Uploaded by Iera Syahira

SITI AMINAH MOHD SAM

advertisement
i
KAJIAN AMALAN BUDAYA ORANG ASLI SUKU KAUM JAKUN
DI KAMPUNG PETA
SITI AMINAH BINTI MOHD SAM
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Teknologi
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JULAI 2015
vii
ABSTRAK
Orang Asli suku kaum Jakun kaya dengan pelbagai budaya yang unik dan tersendiri.
Arus globalisasi kini, telah memberi kesan kepada pengamalan kebudayaan warisan
mereka dalam kehidupan seharian. Hal ini disebabkan kurangnya penglibatan
daripada generasi muda hari ini. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu
mengenalpasti jenis budaya material dan bukan material yang terdapat di Kampung
Peta, mengkaji kecenderungan generasi muda kepada pengamalan budaya warisan
suku kaum mereka dan menganalisis langkah untuk mengekalkan amalan budaya
warisan Orang Asli Jakun di Kampung Peta. Metodologi yang digunakan adalah
berbentuk kualitatif dengan menyediakan dua set soalan temu bual mendalam kepada
kumpulan fokus atau focus group, pemerhatian peserta dan pemerhatian tidak turut
serta. Responden adalah terdiri daripada dua kumpulan iaitu penduduk Jakun di
Kampung Peta yang mempunyai kemahiran dalam aspek amalan budaya dan
generasi muda iaitu remaja dan belia Jakun untuk mencapai objektif kajian pertama
dan kedua. Hasil kajian utama terdapat amalan budaya yang masih dilakukan dan
dijalankan di Kampung Peta iaitu amalan budaya material yang terdiri daripada suku
kaum Jakun, gelaran, dialek, peralatan, kraf tangan, makanan, nyanyian, tarian dan
tempat tinggal. Bagi amalan budaya bukan material ialah agama dan kepercayaan
serta perubatan tradisional manakala kecenderungan generasi muda kepada
pengamalan budaya warisan kerana mereka tidak menunjukkan minat dan komitmen
untuk mewarisi amalan budaya tersebut. Justeru, langkah pengekalan bagi
mengekalkan kebudayaan suku kaum mereka iaitu dengan cara pengkomersialan
produk budaya, memperkasa dan meningkatkan kebolehan Orang Asli, memberikan
pendedahan yang khusus, memberi galakan dan insentif dan mewujudkan Rumah
Budaya. Cadangan ini bukan sahaja boleh mengekalkan amalan budaya tetapi
sebagai medium kesinambungan warisan untuk pengetahuan dan tatapan generasi
akan datang.
viii
ABSTRACT
Jakun is Orang Asli’s tribe that is rich with a variety of unique and distinctive
culture. Globalisation has influenced the practice of cultural heritage in everyday life.
This was due to the lack of involvement of the younger generation today. There are
three objectives for this research, namely i) identify the types of material and nonmaterial culture in Kampung Peta, ii) review younger generation tendency to practice
their tribal cultural heritage and iii) analyze measures to preserve the cultural
heritage of that Jakun community in the Kampung Peta. The methodology used is
qualitative by providing two sets of in-depth interviews with a focus group,
observation and observations. The respondents are comprised of two groups of the
Jakun community in the Kampung Peta who have skills in terms of cultural practices
and the younger generation to achieve the objectives. The main findings are that the
cultural practice is still ongoing and conducted in Kampung Peta, the practice of
material culture consisting of ethnic Jakun, nickname, dialect, equipment, handicraft,
food, singing, dancing and shelter. For non-material cultural practices and beliefs are
religious and traditional medicine while the tendency of the younger generation to
practice cultural heritage because they do not show interest and commitment to the
inherited cultural practices. Hence, the preservation in order to maintain their tribal
way of commercialization of cultural products, strengthen and improve the abilities
of indigenous peoples, giving special exposure, encouragement and incentives and
create the House of Culture. This retention efforts is not only can maintain the
continuity of culture but as a medium for knowledge and heritage of future
generations.
ix
KANDUNGAN
BAB 1
TAJUK
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xv
SENARAI RAJAH
xvi
SENARAI GAMBAR
xvii
SENARAI SINGKATAN
xxi
SENARAI LAMPIRAN
xxii
PENDAHULUAN
1
1.1
Pengenalan
1
1.2
Latar belakang Kajian
3
1.3
Pernyataan Masalah
6
1.4
Persoalan Kajian
8
1.5
Objektif Kajian
8
x
BAB 2
1.6
Skop Kajian
9
1.7
Kepentingan Kajian
10
1.8
Organisasi Kajian
10
1.9
Kesimpulan
12
KAJIAN LITERATUR
13
2.1
Pengenalan
13
2.2
Definisi dan Konsep
13
2.2.1 Orang Asli
13
2.2.2 Amalan
17
2.2.3 Budaya
18
2.2.4 Budaya Material
18
2.2.5 Budaya bukan Material
19
2.2.6 Mengekalkan Amalan Budaya
20
Masyarakat Orang Asli di Malaysia
20
2.3.1 Orang Asli Suku Kaum Jakun
21
Budaya Orang Asli di Malaysia
22
2.4.1 Kehidupan Persekitaran di Hutan
22
2.4.2 Warisan Nenek Moyang
23
2.4.3 Kebudayaan dan Warisan
24
Pendekatan Teori
24
2.5.1 Teori Perubahan Sosial
25
2.5.2 Teori Tingkah Laku Manusia
27
2.7
Kerangka Teoritikal kajian
28
2.8
Isu-su Semasa yang berkaitan dengan Amalan
30
2.3
2.4
2.5
xi
Budaya Kurang Diamalkan dalam Kehidupan
Seharian Dalam dan Luar Negara
2.9
Permasalahan Kepada Pengamalan Budaya Warisan
2.9.1 Kurang Memahami Pengertian
31
32
Amalan Budaya
2.9.2 Tidak Minat dan Komitmen
32
2.9.3 Kurang Pendedahan yang Khusus
33
2.9.4 Kurang Kesedaran tentang Pengekalan
33
2.9.5 Pengaruh Globalisasi dan Teknologi
34
2.9.6 Tawaran Upah yang Lumayan
35
2.10
35
Usaha yang Boleh Dilakukan oleh Struktur Pentadbiran
Daripada Pihak Kerajaan
2.10.1 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia
36
2.10.2 Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah (KKLW)
2.11
37
2.10.3 Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
38
2.10.4 Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ)
39
Cadangan bagi Pengekalan Amalan budaya
Orang Asli Jakun di Kampung Peta
40
2.11.1 Pengkomersialan Produk Budaya
40
2.11.2 Pemerkasaan dan Peningkatan Kebolehan
Orang Asli
41
2.11.3 Mendapat Pendedahan yang Khusus
41
2.11.4 Galakan dan Insentif
44
xii
2.11.5 Mewujudkan Rumah Budaya
44
Kesimpulan
45
METODOLOGI KAJIAN
46
3.1
Pengenalan
46
3.2
Carta Alir Kajian
46
3.3
Kaedah Kajian
48
3.3.1 Kajian Perpustakaan
48
3.3.2 Kaedah Temu bual
49
3.3.3 Kaedah Pemerhatian
50
3.4
Teknik Kumpulan Fokus
51
3.45
Instrumen Kajian
52
3.5.1 Alat Bantu
53
3.5.2 Rakaman Audio-Visual
53
Populasi Kajian
53
3.6.1 Responden Kajian
54
Kaedah Analisis
54
3.7.1 Analisis Deskriptif
55
3.8
Kawasan Kajian
55
3.9
Kesimpulan
57
2.12
BAB 3
3.6
3.7
BAB 4
BUDAYA MATERIAL DAN BUKAN MATERIAL
59
KOMUNITI JAKUN DI KAMPUNG PETA
4.1
Pengenalan
59
4.2
Latar belakang Responden
59
4.3
Analisis Dapatan Kajian
60
xiii
4.4
Amalan Budaya Material Orang Asli Jakun di
Kampung Peta
61
4.4.1 Suku Kaum Jakun
62
4.4.2 Gelaran
64
4.4.3 Dialek
65
4.4.4 Peralatan
67
4.4.4.1 Bubu
67
4.4.4.2 Jerat
69
(a)
Jerat Gau
70
(b)
Jerat Kumbang Berayun
71
(c)
Jerat Kaki
72
(d)
Jerat Leher
73
(e)
Perangkap Berumpan
73
(f)
Jerat Penjara
74
(g)
Jerat Pelantik
75
(h)
Jerat Burung Kecil
76
(i)
Jerat Cenangong
77
4.4.5 Kraf Tangan
77
4.4.5.1 Anyaman Kelarai
78
4.4.5.2 Kercang
79
4.4.5.3 Pakaian Kulit Kayu
83
4.4.5.4 Tikar Daun Pandan
85
4.4.6 Senjata
4.4.6.1 Sumpit
4.4.7 Makanan
89
89
92
xiv
4.4.7.1 Makanan Upacara Pemujaan
92
4.4.7.2 Makanan Hari Perayaan
95
(a)
Lemang
96
(b)
Pulut dalam Periuk Kera
98
(c)
Kuih-muih
101
4.4.7.3 Amalan Memakan Sireh
4.4.8 Nyanyian
104
4.4.9 Pakaian
109
4.4.10 Tarian
111
4.4.10.1 Tarian ‘Abang Pelanduk’
111
4.4.10.2 Tarian Sewang
113
4.4.10.3 Joget Lambak
114
4.4.11 Tempat tinggal
4.5
115
Amalan Budaya Bukan Material Orang Asli Jakun
di Kampung Peta
117
4.5.1 Agama dan Kepercayaan
118
4.5.2 Adat Kematian
120
4.5.3 Kepercayaan kepada ‘Bisan’
122
4.5.4 Kepercayaan kepada Perkara Lain
123
4.5.5 Upacara ‘Bela Kampung’
124
4.5.6 Hari Keramat
126
4.5.7 Adat Perkahwinan
129
4.5.3 Perubatan tradisional
4.6
102
133
Pengamalan budaya material dan
bukan material oleh Orang Asli Jakun
137
xv
4.6.1 Kewujudan Amalan Budaya
Material dan Bukan Material
4.7
BAB 5
BAB 6
137
4.6.2 Perubahan Pengamalan Budaya Pada Masa Kini
139
Kesimpulan
143
KECENDERUNGAN GENERASI MUDA KEPADA
PENGAMALAN BUDAYA
145
5.1
Pengenalan
145
5.2
Latar belakang Responden
145
5.3
Analisis Dapatan Kajian
146
5.4
Pemahaman kepada Pengertian Amalan Budaya
yang Rendah
147
5.5
Tidak Minat dan Komitmen
150
5.6
Kurang Pendedahan yang Khusus
153
5.7
Tahap Kesedaran yang Rendah tentang Pengekalan
155
5.8
Pengaruh Globalisasi dan Teknologi
157
5.9
Tawaran Upah yang Lumayan
158
5.10
Kesimpulan
160
LANGKAH PENGEKALAN AMALAN BUDAYA
ORANG ASLI JAKUN DI KAMPUNG PETA
161
6.1
Pengenalan
161
6.2
Analisis Dapatan Kajian
161
6.3
Mengkomersialkan Produk Budaya
162
6.4
Pemerkasaan dan Peningkatan Kebolehan Orang Asli
169
6.5
Memberikan Pendedahan yang Khusus
175
xvi
BAB 7
6.6
Memberikan Galakan dan Insentif
178
6.7
Mewujudkan Rumah Budaya
180
6.8
Kesimpulan
181
PENUTUP
182
7.1
Pengenalan
182
7.2
Amalan Budaya Orang Asli Jakun di Kampung Peta
182
7.3
Permasalahan Amalan Budaya oleh Generasi Muda Jakun 183
7.4
Langkah Pengekalan Amalan Budaya dapat Dikekalkan
184
7.5
Cadangan Kajian Lanjutan
185
7.6
Signifikan Kajian
185
7.7
Kesimpulan
