Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

advertisement
AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013
107
Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia
Tahun 2012 menyaksikan ekonomi
global menghadapi situasi tidak
ketara
Pertumbuhan ekonomi global menjadi
sederhana kepada 3.2% daripada 3.9%
pada tahun 2011 ditarik oleh krisis
kewangan berterusan Zon Eropah dan
kebimbangan mengenai pembaharuan
dasar fiskal di Amerika Syarikat. Aliran
ini mempengaruhi perdagangan global
yang berkembang pada kadar yang
lebih perlahan sebanyak 2.8% daripada
5.9% pada 2011 dan bergantung pada
pertumbuhan ekonomi tempatan pasaran
baru muncul dan ekonomi-ekonomi
membangun.
Pasaran komoditi telah menerima kesan.
Selain daripada harga minyak mentah
yang kekal tinggi, harga komoditi lain
jatuh berikutan permintaan global yang
lemah dan keadaan bekalan yang lebih
baik. Oleh itu, tekanan inflasi turun ke
tahap yang lebih rendah. Didorong oleh
ketidaktentuan luaran, banyak negaranegara memulakan pelonggaran dasar
monetari dalam usaha untuk menyokong
pertumbuhan.
Pertumbuhan ekonomi Asia yang bermula
perlahan pada tahun 2011, diteruskan
pada tahun 2012. Pertumbuhan terjejas
oleh kelemahan dalam permintaan
luaran.
Khususnya,
pertumbuhan
ekonomi menjadi semakin lemah bagi
Ekonomi Perindustrian Baru (“NIE”)
disebabkan oleh limpahan kesan buruk
daripada sektor luar terhadap permintaan
domestik.
Kelembapan
dalam
pertumbuhan
ekonomi China adalah disebabkan
oleh langkah-langkah dasar yang
lebih ketat yang dilaksanakan untuk
memperlahankan sektor hartanah. Pada
masa yang sama, pihak berkuasa China
tidak mendedahkan apa-apa dasar
pembangunan utama. Banyak usaha
mereka ditumpukan kepada penstabilan
pertumbuhan dan pengimbangan semula
ekonomi. Walau bagaimanapun, prestasi
ekonomi China telah bertambah baik
menjelang akhir tahun 2012, disokong
oleh pelaburan infrastruktur dan beberapa
penstabilan dalam pasaran hartanah.
Sementara itu, kebanyakan ekonomi di
ASEAN mencatatkan pertumbuhan yang
agak mantap. Inisiatif yang dipimpin
oleh kerajaan dan permintaan domestik
yang bingkas ternyata menjadi pemacu
pertumbuhan utama. Ia disokong pula
oleh keadaan pasaran tenaga kerja yang
menggalakkan, akses berterusan kepada
pembiayaan dan pendapatan yang
meningkat.
Malaysia kekal berdaya tahan
dengan pertumbuhan disokong oleh
permintaan domestik
Antara
ekonomi
ASEAN
yang
mencatatkan
pertumbuhan
yang
menggalakkan ialah Malaysia. Walaupun
ekonomi kita adalah yang kedua paling
terbuka di ASEAN, ia telah mencatat
prestasi yang lebih baik daripada yang
dijangkakan pada tahun 2012. Ekonomi
berkembang sebanyak 5.6% lanjutan
daripada pertumbuhan 5.1% pada
tahun 2011. Pertumbuhan kukuh ini
menghampiri kadar pertumbuhan purata
5 tahun sebelum krisis kewangan global
meletus.
Perkembangan yang kukuh dalam
permintaan
domestik
mengimbangi
eksport lemah yang meningkat sebanyak
0.6% daripada 9.2% pada tahun 2011.
Pertumbuhan 10.7% yang dicatatkan
oleh permintaan domestik daripada
8.2% pada tahun 2011 adalah yang
tertinggi dalam dekad ini. Pertumbuhan
disokong kuat oleh pembesaran dalam
penggunaan swasta dan juga pelaburan
tetap.
