muslimat ikatan persaudaraan islam jepun

advertisement
Camping
Learning
Islam
Ukhuwwah
Journey
Ikatan Persaudaraan Islam Jepun
②
Hari Pertama(Ahad 8 Ogos 2004)
1400 - 1600 Pendaftaran Peserta , Persiapan tempat perkhemahan dan solat Asar
1600 - 1700 Sesi Taaruf dan Pembahagian Kumpulan
1700 - 1800 LDK 1
1800 - 1900
Minum Petang dan Persiapan Diri
1900 - 2000
Solat Maghrib
Kuliah Maghrib - Hadis 5 :Menghapuskan Kemungkaran dan Bidaah
2000 - 2030 Makan Malam
2100 - 2300 Majlis Perasmian – "Mukmin Seimbang Aset Utama Kebangkitan Islam"
Bacaan Al-Quran dan Ucapan Perasmian
2315 - 0015 Malam Burung Hantu
0015 - 0030 Minum Malam
0030 -
Tidur
Hari Kedua(Isnin 9 Ogos 2004)
0330 - 0400
Solat Subuh,Bacaan ma`thurat
0400 - 0500
Kuliah Subuh - Saya Mestilah Muslim di Sudut Ibadah dan Akhlaq
0500 - 0730
Istirehat
0730 - 0830
Sarapan, Persiapan Diri dan Solat Dhuha
0850 - 1020
Pengisian 1 : Sirah : Perjanjian Aqabah & Hijrah
1020 - 1030
Rehat
1030 - 1200
LDK 2
1200 - 1400
Rehat, solat, makan tengahari
1400 - 1530
1530 - 1600
Pengisian 2 : Taubat
Solat Asar, Rehat
1600 - 1800
Riadhah (Muslimin: Treasure Hunt, Muslimat: Sukaneka)
1800 - 1900
Minum Petang dan Persiapan Diri
1900 - 1930
Solat Maghrib
1930 - 2100
Kuliah Maghrib - Tafsir : Surah Al-Ikhlas, 112 : 4 ayat
Surah An-Nas, 114 : 6 ayat
2110 - 2300
Makan Malam : BBQ
2300 - 2400
LDK 3 (Muslimat : Slot Muslimat)
2400 -
Tidur
②
③
Hari Ketiga(Selasa 10 Ogos 2004)
0330 - 0400 Solat Subuh dan Bacaan Ma`thurat
0400 - 0500 Kuliah Subuh - Sirah : Perang Badar
0500 - 0730
Istirehat
0730 - 0830 Sarapan , Persiapan diri dan Solat Dhuha
0850 - 1020 Pengisian 3 : Peranan wanita Islam dalam masyarakat masa kini
1020 - 1030
Rehat
1030 - 1200
Pengisian 4 : Forum - Fitnah Terhadap Umat Islam di Akhir Zaman
1200 - 1400
Solat Zuhur, Makan Tengahari dan Rehat.
1400 - 1530
Pengisian 5 : Perkara2 Yang Membatalkan Iman :
Kufur, Syirik, Riddah & Nifaq
1530 - 1600 LDK 4
1600 - 1615 Solat Asar dan Rehat
1615 - 1800 Riadhah
1800 - 1830 Persiapan Diri
1830 - 1900 Solat Maghrib
1900 - 1945 Makan Malam
2000 - 2200 Unggun Api dan Malam Kebudayaan Islam
2200 - 2220 Minum Malam
2220 -
Tidur
Hari Keempat(Rabu 11 Ogos 2004)
0200 - 0215 Qiamullail : Solat Sunat Tahajud
0215 - 0315 Muhasabah Diri
0315 - 0336 Qiamullail : Solat Sunat Taubat dan Witir
0340 - 0400 Solat Subuh (Qunut Nazilah)
0400 - 0430
Kuliah Subuh - Sirah : Perang Uhud
0430 - 0630 Istirehat dan Persiapan Diri
0630 - 0700 Sarapan
0700 - 0800 Muhasabah Program
0800 - 0900 Majlis Penutup
0930 - 1100 Kemas Tapak Perkhemahan
1100 -
Bersurai
③
④
Assalamualaikum wbt.
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengasih. Dia yang
mengutuskan Rasul-Nya SAW dengan petunjuk dan kebenaran utk memenangkan Islam
ke atas agama-agama yang lain, sekalipun dibenci oleh orang-orang musyrikin. Selawat
dan salam ke atas kekasih-Nya, junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Dan para
sahabat radhiAllahu-anhum yang bersama-sama baginda berjuang menegakkan Islam
sehingga sinarnya sampai kepada kita di hari ini. Dan seterusnya kepada para tabi’in,
tabi’ tabiin, ulama’-ulama’ dan mereka yang ikhlas berjuang atas landasan menegakkan
kebenaran Islam di atas muka bumi ini, sehingga ke hari ini.
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan hidayah-Nya kepada
kita, dapat sama-sama kita berkumpul di bumi Shirakawa ini, hanya dengan tujuan yang
satu, iaitu mencari redho Allah, dengan cara berkumpul merapatkan ukhwah, dan
menimba ilmu-ilmu Islam. Semoga perhimpunan kita pada kali ini, mendapat keberkatan
dan keredhaan daripada Allah swt.
Pada Summer Camp 2004 Anjuran IPIJ ini, kita bukan sahaja dapat menimba ilmu
daripada ustaz-ustaz, malah kita juga akan dapat menikmati keindahan alam semulajadi
ciptaan Allah, di samping beriadhah, sesuai dengan tema program kita pada kali ini, iaitu
Mukmin Seimbang Aset Utama Kebangkitan Islam. Semoga kita semua dapat mencapai
matlamat utama program, iaitu utk mewujudkan satu generasi mukmin yang bukan sahaja
terjamin dari aspek ukhrawinya malah dari aspek duniawinya juga.
Dengan generasi yang bakal wujud inilah, kita akan dapat melihat masa depan Islam akan
kembali cerah dan gemilang, dan kebangkitan Islam akan dapat dijana, sehingga
memastikan Islam berjaya mengatasi agama-agama, fahaman-fahaman dan cara hidup
lain di muka bumi ini. Saat itu akan tiba sekiranya kita bersungguh-sungguh menuntut
ilmu ukhrawi dan duniawi dan dalam masa yang sama sentiasa menjaga hubungan kita
dengan Allah Rabbul Izzati. Inilah dia keseimbangan yang dimaksudkan dan diharapkan
④
⑤
tertanam pada diri umat Islam amnya dan pemuda-pemudi Islam khususnya.
Akhir kata dari saya, marilah kita bersama-sama membulatkan niat dan azam kita hadir
ke program kali ini, semata-mata untuk menambah ilmu dan mencari keredhaan Allah.
Semoga kecintaan kita kepada Allah akan bertambah selepas program dan semoga
ukhwah yang dibina akan kekal berterusan. Selamat berprogram kepada semua.
Wassalam.
⑤
⑥
Wirid Selepas Solat
⑥
⑦
Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah : 255)
Doa Nabi Nuh Ketika Di Dalam Perut Ikan (Surah Al-Anbiya’:87)
Doa Qunut Nazilah
⑦
⑧
⑧
⑨
Syair Taubat
Banyak berlaku perselisihan, perpecahan dan buruk sangka kerana seseorang itu
memandang kepada sesuatu perkara sebagai bidaah yang diharamkan, sedangkan orang
lain pula memandang perkara itu tidak mengapa. Ini terjadi kerana berbezanya
penafsiran Bidaah itu di kalangan orang ramai?
Dari segi bahasa, bid'ah ini membawa erti INOVASI atau RekaCipta. Manakala antara
pengertian yang diberikan oleh Ulama ialah:
⑨
⑩
BIDAAH : DEFINASINYA MENURUT IMAM ASY-SYATIBI (RH) :
( I ) Takrif Yang Tidak Mengkategorikan Adat itu termasuk di dalam maksud Bidaah ,
tetapi hanya mengkhususkan Ibadat sahaja :
‫ﻃﺮﻳﻘﺔ ﻓﻲ اﻟﺪﻳﻦ ﻣﺨﺘﺮﻋﺔ ﺗﻀﺎهﻲ اﻟﺸﺮﻋﻴﺔ ﻳﻘﺼﺪ ﺑﺎﻟﺴﻠﻮك ﻋﻠﻴﻬﺎ اﻟﻤﺒﺎﻟﻐﺔ ﻓﻲ اﻟﺘﻌﺒﺪ ﻟﻠﻪ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ‬
Ertinya : Bid’ah itu adalah satu jalan atau cara yang diada-adakan di dalam agama yang
menyerupai hukum syariat, tujuan dikerjakannya ialah untuk berlebih-lebihan di dalam
mengabdikan diri ( ibadat ) kepada Allah Yang Maha Sucilah Dia .
( II ) Takrif yang turut mengkategorikan Bidaah itu termasuk juga di dalam
perkara-perkara adat , bukan semata-mata di dalam ibadah semata-mata :
Terdapat nas-nas tentang perkara ini. Telah pun diriwayatkan daripada Rasulullah saw "
Setiap perkara baharu dalah bida'ah, dan setiap bida'ah adalah sesat" (Hadith riwayat
Ibn Majah). Sepertimana juga yang disebut dalam hadith lain yg maksudnya " Sesiapa
yang mengadakan perkara baru dalam urusan Agama ini sedang ia bukanllah dari agama,
maka ia adalah ditolak " (Hadith riwayat Muslim).
Segolongan kaum muslimin cenderung bersandarkan hadith ini dan selainnya untuk
melebarkan lagi makna bida'ah. Bagi mereka hampir-hampir kesemua perkara baru, yang
meliputi semua urusan dunia dan akhirat adalah bida'ah. Meskipun ada sebahagian besar
dari kalangan mereka yang membataskannya pada urusan Agama.
Sebenarnya jika lihat skop BID'AH yang lebih luas, daripada kita tumpukan perhatian
melakukan inovasi keatas ibadat yang sedia ada, elok lagi kita tumpukan kepada
bid'ah-bid'ah yang menguntungkan masyarakat. Bid'ah atau Inovasi ini perlu bagi
mempertingkat masyarakat Islam. Research and development keatas hal-hal dunia amat
diperlukan
bagi
mempertahankan
maruah
dan
kemuliaan
Islam.
