bab kelima - Khadijah Mosque

advertisement
575
BAB
KELIMA
• Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
• Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
• Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Dan Faedahnya
• Syafaat Dan Dalil Ketetapannya Bagi Rasulullah
Kandungan
577
FASAL 1
SEBUTAN SAYYID BAGI
RASULULLAH SALLALLAHU
‘ALAIHI WASALLAM
S
elawat dan salam bagi anda, wahai Rasulullah! Kita tidak
pernah tersentuh oleh nikmat lahir batin, tidak pula akan
mendapatkan sesuatu dari dunia ini, atau mampu menghindari
dari segala yang makruh di dalamnya, kecuali andalah
penyebabnya, wahai Rasulullah!
Maka selawat dan salam baginya kerana Baginda, semua
makhluk mengetahui jalan yang memandu mereka kepada
Tuhan mereka dan menampakkan bagi mereka keredhaan serta
pengagungan Allah. Tidak ada kebaikan kecuali sudah
diperintahkan oleh Baginda dan tidak ada keburukan kecuali
telah dilarang oleh Baginda.
“Tidak kutinggalkan sesuatu yang mendekatkan kamu
kepada syurga, kecuali sudah kuperintahkan kepada kamu.
Dan tidak ada sesuatu yang mendekatkan kepada api neraka,
kecuali sudah kularang kamu darinya.”
Alangkah indahnya apa yang diungkapkan oleh Abu Zar
Radiallahu‘anhu :
‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah wafat, dan tidak
ada burung yang terbang dengan sayapnya di langit, kecuali kita
dapat menyebutkannya dengan pengetahuan.’
577
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
578
Maksudnya, memahami selok-belok makhluk dengan benar
dan dipenuhi kurnia yang diberikan oleh Allah. Bahkan
Rasulullah mengetahui keadaan manusia setelah menemui
Tuhan mereka. Baginda sangat penuh pengertian, membuka dan
menjelaskan masalah-masalah mereka. Tidak ada satu bab dari
ilmu yang bermanfaat bagi hamba untuk mendekatkan diri
kepada Tuhan mereka, kecuali telah dibuka olehnya. Dan tidak
ada satu persoalan pun kecuali telah dijelaskan, diulangkan,
diperinci olehnya. Bahkan Allah memberi petunjuk kepada hatihati mereka dari kesesatan melalui Baginda. Mereka dipulihkan
dan diberi kesembuhan dari laranya, dipulihkan dari
kebodohannya, diterangi dari kegelapannya, dipuaskan dari
dahaganya, dan diselamatkan dari kebingungannya. Maka arah
mana yang akan dituju selain arahnya, jalan mana yang hendak
ditempuh selain pintunya, dan manusia mana yang lebih berhak
untuk dipuji selain Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam? Pada
umumnya, orang yang berilmu akan mendapatkan manfaat dari
risalahnya.
Allah berfirman :
‘Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai
Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian
alam.’
(Al-Anbiya’ : 107)
Para pengikut Rasulullah sudah mendapatkan kurnia di
dunia dan kemuliaan di akhirat.
Sedangkan musuh-musuh yang memeranginya dipercepatkan
kematiannya. Sesungguhnya, bagi mereka, kematian adalah lebih
baik dari pada kehidupan, sebab kehidupan membuat mereka
makin banyak mendapatkan seksa di akhirat kelak. Telah tersurat
atas mereka petaka. Maka disegerakannya kematian adalah lebih
baik bagi mereka daripada panjang umur di dalam kekufuran.
Adapun mereka yang terikat perjanjian dengan Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam, hidupnya di dunia ini berada di
bawah bayang-bayang janji dan amanahnya. Mereka ini lebih
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
579
kecil kejahatannya kerana perjanjian itu, daripada orang-orang
yang memerangi Rasulullah.
Keadaan orang-orang munafik, mereka menyatakan keimanan
kepada Rasulullah dengan tujuan untuk menyelamatkan jiwa,
harta, dan keluarga mereka. Berlaku hukum-hukum Islam atas
diri mereka dalam soal waris dan lain-lain.
Untuk umat-umat yang tidak terjangkau oleh Rasulullah,
Allah mengangkat dengan risalahnya seksaan yang umum atas
penduduk bumi. Maka orang yang mengetahui risalahnya akan
mendapatkan manfaat darinya.
Dengan demikian, Baginda adalah rahmat yang dihadiahkan.
Baginda adalah rahmat bagi setiap manusia. Orang-orang yang
beriman menerima dan menyambut rahmat ini serta memanfaatkannya di dunia dan akhirat.
Orang-orang kafir yang menolaknya sebenarnya juga
mendapatkan rahmat Rasulullah ini, tetapi mereka tidak mahu
menerimanya. Maka perihal mereka adalah sebagaimana yang
telah dijelaskan.
Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam diciptakan oleh
Allah dengan ketinggian akhlak dan kewibawaan jiwa.
Barangsiapa menyelidiki akhlak dan keperibadiannya, nescaya
membuktikan akhlak yang paling baik pada dirinya, sebab
baginda adalah makhluk yang paling dalam ilmunya, paling
amanah dan jujur dalam perkataan, paling dermawan, paling
besar pengorbanan dan pengutamaannya, paling tenang serta
pemaaf yang utama. Kepada orang yang tidak dikenal, baginda
sangat hati-hati dan bijak dalam bersikap.
Abdullah bin Amru Radiallahu‘anhu berkata : ‘Sesungguhnya
Allah telah menyifatkan di dalam Taurat : ‘Muhammad adalah
hambaKu dan RasulKu. Aku memberinya nama Al Mutawakkil.
Dia tidak keras atau kejam, tidak mengeraskan suara di pasarpasar, tidak membalas keburukan dengan keburukan, melainkan
suka memaafkan dan merelakan. Tidak akan Ku wafatkan
sebelum dia menegakkan apa yang rosak, bengkok dan sesat.
Dengannya, Aku akan membuka mata yang buta, telinga yang
tuli, serta hati yang beku sehingga mereka menyatakan : ‘Tidak
ada Tuhan selain Allah’.’
Kandungan
580
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Inilah Rasulullah, makhluk yang paling besar rahmatnya
dan kasih sayangnya atas mereka, makhluk yang paling besar
manfaatnya bagi mereka dalam soal agama mahupun dunia.
Baginda adalah makhluk Allah yang paling fasih dan paling baik
ucapannya. Kata-katanya singkat tetapi bermakna luas dan
mengena pada maksud dan tujuan. Baginda paling sabar dalam
segala hal, jujur di medan perang, selalu menepati janji dan
sumpahnya, suka memberi hadiah atas suatu kebaikan, teramat
rendah hati, rela berkorban, paling keras dalam membela
sahabat-sahabatnya dan melindungi mereka. Baginda adalah
manusia yang paling jujur dengan apa yang diperintahkan
kepadanya, dan paling suka meninggalkan apa yang dilarang
baginya, pun paling suka mengikat silaturahim dengan sanak
saudara.
Imam Ali Radiallahu‘anhu berkata : ‘Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam adalah orang yang paling lapang dadanya,
paling jujur perkataannya, paling lembut perangainya, dan
paling mulia dalam pergaulan.’
Siapa saja yang melihatnya akan merasa tenang. Orang yang
berjumpa dengannya untuk pertama kali pasti merasa gentar
kerana kewibawaannya, dan yang telah bersahabat dengannya
pasti merasa cinta kepadanya.
Orang-orang banyak menyebutkan bahawa mereka tidak
pernah melihat seorang manusia yang seperti Baginda,
sebelumnya dan sesudahnya.
Penjelasannya adalah sebagai berikut: ‘Paling lapang
dadanya’ maksudnya adalah banyak kebaikannya. Dengan kata
lain, kebaikan memancar dengan deras darinya. Baginda selalu
berbuat baik kepada siapa pun dan selalu menyukai kebaikan,
sebagaimana dikatakan oleh para ulama.
Tidak ada tempat di dunia ini yang mampu menampung
kebaikan Rasulullah, sebab Allah mengumpulkan kebaikan
hingga ke akar-akarnya, kemudian meletakkannya di dada
Rasulullah.
‘Paling jujur perkataannya’ merupakan sifat yang telah
diakui, hatta oleh musuh yang memeranginya. Tidak pernah
sekali pun keluar pembohongan darinya.
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
581
Mari kita tinggalkan kesaksian sahabat-sahabatnya, dan
beralih kepada kesaksian musuhnya, sebab baginda pernah
dimusuhi oleh penduduk bumi dengan bermacam permusuhan.
Ternyata, baik orang-orang musyrik mahupun Ahli Kitab tak
seorang pun menuduh Baginda pernah berbohong, dalam
masalah kecil atau besar.
Al Miswar bin Makhramah berkata : ‘Aku bertanya kepada
Abu Jahal sedangkan dia adalah bapa saudara (dari pihak ibu):
‘Wahai bapa saudaraku! Apakah kamu menuduh Muhammad
Sallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbohong, sebelum dia
mengumumkan kenabian dan kerasulannya?’ Dia menjawab :
‘Demi Allah, wahai putera saudariku! Sesungguhnya Muhammad
sejak masih muda, Baginda selalu kami panggil Al Amin, dan
hingga kepalanya beruban, Baginda tidak pernah berdusta.’
Maka aku bertanya : ‘Jadi, mengapa kamu tidak mahu
mengikutnya?’ Dia menjawab : ‘Wahai putera saudariku, kita
bersaing dan berebut kemuliaan dengan Bani Hasyim. Mereka
memberi makan, kita juga memberi makan. Mereka memberi
minum, kita juga memberi minum. Mereka memberikan
perlindungan, kita juga memberikan perlindungan. Begitu
jugalah kita, seperti kuda di arena pacuan. Lalu mereka berkata:
‘Kami ada Nabi.’ Maka bila kita boleh memiliki yang seperti itu?’
Allah menghiburkan Rasulullah s.a.w. dan meringankan
perasaan Baginda dari perkataan musuhnya.
‘Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka
katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad)
berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana
sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orangorang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah
Kandungan
582
Hakikat Tawassul dan Wasilah
(disebabkan kedegilan mereka semata-mata). Dan demi
sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga
didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orangorang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka,
sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan
sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah
Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan demi
sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari
khabar berita Rasul-Rasul itu.’
(Al-An’am : 33-34)
Sedangkan ‘paling lembut perangainya’ ertinya lunak, dekat
dan mudah dalam bergaul dengan orang lain. Baginda suka
menyambut siapa saja yang memanggilnya, suka memenuhi
keperluan orang yang meminta kepadanya, suka menghibur hati
orang yang meminta kepadanya, serta tidak suka menolak dan
mempersenda orang yang meminta sesuatu kepadanya. Apabila
sahabat-sahabatnya minta pertimbangannya, Baginda
menyepakati dan mengikut pendapat mereka. Kalau menghadapi
suatu masalah, Baginda tidak memaksa kaumnya untuk
mengikutinya, melainkan mengajak mereka bermusyawarah,
kemudian menerima pendapat mereka yang baik dan memaafkan
yang keliru.
Adapun maksud ‘paling mulia dalam persahabatan’ adalah
dalam bergaul, Baginda selalu memuaskan sahabatnya, sentiasa
bertingkah laku baik, tidak suka bicara tidak senonoh di depan
sahabatnya, tidak kasar ucapannya, tidak membalas orang yang
bersikap jahat kepadanya. Baginda baik terhadap kaum
kerabatnya, bersabar terhadap kekurangan mereka, dan
bersabar atas gangguan mereka dalam segala hal. Baginda tidak
menghukum atau mencela seorang dari mereka, dan tidak pula
mengundang kebencian mereka.
Al Husain Radiallahu‘anhu berkata : ‘Aku bertanya kepada
ayahku tentang sirah Rasulullah di antara para pendampingnya.
Dijawab bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam selalu
tersenyum, berseri-seri parasnya, mudah ahklaknya, ramah
tamah, tidak keras dan kasar atau suka berteriak atau buruk
perkataannya, tidak suka mencela dan memuji, selalu melupakan
apa yang tidak disukai, tidak suka mematahkan semangat
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
583
orang lain, tidak membuka aib orang lain, dan hanya berbicara
untuk sesuatu yang diharapkan pahalanya. Apabila Baginda
berbicara, maka para pengikutnya menundukkan kepala, seakanakan di atas kepala mereka bertenggek burung-burung. Dan
apabila Baginda diam, barulah mereka berbicara, dan
menghindari perselisihan didepannya.’
Baginda mendengar hingga selesai apabila ada orang yang
berbicara di depannya. Baginda ikut tertawa apabila mereka
mentertawakan sesuatu. Baginda merasa hairan terhadap apa
yang mereka hairankan. Baginda bersabar terhadap kekasaran
perkataan, tindakan, dan tuntutan seorang asing, sampai ada
di antara sahabatnya yang menangani mereka. Baginda
bersabda: ‘Apabila kamu melihat seseorang memiliki keperluan,
maka layanilah dan sambutlah dia.’ Baginda tidak mahu
menerima pujian kecuali yang sesuai dengan kenyataan. Baginda
juga tidak suka memotong perbicaraan orang lain sehinggalah
orang itu selesai berkata-kata, baru disudahi dengan larangan
atau dengan berdiri.
Di dalam hadis, Ummu Ma’bad Al Khuza’iyah menerangkan
kepada suaminya, Abu Ma’bad, ketika dia berkata : ‘Cuba
jelaskan sifat-sifat orang itu kepadaku.’ Maka katanya :
‘Wajahnya elok dan putih cemerlang. Pewatakannya tampan dan
perutnya datar, tidak buncit atau gemuk. Tidak terlalu tinggi
tapi indah serasi. Matanya hitam, besar, serta lebar. Bulu mata
dan keningnya lebat dan tebal. Suaranya mengandung kepastian
dan berwibawa. Bahunya agak terangkat naik. Putih dan hitam
matanya agak kontras, sedangkan pelupuk matanya hitam
walaupun tanpa celak. Keningnya melengkung panjang,
rambutnya hitam pekat. Jika diam nampak tenang dan damai,
dan kalau berbicara nampak berwibawa. Amat elok dan megah
bila kelihatan dari jauh, tapi lebih tampan dan manis jika dilihat
dari dekat. Mulutnya manis, bicaranya tegas, tidak terburu-buru
ucapannya bagaikan untaian permata yang tersusun rapi.
Tingginya sederhana, tidak pendek hingga jelek dipandang, dan
tidak pula terlalu tinggi hingga orang menjadi benci. Suatu
cabang yang terletak di antara dua cabang, dan yang paling
semarak di antara ketiganya, serta lebih tinggi darjat
martabatnya. Mempunyai kawan yang selalu mengalu-
Kandungan
584
Hakikat Tawassul dan Wasilah
alukannya. Jika dia berbicara, mereka segera mendengarkannya;
dan bila dia menyuruh, mereka berlarian untuk mengerjakannya.
Seorang yang dihargai dan dihormati, tidak pernah salah atau
bermuka masam…’ Berkatalah Abu Ma’bad : ‘Cukup. Dia berasal
dari golongan Quraisy, demi Allah, yang perihalnya disiarkan
di Makkah…’
Orang yang berjumpa dengan Baginda untuk pertama kali
pasti merasa gentar kerana wibawanya, dan yang telah
bersahabat dengarnya pasti merasa cinta kepadanya. Allah
memberinya dua sifat yang dikhususkan bagi orang-orang yang
jujur dan ikhlas, iaitu wibawa dan cinta.
Rasulullah telah dikurniakan wibawa dan cinta itu, sehingga
orang yang melihatnya merasa gentar dan menghargainya.
Mereka memenuhi hatinya dengan pengagungan dan
penghormatan walaupun kedudukan Baginda adalah sebagai
musuh. Dan yang telah bergaul dan berkawan dengannya akan
mencintainya lebih dari semua makhluk, menghormati, dan
menyayangi. Ini merupakan kecintaan yang paling tinggi
dibandingkan dengan pengagungan dan kewibawaan.
Menghormati dan menghargai tanpa ada cinta sebagaimana
terjadi pada orang zalim yang mampu merupakan kekurangan.
Yang disebut sempurna adalah apabila cinta dan kasih berpadu
dengan pengagungan dan pengagungan. Hal ini tidak boleh
dilakukan, kecuali bila yang dicintai memiliki sifat sempurna
sehingga layak untuk diagungkan dan dicintai. Dan kerana
Allah memiliki semua ini, maka Dialah yang lebih berhak untuk
diagungkan dan dicintai dengan segenap hati. Menjadikan sekutu
bagiNya merupakan syirik yang tidak diampuni oleh Allah, iaitu
apabia menyamakan Dia dengan yang lain dalam mencintai dan
menghargai. Allah berfirman :
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
585
‘(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang
mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu
(Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya)
sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang
yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.’
(Al-Baqarah : 165)
Di dalam neraka para penghuninya berkata kepada sembahan
mereka :
‘Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu)
adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata, kerana kami
menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam...’
(Asy-Syu’ara’ : 97-98)
Yang mereka samakan dengan Allah bukanlah dalam
pengertian bahawa sembahan mereka itu mampu menciptakan
langit bumi, atau menciptakan mereka dan nenek moyang
mereka. Apa yang mereka samakan dengan Allah sesungguhnya
hanya dalam hal cinta, sebagaimana cinta kepada Alah. Sebab
hakikat ibadah adalah cinta dan tunduk. Inilah yang disebut
dengan pengagungan dan bakti, dalam mana Allah menyifatkan
diriNya di dalam firman:
‘Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran
dan Kemuliaan.’
(Ar-Rahman : 78)
Pengertian yang benar dari dua kata di dalam ayat tersebut:
Al Jalal adalah wujud pengagungan, sedangkan Al Ikram adalah
cinta. Itulah rahsia perkataan seorang hamba : ‘Laa ilaha illallah
dan Allahu Akbar’.
Dikeluarkan dari Musnad Imam Ahmad hadis dari Anas
Radiallahu‘anhu dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bahawa
Kandungan
586
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Baginda bersabda: ‘Keunggulan dengan Ya Zal Jalaali Wal
Ikram.’
Kalimat ini perlu dipelihara dan diucapkan.
Dalam Musnad Abu Ya’la Al Maushili dijelaskan perihal
sahabat yang ingin mengetahui Asmaullah yang paling besar,
kemudian dia melihat di dalam mimpinya, bahawa di langit
tertulis dengan bintang-bintang :
‘Wahai Yang Maha Pencipta langit dan bumi, wahai Zat Yang
Memiliki Segala Kebesaran dan Kemuliaan.’
Maka kecintaan dan pengagungan kepada sesama manusia
hanya boleh diletakkan di bawah kecintaan dan pengagungan
kepada Allah. Adapun kecintaan dan pengagungan kepada
RasulNya termasuk dalam kesempurnaan kecintaan dan
pengagungan kepada Yang Mengutusanya. Maka umat mencintai
Baginda kerana Allah mencintainya, dan menghargai Baginda
kerana Allah menghargainya. Hal ini termasuk dalam kewajiban
mencintai Allah, mencintai orang yang berilmu dan beriman,
serta mencintai para sahabat. Yang jelas, pengagungan terhadap
mereka harus mengikuti pengagungan kepada Allah dan
RasulNya.
Maka dari itu, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam diberi wibawa
dan kecintaan oleh Allah, temasuk didalamnya adalah setiap
Mukmin yang ikhlas.
Al Hasan Al Basri berkata : ‘Setiap orang yang beriman akan
dikurniakan rezeki keindahan dan wibawa. Ertinya, dicintai,
dikagumi, dan dihormati dengan pakaian iman, yang dihiasi
oleh Allah dengan sesuatu yang pantas. Oleh kerana itu tidak
ada manusia yang mencintai dan menghargai manusia, para
sahabat memuliakan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.’
‘Amru bin Al-As setelah keislamannya berkata : ‘Tidak ada
orang yang ku benci seperti dia. Namun begitu aku masuk
Islam, tidak ada yang ku cintai dan ku agungkan, seperti dia,
dan seandainya aku diminta untuk melukiskan keadaannya
kepada kamu, maka aku tidak akan sanggup menjelaskan, sebab
aku tidak dapat memenuhi mataku dengan wibawa dan
keagungannya.’
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
587
‘Urwah bin Mas’ud Radiallahu‘anhu berkata kepada kaum
Quraisy : ‘Saudara-saudara, demi Allah, aku sering menjadi
utusan untuk menghadap para kaisar, kisra, dan raja.
Sesungguhnya aku tidak menemukan seseorang yang dihormati
oleh pengikutnya, seperti para sahabat Muhammad
melakukannya terhadap Muhammad. Tidak ada yang berani
menatapnya kerana penghargaannya terhadapnya. Apabila dia
berwudhu, maka masing-masing akan berebut untuk
melayaninya…’
Dikatakan : ‘…Orang yang berjumpa dengannya untuk
pertama kali pasti merasa gentar kerana wibawanya…’ iaitu
kerana kewibawaan, kehebatan, serta ketenangan yang
dihiaskan oleh Allah dan kesempurnaan yang dihiaskan oleh
Allah kepadanya.
Di antara kata-katanya lagi : ‘… dan yang telah bersahabat
dengannya pasti merasa cinta kepadanya.’ Mereka akan berkata
bahawa dialah makhluk yang paling dicintainya, kerana melihat
kelembutan dan kasih sayang, kedekatannya kepada mereka,
penghargaannya kepada mereka, perhatiannya kepada mereka,
kesabarannya segala kekasaran atas kesalahan mereka. Maka
pergaulan seperti apa yang tatasusilanya melebihi kebaikan yang
ada pada diri Muhammad itu?
Kerana Rasulullah adalah seorang yang layak untuk
menerima segala kemuliaan dan pengagungan di setiap waktu
di sepanjang zaman, maka Baginda diberi nama Muhammad dan
Ahmad. Makna kata Muhammad adalah orang yang dipuji
dengan pujian-pujian setelah pujian. Maka dia memperlihatkan
banyaknya pujian dari pemujinya, dan Baginda memang layak
menerima pujian tersebut.
Ahmad bererti lebih mantap dalam pemujaan. Dan pujian
yang layak bagi Baginda lebih utama daripada pujian yang layak
bagi orang lain.
Muhammad mengandung erti tambahan pujian di dalam
timbangan, sedangkan Ahmad mengandung erti tambahan
pujian di dalam cara. Maka dia terpuji lebih dari yang dapat
dipuji oleh manusia.
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
588
Sebagaimana kata Muhammad bererti orang yang dipuji
dengan pujian secara terus menerus. Ahmad bererti orang yang
memuji kepada Tuhannya lebih dari pujian Hamidin lainnya.
Menunjukkan salah satu dari kedua nama itu, iaitu
Muhammad yang bererti orang yang dipuji; dan nama yang
kedua, iaitu Ahmad yang bererti pujian Hamidin kepada
Tuhannya.
Umat seperti umat Muhammad ini, dan Rasul seperti Rasul
kita Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam yang tinggi
kedudukan dan martabatnya ini membuat semua leher dan
kepala harus tertunduk untuk mengagungkan dan
memuliakannya. Kalbu-kalbu khusyuk untuk menghargai dan
menghormatinya. Semua umat harus berserah diri kepadanya
dan mentaati perintah-perintahnya.
Allah berfirman :
‘Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak
disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau
hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara
mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka
sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan,
dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.’
(An-Nisa’ : 65)
Maka selawat dan salam Allah baginya. Baginda adalah
manusia, tetapi tidak seperti manusia lainnya. Baginda adalah
Rasul, tetapi tidak seperti Rasul lainnya. Baginda adalah pilihan
Allah, kesayangan Allah, penutup para Mursalin, penyempurna
risalah-risalah, hadiah rahmat bagi alam semesta, dan
penyelamat bagi makhluk dengan syafa’atnya pada hari kiamat.
Apabila mengetahui hal ini, maka kita mengetahui bahawa
besar kecilnya penghargaan kepada makhluk dan tinggi
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
589
rendahnya darjat keutamaan ditentukan oleh tinggi rendahnya
‘ubudiyah kepada Allah. Setiap kali ‘ubudiyah menguat, maka
penghargaan menjadi lebih tinggi dan sempurna.
Dari sini nampak jelas bahawa Sayyidina Muhammad
Sallallahu ‘alaihi wasallam datang hanya untuk memimpin umat
secara mutlak dan memimpin makhluk seluruhnya dengan
ketinggian darjatnya, keagungan dan kudratnya, serta
ketinggian martabat dan kedudukannya dalam ‘ubudiyah kepada
Allah.
Allah telah melindungi Rasulullah dari orang-orang yang
akan mempertuhankannya seperti para pengikut Isa
‘alaihissalam, meskipun Baginda memiliki mukjizat dan segala
yang di luar adat kebiasaan, yang tidak boleh disamai oleh para
nabi lainnya.
Umat Baginda sangat mencintainya, dan merupakan umat
yang paling mencintai Nabinya dibandingkan umat-umat Nabi
lainnya. Namun tidak sekali-kali terdengar atau dirasakan
bahawa ada seorang dari mereka yang mengangggap diri
Rasulullah memiliki unsur ketuhanan, sejak dulu hingga
sekarang, dan seterusnya, insya Allah, sampai Allah mewariskan
bumi ini beserta seluruh isinya.
Semua Muslimin masih meyakini dengan mantap, dan ini
sesuai dengan kenyataan, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam adalah hamba Allah yang utama secara mutlak dan
paling dekat dengan Allah pada masa hidupnya, setelah
wafatnya, di alam barzakh, serta pada hari kiamat. Pada saat
itu akan nampak kepemimpinannya atas para Nabi dan seluruh
makhluk, bahkan memiliki syafa’at yang paling agung,
kedudukan yang paling tinggi, serta pembawa panji-panji pujian.
Adam dan seluruh Nabi mengakui kepemimpinan yang
diberikan oleh Allah kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
pada hari itu, dari makhluk yang pertama hingga yang paling
akhir, serta semua manusia. Telah dihuraikan dengan jelas di
dalam hadis Al Bukhari dan Muslim, sabdanya : ‘Aku adalah
Sayyid (pemuka) manusia pada hari kiamat…’, sampai pada
akhir hadis tentang syafa’at yang telah disebutkan. Juga tentang
Kandungan
590
Hakikat Tawassul dan Wasilah
orang-orang yang meminta perlindungan kepada para Nabi, lalu
setiap Nabi memberikan alasan untuk menolak. Setiap Nabi
menyuruh orang-orang untuk minta tolong kepada Nabi lain,
sampai giliran ‘Isa ‘alaihisalam yang melemparkannya kepada
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda bersedia dan
berkata : ‘Akan ku atasi, akan ku atasi’. Kemudian Baginda maju
menghadap Allah untuk memintakan syafa’at.
Sebenarnya orang-orang itu boleh datang langsung kepada
Allah, tetapi Allah memberikan ilham agar mereka menemui
para Nabi dan Rasul terlebih dahulu, sehingga diketahuilah
keutamaan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda
adalah Sayyidul Khalq secara mutlak, dan Rasul yang paling
utama dihadapan Allah.
Ertinya, walaupun banyak golongan awam dari Muslimin
yang tidak mengetahui secara terperinci di atas, tetapi mereka
yakin bahawa Baginda adalah Sayyidul Khalq secara mutlak di
dunia, bahawa syafa’at Baginda di sisi Allah akan dikabulkan di
dunia dan akhirat, lalu mereka bertawassul kepada Allah dengan
perantaraan Baginda agar menyampaikan masalah dunia
akhirat mereka, maka mereka dalam pengertian ini sudah
dianggap sebagai ‘orang yang mengetahui’. Pengetahuan orangorang setakat hal itu sifatnya merata. Dengan ini, bererti mereka
telah berpegang kepada kepercayaan yang benar dan iman yang
jelas.
Inilah persoalan Muslimin di Barat dan Timur, dari yang
pertama hingga yang terakhir, dari zaman Rasulullah hingga
sekarang.
Selain itu, Islam pada setiap kesempatan akan ‘menelan’
sebahagian umatnya dan menguji orang-orang yang mengaku
dirinya Islam. Padahal tidak ada tujuan mereka selain untuk
mewujudkan kepentingannya sendiri, untuk melemahkan
kejayaan Islam dan berusaha menghancurkannya. Selanjutnya
mereka mengangkat orang dan mendudukkannya dalam saf
kepemimpinan yang setara dengan Rasulullah, kemudian
berusaha menusuk dan menikam keutamaan yang mulai
tumbuh, dan enggan meluruskan lidah hamba-hambaNya.
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
591
Tidak ada keburukan terhadap orang yang mengakui
kepemimpinan Rasulullah. Mereka menjawab dan mentaati
perintah Allah tentang hak RasulNya.
Allah berfirman :
‘Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah
di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu.’
(An-Nur : 63)
Tidak ada cela bagi mereka. Mereka diperintahkan, lalu
menjawab. Mereka diseru, lalu mengikuti. Mereka menjunjung
pengagungan dan penghormatan, didorong oleh kecintaan dan
penghormatan mereka kepada Nabi dan Rasul mereka. Allah
berfirman :
‘Merekalah orang-orang yang telah diuji Allah hati mereka
untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang
besar.’
(Al-Hujurat : 3)
Maka orang-orang yang dari hati mereka keluar kekejaman
hati dan kepercayaan yang buruk tidak akan mampu mengubah
manusia dengan hatinya, atau mengembalikan mereka dari
keraguan hati menjadi kekuatan jiwa dan cahaya jalan mereka.
Dan hal itu menjadi mustahil bagi mereka walaupun mereka
bersatu padu.
Di antara orang-orang Islam ada suatu golongan yang telah
dipermainkan oleh syaitan, sehingga menyatakan bahawa
pengagungan terhadap Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam
adalah sama seperti terhadap semua Nabi dan orang-orang soleh
lainnya. Mereka beranggapan bahawa sebutan ‘sayyid’ bagi
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
592
Rasulullah dapat menghilangkan ketauhidan terhadap Allah. Itu
sebabnya mereka membebaskan diri daripada para Nabi dan
orang-orang soleh. Bahkan mereka juga melepaskan sebutan
‘sayyidina’ bagi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam kerana
menganggap diri Baginda setelah wafatnya sama seperti orangorang biasa, ertinya, tidak lagi memiliki keutamaan, sehingga
mereka tidak dituntut untuk menghormatinya sedemikian rupa.
Angapan ini mereka kuatkan dengan dalil-dalil yang tidak
berasal dari sunnah.
Mereka melepaskan ‘siyadah’ atas Rasulullah dengan berdalil
kepada sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam :
‘Janganlah menyebutku sayyid di dalam solat.’
Ini merupakan kesalahan besar, dengan dasar :
Pertama
Perkataan tersebut sama sekali bukan hadis, sebab lafaznya yang
asli menggunakan ( Å ), bukan ( Ì ), sehingga lafaznya yang benar
menjadi:
Dan tidak ada seorang pun sampai sekarang yang menolak
makna siyadah di dalam lafaz:
Kedua
Para muhaddis dan hufaz yang biasa meriwayatkan dan berilmu
tidak menyatakan tentang kebenaran perkataan ini. Semuanya
berkata bahawa perkataan tersebut tidak memiliki dasar di
dalam sunnah yang mulia, bahkan bukan berasal dari sunnah
sama sekali.
Al ‘Ajluni mengatakan di dalam kitab Kasyaful Khafa:
‘Berdasarkan kutipan dari Sayyid Al Wara, lafaz :
merupakan kebohongan yang dikeluarkan oleh para pendusta.
Keawaman mereka menyebabkan mereka mengatakan
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
593
dengan ( È ), sedangkan lafaznya dengan ( Å ) bukan dengan
( È ).’
Sedangkan penulis Al Maqasid berkata : ‘Hadis ini tidak
ada dasarnya, melainkan bathil belaka.’
Penulis Asnal Mathalib juga berkata : ‘Hadis ini tidak ada
dasarnya, hal itu adalah hanya dusta.’
Adapun As Sakhawi berkata : ‘Ia tidak termasuk hadis
melainkan perkataan yang dibuat-buat, yang tidak datang dari
Rasulullah.’
Memang ada orang yang berpendapat bahawa meletakkan
siyadah atas Rasulullah atau makhluk lain berdasarkan kepada
kebiasaan, dengan anggapan bahawa siyadah adalah khusus bagi
Khaliq, tidak bagi makhluk-termasuk para Rasul. Mereka juga
menghukumkan syirik dan kufur orang-orang yang melakukan
atau memperbolehkan melakukan hal itu. Sesungguhnya
pandangan seperti ini ditolak terus oleh Al Qur’anul Karim
mahupun Sunnah mulia yang mutawatir.
Di dalam Al Qur’anul Karim, Allah berfirman tentang Yahya
‘alaihissalam :
‘dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari
hawa nafsu.’
(Ali Imran : 39)
Allah s.w.t. berfirman pula tentang Yusuf a.s. dan isteri AlAziz :
‘...lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan
itu di muka pintu.’
(Yusuf : 25)
Dan berfirman tentang orang-orang kafir :
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
594
‘...sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua
dan orang-orang besar kami...’
(Al-Ahzab : 67)
Allah s.w.t. berfirman pula :
‘Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat
memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang
kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan
diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu),
Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah...’
(Ad-Dukhkhan : 41-42)
Dari Sunnah yang mulia telah turun hadis-hadis dari
Rasulullah yang tidak diragukan. Para sahabat menyebut banyak
hadis yang sahih, sedangkan para sahabat utama yang
merawikan hadis-hadis yang menetapkan siyadah bagi
Rasulullah dan lain-lain adalah Abu Bakar As Siddiq, ‘Umar bin
Khatthab, Abu Hurairah, Abu Sa’id Al Khudri, Sayyidah ‘Aisyah,
Sayyidah Fathimah, ‘Abdullah bin Yazid al Ansari, ‘Abdullah
bin Syidad, Sa’ad bin Abi Waqqas, Abu Bakrah, Sahal bin Hanif,
Abu Juhaifah, ‘Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abu
Musa Al-‘Asy’ari, Jabir bin Abdullah, Ka’ab bin Malik, ‘Usamah
bin Zaid, Al Barra’ bin ‘Azib, dan lain-lain dari sahabat-sahabat
yang utama lagi terhormat.
Hadis-hadis sahih yang kuat antara lain :
Dikeluarkan oleh Al Bukhari di dalam Sahihnya dengan
sanad dari Abu Sa’id Al Khudri Radiallahu‘anhu, bahawa ada
orang-orang yang meminta putusan Sa’ad bin Mu’az. Maka
diutuslah seseorang kepadanya, lalu dia datang dengan
menunggang keldai. Sewaktu dia sampai di masjid, Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
595
‘Bangkitlah kamu untuk menyambut orang yang terbaik dari
antara kamu-atau Sayyid (pemuka) kamu.’
Dikeluarkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya dengan
sanad dari Abu Sa’id Al Khudri Radiallahu‘anhu, bahawasanya
Bani Quraizah sewaktu meminta putusan Sa’ad, Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam mengutus seseorang kepadanya.
Maka datanglah Sa’ad di atas seekor keldai belang, kemudian
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Bangkitlah kamu
untuk menyambut Sayyid (pemuka) kalian – atau orang yang
paling baik di antara kamu.’
Selanjutnya dia terus hampir hingga duduk di hadapan
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, ketika dia sampai di
dekat masjid. Baginda bersabda kepada golongan Ansar :
‘Bangkitlah kamu untuk menyambut Sayyid (pemuka) kamu.’
Tidak tersembunyi bagi pembaca yang terhormat, bahawa
yang berkata seperti itu adalah sang pembawa syariat, Rasul
Allah terakhir yang mulia, yang ma’sum dan tidak pernah
berbicara berdasarkan hawa nafsu, melainkan berdasarkan
wahyu yang diturunkan kepadanya.
Abu Sulaiman Al Khatabi Asy Syafi’i menjelaskan apa yang
diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya, dari Abu Sa’id
Al Khudri Radiallahu‘anhu, bahawa Bani Quraizah ketika
meminta keputusan Sa’ad, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
mengutus seseorang kepadanya. Maka datanglah dia dengan
menunggang seekor keldai belang, lalu Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda : ‘Bangkitlah kamu untuk menyambut Sayyid
(pemuka) kamu – atau orang yang paling baik di antara kamu’.
Kemudian dia menghampiri hingga duduk di hadapan
Rasulullah.
Al Khatabi berkata : ‘Dari sini dapat diketahui bahawa
panggilan seseorang kepada orang lain : ‘Ya Sayyidi’ tidak
dilarang kalau memang dia adalah seorang yang baik dan
terhormat. Yang dibenci adalah bila pengagungan tersebut
ditujukan kepada orang yang buruk.’
Di dalam hadis itu dijelaskan bahawa berdiri untuk
menyambut orang yang terhormat lagi adil, terpelajar, serta alim
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
596
adalah berdiri untuk menyambut orang-orang yang memiliki sifat
sebaliknya. Nas Imam Al Khatabi menjelaskan : ‘…kalalu
memang dia adalah seorang yang baik dan terhormat’.
Berkumpulnya kebaikan, keutamaan, keagungan, kebesaran,
dan kepemimpinan pada makhluk berada di dalam diri Sayyidul
Anbiya’ wal Mursalin, iaitu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam. Bagindalah pemilik seluruh keutamaan itu, bahkan
Baginda adalah keutamaan itu sendiri, kalau tidak, boleh
dikatakan bahawa keutamaannya berada di atas manusia, jin,
serta makhluk-makhluk lainnya, sebab, sebagaimana dikatakan
oleh Imam Syafi’i : ‘Kita tidak akan mendapatkan suatu
kenikmatan yang nampak atau yang tersembunyi, bahkan sampai
mendapatkan bahagian di dalam agama atau dunia, atau
diangkatnya hal-hal yang dibenci didalamnya atau pada salah
satu darinya, kecuali Sayyidina Rasulullah yang menjadi
penyebabnya.’
Maka orang-orang yang berakal dan beriman, apabila
teringat kepada Allah dengan beribadah dan bersikap taat
kepadaNya, hendaklah teringat kepada insan yang
menunjukinya kepada ma’rifat serta memberi hidayah ketaatan
kepadanya. Siapa yang memberi petunjuk untuk mengenal
Allah dan memberi petunjuk untuk taat kepadaNya selain
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam? Tidak ada yang lain
kecuali Baginda.
Allah berfirman :
‘Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya)
kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan
dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka
sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah
(kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
597
kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad
yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran)
dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai
hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum
(kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan
yang nyata.’
(Ali Imran : 164)
Abu Hurairah Radiallahu‘anhu berkata, Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Semua Bani Adam adalah Sayyid (pemimpin), seorang lelaki
adalah pemimpin bagi keluarganya, seorang wanita adalah
pemimpin dirumahnya.’
(Perkataan Al Hafiz Az Zahabi di dalam Tadzkiratul Hafiz,
rawinya terpercaya)
Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya, Rasulullah
bersabda : ‘Janganlah seorang dari kamu menyebut : ‘Hambaku’
(‘Abdi dan Amati), dan janganlah orang-orang yang diperhamba
menyebut : ‘Tuhanku’ (Rabbi dan Rabbati). Melainkan hendaknya
yang dipertuan menyebut : ‘Bujangku’ (Fataya dan Fatati),
sedangkan orang yang diperhamba menyebut : ‘Tuanku’ (Sayyidi
dan Sayyidati), sebab sesungguhnya kamu semua adalah yang
diperhamba dan Tuhan adalah Allah ‘Azza wa Jalla.’ (Hadis
riwayat Al Bukhari di dalam Sahihnya dari jalan ‘Abdur Razaq)
Dikeluarkan dari Imam Muslim dari Abu Hurairah
Radiallahu‘anhu, katanya :
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Janganlah
seorang dari kalian menyebut ‘hambaku’ (‘abdi), sebab kamu
semua adalah hamba Allah. Namun hendaknya dia menyebut
‘bujangku’ (fataya). Dan janganlah seorang yang diperhamba
menyebut ‘tuhanku’ (rabbi), melainkan sebutlah ‘tuanku’
(sayyidi).’ (Hadis riwayat Imam Muslim dari jalan Al A’mas, Abu
Daud dari Musa bin Isma’il, Imam Ahmad dari Ayyub)
Kandungan
598
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Dikeluarkan oleh Imam Al Bukhari dengan sanad dari Abu
Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam bersabda : ‘Nikmat bagi satu dari kamu adalah
memperelokkan ibadah kepada Tuhannya dan memberi nasihat
kepda pemimpinya.’
Diterima dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya:
Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
‘Seorang hamba yang Muslim apabila memenuhi hak Allah
dengan dan hak sayyid (tuan)nya mendapat dua pahala. Dan
demi jiwa Abu Hurairah dalam genggamanNya, seandainya
tidak ada jihad fi sabilillah dan haji, nescaya aku ingin menjadi
orang yang diperhamba.’ (Hadis riwayat Imam Ahmad dan
Jama’ah, juga di dalam Sahih)
Hal ini menguatkan bahawa sebutan ‘sayyid’ yang ditujukan
kepada orang yang lebih rendah kedudukannya daripada para
Nabi dan Rasul tidak diperselisihkan.
Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya: Rasulullah
bersabda : ‘Sesungguhnya ada malaikat dari langit yang tidak
pernah mengunjungiku, lalu minta izin kepada Allah untuk
mengunjungiku dengan membawa untukku berita gembira - atau
mengkhabarkan kepadaku-bahawa Fathimah adalah sayyidah
(pemuka) kaum wanita dari umatku.’ (Hadis riwayat AthThabrani di dalam Al Mu’jamul Kabir, orang-orangnya
terpercaya dan sanadnya hasan sahih)
Dari Sa’id bin Abu Sa’id Al Maqbari, katanya : ‘Kami sedang
bersama-sama Abu Hurairah ketika Al Hasan bin ‘Ali bin Abi
Talib datang. Dia memberi salam kepada kami, lalu kami
menjawab salamnya. Namun Abu Hurairah tidak mengetahui
hal itu sehingga kami berkata : ‘Wahai Abu Hurairah, Al Hasan
bin ‘Ali telah memberi salam kepada kita.’ Maka Abu Hurairah
menjawab : ‘Wa’alaikassalam, ya sayyidi’. Lalu selanjutnya : ‘Aku
mendengar Rasulullah bersabda : ‘Dia adalah sayyid’.’ (Hadis
riwayat Al Hakim, dikatakan bersanad Sahih, Ath-Thabrani di
dalam Mu’jamul Kabir, orang-orangnya terpercaya)
Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, diperolehi banyak sekali
hadis tentang masalah ini, yang akan terlalu panjang apbila
disebutkan di sini.
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
599
Adapun hadis dari Abu Sa’id Al Khudri Radiallahu‘anhu,
dikeluarkan oleh Imam Ahmad, katanya : Sufyan menceritakan
dengan sanad dari Abu Sa’id Radiallahu‘anhu :
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Al Hasan
dan Al Husain adalah Sayyid (pemuka) para pemuda ahli
syurga.’ (Hadis riwayat At Tirmizi, hadis hasan dan sahih)
Yang mengeluarkan hadis ini adalah orang yang adil dan
terpercaya, iaitu Imam Ahmad Radiallahu‘anhu, sedangkan yang
meriwayatkan adalah Abu Sa’id Al Khudri Radiallahu‘anhu,
seorang sahabat yang memiliki kedudukan tersendiri dalam
bersahabat dengan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam Adapun yang
mengeluarkan ketetapan adalah seorang yang amanah, jujur,
tidak sesat, iaitu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam,
sementara yang menerima pahala yang layak serta kurnia
Ilahiyah di syurga itu adalah kesayangan dan jantung hati Al
Mustafa Sallallahu ‘alaihi wasallam Semua ini memberikan
gambaran yang benar bagi kita tentang diperbolehkannya
menyebut siyadah kepada orang-orang yang kedudukannya
berada di bawah martabat Nabi dan Rasul.
Apakah penetapan siyadah atas para sahabat dan lain-lain
merupakan pelanggaran, atau dosa, atau syirik? Tidak ada
orang yang mengatakan atau menyebutkan demikian.
Cukuplah bagi kita dalail tentang hal ini apa yang
dikeluarkan oelh Al-Raghib Al Asbahani di dalam kitab
Muhadharatul Adba’ :
Seorang Majusi menemui Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam, kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
mengeluarkan dari bawahnya bantal berisi kapas dan
memakaikannya bagi tamunya, kemudian melayani
pembicaraannya. Setelah orang itu pergi, ‘Umar Radiallahu‘anhu
berkata : ‘Dia adalah seorang Majusi’. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam menjawab : ‘Aku sudah tahu, tetapi Jibril ‘alaihissalam
Kandungan
600
Hakikat Tawassul dan Wasilah
menyampaikan salam dari Tuhanku dan menyuruhku agar
memuliakan setiap orang yang dimuliakan di antara kaumnya
apabila mereka berkunjung, dan ini adalah Sayyid (pemuka)
kaumnya.’
Selawat dan salam bagi anda, wahai Rasulullah, wahai insan
yang datang membawa agama yang baik, perbuatan yang baik,
perkataan yang baik, dan akhlak yang baik. Anda tercipta dengan
akhlak yang baik, dan kepda anda diajarkan semua hal yang
belum diketahui. Sesungguhnya kurnia Allah sangatlah banyak
bagi anda.
Kita masih melanjutkan penjelasan panjang dari Sayyidil
Mursalin ini.
Dari ‘Abdullah bin Syidad, katanya : ‘Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam mengunjungi Sa’ad bin Mu’az ketika dia sakit
kuat, lalu bersabda : ‘Semoga Allah membalasmu dengan
kebaikan dari seorang sayyid (pemuka) kaum, sebab Allah
menyempurnakan apa yang dijanjikanNya, dan Allah akan
memberikan apa yang dijanjikanNya kepadamu.’
(Dikeluarkan oleh Ibn Sa’ad di dalam Ath-Thabaqat, dan
dikeluarkan oleh Abu Daud dari Syu’bah)
Dari Abi Juhaifah, dari ayahnya, katanya :
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Abu
Bakar dan ‘Umar adalah Sayyid (pemuka) orang-orang
dewasa penghuni syurga dari umat yang pertama hingga
yang terakhir, kecuali para Nabi dan Rasul.’ (Hadis riwayat
Ibn Majah dari Syu’aib bin Soleh)
Dari Asy Sya’bi Radiallahu‘anhu, katanya : Bahawa
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah mempersaudarakan
Abu Bakar dan ‘Umar, kemudian mereka datang dengan yang
seorang memegang tangan sahabatnya. Selanjutnya Baginda
bersabda : ‘Barangsiapa senang melihat Sayyid (pemuka) orang-
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
601
orang dewasa penghuni syurga dari umat pertama hingga yang
terakhir kecuali para Nabi dan Rasul, hendaknya melihat kepada
kedua orang yang datang itu.’
Dari Nafi’ bin ‘Abdullah bin ‘Umar Radiallahu‘anhu, dari
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam : Baginda s.a.w. bersabda :
‘Apabila seorang hamba menasihati sayyid (tuan)nya dan
memperelokkan ibadahnya kepada Tuhannya, dia akan
mendapat dua kali pahala.’ (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud,
Ibn Majah di dalam Sunannya dari jalan Malik dari Nafi’ dari
Ibn ‘Umar)
Dari Jabir Radiallahu‘anhu, dari Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam :
Baginda s.a.w. bersabda : ‘Sayyid (pemuka) para syuhada
adalah Hamzah bin ‘Abdul Muthalib, dan seseorang yang
berdiri di hadapan pemimpinnya yang kejam lalu
menasihatinya supaya sedar, tetapi dia dibunuh olehnya
(pemimpin itu).’
(Dikatakan oleh Al Hakim bahawa sanadnya sahih, namun
dia tidak mengeluarkannya)
Dari Jabir bin ‘Abdullah Radiallahu‘anhu, katanya :
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Setiap
hamba yang kahwin tanpa izin sayyid (tuan)nya, maka dia
dianggap berzina.’ (Hadis riwayat Ahmad dari Yahya bin
Sa’id Al Amawi)
Diceritakan oleh Mubarak bin Fudhalah dari Al Hasan dari
Abi Bakrah, katanya: ‘Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sedang
solat, sedangkan Al Hasan bin ‘Ali, apabila Baginda bersujud
lalu naik ke atas punggung dan lehernya. Kemudian dia diangkat
dengan perlahan-lahan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam,
Kandungan
602
Hakikat Tawassul dan Wasilah
dan hal itu dilakukan tidak hanya sekali. Demikian juga setelah
selesai solat, dia dipeluk dan diciumi oleh Rasulullah. Maka
bertanyalah para sahabat : ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya
pada hari ini anda memperlakukan anak ini dengan pelakuan
yang tidak pernah kami lihat sebelumnya.’ Baginda menjawab :
‘Dia adalah kesayanganku di dunia, dan cucuku ini adalah
sayyid, dan’ (Hadis riwayat Az-Zahabi dalam At Tazkirah)
Dari ‘Ali bin Abi Thalib Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Fathimah
telah mengadu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam,
lalu Baginda berkata : ‘Tidakkah engkau rela kunikahkan dengan
seorang dari umatku yang terdahulu memeluk Islam dan paling
banyak ilmunya? Tidakkah engkau rela menjadi sayyidah
(pemuka) kaum wanita penghuni syurga, kecuali apa yang
dianugerahkan Allah kepada Maryam bin ‘Imran, sedangkan
putera-puteramu menjadi sayyid para pemuda penghuni syurga?’
Dari Huzaifah Radiallahu‘anhu, katanya : Ibuku bertanya
kepadaku : ‘Sejak bila engkau bersahabat dengan Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam?’ Aku menjawab : ‘Sejak begini dan begitu’.’ Kata
ibuku : ‘Lalu engkau meninggalkan aku.’ Jawabku : ‘Wahai ibu,
lepaskanlah aku, sebab aku akan mendatangi Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam untuk solat Maghrib bersamanya, dan aku tidak
meninggalkannya sampai Baginda memohonkan ampun bagiku
dan bagimu.’ Lalu dia berkata : ‘Maka aku pergi kepada Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian solat Maghrib
bersamanya. Selanjutnya Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam solat
‘Isya’, kemudian pergi, sedangkan aku mengikutinya. Lalu
muncullah suatu penghalang yang merintanginya dan
membisikkan sesuatu kepadanya. Kemudian Baginda pergi dan
aku mengikuti di belakangnya. Baginda mendengar suaraku dan
bertanya : ‘Siapa itu?’ Aku menjawab : ‘Huzaifah.’ Baginda
bertanya : ‘Kenapa engkau?’ Maka aku menceritakan semuanya
kepada Baginda. Baginda bersabda : ‘Allah mengampuni dirimu
dan ibumu.’ Kemudian melanjutkan : ‘Apakah engkau melihat
penghalang yang menghalangiku sebelum ini?’ Aku menjawab :
‘Ya.’ Baginda bersabda : ‘Itu adalah salah satu malaikat yang
tidak pernah turun ke bumi sebelum malam ini. Dia minta izin
kepada Tuhannya untuk memberi salam kepadaku dan
membawa berita bahawa Al Hasan dan Al Husain adalah sayyid
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
603
(pemuka) para pemuda penghuni syurga, dan Fathimah adalah
sayyidah (pemuka) kaum wanita penghuni syurga.’
Dikeluarkan oleh Al Bukhari dengan sanad dari Jabir
Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam bertanya : ‘Siapakah sayyid (pemimpin) kamu, wahai
Bani Salamah?’ Kami menjawab : ‘Jadd bin Qais dengan
kekikirannya.’ Maka Baginda bersabda : ‘Dan penyakit apa yang
lebih buruk dari pada kekikiran? Tetapi pemuka kamu adalah
‘Amru bin Jamuh.’
Dari ‘Abdullah bin ‘Abbas Radiallahu‘anhu, dari Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam : Baginda bersabda : ‘Bagi orang yang
diperhamba, seorang sayyid (majikan) memiliki tiga tugas, iaitu:
‘Tidak mengutamakannya daripada solatnya, tidak menghambatnya dari waktu makannya, dan tidak mengenyangkannya
melampaui batas.’
(Hadis riwayat Ath-Thabrani di dalam Mu’jamush Saghir)
Dikeluarkan dari Al Bukhari dengan sanad dari Abu
Qatadah, dari ‘Abdullah bin Buraidah, dari ayahnya, katanya :
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Janganlah
menyebut ‘sayyid’ kepada orang-orang munafik. Sesungguhnya
menjadikan mereka sebagai sayyid kamu akan memurkakan
Tuhan kalian ‘Azza wa Jalla.’ (Hadis riwayat Abu Daud, Ibn
Sina, dan lain-lain. Larangan bagi orang munafik merupakan
dalil diperbolehkannya bagi orang yang beriman)
Dari Asy Sya’bi, dari Makhal Radiallahu‘anhu, dari
seseorang, katanya : ‘Kami sedang duduk di halaqah ‘Umar
Radiallahu‘anhu, dan berbicara tentang keutamaan Al Qur’an
Al Karim. Seseorang berkata : ‘Penutupnya adalah surah
Bara’ah.’ Lainnya berkata : ‘Penutupnya adalah surah bani Israil.’
Lainnya berkata : ‘Penutupnya adalah surah Yaasin dan
Tabarak.’ Di antara orang-orang itu terdapat ‘Ali bin Abi Thalib
yang tidak berkata-kata apa-apa. Seseorang bertanya : ‘Wahai
Amirul Mu’minin, bagaimana dengan ayat Al Kursi?’ Maka ‘Umar
berkata : ‘Wahai Abul Hasan, ceritakanlah apa yang engkau
dengar tentang hal itu dari Rasulullah.’ ‘Ali menjawab:
‘Sesungguhnya Rasulullah bersabda :
Kandungan
604
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Sayyid orang-orang yang bertaubat adalah Adam, sayyid
bangsa Arab adalah Muhammad, sayyid bangsa Romawi adalah
Shuhaib, sayyid bangsa Parsi adalah Salman, sayyid bangsa
Habsyi adalah Bilal, sayyid gunung-ganang adalah Thursina,
sayyid pohon-pohon adalah cendana, sayyid bulan-bulan adalah
Al-Haram, sayyid hari-hari adalah Jumaat, sayyid perkataan
adalah Al Qur’anul Karim, sayyid Al Qur’anul Karim adalah Al
Baqarah, sayyid Al Baqarah adalah ayat Al Kursi, di dalamnya
terdapat lima kalimat, di dalam setiap kalimat terdapat lima
puluh berkat.’
(Hadis riwayat Ath-Thabrani dengan sanad hasan,
disebutkan oleh Ibn Sina di dalam ‘Amalul Yaumi wal Lailah,
Ad Dailami di dalam Al Firdaus)
Adapun athar dari sahabat dan tabi’in di antaranya : Ibn
Sa’ad di dalam Ath-Thabaqat berkata : ‘Kami diberitahu oleh
Muhammad bin ‘Abdullah Al Ansari dengan sanad dari Ghani
As Sa’, katanya : ‘Aku datang ke Madinah pada musim semai
dan musim panas. Nampak orang-orang berdesak-desakan satu
sama lain, sehingga aku bertanya : ‘Mengapa orang ramai sampai
berdesak-desakan begini?’ Mereka menjawab : ‘Bukan.’ Mereka
berkata : ‘Hari ini telah wafat Sayyidul Muslimin, Ubay bin
Ka’ab.’ (Dikeluarkan oleh Ibn Sa’ad di dalam Ath-Thabaqat)
Dari Jundub bin ‘Abdullah bin Bajali, katanya : ‘Aku datang
ke kota Madinah untuk mencari ilmu. Aku masuk ke Masjid
Rasulullah dan bertemu orang-orang berbicara di dalam
kelompok-kelompok. Aku terus masuk sehingga menemui sebuah
kelompok yang didalamnya terdapat seseorang berwajah pucat
yang mengenakan pakaian comot, seolah-oleh dia baru tiba dari
suatu perjalanan. Kemudian aku mendengar dia berkata :
‘Binasalah orang-orang yang merumitkan, demi Tuhan Ka’bah,
dan mereka tidak perlu disesali.’ Kemudian aku duduk hampir
dengannya. Dia menyampaikan hal-hal yang perlu, lalu pergi.
Maka aku pun bertanya : ‘Siapakah orang yang baru saja pergi
itu?’ Dijawab : ‘Itu adalah Sayyidul Muslimin, Ubay bin Ka’ab.’
Dikeluarkan oleh Ibn Sa’ad dengan sanad dari Al Jariri dari
Ibn Nadhrah Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Seseorang dari kita
berkata bahawa Jabir atau Juwaibir berkata kepadanya :
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
605
‘Seseorang memohon keperluannya kepada ‘Umar
Radiallahu‘anhu pada masa khilafahnya. Di sisinya ada seorang
lelaki yang berambut putih, demikian juga pakaiannya, yang
berkata : ‘Sesungguhnya dunia itu boleh mendatangkan kebaikan
dan menjadi bekal akhirat. Didalamnya terdapat amal-amal kita
yang akan dibalas di akhirat.’ Maka dia bertanya : ‘Siapakah
orang ini, wahai Amirul Mu’minin?’ ‘Umar Radiallahu‘anhu
menjawab : ‘Ini adalah Sayyidul Muslimin, Ubay bin Ka’ab.’
Tidak diragukan lagi bahawa Ubai bin Ka’ab adalah sahabat,
bukan Nabi atau Rasul. Sedangkan Sayyidina ‘Umar yang tidak
takut kepada siapa pun dalam menegakkan kebenaran adalah
orang yang menggelarkan Ubay Sayyidul Muslimin.
Sebagaimana tertera di dalam nas-nas ini, sebutan siyadah
atas Sayyidina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam lebih layak
dan lebih patut. Baginda telah menetapkan dari hadis-hadis yang
mutawatir penggunaan sebutan sayyid terhadap individuindividu dari umat ini. Maka Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
lebih berhak dan lebih utama untuk disebut demikian oleh semua
makhluk dengan ijma’ Muslimin.
Syaikh Zuruq di dalam kitabnya, Qawa’idut Tasawwuf,
berkata : ‘Pelajaran tentang hal ini hendaknya kita hentikan di
sini, tanpa menambah atau mengurangi, sebab tersebut di dalam
suatu riwayat yang benar : ‘Seseorang berzikir pada setiap selesai
solat: ‘Subhanallah, wal hamdu lillah, wa laa ilaha illallah,
wallahu akbar’ sebanyak seratus kali, kemudian dia melihat
seolah-olah ada yang bertanya : ‘Mana orang-orang yang suka
berzikir setelah solat itu?’ Dia pun bangkit, tetapi dikatakan
kepadanya : ‘Kembalilah ke tempatmu, sebab engkau bukan
termasuk golongan mereka.’ Sesungguhnya yang dicari adalah
orang yang membatasi diri (membaca) sampai tigapuluh tiga
kali saja.’ Orang yang termasuk didalamnya adalah yang
membaca sesuai dengan apa yang dibatasi oleh lafaz.
Memang ada bermacam-macam cara selawat atas Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam wirid dalam hal menambahkan
kata ‘sayyidina’. Ada yang membatasi bacaannya sesuai dengan
lafaznya saja, ada pula yang menambahkan ‘sayyidina’ apabila
menghendaki keutamaan. Penulis kitab Miftahul Falah dalam
Kandungan
606
Hakikat Tawassul dan Wasilah
soal selawat atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam ini berkata :
‘Berhati-hatilah anda apabila meninggalkan lafaz siyadah, sebab
di dalamnya terkandung rahsia yang hanya telihat bagi orangorang yang istiqamah dalam menjalankan ibadah ini.’
Adapun orang-orang yang menolak hal ini berkata dalam
Syarah Muslim : ‘Sebutan lafaz sayyid dan maula adalah baik,
dan sandaran yang benar adalah sabda Baginda :
‘Aku adalah pemuka anak Adam, dan ini bukanlah
berbangga-banggaan.’
Suatu ketika ada seorang murid yang menuntut Ibn
Ghamrain, yang berkata bahawa dia tidak menambahkan
‘sayyidina’ di dalam solat kerana tidak menginginkannya,
melainkan mengatakan ‘ala Muhammad’, dan hal itu diikuti oleh
murid-muridnya. Laporan tentang kejadian ini sampai juga
kepada Al Qadhi Ibn ‘Abdus Salam. Dia pun mengutus seseorang
di belakangnya, yang kemudian terperangkap dalam
persembunyian untuk beberapa waktu, dan tidak boleh keluar
hingga mendapat pertolongan khalifah ketika itu, dan
dibebaskan. Seolah-olah penyembunyiannya selama beberapa
waktu itulah yang menjadi hukuman baginya.’
Al Hafiz As Sakhawi di dalam Al Qaulul Badi’ berkata :
‘Menyebut tentang keagungan bahasa, apa yang dihasilkan oleh
orang yang banyak membaca : ‘Allahumma salli ‘ala Sayyidina
Muhammad’ terkandung di dalam pembahasan tersebut.’
Adapun di dalam solat, lafaz ‘sayyidina’ secara zahir tidak
diucapkan, sebab kita mengkuti lafaz yang ma’thurah dan
berhenti pada berita-berita yang sahih. Sedangkan di luar solat,
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menolak orang yang
memanggil Baginda dengan sebutan itu, sebagaimana tertera di
dalam hadis-hadis yang masyhur. Penolakan ini boleh diterima
mengenangkan sifat tawadhu’ Baginda dan kebenciannya apabila
dipuja-puja dengan kata-kata. Atau kerana orang-orang biasanya
menjadi berlebih-lebihan dalam memuji, di mana mereka berkata
: ‘Anda adalah pemimpin kami dan ayah kami, anda adalah
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
607
yang paling utama di antara kami, anda adalah yang paling
mulia di antara kami, anda adalah inti dari kami, anda
adalah…, anda adalah…’. Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda : ‘Katakanlah apa saja yang ingin kamu
katakan, tetapi jangan sampai disusupi oleh syaitan.’
Benar kata-kata Baginda : ‘Aku adalah sayyid (pemuka)
manusia pada hari kiamat’ atau, ‘Puteraku (cucuku) ini adalah
sayyid (pemuka)…’. Juga katanya : ‘Bangkitlah kamu untuk
menyambut sayyid (pemuda) kamu itu.’
Tercatat pula kata-kata Sahal bin Hanif ketika memanggil
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam : ‘Ya sayyidi’ di dalam hadis An
Nasa’i di dalam kitab Amalul Yaumi wal Lailah.
Ibn Mas’ud Radiallahu‘anhu juga pernah berkata : ‘Allahuma
salli ‘ala sayyidil mursalin’. Semua in merupakan dalil yang jelas
dan bukti yang nyata tentang diperbolehkannya hal itu. Adapun
orang-orang yang menolak perlu membawakan dalil selain yang
telah diajukan, sebab certa-cerita lama itu tidak boleh dipakai
sebagai dalil.
Al Asnawi berkata di dalam kitabnya, Al Muhimat :
‘Sepanjang ingatanku, Asy Syaikh ‘Izuddin bin ‘Abdus Salamlah
yang membudayakannya - yakni dalam mengucapkan sayyidina
sebelum Muhammad - atas dasar bahawa hal itu merupakan
adab yang lebih utama, atau menurut perintah. Maka dasar yang
pertama lebih disukai daripada yang kedua, sebab Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Katakanlah : ‘Allahumma
salli ‘ala Muhammad’.’
As Sakhawi berkata : ‘Tulisan sebahagian ulama yang ku
ambil adalah yang nasnya didasarkan kepada tatasusila. Di
samping zikir, menyebut ‘sayyid’ juga dituntut secara syariat. Di
dalam hadis sahih tertera : ‘Bangkitlah kamu untuk menyambut
sayyid (pemuka) kamu itu’. Yang dimaksud di sini adalah Sa’ad
bin Mu’az, dan kesayyidannya adalah dalam hal ilmu dan
agama.’
Adapun yang diucapkan di dalam solat : ‘Allahumma salli
‘ala sayyidina Muhammad’ ada perintah untuk mengerjakannya,
didukung dengan berita bahawa kenyataannya hal tersebut
Kandungan
608
Hakikat Tawassul dan Wasilah
merupakan kesusilaan. Maka hal ini lebih utama untuk
dikerjakan daripada ditinggalkan, sebagaimana terlihat pada
hadis-hadis terdahulu.
Disebutkan juga bahawa di dalam ingatannya, Syaikh Ibn
‘Abdus Salam membudayakannya berdasarkan keutamaan
tatasusila atau pelaksanaan perintah.
Pengarang Al Mi’yar berkata : ‘Aku bertanya kepada
sayyidku, Qasim Al ‘Uqbani : ‘Boleh atau tidakkah mengatakan
‘Allahumma salli ‘ala sayyidina Muhammad?’
Dia menjawab : ‘Kesejahteraan atas Nabi kita Muhammad
Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah ibadah yang paling utama
dan mengandung makna khusus apabila disebutkan di dalam
zikir, sebab zikir kepada Rasulullah di dalam hati atau diucapkan
secara lisan sepadan dengan zikir kepada Allah. Sedangkan zikir
yang paling utama adalah seperti yang dibawa oleh pengarang
Asy Syari’ah. Tetapi berzikir kepada Nabi kita dengan siyadah
dan sifat-sifat semacamnya yang menunjukkan pengagungan dan
penghormatan tidaklah dilarang. Bahkan hal itu merupakan
tambahan ibadah dan iman, apalagi setelah Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam menetapkan : ‘Aku adalah sayyid (pemuka) anak
Adam…’.’
Kata ‘sayyidina’ disebutkan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam setelah dikeluarkannya hadis ini. Sedangkan percaya
kepada berita ini beserta semua yang dibawa oleh Al Musthafa
Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah temasuk iman
dan ibadah.
Dan ‘Izzuddin ‘Abdus Salam menyebutkan : ‘Bahawa
membawa hal itu – yakni siyadah – di dalam solat harus
dibezakan, apakah mengikuti perintah, atau tatasusila
peradaban?’
Berkatalah Al Khathab : ‘Yang ku ketahui dan ku lakukan
di dalam mahupun di luar solat adalah menyertakan lafaz
‘sayyid’.’
Ada kenyataan menyebut bahawa tatasusila terhadap
Sayyidina Rasulullah dengan menggunakan sebutan ‘sayyidina’
tidaklah bertentangan dengan perintah sama sekali, bahkan
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
609
mungkin sebaliknya. Melaksanakan tatasusila juga merupakan
inti dari mentatai perintah, sebab bersopan terhadap Sayyidina
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam diwajibkan bagi kita di
dalam syari’at, Al Kitab, dan Sunnah.
Allah berfirman:
‘Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah
di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu.’
(An-Nur : 63)
Berdasarkan firman Allah : ‘Janganlah kamu jadikan
panggilan Rasul…’, maka menjadi wajib bagi kita untuk tidak
memanggilnya dengan namanya : ‘Hai Muhammad…, hai
Muhammad…’. Apabila melakukan hal seperti itu, kita bukan
saja keluar dari tatasusila terhadap dirinya, bahkan menentang
perintah Allah untuk memenuhi hak Rasulullah.
Al Qur’anul Karim secara umum, iaitu kandungan isinya, di
dalam ayat-ayat yang jelas dan yang tersembunyi, tidak pernah
menyebut ‘Muhammad’ atau ‘Ahmad’ begitu saja, kecuali kalau
digabungkan dengan risalah, sebagaimana difirmankan oleh
Allah :
‘Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul.’
(Ali Imran : 144)
Dan Allah s.w.t. berfirman pula :
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
610
‘Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar
bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul
Allah dan kesudahan segala Nabi-Nabi.’
(Al-Ahzab : 40)
Juga firmanNya :
‘Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang
yang bersama dengannya.’
(Al-Fath : 29)
Juga firmanNya :
‘Dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang
Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama :
Ahmad.’
(As-Saf : 6)
Maka sudah seharusnyalah umat dari generasi-generasi
selanjutnya mentaati perintahNya untuk menjunjung tinggi
tatasusila terhadap Rasulullah. Sedangkan Allah mengutamakan,
menghormati, menghargai, mengagungkan, dan memuliakannya,
hinggakan namanya disejajarkan dengan nama Allah. Kecintaan
terhadapnya sama ertinya dengan ketaatan kepada Allah dan
keimanan yang benar kepadaNya didalam istijabah bagi
RasulNya, berserah kepadaNya, dan tunduk kepada perintahNya.
‘Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak
disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau
hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara
mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
611
sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan,
dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.’
(An-Nisa’ : 65)
Di dalam Al Qur’an banyak sekali ayat yang mewajibkan
pengagungan, penghargaan, kepatuhan, dan penghormatan
terhadap Rasul kita, hinggakan ulama yang memahami Al Qur’an
dengan benar berkata : ‘Masalah pengagungan dan penghormatan
terhadap Rasulullah telah ditulis di dalam Al Qur’an, iaitu di
dalam sebuah surah yang mulia. Seandainya tidak diberi nama
Surah Al Hujurat, nescaya aku akan menyebutnya sebagai Surah
Tatasusila terhadap Rasulullah.’ Didalamnya tercantum firmanNya :
‘Janganlah kamu mendahului (melakukan sesuatu perkara)
sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan
RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah.’
(Al-Hujurat : 1)
Allah s.w.t. berfirman pula :
‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah
kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa
bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu
Kandungan
612
Hakikat Tawassul dan Wasilah
menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan
setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya
amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak
menyedarinya. Sesungguhnya orang-orang yang
merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi
Rasulullah (s.a.w), - merekalah orang-orang yang telah diuji
Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh
keampunan dan pahala yang besar. Sesungguhnya orangorang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat
ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak
mengerti (adab dan tata tertib).’
(Al-Hujurat : 2-4)
Dan lain-lain, tidak ada pengagungan dan penghargaan,
kecuali mengarah (tawajjuh) kepadanya.
Kalau demikian halnya, maka mengucapkan siyadah
kepadanya bukanlah hal yang aneh. Bahkan kalau anda mahu
mengatakannya, adalah benar-benar aneh apabila seorang
Muslim keluar dari tatasusila di hadapan Rasulullah, seperti
melencongnya anak panah dari sasarannya, seraya berkata :
‘Dilarang mengucapkan siyadah terhadap Rasulullah!’
Setelah huraian yang jelas ini, maka kita boleh mengatakan
: ‘Allahumma salli ‘ala sayyidina Muhammad’, sebab Baginda
adalah ‘Sayyidul Mursalin’ bagi orang-orang yang terdahulu dan
orang-orang yang belakangan.
Ibn Hajar Al Haithami berkata : ‘Aku berhenti pada
perkataan Al Imam Ibn ‘Atha-illah di dalam kitabnya, Miftahul
Falah, dan ku dapati isinya : ‘Berhati-hatilah anda apabila
meninggalkan lafaz ‘sayyidina’, sebab didalamnya terkandung
rahsia yang hanya terlihat bagi orang-orang yang istiqamah
dalam menjalankan ibadah ini.’ Maka lenyaplah keraguanku,
dan alhamdulillah aku tidak meninggalkan ucapan itu.’
Ibn Qasim Al ‘Ubadi dalam catatannya tentang Tuhfatul
Muhtaj tulisan Ibn Hajar berkata : ‘Dikatakan di dalam syarah
Ar Raudh, dikatakan di dalam Al Muhimat, lalu menyebutkan
apa yang telah disebukan terdahulu, dan berkata : ‘Al Jalal Al
Mahali bersandar kepada syarahnya yang lain, bahawa yang
lebih utama adalah menambahkan - iaitu siyadah - atau
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
613
memanjangkan hal tersebut. Lebih jauh lagi dia berkata bahawa
hadis ini adalah bathil.’
Didalam kitab Ad Durul Muhtar Syarah Tanwirul
Abshar dari kitab-kitab mazhab Hanafi terdapat keterangan :
‘Anjuran siyadah kerana hal itu merupakan tambahan akhbar
yang dikhususkan kerana merupakan tatasusila bertingkah laku
yang mengandung kemuliaan, maka ia lebih baik daripada
ditinggalkan.’
Apa yang dikutip dari
mereka mengucapkan
adalah dengan ( Å ).
adalah dusta, sebab
dengan ( È ), padahal yang benar
As Sayuthi ketika ditanyai tentang hadis
menjawab : ‘Sebenarnya maksudnya tidak begitu, sebab Allah
melarang kita memanggil Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
hanya dengan namanya sebagaimana orang yang satu memanggil
yang lain.’
‘Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah
di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu.’
(An-Nur : 63)
Di dalam Fathul Bari, Syarah Shahih Al Bukhari,
dijelaskan bahawa walaupun Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam memiliki berbagai nama dan jolokan, Baginda tidak
boleh dipanggil dengan sebutan yang diharamkan oleh Allah,
seperti firmanNya : ‘Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul
di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada
sebahagian (yang lain)…,’ seperti : ‘Wahai Muhammad….! Wahai
Ahmad….!’
As Samarqandi berkata di dalam Tafsir : ‘Di dalam ayat
tersebut dijelaskan bagaimana seharusnya penghargaan bagi
seorang guru yang mengajarkan kebaikan. Kerana Rasulullah
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
614
Sallallahu ‘alaihi wasallam mengajarkan kebaikan juga, maka
Allah memerintahkan manusia untuk menghormati dan
memuliakannya. Didalamnya terdapat ma’rifat hak guru dan
ma’rifat hak orang-orang yang berbuat baik.’
Ibn Jarir berkata : ‘Allah menyuruh mereka untuk
menghargai dan menghormatinya.’
Malik dari Zaid bin Aslam tentang ayat tersebut berkata :
‘Allah menyuruh mereka menghargainya.’
Ibn Kathir berkata : ‘Perkataan ini jelas merupakan
kesimpulan, seperti firman Allah :
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mengatakan : ‘Raaina’, (ketika kamu berkata-kata dengan
Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah : ‘Unzurna’.’
(Al-Baqarah: 104)
Allah berfirman pula :
‘Janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara
Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara
keras seperti kerasnya (suara)sebahagian kamu terhadap
sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala)
amalanmu, sedangkan kamu tidak menyadarinya.’
(Al-Hujurat : 2)
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di
sisi Rasulullah, mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
615
mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan
pahala yang besar.
Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau
keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih
baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.’
(Al-Hujurat : 5)
Ini semua merupakan tatasusila dalam berbicara kepada
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dan bercakap-cakap dengannya
di tempat kediamannya, sebagaimana diperintahkan untuk
bersedekah sebelum menghadapnya.
Baginda mempunyai hak untuk dihormati dan diagungkan.
Allah juga berfirman: ‘… dan janganlah kamu berkata kepadanya
dengan suara keras…’. Jangan mengeraskan suara apabila
berbicara dengannya. Jangan pula memanggilnya dengan
namanya seperti yang kalian lakukan terhadap sahabat-sahabat
kamu yang lain. Hargailah dan agungkanlah dia.
Maka mereka kemudian memanggil dengan sebutan yang
disukai Rasulullah, seperti : ‘Wahai Rasulullah…! Wahai
Nabiyullah…!’. Inilah yang dimaksud dengan meletakkannya
sebagai sayyid.
Al Qadhi ‘Iyadh Radiallahu‘anhu berkata : ‘Di dalam riwayat,
penambahan kata sayyid atau maula itu baik apabila dilakukan
berdasarkan perintah, iaitu untuk mengagungkan serta
menghormati Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam.’
Syaikh Al ‘Ayasyi ketika ditanya tentang penambahan
siyadah di dalam selawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
menjawab : ‘Siyadah adalah ibadah, maka dari itu saya berkata:
‘Hal itu sudah jelas, sebab orang yang membaca selawat
menghendaki dengan selawat itu mengagungkan Baginda,
Kandungan
616
Hakikat Tawassul dan Wasilah
sehingga tidak ada gunanya meninggalkan siyadah yang
merupakan bentuk pengagungan. Di dalam hukum : ‘Ini tidak
ada kaitannya dengan pemberian rezeki, tatasusila yang baik,
lalu kita beriman kepada Allah dan RasulNya, mengagungkanNya, dan menghargaiNya.’
Berkatalah Ibn ‘Ajibah yang ‘arif billah di dalam
penafsirannya tentang Al Jami’ush Saghir, hadis : ‘As sayyid
adalah Allah’, berkata : ‘Dialah yang berhak atas siyadah yang
mutlak, di mana semua makhluk adalah hambaNya. Itulah yang
dikatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam tatkala
ditanya tentang pemimpin-pemimpin kabilah : ‘Anda adalah
Sayyid dan Maula kami.’
Perkataan : ‘Aku adalah sayyid (permuka) anak Adam’, tidak
ditolak, kerana hal itu merupakan berita tentang penghargaan
yang diberikan oleh Allah kepada seorang insan sebagai wujud
ungkapan tentang nikmat.
Hal semacam ini banyak tertera di dalam hadis sahih, seperti
hadis At-Tirmizi : ‘Aku adalah sayyid (pemuka) anak Adam pada
hari kiamat.’
Juga hadis tentang sya’faat : ‘Pergilah kamu pada sayyid
anak Adam...’, sayyid di sini maksudnya adalah seseorang yang
memimpin kaumnya. Ertinya, Bagindalah yang tampil untuk
mewakili umat manusia; dan ini menunjukkan kesempurnaan
dan penghormatan yang penuh atas seorang yang sempurna.
Ibn ‘Abbas berkata : ‘Sayyid adalah orang terhormat di mata
Tuhannya.’
Sedangkan Qatadah berpendapat : ‘Sayyid adalah orang yang
dikalahkan oleh ammarahnya.’
Adapun siyadah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam lebih
mudah dan jelas untuk dibuktikan. Baginda adalah sayyid bagi
seluruh alam secara umum, tanpa ada batasan atau kekhususan
tertentu di dunia dan akhirat.
Baginda hanya bersabda di dalam hadis : ‘Aku adalah sayyid
(pemuka) anak Adam pada hari kiamat’. Dalam kenyataan
tersebut nampak sifat tunggal dari kepemimpinan dan
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
617
syafa’atnya dibandingkan Nabi-Nabi yang lain. Kala itu, umat
manusia berduyun-duyun menemui Baginda dan tidak
menemukan orang lain yang boleh dimintai syafa’at. Semua
makhluk dari awal sampai akhir berkumpul, baik manusia atau
jin, termasuk para Nabi dan Rasul lainya, sedangkan tempat itu
abadi dan kekal. Maka siyadah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam boleh dimaklumi, baik dari segi nasab, tabiat, akhlak,
adab mahupun kebajikan-kebajikan lainnya, termasuk pujipujian dengan nubuwat ketika Baginda belum lagi dilahirkan.
Semua itu dikenal oleh orang yang memperhatikan sirahnya dan
mengetahui hal ehwalnya sejak dari kecil hingga dewasa.
Yang dimaksudkan dalam sabdanya : ‘… sayyid (pemuka)
anak Adam…’ adalah dari jenis manusia, sebagaimana dijelaskan
didalam hadis : ‘Aku adalah sayyid manusia pada hari kiamat.’
Maksudnya adalah meliputi seluruh keturunan Adam.
Sedangkan sebagai saksi siyadahnya atas Adam ‘alahissalam
adalah sabdanya :
‘Adam beserta para Nabi sesudahnya pada hari kiamat
berada di bawah panji-panjiku.’
Ada pula hadis tentang syafa’at yang termasyhur, yang
menunjukkan keunggulan dan siyadah Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam atas para Rasul. Sabdanya:
‘Aku adalah orang pertama yang ditolong dan orang pertama
yang memberi pertolongan, dan aku adalah orang pertama yang
pecah buminya (maksudnya dibangkitkan, ed.).’
Dan sabdanya pula : ‘Aku adalah Nabi, sementara Adam
berada di antara roh dan jasadnya.’
Ibn Hajar di dalam kitab Ad Durul Mandhud mengatakan:
‘Syaikh ‘Ibrahim Al Qani di dalam Al Jauharah berkata:
‘Berkatalah guru kami : ‘Tidak ada perbezaan pendapat dalam
penggunaan sebutan sayyid bagi Rasulullah, dan hal itu disukai
baginya.’
Syaikh Muhammad bin Ja’far Al Kinani di dalam menjawab
masalah ini mengatakan bahawa siyadah dan seumpamanya
yang menunjukkan pengagungan dan penghargaan adalah
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
618
masalah yang telah disepakati, kerana merupakan hal yang
diminta dan disukai untuk mewujudkan firman Allah:
‘Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu,
seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian(yang
lain)…’
Juga firman Allah :
‘(Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan
umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya
kamu kuatkan ugamaNya serta memuliakanNyai.’
(Al-Fath : 9)
Dan berakhlak dengan akhlak Al Qur’an Al Karim ketika
menyebut : ‘Wahai Nabi…! Wahai Rasul….!’
Kita juga melihat bagaimana Sayyidina Abu Bakar
Radiallahu‘anhu hendak berundur dari kedudukannya sebagai
imam solat sebagai wujud tatasusilanya kepada Rasulullah,
meskipun dia mengetahui adanya perintah untuk menyelesaikan
solat.
Sayyidina Uthman Radiallahu‘anhu menunda tawaf tatkala
memasuki Makkah dalam peristiwa perdamaian Hudaibiyah,
padahal dia mengetahui adanya kewajiban melakuan tawaf bagi
orang-orang yang memasuki Makkah. Penundaannya ini
berdasarkan kepada tatasusila dan kepatuhan terhadap
Rasulullah agar tidak melakukan tawaf mendahului Baginda.
Kata ‘Uthman Radiallahu‘anhu : ‘Aku tidak akan melakukannya
sebelum Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam melakukan
tawaf.’
Sayyidina ‘Ali Radiallahu‘anhu menolak untuk menghapuskan nama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam meskipun
diperintahkan, tatkala menuliskan teks perdamaian Hudaibiyah.
Dia berkata : ‘Demi Allah aku tidak akan menghapuskan nama
anda sama sekali.’
