SN 26_Serangan London - Hizbut Tahrir Malaysia

advertisement
DEMONSTRASI – BENARKAH IA SUATU TINDAKAN BODOH?
Aktiviti berdemonstrasi (tunjuk perasaan) atau perarakan di jalan-jalan, berkumpul di luar bangunan atau kawasan
terbuka dengan membawa sepanduk yang merupakan manifestasi dari rasa tidak puas hati berkenaan sesuatu
perkara nampaknya semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Secara sepintas lalu, ia menunjukkan
sifat prihatin rakyat terhadap isu-isu semasa yang menyentuh sensitiviti mereka.
Minggu lepas kita telah dikhabarkan oleh media-media massa mengenai demonstrasi yang dilakukan oleh beberapa
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelarkan diri mereka sebagai Badan Anti IFC (Suruhanjaya Antara
Agama) atau BADAI yang dianggotai oleh beberapa NGO. Seramai lebih kurang 500 orang telah berdemonstrasi
membantah forum bertajuk ‘Perlembagaan Persekutuan : Perlindungan Untuk Semua’ di hadapan Hotel Cititel,
Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Aliran dan Article 11, yang dianggotai oleh 14 NGO termasuk Sisters in Islam
(SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam dan All Women’s Action Society (AWAM) [Utusan
Malaysia 15 Mei 2006]. Tindakan demonstrasi yang dilakukan oleh BADAI itu telah menimbulkan reaksi yang
negatif dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan menyifatkannya
sebagai salah dan bodoh. “Jika anda bantah dan adakan demonstrasi ketika orang berbincang, ia tindakan
bodoh. Saya tidak takut menggunakan ayat itu”, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat
Pakar-pakar Antarabangsa Mengenai Hak Asasi Manusia di Sisi Islam (MIEHRI) di Kuala Lumpur. [Utusan
Malaysia 16 Mei 2006].
.::Bicara SN::.
Dilihat dari sudut sejarah, demonstrasi sebenarnya telah lama menular ke negara ini, semenjak Tanah Melayu
dijajah oleh British lagi. Ketika itu, kuasa pemerintahan
dipegang sepenuhnya oleh British yang menyebabkan
BICARA SN: PALESTIN PERLUKAN
ketidakpuasan hati rakyat. Rakyat, khususnya orang
PEMBELAAN KHILAFAH
Melayu bangkit untuk menentang penjajah.
Kebangkitan mereka dimanifestasikan oleh tindakan
Kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin ketika
demonstrasi untuk menunjukkan rasa tidak puas hati
ini sukar untuk dibayangkan. Dunia yang luas
kepada British. Para pejuang nasionalis Melayu sebelum
menjadi sempit bagi mereka. Hampir semua jalan-jalan
masuk ditutup oleh rejim Israel. Bekalan makanan
zaman merdeka telah beberapa kali melakukan tindakan
dan ubat-ubatan semakin berkurangan. Lebih
demonstrasi dan antara yang terbesar adalah
memilukan apabila kita mendengar khabar anak-anak
demonstrasi yang dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar,
kecil yang terpaksa menanggung kesakitan dan
pada 10 Februari 1946. Dianggarkan seramai 15,000
kelaparan sehingga ada sebahagiannya yang
orang Melayu telah berhimpun menentang penubuhan
dilaporkan telah meninggal dunia. Jelaslah,
Malayan Union, di Batu Pahat, Johor. Ini telah menjadi
kekejaman Israel dan Barat telah melampaui batas
titik tolak kepada beberapa siri demonstrasi orang
kebinatangan. Rakyat Palestin dilihat seperti sedang
Melayu, khasnya ahli UMNO selepas itu dalam
‘dihukum’ oleh Barat kerana memilih Hamas di dalam
menentang penjajahan British di Tanah Melayu sehingga
pilihanraya yang lalu. Amerika telah mengambil keputusan
berakhirnya penjajahan pada 31 Ogos 1957.