Islam
cuma
mengharamkan BID'AH didalam ibadat! Hal-Hal dunia, digalakkan melakukan bid'ah atau
inovasi. Didalam hal ibadat, kreativiti tidak diperlukan! Kenapa? Kerana ibadat itu sudah
cukup dan sempurna apabila Nabi saw meninggalkan kita 1400 tahun yang lalu.
Mungkin ada yang bertanya, seperti yang saudara keutarakan, NABI TAK LARANG PUN.
Islam membezakan antara perkara ibadat dan bukan ibadat. Kita ulangi kembali
kedua-kedua perbezaan prinsip ini:-
⑩
⑪
(1) Ibadat khusus
‫اﻷﺹﻞ ﻓﻲ اﻟﻌﺒﺎدات اﻟﺘﻮﻗﻒ‬
"Asal sesuatu ibadat itu diberhentikan".
Maknanya, setiap perkara yang dilakukan didalam ibadat mesti ada dalil! Jika tidak ada
dalil, hukumnya adalah terhenti yakni dilarang. Adalah menjadi sunnah untuk kita
meninggalkan apa yang Nabi saw tidak buat didalam soal-soal ibadat. Contoh yg sdr bawa
seperti azan untuk solat eid, Nabi saw tidak melakukan, maka adalah menjadi sunnah
untuk kita tidak melakukannya, dengan alasan setiap ibadat mesti ada dalil, kalau tidak ia
terhenti disitu!
Segala ibadat yang telah dilakukan oleh Nabi saw, adalah menjadi sunnah untuk
mengekalnya sebagaimana sedia adanya. Ibadat mesti bersifat original atau authentik.
Ia tidak boleh ditokok tambahkan. Ibnu Mas'ud berkata :-
‫ ﻓﻘﺪ آﻔﻴﺘﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﺑﺎﻷﻣﺮ اﻟﻌﺘﻴﻖ‬،‫اﺗﺒﻌﻮا وﻻ ﺗﺒﺪﻋﻮا‬
"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama
(kekal dengan cara lama)"
(2) Bukan ibadat khusus
‫اﻷﺹﻞ ﻓﻲ اﻷﺵﻴﺎء اﻹﺑﺎﺡﺔ‬
"Asal sesuatu perkara itu harus (dibenarkan)"
Maknanya, setiap perkara yang bukan ibadat khusus adalah HARUS hukumnya kecuali
terdapat nas yang melarangnya. Sebagai contoh, Minum air sirap, Milo, nescafe
dibenarkan tanpa dalil dari Al-Quran atau pun hadith, kecuali ada pengharaman, seperti
ARAK.
Dapatlah kita simpulkan bahawa tidak ada bid'ah hasanah didalam soal-soal ibadat
kerana persoalan ibadat ini telah pun dilengkapkan oleh Nabi saw, Wujud bid'ah didalam
soal-soal keduniaan, kerana urusan dunia ini tidak terhenti sehinggalah ke hari kiamat.
Islam menggalakkan R&D, Inovasi (bid'ah) didalam hal-hal keduniaan. Tidak perlu lagi
kita menilai semula atau melakukan sesuatu yang baru didalam soal-soal ibadat!
BerBid'ahlah didalam soal-soal keduniaan, agar kita dapat melahirkan banyak
saintis-saintis dan membawa kembali zaman kegemilangan Islam yang silam diabad ini.
wallahu'alam.
⑪
⑫
Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan
kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang
disembah. Ia menjadi anak tangga di antara si hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini juga
memberi kesan yang mendalam di dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya.
Begitu juga dengan ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat
dan haji serta amalan-amalan lainnya yang dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi
dan dalam mengamalkan Syariat-Nya adalah termasuk dalam pengertian 'ibadah.
Bertitik tolak dari pengertian inilah Islam menetapkan supaya seluruh hidup manusia
dipelihara agar menjadi 'ibadah dan taat kepada Allah s.w.t seperti yang dinyatakan oleh
Allah:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki
pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan
kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian
makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi
Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)
Firman Allah seterusnya:
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah
untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-An'am 6:
Ayat 162)
1- Saya mestilah memastikan 'ibadah saya mempunyai hubungan dengan Tuhan yang
disembah. Inilah apa yang dikatakan martabat "keihsanan dalam 'ibadah". Rasulullah
s.a.w sendiri pernah ditanya (oleh malaikat Jibril) tentang martabat "ihsan" ini, lalu
baginda menjawab:
⑫
⑬
"Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak
melihatnya (sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau (Hadis Muttafaqun 'Alaih).
2- Saya mestilah melakukan 'ibadah dengan penuh khusyuk sehingga saya dapat
merasai kelazatan serta kemanisannya malah mendatangkan kekuatan kepada saya
untuk berterusan mengerjakannya.
'Aisyah r.a mengatakan:
"Adalah Rasulullah s.a.w berbicara dengan kami dan kami juga berbicara dengannya
tetapi bila tiba sahaja waktu sembahyang ia seolah-olah tidak mengenali kami dan kami
pula tidak mengenalinya." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Azdi)
3- Saya mestilah beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah,
membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya. Beribadat dalam
keadaan seperti inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:
"Allah s.w.t tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan
tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya."
4- Saya mesti beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak merasa
cukup dan tidak kenyang. Saya perlu menghampirkan diri kepada Allah dengan
amalan-amalan sunat sebagai menyahut seruan Allah, di dalam sebuah hadis qudsi:
"Sesiapa yang memusuhi kekasihku (waliKu), maka Aku mengisytiharkan perang
terhadapnya. Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri (taqarrab) kepada Aku oleh
hambaKu yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardukan
ke atasnya. Hamba Ku akan terus beramal menghampiri diri kepadaKu dengan melakukan
amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya maka
Aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang
dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang
dengannya dia berjalan. Jika dia memohon sesuatu dari Aku nescaya Aku berikannya.
Dan jika dia memohon perlindungan Aku (dari sesuatu) nescaya Aku akan melindunginya.
Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku lakukan seperti Aku ragu (hendak
mengambil) nyawa hambaKu yang Mukmin, di mana dia membenci maut sedang Aku tidak
menyakitinya." (Hadis oleh Al-Bukhari)
⑬
⑭
5- Saya mestilah mengambil berat terhadap ibadat qiamullail (sembahyang malam)
serta melatih diri melakukannya sehingga ia menjadi satu kebiasaan. Ini adalah kerana
qiamullail itu adalah sumber kekuatan yang memantapkan iman. Sungguh benar firman
Allah:
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih
tetap betul bacaannya. (Surah Al-Muzammil 73: Ayat 6)
Allah s.w.t juga menerangkan sifat hamba-hambanya yang mukmin:
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
18- Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada
Allah (memohon ampun). (Surah Al-Zariat 51: Ayat 17-18)
6- Saya mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan cara
merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha kerana Allah
berfirman:
Saya mesti membacanya dengan penuh tadabbur, berfikir, merenunginya dengan
khusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesunguhnya Al-Quran diturunkan dalam keadaan dukacita, maka apabila kamu
membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut" (Diriwayatkan oleh Abu
Ya'la dan Abu Nu'aim).
"Kamu wajib melazimkan dirimu membaca Al-Quran kerana ia adalah cahaya untuk kamu
di bumi dan perbendaharaan untuk di langit." (Riwayat Ibnu Hibban)
7- Saya mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap
urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah. Untuk itu saya mestilah
memilih doa-doa yang ma'thur dari Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya benar firman Allah
bila Ia mengatakan:
"Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu".
⑭
⑮
PENGENALAN
-
Madinah terletak di utara Makkah dan merupakan kota yang paling penting bagi
pedagang Arab sebelum kemunculan Islam.
-
Kedudukanya yang strategik iaitu di tengah-tengah perjalanan di antara Makkah
dan Syam.
-
Terdapat tiga golongan utama iaitu Nasrani, Yahudi, dan Arab.
-
Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, Bani Qunaiqa’ dan Bani Nadhir.
-
Golongan Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj.
-
Suasana di Madinah tidak aman kerana pergeseran yang berlaku di kalangan suku
Arab dan penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi.
Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua.
-
Semasa dakwah Islamiah disebarkan oleh Nabi Muhammad SAW di kota Makkah,
baginda telah dikunjungi oleh beberapa orang Arab Madinah yang terdiri daripada
suku Khazraj.
-
Mereka menemui baginda di Aqabah dan kemudian memeluk Islam. Sekembalinya
mereka ke Madinah , mereka telah menyebarkan Islam di kalangan masyarakat
Madinah.
-
Pada musim haji berikutnya sekumpulan lagi datang ke Makkah iaitu terdiri
daripada suku Aus dan Khazraj. Pertemuan itu telah menjalinkan satu perjanjian
iaitu Perjanjian Aqabah Pertama.
PERJANJIAN AQABAH PERTAMA
-
Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah SWT dan rasul.
-
Suku-suku ini hendaklah membantu perjuangan nabi Muhammad SAW
-
Masyarakat Madinah hendaklah meninggalkan amalan jahiliah.
-
Selepas perjanjian itu, baginda menghantar Mus’ab bin Umair ke
Makkah untuk menyebarkan Islam.
-
Pada tahun 622M, satu perjanjian lagi dibuat antara Nabi Muhammad SAW dengan
suku Aus dan Khazraj dan perjanjian itu dikenali dengan Perjanjian Aqabah Kedua.
⑮
⑯
PERJANJIAN
AQABAH KEDUA
-
Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
-
Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad
-
Menjemput baginda dan orang Islam berhijrah ke Madinah
-
Mereka dengan sukarela akan menyediakan tempat tinggal dan
keselamatan
untuk
baginda
dan
orang
Islam
Makkah
serta
menjanjikan
kesediaan
mempertahnkan Islam.
Hijrah
-
Hijrah bermaksud berpindah
-
Hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah
dalam usah untuk memperkukuhkan kedudukan Islam serta merupakan strategi
baru untuk menyebarkan agama Islam.
-
Hijrah juga beerti perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan
kemungkaran.