186
RUJUKAN
187
LAMPIRAN A
198
LAMPIRAN B
203
LAMPIRAN C
207
VITA
209
xv
SENARAI JADUAL
2.1
Kelompok suku kaum Orang Asli di
Semenanjung Malaysia
2.2
Jumlah penduduk Orang Asli di
Negeri-Negeri 2003 dan 2010
4.1
14
16
Senarai responden iaitu individu yang
berkemahiran dan mengamalkan budaya
material dan bukan material
60
4.2
Gelaran yang diamalkan oleh Orang Asli Jakun
65
4.3
Antara persamaan ayat Bahasa Melayu
dan Dialek Jakun
5.1
66
Senarai responden generasi muda Jakun
di Kampung Peta
146
xvi
SENARAI RAJAH
2.1
Kerangka teoritikal kajian
29
3.1
Carta alir kajian
47
xvii
SENARAI GAMBAR
2.1
Taburan Komuniti Orang Asli
di Semenanjung Malaysia, 2010
17
3.1
Kedudukan Kampung Peta
56
4.1
Wajah wanita Orang Asli Jakun
di Kampung Peta
4.2
Wajah golongan berusia Orang Asli
Jakun di Kampung Peta
4.3
62
63
Wajah bayi yang berketurunan Jakun
dan Cina hasil perkahwinan campur
antara Belia Jakun Kampung Peta yang
berkahwin dengan gadis berbangsa Cina
64
4.4
Bubu sebagai alat untuk menangkap ikan
67
4.5
Bubu yang dihasilkan oleh Orang Asli Jakun
69
4.6
R3 menunjukkan tali yang
berfungsi untuk menjerut kepala monyet
yang terkena jerat
4.7
71
R3 menunjukkan jerat
Kumbang Berayun
72
4.8
R3 menunjukkan jerat Kaki
72
4.9
R3 menunjukkan jerat Leher
73
4.10
R3 menunjukkan jerat Perangkap
Berumpan
74
4.11
R3 menunjukkan jerat Penjara
74
4.1
R3 menunjukkan jerat Pelantik
76
4.13
R3 menunjukkan jerat Burung
Kecil
76
4.14
R3 menunjukkan jerat Cenangong
77
4.15
Anyaman kelarai sebagai dinding rumah
78
xviii
4.16
Anyaman kelarai sebagai dinding
78
rumah tradisional
4.17
R3 menunjukkan cara membuat
permainan kercang yang diperbuat
daripada rotan
79
4.18
Kercang Tiga Langkah
81
4.19
R3 di gerai miliknya iaitu Pusat Kraf Tangan
Orang Asli Jakun di Kampung Peta
4.20
Baju yang diperbuat daripada
kulit kayu pokok terap
4.21
86
Jangka sebagai alat untuk membuang
duri daun pandan
4.24
84
Tikar yang dihasilkan oleh R8
daripada daun pandan hutan
4.23
84
Kraf tangan yang diperbuat daripada
kulit kayu pokok terap
4.22
82
87
Antara kraf tangan yang dihasilkan
oleh R8
88
4.25
Sumpit
89
4.26
Damak/Peluru sumpit
90
4.27
Tabung Damak
90
4.28
Ruang untuk mengisi damak
atau peluru sumpit
4.29
R5 menjalankan demonstrasi
Sumpit
4.30
91
92
Makanan yang dihidangkan untuk
‘dijamu’oleh penunggu semasa
upacara‘Bela Kampung’ dijalankan
4.31
93
Penduduk Jakun sedang membuang
bulu ayam kampung yang telah
disembelih bersama-sama
4.32
94
Penduduk Jakun sedang membakar
ayam kampung
95
xix
4.33
Ayam dimasak lemak
4.34
Wanita Jakun sedang mengisi beras
95
pulut ke dalam daun pisang yang telah
diletakkan ke dalam buluh manakala
lelaki dewasa Jakun sedang mengumpul
daun pisang untuk diisi ke dalam buluh
97
4.35
Lemang yang dibakar sehingga masak
97
4.36
Lemang yang sudah siap masak dan
dipotong untuk dimakan
4.37
98
Lelaki Jakun sedang menghiris pelepah
daun kelapa sawit untuk dijadikan
sebagai lidi penyucuk
4.38
99
Daun periuk kera dan lidi sebagai bahan
yang digunakan untuk membuat pulut
periuk kera
4.39
Kelongsong periuk kera diisi dengan
beras pulut
4.40
99
100
Nasi periuk kera yang sudah siap diisi
beras pulut akan dikukus sehingga masak
100
4.41
Pulut periuk kera yang sudah siap dikukus
101
4.42
Kuih muih tradisional iaitu kuih sagu
dan lepat ubi
4.43
R9 dan anaknya sedang
memakan sireh
4.44
102
103
Alat dan bahan yang digunakan untuk
memakan sireh
104
4.45
R7 sedang menggesek violin
108
4.46
R6 sedang menyanyikan lagu yang
bertajuk ‘Abang Pelanduk’ dan R5
sedang memukul alat muzik gendang
108
xx
4.47
Pakaian wanita dan lelaki Jakun di
Kampung Peta
109
4.48
Pakaian remaja Jakun di Kampung Peta
110
4.49
Pakaian yang dipakai oleh kanak-kanak
110
4.50
Pakaian wanita Jakun semasa majlis
perkahwinan
4.51
Wanita Jakun sedang menari tarian
tradisional Orang Asli Jakun
4.52
119
R18 telah memeluk agama Islam dan
memakai tudung
4.57
117
R10 telah memeluk agama Islam dan
memakai tudung
4.56
116
Rumah bantuan pihak kerajaan kepada
penduduk Kampung Peta
4.55
114
Rumah tradisional yang terdapat di
Kampung Peta
4.54
112
Tarian sewang yang ditarikan oleh
lelaki Jakun
4.53
111
119
Surau sebagai pusat aktiviti keagamaan
untuk penduduk Jakun yang beragama Islam
di Kampung Peta
4.58
120
Kain yang berwarna hijau, kuning dan putih
yang digunakan ketika terdapat kematian
di kampung
4.59
‘Bisan’ yang terdapat di Kampung Peta
4.60
R13 iaitu Pawang yang berketurunan
122
123
Orang Asli Jakun di Kampung Peta
sedang mengendalikan upacara
‘Bela Kampung’
4.61
125
Penduduk Jakun sedang melakukan
upacara ‘mengirimkan’ hajat mereka
melalui kain yang berwarna pada
128
xxi
Hari Keramat yang dijalankan di
Pantai Burung
4.62
Penduduk kampung sedang menyediakan
makanan sebagai hidangan untuk
‘menjamu’ roh nenek moyang di
makam keramat tersebut
4.63
Pasangan pengantin Orang Asli Jakun
di atas pelamin
4.64
129
132
Wanita Jakun dari Kampung Peta yang
telah berkahwin dengan pasangannya iaitu
lelaki Jakun dari kampung berdekatan
4.65
Upacara memotong kek oleh pasangan
pengantin pada waktu malam hari perkahwinan
4.66
135
Akar kayu yang digunakan untuk tujuan
perubatan tradisional
6.1
135
Produk perubatan tradisional yang diusahakan
oleh R3
4.68
133
R3 di gerai miliknya yang terdapat
di Kampung Peta
4.67
133
137
R3 Pengusaha kraf tangan
bimbingan JAKOA di gerai miliknya
di Kampung Peta
6.2
Kraf tangan yang dihasilkan
oleh R8
6.3
165
166
R12 mengusahakan anyaman
tikar daun pandan secara kecil-kecilan
di Kampung Peta
6.4
Motif dan corak anyaman tikar serta
perhiasan yang dihasilkan oleh R8
6.5
166
167
Pemandu pelancong / Guide yang terdiri
daripada generasi muda Jakun di
Kampung Peta
171
xxii
6.6
Hari Keramat yang diadakan semasa
Hari Perayaan telah menerima kunjungan
pelancong
6.7
Homestay yang dibina oleh JKKK
dengan kerjasama Jobs Malaysia
6.8
171
174
Carta Organisasi Kampung Stay
Kampung Peta Endau Rompin
175
xxii
SENARAI SINGKATAN
PPT
-
Program Penempatan Tersusun
KKLW
-
Kementerian Luar Bandar dan Wilayah
JAKOA
-
Jabatan Kemajuan Orang Asli
JHEOA
-
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
FRIM
-
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
PTNJ
-
Perbadanan Taman Negara Johor
PT
-
Pengetahuan Tradisional
UNESCO
-
The United Nations Organization for Education, Science and
Culture
xxiii
SENARAI LAMPIRAN
A
Borang Temu bual A
B
Borang Temu bual B
C
Senarai Persidangan
Vita
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Menurut Juli Edo (2010), masyarakat Orang Asli mengandungi tiga buah rumpun
bangsa yang terbentuk daripada 19 buah suku kaum. Setiap suku kaum adalah sebuah
entiti etnik yang tersendiri dan kaya dengan budaya masing-masing. Mereka wujud
sebagai sebuah masyarakat yang dibendung teguh oleh adat dan nilai yang diwarisi.
Umumnya masyarakat Orang Asli memiliki dan mengamalkan pelbagai jenis
adat budaya, pantang larang, kepercayaan, amalan kesihatan dan nilai hidup mereka
yang unik dan tersendiri. Mereka mempunyai satu nilai hidup yang harmoni antara
sesama insan dan alam persekitaran semula jadi mereka. Hal ini kerana, hubungan
mereka sesama manusia dan alam persekitaran telah banyak mempengaruhi cara
hidup dan sumber ekonomi mereka (Mee, S. & Ibrahim, Y., 2008).
Oleh itu menurut ahli antropologi klasik Edward B. Tylor (1871), budaya
adalah bermaksud keseluruhan cara hidup dalam sesebuah masyarakat. Ia
merangkumi ilmu pengetahuan, kepercayaan, nilai, moral, kesenian, undang-undang,
adat resam dan kemahiran lain yang dipelajari oleh individu sebagai anggota dalam
masyarakatnya. Secara ringkasnya, budaya tersebut adalah suatu tingkah laku yang
bersifat dipelajari dan disampaikan dari satu generasi ke satu generasi (Taib, A.,
1985).
Hal ini menunjukkan bahawa amalan budaya warisan Orang Asli tersebut
adalah harus dikekalkan untuk generasi akan datang. Hal ini kerana sebenarnya
masyarakat Orang Asli adalah sebahagian dari kehidupan kita, oleh itu mereka
2
adalah sebagai manusia yang memiliki hak untuk meneruskan kehidupan adat resam,
pantang larang, budaya dan sebagainya (Hood, S., 2004).
Menurut Yusof, R. (2010), setiap masyarakat mempunyai ciri-ciri budaya
sendiri yang menjadi lambang identiti mereka. Pembentukan budaya sesuatu
masyarakat dibentuk berdasarkan keperluan dan persekitaran semulajadi. Walau
bagaimanapun, sesuatu budaya yang menjadi amalan masyarakat mengalami proses
akulturasi dan asimilasi sehingga akhirnya menyebabkan perubahan berlaku. Oleh
itu, setiap masyarakat dan kebudayaan pasti mengalami perubahan. Contohnya
perubahan terhadap sistem demografi, sistem ekonomi, sistem politik, sistem
kepercayaan dan lain-lain lagi. Secara umumnya maksud perubahan dalam konteks
ini ialah apabila sesuatu kumpulan manusia itu telah menjalankan sesuatu aktiviti
kehidupan yang berbeza daripada yang telah dilakukan oleh generasi sebelumnya.
Tradisi dan corak hidup komuniti berterusan diancam oleh tekanan
pembangunan negara yang menuju ke arah pemodenan. Aspek tersebut yang
membawa nilai-nilai baru dan asing kian menghakis dan menjadi ancaman
kehilangan identiti budaya dan warisan. Tambahan lagi sikap komuniti tempatan
sendiri yang masih kabur mengenai kepentingan pemeliharaan budaya (A. Latif, F.