untuk menghentikan bantuan kewangan kepada Pihak
Berkuasa Palestin (PA) pimpinan Hamas sebagai tanda
tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh rakyat
Amat tidak wajar jika kita membuat kesimpulan bahawa
Palestin. Tindakan yang jelas bertentangan dengan
demonstrasi yang telah dilakukan ini suatu tindakan
prinsip ‘demokrasi’ yang mereka laungkan itu
bodoh. Adakah pemimpin-pemimpin (khasnya UMNO)
kemudiannya telah diikuti oleh negara-negara Eropah.
dan rakyat yang telah berjuang dengan melakukan
demonstrasi untuk mendapatkan kemerdekaan dari
Kaum Muslimin tidak berdiam diri; di sana-sini mereka
British ini telah melakukan suatu kebodohan? Walaupun
bangkit untuk membalas sekatan tersebut dengan
demonstrasi itu telah dilakukan ‘secara haram’ (kerana
menghulurkan bantuan kewangan. Arab Saudi, Iran, Mesir
British pada waktu itu tidak memberi permit untuk
dan Indonesia termasuklah Malaysia telah berjanji dan
rakyat mengadakan demonstrasi), tetapi pemimpin dan
ada juga yang telah menghulurkan bantuan. Sikap kaum
Muslimin ini dengan jelas membuktikan bahawa wujud
rakyat pada waktu itu tidak pernah beranggapan ia
pertentangan ketara yang tidak dapat diselindungkan
adalah suatu kebodohan, malah sebaliknya. Walaupun
lagi di antara Islam dan Barat. Ini pada hakikatnya
perhimpunan adalah ‘haram’, rakyat tetap bangkit dan
telahpun berlaku sejak Islam diutus kepada Nabi
berdemonstrasi tanpa memperdulikan ‘keharamannya’.
lihat mukasurat akhir.....
Inilah fakta sejarah yang tidak dapat kita nafikan.
::: ANDA DILARANG BACA KETIKA KHATIB SEDANG BERKHUTBAH :::
www.mykhilafah.com
pada fakta bahawa di dalam demonstrasi ini terdapat
sejumlah tindakan yang diharamkan oleh Islam.
Definisi Demonstrasi
Demonstrasi sebagaimana yang disebutkan dalam
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
mengandungi dua makna. Pertama: penerangan,
peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin,
keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan
cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.
Inilah definisi yang menjadi topik perbincangan kita.
Daripada definisi itu sendiri, kita dapat fahami bahawa
demonstrasi tidak membawa apa-apa konotasi yang
negatif, apalagi yang menjurus kepada kesalahan.
Demonstrasi pada hakikatnya merupakan salah satu
cara untuk menampakkan aspirasi ataupun pendapat
(ta’bir ar-ra’yi) masyarakat secara berkumpulan.
Namun demikian, apa yang lebih penting bagi kita
sebagai umat Islam adalah untuk memandang
pengertian demonstrasi dari perspektif Islam. Secara
umum, aktiviti menampakkan aspirasi atau pendapat
di dalam Islam adalah perkara yang dibolehkan
(mubah). Hukumnya sama seperti kita mengungkapkan
pandangan atau pendapat tentang suatu perkara, cuma
dalam hal ini ia dilakukan oleh sekumpulan orang.
Di dalam pengistilahan bahasa Arab, demonstrasi boleh
dibahagikan kepada dua:
1) Demonstrasi Liar (Muzhaharah) : iaitu perbuatan
sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk
menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu
yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang
bertanggungjawab. Di dalam Muzhaharah ini, para
penunjuk perasaan biasanya akan melakukan
kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta
milik negara, harta umum ataupun harta individu.
2) Demonstrasi Aman (Masiirah) : iaitu perbuatan
sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut
dan juga membantah sesuatu. Tindakan (Masiirah) ini
tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan
atau membakar harta benda negara, awam atau individu.
Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan
dan mematuhi hukum-hukum syara’, nilai-nilai Islam
dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan
sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.