As Suhaimi berkata di dalam syarahnya atas syarah ‘Abdus
Salam tentang kata-kata mutiara ayahnya dan pemakaian
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
619
sebutan ‘sayyid’ atas Rasulullah sesuai dengan berita dari
Ahmad, At Tirmizi, Ibn Majah dari Abu Sa’id dengan hadis marfu’
: ‘Aku adalah sayyid (pemuka) anak Adam pada hari kiamat,
dan ini bukanlah berbangga-banggaan.’ Ertinya, Rasulullah
tidak mengucapkan perkataan ini untuk membanggakan diri
atau menunjukkan kebesarannya, melainkan untuk
memberitahukan tentang nikmat ini.
Ibn ‘Atha’illah berkata : ‘Aku mendengar Syaikh kita, Abul
‘Abbas, berkata : ‘Bukanlah berbangga-banggaan’ ertinya aku
(Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam) tidak membanggakan
diriku dengan kepemimpinan ini, sebab sesungguhnya kebesaran
itu hanya dalam ‘ubudiyah terhadap Allah, yang kerananya
terjadi proses penciptaan seperti difirmankan Allah :
‘Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu.’
(Az-Zariyat : 56)
Syaikh Ath Thayyib berkata di dalam syarahnya tentang
Ulfiyatul ‘Iraqi di dalam sirah : ‘Penggunaan kata sayyid dan
maula di dalam selawat atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
adalah baik, kerana adanya sabda : ‘Aku adalah sayyid seluruh
alam, aku adalah sayyid anak Adam, dan ini bukanlah
berbangga-banggaan.’
Ibn ‘Abdus Salam menghendaki tatasusila bagi orang-orang
yang menganggap batil selawat orang yang menyebut sayyidina
di dalam selawatnya. Orang seperti itu perlu diasingkan hingga
diberi syafa’at. Ibn ‘Abdus Salam memandang pengasingannya
itu sebagai hukuman baginya.
Al Qusyairi Radiallahu‘anhu berkata : ‘Agungkanlah Baginda
di dalam perbicaraan, jagalah kehormatannya, layanilah dengan
penuh tatasusila dan raihlah ketaatan terhadapnya dalam hal
pemeliharaan dan penghargaan Ilahiyah.’
Penulis ‘Araisul Bayan berkata : ‘Penghargaan dan
penghormatan terhadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
Kandungan
620
Hakikat Tawassul dan Wasilah
merupakan penghargaan terhadap Allah, ma’rifat kepada
Rasulullah adalah ma’rifat kepada Allah, bertatasusila dalam
mengikuti Rasulullah merupakan sebahagian dari tatasusila
terhadap Allah’ maka janganlah kamu berbicara dengannya
seperti kamu berbicara antara satu sama lain, dan janganlah
memanggilnya dengan jolokannya dan namanya, melainkan
ikutilah Allah dalam memanggilnya : ‘Wahai Nabi…! Wahai
Rasul…!’
Ath Tha’alibi berkata di dalam Al Jawahirul Hasan :
‘Jangan berbicara dengannya sepeti kamu berbicara dengan
kawan sendiri, sedangkan Allah menyuruh kita di dalam ayat
ini atau ayat yang lain untuk memanggil Rasulullah dengan
panggilan yang paling baik, sebab hal itu termasuk bahagian
tatasusila. Tatasusila dalam memanggil, seperti : ‘Wahai
Rasulullah….!’. Itu menjadi suatu penghargaan baginya dan
diucapkan dengan merendahkan nada suara.
Penulis Tajut Tafasir berkata : ‘Janganlah memanggil
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam seperti kamu memanggil
kawan-kawan satu sama lain, sehingga kalian mengatakan : ‘Hai
Muhammad!’. Namun katakanlah : ‘Wahai Rasullullah!’ atau
‘Wahai Nabiyullah!’ dengan penuh sopan santun disertai suara
yang rendah dan penuh kepatuhan. Begitu pula setelah wafatnya.
Janganlah mengatakan ‘Muhammad mengatakan begini atau
begitu,’ tetapi katakanlah : ‘Rasulullah mengatakan ini’ atau
‘Nabiyullah mengatakan ini’ atau ‘Sayyidina muhammad s.a.w.
mengatakan ini’ dengan penuh bakti dan sopan santun dalam
menyebut namanya, tidak keras dan kasar.’
Nas-nas dalam hal ini banyak sekali. Keterangan tentang
ayat-ayat tersebut menunjukkan larangan di dalam nas untuk
memanggil Rasullulah Sallallahu ‘alaihi wasallam seperti
seseorang memanggil kawannya.
Hukum yang berlaku dalam memanggil namanya atau
sebutannya tidak ada perbezaan, sebab makna keduanya adalah
satu, iaitu perintah untuk menerapkan tatasusila serta menunjuk
penghargaan dan pengagungan. Selain dalam memanggil, hukum
ini juga berlaku dalam menceritakan dan menyebut namanya.
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
621
Tidak ada bezanya. Dan sebagaimana tidak dibenarkan untuk
memanggil tanpa untuk mengagungkannya, tidak dibenarkan
pula menyebut tanpa mengagungkannya.Sebab kebiasaan yang
berlaku di antara kita ketika menyebut orang terhormat di antara
kita selalu disertai dengan pengagungan, baik orangnya hadir
atau tidak. Kita tidak biasa menyebut namanya saja tanpa
adanya bunga bahasa. Begitu yang diwajibkan atas kita sebagai
memenuhi hak Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Imam Ibn Taimiyah berkata di dalam kitab Ash Syarimul
Maslul dalam membahas hadis Abu Barzah, katanya : ‘Seseorang
berlaku kasar kepada Abu Bakar As-Siddiq Radiallahu‘anhu
sehingga aku berkata : ‘Bagaimana kalau ku bunuh saja dia?’
Abu Bakar mencegahku : ‘Hal ini tidak diperkenankan setelah
Rasulullah tiada.’ Lalu dia berkata : ‘Ketahuilah bahawa boleh
membunuh orang yang memaki dan sikap kasar kepada
Rasulullah. Baginda juga boleh menyuruh membunuh seseorang
yang tidak diketahui sebab-sebab dihalalkan darahnya. Orangorang harus mentaatinya, sebab Rasulullah tidak memerintah
kecuali apa yang diperintahkan oleh Allah. Demikian juga tidak
pernah menyuruh bermaksiat terhadap Allah sama sekali.
Bahkan orang yang taat kepadanya sama dengan mentaati
Allah.’
Hadis-hadis telah menjamin dua kekhususan bagi
Rasulullah. Pertama, bahawa Baginda ditaati apabila menyuruh
membunuh seseorang. Dan kedua, bahawa Baginda boleh
membunuh orang yang memakinya dan bersikap keras
kepadanya.
Hak Rasulullah tetap berlaku meskipun Baginda telah wafat.
Maka orang-orang yang memakinya atau bersikap keras
kepadanya boleh dibunuh. Bahkan setelah Baginda wafat, hakhaknya lebih sempurna, sebab meremehkan kehormatannya
setelah wafatnya tidak diperbolehkan.
Lebih-lebih lagi nas dari Ibn Taimiyah ini diperkuatkan
dengan apa yang dilakukan oleh para sahabat nabi setelah
Baginda wafat. Bahkan ‘Umar bin Khathab melarang orang
mengeraskan suara di Masjid Nabawi dengan mengambil dasar
Kandungan
622
Hakikat Tawassul dan Wasilah
ayat Al Qur’anul Karim yang melarang mengeraskan suara di
hadapan Rasulullah.
At Taqi As Subki berkata : ‘Oleh kerana itu, ‘Umar bin
Khathab melarang mengeraskan suara di dalamnya, dan
larangan itu tidak berlaku di Masjid Makkah. Hal tersebut tidak
dilakukan kecuali untuk menghormati Rasulullah. Kewajipan
dalam mu’amalah dengannya pada saat ini sama dengan
kewajipan ketika Baginda masih berada di antara umat
manusia.’
‘Aisyah Radiallahu‘anha telah mendengar ketukan atau paku
yang dipukul di rumah-rumah yang berdekatan dengan masjid.
Maka dia berkata : ‘Janganlah kamu mengganggu Rasulullah’.
Dari sini diketahui bahawa Rasulullah layak mendapatkan
pengagungan dan penghargaan khusus, yang tidak layak bagi
orang lain.
Dari Saib bin Yazid Radiallahu‘anhu katanya : ‘Aku sedang
tidur di masjid, kemudian dikejutkan oleh seseorang. Aku
mengangkat kepalaku, ternyata ku lihat ‘Umar Radiallahu‘anhu.
Dia berkata : ‘Pergilah dan bawa kemari dua orang itu’. Maka
aku datang kepadanya bersama dengan dua orang yang
dimaksudkan. Mereka ditanyai : ‘Siapakah kamu ini? Dan dari
mana kalian berasal?’ Mereka menjawab : ‘Kami dari Thaif.’
‘Umar berkata : ‘Seandainya kamu berasal dari daerah sini,
nescaya kamu tidak akan meninggalkan tempat ini sebelum ku
ajar dengan cemeti. Beraninya kamu mengeraskaan suara di
Masjid Rasulullah!’
Dari Ibn Sirin : Bahawa Ibn Mas’ud Radiallahu‘anhu mendengar seseorang mengeraskan suaranya di masjid, lalu orang
itu dimaki-maki olehnya. Ketika dikatakan kepadanya :
‘Biasanya engkau tidak kasar seperti itu.’. Dia menjawab : ‘Kami
diperintahkan begini.’
Ini bererti sahabat-sahabat menjunjung tinggi tatasusila
ketika bermu’amalah dengan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
sebagaimana saat Baginda masih hidup di antara mereka. Maka
apa yang dilarang oleh Allah untuk dilakukan pada masa
hidupnya di dunia tetap berlaku meskipun Baginda telah kembali
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
623
ke sisi Allah. Lebih lanjut, larangan untuk menyebut namanya
saja tanpa siyadah tetap menjadi larangan, sebab itulah yang
terjadi di antara kita saat menyebut orang yang satu dan yang
lain. Bahkan sekarang ini biasa terjadi kita tidak memanggil
satu sama lain, kecuali disertai siyadah, yang berlaku di dalam
masyarakat, sebagai penghormatan dan penghargaan.
Sebaliknya, menyertakan siyadah ketika menyebut nama
Rasulullah yang mulia menjadi suatu yang diperintahkan.
Dikecualikan dalam hal ini ketika iqamah, azan, dan solat, yang
tidak memiliki dalil tentang hal tersebut. Di luar itu, perintah
untuk menyebutkannya tidak berubah. Dengan kata lain,
pengagungan, penghormatan, penghargaan, serta tatasusila
terhadap Baginda wajib berdasarkan ijma’ Muslimin. Bahawa
sesungguhnya baginyalah kita mengeluarkan harta,
mengorbankan jiwa, dan menumpahkan darah, sebab ia
merupakan syiar agama yang paling agung. Allah telah
memerintahkan di dalam ayat-ayat yang berulang-ulang dan
memberi petunjuk kepadanya dari arah yang berbeza-beza. Ayatayat tersebut juga memberikan peringatan dengan cara yang lain
dan mengacam hal itu dengan lenyapnya amal-amal dan lainnya.
Allah berfirman :
‘Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad)
sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima
keterangannya), dan sebagai pembawa berita gembira
(kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran
(kepada orang-orang yang ingkar). (Kami mengutusmu wahai
Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada
Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan ugamaNya
serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadat
kepadaNya pada waktu pagi dan petang.’
(Al-Fath : 8-9)
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
624
Allah berfirman pula :
‘Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan
memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur
(cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka
itulah orang-orang yang berjaya.’
(Al-A’raf : 157)
Juga firmanNya :
‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mendahului (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat
hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya.’
(Al-Hujurat : 1)
Allah s.w.t. berfirman pula :
‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah
kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa
bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu
menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan
setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya
amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
625
menyedarinya. Sesungguhnya orang-orang yang
merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi
Rasulullah (s.a.w), merekalah orang-orang yang telah diuji
Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh
keampunan dan pahala yang besar.’
(Al-Hujurat 2-3)
Allah s.w.t. berfirman :
‘Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah
di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu.’
(An-Nur : 63)
Allah s.w.t. berfirman pula :
‘Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar
bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan
mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib). Dan kalaulah
mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui
mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka;
dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.’
(Al-Hujurat : 4-5)
Juga firman Allah s.w.t. :
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
626
‘Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah
seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu
kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup
sempurna.’
(Al-Anfal : 24)
Allah s.w.t. berfirman :
‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mengatakan : ‘Raaina’, (ketika kamu berkata-kata dengan
Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah : ‘Unzurna’ dan
dengarkanlah.’
(Al-Baqarah : 104)
Allah s.w.t. berfirman pula :
‘Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman
ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan
apabila mereka turut bersama-sama dengan Rasulullah
dalam sesuatu perkara yang memerlukan perhimpunan
ramai, tidaklah mereka meninggalkan majlis perhimpunan
itu sebelum mereka meminta izin kepadanya. Sesungguhnya
orang-orang yang meminta izin kepadamu (wahai
Muhammad) itulah orang-orang yang beriman kepada Allah
dan RasulNya.’
(An-Nur : 62)
Allah s.w.t. berfirman :
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
627
‘Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orangorang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteriisterinya adalah menjadi ibu mereka.’
(Al-Ahzab : 36)
Allah s.w.t. berfirman pula :
‘Dan tidaklah patut bagi lelaki-lelaki yang Mukmin dan tidak
(pula) bagi perempuan yang Mukmin, apabila Allah dan
RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi
mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan
barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka
sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.’
(Al Ahzab : 36)
Allah s.w.t. berfirman :
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk
ke rumah Nabi kecuali kamu dijemput untuk menghadiri
jamuan.’
(Al-Ahzab : 53)
Allah s.w.t. berfirman :
Kandungan
628
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah
dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah
ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut
itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.’
(Al-Ahzab : 53)
Al Bukhari, Abu Daud, Ibn Majah, dan lain-lain
mengeluarkan hadis dari Abu Sa’id bin Ma’la katanya : ‘Aku
sedang solat di masjid ketika dipanggil oleh Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam, maka aku tidak menjawabnya
hingga menyelesaikan (solatku). Kemudian aku berkata : ‘Wahai
Rasulullah, aku tadi sedang solat’. Baginda menjawab: ‘Tidakkah
Allah telah berfirman :
‘Sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya.’
(Al-Anfal : 24)
Maka Allah mewajibkan orang-orang yang sedang solat
untuk menjawab apabila dipanggil olehnya, meskipun di tengahtengah solat. Itu merupakan bahagian dari tatasusila
terhadapnya dan penjagaan atas kedudukannya. Demikian juga
tidak batal solat seseorang apabila bercakap-cakap dengan
Rasulullah.
Diharamkan atas umat ini menikahi isteri-isteri Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam setelah Baginda wafat untuk
menjunjung tatasusila terhadapnya. Demikianlah seterusnya
hingga kepada hal-hal lain yang membuat pembicaraan kita
menjadi panjang. Ada sekumpulan dalil tentang kewajipan kita
bertatasusila terhadap Rasulullah, mengagungkannya, serta
menghargainya dalam perkataan dan perbuatan.
Tidak diragukan oleh orang-orang yang berakal bahawa lafaz
siyadah ketika menyebut nama Rasulullah juga termasuk
tatasusila penghargaan, dan pengagungan yang diperintahkan
serta diwajibkan oleh Allah terhadap hamba-hambaNya. Ia
memberi petunjuk tentang hal ini di dalam ayat-ayatNya yang
mulia. Apalagi dewasa ini, di mana lafaz siyadah menurut
pemahaman masyarakat lazimnya merupakan tanda
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
629
pengagungan dan penghargaan di antara mereka. Tidak ada yang
menyebut hal itu sebagai tanda penghinaan dan merendahkan.
Maka menjadi keharusan untuk menggunakan lafaz siyadah
tatkala menyebut nama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
dalam setiap kesempatan, adapun azan, iqamah, dan solat
merupakan pengecualian. Sedangkan penggunaan tatasusila
terhadapnya mengikuti dalil secara umum.
Tampaklah keagungan Allah. Dia adalah Sayyidnya,
Penciptanya, Maulanya, dan Pengutusnya; sementara Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah hambaNya dan utusanNya.
Di samping itu kerana ketinggian kedudukan Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam di sisiNya. Maka Allah menggunakan tatasusila
dalam berbicara dengannya. Kekhususan ini hanya bagi
Rasulullah, sedangkan para Nabi dan Rasul lainnya tidak
demikian. Oleh kerana itu, di dalam Al Qur’anul Karim Allah
tidak memanggilnya dengan namanya, melainkan hanya
dipanggil dengan panggilannya yang agung dan sebutannya yang
tinggi, iaitu dengan : ‘Wahai Nabi…! Wahai Rasul….!’
Tentang dalil-dalil nubuwwah, Abu Nu’aim berkata : ‘Di
antara keutamaan-keutamaan Rasulullah adalah adanya berita
dari Allah tentang penghargaan kedudukan NabiNya,
penghormatannya, serta pengagungannya. Itulah yang
dikatakanNya di dalam KitabNya. Tidak pernah Baginda
dipanggil kecuali dengan panggilan nubuwah (Wahai Nabi!) dan
risalah (Wahai Rasul!). Ini tidak lain adalah bentuk pujian.
Sedangkan tatkala berbicara dengan Nabi yang lain dan kaum
mereka, Allah hanya menyebut nama-nama mereka tanpa disertai
jolokannya Demikianlah perbezaannya dengan Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam.’
Kalau dalam keadaan sendiri, Allah tidak menyebut kecuali
dengan nama mereka. Sedangkan jolokan menandakan
terhormatnya dan agungnya orang yang diajak bicara. Dengan
kata lain, hanya orang-orang yang berada di puncak keagunganlah
yang dipanggil dengan jolokannya.
Apabila seseorang menjadi raja, maka dia dipanggil : ‘Wahai
Paduka Raja’. Kalau seseorang menjadi amir, maka dia dipanggil:
‘Wahai Amir’. Kalau seseorang menjadi presiden, maka dia
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
630
dipanggil : ‘Wahai Tuan Presiden’. Kalau seorang ahli dalam
agama, maka dia dipanggil : ‘Ayyuhal ‘Alim, Ayyuhal Faqih’.
Maka Allah telah meninggikan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
dan mendudukkannya pada kedudukan yang tertinggi ketika
berfirman kepadanya :
‘Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi
(terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada
orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada
orang-orang yang ingkar).’
(Al-Ahzab : 45)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga
pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.’
(Al-Anfal : 64)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung
dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan
diri dalam kekufuran.’
( Al-Maidah : 41)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.’
(Al-Maidah : 67)
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
631
Masih banyak lagi ayat yang lain yang serupa dengan ini.
Dalam pada itu, Allah memanggil Adam dan para Nabi
sesudahnya, hanya dengan nama-nama mereka, begitu juga
kalau memberitakan tentang mereka.
FirmanNya :
‘Dan kami berfirman : ‘Wahai Adam! Tinggallah engkau dan
isterimu dalam syurga.’
(Al-Baqarah 35)
FirmanNya lagi :
Dan dengan itu, derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu
tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).’
(Taha : 121)
Dalam memberitahu Nabi-NabiNya, Allah berfirman :
‘Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu).’
( Hud : 48)
FirmanNya lagi :
‘Dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya.’
(Hud : 42)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini.’
(Hud : 76)
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
632
FirmanNya lagi :
‘Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi
Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah
(Kaabah) itu.’
(Al-Baqarah : 127)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat
manusia (yang ada pada zamanmu).’
(Al-A’raf : 144)
FirmanNya lagi :
‘Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati.’
(Al-Qasas : 15)
FirmanNya lagi :
‘(Ingatlah) ketika Allah berfirman : ‘Wahai Isa ibni Maryam!
Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu.’
(Al-Maidah : 110)
FirmanNya lagi :
‘Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam
berkata : ‘Wahai Bani Israil...’
(As-Saf : 6)
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
633
Demikian pula Nabi lainnya :
‘Mereka berkata : “Wahai Hud! Engkau tidak membawa
kepada kami sebarang keterangan yang membuktikan
kebenaranmu.’
(Hud : 53)
FirmanNya lagi :
‘Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan
kepada kami.’
(Al-A’raf : 77)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu
khalifah di bumi.’
(Sad : 26)
FirmanNya lagi :
‘Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman
(dengan satu kejadian).’
(Sad : 34)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar
yang mengembirakanmu.’
(Maryam : 7)
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
634
FirmanNya lagi :
‘Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah).’
(Maryam : 12)
Mereka semua itu disebut nama-namanya. Adapun di semua
tempat, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam disebut dengan
namanya ditambah dengan risalahnya, seperti :
‘Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang
sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul.’
(Ali Imran : 144)
FirmanNya lagi :
‘Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah.’
(Al-Fath : 29)
FirmanNya lagi :
‘Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar
bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul
Allah.’
(Al-Ahzab : 40)
FirmanNya lagi :
‘...beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad (s.a.w) - yang itulah kebenaran dari Tuhan
mereka...’
(Muhammad : 2)
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
635
Dalam ayat-ayat itu namanya disebutkan agar dapat
diketahui oleh sesiapa yang membencinya kerana Kitab yang
dibawanya, padahal Baginda benar-benar berada dalam
kebenaran. Manusia tidak akan mengetahui hal tersebut kecuali
melalui Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. Seandainya
namanya tidak disebutkan, maka manusia tidak akan
mengetahui namanya dari Al-Kitab. Itu semua merupakan
tambahan bagi keagungan, kecerdasan, sebab namanya adalah
pecahan dari nama Allah.
Kemudian Allah menyatukan nama KhalilNya dan NabiNya.
Maka Dia menyebutkan KhalilNya dengan namanya, dan
memberi jolokan kekasihNya dengan nubuwah. Seperti dalam
firman :
‘Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi
Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang
yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini.’
(Ali Imran : 68)
Baginda diberi jolokan sebagai penghargaan kepada Baginda,
dan ditinggikan kerana keutamaan, kedudukan serta
kecerdasannya di sisiNya, lalu didahulukan dalam menyebut
pengutusan yang diutamakan ke atasnya. Allah Subhanahu wa
Ta‘ala berfirman :
‘Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu
(wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan
wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-Nabi yang diutus
kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
636
wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi
Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-Nabi keturunannya, dan
Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun,
dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan
kepada Nabi Daud : Kitab Zabur.’
(An-Nisa’ : 163)
FirmanNya lagi :
‘Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi
(umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari
engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh.’
(Al-Ahzab : 7)
Inilah yang diceritakan oleh Abu Muhammad ’Abdullah bin
Ibrahim dengan sanad dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu,
katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menerangkan
firman Allah : ‘Dan (ingatlah) ketika kami mengambil perjanjian
dari Nabi-Nabi...’ : ‘Aku adalah Nabi yang pertama diciptakan
dan yang terakhir diutus.’
Imam Ibn Taimiyah berkata didalam Ash Sharimul Maslul
dalam perbahasaan tentang hak-hak, tatasusila, dan
penghargaan yang diwajibkan oleh Allah bagi Nabi-Nabinya. Di
samping itu, dalam berbicara dengan Nabi, ada tatasusila yang
khusus, yang layak dengan kedudukannya. Allah berfirman :
‘Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah
di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu.’
(An-Nur : 63)
Dia melarang untuk memanggil : ‘Hai Muhammad…, Hai
Ahmad.., Hai Aba Qasim…!’ tetapi hendaklah memanggil
dengan : ‘Wahai Rasulullah..., Wahai Nabiyallah...’. Bagaimana
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
637
manusia tidak memanggil dengan cara demikian, sedangkan
Allah meninggalkannya sedemikian rupa sehingga memanggilnya dengan panggilan yang tidak dipakaiNya kepada
Nabi-Nabi lainnya. Dia tidak memanggilnya dengan namanya
sama sekali di dalam Al Qur’anul Karim, tetapi berfirman :
‘Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu : ‘Sekiranya
kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan
perhiasannya (yang indah).’
(Al-Ahzab : 28)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak
perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman.’
(Al-Ahzab : 59)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu
isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya.’
(Al-Ahzab : 50)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah.’
(Al-Ahzab : 1)
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
638
FirmanNya lagi :
‘Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi
(terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada
orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada
orang-orang yang ingkar).’
(Al-Ahzab : 45)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Nabi! Apabila kamu - hendak menceraikan isteri-isteri
(kamu)...’
(At-Talaq : 1)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan
bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang
dihalalkan oleh Allah bagimu.’
(At-Tahrim : 1)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah
diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.’
(Al-Maidah : 67)
FirmanNya lagi :
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
639
‘Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang
(Tahajjud) pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang
tak dapat tidak untuk berehat)...’
(Al-Muzammil : 1-2)
FirmanNya lagi :
‘Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah
peringatan dan amaran (kepada umat manusia).’
(Al-Mudatthir: 1-2)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu.’
(Al-Anfal : 64)
Sedangkan kepada Nabi-Nabi yang lain, Allah Subhanahu
wa Ta‘ala sekadar memanggil :
‘Dan kami berfirman : ‘Wahai Adam! Tinggalah engkau dan
isterimu dalam syurga.’
(Al-Baqarah : 35)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua
kepada mereka.’
(Al-Baqarah : 33)
FirmanNya lagi :
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
640
‘Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari
keluargamu yang dijanjikan akan diselamatkan.’
(Hud: 46)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini.’
(Hud : 76)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat
manusia (yang ada pada zamanmu).’
(Al-A’raf : 144)
FirmanNya lagi :
‘Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu
khalifah di bumi.’
(Sad : 26)
FirmanNya lagi :
‘(Ingatlah) ketika Allah berfirman : ‘Wahai Isa ibni Maryam!
Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu.’
(Al-Maidah : 110)
Kalau Tuhan kita dan Tuhannya, Pencipta kita dan
Penciptanya, menggunakan sebutan tersebut sebagai
penghargaan, penghormatan, pelayanan, dan kemuliaan dalam
berbicara dan menyebut namanya yang suci, bagaimana mungkin
Kandungan
Sebutan Sayyid Bagi Rasulullah...
641
kita diperbolehkan untuk menyimpang dari jalan itu dalam
berbicara dan menyebut namanya yang suci, serta melepaskan
lafaz siyadah yang pada zaman ini tidak pernah kita lepaskan
dari nama-nama orang yang kita agungkan dan kita hormati,
dan tidak kita sebutkan kecuali berdampingan dengan panggilan
yang layak dengan maqamnya?
Bertatasusila terhadapnya lebih utama bagi kita sebab
Baginda adalah Sayyid kita dan Sayyid bagi seluruh alam.
Baginda juga lebih utama dalam agama, akal, adat, dan ilmu
daripada ilmu semua ulama, wali, dan orang soleh yang kita
hargai dan kita hormati dengan menyebutnya sayyidina di sisi
namanya. Apabila panggilan ini tercatat di sisi namanya yang
suci, tidak ada alasan untuk mengecualikan waktu-waktu atau
ruang-ruang tertentu. Dengan demikian azan, iqamah, solat
dihukumi sama.
Maka tidak ada perbezaan tentang nas-nas terdahulu yang
menunjukkan kesukaan menggunakan lafaz sayyid bagi
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Di antaranya adalah yang
telah berpadu dengan namanya di dalam tasyahhud, di dalam
solat, dan selawat atasnya di dalam mahupun di luar solat.
Contoh lain adalah yang digunakan di dalam azan, iqamah
dan lain-lain, sebagaimana dijelaskan oleh Jama’ah dan
dibenarkan oleh yang lain. Hal ini berlaku di sebahagian Negara
Islam.
Selanjutnya diterima dari ‘Abdullah bin Jabir dari Atha’ dari
Ummu Karaz bahawa dia berkata : ‘Aku mendengar Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Aku adalah Sayyidul Mu’minin ketika diutus, memimpin
mereka ketika pulang, memberi berita ketika kosong,
Kandungan
642
Hakikat Tawassul dan Wasilah
mengimami mereka ketika bersujud, dan paling dekat dengan
Allah ketika mereka berkumpul. Akulah yang berdiri lalu
berbicara dan aku dibenarkan, kemudian aku memintakan
syafaat lalu aku diberi syafaat, dan aku memohon lalu
permohonanku dikabulkan.’
Kandungan
643
FASAL 2
DISYARIATKAN SELAWAT DAN
SALAM UNTUK RASULULLAH
SALLALLAHU ‘ALAIHI
WASALLAM
Allah berfirman :
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi
segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.’
(Al-Ahzab : 56)
Sayyidina Rasulullah s.a.w. adalah manusia, tetapi tidak
seperti manusia lainnya, dan Rasul, tetapi tidak seperti Rasul
lainnya. Maka beliau Rasulullah s.a.w. adalah manusia.
FirmanNya lagi :
‘Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Sesungguhnya aku
hanyalah seorang manusia seperti kamu.’
(Al-Kahfi: 110)
Tetapi tidak seperti manusia selayaknya sebab :
643
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
644
‘Diwahyukan kepadaku.’
(Al-Kahfi: 110)
Pada hal manusia-manusia lain tidak menerima wahyu.
Baginda adalah Rasul Allah, tetapi tidak seperti seluruh
Rasul yang lain, sebab Baginda sendiri pernah bersabda :
‘Aku dikurniakan lima hal yang tidak diberikan kepada para
nabi lain sebelumku…’
Jadi Baginda adalah manusia tetapi tidak seperti manusia
biasa, Rasul tetapi tidak seperti Rasul-Rasul lainnya, sebab
Baginda adalah pilihan Allah, sedangkan pilihanNya tidak dapat
dicapai hakikatnya kecuali oleh orang yang dipilih.
‘Sulit manusia memahami makna yang tidak kelihatan
dekat mahupun jauh, di dalamnya tiada berbelok,
Laksana mentari terlihat mata dari kejauhan ,
Kecil, memayahkan mata umat,
Bagaimana boleh mengetahui hakikat dunia,
Bila insan yang tidur terbuai mimpi,
Maka tercapailah ilmu di dalamnya,
Bahawa dia adalah insan dan makhluk Allah yang terbaik
diantara semua.’
Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah pilihan
dari Yang Maha Bijaksana, dan kebijaksanaan dari Yang Maha
Tahu lagi Maha Mengerti.
Urusan hakikat Rasulullah memang menakjubkan akal,
menawan hati dan menghairankan mata.
Siapa kiranya yang boleh menjadi perantara atau hakim
atasnya sedangkan Baginda adalah pilihan Allah dan diutamakan
oleh Allah?
Sebagai satu-satunya orang pilihan, iaitu sebagai Rasul dan
pengembang risalahNya, maka hanya Baginda sendirilah yang
mengetahui hakikat pemilihan dirinya, sebagai rahmat bagi alam
semesta dan kasih sayang bagi orang-orang yang beriman.
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
645
Kekuasaan Allah menghendakinya, dan hikmah Allah
menetapkannya untuk berbicara secara langsung serta
menerapkan hukum-hukum syariatNya. Allah berfirman :
‘Wahai sekelian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu
yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang
terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orangorang yang) bertaqwa.’
(Al-Baqarah : 21)
‘Wahai sekelian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu
yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu
(Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa).’
(An-Nisa’ : 1)
‘Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang
salah (tipu, judi dan sebagainya).’
(An-Nisa’ 29)
‘Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi
orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi
Kandungan
646
Hakikat Tawassul dan Wasilah
menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah,
sekalipun terhadap diri kamu sendiri.’
(An-Nisa’ : 135)
‘Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta
sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi
kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan
sebagainya).’
(Al-Maidah : 1)
‘Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu!
Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang
amat besar.’
(Al-Haj : 1)
‘Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah
(mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan
kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amalamal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di
akhirat).’
(Al-Haj : 77)
Selain ini, masih banyak ayat Al Qur’anul Karim yang berisi
panggilan, sekaligus pembicaraan, dari Allah kepada umat
manusia tanpa memerintahkan untuk menggunakan pembukaan
tersebut.
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
647
Antara hikmahNya, apabila Allah bermaksud memerintahkan
manusia untuk mengucapkan selawat dan salam untuk RasulNya,
maka pada awal perkataanNya, Dia sendiri mengucapkan selawat
untuk RasulNya, demikian juga para malaikatNya. Setelah ucapan
selawatNya dan selawat malaikat-malaikatNya untuk Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam, barulah Dia memerintahkan agar
umatNya melakukan hal serupa. Allah berfirman : ‘Sesungguhnya
Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam. Hai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya.’
Setelah Allah sendiri mengucapkan selawat untuk rasulnya
demikian pula malaikat-malaikatnya yang terhormat, lalu Dia
memerintahkan kepada umatNya untuk melakukan hal itu,
masihkah hendak diragukan disyariatkan selawat dan salam
untuk insan yang dipilih Allah sebagai rahmat bagi makhlukNya
dan sebagai pengembang risalahNya ini?
Terutamanya, selawat dan salam untuk Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam telah ditetapkan oleh syariat di dalam
Kitab yang mulia dan Sunnah yang suci.
Dari Al Kitab diperoleh dalil firman :
‘Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat
(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.’
(Al-Ahzab : 56)
Sedangkan dari Sunnah terdapat hadis-hadis sahih tentang
disyariatkanNya selawat dan salam atas Rasulullah dalam
gambaran yang tak terbilang, antara lain :
Dari Abdullah bin Amru bin Ash Radiallahu‘anhu, bahawa
dia mendengar Rasulullah bersabda :
Kandungan
648
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Barangsiapa berselawat untuk ku sekali maka Allah akan
membalas baginya sepuluh kali.’ (Hadis riwayat Imam
Muslim dalam Sahihnya)
Dari Ibn Masud Radiallahu‘anhu katanya :
‘Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Orang yang paling
dekat denganku pada hari kiamat adalah yang paling banyak
selawatnya kepadaku.’ (Hadis riwayat At Tirmizi. Hadis
hasan)
Dari Aus bin Aus Radiallahu‘anhu katanya : Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Bahawa sebaik-baik hari
kamu adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah berselawat
untukku pada hari itu, sebab selawat kamu diperlihatkan
kepadaku.’Lalu mereka bertanya : ‘Wahai Rasulullah, bagaimana
selawat kami diperlihatkan kepada anda apabila anda sudah
hancur – dikatakan : sudah binasa - ?’ Lalu Baginda menjawab:
‘Allah mengharamkan tanah memakan jasad para Nabi.’ (Hadis
riwayat Abu Daud, hadis sahih)
Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu katanya : Rasulullah
s.a.w. bersabda : ‘Sungguh rugi seseorang yang aku disebut
dihadapannya tetapi dia tidak berselawat untukku.’ (Hadis
riwayat At Tirmizi, hadis hasan)
Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu katanya :
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
649
Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Setiap orang yang mengucapkan
salam kepada ku, Allah akan menjawabnya dengan
mengembalikan rohku untuk menjawab salamnya.’ (Hadis
riwayat Abu Daud, hadis hasan)
Dari Ali bin Abi Thalib Radiallahu‘anhu katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Orang yang bakhil adalah orang
yang apabila namaku disebut, dia tidak berselawat kepadaku.’
( Hadis riwayat At Tirmizi, hadis hasan dan hadis sahih)
Dari Fudhalah bin ‘Ubaid Radiallahu‘anhu , katanya:
‘Rasulullah mendengar seseorang berdoa di dalam solatnya tanpa
mengagungkan Allah dan berselawat untuk Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam. Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda : ‘Ini adalah tindakan terburu-buru.’ Kemudian Baginda
memanggilnya lalu bersabda kepadanya - atau kepada lainnya ‘Apabila seorang dari kamu berselawat, maka awalilah dengan
mengagungkan Allah Tuhannya dan memujiNya, baru kemudian
berselawat untuk RasulullahNya, lalu berdoa sesukanya.’ (Hadis
riwayat Imam Ahmad, An-Nasa’i, Abu Daud, At Tirmizi,
dikatakan sebagai hadis sahih)
Dari Abu Muhammad Ka’ab bin ‘Ajrah Radiallahu‘anhu ,
katanya : ‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam keluar
menemui kami, kemudian kami bertanya : ‘Wahai Rasulullah,
kami sudah tahu cara mengucapkan salam untuk anda, lalu
bagaimana cara mengucapkan selawat untuk anda?’ Baginda
menjawab : ‘Katakanlah : ‘Allahumma salli ‘ala Muhammad,
wa ’ala ali Muhammad, kama sallaita ‘ala ali Ibrahim,
innaka hamidun majid.’ (Ya Allah, limpahkanlah selawat
kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad,
sebagaimana Engkau melimpahkan selawat kepada keluarga
Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Terpuji lagi
Maha Agung).’ (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Ibn Mas’ud al Badri Radiallahu‘anhu, katanya:
‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam datang kepada kami
sementara kami duduk di majlis Sa’ad bin ‘Ubadah
Kandungan
650
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Radiallahu‘anhu, kemudian Basir bin Sa’ad berkata : ‘Allah
menyuruh kami berselawat untuk anda, wahai Rasululah,
bagaimana cara berselawat itu?’ Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam terdiam hingga kami merasa menyesal, apalah kiranya
kalau hal itu tidak ditanyakan kepadanya. Lalu Baginda
bersabda : ‘Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali
Muhammad, kama sallaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala ali
Ibrahim, wa baarik ‘ala Muhammad wa ‘ala ali
Muhammad kamaa baarakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala ali
Ibrahim, innaka hamidun majid.’ (Ya Allah, limpahkanlah
selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau melimpahkan selawat kepada Ibrahim dan
keluarga Ibrahim. Dan limpahkan berkat kepada Muhammad
dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau
melimpahkan berkat kepada Ibrahim dan kepada keluarga
Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Terpuji lagi
Maha Agung) dan salam sebagaimana kalian ketahui.’ (Hadis
riwayat Imam Muslim, Ahmad, An-Nasa’i, dan At Tirmizi, dan
dianggap sahih)
Dari Abu Hamid As Sa’idi Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Mereka
bertanya : ‘Wahai Rasulullah, bagaimana cara berselawat untuk
anda?’ Baginda menjawab : ‘Katakanlah : ‘Allahumma salli
‘ala Muhammad, wa’ala azwajihi, wa zurriyatihi, kama
salaita ‘ala Ibrahim, wa barik ‘ala Muhammad, wa ‘ala
azwaajihi wa zurriyaatihi, kamaa barakta ‘ala Ibrahim,
innaka hamidun majid.’ (Ya Allah, limpahkanlah selawat
kepada Muhammad, kepada isteri-isterinya, dan kepada anak
cucunya, sebagaimana Engkau melimpahkan selawat kepada
Ibrahim. Dan limpahkanlah berkat kepada Muhammad, kepada
isteri-isterinya, dan kepada anak cucunya, sebagaimana Engkau
melimpahkan berkat kepada Ibrahim. Sesungguhnya Engkau
adalah Zat Yang Terpuji lagi Maha Agung).’ (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Sahal bin Sa’ad Radiallahu‘anhu , katanya : ‘Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam keluar ketika aku sedang bersama
Abu Thalhah. Maka dia bangkit untuk menyambut Baginda
seraya berkata : ‘Demi ayah bondaku, wahai Rasulullah, aku
melihat kegembiraan di wajah anda.’ Baginda menjawab : ‘Benar.
Jibril telah datang kepadaku tadi dan berkata : ‘Wahai
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
651
Muhammad, barangsiapa berselawat untukmu sekali - atau
dikatakan : satu kali -, Allah akan mencatat baginya sepuluh
kebaikan, menghapuskan darinya sepuluh keburukan, dan
meninggikannya sepuluh darjat.’ Berkatalah Ibn Hubaib : ‘Aku
tidak tahu kecuali perkataan : ‘Para malaikat berselawat untuk
Nabi sepuluh kali.’
Dari ‘Abdullah bin Mas’ud Radiallahu‘anhu, katanya :
‘Apabila kamu berselawat untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam, maka perindahlah selawat itu, kerana kamu tidak
tahu barangkali selawat itu diperlihatkan kepada Baginda.’
Mereka berkata : ‘Kalau begitu, ajarkanlah kepada kami.’ Dia
menjawab : ‘Katakanlah : ‘Allahummaj’al salawatika wa
rahmatika wa barakatika ‘ala sayyidil mursalin, wa
imamil muttaqin, wa khatamin nabiyyin, Muhammadin
‘abdika wa rasulika, imamil khaira wa qa-idil khaira, wa
rasulur rahmah. Allahummab’ath-hu maqaman
mahmuda yaghbithuhu awwaluna wal akhirun.
Allahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad,
kama salaita ‘ala Ibrahim, wa ‘ala ali Ibrahim, innaka
hamidun majid, wa barik ‘ala Muhammad kama barakta
‘ala Ibrahim, wa ‘ala ali Ibrahim, innaka hamidun majid.’
