AnasirTanzim - GEOCITIES.ws

advertisement
AnasirTanzim
UNSUR-UNSUR TANZIM
1. Syura
2. Baiah
3. Taat
Hakikatnya unsur-unsur tanzim itu banyak, yang terpenting tiga di atas.
1. SYURA.
Pengertian Syura.
Berasal dari Bahasa Arab : ‫ شار يشاور مشاورة‬. perkataan ‫ شار‬bererti memerah manisan dari
sarang lebah. Dalam Bahasa Melayu disebut ‘musyawarah’. Ia bermaksud : perundingan
dengan pihak lain untuk menyelesaikan masalah atau mencapai persetujuan.
Dalam syura terdapat unsur-unsur :
- Perbincangan yang berlaku antara dua orang atau lebih
- Penyelesaian masalah atau mendapat persetujuan
- Pemerahan pemikiran untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik.
Nas Mengenai Syura.
Quran :
)38 ‫وأمرهم شورى بينهم ( شورى‬
- ) 159 ‫وشاورهم ىف األمر ( آل عمران‬
- ) 233 ‫فإن ارادا فصاال عن تراض منهما وتشاور فال جناح عليهما ( البقرة‬
Hadis :
‫ما خاب من استخار وال ندم من اتستشار‬
- Rasulullah s.a.w. telah bermusyawarah dengan para sahabatnya dalam kes-kes
berikut:
- Perang Badar, mengenai perang Badar itu sendiri, penempatan tentera dan
tawanan perang.
- Perangan Uhud, apakah mereka berperang di luar Madinah atau menunggu
musuh di dalam kota Madinah.
- Dalam peperangan Khandaq Salman al-Farisi mencadangkan digali parit.
- Tentang tempoh paling lama wanita sanggup berpisah dengan suami
- dan banyak lagi.
Amalan para sahabat:
- Semua para khulafa’ al-rasyidin telah mengikut jejak Rasulullah dalam
melakukan musyawarah dalam mengendalikan urusan masyarakat dan negara.
Bentuk dan Ahli Syura.
Rasulullah tidak menentukan satu bentuk syura. Baginda melakukannya dengan berbagai
cara; dengan satu kumpulan atau dengan individu atau dengan cara lain sesuai dengan kes
yang ingin disyurakan. Baginda juga tidak menyatakan siapakah ahli syura. Baginda
bermusyawarah dengan berbagai orang dan berbagai peringkat; lelaki, wanita, dewasa dan
kanak-kanak. Apa pun, lumrahnya syura dilakukan dengan pemimpin-pemimpin kaum,
orang-orang yang berkedudukan dalam masyarakat, ahli ilmu dan orang yang berpengalaman.
Kes-kes Syura.
Kes-kes yang disyurakan tidak terbatas. Ia merangkumi semua kes sekalipun yang amat kecil
seperti keputusan untuk memberhentikan anak daripada menyusu yang dirakamkan dalam
ayat 233 al-Baqarah.
Hukum Syura.
Pendapat pertama mengatakan syura adalah wajib. Oleh itu kepimpinan wajib melakukan
syura. Hujjah pendapat ini ialah; Perentah bermusyawarah dalam ayat 38 surah Syura adalah
perentah wajib dan tidak khusus ke atas Rasulullah sahaja. Oleh itu ia juga perintah wajib
kepada umatnya. Pendapat kedua mengatakan hukum syura sunat sahaja. Hujjah mereka
ialah ayat yang sama, cuma ia bukan perentah wajib ke atas Rasulullah, ia setakat mengambil
pandangan dan pendapat para sahabat sahaja. Oleh itu syura tidak wajib ke atas Rasulullah. Ia
juga tidak wajib ke atas umat Islam, hanya sunat sahaja. Kita memilih pendapat pertama.
Kepimpinan kita wajib melakukan syura.
Apakah Hukum Syura Mulzimah Atau Mu`limah?.
Pendapat pertama mengatakan keputusan syura tidak mulzimah. Ia mu`limah sahaja.
Hujahnya ialah Allah : ‫ فإذا غزمت فتوكل على هللا‬. Yakni, apabila engkau telah memutuskan sesuatu
perkara setelah mengadakan syura maka laksanakanlah pendapat yang engkau putuskan itu
sekalipun ia lain dari pendapat syura. Pendapat kedua pula mengatakan keputusan syura
mulzimah. Hujahnya ayat yang sama. Yakni, apabila engkau telah memutuskan sesuatu
dengan mengadakan syura untuk mendapatkan yang lebih rajih menurut pendapat syura maka
laksanakanlah keputusan syura itu. Kita memilih pendapat kedua.