Hukum Demonstrasi Menurut Islam
Demonstrasi Liar (Muzhaharah) jelas-jelas
diharamkan oleh Islam. Ini kerana, di dalam
melakukan demonstrasi, ia disertai dengan beberapa
aktiviti yang diharamkan seperti mengganggu lalu-lintas,
menghancurkan, merosak atau membakar harta benda,
mengganggu ketenteraman awam dan sejenisnya.
Tidak kurang pula, Muzhaharah ini mengakibatkan
rusuhan, pergaduhan, perkelahian, penganiayaan,
bahkan pembunuhan. Pengharamannya didasarkan
Sementara itu, Demonstrasi Aman (Masiirah) adalah
satu bentuk demonstrasi yang dibolehkan/diharuskan
(mubah). Ini berdasarkan kenyataan bahawa ia
dilakukan dengan tertib dan aman, dengan
memperhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara’,
termasuk berkaitan dengan pendapat atau aspirasi yang
disampaikan; ia dilakukan tanpa kekerasan, tidak
mengganggu lalu-lintas dan hak-hak umum, tidak
membakar, merosak dan menghancurkan barangbarang milik umum, negara atau individu. Oleh yang
demikian, Masiirah ini jelas-jelas diperbolehkan
oleh Islam.
Perlu difahami bahawa Islam memandang Masiirah
sebagai salah satu cara (uslub) di antara berbagai cara
pengungkapan aspirasi atau pendapat dan bukan
sebagai method (thariqah) di dalam melakukan proses
perubahan masyarakat. [Method/Thariqah adalah
suatu yang wajib diambil oleh umat Islam di dalam
mencontohi Rasulullah. Contohnya, thariqah
Rasulullah berdakwah secara aman dan tidak
menggunakan kekerasan di dalam menegakkan
Daulah Islam. Sedangkan uslub adalah suatu yang
boleh berubah-ubah dan pelbagai sifatnya asalkan
tidak bertentangan dengan hukum syara’]. Apabila
keadaan memerlukan, Masiirah boleh dan patut
dilakukan dan sebaliknya jika tidak, patut ditinggalkan.
Hal ini sesuai dengan hukum kemubahannya.
Jika kita teliti sirah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa
Sallam, baginda tidak pernah menjadikan dan
menggunakan demonstrasi aman sebagai thariqah
mengubah masyarakat Jahiliyyah di kota Makkah
menjadi masyarakat Islam. Namun begitu, baginda
pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah.
Peristiwa ini terjadi setelah Nabi Sallallahu ‘alaihi wa
Sallam diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala
supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu
memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan
membentuk dua barisan menuju Ka’bah. Satu barisan
dipimpin oleh Umar ibn al-Khaththab dan yang satu
lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan
diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha
illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka’bah.
Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut
memberi arahan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam
telah mengambil satu cara yang tidak pernah dilakukan
oleh masyarakat Jahiliyyah pada ketika itu di dalam
rangka menjalankan perintah Allah yakni menzahirkan
Islam dengan berdakwah secara terang-terangan.
Masiirah ini juga dilakukan oleh baginda untuk
menzahirkan kutlah (kelompok) kaum Muslimin yang
selama ini telah ditasqif (dibina) oleh baginda secara
sembunyi-sembunyi khasnya di rumah Al-Arqam ibnu
Al-Arqam.
Suara [2] Kebangkitan
www.hizb-ut-tahrir.info
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah
menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk
menyeru mereka supaya beriman kepada Allah dan
menjelaskan bahawa baginda adalah Rasul yang diutus
Allah kepada manusia. Peristiwa ini sangat terkenal di
dalam sirah kerana ia telah menjadi asbab kepada
turunnya Surah Al-Lahab di mana Allah telah melaknat
Abu Lahab. Perbuatan Rasulullah di dalam
menghimpunkan kaum Quraish tadi sememangnya telah
dikeji dan diperbodohkan oleh Abu Lahab, dengan
berkata, “Celakalah engkau wahai Muhammad,
adakah semata-mata kerana ini engkau telah
menghimpunkan kami?”. Inilah kata-kata yang telah
menyebabkan Allah Subhanahu wa Ta’ala melaknat
Abu Lahab. Wahai kaum Muslimin! adakah kita sanggup
untuk mengatakan bahawa semua tindakan Rasulullah
dalam berdemonstrasi secara aman itu sebagai suatu
tindakan bodoh, sebagaimana Abu Lahab?