-
Orang Barat berpendapat hijrah sebagai satu yang negatif iaitu diibaratkan
seperti pelarian . Islam mengandungi hujah yang yang sangat kuat untuk
menentrang pendapat itu dan antara hujahnya ialah
-
Penghijraha orang Islam ini adalah jemputan daripada orang Arab Madinah seperti
dalam Perjanjian AqabahKedua.
Ketibaan orang Islam ke Madinah disambut dengan rela hati dan sambutan yang
sangat meriah oleh orang Madinah
Ketinggian dan kemuliaan seseorang manusia menurut Islam bukan diukur berdasarkan
kekayaan, pangkat atau keturunan yang dimilikinya. Akan tetapi ia dilihat dari sudut
ketakwaannya kepada Allah disamping melihat kepada kesucian hatinya yang bebas
daripada segala sifat mazmumah.
Seseorang yang tipis dan tidak kuat imannya akan mudah dihinggapi penyakit hati,
⑯
⑰
kerana penyakit ini muncul dari dorongan hawa nafsu yang kuat dan iman kita yang lemah
inilah memudahkan syaitan mendorong kita melakukan sifat2 mazmumah ini..Di antara
contoh-contoh sifat mazmumah ialah riya`, takabbur, marah dan dendam.
SIFAT RIYA`
Riya’ adalah sifat yang juga sangat merbahaya kerana boleh menghapuskan segala
kebajikan atau amal soleh yang telah dikerjakan oleh seseorang sehingga tidak bernilai
disisi Allah. Orang yang riya’ membuat ibadah atau apa sahaja amalan bukan untuk
mengharapkan keredhaan Allah bahkan kerana mengharapkan pujian dan penilaian dari
manusia.
Firman Allah ta’ala : Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang
lalai dari solatnya, orang-orang yang berkeadaan riya’
Dalam mengerjakan apa jua bentuk amal soleh atau beribadat kepada Allah subhanahua
ta’ala jika didasarkan kepada riya’ maka akan sia-sialah ibadat itu. Sesungguhnya Allah
subhanahua ta’ala memerintahkan hambanya agar beribadat dengan penuh ikhlas. Firman
Allah subhanahua ta’ala :-
“Pada hal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan
ketaatan kepadanya (ikhlas) dalam menjalankan agama dengan lurus dan supaya
mendirikan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus “
Maka jelaslah, amalan yang didasarkan kepada riya’ itu tadi tidak akan mendapat pahala.
Apa yang nyata ‘ riya’ tidak akan meninggalkan kesan positif kepada pelakunya. Orang
riya’ yang tidak ikhlas biasanya amalannya atau budinya tidak kemana. Apabila tiada
manusia yang memuji atau tidak mendapat pujian, orang yang riya’ itu akan berhenti dari
beramal.
SIFAT TAKABBUR
Takbur dan sombong adalah sifat yang sangat tercela dan dibenci oleh Allah s. Ulama’
tasawuf menggolongkan sifat ini sebagai syirik kecil. Ini adalah kerana orang takbur itu
merasa dirinya terlalu tinggi atau lebih hebat dari orang lain. Seseorang yang memiliki
sifat takbur dan sombong akan membuat dirinya terlupa sebagai makhluk Allah yang
serba lemah lagi banyak kekurangan. Perlu kita memahami, kalau sekiranya kita
mempunyai ada kelebihan zahiriah pun, ia adalah diberikan oleh Allah dan hanya untuk
kehidupan yang sementara sahaja di atas muka bumi ini.
Pada asalnya sifat sombong adalah sifat iblis yang dahulu tidak mahu sujud kepada nabi
Adam di dalam syurga. Hal ini lantaran iblis beranggapan dirinya memiliki sifat kemuliaan
⑰
⑱
iaitu iblis dijadikan dari api manakala Adam dari tanah.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud : ‘ …
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu bahaya kebinasaan dengan sikap
bakhil, dan baikilah dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu, kerana
sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya’
SIFAT MARAH
Tidak disangsikan bahwa manusia sesuai dengan fitrahnya memiliki sifat marah, dan
kita tidak disuruh untuk memusnahkan karunia Allah itu. Karena, ketika hak-hak telah
diperkosa, kemanusiaan dilecehkan, atau agama kita dihina, kita diperintahkan untuk
marah. Sebab, membiarkan kesewenang-wenangan macam itu berarti tanda kelemahan
jiwa, dan itu tidak dibenarkan oleh Islam.
Firman Allah SWT: Orang-orang beriman itu keras terhadap orang kafir dan berkasih
sayang di antara mereka (QS: 48: 29)
Muhammad Husein Haekal dalam bukunya tentang Nabi Muhammad menulis bahwa,
''Rasulullah berperangai halus tanpa kelemahan dan kekerasan. Beliau tidak pernah
marah karena tersinggung. Beliau marah karena soal-soal hak dan keagamaan. Dan, bila
sudah demikian tidak akan ada yang kuasa untuk menghadapi amarah beliau itu.''
Yang diperintahkan oleh agama kepada kita adalah untuk mengendalikan
kemarahan itu, apalagi dalam masalah-masalah yang tidak prinsip, misalnya
berbeda partai, berbeda pendirian atau pendapat.
''... (Allah mencintai) orang-orng yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan)
orang lain...''(QS Ali Imran: 134).
Ayat ini mengingatkan kita tentang kesan negatif dari kemarahan.. Jika kita tidak dpt
mengawal sifat ini munkgin akan timbul pual sifat2 mazmumah yang lain contohnya
dendam dan sbgnya. Allah sungguh mencintai orang-orang yang dapat menahan marahnya
dan bersabar jika mereka marah, sebagaimana conoth paling dekat iaitu Rasulullah dan
sahabat-sahabat baginda.
SIFAT DENDAM
Hadis yang diriwayatkan Abdu Daud, Tarmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi,
⑱
⑲
"Barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia salah, maka akan dibangunkan
untuknya rumah di sekitar surga. Dan barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal
dia benar, maka akan dibangun untuknya rumah di lantai tengah surga. Sedang
barangsiapa yang membaguskan akhlaknya, akan dibangun baginya rumah di tingkat
paling atas surga."
Pendendam adalah suatu sifat yang paling tidak digalakkan dalam Islam. Jika kita
merenung hadis di atas dapat kita simpulkan bahawa sifat dendam itu adalah sifat yang
tidak elok dan patut kita jauhi. BukanKah lebih elok jika kita gantikan sifat dendam
dalam diri kita itu dgn sifat mahmudah sepeti pemaaf , toleransi dan cuba menerima
pendapat orang lain.
Hadis Rasulullah..
"Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan."
(HR Bukhari dan Muslim).
Itulah sebabnya Islam selalu menjunjung tinggi keluhuran akhlak dan budi baik bagi
penganutnya. Dimana Islam itu hanya mahukan ketenangan, perdamaian dan keamanan.
Seseorang dikatakan bertaubat jika ia mengakui dosa-dosanya, menyesal, berhenti dan
berusaha tidak mengulangi perbuatannya. Perintah taubat merupakan perintah wajib
yang harus segera dilaksanakan sebelum ajal tiba. Allah berfirman : “Bertaubatlah kalian
kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An Nur: 31) “Hai
orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang benar
(ikhlas).” (At Tahrim: 8)
Tidak ada kata terlambat dalam bertaubat, pintu
taubat selalu terbuka sampai
matahari terbit dari barat. Sabda Rasulull Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
“ Sesungguhnya Allah Ta'ala selalu membuka tangan-Nya di waktu malam untuk
menerima taubat orang yang melakukan kesalahan di siang hari, dan Ia membuka
tangan-Nya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat salah di malam
hari. Begitulah hingga matahari terbit dari arah barat.” (H.R. Muslim)
⑲
⑳
Syarat-syarat Taubat
Para ulama menjelaskan syarat-syarat taubat yang di terima Allah sebagai berikut :
1. Orang yang berbuat dosa itu harus berhenti dari perbuatan dosa dan maksiat yang
selama ini ia lakukan.
2.Dia harus menyesali perbuatan tersebut.
3. Dia harus berazam (mempunyai tekad bulat) tidak mengulangi perbuatan itu. Jika
perbuatan dosa itu ada hubungannya dengan orang lain maka di samping tiga syarat
terdahulu, ada satu syarat lagi yaitu:
4. Harus ada pernyataan bebas dari hak kawan yang dirugikan. Jika yang dirugikan itu
hartanya maka harta itu harus dikembalikan. Jika berupa tuduhan jahat maka dia harus
minta maaf. Demikian seterusnya.
Janji Allah kepada orang yang bertaubat dan istiqamah dengan taubatnya
1.
Taubat menghapuskan dosa-dosa seolah-olah ia tidak berdosa
“Orang yang bertaubat dari dosa seolah-olah ia tidak berdosa”
(H.R.Ibnu Majah, Shahih Jami’us Shaghir 3005)
Allah berfirman : “Kecuali orang-orang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal shalih,
maka Allah akan ganti kejahatan mereka dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.”(Q.S. 25: 70)
2.
Allah berjanji menerima taubat mereka.
Allah berfirman : “ Tidakkah mereka mengetahui bahwasanya Allah menerima taubat
dari hamba-hambaNya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima
taubat lagi Maha Penyayang.”
3.
(Q.S. 9: 104)
Orang yang istiqamah dalam taubatnya adalah sebaik-baik manusia.
Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “ Setiap anak Adam pasti berbuat salah
dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah yang bertaubat.” (H.R.Ahmad 3: 198.
Shahih Jami’us Shaghir 4391)
“Seandainya hamba-hamba Allah tidak berbuat dosa, niscaya Allah akan menciptakan
makhluk yang berbuat dosa kemudian “mereka istighfar” (minta ampun kepada Allah),
lalu Allah mengampuni dosa mereka. Dan dia adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (H.R. Hakim 4: 246)
Ubat Mujarab Agar Istiqamah Dalam Taubat
1.
Mengingat ayat-ayat Allah yang menakutkan dan mengerikan tentang siksa yang
pedih bagi orang-orang yang berbuat dosa dan maksiat seperti membaca Juz Amma dan
⑳
21
artinya dan sebaiknya dihafalkan.