(Ya Allah, jadikanlah selawat, rahmat, serta berkatMu bagi
pemuka para rasul, pemimpin orang-orang yang bertakwa, dan
nabi yang terakhir, Muhammad yang merupakan hambaMu dan
RasulMu, pemimpin kebaikan, penuntun kebaikan, dan Rasul
yang menjadi rahmat. Ya Allah, bangkitkanlah dia dalam
kedudukan yang terpuji yang diinginkan oleh orang-orang yang
terdahulu dan yang tekemudian. Ya Allah, limpahkanlah selawat
kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad,
sebagaimana Engkau melimpahkan selawat keapda Ibrahim dan
kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Zat
Yang Terpuji lagi Maha Agung. Dan limpahkanlah berkat kepada
Muhammad sebagaimana Engkau melimpahkan berkat kepada
Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau
adalah Zat Yang Terpuji lagi Maha Agung).’ (Hadis riwayat Ibn
Majah di dalam Sunannya)
Dari Abu Thalhah Al Ansari Radiallahu‘anhu , katanya: ‘Pada
suatu hari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sedang
Kandungan
652
Hakikat Tawassul dan Wasilah
bergembira, nampak dari wajahnya yang berseri-seri. Para
sahabat berkata : ‘Wahai Rasulullah, anda kelihatan gembira
hari ini dan terpancar hal itu di wajah anda.’ Baginda menjawab:
‘Benar. Telah turun kurnia dari Tuhanku ‘Azza wa Jalla dan
Dia berfirman : ‘Barangsiapa di antara umatmu berselawat
untukmu satu kali, maka Allah akan membalas baginya sepuluh
kebaikan, menghapus darinya sepuluh keburukan, serta
meninggikannya sepuluh darjat. Dia menyediakan baginya hal
seperti itu.’ (Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya)
Dari ‘Abdullah bin Abi Thalhah, dari ayahnya, dari
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam : ‘Bahawa Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu hari datang dengan
gembira, terlihat di wajahnya hal tersebut. Lalu para sahabat
berkata : ‘Wahai Rasulullah, kami melihat kegembiraan di wajah
anda.’ Baginda menjawab : ‘Sesungguhnya telah datang
kepadaku malaikat yang berkata : ‘Wahai Muhammad, tidakkah
engkau rela bila Allah ‘Azza wa Jalla berfirman : ‘Sesungguhnya
tidak ada yang berselawat untukmu seorang dari umatmu
melainkan Aku akan berselawat untuknya sepuluh, dan tidak
ada yang memberi salam kepadamu seorang dari umatmu kecuali
Aku memberinya salam kepadanya sepuluh?’ ‘Aku menjawab :
‘Tentu saja.’ (Hadis riwayat An-Nasa’i dan Ibn Hibban di dalam
Sahihnya dan disahihkan dari hadis humad)
Dari Anas bin Malik Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Barangsiapa aku disebut
dihadapannya, hendaknya berselawat untukku, sebab
barangsiapa berselawat untukku satu kali, Allah akan berselawat
untuknya sepuluh kali.’ (Hadis riwayat An-Nasa’i dan Abu Daud)
Dari Anas bin Malik Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Berselawatlah untukku,
sebab selawat untukku merupakan kafarah bagi kamu. Dan
barangsiapa berselawat untukku, Allah akan berselawat
untuknya.’
Dari Ath Thufail bin Ubai, dari Ubai bin Ka’ab
Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Bahawa Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam apabila telah melewati seperempat malam akan
bangun dan berkata : ‘Wahai manusia, berzikirlah kepada
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
653
Allah, berzikirlah kepada Allah. Telah tiba yang menggetarkan
diikuti oleh berikutnya, telah tiba maut dengan segala
perhitungannya.’ - Maka Ubai bin Ka’ab berkata – Dikatakan :
‘Wahai Rasulullah, aku banyak membaca selawat untuk anda,
maka berapa bahagian yang harus ku gunakan untuk berselawat
untuk anda?’ Baginda menjawab : ‘Terserah kepada engkau.’ Ubai
berkata : ‘Seperempat?’ Jawab Baginda : ‘Terserah kepada
engkau, bila engkau menambah, maka akan lebih baik bagimu.’
Ubai berkata lagi : ‘Separuh?’ Baginda menjawab : ‘Terserah
kepada engkau, apabila engkau tambah akan lebih baik bagimu.’
Ubai berkata : ‘Dua pertiga.’ Baginda menjawab : ‘Terserah
engkau, apabila engkau tambah akan lebih baik bagimu.’ Ubai
berkata : ‘Kalau begitu, maka seluruh waktuku akan ku gunakan
untuk berselawat untuk anda.’ Baginda menjawab : ‘Jika engkau
berbuat demikian, maka akan dilenyapkan semua kerisauan
hatimu dan akan diampunkan semua dosamu.’ (Hadis riwayat
At Tirmizi)
Abul ‘Abbas bertanya kepada Ibn Taimiyah tentang tafsir
hadis ini. Lalu dijawab : ‘Sesungguhnya Ubai bin Ka’ab biasa
membaca doa khusus bagi dirinya sendiri. Kemudian dia
bertanya kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam : ‘Apakah
sebaiknya seperempat dari waktunya digunakan untuk membaca
selawat untuk Baginda.’ Baginda menjawab : ‘Apabila engkau
tambah akan lebih baik bagimu.’ Dia berkata : ‘Separuh?’ Baginda
juga menjawab : ‘Apabila engkau tambah akan lebih baik
bagimu.’ Kecuali ketika dia berkata : ‘Aku akan menjadikan
semua selawatku untuk anda’ atau ‘Aku akan menjadikan seluruh
doaku sebagai selawat untuk anda.’ Maka Baginda berkata :
‘Kalau begitu, akan dilenyapkan kesempitanmu dan akan
diampunkan dosa-dosamu, sebab barangsiapa berselawat untuk
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, Allah akan berselawat
untuknya sepuluh.’ Dan barangsiapa berselawat untuknya,
nescaya akan diampunkan dari dosa-dosanya. Demikianlah
makna dari hadis ini.
Dari Aus bin Aus Radiallahu‘anhu , katanya : Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Sebaik-baik hari-hari
kamu yang utama adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam
‘alahissalam diciptakan dan diwafatkan, pada hari itu ditiup
Kandungan
654
Hakikat Tawassul dan Wasilah
sangkakala, dan pada hari itu terjadi hal yang menggemparkan
(kiamat). Maka perbanyakkanlah berselawat untukku pada hari
itu, sebab selawat kamu diperlihatkan kepadaku.’ Mereka
bertanya : ‘Wahai Rasullullah, bagaimana selawat kami
diperlihatkan kepda anda, sedangkan anda sudah hancur - yakni
sudah binasa - ? Baginda menjawab : ‘Sesungguhnya Allah ‘Azza
wa Jalla mengharamkan tanah memakan jasad para Nabi.’
Dari Abu Darda’ Radiallahu‘anhu , katanya : Rasullullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Perbanyakkanlah
berselawat untukku pada hari Jumaat, sebab sesungguhnya hari
itu adalah hari kesaksian yang disaksikan oleh malaikat. Tidak
ada orang yang berselawat untukku kecuali selawatnya
diperlihatkan kepadaku sampai selesai.’ Maka aku bertanya :
‘Juga setelah anda wafat?’ Baginda menjawab : ‘Sesungguhnya
Allah mengharamkan tanah memakan jasad para Nabi, …. Maka
Nabiyullah hidup dan mendapatkan rezeki.’
Dari Abu Umamah Radiallahu‘anhu , katanya : Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Perbanyakkanlah
berselawat untuk ku pada hari Jumaat, sebab selawat umatku
diperlihatkan kepadaku setiap hari Jumaat. Maka barangsiapa
paling banyak selawatnya untukku, dialah yang paling dekat
kedudukannya denganku.’
Dari Anas Radiallahu‘anhu , katanya : Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam bersabda : ‘Perbanyakkanlah berselawat untukku
pada hari Jumaat. Sesungguhnya telah datang kepadaku Jibril
‘alaihissalam tadi dari Tuhannya ‘Azza wa Jalla dan berfirman:
‘Tidak ada di atas bumi ini seorang Muslim yang berselawat
untukmu satu kali, melainkan aku dan malaikatKu berselawat
untuknya sepuluh kali.’
Dari ‘Abdullah bin Al Hasan, dari ibunya, dari Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam: ‘Baginda bersabda kepada Fathimah, puterinya,
Radiallahu‘anha : ‘Apabila masuk ke dalam masjid, aku
mengucapkan : ‘Bismillahi wal hamdu lillah. Allahumma
salli ‘ala Muhammad wa sallam. Allahummaghfirli wa
sahl-li abwabar rahmatika.’ (Dengan nama Allah, dan segala
puji bagi Allah. Ya Allah. Limpahkanlah selawat dan keselamatan
untuk Muhammad. Ya Allah, ampunilah aku dan mudahkanlah
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
655
bagiku pintu-pintu rahmatMu). Dan apabila keluar dari masjid,
maka aku megucapkan seperti itu, kecuali perkataan: ‘...wa sahli
abwabar rizqika.’ (..dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu
rezekiMu).’
Dikeluarkan dari Ibn Syaibah didalam Mushannafnya dan
At Tirmizi dan Ibn Majah dari hadis Fathimah, dia berkata :
‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam apabila masuk ke masjid
mengucapkan : ‘Bismillahi washshalatu was salamu ‘ala
Rasulillah. Allahummaghfirli zunubi waftah lii abwabar
rahmatika.’ (Dengan nama Allah. Selawat dan salam untuk
Rasulullah. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah
bagiku pintu-pintu rahmatMu).’ Dan apabila keluar berkata :
‘Bismillahi wash salatu was salamu ‘ala Rasulillah.
Allahummaghfirli zunubi waftahli abwaba fadhlika.’
(Dengan nama Allah. Selawat dan salam untuk Rasulullah. Ya
Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintupintu keutamaanMu).’
Dari Al Barra’ bin ‘Azib Radiallahu‘anhu, dari Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam: Baginda bersabda : ‘Barangsiapa berselawat
untukku, akan dituliskan baginya sepuluh kebajikan, dihapuskan
darinya sepuluh keburukan, dan ditinggikan untuknya sepuluh
darjat, yang setara dengan memerdekakan sepuluh orang hamba.’
Dari ‘Abdullah bin Abi Aufa, katanya : Rasulullah s.a.w.
bersabda : ‘Barangsiapa ada hajat kepada Allah atau kepada
seorang dari Bani Adam, hendaknya dia berwudhu dan
memperindah wudhunya, lalu solat dua rakaat, selanjutnya
memuji Allah dan berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam, kemudian berkata : ‘Laa ilaha illallahul Hakimul
Karim, subhanallahi Rabbil ‘Arsyil ‘azim, alhamdu lillahi
rabbil ‘alamin, as aluka mujibat rahmatika, wa ‘azza-ima
maghfiratika, wal ghanimata min kulli birrin, was
salamata min kulli ithmin, laa tada’ lii zanban illa
ghafartahu, wa laa hamman illa farrajtahu, wa laa
hajatan illa hiya laka ridhan illa qadhaitaha, Ya
Arhamar Rahimin.’ (Tidak ada Tuhan kecuali Allah Yang
Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah. Maha Suci Allah Tuhan
‘Arasy yang Agung. Segala puji bagi Allah Tuhan Alam Semesta.
Kandungan
656
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Aku memohon kepadaMu sesuatu yang mewajibkan rahmatMu
dan sesuatu yang mendatangkan ampunanMu, memperoleh
keuntungan dari setiap kebaikan, serta mendapatkan
keselamatan dari setiap kejahatan. Janganlah Engkau biarkan
di dalam diriku dosa-dosa kecuali telah Kau ampuni, dan
kesempitan kecuali telah Engkau lapangkan dan keperluan yang
Engkau redhai kecuali telah Engkau kabulkan, wahai Zat Yang
Maha Pengasih lagi Penyayang).’
Dari Ruwaifi’ bin Thabit Al Ansari Radiallahu‘anhu , katanya:
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Barangsiapa
mengucapkan : ‘Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa
anzalahul maq’adal muqarrabi ‘indaka yaumal qiyamah.’
(Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad, dan
jadikanlah dia di tempat yang dekat di sisiMu pada hari kiamat),
maka dia akan mendapatkan syafaatku.’
Dari Nu’aim bin Dhamdham Radiallahu‘anhu, katanya :
‘Imran berkata kepadaku : ‘Wahai Ibn Humairi, mahukah ku
ceritakan kepadamu tentang Khalil Amar bin Yasir
Radiallahu‘anhu ?’ Aku menjawab : ‘Ya.’ Dia berkata : ‘Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Sesungguhnya Allah
memiliki malaikat yang diberi kemampuan untuk mendengarkan
seluruh makhlukNya. Dia berdiri dikuburku setelah aku wafat.
Maka tidak ada orang yang berselawat untuk ku melainkan dia
memberitahu : Wahai Muhammad, Fulan bin Fulan telah
berselawat untukmu.’ Dikatakan : ‘Kemudian Tuhan berselawat
untuk orang itu, untuk setiap selawatnya sepuluh kali.’
Dari Nu’aim bin Dhamdham Radiallahu‘anhu, dari Ibnul
Humairi, katanya : ‘Imran berkata kepadaku : ‘Wahai Ibnul
Humair, mahukah ku ceritakan tentang kekasihku, Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam?’ Aku menjawab : ‘Tentu saja.’
Katanya : ‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Wahai ‘Ammar, sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang
diberi kemampuan untuk mendengarkan seluruh makhlukNya.
Dia berdiri di atas kuburku sesudah wafatku sampai hari kiamat.
Maka tidak ada seorang dari umatku yang berselawat untukku
melainkan dia mencatat namanya beserta nama ayahnya, dan
berkata : ‘Wahai Muhammad, Fulan berselawat untukmu begini
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
657
dan begitu.’ Selanjutnya Tuhan ‘Azza wa Jalla berselawat untuk
orang itu, untuk setiap selawatnya dibalas sepuluh kali lipat.’
Dari ‘Ammar bin Yasir Radiallahu‘anhu , katanya :
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Allah memiliki
malaikat yang mempunyai kemampuan untuk mendengarkan
hamba-hamba(Nya), maka tidak ada seseorang yang berselawat
untukku kecuali disampaikan kepadaku. Lalu aku minta kepada
Tuhanku agar tidak ada hamba yang berselawat untukku,
melainkan Allah berselawat untuknya sepuluh kali serupa
selawatnya.’
Dari Az Zuhri, katanya : ‘Aku diberitahu oleh Abu Umamah
bin Sahal bin Hanif, ia diberitahu oleh seorang sahabat Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam : ‘Sunnah di dalam solat atas jenazah
adalah : Imam bertakbir lalu membaca Al Fatihah setelah takbir
pertama dengan perlahan (sekadar dapat didengar oleh dirinya
sendiri). Lalu membaca selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam, dan berdoa setelah takbir selanjutnya dengan ikhlas
tanpa membaca apa-apa, kemudian membaca salam dengan
perlahan (sekadar dapat didengar oleh dirinya sendiri).’
Dari Az Zuhri Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Aku mendengar
Abu Umamah bin Sahal bin Hanif menceritakan bahawa Sa’id
bin Musayyab berkata : ‘Sunnah di dalam solat atas jenazah
adalah membaca Al Fatihah dan berselawat untuk Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian mendoakan di mayat
hingga selesai dengan ikhlas, dan tidak membaca kecuali satu
kali saja, lalu membaca salam sekadar dapat didengar oleh
dirinya sendiri.’ (Hadis riwayat An-Nasa’i dalam Sunannya, dan
At Tirmizi, dengan sanad sahih)
Dari Jabir bin Samurah Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam naik ke mimbar dan berkata : ‘Amin…
Amin…’. Maka para sahabat bertanya : ‘Wahai Rasulullah, apa
yang anda lakukan?’ Baginda menjawab : ‘Jibril telah berkata
kepadaku : ‘Wahai Muhammad, barangsiapa yang engkau disebut
dihadapannya tetapi dia tidak berselawat untukmu, maka dia
mati masuk neraka dan dijauhkan dari Allah. Katakanlah Amin.’
Maka aku berkata : ‘Amin.’
Kandungan
658
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Dari Abuth Thufail, dari Abu Bakar As-Siddiq Radiallahu‘anhu,
katanya : ‘Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda : ‘Barangsiapa berselawat untukku, maka aku akan
memberinya syafa’at pada hari kiamat.’
Dari Abuth Thufail, dari Abu Bakar As-Siddiq
Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Aku mendengar Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda pada saat haji wada’ :
‘Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah memberi kalian
ampunan bagi dosa-dosa kamu. Maka barangsiapa memohon
ampun dengan niat benar-benar, maka akan diampunkan
baginya. Barangsiapa berkata : ‘Laa ilaha illallah,’ nescaya
akan memberatkan timbangannya. Dan barangsiapa berselawat
untukku, maka aku memberi syafaat kepadanya pada hari
kiamat.’
Dari Aisyah Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Tidak ada seorang hamba
yang berselawat untukku satu selawat, kecuali dibawa oleh
malaikat sampai dihadapan Ar Rahman ‘Azza wa Jalla.
Kemudian Tuhan kita berfirman : ‘Bawalah selawat itu ke kubur
hambaKu agar dia memohonkan ampun bagi pembacanya dan
mendekatkannya kepada kemuliaannya.’
Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash Radiallahu‘anhu,
sesungguhnya dia mendengar Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda : ‘Apabila kamu mendengar mu’azin, maka ucapkanlah
seperti apa yang dikatakannya lalu berselawatlah kepadaku
kerana barangsiapa berselawat untukku satu selawat, Allah akan
berselawat untuknya sepuluh kali. Selanjutnya mintakanlah
wasilah kepada Allah, kerana sesungguhnya hal itu adalah
manzilah di syurga, yang tidak diberikan kecuali kepada seorang
hamba dari hamba-hamba Allah. Dan aku berharap akulah yang
akan memperolehnya. Maka barangsiapa memohonkan wasilah
bagiku, aku akan memberinya syafa’at.’
Dari’Abdullah bin Hubairah, dari ‘Abdullah - di dalam
naskhah disebut ‘Abdurrahman bin Syuraih Al Khaulani -,
katanya : ‘Aku mendengar dari Abu Qais, maula ‘Amru bin As,
katanya : ‘Aku mendengar ‘Abdullah bin ‘Amru berkata :
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
659
‘Barangsiapa berselawat untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam satu selawat, maka Allah dan para malaikatNya
berselawat baginya tujuh puluh selawat. Dia mengucapkannya
seperti itu atau memperbanyakkannya.’ (Hadis riwayat Imam
Ahmad dan Abu Nu’aim)
Dari ‘Abdullah bin ‘Amru Radiallahu‘anhu, katanya :
‘Barangsiapa memiliki hajat kepada Allah, hendaklah dia
berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Apabila tiba hari
Jumaat, hendaklah dia menyucikan diri kemudian pergi ke
masjid dan bersedekah - dikatakan atau memperbanyak -. Pada
solat Jumaat hendaklah berkata :
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon dengan namaMu,
dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, yang tidak ada Tuhan kecuali Dia Yang Maha
Hidup dan Yang Mengurus segala keperluan makhlukNya
memenuhi langit dan bumi. Baginya tertunduk semua wajah,
merendah semua suara, dan gentar semua hati, kerana
merasa takut kepadaNya. Maka limpahkanlah selawatMu
kepada Muhammad dan penuhilah keperluanku, iaitu ini
dan itu), maka akan dikabulkan baginya, insya Allah).’
Dikatakan juga : ‘Janganlah kamu ajarkan doa itu kepada
orang-orang jahat di antara kamu, agar mereka tidak berdoa
untuk mencelakakan atau memutus silaturahim.’ (Hadis riwayat
Ath Thabrani, Ibn ‘Awanah, Ibn ‘Asakir)
Kandungan
660
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Dari Khalid bin Zaid, dari Sa’id bin Abi Hilal, dari Abu Darda’,
katanya :
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
‘Perbanyakkanlah selawat untukku pada hari Jumaat, sebab
hari itu adalah hari kesaksian yang disaksikan oleh malaikat.
Maka tidak ada seorang hamba yang berselawat untukku
kecuali suaranya sampai kepadaku di mana pun dia berada.’
Kami bertanya : ‘Termasuk setelah anda wafat?’ Baginda
menjawab : ‘Dan setelah wafatku. Sesunguhnya Allah
mengharamkan tanah memakan jasad para Nabi.’
Dari Sa’id bin ‘Umair, dari ayahnya, katanya: Rasulullah
bersabda : ‘Barangsiapa berselawat untukku dengan jujur atas
dirinya, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh selawat,
meninggikannya sepuluh darjat, menuliskan baginya sepuluh
kebaikan, dan menghapuskan darinya sepuluh keburukan.’
Dari Safwan bin Sulaim, dari ‘Abdullah bin ‘Umar, katanya:
Rasulullah bersabda : ‘Barangsiapa berselawat untukku - atau
memintakan kepada Allah wasilah bagiku - maka dia akan
mendapatkan syafaatku pada hari kiamat.’
Dari Al Aswad, dari ‘Abdullah, sesungguhnya dia berkata:
‘Apabila kamu berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam,
maka perindahlah selawat untuknya, kerana kamu tidak
tahu barangkali selawat itu disampaikan kepadanya.’ Mereka
berkata: ‘Kami akan melakukannya.’ Dia berkata: ‘Katakanlah :
(Ya Allah, jadikanlah selawat, rahmat, serta berkatMu bagi
pemuka para Rasul, pemimpin orang-orang yang bertakwa, dan
Nabi yang terakhir, Muhammad yang merupakan hambaMu dan
RasulMu, pemimpin kebaikan, penuntun kebaikan, dan Rasul
yang menjadi rahmat. Ya Allah, berikanlah kepadanya kedudukan
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
661
yang terpuji yang diinginkan oleh orang-orang yang terdahulu dan
yang terkemudian. Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada
Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana
Engkau melimpahkan selawat kepada Ibrahim dan kepada
keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Terpuji
lagi Maha Agung. Dan limpahkanlah berkat kepada Muhammad
sebagaimana Engkau melimpahkan berkat kepada Ibrahim dan
kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang
Terpuji lagi Maha Agung).’
Dari Yunus, maula Hisyam, katanya : ‘Aku bertanya kepada
‘Abdullah bin ‘Amru : ‘Bagaimana cara berselawat untuk Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam?’ Dia menjawab : ‘Allahummaj’al
salawatika wa barakatika wa rahmatika ‘ala sayyidil
mursalin, wa imamil muttaqin, wa khatamin nabiyyin,
‘abdika wa rasulika, imamil khaira, wa qa-idil khaira
allahummab’ath-hu yaumal qiyamahu maqaman
mahmuda yaghbithuhu awwaluna wal akhirun.’ (Ya Allah,
jadikanlah selawat, berkat, serta rahmatMu bagi pemuka para
Rasul, pemimpin orang-orang yang bertakwa, dan Nabi yang
terakhir, hambaMu dan RasulMu, pemimpin kebaikan, dan
penuntun kebaikan. Ya Allah, bangkitkanlah dia pada hari
kiamat kedudukan yang terpuji yang diinginkan oleh orangorang yang terdahulu dan yang kemudian. Ya Allah,
limpahkanlah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga
Muhammad, sebagaimana engkau melimpahkan selawat kepada
Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim).’
Dari Mughirah, dari Abi Mu’syar, dari ‘Ibrahim katanya :
‘Mereka bertanya : ‘Wahai Rasulullah, kami sudah tahu cara
mengucapkan salam untuk anda, lalu bagaimana cara berselawat
untuk anda?’ Baginda menjawab : ‘Katakanlah :‘Allahumma
shalli ‘ala Muhammad ‘abdika wa rasulika, wa ahli baitihi, kama
shallaita ‘ala ali Ibrahim, innaka hamidun majid.’ (Ya Allah,
limpahkanlah rahmat untuk Muhammad, hambaMu dan
utusanMu, dan untuk keluarganya, sebagaimana Engkau
melimpahkan rahmat untuk keluarga Ibrahim. Sesungguhnya
Engka adalah Zat Yang Terpuji lagi Maha Agung).’
Dari As Sara bin Yahya, katanya : ‘Aku mendengar Al-Hasan
berkata : ‘Begitu turun ayat : ‘Sesungguhnya Allah dan malaikat-
Kandungan
662
Hakikat Tawassul dan Wasilah
malaikatnya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang
beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya.’ Lalu mereka berkata : ‘Soal salam
ini, kami sudah mengetahui, tetapi bagaimana tentang selawat?’
Beliau menjawab : ‘Katakanlah :
‘Allahummaj’al salawatika wa barakatika ‘ala
Muhammad, kamaj’altaha ‘ala Ibrahi, innaka hamidun
majid.’ (Ya Allah, limpahkanlah selawatMu dan berkatMu kepada
Muhammad, sebagaimana yang Engkau limpahkan kepada
Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Terpuji lagi
Maha Agung).’
Dari Sa’id bin Musayyab, katanya : ‘Tidak ada doa tanpa
selawat untuk Nabi s.a.w., kecuali dia akan tergantung antara
langit dan bumi.’
Dari ‘Umar Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Sesungguhnya doa
itu terhenti di antara langit dan bumi, tidak naik darinya sesuatu,
sampai diucapkan selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam.’
Dikeluarkan dari Sa’id bin Abi Hilal dengan sanadnya,
bahawa Ka’ab menemui ‘Aisyah Radiallahu‘anha kemudian
mereka menyebut Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
kemudian Ka’ab berkata : ‘Tidak ada fajar yang menyingsing
kecuali turun tujuh puluh ribu malaikat sampai mengelilingi
kubur dan memukuli kubur dengan sayapnya, kemudian
berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam hingga bila
hari petang, mereka keluar. Selanjutnya keluar pula tujuh puluh
ribu lainnya mengelilingi kubur dan memukuli kubur dengan
sayapnya, lalu berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam. Jadi, tujuh puluh ribu pada waktu malam dan tujuh
puluh ribu pada waktu siang. Ketika bumi ini terbelah, keluar
tujuh puluh ribu malaikat yang menyambut mereka.’ (Hadis
riwayat Ath Thabrani dalam Mu’jamul Kabir, Ibn ‘Awanah di
dalam Musnadnya, dan Ibn Hamid)
Dari Laith, dari Ka’ab, dari Abu Hurairah, katanya:
Rasulullah bersabda : ‘Berselawatlah untukku, sebab selawat
kamu untukku merupakan zakat kamu. Mintakanlah kepada
Allah wasilah bagiku.’ Lalu berkata : ‘Wasilah adalah darjat yang
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
663
paling tinggi di syurga. Tidak ada yang mendapatkannya kecuali
satu orang, dan aku berharap akulah orang itu.’
Dari Ya’qub bin Zaid bin Thalhah At Taimi, katanya:
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Telah datang
kepadaku utusan Allah, lalu berkata : ‘Tidak ada seorang hamba
yang berselawat untukmu satu selawat, melainkan Allah akan
berselawat kepadanya sepuluh selawat.’ Lalu seseorang bangkit
dan berkata : ‘Wahai Rasulullah, apakah ku jadikan separuh
doaku untuk anda?’ Baginda menjawab : ‘Kalau boleh lebih
banyak.’ Dikatakan : ‘Apakah ku jadikan dua pertiga dari doaku
untuk anda?’ Baginda menjawab : ‘Kalau boleh lebih banyak.’
Dikatakan : ‘Apakah ku jadikan seluruh doaku untuk anda?’
Baginda menjawab : ‘Kalau begitu, Allah akan mencukupimu
dari kesulitan dunia dan kesulitan akhirat.’
Dari Ibn Thawus, dari ayahnya, katanya : ‘Aku mendengar
Ibnu ‘Abbas Radiallahu‘anhu berkata : ‘Allahumma taqabbal
syafa’ata Muhammadinil kubra, warfa’ darajatahul ‘ulya,
wa a’thihi su-lahu fil akhirati wal ula, kama ataita
Ibrahim wa Musa ‘alaihumash shalatu was salam.’ (Ya
Allah, terimalah syafaat Muhammad yang besar, angkatlah
darjatnya tinggi-tinggi, dan terimalah permohonannya di akhirat
dan sebelumnya, sebagaimana yang Engkau berikan kepada
Ibrahim dan Musa alahimassalam).’
Sebagaimana dikatakan oleh sunnah-sunnah yang mulia,
membaca selawat dan salam untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam adalah amal disukai, dan manusia didorong untuk
melakukannya. Di dalam Sunnah yang suci, banyak sekali hadis
sahih yang melarang untuk meninggalkannya, serta mengancam
orang yang tidak membacanya.
Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu , katanya: Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Tidaklah suatu kaum
duduk di suatu majlis tanpa berzikir kepada Allah dan tidak
berselawat untuk NabiNya Sallallahu ‘alaihi wasallam,
melainkan majlis itu sia-sia pada hari kiamat. Kalau
dikehendaki, mereka akan diampuni. Dan kalau dikehendaki,
mereka akan diseksa.’ (Hadis riwayat At Tirmizi dari hadis
‘Abdurrahman bin ‘Adi, dikatakan sebagai hadis hasan)
Kandungan
664
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu , katanya: Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Merugilah seseorang yang
apabila aku disebut, dia tidak berselawat untukku. Merugilah
seseorang yang menemui bulan Ramadhan, tetapi berlalu tanpa
mendapatkan ampunan baginya. Dan merugilah seseorang yang
masih memiliki dua orang tua, tetapi mereka tidak boleh
memasukkannya ke syurga.’ (Hadis riwayat At Tirmizi, dikatakan
hadis hasan)
Dari Ka’ab bin ‘Ajrah, katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda : ‘Kemarilah kamu!’ Maka kami pun datang,
kemudian Baginda naik ke mimbar. Apabila menginjak anak
tangga pertama, Baginda berkata : ‘Amin’. Lalu Baginda naik ke
anak tangga kedua dan berkata : ‘Amin’. Dan akhirnya naik ke
anak tangga ke tiga dan berkata : ‘Amin’. Setelah Baginda turun
dari mimbar, kami bertanya : ‘Wahai Rasulullah, hari ini kami
mendengar dari anda sesuatu yang belum pernah kami dengar.’
Baginda menjawab : ‘Jibril menahanku dan berkata : ‘Binasalah
barangsiapa mendapati bulan Ramadhan tetapi tidak ada
ampunan baginya.’ Maka aku menjawab : ‘Amin’. Menginjak anak
tangga kedua, dia berkata : ‘Binasalah barangsiapa engkau
disebut dihadapannya tetapi tidak berselawat untukmu.” Maka
aku berkata : ‘Amin’. Dan pada anak tangga ketiga, dia berkata:
‘Binasalah barangsiapa masih memiliki dua orang tua tetapi
tidak menyebabkannya masuk syurga.’ Maka aku berkata :
‘Amin’.’
Dari Malik bin Al Huwairith, dari ayahnya, dari datuknya:
‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam naik ke mimbar. Sampai
di anak tangga pertama, Baginda berkata : ‘Amin’. Kemudian
naik ke anak tangga yang lain dan berkata : ‘Amin’. Sampai
akhirnya naik anak tangga ketiga dan berkata : ‘Amin’. Baginda
lalu bersabda : ‘Jibril ‘alahissalam datang kepadaku dan berkata:
‘Wahai Muhammad, barangsipa mendapati bulan Ramadhan
tetapi tidak mendapatkan ampunan dari Allah, maka Allah
menjauhkannya.’ Aku berkata : ‘Amin’. Dia berkata lagi :
‘Barangsiapa masih memiliki dua orang tua - atau satu dari
keduanya - tetapi mereka menyebabkannya masuk neraka, maka
Allah akan menjauhkannya.’ Aku menjawab : ‘Amin’. Dia berkata
lagi : ‘Dan barangsiapa engkau disebut dihadapannya tetapi tidak
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
665
berselawat untukmu, maka Allah menjauhkannya.’ Aku
menjawab : ‘Amin’.’
Dari ‘Abdullah bin Al Haris bin Jaza’ Az Zubaidi, katanya :
‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam masuk ke dalam masjid,
kemudian naik ke mimbar. Ketika mendaki anak tangga pertama,
Baginda berkata : ‘Amin’. Selanjutnya Baginda mendaki ke anak
tangga kedua, lalu berkata lagi : ‘Amin’. Dan mendaki anak tangga
ketiga, lalu berkata : ‘Amin’. Setelah Baginda turun, dikatakan
kepada Baginda : ‘Kami melihat sesuatu yang tidak pernah anda
lakukan.’ Baginda menjawab : ‘Jibril ‘alaihissalam menghadangku
di anak tangga pertama dan berkata : ‘Wahai Muhammad,
barangsiapa masih memiliki satu dari kedua orang tuanya, tetapi
tidak boleh menyebabkannya masuk syurga, maka Allah akan
menjauhkannya oleh Allah.’ Aku menjawab : ‘Amin’. Pada anak
tangga kedua, dia berkata : ‘Barangsiapa menemui bulan
Ramadhan dan dia tidak mendapatkan ampunan, maka Allah
akan menjauhkannya’ Aku pun menjawab : ‘Amin’. Pada anak
tangga yang ketiga, dia berkata : ‘Barangsiapa yang engkau disebut
di hadapannya tetapi tidak berselawat untukmu, maka Allah akan
menjauhkannya.’ Aku menjawab : ‘Amin’.’
Dari Abu Zar Radiallahu‘anhu , katanya: Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Sesungguhnya orang yang
paling bakhil adalah yang apabila aku disebutkan dihadapannya,
dia tidak berselawat untukku.’
Dari Abu Umamah, dari Abu Zar Radiallahu‘anhu, katanya:
‘Pada suatu hari aku keluar, kemudian mendatangi Rasullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda bersabda : ‘Mahukah kamu
ku beritahu tentang manusia yang paling kikir?’ Mereka
menjawab : ‘Tentu, ya Rasulullah.’ Baginda bersabda : ‘Iaitu
orang yang apabila aku disebut di hadapannya, dia tidak mahu
berselawat untukku. Itulah manusia yang paling bakhil.’
Dari Wasilah bin Al Asqa’ Radiallahu‘anhu , katanya:
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Di mana saja
suatu kaum duduk di majlis, kemudian berpisah tanpa menyebut
nama Allah dan tanpa mengucapkan selawat bagi Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam, maka majlis mereka itu sia-sia
belaka pada hari kiamat.’
Kandungan
666
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Dari Jabir r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Tidak
ada satu kaum yang berkumpul tanpa menyebut nama Allah Azza
wa Jalla dan berselawat untuk Nabi s.a.w., melainkan seperti
bangkit dari bangkai yang berbau.’ (Dikeluarkan atas Syarah
Muslim oleh Abu ‘Abdullah Al Maqdisi)
Dari Jabir Radiallahu‘anhu , katanya: Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam bersabda : ‘Janganlah menjadikan aku seperti
gelas seseorang dalam perjalanan. Orang itu mengisi gelasnya,
dan kalau sudah habis, dia menggantungkannya. Kalau tersisa
airnya, maka diminum atau digunakan untuk berwudhu, atau
dibuang. Maka letakkanlah aku pada awal atau tengah-tengah
doa, dan jangan menjadikan aku pada akhir doa.’
Dari Jarir bin Hazm Radiallahu‘anhu, katanya: ‘Aku
mendengar Al Hasan berkata bahawa Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam bersabda : ‘Cukuplah seseorang disebut bakhil,
apabila aku disebut dihadapannya, tetapi dia tidak berselawat
untukku.’
Dari Abu Hurah, dari Al Hasan Radiallahu‘anhu, katanya:
Rasulullah bersabda : ‘Cukuplah baginya kebakhilan bila suatu
kaum menyebutku dan tidak berselawat untukku.’
Dari Muhammad bin ‘Ali bin Husain Radiallahu‘anhu,
katanya : Rasulullah bersabda : ‘Barangsiapa berselawat
untukku, maka dia berada dijalan syurga.’
Dari Husain bin ‘Ali Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah
bersabda : ‘Barangsiapa aku disebut dihadapannya lalu dia
membaca selawat untukku, maka dia berada di jalan syurga.’
Dari ‘Ali bin Husain, dari ayahnya, dari Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam yang bersabda : ‘Orang yang bakhil adalah
barangsiapa aku disebut dihadapannya tidak mahu berselawat
untukku.’
Dari ‘Abdullah bin ‘Ali bin Husain Radiallahu‘anhu, katanya:
‘Ali bin Abi Thalib berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
‘Orang yang bakhil adalah yang apabila aku disebut
dihadapannya, dia tidak mahu berselawat untukku.’
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
667
MAKNA SELAWAT BAGI RASULULLAH
SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
‘Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat
(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.’
(Al-Ahzab : 56)
Imam Ar-Razi berkata : ‘Allah memerintahkan kepada kaum
Mukminin agar meminta izin apabila hendak memasuki rumahrumah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, dan tidak memandang
wajah-wajah isteri-isterinya. Hal tersebut merupakan
penghargaan baginya untuk menyempurnakan kehormatannya,
dan itu kerana keadaannya berkisar dalam dua hal itu.’
Dalam keadaan rumah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
kosong, Allah menunjukkan penghormatan-Nya dengan
berfirman :
‘...Janganlah kamu masuk ke rumah-rumah Nabi...’
(Al-Ahzab : 53)
Persoalannya berkait dengan akhlak umat ini.
Ada akhlak yang tinggi, ada pula akhlak yang rendah.
Orang yang berakhlak tinggi patut dimuliakan, sebagaimana
Allah dan malaikat-malaikatNya juga berselawat untuk Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam yang berakhlak tinggi.
Adapun orang yang berakhlak rendah wajib memuliakan,
sebagaimana difirmankan Allah :
Kandungan
668
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk
Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.’
( Al Ahzab: 56)
Dikeluarkan oleh Al Bukhari dari Ka’ab bin Ajrah
Radiallahu‘anhu: ‘Bahawa dia bertanya : ‘Wahai Rasulullah, kami
sudah tahu cara mengucapkan salam untuk anda, lalu bagaimana
cara mengucapkan selawat untuk anda?’ Baginda menjawab :
‘Katakanlah : ‘Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa ala ali
Muhammad, kama sallaita ‘ala Ibrahim, wa ‘la ali Ibrahim,
innaka hamidun majid. Allahumma barik ‘ala Muhammad,
wa ‘ala ali Muhammad, kama barakta ‘ala Ibrahim, wa ‘ala
ali Ibrahim, innaka hamidun majid.’ (Ya Allah, limpahkanlah
selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad,
sebagaimana Engkau melimpahkan selawat kepada Ibrahim dan
keluarga Ibrahim. Ya Allah, limpahkanlah berkat kepada
Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana
Engkau melimpahkan berkat kepada Ibrahim dan kepada
keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang
Terpuji lagi Maha Agung).’
Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’i, Ibn
Khuzaimah, Ibn Hibban, dan Al Hakim dalam Al Mustadraknya
dari Abu Mas’ud Al Badri, bahawa para sahabat berkata : ‘Wahai
Rasulullah, kalau soal salam kami sudah mengetahuinya, lalu
bagaimana cara berselawat untuk anda, sewaktu kami membaca
selawat di dalam solat kami?’ Baginda menjawab : ‘Katakanlah:
‘Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad,…’
kemudian menyebut hadis.’ (Diriwayatkan oleh Asy Syafi’i di
dalam Musnadnya dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu)
Selawat tersebut diajarkan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam kepada umatnya, tatkala mereka bertanya tentang
makna selawat di dalam ayat : ‘Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
669
yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya.’
Maka diajarkanlah selawat tersebut dan disyari’atkan bagi
umat sampai hari kiamat. Nabi s.a.w. masih tetap merupakan
anak Adam yang paling mulia sebelum mahupun sesudah itu.
Meskipun begitu Baginda tidak mengubah cara berselawat yang
diajarkan kepada umatnya.Tidak diganti dengan yang lain, dan
tidak diriwayatkan secara berbeza-beza.
Kesetaraan yang termaktub dalam kalimat ‘kama shallaita’
(sebagaimana selawat yang Engkau limpahkan) dikembalikan
kepada si pembaca selawat, agar dia mendapatkan pahala
selawat. Maksudnya, dia memohon kepada Tuhannya pahala
selawat sebagaimana selawat atas Ibrahim dan keluarga
Ibrahim. Ini tidak dinisbahkan kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam, sebab yang selawat yang diminta bagi Rasulullah lebih
utama dan lebih agung daripada lainnya.
Sayyidina Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
makhluk yang paling mulia secara mutlak. Maka selawat dari
Allah juga disesuaikan dengan martabat dan ketinggiannya.
Selawat itu lebih utama daripada semua selawat yang ditujukan
kepada semua makhluk lainnya. Selawat bagi makhluk lainnya
tidak boleh disamakan dengan selawat baginya.
Itu sebabnya Allah memerintahkan manusia agar
mengucapkan selawat untuk Rasulullah, setelah sebelumnya
memberitahukan bahawa Dia dan malaikat-malaikatNya
mengucapkan selawat untuknya. Dia memerintahkan manusia
untuk mengucapkan salam dan selawat, yang diikuti dengan
penyerahan diri. Keterangan dan perintah semacam ini tidak
pernah ditetapkan oleh Al Qur’anul Karim bagi makhluk lainnya.
Rasulullah bersabda :
‘Sesungguhnya Allah dan para malaikat-malaikatNya
berselawat untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada
manusia.’
Kandungan
670
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Dengan demikian, mengajarkan kebaikan dapat
menyelamatkan seseorang dari kejahatan dunia dan akhirat, dan
mendatangkan kebahagiaan dan keberhasilan mereka. Ini kerana
mereka termasuk ke dalam golongan orang-orang yang beriman,
yang Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk mereka.
