KEMAHIRAN ABAD KE-21

advertisement
KEMAHIRAN ABAD KE-21
1.0 DEFINISI KEMAHIRAN ABAD KE-21
Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar
untuk berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan
pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran abad ke-21 ialah kemahirankemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (Membaca, Mengira
dan Menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan
sebagainya. Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai
kemahiran abad-21, seseorang guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan
tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran),
menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukkan
akhlak dan sahsiah yang baik.
2.0 CIRI-CIRI KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM PENDIDIKAN
Dalam menjalani abad ke-21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki
kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan kemahiran
hidup. Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai
kemahiran abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
• Kreativiti dan Inovasi
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah
• Komunikasi dan Kolaborasi
• Literasi Maklumat
• Literasi Media
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya
• Produktiviti dan Akauntabiliti
• Kepimpinan dan Tanggungjawab
Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita
mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan bagi memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
• Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• Mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• Memahami psikologi pembelajaran
• Memiliki kemahiran kaunseling
• Menggunakan teknologi terkini
Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
Antara buku-buku serta keratan akhbar yang berkaitan dengan Kemahiran Abad ke-21 ialah
Gambar 1: Learing For Life In Our Times, Bernie Trilling & Charles Fadel
Gambar 2: Creativity for 21st Century Skills, Jane Piirto
Gambar 3: Keratan Akhbar mengenai isu guru KPLI kurang kualiti
Gambar 4: Keratan Akbar mengenai guru di Terengganu mengubah landskap pendidikan dari
sudut teknologi
3.0 CABARAN-CABARAN KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM PENDIDIKAN
Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting
dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana
uasaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem
pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategi yang boleh meningkatkan keupayaan
dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani
cabaran-cabaran abad ke-21.
Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan
politik. Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan
kita terpinggir dan tersingkir. Intelektual capital akan menjadi asas kukuh daripada kekayaan
yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya koperat yang berasaskan pendemokrasian
kuasa akan menggantikan amalan hirarki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada
persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan
kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan
dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk
menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.
Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam ucapan
menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40 baru-baru ini, telah meminta rakyat
supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu
melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi
sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika
rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing
dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara mestilah seiring dengan
pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk
melahirkan masyarakat madani. Kerap juga Perdana Menteri dalam ucapannya memberi
ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita sendiri".
Antara cabarannya ialah cabaran Alaf Baru. Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas
dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi
oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabarancabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal
dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti
rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan
Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar
alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan
diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun
rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya
ialah pembudayaan masyarakat.
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan
serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir
tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama
dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk
kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya
Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri
baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap
kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi
di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut
beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu
pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat,
bangsa dan negara.
Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang
penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan
generasi muda kita untuk menghadapi keungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industeri,
ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan
komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu
lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat
berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani gelombang
perkembangan dan perubahan masa kini.
Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna
jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan
kebudayaan yang terpelihara. YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim,
menganjurkan satu gagasan sosial yang memantapkan lagi bentuk acuan masyarakat maju
Malaysia ialah dengan mengambil ciri-ciri madani. Mengikut takrif masyarakat madani
ialah "suatu sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin
keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat. Masyarakat yang
mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan
teknologi. Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut
undang-undang dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan keterdugaan serta ketelusan
sistem.
Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah,
ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya
menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang secara komited menggunakan wadah pendekatan
nilai merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan
pelajar dan masyarakat.
4.0 DEFINISI PLAGIRISME
Plagiarisme adalah penciplakan atau pengambilan karangan, pendapat, dan sebagainya
dari orang lain dan menjadikannya seolah karangan dan pendapat sendiri. Plagiat dapat dianggap
sebagai satu jenayah karena mencuri hak cipta orang lain. Dalam konteks pendidikan pelaku
plagiarisme selayaknya menerima hukuman berat seperti dikeluarkan dari sekolah atau institut
pengajian tinggi. Pelaku plagiat juga digelar sebagai plagiator.
Antara golongan plagiator ialah mereka yang menggunakan artikel atau jurnal orang lain
secara terus, tanpa memberikan tanda jelas seperti merujuk kepada nama penulis artikel atau
jurnal tersebut bahawa teks tersebut diambil dari pendapat atau artikel mereka dan mengambil
gagasan orang lain tanpa memberikan maklumat yang cukup mengenai penulis tersebut.
