliki tahap pendidikan yang baik mempunyai kadar kawalan
diri yang tinggi dalam beberapa situasi seperti pengurusan kerja, kepimpinan kerja,
pemperolehan wang, pengurusan rumah tangga dan beban kerja rumah berbanding dengan
individu yang kurang pendidikan. Individu berpendidikan tinggi diikuti dengan kadar kawalan diri
yang tinggi didapati mempunyai kadar tekanan psikologi yang rendah (Mirosky dan Ross, 1992).
Hal ini disebabkan kawalan diri yang tinggi membantu individu mengawal tingkah laku, emosi
serta minda secara positif dan fleksibel dalam menangani pelbagai masalah. Kawalan diri yang
tinggi juga membolehkan individu membuat persediaan diri untuk berhadapan dengan sesuatu
yang tidak dapat dijangkakan.
Sokongan sosial merupakan komitmen, sikap mengambil berat, pemberian nasihat, dan bantuan
yang diberi atau diterima sebagai sumbangan peribadi seseorang kepada individu yang
memerlukan (Uchino, Uno dan Holt-Lunstad, 1999). Menurut Walker, Wasserman dan Wellman
(1993), pendidikan yang baik amat penting dalam menjana sokongan sosial yang positif.
Pendidikan boleh memberi individu laluan kepada beberapa peranan dengan jaringan bebas
yang akan menyemarakkan pelbagai fungsi untuk hubungan yang lebih menyokong dan
menguntungkan. Pendidikan boleh membantu individu mengekalkan hubungan yang lebih
bermakna dengan orang lain dalam kebanyakan situasi seperti pengurusan masalah, kebolehan
berbincang serta sikap timbang rasa dan bekerjasama.
Pendidikan – Menjamin kestabilan individu dalam fungsi sosial.
Kesihatan dan kualiti hidup yang baik membolehkan individu kefungsian sosial harian mereka
(Lawton, 1994) seperti berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga, memasak, bekerja dan
bersukan. Menurut Breeze, Jonesm Wilkinson, Latif, Bulpit dan Fletcher (2004), individu yang
1.
mempunyai taraf pendidikan yang tinggi melaporkan kesihatan-kulaiti hidup yang baik.
Pendidikan yang baik memberi laluan ke arah status pekerjaan dan bayaran gaji yang baik,
memberi sumbangan dan kesan positif kepada sosio ekonomi, serta menjana perkembangan
psikologi. Individu yang bersikap terbuka berupaya untuk mengekalkan kefungsian fizikal yang
mantap kerana cenderung untuk mencuba pelbagai aktiviti dan tanggungjawab hidup dan peka
terhadap informasi kesihatan.
Pendidikan – Mengurus kehidupan dalam perkahwinan dengan lebih baik
Perkahwinan memberi laluan kepada kestabilan hubungan sosial terutamanya perkahwinan.
Pendidikan yang baik juga boleh mengurangkan kadar penceraian kerana pasangan berkahwin
dan melaksanakan kehidupan bersama di bawah arus yang sesuai dengan kondisi ekonomi
pasangannya (Ross dan Willigen, 1997). Pendidikan juga dapat mengurangkan gejala “duda” dan
“janda” kerana lelaki dan wanita cenderung untuk memilih pasangan yang mempunyai tahap
pendidikan yang sama (Kalmijn, 1991; Qian dan Preston, 1993). Di samping itu, menurut Rogot,
Sorlie dan Johnson (1992), individu yang memperolehi tahap pencapaian pendidikan yang baik
mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding individu yang rendah tahap
pendidikannya. Waite (1995) pula melaporkan bahawa orang yang berkahwin adalah lebih sihat
dan gembira berbanding dengan mereka yang bujang, bercerai atau menduda/menjanda.
Beberapa kajian mendapati bahawa orang yang berkahwin juga mempunyai tahap kesejahteraan
fizikal dan psikologi yang baik berbanding dengan individu yang tidak berkahwin (Ross, Mirosky
dan Goldsteen, 1990; Ross, 1995). Di samping itu, pasangan yang baik tahap pendidikannya
akan menikmati kebaikan dan keuntungan daripada perkahwinan tersebut tanpa banyak tekanan
yang melampau yang dikaitkan dengan anak. Umumnya, wanita yang baik taraf pendidikannya
cenderung untuk mempunyai bilangan anak yang kecil, menangguhkan kelahiran, atau
menjarakkan kelahiran berbanding wanita yang kurang berpendidikan (Bloom dan Trissel, 1984;
Blossfeld, 1995). Menurut kajian Kalimjn (1991) dan Qian dan Preston (1993) pula, lelaki yan baik
taraf pendidikan juga cenderung untuk mempunyai bilangan anak yan kecil kerana
kecenderungan mereka memilih pasangan yang setara tahap pendidikan dan pemikirannya.
1.
Pendidikan – Membuat keputusan yang bijak dan wajar
Ketegasan diri merupakan satu dimensi utama dalam kualiti hidup kerana ia memungkinkan
seseorang individu untuk mengawal hidupnya (Schalock, 1996). Menurut Weh meyer (1996),
ketegasan diri adalah agen asas dalam kehidupan seseorang. Dengan adanya ketegasan diri,
individu berupaya membuat pilihan dan keputusan terhadap tindakannya, dan membebaskan diri
daripada pengaruh atau gangguan luaran yang tidak berfaedah. Kebolehan dan kemantapan
ketegasan diri berupaya meningkatkan kualiti hidup dan pencapaian pendidikan yang baik.
1.
Download