Syura dan Harakah Islamiah.
Syura menjadi sifat asal yang sebati dan tidak bercerai tanggal dengan gerakan Islam. Tanpa
syura gerakan Islam telah kehilangan identitinya, seperti Islam kehilangan solat.
Syura Dalam Amalan Kita.
Syura wajib ke atas pemimpin. Pemimpin dan anggota organisasi terikat dengan keputusan
syura.
Keputusan syura dibuat melalui majoriti kerana :
- Keputusan dan kesan syura akan dipikul oleh semua ahli, oleh itu ia perlu
diputuskan oleh suara terbanyak.
- Pemilihan pemimpin dibuat oleh majoriti. Urusan lain dari pemilihan, termasuk
keputusan syura, mesti dibuat majoriti.
- Keputusan majoriti lebih meyakinkan dan majoriti yang membuat keputusan akan
lebih merasa bertanggungjawab melaksanakan keputusan yang dibuatnya sendiri.
Keahlian syura diberikan kepada yang paling layak dalam organisasi. Setelah ini berlaku
keputusan syura adalah mulzimah.
Semua anggota organisasi di semua peringkat mesti taat kepada keputusan syura
Adalah menjadi hak pemimpin untuk melakukan syura mengikut yang terbaik untuk :
- syura meluas
- syura di peringkat ahli tertentu sahaja
- syura di kalangan ahli syura yang dilantik
- mengklasifikasikan tajuk syura mengikut tertib struktur organisasi.
Keputusan syura yang dibuat oleh pihak yang lebih tinggi tidak boleh dicanggah pihak yang
lebih rendah dalam struktur organisasi. Namun pihak yang lebih rendah boleh memberi
pandangan, komentar, nasihat dan teguran membina.
Syura dilaksanakan berlandaskan kaedah yang dipersetujui. Biasanya perlembagaan menjadi
rujukan. Oleh itu perlu ada peruntukan undang-undang mengenai syura dalam semua aspek :
bidang kuasa, keahlian, status keputusan dan lainnya.
Persoalan yang disyurakan, secara prinsipnya semua perkara disyurakan seperti tuntutan ayat
Syura 38, tetapi amalan kita mewajibkan syura dalam :
-
perkara dasar dan pokok
perkara berkaitan polisi
perkara berkaitan strategi
keputusan-keputusan berkaitan politik
perkara yang diputuskan dalam peringkat pengurusan organisasi.
2. BAI`AH.
Maksud Bai`ah.
Janji sumpah setia, pengakuan, ikrar yang diberikan oleh seseorang kepada pihak lain untuk
mengikat dirinya dengan sesuatu peraturan, pekerjaan, amalan atau lainnya.
Nas Syarak.
Quran:
) 10 ‫الذين يبايعونك إمنا يبايعون هللا يد هللا فوق أيديهم ( الفتح‬
- ) 111 ‫ومن أوىف بعهده من هللا فاستبشروا ببيعكم الذى ابيعتم به ( توبة‬
Hadis:
‫من ابيع إماما فأعطاه صفقة يده ومثرة قلبه فليطعه إن استطاع‬
‫من مات وليس ىف عنقه بيعة مات ميتة جاهلية‬
- Rasulullah ambil berbagai bai`ah daripada para sahabatnya.
Hukum Bai`ah.
Bai`ah boleh mengambil dua bentuk hukum:
- Sumpah, boleh tarik balik dengan bayar kifarat sumpah:
- merdekakan seorang hamba atau jika tidak mampu
- beri makan 60 miskin atau kalau tidak mampu
- berpuasa sebulan.
- Nazar, tidak boleh tarik balik, dibawa sampai mati.
- Kita memilih bai`ah mengambil hukum nazar.
Huraian.
Rasulullah s.a.w. mengambil berbagai bentuk baiah daripada sahabatnya:
- Bai`ah kerana masuk Islam
- Bai`ah diambil daripada sesetengah sahabat, tidak semua mereka
- Bai`ah al-Aqabah untuk mempertahankan baginda seperti mereka
mempertahankan kaum wanita dan anak-anak.
- Bai`ah al-Ridwan untuk tidak lari dari medan perang.
- Bai`ah al-Nisa’ untuk tidak melakukan syirik, mencuri, zina, membunuh anak,
tidak mereka-reka pembohongan, tidak melanggar perentah makruf.
