Perintah kelima adalah: Hormatilah ayahmu dan ibumu, supaya lanjut umurmu di tanah yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu. Hubungan keluarga merupakan blok binaan asas bagi mana-mana umat dan menggambarkan sikap-sikap yang dipaparkan dalam struktur agama yang lebih luas. Tanggungjawab setiap Kristian adalah untuk menjaga keperluan keluarganya. 1Timotius 5:8 Tetapi jika ada seorang yang tidak memeliharakan sanak saudaranya, apalagi seisi rumahnya, orang itu murtad dan lebih buruk dari orang yang tidak beriman. (RSV) Konsep kasih dan persediaan keperluan keluarga lazim dikesampingkan oleh penyalahgunaan ayat Lukas 14:26. Lukas 14:26 "Jikalau seorang datang kepada-Ku dan ia tidak membenci bapanya, ibunya, isterinya, anakanaknya, saudara-saudaranya laki-laki atau perempuan, bahkan nyawanya sendiri, ia tidak dapat menjadi murid-Ku. (RSV) Perkataan membenci di sini adalah dari ou misei yang mempunyai erti jijik dan khususnya erti penganiayaan (dari misos atau kebencian). Maka secara lanjutan ia bermakna kurang mengasihi. Konsep ini juga digunakan bagi nyawa kamu sendiri. Kamu tidak membenci nyawa kamu sendiri tetapi kamu bersedia untuk menyerahkannya untuk tuan kamu. Kamu harus bersedia untuk mengikut Kristus. Kepala perintah besar kedua adalah lebih rendah dari kepala perintah pertama. Keluarga berada pada kepala perintah besar kedua dan Tuhan berada pada kepala yang pertama. Oleh itu kesetiaan kamu kepada Tuhan kamu adalah lebih besar daripada kesetiaan kamu kepada keluarga kamu. Di mana keluarga tidak meletakkan diri mereka dalam keadaan bertentangan secara langsung dengan seorang Kristian dan secara khusus tidak cuba merosakkan hubungannya dengan Tuhan, maka keluarga harus dihormati dan dipelihara. Sesiapa yang mengutuk ibunya dan bapanya akan mati. Itulah hukumnya. Keluarga seringkali hancur atas nama agama. Matlamat kita adalah untuk mengubah hati bapa-bapa kepada anak-anak dan anak-anak kepada bapa-bapa agar negeri ini tidak dibinasa. Kristus telah memberi pengertian keluargaNya dalam Markus 3:32-35. Markus 3:32-35 Ada orang banyak duduk mengelilingi Dia, mereka berkata kepada-Nya: "Lihat, ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar, dan berusaha menemui Engkau." 33 Jawab Yesus kepada mereka: "Siapa ibu-Ku dan siapa saudara-saudara-Ku?" 34 Ia melihat kepada orang-orang yang duduk di sekeliling-Nya itu dan berkata: "Ini ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku! 35 Barangsiapa melakukan kehendak Allah, dialah saudara-Ku laki-laki, dialah saudara-Ku perempuan, dialah ibu-Ku." (RSV) Kristus bukannya menyangkal keluarganya di sini. Dia menunjukkan bahawa umat pilihan dimasukkan dalam keluarga-keluarga angkat. Jika atas sebab-sebab tertentu keluarga kamu memungkiri kamu kerana keimanan kamu, maka kamu ditempatkan dalam sebuah keluarga dan kamu tidak akan tertinggal sendirian. Kita harus menyediakan kasih dan jaminan untuk sesama sendiri yang mungkin kita tidak perolehi di tempat lain. Kristus tidak menarik kembali perintah kelima dengan menggunakan teks ini. Dia menegur pemimpinpemimpin waktu itu yang menyalahgunakan hukum untuk mengelak dari tuntutan-tuntutan perintah kelima serta tanggungjawab untuk memelihara ibubapa seseorang (Markus 7:11; lihat juga Matius 23:23; Lukas 11:42 dan karya Hukum dan Perintah Tuhan Kelima (No. 258)). Markus 7:6-13 Jawab-Nya kepada mereka: “Benarlah nubuat Yesaya tentang kamu, hai orang-orang munafik! Sebab ada tertulis: Bangsa ini memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya jauh dari padaKu. 7 Percuma mereka beribadah kepada-Ku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia. 8 Perintah Allah kamu abaikan untuk berpegang pada adat istiadat manusia.” 9 Yesus berkata pula kepada mereka: “Sungguh pandai kamu mengesampingkan perintah Allah, supaya kamu dapat memelihara adat istiadatmu sendiri. Jemaat Kristian moden tidak banyak bezanya dari orang Farisi. Malah mereka jauh lebih buruk kerana mereka telah memasukkan adat-adat palsu ke dalam jemaat dan mereka berpegang pada adat istiadat manusia melebihi dan mengatasi hukum dan perintah Tuhan. Mereka ingin mempengaruhi cara umat Kristian mengamalkan agama dan mereka memangpun telah menganiaya umat pilihan selama tujuh belas ratus tahun, berdasarkan adat-adat yang palsu ini. Mereka telah membunuh ramai dari umat kita hanya kerana memelihara hukum. Karena Musa telah berkata: Hormatilah ayahmu dan ibumu! dan: Siapa yang mengutuki ayahnya atau ibunya harus mati. 11 Tetapi kamu berkata: Kalau seorang berkata kepada bapanya atau ibunya: Apa yang ada padaku, yang dapat digunakan untuk pemeliharaanmu, sudah digunakan untuk korban--yaitu persembahan kepada Allah--, 12 maka kamu tidak membiarkannya lagi berbuat sesuatupun untuk bapanya atau ibunya. 13 Dengan demikian firman Allah kamu nyatakan tidak berlaku demi adat istiadat yang kamu ikuti itu. Dan banyak hal lain seperti itu yang kamu lakukan. (RSV) 10 Konsep ini telah berlanjutan ke dalam Kekristianan zaman moden di mana orang-orang digalakkan dan kadangkala diperintah untuk meninggalkan pusaka mereka kepada jemaat dan bukan kepada keluarga mereka sendiri. Matius 23:23 Celakalah kamu, hai ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, hai kamu orang-orang munafik, sebab persepuluhan dari selasih, adas manis dan jintan kamu bayar, tetapi yang terpenting dalam hukum Taurat kamu abaikan, yaitu: keadilan dan belas kasihan dan kesetiaan. Yang satu harus dilakukan dan yang lain jangan diabaikan. Telahpun ditunjukkan sebelumnya bahawa perkataan untuk keadilan dalam bahasa Ibrani adalah tzedek dan perkataan untuk benar dalam bahasa Ibrani adalah tzedek. Kedua-duanya adalah perkataan yang sama. Kamu tidak mungkin menjadi benar tanpa menjadi adil. Ianya suatu konsep bahasa Ibrani. Dalam Matius 23:16 dan seterusnya, Kristus membincangkan konsep kekudusan bait dan bukannya persembahan material yang diletakkan di dalam bait itu. Kerana bait itu adalah umat pilihan (1 Korintus 3:17). Orang-orang ini menguduskan persembahan pada mezbah (menjadikan wang itu kudus) sedangkan hakikatnya bait itulah yang kudus dan bait itu adalah kita (1 Korintus 3:17). Kita adalah Bait Tuhan dan kita mempunyai kewajipan dalam kehidupan Kristian kita untuk menjadi kudus.