A. & M. Sakif, S. F., 2005).
Setiap kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai budaya masing-masing
yang telah diamalkan sejak zaman nenek moyang sehingga ke hari ini. Budaya yang
diamalkan dan diwarisi tersebut adalah daripada aspek adat resam, agama, bahasa,
kesenian,
muzik,
kepercayaan
mahupun
undang-undang
yang
mempunyai
keunikannya tersendiri bagi setiap kaum. Oleh yang demikian, usaha-usaha perlu
dilakukan oleh semua pihak agar tradisi kebudayaan dalam semua kaum tidak lenyap
dari kehidupan masyarakat sekarang ekoran daripada arus pemodenan yang semakin
berleluasa.
Projek pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan telah membawa
pelbagai perubahan sosial dan ekonomi kepada masyarakat Orang Asli.
Pembangunan yang dijalankan telah memberi kesan dan nilai baru, didapati telah
mula tersebar ke dalam kehidupan mereka. Arus pembangunan tersebut telah
mengubah kehidupan komuniti ini (Syed, M. Z. A., 2006).
3
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti dan membincangkan isu
dan masalah dihadapi oleh masyarakat Orang Asli yang berhadapan dengan situasi
amalan budaya mereka mungkin bakal lenyap dan hilang ditelan zaman akibat
peredaran arus semasa. Langkah pengekalan perlu dilakukan dalam membantu
usaha-usaha melestarikan budaya material dan bukan material yang diamalkan dan
dipraktikkan oleh golongan berusia khususnya. Hal ini berlaku kerana, penglibatan
daripada generasi muda agak mendukacitakan kerana didapati semakin kurangnya
komitmen golongan ini dalam meneruskan amalan budaya warisan generasi suku
kaum Jakun di Kampung Peta. Sebagai penduduk asal negara, sewajarnya
masyarakat Orang Asli perlu diberi keistimewaan agar kesenian mereka dapat
dihargai untuk generasi akan datang. Justeru, kajian ini penting untuk memberi
kesedaran bahawa keunikan amalan budaya tradisi mereka perlu dikekalkan agar
peninggalan warisan turun temurun nenek moyang mereka dapat diketahui dan
seterusnya dipelajari oleh generasi anak cucu pada masa hadapan.
1.2
Latar belakang kajian
Budaya boleh didefinisikan sebagai corak hidup dan pemahaman persetujuan yang
digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka. Ahli dalam
sesebuah masyarakat perlu berkongsi idea asas yang sama tentang bagaimana
masyarakat berfungsi, apa yang penting dalam kehidupan dan apakah maksud
tingkah laku mereka. Hal ini kerana semua makhluk mempunyai corak kehidupan
masing-masing iaitu kepercayaan agama, gaya membesarkan anak, strategi mencari
nafkah seharian, cara memperolehi tempat tinggal dan sebagainya. Tambahan lagi,
bbudaya ialah sesuatu perkara yang dapat mencorakkan kehidupan sesebuah
masyarakat melalui proses pembelajaran (Yusof, R., 2010).
Selain itu, budaya dilihat sebagai lambang identiti sesebuah masyarakat, tidak
kurang juga dengan masyarakat Orang Asli sendiri terdapat banyak budaya yang
dimiliki oleh mereka. Budaya tersebut sememangnya unik kerana mempunyai
kepelbagaian tradisi yang diamalkan sehingga kini. Terutamanya golongan berusia
dalam masyarakat Orang Asli, mereka telah mencuba sedaya upaya mempertahankan
budaya yang diwarisi kepada mereka dan mencuba untuk mewarisi budaya tersebut
kepada pelapis muda (Denaizal, 2009).
4
Melalui penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang kini
dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada akhir tahun 50-an,
pihak kerajaan telah mula memberikan perhatian yang serius untuk melibatkan suku
kaum Orang Asli dalam persada kemajuan dan pembangunan negara. Oleh itu, pihak
kerajaan telah mewujudkan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) untuk suku
kaum Orang Asli yang bertebaran di hutan hujan sepanjang Banjaran Titiwangsa
agar hidup berkelompok dan memudahkan agenda pembangunan disalurkan kepada
mereka serta mengintegrasikan kehidupan masyarakat Orang Asli dalam kehidupan
yang moden dengan infrastruktur asas (Ahmad, A. R. & M. Jelas, Z., 2009).
Transformasi dalam masyarakat Orang Asli memperlihatkan berlakunya
perubahan dalam segenap aspek kehidupan masyarakat mereka yang meliputi aspek
ekonomi, pendidikan, kegiatan sosial dan kebudayaan. Pada dasarnya, perubahan
yang berlaku adalah disebabkan keprihatinan pihak-pihak tertentu khususnya pihak
kerajaan dalam berusaha membantu masyarakat ini keluar dari kepompong yang
lama dengan pelbagai langkah. Malah, kesedaran masyarakat itu sendiri juga
sebenarnya mendorong kepada modenisasi mentaliti ke arah kemajuan dan taraf
hidup yang lebih baik seiring dengan era globalisasi (Farah Shaqhirah, 2011).
Oleh hal yang demikian Jabatan Kemajuan Orang Asli (2011), dalam Pelan
Strategik yang dijalankan oleh (JAKOA) bagi tahun 2011 hingga 2015 pada Teras 5,
adalah usaha untuk menyelidik, mengumpul, memulihara dan mengetengahkan
pengetahuan tradisional dan warisan Orang Asli. Antara Ringkasan Strategik yang
terkandung ialah :
i) Menyelidik, mengumpul, memulihara kebudayaan tradisional, warisan dan
artifak Orang Asli.
ii) Mewujud dan menguatkuasakan perlindungan kebudayaan tradisional
warisan dan artifak Orang Asli.
iii) Mendokumentasi dan menerbitkan hasil penyelidikan kebudayaan
tradisional, warisan dan artifak masyarakat Orang Asli.
iv) Kerjasama dengan agensi mempromosikan warisan tradisional, artifak
serta kebudayaan Orang Asli.
v) Memantapkan muzium sebagai pusat pendidikan warisan budaya Orang
Asli
5
vi) Usaha pengupayaan ekonomi melalui sumber warisan tradisional, artifak
serta kebudayaan Orang Asli.
Menurut Abdullah, R. (2008) masyarakat Orang Asli mempunyai sifat yang
pelbagai dari aspek suku kaum mahupun tempat tinggal, rumusan corak hidup
mereka sukar dibuat dengan tepat. Walau bagaimanapun, berasaskan petempatan
mereka yang sebahagian besarnya tinggal di kawasan pedalaman, satu generalisasi
umum dapat dibuat, iaitu kehidupan mereka mempunyai perkaitan langsung dengan
persekitaran semula jadi di kawasan pedalaman, gunung, bukit, hutan rimba, tasik
dan sungai. Bagi yang mengamalkan animisme, mereka percaya bahawa
kehidupannya dikuasai kuasa supernatural, yang terdiri daripada makhluk ghaib
tertentu. Oleh yang demikian, peraturan yang ditentukan kuasa supernatural menjadi
asas tingkah laku sosial setiap manusia
Lantaran itu, bagi memahami kehidupan sesuatu kelompok masyarakat,
pengkaji perlu mengkaji budaya dan adat resam masyarakat tersebut. Memahami
budaya hidup dan adat tradisi sesuatu kaum yang dikaji dirasakan sangat perlu
kerana melaluinya kita dapat melihat pemikiran dan pandang dunia mereka (Syed
Mohamed, Z., 2006).
Menurut Ibrahim, Y. (2009), pembangunan Taman Negara Johor Endau
Rompin telah bermula sejak tahun 1993 lagi. Pembangunan sebenarnya dijalankan
untuk menghasilkan impak yang positif kadangkala juga menghasilkan impak negatif
atas sebab perancangan yang lemah dan ketaktersediaan komuniti untuk menerima
proses pembangunan tersebut. Oleh itu, sebagaimana komuniti di kampung Peta iaitu
penduduk Orang Asli suku kaum Jakun telah menerima kesan hasil daripada
pembangunan tersebut. Hal ini kerana, corak hidup yang bersifat tradisional yang
mana berasaskan daripada tinggalan lama nenek moyang mereka, didapati semakin
kurang diketahui dan diamalkan oleh generasi anak cucu mereka hari ini.
Menurut Md. Said, K. (2010), warisan budaya suku kaum Jakun dilihat boleh
menyumbang dalam sektor ekonomi, terutamanya sektor pelancongan yang telah
meningkat pembangunannya dari tahun ke tahun disebabkan oleh kedatangan
pelancong asing untuk melihat sendiri keunikan budaya masyarakat di negara kita.
Contohnya, persembahan tarian sewang, permainan kercang, kraftangan, sumpit,
makanan dan sebagainya. Selain itu terdapat juga pelancong yang mengunjungi
6
Taman Negara kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan mereka yang
tersendiri dan dikatakan unik. Keadaan ini secara tidak langsung, menyebabkan
aspek budaya dilihat menjadi medium penting dan mustahak, sebagai agen
mengembangkan pelancongan.
Sehubungan itu, pengekalan budaya dan warisan ini juga bertujuan untuk
memupuk jati diri, malah sifat prihatin dalam kalangan komuniti. Hal ini kerana
segala perkara yang ada pada hari ini adalah berpunca daripada pengetahuan yang
sedia ada pada masa silam. Oleh itu, generasi muda harus mengenali asal usul
sendiri. Sebelum negara dan komuniti istimewa ini kehilangan warisan yang dimiliki,
usaha-usaha pengekalan yang bersepadu hendaklah dilakukan dari peringkat asas
lagi. Usaha-usaha ini boleh dilakukan melalui penyertaan secara individu, pihakpihak tertentu mahupun komuniti secara keseluruhannya.
1.3
Pernyataan masalah
Menurut Hasamim (2013), sejak kebelakangan ini dalam kalangan generasi muda
komuniti Orang Asli itu sendiri telah didapati kurang menunjukkan minat untuk
mengetahui dan mempelajari kebudayaan iaitu amalan budaya warisan suku kaum
mereka. Generasi muda ini telah menanam persepsi di dalam fikiran bahawa segala
urusan berkaitan warisan dan tradisi adalah kepunyaan nenek moyang dan orang tua
serta tidak sesuai untuk dipraktikkan oleh golongan muda di zaman moden ini.
Selain, remaja begitu mudah terpengaruh dengan paparan corak hidup Barat pada
arus media perdana yang digambarkan sebagai lebih bebas dan mudah, dan ini
menjadi faktor penyebab yang memangkinkan kepada isu ini (Hasamim, K., 2013).
Dalam aspek ekonomi, pendidikan, kegiatan sosial dan kebudayaan,
masyarakat Orang Asli dilihat begitu berusaha dan sudah menyedari keperluan bagi
mengharungi era globalisasi yang semakin mencabar. Tambahan lagi, masyarakat
mereka sudah mampu bersaing dalam bidang-bidang pertanian dan pendidikan
dengan masyarakat lain di Malaysia. Hakikatnya, masyarakat Orang Asli juga
memiliki keunikan adat dan budaya mereka yang tidak boleh dipisahkan dari ruang
lingkup kehidupan mereka. Senario kehidupan masyarakat Orang Asli dalam
mengharungi dunia globalisasi ini memperlihatkan segelintir daripada masyarakat
7
peribumi ini sudah mula hilang jati diri. Mereka sudah mula lupa asal usul mereka,
mereka sudah lupa akan adat dan budaya mereka (Rosley, N. A., 2009).