Na’uzubillahi min zalik.
Demikianlah perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan
oleh Rasulullah yang menjadi petunjuk yang jelas
kepada kita bahawa Masiirah dibenarkan oleh Islam.
Peristiwa ini merupakan dalil kepada kita bahawa kaum
Muslimin dibolehkan menghimpun umat manusia
(samada dalam bentuk forum, seminar, Masiirah dan
sebagainya) dalam rangka untuk menegakkan Deen
Allah.
Demonstrasi Islam –vs- Kapitalis & Sosialis
Islam meletakkan demonstrasi aman sebagai uslub
untuk menjelaskan aspirasi dan pendapat. Kedudukan
ini amat berbeza sekali dengan pandangan masyarakat
Kapitalis atau Sosialis (termasuk di dalamnya Komunis)
yang menganggap demonstrasi (samada aman atau liar)
sebagai salah satu thariqah dalam melakukan perubahan
masyarakat. Bagi masyarakat kufur ini, demonstrasi
adalah sebagai proses perubahan masyarakat ke arah
yang mereka inginkan. Oleh karena itu, mereka tidak
ada peraturan di dalam melakukan demonstrasi. Banyak
sekali kejadian di mana mereka sering menimbulkan
ketidaktenteraman, merosak, menghancurkan,
membakar harta benda dan lain-lain bentuk
kemusnahan demi mencapai matlamat dan objektif
mereka. Bukti-bukti kepada perkara ini amat jelas dan
banyak sekali di mana kita dapat lihat hampir setiap
hari di kaca TV mahupun di dada-dada akhbar tentang
demonstrasi liar yang dilakukan oleh kaum kafir ini di
dalam menuntut apa yang mereka inginkan.
Berlandaskan kepimpinan berfikir (qiyadah fikriyyah)
seperti inilah, masyarakat kufur samada Kapitalis atau
Sosialis membangun cara hidup mereka. Berasaskan
idea ’kebebasan’, mereka merasa berhak melakukan
apa sahaja untuk menunjukkan rasa tidak puas hati.
Dengan kata lain, kaedah yang mereka gunakan semasa
berdemonstrasi ialah ’matlamat menghalalkan segala
cara’. Wahai kaum Muslimin! Islam tidak
mengenal konsep kebebasan sebagaimana yang
dijaja oleh kafir Barat. Umat Islam bukanlah satu
umat yang ’bebas’. Umat Islam adalah umat yang
’terikat’ dengan segala perintah dan larangan
Allah. Umat Islam adalah terikat dengan segala
hukum-hakam, halal dan haram, baik dan buruk
hanyalah semata-mata mengikut apa yang Allah
telah tetapkan.
Sebagaimana yang telah dijelaskan, demonstrasi liar
seperti yang dilakukan oleh golongan Kapitalis atau
Sosialis adalah diharamkan di dalam Islam. Islam
mengharamkan menumpah darah sesama manusia
kecuali dengan hak. Harta benda yang dimiliki oleh
seseorang haram diambil atau dirampas oleh orang lain
kecuali dengan hak. Kehormatan setiap orang haram
dicabuli atau dirampas oleh orang lain. Syariat Islam
menjaga ketiga-tiga perkara tersebut dengan sempurna.
Mana-mana individu atau pemerintah yang melakukan
pencerobohan terhadap tiga perkara ini akan dikenakan
hukuman sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah
dan Rasul-Nya.