2. Membaca hikayat nabi-nabi para salafus shalih serta musibahmusibah yang menimpa mereka dan umatnya akibat dosa yang mereka lakukan.
3.
Selalu mengingat bahwa setiap dosa dan maksiat mempunyai akibat buruk di dunia
maupun di akhirat.
4.
Senantiasa mengingat ayat-ayat dan hadist-hadist yang mengisahkan tentang
siksa-siksa dari satu persatu dosa, seperti dosa minum khamar, riba, zina, ghibah dan
lain-lain.
5.
Membaca istighfar dan sayyidul istighfar setiap hari.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada kita, menuntun kita untuk segera
bertaubat serta memberi kita kesudahan yang baik, khusnul khatimah.
Amin
Rujukan http://www.jdci.org/publications/segeralah.htm
SURAH AL IKHLAS
Surah ke 112: 4 ayat, terdiri dari kalangan Surah Makkiyah,diturunkan sesudah Surah
An-Nas, dinamakan Al-Ikhlas kerana ia menegaskan kemurnian keesaan Allah SWT.
Pokok-pokok isinya adalah penegasan tentang keesaan Allah SWT dan menolak segala
macam kemusyrikan dan menerangkan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamainya.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
[2] Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
[3] Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
[4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Sebab turunnya Surah Al-Ikhlas
21
22
Imam Ahmad meriwayatkan dari Ubay bin Ka’ab bahawa orang-orang yang
musyrik telah mengatakan kepada Nabi SAW, Hai Muhammad,terangkanlah nasab
tuhanmu kepada kami!lalu Allah menurunkan wahyu :
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang
menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak
dan Dia pula tidak diperanakkan Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Keutamaan Surah Al-Ikhlas
Diriwayatkan seorang lelaki Ansar pernah menjadi imam dimasjid Quba. Setiap
kali dia hendak membuka surah yang akan dibacakan kepada makmum semasa solat ,dia
selalu memulai dengan membaca qul huallahu ahad. Setelah selesai membacanya, barulah
dia membaca surah yang lain. Dia melakukan itu disetiap rakaat. Maka dengan itu
terjadilah satu perbincangan dikalangan para sahabat. Kemudian sahabat mengadukan
kepada Rasulullah. Maka Rasulullah pun bersabda,
Hai fulan apakah sebabnya engkau tidak mahu meninggalkan surah itu dalam setiap
rakaat?Maka jawab orang itu, aku sangat menyukainya .Kemudian Rasulullah SAW
bersabda lagi, kecintaanmu terhadap surah ini akan memasukkanmu kedalam syurga.
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Sa’id , Ada seseorang mendengar
orang lain membaca surah alikhlas ini dan mengulang-ulangnya. Ketika waktu pagi
tiba ,dia ceritakan hal itu kepada Nabi SAW. Seolah –olah laki-laki itu merasa kurang
puas dengan satu kali baca. Maka Nabi pun bersabda, Demi jiwaku yang berada dalam
genggamannya, Surah itu sama dengan sepertiga AlQuran.
Dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Aishah bahawa apabila Nabi hendak tidur pada
setiap malamnya ,beliau menyatukan kedua telapak tangannya,kemudian meniupnya surah
al-ikhlas dan al-muaw’wadzatain, lalu mengusapkan keduanya kesekujur tubuhnya yang
terjangkau. Pengusapan itu dimulai dengan kepala, wajah dan tubuh bahagian depannya.
Beliau lakukan itu sebanyak tiga kali. Hadis ini diriwayatkan oleh para penyusun kitab
sunan dari hadis Uqail.
22
23
SURAH AN-NAS
Surah ke 114: 6 ayat, terdiri dari kalangan Surah Makkiyah,diturunkan sesudah Surah
An-Falaq, dinamakan An-Nas sempena dengan perkataan an-nas yang berulang kali
disebut yang bermaksud manusia . Pokok-pokok isinya adalah perintah kepada manusia
agar berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan yang datang kedalam jiwa
manusia dari jin dan manusia.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian
manusia.
[2] Yang Menguasai sekalian manusia.
[3] Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
[4] Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
[5] Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
[6] (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
Surah ini mengandungi tiga sifat Allah SWT:
Rububiyah, Mulkiyah, dan Uluhiyah. Dia adalah Pengurus, Raja dan Ilah segala sesuatu.
Semua perkara adalah makhlukNya, dibawah kerajaanNya dan mengabdi kepadaNya.
Maka, Allah SWT memerintahkan kepada siapa saja yang hendak memperlindungkan diri
agar memperlindungkan diri kepada Zat yang mempunyai tiga sifat agung ,dari segala
macam bisikan al-khannas, iaitu
Syaitan yang diwakilkan kepada manusia. Sebab tidak ada satu pun keturunan Adam
melainkan dia akan disertai kawan yang akan selalu menjadikan indah segala macam
tindakan keji bagi pandangannya. Dan,dia tidak akan disertai kawan yang akan selalu
menjadikan indah segala macam tindakan keji bagi pandangannya. Dan ,dia tidak akan
pernah merosaknya. Sedangkan ,al-ma’shum adalah orang yang memperoleh pemeliharaan
yang ketat dari Allah.
Ditegaskan dalam sebuah hadis sahih, Tidak ada seorang pun dari kalian melainkan
disertai pendamping. Mereka bertanya dan anda sendiri ya Rasulullah ?Rasulullah SAW
menjawab, Ya, betul. Akan tetapi Allah telah menolong aku sehingga pendampingku
masuk Islam dan ia tidak pernah memerintahkan kepadaku kecuali kepada kebaikan.
Ditetapkan pula dalam hadis Bukhari dan Muslim dari Anas bahawa Rasulullah SAW
23
24
bersabda, Syaitan itu mengalir dalam tubuh anak Adam pada saluran darah.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanadnya yang dari Abu Tamimah yang
meriwayatkan dari seseorang yang pernah membonceng Nabi SAW, katanya
Keledai Nabi SAW terjatuh lalu aku mengatakan celakalah syaitan, lalu dibalas oleh
Nabi,janganlah kamu katakan celakalah syaitan, sebab bila Kamu mengatakannya maka
syaitan akan menjadi besar tubuhnya dan dan mengatakan ,Dengan kekuatanku,aku akan
mengalahkannya. Namun apabila kamu katakan bismillah maka dia akan mengecil sehingga
menjadi sekecil lalat.
Hadis ini hanya diriwayatkan oleh Imam Ahmad,namun begitu sanadnya baik dan ia
menjadi dalil bahawa hati itu bilamana berzikir kepada Allah maka syaitan akan mengecil
dan kalah. Namun bila tidak berzikir kepada Allah maka syaitan akan menjadi besar dan
menang.
ERANAN WANITA PADA MASA NABI MUHAMMAD SAW.
Adapun peranan wanita pada masa hidupnya Nabi Muhammad saw. yang kita kenal ialah
yang memelihara Nabi saw, yaitu Aminah ibu beliau; yang menyusuinya, Halima
As-Sa'diyah; dan yang menjadi hadina (pengasuh) bagi beliau, Ummu Aiman r.a. dari
Habasyah.
Nabi saw. telah bersabda, "Bahwa dia adalah ibuku setelah
ibuku sendiri."
Kemudian kita kenal Siti Khadijah binti Khuwailid r.a, wanita pertama yang
beriman dan membantunya, Siti Aisyah, Ummu Salamah, dan lain-lainnya, dari
Ummahaatul Mukmtniin (ibu dari kaum Mukmin), istri-istri Nabi, dan istri-istri
para sahabat Rasulullah saw.
24
25
PERANAN
WANITA MASA KINI
Sebenarnya, usaha kaum wanita cukup luas meliputi berbagai bidang, terutama yang
berhubungan dengan dirinya sendiri, yang diselaraskan dengan Islam, dalam segi akidah,
akhlak dan masalah yang tidak menyimpang dari apa yang sudah digariskan atau
ditetapkan oleh Islam.
Wanita Muslimat mempunyai
kewajiban
untuk
memperkuat hubungannya
dengan Allah dan menyucikan pikiran serta wataknya dari sisa-sisa pengaruh
pikiran Barat. Harus mengetahui cara menangkis serangan-serangan kebatilan
dan syubuhat terhadap Islam.
Harus
diketahui
dan
disadari
hal-hal
yang melatarbelakanginya,
mengapa dia harus menerima separuh dari bagian yang diterima oleh kaum laki-laki
dalam masalah hak waris? Mengapa saksi seorang wanita itu dianggap separuh dari
laki laki? Juga harus
tiada
keraguan
memahami hakikatnya, sehingga iman dan Islamnya bersih,
lagi
yang menyelimuti benak dan pikirannya.
Dia harus menjalankan secara keseluruhan mengenai akhlak dan perilakunya, sesuai
dengan yang dikehendaki oleh Islam. Tidak boleh terpengaruh oleh sikap
dan perilaku wanita non-Muslim atau berpaham Barat.
Karena mereka bebas dari
pikiran dan peraturan-peraturan sebagaimana yang ada pada agama Islam. Mereka
Tidak terikat pada perkara halal dan haram, baik dan buruk.
Banyak diantara kaum wanita yang meniru mereka secara buta, misalnya memanjangkan
kuku yang menyerupai binatang buas, pakaian mini, tipis (transparan), atau
setengah telanjang, dan sebagainya. Cara yang demikian itu adalah meniru orang yang
buta akan hal-hal terlarang.
Nabi saw. telah bersabda:
"Janganlah kamu menjadi orang yang tidak mempunyai pendirian dan berkata, 'Aku
ikut saja seperti orang-orang itu. Jika mereka baik, aku pun baik; jika mereka jahat,
aku pun jadi jahat.' Tetapi teguhkan hatimu dengan keputusan bahwa jika orang-orang
melakukan kebaikan, maka aku akan mengerjakannya; dan jika orang-orang melakukan
kejahatan, maka aku tidak akan mengerjakan."
25
26
PERANAN WANITA DALAM KELUARGANYA
Di dalam Al-Qur'an telah ditetapkan, semua penetapan dan perintah ditujukan
kepada kedua pihak, laki-laki dan wanita, kecuali yang khusus bagi salah satu dari
keduanya. Maka, kewajiban bagi kaum wanita di dalam keluarganya ialah
menjalankan apa yang diwajibkan baginya.