Sementara itu, senario permintaan
domestik tidak mencerminkan suasana
pada tahun 2009, apabila persekitaran
luaran yang lemah menjejaskan ekonomi
domestik melalui penggunaan swasta
dan pelaburan swasta yang lebih rendah.
Permintaan domestik kekal berdaya tahan
kerana asas makroekonomi yang kukuh,
struktur ekonomi yang lebih pelbagai dan
seimbang, sistem kewangan yang lebih
teguh dan membangun dan fleksibiliti
dasar ekonomi makro yang lebih besar.
Sentimen pengguna yang positif
menggerakkan penggunaan swasta
Penggunaan swasta meningkat dengan
lebih cepat pada kadar 7.7% (+7.1%
pada tahun 2011) disebabkan oleh
sentimen pengguna yang bertambah
baik. Pasaran buruh yang stabil
digambarkan oleh kadar pengangguran
rendah sebanyak 3.0% (3.1% pada
2011); permintaan yang lebih tinggi
terhadap
pekerja
mengakibatkan
pertumbuhan upah nominal yang lebih
tinggi dalam sektor swasta; pelarasan
gaji penjawat awam dan pesara di
bawah Skim Saraan Malaysia (“SSM”)
yang dipertingkatkan; bantuan Kerajaan
kepada isi rumah berpendapatan rendah
dan sederhana pada tahun 2012 melalui
Bantuan Rakyat 1Malaysia (“BR1M”),
Baucar Buku 1Malaysia (“BB1M”)
dan persekolahan bantuan untuk
pelajar sekolah rendah dan menengah
menggalakkan perbelanjaan pengguna.
Di samping itu, syarat pembiayaan yang
menarik dengan kadar pinjaman purata
(“ALR”) bagi pinjaman baru kepada
isi rumah berkurangan kepada 4.6%
(2011:4.8%)
menyaksikan
jumlah
pembiayaan bank kepada isi rumah
meningkat sebanyak 11.6% (2011:12.9%).
Namun,
peningkatan
kepada
penggunaan swasta telah dinafikan oleh
tekanan menurun pendapatan kawasan
luar bandar berikutan harga lemah getah
dan minyak sawit yang jatuh masingmasing sebanyak 29.3% (2011:+30.9%)
dan 13.0% (2011:+21.1%). Walau
bagaimanapun, untuk peneroka Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (“FELDA”),
kejatuhan dalam pendapatan luar
bandar telah ditangani sebahagiannya
oleh pembayaran RM15,000, yang telah
dikeluarkan dalam tiga fasa kepada
setiap peneroka FELDA selaras dengan
penyenaraian Felda Global Ventures
Holdings, yang berjumlah sebanyak
RM1.7 bilion.
Penggunaan awam perlahan sejajar
dengan penyatuan fiskal
Selaras dengan usaha berterusan
Kerajaan
untuk
mengukuhkan
kedudukan fiskalnya, penggunaan awam
meningkat secara sederhana sebanyak
5.0% (+16.1% pada tahun 2011).
Perbelanjaan sederhana ke atas bekalan
dan perkhidmatan lebih mengimbangi
perbelanjaan keseluruhan emolumen
yang tinggi disebabkan oleh kenaikan
gaji yang lebih tinggi dan pembayaran
bonus kepada kakitangan awam.
Pelaburan tetap melonjak kepada
rekod tertinggi dalam 12 tahun
Pelaburan tetap mencatat prestasi
terbaik dalam tempoh 12 tahun, melonjak
sebanyak 19.9% daripada 6.5%
pada tahun 2011. Pertumbuhan kuat
adalah disebabkan oleh perbelanjaan
modal yang lebih tinggi di seluruh
sektor ekonomi. Secara khususnya,
108
AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013
Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia (Samb.)
sektor perkhidmatan, pembuatan dan
perlombongan
mendapat
manfaat
daripada aktiviti penggunaan domestik
yang kukuh, permintaan serantau yang
berdaya tahan dan pelaburan lebih
tinggi dari sektor minyak dan gas yang
dirangsang oleh harga minyak mentah
yang kukuh. Pelaburan tetap juga
mendapat manfaat daripada projek
infrastruktur berterusan di bawah ETP
dan koridor pertumbuhan serantau.
