IâƒMÃIŠR®šZ IãƒQ¿MŠR®šOZ

advertisement
SURAH AL-FATIHAH
Diturunkan di Mekah : 7 Ayat
1 IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I…
( )
3 IâƒMÃIŠR®šZ IãƒQ¿MŠR®šOZ (2) GãMÃI¿G¾ƒQ·MšZ IN[Ge IäNQ¾Iš H¬M¿G©MšGZ~
( )
5 HãƒMÃI·G¥M±Gœ Gs£RñIýGy H¬H¤ƒM·Gœ Gs£RñIý (4) IãMñ IN¬šZ IvMÂGñ IßI¾ƒQ›
( )
GãMñ I­RšZ GlZG®ƒI' (6) GâƒMÃIºƒG¥M±H¿MšZ GlQ®IN³š£GœI¬M„OZ
(7)
GãMÃIš£PƒƒR´šZGêGy MâIÁMÃG¾G“ I[MÂH´M¸G¿MšZI®MÃG” MâIÁMÃG¾G“ GÍM¿G·MœG}
MAFHUMNYA:
Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini dan
RAHIM Nya di Akhirat nanti. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. Yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan
(Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada
Engkau sahajalah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan
yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat
ke atas mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai dan
bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
1
Al-Fatihah
TERJEMAHAN SURAH AL-FATIHAH
IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I…
Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini
dan RAHIM Nya di Akhirat nanti.
GãMÃI¿G¾ƒQ·MšZ IN[Ge IäNQ¾Iš H¬M¿G©MšGZ~
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara
dan mentadbirkan sekelian alam.
IâƒMÃIŠR®šZ IãƒQ¿MŠR®šOZ
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
IãMñ IN¬šZ IvMÂGñ IßI¾ƒQ›
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (Akhirat).
HãƒMÃI·G¥M±Gœ Gs£RñIýGy H¬H¤ƒM·Gœ Gs£RñIý
Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah
dan kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan.
GâƒMÃIºƒG¥M±H¿MšZ GlQ®IN³š£GœI¬M„OZ
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
MâIÁMÃG¾G“ GÍM¿G·MœG} GãMñI­RšZ GlZG®ƒI'
GãMÃIš£PƒƒR´šZGêGy MâIÁMÃG¾G“ I[MÂH´M¸G¿MšZI®MÃG”
Iaitu jalan orang-orang
yang telah Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka,
bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai
dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
2
Al-Fatihah
TAFSIRAN AL-FATIHAH
&
BERAMAL DENGANNYA
Sebuah Hadith yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, juga oleh
Imam Malik dari kitab Muwatta’, dikeluarkan oleh Abu Daud, Nasa’i, Ibnu
Majah, Ibnu Jurir, dan Ibnu Anbari dari Abu Hurairah ra, yang memetik
dari Rasulullah SAW yang bersabda:
“Sesiapa yang bersembahyang dan tidak membaca surah Al-Fatihah,
Ummul Kitab, maka sembahyangnya itu TIDAK SEMPURNA!”.
Pada masa itu, seorang periwayat Hadith bernama Farisi bertanya
kepada Abu Hurairah:
“Wahai Abu Hurairah. Aku kadang-kadang berada di belakang imam
dan gugup samada membacanya atau tidak?”.
Jawab Abu Hurairah:
Bacalah surah Al-Fatihah itu dalam diri kamu kerana sesungguhnya
aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:
“Allah pernah berkata: Aku (Allah) telah membahagikan surah
Al-Fatihah itu kepada dua bahagian. Separuhnya darinya untuk Ku dan
separuhnya lagi untuk hamba Ku dan Aku akan tunaikan apa saja yang
diminta oleh hamba Ku itu!”.
Sambung Rasulullah lagi:
“Apabila hamba Ku berkata
GãMÃI¿G¾ƒQ·MšZ IN[Ge IäNQ¾Iš H¬M¿G©MšGZ~, maka Aku akan
menjawab: Sesungguhnya hamba Ku ini telah memuji-memuja Aku!”.
