KERANGKA ELEMEN NAHU BAHASA ARAB BAGI PERINGKAT

advertisement
KERANGKA ELEMEN NAHU BAHASA ARAB BAGI PERINGKAT MENENGAH RENDAH
KPM: PENDEKATAN ISM
Haji Mohammad Seman, Mohd. Zaki Abd. Rahman, Mat Taib Pa, Ahmad Arifin Sapar, Mohd
Ridhuan Mohd Jamil
Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, 50603
Kuala Lumpur, Malaysia
Kajian ini bertujuan mengenal pasti elemen nahu bahasa Arab yang sesuai dan diperlukan bagi Peringkat
Menengah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan kesepakatan pakar. Juga bertujuan
menentukan urutan keutamaan tajuk nahu dalam senarai kelompok elemen yang terpilih. Justeru itu, kajian ini
menggunakan perisian Interpretive Structural Modelling (ISM) dalam membangunkan kerangka ini. Bilangan
pakar yang terlibat dalam kajian ini adalah 21 orang di mana mereka merupakan pakar dalam bidang
pendidikan bahasa Arab dari pelbagai sektor seperti pengajaran, penilaian serta pentaksiran, penggubalan
kurikulum, penulisan buku teks, penyelidikan dan industri. Umumnya kepakaran dan pengalaman mereka
melebihi sepuluh tahun khidmat rasmi dalam kementerian dan industri khas. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat 16 elemen tajuk nahu dipilih untuk membangunkan model pembelajaran nahu Arab yang mempunyai
nilai keperluan dan kesesuaian, bermula dengan elemen Aqsaam Kalimah dan diakhiri dengan elemen ‘Ataf.
Kelompok elemen utama tersebut digunakan bagi menghasilkan kerangka elemen nahu bahasa Arab bagi
semua pelajar di Peringkat Menengah Rendah di bawah pengurusan dan pengawasan sepenuhnya oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Keywords: Kerangka, Elemen, Nahu Bahasa Arab, Peringkat Menengah Rendah (PMR), Interpretive
Structural Modelling (ISM).
16
Download