Peningkatan stabil dalam iklim pelaburan
berikutan pengenalan langkah-langkah
untuk meningkatkan lagi suasana untuk
melakukan perniagaan di Malaysia
menjadi faktor penggalak seterusnya.
Pelaburan swasta meningkat dengan
kukuh
Pelaburan swasta meningkat dengan
kukuh sebanyak 22.0% daripada 12.2%
pada tahun 2011. Perbelanjaan modal
yang kuat dalam sektor perkhidmatan
berkaitan
pengguna
digabungkan
dengan aktiviti pembuatan domestik
yang berkaitan dan pelaksanaan projekprojek infrastruktur utama seperti sistem
rel transit laju massa di Kuala Lumpur,
pengembangan pemprosesan minyak
dan gas dan projek-projek tenaga yang
lain, dan rangkaian jalur lebar berkelajuan
tinggi meningkatkan pelaburan swasta.
Oleh itu, nisbah pelaburan modal tetap
kepada KDNK berada pada 25.6%,
yang tertinggi dalam 14 tahun, walaupun
masih jauh di bawah kadar 40% ketika
pertengahan 1990-an.
Pelaburan awam meningkat dengan
mendadak
Pada masa yang sama, pelaburan
awam mencatat peningkatan mendadak
sebanyak 17.1% selepas mengecut
sebanyak 0.3% pada tahun 2011.
Perbelanjaan
modal
yang
lebih
tinggi dalam sektor minyak dan gas
terutamanya di bidang penerokaan
dan pembangunan minyak dan gas,
penggunaan semula telaga minyak
yang sedia ada, dan pembinaan
terminal pengeluaran semula gas di
Melaka meningkatkan pelaburan awam.
Faktor lain yang menyumbang kepada
pelaburan awam yang lebih tinggi
adalah pembinaan sebuah terminal baru
bagi syarikat penerbangan kos rendah
(KLIA2), pemodenan rangkaian pesawat,
pembesaran sistem transit rel ringan dan
pembelian peralatan untuk menambah
baik perkhidmatan kereta api bandar
dalam
sub-sektor
pengangkutan.
Bidang-bidang
pelaburan
lain
adalah dalam sub-sektor utiliti dan
telekomunikasi, termasuk pembinaan
loji janakuasa dan infrastruktur untuk
meluaskan liputan rangkaian Jalur Lebar
Berkelajuan Tinggi (“HSBB”).
Sektor perkhidmatan dan pembinaan
adalah pemacu utama pertumbuhan
Sektor perkhidmatan yang menyumbang
55% daripada pertumbuhan ekonomi
terus berkembang pada kadar yang sihat.
Ia berkembang sebanyak 6.4% daripada
7.0% pada tahun 2011. Sumbangan
utama datang dari sektor borong
dan runcit serta sektor perkhidmatan
kewangan. Sektor pembinaan melonjak
sebanyak 18.5% (+4.6% pada tahun
2011) hasil daripada projek infrastruktur
dan perindustrian yang diterajui oleh
kerajaan yang mendapat momentum.
Sektor pembinaan kediaman juga
memberangsangkan.
Pengeluaran sektor pembuatan dan
pertanian jatuh, tetapi perlombongan
kembali pulih
Sementara itu, sektor pembuatan
berkembang
sederhana
sebanyak
4.8% (+4.7% pada tahun 2011) kerana
permintaan lemah global terhadap
elektronik. Sektor pertanian terjejas
akibat dari pengeluaran getah yang
berkurangan berikutan cuaca buruk,
manakala kelapa sawit telah terjejas
disebabkan oleh kemerosotan hasil.
Akibatnya, keluaran daripada sektor
pertanian berkembang setakat 0.8%
sahaja. Sektor perlombongan kembali
pulih daripada penguncupan sebanyak
5.7% pada tahun 2011 kepada
peningkatan 1.4% pada tahun 2012 di
sokong oleh pengeluaran minyak yang
lebih tinggi.