Jika dia sebagai anak, kemudian kedua orangtuanya atau salah satunya menyimpang dari
batas yang telah ditentukan oleh agama, maka dengan cara yang sopan dan
bijaksana, dia harus mengajak kedua orangtuanya kembali ke jalan yang baik, yang
telah menjadi tujuan agama, disamping tetap menghormati kedua orangtua.
Wajib bagi setiap wanita (para istri), yaitu membantu suaminya dalam
menjalankan perintah agama, mencari rezeki yang halal, menerima dan mensyukuri yang
dimilikinya dengan penuh kesabaran, dan sebagainya.
Wajib pula bagi setiap ibu, mengajar anak-anaknya taat kepada Allah, yakni
dengan menjauhi
taat
kepada
larangan-Nya
dan menjalankan
perintah-Nya,
serta
kedua orang tuanya.
Kewajiban bagi setiap wanita terhadap kawan-kawannya yang seagama, yaitu
menganjurkan untuk membersihkan akidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam;
menjauhi paham-paham yang bersifat merusak dan menghancurkan sendi-sendi
Islam dan akhlak yang luhur, yang diterimanya melalui buku, majalah, film,
dan sebagainya.
Dengan
adanya
tindakan-tindakan
di luar Islam, yang ditimbulkan oleh
sebagian kaum Muslimin terhadap wanita yang kurang bijaksana dan insaf, maka hal inilah
yang menyebabkan terpengaruhnya mereka pada peradaban Barat dan
paham-pahamnya.
Harus diakui, bahwa hak-hak wanita di sebagian masyarakat
Islam belum diberikan secara penuh. Harus diketahui pula, bahwa suara pertama dari
kaum wanita dalam menguatkan dakwah dan risalah Muhammad saw. ialah
suara Khadijah binti Khuwailid r.a. kepada Rasulullah saw.:
26
27
"Demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali. Sesungguhnya
engkau bersilaturrahmi, menghubungi keluarga dan mengangkat beban berat,
memberi kepada orang yang tidak punya, menerima dan memberi (menghormati)
kepada tamu, serta menolong orang-orang yang menderita."
Orang pertama yang berperan sebagai syuhada ialah Ummu Amr binti Yasir Ibnu
Amar yang bernama Samiah, dia bersama suaminya disiksa, agar
mereka keluar
dari agama Islam. Tetapi mereka tetap bertahan dan sabar, sehingga dia mati
syahid bersama suaminya.
Ketika Rasulullah saw. melintasi mereka, dan melihat mereka dalam keadaan disiksa,
lalu Rasulullah saw. berkata kepada mereka, "Sabarlah wahai Al-Yasir, sesungguhnya
kita nanti akan bertemu di surga."
“Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan Badar sedangkan kamu
ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah supaya
kamu mensyukuriNya.”(QS: Ali-imran:123)
Peristiwa ini berlaku apabila Rasulullah s.a.w sendiri yang mengetuai pasukan tentera
Islam seramai 313 orang telah menuju ke Badar bertujuan untuk menyekat
qafilah perniagaan Quraisy pimpinan Abu Sufian bin Harb yang baru pulang dari Syam
menuju ke Mekah. Jumlah tentera Islam tidak begitu ramai kerana ia pada asalnya
merupakan suatu operasi dalam menyekat qabilah tersebut dan Rasulullah s.a.w sendiri
tidak meramalkan akan berlakunya suatu peperangan terbuka yang besar dan bersejarah.
Oleh itu ramai di kalangan sahabat tidak menyertai gerakan ini.
Rasulullah s.a.w ini telah mengetahui tentang qafilah Abu Sufian telah berjaya
menyelamatkan diri disamping bala tentera kafir Quraisy yang besar iaitu seramai 1300
orang dan lengkap bersenjata telah tiba di Badar. Oleh itu tentera Islam tidak boleh
mengelak lagi daripada bertempur kerana jika mereka berundur bererti kafir Quraisy
akan mendapat kemenangan moral dari segi politik dan tentera serta mendapat
kedudukan yang kuat di Semenanjung Arab dan memungkinkan mereka bermaharajalela
sesuka hati. Walau pun dengan jumlah yang sedikit dan kelengkapan yang tidak
mencukupi namun semangat jihad demi mempertahankan Islam terus membara dalam diri
27
28
tentera Islam
Selepas itu Rasulullah s.a.w telah membentuk 2 pasukan pengintip dalam meninjau
kekuatan musuh dan tentera Islam telah membina markaz disebuah tempat yang
terletaknya mata air paling dekat dengan musuh di mana di situ mereka telah membina
kolam disamping menimbus tempat-tempat air yang lain. Dengan cara ini musuh akan
keputusan bekalan air. Pada malam itu juga Allah menurunkan hujan sebagai pertolongan
kepada tentera Islam dan bencana kepada tentera musuh.
Kedua-dua belah pihak bertempur
Pertempuran bermula dengan Rasulullah s.a.w meminta agar Ubaidah bin Harith,
Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Ali mara untuk menentang tiga pemimpin Quraisy
yang telah mencabar tentera Islam. Ketiga-tiga pahlawan Islam telah berjaya
membunuh musuh mereka di mana kemenangan ini merupakan kemenangan awal dalam
menyemarakkan lagi semangat jihad. Selepas itulah berlakunya pertempuran di mana
pada peringkat pertama tentera Islam mengambil tindakan bertahan di mana tentera
musuh berjaya dilumpuhkan dengan kehilangan banyak jiwa
Pada peringkat kedua
tentera Islam mula mengambil tindakan menyerang di mana serangan ini turut dibantu
oleh tentera daripada kalangan malaikat di mana antara yang dapat disaksikan ialah
bagaimana terputusnya kepala dan tangan musuh tanpa dapat dilihat sesiapa yang
memancungnya.
Iblis yang menyerupai dirinya sebagai Suraqah bin Malik merasa
gementar apabila melihat penyertaan malaikat. Dia terus lari dan terlanggar Al-Harith
bin Hisyam sehingga rebah. Apabila ditanya mengapa dia cuba lari lalu dia menyatakan
bahawa dia nampak apa tidak mampu dilihat oleh tentera kafir dan dia begitu takut
kepada Allah yang amat pedih siksaanNya. Kemudian dia lari sekuat hatinya dan
mencampakkan dirinya ke laut
Abu Jahal sendiri berjaya dibunuh apabila Mu’adz bin Amru telah mere
mpuh lapisan lembing dan tombak yang mengelilingi Abu Jahal sehingga dia berjaya
menetak di tengah betisnya. Tiba-tiba Ikramah anak Abu Jahal menetak ke leher
pemuda itu lalu terkena tangannya sehingga hampir putus dan hanya tergantung d
ikulitnya sahaja. Dia meneruskan serangan terhadap Abu Jahal dengan mengheret
tangannya yang terkulai di mana ketika terasa sakit lalu dia memijak tangan itu d
engan kakinya supaya putus. Kemudian Mu’adz berjaya menetak Abu Jahal sehingga
hampir maut. Abdullah bin Mas’ud yang mencari-cari Abu Jahal telah menjumpainy
a lalu terus memancung lehernya di mana kepalanya telah dibawa kepada Rasulullah
s.a.w. Baginda menyatakan bahawa inilah dia Firaun umat ini.
28
29
Peperangan yang bersejarah ini berakhir dengan kemenangan yang nyata kepad
a tentera Islam di mana 70 orang musyrikin terbunuh dan 70 orang lagi berjaya d
itawan. Manakala 14 orang tentera Islam telah gugur syahid. Kemenangan ini terus
diberitahu kepada penduduk Madinah melalui 2 orang utusan yang dihantar oleh R
asulullah s.a.w bagi menafikan berita bohong yang disampaikan oleh puak munafik d
an yahudi yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. Berita kemenangan
ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang menjadi lambang kep
ada keagungan Islam yang bakal menguasai dunia.
Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Anfal yang bermaksud : Ingatlah ketika kamu
memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya
Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang
berturut-turut.
Firman Allah dalam ayat 16 surah as-Sajadah yang bermaksud : Lambung mereka jauh
daripada tempat tidurnya sedangkan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut
dan mengharap dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami
anugerahkan kepada mereka
Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang ditegaskan
oleh Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda:
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak".
Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah hasil dari
keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Berhubung
dengan hal inilah Rasulullah s.a.w menyatakan:
29
30
Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam
di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan. (Hadis riwayat Ad-Dailami).
Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan
akhlak (Husnul Khuluq). Apabila ditanya tentang apa itu kejahatan, baginda menjawab:
Akhlak yang buruk (Su'ul Khuluq).
Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat
dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk
amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari
kiamat selain dari akhlak yang baik. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
Di dalam Islam akhlak yang mulia itu lahir sebagai hasil dari berbagai ibadat yang
dilakukan. Tanpa hasil ini, tinggallah ibadat-ibadat itu sebagai upacara dan gerak-geri
yang tidak memiliki apa-apa nilai dan tidak membawa apa-apa faedah. Berhubung dengan
sembahyang contohnya, Allah s.w.t menyebut di dalam Al-Quran:
Yang bermaksud:
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. (Surah
Al-Ankabuut, Ayat: 45).
Rasulullah menjelaskan perkara ini dengan sabdanya:
Yang bermaksud:
Sesiapa yang sembahyang (tetapi) tidak dapat mencegah (dirinya) dari berbuat keji dan
mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah. (Hadis riwayat Tabrani).
Sifat-sifat Akhlak Seorang Muslim
Di antara ciri-ciri akhlak yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan supaya dia
menjadi seorang muslim yang benar adalah akhlak-akhlak yang berikut:
1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat.
30
31
Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh
Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya
(syubhat) berdasarkan ajaran dari hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Yang bermaksud:
Sesungguhnya yang hala itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara
keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh
kebanyakan manusia. Maka sesiapa yang memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran,
sesungguhnya dia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh
ke dalam kesamaran, jatuhlah ia ke dalam yang haram, seperti seorang penggembala yang
menggembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di
dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah
bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkannya. Ketahuilah! Bahawa di dalam
badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak,
rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. (Diriwayatkan oleh Imam
Bukhari dan Muslim).
Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat wara' adalah sebagaimana yang diriwayatkan
oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda:
Yang bermaksud:
Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk di dalam martabat golongan muttaqin
sehinggalah dia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika
dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam
kesalahan.
2. Memelihara Penglihatan:
Seseorang muslim itu mestilah memelihara dirinya dari melihat perkara-perkara yang
diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh
merangsang syahwat dan merupakan faktor yang membawanya ke kancah pelanggaran
dan maksiat. Berhubung dengan perkara-perkara ini Al-Quran mengingatkan orang-orang
mukmin supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah.
Allah s.w.t berfirman:
31
32
Yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram). (Surah An-Nur, Ayat:
30).
Rasulullah s.a.w pula bersabda:
Yang bermaksud:
Pandangan itu ada satu penahanan dari penahanan iblis.
3. Memelihara Lidah:
Seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak
berfaedah, perbuatan-perbuatan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong,
mengumpat keji dan mengadu domba. Imam Nawawi rahimahullah mengatakan:
Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang
percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan
berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik
berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram
atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah
jarang.
Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan keburukan dan
bencana lidah ke atas yang empunya diri:
Yang bermaksud:
Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek)
lidahnya. (Hadis Riwayat Tirmizi).
4. Bersifat Pemalu:
Seseorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat
tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari memperkatakan kebenaran. Di antara
sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara
32
33
pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup serta
memadai sekadar yang ada serta sifat-sifat seumpamanya.
Diceritakan daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda adalah seorang yang sangat pemalu,
lebih pemalu dari anak gadis yang berada di balik tabir.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama
ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang
paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman.
(Hadis riwayat Baihaqi).
5. Bersifat Lemah-lembut dan Sabar:
Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang
Muslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan
berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah
sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan
persendaan yang memalukan. Semua halangan-halangan ini sering dihadapi oleh para
petugas amal Islami, sehingga hemah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh
malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.
Semua ini sudah pasti memerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi, ketabahan dan
lemah-lembut. Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi
menganjurkan dan mengarahkan agar seseorang da'ie itu itu berakhlak dengan sifat
sabar, lemah-lembut dan berhati-hati.
A. Arahan-arahan Dari Al-Quran:
Di antara arahan-arahan Al-Quran ialah:
1. Firman Allah:
Yang bermaksud:
33
34
Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang
terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang
dikehendaki diambil berat (melakukannya). (Surah Asy-Syura, Ayat: 43).
2. Firman Allah:
Yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala
mereka dengan tidak terkira. (Surah Az-Zumar, Ayat: 10).
B. Arahan-arahan dari hadis-hadis Nabi ialah:
1.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta
bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya.
2. Sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan
binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian.
Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu
terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian
kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah hubungan
silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu.
C. Contoh-contoh Praktikal Dari Nabi-nabi:
1. Anas r.a telah berkata:
Yang bermaksud:
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah memasuki sebuah masjid. Ia memakai kain
selendang buatan Najran yang kasar buatannya. Tiba-tiba seorang Arab Badwi datang
34
35
dari arah belakang baginda lalu menarik kain tersebut dari belakang sehingga
meninggalkan kesan di leher baginda. Badwi tersebut berkata: "Wahai Muhammad,
berikanlah kepada kami harta Allah yang ada di sisimu, lalu Rasulullah s.a.w berpaling
kepadanya dengan wajah yang tersenyum dan baginda bersabda: "Perintahkan kepada
yang berkenaan supaya berikan kepadanya.
2. Pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang daripada Rasulullah s.a.w
dengan berkata: "Kamu dari Bani Abd. Manaf adalah bangsa yang suka
melambat-lambatkan pembayaran hutang". Ketika itu Umar bin Al-Khattab ada bersama
dan dia hampir-hampir memenggal leher Yahudi itu, lalu Rasulullah s.a.w berkata
kepadanya: "Wahai Umar! Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan
cara yang baik dan menuntut aku juga membayar dengan baik".
6. Bersifat Benar dan Jujur.
Seorang muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun
kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat
dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu
daya syaitan. Seseorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti dia
memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan
lontaran-lontarannya. Berhati-hati dan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan
jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng yang kukuh menghadapi hasutan dan
tipu-daya syaitan. Dengan demikian jiwa seseorang akan sentiasa besih, mulia dan
terhindar dari tipu-daya syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa
kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan
menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang laknat.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu
membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi
Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada
kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang
sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta".
(Muttafaqun Alaih).
35
36
7. Bersifat Rendah Diri
Seseorang muslim mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap
saudara-saudaranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberikan
layanan) sama ada yang miskin mahupun yang kaya. Rasulullah s.a.w sendiri memohon
perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari sifat-sifat takbur (membangga diri).
Baginda bersabda:
Yang bermaksud: Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat
sebesar zarrah (sedikit) sifat takbut".
(Hadis riwayat Muslim).
Di dalam Hadis Qudsi pula Allah berfirman:
Yang bermaksud:
Kemuliaan itu ialah pakaian-Ku dan membesarkan diri itu ialah selendang-Ku. Sesiapa
yang cuba merebut salah satu dari kedua-duanya pasti Aku akan menyeksanya".
(Hadis Qudsi riwayat Muslim).
8. Menjauhi Sangka Buruk dan Mengumpat:
Menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu
seseorang itu mestilah menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firman Allah:
Yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu
adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah
seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian
keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya
Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah Al-Hujuraat, Ayat: 12).
9. Bersifat Pemurah.
36
37
Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta
bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang
itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak
dari kalangan mereka yang berkedudukan, bercita-cita tinggi serta berpangkat gugur
tercicir dari jalan ini, disebabkan oleh sikap rakus terhadap mata benda. Di dalam
Al-Quran sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang
dikaitkan dengan sifat pemurah.
Yang bermaksud:
Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya
dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan
sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan
dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan
baik) kamu (itu pula) tidak dikuran. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 272).
10. Qudwah Hasanah (Suri Teladan Yang Baik)
Selain dari sifat-sifat yang dinyatakan di atas, seorang muslim mestilah menjadikan
dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah-lakunya adalah
menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal
makan minum, cara berpakaian, pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah
dalam seluruh tingkah laku dan diamnya.
(Kitab-kitab yang membicarakan secara khusus mengenai tajuk ini yang dapat dijadikan
sebagai renungan oleh para pembaca di antaranya ialah Kitab Riadhus Salihin karangan
Imam Nawawi, Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) karangan Muhammad
Al-Ghazali, Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali dan Hayat As-Sahabah karangan
Al-Kandahlawi).
Dalam tajuk ini kita akan bincangkan tentang fahaman2 dalam islamseperti yg
berikut…syiah,khawarij,murji’ah,jabbariyah,qadariyah,muktazilah, dan Ahlus Sunnah
37
38
Wal Jamaah.
Syiah
Syiah adalah selompok Islam yang paling tua. Pada asalnya mereka adalah golongan yang
berpendapat keutamaan kaum keluarga Nabi s.a.w. (ahlul bait) terhadap jawatan
khalifah. Dan ahlul bait yang paling berhak ialah Ali bin Abi Talib r.a.Mazhab mereka ini
zahir pada akhir zaman pemerintahan Usman bin Affan r.a. I berkembang dan tersebar
pada zaman pemerintahan Ali r.a. Di mana, apabila Ali r.a. menduduki tempat yang
tertinggi (memeruntah) golonganSyiah mengambil kesempatan untuk menyebarluaskan
ajaran mereka di kalangan manusia..Apabila tiba pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah
telah berlaku kezaliman ke atas penyokong-penyokong Ali.Umat Islam pula melihat
bagaimana Ali dan anak-anaknya terkorban sebagai syuhada' dari kezaliman yang
berlaku.Faktor kezaliman ini menyebabkan mazhab Syiah semakin tersebar dan
mempunyai ramai penyokong.
Khawarij
Mereka adalah kelompok Islam yang paling kuat mempertahankan iktikad mereka dan
begitu bersemangat terhadap pendapat mereka. Sikap taksub terhadap pemikiran ini
mendorong mereka ke arah perlakuan yang memberi mara bahaya dan bersikap keras
hati terhadap orang yang menentangnya.
Murji'ah
Kemunculan
Para pengikut Ali berpecah kerelaannya menerima Tahkim kepada Khawarij dan Syiah. Di
mana Khawarij mengkafirkan Ali, Usman dan jurucakap Tahkim. Manakala Syiah pula
sebahagiannya mengkafirkan Abu Bakar, Umar, Usman dan pendokong-pendokong
mereka. Dan kedua-dua aliran ini pula sama-sama mengkafirkan bani Umaiyah dan
melaknat mereka. Bani Umaiyah pula mengatakan bahawa kaum muslimin ialah mereka
yang berada di bawah panji-panji mereka, tunduk patuh samada suka ataupun benci.Ini
menjadi sebab sekumpulan dari kalangan para sahabat membenci perselisihan yang
berlaku. Lalu merekamengambil jalan tengah hingga benar-benar
nyatafitnahberkenaan.Keranainilah mereka enggan mencampuri urusan orang-orang yang
berselisih. Mereka tidak membebankan diri mereka untuk membahaskan mengenai siapa
yang benar dari kalangan dua kelompok yang berselisih dan berperang. Mereka
mengembalikan hukum tentangkeadaan mereka kepada Allah s.w.t. Sebab itulah mereka
digelar sebagai al-Murji'ah.
Jabbariyah (Jahmiyah)
Makna `al-jabar' ialah menafikan perbuatan hamba dan menyandarkan perbuatan itu
kepada Allah Taala. Pemikiran `al-jabar' bukanlah berasal dari pemikiran Arab. Ia telah
38
39
dikemukakan oleh al-Ja'd bin Dirham darikalangan Yahudi, kemudian telah di kemukakan
pula dari al-Ja'd oleh Jahm bin Safwan. Pemikiran ini tersebar pada awal pemerintahan
Banai Umaiyah, hingga akhirnya menjadi sebuah mazhab. Kelompok Jabbariyah ini
meinsbahkan diri mereka kepada Jahm bin Safwan, kerana beliau dianggap sebagai
pendakwah besar aliran ini. Oleh itu, mazhab ini dinamakan juga dengan al-Jahmiyah.