Menurut Pat Dudgeon et al., (2010), golongan ibu bapa daripada keluarga
Orang Asli Australia berkeinginan menyampaikan ilmu pengetahuan tradisi nenek
moyang kepada anak-anaknya, namun mereka bakal menghadapi cabaran kepada
kesinambungan dan pengekalan budaya. Hal ini kerana, generasi muda tidak
menunjukkan minat yang ketara berkaitan perkara yang melibatkan budaya warisan
tersebut.
Selain itu, menurut W. A, Amir Zal. (2013), setiap suku kaum komuniti
Orang Asli ini telah mewarisi pengetahuan tradisional yang luas daripada nenek
moyang
mereka
namun
begitu
sebahagian
besarnya
tidak
pernah
didokumentasikan. Pengetahuan ini termasuklah amalan yang telah dilakukan
berkurun lamanya seperti penanaman sumber makanan dan bagaimana untuk terus
hidup dalam alam sekitar mereka. Hal ini menunjukkan bahawa kurangnya
pendedahan kepada komuniti ini akan kepentingan budaya mereka yang boleh
dijadikan sebagai bahan warisan kepada generasi akan datang sekaligus dapat
mengekalkan amalan budaya yang menjadi tarikan destinasi pelancongan domestik
dan global.
Komuniti Orang Asli Jakun di Kampung Peta yang tinggal berdekatan
dengan hutan hujan tropika Endau Rompin sebenarnya memiliki pengetahuan tradisi
yang meluas mengenai sumber-sumber hutan. Hal ini kerana, mereka telah mewarisi
pengetahuan tradisional tersebut daripada nenek moyang mereka malahan
sebahagian besarnya tidak pernah didokumentasikan (Dollah, H., 2004).
Menurut Dollah, H. (2008) lagi, Lembangan Endau-Rompin boleh dianggap
adalah kawasan perkampungan yang didiami oleh Orang Asli Jakun sejak awal lagi.
Kewujudan Kampung Peta iaitu sebuah perkampungan Orang Asli yang terletak
berhampiran dengan Taman Negara Johor Endau Rompin didiami oleh komuniti
Jakun yang didapati masih berpegang teguh dengan adat dan budaya warisan suku
kaum mereka. Namun begitu, pengamalan budaya tersebut rata-ratanya dikuasai dan
didominasi oleh segelintir golongan yang sudah berusia. Lantaran, didapati generasi
anak cucu tidak menunjukkan minat untuk mengetahui dan mempelajarinya dengan
lebih mendalam. Oleh hal yang demikian, kewujudan dan keaslian amalan budaya
mereka yang unik ini bakal diancam kepupusan dan hilang ditelan zaman oleh sebab
8
peredaran arus semasa.
Seterusnya, penghakisan identiti komuniti mungkin turut berlaku disebabkan
oleh arus pengglobalisasian. Hal ini berlaku kerana kurangnya kefahaman tentang
budaya sendiri sejak dari usia remaja merupakan antara faktor yang menyumbang
kepada kurangnya kesedaran dalam komuniti Orang Asli, terutama golongan muda
untuk mempraktikkan cara hidup tradisional dalam kehidupan mereka. Hal ini
dikhuatiri menjadi pendorong mereka akan terus mundur, hilang identiti dan ilmu
pengetahuan yang berharga untuk diwarisi dan dipelajari generasi akan datang.
1.4
Persoalan kajian
Daripada pernyataan masalah, telah wujud persoalan kajian yang berikut:
i) Apakah jenis budaya yang masih diamalkan dalam kehidupan seharian Orang
Asli Jakun di Kampung Peta?
ii) Bagaimanakah kecenderungan generasi muda kepada pengamalan budaya
warisan suku kaum mereka?
iii) Bagaimanakah langkah yang berkesan untuk mengekalkan amalan budaya
warisan mereka agar tidak hilang untuk pengetahuan generasi akan datang?
1.5
Objektif kajian
Kajian ini dijalankan demi:
i) Mengenalpasti jenis budaya material dan bukan material yang diamalkan oleh
Orang Asli Jakun di Kampung Peta.
ii) Mengkaji kecenderungan generasi muda kepada pengamalan budaya warisan
suku kaum mereka.
iii) Menganalisis langkah untuk mengekalkan amalan budaya warisan Orang Asli
Jakun di Kampung Peta.
9
1.6
Skop kajian
Berdasarkan kehendak tajuk dan objektif yang telah ditetapkan, pengkaji hanya
mengkaji berkenaan aspek budaya daripada dua jenis elemen budaya iaitu budaya
berbentuk material dan budaya bukan material yang masih terdapat di Kampung
Peta. Budaya material adalah bersifat kebendaan dan konkrit manakala budaya bukan
material adalah bersifat bukan kebendaan dan abstrak.
Pengkaji juga telah menetapkan skop kawasan kajian iaitu Kampung Peta
kerana kedudukan kampung tersebut adalah berhampiran dengan Taman Negara
Johor Endau Rompin. Walaupun mereka menetap di kawasan pedalaman iaitu
berdekatan dengan hutan hujan tropika antara yang tertua di dunia, komuniti ini
masih memiliki identiti budaya sebagai khazanah warisan mereka. Kajian yang
dicadangkan ini hanya mengkaji budaya material dan bukan material yang masih
terdapat di Kampung Peta iaitu yang masih dilakukan dan diamalkan sehingga kini
oleh generasi Jakun hari ini dalam kehidupan sehaian mereka. Hal ini kerana,
kemahiran dan kepakaran dalam menghasilkan dan menjalankan aktiviti berbentuk
budaya tersebut kebanyakannya hanya diketahui oleh individu-individu yang sudah
berusia iaitu golongan tua sahaja.
Oleh itu, budaya adalah yang terdiri daripada keseluruhan cara hidup manusia
sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan atau penghasilan dalam
sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat itu
serta diwarisi untuk generasi seterusnya. Namun begitu dalam kajian ini, pengkaji
telah menetapkan skop amalan budaya material dan bukan material yang didapati di
Kampung Peta adalah terdiri daripada ciri-ciri fizikal suku kaum Jakun, dialek,
gelaran, peralatan, kraf tangan, senjata, makanan, nyanyian, pakaian, tarian, tempat
tinggal, agama dan kepercayaan serta perubatan tradisional
Di samping itu, generasi hari ini adalah anak cucu yang bertanggungjawab
mewarisi pengetahuan turun-temurun mengenai amalan budaya suku kaum mereka,
namun dikatakan mereka tidak berminat untuk mendalami amalan budaya tersebut.
Justeru itu pengkaji menetapkan skop kajian iaitu responden adalah yang terdiri
daripada individu-individu yang berkemahiran dalam amalan budaya mereka adalah
bertujuan bagi mencapai objektif pertama kajian.
10
Seterusnya untuk mencapai objektif kedua kajian adalah mengkaji
kecenderungan generasi muda kepada pengamalan budaya warisan adalah terdiri
daripada remaja dan belia Jakun di Kampung Orang Asli Peta berumur dari 19
hingga 25 tahun. “Takrifan umur belia kepada 15 hingga 30 tahun adalah perubahan
daripada had umur asal iaitu 15 hingga 40 tahun yang menggantikan Dasar
Pembangunan Belia Negara pada 1997.” (Omar, L.S., 2014).
1.7
Kepentingan kajian
Merujuk kepada skop kajian, kajian ini penting untuk dilaksanakan bagi mengupas
isu khususnya berkaitan kebudayaan masyarakat Orang Asli yang unik yang mana
semakin kurang diketahui, dipelajari dan diamalkan oleh generasi muda mereka.
Secara ringkasnya, kepentingan kajian ini ialah dapat mengetahui tentang komuniti
Jakun khususnya yang tinggal berhampiran dengan Taman Negara Johor Endau
Rompin.
Kajian ini juga membolehkan hasil penyelidikan dapat digunakan sebagai
rujukan bagi pengkaji lain yang ingin membuat kajian berkaitan suku kaum Jakun
yang tinggal berhampiran dengan Taman Negara Johor Endau Rompin. Selain itu,
kajian ini juga penting untuk pendokumentasian kerana boleh menjadi rujukan
masyarakat dan juga para penyelidik yang berminat untuk mengkaji tentang komuniti
Orang Asli dan kebudayaan mereka. Selain kajian ini juga berpontensi
mengembangkan dan memantapkan lagi bidang ilmu kebudayaan Orang Asli. Hal ini
kerana, budaya Orang Asli umumnya, dilihat semakin hilang dan terkikis akibat arus
pemodenan dan pengglobalisasian hari ini.
1.8
Organisasi kajian
Kajian ini disusun mengikut aturan serta turutan bab-bab bagi memudahkan serta
melancarkan kajian ini. Bab 1 adalah menyentuh berkaitan dengan latar belakang
kajian yang hendak dilakukan. Ia membincangkan pernyataan masalah yang
dihadapi, persoalan kajian, objektif kajian, skop dan kepentingan kajian. Kesemua
komponen-komponen yang terdapat di dalam Bab 1, adalah suatu cadangan
11
penyelidikan atau proposal yang bertindak memandu keseluruhan perjalanan pada
tiap-tiap satu penulisan ilmiah dihasilkan.
Bab 2 adalah kajian literatur ditulis berdasarkan kepada kerangka teori kajian
yang telah dikenalpasti terlebih dahulu sebagai memberi panduan agar penulisan
literatur sentiasa terarah dan tidak lari dari objektif kajian dan matlamat asal. Huraian
adalah meliputi definisi kajian, huraian kerangka teori kajian iaitu melibatkan kepada
isu yang timbul. Apabila terdapat sesuatu isu maka akan wujud permasalahan
daripada isu berkenaan. Seterusnya apakah yang hendak dicapai oleh pengkaji dalam
penulisan ilmiah ini.
Seterusnya Bab 3 adalah menjurus kepada kaedah kajian yang digunapakai
dalam memperolehi segala data dan maklumat dari sumber primer dan juga sumber
sekunder. Instrumentasi yang digunakan juga dinyatakan mengikut ketetapan dan
kesesuaian kepada kajian ini.
Bab 4 pula membincangkan berkaitan dengan objektif pertama kajian. Hasil
kajian lapangan yang dijalankan terhadap populasi kajian yang terdiri daripada
Orang Asli Jakun yang tinggal di Kampung Peta tersebut akan dianalisis secara
deskriptif.
Manakala Bab 5 membincangkan berkenaan dengan objektif kajian yang
kedua. Data yang telah diperolehi melalui temu bual akan dianalisis secara deskriptif.
Bab 6 berkenaan dengan objektif kajian yang ketiga. Data yang telah
diperolehi melalui kajian perpustakaan akan dihubungkaitkan dengan data kajian
lapangan untuk memperoleh keputusan akhir. Cadangan pengkaji berkenaan dengan
langkah penyelesaian kepada isu dan masalah yang berlaku turut disertakan agar
dapat mengekalkan amalan budaya mereka untuk pengetahuan dan tatapan generasi
akan datang seterusnya akan dapat dicapai.
Bab 7 pula adalah pengakhiran penulisan kajian ini, segala hasil kajian
dibincangkan. Cadangan kajian lanjutan juga diutarakan. Sebagai mengakhiri kajian
ini, terdapat kesimpulan bagi menepati kehendak objektif kajian.
12
1.9
Kesimpulan
Bab 1 adalah merujuk kepada pengenalan bagi latar belakang kajian ini,
permasalahan kajian yang telah ditentukan di peringkat awal agar matlamat kajian
sentiasa terarah dan objektif kepada kajian ini dapat dicapai sepenuhnya. Oleh itu,
melalui hasil kajian ini dapat menyampaikan maklumat tentang keunikan budaya
Orang Asli yang masih diamalkan dalam kehidupan mereka sehingga ke hari ini.
Namun begitu, amalan budaya ini bakal pupus dan hilang ditelan zaman sekiranya
usaha yang berterusan tidak dijalankan kepada generasi muda mereka. Kajian ini
diharapkan akan dapat mencari jalan penyelesaian kepada isu budaya yang didapati
kurang diamalkan dalam kehidupan seharian terutamanya oleh generasi muda
mereka hari ini.