Islam tidak mengenal prinsip dan kaedah ’matlamat
menghalalkan cara’ (al-ghaayah tubarriru al-wasilah),
sebagaimana yang dianuti oleh masyarakat Kapitalis
atau Sosialis. Tindak-tanduk seorang Muslim samada
sebagai individu atau sebahagian dari anggota
masyarakat ataupun sebagai penguasa wajib terikat
dengan syariat Islam. Di dalam mengungkap aspirasi
atau pendapat dengan cara berdemonstrasi mahupun
dalam melakukan proses perubahan masyarakat, kaum
Muslimin terikat dengan apa yang Rasulullah telah
tunjukkan. Demonstrasi mestilah dilakukan dengan cara
yang aman.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan oleh Allah!
Merubah kemungkaran itu adalah hak dan
tanggungjawab kalian, baik kemungkaran itu dilakukan
oleh individu atau pemerintah. Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa yang
menyaksikan kemungkaran, hendaklah ia
mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu,
hendaklah dengan lidahnya (perkataan), jika tidak
mampu dengan qalbunya. Itu (dengan qalbu) adalah
selemah-lemah iman” [HR Muslim].
Mana-mana Masiirah yang dilakukan oleh kaum
Muslimin di dalam mengubah kemungkaran adalah hal
yang dituntut dan sememangnya sesuatu yang mulia.
Tidak lama dahulu kaum Muslimin di seluruh dunia
termasuklah di Malaysia melakukan Masiirah sebagai
bantahan ke atas karikatur yang menghina Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Parti Islam SeMalaysia
(PAS) beserta beberapa pertubuhan Islam lainnya dan
umat Islam yang prihatin telah sama-sama bermasiirah
membantah penghinaan yang telah dilakukan itu.
Suara [3] Kebangkitan
Hizbut Tahrir Malaysia juga turut melakukan seruan
di Masjid Negara mengutuk sekeras-kerasnya
penghinaan yang telah dilakukan ke atas Rasulullah dan
mengajak umat Islam agar bersama-sama mendirikan
semula Daulah Khilafah yang hanya dengannya akan
’mengajar’ dan menghukum kebiadaban kaum kuffar
tersebut. Oleh itu, tindakan-tindakan seumpama ini dan
juga demonstrasi ke atas forum `Perlembagaan
Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua’ di depan
Hotel Cititel, Pulau Pinang, patut dipuji, bukannya dikeji.
Adakah kita akan sanggup untuk menyatakan
bahawa kaum Muslimin yang bermasiirah demi
membela Rasulullah, demi membela Deen Allah
dari diperlecehkan oleh kaum kuffar sebagai suatu
tindakan yang salah dan bodoh?
Betapa mulianya aktiviti amar ma’ruf nahi mungkar
ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa
Sallam di dalam sabda baginda. Bahkan pahala aktiviti
seumpama ini adalah sebanding dengan pahala penghulu
syuhada, iaitu Hamzah bin Abdul Muthallib, “Penghulu
para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib
dan orang yang berhadapan dengan pemerintah yang
zalim, lalu dia mengingatkan penguasa tersebut
(kepada kemakrufan) dan melarangnya (dari
kemungkaran),
kemudian
penguasa
itu
membunuhnya.” [HR Al-Hakim].