“Apabila hamba Ku meneruskan dengan
IâƒMÃIŠR®šZ IãƒQ¿MŠR®šOZ , maka Aku
akan menjawab: Sesungguhnya hamba Ku ini mengakui RAHMAT Ku
ke atasnya!”.
3
Al-Fatihah
“Apabila hamba Ku berkata
IãMñ IN¬šZ IvMÂGñ IßI¾ƒQ› , maka Allah akan
berkata: Sesungguhnya hamba Ku ini memuliakan Aku sebagai
Pemilik hari Akhirat!”.
“Apabila sampai perkataan
HãƒMÃI·G¥M±Gœ Gs£RñIýGy H¬H¤ƒM·Gœ Gs£RñIý , maka Allah
berkata: Bahawa ayat ini sebagai PEMBAHAGI di antara Aku dengan
hamba Ku!”.
“Apabila hamba Ku meneruskan bacaannya dengan:
MâIÁMÃG¾G“ GÍM¿G·MœG} GãMñI­RšZ GlZG®ƒI' GâƒMÃIºƒG¥M±H¿MšZ GlQ®IN³š£GœI¬M„OZ
GãMÃIš£PƒƒR´šZGêGy MâIÁMÃG¾G“ I[MÂH´M¸G¿MšZI®MÃG”
Allah akan berkata: Sesungguhnya segala permintaan kamu dalam
ayat itu akan Aku perkenankan!”.
Penjelasan:
Hadith di atas menjelaskan konsep komunikasi ‘dua-hala’ (two-way
communications) di antara Allah dan seseorang yang sedang membaca
Surah Al-Fatihah di dalam sembahyangnya. Ertinya, apabila kita
membaca Surah Al-Fatihah, maka setiap ayat yang dibaca oleh kita
didengari dan akan dijawab serta merta oleh Allah.
Apabila kita membaca
GãMÃI¿G¾ƒQ·MšZ IN[Ge IäNQ¾Iš H¬M¿G©MšGZ~ yang bererti: “Pujian itu
khusus ku tujukan kepada Allah. Dia adalah “RABB” kepadaku dan
sekelian alam”.
Dengan minda yang meyakini bahawa segala nikmat yang kita perolehi,
semuanya adalah dari Allah dan anugerah Nya, maka hati yang ikhlas
itu akan dijawab oleh Allah dengan kata-kata:
“Sesungguhnya hamba Ku ini mengiktirafkan Aku sebagai Rabb-nya,
yang mencurahkan rezeki dan semua nikmat kepadanya, bersyukur
pada Ku dengan seikhlas hatinya!”.
4
Al-Fatihah
Bila kita teruskan bacaan dengan
IâƒMÃIŠR®šZ IãƒQ¿MŠR®šOZ dengan ikhlas dan
memahami maksudnya bahawa Allah telah memberikan RAHMAT Nya
kepada kita dan akan memberi Rahmat yang sama setelah kita mati
nanti, maka bacaan itu akan dibalas oleh Allah dengan kata-kata:
“Hamba Ku ini telah mengakui segala Rahmat Ku ke atasnya di dunia
ini dan mengharapkan Rahmat yang sama di Akhirat nanti. Akulah
sumber Rahmat-rahmat itu kepadanya”.
Bila kita membaca ayat
IãMñ IN¬šZ IvMÂGñ IßI¾ƒQ› dengan mengakui bahawa
Allah sahajalah yang berkuasa di Akhirat nanti, di hari kita dibangkitkan
semula, di hari yang menentukan hisab baik dan jahat kita, dan di hari
yang menentukan Syurga atau Neraka untuk kita, di hari yang penuh
dengan kecelaruan Mahsyar, dan Allah jualah sebagai PEMBELA kita
nanti, maka sayugia Allah akan menjawab bacaan itu dengan berkata:
“Hamba Ku ini telah mengakui bahawa HANYA Aku sahaja di Akhirat
nanti yang berkuasa menghindarkannya dari kekeliruan hari itu dan
memberi Rahmat kepadanya nanti ”.
