PENGGUNAAN SELAIN AIR UNTUK ISTINJAK

advertisement
PENGGUNAAN SELAIN AIR
UNTUK ISTINJAK
Sesungguhnya Allah yang bersifat Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan
selawat serta salam ke atas Rasulullah s.a.w. Sesunguhnya Allah mencintai kebersihan dan
orang yang bersuci. Firman Allah Ta’ala :
َ ُّ ‫َ ح‬
ُّ ‫اّللٌ حُي‬
‫ونٌأَنٌ َيتَ َط َّه حرواٌٌۚ َو َّ ح‬
َ ‫بٌال ْ حم َّط ِّهر‬
ٌ‫ين‬
ٌ
ٌ
ٌ
‫ُيب‬
ِ
ِ ٌٌ‫ِرجال‬
ِ
Ertinya : “ Lelaki – lelaki yang menyukai akan bersuci dan Allah Ta’ala itu kasih akan orangorang yang bersuci. ( At Taubah : 108)
Walaupun tidak mempunyai air untuk bersuci, Islam telah mengajar kita bagaimana untuk
membersihkan kotoran najis selepas membuang air kecil ataupun besar. Membersihkan
kotoran najis itu dinamakan sebagai Istinjak.
Alat untuk istinjak ialah air, batu atau benda yang sepertinya, suci dan bukan daripada benda
yang dihormati.
Tidak boleh menggunakan :
i.
Benda yang cair seperti air mawar dan cuka, atau
ii.
Benda yang kena najis (mutanajjis) atau najis haiwan yang kering atau
iii.
Benda yang tidak boleh menanggalkan najis seperti tanah yang hancur atau
iv.
Benda yang licin seperti buluh, kertas plastik atau
v.
Benda yang dihormati seperti makanan manusia atau makanan jin seperti tulang.
Adapun makanan haiwan seperti rumput kering boleh digunakan untuk beristinjak.
vi.
Benda yang tertulis padanya ayat-ayat suci atau nama-nama yang suci dan dihormati
seperti nama Allah dan nabi-nabi.
Cara beristinjak ialah dengan menyapu tempat keluar najis sebanyak tiga kali dengan tiga biji
batu. Boleh juga dengan tiga bahagian/permukaan dari sebiji batu. Jika najis tidak hilang, maka
wajib menambah dengan batu lain dan disunatkan bilangan yang ganjil.
1 |PERTAMA/2017/APR/011
Download