Selepas Rasulullah s.a.w. wafat masih terdapat berbagai bentuk bai`ah:
- Bai`ah kepada amir al-mukminin sebagai ketua negara untuk taat dan patuh
dalam mentaati al-Quran dan Sunnah.
- Bai`ah khusus tertentu kepada seseorang di samping bai`ah kepada ketua negara,
seperti bai`ah tentera kepada ketua tentera.
- Bai`ah kepada sultan dan pemerintah untuk taat dan patuh.
- Bai`ah kepada syeikh tarekat untuk melakukan amal takwa.
Kesimpulannya dalam masyarakat Islam terdapat dua bentuk bai`ah:
- Bai`ah kepada seseorang sebagai amir al-mukminin atau ketua negara yang
berdaulat melaksanakan hukum Allah. Ada hukum tertentu.
- Bai`ah untuk melakukan amal tertentu, biasanya diberikan kepada syeikh tarekat
sufiyah dan pemimpin gerakan Islam.
Bai`ah yang diberikan kepada amir al-mukminin atau ketua negara diberikan kepada seorang
sahaja. Di kenali sebagai bai`ah al-`ammah. Sanda Rasulullah s.a.w.: ‫ا بويع خلليفتني فاقتلوا اآلخر منهما‬1‫إ‬
Bai`ah amal boleh diberikan kepada sesiapa sahaja, pemberi bai`ah terikat dengan perkara
dibai`ahkan sahaja. Dikenali sebagai bai`ah al-khassah. Bai`ah al-khassah tidak boleh
menghalang bai`ah al-`ammah.
Bai`ah yang berlaku hari ini berstatus bai`ah al-khassah sehingga muncul seorang yang
memiliki kedaulatan dan kuasa melaksanakan hukum Allah. Ada kuasa legislatif, eksekutif
dan kehakiman.
Imam al-Bana dan Bai`ah.
Al-Bana muncul di saat ramai orang mengambil berbagai bai`ah daripada pengikutnya.
- berlaku salah faham sehingga menganggap bai`ah khassah itu adalah bai`ah
`ammah
- al-Bana cuba perbetulkan keadaan dengan mengemukakan jawapan kepada
soalan:
- apakah nilai yang diperlukan gerakan Islam dalam dunia yang serba
tempang ini
- bagai mana mereka dapat bergerak dalam satu barisan yang dari barisan itu
akan muncul pemimpin berwibawa yang layak mengambil bai`ah daripada
umat Islam.
Untuk menjawab soalan ini al-Bana menubuhkan Jemaah Ikhwan Muslimin dan meletakkan
10 rukun bai`ah yang mesti menjadi sifat kepada anggota Ikhwan. Tanggungjawab Ikhwan
ialah :
- Berusaha melahirkan individu yang dalam dirinya diterapkan 10 rukun bai`ah itu.
- Bergerak dalam satu barisan yang kemudiannya dari saf itu akan muncul
pemimpin yang berwibawa dan layak mengambil bai`ah daripada ahli.
- Namun sebelum hasrat itu tercapai Ikhwan telah menghadapi tentangan
kuasa besar dunia dan kerajaan negeri yang bersekongkol.
10 rukun bai`ah ini dapat memenuhi keperluan sebuah gerakan Islam semasa.
- ahli dan kepimpinan yang lahir dari saf jemaah yang memiliki 10 sifat ini adalah
ahli dan qiadah yang perlu wujud di seluruh dunia.
- Sebelum kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman belum berada di tangan qiadah
bai`ah yang diambil qiadah adalah bersifat bai`ah khassah. Bai`ah melakukan
amal, belum lagi bai`ah `ammah kepada amir al-mukminin.
Dengan 10 rukun bai`ah dan saf yang dianggotai dan dipimpin oleh mereka yang memiliki 10
ciri ini Ikhwan Muslimin telah meletakkan gerakan Islam di landasan yang sebenarnya.
- namun gelaran Ikhwan bukan bermaksud mereka yang menamakan diri mereka
IM. Tetapi penilaian siapa IM bergantung kepada kewujudan 10 rukun bai`ah itu
dalam diri mereka.
Beberapa Perhatian.
i. Kenapa rukun bai`ah itu 10 ?. kerana gerakan Islam perlukan perincian dalam hal ini.