Dari merekalah manusia belajar tentang kebaikan. Oleh kerana
itu, bagi sesiapa sahaja yang mengajarkan kebaikan, Allah dan
malaikat-malaikatNya berselawat untuknya.
Dalam pada itu, telah diketahui bahawa tidak ada seorang
pengajar kebaikan yang lebih baik dan lebih baik pula
pelajarannya daripada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Dan
tidak ada yang lebih suka menasihati umatnya dan lebih sabar
dalam menanggung bebannya daripada Muhammad Sallallahu
‘alaihi wasallam. Maka Allah s.w.t. berfirman :
‘Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya)
kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan
dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka
sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah
(kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan
kekuasaanNya), dan membersihkan jiwa mereka (dari i’tikad
yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran)
dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai
hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum
(kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan
yang nyata.’
(Ali Imran : 164)
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mengajarkan kepada
umatnya pelajaran yang tidak diterima oleh umat-umat
lainnya.Umat ini mendapatkan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan
belajar beramal soleh, sampai menjadi umat terbaik yang pernah
ada di antara umat manusia. Maka bagaimana mungkin selawat
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
671
bagi rasul yang mengajarkan kebaikan sedemikian hendak
disamakan dengan selawat bagi orang lain.
Maka dari itu, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam memiliki
selawat yang dikhususkan baginya, yang tidak sama dengan
selawat bagi orang lain. Sebagai tambahannya, kita memohonkan
untuk Baginda selawat yang serupa dengan selawat yang
diberikan Allah untuk Ibrahim. Tidak ada yang mengingkari
keutamaan yang diberikan kepada orang yang utama, yang
dikhususkan baginya keutamaan yang didapatkan oleh orang
lain.
Imam Ibnul Qayyim mengutarakan suatu hal yang penting
di dalam kitabnya : ‘Kesetaraan selawat ini adalah hasil yang
dicapai dari semua selawat yang diucapkan oleh orang-orang
yang beriman. Maka semua orang yang berselawat itu
mengucapkan selawat atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam, yang berisi permohonan agar Allah berselawat untuk
RasulNya dengan selawat seperti yang diberikanNya kepada
keluarga Ibrahim.’
Tak diragukan lagi bahawa apabila semua orang yang
berselawat memohonkan untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam selawat seperti yang diberikan kepada keluarga
Ibrahim, bererti Baginda mendapatkan selawat yang berlipat
ganda dan tidak terbilang kebesarannya. Tidak seorang pun yang
menyamainya.
Ulama lain berkata : ‘Di dalam keluarga Ibrahim terdapat
Nabi-Nabi, sedangkan hal seperti ini tidak terdapat di dalam
keluarga Muhammad. Maka apabila bagi Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam dan keluarganya dipohonkan selawat seperti selawat
bagi Ibrahim dan keluarganya (yang didalamnya terdapat NabiNabi), maka selawat yang diberikan kepada keluarga
Muhammad hanyalah pada had yang layak bagi mereka, sebab
di antara mereka tidak ada yang mencapai darjat Nabi
sebagaimana yang ada di dalam keluarga Ibrahim. Adapun
sisanya menjadi tambahan bagi Sayyidina Muhammad
Sallallahu ‘alaihi wasallam. Inilah perbezaan yang tidak terdapat
pada para Nabi dan para Rasul lainnya.’
Kandungan
672
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Ketetapan itu adalah untuk menjadikan selawat yang
diperolehi oleh Ibrahim dan keluarganya dibahagikan kepada
Sayyidina Muhammad dan keluarganya.
Tidak syak lagi bahawa selawat yang diterima oleh keluarga
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak setara dengan yang
diperolehi oleh keluarga Ibrahim, yang di dalamnya terdapat
Nabi-Nabi. Dengan kata lain, ada bahagian selawat yang tidak
layak diterima oleh mereka. Maka sisa ini menjadi bahagian dan
tambahan yang banyak bagi Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Disamping itu, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam juga telah
menerima selawat yang ditujukan khusus bagi Baginda sendiri.
Maka pada akhirnya, apa yang diperolehi oleh Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam lebih agung dan lebih utama daripada apa yang
didapatkan oleh Ibrahim. Ini adalah keterangan yang lebih baik
dari keterangan-keterangan lain yang diajukan.
Lebih-lebih lagi setelah ditemui bahawa pada kenyataannya,
Sayyidina Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
termasuk keluarga Ibrahim, bahkan Baginda yang terbaik dari
antara keluarga Ibrahim. Telah diriwayatkan oleh ‘Ali bin Abi
Thalhah dari Ibn ‘Abbas tentang firman Allah :
‘Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi
Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran,
melebihi segala umat.’
(Ali Imran : 33)
Dikatakan oleh Ibn ‘Abbas Radiallahu‘anhu : ‘Muhammad
adalah dari keluarga Ibrahim.’
Maksud nas ini, di antara para Nabi yang termasuk keturunan
Ibrahim, Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah yang
lebih utama.
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
673
Maka pembicaraan kita ‘kamaa shallaita ‘ala ali Ibrahim’
diambil sebagai selawat untuknya dan untuk seluruh Nabi dari
anak cucu Ibrahim.
Allah menyuruh kita berselawat untuk Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam dan untuk keluarganya, khusus dengan kadar
selawat kita bagi semua keluarga Ibrahim secara umum, padahal
Baginda termasuk di antara mereka. Maka Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam mendapatkan bahagian dari selawat yang
ditujukan bagi keluarga Ibrahim. Maksudnya, Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam juga menerima selawat yang
ditujukan kepada keluarga Ibrahim, sebab Baginda termasuk
keluarga Ibrahim.
Dengan demikian, tidak syak lagi bahawa di samping
mendapatkan selawat yang ditujukan kepada dirinya sendiri,
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam juga mendapatkan
selawat yang secara umum ditujukan kepada keluarga Ibrahim,
sehingga apa yang diterimanya lebih sempurna.
Dengan ini, jelaslah faedah tasbih dan berlakunya tasbih
pada ushulnya. Sedangkan yang didapatkan dari selawat dengan
lafaz ini lebih besar daripada yang diperolehi dari selawat yang
lain, sebab yang diperolehi adalah selawat yang serupa dengan
yang diterima oleh Ibrahim. Maka akhirnya yang diperolehi oleh
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam lebih banyak daripada
yang diperolehi oleh Ibrahim dan lain-lain.
Dengan ini pula, bererti keutamaan dan kehormatan
Muhammad berada di atas Ibrahim dan semua keluarganya, yang
di dalamnya terdapat para nabi. Selain itu, selawat ini menjadi
petunjuk dan bukti atas keutamaannya. Allah berselawat untuk
Baginda dan keluarganya dengan salam yang banyak. Bagi kita
pun ada balasan yang lebih utama daripada apa yang dibalaskan
kepada umatNya yang lain.
Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad dan
kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau
melimpahkan selawat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya
Engkau adalah Zat Yang Terpuji lagi Maha Agung. Dan
limpahkanlah berkat kepada Muhammad dan kepada keluarga
Kandungan
674
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Muhammad, sebagaimana Engkau melimpahkan berkat kepada
keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang
Terpuji lagi Maha Agung.
Pada akhirnya kita katakan bahawa Allah memerintahkan
kita agar berselawat untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam, setelah memberitahukan bahawa Dia dan para
malaikat-malaikatNya berselawat untuknya. Ertinya, kalau Allah dan para malaikat-malaikatNya yang suci sahaja berselawat
untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, maka kita lebih
perlu untuk berselawat dan memberi salam kepadanya. Ini
kerana kita menerima berkatnya, risalahnya, percikan
nubuwatnya dari kebaikan, sedangkan kebaikan adalah
kemuliaan dunia dan akhirat.
Adapun selawat yang diperintahkan di dalam ayat Al
Qur’anul Karim adalah permohonan selawat sebagaimana yang
diberitahukan oleh Allah dan para malaikatNya. Selawat
tersebut berupa puji-pujian atas Rasulullah dan pemeliharaan
terhadapnya. Selawat tersebut menunjukkan kemuliaan, kurnia,
penghormatan, dan iradat penghargaan dan pendekatannya. Ia
meliputi keterangan dan permohonan.
Maka selawat Allah untuk RasulNya dimaksudkan untuk
memujinya, memeliharanya, menghargainya, mengagungkannya,
serta menunjukkan penghormatan terhadap keutamaannya dan
nilai kedudukannya. Sedangkan selawat dari para malaikat untuk
Rasulullah dimaksudkan bahawa mereka memberikan berkat
kepadanya sebagaimana yang dikatakan oleh Allah.
Ibn ‘Abbas berkata tentang firman Allah : ‘Sesungguhnya
Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi,’
bahawa maksudnya adalah memberi berkat kepada Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam. Ini tidak menafikan tafsirnya yang
berkata bahawa maksudnya adalah pemujaan, penghargaan, dan
pengagungan, sebab berkat Allah meliputi semua hal itu. Oleh
kerana itu antara selawat dengan memberi berkat disamakan
pengertiannya.
Memberi berkat ertinya banyak kebaikan di dalam dirinya
yang diajarkan kepada yang lain, termasuk penghargaan,
Kandungan
Disyariatkan Selawat Dan Salam Untuk Rasulullah...
675
nasihat, iradah dan ijtihad. Baginda menjadi hamba yang penuh
berkat, sebab Allah memberikan berkat itu kepadanya. Allah
berfirman :
Maha Suci Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada
hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan
amaran bagi seluruh penduduk alam.’
(Al-Furqan : 1)
Maksud dari selawat kita kepada Rasulullah adalah untuk
menunjukkan penghargaan kita, sekaligus untuk memenuhi
perintah Allah dan membuktikan ketinggian kedudukannya yang
menjadi rahmat bagi kita agar kita mendapatkan pahala dari
Allah. Kerana itu, di dalam hadis dikatakan : ‘Barangsiapa
berselawat untukku satu kali, maka Allah berselawat untuknya
sepuluh kali.’
Permintaan dan doa dari kita ini adalah selawat untuknya
yang meliputi dua hal : Pertama, meliputi puji-pujian orang yang
berselawat untuknya, dan ditandai dengan menyebutkan
kemuliaan serta keutamaannya.
Kedua, dinamakan selawat dari kita, kerana kita memohon
agar Allah berselawat untuknya. Selawat Allah untuknya bererti
pujian dan kehendakNya untuk meninggikan namanya,
memberikan penghargaan kepadanya, serta mendekatkannya
kepadaNya. Sedangkan selawat kita untuknya merupakan
permohonan agar Allah menentukan hal itu untuknya.
Selanjutnya, kerana selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam bererti pujian dan penghargaan Allah bagi dirinya,
ditinggikannya namanya, ditambahnya kecintaanNya, dan
ditambah kedekatannya kepadaNya, bererti orang yang
berselawat memohon agar Allah menambah puji-pujian dan
kemuliaan baginya. Selawat atas dirinya adalah semacam pujian
dan pengagungan (Hamid dan Majid).
Inilah hakikatnya. Oleh kerana itu, di dalam permohonan
kita disebut dua nama yang layak bagiNya, iaitu Al Hamid dan
Al Majid.
Kandungan
676
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Ini sekaligus memenuhi anjuran bahawa seseorang yang
berdoa hendaknya menutup atau membuka doanya dengan
menyebut Asmaa-ul Husna yang sesuai dengan permohonannya.
Kandungan
677
FASAL 3
TEMPAT-TEMPAT SELAWAT
UNTUK RASULULLAH
SALLALLAHU ‘ALAIHI
WASALLAM DAN FAEDAHNYA
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat
(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.’
(Al-Ahzab : 56)
Ayat ini menunjukkan kewajiban berselawat untuk Nabi,
kerana asal perintah itu adalah wajib.
Disamping menunjukkan bahawa Allah dan malaikatmalaikatNya berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam,
ayat tersebut juga menerangkan bahawa Allah memerintahkan
agar orang-orang yang beriman berselawat untuknya. Firman
Allah : ‘…Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu
untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.’
Dalam pada itu, Sayyidina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam adalah orang yang pertama-tama beriman, bahkan
lebih utama dari semua orang yang beriman. Oleh kerana itu,
Baginda berselawat bagi dirinya sendiri untuk memenuhi
677
Kandungan
678
Hakikat Tawassul dan Wasilah
perintah Allah, sebab mustahil Baginda menolak melaksanakan
perintah Allah.
Ibn Abi Syaibah mengeluarkan di dalam Mushannafnya,
At Tirmizi di dalam Sunannya, juga Ibn Majah, hadis dari
Fathimah Radiallahu‘anha yang berkata :
‘Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam apabila
masuk ke dalam masjid berkata: ‘Bismillah, wash shalatu
was salamu ‘ala Rasulillah. Allahummaghfirli zunubi,
waftah lii abwabar rahmatika’ (Dengan nama Allah dan
selawat serta salam untuk Rasulullah. Ya Allah, ampunilah
dosa-dosaku, dan bukakanlah bagiku pintu-pintu
rahmatMu), dan apabila keluar berkata : ‘Bismillah, wash
shalatu was salamu ‘ala Rasulillah. Allahummaghfirli
zunubi, waftah lii abwaba fadhlika’ (Dengan nama Allah
dan selawat serta salam untuk Rasulullah. Ya Allah,
ampunilah dosa-dosaku, dan bukakanlah bagiku pintu-pintu
keutamaanMu).’Kesimpulannya, Allah dan malaikatmalaikatNya berselawat untuk NabiNya, kemudian
memerintahkan kepada kaum Mukminin agar berselawat
pula untuknya, dan ditetapkan bahawa Rasulullah
berselawat untuk dirinya sendiri. Dengan demikian, menjadi
wajiblah selawat dan salam untuknya, demikian juga
memperbanyakkan mengingat rahmatNya dengan bi’thahnya
dan kurniaNya dengan hidayahnya. Manusia juga patut
berterima kasih dengan mengikuti hidayah dan sunnahsunnahnya.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah melakukan
penyusunan keseluruhan dengan risalahnya, mengajarkan jihad
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
679
yang benar dengan sirahnya, meneladankan kemuliaan akhlak
dengan hikmahnya, dan menawarkan kebahagiaan di Darain
(dunia dan akhirat) dengan dakwahnya. Selama manusia
mengetahui rahsia-rahsia syariatnya dan memancarnya cahaya
kebenaran atas basirahnya, maka mereka akan bersujud di dunia
dan akhirat.
Tempat-tempat selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam yang mustajab, yang banyak dan berulangkali
disebutkan, di antaranya adalah :
Tempat pertama
Tempat selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
di dalam solat pada akhir tasyahud. Ijma’ kaum Muslimin telah
menyepakati hal ini.
‘Abdullah bin Mas’ud Radiallahu‘anhu memandang wajib
selawat di dalam solat. Katanya : ‘Tidak sah solat seseorang yang
tidak berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.’
Dari Abu Ja’far Muhammad bin ‘Ali Radiallahu‘anhu, dari
Ibn Mas’ud, katanya: ‘Aku tidak pernah menyelesaikan solat yang
tidak ku akhiri dengan selawat untuk Muhammad dan keluarga
Muhammad.’
Dari ‘Uqbah bin Nafi’, dari Ibn ‘Umar Radiallahu‘anhu,
katanya : ‘Tidak sah solat kecuali dengan membaca bacaan
tasyahhud dan selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
apabila engkau melupakan sesuatu dari itu, hendaknya
melakukan sujud sahwi setelah salam.’
Abu Mas’ud Al Badri berkata : ‘Aku tidak pernah
menyelesaikan solatku yang didalamnya aku tidak berselawat
untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.’
Dari golongan tabi’in antara lain diperoleh keterangan dari
Abu Ja’far Muhammad bin ‘Ali, Asy Syabil, Mutaqil bin Hayan.
Sedangkan dari tokoh-tokoh mazhab yang banyak diikuti : Ishak
bin Rahawiyah berkata : ‘Meninggalkan (selawat) dengan sengaja
menjadikan solat seorang tidak sah. Adapun kalau ditingggalkan
kerana lupa, aku berharap solatnya boleh diterima.’
Kandungan
680
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Asy Syafi’i Radiallahu‘anhu berkata : ‘Tidak sah solatnya’,
berkata pula Harb : ‘Aku mendengar Abu Yaqub berkata :
‘Apabila selesai tasyahhud, baik sebagai imam atau makmum,
hendaknya seseorang berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam dan tidak akan mendapat pahala selain yang demikian
itu. Para sahabat Nabi berkata : ‘Kami sudah tahu cara
mengucapkan salam kepada anda…’ - ertinya didalam tasyahhud
dan salam didalamnya – ‘…lalu bagaimana cara berselawat untuk
anda?’ Lalu turunlah firman Allah : ‘Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikatnya berselawat untuk Nabi.’
Rasulullah pun menjadi gembira, lalu mengajarkan cara
berselawat, yang paling sedikit dibaca setelah tasyahhud.
Bacaan tasyahhud dan selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam dalam duduk tasyahhud yang terakhir merupakan dua
perbuatan yang penting dan kuat. Seseorang tidak
diperkenankan mengingkari satu pun dari keduanya secara
sengaja. Kalau lupa, kami berharap solatnya tidak ditolak,
meskipun para ulama Hijaz berkata : ‘Tidak akan mendapat
pahala, seseorang yang meninggalkan selawat untuk Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam. Kalau ditinggalkan, hendaknya
solatnya diulangi.’
Dalil atas wajibnya selawat adalah firman Allah :
‘Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat
(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.’
(Al-Ahzab : 56)
Sedangkan dalilnya adalah bahawa Allah memerintahkan
kaum Mukminin agar mengucapkan selawat dan salam untuk
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan perintahNya itu wajib
mutlak selama tidak ada dalil yang menentangnya.
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
681
Orang-orang dari masa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
sampai sekarang mengamalkan hal itu. Ini menunjukkan
wajibnya selawat. Kalau tidak wajib, tidak mungkin seluruh
umat bersepakat bacaan selawat didalam tasyahud.
Muqatil bin Hayan di dalam tafsirnya tentang firman Allah:
‘Mereka yang mendirikan sembahyang…’
(Al-Maidah : 55, Al-Anfal : 3, An-Naml : 3, Luqman : 4)
Berkata : ‘Mendirikan’ ertinya : ‘Menjaga solat, memelihara
waktunya, menegakkannya, ruku’, sujud, bertasyahhud, serta
berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam pada
tasyahhud terakhir.’
Imam Ahmad Radiallahu‘anhu berkata bahawa para
Mufassirin mengikut Muqatil, mereka berkata : ‘Selawat untuk
Nabi s.a.w. berada didalam solat, sedangkan solat diperintahkan
untuk ditegakkan. Maka selawat itu menjadi wajib.’
Tempat kedua
Tempat selawat untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
adalah di dalam tasyahhud. Ini berbeza dengan tempat yang
pertama. Asy Syafi’i Radiallahu‘anhu didalam kitabnya, Al
‘Umm, menjelaskan bahawa selawat untuk Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam dibaca didalam tasyahud awal.
Ini merupakan pendapat yang masyhur didalam mazhabnya,
tetapi hanya dianjurkan, bukan diwajibkan. Dan dia berkata
pada awalnya : ‘Tidak lebih dari tasyahhud’. Riwayat yang
diambil adalah dari Al Muzni. Dari sini Ahmad, Abu Hanifah,
Malik dan lain-lain, mengambil dasar.
Dari Abdullah bin Dinar, dari Ibn Umar Radiallahu‘anhu ,
katanya : ‘Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada kita cara
bertasyahhud : ‘At tahiyatuth thayyibatuz zakiyatu lillah.
Assalamu’ alaika ayyuhan Nabiyyu, wa rahmatullahi wa
barakatuh. Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillahish
shalihin. Asyhadu an laa ilaaha illallah, wahdahu laa
syarika lahu, wa anna Muhammadan’ abduhu wa
Kandungan
682
Hakikat Tawassul dan Wasilah
rasuluhu…’ (Segala kehormatan, kebaikan, kesucian adalah
bagi Allah. Semoga keselamatan, rahmat Allah, dan berkatNya
terlimpah bagimu, wahai Nabi. Semoga keselamatan juga
terlimpah bagi kami dan bagi hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah, Yang Maha
Esa tiada sekutu bagiNya. Dan bahawa Muhammad adalah
hambaNya dan RasulNya). Kemudian berselawat untuk Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam.’
Riwayat lain adalah dari Ad Daruquthni, dari hadis Amru
bin Syumar, dari Jabir, dari Abdullah bin Burudiah, dari ayahnya
katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Wahai Buraidah, apabila engkau membaca selawat di dalam
solatmu, janganlah melupakan atau meninggalkan selawat untuk
diriku didalamnya, kerana hal itu merupakan zakat dari solat.’
Dikatakan : ‘Dan ini umum dilakukan pada waktu duduk
yang pertama dan pada bahagian akhir duduk yang kedua.’
Hujah mereka tentang hal itu adalah perintah Allah kepada
kaum mukminin untuk mengucapkan selawat dan salam bagi
RasulNya. Sebagaimana mensyariatkan salam untuknya, Dia
juga mensyariatkan selawat baginya. Oleh kerana itu, ketika
para sahabat bertanya : ‘Kami sudah tahu cara mengucapkan
salam untuk anda tetapi bagaimana cara berselawat untuk anda?’
Maka disini ditunjukkan betapa selawat untuknya setara dengan
salam untuknya. Dan kerana setiap Muslim mengetahui bahawa
seseorang yang melakukan solat akan berselawat untuk Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam, maka disyariatkan atas mereka
untuk berselawat baginya.
Tempat ketiga
Tempat selawat yang lain untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam adalah pada akhir qunut. Hal ini dianjurkan oleh Asy
Syafi’i dan kawan-kawannya. Hujah atas hal itu adalah hadis
yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i dengan sanad dari Al Hasan
bin Ali Radiallahu‘anhu. Katanya : ‘Aku diajari oleh Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam kalimat ini didalam witir :
‘Allahummahdini fiman hadait, wa barikli fima
a’thait, wa tawallani fima tawallait, wa qini syarra maa
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
683
qadhait, fa-innaka taqdi wa laa yuqdha ‘alaik, innahu laa
yadzillu man walait, tabarakta Rabbana wata’alait, wa
shalallahu ‘alan Nabi.’ (Ya Allah, berilah aku petunjuk seperti
orang-orang yang telah Kau beri petunjuk, berilah aku berkat
didalam apa yang Kau berikan kepadaku, peliharalah aku seperti
orang-orang yang telah Kau pelihara, lindungilah aku dari
kejahatan yang telah Kau tetapkan, sesungguhnya Engkaulah
yang menentukan, bukan yang ditentukan. Tidaklah hina orang
yang Kau muliakan, Maha Berkatlah Engkau dan Maha
Luhurlah Engkau, dan semoga selawat Allah terlimpah bagi
Nabi).’
Ini hanya di dalam qunut witir, yang diambil dari qunut solat
fajar secara qiyas. Jadi, doa ini diambil dari qunut solat fajar.
Tempat keempat
Tempat selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
di dalam solat jenazah setelah takbir kedua. Tidak ada perbezaan
tentang disyariatkannya hal ini. Adapun dalil disyariatkan
selawat didalam solat jenazah diriwayatkan oleh Asy Syafi’i
didalam Musnadnya dari Az Zuhri, katanya : ‘Aku diberitahu
oleh Abu Umamah bin Sahal bahawa ia diberitahu oleh seorang
sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam : ‘Sunnah didalam
solat jenazah adalah pada waktu imam bertakbir lalu membaca
Al Fatihah setelah takbir pertama sekadar dapat didengar oleh
dirinya sendiri, lalu berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam sesudah takbir kedua. Setelah itu membaca dengan
ikhlas, doa bagi mayat setelah takbir selanjutnya. Kemudian
tanpa membaca apa-apa, lalu mengucapkan salam sekadar
didengar oleh dirinya sendiri.’
Dari Sa’id bin Musayyab Radiallahu‘anhu katanya : ‘Bahawa
sunnah di dalam solat jenazah adalah membaca Al Fatihah, lalu
selawat bagi Rasulullah s.a.w., diikuti doa bagi mayat dengan
ikhlas hingga selesai, tanpa membaca apa-apa lagi, kemudian
mengucapkan salam sekadar dapat didengar oleh dirinya sendiri.’
Penulis Al Mughani berkata : ‘Diriwayatkan dari Ibn Abbas
Radiallahu‘anhu bahawa dia melakukan solat atas jenazah di
Mekah. Dia bertakbir kemudian membaca (Al Fatihah) dan
mengeraskan (takbir) nya, lalu berselawat untuk Nabi Sallallahu
Kandungan
684
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘alaihi wasallam dan berdoa bagi mayat dengan sebaik-baik doa,
dan akhirnya mengucapkan salam. Selanjutnya dia berkata :
‘Beginilah cara solat atas jenazah’.’
Didalam Al Muwattha terdapat hadis dari Said Bin Abi Said
Al Maqbari, dari ayahnya, bahawa ia bertanya kepada Abu
Hurairah Radiallahu‘anhu : ‘Bagaimana cara kita melakukan
solat atas jenazah?’ Maka Abu Hurairah r.a. menjawab : ‘Demi
Allah, aku akan memberitahu engkau….Ikutilah dia dan
keluarganya. Maka apabila jenazah telah diletakkan, bertakbir
dan bertahmidlah kepada Allah, kemudian berselawat untuk
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata :
‘Allahumma, annahu ‘abduka wabnu’abdika wa
rasulika, wa anta a’lamu bihi. Allahumma inkana
muhsinan fazed fi ihsanihi. Wainkana musi-an
fatajawwaz’an sayyi-atihi. Allahumma laa tahrimna
ajrahu, wa laa taftinna ba’dahu.’ (Ya Allah, dia adalah
hambaMu, putera hambaMu, serta RasulMu, dan Engkau Maha
Mengetahui tentang hal itu. Ya Allah, apabila dia baik, maka
tambahkanlah kebaikan itu baginya, dan apabila dia bersalah,
maka ampunilah kesalahannya. Ya Allah, janganlah kau
haramkan bagi kami pahalanya, dan janganlah Kau turunkan
fitnah sepeninggalannya).’
Tempat kelima
Tempat selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
di dalam khutbah, seperti khutbah Jumaat, khutbah Hari Raya,
khutbah Istisqa’.
Dalil disyariatkan selawat untuk Nabi s.a.w. di dalam
khutbah adalah yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad,
bahawa Ali r.a. naik ke mimbar lalu bertahmid dan memuji
Allah, kemudian berselawat bagi NabiNya dan berkata : ‘Orang
yang paling baik dari umat ini setelah Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam adalah Abu Bakar, kedua Umar.’ Lalu berkata:
‘Allah menciptakan kebaikan menurut kehendakNya.’
Dari Abul Ahwash, dari Abdullah bahawa setelah
menyelesaikan khutbah solat, dia berselawat untuk Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam :
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
685
(Ya Allah, buatlah agar kami menyukai keimanan dan
hiasilah hati kami dengannya. Buatlah agar kami membenci
kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan. Jadikanlah kami
orang-orang yang mendapat petunjuk. Ya Allah,
limpahkanlah berkatMu didalam pendengaran kami,
penglihatan kami, isteri-isteri kami, hati kami, serta
keturunan kami).’
Ini merupakan dalil bahawa selawat untuk Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam di dalam khutbah merupakan masalah yang
masyhur dikalangan seluruh sahabat.
Tempat keenam
Tempat selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam lainnya
adalah setelah seorang Mukmin menjawab azan dari muazzin
dan di antara iqamah.
Diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahihnya, hadis dari
Abdullah bin Amru bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda :
‘Apabila kamu mendengar muazzin, maka ucapkanlah seperti
apa yang diucapkan (muazzin), lalu berselawatlah untukku.
Sesungguhnya barangsiapa berselawat untukku satu selawat,
Allah berselawat untuknya sepuluh selawat. Setelah itu
mintakanlah kepada Allah wasilah untukku, sesungguhnya ia
adalah manzilah di syurga yang tidak diberikan kecuali kepada
seorang hamba. Wahai hamba-hamba Allah, mohonlah untukku.
Aku berharap akulah orang yang dipilih itu. Maka barangsiapa
memohonkan wasilah untukku kepada Allah, dia akan
mendapatkan syafaat ku.’
Didalam Musnad, terdapat hadis dari Jabir bin Abdullah
bahawa Rasulullah bersabda, ‘Barangsiapa ketika diseru oleh
muazzin berkata:
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
686
(Ya Allah, Tuhan yang memiliki seruan yang akan didirikan
dan solat yang akan diambil manfaatnya ini, limpahkanlah
selawat bagi Muhammad, dan redailah dia dengan keridaan
yang tak diikuti kemurkaan setelah itu.), maka Allah akan
mengabulkan doanya.’
Tempat ketujuh
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w., adalah sewaktu berdoa.
Dalam hal ini ada tiga cara yang boleh dilakukan :
1. Berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sebelum
berdoa dan setelah bertahmid kepada Allah.
2. Berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam pada
awal, tengah-tengah dan akhir doa.
3. Berselawat untuk Nabi s.a.w. pada awal dan akhir doa, dan
menyebutkan hajatnya diantara keduanya.
Cara yang pertama didasarkan kepada hadis Fudhalah bin
Ubaid : Nabi s.a.w. bersabda : ‘Apabila seorang dari kamu berdoa,
hendaknya dia membukanya dengan tahmid kepada Allah dan
puji-pujian kepadaNya, kemudian berselawat untuk Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam, baru berdoa tentang apa saja yang
dikehendaki.’
Dikeluarkan oleh At Tirmizi dengan sanad dari Abdullah bin
Mas’ud, katanya : ‘Aku solat dibelakang Nabi s.a.w., sedangkan
Abu Bakar dan Umar menyertainya. Setelah duduk, aku memuji
Allah lalu berselawat untuk NabiNya, baru kemudian berdoa
untuk diriku. Maka Rasulullah bersabda : ‘Mintalah, nescaya
akan dikabulkan’.’
Adapun cara yang kedua dan ketiga mengambil dalil dari
Abdur Razaq, dari Ath Thauri, dengan sanad dari Jabir bin
Abdullah Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
687
wasallam bersabda : ‘Janganlah kamu jadikan aku seperti gelas
seseorang yang berada dalam perjalanan. Jadikanlah aku di
tengah-tengah doa, di awalnya atau di akhirnya.’
Disamping itu Umar berkata : ‘Doa itu terhenti di antara
langit dan bumi, tidak akan naik segala sesuatu sampai engkau
berselawat untuk Nabimu Sallallahu ‘alaihi wasallam.’
Ahmad bin Ali bin Syuaib, dari Amru bin Amru, berkata :
‘Aku mendengar Abdullah bin Bisyr berkata : Rasulullah s.a.w.
bersabda : ‘Setiap doa itu tertutup hinggalah yang pertama-tama
diucapkan ialah pujian bagi Allah Azza wa Jalla dan selawat
untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, baru kemudian
berdoa…Nescaya Dia akan mengabulkan doanya.’
Selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam
doa adalah seperti Al Fatihah di dalam solat.
Semua tempat yang dikemukakan di atas mensyariatkan
selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam pada awal doa.
Maka boleh dikatakan bahawa kunci doa adalah selawat untuk
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana kunci solat adalah
kesucian.
Imam Ahmad mengeluarkan didalam Musnadnya bahawa
Abu Sulaiman Ad Darani berkata : ‘Barangsiapa ingin
memohonkan hajatnya kepada Allah, hendaknya memulainya
dengan selawat untuk Nabi s.a.w., lalu menyebutkan hajatnya,
dan mengakhirinya dengan selawat untuk Nabi s.a.w., sebab
selawat untuk Nabi s.a.w. adalah makbul dan Allah lebih
Pemurah untuk menerima apa yang ada di antara keduanya.’
Tempat kelapan
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. adalah ketika masuk ke dalam
masjid dan keluar darinya.
Diriwayatkan dari Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya dari
Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Apabila salah
seorang dari kamu masuk ke dalam masjid, hendaklah dia
mengucapkan salam untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dan
berkata : ‘Allahummaftah lii abwaba rahmatika’ (Ya Allah,
bukakanlah untukku pintu-pintu RahmatMu), dan apabila keluar
Kandungan
688
Hakikat Tawassul dan Wasilah
hendaknya mengucapkan salam untuk Nabi s.a.w. dan berkata:
‘Allahumma ajirni minasy syaithanir rajim.’ (Ya Allah,
jauhkanlah aku dari syaitan yang terkutuk).’
Dikeluarkan dari Musnad Imam Ahmad dan At Tirmizi,
serta Sunan Ibn Majah, hadis dari Fathimah binti Husain, dari
neneknya Fathimah Al Kubra, katanya: ‘Rasulullah s.a.w. apabila
masuk ke dalam masjid berkata: ‘Allahumma salli ’ala
Muhammad wa sallam, allahummaghfirli zunubi, waftah
lii abwaba rahmatika’ (Ya Allah, limpahkanlah selawat
Muhammad beserta salam. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku
dan bukakanlan untuk ku pintu-pintu rahmatmu), dan apabila
keluar berkata seperti itu juga hanya diganti ‘…abwaba
fadhlika’ (pintu-pintu keutamaan Mu).’
Tempat kesembilan
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. adalah di Safa dan Marwah.
Dari Ibn Umar r.a., dia bertakbir di Safa tiga kali dan berkata:
‘Laa ilaha illalahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku
wa lahul hamdu, wa huwa ‘ala kulli syai’in qadir’ (Tidak
ada tuhan kecuali Allah, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNyalah
kekuasaan dan bagiNya pula puji-pujian dan Dia berkuasa atas
segala sesuatu), kemudian berselawat untuk Nabi s.a.w. lalu
berdiri lama dan berdoa. Di Marwah, dia juga melakukan hal
seperti itu.’
Dari Umar bin Khattab r.a., dia berkhutbah di hadapan
orang ramai di Makkah : ‘Apabila seorang dari kamu datang
untuk melaksanakan haji, maka dia harus tawaf terlebih dahulu
di Al Bait tujuh kali, kemudian solat di Makam (Ibrahim) dua
rakaat. Setelah itu mencium Hajar Aswad, lalu memulai dari
Safa dan berdiri di atasnya dan menghadap Al Bait, kemudian
bertakbir tujuh kali. Di antara dua takbir diucapkan tahmid
kepada Allah dan memuji Allah serta berselawat untuk Nabi
s.a.w., kemudian baru berdoa atas masalahnya sendiri. Demikian
pula yang dilakukan di Marwah.’
Tempat kesepuluh
Tempat selawat untuk Nabi adalah pada waktu orang ramai
berkumpul, sebelum mereka berpisah.
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
689
Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Tidaklah suatu kaum duduk di
majlis kemudian bersurai tanpa berzikir kepada Allah dan tidak
berselawat untuk Nabi s.a.w., melainkan mereka akan diabaikan
oleh Allah. Kalau menghendaki, Dia menyiksa mereka. Dan kalau
menghendaki, Dia mengampuni mereka.’ (Hadis riwayat Ibn
Hibban di dalam Sahihnya, Al Hakim di dalam Mustadraknya,
dan lain-lain)
Dari Hisyam bin Urwah, dari ayahnya, dari Aisyah r.a.,
katanya : ‘Hiasilah majlis kamu dengan selawat untuk Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam.’
Tempat kesebelas
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. adalah sewaktu menyebut
namanya.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Nabi s.a.w. bersabda :
‘Merugilah seseorang yang aku disebut di hadapannya, tetapi
dia tidak mahu berselawat untukku.’ (Hadis riwayat At Tirmizi
dan dianggap hasan, dikeluarkan oleh Al Hakim dan dianggap
sahih)
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda naik
ke mimbar kemudian berkata : ‘Amin….Amin…..’, lalu
menyebutkan hadisnya, diantaranya : ‘Barangsiapa aku disebut
dihadapannya tetapi tidak mahu berselawat untukku, maka dia
masuk ke dalam neraka dan Allah akan menjauhkannya. Maka
aku berkata : ‘Amin.’ (Hadis riwayat Ibn Hibban di dalam
Sahihnya)
Telah didahului oleh hadis-hadis yang seperti ini dari riwayat
Abu Hurairah r.a., Jabir bin Samurah, Ka’ab bin Ajrah, Malik
bin Al Huwairis, serta Anas bin Malik, yang semuanya
mengeluarkan hujjah.
Dari Anas bin Malik Radiallahu‘anhu ,katanya: Rasulullah
s.a.w. bersabda : ‘Orang yang kikir adalah apabila aku disebut
di hadapannya, dia tidak mahu berselawat untukku.
Sesungguhnya barangsiapa berselawat untukku satu kali, Allah
akan berselawat untuknya sepuluh kali.’ (Hadis riwayat AnNasa’i dan Abu Daud)
Kandungan
690
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Dalil-dalil ini sahih dan masalahnya jelas merupakan
kewajiban.
Tempat kedua belas
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. boleh diucapkan pada saat
selesai bertalbiyah.
Dari Imarah bin Khuzaimah bin Thabit, dari ayahnya bahawa
Nabi s.a.w. bersabda bahawa apabila seseorang selesai dari
talbiyah, hendaknya memohon kepada Allah ampunan, redha,
serta perlindunganNya kepada rahmat Nya dari api neraka.
Salih berkata : ‘Aku mendengar Al Qasim bin Muhammad
berkata : ‘Adalah disukai apabila seseorang menyelesaikan
talbiyah kemudian berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam.’ Maka dikatakan : ‘Ini juga termasuk sumber-sumber
doa.’
Tempat ketigabelas
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. adalah pada saat mencium
Hajar Aswad.
Abu Zar Al Harawi berkata : ‘Diceritakan kepada kami oleh
Muhammad bin Bakran, diberitakan kepada kami oleh Abdullah
bin Mukhlid, dikatakan kepada kami oleh Muhammad bin
Uthman bin Abi Syaibah, diceritakan kepada kami oleh Aun bin
Salam dan diberitakan kepada kami oleh Muhammad bin Salam,
katanya : ‘Diceritakan kepada kami oleh Nafi’, bahawa Ibn Umar
r.a. apabila ingin mencium Hajar Aswad berkata : ‘Allahumma
imanan bika wa tashdiqan bi kitabika, wa sunnati nabiyyika
sallallahu alaihi wa salam’ (Ya Allah, aku beriman kepada Mu
dan membenarkan Kitab Mu, serta Sunnah Nabi Mu).’
Telah disebutkan sebelumnya bahawa tempat selawat untuk
Nabi s.a.w. adalah ketika di Safa dan Marwah.
Tempat keempatbelas
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. adalah ketika seseorang
bangun dari tidur malamnnya.
Berkatalah An-Nasa’i di dalam Sunannya yang agung : ‘Aku
diberitahu oleh Ali bin Muhammad dengan sanad dari Abdullah
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
691
bin Mas’ud r.a. katanya : ‘Allah Azza wa Jalla tertawa kepada
dua orang : Yang seorang menemui musuh sedangkan dia berada
di atas kuda seperti kuda itulah sahabatnya. Maka musuh kucarkacir, sementara dia tetap teguh. Apabila terbunuh maka dia
mati syahid. Dan apabila dia tetap hidup, maka itulah yang
membuat Allah tertawa kepadanya.’
‘Dan yang seorang lagi bangun pada tengah malam tanpa
disertai orang lain, kemudian berwudhu dengan baik, dilanjutkan
degan memuji-muji serta mengagungkan Allah, lalu berselawat
untuk Nabi s.a.w. dan membuka Al Quranul Karim. Itulah yang
membuat Allah tertawa kepadanya serta berfirman : ‘Lihatlah
hambuKu yang berdiri tanpa dilihat oleh siapa pun kecuali Aku.’
(Hadis riwayat Abdur Razaq didalam Mushannafnya)
Tempat kelimabelas
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. adalah setelah mengkhatamkan
Al-Quran sebab tempat itu adalah tempat doa.
Al Fadhal bin Ziyad berkata : ‘Aku bertanya kepada Abu
Abdullah : ‘Aku akan mengkhatamkan Al Quran, apakah
sebaiknya didalam solat terawih ataukah di dalam witir?’ Dia
menjawab : ‘Lakukanlah didalam terawih, agar kita boleh berdoa
di antara kedua solat itu.’ Aku bertanya : ‘Bagaimana aku harus
melakukannya?’ Dia menjawab : ‘Apabila engkau telah sampai
pada akhir Al Quran, angkatlah kedua tanganmu sebelum ruku’
dan berdoalah untuk kami sementara kami melakukan solat, dan
berlama-lamalah berdiri.’ Aku bertanya : ‘Dengan apa (aku
berlama-lama)?’ Dia menjawab : ‘Dengan apa saja.’ Dikatakan :
‘Lalu aku mengerjakan seperti apa yang disuruhnya, sementara
dia berdiri tegak di belakangku lalu mengangkat kedua
tangannya.’
Ibnul Qayyim mentaklik riwayat ini dan berkata : ‘Kalau ini
menjadi tempat yang paling berat bagi doa dan paling berhak
untuk dikabulkan, maka ia termasuk tempat selawat untuk Nabi
s.a.w. yang paling sulit.’
Tempat keenambelas
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. adalah pada Hari Jumaat.