Pasaran buruh yang stabil
Didorong oleh pertumbuhan ekonomi
yang lebih kukuh, pengambilan pekerja
meningkat sebanyak 3.6% (+3.2%
pada 2011), dengan pertambahan
bersih sebanyak 438,000 pekerjaan.
Keuntungan
dalam
pekerjaan
disumbangkan oleh sektor perkhidmatan
dan pertanian. Sementara itu, jumlah
pemberhentian
pekerja
meningkat
kepada
11,494
orang
daripada
9,450
orang
lanjutan
daripada
pemberhentian yang lebih tinggi dalam
sektor perkilangan. Akibatnya, kadar
pengangguran keseluruhan bertambah
baik sedikit kepada 3.0% daripada 3.1%
pada tahun 2011.
Inflasi menyusut
Purata keseluruhan inflasi ialah 1.6%
(+3.2% pada tahun 2011) disebabkan
oleh kadar kenaikan harga kos makanan
dan pengangkutan yang lebih perlahan.
Makanan yang merupakan penggerak
utama inflasi di beberapa tahun
kebelakangan ini meningkat pada kadar
sederhana disebabkan tekanan harga
luaran yang sederhana dan peningkatan
yang ketara di dalam pembekalan
makanan domestik. Selain daripada
itu, subsidi bahan api, makanan ruji
dan elektrik membantu mengurangkan
tekanan inflasi.
Eksport menjunam
Eksport mencatatkan peningkatan yang
lemah iaitu 0.6% daripada 9.2% pada
tahun 2011 hasil daripada permintaan
yang lesu dari ekonomi maju dan kurang
permintaan dari ekonomi serantau. Ini
terjadi akibat daripada komoditi mentah
dan produk elektrik dan elektronik (“E&E”)
yang lemah, yang lebih mengimbangi
keuntungan eksport bukan E&E serta
eksport perkhidmatan.
Import kekal kukuh
Selaras dengan pertumbuhan ekonomi
yang lebih kukuh, import meningkat
sebanyak 5.9% daripada 8.5% pada
tahun 2011. Pertumbuhan import yang
kukuh datang daripada barangan modal
yang diketuai oleh import untuk jentera,
peralatan telekomunikasi dan pesawat
penumpang. Import barangan pengguna
meningkat
berikutan
perbelanjaan
pengguna
yang
sihat.
Namun,
peningkatan import telah diganggu oleh
penguncupan dalam import barang
pengantara.
Mengecilkan lebihan akaun semasa
Eksport yang lemah digabungkan
dengan import berkaitan pelaburan
dan penggunaan yang tinggi telah
mengecilkan lebihan akaun semasa
kepada 6.6% daripada Pendapatan
Negara Kasar (“GNI”) daripada 11.3%
pada tahun 2011.
AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013
Defisit fiskal dipotong
Dasar fiskal terus memberi tumpuan kepada merangsang ekonomi dalam tempoh
terdekat sambil memudahkan transformasi ekonomi jangka panjang. Akibat
daripada pemindahan wang tunai dan faedah lain bagi pengguna dan insentif untuk
pembesaran perniagaan, perbelanjaan Kerajaan meningkat daripada anggaran
awal sebanyak 9.4% kepada RM252.4 bilion. Dengan perolehan yang meningkat
sebanyak 12.1% kepada RM207.9 bilion, keseluruhan defisit fiskal mengecil kepada
4.5% daripada KDNK pada 2012 daripada 4.8% daripada KDNK pada tahun 2011.
Dasar monetari yang lebih seimbang
Walaupun ekonomi domestik berada di landasan yang betul untuk pertumbuhan yang
stabil, tahap ketidaktentuan yang tinggi ekonomi dan kewangan global menimbulkan
risiko kepada prospek pertumbuhan ekonomi. Dalam persekitaran risiko inflasi yang
sederhana, Jawatankuasa Dasar Monetari mengekalkan kadar faedah pada 3.00%.