Menyebut persoalan bai`ah secara umum sahaja tiak memadai. Realiti gerakan Islam
menunjukkan 10 rukun ini mesti wujud dalam saf jemaah. Kalau tidak ia tidak dapat
membuktikan kewujudannya.
ii. Bai`ah yang diambil qiadah di peringkat bawah, negara atau negeri adalah baiah kepada
pihak yang lebih atas. Ia bukan untuk dirinya sendiri dan bukan untuk jawatannya di
peringkat itu. Ia juga tidak sepatutnya menghalang bai`ah yang lebih umum.
iii. Saf gerakan Islam wujud untuk memastikan perkara-perkara fardu diamalkan. Oleh itu
kewujudan saf ini juga fardu, ketaatan kepada qiadah juga fardu. Namun demikian bai`ah
masih berstatus bai`ah amal, bukan bai`ah kepada amir al-mukminin.
3. TAAT.
Pengertian Taat.
Taat bermaksud patuh dan melaksanakan perentah serta merta tanpa banyak tanya, dalam
keadaan sukar atau senang.
Nas-nas Mengenai Taat.
Quran :
- ‫اي أيها الذين آمنوا اطيعوا هللا واطيعوا الرسول وأوىل األمر منكم‬
Hadis:
- ‫من خلع يد الطاعة لقى هللا يوم القيامة ال حجة له‬
- ‫من ابيع اماما فأعطاه صفقة يده ومثرة قلبه فليطعه إن استطاع‬
Taat Dalam Organisasi Dakwah .
Taat merupakan salah satu daripada 10 rukun bai`ah.
Taat dalam organisasi dakwah amat penting kerana fasa dakwah terbahagi kepada tiga tahap :
- Fasa takrif, penyebaran ajaran dan fikrah Islam. Mad`u dalam fasa ini adalah
umum, terbuka kepada siapa sahaja, sistem disiplin ialah perlembagaan
organisasi.
- Fasa takwin, pemilihan anasir-anasir yang baik, yang sanggup memikul beban
tugas dakwah, sistem disiplin fasa ini :
- sudut ruhi = sufi 100%
- sudut pelaksanaan tugas = sistem ketenteraan
- slogan fasa ini = perentah, taat
- manhaj = Risalah Taalim.
- dakwah khusus kepada mereka yang sedia memikul tugas dakwah
- tanda-tanda kesediaan itu ialah ketaatan.
- dengan menggabungkan diri ke dalam katibah ini anda telah masuk
peringkat takwin, disiplin anda adalah disiplin tahap ini.
- Fasa tanfiz, peringkat pelaksanaan dakwah dengan sungguh-sungguh
- bekerja terus menerus tanpa henti
- menempuh ujian dan cubaan, hanya sanggup dirempuh orang yang jujur
- jaminan kejayaan peringkat ini ialah ketaatan yang tidak berbelah bagi
- biasanya baiah diambil di peringkat ini
- bai`ah pertama dalam IM 5 Rabi` al- awal 1359 H.
- dengan melibat diri dalam program takwin anda sedang melangkah menuju
ke peringkat tanfiz.
Beberapa Komentar.
Semua rasul mengajak pengikutnya kepada dua perkara: takwa dan taat ‫ فاتقوا هللا واطيعون‬.
Tanpa taat tiada jemaah, tiada harakah, tiada sistem, tiada pembersihan jiwa, tiada
perlumbaan mencari keredaan Allah.
Dalam organisasi dakwah tiada polis, tiada mahkamah, yang ada hanya ketaatan dan
keikhlasan.
Tiada ketaatan tanpa ilmu dan thiqah, sebab itu taat tidak wajib di peringkat takrif, kerana
tidak prektik.
Dalam peringkat takrif perlu ajarkan Islam kemudian baru jemaah, sekiranya dia yakin dan
menaruh kepercayaan kepada fikrah dan pimpinan dia boleh ditingkatkan ke peringkat takwin
dan perlu ada sifat taat.
Taat ditandai kepatuhan melakukan perentah tanpa ragu-ragu dan banyak tanya.
Pelaksanaan taat banyak bergantung kepada :
- keadaan jemaah dan kepimpinan yang berwibawa
- keputusan yang diambil melalui sistem syura yang kemas dan tidak bercanggah
degan syarak
Gerakan Islam pasti tidak akan mampu melaksanakan apa-apa jika kepimpinan tidak ditaati
oleh ahli yang berdisiplin dalam organisasi.
RUKUN BAI`AH LAIN.
Faham, Ikhlas, Amal, Jihad, Pengorbanan, Thabat, Tajarrud, Ukhuwah dan Thiqah.
Download