Wahai Kaum Muslimin! Menasihati dan
memuhasabah pemimpin, institusi, organisasi,
kelompok atau komuniti tertentu serta
mengkritik dasar dan keputusannya yang zalim,
termasuk membongkar kemungkaran atau
konspirasi jahat terhadap Islam dan kaum
Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Walaupun kaum
Muslimin bangkit melahirkan penentangan secara spiritual dan material terhadap kuasa-kuasa Barat ini, usaha
mereka masih jauh dari menampakkan hasil yang
diharapkan. Selagi kaum Muslimin masih dikongkong
oleh sistem Kapitalis-Barat, mereka akan terus
dipermainkan oleh boneka-boneka Barat. Dan sistem
inilah juga yang telah menghalang semua bantuan
daripada sampai kepada rakyat Palestin. Sejumlah wang
yang disumbangkan masih tersekat di bank-bank. Bankbank di Iran, bahkan yang di Lebanon juga tidak dapat
memindahkan dana sumbangan kepada PA. Hanya
sejumlah dana yang terhad berjaya dipindahkan melalui
pemegang-pemegang akaun individu. Wakil Hamas di
Lebanon, Osama Hamdan berkata, sebanyak US347 juta
yang didermakan oleh rakyat Arab dan institusi-institusi
lain kepada PA telah dibekukan di bank-bank Arab; ini
termasuklah US90 juta di Jordan, yang mana kerajaannya
juga telah menghalang sebarang kutipan derma dari
diadakan untuk Hamas. Segala sumbangan yang
dihulurkan oleh setiap kaum Muslimin, tidak kiralah
Nasyrah Mingguan:
Hizbut Tahrir
M A L AYS I A
www.hizb-ut-tahrir.info
Muslimin hukumnya adalah wajib meskipun
caranya boleh beragam; boleh dilakukan secara
langsung bertemu face to face; atau melalui tulisan,
surat, seminar, demonstrasi aman dan lain-lain.
Melakukan perkara-perkara tersebut dengan cara yang
dibenarkan oleh syara’ samada secara langsung
maupun tidak, adalah jelas lebih mulia berbanding
dengan tidak melakukan apa-apa, apatah lagi dari
mengeji dan menghina orang lain yang melakukannya.
Wahai pemimpin kaum Muslimin! Kalian adalah
wakil rakyat yang telah dipilih untuk memimpin
umat ini, bukan menyesatkannya. Kalian adalah
orang yang diperintah oleh Rasulullah untuk
menjadi pelindung kaum Muslimin bukan
membinasakannya. Kalian adalah orang yang
diamanahkan oleh Allah untuk menjaga
agamaNya, bukan menghancurkannya. Umat Islam mengharapkan kalian agar melakukan
perubahan, menjadi pemelihara rakyat dan
pembela Islam. Umat Islam benar-benar
mengharapkan kalian mengembalikan semula
kehidupan Islam, mengembalikan sistem Islam,
menerapkan apa yang telah diperintahkan oleh
Allah, menegakkan semula Daulah Khilafah ‘ala
minhaj nubuwwah. Jika kalian tidak
melakukannya, kaum Muslimin yang benar-benar
ikhlas berjuang di jalan Allah akan tetap
melakukannya. Sesungguhnya balasan Allah akan
pasti tiba bagi mereka-mereka yang ingkar akan
perintahNya. Itulah janji Allah dan janji Allah
adalah suatu kebenaran yang pasti!
Wallahua’lam
berapa jumlahnya, samada sedikit mahupun banyak akan
akhirnya menghadapi kesukaran untuk sampai kepada
rakyat Palestin.
Keikhlasan kaum Muslimin dalam menyumbangkan
dana kepada Palestin merupakan manifestasi kasih
sayang dan persaudaraan sesama Muslim yang tidak
akan pernah putus. Namun persoalannya, sampai bilakah
situasi sebegini akan terus berlaku? Adakah bantuanbantuan seperti ini akan dapat bertahan selamanya?
Setiap kebaikan yang dihulurkan, pasti akan mendapat
ganjaran daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Namun,
tidak ada ganjaran dan rahmat yang lebih besar daripada
usaha untuk mengembalikan entiti politik Islam, AlKhilafah. Dengan wujudnya Khilafah, kedaulatan
hanyalah kepada syara’. Kesejahteraan, perlindungan
serta kemuliaan bukan sahaja akan dirasai oleh umat Islam di Palestin, malah ia akan meliputi seluruh umat Islam di dunia. Inilah penyelesaian yang, dengan izin Allah, akan membawa kemenangan sebenarnya!!
Penyalinan semula artikel ini amat dialu-alukan. Semoga usaha anda dapat mengembangkan dakwah
Islam dan diredhai Allah swt. Tiada Hakcipta dalam Islam. Sebarang pertanyaan atau komen, sila emailkan kepada [email protected] atau layari www.mykhilafah.com
Download