13
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1
Pengenalan
Dalam bab 2 ini, mengandungi kerangka teori yang dibentuk. Perkara yang
diketengahkan adalah isu amalan budaya yang semakin kurang diamalkan dalam
kehidupan seharian, permasalahan yang timbul yang telah menjadi faktor kepada isu
tersebut, langkah untuk mengekalkan amalan budaya warisan mereka dan matlamat
yang hendak dicapai pada akhir kajian ini.
2.2
Definisi dan Konsep
Tujuan definisi dibuat adalah untuk memudahkan kajian dilakukan serta pembaca
memahami perkara yang dikaji dalam kajian ini. Definisi adalah penting supaya ia
menepati kehendak tajuk kajian. Lima definisi kata kunci bagi kajian ini adalah
Orang Asli, amalan, budaya material, budaya bukan material dan pengekalan.
2.2.1
Orang Asli
Menurut Hasan Mat Nor (1988), telah mengemukakan takrifan masyarakat peribumi
menurut klasifikasi perundangan yang mana terdapat dua kelompok warga peribumi
di Malaysia iaitu bumiputera dan Orang Asli. Kumpulan kaum yang diklasifikasikan
sebagai bumiputera adalah meliputi Orang Melayu di Semenanjung; Orang Melayu,
Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Melanau, Murut serta penduduk-penduduk
14
natif lain di Sarawak; dan Orang Melayu, Kadazan, Dusun, Bajau dan pendudukpenduduk natif lain di Sabah. Manakala Orang Asli pula meliputi tiga kelompok
suku kaum utama yang dikenali sebagai Negrito, Senoi dan Melayu-Proto.
Masyarakat Orang Asli merupakan sebuah masyarakat minoriti peribumi
yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Majoriti daripada mereka tinggal di kawasan
hutan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional yang banyak dipengaruhi oleh
alam sekitar dan amalan warisan tinggalan nenek moyang mereka. Kerajaan
Malaysia telah memberi gelaran baru iaitu Orang Asli sebagai memberi pengiktirafan
kepada masyarakat ini sebagai peribumi yang terawal menetap di negara ini (Rosley,
N. A., 2009).
Masyarakat Orang Asli terbahagi kepada tiga kelompok, iaitu kelompok
Senoi, Negrito dan Melayu-Proto. Kelompok Senoi merupakan kelompok terbesar
diikuti oleh kelompok Melayu-Proto dan Negrito. Orang Asli juga telah dibahagikan
kepada 19 sub golongan. Walau bagaimanapun untuk tujuan pentadbiran, Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah membahagikan sejumlah golongan tersebut
kepada tiga kumpulan utama tersebut. Pembahagian kepada golongan-golongan
tersebut adalah berdasarkan rupa fizikal, bahasa dan adat yang diamalkan oleh setiap
golongan (Harun, N. & Hamid, N. A., 2010).
Jadual 2.1: Kelompok suku kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia
(Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, 2010)
Senoi
Melayu-Proto
Negrito
Semai
Temuan
Kensiu
Temiar
Semelai
Kintak
Jahut
Jakun
Jahai
Che Wong
Kanaq
Lanoh
Mah Meri
Orang Kuala
Mendriq
Semoq Beri
Orang Seletar
Bateq
Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (2015), pecahan golongan dan sub
golongan dalam jadual 2.1 di atas, adalah kelompok Senoi merupakan suku yang
terbesar di Semenanjung Malaysia. Kelompok Senoi terdiri daripada suku kaum
Semai, Temiar, Jahut, Che Wong dan Mah Meri. Kumpulan Melayu-Proto pula
terdiri daripada suku kaum Temuan, Semelai, Jakun, Kanaq, Orang Kuala dan Orang
15
Seletar. Seterusnya kumpulan ketiga adalah terdiri daripada suku kaum Kensiu,
Kintak, Jahai, Lanoh, Mendriq dan Bateq.
Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (2015), Kewujudan Akta Orang Asli
1954 (Akta 134) di bawah Aborigional Peoples Ordinance No. 3, 1954 yang telah
dipinda pada tahun 1974, penetapan istilah dan kelayakan untuk dikatakan sebagai
komuniti Orang Asli telah dijelaskan dengan terperinci. Berdasarkan Seksyen 3
dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), Orang Asli ditakrifkan seperti berikut:
i) mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli,
yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang
Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan
melalui lelaki itu;
ii) mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak
angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai
seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara
hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan menjadi ahli
daripada suatu masyarakat Orang Asli; atau
iii) anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli
dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat anak itu
lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan kepercayaan Orang Asli dan masih
lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli.
Menurut Suhakam 2013, banci yang telah dijalankan pada tahun 2000,
penduduk Orang Asli di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 132,486.
Seterusnya pada tahun 2003 sebanyak 147,412 Orang Asli. Pada tahun 2010 pula,
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), telah menganggarkan terdapat sejumlah
178,197 Orang Asli atau 36,658 keluarga Orang Asli, iaitu kurang sedikit dari 0.5%
dari penduduk pelbagai etnik dan budaya di negara ini. Profil demografi yang
diterbitkan di dalam Sistem e-Damak 2010 oleh JAKOA sebagaimana yang tertera di
Jadual 2.2 tersebut mengklasifikasikan Orang Asli sebagai Negrito, Senoi dan
Melayu-Proto bagi kegunaan rasmi.
16
Jadual 2.2 : Jumlah penduduk Orang Asli di Negeri-Negeri, 2003 dan 2010
(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, 2013)
Negeri
Negrito
Senoi
Proto-Melayu
Jumlah
PAHANG
2003
2010
657
925
22,609
29,439
31,027
37,142
54,293
67,509
PERAK
2003
2010
2,131
2,413
45,093
50,281
363
605
47,587
53,299
KEDAH
2003
2010
232
251
19
-
232
270
SELANGOR
2003
2010
3
3,758
5073
10,403
12,511
14,161
17,587
KELANTAN
2003
2010
953
1,381
9,701
12047
29
10,654
13,457
TERENGGANU
2003
2010
28
34
640
818
41
668
893
N. SEMBILAN
2003
2010
-
96
7,624
10,435
7,624
10,531
MELAKA
2003
2010
1
23
28
1,228
1,486
1,251
1,515
JOHOR
2003
2010
1
2
55
10,940
13,083
10,942
13,139
Jumlah
2003
2010
4,001
5,009
81,826
97,856
61,585
75,332
147,412
178,197
Komuniti Orang Asli di negeri Johor yang terdiri daripada suku kaum Jakun,
Kanaq, Seletar, Orang Kuala dan Temuan adalah berasal daripada golongan Melayu
Asli yang juga dikenali sebagai Melayu Proto. Gambar 2.1 menunjukkan taburan
17
komuniti Orang Asli daripada golongan Melayu Asli yang mendiami kawasan
Negeri Johor iaitu suku kaum Jakun, Orang Kuala, Orang Kanaq dan Orang Seletar.
Gambar 2.1: Taburan Komuniti Suku Kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia
(Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, 2010)
2.2.2
Amalan
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2008), amalan adalah sesuatu perkara
yang dilakukan, dilaksanakan seterusnya dikerjakan sebagai suatu kebiasaan. Di
samping itu, amalan adalah sesuatu perbuatan yang baik kerana ia kerap dilakukan
dalam kehidupan sehari-hari yang mana juga dikenali sebagai aktiviti. Selain itu,
amalan membawa maksud satu tanggapan berkaitan perkara-perkara yang dihajati
dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Amalan mulia sesuatu
masyarakat biasanya diasaskan kepada agama (Mohd, N. W. M. Z., 1988).
Oleh itu, definisi amalan yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui
aktiviti berbentuk budaya tersebut adalah berfungsi sebagai suatu kegiatan yang
dilakukan dalam kehidupan seharian mereka iaitu Orang Asli Jakun di Kampung
Peta. Melalui aktiviti berbentuk budaya material dan bukan material tersebut, adalah
suatu pengamalan daripada generasi ke generasi. Ia diamalkan sebagai sesuatu
perkara yang menjadi rutin atau kebiasaan dalam kehidupan mereka.
18
2.2.3
Budaya
Menurut ahli antropologi klasik Edward B.Taylor dalam bukunya Primitive Culture,
telah mentakrifkan budaya merupakan satu keseluruhan kompleks yang merangkumi
pengetahuan, kepercayaan, seni, sikap, undang-undang, adat resam dan kebolehankebolehan lain dan tingkah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli
masyarakat (Taib, A., 1985).
Manakala menurut sosiologi, budaya merupakan keseluruhan cara hidup
manusia iaitu meliputi kehidupan masyarakat yang bercorak kebendaan dan bukan
kebendaan. Budaya merupakan keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam
bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan atau penghasilan dalam sesebuah masyarakat
yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat itu serta diwarisi untuk
generasi seterusnya. (Taib, A., 1985).
Selain itu menurut ahli budayawan Ahmad, A. S., (1930) mendefinisikan
kebudayaan sebagai cara kehidupan iaitu gaya, laku atau ragam, corak hidup atau
kehidupan secara umum bagi sesuatu masyarakat atau bangsa.
Oleh itu, kebudayaan boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek
material dan bukan material. Aspek material sebenarnya lahir daripada aspek bukan
material kerana cetusan pemikiran yang melahirkan sesuatu dalam bentuk kebendaan
atau reka cipta. Aspek bukan material merujuk pada aspek lahiriahnya seperti
tingkah laku, kesenian, adat resam, atau artifak budaya, iaitu lahir daripada ilmu
pengetahuan dan pemikiran manusia (Wan, H. W. T., 1991).
2.2.4
Budaya material
Menurut Nicholas, C. (2000), kebudayaan adalah sebagai satu keseluruhan cara
hidup manusia yang meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yang bercorak
kebendaan dan bukan kebendaan. Budaya kebendaan atau material merupakan segala
ciptaan manusia yang berbentuk objek-objek tertentu seperti alat, bangunan, senjata,
kenderaan dan lain-lain lagi.
Kebudayaan adalah semua hasil ciptaan manusia yang terdiri daripada budaya
material dan bukan material. Budaya material adalah budaya yang boleh dilihat,
19
disentuh, dirasa dan mempunyai bentuk fizikal seperti komputer, telefon bimbit dan
lain-lain lagi (A. Rahman, H. Ahmad, N. & A. Wahab, S.R., 2009).
Melalui aspek budaya, pengkaji meneliti budaya suku kaum Jakun di
Kampung Peta adalah daripada aspek elemen budaya yang terbahagi kepada dua
kategori iaitu budaya material dan bukan material. Aspek budaya material yang
terdapat di Kampung Peta iaitu bersifat kebendaan atau konkrit. Oleh itu, melalui
budaya berbentuk material tersebut, pengkaji memberi penekanan kepada ciri-ciri
fizikal Orang Asli, dialek, gelaran, peralatan, kraf tangan, senjata, makanan, pakaian,
tarian dan tempat tinggal. Seterusnya, pengkaji meneroka secara lebih mendalam
kepada cara penggunaannya seperti alatan atau barangan tradisi yang masih diketahui
dan digunakan oleh suku kaum Jakun di Kampung Peta.
2.2.5
Budaya bukan material
Menurut Rani, F. (2005) budaya bukan material adalah bersifat bukan kebendaan dan
abstrak. Ia adalah sesuatu ciptaan manusia yang berbentuk abstrak seperti
kepercayaan, adat resam, undang-undang dan sebagainya. Hal ini kerana, budaya
bukan material adalah ilmu pengetahuan yang diwariskan dari generasi ke generasi,
secara terus menerus, interaksi mereka dengan alam, serta sejarahnya dan
memberikan mereka makna jati diri. Ia meliputi aspek persembahan, ekspresi,
pengetahuan dan instrumen, objek yang sama-sama saling berkaitan dengan komuniti
atau kelompok. Selain itu, tradisi dan ekspresi lisan, bahasa, seni pertunjukan, adat
istiadat dan perayaan.