Prospek Ekonomi 2013
Pemulihan akan kekal sukar
Walaupun prospek ekonomi global bagi 2013 dijangka bertambah baik, namun
perjalanan ke arah pemulihan ekonomi tetap kekal mencabar. Pertumbuhan
ekonomi di kalangan ekonomi maju utama akan meningkat secara beransur-ansur
diketuai oleh Amerika Syarikat. Pertumbuhan dari pasaran baru muncul dan negaranegara membangun dijangka akan lebih laju. Oleh itu, prospek pertumbuhan
ekonomi dunia untuk tahun 2013 dijangka berkembang sebanyak 3.4% daripada
3.2% pada tahun 2012.
Carta 1: Pertumbuhan Ekonomi Global (y-o-y%)
6.0
5.0
3.4%
4.0
3.0
2.0
1.0
2012
2010
2008
2006
2004
2002
2000
1998
1996
1994
1992
1990
1988
1986
1984
1982
1980
0
-1.0
Lebih penting lagi, ekonomi maju tersebut telah menyelesaikan dua ancaman
utama kepada pertumbuhan ekonomi global: potensi perpecahan kawasan Eropah
dan penguncupan fiskal yang tajam di Amerika Syarikat disebabkan oleh “tebing
fiskal”. Dalam tempoh terdekat, risiko akan didorong oleh perkembangan di kawasan
Eropah. Dalam jangka sederhana, reformasi institusi yang tidak mencukupi, ekonomi
tidak berkembang yang berpanjangan di kawasan Eropah, dan defisit fiskal yang
tinggi di Amerika Syarikat dan Jepun, kekal sebagai risiko utama.
109
Akibatnya, pembuat dasar perlu terus
mengamalkan dasar dan pendekatan
makroekonomi yang wajar. Keduadua Amerika Syarikat dan Jepun perlu
melaksanakan pelan penyatuan fiskal
jangka sederhana yang berhemah dan
pragmatik. Kesatuan Eropah perlu
mengukuhkan Kesatuan Ekonomi dan
Kewangan. Adalah perlu bagi pasaran
baru
muncul
dan
negara-negara
membangun untuk memulakan langkahlangkah untuk mengetatkan dasar.
Langkah-langkah tersebut harus bermula
dengan dasar kewangan dan dilengkapi
dengan langkah-langkah berhemah
dengan tujuan untuk menangani potensi
lebihan dalam sektor kewangan.
Pembuat dasar perlu mengemudi baki
fiskal ke tahap sihat pra-2008.
Prestasi ekonomi Asia yang membangun
dijangka mendapat momentum pada
tahun 2013 daripada permintaan
domestik yang teguh dan berterusan,
khususnya permintaan swasta yang
akan disokong oleh dasar kewangan
yang akomodatif dan dalam beberapa
kes dasar fiskal serta pasaran buruh
yang berdaya tahan. Permintaan
luar negeri juga dijangka bertambah
baik dan memberi sokongan kepada
pertumbuhan ekonomi Asia.
Ekonomi serantau utama Asia sedang
menuju ke arah pertumbuhan yang
sederhana dan mampan. Pada masa
yang sama, sumbangan rantau ini
kepada
ketidakseimbangan
global
yang timbul daripada lebihan akaun
semasa yang berterusan sedang secara
beransur-ansur mereda.
Sementara itu, perdagangan antara
rantau kini menjadi semakin penting,
yang paling ketara di Asia Tenggara.
Negara-negara
ASEAN
dijangka
mengekalkan pertumbuhan mantap
mereka, disokong oleh hubungan
dagang yang semakin utuh di rantau ini.
Ia dapat digambarkan melalui wawasan
untuk mempunyai sebuah perkongisan
ekonomi serantau yang menyeluruh
melalui kawasan perdagangan bebas
yang lebih luas. Pencapaian wawasan
ini akan terus meningkatkan dinamik di
Asia.
Adalah penting untuk mengetahui
bahawa salah satu kesan ekonomi
serantau kembali pulih kepada potensi
pengeluaran mereka ketika kecairan
110
AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013
Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia (Samb.)
global semakin meningkat adalah inflasi. Ia telah mula meningkat secara beransuransur. Walaupun inflasi dijangka kekal dengan bantuan harga komoditi global yang
stabil, pembuat dasar perlu berwaspada terhadap potensi tekanan ke atas inflasi.
sederhana dalam Belanjawan 2013 akan
memberi sokongan kepada perbelanjaan
isi rumah.