Kandungan
692
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Dari Abu Umamah: Nabi s.a.w. bersabda : ‘Perbanyakkanlah
selawat bagiku pada setiap hari Jumaat sebab selawat umatku
ditunjukkan kepada ku setiap hari Jumaat. Maka barangsiapa
yang banyak selawatnya, dialah yang manzilahnya paling dekat
denganku.’ (Hadis riwayat Al Baihaqi didalam Sunannya dan
Ath Thabrani dan Mu’jamul Kabir)
Dari Abu Mas’ud Al Ansari, dari Nabi s.a.w. yang bersabda :
‘Perbanyakkanlah selawat bagiku pada hari Jumaat, kerana
tidak ada orang yang berselawat kepadaku pada hari Jumaat
melainkan selawatnya diperlihatkan kepadaku.’
Tempat ketujuhbelas
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. adalah pada berdiri (bersurai)
dari suatu majlis.
Abdurrahman bin Abi Hatim berkata : ‘Aku mendengar dari
Sufyan bin Said, tidak boleh ku hitung apabila ingin berdiri
(dari majlis), berkata : ‘Sallallahu wa mala-ikatahu ‘ala
Muhammad wa ala anbiyaa illah wa malaaikatihi’
(Semoga selawat Allah dan malaikatNya terlimpah untuk
Muhammad dan untuk para nabiyullah beserta para
malaikatnya).’
Tempat kelapanbelas
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. adalah pada saat melalui
masjid.
Al Qadhi Ismail berkata didalam kitabnya : ‘Dikatakan oleh
Yahya dengan sanad dari Ali bin Husain, katanya:
‘Sesungguhnya Ali bin Abi Thalib berkata : ‘Apabila kamu melalui
masjid, maka berselawatlah untuk Nabi s.a.w. sebagai salam
penghormatan.’
Tempat kesembilanbelas
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. adalah sewaktu berada dalam
kesedihan, kesulitan dan memohon ampunan.
Dari Thufail bin Ubai bin Ka’ab r.a. dari ayahnya, katanya :
‘Bahawa Rasulullah apabila telah melewati seperempat malam
akan bangun dan berkata : ‘Wahai manusia, berzikirlah kepada
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
693
Allah, berzikirlah kepada Allah. Telah tiba yang menggetarkan
diikuti oleh berikutnya, telah tiba maut dengan segala
perhitungannya, telah tiba maut dengan segala perhitungannya.
Dikatakan : ‘Dia berkata : ‘Wahai Rasulullah, aku banyak
membaca selawat untuk anda, maka berapa bahagian dari
selawatku yang ku tujukan untuk anda?’ Baginda menjawab :
‘Terserah engkau’. Dia bertanya : ‘Seperempat?’ Baginda
menjawab : ‘Terserah kepada engkau, apabila engkau menambah,
maka akan lebih baik bagimu.’ Dia bertanya lagi : ‘Separuh?’
Baginda menjawab : ‘Terserah kepada engkau, apabila engkau
menambah, maka akan lebih baik bagimu.’ Dia bertanya : ‘Dua
pertiga?’ Baginda menjawab : ‘Terserah kepada engkau, apabila
engkau menambah, maka akan lebih baik bagimu.’ Dia berkata:
‘Aku akan menjadikan seluruh selawatku untuk anda.’ Baginda
menjawab : ‘Jika engkau berbuat demikian, maka akan
dilenyapkan semua kerisauan hatimu dan akan diampunkan
semua dosamu.’ (Hadis riwayat At Tirmizi dari hadis ‘Abdullah
bin Muhammad bin ‘Aqil, dari Thufail, dari ayahnya, dan
dikatakan sebagai hadis hasan)
Tempat keduapuluh
Tempat untuk berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
adalah pada saat menuliskan namanya.
Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu , katanya: Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Barangsiapa berselawat
kepadaku di dalam kitab, maka malaikat beristighfar untuknya
selama namaku ada di dalam kitab itu.’ (Abu Musa berkata :
‘Diriwayatkan bukan hanya satu dari ‘Usaid.’)
Diriwayatkan oleh Sulaiman bin Ar Rabi’ dengan sanad dari
Ibn ‘Abbas Radiallahu‘anhu , katanya: Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa berselawat bagiku di
dalam kitab, maka selawat itu tetap berlaku pahalanya selama
namaku tertulis di dalamnya.’
Tempat keduapuluh satu
Tempat selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
pada saat menyampaikan ilmu kepada orang ramai.
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
694
Dari Ja’far bin Ubai, katanya : ‘Sesungguhnya ‘Umar bin
‘Abdul ‘Aziz menulis surat : ‘Selanjutnya, ada sekelompok orang
yang mencari dunia dengan amalan akhirat, dan dari tukangtukang cerita yang telah menghebohkan soal selawat kerana
mengatakan bahawa selawat bagi para pemimpin kamu sama
dengan selawat bagi Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Maka
apabila suratku ini tiba, perintahkanlah agar mereka menujukan
selawat mereka untuk para Nabi dan doa-doa mereka bagi kaum
Muslimin pada umumnya, kemudian berdoa setelah itu.’
Selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam diucapkan
di tempat-tempat ini kerana merupakan tempat penyampaian
ilmu yang datang dari ulama dan disebarkan kepada umat, juga
merupakan seruan kepada umat dan thariqah kepada Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam. Ini adalah amalan yang paling baik
dan besar manfaatnya di dunia dan akhirat. Maka diperintahkan
benar-benar kepada para muballigh yang menyeru manusia
kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan ajarannya
yang ditegakkan oleh Allah di dalam maqam ini, supaya
mengawal katanya dengan puji-pujian kepada Allah, mengakui
keEsaanNya, memberitahu hak-hakNya kepada hambahambaNya dan mengucapkan selawat untuk RasulNya dengan
memujinya, serta mengakhiri kata-katanya juga dengan selawat
dan salam untuknya.
Tempat keduapuluh dua
Tempat selawat untuk Rasululullah s.a.w. adalah pada awal dan
akhir hari.
Berkatalah Ath Thabrani : ‘Diceritakan oleh Hafsh bin Umar
dengan sanadnya dari Abu Darda r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Sesiapa berselawat kepada ku
ketika bangun pagi sepuluh kali, dan pada waktu petang
sepuluh kali, dia akan mendapatkan syafaat ku pada hari
kiamat.’
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
695
(Dikatakan oleh Abu Musa Ad Daini dan diriwayatkan dari
banyak orang bukan satu)
Tempat keduapuluh tiga
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. adalah apabila ingin
menghapus dosanya sendiri.
Berkatalah Ibn Abi Ashim di dalam kitab tentang selawat
untuk Nabi s.a.w. : ‘Dikatakan kepada ku oleh Hasan Bin Bazzar
dengan sanadnya dari Anas r.a. katanya : Rasulullah s.a.w.
bersabda : ‘Berselawatlah untuk ku kerana selawat untukku
merupakan tebusan bagi kamu. Maka barangsiapa berselawat
untukku, Allah berselawat untuknya sepuluh selawat.’
Berkatalah Abu Syaikh di dalam kitab tentang selawat untuk
Nabi s.a.w. : ‘Dikatakan kepada ku oleh Abdullah bin Muhammad
dengan sanad dari Abu Hurairah r.a. katanya : ‘Rasulullah s.a.w.
bersabda : ‘Berselawatlah untukku kerana sesungguhnya selawat
untukku adalah zakat bagi kamu.’ (Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah
dari Ibn Fudhail, dari Laith, dari Ka’ab, dari Abu Hurairah)
Didalam berita-berita ini dijelaskan bahawa selawat untuk
Nabi s.a.w. adalah zakat bagi orang yang berselawat itu,
sedangkan zakat menjamin kesuburan, berkat serta kesucian.
Selain itu, dia adalah penebus, dan menjamin dihapuskan
dosanya. Dengan kata lain, dua hadis ini menjamin bahawa
selawat untuk Nabi s.a.w. akan menyucikan diri dari
keburukkannya dan menetapkan kesuburan, tambahan
kesempurnaan serta keutamaannya. Padahal kedua masalah ini
berkaitan dengan kesempurnaan jiwa. Ini bererti tidak ada
kesempurnaan kecuali dengan selawat untuk Nabi s.a.w. yang
juga merupakan keharusan bagi orang-orang yang mencintai dan
mengikutinya.
Tempat keduapuluh empat
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. adalah ketika seseorang
bimbangkan kefakiran dan keperluan.
Berkatalah Abu Nu’aim : ‘Diceritakan oleh Abdullah bin
Muhammad dengan sanad dari Jabir bin Samurah As Sawa-i,
dari ayahnya katanya : ‘Kami berada di sisi Nabi s.a.w. ketika
Kandungan
696
Hakikat Tawassul dan Wasilah
seseorang yang berkata : ‘Wahai Rasulullah, amalan apa yang
mendekatkan kita kepada Allah Azza wa Jalla?’ Baginda
menjawab : ‘Perkataan yang jujur dan menunaikan amanah.’
Dikatakan : ‘Wahai Rasulullah, tambahkanlah kepada kami.’
Baginda menjawab : ‘Zikir dan selawat yang banyak untukku
menghapuskan kefakiran.’ Dikatakan : ‘Wahai Rasulullah,
tambahkanlah kepada kami.’ Baginda menjawab : ‘Barangsiapa
memimpin suatu kaum, hendaklah meringankan kerana
didalamnya ada orang-orang yang sudah tua, sakit, lemah dan
memiliki hajat.’
Tempat keduapuluh lima
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. adalah tatkala seorang lelaki
meminang seorang wanita didalam perkahwinan.
Ibn Abbas menafsirkan ayat : ‘Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi’ (Al Ahzab : 56)
sebagi berikut : ‘Sesungguhnya Allah memuji Nabi kamu dan
memberi ampunan kepadanya, serta memerintahkan kepada
malaikat untuk beristighfar. FirmanNya : ‘Hai orang-orang yang
beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya.’ Maksudnya memujinya didalam
solat-solat kamu, di masjid-masjid kalian, di semua tempat,
termasuk dalam acara pinangan. Dalam meminang wanita,
jangan sampai kamu melupakannya.’
Tempat keduapuluh enam
Tempat selawat untuk Nabi s.a.w. adalah ketika bersin.
Ath Thabrani berkata : ‘Diceritakan oleh Muhammad bin
Abdullah Al- Hadhrami dengan sanad dari Nafi’ katanya : ‘Aku
melihat Ibn Umar, sementara seseorang bersin di sisinya lalu
mengucapkan : ‘Alhamdu lillah was salamu ‘ala Rasulillah’
(Segala puji bagi Allah, dan semoga keselamatan tercurah untuk
Rasulullah). Ibn ‘Umar berkata : ‘Dan aku pun berkata : ‘As
salamu ‘ala Rasulillah’ (Semoga keselamatan tercurah untuk
Rasulullah). Namun sebenarnya hal ini tidak benar. Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kita untuk mengatakan,
ketika kita bersin : ‘Alhamdu lillah ‘ala kulli hal’ (Segala
puji bagi Allah dalam setiap keadaan).’
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
697
Dari Nafi’ : ‘Bahawa seseorang bersin di sisi Ibn ‘Umar, lalu
berkata : ‘Alhamdu lillah was salamu ‘ala Rasulillah’. Ibn ‘Umar
berkata : ‘Dan aku berkata : ‘Asalamu ‘ala Rasulillah’. Tetapi
sebenarnya tidak seperti ini yang diajarkan oleh Rasulullah
kepada kita.’
Tempat keduapuluh tujuh
Tempat selawat untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
adalah setelah selesai berwudhu.
Dari Al A’masy, dari Abu Wa-il, dari ‘Abdullah, katanya:
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Apabila
seorang dari kalian selesai berwudhu, hendaknya dia berkata :
‘Asyhadu an laa ilaaha illallah, wa anna Muhammad
‘abduhu wa rasuluhu’ (Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan
kecuali Allah, dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan
RasulNya), kemudian berselawat untukku. Apabila dia
mengucapkan hal itu, terbukalah baginya pintu-pintu rahmat.’
(Hadis ini masyhur baginya dari jalan ‘Umar bin Al Khathab,
‘Uqbah bin ‘Amir, Thauban, dan Anas)
Tempat keduapuluh lapan
Tempat selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
pada saat masuk ke dalam rumah.
Dari Abu Hazm, dari Sahal bin Sa’ad, katanya : ‘Seseorang
datang kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam kemudian
mengeluh kepada Baginda tentang kefakiran dan kesulitan
kehidupan - atau penghasilan -. Maka Baginda bersabda :
‘Apabila engkau masuk ke dalam rumahmu, ucapkanlah salam,
baik di dalamnya ada orang atau tidak ada orang, kemudian
ucapkanlah salam untukku dan bacalah : ‘Qul huwallahu Ahad,
sekali saja’. Orang itu mengerjakan hal tersebut, kemudian Allah mencurahkan rezeki kepadanya sampai mencukupi tetangga
dan kerabatnya.’
Tempat keduapuluh sembilan
Tempat selawat untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
adalah di semua tempat yang digunakan untuk berzikir kepada
Allah.
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
698
Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu , katanya: Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Bahawa Allah memiliki
malaikat yang berkeliling-keliling. Apabila melewati sekelompok
orang yang berzikir, para malaikat berkata satu sama lain:
‘Duduklah kalian, dan kalau orang-orang itu berdoa, ucapkanlah:
‘Amin’ atas doa mereka. Kalau mereka mengucapkan selawat
untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, maka ucapkanlah
selawat bersama mereka sampai selesai.’ Lalu antara satu sama
lain berkata : ‘Sungguh beruntung! Mereka pulang dengan
membawa ampunan bagi diri mereka.’ (Hadis ini berasal dari
Sahih Muslim)
Tempat ketigapuluh
Tempat selawat untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
adalah apabila seseorang terlupa akan sesuatu dan ingin
mengingatnya.
Dari Anas bin Malik Radiallahu‘anhu , katanya : Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Kalau kamu melupakan
sesuatu, maka berselawatlah untukku, nescaya kamu akan ingat,
insya Allah.’
Tempat ketigapuluh satu
Tempat selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
sewaktu seorang hamba terdesak oleh hajatnya.
Dari Abu Sahal bin Malik, dari Jabir bin ‘Abdullah, katanya:
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
‘Barangsiapa berselawat untukku seratus selawat ketika solat
subuh sebelum bicara apa-apa, maka Allah akan memenuhi
seratus hajatnya. Yang disegerakan baginya ada tiga puluh,
dan yang ditunda baginya ada tujuh puluh. Demikian pula bila
hal serupa itu dilakukan pada waktu Maghrib. Para sahabat
berkata : ‘Lalu bagaimana cara berselawat untuk anda, wahai
Rasulullah?’ Baginda menjawab : ‘Hai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya.’ (Al Ahzab: 56)
Dari Abu ‘Ubaidah, dari Ibn Mas’ud, katanya : ‘Apabila
engkau meminta hajatmu, maka mulailah dengan pujian-pujian
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
699
kepada Allah dengan apa yang layak bagiNya dalam hal itu,
kemudian berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam,
dan berdoalah; maka dengan yang demikian itu, lebih besar
kemungkinan keperluan akan tercapai.’
Dikatakan oleh ‘Abdullah bin Abi Aufa : ‘Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam keluar menemui kami lalu bersabda:
‘Barangsiapa mempunyai hajat kepada Allah ‘Azza wa Jalla,
hendaknya dia berwudhu dengan sempurna, lalu solat dua
rakaat, memuji Allah dan berselawat untuk NabiNya. Kemudian
berkata : ‘Laa ilaha illallahu Hakimul Karim, subhanallahi
Rabbil ‘Arsyil ‘azim, alhamdu lillahi rabbil ‘alamin, as
aluka mujibati rahmatika, wa ‘azza-ima maghfiratika,
wal ghanimata min kulli birrin, was salamata min kulli
zanbin, laa tada’lii zanban illa ghafartahu, wa laa
hamman illa farrajtahu, wa laa hajatan illa hiya laka
ridhan illa qadhaitaha, Ya Arhamar Rahimin.’ (Tidak ada
Tuhan kecuali Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
Maha Suci Allah Tuhan ‘Arasy yang agung. Segala puji bagi
Allah Tuhan Alam Semesta. Aku memohon kepadaMu sesuatu
yang mewajibkan rahmatMu dan sesuatu yang mendatangkan
ampunanMu, memperoleh keuntungan dari setiap kebaikan, serta
mendapatkan keselamatan dari setiap dosa. Janganlah Engkau
biarkan di dalam diriku dosa-dosa kecuali telah Kau ampuni,
dan kesempitan kecuali telah Engkau lapangkan, dan keperluan
yang Engkau redhai kecuali telah Engkau kabulkan, wahai Zat
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang).’
Dari Jabir Radiallahu‘anhu, katanya: Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam bersabda : ‘Barangsiapa berselawat kepadaku
setiap hari seratus kali, maka Allah akan memenuhi seratus
keperluannya; tujuh puluh darinya adalah untuk akhiratnya, dan
tiga puluh darinya adalah untuk dunianya.’ (Al Hafiz Abu Musa
berkata : ‘Hadis ini hasan’)
Tempat ketigapuluh dua
Tempat selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
ketika telinga berdengung.
Dari Abu Rafi’, dari saudaranya, ‘Abdullah, dari ayahnya,
dari datuknya, katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
Kandungan
700
Hakikat Tawassul dan Wasilah
bersabda : ‘Apabila telinga seorang dari kamu berdengung,
berselawatlah kepadaku.’ Dan dikatakan : ‘Allah menyebut
dengan kebaikan bagi orang-orang yang menyebutku.’
Tempat ketigapuluh tiga
Tempat selawat unutk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
setelah solat.
Disebutkan oleh Al Hafiz Abu Musa dengan sanad dari Abu
Bakar Muhammad bin ‘Umar, katanya : ‘Aku berada dekat Abu
Bakar bin Mujahid, lalu datanglah Asy Syibli. Abu Bakar bin
Mujahid berdiri untuk menyambutnya. Dia memeluknya serta
menciumnya diantara kedua matanya, sehingga aku berkata
kepadanya : ‘Ya Sayyidina, anda melakukan hal itu atas Asy
Syibli, padahal anda dan seluruh Baghdad menganggap bahawa
dia itu gila?’ Dia menjawab : ‘Aku melakukan terhadapnya kerana
melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam melakukan hal
itu terhadapnya. Aku melihat Rasulullah di dalam mimpi. Ketika
Asy Syibli datang, Baginda berdiri untuk menyambutnya serta
mencium di antara kedua matanya. Maka aku pun bertanya :
‘Wahai Rasulullah, mengapa anda melakukan hal ini terhadap
Asy Sibli?’ Baginda menjawab : ‘Orang ini membaca setelah
solatnya : ‘Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul
dari kaummu sendiri…(At-Taubah : 128) sampai akhir ayat,
diikuti dengan selawat untukku.’
Tempat ketigapuluh empat
Tempat selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
pada waktu menyembelih, sebab membaca selawat untuk
NabiNya merupakan bukti iman kepada Allah dan ibadah
bagiNya. Orang yang mengucapkannya diberi pahala oleh
Allah.
Tempat ketigapuluh lima
Tempat selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
di dalam solat, tetapi di luar tasyahhud, dan dalam keadaan
membaca. Apabila di dalamnya disebutkan namaNya, atau ketika
firman Allah :
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
701
‘Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat
untuk Nabi s.a.w : Wahai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.’
(Al Ahzab: 56)
Apabila dibaca oleh kawan-kawan kita. ‘Yang lain berkata :
‘Apabila nama Baginda disebut di dalam bacaan, hendaknya kita
berhenti dan berselawat untuknya.’
Dari Hisyam, dari Al Hasan, katanya : ‘Apabila selawat untuk
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam itu disebut, hendaknya
seseorang berhenti membaca dan berselawat dengan taat.’
Imam Ahmad Radiallahu‘anhu mengambil nas ini lalu
berkata: ‘Apabila seseorang yang mendirikan solat membaca ayat
yang didalamnya disebutkan nama Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam, kalau di dalam solat-solat nafilah, hendaknya
mengucapkan selawat untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam.’
Tempat ketigapuluh enam
Tempat bacaan selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
adalah sebagai pengganti sedekah bagi seseorang yang tidak
memiliki harta untuk disedekahkan kepada orang lain.
Dari Abu Sa’id Radiallahu‘anhu, katanya: Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Siapa pun yang tidak
memiliki sesuatu untuk disedekahkan, hendaklah mengucapkan
di dalam doanya : ‘Allahumma salli ‘ala Muhammad ‘abdika
wa rasulika, wa Sali ‘alal mu’minin wal mu’minat, wal
muslimin wal muslimat” (Ya Allah, limpahkanlah selawat
untuk Muhammad, hambaMu dan RasulMu, dan limpahkanlah
selawat untuk orang-orang Mukmin laki-laki dan perempuan,
serta untuk orang-orang Muslim laki-laki dan perempuan), maka
itu menjadi zakat baginya.’
Kandungan
702
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Tempat ketigapuluh tujuh
Tempat selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
pada waktu hendak tidur.
Muhammad bin ‘Amir berkata : ‘Abu Qarshafah berkata :
‘Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda : ‘Barangsiapa pergi ke pembaringannya, kemudian
membaca: “Tabarakalladzi biyadihil mulku,” kemudian
berdoa : ‘Allahumma Rabbal halal wal haram, wa Rabbul
Baladal Haram, wa Rabbar Rukna wal Maqam, wa Rabbal
masy’aril haram, bi haqqi kulli ayati anzaltaha fi syahrir
Ramadhan, balagha ruhu Sayyidina Muhammad
sallallahu ‘alaihi was salam minni tahiyyahu wa salama.’
(Ya Allah, Tuhan segala sesuatu yang halal dan yang haram,
Tuhan negeri yang suci, Tuhan Rukun dan Maqam, Tuhan
Masy’aril Haram, dengan hak semua ayat yang diturunkan di
dalam bulan Ramadhan, sampaikanlah untuk ruh Sayyidina
Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam penghormatan dan
salam dariku) - sebanyak empat kali - maka Allah akan
mewakilkan kepadanya dua malaikat sehingga mendatangi
Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka berkata :
‘Wahai Muhammad, si Fulan bin Fulan membaca untukmu salam
dan rahmat Allah.’ Baginda menjawab : ‘Dan bagi si Fulan salam
dan rahmat Allah beserta berkahnya dariku.’
Tempat ketigapuluh lapan
Tempat selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
pada setiap kalimat baik yang berharga, yang dimulai dengan
tahmid dengan Allah dan puji-pujian untukNya, dilanjutkan
dengan selawat untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam,
barulah setelah itu menyebutkan kata-katanya.
Soal mengawali kata-kata dengan tahmid ini diterangkan di
dalam Musnad Imam Ahmad dan Sunan Abu Daud, dari
hadis Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, dari Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam, yang bersabda :
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
703
‘Semua perkataan yang didalamnya tidak diawali dengan
puji-pujian bagi Allah adalah kosong.’
Sedangkan soal selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam ada di dalam riwayat Abu Musa Al Madini dengan
sanad dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya:
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Setiap
perkataan yang tidak menyebut Allah didalamnya dan
selawat untuk diriku, maka ia tertutup dari semua berkat.’
Tempat ketigapuluh sembilan
Tempat selawat unutk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah
didalam suasana solat Hari Raya. Pada kesempatan itu, kita
dianjurkan untuk membaca tahmid dan puji-pujian kepada
Allah serta selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Dari Alqamah : ‘Sesungguhnya Ibn Mas’ud, Abu Musa, dan
Huzaifah Radiallahu‘anhu telah berjumpa dengan Al Walid bin
‘Uqbah sehari sebelum Hari Raya. Dia berkata kepada mereka :
‘Sesungguhnya Hari Raya sudah dekat, lalu bagaimana cara
bertakbir pada waktu itu?’ ‘Abdullah berkata : ‘Mulailah dengan
takbir seperti pembukaan solat, lalu bertahmid kepada Tuhanmu
dan berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, barulah
berdoa. Setelah itu, bertakbir dan melakukan seperti tadi. Setelah
itu bertakbir dan melakukan seperti tadi, setelah itu bertakbir
dan melakukan seperti tadi. Kemudian membaca, lalu bertakbir
untuk ruku’. Selanjutnya bangkit (dari ruku) dan membaca,
kemudian bertahmid kepada TuhanMu dan berselawat untuk
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, Sayyidina Muhammad, serta
berdo’a. Lalu bertakbir dan melakukan seperti itu, lalu bertakbir
dan melakukan seperti itu, lalu bertakbir dan melakukan seperti
itu, kemudian ruku’.’ (Abu Huzaifah berkata : ‘Dan Abu Musa
membenarkan Abu Abdurrahman’)
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
704
HASIL SELAWAT UNTUK RASULULLAH
SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
Kita telah menyebut sebelumnya tentang disyariatkan selawat
dan salam untuk Sayyidina Muhammad Sallallahu ‘alaihi
wasallam. Dalil tentang disyari’atkan hal ini diambil dari Al
Kitab, iaitu Al Qur’anul Karim dan Sunnah mulia yang suci.
Telah dijelaskan tentang tempat-tempat salam dan selawat
untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang jelas tuntutannya,
baik diwajibkan atau dianjurkan secara pasti, didukung
penjelasannya dan dalil dari sunnah–sunnah yang suci dan
perkataan orang-orang yang terdahulu dari golongan sahabat,
tabi’in, dan lain-lain. Untuk mengukuhkan maksud ini, ada
baiknya kita sebut kembali faedah-faedah yang muncul dari
tingginya kedudukan Nabi kita dan untuk memenuhi perintah
Allah, serta buah keutamaan selawat dan salam bagi Sayyidina
Sayyidil Mursalin dan Imam orang-orang yang bertakwa.
Kebenaran yang jelas, tidak ada keraguan didalamnya bagi
orang yang meneliti, melihat, dan memikirkan. Kita menemui
sesuatu yang mudah dan ringan. Sedangkan keuntungan dan
hasil selawat dan salam untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam banyak sekali dan tidak terhitung jumlahnya. Di
antara contoh-contohnya boleh disebutkan :
•
Penerapan perintah Allah :
‘Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat
untuk Nabi s.a.w : Wahai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.’
(Al- Ahzab: 56 )
•
Menyertai Allah dalam berselawat untuk Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam, walaupun caranya berlainan,
sebab selawat kita berisi doa dan permohonan, sedangkan
selawat Allah berisi puji-pujian dan penghargaan;
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
705
•
Malaikat ikut berselawat didalamnya;
•
Bagi orang yang berselawat, ada pahala 10 kali ganda
daripada Allah, dan tambahan bagi orang yang melakukan
hal lainnya;
•
Selawat menyebabkan seseorang ditinggikan 10 darjat,
dituliskan baginya 10 kebaikan, dan dihapuskan darinya
sepuluh dari keburukan;
•
Selawat boleh diharapkan ijabah doanya apabila diajukan
di hadapan-Nya. Ia boleh menaikkan doa kepada Rabbul
‘Alamin, sebab doa yang tidak disertai selawat akan terhenti
diantara langit dan bumi;
•
Selawat mendatangkan syafa’at Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam apabila dipadukan dengan pemohonan wasilah
untuk Baginda, mahupun disendirikan, seperti yang diajukan
di dalam hadis Ruwaifi;
•
Selawat menyebabkan dihapuskan dosa dan kesalahan;
•
Selawat menyebabkan Allah mencukupi keperluan orang
yang membacanya.
•
Selawat menyebabkan orang yang membacanya dekat
dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pada hari
kiamat;
•
Selawat boleh menjadi sedekah bagi orang yang kekurangan;
•
Selawat menyebabkan terkabulnya keperluan;
•
Selawat menyebabkan Allah dan para malaikat berselawat
untuk orang yang membacanya;
•
Selawat merupakan zakat untuk menegakkan dan
mensucikan solat;
•
Selawat menyebabkan diberitakan syurga bagi hamba
sebelum ia mati (disebutkan oleh Al Hafiz Abu Musa di dalam
kitabnya dan disebut dalam hadis ini);
•
Selawat mendatangkan keselamatan dari kesulitan hari
kiamat;
Kandungan
706
Hakikat Tawassul dan Wasilah
•
Selawat mendatangkan balasan selawat dan salam
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam untuk orang yang
membacanya, sebagaimana yang dituturkan di dalam hadishadis sahih yang telah disebutkan;
•
Selawat mengembalikan ingatan seseorang hamba yang
melupakan sesuatu;
•
Selawat memperindahkan majlis dan tidak menjadi sia-sia
bagi keluarga orang yang membacanya pada hari kiamat;
•
Selawat melenyapkan kefakiran dan dosa, sebagaimana telah
disebutkan sebelumnya tentang disyariatkannya;
•
Selawat menolak sifat bakhil dari seorang hamba, apabila
dibaca ketika nama Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam disebut;
•
Selawat merupakan penyelamat dari doa kepadaNya kalau
ditinggalkan ketika nama Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
disebut;
•
Selawat menghantar pembacanya ke jalan syurga, dan besar
kesalahan orang yang meninggalkan jalan tersebut;
•
Selawat menyelamatkan seseorang dari fitnah-fitnah majlis
yang di dalamnya tidak disebut nama Allah dan RasulNya,
dan tidak memuji, mengagungkan serta berselawat untuk
RasulNya;
•
Selawat menutup dan menyempurnakan perkataan yang
diawalikan dengan tahmid kepada Allah dan selawat untuk
RasulNya;
•
Selawat menjadi cahaya bagi hamba di atas Sirat;
•
Selawat mengeluarkan hamba dari kejahatan;
•
Selawat menyebabkan Allah mengukuhkan sebutan baik dan
pujian bagi makhluk langit dan bumi, sebab orang yang
berselawat memohon kepada Allah untuk memberi
kemuliaan dan keagungan kepada RasulNya, ditinggikan
kedudukannya dan dibalasi setimpal dengan amalannya.
Maka orang yang berselawat wajib mendapatkan hal-hal
seperti ini;
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
707
•
Selawat menyebabkan orang yang berselawat dikurniakan
berkat pada amalannya, usia, dan sebab-sebab kebaikannya.
Alasannya adalah kerana di dalam selawat yang dibacanya
terkandung permohonan kepada Allah agar diberi berkat bagi
dirinya beserta seluruh keluarganya. Sedangkan selawat
merupakan doa yang mustajab dan memiliki balasan yang
setimpal;
•
Selawat menyebabkan seseorang mendapat rahmat Allah,
sebab rahmat ini juga diminta di dalam selawat sebagaimana
yang diucapkan oleh Thaifah. Apabila diucapkan secara
rutin, menurut perkataan yang benar, orang yang berselawat
wajib mendapatkan rahmat;
•
Selawat menyebabkan kemantapan rasa cinta kepada
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Ini merupakan
pertalian iman. Tidak akan sempurna iman seseorang,
kecuali dengannya. Adapun seseorang hamba yang memiliki
kekasih akan selalu mengingat kekasihnya di dalam hatinya,
dan sentiasa membayangkan kekasihnya. Ertinya, orang
yang mencintai akan bertambah cintanya dan bertambah
rindunya, serta ingin menguasai seluruh hatinya. Apabila
bayangan dan kenangannya tentang kecantikannya terlepas
dari ingatannya, maka berkuranglah cinta di dalam hatinya.
Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih menyenangkan
mata seseorang yang mencintai, kecuali melihat kekasihnya.
Dan tidak ada sesuatu yang lain di hatinya, selain mengingat
dan membayangkan kecantikannya. Kalau hal ini semakin
kuat di dalam hatinya, nescaya akan ringanlah lidahnya
dalam mengagungkannya, serta menyebut-nyebut
kecantikannya. Itu semua menambah rasa cinta di dalam
hati dan perasaannya sebagai saksi bagi hal tersebut. Banyak
contoh yang termasyur tentang seorang yang mencintai
sesuatu;
•
Di antara faedah-faedah selawat dan salam untuk Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah selawat untuk Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam akan menjadi penyebab
bertambahnya kecintaan seseorang hamba kepada Baginda;
Kandungan
708
Hakikat Tawassul dan Wasilah
•
Selawat mengundang hidayah bagi hamba yang
menghidupkan hatinya. Sebab setiap kali seorang hamba
memperbanyakkan selawat untuknya dan mengenangkannya,
rasa cinta pun menguasai hatinya, sampai tiada lagi
bangkangan terhadap perintahnya, dan tidak pula ada
keraguan tentang apa saja yang datang dari dirinya. Bahkan
apa yang dibawanya terpahat dalam hatinya, selalu dibaca
sepanjang bergantinya keadaan. Dia pun menyerap hidayah
kemenangan dan bermacam macam ilmu darinya. Setiap kali
penglihatan dan kekuatan ma’rifatnya dalam hal itu
bertambah, maka akan bertambah pula selawat untuknya.
Itulah yang terjadi pada ulama yang arif terhadap sunnah, di
mana hidayahnya mengikuti. Lain dengan selawat orang yang
awam. Sebab setiap kali selawat beserta ma’rifatnya
bertambah, maka bertambah pula cinta dan ma’rifatnya
tentang hakikat selawat yang dimintanya dari Allah;
•
Selawat menyebabkan seseorang dikenal oleh Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam dan disebut disisinya, sebagaimana
sabdanya : ‘Bahawa selawat kamu diperlihatkan kepadaku.’
Juga sabdanya : ‘Bahawa Allah mewakilkan di kuburku,
Malaikat yang menyampaikan salam dari umatku.’ Dan
seorang hamba dikatakan memperolehi keberhasilan apabila
namanya disebutkan di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam;
•
Selawat mengukuhkan kaki di atas Sirat. Hadis dari
‘Abdurrahman bin Samurah yang diriwayatkan oleh Sa’id
bin Musayyab tentang mimpi Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam menyatakan sabda Baginda : ‘… Aku melihat
seorang dari umatku merangkak di atas sirat dan berjalan
dengan empat kaki, dan adakalanya tergelincir. Kemudian
datanglah selawatnya kepadaku, maka dia dikukuhkan di
atas kakinya dan diselamatkan oleh selawatnya.’ (Hadis
Riwayat Abu Musa Al Madini, yang tertulis di dalam kitab
At Targhib wat Tarhib, dan dikatakan bahawa hadis ini
hasan). Justeru, selawat untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam masih mendatangkan manfaat meskipun dibaca
sedikit sekali. Kita patut bersyukur atas nikmat yang
diberikan Allah kepada kita ini. Di pihak lain, orang-orang
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
709
yang membaca selawat baginya dengan cara yang
selayaknya, tidak terhitung diterimanya ilmu, kemampuan
dan iradahnya. Namun Allah, kerana kurniaNya, rela dengan
syukur dengan yang sedikit dari hamba-hambaNya dan
selawat yang hanya sedikit memenuhi hak Baginda:
•
Selawat menjamin zikrullah dan syukur kepadaNya, dan
ma’rifat pemberian nikmatNya kepada hamba-hambaNya
dengan mengutus RasulNya. Orang yang membaca selawat
secara langsung berselawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam, berzikir kepada Allah, berzikir kepada RasulNya,
dan memohon balasan selawat bagi dirinya sendiri. Tuhan
telah mengajarkan kepada kita nama-nama dan sifat-sifatNya,
serta memberi petunjuk kepada jalan keredhaanNya. Kita
tahu bahawa selawat yang sampai kepada Baginda dapat
menjamin iman, bahkan menjamin untuk berikrar bahawa
Tuhan akan mengabulkan apa yang diminta, ilmuNya,
pendengaranNya, kemampuanNya, iradahNya, sifatNya,
perkataanNya, dan pengutusan RasulNya. Kepercayaan
seseorang tentang semua beritanya dan kesempurnaan
cintanya, tidak akan membawa kerugian, dan merupakan usul
iman. Dengan itu, selawat untuk Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam menjamin ilmu si hamba, kepercayaan, dan
kecintaan terhadapnya. Itu sebabnya hal ini merupakan
amalan yang paling utama.
Selawat untuk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dari
hamba merupakan doa. Dan doa hamba beserta permohonannya
kepada Tuhannya mengandung makna permohonannya tentang
keperluan dan kepentingannya, dan apa yang mendatangkan
pahala baginya pada waktu malam dan siang. Dengan itu, doa
dan permintaaan ini diutamakan bagi hamba yang dikasihi. Atau
makna yang lain, iaitu untuk memuji Khalil dan HabibNya, dan
ingin menghargai, menghormati, berkorban, serta mengutamakan
untuk menyebutnya dan meninggikannya.
Tak syak lagi Allah menyukai hal itu, demikian juga dengan
RasulNya. Jadi, barangsiapa berselawat untuknya, bererti dia
telah mendekatkan permohonan, keinginan, dan permintaannya
dengan kecintaan Allah dan RasulNya. Permohonannya tentang
keperluan dan kesenangannya akan diutamakan oleh Allah.
Kandungan
710
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Apabila seseorang mengutamakan apa yang disukai oleh Allah
dan RasulNya di atas semua hal lain, maka Allah pun akan
mengutamakan dia dari pada yang lain. Misalnya adalah seperti
orang-orang yang dekat dengan raja atau pemimpin mereka.
Apabila ingin dekat dengan si raja dan mendapatkan kedudukan
di sisinya, maka mereka akan berusaha memberi segala sesuatu
yang paling disukai oleh si raja. Setiap kali mereka menambah
penghargaan dan penghormatan mereka kepadanya, maka naiklah
kedudukan mereka di sisinya, dan makin dekatlah mereka
dengannya. Jadi didekatkan si raja dengan mereka adalah kerana
mereka tahu benar pemberian dan penghargaan yang disukai
olehnya. Kalau sudah demikian, apabila mereka meminta sesuatu,
si raja tentu ingin menyempurnakan pemberian dan kebaikannya.
Masalah berkaitan dengan perasaan dan kedudukan mereka.
Di dalam hubungan ini, baik orang-orang yang tidak memintakan
keperluannya mahupun orang-orang yang tidak meminta
keperluannya, penghargaan terhadap kekasihnya menyatu
dengan erat terhadapnya. Lalu bagaimana pula dengan kekasih
yang paling agung, paling tinggi, paling terhormat, dan paling
berhak atas cinta Tuhannya?
Seandainya tidak ada faedah selawat untuk Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam kecuali hanya permintaan ini, maka
hal itu pun sudah cukup bagi orang-orang yang beriman sebagai
penghargaan.
Di sini ada berita baik bagi orang-orang yang mengajarkan
agamanya kepada umat dan tentang apa yang tersedia bagi
mereka, agar menjadi dorongan untuk tidak berputus asa dalam
menyeru umat kepadanya dan bersabar tentang hal itu. Iaitu
bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam mendapatkan pahala
yang lebih besar dari pada amalannya, sebab Baginda juga
mendapatkan tambahan pahala dari orang-orang yang
mengikutinya. Maka orang-orang yang menyeru umat kepada
sunnah dan agamanya, juga orang-orang yang mengajarkan
kebaikan bagi umat, apabila tujuannya hanya untuk bertaqarrub
kepada Allah dan mengikuti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam, maka mereka akan mendapat pahala yang besar.
Sebab disamping mendapatkan pahala dari perbuatannya
sendiri, mereka juga mendapatkan pahala dari hasil dakwah dan
pengajarannya berdasarkan niat ini. Itulah kurnia Allah yang
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
711
diberikan kepada siapa saja yang dikehendakiNya. Dan Allah
Maha Pemurah Lagi Maha Agung.
SELAWAT DAN SALAM YANG MA’THURAH BAGI
RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
Selawat untuk Sayyidina dan Maulana Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam mendatangkan hasil yang besar, berkat yang
banyak dan faedah yang berlimpah. Ertinya dengan selawat itu
semua cita-cita tercapai. Seluruh keperluan dipenuhi, segala
masalah menjadi mudah, setiap kesulitan menjadi mudah,
dengan berselawat untuknya, manusia akan selamat, hati
menjadi tenang, dada menjadi lapang, jiwa menjadi tenteram,
perasaan menjadi riang, dengan berselawat untuknya kebaikan
akan ditambah, kesalahan akan diampunkan, tuntutan dan
tuduhan akan dihapuskan, darjat akan ditinggikan dosa-dosa
akan diabaikan dan doa-doa akan dikabulkan. Bahkan dengan
berselawat untuknya, manusia akan berbahagia dan
mendapatkan Redha dan Ridhwan di akhirat.
Cara mengucapkan selawat dan salam untuk Rasulullah
yang layak bagi orang-orang yang beriman, dapat memuaskan
telinga kita dan mengharumkan jiwa kita, dapat dilakukan
dengan bacaan yang mudah. Kita mulai dengan menyebut nas
yang tertera di dalam syari’at iaitu :
(Ya Allah, limpahkanlah selawat untuk Sayyidina
Muhammad dan untuk keluarga Sayyidina Muhammad
sebagaimana engkau melimpahkan selawat kepada
Sayyidina Ibrahim dan untuk keluarga Sayyidina Ibrahim.