Selain itu, budaya bukan material juga adalah budaya yang terhasil dalam
bentuk abstrak seperti teori, ideologi, formula dan falsafah (A. Rahman, H. Ahmad,
N. & A. Wahab, S.R., 2009).
Oleh itu, pengkaji memberi penekanan kepada aspek budaya bukan material
yang masih wujud dan diamalkan oleh komuniti Jakun di Kampung Peta. Antara
budaya bukan material yang masih diamalkan dan dipraktikkan oleh penduduk
Kampung Peta dalam kehidupan seharian oleh generasi hari ini adalah agama dan
kepercayaan serta perubatan secara tradisional.
20
2.2.6
Mengekalkan amalan budaya
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2008), mengekalkan adalah menjadikan
kekal dan menjaga iaitu memelihara supaya berlanjutan (tidak hilang atau berubahubah). Definisi konsep mengekalkan amalan budaya dalam kajian ini adalah
penekanan kepada pengekalan amalan budaya berbentuk material dan bukan material
warisan tinggalan nenek moyang supaya terus berkekalan dan tidak hilang ditelan
zaman. Ia bertujuan sebagai kesinambungan identiti suku kaum untuk pengetahuan
waris generasi masa hadapan.
2.3
Masyarakat Orang Asli di Malaysia
Masyarakat pribumi atau lebih dikenali sebagai Orang Asli adalah merupakan
masyarakat yang mempunyai susur galur hubungan dengan zaman Mesolitik dan
Paleolitik. Mereka mempunyai status penduduk terawal dan telah mencorakkan
negara kita. Mereka sering dilabel sebagai tidak bertamadun dan kuno serta sering
ditindas oleh pihak-pihak tertentu. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai tamadun
yang tersendiri dan hebat (Mohammad, A, M. M. & Abdullah, S., 2004).
Menurut Mee, S. & Ibrahim, Y. (2008), komuniti Orang Asli di Semenanjung
Malaysia adalah sebuah masyarakat peribumi minoriti negara ini yang majoritinya
masih mengamalkan cara hidup tradisional, iaitu merupakan masyarakat tani dan
masyarakat desa. Kehidupan masyarakat ini banyak dipengaruhi oleh alam
persekitaran dan amalan lama tinggalan nenek moyang mereka. Walaupun majoriti
daripada masyarakat ini telah terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian moden,
namun ada sebilangan kecil daripada komuniti ini masih menjalankan aktiviti
pertanian secara sistem sara diri seperti memburu binatang, menangkap ikan,
bercucuk tanam, memungut hasil hutan dan sebagainya.
Hubungan kehidupan Orang Asli dengan alam juga mempengaruhi sistem
kehidupan, termasuk juga amalan dan kepercayaan. Setiap suku kaum mempunyai
pantang larang tersendiri dalam misalnya, pemakanan bagi mengelakkan sesuatu
kecelakaan, sama ada pada diri, keluarga dan komuniti tersebut (Hamsan, H. & Abu
Samah, A., 2008).
21
2.3.1
Orang Asli suku kaum Jakun
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1998),
Suku kaum Jakun adalah berasal daripada suku kaum Melayu Asli (Melayu Proto)
yang tinggal di selatan Semenanjung, mereka juga berasal dari Yunan (Selatan Cina)
dan mula berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Orang Asli Jakun adalah dari
golongan Melayu Proto yang terdapat di beberapa buah negeri yang menganjur dari
bahagian tengah hingga ke selatan Semenanjung Malaysia seperti di bahagian
Selatan Selangor, Negeri Sembilan, Selatan Pahang dan di beberapa buah negeri
Johor (Syed, M. Z. A., 2006).
Masyarakat ini mengamalkan adat dan budaya yang berteraskan kepercayaan
animisme, terdapat sebilangan kecil masyarakat yang memeluk agama lain seperti
Islam, Kristian dan Buddha. Oleh kerana masyarakat ini juga tinggal berhampiran
dengan masyarakat Melayu, Cina dan India dan terdedah dengan budaya kaum lain
di Malaysia proses asimilasi telah berlaku. Seperti masyarakat Malaysia yang lain
kaum ini semakin terdedah dengan dunia luar. Akibatnya masyarakat ini dilihat
mengamalkan budaya besar yang ada di Malaysia, seperti merayakan semua
perayaan agama yang terdapat di Malaysia, mengamalkan adat perkahwinan yang
hampir sama dengan budaya Melayu serta ziarah menziarahi jiran dan sahabat handai
khususnya di musim perayaan (Sa‟at, S. F. & Zakaria, J., 2013).
Kawasan kediaman mereka, iaitu lembangan Endau Rompin sekarang sedang
pesat membangun dengan pelbagai rancangan pembangunan seperti pembukaan
ladang kelapa sawit, kemunculan bandar baru dan pembukaan kawasan pelancongan
alam semula jadi telah mengubah suasana persekitaran fizikal perkampungan
mereka. Sekiranya pada zaman tradisional mereka membekal produk hutan kepada
para pedagang luar, hari ini mereka bekerja sebagai buruh ladang dan industri
(Dollah, H., 2008).
2.4
Budaya Orang Asli di Malaysia
Menurut kajian daripada bukti-bukti arkeologi yang telah dijumpai, ternyata bahawa
orang-orang Asli telah berhijrah dari kawasan Utara Asia secara perlahan-lahan
sehingga sampai ke Tanah Melayu. Penghijrahan mereka ini melibatkan berbagai
22
puak atau rumpun bangsa yang datang dari berbagai jenis keturunan yang telah
bercampur aduk di antara satu sama lain melalui proses sosiologi. Walaupun terdapat
berbagai persamaan tetapi masih dapat dikesan perbezaan-perbezaan di antara suku
bangsa orang-orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia (Mohammad, A,
M. M. & Abdullah, S., 2004).
Selain itu, komuniti Orang Asli memang kaya dengan adat resam dan budaya
kerana lingkungan hidup mereka yang masih berkait rapat dengan alam semulajadi
walaupun sudah memasuki dunia moden. Adat resam dan budaya Orang Asli yang
unik adalah yang berkait rapat dengan makhluk-makhluk alam.
2.4.1
Kehidupan persekitaran di hutan
Menurut Redzuan, M. & Emby, Z. (2008), pengaruh hutan dalam kehidupan mereka
sebenarnya amat kuat. Malah segala kemahiran yang perlu untuk dapat memenuhi
keperluan asas hidup, seperti memburu dan meramu serta menangkap ikan, bagi
mereka adalah hasil daripada hubungan rapat mereka dengan hutan. Oleh sebab
hutan itu begitu penting dalam kehidupan Orang Asli, mereka percaya bahawa
keperluan dan pergantungan mereka kepada hutan akan berterusan hingga ke
generasi seterusnya. Mereka menekankan bahawa anak-anak mereka juga perlu
diajarkan kemahiran memburu dan pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan yang
terdapat di hutan.
Bagi memahami dan mengetahui kepentingan komponen alam sekitar seperti
ekosistem hutan amat sinonim dengan kehidupan Orang Asli. Hal ini kerana, hutan
merupakan nadi kehidupan mereka dari dahulu hingga sekarang. Selain sumber
untuk memperoleh makanan, hutan juga menjadi sumber pendapatan bagi mereka
(A. Rahman, H., 2010).
Menurut Mamat, M. (2009), interaksi di antara pribumi dan alam sekitar jelas
memberi gambaran sejauhmana warga pribumi ini yang begitu menitikberatkan
hubungan harmoni dengan persekitaran bagi menjamin kesinambungan hidup
mereka, tetapi juga didorong oleh amalan, kepercayaan dan pegangan hidup
masyarakat itu sendiri. Alam adalah sebahagian daripada kehidupan mereka, alam
turut perlu dijaga supaya kuasa ghaib, roh, penunggu, dewa atau tuhan mereka tidak
marah. Hal ini kerana, kemarahan kuasa-kuasa ghaib ini dipercayai akan membawa
23
bencana kepada mereka dalam pelbagai bentuk seperti banjir, kemarau, penyakit atau
kematian. Justeru mereka sangat menghormati alam sekitar dan menjalinkan
hubungan yang harmoni dengan persekitaran mereka.
2.4.2
Warisan nenek moyang
Menurut Yatim, O. (2005), umumnya warisan boleh dibahagikan kepada dua iaitu
warisan tangible dan warisan intangible. Warisan umumnya dikatakan sebagai
sesuatu yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu. Ia merupakan khazanah
negara yang pernah atau sedang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu kelompok
masyarakat atau manusia sejagat yang menjadi tanggungjawab bersama untuk
dilindungi dan dikekalkan (Jabatan Warisan Negara 2008). Warisan kita adalah ilmu,
pengetahuan dan kepakaran yang diwariskan kepada kita melalui cara hidup,
kepercayaan yang seterusnya dijelmakan melalui objek budaya. Ia menggambarkan
memori keseluruhan hidup sesebuah masyarakat serta melambangkan ketamadunan
masyarakat itu.
Komuniti Orang Asli merupakan sebuah masyarakat minoriti peribumi yang
tinggal di Semenanjung Malaysia. Majoriti daripada mereka tinggal di kawasan
hutan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional yang banyak dipengaruhi oleh
alam sekitar dan amalan lama tinggalan nenek moyang mereka (Rosley, N. A.,
2009).
Oleh hal yang demikian, masyarakat Orang Asli adalah sebahagian dari
kehidupan kita sebagai manusia yang memiliki hak untuk meneruskan kehidupan
adat resam, pantang larang, budaya dan sebagainya. Kehidupan masyarakat ini perlu
dikekalkan tradisinya supaya menjadi khazanah warisan yang mengekalkan identiti
dan jati dirinya (Alias, A., 2012).
Menurut A. Rahman, H., (2010), bagi Orang Asli mereka beranggapan
bahawa manusia yang hidup di atas bumi ini adalah salah satu penciptaan seperti
juga alam semula jadi yang lain. Oleh itu, manusia tidak berasingan daripada
hidupan alam semula jadi dan tidak mempunyai tempat yang istimewa atau dominan
di dalamnya. Oleh itu, semua orang mempunyai tanggungjawab untuk menghormati
manusia, haiwan, burung, tumbuhan dan objek tidak bernyawa. Segala-galanya
dalam dunia, yang hidup atau tidak hidup, mempunyai semangat dan harus
24
dihormati. Sekalipun buatan manusia, objek tersebut mempunyai semangat (Abdul
Rahman, H., 2010).
2.4.3
Kebudayaan dan warisan
Menurut Mee, S. & Ibrahim, Y. (2008), masyarakat Orang Asli ini juga
mengamalkan pelbagai jenis adat budaya, pantang larang, kepercayaan, amalan
kesihatan dan nilai hidup mereka yang unik dan tersendiri. Masyarakat Orang Asli
ini juga mempunyai satu nilai hidup yang harmoni di antara sesama insan dan alam
persekitaran semula jadi mereka. Oleh itu, hubungan mereka sesama manusia dan
alam persekitaran mereka banyak mempengaruhi cara hidup dan sumber ekonomi
mereka. Mereka kebiasaannya menetap di tiga kawasan petempatan utama iaitu di
kawasan pedalaman, pinggiran dan perbandaran.
Warisan umumnya dikatakan sebagai sesuatu yang diwarisi daripada generasi
yang terdahulu. Hal ini kerana, warisan adalah ilmu pengetahuan dan kepakaran yang
diwariskan kepada individu atau dalam sesebuah masyarakat melalui cara hidup,
kepercayaan yang dijelmakan melalui objek budaya dan menggambarkan memori
keseluruhan hidup masyarakat serta melambangkan ketamadunan sesuatu masyarakat
itu.
