lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai

advertisement
Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaranlembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan
kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800
tahun SM.
Tafsir Al-Qur’an menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine
yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana
bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).
Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi
Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub
inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.
Anak bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam
sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abangabangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.
Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf
AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang
berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang
dikenal dengan bani Israel.
Kerana kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT
telah mengirim nabi Musa AS masa itu, dan memerintahkannya untuk
membawa bani Israel keluar dari Mesir.
Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat
Allah, sekitar tahun 1250 SM.
Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam AlQur’an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan,
(Qur’an, 5:21).
Setelah nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan. Menurut
ahli sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun sebuah
kerajaan berpengaruh.
Selama pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas
dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di
utara.
Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang,
terutama senibina. Di Baitul Maqdis (Jerusalem), nabi Sulaiman membangun
sebuah istana dan biara yang luar biasa.
Setelah wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada
Bani Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah
para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah.
Setelah kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di
utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota
Baitul Maqdis (Yerrusalem).
Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon
atau pergi ke Mesir sebagai pelarian.
Ketika raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali
dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah
mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.
Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun
70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan
menghancurkan biara dan Juda.
Setelah itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah
Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai
dengan membayar pajak perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah. Akhir
abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch,
Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk
Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.
Kronologi penubuhan Israel adalah seperti berikut;
1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan
Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara
untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari
seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang
juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.
1914 Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan khilafah
Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine menjadi bola permainan
para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan Amerika.
1917 Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani
Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian
masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).
1920 Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada
British. Akibatnya datanglah 75 000 lagi orang Yahudi ke Palestine. Negaranegara Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestin
1922 Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan
orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun itu lebih kurang 80 000
orang Yahudi tinggal di Palestine
1933 Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh
Rejim Hitler.
1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke
Palestine tapi orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.
1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah
oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi
bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.
1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke
Palestine
1945 Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000
orang Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga
menyebabkan rusuhan di antara Yahudi – Palestine.
1947 UNO menganjurkan pemisahan Palestin dan pembentukan negara
Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan
dilanjutkannya rencana itu.
1948 Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei
meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir
orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama
Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk
mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama
Timur Tengah.
1949 Setelah perang, Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa
bersatu mengakui Israel sebagai sebuah negara.
Download