Ertinya kita menyatakan kepercayaan kita kepada hari AKHIRAT dalam
minda kita sewaktu membaca ayat ketiga itu.
Apabila kita sampai kepada ayat
HãƒMÃI·G¥M±Gœ Gs£RñIýGy H¬H¤ƒM·Gœ Gs£RñIý
yang
bermaksud: “Hanya Engkau sahajalah Ya Allah yang aku sembah
(aku tidak syirik pada Mu) dan HANYA kepada Engkau sahajalah aku
memohon pertolongan”,
maka Allah akan berkata:
“Sebenarnya, hamba Ku ini telah menunaikan tanggungjawabnya
sebagai hamba kepada Ku, Tuhannya. Iaitu mempercayai segala
rezeki itu adalah dari Ku, dan memuji-memuja Ku, serta bersyukur
mengakui Rahmat Ku ke atasnya di dunia dan di Akhirat nanti. Dan
tidak syirik kepada Ku dalam penyembahannya dan minta tolongnya
itu. Maka sampailah masa bagi Aku pula menunaikan tanggungjawab
Ku kepada mereka. Ayat ini sebagai PEMBAHAGI di antara kewajipan
mereka kepada Ku dan kewajipan Ku kepada mereka. Selepas ayat ini,
apa yang mereka minta akan Aku tunaikan”.
5
Al-Fatihah
Apakah permintaan hamba Allah selepas ini? Itulah ayat yang kelima
dan keenam, iaitu:
MâIÁMÃG¾G“ GÍM¿G·MœG} GãMñI­RšZ GlZG®ƒI' GâƒMÃIºƒG¥M±H¿MšZ GlQ®IN³š£GœI¬M„OZ
GãMÃIš£PƒƒR´šZGêGy MâIÁMÃG¾G“ I[MÂH´M¸G¿MšZI®MÃG”
yang memohon HIDAYAH dari Allah supaya membimbingnya mengikut
suatu jalan yang ISTIQOMAH, ke arah kebaikan dunia dan Akhirat, iaitu
JALAN ISTIQOMAH yang pernah dilalui oleh orang-orang solihin,
nabi-nabi dan rasul-rasul, para aulia dan mursyidin yang telah diredhai
oleh Allah perjalanan mereka sebelum ini, dan dibawah NIKMAT Allah
pada masa kini dalam alam mereka, dan dipohon perlindungan dari
Allah supaya TIDAK menjadi seperti orang-orang YAHUDI yang
dimurkai dan dilaknati oleh Allah, atau menjadi seperti orang Musyrikin
yang sesat selama-lamanya.
Rupa-rupanya permohonan ini menjadi ‘tanggungjawab’ Allah untuk
ditunaikan kepada hamba-hamba Nya yang telah menunaikan
tanggungjawab mereka sebagai hamba, dengan ucapan ikhlas, dari
kefahaman makna ayat satu hingga tiga dari Surah Al-Fatihah tadi.
Inilah yang dikatakan sebagai komunikasi dua-hala oleh kita sebagai
hamba kepada Allah dan oleh Allah kepada hamba Nya.
Gambarkanlah bertapa KHUSYUKNYA
benar-benar diyakini. Allahu a’lam.
solat
anda
jika
hal
ini
Penghayatan dan Amalan:
Bolehkah kita mendengar jawapan-jawapan itu sewaktu kita membaca
Al-Fatihah? Khususnya dalam solat kita? Ikhlaskan hati, cuba dengar
jawapan itu dengan membuka minda kita seluas-luasnya. Kita ada 17
kali ulangan Al-Fatihah setiap hari dalam solat-solat kita. Kalau yang
pertama tak dengar, teruskan dengan yang kedua dan seterusnya
sehingga kita mati. Ini adalah catitan Hadith Rasulullah yang tidak
berbohong. YAKINKANLAH amalan ini dan sesungguhnya sembahyang
kita akan lebih memberi erti, menyinarkan rasa khusyuk serta meningkat
iman kita kepada Allah swt.
6
Al-Fatihah
Download