Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 1 of 5 https://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.[1] Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.[2][3] Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa.[4] Kadar inflasi Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, Kadar inflasi tahunan di A.S., ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan 1666-2004. pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula Ekonomi menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat Ekonomi mengikut kawasan boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang Kategori umum bertujuan untuk Mikroekonomi · Makroekonomi mengurangkan kesan Sejarah pemikiran ekonomi kemelesetan ekonomi),[5] Metodologi · Heterodox approaches dan menggalakkan pelaburan dalam projekEkonometrik projek modal bukan Ekonomi matematik · Statistik monetari. Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang.[6] Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik [tunjuk] Cross section & Panel Data Persamaan serentak · Siri masa Computational · Experimental National accounts Bidang dan subbidang Kelakuan · Budaya · Evolutionary Tumbesaran · Pembangunan · Sejarah International · Sistem ekonomi Monetary and Financial economics Public and Welfare economics 9/20/2015 12:12 PM Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 2 of 5 permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi. https://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi Health · Education · Welfare Population · Labour · Managerial Business · Information · Game theory Industrial organization · Law Agricultural · Natural resource Environmental · Ecological Urban · Rural · Regional · Geography Senarai Jurnal · Publications Kategori · Tajuk · Economists Ideologi ekonomi [tunjuk] Ekonomi: konsep dan Sejarah Portal Perniagaan dan Ekonomi Kotak ini: lihat · bincang · sunting (https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Templat:Economics_sidebar&action=edit) Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank. 1 Ukuran 2 Faktor inflasi 2.1 Inflasi tolakan kos 2.2 Inflasi tarikan permintaan 2.3 Inflasi diimport 2.4 Jangkaan pengguna 3 Kesan inflasi 4 Lihat juga 5 Bacaan lanjut 6 Pautan luar 7 Nota kaki Inflasi selalunya diukur(guna kalkulator) dengan mengira kadar kenaikan indeks harga yang selalunya merujuk kepada indeks harga pengguna (IHP). IHP mengukur harga satu kumpulan atau bakul barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Kadar inflasi diambil daripada kadar peratus perubahan IHP pada sesuatu masa. Indeks harga lain yang digunakan untuk mengira inflasi adalah seperti berikut: Indeks kos sara hidup Indeks harga pengeluar Indeks harga komoditi 9/20/2015 12:12 PM Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 3 of 5 https://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi Indeks harga pengguna teras Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh satu daripada faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini: Inflasi tolakan kos Inflasi tolakan kos disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Contohnya, jika kadar upah meningkat dengan tinggi maka kos pengeluaran akan meningkat. Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi. Inflasi tarikan permintaan Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh, tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada: Peningkatan tingkat pendapatan Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi. Peningkatan penawaran wang Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud. Inflasi diimport Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: Peningkatan harga di luar negara 9/20/2015 12:12 PM Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 4 of 5 https://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import terutamanya bagi sesebuah ekonomi terbuka yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika harga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara. Penurunan kadar pertukaran wang Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika Syarikat jatuh (bermakna semakin banyak ringgit diperlukan untuk membeli satu dolar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara. Jangkaan pengguna Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga. Inflasi merupakan salah satu masalah ekonomi yang serius. Ia memberikan kesan kepada aktiviti ekonomi, juga kebajikan individu dan masyarakat. Bank pusat Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan Indeks harga pengguna Deflasi Depresiasi Disinflasi Penurunan nilai Ekonomi Hiperinflasi Inflasi perakaunan Penyesuaian inflasi Makroekonomi Lengkungan Phillips Revolusi harga Peraturan 72 - satu peraturan mudah untuk mengira tempoh inflasi untuk mengurangkan kepada separuh nilai beli suatu jumlah yang tetap Seignorage Stagflasi Bahagian Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Inflasi Jerman 1920-an Inflasi petroleum sedunia Inflasi makanan sedunia 9/20/2015 12:12 PM Inflasi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 5 of 5 https://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi Krisis harga makanan 2007-2008 George Reisman, Capitalism: A Treatise on Economics (http://www.mises.org/books/capitalism.pdf) (Ottawa : Jameson Books, 1990), 503-506 & Chapter 19 ISBN 0-915463-73-3 Mishkin, Frederic S., The Economics of Money, Banking, and Financial Markets, New York, Harper Collins, 1995. Baumol, William J. and Alan S. Blinder, Macroeconomics: Principles and Policy, Edisi ke-10. Thomson South-Western, 2006. ISBN 0-324-22114-2 Bank Rizab Persekutuan Boston, "Understanding Inflation and the Implications for Monetary Policy: A Phillips Curve Retrospective" (http://www.bos.frb.org/economic/conf/conf53/index.htm), Siri 53 Persidangan, 9–11 Jun 2008, Chatham, Massachusetts. (Also cf. Phillips curve article) Inflation News (http://birlaa.com/index.php?s=inflation) 1. Lihat: Wyplosz & Burda 1997 (Glosari); Blanchard 2000 (Glosari) Barro 1997 (Glosari) Abel & Bernanke 1995 (Glosari) 2. Why price stability? (http://wayback.vefsafn.is /wayback/20051102225117/www.sedlabanki.is /?PageID=195), Bank Pusat Iceland, dicapai pada 11 September 2008. 3. Paul H. Walgenbach, Norman E. Dittrich and Ernest I. Hanson, (1973), Financial Accounting, New York: Harcourt Brace Javonovich, Inc. ms 429. “The Measuring Unit principle: The unit of measure in accounting shall be the base money unit of the most relevant currency. This principle also assumes the unit of measure is stable; that is, changes in its general purchasing power are not considered sufficiently important to require adjustments to the basic financial statements.” 4. Mankiw 2002 5. Mankiw 2002 6. Robert Barro and Vittorio Grilli (1994), European Macroeconomics, Bab 8, ms. 139, Rajah 8.1. Macmillan, ISBN 0-333-57764-7. Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Inflasi&oldid=3661226" Kategori: Inflasi Ekonomi Laman ini diubah buat kali terakhir pada 15:36, 13 Julai 2015. Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut. 9/20/2015 12:12 PM