Qadariyah
Iraq merupakan tempat berkumpulnya banyak anasir yang terdiri dari beberapa umat
yang menganut pelbagai agama. Basrah pula merupakan lautan yang membawa
ombak-ombak pemikiran dan aliran.Ma'bad bin Khalid al-Juni (salah seorang dari yang
duduk di majlis pengajian Hasan al-Basri) telah mendengar orang yang mengatakan
bahawa maksiat itu telah dilakukan kerana telah ditakdirkan. Lalu beliau berdiri dan
menolak pendapat mereka dengan menafikan keadaan takdir itu menafikan ikhtiar.
Beliau telah bersikap keterlaluan di dalam
mempertahankan pendapatnya sehingga masyhur kata-katanya: "Tiada takdir, dan setiap
perkara itu baru bermula.
Muktazilah
Kemunculan Muktazilah adalah berasaskan kepada perselisihan yang berlaku di antara
Washil bin Atho' dengan gurunya Hasan al-Basri mengenai hukum orang yang melakukan
dosa besar.
Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua kelompok, iaitu para pengikut Abul Hasan
al-Asya'ari dan al-Maturidiyah, iaitu para pengikut Abu Mansur al-Maturidi. Golongan ini
muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak melakukan ujian terhadap ahli
fikah danorang-orang Islam serta menjauhkan diri dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran
Muktazilah telah kehilangan kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka.
Beberapa Masalah Berhubung Dengan Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Menurut Risalah Al-Imlaa’ terdapat empat jenis manusia yang mempunyai masalah ketika
mengucap Dua Kalimah Syahadah.
39
40
1.
Orang yang berucap dengan kalimah Tauhid dan menyaksikan Kerasulan Nabi
Muhammad SAW kemudian dia tidak beri’tiqad (percaya) dengan apa yang diucapkan,
tanpa pengetahuan dan tidak tergambar difikirannya dari segi sah atau tidak ucapannya
itu, benar atau dusta, betul atau salah, kerana dia tidak mengambil berat untuk
mengkajinya. Tidak mahu membebankan diri dengan tanggungjawab kalau dia
mengetahuinya. Jikalau tidak beriltizam dengan dua kalimah syahadah itu maka rehatlah
badannya. Lalu bergelumanglah hidupnya kelazatan tanpa batas lagi. Kalau ditanya,
apakah maksudnya? Dia akan berkata, ‘saya seperti orang lain juga.’ Inilah barangkali apa
yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
‘Dan jika simati itu munafiq, ia akan menjawab soalan Malaikat (di dalam kuburnya)
dengan berkata: ‘aku mendengar orang ramai berkata begitu, maka akupun berkatalah
seperti mereka, aku tidak tahu sama ada benar atau tidak.’
Lalu kedua-dua Malaikat itu berkata: ‘Memang kami tahu engkau berkata demikian.’
(menurut riwayat Abu Daud) Lalu diseru oleh penyeru dari langit: ‘sesungguhnya orang
itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari neraka, dan pakaikan
dia pakaian dari neraka serta bukakan untuknya pintu neraka.’
2.
Orang yang berucap dengan dua kalimah syahadah tetapi disertai dengan
perkara-perkara yang tidak menghasilkan iman atau perkara-perkara yang membatalkan
dua kalimah syahadahnya dengan ucapannya tidak memberi makna iman dan Tauhid
seperti golongan Assobiyyah yang bertuhankan sayyidina Ali RA. Bahkan terdapat
dikalangan orang-orang yang murtab selepas wafatnya Rasulullah SAW, mereka yang
mengucap dua kalimah syahadah disamping itu mempercayai juga kepada Musailamah al
Kazzab dan Tulaihah sebagai Nabi – sesungguhnya mereka itu diperangi oleh para
sahabat RA walaupun mereka mengucap dua kalimah syahadah. Demikian juga dengan
orang-orang yang menganut ideologi moden di zaman kita.
3.
Orang yang mengucap dua kalimah syahadah tetapi beri’tiqad lain daripada itu,
dengan cara berpura-pura, apabila bertemu dengan orang-orang yang beriman mengucap
Syahadahlah ia tetapi apabila bersama-sama orang-orang kafir, berucap pula dengan
kalimah-kalimah kufur dan mempersendakan Islam dan penganutnya, mereka itulah
orang-orang munafiq yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
40
41
Maksudnya:
Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman mereka mengatakan:
‘kami telah beriman, dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka
berkata pula: ‘sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok
sahaja.
Allah
akan
membalas
olok-olok
mereka
dan
membiarkan
mereka
terumbang-ambing di dalam kesesatan.
4.
Gulungan yang tidak mengerti makna Tauhid dan tidak mengenali orang-orang
yang ahli di dalam bidangnya dan tidak mendampingi mereka, tetapi apabila mereka
datang menemui ahlinya dan diberitahu tentang syahadah itu dan tuntutannya mereka
mengaku dan mengucap, mereka redha dengan ucapan itu tetapi masih jahil dan bebal
tentang hakikat syahadahitu. Orang-orang seperti ini kita mengharapkan Allah memberi
rahmat kepada mereka dan tidak harus bagi kita menghukumkan mereka dengan kafir
dan neraka kerana terdapat orang-orang yang diberi syafaat pada hari Qiamat itu
orang-orang yang masih mempunyai syahadah walaupun bergelumang dengan dosa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah akan memberi keistimewaan kepada seseorang dari kalangan umatku
dengan
memanggilnya
di
hadapan
khalayak
ramai
pada
hari
Qiamat
serta
membentangkan kepadanya sembilan puluh sembilan gulung suratan amalnya. Tiap-tiap
satu gulung panjangnya sejauh mata memandang, kemudian Tuhan bertanya kepadanya:
‘Adakah engkau hendak menafikan sesuatu dari apa yang ada di dalam suratan ini?
Adakah penulis-penulis-Ku yang Aku tugaskan menjaga amalmu itu telah menzalimi
kamu?’
Orang itu menjawab: ‘Tidak, wahai Tuhanku.’
Tuhan bertanya lagi: ‘Kalau demikian, maka adakah mempunyai sebarang alasan atau
kebaikan untuk engkau melepaskan diri?’
41
42
Ia menjawab: ‘ Tidak ada juga wahai Tuhanku.’
Tuhan bertanya lagi: ‘Kalau demikian, maka adakah mempunyai sebarang alasan datau
kebaikan untuk engkau melepaskan diri?’
Ia menjawab: ‘Tidak ada juga wahai Tuhanku.’
Tuhan berfirman: ‘Ya! Ada, sebenarnya engkau ada mempunyai satu kebaikan yang
tersimpan pada Kami, dan sebenarnya engkau tidak akan menanggung sebarang kezaliman
pada hari ini, lalu dikeluarkan untuknya sehelai kertas kecil yang tertulis padanya:
Maka Tuhan berfirman kepadanya: ‘Pergilah hadir melihat timbangan amalmu.’
Lalu ia berkata: ‘Ya Tuhanku, apakah nilai kertas yang secebis ini berbanding dengan
suratan jahat amalku yang bergulung-gulung itu?’
Maka Tuhan berfirman kepadanya: ‘Walau bagaimanapun engkau tidak akan dizalimi
sekali-kali.’
Nabi SAW bersabda lagi: ‘Kemudian suratan amalnya yang bergulung-gulung itu
diletakkan pada sebelah neraca dan kertas kecilnya diletakkan pada daun neraca yang
sebelah lagi, lalu suratan amalnya buruknya itu terangkat ringan dan kertas kecil yang
secebis itu berat menurun, kerana tidak ada suatu bendapun boleh menjadi berat
berbanding dengan apa yang mengandungi nama Allah.
Petikan : Muqaddimah Aqidatul Muslimin ; Hj Hadi
20 PEMBATAL SYAHADAH
1. Tawakkkal atau bergantung harap kepada sesuatu selain daripada Allah.
2. Mengengkari nikmat Allah samada yang terang atau tersembunyi, sesuatu yang mudah
42
43
difikir atau yang memerlukan kajian. Bukanlah menjadi bidang kuasa manusia dalam
urusan memberi dan menahan rezeki seseorang tetapi ia merupakan hak Allah.
3. Beribadat khusus, berkerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah
kerana segala yang kita lakukan mestilah selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah.
4. Menggubal undang-undang ata peraturan mengikut kemahuan manusia bukan mengikut
ketentuan Allah sedangkan hanya Allah sahaja yang berhak menentukan peraturan
manusia.
5. Menumpukan segala ketaatan kepada selain daripada Allah dengan cara yang tidak
disukaiNya.
6. Menjalankan hukuman yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujukkan kepada
hukum Allah dalam sesuatu perkara.
7. Membenci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau pun
membenci agama Islam secara keseluruhannya.
8. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat di mana dia
menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam kehidupannya.
9. Menghina sesuatu daripada al-Quran atau hadis atau pun kitab orang alim yang
menegakkannya atau pun mempersendakan hukum daripada hukum Allah.
10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharam apa yang dihalalkan
oleh Allah
11. Tidak beriman kepada semua sumber hukum daripada al-Quran dan hadis.
12. Melantik orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang yang
beraqidah Islam dan beriman.
13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w di mana bagi mereka yang
datang selepas kewafatannya mesti beradab dalam percakapan, penulisan dan syarahan.
43
44
14. Rasa takut dan gentar dalam menegakkan Islam dan rasa lapang, riang dalam
menegakkan perkara syirik.
15.Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dan isi
yang terkandung dalam ayat itu dan juga menyatakan bahawa isi yang terkandung dalam
ayat al-Quran hanya boleh difahami oleh setengah orang melalui ilham. Begitu juga bagi
mereka yang menuduh perkara demikian terhadap Sunnah nabi.
16. Tidak mengetahui tentang makrifat Allah dengan pengenalan yang jelas serta
mengengkari sifat ketuhananNya atau nama-nama Allah.
17. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan bahawa adanya
sifat yang terpuji yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat
kepujian atau tidak beriktikad bahawa baginda adalag sebagai contoh ikutan utama bagi
umat manusia.