Perbalahan politik juga boleh mewujudkan ketegangan di rantau ini dan sekitarnya.
Kebimbangan potensi kehilangan keyakinan kepada dasar ekonomi serantau
boleh mengganggu perdagangan dan pelaburan. Oleh itu, pembuat dasar perlu
menggalakkan pertumbuhan yang lebih mampan dan menyeluruh. Pada masa yang
sama, mereka perlu mengawal risiko kestabilan kewangan dengan pengawasan
yang mencukupi.
Gangguan
ke
atas
peningkatan
penggunaan swasta adalah harga
komoditi yang lemah. Secara khususnya,
pendapatan isi rumah luar bandar akan
terjejas dari harga lemah komoditi. Di
samping itu, rasionalisasi seterusnya
untuk subsidi minyak dan barangan lain
boleh menjejaskan penggunaan swasta
dalam tempoh terdekat.
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar munasabah
Dengan selesainya pilihan raya baru-baru ini, diharapkan pembuat dasar akan terus
mengamalkan dasar-dasar ekonomi dan fiskal yang berhemah. Ekonomi domestik
dijangka akan berkembang sekitar 5.0%-5.3% pada tahun 2013. Pertumbuhan akan
terus didorong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.
Pada dasarnya, perbelanjaan swasta akan menjadi pemangkin pertumbuhan utama
untuk permintaan domestik. Asas makroekonomi yang kuat, disokong oleh dasar
makroekonomi yang pragmatik dan fleksibel dan sistem kewangan yang sihat
akan terus memberi sokongan dalam memacu perbelanjaan swasta. Sementara
itu, perbelanjaan awam akan terus menyokong pertumbuhan walaupun tumpuan
diberikan kepada penyatuan fiskal. Pengembangan modal oleh perusahaan awam
akan memberikan sokongan kepada pertumbuhan pelaburan umum.
Carta 2: Pertumbuhan Ekonomi (y-o-y%)
8.0
7.0
6.0
5.0
4.0
3.0
2.0
1.0
Pelaburan swasta akan terus kekal
kukuh dengan pertumbuhan dua angka
walaupun tidak mungkin mencapai
tahap rekod 2012. Pertumbuhan akan
disokong oleh penggunaan domestik,
pemulihan beransur-ansur dalam sektor
eksport, iklim pelaburan yang bertambah
baik dan persekitaran perniagaan yang
menggalakkan. Perbelanjaan modal
akan terus meluas di seluruh sektor dan
wilayah. Sektor perkhidmatan dijangka
terus
memberi
tumpuan
kepada
perdagangan runcit dan restoran,
telekomunikasi
dan
penerbangan,
hartanah kediaman golongan sederhana
dan
mewah,
dan
perkhidmatan
perniagaan yang mempunyai nilai
tambah yang tinggi seperti perkhidmatan
kejuruteraan, seni bina dan IT.
Perkilangan akan mendapat manfaat
daripada domestik dan aktiviti utama
yang berkaitan dan juga elektrik dan
elektronik (“E&E”). Perlombongan akan
menerima sokongan daripada projekprojek dan aktiviti-aktiviti berterusan
yang berkaitan dengan penerokaan dan
kajian bidang baru dan pelaksanaan
projek-projek pembangunan huluan.
Perbelanjaan awam perlu lebih
sederhana lagi
0
-1.0
2013f
2012
2011
2010
2009
2008
-2.0
Pelaburan swasta akan kekal sihat
Sentimen pengguna dijangka kekal positif
Penggunaan swasta akan kekal sihat sepanjang tahun. Pertumbuhan mampan dalam
pendapatan, pasaran buruh yang stabil, kadar inflasi yang rendah dan pelaksanaan
gaji minimum yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 27% daripada tenaga
kerja adalah pemangkin utama. Pasaran buruh yang ketat menunjukkan bahawa
kehilangan pekerjaan daripada gaji minimum yang baru mungkin hanya sementara.