Dan limpahkanlah berkat untuk Sayyidina Muhammad dan
untuk keluarga Sayyidina Muhammad, sebagaimana Engkau
melimpahkan berkat kepada Sayyidina Ibrahim dan untuk
Kandungan
712
Hakikat Tawassul dan Wasilah
keluarga Sayyidina Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah
Zat Yang Terpuji lagi Maha Agung)
Bacaan selawat di atas tertera di dalam Sunnah serta dalil
disyari’atkannya. Ia merupakan cara yang penuh berkat yang
dianjurkan oleh syari’at dan ditujukan kepada Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Cara lain yang serupa dengan cara ini disebutkan oleh penulis
Ad Dala’il iaitu :
(Ya Allah, limpahkanlah selawat untuk Sayyidina
Muhammad, Nabi yang ummi, dan untuk keluarga Sayyidina
Muhammad, sebagaimana Engkau melimpahkan selawat
kepada Sayyidina Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah
Zat Yang Terpuji lagi Maha Agung. Dan limpahkanlah berkat
untuk Sayyidina Muhammad, Nabi yang ummi, sebagaimana
Engkau melimpahkan berkat kepada Sayyidina Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Terpuji lagi Maha
Agung)
Cara lainnya lagi yang juga penuh berkat adalah :
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
713
(Ya Allah, limpahkanlah selawat untuk Sayyidina
Muhammad dan untuk keluarga Sayyidina Muhammad
sebagai selawat yang menjadi keredhaanMu, sebagai balasan
baginya, sebagai memenuhi haknya, sebagai pemberian
wasilah dan keutamaan baginya, sebagai kedudukan yang
terpuji sebagaimana yang telah Engkau janjikan. Balasilah
dia melalui kami tentang apa yang telah menjadi miliknya,
dan balaslah dia dengan balasan paling utama yang pernah
kau limpahkan kepada seorang Nabi dari kaumnya dan
seorang Rasul dari umatnya. Dan limpahkanlah selawat
kepada semua saudaranya dari para Nabi dan orang-orang
soleh, wahai Zat Yang Paling Penyayang.
Ya Allah, jadikanlah keutamaan selawatMu, kemuliaan
kesucianMu, melimpahnya berkatMu, kelembutan kasihMu,
rahmatMu, kehormatanMu, serta keutamaan perlindunganMu bagi Sayyidina Muhammad, pemuka para Rasul,
utusan Tuhan Alam Semesta, pemimpin kebaikan, pembuka
kebaikan, Nabi yang membawa rahmat, serta pemimpin
umat.).’’
Sebagaimana disebutkan oleh penulis Syifa’us Saqam,
sesungguhnya barang siapa membaca selawat bagi Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan lafaz ini lebih dari sekali
setiap hari, dia akan mendapat syafa’atnya dan terjaga dari fitnah
dajjal.
Banyak cara yang tersurat dalam mengucapkan selawat dan
salam untuk Sayyidina Muhammad yang disebut dalam keadaan
tubuh yang suci, hati yang bersih, dan jiwa yang tenang. Kita
perlu membekali diri dan menghiasi diri dengannya kerana
besarnya faedah dan mulianya keutamaanya. Bahkan ada yang
dikhususkan untuk tujuan menghilangkan segala derita,seperti:
Kandungan
714
Hakikat Tawassul dan Wasilah
(Ya Allah, limpahkanlah selawat untuk Saiyyidina
Muhammad dan untuk keluarga Saiyyidina Muhammad,
yang dengan selawat itu, Engkau menyelamatkan kami dari
semua bencana dan musibah, Engkau memenuhi segala hajat
kami, Engkau membersihkan kami dari semua keburukan,
Engkau meninggikan darjat kami, Engkau menyampaikan
kami kepada semua tujuan dari kebaikan, dalam hidup kami
mahupun setelah mati).’
(Ya Allah, limpahkanlah selawat yang sempurna dan
keselamatan yang sempurna kepada Nabimu yang
menyebabkan terhurainya semua simpulan, terlepasnya
segala kesempitan, terpenuhnya semua hajat, tercapainya
seluruh keinginan dan akhir yang baik (husnul khatimah),
dan dicurahkannya siraman hujan kerana keagungannya.
Dan (limpahkanlah selawat dan salam) kepada keluarga dan
sahabat-sahabatnya di setiap kerdipan mata dan hembusan
nafas, dan sebanyak semua yang engkau ketahui).’
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
715
Dan semacam itu juga :
(Ya Allah, limpahkanlah selawat bagi Sayyid dan Maula
kami, Muhammad yang dikasihi, diberi syafa’at, dan penuh
kasih sayang, yang memberitakan tentang Tuhannya yang
Maha Pemurah. Sesungguhnya bagi Allah di dalam setiap
nafas terdapat seratus ribu kebahagian yang dekat, dan
(limpahkanlah juga selawat) bagi keluarganya beserta para
sahabatnya).’
Dan pula:
(Ya Allah, limpahkanlah selawat yang agung dan
keselamatan yang baik bagi kekasihMu, Sayyidina
Muhammad, dan siramilah dia dengan cahayaMu
sebagaimana kau bukakan tabir tajalliMu, kemudian dia
boleh memandang wajahMu Yang Mulia, dan dengan hakikat
Tuhan yang Agung, yang melindunginya dari semua
keburukan. Ya Allah, bebaskanlah aku dari kesulitanku
sebagaimana kau janjikan : ‘Atau siapakah yang
memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila
Kandungan
716
Hakikat Tawassul dan Wasilah
ia berdoa kepadanya, dan yang menghilangkan kesusahan...’
(QS. An Naml 62), demikian pula (selawat) bagi keluarganya
beserta para sahabatnya, semoga Allah mengabulkan).’
Ada juga yang dikhususkan agar dapat melihat Rasulllah
Sallallahu ‘alaihi wasallam, seperti :
(Selawat dan keselamatan bagimu, wahai pemimpinku,
wahai Rasulullah, hanyalah sedikit dayaku, sedangkan
engkau adalah wasilahku, maka tolonglah aku).’
Ada yang ditujukan untuk mendatangkan kebaikan dan
mengusir kejahatan, iaitu :
(Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Sayyid kami dan
Maula kami Muhammad, pembuka apa-apa yang terkunci,
penutup apa-apa yang terdahulu, penolong kebenaran dengan
jalan yang benar, dan penunjuk kepada jalanMu yang lurus.
Semoga selawat Allah terlimpah baginya, bagi keluarganya,
dan bagi semua sahabatnya dengan sebenar-benar kuasaNya
dan kekuasaanNya yang agung, dan bagi keluarganya,
sahabat-sahabatnya, dan berilah keselamatan).’
Ada yang dibaca agar dicintai oleh Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam, misalnya :
Kandungan
Tempat-tempat Selawat Untuk Rasulullah...
717
(Ya Allah, limpahkanlah selawat untuk Sayyidina
Muhammad, hambaMu, NabiMu, dan RasulMu, Nabi yang
‘ummi. Dan (limpahkanlah selawat) untuk keluarganya dan
sahabat-sahabatnya, dan ucapkanlah salam penghormatan
dengan keagungan ZatMu di setiap waktu dan masa).’
Ada yang disebut dengan selawat yang agung, kerana
banyaknya kebaikan dan besarnya fadhilah yang terkandung di
dalamnya, iaitu :
(Ya Allah, aku memohon dengan cahaya Allah yang Agung,
yang memenuhi tiang-tiang ‘Arasy Allah yang Agung, dan
tegak dengannya ilmu Allah yang Agung, agar Engkau
melimpahkan selawat bagimu, wahai Maula kami, wahai
Kandungan
718
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Muhammad, wahai makhluk yang agung. Dan limpahkanlah
keselamatan baginya dan bagi keluarganya serupa itu, dan
kumpulkanlah keselamatan baginya dan bagi keluarganya
serupa itu, dan kumpulkanlah aku dengannya sebagaimana
Engkau mengumpulkan ruh dengan nafas, baik lahir
mahupun batin, sewaktu terjaga atau terlena. Dan
jadikanlah, wahai Tuhan, ruh bagi zatku dari semua wajah
di dunia sebelum akhirat, wahai Yang Maha Agung).”
Selain ini, masih banyak macam dan cara yang penuh berkat
untuk mengucapkan selawat dan salam untuk Sayyidina
Rasulullah. Selawat dan salam itu disebutkan oleh para
pendahulu kita yang bertakwa di dalam kebenaran, dari kitabkitab yang dapat dipercayai. Tidak ada yang perlu dihairankan
dalam hal ini, sebab Baginda adalah Sayyidul Wujud ini dan
rahmat Allah bagi alam semesta. Semoga selawat dan salam
Allah tercurah baginya di setiap kerdipan mata dan tarikan nafas,
sebanyak jumlah yang diliputi oleh ilmu Allah yang agung, dan
atas keluarga beserta sahabat-sahabatnya… Amin.
Kandungan
719
FASAL 4
SYAFAAT DAN DALIL
KETETAPANNYA BAGI
RASULULLAH
S
ayyidina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Bagindalah
yang diberi sesuatu yang tidak diberikan oleh para Nabi dan
Rasul yang lain. Hanya Bagindalah yang dibela dengan rasa takut
dari jarak satu bulan. Hanya bagi Bagindalah semua tanah dapat
digunakan sebagai masjid dan disucikan. Hanya bagi Bagindalah
dihalalkan ghanimah yang tidak dihalalkan bagi Nabi lain
sebelumnya. Hanya Bagindalah yang diutus kepada semua
manusia secara umum, sedangkan Nabi-Nabi sebelumnya diutus
kepada kaumnya saja secara khusus.
Nabi mana dari antara para Nabi yang menerima kurnia
berupa sebutan yang mulia selain Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam? Rasul mana dari antara para Rasul yang diberi
penghormatan dan maqam yang tinggi, sebagaimana yang
diberikan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam?
‘Angkatlah kepalamu, wahai Muhammad, mintalah nescaya
engkau akan diberi, dan bersyafa’atlah nescaya akan berlaku
syafa’atmu.’ Semoga selawat dan salam tercurah bagi Anda, ya
Sayyidi ya Rasulullah.
Syafa’at yang agung akan diberikan kepada Sayyidina
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Pada hari kiamat,
syafa’at ini merupakan salah satu keutamaan yang dikhususkan
bagi beliau sendiri.
Syafa’at itu merupakan pertolongan dari Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam bagi manusia pada hari kiamat. Ia menjadi
pertolongan yang paling agung kerana besarnya penderitaan
manusia dan lamanya penantian manusia pada saat itu. Juga
719
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
720
untuk menunjukkan keutamaan Baginda di atas semua makhluk,
sekaligus sebagai dalil harusnya syafa’at dan manfaat setelah
Baginda wafat, dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Semua
ini sesuai dengan apa yang disebutkan oleh hadis-hadis tentang
syafa’at. Termasuk didalamnya hadis yang menerangkan bahawa
semua manusia bergantung nasib kepada para Nabi dan Rasul
agar mereka memberi syafa’at dari Allah, tetapi mereka tidak
mahu melakukannya, bahkan semua Nabi itu menyuruh manusia
pergi kepada Sayyidul Mursalin yang memiliki maqam tinggi
dan kedudukan yang terhormat. Dialah makhluk Allah yang
utama dan pilihan Allah dari antara semua makhlukNya :
Sayyidina Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Maka penyebutan syafa’at sesuai dengan sabdanya:
‘Barangsiapa menziarahi ke kuburku, diwajibkan baginya
syafa’atku.’
Kita akhiri dengan Al Quran agar ia menjadi penutup
masalah kita, Insya Allah.
Singkat kata, syafa’at ukhrawiyah terdiri dari lima jenis, yang
semuanya ditetapkan bagi Nabi kita Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Sebahagian dari syafa’at itu hanya diberikan kepada Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam, sedangkan sebahagian yang lain
diberikan pula kepada Nabi-Nabi lainya. Namun Bagindalah
pemuka yang dikhususkan dengan syafa’at. Syafa’at yang
dimilikinya tetap, kerana Baginda sebagai pemuka dari semuanya.
Maka seluruh syafa’at dinisbahkan kepada syafa’atnya. Sabdanya:
‘… syafa’atku…’ mengisyaratkan kepada syafa’at yang khusus
mahupun yang umum yang dimiliki oleh beliau.
Oleh kerana itu, susunan ini harus diteliti dan dipisahpisahkan, sebagaimana Al Qadhi Iyadh dan ulama-ulama lain
berkata : ‘Syafa’at itu terdiri dari lima bahagian :
Pertama
Syafa’at yang dikhususkan bagi Nabi kita, Muhammad Sallallahu
‘alaihi wasallam, iaitu memohonkan kepada Allah agar seluruh
Kandungan
Syafaat Dan Dalil Ketetapannya...
721
makhluk tidak terlalu lama terseksa di padang mahsyar, dan
untuk mempercepat dilaksanakannya hisab dari Allah. Tidak
ada yang berhak atas syafa’at semacam ini kecuali Baginda, iaitu
yang disebut syafa’at ‘uzma. Tidak ada seorang pun yang
mengingkari hal ini.
Kedua
Syafa’at untuk memasukkan suatu kaum ke syurga tanpa hisab.
Syafa’at ini juga ditetapkan bagi Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam,
sebagaimana dijelaskan di dalam hadis-hadis yang akan saya
sebutkan kemudian, Insya Allah.
Berkatalah Ibnu Daqaq Al ‘Id Radiallahu‘anhu : ‘Saya tidak
tahu apakah di dalamnya ada kekhususan atau tidak.’
Lafaz hadis yang dapat diketengahkan adalah : ‘… Maka
aku berkata : ‘Ya Rabbi, … umat hamba … umat hamba…’ Maka
Allah menjawab : ‘Wahai Muhammad, masukkanlah di dalam
syurga sebahagian dari umatmu tanpa hisab atas diri mereka
dari pintu kanan dari pintu-pintusyurga dan mereka bercampur
dengan umat manusia selain dari pintu-pintu itu.’
Hadis tentang masuknya suatu kaum ke syurga tanpa
dihisab ini diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim dari
barmacam-macam jalan, dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
sebahagian darinya adalah sebagai berikut :
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
‘Tujuhpuluh ribu dari umatku masuk ke dalam syurga tanpa
hisab.’ Berkatalah seseorang : ‘Wahai Rasulullah,
mintakanlah kepada Allah agar aku termasuk salah satu
dari mereka itu.’ Beliau berkata : ‘Ya Allah, jadikanlah dia
salah satu dari mereka.’ Dan orang itu adalah ‘Ukasyah.’
Kandungan
722
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Di dalam hadis lain : ‘Mereka bertanya : ‘Siapakah mereka
itu, wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab : ‘Mereka adalah
orang yang tidak suka memuja sesuatu yang tidak semestinya,
tidak bertathayyur, tidak pendendam dan kepada Allah selalu
bertawakkal.’
Di dalam hadis lainnya lagi : ‘… Diperlihatkan kepadaku
keadaan umat-umat. Maka aku melihat seorang Nabi yang
bersamanya ada sekelompok orang, seorang Nabi yang
bersamanya ada satu-dua orang, dan ada Nabi yang bersamanya
tidak ada seorang pun. Kemudian diperlihatkan kepadaku umat
manusia yang nampak kehitaman (kerana banyaknya), dan aku
berharap mereka adalah umatku. Dikatakan kepadaku : ‘Ini
adalah Musa ‘Alaihissalam dan kaumnya. Tapi tengoklah ke arah
ufuk.’ Maka aku melihat ada sejumlah besar umat sampai mereka
berwarna kehitam-hitaman. Kemudian dikatakan kepadaku : ‘Ini
adalah umatmu, dan tujuhpuluh ribu, yang berada di barisan
depan, dan tidak ada hisab bagi mereka, tidak pula azab.’
Dalam hadis lain, mereka berjumlah tujuh puluh ribu yang
berada di barisan depan dan tidak ada hisab bagi mereka dan
tidak pula azab. Dalam hadis lain :
‘Telah masuk sekelompok orang dari umatku yang berjumlah
tujuh puluh ribu orang. Dari wajah-wajah mereka terpancar
cahaya ibarat cahaya bulan purnama.’
Semua hadis tersebut diambil dari Sahih.
Hadis-hadis lain di dalam Sahih adalah : ‘Tidak masuk
(syurga) orang yang pertama sebelum masuknya orang yang
terakhir.’ Ini mengisyaratkan tentang lapangnya pintu-pintu
syurga.
Dikatakan : ‘Yang pertama dari mereka dan yang terakhir
dari mereka’ maksudnya adalah keadaan sewaktu di dunia, iaitu
bahawa manusia dari zaman yang pertama sampai zaman yang
Kandungan
Syafaat Dan Dalil Ketetapannya...
723
paling akhir masuk sekaligus. Sedangkan tentang kecepatan
mereka ketika masuk di dalamnya, dikatakan mereka masuk
sambil bergandingan satu sama lain. Kalau tidak, mustahil
orang yang pertama dan yang terakhir boleh masuk bersamasama. ‘Tidak masuk orang yang pertama sebelum orang yang
terakhir’ itu adalah hakikat.
Setelah mengetahui hal ini, tak diragukan lagi bahawa
kelompok yang masuk syurga tanpa hisab adalah mereka yang
memiliki sifat sebagaimana disebutkan di dalam hadis. Termasuk
diantara mereka adalah ‘Ukasyah yang masuk ke syurga kerana
doa Rasulullah.
Yang jelas, semua yang memenuhi sifat yang diterangkan
didalam hadis : ‘Aku masuk ke syurga dari mereka yang tidak
dihisab.’ Lalu mendapatkan balasan. Mereka tetap masuk ke
syurga atau tidak, tergantung kepada syafa’at Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam. Apabila mereka diberi syafa’at, maka Allah
akan mengizinkan mereka masuk dari pintu sebelah kanan
sebagaimana dijelaskan di dalam hadis. Maka kewujudan mereka
adalah sebagai orang-orang yang tidak dihisab dan dikukuhkan
kesucian mereka.
Boleh dikatakan bahawa balasan itu hanya diterima oleh
mereka dengan syarat adanya syafa’at. Walaupun mereka telah
memenuhi sifat-sifat seperti telah disebutkan didalam hadis, hal
itu tidak menunjukkan dalil tentang hal ini.
Sedangkan apabila seseorang tidak memiliki sifat-sifat yang
telah disebutkan di dalam hadis, maka mereka menjadi orangorang yang patut dihisab.
Jelaslah bahawa jumlah tujuhpuluh ribu orang itu adalah
jumlah maksima, dan mereka semua memiliki sifat sebagaimana
yang telah disebutkan.
Walaupun masing-masing memiliki takdir-takdir yang
diwajibkan baginya, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam tetap
memiliki kekhususan untuk dapat memasukkan sekelompok
umatnya yang pertama di dalam syurga dengan syafa’atnya.
Maka syafa’at yang dimaksud di sini adalah syafa’at maqam yang
pertama, sebelum memberikan syafa’at kepada yang lainnya.
Kandungan
724
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Dan diperlukan izin untuk memasukkan kelompok tersebut
sebagai orang-orang pertama yang masuk ke dalam syurga.
Makna ini tidak diikuti oleh penjelasan apakah seseorang
itu berasal dari umat yang terdahulu yang masuk syurga tanpa
hisab dan memerlukan syafa’at Nabinya atau tidak. Sabda Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam tersebut boleh ditafsirkan secara
bebas pada saat ini. Ia mungkin termasuk syafa’at dalam
membuka syurga dan memasukkan kelompok pertama ke
dalamnya. Dan ia pun termasuk macam syafa’at yang kedua,
menilik dari lamanya mereka menanti di tempat itu.
Syafa’at tentang pembukaan syurga dinyatakan setelah
syafa’at tentang keputusan. Maka syafa’at tentang pembukaan
syurga boleh diperhitungkan sebagai jenis syafa’at yang kedua.
Namun kedua jenis syafa’at tersebut dikhususkan bagi Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak ada keraguan tentang hal itu.
Bagi orang-orang yang meneliti hadis-hadis sahih yang murni
tentu akan mengetahui bahawa fasal keputusan yang pertama
itulah yang membezakan keadaan umat-umat. Semua umat
berturut-turut mendapatkan keputusan tentang nabisnya,
sampai hanya berbaki orang-orang yang beriman, kemudian
mereka masuk ke dalam syurga secara berkelompok-kelompok.
Semua itu disebabkan pemberian Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam yang pertama kali, di mana Baginda mengangkat
kepalanya dari sujud kepada Allah, lalu diizinkan untuk
memberikan syafa’at. Dikatakan kepadanya : ‘…masukkanlah
ke dalam syurga sebahagian dari umatmu tanpa hisab atas diri
mereka dari pintu kanan dari pintu-pintu syurga. Dan mereka
bercampur dengan umat manusia selain dari pintu-pintu itu.’
Kata-katanya ‘dan mereka’ ditujukan kepada umat yang
tidak termasuk penghuni neraka, atau kepada semua umatnya.
Ini diberitakan oleh Nabi s.a.w. bahawa mereka semua akan
dimasukkan ke dalam syurga, walaupun ada sebahagian yang
terlambat. Sujud-sujud Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam
berikutnya menghasilkan syafa’at untuk mengeluarkan orangorang yang berdosa dari api neraka. Barangkali yang tujuhpuluh
ribu orang itu masuk ke dalam syurga tanpa melalui pengadilan,
sebab zahir hadis menunjukkan bahawa mereka tidak dihisab.
Kandungan
Syafaat Dan Dalil Ketetapannya...
725
Sedangkan di luar mereka, ada yang dihisab dengan hisab yang
mudah. Hisab yang mudah ini maksudnya, sebagaimana
diterangkan di dalam tafsir-tafsir hadis sahih, seseorang tidak
ditanyai dengan teliti, sehingga hanya untuk masalah-masalah
yang dihisab itulah dia di azab.
Ketiga
Iaitu syafa’at bagi orang-orang yang diwajibkan masuk ke dalam
neraka, kemudian Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam memberikan
syafa’atnya kepada mereka dan kepada orang-orang yang
dikehendaki Allah.
Al Qadhi Iyadh menyebut dan mengisyaratkan hal itu kepada
hadis dari Abu Sa’id dari kata-katanya :
‘… Lalu meletakkan jambatan di atas Jahannam dan
(Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam) memberikan
syafa’at, sementara mereka berkata : ‘Ya Allah, selamatkan,
selamatkan.’
Dari sini jelas bahawa syafa’at yang ini turun setelah dua
syafa’at yang pertama. Dan orang-orang ini ditetapkan untuk
meniti di atas jambatan dan wajib baginya selamat dari api
neraka.
Pada hari itu, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menjadi
pemimpin para Nabi dan pemilik syafa’at mereka. Maka semua
yang memerlukan syafa’at mereka dinisbahkan kepada
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Dengan demikian tidak
ada yang keluar dari syafa’atnya, tidak dari jenis-jenis syafa’at,
tidak pula dari individu-individu yang mendapatkan syafa’at,
baik yang berasal dari agamanya mahupun dari selain agamanya.
Kalau yang memiliki syafa’at itu adalah para Nabi, sedangkan
mereka berada di bawah panji-panjinya, maka semua orang yang
bersyafa’at juga berada di dalamnya. Para Nabi lain memiliki
Kandungan
726
Hakikat Tawassul dan Wasilah
syafa’at, demikian juga kaum Mukminin, tetapi kedudukan
syafa’at mereka berada di bawah syafa’at Nabi kita Sallallahu
‘alaihi wasallam. Rasulullah merupakan Syafi’usy Syu’afa’.
Keempat
Syafa’at ini diberikan orang-orang berdosa yang masuk ke dalam
neraka. Hadis-hadis sahih menerangkan bahawa mereka
dikeluarkan dari neraka dengan syafa’at Nabi kita dan seluruh
Nabi lainnya, malaikat, serta teman-teman mereka dari orangorang yang beriman. Selanjutnya Allah mengeluarkan semua
orang yang pernah mengucapkan ‘Laa Ilaaha Illallah’ –
sebagaimana tertera di dalam hadis – dan tidak ada yang
tertinggal di dalam neraka kecuali orang-orang kafir.
Syafa’at ini beserta syafa’at ‘uzma telah banyak diterangkan
di dalam hadis. Begitu juga kekhususan syafa’at ‘uzma yang
hanya dimiliki oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Telah diterangkan di dalamnya syafa’at malaikat, para nabi,
dan orang-orang mukmin. Kemudian dengan rahmatNya,
Allah mengeluarkan orang-orang yang pernah mengucapkan :
‘Laa Ilaaha Illallah.’
Banyak hadis hasan yang mengatakan bahawa orang-orang
– selain dari umat ini – yang mengucapkan : ‘Laa Ilaaha Illallah’
tidak mendapatkan syafa’at dari para Nabi mahupun dari
orang-orang lain yang dapat memberikan syafa’at.
Sedangkan umat ini seluruhnya keluar dari neraka kerana
syafa’at Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Meskipun sebahagian
dari mereka juga mendapatkan syafa’at dari saudara-saudaranya
yang beriman, kedudukan syafa’at mereka berada di dalam
syafa’at Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, sebagaimana telah
diisyaratkan sebelumnya.
Ketika hal ini ditetapkan, maka kekhususan Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam dengan syafa’atnya mampu mengeluarkan
seluruh umatnya dari neraka, hingga tiada berbaki seorang pun.
Maka sesuailah hal ini dengan sabdanya :
Kandungan
Syafaat Dan Dalil Ketetapannya...
727
‘Syafa’atku adalah bagi umatku di kalangan mereka yang
melakukan dosa-dosa besar.’
Baginda bersabda lagi :
‘Setiap Nabi memiliki doa yang yang mustajab, tetapi setiap
Nabi terburu-buru menggunakan doanya, sedangkan aku
menyimpan doaku untuk menolong umatku pada hari
kiamat. Maka syafa’at itu akan digunakan, Insya Allah, bagi
orang-orang mati dari umatku yang tidak pernah
menyekutukan Allah dengan sesuatu.’ (Hadis riwayat Al
Bukhari dan Muslim)
Rasulullah bersabda lagi : ‘Telah datang kepadaku utusan
Tuhanku, lalu ditawarkan untuk memilih antara dimasukkannya
separuh umatku ke dalam syurga atau syafa’at. Maka aku
memilih syafa’at, iaitu bagi orang yang tidak pernah
menyekutukan Allah dengan sesuatu.’ (Hadis riwayat. At Tirmizi
di dalam Sunannya)
Hadis lainnya lagi : ‘Aku ditawarkan pilihan antara syafa’at
atau separuh dari umatku dimasukkan ke dalam syurga. Maka
aku memilih syafa’at kerana lebih penting dan lebih banyak.
Kalian tidak boleh melihatnya pada orang-orang mukmin yang
bertakwa, tetapi ia adalah untuk orang-orang berdosa yang
memiliki banyak kesalahan.’ (Hadis riwayat Ibn Majah di dalam
Sunannya)
Semua penjelasan ini menerangkan tentang kesyumulan
syafa’at bagi seluruh umat. Demikian juga ketika kata-katanya
di antara tangan Allah pada hari kiamat : ‘… umat hamba…
umat hamba…’. Maka itulah seruan yang akan dikabulkan
olehNya.
Para ulama berkata tentang : ‘Setiap Nabi memiliki doa
mustajabah...’, bahawa doa tersebut adalah doa yang diyakini
Kandungan
728
Hakikat Tawassul dan Wasilah
istijabahnya dan merupakan baki doa yang diharapkan olehnya.
Maka telah nampaklah kekhususan Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam dalam hal syafa’atnya yang berlaku umum bagi seluruh
umatnya.
Kelima
Iaitu syafa’at untuk menambah darjat di syurga bagi
penghuninya, seperti disebutkan oleh Al Qadhi ‘Iyadh di dalam
kitabnya, Asy Syifa’.
Di dalam kitab Sya’bil Iman, di dalam tafsirnya tentang
wasilah yang dikhususkan bagi Rasulullah, iaitu tawassul, telah
menyebutkan bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam berada
di syurga ibarat manzilah (kedudukan) menteri di hadapan raja.
Tidak ada sesuatu yang sampai kepada siapa pun, kecuali dengan
perantaraan Baginda. Kalau demikian halnya, maka ini juga
merupakan kekhususan baginya.
Inilah fasal dari syafa’at kelima. Barangsiapa menelitinya,
nescaya akan mengetahui berlakunya syafa’at Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam secara umum dengan kekhususan tertentu yang
dikhususkan baginya. Orang yang mahu meneliti hal itu akan
mengetahui tingkat kedudukan nabi yang mulia ini. Dan semakin
jauh ia meneliti, semakin bertambahlah kepercayaannya.
Hadis-hadis tentang syafa’at ini antara lain adalah yang
dikeluarkan oleh Al Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah
Radiallahu‘anhu, katanya :
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Aku
adalah pemimpin manusia pada hari kiamat nanti. Tahukah
kamu, mengapa demikian? Allah mengumpulkan seluruh
manusia dari yang dahulu sampai yang kemudian di sebuah
padang, kemudian dapat dilihat oleh orang yang dapat melihat,
dan didengar oleh orang yang memanggil. Matahari berada dekat
sekali dengan kepala mereka. Manusia merasakan kesedihan dan
kesengsaraan yang tak tertahankan lagi. Maka mereka berkata :
‘Tidakkah kalian megetahui bagaimana kesudahan keadaan yang
sama-sama kita alami ini? Tidakkah kamu tahu siapa kiranya
yang dapat memberikan syafa’at bagi kamu kepada Tuhan kamu?’
Ada yang mengatakan : ‘Ayah kamu, Adam.’
Kandungan
Syafaat Dan Dalil Ketetapannya...
729
Mereka kemudian mendatangi Adam ‘Alaihissalam dan
berkata : ‘Wahai Adam, anda adalah bapa seluruh manusia Allah
menciptakan anda dengan tangan kekuasaanNya dan meniupkan
ruh dari ruhNya di dalam diri anda. Dia juga memerintahkan
malaikat-malaikatNya bersujud kepada anda dan menempatkan
Anda di syurgaNya. Berilah kami syafa’at dari Tuhan. Tidakkah
anda mengetahui keadaan yang sedang kami alami, dan sampai
bilakah kesengsaran kami semua ini?’ Adam menjawab :
‘Sesungguhnya Tuhanku amat murka pada hari ini, belum
pernah murka seperti saat ini sebelum hari ini, dan juga tidak
akan murka seperti sekarang ini sesudah hari ini. Allah telah
melarangku mendekati suatu pohon, tetapi aku melanggar
larangan itu. Diriku, diriku sendiri – belum tentu selamat-.
Pergilah kepada orang selainku. Pergilah kepada Nuh.’
Manusia kemudian mendatangi Nuh ‘Alaihissalam dan
berkata : ‘Wahai Nuh, anda adalah Rasul pertama yang ada di
muka bumi. Allah telah menyebut anda dengan sebutan ‘hamba
yang sangat banyak syukurnya’. Tidakkah anda mengetahui
keadaaan yang sedang kami alami ini? Berilah kami syafa’at
dari Tuhan.’ Nuh menjawab : ‘Sesungguhnya Tuhanku amat
murka pada hari ini, belum penah murka seperti saat ini sebelum
hari ini, dan juga tidak akan murka seperti sekarang ini sesudah
hari ini. Sebenarnya aku memiliki sebuah doa mustajab, tetapi
sudah kupakai untuk mendoakan kerosakan bagi kaumku.
Diriku, diriku sendiri – belum tentu selamat – Pergilah kepada
orang selain aku. Pergilah kepada Ibrahim.’
Manusia kemudian mendatangi Ibrahim ‘Alaihissalam dan
berkata : ‘Wahai Ibrahim, anda adalah Nabi Allah dan
kekasihNya dari golongan penghuni bumi. Berilah kami syafa’at
dari Tuhan. Tidakkah anda mengetahui keadaaan yang sedang
kami alami ini?’ Ibrahim menjawab : ‘Sesungguhnya Tuhanku
amat murka pada hari ini, belum penah murka seperti saat ini
sebelum hari ini, dan tidak akan murka seperti sekarang ini
sesudah hari ini. Sebenarnya aku pernah berdusta sampai tiga
kali. Diriku, diriku sendiri – belum tentu selamat – Pergilah
kepada orang selain aku. Pergilah kepada Musa.’
Manusia lalu mendatangi Musa ‘Alaihissalam dan berkata :
‘Wahai Musa, anda adalah utusan Allah. Allah telah
Kandungan
730
Hakikat Tawassul dan Wasilah
mengurniakan keutamaan kepada anda dengan risalah dan
firmanNya melebihi orang-orang lain. Berilah kami syafa’at dari
Tuhan. Tidakkah anda mengetahui keadaan yang sedang kami
alami ini?’ Musa menjawab : ‘Sesungguhnya Tuhanku amat
murka pada hari ini, belum pernah murka seperti saat ini
sebelum hari ini, dan tidak akan murka seperti sekarang ini
sesudah hari ini. Sebenarnya aku pernah membunuh seorang
manusia yang tidak diperintahkan untuk ku bunuh. Diriku,
diriku sendiri belum tentu selamat -. Pergilah kepada orang
selain aku. Pergilah kepada ‘Isa.’
Manusia lalu menemui ‘Isa ‘Alaihissalam dan berkata :
‘Wahai ‘Isa, anda adalah utusan Allah dan kalimatNya yang
disampaikan kepada Maryam, dan anda pun roh dari Allah. Anda
telah bersabda kepada orang ramai ketika masih berada dalam
buaian. Berilah kami syafa’at dari Tuhan. Tidakkah anda
mengetahui keadaan yang sedang kami alami ini?’ Sesungguhnya
Tuhanku amat murka pada hari ini, belum pernah murka seperti
saat ini, dan tidak akan murka seperti sekarang ini sesudah hari
ini. Pergilah kepada orang selain aku. Pergilah kepada
Muhammad.’
Manusia terus menemui Muhammad Sallallahu ‘alaihi
wasallam - dalam riwayat lain dikatakan : ‘Manusia lalu
menemui aku’ dan berkata : ‘Wahai Muhammad, anda adalah
utusan Allah dan penutup seluruh Nabi. Allah benar-benar telah
mengurniakan pengampunan bagi dosa-dosa anda yang telah lalu
dan yang akan datang. Berilah kami syafa’at dari Tuhan.
Tidakkah anda mengetahui keadaan yang sedang kami alami
sekarang ini?’
‘Aku pun berangkat sampai tiba di bawah ‘Arasy, kemudian
aku bersujud kepada Tuhan. Ketika itu Allah membukakan
bagiku puji-pujianNya serta keindahan penghargaan pujian
terhadap hadratNya. Demikian ini adalah keadaan yang belum
pernah dibukakan Allah kepada siapa pun sebelum ini.
Selanjutnya dikatakan : ‘Wahai Muhammad, angkatlah
kepalamu lalu ajukanlah permohonan, pasti dikabulkan
permohonan itu. Mintalah untuk dapat memberi syafa’at itu.’
Selanjutnya aku mengangkat kepalaku dan memohon : ‘Umat
hamba, ya Tuhan. Umat hamba, ya Tuhan.’
Kandungan
Syafaat Dan Dalil Ketetapannya...
731
Setelah itu dikatakan : ‘Wahai Muhammad, masukkanlah
orang-orang yang tidak perlu dihisab lagi dari umatmu, dari
pintu sebelah kanan dari pintu-pintu syurga. Orang-orang itu
juga kawan orang-orang yang akan masuk dari pintu selain pintu
kanan tadi.’ Nabi melanjutkan : ‘Demi Zat yang jiwaku berada
dalam genggamanNya sesungguhnya jarak antara dua lipatan
pintu dari semua lipatan pintu-pintu syurga itu sama jauhnya
antara Makkah dan Hajar, atau seperti jarak antara Makkah
dan Busra.’ (Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim dari Anas, dari
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang bersabda : ‘Apabila terjadi
kiamat, maka manusia berlaga satu sama lain, kemudian
menemui Adam dan berkata : ‘Tolonglah keturunanmu.’ Dia
menjawab : ‘Bukan aku (yang dapat menolong). Pergilah kamu
kepada Ibrahim, kerana dia adalah Khalilullah.’ Lalu mereka
menemui Ibrahim, tetapi dia menjawab : ‘Bukan aku yang dapat
menolong. Pergilah kamu kepada Musa, kerana dia adalah
Kalimullah.’ Lalu mereka menemui Musa, tetapi dia menjawab :
‘Bukan aku yang dapat menolong. Pergilah kamu kepada ‘Isa,
kerana dia adalah Ruh Allah dan KalimatNya.’ Maka manusia
menemui ‘Isa, tetapi dia menjawab : ‘Bukan aku yang dapat
menolong. Pergilah kamu kepada Muhammad.’
Berkatalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam : ‘Lalu
mereka datang kepadaku. Maka ku katakan : ‘Aku akan
memintakan syafa’at.’ Kemudian Baginda minta izin kepada
Allah dan diberi izin. ‘Lalu aku berdiri dihadapanNya dan tidak
mampu mengucapkan pujian kecuali apa yang telah diajarkan
oleh Allah kepadaku. Kemudian aku bersujud, dan dikatakan
kepadaku : ‘Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu, lalu
berkatalah, engkau akan didengarkan. Ajukanlah permohonanmu, engkau akan diberi. Dan bersyafaatlah, engkau
akan diberi syafaat.’ Maka aku berkata : ‘Umat hamba… umat
hamba…’. Lalu dikatakan kepadaku : ‘Pergilah. Barangsiapa di
dalam hatinya ada sebutir biji dari kebaikan dan sebutir gandum
dari iman, keluarkanlah dari situ.’
Maka aku pergi dan melakukan hal itu. Selanjutnya aku
kembali kepada Tuhanku dan memujiNya dengan puji-pujian itu.
Kandungan
732
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Kemudian aku bersujud, dan dikatakan kepadaku : ‘Wahai
Muhammad, angkatlah kepalamu. Lalu berkatalah, engkau akan
didengarkan. Ajukanlah permohonanmu, engkau akan diberi. Dan
bersyafa’atlah, engkau akan diberi syafaat.’ Lalu aku berkata: ‘Ya
Tuhanku, umat hamba… umat hamba…’. Lalu dijawab : ‘Pergilah.
Barangsiapa di hatinya ada sebiji sawi dari iman, keluarkanlah
dari situ.’
Maka aku pergi dan melakukan hal itu. Selanjutnya aku
kembali kepada Tuhanku dan memujiNya dengan puji-pujian itu.
Kemudian aku bersujud, dan dikatakan : ‘Wahai Muhammad,
angkatlah kepalamu. Lalu berkatalah, engkau akan didengarkan.
Ajukanlah permohonanmu, engkau akan diberi. Dan
bersyafa’atlah, engkau akan diberi syafaat.’ Lalu aku berkata: ‘Ya
Tuhanku, umat hamba… umat hamba…’. Dikatakan: ‘Pergilah.
Barangsiapa di hatinya ada sebutir bubuk merica dari iman,
keluarkanlah dari neraka.’
Maka aku pergi dan melakukannya. Selanjutnya aku kembali
kepada Tuhanku untuk yang keempat kalinya dan memujiNya
dengan puji-pujian itu. Kemudian aku bersujud, dan dikatakan:
‘Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu. Lalu berkatalah,
engkau akan didengarkan. Ajukanlah permohonanmu, engkau
akan diberi. Dan bersyafa’atlah, engkau akan diberi syafaat.’ Lalu
aku berkata : ‘Ya Tuhanku, izinkanlah aku bersyafaat bagi
orang yang mengucapkan : ‘Laa Ilaaha Illallah’.’
Dijawab : ‘Itu bukan urusanmu’. Atau dikatakan : ‘Hal itu
tidak diperkenankan bagimu. Namun dengan kemuliaanKu,
kesucianKu, kebesaranKu, serta keagunganKu, aku akan
mengeluarkan orang yang mengucapkan : ‘Laa Ilaaha Illaallah’.’
(Hadis riwayat Muslim)
Di dalam Al Bukhari, di dalam riwayatnya, syafaat disebut
tiga kali. Dan di dalamnya ada tiga : ‘Lalu aku minta izin kepada
Tuhanku di tempatNya, dan diberi izin’. Kemudian membaca ayat:
‘Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada
hari akhirat di tempat yang terpuji.’
(Al-Isra’ : 79)
Kandungan
Syafaat Dan Dalil Ketetapannya...
733
Dikatakan bahawa inilah Maqam Mahmudah yang telah
dijanjikan bagi Nabi kalian.
Di dalam riwayat Imam Muslim dari Anas Radiallahu‘anhu,
dikatakan bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Allah mengumpulkan orang-orang yang beriman pada hari
kiamat, lalu diilhamkan untuk melakukan hal itu.’ Selanjutnya
mereka berkata : ‘Kalau kita minta pertolongan kepada Tuhan
kita.’
Di dalam Musnad, terdapat riwayat dari Abu Awanah dari
Huzaifah bin Yaman dari Abu Bakar Ash Siddiq, katanya :
‘Rasulullah solat subuh lalu duduk hingga masuk waktu dhuha.