Dalam buku Bahasa Indonesia: Sebuah Pengantar Penulisan Ilmiah, Felicia Utorodewo dkk.
menggolongkan hal-hal berikut sebagai tindakan plagiarisme:
●
Mengakui tulisan orang lain sebagai tulisan sendiri,
●
Mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri
●
Mengakui temuan orang lain sebagai kepunyaan sendiri
●
Mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri,
●
Menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeda tanpa menyebutkan asalusulnya
●
Meringkas dan memparafrasekan (mengutip tak langsung) tanpa menyebutkan
sumbernya, dan
●
Meringkas dan memparafrasekan dengan menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat
dan pilihan katanya masih terlalu sama dengan sumbernya.
Hal-hal yang tidak tergolong plagiarisme ialah mereka menggunakan informasi yang
berupa fakta umum. Menuliskan kembali (dengan mengubah kalimat atau parafrase) opini orang
lain dengan memberikan sumber jelas atau mengutip secukupnya tulisan orang lain dengan
memberikan tanda batas jelas bahagian kutipan dan menuliskan sumbernya.
5.0 MASALAH PLAGIARISM DALAM KEMAHIRAN ABAD KE-21
Amat memalukan dan mengecewakan apabila ahli akademik serta warga institusi
pengajian tinggi yang diiktiraf intelektual, profesional serta terpelajar masih dibelenggu budaya
plagiarisme hingga menjatuhkan taraf kredibiliti golongan terbabit. Budaya yang tidak pernah
surut membelenggu dunia akademik ini bukan saja mencerminkan ketidakjujuran sesetengah
ahli akademik dalam profesion kolar putih malah mampu menggugat kualiti graduan dihasilkan.
Biarpun segelintir pihak menganggap budaya berkenaan sebagai terpencil, tanpa kekangan
atau tindakan proaktif, bakal mencemarkan nama baik sekolah hingga boleh dipersoalkan
masyarakat. Adakah ia berlaku kerana golongan terbabit tidak yakin pada kemampuan diri
sendiri hingga mencari jalan mudah menciplak hasil orang lain? Atau kerana sikap sambil lewa
masyarakat menyebabkan budaya berkenaan terus berleluasa meskipun mencalarkan imej warga
terpelajar. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Profesor Dr Omar Abdull Kareem berkata, budaya plagiarisme yang tidak dibendung
mampu ‘menghakis’ dan membunuh usaha melahirkan golongan akademik berwibawa.
Gambar 5: Plagiat ialah satu jenayah karena mencuri hak cipta orang lain
Budaya itu, menurutnya boleh dianggap sebagai parasit kerana bukan sekadar
membinasakan kredibiliti, malah menyebabkan mereka berterusan memplagiat tanpa
menghiraukan penat lelah orang lain. Isunya bukan hanya membabitkan satu pihak malah
mempengaruhi pihak lain yang terlebih dulu bersusah payah menghasilkan terbitan, karya dan
idea asli. Lebih malang lagi apabila kegiatan itu dilakukan mereka yang menggelarkan diri
sebagai ‘golongan intelektual’. Sudah tentu ia satu penipuan dan merendahkan martabat malah
masyarakat juga tertipu kerana mempercayai kemampuan golongan ini dalam menghasilkan
hasil bermutu dan bersifat akademik. Bukankah ini sungguh mencalarkan imej padahal mereka
mendapat sanjungan masyarakat? Sanggupkah menerima pengiktirafan itu jika tidak jujur?
Justeru, berfikirlah secara positif dan matang sebelum melakukan tindakan itu supaya ia tidak
memalukan diri sendiri dan institusi. Plagiat secara am ditakrif sebagai usaha menciplak tesis,
kertas kerja atau kajian membabitkan ayat dalam karya selain persoalan hak cipta. Sementara
idea, data, ciptaan dan penulisan pula adalah paling sinonim diplagiat.
Antara faktor yang memungkinkan berlakunya plagiarisme adalah masa, tiada komitmen
dan penyeliaan dilakukan secara sambil lewa serta tiada kesungguhan. Beliau berkata,
mahasiswa dan pensyarah perlu memainkan peranan penuh bertanggungjawab bagi memastikan
penumpuan serta integriti tidak lari daripada panduan menghasilkan karya bermutu. Malangnya,
sebahagian besar hanya melihat jalan mudah hingga sanggup membelakangkan profesionalisme
dan harga diri semata-mata memastikan kejayaan menghasilkan karya, tesis atau jurnal tercapai.