2.5
Pendekatan teori
Teori merupakan susunan konsep yang digabungkan untuk menjelaskan sesuatu
fenomena yang berlaku. Ia penting sebagai panduan kepada pengkaji dalam
mendapatkan hasil yang terbaik dan seterusnya dapat menyelesaikan permasalahan
yang dikaji. Teori juga digunakan supaya pengkaji tidak terkeluar daripada skop
kajian yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini terdapat dua jenis teori yang
digunakan iaitu teori perubahan sosial dan human behaviour. Kedua-dua teori ini
mampu menjelaskan isu dan permasalahan berkaitan pengamalan budaya Orang Asli
Jakun pada masa kini.
187
RUJUKAN
Ahmad, H. A. R. (2004). Komunikasi budaya: dari alam rahim ke alam barzakh.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
A. Aziz, R. (2002). Masyarakat, Budaya & Perubahan. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
A. Kadir, W. (2009). Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu.
Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2006. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya 1 – 14.
A. Latif, F. A. & M. Sakif, S. F. (2005). Pengekalan dan Pemuliharaan Landskap
Budaya Kampung Melayu. Kajian Kes : Kampung Pulau Duyong, Kuala
Terengganu. Shah Alam : Institut Penyelidikan, Pembangunan dan
Pengkomersilan Universiti Teknologi Mara.
A. Rahman, H. (2010). Penglibatan Masyarakat Peribumi Dalam Isu Berkaitan
Persekitaran: Tinjauan Terhadap Suku Mah Meri Di Pulau Carey, Kuala
Langat, Selangor. Universiti Sains Malaysia: Nota penyelidikan
kemanusiaan (111-134).
A. Rahman, H. Ahmad, N. & Wahab, S, R. (2009). Konsep-Konsep Asas Hubungan
Etnik. Dicapai pada
25
April,
2015
dari
http://eprints.utm.my/14559/1/HamidahAbdulRahman2009_Konsep-konsep
Asas Hubungan Etnik.pdf
Abdullah, R. (2008). Orang Asli dalam Arus Pembangunan Nasional di Terengganu.
dlm. Redzuan, M. & Gill, S. (Ed). Orang Asli: Isu, Trasformasi dan
Cabaran. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Ahmad, A. R. & Mohd. J, Z. (2009). Kesedaran Pendidikan Dalam Kalangan
Masyarakat Orang Asli. Masyarakat Orang Asli : Perspektif
Pendidikan dan Sosiobudaya. Bangi : Penerbit UKM. Pp. 47 - 58.
Ahmad, A. S. (1990). Seni Kehidupan dan Masyarakat Melaka. Associated
Educational Distributors.
Ahmad, H., Jusoh, H. Siwar, C., Buang, A. Noor, M. S., Mohd Ismail, S. & Zolkapli,
Z. A. (2011). Pelancongan budaya di koridor Ekonomi Wilayah Pantai Timur
(ECER): isu dan cabaran. Geografia : Malaysian Journal of Society and
Space, 7 (5), 180-189.
Alan Bryman. (2004). Social Research Methods 2nd edition. Oxford : University
Press.
Alias, A. (2012). Pada Suatu Masa Di Pos Gob, Ulu Kelantan,Gua Musang: Nilai
Kehidupan Tradisi Masyarakat Orang Asli Temiar. Regional Conference on
188
Values and Humanities (RECOVH) 2012. Kota Bharu : Universiti Malaysia
Kelantan. Tidak diterbitkan.
Ab. Rahman, A. (1987). Jabatan Hal Ehwal Orang Asli: Sejarah penubuhan dan
kejayaannya (1954-1980). Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana.
Baba Nyonya The Vanishing Heritage : Reclaiming A Community Village Of Its Own
Identity.
Baharuddin, S. A. (1990). Masyarakat Malaysia yang membangun. Dewan Bahasa
dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Balqis Aisyah. Budaya Popular Mengugat Pelestarian Budaya Tradisional.
https://www.academia.edu/5150423/FORUM_BML_3113
Berg, B. L. (2004). Qualitative research methods for the social sciences. (5th ed.).
Boston : Pearson Education.
Bon, A. T. (2003). Kenali Kami : Masyarakat Orang Asli di Malaysia. Batu Pahat :
Penerbit KUiTTHO.
Chin, M. K. (1990). Sejarah penubuhan dan dasar pentadbiran Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli semasa dan selepas zaman darurat (1948-1970).
Universiti Sains Malaysia : Tesis Sarjana.
Chua Yan Piaw. (2006). BUKU 2 Asas Statistik Penyelidikan: Kaedah Dan Statistik
Penyelidikan. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Claudia Sobrevila. (2008). The Role of Indigenous Peoples in Biodiversity
Conservation: The Natural but Often Forgotten Partners.Washington : The
International Bank for Reconstruction and Development.
Coleman, L. (2013). 57737120-OA-Jakun. Dicapai pada 30 Mac, 2014 dari
https://www.scribd.com/doc/133584366/57737120-OA-Jakun
Denaizal. (2009). Orang Asal: Budaya Masyarakat Orang Asli. Dicapai pada Mei
29, 2013 dari http://denaizal.blogspot.com/2009/03/budaya-masyarakatorang-asli.html
Dollah. H, S. Bahri M. Radzi, S. Ishak & M. L. Abd. Rahman. (2004). Cerita Orang
Jakun Endau Rompin. dlm. ICOSH‟04. hlm. 162-171, 14-16 Disember 2004.
Eco-Tourism Johor Malaysia. Johor Tourism Action Council (JOTIC).
Farah Shaqhirah. (2011). Kepentingan Pemuliharaan Warisan Kebudayaan Di
Negara
Malaysia.
Dicapai
pada
Ogos
1,
2014
dari
http://www.scribd.com/doc/52306655/Kepentingan-Pemuliharaan-WarisanKebudayaan-di-Negara-Malaysia
Hasbullah, F. & Ibrahim, Y. (2004). Homestay dan Kesannya Terhadap
Sosioekonomi Desa. Seminar Kebangsaan PPSPP 2. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
189
Fadzil, F. A. S. & Samadi, Z. (2009). Penghasilan Model Pembangunan Mapan
Untuk Komuniti Kampung Santubong, Sarawak. National Conference of
Research Knowledge & Intellect Application 2009. Perak : Universiti
Teknologi Mara.
Dollah, H. M. Radzi, S. H. Ishak, S. Abd. Rahman, M. L. (2004). Cerita Orang
Jakun Endau Rompin. ICOSH‟04. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
pp. 162-171.
Dollah, H. (2008). Komuniti Orang Jakun : Peminggiran dan Pembangunan. dlm.
Gill, S. & Yok Fee, L. (Ed). Masyarakat & Kepelbagaian Sosial di Malaysia.
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Edmunds, H. (1999). The focus group research handbook. Illinois : NTC Business
Books.
Evans, I. H. N. (1970). Studies in religion, Folk-lore and custom in British North
Borneo and the Peninsula. London : Fran Cass.
Farizy, A. (2012). Melestarikan dan Menjaga Aset Bangsa. Dicapai pada 31
Januari, 2015 http://azizalfarizy.wordpress.com/2012/06/24/melestarikandan-menjaga-asetbangsa/
Haffiz, H. (2008) Persekitaran Luar Bandar Di Malaysia Persekitaran
Luar
Bandar Di Malaysia Dan Isu-Isu Semasa Luar Bandar. Dicapai pada Febuari
7, 2015 dari http://hasrolhaffiz.blogspot.com/2008/04/persekitaran-luarbandar-di-malaysia.html.
Hamsan, H. & Abu Samah, A. (2008) . Kesihatan dan perubatan masyarakat Orang
Asli. Dlm. Ma‟Rof Redzuan & Sarjit Gill (pnyt.). Orang Asli: Isu,
Trasformasi dan Cabaran. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Hamat, N. A. & Ab Rahman, Z. (2012). Kajian Kraf Masyarakat Asli Suku
Temiar. Dicapai pada Mei 20, 2014 dari
http://transformasiguru1malaysia.blogspot.com/2012/08/kajian-krafmasyarakat-asli-suku-temiar.html.
Hamsan, H. & Abu Samah, A. (2008). Kesihatan dan perubatan masyarakat Orang
Asli. dlm. Redzuan, M. & Gill, S. (Ed). Orang
Asli: Isu, Trasformasi
dan Cabaran. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Harun, N. & Hamid, N. A. (2010). Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) : Sejauh
mana melindungi Hak Orang Asli : Satu Kajian Perbandingan. 1st
International Conference on Public Policies & Social Science 2010 (IcoP
2010). Merbok : UiTM Kedah. 1-14.
Hasamim, K. (2013). Masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Dicapai pada Jun 1,
2014 dari http://www.scribd.com/doc/168251835/Masyarakat-Baba-DanNyonya Di-Melaka
190
Hassan Mat Nor. 1988. Warga bumi menghadapi cabaran pembangunan. Kertas
Kadangkala bil. 8. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hood, S. (2004). Masa Depan Sosio Ekonomi Orang Asli Dalam Milenium Baru.
Seminar Orang Asli 10 Mei 2004.
Hussin, S. Hubungan Etnik. Dicapai pada 20 Febuari, dari 2015 http://hubungan
etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-masyarakat.html.
Ibrahim, Y. (2009). Komuniti, Pembangunan & Transformasi. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ibun, N. (2009). Cerita Rakyat Temuan di Negeri Sembilan : Analisis Struktural.
Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Tesis Sarjana.
Idris, N. (2014, November 9). Platform Usahawan Orang Asli. Harian Metro. ms.48.
Idris, S. (2006). Budaya Perkahwinan Orang Asli Jakun di Rancangan Penempatan
Semula (RPS) Mukim Bekok, Segamat, Johor. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Iskandar Carey. (1976). The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia. Kuala
Lumpur : Oxford University Press.
Ismail, N. (2014). Platform usahawan Orang Asli. Harian Metro. 9 november 2014.
Jamil, A. (2008). Peranan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM)
dalam pembangunan Orang Asli. dlm. Redzuan, M. & Gill, S. (Ed). Orang
Asli: Isu,Trasformasi dan Cabaran. Serdang : Penebit Universiti Putra
Malaysia.
Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Mersing. (2012). Profil Kampung Peta.
Jabatan Audit Negara Malaysia. (2002). Laporan Ketua Audit Negara : Negeri Johor
Tahun 2002.
Jana Ságlová. (2009). The Australian Aboriginal People in the Past and Present:
Thinking White?. Masaryk University: Tesis Ijazah Sarjana.
Jessica Christine Lai. (2010). Māori Culture in the Modern World: Its Creation,
Appropriation and Trade. i-call Working Paper No. 02. University of
Luzern, Switzerland.
Juli Edo. (2010). Adat Dan Nilai Masyarakat Orang Asli. Kuala Lumpur : Universiti
Malaya.
Juli Edo. (2010). Warisan-Warisan Orang Asli yang Terancam. Kuala Lumpur
Universiti Malaya.
191
Ghazali, K. Suffian, S. & Shamsudin, K. A Jakun Sense of Identity. Kuala Lumpur :
University of Malaya.
Laman Web Rasmi Jabatan Warisan Negara Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia.
Dicapai
pada
Jun
23,
2013
dari
www.heritage.gov.my/v2/index.php/ms/warisan-tidak-ketara/program
kesedaran/jejak-warisan
Laman Web Rasmi Jabatan Muzium Malaysia. Galeri Seni Kraf Orang Asli. Dicapai
pada Julai 1, 2013 dari http//www.jmm.gov.my/ms/galeri-seni-kraf-orang-asli
Laman Web Rasmi Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Dicapai pada
Febuari 7, 2015 dari http://www.motac.gov.my/profil/dasar-kementerian
Laman Web Rasmi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dicapai pada
Febuari 7, 2015 dari http://www.rurallink.gov.my/
Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Orang Asli. Dicapai pada April 24, 2015
dari http://www.jakoa.gov.my/orang-asli/maklumat-orang-asli/
Laman Web Rasmi Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai pada April 1,
2015 dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=amalan
Laman Web Rasmi Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai pada April 1,
2015 dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pendedahan
Laman Web Rasmi Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai pada April 1,
2015 dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengetahuan
Langdon, S. Prosper, R. & Gagnon, N. (2010). Two Paths One Direction: Parks
Canada and Aboriginal Peoples Working Together. The George Wright
Forum, (volume 27, no.2) pp. 222 – 233.