Di samping itu, pemindahan Kerajaan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan
Perbelanjaan
awam
perlu
disederhanakan lagi seiring dengan
komitmen penyatuan fiskal Kerajaan.
Walau
bagaimanapun,
kedua-dua
penggunaan dan pelaburan awam
akan terus menyokong pertumbuhan.
Penggunaan awam akan disokong oleh
perbelanjaan untuk emolumen dan
bekalan dan perkhidmatan. Pelaburan
awam akan terus memberi tumpuan
kepada Program Transformasi Ekonomi
(“ETP”). Selain itu, perbelanjaan modal
oleh perusahaan awam akan kekal besar,
dengan memberi tumpuan terhadap
AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013
projek-projek infrastruktur utama, menyebabkan pertumbuhan yang mantap dalam
pelaburan awam secara keseluruhan.
Pertumbuhan meluas daripada sektor pengeluaran ekonomi
Semua sektor ekonomi utama adalah dijangka akan mencatatkan pertumbuhan
yang berterusan. Sektor perkhidmatan khususnya, akan mendapat manfaat
daripada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan iaitu perdagangan
runcit, penginapan dan restoran. Ketibaan pelancong yang lebih tinggi hasil
daripada kempen promosi untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 yang akan datang
dan permintaan yang rancak untuk pembiayaan terutamanya oleh perniagaan akan
menyediakan pemangkin positif kepada sektor ini.
Carta 3: Pengangguran (%)
111
Inflasi Lemah
Permintaan domestik yang kukuh
bersama-sama dengan rasionalisasi
subsidi secara beransur-ansur untuk
bahan api dan barang-barang lain akan
menambah tekanan ke atas terhadap
inflasi. Dan juga, jika harga makanan
global meningkat, ia boleh menambah
tekanan
untuk
inflasi
domestik.
Sementara itu, kesan daripada gaji
minimum ke atas jumlah kos syarikat
dijangka sederhana. Inflasi dalam 2013
dijangkakan sekitar 2.2%-2.5%.
Penambahbaikan beransur-ansur
dalam eksport
4.0
3.5
3.0
2.5
2.0
1.1
1.0
0.5
0.0
2013f
2012
2011
2010
2009
2008
Industri berorientasikan domestik iaitu aktiviti yang berkaitan dengan pengguna
dan pembinaan akan memacu pertumbuhan di sektor perkilangan. Sementara itu,
industri perkilangan berorientasikan eksport seperti E&E dan kelompok rendah yang
berkaitan dengan primer harus meningkat selaras dengan pemulihan ekonomi global
secara beransur-ansur. Dalam sektor komoditi, pertanian dijangka bertambah baik
lanjutan daripada pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih tinggi berikutan
hasil yang lebih baik dan pokok-pokok yang baru matang. Dan juga komoditi
makanan seperti ternakan dan sayur-sayuran mungkin akan bertambah baik. Sektor
perlombongan akan mengukuh hasil daripada pengeluaran gas asli, minyak mentah
dan kondensasi yang lebih tinggi.
Pasaran buruh akan kekal teguh
Berlatarbelakangkan asas-asas ekonomi yang sihat, ekonomi domestik perlu terus
mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang boleh diharapkan pada tahun 2013. Dalam
perkembangan itu, pasaran buruh akan kekal menggalakkan. Kadar pengangguran
keseluruhan harus kekal rendah pada 3.1% daripada tenaga buruh pada tahun 2013.
Eksport dijangka bertambah baik
secara beransur-ansur memandangkan
prospek ekonomi serantau yang lebih
baik. China dan India khususnya, yang
merupakan dua pasaran eksport penting
dijangka berkembang pada kadar yang
sihat pada tahun 2013. Negara-negara
ini harus memberi sokongan kepada
eksport komoditi Malaysia, walaupun
harga komoditi seperti minyak kelapa
sawit mungkin akan kekal lemah.