Mereka tolak ke tepi nilai ilmu yang ingin diterapkan hingga menjadikan budaya ini satu
kebiasaan. Harus sedar, berada di institusi pengajian tinggi bermakna perlu menggandakan
usaha, bersusah payah dan berdepan rintangan sebelum berjaya. Barulah hasil kejayaan dikecapi
itu manis dan berbaloi. Namun jika asyik memplagiat hasil orang lain, apakah makna perjuangan
ilmu itu?” katanya mengakui penyeliaan dalam apa jua penghasilan karya perlu dilakukan
dengan penuh teliti. Menurutnya kajian atau penulisan bertujuan mencambah pemikiran baru
selain meningkatkan lagi nilai intelektual individu. Ia perlu dipantau dan diteliti sebelum
diiktiraf.
Longgarnya aspek itu akhirnya memungkinkan plagiarisme berlaku sekali gus menghakis
sedikit demi sedikit nilai asli yang ingin dihasilkan. Bayangkan jika semua hasil adalah
plagiat, apakah kualiti yang mampu dicapai. Budaya itu juga, katanya, sangat memalukan dan
tidak adil kepada kelompok lain yang berusaha keras menghasilkan karya asli namun tetap
mendapat pengiktirafan sama. Meskipun universiti mengamalkan dasar dan polisi tegas untuk
membendung budaya itu, masih ada yang berani melakukannya kerana beranggapan ‘tiada siapa
tahu’ selain menjimatkan masa. Setiap institusi mempunyai polisi ketat bagi memastikan budaya
plagiarisme tidak menular, sekali gus menjatuhkan nama baik institusi. Bagaimanapun, masih
ada yang berani menongkah arus semata-mata memastikan misi tercapai. Lebih hebat, mereka
turut memplagiat hasil penyelidikan. Ironinya, budaya ini tidak terhad hanya pada golongan
akademik, malah mahasiswa turut sama melakukannya. Cuma caranya berbeza dengan penilaian
atau tujuan berlainan. Apapun alasan, ia sama sekali tidak boleh diterima kerana menjatuhkan
nilai ilmuwan dan intelektual.
Antara cara boleh dilakukan bagi mengesan plagiarisme adalah penyeliaan teliti oleh
penyelia selain menerusi perisian pengesan Turnitin yang boleh membantu mengenalpasti
bahagian diciplak penulis tanpa menyatakan sumbernya. Sama ada budaya ini boleh dikekang,
beliau berkata, semuanya terpulang kepada kesedaran dan kejujuran individu menghasilkan
sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri serta masa depan. Perkara ini amat subjektif, hanya
diri sendiri saja yang boleh menentukan dan merencanakan perjalanan kejayaan masing-masing.
Plagiat sebenarnya tidak beretika dan wajar dihentikan. Perlu yakin pada kemampuan diri
sendiri, berusaha keras dan berdisiplin. Hanya itu kunci yang ada untuk mencapai kejayaan.
Selain itu, plagiat hanya merugikan, merendahkan taraf seseorang yang mungkin dapat
mengecapi kesenangan seketika. Namun berbaloikah kerana ia terhasil dari usaha orang lain,
bukan diri sendiri;” soalnya
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kemahiran abad ke-21 amat penting dalam konteks pendidikan. Hal ini
demikian kerana, teknologi pada zaman ini diperlukan bagi setiap individu untuk melaksanakan
tugasan-tugasan yang diberikan. Sebagai contoh, setiap guru perlu mempunyai Sistem Maklumat
Pelajar untuk dihantar kepada Kementerian Pendidikan sebagai rujukan bagi prestasi setiap
pelajar tersebut. Walaubagaimanapun, teknologi juga mempunyai pengaruh yang negatif
terhadap pendidikan iaitu plagiarisme. Kebanyakannya plagiarisme ini terjadi kepada penunut di
institusi pengajian tinggi. Hal ini demikian kerana, maklumat-maklumat yang ingin diperolehi
boleh didapati dengan mudah dalam pencarian internet seperti Google, Yahoo, Mozilla dan
sebagainya.
Kemahiran abad ke-21 ini mempunyai nilai positif dan negatif berdasarkan pendirian
individu tersebut terhadap teknologi. Oleh itu, amalan palgiarisme ini harus dibendung agar
dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti bagi menjana tenaga kerja negara.
Jelaslah bahawa, kemahiran abad ke 21 ini banyak memberi impak dalam pendidikan tidak kira
pelajar, guru dan masyarakat.
Download