18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah sahadah serta tidak mengkafirkan
orang yang telah engkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka.
Suatu kaedah : Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin maka ia menjadi kafir,
sebaliknya sesiapa yang tidak mengkafirkan orang kafir maka dia menjadi kafir. Sesiapa
yang syak tentang kekafiran orang kafir maka dia juga menjadi kafir.
19. Membuat sesuatu pekerjaan(ibadat) bukan kerana Allah seperti sembelih binatang
bukan kerana Allah, sujud dan tawaf pada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.
20. Melakukan syirik khafi atau kecil di mana ia tidak membatalkan syahadah dan ia juga
boleh boleh diubati dengan doa seperti solat kerana pujian manusia dan sebagainya.
------------------------------------------------------------------------------Petikan
Iman dan 20 perkara yang membatalkan syahadatain, Maududi, Said Hawa & Syed Qutub,
ABIM KB, Percetakan al-Ahliah
44
45
Perang Uhud
berlaku selepas Perang badar pada 15 Syawal tahun ketiga
hijrah.Peperangan ini meletus kerana terdapat sebahagian orang-orang Quraisy yang
tidak terbunuh dalam Perang Badar ingin menuntut bela di atas kematian
pejuang-pejuang mereka Usaha mengumpulkan harta, senjata dan tenaga dilancarkan
secara besar-besaran oleh kaum Quraisy untuk menghadapi perang menentang muslimin.
Berita persiapan besar-besaran ini sampai ke pengetahuan Rasulullah lalu baginda pun
bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya untuk menetapkan sama ada kaum musimin
bertempur di luar Madinah atau menunggu kedatangan kaum Quraisy di Madinah.
Mereka akhirnya bersetuju untuk keluar bertempur di luar Madinah menentang kaum
Quraisy.
Dalam mengatur strategi perang, Rasulullah telah membahagikan bala tentera Islam
kepada 3 pasukan iaitu;
i.
Pasukan Muhajirin- benderanya dibawa oleh Mus’ab bin Umair
ii.
Pasukan ‘Aus – Benderanya dibawa oleh Asid bin Hudhir
iii.
Pasukan Khazraj – benderanya dibawa oleh al-Habbab bin Munzir
Maka pada hari Sabtu, 7 Syawal, 32 bulan selepas hijrah ke Madinah, Rasulullah
kemudian bersama-sama dengan seribu orang para sahabat bergerak ke Bukit Uhud.
Walaupun begitu, di tengah-tengah perjalanan, seramai 300 orang munafiq yang diketuai
oleh Abdullah bin Ubai menarik diri dari medan perang dan menghasut kaum muslimin
untuk melemahkan semangat kaum Musimin yang masih utuh tetapi Allah telah
menyelamatkan mereka engan menanamkan iman di dalam hati mereka.
“ Ingatlah ketika dua golongan dari kalangan kamu ingin berundur kerana takut, padahal
Allah adalah penolong kepada kedua-dua golongan itu, kerana itu orang-orang mu’min
bertawakkal kepada Allah sahaja”
(Ali-Imran, 122)
Dengan baki tentera Islam seramai 700 orang, Nabi saw menyusun barisan tentera
Muslimin membelakangi bukit, mengadap kota Madinah. 50 orang pemanah ditempatkan
di atas bukit di belakang kaum muslimin dengan dipimpin oleh oleh ‘Abdallah bin Jabir.
45
46
Rasulullah sebelum itu telah berpesan; “ Lancarkanlah serangan panah kepada tentera
berkuda bagi mengelakkan serangan dari belakang. Kamu hendaklah tetap ebrada di sini
sama ada kami kalah atau menang sehingglah diperintahkan kepada kamu”
Pertempuran mula memarak dan semakin sengit. Barisan kaum muslimin menunjukkan
kemaraan yang sangat mengkagumkan. Mus’ab bin Umair terbunuh di hadapan mata
Rasulullah sendiri, lalu bendera disambar oleh Ali bin Abi Talib. Dengan pertolongan
Allah, akhirnya kaum Musyrikin lari bertempiaran meninggalkan harta-harta mereka.
Orang Islam memburu dari belakang dan menawan apa yang ada. Apabila melihat tentera
Islam berebut mengambiil harta, pasukan pemanah yang berada di atas bukit tidak dapat
mengawal perasaan dan tidak mempedulikan pesanan Rasulullah saw lalu meninggalkan
bukit Uhud. Khalid al-Walid yang mengetuai tentera berkuda Musyrikin mengambil
kesempatan membuat serangan kilat.
Pertempuran tercetus kembali dan bendera tentera musyrikin kembali dinaikkan.
Serangan dari pihak musyrikin datang bertubi-tubi untuk membunuh Rasululullah dan
menewaskan kaum muslimin. 9 orang sahabat mengawal Nabi saw dan 7 daripada mereka
syahid dengan menjadikan diri mereka perisai terhadap panah-panah yang ditujukan
kaum musyrikin kepada Rasulullah. Keadaan sangat mencemaskan dan Rasulullah sendiri
patah gigi depannya, pipinya luka dan darah berhambur keluar dari kepala Rasulullah
akibat serangan itu.
Di saat-saat genting inilah pihak musuh telah menyebarkan berita palsu yang
megnatakan Rasulullah telah wafat. Ada antara sahabat yang kebingungan, namun begitu,
Anas bin Nadhir memulihkan kembali semangat kaum muslimin dengan berkata; “ Apa
gunanya hidup selepas ini? Mari kita bersama-sama syahid bersama Rasulullah” Anas
bangkit menentang musuh dan akhirnya gugur syahid.
.
Tiba tiba terdengar Ka'ab bin Malik berteriak mengatakan Nabi masih hidup, dan sedang
berjuang bermati-matian. Dari segenap penjuru, tentera Islam bangkit semula dan
menyerbu ke arah tempat Nabi berada. Nabi yang sedang terkepung dari segala penjuru,
dapat mereka pertahankan. Kaum muslimin lalu merebut kembali celah bukit yang
strategik yang telah dikuasai musuh menyebabkan musuh terkepung ditengah tengah.
Tentangan musuh akhirnya dapat dipatahkan dengan dengan ramai sahabat-sahabat
besar yang terkorban.
46
47
Antara pengajaran yang boleh didapati dari Perang uhud:
1.
Lantaran kesalahan beberapa orang anggota tentera yang ingkar arahan Nabi saw
telah mengakibatkan bencana yang besar ke atas seluruh pasukan. Rasulullah saw
sendiri tidak terlepas dari bencana ini. Inilah sunantullah bahawa kita tidak dapat
menolak dari ditimpa bencana termasuk Rasululullah saw sendiri yang merupakan
kekasih Allah.
2. Rasulullah membuat keputusan berdasarkan syura dan tidak mengikut pendapat
sendiri sahaja walaupun pendapat awal rasulullah bertentangan dengan majoriti.
Keengganan Rasulullah menarik balik keputusan syura yang telah dibuatnya
menunjukkan
bahawa
pentingnya
mematuhi
prinsip
syura.
Bahkan,
urusan
peperangan bukanlah satu perkara kecil dan penarikan semula keputusan syura
kerana takut dan waspada yang tidak berasas menunjukkan kepincangan
pentadbiran.
3. Khabar angin tentang kewafatan Rasulullah bertujuan untuk menyedarkan kaum
muslimin dan percubaan kepada hati mereka agar mereka menanamkan di dalam hati
bahawa mereka mesti cekal dan tidak berundur ke belakang meskipun jika Rasululah
saw benar-benar wafat. Firman Alalh swt:
“ Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya
beberapa orang Rasul. Jika dia wafat atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik ke
belakang?....” (Ali-Imran 144)
4. Kesanggupan sahabat-sahabat mempertahankan nyawa Rasulullah sehingga ke titisan
darah terakhir menunjukkan keimanan mereka yang teguh kepada Allah swt dan
cinta yang sejati kepada rasulullah saw. Setiap Muslim perlu memiliki roh dan
semangat sebegini, tidak hanya mendakwa telah beriman dengan segala tuntutan
agama bahkan hati juga perlu dilimpahi dengan kecintaan sebenar terhadap Allah
swt dan kekasihNya, Muhammad Rasulullah.
47
48
Adab Makan
1. Makanan dan minuman dari sumber halal, bukan dari sumber haram atau syubhat.
2. Hendaklah seorang itu berniat makan dan minum untuk menguatkan badan kerana
Allah.
3. Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan. Hadis:
“Berkat makanan itu ialah dengan berwuduk sebelumnya dan sesudahnya”
4. Membaca bismillah ketika makan dan membaca Alhamdullilah setelah makan.
Doa makan:
5. Hendaklah meletakkan hidangan makanan itu diatas hamparan di atas lantai kerana ini
lebih menampak tawaduk dan kerendahan diri.
6. Duduk ketika makan, makan dengan tangan kanan dan dahulukan yang kanan.
7. Makan bersama-sama dengan ahli keluarga, atau tetamu tidak makan keseorangan.
8. Sunat bercakap ketika makan.
9. Jangan sekali-kali memulakan sehingga dimulakan oleh orang yang tua.
10. Jangan mensia-siakan makanan. Hadis:
“Adalah Rasullah s.a.w setelah makan, selalu menjilat ketiga-tiga jarinya, seraya
berkata:” Jika terjatuh suapan seseorang kamu hendaklah dia mengutipnya dan
dijauhikan daripada menyusahkannya serta hendaklah dimakannya, dan janga
ditinggalkan untuk dimakan oleh syaitan.
48
49
11. Berhenti sebelum kenyang.
12. Berkumur-kumur mencuci mulut sesudah makan.
Adab Tidur
1. Jangan tidur Sebelum Isyak.
2. Berwuduk sebelum tidur.
3. Jangan tidur meniarap.
4. Membaca zikir berikut sebelum tidur:
a. Subhanllah-33kali.
b. Al-hamdullilah-33kali
c. Allahuakbar-33kali
d. Baca Qulhuwa Allahu Ahad.
e. Baca Qulauzubirabil falaq
f. Baca Qulauzubirabin nas
g. Baca ayat-kursi.
h. Doa sebelum tidur.
5. Bila bangun tidur baca doa.
49
Download