Liu, O. P. Yusoff, N. H & Abdul Halim, S. (2010). Menjejak Semangat „Kawi‟:
Langkawi sebagai Geopark. AKADEMIKA, 80. pp. 55 – 68.
Mamat, M. (2009). Interaksi masyarakat peribumi dan alam sekitar: Satu
kajian etika dalam novel Jong Chian Lai. Simposium Kebudayaan
Indonesia-Malaysia (SKIMIX), Universitas Padjajaran, Bandung, Indonesia.
Marshall, C., & Rossman, G. B. (1999). Designing qualitative research. (3rd ed.).
Thousand Oaks : Sage Publications.
M. Puvenesary, A. Rahim, R. R. Sivabala N, Badzis. M, M. Nayan N. A, & A. Aziz,
N. H. (2011). Qualitative Research: Data Collection & Data Analysis
Techniques. Kedah : Universiti Utara Malaysia Press.
M. S, Kamaruddin. (2010). Transformasi Sosio-Budaya dan Ekonomi Orang Asli:
Beberapa Kajian Kes. Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan
Persekitaran. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
192
Mee. S. & Ibrahim, Y. (2008). Pembandaran dan Penempatan Semula Komuniti
Orang Asli. Disunting oleh Yahaya Ibrahim. dlm. Redzuan, M. & Gill, S.
(Ed). Orang Asli: Isu, Trasformasi dan Cabaran. Serdang : Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Mohammad, A, M. M. & Abdullah, S. (2004). Pembentukan Nilai-Nilai Murni
Masyarakat Semai Melalui Konsep Pandang Dunia (World View): Satu
Analisis Awal. Pusat Kemahiran Komunikasi dan Keusahawanan Arau:
Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).
Mohd, Y. Y., Ahmad, M. N. & Omar D, M. A. (2009). Laporan Kajian Warisan
Orang Kuala: Kajian Kes di Batu Pahat dan Pontian, Johor. Jurnal Melayu, 4.
pp. 143-160.
Mustaffa, O. (2006). Pembangunan dan Impak Demografi Ke Atas Komuniti Jakun.
Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nadchatram, I. (2007). Inspirasi daripada kisah dongeng dan lagenda untuk
mempertingkatkan tahap pembacaan anak-anak Orang Asli di Malaysia.
Dicapai
pada
30
Oktober,
2014
http://www.unicef.org/malaysia/msl/media_7116.html
Nancy Duxbury & Eileen Gillette. (2008). Indigenous Traditional Religions. Darwin:
The Larrakia Nation Aboriginal Corporation.
N. Laland, K. & R. Brown, G. (2011). Sense and Nonsense : evolutionary
perspectives on human behaviour. 2nd edition. New York : Oxford University
Press.
Naomi Kimpuri. (2009). State Of The World‟s Indigenous Peoples. Secretariat of the
Permanent Forum on Indigenous Issues : United Nations New York.
Ngah, I. (2008). Ke arah pembentukan komuniti lestari. dlm. Redzuan, M. & Gill, S.
(Ed). Orang Asli: Isu, Trasformasi dan Cabaran. Serdang : Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Ngah, I. (2010). 9 jerat warisan Jakun. Dicapai pada Mac 8, 2013 dari
http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/9jeratwarisanJakun/Article/index
Nicholas, C. (2000). The Orang Asli And The Contest For Resources. Indigenous
politics, Development And Identity In Penisular Malaysia. Copenhagen:
International Work Group For Indigenous Affairs.
N. Yussof, N. H. (1992). Latar belakang penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang
Asli (1954-1960). Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan.
Orang Asli 1954 – 2009. JHEOA. Ampang : Kuala Lumpur.
193
Omar, L. S (November 18, 2014). Had umur belia 15-30 tahun bermula 2018.
Dicapai
pada
Disember
6,
2014
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/had-umur- belia-15-30-tahunbermula 2018-1.26083.
dari
Othman, M. Y. (2000). Menjejak Kualiti Menjana kecemerlangan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pat Dudgeon, Michael Wright, Yin Paradies, Darren Garvey & Ian Walker. (2010).
The Social,Cultural, Historical Context. Working Together.
Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. 2nd. ed. Unites
States of America : Sage Publications.
Pelan Induk Taman Negara. (1987).
Pelan Pengurusan Hidupan Liar Taman Negara Endau Rompin (PERHILITAN).
Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2011). Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli 20112015. Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor. (2007). Khazanah Endau
Rompin Herba. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Perbadanan Taman Negara Johor. (2012).
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia & United
Nations Childrens Funds (UNICEF). (1998). Budaya, Pantang Larang dan
Amalan Kesihatan Orang Asli Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur :
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rani, F. (2005). Kebijakan Indonesia Di Era Pemerintah Susilo Bambang Yudoyono
Dalam Melestarikan Warisan Budaya. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-5
Riau: Universitas Riau. pp. 369-375.
Razak. 12/1/2009. http://cikgurazak.blogspot.com/2009/12/karangan-contoh.html
Redzuan, M. & Emby, Z. (2008). Orang asli : pembangunan dan ekologi hutan. dlm.
Redzuan, M. & Gill, S. (Ed). Orang Asli: Isu, Trasformasi dan Cabaran.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Roddin, R. & Sultan. S, N. S. (2013). Pembinaan Keupayaan Dalam Pelancongan
Orang Asli: Satu Kajian Kes Dalam Komuniti Mah Meri. Proceeding of the
International Conference on Social Science Research, ICSSR. Penang :
Universiti Sains Malaysia.
Rosley, N. A. (2009). Kajian Impak Pembangunan Terhadap Komuniti Orang
Seletar: Kajian Kes Di Kg. Simpang Arang, Johor Bahru. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia. Tesis Sarjana.
194
Sa‟at, S. F. & Zakaria, J. (2013). Masa Depan Cerita Rakyat Masyarakat Orang Asli
Jakun. International Journal of the Malay World and Civilisation, (volume
1, No. 1) 83 - 88.
Sahdan, Z. Che Rose, R. A. & Ahmad, H. (2009). Perubahan Budaya Orang Bateq
Dalam Situasi Ekopelancongan Di Taman Negara. E-Bangi, (4). 159 - 169.
Sarawak Biodiversity Centre (2012). Dokumentasi Pengetahuan Tradisi. Dicapai
pada
Febuari
12,
2013
dari
http://www.sbc.org.my/index.php/ms/program/dokumentasi-pengetahuan
tradisi
Selat, N. (1993). Konsep Asas Antropologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Seow, T. W., Jamiran, M. N. S., Zainal Abidin, Z. Z. & Sam, S. A. (2012). Isu
Transformasi Sosioekonomi Komuniti Orang Asli. Seminar Ekspedisi
Saintifik Trans Selai-Peta 2012. Taman Negara Johor Gunung Ledang.
Seow, T. W., Jamiran, M. N. S., Zainal Abidin, Z. Z., Sam, S. A. & Sanmargaraja, S.
(2013). Kajian Awalan Terhadap Persekitaran Masyarakat Orang Asli Jakun
Di Kampung Peta. Seminar Serantau ke-2, Pengurusan Persekitaran Di
Alam Melayu. (2). 327 – 336.
Shuib, A. (2004). Tourism in Taman Negara Malaysia-Its Contribution as Perceived
by Residents of Ulu Tembeling. Jurnal Sains Kemasyarakatan
dan
Kemanusiaan, (47), 37-48.
Sinar Harian 28 Jun 2012. Memartabatkan Warisan Negara Ke Persada Dunia.
Dicapai pada Febuari
12,
2013
dari
http://www.sinarharian.com.my/rencana/memartabatkan-warisan-negara-kepersada-dunia-1.61739.
Soekanto, S. (1990). Sosiologi Suatu Pengantar. Jakarta: Rajawali Press.
Stewart, C.J., & Cash, Jr. W. B. (2003). Interviewing: Principles and practices. (10th
ed.). Boston : McGraw Hill.
Suhut, M. (2005). Peranan Masyarakat Orang Asli dalam Akta 134.
Persidangan Dasar Orang Asli di Masa Hadapan. Anjuran Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli & Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Malaysia.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). (2013). Laporan Inkuiri
Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli. Kuala Lumpur :
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Syed, M. Z. A. (2006). Impak Perwartaan Taman Negara Endau Rompin Dan
Penswastaan Rancangan Pengumpulan Semula Terhadap
195
Masyarakat Jakun Di Bekok, Johor. Universiti Kebangsaan Malaysia:
Projek Penyelidikan Sarjana.
Taib, A. (1985). Asas-asas antropologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.
Thornton, J. & Faisandier, S. (1998). Preconference workshop on focus groups.
Evaluation news & comment, 7(2), 39-44.
Tilstone, C. (Ed.) (1998). The technique of observation. In observing teaching and
learning : Principle and practice. London : David Fulton Publisher.
Ujang, Z. (2008). Endau Rompin dan Ekotourism. Berita Harian. Dicapai
Disember 3, 2013
http://www.cheme.utm.my/staff/zaini/images/DOCUMENTS/bhendaurompin- 11julai2008.pdf
pada
dari
Utusan Online. (2013). Pusat Kebudayaan Orang Asli di Pulau Carey. Dicapai pada
Julai 1,
2013 dari
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2004&y=2007&dt=0
304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_08.htm
Utusan Online. (2011). Orang Asli di Malaysia Paling Beruntung. Dicapai pada Jun
22, 2013 dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1128&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
Utusan Online. (2012). Keunikan Suku Kaum Orang Asli Pahang. Dicapai pada
April 20,
2013
dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0612&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_01.htm
Utusan Online. (2014). Farabi Sheikh Said Al Jabri.
terhakis.
Elak budaya tamadun
Utusan Online. (2011, November 11). Orang Asli di Malaysia paling beruntung.
Dicapai pada Ogos 1, 2014 dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1128&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
Utusan Online. (2007, Mac 4). Pusat Kebudayaan Orang Asli di Pulau Carey.
Dicapai
pada 30 November, 2014 dari
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2007&dt=0304&
pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_08.htm
W. A. Amir Zal. 2013. Pembentukan modal insan Orang Asli Darat dan Laut di
Malaysia. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space,
(9 issues 4). 1 - 14.
196
W. M. Zahid, M. N. (1988). Ke arah pelaksanaan nilai-nilai dalam KBSM: Falsafah
pendidikan negara. Seminar nilai-nilai murni merentas Kurikulum dalam
KBSM. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
W. Teh, W. H. (1991). Menonjolkan imej Malaysia melalui faktor budaya
usaha menggalakkan pelancongan. Sari 9: 73-82.
sebagai
Yatim. O. (2005). Pembudayaan muzium, pelestarian, warisan dan pembinaan
bangsa. November 18, 2005. Universiti Malaysia.
Yusof, M. S. (2011). Daftar Kata : Bahasa Melayu – Bahasa Orang Asli (BM-BOA).
SIRI 2
DWIBAHASA
MELAYU/MELAYU-PROTO
(Jakun/Kanaq/Kuala/Seletar/Semelai/Temuan). Kuala Lumpur : Jabatan
Kemajuan Orang Asli.
Yusof, R. (2010). Asas Sains Sosial : Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zeppel, H. (2003). Sharing the Country: Ecotourism Policy and Indigenous Peoples
in Australia. dlm. Fennell, D. A. & Dowling, R. K. (Ed). Ecotourism Policy
and Planning (55-71). United Kingdom : CABI Publishing.
Download