Baginda tertawa, kemudian duduk di tempatnya sehingga waktu
solat yang pertama, ‘asar, dan maghrib. Selama itu Baginda tidak
berkata-kata sehingga solat isya’ yang terakhir. Lalu Baginda
berdiri dan pulang kepada keluarganya. Maka orang ramai
berkata kepada Abu Bakar : ‘Tanyakanlah kepada Rasulullah,
mengapa pada hari ini Baginda melakukan sesuatu yang tidak
pernah dilakukan.’ Maka Abu Bakar menanyakan hal itu dan
Baginda menjawab : ‘Benar. Aku ditawarkan sesuatu yang aneh
dari soal dunia dan urusan akhirat. Dikumpulkanlah seluruh
umat dari yang pertama hingga yang terakhir di suatu lembah.
Maka orang-orang menjadi takut kerana hal itu hingga lari
kepada Adam, sedangkan peluh menyulitkan mereka. Mereka
berkata : ‘Wahai Adam, anda adalah bapa manusia dan anda
dipilih oleh Allah. Maka mintakanlah kami syafaat dari Tuhan
anda.’ Dia menjawab : ‘Aku sendiri mengalami seperti apa yang
kamu alami. Pergilah kamu kepada bapa kamu setelah bapa
kamu. Pergilah kepada Nuh a.s.’
Selanjutnya disebutkan hadis yang serupa dengan riwayat
sebelumnya sampai kepada ‘Isa ‘Alaihissalam, dia berkata :
‘Urusan kamu bukan merupakan hakku. Pergilah kamu kepada
Sayyid (pemimpin) anak Adam.’
Dikatakan : ‘Maka beliau pergi, kemudian datanglah Jibril
membawa firman Allah kepadanya : ‘Berilah dia izin dan
beritakanlah kepadanya tentang syurga.’ Dikatakan : ‘Selanjutnya
Baginda pergi bersama Jibril kemudian bersujud. Allah
berfirman kepadanya : ‘Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu.
Kandungan
734
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Bicaralah, engkau akan didengarkan; dan bersyafa’atlah, engkau
akan diberi syafaat.’
Dikatakan : ‘Maka Baginda mengangkat kepalanya, dan
ketika melihat Tuhannya, dia langsung bersujud. Allah
berfirman: ‘Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu. Bicaralah,
engkau akan didengarkan; dan bersyafaatlah, engkau akan diberi
syafaat.’
Dikatakan : ‘Maka beliau pergi setelah bangkit dari sujud,
dan di bimbing lengannya oleh Jibril. Dibukakanlah oleh Allah,
doa yang tidak pernah dibukakan kepada manusia sama sekali.’
Dikatakan : ‘Lalu Baginda berkata : ‘Ya Tuhanku, jadikanlah
aku pemimpin anak Adam, dan hal ini bukanlah untuk berbanggabangga, jadikanlah aku orang pertama yang pecah buminya
(dibangkitkan) pada hari kiamat, dan hal ini bukanlah untuk
berbangga-bangga; sampai aku dikembalikan ke telaga yang lebih
banyak dari apa yang berada di antara Shan’a’ dan Ailah.’
Hadis ini menunjukkan kepada sesuatu yang maha besar
yang dilihat dan diketahui oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam pada hari itu. Tidak ada yang mengetahui oleh
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pada hari itu. Tidak ada
yang mengetahui hal itu kecuali Allah dan yang memberitahunya.
Apa yang dikemukakan di dalam hadis dari Anas, Abu Hurairah
Radiallahu‘anhu, dan lain-lain, merupakan sebahagian kecil
tentang hal-ehwal kiamat yang diketahui oleh Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam. Semoga kita ditolong oleh Allah pada
hari itu.
Yang jelas, sujud pertama yang disebutkan di dalam riwayat
tersebut tidak disebutkan di dalam hadis Anas dan Abu Hurairah
Radiallahu‘anhum. Inti dari hadis Anas dan Abu Hurairah
Radiallahu‘anhum adalah bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam berdiri di maqamnya untuk meminta syafaat sebanyak
empat kali. Hadis di atas merupakan penjelasan yang pertama
tentang hal itu. Kemudian datanglah hadis-hadis lain yang juga
mengetengahkan tentang hal ehwal hari kiamat.
Dari Huzaifah bin Al Yaman dan Abu Hurairah
Radiallahu‘anhum, katanya:
Kandungan
Syafaat Dan Dalil Ketetapannya...
735
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Bahawa
Allah mengumpulkan umat manusia, kemudian orang-orang
yang beriman berdiri sampai dimasukkan ke syurga. Mereka
menemui Adam ‘Alaihissalam dan berkata : ‘Wahai bapa kami,
bukakanlah untuk kami syurga itu!’ Dia menjawab : ‘Bukan aku
orangnya. Pergilah kamu kepada Ibrahim ‘Alaihissalam, dia
adalah Khalilullah.’ Namun Ibrahim ‘Alaihissalam juga berkata:
‘Bukan aku orangnya. Pergilah kamu kepada Musa ‘Alaihissalam,
dia adalah Kalimullah.’ Lalu mereka mendatangi Musa
‘Alaihissalam, dia pun berkata : ‘Bukan aku orangnya. Pergilah
kalian kepda ‘Isa ‘Alaihissalam, dia adalah kalimat Allah dan
ruhNya.’ Tetapi ‘Isa ‘Alaihissalam menjawab : ‘Bukan aku
orangnya.’ Kemudian mereka datang kepada Muhammad
Sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau diberi izin. Selanjutnya
diutuslah Amanah dan Rahim, keduanya berdiri di kanan kiri
Sirath. Maka menitilah orang pertama yang masuk ke syurga
laksana kilat, kemudian ada yang seperti angin, ada yang seperti
burung dan masing-masing berebut dengan amalnya. Sedangkan
Nabi kamu berdiri disisi Sirath seraya berkata : ‘Ya Tuhanku,
selamatkan…. Selamatkan…..’ Sampai ada orang yang lemah
amalannya, yang tidak memasuki syurga kecuali dengan
merangkak.’
Dikatakan : ‘Di tepi-tepi Sirath terdapat pancing-pancing dan
pengait yang ditugaskan untuk mengambil orang-orang yang
tidak diizinkan (masuk ke syurga). Ada yang luka-luka tetapi
berjaya masuk, ada pula yang jatuh ke dalam neraka.’ (Hadis
riwayat Imam Muslim)
Dari Abu Sa’id Al Khudri, di dalam hadis tentang ru’yah
berkata : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Apabila hari kiamat tiba, terdengar seruan agar setiap umat
mengikuti apa yang mereka sembah. Tidak berbaki seorang pun
orang yang menyembah selain Allah, seperti yang menyembah
berhala, kecuali berjatuhan ke dalam neraka. Akhirnya berbaki
orang-orang yang menyembah Allah, dari golongan yang berbakti,
yang durhaka, dan ahli kitab.’
‘Selanjutnya orang-orang Yahudi dipanggil dan ditanyai: ‘Apa
yang kalian sembah?’ Mereka menjawab : ‘Kami menyembah
Kandungan
736
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Uzair, anak Allah.’ Dijawab : ‘Kamu berdusta! Allah tidak
memiliki isteri dan anak. Lalu apa yang kalian kehendaki?’
Mereka menjawab : ‘Kami kehausan, wahai Tuhan kami, maka
berilah kami minum.’ Kemudian diisyaratkan kepada mereka :
‘Mengapa kalian tidak menjawab?’ Setelah itu mereka diheret
ke neraka dan berjatuhan di dalamnya.’
‘Berikutnya golongan Nasrani dipanggil dan ditanya : ‘Apa
yang kamu sembah?’ Mereka menjawab : ‘Kami menyembah Al
Masih, anak Allah.’ Dijawab : ‘Kamu berdusta! Allah tidak
memiliki isteri ataupun anak. Lalu apa yang kalian kehendaki?’
Mereka menjawab : ‘Kami kehausan, wahai Tuhan kami, maka
berilah kami minum.’ Kemudian diisyaratkan kepada mereka :
‘Mengapa kamu tidak menjawab?’ Mereka kemudian diheret ke
Jahannam dan berjatuhan di dalamnya. Maka tidak berbaki
kecuali orang-orang yang menyembah Allah, baik yang berbakti
mahupun yang durhaka. Mereka diheret menghadap Rabbul
‘Alamin.’
Di dalamnya : ‘Di situ mereka diperiksa, dan tidak berbaki
orang-orang yang menyembah Allah dari golongan yang
mengelabui diri sendiri, kecuali diizinkan oleh Allah untuk
bersujud. Maka tinggallah orang-orang yang sujud kerana ingin
mengelabui dan riya’. Tulang punggung mereka menjadi lurus,
sehingga setiap kali tidak berjaya untuk melakukan sujud.
Kemudian mereka dicampakkan dari titian ke Jahannam, dan
diberi syafa’at. Mereka pun berkata : ‘Ya Allah, selamatkan…
selamatkan…’.’
Para sahabat bertanya : ‘Apakah titian itu, ya Rasulullah?’
Baginda menjawab : ‘Suatu jambatan yang sepanjang tepiannya
banyak terdapat pemancing dan pengait. Orang yang beriman
melalui jambatan itu ada yang seperti kilat, ada yang seperti
angin, ada yang seperti burung, ada yang seperti larinya kuda
dan unta. Ada yang selamat dan lulus, ada yang luka-luka, ada
yang terhumban ke api neraka. Hingga apabila orang-orang
beriman habis dan selamat dari neraka, demi jiwaku dalam
genggamanNya, tidak ada seorang dari kamu yang lebih tegas
dalam memohon kepada Allah agar memenuhi hak orang-orang
yang beriman pada hari kiamat bagi saudara-saudaranya yang
Kandungan
Syafaat Dan Dalil Ketetapannya...
737
berada di neraka. Mereka berkata : ‘Ya Tuhan kami, mereka
berpuasa, solat dan menunaikan haji bersama kami.’ Dikatakan
kepada mereka : ‘Keluarkanlah orang-orang yang kamu kenal,
lalu sucikanlah mereka dari neraka.’ Maka keluarlah orangorang, yang ternyata ramai jumlahnya, yang telah dihukum di
neraka hingga hancur sampai separuh kakinya atau sampai
sikunya. Kemudian mereka berkata : ‘Ya Tuhan, tidak tersisa di
dalamnya seorang pun dari yang Engkau perintahkan.’
Lalu dikatakan : ‘Kembalilah, dan barangsiapa mendapati
ada di dalam hatinya timbangan seberat setengah dinar dari
kebaikan, maka keluarkanlah dia.’ Ternyata banyak sekali yang
dikeluarkan.’
Dikatakan lagi: ‘Kembalilah, dan barangsiapa mendapati di
dalam hatinya timbangan seberat zarrah dari kebaikan, maka
keluarkanlah dia.’ Ternyata banyak sekali yang dikeluarkan.’
Mereka kemudian berkata : ‘Tuhan kami, kami tidak melihat
ada kebaikan di dalamnya.’ Allah ‘Azza wa Jalla menjawab :
‘Malaikat bersyafaat, para Nabi bersyafaat, dan orang-orang yang
beriman bersyafaat. Maka tidak ada yang berbaki kecuali Yang
Maha Pengasih dan Maha Penyayang.’ Kemudian Dia
menggenggam sesuatu dari neraka, lalu keluarlah suatu kaum
yang tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali. Mereka telah
menjadi arang, lalu dilemparkan ke sungai kehidupan dan keluar
laksana permata. Di leher mereka terdapat cap yang dapat dilihat
oleh para penghuni syurga, yang bertulis : ‘Mereka ini dibebaskan
oleh Allah dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa melakukan
amalan dan tanpa menganjurkan kebaikan.’ Dikatakan :
‘Masuklah ke dalam syurga. Apa yang kamu lihat di dalamnya
diperuntukkan bagi kalian.’ Lalu mereka berkata : ‘Wahai Tuhan
kami, Engkau memberi kami apa yang tidak pernah Engkau
berikan kepada siapa pun di alam ini?’ Dijawab : ‘Bagi kamu
ada lagi yang lebih dari hal ini di sisiKu.’ Mereka bertanya :
‘Wahai Tuhan kami, apa lagi yang lebih baik dari ini?’ Dijawab :
‘KeredhaanKu, dan Aku tidak murka sama sekali terhadap
kalian.’
Di dalam hadis-hadis ini kelihatan bahawa perasaan dan
pandangan manusia yang di dunia tidak kelihatan akan nampak
Kandungan
738
Hakikat Tawassul dan Wasilah
pada hari kiamat. Maka dari itu, kita melihat apa yang ada di
dalam hati para Nabi dan orang-orang yang beriman di atas
timbangan yang dikhususkan.
Dari Anas Radiallahu‘anhu , katanya : Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam bersabda : ‘Aku adalah manusia pertama yang
keluar (dari kubur) ketika manusia dibangkitkan. Aku adalah
jurubicara mereka, bila semua telah datang. Akulah yang
membawa berita gembira kepada mereka ketika mereka telah
putus asa. Panji-panji kejayaan berada di tanganku, dan aku
adalah anak Adam yang paling mulia di hadapan Tuhanku, dan
hal itu bukanlah berbangga-banggaan.’ (Hadis riwayat At
Tirmizi, dikatakan sebagai hadis hasan)
Dari Ubai bin Ka’ab, katanya : Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda : ‘Apabila hari kiamat tiba, akulah pemimpin
dari para Nabi dan aku sajalah yang memiliki syafaat, dan hal
itu bukan berbangga-bangga.’ (Hadis riwayat At Tirmizi,
dikatakan sebagai hadis hasan)
Dari Abu Sa’id Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Aku adalah pemimpin
anak Adam pada hari kiamat, di tanganku terdapat panji-panji
pujian, dan hal ini bukanlah berbangga-banggaan. Dan tidak
ada seorang Nabi pun pada saat itu, baik Adam atau Nabi-Nabi
selanjutnya, kecuali berada di bawah panji-panjiku.’ (Hadis
riwayat At Tirmizi, dikatakan sebagai hadis hasan)
Dari Ibn Abbas r.a. katanya : Nabi s.a.w. bersabda : ‘Aku
adalah kekasih Allah, dan ini bukanlah berbangga-banggaan.
Aku adalah pembawa panji-panji pujian pada hari kiamat, dan
ini bukanlah berbangga-banggaan. Aku adalah orang yang
pertama yang memberi syafaat dan orang pertama yang
dikabulkan syafaatnya, dan ini bukanlah berbangga-banggaan.
Aku adalah orang pertama yang memutar kunci syurga,
kemudian Allah membukakannya untukku, dan mereka
memasukinya. Sedangkan orang yang menyertaiku adalah
golongan fakir dari Muslimin dan Mukminin, dan ini bukanlah
berbangga-banggaan. Dan aku adalah orang yang paling mulia
dari antara orang-orang terdahulu hingga yang belakangan, dan
ini bukanlah berbangga-banggaan.’ (Hadis riwayat At Tirmizi
di dalam Sunannya, dikatakan sebagai hadis sahih)
Kandungan
Syafaat Dan Dalil Ketetapannya...
739
Dari Anas bin Malik Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Aku
meminta kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam untuk
bersyafaat bagiku pada hari kiamat. Baginda menjawab : ‘Aku
akan melakukannya.’ Kemudian aku bertanya : ‘Wahai
Rasulullah, di manakah aku harus mencari anda?’ Baginda
menjawab : ‘Pertama, carilah aku di atas Sirath.’ Aku berkata :
‘Bagaimana kalau aku tidak menemui anda di atas Sirath?’
Baginda menjawab : ‘Carilah aku di Mizan.’ Aku berkata :
‘Bagaimana kalau aku tidak menemui anda di Mizan?’ Baginda
menjawab : ‘Carilah aku di telaga, dan sesungguhnya aku tidak
berganjak dari tiga tempat itu.’ (Hadis riwayat At Tirmizi,
dikatakan sebagai hadis hasan)
Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, dikatakan bahawa dia
bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam : ‘Wahai
Rasulullah, siapakah orang yang paling diuntungkan oleh syafaat
anda pada hari kiamat?’ Baginda menjawab : ‘Wahai Abu
Hurairah, ku kira tidak ada orang yang menanyakan hal ini
mendahuluimu, sebab aku melihat perhatianmu terhadap hadishadis. Bahawa orang yang paling diuntungkan oleh syafaatku
pada hari kiamat adalah yang mengucapkan : ‘Laa Ilaaha
Illallah’ dengan ikhlas dari hatinya.’ (Hadis riwayat Al Bukhari)
Dari Abu Sa’id Al Khudri, katanya : Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam bersabda : ‘Orang-orang yang beriman terlepas
dari neraka, kemudian ditahan di atas jambatan di antara syurga
dan neraka. Selanjutnya satu sama lain diadili berkenaan dengan
kezaliman yang terjadi di antara mereka selama di dunia, sampai
mereka bersih dan suci, dan diizinkan untuk masuk ke dalam
syurga.’ (Hadis riwayat Al Bukhari)
Dari Anas Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah s.a.w.
bersabda : ‘Keluar dari neraka orang yang mengucapkan ‘Laa
ilaha illallah’ dan dihatinya terdapat kebaikan seberat gandum.
Kemudian keluar dari neraka orang yang mengucapkan : ‘Laa
Ilaaha Illallah’ dan dihatinya terdapat kebaikan seberat sebutir
gandum. Kemudian dikeluarkan dari neraka orang yang
mengucapkan : ‘Laa Ilaaha Illallah’ dan dihatinya terdapat
kebaikan seberat zarrah.’ (Muttafaqun ‘alaih)
Dari Anas Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Aku mendengar
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Pada hari
Kandungan
740
Hakikat Tawassul dan Wasilah
kiamat, aku bersyafaat dan berkata : ‘Ya Tuhanku, aku
memasukkan ke dalam syurga barangsiapa di hatinya terdapat
keimanan sebesar biji sawi.’ Lalu mereka masuk ke dalamnya.
Selanjutnya aku berkata : ‘Aku memasukkan ke dalam syurga
barangsiapa di hatinya terdapat sesuatu yang mendekati hal itu.’
(Hadis riwayat Al Bukhari)
Dari Jabir Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Sudahkah engkau
mendengar tentang Maqam Muhammad Sallallahu ‘alaihi
wasallam? Sesungguhnya Maqam Muhammad Sallallahu ‘alaihi
wasallam terpuji, yang dengannya Allah mengeluarkan (dari
neraka) orang-orang yang dikehendaki olehNya.’
Dari ‘Imran bin Husain Radiallahu‘anhu, dari Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam yang bersabda : ‘Sekelompok orang
keluar dari neraka dengan syafaat Muhammad, lalu masuk ke
dalam syurga.’ (Hadis riwayat Al Bukhari)
Dari Anas Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam bersabda : ‘Aku adalah orang pertama yang
memberikan syafaat di syurga, dan aku adalah Nabi yang
paling banyak pengikutnya.’ (Hadis riwayat Al Bukhari)
Dari Ka’ab bin Malik Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah
s.a.w. bersabda : ‘Umat manusia dibangkitkan pada hari kiamat,
maka aku dan umatku dijadikan di atas sebuah gundukan.
Tuhanku menghiasku dengan pakaian berwarna hijau, kemudian
diizinkan bagiku. Maka aku mengatakan apa-apa yang
dikehendaki Allah untuk kukatakan. Maka itulah maqam yang
terpuji.’
Di dalam riwayat Muslim terdapat baki hadis dari Jabir
Radiallahu‘anhu : ‘Kepada semua insan, baik yang munafik
mahupun yang beriman, diberikan cahaya. Dan di atas jambatan
Jahannam terdapat pengait untuk mengambil siapa saja yang
dikehendaki Allah dan untuk memadamkan cahaya orangorang munafik, sedang orang-orang yang beriman selamat. Maka
selamatlah kelompok yang pertama. Wajah mereka bercahaya
laksana bulan purnama, dan tujuh puluh ribu orang dari mereka
tidak dihisab.’
Dalam Al Bukhari dari Ibn ‘Umar, dikatakan : ‘Tatkala hari
kiamat tiba, setiap manusia akan mengikuti Nabinya dan
Kandungan
Syafaat Dan Dalil Ketetapannya...
741
meminta : ‘Wahai Fulan, bersyafaatlah…wahai Fulan,
bersyafaatlah...’. Sampai akhirnya mereka datang kepada Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam.’
Hadis-hadis tentang syafaat banyak sekali dan terkumpul
sehingga mencapai jumlah yang mutawatir. Yang dimaksudkan
mutawatir di sini adalah bahawa riwayat tentang syafaat itu
tidak hanya satu lafaz, dan di antaranya ada yang dikhususkan.
Hadis-hadis mutawatir umpama ini di dalam sunnah sangat
banyak.
Sedangkan mutawatir memiliki kesamaan lafaz hadis-hadis
yang dikhususkan dan yang mulia menunjukkan terjaminannya
hadis-hadis ini dari sisi manaqib yang mulia, ma’athir yang
mulia, dan faedah yang banyak, yang tidak mungkin dihuraikan
pada kesempatan ini. Oleh kerana itu, kita perlu mengambil jalan
yang singkat untuk membahas masalah tersebut.
Pada awalnya dikatakan : ‘…Allah mengumpulkan umat
manusia…’ sementara dalam riwayat lain dikatakan : ‘…
mengumpulkan orang-orang yang beriman.’. Di situ terdapat
isyarat bahawa yang menemui para Nabi dan meminta syafa’at
adalah orang-orang yang beriman, meskipun pada waktu itu
kesulitan dan ketakutan mencengkam dan melanda semua
manusia, baik yang kufur mahupun yang beriman, baik orangorang yang dahulu mahupun yang kemudian.
Bahawa hanya orang-orang berimanlah yang meminta
syafa’at itu sesuai dengan dua hal :
Pertama
Orang-orang yang tidak beriman tentu tidak memiliki pertalian
dengan iman, padahal keberadaan para Nabi dan Rasul erat
hubungannya dengan keimanan.
Kedua
Tujuan syafa’at adalah untuk memindahkan mereka dari
keadaan yang sulit itu menuju keadaan yang lebih baik, padahal
orang-orang kafir berpindah dari keadaan itu ke tempat yang
lebih besar kesulitannya. Maka ini merupakan syafaat ‘uzma.
Apabila syafa’at tersebut ditujukan bagi manusia secara umum,
bererti bukan orang-orang kafir yang dituju oleh firman :
Kandungan
742
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat
pertolongan, (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh
memberikan syafaat itu.’
(Al-Muddathir : 48)
Sedangkan Allah menceritakan tentang mereka (orangorang kafir) :
‘Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang
memberi pertolongan...’
(Asy-Syu’ara : 100)
Pergilah manusia kepada para Nabi pada hari itu merupakan
dalil yang paling kuat tentang tawassul dengan mereka di dunia
dan akhirat. Adapun orang-orang yang berdosa, bertawassul
kepada Allah dengan perantaraan orang yang paling dekat
kepadaNya, lebih dekat daripada dirinya. Ini tidak ditolak oleh
siapapun. Kita telah membahaskan hal ini di dalam bab isti’anah,
bahawa tidak ada perbezaan antara tasyafu’, tawassul, atau
istighatsah. Dan hal ini berlainan dengan taqarrub kepada selain
Allah yang dilakukan oleh orang-orang musyrik, yang
menyebabkan mereka dikatakan kufur. Sedangkan kaum
Muslimin apabila bertawassul dengan Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam atau dengan para Nabi dan orang-orang soleh lainnya
tidaklah bermaksud menyembah mereka, pun hal itu tidak
membuat orang-orang itu keluar dari tauhid terhadap Allah,
sebab hanya Dialah yang mampu mendatangkan manfaat dan
mudharat. Kalau hal seperti ini diperbolehkan, bererti orang yang
berkata : ‘Mintalah kepada Allah melalui RasulNya’ juga
diperbolehkan, sebab permintaan tetap hanya ditujukan kepada
Allah, bukan kepada selain Dia.
Sedangkan sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
setelah mengangkat kepalanya : ‘Ya Tuhanku, umat hamba...,
umat hamba…’ memperjelaskan bahawa syafa’at Baginda
pertama kali diberikan kepada umatnya.
Kandungan
Syafaat Dan Dalil Ketetapannya...
743
Penyingkatan yang dilakukan oleh Rasulullah dengan hanya
menyebut umatnya mencerminkan kesempurnaan adabnya
terhadap Tuhannya. Iaitu bahawa merekalah yang dikhususkan
dengan syafa’atnya, sedangkan Baginda juga tahu bahawa
Baginda mendapatkan jaminan terkabulnya apa saja yang
dimintanya. Oleh kerana itu Baginda memadai menggunakan
istilah yang umum.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, dari Nabi
s.a.w., sebuah hadis yang panjang, di dalamnya antara lain
dikatakan : ‘… Kalian akan dikumpulkan di dalam satu tempat
dalam keadaan telanjang bulat seperti monyet. Selama jangka
waktu 40 tahun, Allah tidak memandang kepada kamu dan tidak
memutuskan apa-apa di antara kamu. Maka makhluk-makhluk
itu menangis sampai air mata mereka mengering dan bercucuran
darah. Mereka menjadi gelisah dan berkata : ‘Siapa kiranya yang
boleh bersyafaat bagi kita kepada Tuhan kita?’ Kemudian mereka
memutuskan untuk pergi kepada Adam ‘Alaihissalam dan
meminta syafaat kepadanya, tetapi dia menolak. Kemudian
mereka beralih dari seorang Nabi ke Nabi yang lain, tetapi mereka
semua menolak setiap kali didatangi.’
Rasulllah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘…hingga
mereka menemuiku. Maka aku pergi hingga sampai di depan
‘Arasy, lalu bersujud kepada Tuhanku hingga diutuslah kepadaku
satu malaikat yang memegang lenganku dan menegakkanku.
Malaikat itu berkata kepadaku sewaktu menegakkanku : ‘Apa
keperluanmu, wahai Muhammad? Sesungguhnya Dia sudah
mengetahuinya.’
‘Maka aku berkata : ‘Ya Tuhanku, Engkau menjanjikan aku
syafa’at, maka berikanlah syafa’at itu kepadaku untuk (menolong)
makhlukMu dan memberi keputusan kepada mereka.’ Allah
berfirman : ‘Cukupkanlah syafa’atmu...’. Maka aku pun
memberikannya kepada kalian dan memberi keputusan kepada
kalian.’
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
‘Selanjutnya aku kembali bersama umat manusia. Ketika kami
berdiri, terdengar suatu suara yang keras dari langit, sehingga
kami menjadi gementar. Kemudian turunlah para penghuni
Kandungan
744
Hakikat Tawassul dan Wasilah
langit dunia, yang penuh di dalamnya manusia dan jin, di mana
mereka ditetapkan dalam keadaan lemah. Berikutnya Allah
meletakkan ‘ArasyNya di tempat mana saja yang disukainya di
bumi, lalu berfirman : ‘Dengan kemuliaan dan keagunganKu,
tidak ada satu pun tetanggaKu yang dizalimi pada hari ini.’
Selanjutnya, Allah Azza wa Jalla mengadili seluruh makhlukNya
kecuali dua golongan (manusia dan jin).’
Mereka diberi ilham supaya meminta tolong kepada Adam
dan Nabi-Nabi berikutnya hingga seluruh Nabi. Kepada mereka
tidak diilhamkan untuk meminta tolong terus kepada Nabi kita,
Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam ada hikmah tersendiri
yang terkandung di dalamnya. Seandainya mereka meminta
tolong mulai dari Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam - dan
langsung ditolong - maka mereka mungkin berfikir : ‘Mestinya
Nabi-Nabi yang lain juga boleh melakukan hal seperti ini.’ Selain
itu, di sini terbukti bahawa umat manusia perlu berkerja keras
dengan meminta tolong kepada para Rasul Allah lainnya, yang
merupakan Rasul pilihan, bahkan termasuk Ulul ‘Azmi, dan
ternyata para Rasul itu menolak memberi syafa’at. Mereka
bahkan memberi nasihat dan pada akhirnya menyarankan umat
manusia untuk datang kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Dengan demikian, maka naiklah kedudukan dan manzilah Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam di mata seluruh makhluk, akan
terlihatlah kesempurnaan taqarrub Baginda dengan Allah,
menjadi agunglah penghargaan mereka kepada Baginda, dan
jelaslah keutamaan Baginda di atas semua makhluk sebagai
Rasul dari keturunan Adam mahupun Malaikat. Dengan maqam
seperti ini, Baginda berhak menjadi Sayyidul Ummah sehingga
mereka semua datang kepadanya.
Al Qadhi ‘Iyadh berkata : ‘Kita telah mengetahui dari
kutipan-kutipan yang banyak tentang pertanyaan orang-orang
soleh terdahulu berkenaan dengan syafaat Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam, maka tak perlu kita menghiraukan orang yang
mengatakan bahawa ia benci untuk meminta kepada Allah agar
diberi rezeki syafa’at Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Sedangkan syafa’at itu sangat diperlukan oleh orang-orang yang
berdosa, dan untuk mendapatkan keringanan hisab serta
Kandungan
Syafaat Dan Dalil Ketetapannya...
745
tambahan darjat di syurga. Setiap orang yang berakal tentu
mengakui kekurangannya dan memerlukan ampunan bagi
kesalahannya. Penolakan untuk meminta rezeki syafa’at itu
sungguh sesuai bagi orang-orang yang celaka, di mana mereka
berpendapat bahawa manusia tidak perlu berdoa untuk
meminta ampunan dan rahmat, kerana syafa’at hanya
ditujukan kepada orang-orang yang berdosa. Ini lain dengan
doa orang-orang yang dahulu dan yang terkemudian,
sebagaimana yang kita ketahui.’
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Aku
dikurniakan lima hal yang tidak diberikan kepada para Nabi
sebelumku. Di antaranya : ‘…Aku diberi syafaat...’. Dijelaskan
pula oleh Baginda : ‘Setiap Nabi memiliki doa yang mustajab,
dan aku menyimpan doaku untuk bersyafa’at bagi umatku pada
hari kiamat.’. Maka nampaklah di sini bahawa syafa’at yang
diberikan Allah dan dikhususkan bagi Baginda berbeza dengan
syafa’at yang masih berupa doa yang disimpan bagi umatnya,
sebab doa tersebut sama dengan doa-doa yang lain.
Pertama
Ia adalah syafa’at ‘uzma, iaitu syafa’at agar segera diambil
keputusan di antara para makhluk. Sesungguhnya Baginda
adalah pemilik syafa’at, sedangkan syafa’at orang-orang lainnya
masuk di dalam syafa’atnya.
Kedua
Ia merupakan syafaat untuk mengeluarkan orang-orang yang
berdosa dari neraka, sebagaimana diisyaratkan di dalam
sabdanya : ‘Apakah kamu melihat syafa’at itu ditujukan kepada
orang-orang yang beriman dan orang-orang yang bertakwa?
Tidak melainkan bagi orang yang berdosa yang memiliki
kesalahan.’
Hadis-hadis lainnya juga menjelaskan kemuliaan Maqam
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, sebab dikatakan bahawa Adam
‘Alaihissalam dan Nabi-Nabi berikutnya berada di bawah panjipanjinya pada hari kiamat. Juga tentang tawar menawarnya
dengan Allah untuk memasukkan seramai-ramai manusia ke
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
746
dalam syurga dan mengeluarkan mereka dari neraka. Maka
langkah pertamanya adalah menyeru puji-puji kepada Tuhannya
dengan pujian yang diilhamkanNya kepadanya, selanjutnya
bersyafaat dari kesulitan di padang mahsyar.
Maqam inilah yang disyukuri dan dipuji oleh orang-orang
yang dahulu dan yang kemudian. Berikutnya adalah syafa’at bagi
umatnya yang tidak terkena hisab, kemudian bagi umatnya yang
dikeluarkan dari neraka, hingga tidak berbaki orang-orang yang
di dalam hatinya terdapat sebiji sawi dari iman dan kebaikan.
Dan pada akhirnya, Allah memberikan kurnia dan keutamaan
baginya untuk mengeluarkan orang-orang yang pernah
mengucapkan ‘Laa ilaha illallah’ dan tidak menyekutukan
Allah sedikit pun.
Dengan demikian, tidak ada yang berbaki di dalam neraka
kecuali orang-orang zalim yang abadi di dalamnya. Inilah akhir
dari penampilan kiamat dan beban di padang mahsyar. Pada
semua hal itu, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam memiliki maqam
yang terpuji. Ditangannyalah tergenggam panji-panji pujian.
Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang firman Allah :
‘Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada
hari akhirat di tempat yang terpuji.’
(Al-Isra’ : 79)
Baginda menjawab : ‘Itulah syafa’at’.
Qatadah Radiallahu‘anhu berkata : ‘Para ulama menganggap
‘Maqam Mahmud’ adalah syafa’at Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam pada hari kiamat.’
Mazhab-mazhab terdahulu dari generasi sahabat, tabi’in, dan
imam-imam Muslimin pada umumnya juga menafsirkan hal itu
sebagai berita yang benar dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam.
Di dalam hadis sahih :
Kandungan
Syafaat Dan Dalil Ketetapannya...
747
‘Setiap Nabi memiliki doa yang telah dipanjatkan, sedangkan
aku menyimpan doaku untuk bersyafaat bagi umatku pada
hari kiamat.’
Para ulama berpendapat bahawa doa yang dimaksudkan di
atas adalah doa yang mustajab dan pasti mencapai tujuannya.
Kalau tidak, maka sudah berapa doa para Nabi yang terkabul.
Begitu juga dengan Nabi kita Sallallahu ‘alaihi wasallam, sudah
tak terhitung doa Baginda yang terkabul. Namun keadaan para
Nabi sewaktu berdoa itu adalah di antara harapan dan rasa
kuatir apakah doa mereka terkabul atau tidak. Sedangkan doa
yang dimaksudkan di atas adalah doa yang diyakini benar
ijabahnya.
Doa inilah yang disebutkan sebagai ‘khusus bagi umatnya’
yang terjamin ijabahnya. Kalau tidak, tentu Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wasallam telah memberitahu bahawa Baginda meminta
untuk umatnya berbagai hal dari urusan agama mahupun dunia.
Doa tersebut dikabulkan sebahagian, dan ada satu doa yang
disimpan bagi umatnya untuk menghadapi hari kiamat, hari hajat
yang sangat perlu dan akhir segala penderitaan dan kesulitan,
dan merupakan permohonan dan harapan yang sangat penting.
Maka kita ucapkan terima kasih sebesar-besarnya atas
kebijaksanaan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam terhadap
umatnya. Kita mengharapkan dari Allah sebaik-baik balasan
bagi Nabi untuk umatnya dan Rasul kepada kaumnya ini.
Semoga kita termasuk di kalangan orang-orang yang mendapat
syafa’atnya. Semoga kita ditetapkan sebagai tetangganya di
maqamnya. Semoga kita dikumpulkan di bawah panji-panjinya
dan diberi minum dari telaga Allah, Tuhan Maha Pengasih yang
Maha Penolong. Salam dan selawat bagi makhluk Allah yang
paling mulia, pemimpin para Rasul dan Nabi yang suci beserta
seluruh keluarga, sahabat, serta orang-orang yang mengikutinya
dengan kebaikan.
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
748
KUTUBUL MARAJI’
1. AL MUSNAD - Lil-Imam Ahmad bin Hambal
2. AL-MUSHANNIF – Lil-Hafizh Al-Kabir Abdur Razaaq
3. FATHUL BARI’ – Libni Hajar Al-Asqalani
4. SYARH SHAHIH MUSLIM – Lil-Imam An-Nawawi
5. AS-SUNAN AL-ARBA’AH – At-Tirmizi, An-Nasa’i, Abu
Dawud & Ibn Majah
6. KHULASHAH AL-MUSTADRAK – Al-Hafizh Az Zahabi
7. THULATHIYAATU MUSNAD AL-IMAM AHMAD – AlAsfarini Al-Hambali
8. FAIDHUL QADIR –Al-Manawi
9. SYARH AL-MUWATTHA’ –Az-Zarqani
10. MUJMA’ AZ-ZAWA’ID – Al – Haitsami
11. KASYFUL KHAFA – Al-Ajluni
12. JAAMI’ AL-USHUL FI AHAADITH AR-RASUL-Ibn Al-Atsir
al-Jazirii
13. AN-NIHAYAH FII GHARIIBIL HADIIHT WAL ATHAR –
Ibn Al-Atsir Al-Jazirii
14. NISHBUL RAAYAH –Imam Al-Hafizh Az-Zaila’i
15. KANZUL ‘AMAL – Ibn Hisamuddin Al-Hindi
16. TAFSIR ATH-THABARI – Imam Thabrani
17. TAFSIR AL-KHAAZIN – Imam Al-Khazin
18. AT-TAFSIR AL-KABIIR – Imam Fakhrur Raazi
748
Kandungan
Kutubul Maraji’
749
19. TAFSIR AL-QUR’AN AL-AZHIM – Al-Hafizh Ibn Katsir
20. LITHA’IFIL ASYARAAT – Imam Al-Qasyiiri
21. AHKAAMUL QUR’AN –Imam Al-Qurthubii
22. MAHAASANUT TA’WIIL – Imam Jamaluddin Al Qaasimii
23. AI-MUFRADAAT – Ar-Raaghibu AlAshfahaanii
24. AI-DARULL MANTSUR – Al-Hafizh As-Suyuthi
25. TAARIKH ATH-THABARII – Imam Ath-Thabrani
26. AL-KAAMILU FIT TAARIKH – Ibnu Atsir Al-Jazirii
27. AL-BIDAAYAH WAN NIHAAYAH – Al-Hafizh Ibnu Katsir
28. NAFTHUTH THABARII – A-Muqri At-Tilmasaani
29. AN-NASYRUTH THAYYIB – Ibnu Ahmad Al-Wazaanii
30. MIFTAHU DAARUS SA’AADAH – Ibnu Qayyim Al –
Jauziyyah
31. JALAA’UL IFHAAM – Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah
32. THARIIQUL HIJRATAINI – Ibnu Qayyim Jauziyyah
33. AL-WAFA BI-AHWAALIL MUSHTHAFA – Ibnu Qayyim AlJauziyyah
34. AL-MAWAAHIBUL LADUNIYYAH – Imam al Qashthalanii
35. AS-SIIRAH AN-NABAWIYYAH – Al-Hafizh Ibnu Katsir
36. AR-RAUDHUL ANFU – As-Sahilii
37. AS-SIIRAH ALHILBIYYAH – Burhanuddin Al-Halabii
38. AL-KHASHAA’ISHL KUBRAA – Hafizh As-Suyudhi
39. KHALASHAH AL-WAFA’ – Imam ‘Ali As-Samhudi
40. MUHAMMAD RASULULLAH – Al-Marhuum Ahmad
Tiimuur
41. ITIHAAFUS SAADATIL MUTTAQIIN – Imam Hafizh AzZubaidi
42. HULYATUL AULIYAA’ – Hafizh Abi Nu’aim
Kandungan
750
Hakikat Tawassul dan Wasilah
43. SYIFAA’UL SIQAAM –Imam As-Subakii
44. ASY-SYIFAA’ – Qaadhi ‘Iyaadh
45. JAAMI’UN KARAAMATUL AULIYAA’ – An-Nabhani
46. TAHQIIQUN NASHRAH –Abu Fakhrul Maraghi
47. HAQAAIQUN ‘ANI TASHAWUF – Syaikh Abdul Qaadir ‘Aisi
48. MASAALIKUL HUNAFAA’ – Al-Hafizh As-Suyuthi
49. AR-RASAA’IL AT-TASMII’ – Al-Hafizh As-Suyuthi
50. AR-RASAA’IL LIL-FATAWA – Al-Hafizh As-Suyuthi
51. AL-MADKHAL – Ibn Haaji
52. HAASYIYAH DARUL MUHTAR –Imam Faqih Ibnu ‘Abidiin
53. NASYRUL MAHAASINUL GHAALIYAH – Ibnu As’ad AlYaafi’ii
54. WILAAYATULLAH WATH THARIIQU ILAIHA – Imam AsySyaukaanii
55. AL-FURQAAN BAINA AULIYAA’UL RAHMAAN WA
AULIYAA’USY SYAITHAN –Imam Ibnu Taimiyyah
56. MAJMU’ FATAWA AL-KUBRA – Imam Ibnu Taimiyyah’
57. MADARIJUS SALIKIN – Imam Ibnu Qayyim Al – Jauziyyah
58. I’LAMUSAAJID – Imam Zarkasyi
59. AL-MUGHNI – Ibnu Qudaamah Al-Muqaadasi
60. AL-MUNHATUL WAHABIYYAH FID
WAHAABIYYAH – Syaikh Husain bin Sa’id
DAR’ALAL
61. ASH-SHAWAAIQ AL-ILAHIYYAH FID DAR’ALAL
WAHABIYYAH – Syaikh Sulaiman bin Abdul Wahhab
62. AL-FAJRUSH SHAADIQ – Shadaqiz Zahawii
63. HUKMUT TAWASUL FISY SYARII’ATIL ISLAM – Syaikh
Husnaini Muhammad Makhluf.
64. AL-BARAHIINUS SAATHI’AH – Syaikh Salamah AlQadhaa’i
Kandungan
Kutubul Maraji’
751
65. AT-TAWAASUL WAZ ZIYAARAH – Syaikh Muhammad AlFiqhi
66. MIN SYAWAAHIDIL HAQ –Syaikh An-Nabhani
Kandungan
Download