Sementara itu, pemulihan nasen eksport
perkilangan akan disokong oleh produk
perkilangan bukan E&E yang bergantung
kepada permintaan serantau. Bagi E&E
pula, ia dijangka kekal lemah dengan
sedikit peningkatan. Oleh itu, eksport
dijangka akan kekal lemah, dijangka
berlegar sekitar 0.2%.
Import akan menyederhana
Import mungkin akan menyederhana
dalam tahun ini tetapi terus mengatasi
pertumbuhan
dalam
eksport
memandangkan
permintaan
dalam
negeri yang kukuh. Import barangan
modal dan barangan penggunaan juga
dijangka kekal kukuh pada tahun ini.
Pada masa yang sama, adalah
diharapkan import barangan perantaraan
akan pulih. Pengilang bersedia untuk
meningkatkan pengeluaran mereka
bagi memenuhi permintaan eksport dan
menambah inventori.
Mengecilkan lagi baki pembayaran
akaun semasa
Dengan import berkaitan pelaburan
terus kukuh, dan eksport dijangka
mencatat pertumbuhan yang lemah,
baki pembayaran akaun semasa
boleh menurun lagi di bawah tekanan
112
AMMB Holdings Berhad (223035-V) | Laporan Tahunan 2013
Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia (Samb.)
Carta 4: Baki Akaun Semasa % GDP
sepanjang tahun. Di samping itu,
lebihan akaun semasa yang lebih rendah
boleh dikaitkan dengan defisit dalam
akaun perkhidmatan dan pendapatan,
walaupun lebih rendah daripada 2012.
Oleh itu, baki pembayaran akaun semasa
dijangka berlegar sekitar 4.3% daripada
KDNK.
18.0
16.0
14.0
12.0
10.0
Penyatuan dasar fiskal
8.0
-2.0
Walaupun kerajaan masih komited
terhadap pengukuhan fiskal, dasar
kewangan akan terus memberi tumpuan
kepada mengekalkan pertumbuhan
dalam tempoh terdekat dan memudahkan
transformasi jangka panjang ekonomi.
Selain itu, dasar ini dijangka akan
menggalakkan
pembaharuan
fiskal
melalui kajian menyeluruh sistem cukai,
rasionalisasi subsidi, dan langkahlangkah untuk meningkatkan kecekapan
perbelanjaan. Dengan pembaharuan
fiskal yang berterusan, sasaran defisit
fiskal pada tahun 2015 adalah 3.0%
daripada KDNK. Jangkaan adalah untuk
defisit fiskal di sekitar 4.0% daripada
KDNK pada tahun 2013.
-3.0
Dasar kewangan yang berhemah
-3.0
Pengurusan kewangan akan terus kekal
berhemah disokong oleh pemulihan
ekonomi global yang tidak sekata
digabungkan dengan risiko turun naik
dalam pasaran kewangan dan komoditi
serta kesan daripada aliran masuk
modal yang besar. Bank Negara dijangka
akan terus memberi tumpuan kepada
risiko kepada inflasi dan pertumbuhan
ekonomi. Memandangkan pertumbuhan
ekonomi dijangka kekal positif pada
tahun 2013 manakala inflasi meningkat
secara
beransur-ansur,
terdapat
kemungkinan yang kuat untuk dasar
monetari akomodatif yang sedia ada
untuk kekal utuh.
6.0
4.0
2.0
0.0
2013f
2012
2011
2010
2009
2008
Carta 5: Baki fiscal % GDP
0.0
-1.0
-4.0
-5.0
-6.0
-7.0
2013f
2012
2011
2010
2009
2008
-8.0
Carta 6: Kadar Dasar Semalaman (%)
4.0
3.5
3.0
2.5
2.0
1.5
1.0
0.5
Jun-13
Jan-13
Ogos-12
Mac-12
Okt-11
Mei-11
Dis-10
Jul-10
Feb-10
Sep-09
Apr-09
Nov-08
Jun-08
Jan-08
Ogos-07
Mac-07
Oct-06
Mei-06
Dis-06
Jul-05
Feb-05
Sep-04
Apr-04
0.0
Download